Modul 2

MODUL LDK DAN FASILITATOR

ICE BREAKING

Masa : 1 jam

Bahan : Kain dan marker pen.

Tujuan

* Menanamkan sifat kepimpinan dan potensi dalam diri peserta.

* Melatih bagaimana bermesyuarat, membuat keputusan yang rasional dalam membuat perancangan.

* Menimbulkan nilai-nilai murni.

Kaedah

* Peserta dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan.

* Peserta diminta untuk melukis logo kumpulannya, lengkap dengan organisasi dan maklumat mengenai logo tersebut.

LATIHAN DALAM KELOMPOK 1

Masa : 2 jam

Aktiviti 1 : Taaruf Berantai

Masa : 30 minit

Objektif

* Mengenal ahli-ahli dengan lebih rapat.

* Melatih peserta untuk mengingati nama-nama ahli dan juga fasi.

Kaedah

* Fasi dan ahli-ahli kumpulannya duduk di dalam bulatan.

* Fasi menerangkan tujuan kita mengenali sahabat-sahabat.

* Fasi akan memperkenalkan dirinya dahulu dan kemudian barulah diikuti oleh anak buahnya.

* Perkara yang perlu disebut adalah nama, panggilan manja, sekolah, latar belakang keluarga dan perkara-perkara yang difikirkan perlu.

* Selepas giliran peserta pertama, peserta kedua hendaklah menyebut nama peserta pertama dahulu kemudian baru memperkenalkan dirinya.

* Begitulah untuk peserta-peserta seterusnya secara berantai.

Aktiviti 3 : Surat Muhasabah

Masa : 15 minit

Bahan : Surat

Objektif

* Mengenal pasti kejujuran peserta dalam menilai sahabatnya sendiri.

* Mengesan kelemahan dan kekuatan dalam diri peserta.

Kaedah

* Kedudukan masih dalam keadaan bulatan.

* Fasi akan memberikan sedikit taklimat berkenaan surat muhasabah.

* Peserta akan dibahagikan secara berpasangan dan tidak dimaklumkan siapa pasangannya.

* Sepanjang program, peserta akan menilai pasangannya dari setiap sudut dan aspek.

LATIHAN DALAM KELOMPOK 3

Masa : 2 jam

Aktiviti 1 : Pokok Ajaib

Masa : 30 minit

Kaedah

* Pilih peserta pertama membaca handout. Baca dengan kadar biasa. Kemudian, fasi meminta peserta lain untuk cuba membuat gambaran. Jika kelihatan mereka ragu-ragu, maka minta peserta lain untuk cuba membaca pula. Ulang sebanyak empat kali jika kelihatan peserta masih ragu-ragu dan akhirnya fasi tunjukkan jawapan beserta penerangan.

Objektif

* Fikir dahulu baik dan buruknya.

* Kita perlu berhati-hati dalam membuat satu tindakan.

* Dengar dahulu sebelum membuat tindakan.

Cerita :

Diceritakan pada satu masa dahulu, terdapat sebatang pokok ajaib di Negeri Tanjung Karma. Pokok itu bercabang tiga bermula di pangkal. Terdapat tiga cabang dahan pada cabang yang pertama di pangkal di mana pada cabang yang kedua daripada cabang yang kedua daripada cabang yang pertama di pangkal, terdapat dua cabang dahan yang lain.

Cabang yang kedua di pangkal mempunyai tiga cabang dahan. Terdapat dua cabang yang lain pada cabang yang ketiga daripada cabang yang kedua di pangkal dan pada cabang yang ketiga di pangkal poko, terdapat dua cabang dahan.

Pada cabang yang kedua daripada cabang kedua di cabang yang pertama yang berasal dari pangkal, terdapat tiga biji buah tetapi tiada dan pelepah. Terdapat tiga daun pelepah tetapi tiada buah pada cabang yang pertama daripada cabang ketiga di cabang kedua yang berasal daripada pangkal. Dan pada cabang yang pertama daripada cabang ketiga di pangkal, tiada buah dan pelepah tetapi terdapat tiga ekor monyet.

Aktiviti 2 : Persediaan untuk malam amal.

Masa : 2 jam

Kaedah

* Latihan bersama fasi

LATIHAN DALAM KELOMPOK 4

Masa : 1jam

Aktiviti 1: Saya OK

Masa : 30 minit

Bahan : Kertas A4 dan pen.

Objektif

* Menumpukan kepada kemahiran mengenal potensi diri.

* Melihat pegangan hidup peserta.

* Memastikanahli kelompok dapat mengenal pasti matlamat penglibatan sepanjang program.

Kaedah

* Peserta dikehendaki menulis saya ok pada pagi ini kerana…….

* Peserta dikehendaki menyenaraikan lima pernyataan positif tersebut.

* Fasi wujudkan suasana perbincangan dengan mengajukan soalan :

* Adakah sukar bagi anda untuk meluahkan pernyataan positif.

* Apa yang akan berlaku jika anda berfikiran seperti sedemikian.

* Apakah kesan yang paling teruk jika anda dalam situasi yang mempunyai tekanan.

Aktiviti 2: Penyerahan Surat Muhasabah

Masa : 15 minit

Bahan : Surat Muhasabah

Kaedah

* Peserta diminta untuk menyerahkan surat muhasabah kepada pasangannya.

* Peserta juga diminta untuk membuta ulasan mengenai surat tersebut.

Aktiviti 3: Kesimpulan

Masa : 15 minit

Kaedah

* Fasi membuat kesimpulan.

Latihan Dalam Kelompok ( LDK )

Slod 1 : Taaruf

Aktiviti 1 : Taaruf Berantai

Masa : 10 minit

Objektif

ü Mengenal ahli-ahli dengan lebih rapat.

ü Melatih peserta untuk mengingati nama-nama ahli dan juga fasi.

Kaedah

ü Fasi dan ahli-ahli kumpulannya duduk di dalam bulatan.

ü Fasi menerangkan tujuan kita mengenali sahabat-sahabat.

ü Fasi akan memperkenalkan dirinya dahulu dan kemudian barulah diikuti oleh anak buahnya.

ü Perkara yang perlu disebut adalah nama, panggilan manja, sekolah, latar belakang keluarga dan perkara-perkara yang difikirkan perlu.

ü Selepas giliran peserta pertama, peserta kedua hendaklah menyebut nama peserta pertama dahulu kemudian baru memperkenalkan dirinya.

ü Begitulah untuk peserta-peserta seterusnya secara berantai.

Atau

Aktiviti 2 : Taaruf Posmen

Masa : 10 minit

Objektif

ü Menghilangkan sifat pemalu peserta untuk bertanya ataupun memperkenalkan dirinya.

ü Menghilangkan rasa mengantuk dikalangan peserta atau ahli.

Kaedah

ü Fasi duduk di dalam bulatan kelompoknya.

ü Fasi menerangkan secara ringkas tujuan kita mengenali seseorang.

ü Ahli-ahli diminta untuk mengeluarkan kertas kosong.

ü Fasi memberi masa selama 5 minit kepada ahli-ahli untuk mendapatkan segala maklumat daripada semua ahli-ahli di dalam kelompoknya walau apa cara sekalipun.

ü Fasi akan memilih dikalangan peserta untuk membentangkan maklumat rakan-rakannya.

ü Fasi memberi kesimpulan bagaimana perasaan kita apabila orang mengenali diri kita.

Slod 2: Wasiat

Masa : 15 minit

Objektif

ü Merapatkan lagi hubungan ukhuwwah dikalangan peserta dan fasi.

ü Mengenal kelemahan dan kekurangan diri.

Kaedah

ü Peserta diminta mencari pasangan dikalangan ahli kelompok.

ü Fasi meminta setiap pasangan menulis keburukan dan kekurangan pasangannya di muka hadapan sekeping kertas.

ü Kemudian, dibahagian belakangnya dituliskan wasiat ataupun pesanan buat sahabat.

ü Fasi akan mengutip kembali kesemua kertas-kertas dan ahli diingatkan supaya tidak mendedahkan kepada pasangannya.

ü Fasi menyerahkan kertas-kertas tersebut kepada nama pemiliknya.

ü Fasi membuat rumusan.

Slod 3 : Pelan Tindakan

Masa : 35 minit

Objektif

ü Mengenal kekuatan diri.

ü Menyediakan diri bagi menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup.

ü Mengetahui persepsi keburukan diri dan harapan seorang sahabat.

Kaedah

ü Fasi akan menerangkan tujuan dan kaedah aktiviti 3K.

ü Peserta diminta menyenaraikan 3 kekuatan yang sedia ada dalam dirinya.

ü Setiap peserta diminta membentangkan kekuatan tersebut.

ü Fasi memberi kesimpulan terhadap kesemua aktiviti yang dijalankan.

MODUL BENGKEL PEMUDAHCARA BINA INSAN

ICE BREAKING (JEJAK INSAN)

Objektif

Ø Menanamkan sifat inginkan kawan dalam diri peserta

Ø Menyatukan peserta menjadi satu kelompok yang bersatu

Ø Membina semangat setiakawan dalam diri peserta

Ø Memecahkan peserta kepada beberapa kelompok kecil

Ø Melihat bagaimana perhubungan mereka sebelum ini

Gerak Kerja

Ø Fasi mengeluarkan kertas yang memastikan peserta mendata tandatangan daripada

ciri-ciri individu yang tertulis di kertas.

Ø Peserta dikehendaki mendapat tandatangan sebanyak 50 individu yang ciri-cirinya ada di kertas.

Ø Fasi akan melakukan proses penyatuan kelompok melalui kaedah ‘sinar nombor’.

Ø Kelompok dikehendaki 1) Namakan Kelompok 2) Etika Kelompok 3) Wujudkan ketua kelompok 4) Logo

LDK 1 (POHON / POKOK MUHASABAH DIRI)

Objektif

Ø Mengenal watak dan perilaku ahli lain

Ø Mewujudkan kejelikitan di kalangan ahli kelompok

Ø Mencari sifat sebenar ahli kelompok

Ø Bagaimana ingin mengetahui dan memahami tingkah laku dan perilaku ahli kelompok.

Gerak Kerja

Ø Peserta diberikan kertas A4 dan dikehendaki melukis pokok selain pokok pinang,

Ø pisang, kelapa sawit dan salak.

Ø Fasi mengumpul dan menafsirkan perwatakan ahli kelompok berdasarkan sifat yang ditunjukkan melalui lukisan pokok muhasabah tersebut.

Ø Dapatkan persetujuan ahli mengenai tafsiran yang dibuat ke atasnya.

Ø Asimilasikan dengan sifat atau akhlak yang baik atau sebaliknya.

LDK 2 (THE LAST GENERATION)

Objektif

Ø Melihat kepintaran kelompok memberi pendapat

Ø Memastikan kelompok mempunyai ide yang bernas

Ø Melihat bagaimana pencapaian inkuri ahli kelompok

Ø Disiplin ahli dengan peraturan yang telah ditetapkan

Ø Mendapatkan gambaran sebenar mengenai tahap kesabaran dan tolak ansur ahli

kelompok

Gerak Kerja

Ø Peserta dipecahkan kepada dua kumpulan besar jika peserta terdiri daripada lelaki dan perempuan, peserta akan dipecahkan kepada kumpulan mengikut jantina.

Ø Peserta dikehendaki memilih untuk menyelamatkan generasi terakhir di bumi untuk dipindah dan membangunkan satu planet baru.

Ø Daripada 12 individu terbabit, peserta hanya dikehendaki memilih 6 yang terbabit untuk dipindahkan ke planet baru.

LDK 4 (FESYEN KEPIMPINAN)

Objektif

Ø Memberi kesedaran bahawa pemimpin dan anak pimpinan akan sentiasa saling

Ø bergantungan

Ø Menanamkan sikap bertolak ansur dan mematuhi arahan selaras dengan tugas

Gerak kerja

Ø Ahli kelompok akan memilih seorang fasinya untuk dipakaikan dengan pakaian

Ø ciptaan kelompoknya

Ø Fasi akan mengikut sahaja setiap arahan yang diberikan oleh kelompok semasa

Ø proses penciptaan fesyen

Ø Pakaian yang dicipta daripada kertas yang berwarna warni oleh kelompok akan

Ø diperagakan oleh fasi . Ketua fasi akan memberi ulasan.

APRESIASI ALAM

Objektif

Ø Mewujudkan kejelikitan dan membuka minda peserta

Ø Memberi kesedaran akan pentingnya sifat kerjasama

Ø Mencungkil kemahiran dan kekuatan kognitif peserta

Ø Memberi ruang kegembiraan kepada peserta

Ø Melepaskan perasaan yang tidak menepati dengan bengkel

Gerak Kerja

1. Paku Millenium

Peserta dikehendaki meletakkan 13 batang paku di atas sebatang paku yang

tercacak di atas sekeping papan. Peserta akan dikehendaki membawa paku

tersebut sejauh jarak yang telah ditetapkan.

2. Mengapungkan Bata

Peserta akan dikehendaki mengapungkan bata dengan menggunakan 4 helai kertas A4. Apungan bata tersebut hendaklah melepasi tangan yang dihulurkan

melaluinya.

3. Belon Sifat

Peserta dikehendaki meniup belon dan mengikatnya dengan cantik dan paling

kreatif. Belon tersebut akan dijaga agar tidak dipecahkan oleh ahli yang lain.

Tertakluk kepada perubahan

JUMAAT, 14 MAC 2003

Ice-breaking : Mencari Rakan

Masa : 30 minit

Bahan : Kertas keras, pen

Objektif :

1. Memberi peluang kepada peserta untuk mengenali ahli kumpulannya dalam suasana yang menyeronokkan.

  1. Mengurangkan rasa rendah diri dan takut apabila berada dalam satu kumpulan yang berbeza umur.

Kaedah :

  1. Peserta-peserta diberi kad/keratan yang bergambar.
  2. Setiap kumpulan akan memiliki satu atau isyarat (mencantumkan kepingan-kepingan kad atau keratan) . Contoh bunyi ayam, bunyi katak dan sebagainya.
  3. Peserta dikehendaki mencari ahli kumpulan masing-masing seperti yang dinyanyikan/diisyaratkan.
  4. Apabila bertemu dengan rakan yang mempunyai bunyi atau isyarat yang sama, peserta perlulah memberi salam dan mengekori peserta tersebut dan terus mencari ahli kumpulan yang lain.
  5. Fasi perlu memastikan para peserta tidak bercakap atau sebagainya.
  6. Jika ada ahli kumpulan yang masih tidak menemui kumpulan masing-masing setelah masa tamat, mereka dikehendaki menyanyi dan kumpulan yang berkenaan akan menyambutnya.

Latihan Dalam Kelompok 1 (LDK I)

Objektif :

  1. Mengeratkan hubungan antara peserta dan fasilitator.
  2. Mewujudkan sifat setiakawan dan semangat kerjasama dalam kumpulan.
  3. Mewujudkan sifat keterbukaan dalam diri peserta.
  4. Menggalakkan individu memberi maklumbalas terhadap ahli kumpulan yang lain.

Aktiviti 1 : Salam Muhibbah

Masa : 10 minit

Kaedah :

  1. Fasi memperkenalkan diri dahulu.
  2. Diikuti oleh peserta.
  3. Fasi menutup mata salah seorang peserta.
  4. Peserta yang ditutup matanya dikehendaki meneka rakannya dengan sentuhan dan suara.

Aktiviti 2 : Impressi Kali Pertama

Masa : 20 minit

Kaedah :

  1. Peserta masih berada di dalam satu bulatan.
  2. Seorang daripada ahli diminta berdiri di tengah-tengah bulatan.
  3. Setiap ahli diminta membuat tanggapan tentang individu yang berada di tengah bulatan.
  4. Apabila semua ahli kumpulan telah memberikan impressi mereka, proses itu diulang sehingga semua ahli mendapat maklumbalas daripada ahli lain.

SABTU, 15 MAC 2003

Latihan Dalam Kelompok II

Aktiviti 1 : Resolusi

Masa : 10 minit

Objektif :

  1. Mengetahui tahap kefahaman peserta selepas Slot 2.
  2. Meningkatkan pengukuhan dan motivasi diri peserta.
  3. Mengenal pasti kelemahan diri peserta.

Kaedah :

  1. Ahli-ahli duduk di dalam satu bulatan.
  2. Setiap ahli diminta membuat satu rumusan.

Aktiviti 2 : Beg Kendiri

Masa : 1 jam

Bahan : Kertas Mahjong, pen marker, gam, gunting, majalah dan akhbar lama.

Objektif :

  1. Meningkatkan keyakinan diri ahli kumpulan.
  2. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri setiap kumpulan.
  3. Mengenal pasti tanggungjawab sebagai pengawas.

Kaedah :

  1. Setiap kumpulan mendapat dua helai kertas mahjong.
  2. Fasi dikehendaki memecahkan kumpulannya kepada 2 kumpulan kecil.
  3. Dengan daya kreativiti masing-masing, setiap kumpulan diminta membuat sebuah beg.
  4. Fasi mengarahkan peserta menggunting gambar / huruf / perkataan di dalam akhbar lama yang berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab serta kelemahan dan kekuatan sebagai seorang pengawas.
  5. Gambar / Huruf / Perkataan yang menggambarkan kekuatan dan tanggungjawab ditampal di luar beg manakala gamabar / huruf / perkataan yang menunjukkan kelemahan disimpan di dalam beg.

Perbincangan :

  1. Ahli kumpulan diminta menerangkan tentang beg kumpulannya.
  2. Fasi menggalakkan ahli kumpulan bertanya soalan.

Rumusan :

  1. Kekuatan dan tanggungjawab seorang pengawas boleh dilihat dan ditonjolkan.
  2. Kelemahan seorang pengawas perlu disimpan dan diperbaiki.
  3. Tanggungjawab berpunca daripada kekuatan dan kelemahan seorang pengawas.

Aktiviti 3 : Soal Selidik Diri

Masa : 20 minit

Bahan : Borang soal selidik

Objektif :

  1. Mengenal pasti kejujuran peserta.
  2. Mengesan kelemahan dan keutan dalam diri peserta.

Kaedah :

  1. Kedudukan masih dalam keadaan bulatan.
  2. Fasi akan memberikan sedikit taklimat berkenaan borang soal selidik.
  3. Fasi meminta setiap ahli kumpulan untuk mengisi borang soal selidik.

MODUL 1

Aktiviti 1 : Muslim Cemerlang Ummah Gemilang

Masa : 1 jam

Bahan : Kertas mahjong, marker pen dan gam.

Objektif :

  1. Membuka pemikiran peserta ke arah perbincangan dan pemahaman.
  2. Mengenal pasti kemampuan peserta di dalam melakarkan sesuatu yang diusulkan.

Kaedah :

  1. Fasi akan membacakan cerita yang diarahkan.
  2. Semua peserta diminta membuat lakaran berdasarkan arahan fasi.

Cerita :

“Man, hang mai sini nak tidoq ka nak baca buku ?”. “Aku memang setai nie, mula-mula tidoq, lepaih tu baru studi.”

Begitulah suasana Samad dan rakannya yang baru mula menumpukan study kerana exam yang sudah dekat, di sebuah pulau yang agak jauh dari rumah mereka. Pulau tersebut menjadi pilihan lantaran suasananya indah dan permai dengan pembangunan yang menggagumkan. Selesai mereka berceloteh, mereka meneruskan study mereka.

“Bedegum !!!! Begedum !!!! Peng !!! Peng !!!!”

Kedengaran bunyi letupan yang dahsyat di sana-sini.

“Woi, lari woi !”. “Selamatkan diri masing-masing…”. “Masuk ke bilik rahsia dekat sini, cepat……”, jerit Man kepada kawan-kawannya.

Mereka bergegas masuk ke dalam bilik rahsia tersebut dan bersembunyi beberapa ketika…..Selamat…..Panas…..Sunyi….

“Keriok……”, kedengaran bilik bawah tanah dibuka oleh seseorang dan kesemua sahabat ini keluar dari situ sambil memerhatikan dunia yang sudah berubah menjadi padang jarak padang terkukur. Di sana-sini mayat bergelimpangan di bawah runtuhan bangunan.

“Samad, bot kita dah musnah la….Macam mana nak balik nie ???”, pekik Murad. “Apa..!!!!”, kata mereka serentak. “ Tidak….Tidak…Aku nak balik jugak…..Mama nak balik.”, pekik Man. “Woi, diam la budak”, jerit Murad. “Ish….Macam mana nak buat nie…”, kata si Samad.

Keadaan menjadi tidak terkawal setelah mengetahui mereka kehilangan kenderaan untuk pulang. Mahu tidak mahu, mereka perlu menyusun satu tindakan bagaimana hendak meneruskan hidup di pulau ini. Mereka terpaksa membangunkan kembali pulau tersebut dengan menggunakan duit dan bekalan yang mereka ada, iaitu RM 100,000 hasil simpanan bersama atau mereka mencipta sebuah bot lalu berangkat pulang ke rumah masing-masing meninggalkan mayat-mayat dan pulau tersebut tanpa ada sedikitpun rasa tanggungjawab.

Aktiviti 2 : Pembentangan

Masa : 1 jam 30 minit.

Objektif :

  1. Menambahkan keyakinan peserta untuk berucap di khalayak ramai.
  2. Memperlihatkan kemahiran berdebat.

Kaedah :

  1. Fasi meminta setiap kumpulan untuk membentangkan hasil ciptaan mereka.
  2. Masa yang diperuntukkan untuk setiap kumpulan adalah 10 minit.

MODUL 2

Aktiviti : Strategi dan Perancang

Masa : 2 jam

Bahan : Duit kertas

Objektif :

  1. Menambahkan kemahiran peserta untuk mempertahankan hujahnya.
  2. Menanamkan sifat tanggungjawab peserta untuk memelihara maruah kumpulannya.

Kaedah :

  1. Masih menggunakan bahan Modul 1 (lakaran pembangunan pulau).
  2. Setiap kumpulan dipecahkan kepada 2 kumpulan kecil (A dan B).
  3. Kumpulan A: Strategi.
  4. Kumpulan B: Perancang.
  5. Tugas strategi adalah untuk merangka soalan berdasarkan kelemahan lakaran pembangunan pulau kumpulan lain dan akan berhujah dengan kumpulan perancang dari kumpulan lain.
  6. Manakala tugas perancang adalah sebagai pertahanan untuk mematahkan soalan dan hujuh daripada kumpulan strategi (kumpulan yang berbeza).
  7. Setiap ahli akan dibekalkan dengan duit kertas sebagai maruah kumpulan.
  8. Mana-mana kumpulan atau ahli samada dari kumpulan strategi maupun perancang yang tewas berhujah akan menyerahkan maruah kumpulannya.

MODUL RIADHAH

Aktiviti 1 : Pusingan Roda

Masa : 30 minit

Objektif :

  1. Meningkatkan kefahaman peserta melalui kerjasama dalam kumpulan.
  2. Meningkatkan keyakinan diri.

Kaedah :

  1. Fasi meminta ahli kumpulan berdiri dan membentuk satu bulatan.
  2. Dalam bulatan, peserta akan berpusing mengikut arah jam.
  3. Fasi meminta peserta dihadapan duduk di atas peha peserta dibelakangnya.
  4. Fasi kemudian mengarahkan peserta berjalan sambil duduk dalam bultan tadi.
  5. Untik lebih menarik, aktiviti ini boleh dijalankan dalam kumpulan yang besar atau diadakan pertandingan di antara kumpulan.

Aktiviti 2 : Berita Sensasi

Masa : 30 minit.

Bahan : Kertas yang ditulis dengan berita dimasukkan ke dalam sampul surat.

Objektif :

  1. Menyedarkan peserta bahawa penyakit mudah percaya kepada khabar angin adalah gejala yang perlu dihapuskan.
  2. Maklumat yang disampaikan dari mulut ke mulut adalah tidak semestinya tepat.

Kaedah :

  1. Fasi menyediakan potongan karangan.
  2. Asingkan peserta di antara satu sama lain.
  3. Fasi berikan petikan karangan kepada peserta yang pertama.
  4. Beri penerangan sehingga ia benar-benar faham dan mengingati apa yang ditunjukkan.
  5. Panggil peserta yang kedua untuk menerima mesej yang ingin disampaikan.
  6. Setelah semuanya menerima mesej, peserta yang terakhir diminta untuk menulis kembali mesej yang diterimanya.
  7. Tanya kepada semua peserta mengapa mesej yang diterima berbeza-beza.

Petikan :

Dalam perjalanan saya ke bandar pagi semalam dalam hujan yang tidak berapa lebat saya nampak sebuah kereta Datsun putih datang dengan laju dari utara. Kereta itu membelok ke kiri di persimpangan jalan dan berlanggar dengan sebuah kereta Toyota merah yang hendak menuju ke selatan. Sebuah lori tidak sempat berhenti lalu melanggar kereta Datsun tadi. Pemandu lori dimasukkan ke hospital.`

Falsafah :

  1. Berita yang disampaikan dari mulut ke mulut tidak tepat / semestinya tepat.
  2. Jangan mudah percaya dengan khabar angin kerana ianya sangat merbahaya.
  3. Bila merasakan keraguan apabila mendengar yang disampaikan, hendaklah mencari sumber yang asal.
  4. Jangan suka menyalahkan orang lain, lihat kelemahan diri sendiri dan cuba memperbaikinya.
  5. Adalah lebih baik menyampaikan sesuatu maklumat itu secara bertulis.

Sila JANGAN bercakap dengan sesiapa atau melihat kertas orang lain. Buat kerja dengan cepat tetapi berhati-hati. Anda hanya mempunyai masa 3 minit sahaja untuk menghabiskan ujian ringkas ini. Sila baca dengan teliti dan jawab dengan berhati-hati.

1. Sila letakkan ibu jari tangan kanan anda di hujung hidung.

2. Kemudian, angkat tangan kiri anda setinggi yang boleh sambil menyebut perkataan Subhanallah sebanyak 3 kali.

3. Letakkan tangan kanan anda di dada.

4. Urut perlahan-lahan dada anda sebanyak 5 kali sambil menyebut perkataan Alhamdulillah sebanyak 5 kali.

5. Pegang tapak kaki kiri anda dengan tangan kanan sambil merungut “ Aduh…Lemahnya iman aku hari ini.”

6. Kemudian, letakkan tapak tangan kiri anda di atas kepala sambil melafazkan kalimah Allahuakhbar sebanyak 2 kali.

7. Sila pegang bahu kanan kawan di sebelah kiri anda.

8. Berapakah hasil darab 2 dengan 8.

9. Sebutkan nama rasul kita yang terakhir.

10. Sebutkan Masya-Allah sebanyak 5 kali sambil menggeleng-gelengkan kepala ke kiri dan ke kanan.

11. Duduk dalam keadaan tahiyyat awal dan sila sebutkan “Saya anak yang soleh”.

12. Sebutkan rukun Islam yang ketiga dan rukun Iman yang keempat.

13. Bisikkan ke telinga kawan di sebelah kanan perkataan “Aku kasih kepadamu sahabat”.

14. Campurkan 44 dengan 56.

15. Sila bacakan ayat tersebut, “Hari ini aku bertuah kerana dapat menunaikan sembahyang Maghrib berjemaah.”

16. Sebenarnya, anda tidak perlu menjawab kesemua soalan. Anda hanya perlu berdiri tegak dan lafazkan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar sebanyak 3 kali sahaja.

17. Dimanakah terletaknya Bandar Diraja Kuala Kangsar.

Pengertian fasilitator

A Sebagai pemudahcara

A Sebagai seorang abang atau kakak

A Bukan sebagai seorang guru yang sedang mengajar

A Untuk berkongsi pengalaman

A Menjadikan diri sebagai seorang yang dipercayai

A Kalau boleh menjadi tempat rujuk,tempat mengadu hal peribadi dan seumpamanya.

Peranan seorang fasilitator

A Memperkenalkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ada dalam diri pelajar.(contohnya teknik belajar)

A Memberi alternative penyelesaian bagi masalah pelajar

A Mewujudkan nilai mulia dalam diri pelajar

A Memotivasikan pelajar

Tugas-tugas seorang fasilitator

A “ Ice-breaking” atau mewujudkan kemesraan dikalangan ahli dan juga fasilitator

A Mewujudkan kepercayaan di antara ahli dan juga fasilitator ( contoh, fasi terlebih dahulu sanggup menceritakan pengalaman hidupnya kepada ahli)

A Mengambil berat terhadap kebajikan ahli

*Perlu diingat bahawa kemesraan dan kepercayaan adalah kunci utama dalam mewujudkan sebuah kumpulan yang bermakna.

Kemahiran berkomunikasi

A Fasilitator dinasihatkan menggunakan gantinama seperti abang,kakak,adik-adik dan sebagainya.

A Jika hendak panggil nama seseorang ,panggillah dengan nama manja tersebut.

A Gaya pengucapan atau diskusi janganlah seperti gaya pengucapan seorang guru.

A Pengucapan mestilah seperti perbualan biasa di antara abang/kakak dengan adik-adiknya.

Perkara-perkara penting

A Fasilitator dinasihatkan agar tidak banyak berdiri dan mengelilingi bulatan kerana ia akan mengganggu tumpuan ahli-ahli kumpulan.

A Jika boleh,tiada halangan fizikal diantara fasi dan ahli.

A Elakkan terlalu series,teka-teki dan banyak ketawa dengan ahli dan fasi mestilah pandai dan bijak menyesuaikan diri dengan masa dan situasi.

A Jangan berceramah berlebihan

A Menyebut perkara penting berulang kali ( 3 kali)

A Menerima segala pandangan dan jawapan setiap ahli walaupun pandangan atau jawapan itu salah.

A Jangan sesekali menyatakan bahawa pandangan dan jawapan yang dikemukakan ahli salah kerana ianya akan melentur dan mematikan semangat pelajar.

A Menyesuaikan pertuturan,bahasa dan isi ucapan dengan tahap pendengar.

A Hendaklah menyesuaikan nada suara mengikut keadaan bercakap perlahan dan lembut ketika menyelesaikan masalah.

A Jangan menunjukkan bahawa kita tidak tahu jika ditanya oleh ahli kumpulan kerana ia akan menyebabkan hilangnya penghormatan ahli kepada fasi.

A Dalam perbincangan ,banyakkan mencungkil apa yang ada dalam minda pelajar supaya diluahkan segalanya dan jangan sesekali tidak menghargai pendapat mereka.

CIRI-CIRI FASILITATOR

A Berpakaian kemas mengikut aktiviti yang dijalankan

A Mempamerkan peribadi yang kemas seperti rambut pendek dan berpakaian kemas

A Menunjukkan daya kepimpinan yang menyakinkan

A Mampu menggerakkan ahli kumpulan sebagai kumpulan yang berdaya maju dan aktif

A Mampu menyelami hati ahli kumpulan terutama yang berkaitan dengan masalah –masalah yang ditimbulkan.

A Mempamerkan akhlak Islam yang baik.

A Sentiasa mendampingi adik-adik dengan tujuan penyampaian kefahaman Islam dapat berterusan dan dufahami dengan lebih berkesan.

A Perlu aktif dan cepat dalam merumuskan dan menunjukkan jalan penyelesaian jika ahli-ahli kumpulan mempunyai masalah.

A Sentiasa menjaga dan menepati waktu aktiviti

A Menghormati dan mengasihi ahli kumpulan seperti adik kandung sendiri.

A Menegur kesalahan-kesalahan ahli kumpulan dengan cara yang terbaik dan penuh hikmah.

A Bercakap dengan penuh lemah-lembut dan menggunakan perkataan yang mudah difahami.

A Sentiasa senyum dan berwajah manis walaupun banyak tugas dan masalah harus hadapi

About these ads

~ oleh ANUAR AHMAD di Februari 24, 2009.

48 Respons to “Modul 2”

  1. sangat berguna. thanks!!

  2. salam,mohon izin untuk copy modul2 diatas

  3. salam… mohon izin utk copy modul 2 ni sbgi rujukn… thanx…

  4. salam,mohon izin utk guna ldk2 di atas

  5. saya mohon izin utk copy modul2 ini sbg rujukan tq

  6. berguna…minta izin nak guna…terima kasih

  7. salam…..minta izin copy yea..

  8. salam….mohon izin…nak guna modul nie…tq…kalau ada modul lain….leh emailkan x pada saya….annor_84@yahoo.com
    thankssss

  9. mohon copy yerr=) tQ=)

  10. minta kebenaran daripada tuan blog untuk aplikasi modul ini ke LDK sekolah saya ya..terima kasih

  11. MOhon kebenaran copy modul di atas untuk program kemasyarakatan..Program bg Persatuan Pembimbing Masyarakat Sejahtera…ppms.phg.blogspot

  12. salam. minta izin copy. boleh?

  13. salam!mohon izin guna modul ni…

  14. Salam…mtk izin utk guna modul sbg pnduan..

  15. salam..minta izin utk guna modul ni..

  16. salam. Mohon izin untuk copy modul ni. Modul yg sgt brguna. Trimas

  17. salam elaik… mohon menggunakan modul dalam entry ya..

  18. salam..minta izin gak ye..

  19. salam..minta izin guna modul ini sebagai rujukan

  20. salam, mohon izin untuk copy modul n yea cz saya akan gunakan unt ldk saya 6t.

  21. Salaam. Saya copied modul ini. Mohon halalkan. Syukran.

  22. salam tuan.. mohon untuk dikongsikan.. dan digunakan untuk rujukan dan panduan :) terima kasih..

  23. salam. mohon kebenaran untuk gune modul. thank you :)

  24. syukran!! sgt2 bguna….:)

  25. SALAM. SAYA MINTAK IZIN GN SUME MODUL2 NI. MUDAH2N EMPUNYA BLOG DAPAT BANYAK PAHALA KERANA BERKONGSI ILMU NI. KALO X KEBERATAN NAK MTK PELBAGAI MODUL YANG LAIN, SEND KAT EMAIL SY, miftahuljamilah_87@yahoo.com

  26. mohon saya copy. semoga ALLAH rahmati kebaikan tuan

  27. salam. mintak izin guna modul ni. agak menarik.

  28. asmkum…minta izin untuk mengunakan modul ini….amat menarik..mungkin dapt membantu para pelajar..insyaallah…

  29. asmkum…mintk izin untuk mngunakan modul ini…

  30. sangat berguna dan kreatif..syabas

  31. salam… mohon izin utk copy modul 2 ni sbgi rujukn…untuk kursus kepimpinan sk. thanx…

  32. mohon izin copy modul diatas, untuk rujukan.. Terima kasih kerana sudi berkongsi

  33. mohon share ea=)

  34. satu modul yang menarik! mohon izin ambil sedikit idea ya! salam :)

  35. nice modul,,mohon copy boleh?

  36. salam…mohon tuk copy…

  37. mohon copy

  38. Assalam,mnta izin copy…sykran..

  39. mohon share yer…

  40. assalamualaikum….mohon izin guna modul ni….

  41. mohon izin untuk copy ye…. =)

  42. salam …m0hon copy ya..syukran kathir,,

  43. mohon untuk share info ni

  44. assalamualaikum, mohon izin copy

  45. Terima kasih atas bahan yang diberi…Izinkan saya dan kwn2 mengaplikasikan nya…

  46. mohon untuk copy,. bole?

  47. mekasih sbb sudi share modul2 ni.. mitak guna yer ^^

  48. SALAM…MOHON GUNAKAN LDK NI BOLEH?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: