PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

Cabaran Menjadi Teruna

Teruna adalah zaman peralihan dari dunia kanak-kanak lelaki ke alam dewasa lelaki. Pada masa ini berlaku perubahan dari segi fizikal, emosi dan psikologi yang boleh menimbulkan tandatanya mengapa perubahan ini berlaku dan apakah rahsia di sebaliknya?

Walaupun kebanyakan teruna berjaya menjalani alam remaja dengan baik, ada juga sesetengah teruna merasa takut dan tertekan dengan perubahan yang mereka alami.

Setiap lelaki akan melalui era peralihan ini dengan kadar yang berbeza. Penyesuaian kepada perubahan semasa alam teruna sepatutnya lebih menyakinkan sekiranya kita mengetahui perubahan-perubahan yang berlaku kepada kita.

Penyesuaian kepada perubahan-perubahan semasa alam teruna sepatutnya tidak sukar, malah menyeronokkan.

Perubahan alam teruna

Secara umumnya perubahan bentuk tubuh, emosi dan psikologi mula terjadi pada usia 11 tahun dan berakhir pada usia 19 tahun. Bagaimanapun perubahan ini juga boleh berlaku lebih awal atau lebih lewat. Selain dari itu setiap teruna tidak perlu merasa tersisih sekiranya kadar pertumbuhan mereka tidak sama kerana setiap teruna membesar dengan kadar mereka sendiri.

Semasa saya membesar, saya berubah.

Pada masa ini teruna mungkin mula menyedari perubahan fizikal luaran yang berlaku. Sebenarnya terdapat banyak perubahan lain yang tidak disedari oleh remaja berlaku di dalam tubuhnya. Pada masa ini kelenjar pituitari yang terdapat di dasar otak mula mengeluarkan hormon yang merangsang pertumbuhan tubuh badan teruna.

Salah satu hormon yang paling penting bagi teruna adalah hormon testosteron. Hormon ini bertanggungjawab terhadap pembentukan ciri-ciri kelelakian seperti pertumbuhan bulu di muka, dada, ketiak, kawasan ari-ari dan di kaki. Hormon testosteron juga bertanggungjawab bagi pembesaran anggota seksual luaran lelaki dan pembentukan sperma oleh testis.

Mengenali perubahan fizikal alam teruna

Mengetahui perubahan-perubahan yang berlaku akan menjadikan anda lebih yakin dan selesa dengan diri anda yang baru. Perubahan-perubahan ini berbeza antara individu.

10 – 13 tahun

  • Badan bertambah gagah
  • Otot-otot membesar
  • Bahu melebar
  • Dada menjadi bidang
  • Suara menjadi garau
  • Skrotum membesar
  • Kulit skrotum bertambah kasar dan berwarna gelap
  • Saiz zakar membesar

14 – 17 tahun

  • Tubuh bertambah tinggi
  • Bulu ari-ari tumbuh dan bertambah lebat
  • Skrotum semakin membesar
  • Kulit skrotum semakin kasar
  • Saiz zakar semakin membesar
  • Jerawat mula tumbuh
  • Mengalami mimpi ghairah (wet dream)

18 – 19 tahun

  • Ketinggian bertambah
  • Bulu tumbuh di ketiak dan mungkin di bahagian dada
  • Misai dan janggut mula tumbuh
  • Warna kulit skrotum bertambah gelap
  • Saiz zakar semakin membesar

Menerima dengan redha bentuk tubuh yang baru akan membantu teruna meningkatkan keyakinan dan ketrampilan diri.

Sistem reproduktif teruna

Mengenali sistem reproduktif teruna

Organ-organ sistem reproduktif teruna terdiri dari :

  • Zakar
  • Testis
  • Skrotum
  • Kelenjar prostate
  • Duktus sperma
  • Vesikal seminal

Zakar – Organ yang boleh mengendur dan mengembang akibat sesuatu rangsangan. Berfungsi menyalur keluar air kencing dan air mani.

Skrotum – Pundi lembut yang mengampu dan melindungi testis. Berfungsi untuk mengawal suhu sekitaran testis, agar lebih sejuk dari suhu badan. Skrotum akan mengembang supaya testis akan berada jauh dari badan apabila suhu badan meningkat. Skrotum akan mengecut dan testis akan berada berhampiran tubuh apabila suhu/cuaca sejuk.

Testis – Kelenjar yang menghasilkan sperma (benih lelaki). Terdapat sepasang testis iaitu di kiri dan di kanan. Testis juga mengeluarkan hormon testosteron bagi mengekalkan sifat kelelakian.

Kelenjar – Kelenjar yang menghasilkan cecair lekit yang membantu sperma disalirkan.

Prostate dan Vesikal seminal – Cecair ini bercampur dengan sperma dipanggil air mani

Duktus sperma – Saluran yang membawa sperma dari testis ke vesikal seminal.

Panduan penjagaan organ reproduktif

  • Bersihkan tubuh badan termasuk organ reproduktif dua kali sehari dengan sabun dan air
  • Gunakan seluar dalam bagi menampung zakar dan skrotum
  • Pilih seluar dalam yang sesuai dengan saiz tubuh
  • Penggunaan seluar yang terlalu ketat menyebabkan ketidakselesaan, menyakitkan atau boleh memusingkan kedudukan testis serta menyebabkan kepanasan
  • Kepanasan yang berlarutan boleh mengganggu fungsi normal testis.

Kenali masalah organ reproduktif teruna

“Undescended Testis”

Satu keadaan di mana salah satu atau kedua-dua testis tidak turun ke dalam skrotum.

“Hydrocele”

Satu keadaan di mana skrotum kelihatan membengkak akibat pengumpulan cecair dalam selaput skrotum.

Hernia

Hernia adalah keadaan di mana sebahagian dari usus telah turun dan memasuki dalam selaput skrotum. Ini berlaku apabila dinding abdomen tidak kuat atau tidak normal.

Semua masalah di atas perlu perhatian dan rawatan awal.

Peringkat awal 10 – 14 tahun

  • Bersifat logikal
  • Sentiasa berperasaan ingin tahu. Mempunyai banyak persoalan seperti “mengapa” dan “kenapa” sesuatu perkara terjadi.
  • Bersifat lasak, lebih bertenaga dan suka meneroka cabaran.
  • Masih bersifat keanak-anakan.
  • Mempunyai hubungan kekeluargaan yang kukuh dan biasanya akan berbincang masalah dengan ibu bapa.

Peringkat pertengahan 15 – 17 tahun

  • Mula mengutamakan rakan sebaya dari ahli keluarga dalam kebanyakan hal dan persoalan harian.
  • Mencari identiti diri dalam membentuk keperibadian menjelang kedewasaan.
  • Mula berfikiran abstrak di mana objek nyata dapat digambarkan dalam bentuk simbolik dan grafik.

Jika identiti diri dan keupayaan berfikir secara abstrak tidak dibimbing dengan sewajarnya, teruna boleh bersifat agresif dan liar.

Peringkat akhir 18 – 19 tahun

  • Telah mengenali dan menghayati identiti dirinya yang sebenar.
  • Ikatan dengan rakan sebaya berkurangan dan mula beralih kepada gadis yang rapat dengannya.
  • Keupayaan berfikir lebih terbuka dan mula berfikir untuk masa hadapan.

Daya fikiran dan imaginasi seharusnya digunakan untuk kepentingan pelajaran dan kerjaya.

Mimpi ghairah

Mimpi ghairah berlaku semasa seorang teruna tidur dan mendapat mimpi yang menghairahkan seperti bermesra atau melakukan hubungan seksual dengan seorang gadis. Bila terjaga dari mimpi, didapati telah berlaku ejakulasi (terpancutnya air mani) dan terdapat tompokan lendir di kain atau seluar dalam.

Mimpi ghairah yang pertama adalah tanda seorang teruna mencapai usia baligh. Anda tidak perlu risau kerana semua lelaki samada tua atau muda mengalami mimpi ghairah. Dapatkan penerangan dan nasihat dari orang dewasa yang anda percayai sekiranya mempunyai kemusykilan berhubung mimpi ghairah.

Berkhatan

Amalan berkhatan adalah satu amalan yang meluas yang diamalkan di kalangan lelaki khususnya penganut agama Islam. Berkhatan adalah satu proses di mana kulit khatan (kulit yang menutup kepala zakar) dibuang dengan menggunakan teknik yang selamat. Prosedur ini tidak menyakitkan dan sembuh dalam masa 3 – 7 hari.

Merancap (Onani)

  • Merancap adalah perilaku yang tidak sihat untuk mendapatkan keghairahan seks secara menyentuh kemaluan dengan tangan atau menggunakan benda tertentu sehingga mencapai puncak syahwat (orgasm) yang diikuti dengan pengeluaran air mani.
  • Satu perilaku yang perlu dielakkan oleh teruna.
  • Perilaku ini boleh memudaratkan kesihatan fizikal dan mental jika dipengaruhi oleh dorongan nafsu dan dilakukan berulang-ulang kali.
  • Ini mengakibatkan letih yang berpanjangan akibat kurang tidur dan mengganggu pelajaran dan kehidupan harian.
  • Mengakibatkan gangguan mental termasuklah kemurungan dan tekanan mental akibat tidak mencapai impian.
  • Boleh menimbulkan rasa bersalah dan berdosa yang berpanjangan.
  • Perkara ini perlu dibincang dengan fikiran terbuka agar segala perasaan takut dan sangsi dapat diatasi.

Renungan teruna

Semasa remaja anda mungkin tertarik kepada seorang gadis. Ada di kalangan teruna menganggap apabila bercinta, gadis perlu mengorbankan daranya bagi membuktikan cintanya. Tanggapan yang silap ini menyebabkan gadis menjadi mangsa dorongan seksual teruna.

Dara membawa maksud bahawa seseorang yang tidak melakukan hubungan seksual sehinggalah beliau berkahwin. Kehilangan dara sering dikaitkan dengan moral yang rendah di kalangan gadis. Tahukah anda sebenarnya teruna juga perlu menghargai anugerah dara kepadanya yang diberi oleh Tuhan.

Seharusnya dalam percintaan, teruna perlu :

  • Menghormati nilai dan maruah diri teman wanita mereka
  • Memelihara nilai percintaan yang dijalin dengan tidak mendesak teman wanitanya melakukan hubungan seksual bagi membuktikan cinta
  • Memahami cinta tidak bermakna mengadakan hubungan seksual

Amalan cara hidup sihat

  • Membina kekuatan peribadi (inner strength) dengan pendekatan agama.
  • Meluangkan masa untuk menilai kelemahan yang ada pada diri, dan membina keazaman untuk memantapkan keyakinan serta harga diri
  • Makan dengan cara yang sihat dan teratur
  • Bersenam secara berkala dan meluangkan masa berekreasi supaya membentuk tubuh yang sihat dan minda yang cerdas
  • Memastikan masa rehat dan tidur yang mencukupi
  • Mengelakkan dari mendekati perkara-perkara yang boleh merangsang dorongan seks seperti menonton atau membaca majalah lucah.
  • Menjauhi dari merokok

Teruna dan tingkahlaku berisiko

Perasaan ingin tahu dan sifat ingin mencuba adalah sebahagian dari perkembangan semasa alam remaja. Sikap ini akan membantu teruna menjadi seorang dewasa yang dapat membezakan perlakuan yang baik dengan buruk. Nilai positif yang ada pada teruna ini perlu dibimbing oleh golongan dewasa. Kegagalan teruna untuk mengawal perasaan boleh mendorong teruna melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan dadah dan arak, vandalisma, pergaduhan, penglibatan dalam lumba haram serta hubungan seksual rambang.

Kesan tingkahlaku teruna yang tidak sihat dimanifestasikan sebagai :-

  • Kecederaan akibat kemalangan
  • Ketagihan rokok, arak dan dadah
  • Jangkitan penyakit kelamin dan HIV/STI
  • Jenayah juvana
  • Tekanan mental

Teruna dan keluarga

Anda adalah sebahagian dari keluarga dan anda bertanggungjawab menjalankan peranan yang sewajarnya

  • Hormat-menghormati ahli keluarga terutama ibu bapa
  • Menjalin hubungan mesra bersama keluarga
  • Meluangkan masa bersama keluarga
  • Menumpukan perhatian kepada pelajaran
  • Berkongsi perasaan dan masalah bersama keluarga

Gangguan seksual terhadap teruna

Tahukah anda teruna juga boleh mengalami gangguan seksual samada di sekolah atau pun di tempat kerja sebagaimana gadis. Secara umumnya gangguan seksual ini juga termasuk dalam kategori buli yang melibatkan seksual. Gangguan seksual bukan terhad kepada perbuatan seperti meraba dan merogol semata-mata. Gangguan seksual merangkumi mengeluarkan perkataan atau mempamerkan tanda-tanda berunsur seksual atau lucah yang mengganggu perasaan orang lain. Kadang-kala gangguan seksual menjadi keterlaluan sehingga menimbulkan persekitaran kerja atau belajar yang tidak sihat dan mengganggu fungsi (performance) seseorang teruna. Gangguan seksual yang berlarutan akan menjejaskan kesihatan mental dan fizikal anda.

Jangan beranggapan ianya adalah satu gurauan yang akan berhenti. Ingat, sekiranya anda memberi reaksi yang salah, anda akan terus menjadi mangsa gangguan seksual. Anda berhak untuk tidak diganggu secara seksual. Laporkan gangguan ini kepada guru, Pengetua sekolah atau majikan sekiranya anda diganggu.

Gangguan terhadap teruna

Sekiranya anda seorang yang suka mengganggu teruna atau gadis di sekolah atau di tempat kerja, anda perlu tahu :

  • Tidak ada orang yang mahu dirinya dihina atau diganggu
  • Kebiasaannya teruna yang suka mengganggu orang lain mempunyai kelemahan diri. Oleh kerana tidak mahu orang lain tahu kelemahannya, dia akan mencari kelemahan orang lain agar kelemahannya tidak didedahkan.
  • Gangguan seksual adalah satu jenayah dan anda boleh dikenakan hukuman sekiranya anda ditangkap.

Contoh-contoh gangguan adalah :

  • Diejek apabila anda lalu di hadapan sekumpulan gadis
  • Dipanggil “sissy” oleh teman-teman
  • Ditunjuk simbol-simbol yang berunsur lucah
  • Dicubit/raba tanpa sebab seperti dipinggul atau paha
  • Seseorang memandang anda dengan senyum sambil menjilat bibir

Jadilah diri anda

Ramai teruna berangan-angan untuk menjadi seperti idola mereka, mempunyai kemewahan, tubuh yang sasa dan kacak serta dikelilingi oleh gadis jelita. Namun begitu tidak semua yang diimpikan akan menjadi kenyataan. Ramai teruna menjadi kecewa apabila mereka gagal untuk mencapai keinginan yang dihajati. Oleh itu, teruna perlulah bersifat realistik dalam menetapkan tujuan dan arah hidup di alam remaja. Teruna yang mempunyai wawasan akan dapat mengharungi alam remaja dan mampu membezakan antara impian dan kenyataan. Teruna perlu menyedari tahap kemampuan diri sendiri dan seterusnya berusaha membentuk peribadi berpandukan nilai diri, ugama dan budaya. Pada zaman remaja, teruna harus menggunakan kesempatan untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi alam dewasa kelak.

Kemusykilan mengenai masalah teruna. Hubungi klinik kesihatan yang berhampiran dengan anda atau dapatkan maklumat lanjut dengan membaca buku-buku berhubung perkembangan alam teruna atau layari halaman-halaman yang berfaedah berhubung teruna di dalam internet.

Ingin tahu status kesihatan anda?

Jawablah soalan-soalan berikut :-

  • Saya berpuas hati dengan diri saya
  • Saya bersenam/berekreasi sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
  • Saya mengekalkan berat badan unggul
  • Saya minum susu setiap hari
  • Saya makan malam bersama ahli keluarga yang lain
  • Saya mampu katakana TIDAK pada rokok, arak dan dadah
  • Saya mampu menolak pelawaan untuk melakukan aktiviti yangberbahaya dari rakan-rakan sebaya
  • Saya menggunakan topi/tali keledar apabila menaiki motosikal/kereta
  • Saya mampu berkomunikasi secara berkesan dengan ibu bapa saya
  • Saya mampu berkomunikasi secara berkesan dengan rakan-rakan sebaya
  • Saya mempunyai hubungan yang erat dengan ahli keluarga saya
  • Saya berkongsi masalah saya dengan orang yang saya percayai
  • Saya tidak mempunyai masalah dengan teman wanita/lelaki istimewa saya
  • Saya mempunyai masa depan yang cerah

Sekiranya anda menjawab tidak pada mana-mana soalan, cuba perbaiki keadaan ini dengan mendapatkan pertolongan dari guru, ibubapa atau orang dewasa yang anda percayai. Penyelesaian awal akan menjadikan anda teruna yang yakin dengan diri sendiri.

  • Remaja usia mengasah potensi
  • Esok dewasa berwawasan tinggi
  • Mulakan amalan cara hidup sihat
  • Alah bisa tegal biasa
  • Jadi panduan kesihatan diri
  • Ayuh, kawan-kawan apa tunggu lagi

SATU PENDEKATAN SEMULA JADI UNTUK MASA DEPAN YANG LEBIH CERAH : BANTUAN MENOPOS UNTUK PESAKIT

PENGENALAN

Setiap wanita yang menjangkau usia lewat 40-an, pasti sedar bahawa tidak lama lagi dia akan menempuh menopos atau ‘perubahan dalam hidupnya’. Satu tempoh di mana tubuhnya akan mengalami satu situasi baru dan dia tidak lagi mampu melahirkan zuriat. Sesetengah wanita melalui semua perubahan ini dengan mudah sehingga tidak menyedari mereka sedang mengalami menopos, tetapi kebanyakan wanita akan merasai sedikit sebanyak kelainan dalam diri mereka. Bantuan doktor mungkin diperlukan kerana tempoh perubahan ini adala tempoh yang sukar ditempuhi.

Apakah Sebenarnya Menopos?

Perkataan menopos sebenarnya bermaksud pusingan haid terakhir sebelum seseorang wanita itu mengalami putus haid. Tetapi istilah menopos kini ditafsirkan sebagai peringkat hidup seseorang wanita di mana ovarinya (iaitu organ yang menghasilkan telur dan hormon seks) semakin lemah dan kurang berfungsi, serta tubuhnya perlahan-lahan mula menyesuaikan diri dengan tahap hormon yang rendah. Para doktor kadang-kadang menamakan peringkat perubahan ini sebagai ‘climacteric’.

Semua perubahan ini tidak akan berlaku sekaligus dalam satu hari, tetapi ia akan berlaku sedikit demi sedikit dan adakalanya mengambil masa beberapa tahun. Biasanya ia bermula ketika di pertengahan atau penghujung usia 40-an, malah ada juga seawal lewat 30-an. Gangguan haid mula berlaku, umpamanya pusingannya jadi tidak teratur, ataupun tidak sekerap biasa, dan akhirnya ia akan berhenti sama sekali. Secara purata, seseorang wanita akan putus haid pada usia sekitar 50.

Seperti disebut tadi, ketika menopos tubuh akan menyesuaikan diri dengan tahap pengeluaran hormon yang kurang, tetapi apakah sebenarnya hormon ini dan bagaimanakah pentingnya hormon ini pada tubuh sebelum tubuh mengalami menopos?

Fungsi Hormon?

Hormon ialah bahan istimewa yang membantu melancarkan tugas-tugas tubuh. Kedua-dua ovari dalam tubuh seseorang wanita menghasilkan hormon perempuan, iaitu estrogen. Estrogenlah yang bertanggungjawab ke atas segala perubahan tubuh bagi menyediakan seseorang kanak-kanak memasuki alam kewanitaan. Ia membantu pertumbuhan payudara dan pembentukan tubuh wanita yang berbeza dari lelaki. Estrogen juga merangsang tumbesaran organ-organ pembiakan yang membolehkan seseorang wanita melahirkan anak. Setiap bulan sebiji telur dikeluarkan dari salah satu ovari dan jika disenyawakan ia akan membesar di dalam rahim menjadi seorang bayi. Sekiranya kehamilan tidak berlaku, telur itu akan dikeluarkan dari rahim sebagai haid.

Estrogen juga berfungsi dalam memelihara kesihatan seseorang wanita. Ia penting untuk kecantikan dan kesihatan kulit, serta pelbagai organ tubuh dan kecerdasan minda.

Semakin menghampiri menopos, semakin kurang hormon yang dikeluarkan oleh ovari, dan ada bulan-bulan di mana tiada langsung telur dihasilkan. Inilah yang menyebabkan haid datang tidak menetu kerana rahim tidak ‘mebuang’ lapisan telur ini seperti biasa. Seseorang wanita kemungkinan tidak akan sedar akan sebarang keganjilan tentang haidnya sehinggalah pusingan haidnya terus berhenti dan berlaku menopos.

Bagaimanapun, ada juga wanita yang mengalami pendarahan yang terlalu banyak sewaktu haid di peringkat ini. Jika ini berlaku, wanita itu seharusnya berjumpa doktor kerana ia mudah dirawat, dan juga dikhuatiri is berlaku bukan disebabkan menopos, tetapi sebaliknya atas sebab-sebab lain.

Seseorang wanita yang menganggap dirinya telah putus haid masih perlu menggunakan kaedaah pencegah kehamilan selama beberapa waktu, kerana mungkin dia hanya sedang mengalami pusingan haid yang tidak menentu. Dia perlu meminta nasihat doktor tentang bila ketikanya untuk berhenti menggunakan kaedah pencegah kehamilan.

Tanda-Tanda Perubahan

Sejak seseorang wanita itu dewasa, iaitu ketika dia masih muda, tubuhnya sudah terbiasa dengan tahap estrogen yang tinggi. Menjelang menopos apabila ovari mengurangkan pengeluaran hormonnya, tubuh akan mengambil masa untuk menyesuaikan dengan keadaan begini. Dalam sesetengah aspek, tubuh samasekali tidak berdaya mengimbangi perubahan ini dan kekurangan estrogen juga boleh mengakibatkan kesan yang kekal.

Wanita tersebut mungkin mengalami simptom yang terjadi akibat perubahan tahap estrogen dari tinggi menjadi rendah. Simptom-simptom ini kemungkinan besar berlaku ketika dia masih ada haid. Perubahan-perubahan lain akan terjadi sepanjang tempoh masa yang lebih panjang, dan mungkin tidak akan disedari sehinggalah beberapa tahun selepas putus haid.

Simptom-simptom paling awal selain dari perubahan pusingan haid seperti yang telah disebut sebelum ini, biasanya akan mula berlaku beberapa waktu sebelum putus haid. Biasanya simptom-simptom ini akan lebih ketara selepas putus haid, dan akan berterusan buat beberapa tahun selepas itu. Walau bagaimanapun, simptom-simptom jangka pendek ini lama-kelamaan akan berhenti juga akhirnya.

Simptom jangka pendek yang paling biasa ialah aliran rasa rimas panas dan berpeluh tiba-tiba yang boleh menimbulkan rasa malu jika terjadi di khalayak ramai. Rasa rimas panas ini boleh membara dari dada naik ke leher dan muka, dan wajah bertukar merah. Rasa panas ini biasanya diikuti simbahan peluh terutama sekali di waktu malam yang boleh mengganggu tidur. Ada wanita yang bernasib baik kerana tidak pernah mengalami rasa panas ini, manakala ada pula yang terpaksa menanggungnya beberapa kali setiap hari.

Sesetengah wanita mengadu sakit kepala, berdebar-debar dan keletihan yang amat sangat. Kebanyakan simptom ini adakalanya berlaku serentak atau berturut-turut dan ini memburukkan lagi keadaan. Lebih-lebih lagi jika perubahan itu melibatkan perubahan emosi seperti rasa mudah tersinggung, kemurungan dan kurang tumpuan, yang juga mengganggu ramai wanita pada tahap ini. Walaubagaimanapun, hanya segelintir wanita menderita kesemua simptom serentak dalam satu masa.

Gangguan emosi ketika ini juga boleh membuat seseorang wanita itu berasa lebih tertekan dalam menangani simptom-simptom ini, barangkali kerana anak-anaknya sudah dewasa dan kini menjalani kehidupan sendiri, atau mungkin juga kerana menyedari dirinya tidak boleh lagi melahirkan anak. Tekanan-tekanan perasaan seperti ini mungkin tidak ada kaitan dengan pengurangan kadar estrogen, tetapi ia boleh memberatkan lagi masalah-masalah yang ada kaitannya dengan simptom kurang estrogen.

Berbeza dengan simptom jangka pendek yang terhad kepada beberapa tahun sebelum atau selepas menopos, perubahan jangka panjang menjadi lebih ketara pada usia yang lebih lewat kerana ia berpunca daripada kadar estrogen yang semakin berkurangan, dan biasanya akan bertambah teruk dengan bertambahnya usia.

Pengurangan estrogen meninggalkan kesan pada anggota tubuh seperti berikut:

Rahim

Rahim akan mula mengecut setelah ia tidak diperlukan lagi untuk tujuan kelahiran.

Faraj

Faraj akan memendek dan sempit serta menjadi kendur. Lapisan dindingnya menjadi nipis dan kering, ini kerap mengakibatkan kesakitan ketika hubungan kelamin. Ini seterusnya akan mewujudkan tekanan emosi yang boleh menjejaskan hubungan seksual.

Pundi Kencing

Kawalan di pundi kencing menjadi lemah dan menyebabkan seseorang itu tidak dapat mengawal atau menahan kencing (walaupun kekurangan estrogen biasanya bukanlah punca berlakunya keadaan ini). Tambahan lagi, otot-otot di kawasan ini akan menjadi lebih lemah keika menopos, dan ini memburukkan lagi masalah pengawalan pundi kencing.

Kulit dan Rambut

Pengurangan estrogen juga melibatkan kesan pada rupa paras seseorang wanita. Kulit menjadi nipis dan kering serta hilang keanjalan dan kelembutannya. Kurangnya estrogen juga mengurangkan pertumbuhan rambut, manakala rambut juga kehilangan serinya.

Tulang dan Otot-otot

Estrogen sangat penting dalam memelihara tulang agar sentiasa kuat. Dengan menurunnya kadar estrogen, tulang menjadi semakin kecil dan lemah sejak sebelum menopos lagi. Proses ini dipanggil osteoporosis. Inilah yang menyebabkan tulang jadi rapuh dan lebih mudah patah di kalangan wanita yang lebih berusia. Wanita tua biasanya semakin rendah dan menjadi bongkok akibat tulang belakang yang semakin lemah hingga ada tulang-tulang yang roboh. Sakit belakang dan radang sendi juga biasa berlaku. Otot-otot juga boleh menjadi lemah akibat penurunan kadar estrogen.

Penyakit Jantung dan Saluran Darah

Estrogen nampaknya penting dalam melindungi seseorang wanita muda daripada penyakit yang menyerang pembuluh darah – sebab utamanya terjadi serangan jantung dan strok yang lebih kerap dihidapi kaum lelaki muda atau separuh umur. Selepas menopos, kaum wanita juga menghadapi risiko serangan jantung dan strok yang sama tingginya seperti yang dihidapi kaum lelaki.

Simptom-simptom Perubahan Hidup

  • Simbahan rasa panas
  • Pendarahan faraj yang tidak tetap
  • Sakit kepala
  • Sakit-sakit otot
  • Mudah marah
  • Bulu baru tumbuh di muka
  • Kemurungan
  • Kulit terlalu kering
  • Kurang dorongan seks
  • Rasa tidak dicintai
  • Faraj menjadi kering
  • Kurang minat seks
  • Sakit belakang
  • Susah tidur
  • Sakit sendi
  • Keletihan luar biasa
  • Peluh malam
  • Sakit ketika hubungan seks

Beberapa Soalan Yang Mungkin Ada Di Fikiran Anda

  1. Adakah saya sesuai atau layak menjalani Terapi Penggantian Hormon (HRT)?

Bincangkan masalah ini dengan doktor anda, beliau mungkin mahu merawat anda sendiri atau merujuk anda kepada klinik menopos terdekat di kawasan anda. Sekiranya doktor anda mengambil keputusan memberikan anda HRT, beliau akan menjalankan pemeriksaan rapi untuk mempastikan tahap kesihatan anda, dan untuk mengetahui samada hormon sesuai untuk anda.

  1. Doktor mendapati saya sesuai untuk HRT. Untuk tempoh berapa lamakah dia akan memberikan saya HRT?

Segelintir wanita hanya memerlukan rawatan untuk beberapa bulan sahaja untuk menghilangkan simptom-simptom. Manakala ada wanita yang perlu dirawat berperingkat-peringkat dalam jangka masa pendek tetapi selama beberapa tahun, untuk mencegah masalah jangka panjang dan kemungkinan terjadi simptom-simptom lain di tahun-tahun mendatang. Doktor anda akan menentukan apa yang terbaik untuk anda.

  1. Bolehkah HRT melambatkan proses penuaan?

Tidak boleh. Menggantikan semula estrogen yang hilang dari tubuh hanya akan mempengaruhi perubahan-perubahan yang berlaku akibat kekurangan estrogen. Ia juga boleh membuat seseorang wanita berasa dan kelihatan lebih baik, tetapi tiada kesan pada proses penuaan semula jadi.

  1. Adakah HRT boleh melambatkan menopos?

Tidak. Fungsi ovari yang semakin lemah tidak akan diperlambatkan lagi atau dipercepatkan oleh HRT.

  1. Apa akan belaku pada pusingan haid saya?

Tujuan HRT ialah untuk meneruskan turunnya pendarahan sama seperti corak pusingan haid biasa. Haid akan digantikan dengan pendarahan teratur yang dihasilkan oleh HRT. Walau bagaimanapun, pendarahan hasil HRT biasanya lebih ringan dibandingkan haid. Pendarahan yang berlaku secara teratur dan tetap ini akan berterusan selama mana anda masih terus menerima HRT. Walaupun haid telah lama berhenti sebelum anda menggunakan HRT, besar kemungkinan anda akan masih mengalami sedikit pendarahan.

  1. Adakah HRT akan membuat saya lebih subur?

Tidak. HRT tidak akan membuat anda lebih subur. Anda tidak boleh mengandung atau melahirkan anak setelah mengalami menopos, dan pendarahan tetap yang dihasilkan oleh HRT ini – yang bukan haid sebenar- tidak akan mengubah keadaan ini.

  1. Bolehkah HRT bertindak sebagai pencegah kehamilan seperti pil perancang?

Tidak. HRT bukan satu kaedah pencegah kehamilan. Sekiranya anda masih subur ketika memulakan HRT, anda perlu terus menggunakan kaedah pencegah kehamilan sehinggalah dibenarkan berhenti oleh doktor anda. Sepanjang tempoh pengambilan HRT, anda TIDAK BOLEH mengambil kaedah pencegah kehamilan dalam bentuk pil.

  1. Bagaimana tentang kesan sampingan?

HRT menggunakan estrogen semula jadi untuk menggantikan hormon yang sama yang telah hilang dari tubuh seseorang wanita. Jadi kesan sampingannya amat sedikit. Walau bagaimanapun, sama seperti hormonnya sendiri yang akan menyebabkan beberapa simptom sebelum menopos, begitulah juga dengan HRT. Simptom-simptom kecil biasanya berlaku seperti rasa tegang di payudara, tetapi ini akan hilang selepas sebulan dua.

  1. Adakah HRT mempunyai risiko?

Estrogen semula jadi, jenis estrogen paling logik untuk digunakan, adalah rawatan yang telah banyak kali dicuba dan telah melalui ujian paling getir. Hasil yang telah terbukti hari ini menunjukkan HRT yang diberikan di bawah pengawasan yang rapi, dan disesuaikan mengikut keperluan anda, membawa risisko paling sedikit terhadap kesihatan anda.

  1. Bolekah hysterectomy menukar perubahan dalam hidup?

Biasanya, hysterectomy hanya membuang rahim dan bukan ovari. Ovari-ovari ini akan terus mengeluarkan hormon dalam jumlah biasa sehinggalah usia di mana menopos sepatutunya berlaku, kecuali jika bekalan darah ke ovari berkurangan seperti yang kadangkala berlaku selepas pembedahan. Walau bagaimanapun, sekiranya ovari dikeluarkan sewaktu ia masih aktif, maka wanita tersebut akan mengalami perubahan hidup bukan semula jadi yang berlaku secara mendadak, tidak kira betapa muda usianya. Dalam keadaan ini, wanita itu mungkin memerlukan HRT untuk menggantikan hormon-hormon yang telah tiada. Bagaimanapun, keputusan samada HRT boleh atau tidak boleh diberikan akan bergantung kepada punca atau sebab asal kenapa pembedahan hysterectomy telah dilakukan.

  1. Setinggi manakah risiko saya menghidapi osteoporosis?

Risiko anda bertambah dengan

· Merokok

· Kurang bersenam

· Minum minuman beralkohol

· Faktor keturunan seperti mempunyai ibu yang menghidap osteoporosis yang teruk (hilang ketinggian dengan ketara, atau bongkok, atau patah pergelangan tangan atau pinggul).

Apakah Yang Boleh Saya Buat Untuk Membantu Diri Saya Sendiri?

Jika anda merokok, anda dinasihatkan untuk berhenti amalan ini buat selama-lamanya. Ini akan membantu saluran darah dan paru-paru anda, serta melambatkan terjadinya osteoporosis. Lakukan senaman – seperti berjalan yang sangat baik untuk kesihatan – dan imbangi pemakanan anda. Pastikan anda mengambil lebih kalsium dengan banyak minum susu (susu skim adalah yang paling menyihatkan) atau makanan dari hasil susu seperti yogurt dan keju (keju rendah lemak adalah yang terbaik). Selepas menopos, anda mudah sekali menambah berat badan – jadi makanlah dengan sewajarnya untuk memelihara kesihatan anda, dan jika perlu mintalah nasihat doktor. Jika anda gemar minuman beralkohol, minumlah pada kadar yang sederhana.

Inilah masanya anda perlu membuat banyak perubahan di dalam hidup anda. Janganlah mudah kecewa sekiranya cubaan-cubaan awal anda tidak mendatangkan hasil. Mungkin inilah waktunya anda boleh menumpukan semula perhatian kepada hobi anda yang selama ini tidak mampu dilakukan kerana terlalu sibuk. Pandanglah ke hadapan di mana masih ada sepertiga lagi jangkamasa kehidupan anda yang bakal anda lalui. Jadikanlah ia satu tempoh yang paling meriangkan.

Bagaimana Doktor Anda Boleh Membantu?

Anda telah berjumpa doktor anda kerana satu atau lebih simptom awal menjelang menopos seperti pendarahan teruk semasa haid atau pusingan haid tidaak tetap, simbahan rasa panas, berdebar-debar, berpeluh, sakit kepala atau keletihan yang amat sangat.

Jadi, apa yang boleh beliau lakukan untuk anda?

Untuk kelegaan jangka pendek, beliau mungkin merawat anda misalnya dengan memberi ubat penahan sakit bagi sakit kepala atau tranquiliser untuk masalah emosi. Walau bagaimanapun, ini tidak akan dapat menyembuhkan masalah sebenarnya yang berpunca daripada kekurangan hormon.

Apakah sebenarnya HRT?

HRT semata-mata bertujuan menggantikan estrogen yang telah hilang. Jadi, estrogen paling baik untuk digunakan ialah ‘estrogen semula jadi’, dalam perkataan lain, estrogen yang sama seperti estrogen yang dihasilkan oleh ovari wanita sendiri.

Kelebihan dari Terapi Penggantian Hormon?

Terapi estrogen semula jadi berkesan untuk mengawal sakit kepala dan simbahan rasa panas dan lain-lain simptom akibat dari kekurangan estrogen, biasanya dalam masa seminggu dua. Juga bagi seseorang wanita yang mengalami kesakitan sewaktu hubungan seks, estrogen yang menjadikan lapisan dinding faraj lebih tebal dan sihat, akan membantu menjadikan hubungan kelamin lebih selesa. Tetapi estrogen semula jadi juga membantu otot-otot untuk menjadi kuat semula dan keadaan kulit serta rambut akan menjadi lebih baik. Seseorang wanita yang sihat, pasti dia juga akan kelihatan lebih baik.

Inilah masalah-masalah ketara akibat dari tempoh perubahan ini. Semua masalah ini akan bertindak balas dengan HRT. Tetapi para doktor hari ini semakin cenderung dalam rawatan pencegahan untuk kesihatan yang lebih baik bagi semua. Semakin ramai doktor-doktor persendirian menganjurkan Klinik Wanita Sihat di klinik-klinik mereka.

Salah satu faedah paling besar dari rawatan HRT yang berpanjangan ialah perlindungan tulang dari reput dan rosak secara perlahan-lahan. Apabila usia meningkat, perlindungan dari kereputan tulang (osteoporosis) menjadi semakin penting. Banyak kejadian tulang patah yang berbahaya dapat dielakkan dengan meneruskan HRT.

HRT jangka panjang juga boleh mengembalikan perlindungan yang diberikan oleh estrogen sebelum menopos dari kemusnahan pembuluh darah yang membawa darah ke jantung, otak dan organ-organ lain.

Terapi estrogen semula jadi boleh menghindari pelbagai penderitaan yang tidak perlu dideritai, bukan sahaja oleh wanita itu sendiri, malah keluarga mereka juga. Perubahan hidup anda tidak perlu menjadi satu bencana. Tidak ada sebab kenapa menopos harus menyekat anda dari menikmati hidup dengan penuh ceria, sihat dan bahagia untuk tahun-tahun yang mendatang.

BOLEHKAH SEMUA WANITA MENYUSU?

Secara lumrahnya setiap wanita dikurniakan dengan kebolehan untuk menyusui bayinya. Dengan adanya keyakinan dan pengetahuan setiap wanita boleh melakukannya.

Saiz payudara tidak boleh dijadikan ukuran sebanyak mana susu akan dihasilkan. Kekerapan bayi menghisap akan merangsang penghasilan susu ibu yang banyak, mengikut permintaan bayi. Masalah puting susu yang leper atau tenggelam juga tidak sepatutnya menjadi halangan. Mereka yang menghadapi masalah sebegini sebaiknya mendapatkan bantuan profesional yang boleh membantu mereka.

Persediaan Semasa Hamil

Tempoh kehamilan sebaiknya dipenuhi dengan aktiviti untuk mempelajari ilmu keibubapaan. Dapatkanlah dan baca sebanyak mungkin mengenai penyusuan susu ibu serta lain-lain aspek penjagaan anak. Jika berpeluang, hadiri kelas-kelas ibu mengandung bersama suami anda. Payudara anda biasanya membesar sedikit semasa hamil kerana pembesaran kelenjar-kelenjar susu. Untuk menampung payudara, baju dalam yang berukuran satu saiz lebih besar biasanya diperlukan. Gunakan air biasa sahaja untuk mencuci payudara. Elakkan penggunaan sabun kerana ianya boleh mengeringkan kulit payudara.

Pastikan payudara diperiksa oleh doktor untuk memastikan anda tidak mempunyai masalah di payudara.

Ikuti kelas atau ceramah mengenai penyusuan susu ibu yang terdapat di tempat anda. Ini boleh membantu anda mengetahui lebih mendalam mengenai penyusuan dengan susu ibu.

Pada bulan-bulan akhir, pelajari cara-cara memerah susu. Pengetahuan ini akan membantu anda selepas kelahiran bayi, sekiranya perlu.

Selepas Melahirkan Bayi

Hari-hari pertama selepas kelahiran memang meletihkan. Kuatkan semangat dan susui bayi anda secepat mungkin selepas dilahirkan. Pengalaman menyusui bayi yang baru lahir adalah satu pengalaman indah bagi seorang ibu.

Susui bayi anda dengan kerap mengikut permintaannya dan bukan mengikut jadual yang tertentu. Jika bayi anda lebih suka tidur, bangunkan dan galakkan dia menyusu lebih kurang setiap 2 jam.

Hari-hari pertama merupakan waktu-waktu yang penting. Payudara mungkin belum dipenuhi susu, namun susu ini sangat penting. Susu awal ibu tidak banyak tetapi ianya pekat dan berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolosterum dan kaya dengan protein serta antibodi yang boleh melindungi bayi dari penyakit. Kolosterum ini sudah cukup untuk mengenyangkan bayi anda. Bayi tidak perlu diberi susu botol atau air masak.

Buat permulaan, bayi anda mungkin akan menghisap selama beberapa minit sahaja. Biarkan dia menghisap lebih lama jika mahu. Keperluan seseorang bayi adalah berlainan daripada bayi yang lain.

Susui bayi anda dengan kedudukan yang selesa samada duduk atau berbaring. Gunakan bantal untuk mengampu tangan atau belakang jika perlu. Pastikan bayi mengiring rapat menghadap anda agar dia dapat memasukkan sebanyak mungkin kawasan areola (tampuk hitam disekitar puting) ke dalam mulutnya. Posisi penyusuan yang baik akan dapat mengelakkan masalah seperti sakit puting atau kurang susu.

Jika anda menghadapi masalah, kami syorkan anda mendapat bantuan dari mereka yang mahir.

Petua Penyusuan Yang Berjaya

Amalan positif:

  • Persediaan mental sebelum kelahiran adalah penting. Dapatkan maklumat-maklumat berguna mengenai penyusuan susu ibu semasa hamil.
  • Yakinkan diri yang susu anda mencukupi untuk bayi anda.
  • Susui bayi dalam keadaan tenang dan banyak berehat pada minggu-minggu awal selepas kelahiran bayi.
  • Pastikan penyusuan dilakukan dengan posisi yang baik dan selesa supaya tidak terasa lenguh dan mengelakkan masalah seperti sakit puting.
  • Makan makanan yang seimbang dan minum air yang mencukupi.
  • Perlu diingatkan bahawa bekalan susu ibu bergantung kepada rangsangan. Lagi kerap bayi menyusu, semakin banyak susu akan dihasilkan.

Amalan negatif:

  • Jangan terpengaruh dengan kata-kata bahawa susu anda tidak mencukupi untuk bayi anda. Jika anda berupaya melahirkan seorang bayi ke dunia ini, anda sudah pasti mampu memberikannya susu yang terbaik.
  • Jangan berikan bayi anda susu botol tambahan atau air masak. Bayi tidak perlu diberikan makanan atau minuman lain kecuali susu ibu sehingga berusia 4 hingga 6 bulan.
  • Cara menghisap puting botol dan puting payudara adalah berbeza. Ini boleh mengelirukan bayi dan ibu tidak akan berjaya untuk menyusukan bayi.
  • Jangan menyusu dalam keadaan terburu-buru. Masa 6 minggu pertama adalah masa ‘latihan’ untuk ibu dan bayi. Ketenangan dan kesabaran akan menyelesaikan banyak masalah.
  • Jangan risaukan kekerapan bayi membuang air besar . Ini merupakan perkara biasa bagi bayi yang diberi susu ibu. Najis biasanya cair sedikit dan berwarna kekuningan. Adakalanya bayi tidak membuang air besar beberapa hari lamanya. Ini juga perkara biasa.

PANDUAN UNTUK MENGURANGKAN KOLESTEROL DAN LEMAK

Pilihan Makanan

  • Kurangkan makanan bergoreng , coklat, kek dan biskut.
  • Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Pilih makanan hasil tenusu (dairy products) rendah lemak.
  • Pilih makanan kekacang dan daging berikut
  • Ayam, ikan, kacang soya
  • Kurangkan pengambilan jenis-jenis kekerang, udang dan organ-organ dalaman.
  • Kurangkan memakan kuning telur dan telur ikan.
  • Gunakan minyak sayur-sayuran (kecuali minyak kelapa)

Penyediaan Makanan

  • Buang kulit dan lemak yang ternampak pada ayam dan daging sebelum dimasak.
  • Kurangkan minyak semasa memasak.
  • Bakar, kukus atau rebus makanan.
  • Gantikan santan dengan susu kurang lemak semasa penyediaan makanan.

Disediakan oleh: Jawatankuasa Program Kardiovaskular, KKM

PENYAKIT KENCING MANIS

Apa Dia Penyakit Kencing Manis

Penyakit ini telah lama diketahui manusia. Beribu-ribu penduduk di negara kita mengidap penyakit ini. Penyakit kencing manis tidak seharusnya menjadi satu penghalang kepada kehidupan yang biasa. Dengan bertambahnya pengetahuan berkenaan penyakit kencing manis dan penghasilan ubat-ubat untuk penyakit ini, tidak ada sebab mengapa anda tidak boleh hidup seperti manusia biasa

Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.

Siapakah pengidap penyakit kencing manis ?

Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini.Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas) mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis

Apakah rawatan untuk penyakit kencing manis ?

Sebelum tahun 1921, tiada ubat-ubat tertentu untuk merawat penyakit ini. Pada masa ini terdapat ubat-ubat untuk mengawal penyakit kencing manis dan ini memberi peluang kepada pengidap-pengidap penyakit ini untuk meneruskan kehidupan yang biasa. Rawatan untuk penyakit kencing manis adalah melalui kawalan pemakanan.

Makanan yang anda makan memainkan peranan yang penting dalam kawalan penyakit kencing manis. Adakalanya, kes-kes yang tidak teruk, dapat diakwal melalui jagaan makanan sahaja.

Ubat

Selain daripada kawalan pemakanan, kebanyakan pesakit memerlukan ubat untuk mengawal penyakit mereka. Ubat-ubat ini terdiri daripada suntikan insulin.Insulin boleh diberi melalui suntikan sahaja kerana ia akan dimusnahkan di dalam perut jika dimakan

Pil

Ubat-ubat ini membantu badan menggunakan gula dengan sempurna dan dengan itu dapat mengawal penyakit ini.

Ada pula pesakit-pesakit yang memerlukan suntukan insulin sementara pesakit-pesakit lain pula boleh mengawal penyakit mereka dengan memakan pil. Doktor anda, setelah menjalankan pemeriksaan terhadapa anda, akan menentukan samaada anda memerlukan suntikan insulin atau pil dalam rawatan anda. Kes penyakit kencing manis anda mungkin tidak sempurna dengan kes orang lain dan oleh itu rawatan yang ditentukan oleh doktor anda mungkin tidak serupa dengan rawatan untukpesakit lain. Doktor akan menentukan rawatan mengikkut keadaan penyakit seseorang.

Rawatan awal adalah penting.

Menyembuhkan tanda-tanda dan gejala kencing manis

Menggelakkan atau mengurangkan akibat-akibat buruk yang berlaku jikalau penyakit ini melarat

Membolehkan pesakit hidup dalam kehidupan biasa dan bahagia

Ubat

Patuhilah nasihat doktor anda mengenai ubat-ubat yang anda perlu ambil

Jangan berhenti mengambil ubat kerana anda merasa sihat dan berfikir bahawa ubat itu tidak perlu lagi. Berhenti mengambil ubat tanpa nasihat daripada doktor anda adalah sangat merbahaya kerana ini boleh mengakibatkan penyakit anda melarat disebabkan tidak dikawal dengan sempurna

Jangan lupa untuk pergi ke hospital atau klinik pada masa yang ditetapkan untuk pemeriksaan doktor

Pemeriksaan dari masa ke semasa termasuk ujian air kencing dan darah adalah sangat penting dalam rawatan dan kawalan kencing manis

Makanan

Seperti yang disebutkan tadi, kawalan makanan sangat penting dalam rawatan penyakit kencing manis

Patuhilah nasihat doktor anda mengenai makanan

Makanan harian yang anda patut makan bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan oleh anda dan keadaan penyakit anda. Adalah mustahak bahawa makanan harian mestilah seimbang iaitu, mengandungi semua bahan-bahan yang diperlukan oleh badan anda untuk kesihatan dan juga memberi tenaga untuk menjalankan tugas harian

Panduan makanan

Makanan yang patut dielakkan

Gula

Gula melaka

Coklat

Jem

Madu

Sirap

Aiskrim

Biskut-biskut yang manis

Susu pekat

Minuman ringan

Gula-gula jeli

Makanan yang patut dikurangkan

Nasi

Roti

Ubi kentang

Ubi keledek

Ubi kayu

Jus

Kelapa

Daging kambing

Buah-buahan jeruk

Bahan-bahan tenusu

Makanan yang boleh dimakan dengan bebas

Serbuk lada

Rempah-rempah

Serbuk kari

Cecair – air,the, kopi,jus tomato dan limau, sup cair

Sayur-sayuran – kacang panjang, kobis, bawang, timun, lobak merah, kangkong, sawi,cendawan, bayam,tomato,bunga kobis, kacang bendi,terung, ketola.

Penjagaan berat badan

Penyakit kencing manis berlaku dengan lebih kerap di kalangan orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Didapati bahawa tindakan insulin berkesan dalam orang yang gemuk

Amatlah penting bagi pengidap kencing manis untuk sentiasa ,menjaga berat badan. Kalau berat badan turun, badan dapat menggunakan gula dalam darah dengan lebih sempurna dan dengan itu, kadar gula dalam darah akan turun

Kalau anda gemuk

Kurangkan makanan !

Terutama makanan yang terlalu banyak karbohidrat dan lemak

Bersenamlah selalu

Senaman

Cuba melakukan senaman setiap hari seperti berjalan dan berkebun

Senaman yang dilakukan secara teratur adalah sangat baik untuk penyakit kencing manis kerana ini dapat menambahkan lagi pembakaran gula dalam otot-otot dan dengan itu mengurangkan kandungan gula dalam darah. Pengaliran darah juga bertambah baik

Perkara untuk diawasi : kalau anda kurang aktif dan sudah lama tidak bersenam, dapatkan nasihat doktor anda sebelum memulakan apa-apa senaman

Mengelakkan jangkitan

Pesakit kencing manis lebih mudah mendapat jangkitan daripada orang biasa. Oleh itu, anda perlu menjaga diri sendiri melalui langkah-langkah tersebut :

Selalu menjaga kebersihan diri

Tiap-tiap hari, cucikan kaki dan jari-jari kaki dengan menggunakan sabun dan air, keringkan kaki dan sapukan bedak

Mandilah selalu

Sapukan bedak di bahagian-bahagian kulit yang berpeluh berlebihan

Jaga kebersihan gigi

Menjauhkan diri dari kecederaan

Jangan berjalan tanpa kasut atau selipar

Berhati-hatilah semasa memotong kuku jari dan jari kaki

Bersih dan balutkan mana-mana luka yang ada

Berhati-hati semasa bercukur

Penjagaan kaki

Kalau peredaran darah di bahagian kaki anda tidak dapat mengalir dengan sempurna atau diganggu, ini boleh membawa akibat yang buruk dan mungkin boleh menghilangkan kaki anda disebabkan oleh jangkitan yang melarat. Oleh itu, sentiasa perlu menjaga kaki anda

Jangan menyilangkan kaki anda semasa duduk pada suatu masa yang lama

Jangan pakai kasut yang ketat

Sentiasa urutkan kaki anda

Tiap-tiap hari, berbaringlah dengan meletakkan kaki di paras yang lebih tinggi dari badan anda untuk beberapa minit

Apakah bahaya kalau penyakit kencing manis tidak dirawat atau dikawal dengan baik.

Penyakit ini akan melarat sehingga mendatangkan akibat-akibat buruk seperti :-

Buta

Kerosakan buah pinggang

Sakit jantung dan penyakit lumpuh

Darah tinggi

Penyakit saraf

Ini boleh mengakibatkan pesakit hilang deria di bahagian kaki dan tangan. Ia tidak dapat merasai sakit, panas dengan itu boleh mencederakan diri sendiri tanpa disedari

Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang boleh mengakibatkan kehilangan kaki

Tidak sedarkan diri

Kalau tidak dirawati dengan serta merta, pesakit boleh maut

Anda boleh mengelakkan akibat-akibat buruk ini kalau anda menjaga diri anda dengan baik

Mengidap penyakit kencing manis tidak bermakna anda hidup seperti dipenjarakan

Kalau anda ikut langkah-langkah dalam rawatan dan kawalan penyakit ini, anda boleh menikmati kehidupan yang penuh dan bahagia

Kawal penyakti kencing manis untuk menikmati kehidupan yang bahagia dan sihat

Terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia

PENYUSUAN SUSU IBU

Mengapa Bayi Anda Harus Diberi Susu Ibu?

Susu ibu mengandungi segala khasiat yang diperlukan oleh bayi. Malah susu ibu juga merupakan imunisasi yang pertama untuk seseorang bayi, mudah dicerna dan sentiasa boleh diperolehi dengan suhu yang sesuai pada bila-bila masa.

Penyusuan ibu pada bulan-bulan awal selepas kelahiran boleh membantu pertumbuhan dan perkembangan kecerdasan seseorang bayi.

Dengan menyusui bayi, ibu juga akan mendapat beberapa kebaikan. Penyusuan ibu dapat menjalinkan perhubungan rapat antara ibu dan anak. Ia juga membantu mengecutkan rahim ibu kepada saiz asal yang lebih cepat. Ramai ibu juga kembali kepada berat dan bentuk asal dengan lebih mudah. Anda juga boleh menghindari penyakit barah buah dada dan barah ovari. Penyusuan dengan susu ibu dapat menjimatkan masa dan belanja.

Bolehkan Semua Wanita Menyusui Bayi?

Hampir semua wanita boleh menyusui bayi. Ukuran buah dada tidak boleh dijadikan ukuran sebanyak mana susu akan dihasilkan.

Kekerapan bayi menghisap akan merangsang lagi penghasilan susu ibu yang banyak. Masalah puting buah dada yang leper atau tenggelam boleh diatasi semasa hamil dengan mendapatkan nasihat doktor atau jururawat.

Untuk menampung buah dada semasa hamil, baju dalam yang berukuran satu saiz lebih besar daripada biasa adalah diperlukan.

Pada bulan-bulan akhir kehamilan, elakkan daripada mencuci buah dada dengan menggunakan sabun atau bahan-bahan lain yang boleh mengeringkannya. Gunakan air biasa sahaja.

Pastikan buah dada diperiksa oleh doktor pada awal kehamilan untuk memastikan puting buah dada tidak tenggelam dan tidak mengalami masalah-masalah lain.

Pada bulan-bulan akhir anda harus belajar teknik dan cara memerah susu. Ini akan membantu anda selepas kelahiran bayi anda.

Selepas Melahirkan Bayi

Pengalaman menyusui bayi yang baru lahir adalah sesuatu yaang membanggakan seseorang ibu.

Bayi yang baru lahir mempunyai naluri hisapan yang kuat. Jadi, susuilah bayi sebaik sahaja dilahirkan dan pada bila-bila masa bayi kelihatan lapar. Jika bayi tidur lebih 3 jam, kejutkan dia dan galakkan ia menyusu.

Pada masa-masa awal selepas kelahiran, bayi hanya perlu menghisap susu ibu untuk tempoh beberapa minit sahaja. Berikan bayi menyusu lebih lama jika ia ingin terus menghisap. Keperluan seseorang ibu dan bayi yang dilahirkan adalah berbeza dengan ibu dan bayi yang lain.

Pada peringkat awal selepas melahirkan bayi, susu ibu tidaklah banyak tetapi pekat dan berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum dan kaya dengan protein serta antibodi yang boleh melindungi bayi dari penyakit. Kolostrum ini sudah cukup untuk mengenyangkan bayi anda. Bayi tidak perlu diberi susu botol ataupun air.

Penyusuan yang sekejap tetapi kerap akan mengelakkan buah dada daripada menjadi bengkak. Ini akan menambahkan lagi penghasilan susu ibu. Jika buah dada anda terasa kepenuhan atau bengkak, anda harus terus menyusukan bayi dengan lebih kerap lagi. Biasanya rasa kepenuhan ini akan dirasa dalam masa 2 – 3 hari sahaja.

Petua Untuk Ibu-Ibu

Amalan Positif:-

  1. Dapatkan maklumat-maklumat berguna mengenai penyusuan ibu semasa hamil.
  2. Yakinkan diri yang susu anda mencukupi untuk bayi anda.
  3. Menyusui bayi dalam keadaan tenang dan banyak berehat pada minggu-minggu awal selepas kelahiran bayi.
  4. Pastikan penyusuan dilakukan dengan posisi yang betul dan selesa supaya tidak terasa lenguh.
  5. Makan makanan yang seimbang dan minum air atau cecair yang mencukupi.
  6. Ingatlah bahawa lebih kerap penyusuan dilakukan semakin banyak susu akan dihasilkan.

Amalan Negatif:-

  1. Jangan terpengaruh dengan kata-kata bahawa susu anda tidak mencukupi untuk bayi anda. Bayi hanya perlukan kolostrum pada hari-hari awal selepas kelahiran.
  2. Bayi tidak memerlukan sebarang minuman lain seperti susu botol atau air. Cara menghisap puting botol dan puting buah dada adalah berbeza. Ini akan mengelirukan bayi dan seterusnya menggagalkan penyusuan susu ibu.
  3. Dalam masa 6 minggu pertama adalah ‘masa latihan’ untuk ibu dan bayi. Anda harus tenang dan sabar semasa melakukan penyusuan kerana cara ini dapat menyelesaikan banyak masalah.
  4. Adalah menjadi suatu kebiasaan jika bayi yang diberi susu ibu kerap membuang air besar. Najis ini biasanya cair dan berwarna kekuningan. Adakalanya bayi tidak membuang air besar beberapa hari lamanya. Ini juga merupakan suatu perkara biasa.

Berapa Lama Bayi Perlu Menyusu?

Penghasilan susu ibu yang secukupnya diperolehi dalam masa 6 minggu. Dengan ini ibu boleh meneruskan pemberian susu selama mana yang diingini. Para doktor mengesyorkan supaya bayi harus diberi susu ibu sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

Ramai juga ibu-ibu yang berjaya menyusukan bayi mereka sehingga 2 tahun. Amalan begini sangatlah digalakkan kepada keluarga yang mempunyai banyak alahan.

Oleh kerana banyak susu akan terhasil selepas kelahiran, adalah tidak mustahil bagi ibu-ibu yang bekerja terus menyusui bayi mereka walaupun mereka bekerja sepenuh masa atau secara sambilan.

Pilih Tempat Bersalin

  • Pilih hospital “Baby-Friendly” untuk melahirkan bayi anda.
  • Ini adalah langkah pertama bagi penyusuan susu ibu.
  • Dapatkan nasihat daripada kumpulan sokongan Laktasi Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Remaja & Konflik

CABARAN REMAJA

Perubahan-perubahan fizikal, emosi dan social semasa remaja memberi kesan terhadap kesihatan mental.

Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Remaja

  • Keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri
  • Sering merasa diri disalahfahamkan dan dipersalahkan
  • Merasa diri dilayan secara tidak adil
  • Kesunyian
  • Sukar memahami emosi
  • Susah membuat keputusan

Hubungan Dengan IbuBapa

Remaja yang mempunyai hubungan baik dengan ibubapa mereka sering menjalin perhubungan yang mesra dengan orang lain. Mereka juga kurang mengalami masalah kesihatan mental.

Cara-Cara Menjalin Perhubungan Yang Lebih Rapat Dengan IbuBapa

  • Menghormati dan sedia meneriam tunjuk-ajar dan teguran mereka
  • Membincangkan masalah anda dengan mereka
  • Meluahkan perasaan dan pendapat anda secata terus terang
  • Tunjukkan kasih sayang anda melalui kata-kata ataupun perbuatan
  • Cuba memahami masalah dan beban ibubapa anda
  • Meraikan harijadi mereka
  • Ingatlah bahawa ibubapa menyayangi anda dan mahukan yang terbaik untuk anda

MENANGANI EMOSI

Keupayaan memahami emosi adalah penting di dalam kehidupan harian

Apabila Anda Merasa Marah

  • Tarik nafas sedalam-dalamnya. Beredar dari suasana tegang (jika perlu)
  • Berfikir sebelum bertindak
  • Tanya diri sendiri
    • Kenapa saya marah ?
    • Apalah punca masalah ?
    • Apakah yang telah saya lakukan ?

PENYELESAIAN KONFLIK

  • Kenalpasti punca konflik
  • Dengan dulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain
  • Nyatakan apa yang anda kehendaki dan mengapa anda marah
  • Janganlah menyalahkan orang lain
  • Tumpukan perhatian kepada tindakan yang menyebabkan konflik
  • Bertenang semasa menerangkan pendapat anda
  • Bincangkan bersama cara-cara penyelesaian masalah
  • Carilah penyelesaian yang menguntungkan kedua belah pihak

Remaja yang Positif

  • Bertimbang rasa
  • Yakin terhadap diri sendiri
  • Sedia menerima nasihat dan teguran
  • Sabar
  • Bertanggungjawab
  • Rajin dan suka menolong
  • Mahir berkomunikasi

Kementerian Kesihatan Malaysia, Amalakan Kesihatan Mental Yang Baik

SENAMAN

Jantung Cergas – Jantung Sihat

Senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung

  • Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan pada jantung anda.
  • Ia menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung.
  • Ia meningkatkan paras kolesterol pelindung yang dikenali sebagai ‘high density lipo’ proteins (HDL).
  • Ia membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang ada.
  • Ia menugurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.
  • Ia mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan.
  • Ia membantu anda tidur dengan nyenyak.

Bagaimana Hendak Bersenam

  • Jadikan senaman sebagai amalan hidup anda.
  • Senaman perlu dibuat mengikut kehendak dan kesenangan anda.
  • Bila melakukan senaman, jarakkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, untuk sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali.
  • Senaman yang tidak berkala tidak memberi apa-apa manfaat.
  • Panaskan badan dengan melakukan regangan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum sessi senaman dan sejukkan badan melalui regangan selepas aktiviti senaman.
  • Senaman hendaklah bersungguh-sungguh tetapi tidaklah memudaratkan.
  • Kemantapan senaman seharusnya boleh menggerakkan denyutan nadi anda lebih kurang 120-150 denyutan seminit.
  • Mulakan program senaman anda perlahan-lahan dan kemudian tingkatkannya dari masa ke masa.

Jenis-jenis Senaman

  • Senamrobik

· Ia menguatkan ketahanan fizikal dan jantung.

· Mengekalkan aktiviti kumpulan otot-otot besar boleh menambah keperluan oksigen di dalam badan.

· Ini melatih jantung, paru-paru dan otot-otot untuk menjadi lebih cergas.

  • Kalestenik

· Ia memperbaiki kelembutan atau kelenturan sendi dan otot.

· Ia melonggarkan otot-otot dan menyediakan badan untuk aktiviti senamrobik.

· Ia membantu mengelakkan dari pening dan sakit-sakit otot selepas senamrobik. Contohnya: regangan dan tai-chi.

  • Senaman janganlah disalah tafsirkan sebagai sukan untuk pertandingan. Oleh itu, ianya hendaklan dilakukan mengikut keupayaan seseorang individu supaya ianya menjadi cergas. Dan, pilihlah jenis senaman yang dapat memberi keseronokan pada anda dan boleh dijadikan sebagai sebahagian dari kehidupan seharian anda.

Patuhilah Syarat-syarat Bersenam

  • Lakukan senaman dengan betul bagi mengelakkan kecederaan.
  • Jangan bersenam ketika sakit atau cedera.
  • Pastikan anda memanaskan badan sebelum bersenam dan menyejukkannya selepas bersenam.
  • Pakailah pakaian yang selesa dan tidak terlampau ketat.
  • Gunakan kasut yang sesuai dengan lapisan tapak yang cukup apabila berjalan, berjogging atau berlari.

Menderma tanggungjawab kita bersama

Apakah usaha dan peranan anda ?


Menderma darah

Apakah yang anda perlu tahu ?

Kepentingan menderma darah

Darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa seseorang terutamanya :

  • Mangsa kemalangan
  • Pesakit yang menjalani pembedahan
  • Bayi yang baru lahir yang mengidap penyakit kuning (jaundis)
  • Pesaktit Thalassemia dan Hemofilia
  • Ibu yang mengalami tumpahan darah

Anda layak menderma sekiranya

  1. Berumur 18 tahun ke atas
  2. Berat badan 45 kg dan ke atas
  3. Sihat tubuh badan
  • Sihat pada hari menderma
  • Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah
  • Tidak mengambil ubat aspirin atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu yang lepas
  • Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam yang lepas
  • Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam yang lepas
  • Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu yang lepas
  • Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas
  • Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun
  • Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas
  • Tidak bertindik di mana-mana bahagian tubuh badan (akupuntur, tattoo, berbekam) dalam tempoh 1 tahun yang lepas
  • Tidak mempunyai ahli keluarha yang mengidapi Hepititis B atau C


PENTING !!!

Anda DILARANG menderma darah sekiranya :

Anda mengamalkan cara hidup yang tidak sihat (berisiko tinggi) seperti berikut :

  • Menggunakan dadah secara suntikan
  • Mengamalkan homoseksual /biseksual/bertukar-tukar pasangan seks
  • Mengadakan perhubungan seks dengan pelacur/melacurkan diri
  • Pernah mengadakan hubungan seks dengan mereka yang tersebut di atas
  • Merupakan pembawa virus Hepititis B & C atau telah dijangkiti Virus HIV atau mengidapi AIDS

Anda juga tidak digalakkan menderma jika anda :

  1. Menghidapi penyakit-penyakit seperti :

· Sifilis

· Malaria

· Sakit jantung

  1. Sedang dirawati untuk apa-apa penyakit
  2. Telah menjalani pembedahan kurang daripada enam bulan sebelum tarikh derma darah
  3. Ibu yang sedang mengandung atau menyusukan anak
  4. Bertujuan hanya untuk menguji darah sahaja


Ketahuilah jangan letakkan diri anda dan orang lain di dalam keadaan bahaya

Darah selamat bermula dari anda

Jika anda layak menderma, datanglah dan bawalah bersama ahli keluarga/ kawan-kawan anda yang juga layak menderma darah

Menderma darah adalah tanggungjawab bersama

Proses menderma darah

  1. Pergi ke Tabung Darah
  2. Isi borang
  3. Pemeriksaan tekanan darah & berat badan
  4. Ujian kumpulan darah & tahap hemoglobin
  5. Pengambilan darah
  6. Rehat & jamuan ringan

Apakah alasan anda tidak menderma darah ?

1. Saya telah pun menderma darah sekali

Terima kasih atas sumbagan anda. Teruskan khidmat baik anda. Untuk pengetahuan anda, seseorang boleh menderma darah sekali dalam 3 bulan

2. Darah saya bukan jenis yang betul

Jumpa doktor kami untuk mendapatkan kepastian

3. Orang lain sudah pun menderma, jadi kenapa pula saya lagi ?

Benar, kini lebih ramai penderma diperlukan setiap tahun. Jadi setiap penderma dikira mustahak

4. Saya takut sakit apabila dicucuk jarum

Jangan bimbang ! ada berita baik ! sekarang kami menggunakan pelali, tidak sakit pun

5. Saya terlalu lemah

Kita akan memeriksa berat badan, tahap hemoglobin dan tekanan darah sebelum menderma darah. Bagaimanapun jumlah darah yang akan diambil akan digantikan melalui proses semulajadi dalam tubuh anda dalam beberapa jam sahaja

7. Saya terlalu sibuk

Orang lain pun begitu. Sudah tentu anda boleh meluangkan setengah jam atau lebih untuk menyelamatkan satu nyawa

Darah anda mungkin boleh menyelamatkan nyawa seseorang dan darah orang lain pula mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda

Keistimewaan yang dinikmati oleh si penderma

Si penderma darah akan dapat menikmati rawatan percuma pesakit luar, rawatan perubatan dan caj wad di hospital tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Sila berhubung dengan pihak hospital untuk keterangan lanjut

Oleh itu…

mendermalah sekarang semasa anda sihat dan berkelayakan

tindakan anda boleh menyelamatkan nyawa seseirang dan nyawa anda

PANDUAN MENJAGA ALAT SULIT WANITA

Jangkitan Yang Berulang Boleh Merosakkan Sistem Peranakan

Dalam kehidupan seseorang wanita, penjagaan alat sulit atau alat kelamin amat penting kerana ia berkait rapat dengan pengeluaran darah haid, hubungan seks dan kehamilan.

Bahagian ini sensitif pada perubahan persekitaran terutamanya keasidan dan kealkalian (pH) kemaluan wanita. Perubahan ini samada disebabkan jangkitan kuman, penggunaan sabun atau faktor fizikal, persekitaran ataupun kebersihan diri. Seseorang wanita mungkin tidak selesa, gatal, mengeluarkan keputihan yang tidak normal atau berbau, bengkak alat kelamin dan kesakitan.

Menurut Dr. Siti Zaleha Ab. Rahim dari salah sebuah hospital swasta, wanita yang mempunyai tanda-tanda tersebut mudah dijangkiti kuman.

“Ia juga akan menjejaskan hubungan seks dan menimbulkan konflik antara suami dan isteri.”

“Disamping itu, jangkitan kuman tertentu yang berulang boleh merosakkan sistem peranakan menyebabkan saluran fallopio tersumbat dan menjadikan seseorang itu sukar mendapat zuriat,” katanya.

Ada beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan untuk menjaga alat kelamin atau reproduktif wanita.

Langkah-langkah penjagaan alat kelamin yang disyorkan:

  • Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar, seelok-eloknya menggunakan air.
  • Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah media yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya.
  • Elak daripada sering mengamalkan douching iatitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria lactobacilli dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.
  • Elakkan menyabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.
  • Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optima.
  • Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. Amalan ini berkesan untuk wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pundi kencing (urinary tract infection).
  • Elakkan memakai pakaian dalam sentetik yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.
  • Pakaian dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan, elok memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

Tambah Dr. Siti Zaleha lagi, jangkitan kuman sering berlaku sekiranya alat sulit tidak dijaga dengan sempurna. Ini termasuk kuman bakteria, virus, kulat dan protozoa yang dapat ditularkan melalui hubungan seks (sexually transmitted disease). Wanita dan pasangan perlu berjumpa doktor sakit puan untuk ujian pengesahan dan rawatan spesifik. “Paling kerap berlaku ialah jangkitan kuman atau fungus yang dipanggil candida. Ia dapat dirawat dengan memasukkan ubat antifungus ataupun ubat pil ke dalam faraj.” Ujar beliau.

Kumpulan kuman lain yang sering menyerang wanita ialah bacterial vaginosis. Pesakit akan mengadu mengeluarkan lendir busuk (fishyodour discharge) dan kegatalan teruk. Ini dapat dirawat dengan antibiotik spesifik.

Katanya, wanita juga terdedah penyakit bengkak pada alat kelamin yang dipanggil bartholin cyst.

“Ia terjadi bermula dengan pembengkakan setempat pada bahagian bawah bibir kemaluan. Pada peringkat awal, pesakit mungkin tidak perasan kerana saiznya kecil. Cyst ini terbentuk akibat kelenjar Bartholin tersumbat dan bengkak yang sering terbentuk disebabkan jangkitan kuman bakteria.

“Ia dapat dikawal melalui pembedahan kecil pada cyst untuk mengeluarkan cecair yang terkumpul di dalam kelenjar tersebut. Sekiranya ia kerap berulang, dinasihatkan dibedah dan dikeluarkan,” jelas Dr. Siti Zaleha lagi.

Bengkak nanah (abcess) dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mengadu sakit serta demam. Rawatan adalah secara incisional dan drainage untuk mengeluarkan nanah dan pengambilan antibiotik.

Selain itu, bisul juga boleh terjadi pada wanita yang sering bercukur. Oleh itu, kebersihan pencukur perlu dititikberatkan.

Penyakit lain yangg turut dikaitkan dalam masalah ini ialah barah pada bahagian luar alat kelamin (vulva dan vagina). Namun ia jarang terjadi berbanding barah pangkal rahim, rahim atau ovari. Ia merangkumi hanya 5 peratus daripada semua jenis barah sistem produktif wanita.

“Penyakit ini sering berlaku pada wanita yang telah menopaus dengan purata umur 60 tahun. Pesakit akan mengalami kegatalan berterusan yang teruk diikuti ketumbuhan atau ulser yang kerap bermula pada bibir luar kemaluan. Rawatan ini merangkumi pembedahan besar dan radioterapi,” katanya.

Ketika mengulas mengenai kaitan penjagaan alat sulit dengan masalah keputihan, Dr. Siti Zaleha berkata keputihan kerap berlaku pada wanita dan penting sekali mereka tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit.

“Keputihan yang normal boleh berlaku pada keadaan berikut iaitu beberapa hari sebeluim tiba haid, ketika keghairahan seks, kehamilan dan klimakterik atau selepas menopaus.

“Begitu juga sebelum tiba haid dan ketika hamil atau belaku perubahan paras hormon yang meningkat. Semua ini menyebabkan banyak keputihan atau cecair jernih yang melekit keluar dari faraj,” ujar Dr. Siti Zaleha.

Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih, putih ke kuning atau kehijauan atau berdarah. Sekiranya keputihan terlalu banyak, kadang-kadang ia keluar secara berketul-ketul kecil, gatal dan berbau. Tanda-tanda adalah seperti bengkak, pedih atau sakit pada alat kelamin. Sekiranya jangkitan merebak ke rahim atau sistem peranakan, wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta demam.

“namun begitu, seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak, supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit serius,” tambah beliau.

Dr. Siti Zaleha juga menjelaskan, kebanyakan wanita tidak memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya langkah-langkah yang disarankan tadi diikuti dengan bijak. Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak normal.

““Ada segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran. Mereka dinasihatkan memikir bahan pencuci yang tidak alergik, yang tidak mengubah pH faraj dan telah diuji kebersihannya.

“Sekiranya selepas menggunakan produk tersebut dan timbul rasa pedih, gatal atau kemerahan, wanita itu dinasihatkan tidak menggunakannya lagi dan berjumpa dengan doktor,” katanya lagi.

<!– /* Font Definitions */ @font-face {font-family:Calibri; mso-font-alt:”Century Gothic”; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:swiss; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:-1610611985 1073750139 0 0 159 0;} /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-parent:””; margin-top:0in; margin-right:0in; margin-bottom:10.0pt; margin-left:0in; line-height:115%; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:Calibri; mso-fareast-font-family:Calibri; mso-bidi-font-family:Arial;} @page Section1 {size:8.5in 11.0in; margin:1.0in 1.25in 1.0in 1.25in; mso-header-margin:.5in; mso-footer-margin:.5in; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} –>
/* Style Definitions */
table.MsoNormalTable
{mso-style-name:”Table Normal”;
mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes;
mso-style-parent:””;
mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt;
mso-para-margin:0in;
mso-para-margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:10.0pt;
font-family:”Times New Roman”;
mso-ansi-language:#0400;
mso-fareast-language:#0400;
mso-bidi-language:#0400;}

About these ads

~ oleh ANUAR AHMAD di Mac 21, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: