PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK MAHASISWA

PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK MAHASISWA[1]

 

Shamsul Anuar Ahmad

 

Pendahuluan

 

Pengurusan kewangan amat penting untuk mahasiswa, perancangan yang baik didalam menguruskan kewangan peribadi sebagai mahasiswa amat perlu dek kerana para mahasiswa memerlukan kekuatan kewangan untuk merancang masa depan yang penuh cabaran. Sumber kewangan mahasiswa pada hari ini banyak tertumpu pada pinjaman PTPTN walaupun sesetengah pelajar mendapat biasiswa JPA, Yayasan Negeri dan sebagainya. Kebanyakkan pelajar USIM mendapat pinjaman PTPTN yang disediakan oleh kerajaan.

Melalui pinjaman ptptn inilah para mahasiswa menggunakan segala pembelanjaan sepanjang bergelar mahasiswa. Bagi pelajar yang mempunyai ibubapa yang berada dan kewangan yang kukuh ia tidaklah menjadi masalah untuk berlebihan didalam berbelanja, jika kesuntukan wang, ia hanya sms dan call je family untuk mendapatkan deficit wang yang dari pinjaman ptptnnya. Apa yang akan jadi jika ia bukan seorang anak orang yang berada dan kaya? Inilah kepentingan mengurus kewangan yang lestari bagi perbelanjaan seharian sebagai mahasiswa sepanjang berada didunia kampus.

Nilai-nilai Islam perlulah diterapkan didalam pengurusan kewangan mahasiswa. Islam adalah satu sistem yang lengkap dan merangkumi semua aspek kehidupan dan kematian, aspek fizikal dan inteletual, ritual dan realistic, material dan spiritual, duniawi dan ukhrawi. Pengurusan kewangan dan harta adalah aspek yang telah dititikberatkan oleh Islam kepada penganutnya untuk mentadbir harta dan rezeki yan telah dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya yang beriman. Harta benda adalah milik mutlak Allah Taala, kita hanyalah khalifah Allah yang diberikan amanah untuk mengurus dan mentadbir harta yang telah di amanahkan oleh Allah kepada kita.

Asasnya, walaupun kita ini bukan hidup untuk wang, namun kita perlu sentiasa merancang dan mengawal penggunaan sebagai asas keperluan kehidupan hari ini.perancangan ini hanyalah semata-mata usaha untuk menganjurkan kita merancang sumber kewangan yang terhad kita miliki ini. Oleh itu, amat sayugialah kita bersama berkongsi pendapat untuk membincangkan kaedah terbaik untuk merancang kewangan kita sebagai mahasiswa yang lestari dan bijak berbelanja melalui kewangan yang terbatas ini.

 

 

Bahagiakah Kita Bila KAYA??

 

Apakah sebenarnya yang dikatakan kebahagiaan dan ketenangan? Adakah kebahagiaan dan keharmonian hidup kita ini akan terjamin bila mempunyai sumber kewangan yang banyak dan melimpah ruah? Adakah kebahagiaan itu terletak kepada kekayaan dan kehidupan yang penuh kemewahan?

 

(yaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih. (Asy Syu’araa’ 88-89)

 

Kehidupan masyarakat hari ini sering mengukur kebahagiaan dan ketenangan melalui kekayaan dan kemewahan hidup semata-mata, sedangkan berapa ramai orang yang kaya-raya dan hidup penuh kemewahan tidak mampu mengukir senyuman yang ceria, memiliki raut wajah yang penuh kebahagiaan dan ketenangan. Jika kita kejar dunia.. maka kita akan selamanya menjadi hambanya.. dan jika kita mengejar akhirat dan menuju Allah.. pastinya dunia akan berada dibawah telapak kaki kita..

Ini membuktikan kepada kita bahawa kebahagiaan dan ketenangan bukanlah datang dari kekayaan dan kemewahan. Janganlah kita berdoa untuk menjadi seorang yang kaya, tetapi berdoalah kepada Allah semoga kita menjadi seorang pembayar zakat yang paling tinggi. Islam tidak membenci kepada kekayaan dan kemewahan selagimana ia mentaati segala perintah Allah dan mendapat sumber kekayaan itu dari wadi yang halal dan suci dari kemaksiatan kepada Allah.

 

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih, pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: “Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu.” (At Taubah: 34-35)

 

 

 

 

 

JOM KITA RANCANG KEWANGAN KITA J

 

PERBELANJAAN KUANTITI WANG KELUAR Perjimatan JUMLAH
Makan minum 6 x 150 900 5 x 150 750
Top up 30 x 5 150   150
Minyak Motor 3 x 150 450 2 x 150 300
Buku rujukan 400 400 200 200
Keperluan asas 200 200 150 150
Tiket Bas 150 150 150 150
Baiki motor 100 100 70 70
Akhbar / buku luar 250 250 70 70
Pakaian 150 150 100 100
         
Jumlah   2750   1940

 

            Rajah diatas menunjukkan perbelanjaan asas yang dibelanjakan oleh seorang mahasiswa yang menuntut di IPTA. Mahasiswa USIM biasanya berada dikampus selama 5 bulan (150 hari) pada setiap semester. Kebanyakkan mahasiswa mendapat pinjaman ptptn sebanyak RM3000 setiap 1 semester, selepas ditolak yuran Universiti dan beberapa perkara yang berkaitan dengan pengajian, maka mahasiswa akan mendapat yang bersih daripada ptptn lebih kurang RM1700. RM1700 inilah yang digunakan oleh mahasiswa untuk keseluruhan perbelanjaan sepanjang berada dikampus.

                Mahasiswa banyak membelanjakan wang pinjamannya kepada bajet makan dan minum, saya telah menganggarkan secara purata mahasiswa menghabiskan RM6 untuk makan dan minum mereka pada setiap hari, mungkin lebih dari RM6 sehari. Untuk makan pagi saya anggarkan sebanyak RM2.50 beserta air kosong, makan malam sebanyak RM3.50 dan air kosong. Ini tidak termasuk makanan sampingan seperti Gula-gula, air berperisa, makanan segera, kek, makanan pasar malam dan sebagainya. Sebenarnya kita dapat menjimatkan bajet perbelanjaan makan dan minum sebanyak RM5 sehari jika kita mengamalkan puasa sunat isnin khamis dan puasa-puasa sunat yang lain. Jika susah untuk melaksanakan puasa sunat, anda boleh kurangkan bajet makan minum dengan mengurangkan makan makanan yang mempunyai lauk pauk yang mahal, makanlah makanan yang seimbang. Jika anda tidak makan yang seimbang maka bajet kalian untuk kesihatan akan berlebihan untuk merawat penyakit yang anda hadapi dek kerana makanan yang anda makan tidak dapat memberi kesihatan yang baik kepada badan anda.

                Bagi bajet top up pula, saya anggarkan sebanyak RM30 sebulan dan RM150 selama 1 semester. Yang suka bergayut mungkin lebih dari bajet yang saya nyatakan diatas. Ada mahasiswa yang bercinta dan suka bergayut sehingga buket top up lebih tinggi dari makanan iaitu RM10 sehari, bayangkan jika selama 1semester dia mengamalkan budaya bergayut ini, pastinya mencecah ribuan ringgit Bajet top up ini susah nak kurangkan anggaran ini telah terlalu rendah untuk mahasiswa. Banyakkan menggunakan perkhidmatan handphone hanya untuk perkara penting sahaja dan kurangkan menggunakan handphone untuk perkara sia-sia. Perkhidmatan sms juga dapat membantu anda mengurangkan bajet top up, namum ia amat membazir masa jika perlu kepada perbincangan yang panjang dan penting.

                Bagi mahasiswa yang ada kenderaan motor seperti saya, keperluan untuk mengisi minyak motor adalah satu kewajipan harian, saya anggarkan RM3 sehari untuk mengisi minyak motor dan ia akan mencecah RM450 satu semester, bagi yang banyak merantau dan jalan-jalan, mungkin bajet yang dianggarkan diatas akan lebih tinggi. Bagi mengurangkan bajet minyak motor ini, caranya ialah banyakkan menggunakan bas universiti untuk ke kampus, kurangkan bersiar-siar untuk perkara yang tidak penting dan isi minyak pada waktu malam coz minyak akan lebih bila suasana dingin.

                Buku rujukan adalah diantara perkara yang penting bagi mahasiswa, memandangkan buku rujukan yang digunakan di universiti adalah terlalu mahal dan susah untuk didapati didalam Negara. Saya anggarkan RM400 untuk buku rujukan selama 1 semester. Mungkin lebih bajet jika lecture menggunakan lebih dari 1 rujukan untuk satu subjek. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh untuk fotostat semua buku rujukan yang mahal-mahal untuk mengurangkan bajet.

                Keperluan asas yang saya masukkan diatas ialah perkara yang tak termasuk didalam jadual diatas seperti: alat kosmetik, pewangi, alat tulis, pinggan mangkuk, kasut selipar dan sebagainya. Saya anggarkan sebanyak RM200 untuk keperluan asas ini, walaupun begitu, ia akan naik mendadak jika anda seorang yang suka shopping dan suka barang yang berjenama. Ini perlu kepada kebijaksanaan anda untuk menentukan priority kepada kehidupan anda.

                Mahasiswa yang tinggal jauh dari Kampus memerlukan simpanan membeli tiket bas untuk pulang kekampung. Saya anggarkan RM150 untuk bajet tiket bas. Bajet ini akan lari jika anda suka pulang kekampung dan selalu pergi rumah kawan-kawan, rumah lecture kalian, mencari rujukan tugasan dan sebagainya. Ini susah untuk dibajetkan coz semua orang nak balik kampong.

Bajet untuk penyelenggaraan motosikal bagi mahasiswa ialah RM100 setiap satu semester, ini termasuklah menukar minyak hitam, tukar bateri, tayar dan sebagainya. Bajet ini akan bertambah jika mahasiswa suka mengubah komponen motosikal dan mahasiswa yang menggunakan motokar. Boleh dijimatkan dengan mengurangkan penggunaan motosikal.

Bajet akhbar dan buku luar dianggarkan sebanyak RM250 bagi setiap semester, jika mahasiswa suka membeli akhbar setiap hari maka bajet ini akan lebih, bayangkan RM1 X 150=RM150 ini tidak termasuk majalah hiburan dan ilmiah. Ada juga yang suka membeli buku-buku ilmiah sebagai bahan bacaan, kebanyakkan buku-buku ilmiah harganya adalah mahal, walaupun begitu ia adalah perbelanjaan berkat dan saru pelaburan jangka panjang untuk knowledge development. Ada juga yang suka membaca novel, walaupun ia adalah hobi namun ia banyak menyebabkan bajet tersasar dari yang sepatutnya, walaupun ada novel yang berbentuk ilmiah namun ia tidaklah seperti buku-buku ilmiah yang penuh dengan ilmu dan maklumat, novel tidaklah membincangkan secara terperinci perkara yang ilmiah, ia hanya petik beberapa fakta dan maklumat ilmiah. Kongsi dengan kawan untuk beli 1 surat khabar atau pergi  je library untuk membaca pelbagai akhbar harian tanpa membayar 1 sen pun Cuma memerlukan kerajinan untuk menunggu bas dan berjalan kaki untuk jungle tracking ke library USIM.

Saya juga kategorikan bajet pakaian sebagai perbelanjaan asas. Anggaran yang saya telah tetapkan ialah RM150 untuk satu semester. Terpulanglah pada kalian untuk menentukan bajet pakaian selama 1 semester. Gunalah pakaian yang lama-lama, kalu nak bergaya juga, tunggulah nanti kerja sendiri, tak lama dok kat USIM ni, just 4-5 tahun je..

Duit ptptn yang kita perolehi sebanyak RM1700 ini memang tidak cukup untuk perbelanjaan kita sepanjang 5 bulan. Namum pun begitu, jika kita pandai merancang secara maksimun,pastinya ia cukup untuk perbelanjaan kita untuk 1 semester. Jika tak cukup pun, kita dapat mengurangkan permintaan yang tinggi dari keluarga kita di rumah. Contohnya: jika kita berjimat daripada RM2750 kepada RM1940 maka penjimatan yang kita lakukan ialah sebanyak RM810,kita hanya perlu memohon deficit perbelanjaan kita dari keluarga sebanyak RM240 (RM1940-RM1700=240), keluarga kita perlu mengeluarkan RM1.6 (1.6 x 150=240) setiap hari untuk pembiayaan kita di USIM, ini dapat mengurangkan beban keluarga kita.

 

 

Macam mana nak berjimat yer??

 

                Bercakap mengenai berjimat ni memang mudah, tapi melaksanakan berjimat cermat ni adalah susah sangat. Memandangkan jumlah pinjaman yang kita dapat tidak terlalu banyak sedangkan perbelanjaan yang perlu kita tanggung melebihi bajet pinjaman yang kita dapat. Ini akan memberikan sedikit tekanan kepada kita jika kita tidak dapat manage kewangan kita dengan bijak. Saya beri beberapa panduan untuk kita sama-sama berjimat:

 

-          sediakan beberapa sampul surat (envelop) dan masukkan duit bajet kita selama 1 semester kemudian tulis pada sampul itu, contohnya: tuliskan “minyak motor” pada sampul surat dan masukkan bujet selama 1 semester untuk minyak motor. Kita akan cepat sedar bila berlebihan didalam berbelanja untuk minyak motor bila kita sentiasa check sampul yang untuk belanja minyak motor. Tuliskan semua bajet perbelanjaan kita dan masukkan didalam sampul surat serta masukkan duit. Ia akan lebih berkesan jika kita betul-betul amanah dengan bajet kita sendiri

-          jangan menggunakan kad kredit

-          jangan banyak berhutang

-          menjadi pengguna yang lestari

-          banyakkan berkawan dengan orang yang miskin

-          elakkan untuk meniru gaya kawan-kawan kita yang berada

-          guna skim prabayar bagi telefon

-          sediakan sedikit bajet untuk infak dijalan Allah

-          beli barang yang perlu sahaja, elakkan membeli barangan mengikut kehendak

-          banyakkan berbincang dengan pakar perancangan kewangan

-          bersifat qanaah (berpada dengan apa yang ada)

-          catit segala perbelanjaan harian didalam buku perancangan kewanga (buku wang saku)

 

Ini adalah sedikit pengkongsian maklumat bersama. Semoga kita menjadi mahasiswa yang bijak didalam pengurusan kewangan. Semua ini adalah usaha kita untuk mendapat keberkatan didalam mengendalikan Amanah harta yang Allah kurniakan kepada kita. Allah telah menetukan segala rezeki kita semua takkala kita berada di alam rahim lagi, usaha dan ikhtiar hanyalah perkara sampingan sahaja untuk menuju qada qadar Allah.

 

Bacaan Tambahan

 

-          Barjoyai Bardai 1997. Pengurusan Kewangan Keluarga. Kuala Lumpur. Utusan Publication & D sdn. Bhd

-          Rohani Datuk Hj. Shahir 2005. Cukup Wang Hati Tenang. Kuala Lumpur. Al-Ameen Serve Holdings sdn. Bhd.

-          Dr. Rusly Abdullah 2005. Biar Kecil Asalkan Berhasil.  Kuala Lumpur. Al-Ameen Serve Holdings sdn. Bhd.

-          Dr. Rusly Abdullah 2005. Orang Kaya Bertaqwa. Kuala Lumpur. Al-Ameen Serve Holdings sdn. Bhd.

-          Coltman M.M 1984. Guide To Effictive Financial Management. London; Self Counsel Press.1984

 

 


[1] . Artikel ini disiapkan pada 2 July 2009 pada jam 1.49AM.

~ oleh ANUAR AHMAD di Julai 10, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: