KHURAFAT,MISTIK DAN KEBATINAN VIRUS AJARAN SESAT

YANG MULIA USTAZ HAJI SHAHUL HAMID BIN M.P.H.SEENI MOHAMAD

PENGAJIAN ISLAM  DARUL TAHZIB , TELUK KUMBAR,
PULAU PINANG,MALAYSIA

1.         MUQADDIMAH

إن الحمد لله ، نحمده ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ با الله من شرور أنفسنا ومن سيئات  أعمالنا ، من يهده الله فلا مضل له و من يضلله  فلا هادي له.وأشهد أن لا إله  إلا الله وحده  لا  شريك له ، وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله. أما بعد

 

Segala pujian kita panjatkan kepada Allah Subhanu wa Ta‘ala yang telah menyempurnakan kehidupan manusia dengan pemberian al-Quran sebagai kitab panduan yang tidak ada kekurangan sepertimana firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا

 

Yang bermaksud: Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu[1].

 

Islam adalah undang-undang kearah menjadikan kehidupan manusia lebih berkualiti kerana datangnya dari pencipta alam itu sendiri, sebab itu ia sesuai disetiap zaman dan tempat bahkan tidak akan sesat selamamana kita berpegang dengan dua panduan Islam yang utama, seperti sabdaan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

 

قَالَ  رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ   :تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

 

Yang bermaksud: Aku tinggalkan pada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selamamana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah Subhanu wa Ta‘ala dan sunnah Nabinya[2]

 

Walaupun Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah wafat dan membawakan Islam kepada seluruh manusia dan jin sejak 1400 tahun lebih yang lalu, namun masih lagi wujud golongan yang mengamalkan dengan amalan khurafat,mistik kebatinan yang akhirnya menyimpang dari ajaran Islam yang syumul ini

 

Walaupun manusia pada hakikatnya sudah bijak sehinggakan ramai yang sudah kemenara gading bahkan ada yang sudah kebulan tetapi tidak kurang juga dikalangan mereka yang terpedaya dengan ajaran-ajaran khurafat yang diamalkan didalam kehidupannya bahkan sudah sebati sehinggakan susah untuk dipulihkan

 

Amalan-amalan khurafat pada hakikatnya merupakan virus kearah merosakkan akidah dan pegangan hidup seseorang dan umat Islam yang lain .

 

Bagi membendung gejala ini, Alhamdulillah, satu seminar yang seumpama ini diadakan bagi memperjelaskan kepada masyarakat Islam terhadap amalan-amalan yang bercanggah dengan ajar Islam beserta dalil dari al-Quran,al-Sunnah dan kitab-kitab ulama muktabar

 

Terima kasih diucapkan kepada pihak Darul Ifta’ Kerajaan Negara Brunei yang sudi menjemput al-faqir sebagai pembentang kertas kerja yang berjodol: KHURAFAT,MISTIK DAN KEBATINAN VIRUS AJARAN SESAT, yang al-faqir susun dalam jangka waktu yang begitu singkat dan kekurangan waktu serta kurang rujukannya.

 

Mudah-mudahan coretan yang tak seberapa ini akan dapat memberikan manfaat dan panduan pada diri al-faqir serta sahabat handai dalam memahami dengan lebih mendalam tentang ajaran yang bercanggah dengan Islam khususnya amalan-amalan khurafat

 

Al-Faqir Abu Muhammad Al-Naqsyabandiy Al-Filfilani

Jumaat 13 July  2007 bersamaan 28 Jumada al-Akhir 1428

 

 

2.         DEFINISI KHURAFAT,MISTIK DAN KEBATINAN VIRUS AJARAN SESAT

 

Sebelum tirai  ini dibuka dengan lebih luas marilah kita selidiki tentang maksud tajuk yang akan dibincangkan menurut kacamata etimologi (segi bahasa) dan kemudian-nya dengan definisi menurut terminologi (istilah)

 

Menurut Kamus Dewan [3] perkataan-perkataan dibawah ini diertikan dengan :

 

a-         Khurafat: Kepercayaan yang karut,dongeng,tahyul[4].

 

b-         Mistik: Suluk,tasawuf,keadaan ghaib yang tidak dapat diselami oleh pemikiran manusia; keanehan, keajaiban[5].

 

c-         Kebatinan: Perihal batin iaitu hati,perasaan dalam hati :tersembunyi; ghaib,tidak kelihatan[6].

 

d-         Virus: Kuman yang lebih halus dari bakteria yang boleh menyebabkan penyakit pada manusia,haiwan atau tumbuhan[7].

 

e-         Ajaran: Segala sesuatu yang diajarkan,nasihat,petunjuk, teori dan hukuman[8] .

 

f-         Sesat: Tidak mengikut jalan yang betul,tersalah,terkeliru,menyimpang dari jalan yang sebenar[9].

 

Khurafat menurut definisi yang dipakai oleh JAKIM ialah: Cerita-cerita yang memepesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta, khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan pemujaan atau kepercayaan yang amat bertentangan dengan ajaran Islam. Semua perkara yang berkaitan perlu dijauhi oleh semua orang Islam, kerana ia merupakan dosa [10].

 

Ajaran Sesat seperti yang tersebut didalam Kamus Dewan ialah: Ajaran yang terpesong daripada akidah atau syariat agama Islam[11].

 

Menurut BAHEIS JPM terdapat 6 kriteria yang boleh dijadikan garis panduan bagi menentukan sesuatu ajaran itu sesat ataupun tidak yang akan disebutkan pada bahagian yang keenem nanti.

 

Menurut pembahas, khurafat,mistik,kebatinan adalah perkara yang berlainan dari segi sebutan dan lafaz tetapi sama pada maknanya yang merujuk kepada persoalan amalan-amalan dan tingkah laku yang bercanggah dengan ajaran Islam dan adat kebiasaan manusia yang sejahtera akal pemikirannya yang dapat diketegorikan sebagai ajaran sesat

 

 

3.         HADITH KHURAFAT

 

Yang dimaksudkan dengan hadith khurafat iaitu hadith yang merujuk kepada asal usul perkataan khurafat dan kaitan alam jin (kebatinan) dengan manusia, seperti yang disabdakan oleh Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam:

 

حَدَّثَنَا أَبُو النَّضْرِ حَدَّثَنَا أَبُو عَقِيلٍ يَعْنِي الثَّقَفِيَّ حَدَّثَنَا مُجَالِدُ بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عَامِرٍ عَنْ مَسْرُوقٍ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : حَدَّثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِسَاءَهُ ذَاتَ لَيْلَةٍ حَدِيثًا فَقَالَتْ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَانَ الْحَدِيثُ حَدِيثَ خُرَافَةَ فَقَالَ أَتَدْرُونَ مَا خُرَافَةُ إِنَّ خُرَافَةَ كَانَ رَجُلًا مِنْ عُذْرَةَ أَسَرَتْهُ الْجِنُّ فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَمَكَثَ فِيهِنَّ دَهْرًا طَوِيلًا ثُمَّ رَدُّوهُ إِلَى الْإِنْسِ فَكَانَ يُحَدِّثُ النَّاسَ بِمَا رَأَى فِيهِمْ مِنْ الْأَعَاجِيبِ فَقَالَ النَّاسُ حَدِيثُ خُرَافَةَ ، قَالَ أَبِي أَبُو عَقِيلٍ هَذَا ثِقَةٌ اسْمُهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَقِيلٍ الثَّقَفِيُّ

 

Maksudnya: Pada suatu malam Rasulullah saw bersembang-sembang dengan para isterinya tentang suatu perkara, lalu salah seorang dikalangan mereka berkata: perkara ini seperti cerita khurafat. Baginda seraya bersabda :Adakah kalian tahu apa itu khurafat ? Sesungguhnya khurafat itu ialah seorang lelaki dari bani ‘Uzhrah (kabilah Yaman) yang telah disembunyikan oleh jin pada zaman jahiliyyah, lalu dia tinggal bersama golongan jin beberapa ketika kemudian golongan jin itu menghantarnya pulang kembali ke alam manusia lalu dia menceritakan kepada manusia tentang apa yang telah dilihatnya pada mereka (golongan jin) daripada perkara ajaib. Maka sebab itulah manusia berkata (tentang perkara-perkara pelik sebagai) cerita khurafat [12]

 

حدثنا محمد بن يونس العصفري قال : ثنا يزيد بن عمرو بن البراء الغنوي قال : نا سعيد بن عبد الله السلمي قال : نا علي بن أبي سارة ، عن ثابت البناني ، عن أنس بن مالك ، عن عائشة ،  أن رسول الله صلى الله عليه وسلم حدثها بحديث وهو معها في لحاف ، فقالت : بأبي ، وأمي يا رسول الله ، لولا تحدثني هذا الحديث لظننت أنه خرافة ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « وما حديث خرافة يا عائشة ؟ » قالت : الشيء إذا لم يكن قيل حديث خرافة  ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « إن أصدق الحديث حديث خرافة ، رجل من بني عذرة ، سبته الجن ، وكان يكون معهم ، فإذا استرقوا السمع أخبروه ، فيخبر به الناس ، فيجدونه كما قال »

 

Maksudnya: Pada suatu malam Rasulullah saw bersembang-sembang dengan ‘Aisyah tentang suatu perkara, sedangkan Baginda ketika itu bersamanya didalam satu selimut lalu ‘Aisyah berkata :Demi engkau sebagai ibu dan bapaku Wahai Rasulallah, jika engkau tidak ceritakan padaku cerita ini nescaya aku masih menganggap cerita itu adalah cerita khurafat. Rasulullah saw seraya bersabda :Adakah kamu tahu apa itu cerita khurafat wahai ‘Aisyah ?’Aisyah lantas menjawab :Sesuatu yang (pelik dan)tidak berlaku dikatakan cerita khurafat. Baginda saw bersabda:Sesungguhnya sebenar-benar cerita ialah cerita khurafat iaitu seorang lelaki dari bani ‘Uzhrah (kabilah Yaman) yang telah disembunyikan oleh jin lalu dia tinggal bersama golongan jin, kemudian golongan jin itu menghantarnya pulang kembali ke alam manusia lalu dia menceritakan kepada manusia tentang apa yang telah dilihatnya pada mereka (golongan jin) Maka sebab itulah manusia berkata (tentang perkara-perkara pelik sebagai) cerita khurafat[13]

 

Berdasarkan beberapa riwayat diatas ini jelas menunjukkan bahawa perkataan khurafat digunakan oleh Baginda saw dan para sahabat yang merujuk kepada perkara-perkara pelik dan sesuatu cerita yang menyalahi adat kehidupan atau tidak dapat diterima oleh akal manusia seperti mempercayai bahawa sesuatu objek ditakuti oleh golongan jin dan hantu atau objek tertentu boleh mendatangkan keuntungan serta menyelamatkan seseorang dan sebagainya

 

Berlainan pula sesuatu yang pelik dan tidak lojik oleh akal manusia tetapi jelas dikhabarkan didalam Al-Quran dan Al-Sunnah maka ia wajib diterima dan diimani yang dinamakan dengan Al-Sam’iyyat seperti persoalan azab kubur, hari kebangkitan, mizan, syurga, neraka dan sebagainya[14].

 

Juga terdapat beberapa perkara pelik yang menyalahi adat yang berlaku kepada para Ambiya’ yang dinamakan sebagai Mukjizat dan Irhash, yang berlaku kepada para Auliya’ dinamakan sebagai Karamah,yang berlaku kepada golongan awam yang soleh dinamakan sebagai Ma’unah,yang berlaku kepada orang fasik dinamakan sebagai Istidraj ,yang berlaku kepada seorang yang mendakwa sebagai seorang rasul Ihanah dan yang berlaku kepada orang kafir dinamakan sebagai Sihir[15].

 

 

4.         PUNCA TERJADINYA AMALAN-AMALAN KHURAFAT

 

1-         KEJAHILAN: Inilah faktor utama kenapa manusia sanggup melakukan amalan-amalan khurafat dan syirik, sebab itulah Islam amat menitik beratkan umatnya agar sentiasa meningkatkan keupayaan diri dengan menuntut ilmu bahkan menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan keatas setiap individu muslim Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

ö@è% ö@yd “ÈqtGó¡o„ tûïÏ%©!$# tbqçHs>ôètƒ tûïÏ%©!$#ur Ÿw tbqßJn=ôètƒ 3

 

Yang bermaksud: Katakan wahai Muhammad; adakah sama mereka yang mengetahui sesuatu dengan mereka yang tidak mengetahui [16]

 

2-         KEPENTINGAN PERIBADI: Bagi mendapatkan sesuatu dari kepentingan duniawi manusia sanggup melakukan apa saja walaupun terpaksa menggadaikan akidah dan agamanya dan terlibat dengan gejala mungkar. Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا

 

Yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh[17].

 

3-         NIAT YANG JAHAT: Sesungguhnya diantara hikmah kenapa adanya syurga dan neraka ialah kerana adanya manusia yang baik dan ada yang jahat yang saban hari sentiasa memikirkan bagaimana dia ingin merealisasikan niat dan amalannya itu sepertimana Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِّتُنذِرَ أُمَّ الْقُرَى وَمَنْ حَوْلَهَا وَتُنذِرَ يَوْمَ الْجَمْعِ لَا رَيْبَ فِيهِ فَرِيقٌ فِي الْجَنَّةِ وَفَرِيقٌ فِي السَّعِيرِ

 

Yang bermaksud: Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Qur’an dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada umulqura (penduduk Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya serta memberi peringatan (pula) tentang hari berkumpul (kiamat) yang tidak ada keraguan padanya. Segolongan masuk surga dan segolongan masuk neraka[18].

 

4-         PERGAULAN: Faktor ini juga terkadang menjadi sumbangan penting kearah terjebaknya seseorang dengan amalan khurafat seperti ikut kawan pergi menurun nombor ekor, ajaran Black Metal dan sebagainya. Sepertiman firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

 

Yang bermaksud: Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)[19].

 

5-         KEADAAN SEKELILING: Suasana masyarakat yang tidak diikat dengan undang-undang agama juga adalah faktor berleluasanya ajaran khurafat, oleh itu faktor ini juga penting untuk diberikan perhatian serius oleh mesyarakat muslim atau mana-mana organisasi agama agar tidak wujud masyarakat yang mendorong kearah berlakunya ajaran khurafat seperti dizaman jahiliyyah

 

6-         ADAT KEBIASAAN: faktor ini dikenal pasti sebagai penyumbang utama kearah berterusannya amalan khurafat dalam kehidupan manusia dengan slogan “Biar mati anak jangan mati adat” seterusnya menjadikan mereka begitu bersemangat mengadakan amalan khurafat secara berterusan seumpama mengadakan upacara bersemah atau menjamu hantu, hulubalang, roh semangat dan sebagainya. Al-Quran menyatakan hal ini dengan firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ آبَاءكُمْ وَإِخْوَانَكُمْ أَوْلِيَاء إَنِ اسْتَحَبُّواْ الْكُفْرَ عَلَى الإِيمَانِ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

 

Yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang lalim.[20].

 

FirmanNya lagi :

 

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْاْ إِلَى مَا أَنزَلَ اللّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ قَالُواْ حَسْبُنَا مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لاَ يَعْلَمُونَ شَيْئًا وَلاَ يَهْتَدُونَ

 

Yang bermaksud: Apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul”. Mereka menjawab: “Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya”.  Dan apakah mereka akan mengikuti juga nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk? [21].

 

7-         KEPERCAYAAN KARUT: Sebelum kedatangan Islam masyarakat kita telah lama menganuti ajaran agama hindu dengan kepelbagaian fahaman dan upacara yang karut-marut,sehinggakan apabila datangnya Islam menghapus sedikit demi sedikit amalan tersebut, walaupun begitu sebahagiannya masih segar bak jambangan dipagi hari disebabkan penyesat manusia yang pertama masih berleluasa hidup dan menyesatkan manusia dan menagih janjinya pada Allah untuk menyesatkan manusia sekeliannya, sepertimana Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

#  قَالَ رَبِّ فَأَنظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ #  قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنظَرِينَ  #  إِلَى يَومِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ # قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِي لأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأَرْضِ وَلأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ #  إِلاَّ عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

 

Yang bermaksud: Berkata iblis: “Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan”. Allah berfirman: “(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh. Sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan” . Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka”[22].

 

8-         PENGARUH POLITIK: Demi mendapatkan kuasa dan kedudukan duniawi yang sementara manusia sanggup untuk terlibat dengan gejala khurafat seperti mendapatkan bantuan bomoh-bomoh upahan atau bomoh VIP seperti yang banyak  terbentang didada-dada akhbar (kes Mona Fendy) dan sebagainya, begitujuga mereka yang terlibat dengan ajaran-ajaran khurafat dan ajaran sesat menyelamatkan diri melalui saluran politik (kes ajaran Taslim, Kg Seronok, Bayan Lepas, PulauPinang / kes Ayah Pin di Terengganu)]

 

 

5.         SEBAHAGIAN DARI AMALAN KHURAFAT

 

Diantara perkara khurafat yang telah atau sedang menjadi amalan sebahagian umat Islam yang menjadi suatu kewajipan keatas mereka yang mengetahui untuk membenteras perkara-perkara ini dari berlaku dan diamalkan sebagai langkah Amar makruf dan Nahi Mungkar ialah :

 

1-         Menganggap seseorang sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun sesuatu masyarakat dengan kehadirannya

 

2-         Amalan buang sial

-a-        Tepung tawar

-b-        Lenggang perut

-c-        Mandi bunga / Sintok limau

-d-       Mandi Safar

 

Huraian: Islam menganggap setiap orang itu ada qadar baiknya dan ada qadar buruknya dan sama sekali tidak ada kesialan pada diri seseorang,begitu juga cara untuk menghindari dari sesuatu musibah dengan memohon kepada Allah yang menciptakan segala-galanya bukannya memadai dengan amalan-amalan yang jelas tidak ada asal usul didalam Islam ,seperti yang difirmankan oleh Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

قَالُوا إِنَّا تَطَيَّرْنَا بِكُمْ لَئِن لَّمْ تَنتَهُوا لَنَرْجُمَنَّكُمْ وَلَيَمَسَّنَّكُم مِّنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ #  قَالُوا طَائِرُكُمْ مَعَكُمْ أَئِن ذُكِّرْتُم بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُون

 

Yang bermaksud: Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami bernasib malang karena kamu, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti (menyeru kami), niscaya kami akan merajam kamu dan kamu pasti akan mendapat siksa yang pedih dari kami”. Utusan-utusan itu berkata: “Kemalangan kamu itu adalah karena kamu sendiri. Apakah jika kamu diberi peringatan (kamu mengancam kami)? Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas”[23].

 

Firmannya lagi:

 

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

 

Yang Bermaksud: (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun”[24].

 

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

 

لا عدوى و لا طيرة ولا هامة ولا صفر

 

Yang bermaksud: Tiada sesuatu penyakit berjangkit, tiada sial, tiada burung hantu membawa sial dan tiada bulan safar yang berlaku sial[25].

 

3-         Menjamu Hantu dan Tok Nenek dengan alasan untuk selamat tinggal disuatu tempat atau memberi makan kepada hantu peliharaannya ataupun konon-kononnya untuk membayar niat tertentu

 

Huraian : Sesungguhnya Islam dengan aqidah dan tauhid yang amat kental yang mengajak manusia agar beriktikad bahawa segala sesuatu yang memberi bekas adalah Allah Subhanu wa Ta‘ala saja yang tidak ada sekutu dengannya oleh itu tidak perlu lagi menjamu kepada sesiapa kerana segalanya adalah makhluk ciptaan Allah Subhanu wa Ta‘ala yang amat lemah sepertimana firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللّهِ مَا لاَ يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَـؤُلاء شُفَعَاؤُنَا عِندَ اللّهِ قُلْ أَتُنَبِّئُونَ اللّهَ بِمَا لاَ يَعْلَمُ فِي السَّمَاوَاتِ وَلاَ فِي الأَرْضِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ

 

Yang bermaksud: Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudaratan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan, dan mereka berkata: “Mereka itu adalah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah”. Katakanlah: “Apakah kamu mengabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya baik di langit dan tidak (pula) di bumi?” Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka mempersekutukan (itu)[26].

 

Firmannya lagi:

 

قُلِ ادْعُوا الَّذِينَ زَعَمْتُم مِّن دُونِ اللَّهِ لَا يَمْلِكُونَ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ وَمَا لَهُمْ فِيهِمَا مِن شِرْكٍ وَمَا لَهُ مِنْهُم مِّن ظَهِيرٍ

 

Yang bermaksud: Katakanlah: “Serulah mereka yang kamu anggap (sebagai tuhan) selain Allah, mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat zarrah pun di langit dan di bumi, dan mereka tidak mempunyai suatu saham pun dalam (penciptaan) langit dan bumi dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagi-Nya”[27].

 

Firmannya lagi:

 

ÏQr& (#rä‹sƒªB$# `ÏB Èbrߊ «!$# uä!$yèxÿä© 4 ö@è% öqs9urr& (#qçR$Ÿ2 Ÿw tbqä3Î=ôJtƒ $\«ø‹x© Ÿwur šcqè=É)÷ètƒ ÇÍÌÈ @è% °! èpyè»xÿ¤±9$# $YèŠÏHsd ( ¼ã&©! à7ù=ãB ÏNºuq»yJ¡¡9$# ÇÚö‘F{$#ur ( ¢OèO Ïmø‹s9Î) šcqãèy_öè? ÇÍÍÈ

 

Yang bermaksud: Bahkan mereka mengambil pemberi syafa’at selain Allah. Katakanlah: “Dan apakah (kamu mengambilnya juga) meskipun mereka tidak memiliki sesuatupun dan tidak berakal?” Katakanlah: “Hanya kepunyaan Allah syafaat itu semuanya. Kepunyaan-Nya kerajaan langit dan bumi. Kemudian kepada- Nyalah kamu dikembalikan”[28]

 

Firmannya lagi:

 

Ÿwr& ¬! ß`ƒÏe$!$# ßÈÏ9$sƒø:$# 4 šúïÏ%©!$#ur (#rä‹sƒªB$# ÆÏB ÿ¾ÏmÏRrߊ uä!$uŠÏ9÷rr& $tB öNèd߉ç6÷ètR žwÎ) !$tRqç/Ìhs)ã‹Ï9 ’n<Î) «!$# #’s”ø9ã—

 

Yang bermaksud: Ingatlah, Hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat- dekatnya”.[29].

 

4-         Ilmu seru gerak yang kebiasaannya diamalkan oleh silat silat yang ada amalan jurus kebatinan.

 

Huraian: Islam itu lengkap dan amat sempurna dari unsur-unsur luar yang bercadang untuk sempurnakan Islam. Ilmu mempertahankan diri adalah amat baik dan Islam amat menyuruh umatnya mempersiapkan kelengkapan dan segala kekuatan bagi mempertahankan kesucian Islam tetapi bukan dengan sesuatu yang tidak ada asalnya dari Islam seperti ilmu seru gerak dan jurus kebatinan ini kerana ilmu ini:

 

a-         Tidak didapati sanad pengambilannya yang bersambung sampai kepada Baginda saw[30].

 

b-         Tidak didapati fakta ilmu ini wujud didalam al-Quran, hadith maupun kitab-kitab ulama yang muktabar.

 

c-         Sekiranya ilmu jurus dan seru gerak ini wujud kenapakah Rasulullah saw dan para sahabat juga luka-luka yang teruk dalam banyak peperangan yang berlaku bukankah memadai dengan jurus maka semua musuh Islam boleh kecundang ?

 

d-         Ilmu-ilmu seumpama ini tidak terdapat ditanah arab hanya terdapat dikepulauan melayu sahaja seperti di Malaysia,Indonesia,Singapura,Brunei dan negara-negara berhampiran[31].

 

Oleh itu disarankan agar kita lebih cermat dalam menerima sesuatu yang dikatakan sebagai ajaran agama dengan bertanyakan kepada ahlinya. Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala :

 

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

 

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya[32].

 

5-         Jampi serapah yang ada unsur-unsur syirik atau menghina Islam atau tidak difahami maksudnya

 

Huraian: Para ulama khilaf dalam masalah membaca jampi serapah yang bukan bersumber dari al-Quran maupun hadith kepada beberapa pandangan, sebahagian mereka tidak mengharuskan sama sekali sebarang jenis bacaan jampi jika bukan warid dari al-Quran maupun hadith tetapi sebahagian yang lain mengharuskan dengan syarat difahami maknanya dan tidak ada unsur-unsur yang dilarang dalam agama didalam bacaan jampi tersebut, seperti seruan kepada sesuatu, menghina Allah, Nabi Muhammad, ajaran Islam, memohon sesuatu kepada selain Allah Subhanu wa Ta‘ala seperti meminta kepada batu atau kayu dan sebagainya.[33]

 

6-         Mempercayai cakapan dan tilikan dukun dukun samada terhadap perkara yang telah lalu atau dimasa akan datang

Huraian: Sebahagian daripada perkara yang haram,berdosa besar bahkan syirik didalam Islam ialah mempercayai tilikan dukun sepertimana sabdaan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam :

 

حدثنا أبو بكر قال حدثنا يحيى بن آدم ووكيع قال حدثنا سفيان عن أبي إسحاق عن هبيرة عن عبد الله قال : من مشى إلى ساحر أو كاهن أو عراف فصدقه فيما يقول فقد كفر بما أنزل على محمد صلى الله عليه وسلم.

 

Yang bermaksud: Barangsiapa yang berjalan pergi kepada tukang sihir atau tukang kahin atau tukang ‘Arraf lalu membenarkan apa yang dikatanya maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan keatas Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam[34].

 

7-         Bercakap dengan cakapan yang tidak ada asal usul suruhan dalam Islam seperti katanya “Tabik Tok Nenek” ketika melalui disuatu tempat atau  “Minta simpang Malaikat 44” ketika mengharapkan sesuatu tidak mengenainya

 

Huraian: Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

 

من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه

 

Yang bermaksud: Sebahagian daripada sifat keelokkan dan kepujian pada diri seseorang muslim yang sejati ialah meninggalkan perkara yang tidak memberikan faedah [35]

 

8-         Penggunaan Tangkal dirumah atau dipakainya dibadan yang bukannya dari sesuatu yang thabit dalam agama serta tidak dijaga dari dibawa ketempat-tempat yang bukan suci

 

Huraian: Pada dasarnya iktiqad seseorang yang menentukan samada dia syirik ataupun tidak  dengan merasakan bahawa benda tersebut memberi bekas tetapi pada kebiasaannya penggunaan tangkal akan menyebabkan seseorang bertumpu kepada tangkal dan merasakan dirinya selamat selama tangkal itu berada dengannya, mak sebab itulah Baginda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang penggunaan tangkal dengan sabdaannya:

 

مَنْ عَلَّقَ تَمِيمَةً فَقَدْ أَشْرَكَ

 

Yang bermaksud: Sesiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya syiriklah dia[36]

 

Sabdanya lagi :

 

من علق تميمة  فلا أتم الله له   ومن علق ودعة فلا ودع الله له

 

Yang bermaksud: Sesiapa yang menggantung tangkal maka Allah Subhanu wa Ta‘ala tidak akan menyempurnakan hajatnya dan sesiapa yang menggantung tangkal untuk budak maka Allah Subhanu wa Ta‘ala tidak akan memeliharanya[37] .

 

Yang dimaksudkan dengan Tamimah (tangkal) ialah sesuatu yang digantung dan diiktikad padanya untuk menghilangkan kesusahan, iaitu adat zaman jahiliyyah apabila mereka mahu mengubahkan sesuatu kadar yang telah ditentukan keatas mereka maka mereka mencari sesuatu yang dapat menghilangkan kesusahan mereka dari selain Allah Subhanu wa Ta‘ala iaitulah TANGKAL

 

Yang dimaksudkan dengan Wad’ah iaitu sesuatu yang putih yang didapati daripada laut lalu digantung dileher kanak-kanak- atau sesiapa saja dengan alasan supaya tidak terkena mata (istilah seseorang yang disihir) [38]

 

Walaubagaimanapun sebahagian ulama mengharuskan penggunaan tangkal yang ditulis ayat al-Quran atau do’a yang ma’thur dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam  kepada kanak-kanak yang kecil yang belum boleh membaca ayat al-Quran agar dengan barakah ayat tersebut dapat menghindari kanak-kanak tersebut dari gangguan jin dan sebagainya [39]

 

9-         Letak Ladam Kuda dipintu rumah dengan alasan boleh menghindari dari gangguan makhluk halus

 

10-       Gantung Isim isim yang dipahat di logam logam tertentu dengan berbagai bagai rajah dan tulisan yang bukannya ayat Al Quran atau sesuatu yang warid dalam agama

 

Huraian: Kedua-dua amalan yang disebutkan diatas ini juga termasuk dalam penggunaan tangkal yang diharamkan didalam Islam

 

11-       Bersahabat dan meminta pertolongan dengan Jin / Khadam / Masuk Tok Nenek dalam badan (menurun)

 

Huraian: Islam amat melarang umat manusia bersahabat,meminta pertolongan dan apatah lagi berkahwin dengan golongan jin yang kejadiannya, seleranya, dan kehidupannya yang berbeza sama sekali dengan manusia, seperti yang difirmankan oleh Allah Subhanu wa Ta‘ala :

 

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِّنَ الْإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِّنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

 

Yang bermaksud: Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan[40].

 

Firmannya lagi:

 

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاء مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا

 

Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya.  Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim[41].

 

Firmannya lagi:

 

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

 

Yang bermaksud: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir[42].

 

Firmannya lagi:

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإِنسَانَ مِن صَلْصَالٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ #  وَالْجَآنَّ خَلَقْنَاهُ مِن قَبْلُ مِن نَّارِ السَّمُومِ

Yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah meciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas[43].

 

Firmannya lagi:

 

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ

 

Yang bermaksud: Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila[44].

 

Firmannya lagi:

 

وَقُل رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ #  وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحْضُرُون

 

Yang bermaksud: Dan katakanlah: “Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan setan.  Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku” [45]

 

Kesemua dalil diatas menunjukkan larangan bersahabat,meminta pertolongan, ber-dampingan, memuja, berkahwin atau mengadakan sebarang hubungan dengan golongan jin samada jin Islam maupun jin kafir.

 

12-       Beramal dengan amalan  “Ilmu Pengasih”

Huraian: Ilmu pengasih atau ilmu supaya dapat menawan hati seseorang samada dengan tujuan baik iaitu ingin bernikah ataupun dengan tujuan yang jahat iaitu ingin memperdaya seseorang adalah haram disisi agama dan termasuk dalam sebahagian ilmu sihir  walaupun dengan menggunakan ayat al-Quran yang ditokok tambahkan dengan kalimah-kalimah tertentu. Ini dijelaskan oleh Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

وَاتَّبَعُواْ مَا تَتْلُواْ الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَـكِنَّ الشَّيْاطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولاَ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلاَ تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُواْ لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْاْ بِهِ أَنفُسَهُمْ لَوْ كَانُواْ يَعْلَمُونَ

 

Yang bermaksud: Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-setan pada masa  kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya setan-setan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan istrinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorang pun kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barang siapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui[46].

 

Perkara ini juga dijelaskan oleh Baginda saw :

 

استعيذوا بالله تعالى من العين فإن العين حق

 

Yang bermaksud: Mohonkanlah perlindungan dengan Allah Ta’ala daripada ‘AIN (sihir) kerana sesungguhnya ‘Ain itu sebenar[47]

 

Sabda Baginda lagi:

 

إن الرقى والتمائم والتوالة شرك

 

Yang bermaksud: Sesungguhnya jampi serapah, azimat (tangkal),dan guna-guna pengasih adalah syirik [48].

 

13-       Perasapan kemenyan dengan tujuan supaya menghalau jin jin dan hantu didalam rumah dan menjemput malaikat datang kerumah

 

Huraian: Diantara amalan yang masih terdapat dalam masyarakat melayu ialah perasapan kemenyan pada malam jumaat dengan alasan agar rumahnya akan didatangi oleh para malaikat ataupun untuk menghindari rumahnya dari dimasuki oleh iblis syaitan ataupun untuk menyepuh keris-keris atau sebarang jenis senjata warisan dan sebagainya. Sebenarnya amalan-amalan seumpama ini adalah amalan yang bersumberkan kepada ajaran agama hindu dan  jelas bercanggah dengan ajaran Islam bahkan akan mengundang kemudharatan kepada pelakunya. Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

 

Yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan[49].

 

14-       Meletakkan air didalam bekas untuk dijamukan kepada para malaikat “Air Malaikat”

 

Huraian : Sesungguhnya Malaikat merupakan makhluq ciptaan Allah Subhanu wa Ta‘ala daripada Nur atau cahaya yang tidak pernah menderhakai Allah Subhanu wa Ta‘ala walaupun sekali serta tidak mempunyai nafsu, dengan kata lain mereka tidak makan, minum, tidur[50], berkahwin, beranak ataupun melakukan sesuatu yang disebabkan nafsu, maka bagaimana mungkin air boleh disediakan untuk minumam para malaikat? Ini tidak lain adalah disebabkan kejahilan tentang perkara agama [51].

 

Ayat sebelum ini sudah menggambarkan keadaan malaikat yang tidak pernah derhaka kepada Allah dan sentiasa taat kepada perintah Allah Subhanu wa Ta‘ala dan sama sekali tidak akan melakukan sesuatu mengikut kehendak mereka

 

15-       Menganiayai atau menzalimi orang dengan melakukan sihir,santau,pukau dan sebagainya

 

Huraian: Kesemua bentuk amalan yang tersebut diatas sebenarnya adalah termasuk dalam kategori menzalimi makhluk Allah Subhanu wa Ta‘ala walaupun tujuan mereka untuk hendak mensudi ilmu mereka, membantu orang lain yang bermusuhan dengan seseorang, memintas perniagaan seseorang, mencuri atau ingin mengambil hak milik seseorang bukan dengan secara hak, maka kesemua itu zalim namanya yang sangat layak dengan azab yang amat pedih disediakan oleh Allah Subhanu wa Ta‘ala, sepertimana firmanNya :

إِنَّمَا السَّبِيلُ عَلَى الَّذِينَ يَظْلِمُونَ النَّاسَ وَيَبْغُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ أُوْلَئِكَ لَهُم عَذَابٌ أَلِيمٌ

 

Yang bermaksud: Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih[52].

 

Firmannya lagi:

 

وَلاَ تَحْسَبَنَّ اللّهَ غَافِلاً عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الأَبْصَارُ

 

Yang bermaksud: Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak[53].

 

16-       Pemakaian susuk untuk mencantikkan muka dan badan atau lainnya

 

Huraian: Sesungguhnya Allah sebagai pencipta kita telah menciptakan segala suatu dengan lengkap dan amat sempurna dan Dia maha mengetahui dengan citarasa dan kehendak makhluk ciptaanNya, oleh itu, merubah sesuatu yang  telah dijadikan oleh Allah Subhanu wa Ta‘ala kepada manusia adalah haram,seperti mana FirmanNya:

 

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

 

Yang bermaksud: sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.

 

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam :

 

عن قُبَيْصَة بن جابر الاسَدِيِّ فال : إنْطَلَقْتُ مع عَجُوْزٌ مِنْ بني أسد إلى إبن مسعود رضي الله عنه فقالت : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يَلْعَنُ المُتَنَمِّصاتِ والمُتَفَلِّجاتِ والمُسْتَوْشِمَات اللائِي يُغَيِّرْنَ خلق الله تعالى.

 

Yang bermaksud: Daripada Qubaisah bin Jabir al-Asadi katanya: Saya telah keluar bersama seorang tua dari kalangan Bani Asad kepada Ibnu Mas’ud r.a kata beliau: “Aku dengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat orang yang meminta supaya rambut alisnya ditipiskan (agar nampak indah seperti bulan sabit), orang yang merenggangkan gigi-giginya, orang yang meminta supaya dicacah kulitnya yang kesemuanya itu mengubah-ubah keaslian kejadian Allah Subhanu wa Ta‘ala [54].

 

17-       Pemakaian raksa atau apa-apa logam untuk menguatkan tubuh badan atau untuk kuatkan ransangan seks

 

Huraian : Allah Subhanu wa Ta‘ala sebagai pencipta manusia dan hanya Dia yang tahu kehendak, keinginan dan keperluan manusia, tetapi manusia yang sentiasa menzalimi diri sendiri dengan melakukan sesuatu yang seolah-olah baginya Allah Subhanu wa Ta‘ala tidak tahu tentang keperluan manusia. Pemakaian raksa boleh dikategorikan sebagai merubah ciptaan Allah Subhanu wa Ta‘ala dan amalan sihir kerana dengan pemakaian raksa akan menyebabkan seseorang itu menjadi kuat,kebal,tidak penat bekerja berat dan perlunya ada jampi serapah serta amalan tertentu untuk memasukkannya seperti pemakaian susuk.Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala menyatakan bahawa iblis akan menyesatkan manusia dengan cara merubahkan ciptaan Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

إِن يَدْعُونَ مِن دُونِهِ إِلاَّ إِنَاثًا وَإِن يَدْعُونَ إِلاَّ شَيْطَانًا مَّرِيدًا  لَّعَنَهُ اللّهُ وَقَالَ لَأَتَّخِذَنَّ مِنْ عِبَادِكَ نَصِيبًا مَّفْرُوضً  وَلأُضِلَّنَّهُمْ وَلأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الأَنْعَامِ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللّهِ وَمَن يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِّن دُونِ اللّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا

 

Yang bermaksud: Yang mereka sembah selain Allah itu, tidak lain hanyalah berhala, dan (dengan menyembah berhala itu) mereka tidak lain hanyalah menyembah setan yang durhaka.Yang dilaknati Allah dan setan itu mengatakan: “Saya benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba Engkau bahagian yang sudah ditentukan (untuk saya). Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (merubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merobahnya”.  Barang siapa yang menjadikan setan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata[55].

 

18-       Menggunakan sesuatu objek dengan alasan golongan jin akan takut kepada benda tersebut ataupun bermain dengannya seperti menabur beras kunyit didalam rumah,menabur kacang hijau[56] atau lada hitam, menyembur air garam ataupun cuka dirumah, meletakkan sesuatu benda yang berduri didalam rumah .

 

Huraian: Iblis dan kuncu-kuncunya sebenarnya pandai dan mempunyai seribu satu macam helah untuk menyesat dan menyelewengkan manusia sehinggakan sebahagian perawat pun terpengaruh dengan dakyah iblis ini. Iblis adalah makhluk ciptaan Allah Subhanu wa Ta‘ala yang bertubuh halus (Lathif) yang sama sekali sesuatu dari bahan-bahan zahir tidak bermakna untuknya melainkan ayat al-Quran dan Zikrullah saja yang dapat menghalaunya. Firman Allah menyatakan perjanjian iblis kepada Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي خَالِقٌ بَشَرًا مِّن صَلْصَالٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ  #   فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُواْ لَهُ سَاجِدِينَ   #   فَسَجَدَ الْمَلآئِكَةُ كُلُّهُمْ أَجْمَعُونَ  #   إِلاَّ إِبْلِيسَ أَبَى أَن يَكُونَ مَعَ السَّاجِدِينَ     #   قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا لَكَ أَلاَّ تَكُونَ مَعَ السَّاجِدِينَ  #  قَالَ لَمْ أَكُن لِّأَسْجُدَ لِبَشَرٍ خَلَقْتَهُ مِن صَلْصَالٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ #   قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌ  #  وَإِنَّ عَلَيْكَ اللَّعْنَةَ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ #    قَالَ رَبِّ فَأَنظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ #  قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنظَرِينَ  #  إِلَى يَومِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ #  قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِي لأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأَرْضِ وَلأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ #   إِلاَّ عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

 

Yang bermaksud: Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya ruh (ciptaan) Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud. Maka bersujudlah para malaikat itu semuanya bersama-sama. Kecuali iblis. Ia enggan ikut bersama-sama (malaikat) yang sujud itu. Allah berfirman: “Hai iblis, apa sebabnya kamu tidak (ikut sujud) bersama-sama mereka yang sujud itu?”. Berkata Iblis: “Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah menciptakannya dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk”. Allah berfirman: “Keluarlah dari surga, karena sesungguhnya kamu terkutuk. Dan sesungguhnya kutukan itu tetap menimpamu sampai hari kiamat”. Berkata iblis: “Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan”. Allah berfirman: “(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh. Sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan” . Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka”[57].

 

19-       Mempercayai sesuatu objek boleh memberi mudharat dan Manfaat seperti batu zamrud,kayu koka, kemuning hitam,raja kayu,teras kilo,buluh tumpat dan sebagainya.

 

Huraian: Diantara akidah yang perlu ada dalam hati setiap individu muslim ialah beriman bahawasanya yang memberikan mudharat dan manfaat hanyalah Allah Subhanu wa Ta‘ala, diamping itu setiap suatu ciptaan Allah Subhanu wa Ta‘ala ada hikmah dan manfaat yang kembali kepada makhluk seperti raja kayu mempunyai khasiat tertentu untuk menghilangkan penyakit kencing manis dan batu kecubung mempunyai khasiah untuk menyembuhkan penyakit urat dan sebagainya secara adat kebaiasaan yang sesuai dengan kajian saintifik[58]

 

Adalah salah kalau seseorang beriktikad bahawa batu, kayu ataupun logam tertentu boleh menghindar daripada gangguan makhluk halus atau jin serta boleh menjadi pelaris ataupun pengasih dan sebagainya kerana tidak warid (sabit) daripada al-Quran maupun sunnah bahkan merosakkan akidah dan imannya. Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللّهِ مَا لاَ يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَـؤُلاء شُفَعَاؤُنَا عِندَ اللّهِ قُلْ أَتُنَبِّئُونَ اللّهَ بِمَا لاَ يَعْلَمُ فِي السَّمَاوَاتِ وَلاَ فِي الأَرْضِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ

 

Yang bermaksud: Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudaratan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan, dan mereka berkata: “Mereka itu adalah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah”. Katakanlah: “Apakah kamu mengabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya baik di langit dan tidak (pula) di bumi?” Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka mempersekutukan (itu)[59].

 

20-       Lari dibawah keranda seseorang yang kita terlalu kasih supaya tidak teringat kepadanya.

Huraian: Sebahagian dari fahaman khurafat yang masih lagi menyelubungi umat Islam dalam masyarakat kita ialah fahaman-fahaman saperti ini dan banyak lagi seperti :

a-         jangan makan nasi didalam periuk atau belanga nanti jadi fakir

b-         jangan main batu baling (batu tujuh) dalam rumah nanti sempit rezeki

c-         jangan sapu rumah atau buang sampah pada waktu malam nanti sempit rezeki

d-         jangan biarkan sarang labah-labah didalam rumah nanti sempit rezeki

e-         rebus batu atau panah matahari dengan cili kering atau sambung baju pengantin sampai keatas bumbung yang kesemuanya itu supaya tidak turun hujan, dan banyak lagi amalan dan fahaman khurafat yang sedang diamalkan. Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala :

 

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

 

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya[60].

 

21-       Menzalimi binatang seperti amalan memindahkan penyakit kepada binatang atau menyihir seseorang dengan menggunakan katak atau apa apa binatang

 

Huraian: Setiap makhluk Allah Subhanu wa Ta‘ala berhak untuk mendapat hak dan kebebasan masing-masing dengan tidak mengganggu hak orang lain walaupun makhluk itu bernama binatang dan sebagainya. Tindakan menzalimi binatang dengan alasan untuk menyelamatkan manusia tidak dapat diterima akal dan syarak, bahkan termasuk dalam amalan sihir yang dilaknati Allah Subhanu wa Ta‘ala , Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

وَلاَ تَحْسَبَنَّ اللّهَ غَافِلاً عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الأَبْصَارُ

 

Yang bermaksud: Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak[61].

 

22-       Mempercayai seseorang wali, keramat atau seseorang seperti bomoh dan dukun  boleh mendatangkan kemudaratan ataupun manfaat

Huraian:Mulianya seseorang adalah dengan ketaqwaan bukannya dengan kebolehannya oleh itu kebolehan yang dimiliki oleh seseorang pada hakikatnya adalah milik dan kejadian Allah Subhanu wa Ta‘ala bukannya makhluk itu kuasa untuk memanfaatkan atau memudharatkan walaupun dia dikatakan Wali dan sebagainya, ianya juga termasuk dalam kata mempercayai tukang Kahin dan ‘Arraf yang disebutkan sebelum ini. Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللّهِ مَا لاَ يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَـؤُلاء شُفَعَاؤُنَا عِندَ اللّهِ قُلْ أَتُنَبِّئُونَ اللّهَ بِمَا لاَ يَعْلَمُ فِي السَّمَاوَاتِ وَلاَ فِي الأَرْضِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ

 

Yang bermaksud: Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudaratan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan, dan mereka berkata: “Mereka itu adalah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah”. Katakanlah: “Apakah kamu mengabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya baik di langit dan tidak (pula) di bumi?” Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka mempersekutukan (itu)[62].

 

23-       Mempercayai sesuatu perkara atau bunyi yang berlaku ada kaitan dengan apa-apa perkara atau kaitan dengan orang tertentu seperti bunyi cicak atau burung, kucing atau biawak melintas dalam perjalanan akan membawa malapetaka

 

Huraian:Tidak akan bergerak sesuatu didalam alam ini melainkan dengan kehendak, keizinan dan kekuasaan Allah Subhanu wa Ta‘ala. Mempercayai sesuatu itu berlaku kerana sesuatu yang hanya pada sangkaan sebenarnya termasuk dalam amalan khurafat dan tidak ada asalnya dalam agama lebih-lebih lagi apabila ianya dikatkan dengan sial dan mudharat, firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

 

Yang Bermaksud: (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun”[63].

 

Sabda Rasulullah saw:

 

لا عدوى و لا طيرة ولا هامة ولا صفر

 

Yang bermaksud: Tiada sesuatu penyakit berjangkit, tiada sial, tiada burung hantu membawa sial dan tiada bulan safar yang berlaku sial[64].

 

24-       Membaca ayat al-Quran secara sonsang ataupun dihentikan pada tempat yang salah dari segi tajwid dengan alasan tertentu yang bercanggah dengan syarak seperti membaca surah al-Fatihah atau surah al-Ikhlas terbalik kononnya dengan tujuan perubatan atau untuk menghantar balik sihir yang dibuat oleh orang lain[65] seperti dibaca

 

أحد كفوا له يكن لم يولد لم يلد لم صمد الله أحد

 

ataupun memberhentikan bacaaan pada “Rab” أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ kononnya untuk memberhentikan salakan anjing

 

Huraian: amalan ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam berdasarkan firman Allah Subhanu wa Ta‘ala yang mencela sikap golongan yahudi yang berubah-rubah ayat-ayat Allah didalam kitab-kitab terdahulu sehingga mereka menjadi sesat:

 

مِّنَ الَّذِينَ هَادُواْ يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَن مَّوَاضِعِِ وَيَقُولُونَ سَمِعْنَا وَعَصَيْنَا

Yang bermaksud: Yaitu orang-orang Yahudi, mereka merubah perkataan dari tempat-tempatnya. Mereka berkata: “Kami mendengar”, tetapi kami tidak mau menurutinya[66].

 

25-       Mempercayai wafaq atau huruf huruf hijaiyyah yang tertentu yang ditulis boleh samada secara rajah ataupun tidak, dapat mendatangkan sesuatu manfaat ataupun mudharat.

Huraian:Tulisan tulisan yang mempunyai rajah-rajah tertentu atau huruf-huruf tertentu yang tidak dapat difahami maksudnya bahkan tidak tertulis dengan ayat al-quran adalah sebahagian dari amalan sihir yang menyesatkan.apatah lagi jika dikaitkan dengan sesuatu fahaman dan iktikad seumpama boleh melariskan perniagaan, mendekatkan jodoh, menghindarkan penyakit dan sebagainya . Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala menyatakan sikap golongan ini:

 

وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللّهِ مَا لاَ يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَـؤُلاء شُفَعَاؤُنَا عِندَ اللّهِ قُلْ أَتُنَبِّئُونَ اللّهَ بِمَا لاَ يَعْلَمُ فِي السَّمَاوَاتِ وَلاَ فِي الأَرْضِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ

 

Yang bermaksud: Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudaratan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan, dan mereka berkata: “Mereka itu adalah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah”. Katakanlah: “Apakah kamu mengabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya baik di langit dan tidak (pula) di bumi?” Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka mempersekutukan (itu)[67].

 

26-       Berubat dengan kaedah yang salah dan haram disisi agama seperti menyembelih ayam jantan / hitam, makan bara api, menilik didalam air atau asap, mentitik lilin didalan air untuk mengetahui sesuatu, mandi air najis, membuka, melihat dan menyentuh  aurat pesakit tanpa hajat,berdua-dua-an dengan pesakit

 

Huraian: Setiap insan ada ujian dan ada nikmatnya semasa hidup, dan diantara ujian itu ialah menerima kesakitan dan penyakit tertentu, dan setiap kita disuruh untuk berikhtiar mencari ubat dan penyelesaiannya dengan tidak melibatkan dengan amalan-amalan yang salah dan mungkar ini kerana matlamat tidak menghalalkan cara atau pelaksanaan seseorang.Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

وَأَنَّ هَـذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَ تَتَّبِعُواْ السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

 

Dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa[68].

 

27-       Berubat dengan menggunakan bahan-bahan yang haram seperti najis,darah,nanah, air longkang, kain lampin, modes wanita yang mengandungi kesan darah,sesuatu dari cebisah tubuh badan manusia seperti rambut,kuku,gigi dan tulang manusia

 

Huraian:Orang yang beriman adalah mereka yang sentiasa menjaga kebersihan baik zahir maupun batin. Oleh itu penggunaan bahan yang haram disisi agama menunjukkan seseorang itu jahil serta ingin menjadi musuh musuh Allah kerana bahan-bahan haram hanya akan digunakan oleh musuh-musuh Allah sahaja. Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلاَ عَادٍ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

 

Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang[69].

 

28-       Mengadakan upacara “Tahdhirul Arwah” kononnya memanggil roh-roh tertentu masuk kedalam badan seseorang seperti memanggil roh syeikh Abdul Qodir al-Jailani dan sebagainya

 

Huraian: Setiap roh yang dicabutkan oleh Allah Subhanu wa Ta‘ala akan disimpan dan diberikan dengan ni’mat maupun azab mengikut kadar baik dan buruk seseorang semasa hidupnya. Roh tidak dapat bersatu dengan jasadnya melainkan setelah ditiupkan sangkakala yang kedua pada hari qiamat. Oleh itu dakwaan mereka bahawa mereka dapat menjemput roh-roh tertentu untuk berdialog adalah bohong dan ditipu oleh iblis dan kuncu-kuncunya seperti firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نِبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا وَلَوْ شَاء رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ

 

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu setan-setan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jika Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan[70].

 

29-       Berubat dengan kaedah yang tidak ada asal usul dalam ugama seperti ilmu cungkil urat dengan digaris-garis dihadapan jari kaki dan tangan yang diurut diatas sebuah papan plawet dengan menggunakan pisau tumpul, menggunakan pahat atau penukul kononnya sebagai isyarat untuk pulihkan sendi atau urat yang sakit, memaku paku ditiang rumah untuk menghilangkan sakit gigi,menggunakan keris,pisau, pedang dan gambar.

 

Huraian: Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

 

من حسن الإسلام المرء تركه ما لا يعنيه

 

Yang bermaksud: Sebahagian daripada sifat keelokkan dan kepujian pada diri seseorang muslim yang sejati ialah meninggalkan perkara yang tidak memberikan faedah [71]

 

30-       Berubat dengan bomoh-bomoh bukan Islam seperti sami hindu,sami buddha,paderi kristian dan tok batin orang asli yang menggunakan kaedah kepercayaan terhadap agamanya ataupun jampi serapah agamanya.

Huraian: Seperti yang dihuraikan sebelum ini bahawa al-Quran adalah kitab panduan daripada Allah yang lengkap segenap segi perkara dalam kehidupan umat manusia samada bagi menyelesaikan masalah lahiriah ataupun kebatinan .Islam menganggap umatnya yang meminta pertolongan kepada golongan kufar dalam hal yang tidak dibenarkan sebagai menghina Islam dan Allah Subhanu wa Ta‘ala itu sendiri sepertimana firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاء بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

 

Yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim[72].

 

Firmannya lagi:

 

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَارًا

 

Yang bermaksud: Dan Kami turunkan dari Al Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur’an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang lalim selain kerugian[73].

 

31-       Mendakwa diri sebagai seorang wali yang kasyaf dan boleh melihat jin dan sebarang makhluk halus dan boleh menyembuhkan sebarang penyakit.

 

Huraian:Bila saja disebut makhluk bererti dia sentiasa berhajat kepada penciptanya bahkan tuhannya. Oleh itu bagaimana manusia boleh mendakwa bahawa dia mampu mengada-ngadakan segala-galanya. Cakapan yang bongkak seumpama ini hanya akan keluar dari mulut seseorang yang tidak mempunyai akidah dan pegangan agama sama sekali kerana Allah Subhanu wa Ta‘ala telah berfirman:

 

عَالِمُ الْغَيْبِ فَلَا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا # إِلَّا مَنِ ارْتَضَى مِن رَّسُولٍ

 

Yang bermaksud: Dia adalah Tuhan Yang Mengetahui yang gaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorang pun tentang yang gaib itu. Kecuali kepada rasul yang diridai-Nya [74]

 

Firmannya lagi:

 

وَعِندَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لاَ يَعْلَمُهَا إِلاَّ هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلاَّ يَعْلَمُهَا وَلاَ حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الأَرْضِ وَلاَ رَطْبٍ وَلاَ يَابِسٍ إِلاَّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

 

Yang bermaksud: Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang gaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauhmahfuz)[75].

 

32-       Mensyaratkan pengeras yang pelik-pelik seperti mesti beri benda tajam, bayaran yang berjumlah suku seperti dua ringgit suku, membawa pulut kuning dan telur berwarna dan sebagainya.

 

Huraian: Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

 

من حسن الإسلام المرء تركه ما لا يعنيه

 

Yang bermaksud: Sebahagian daripada sifat keelokkan dan kepujian pada diri seseorang muslim yang sejati ialah meninggalkan perkara yang tidak memberikan faedah [76]

 

6-         CIRI-CIRI AMALAN KHURAFAT YANG BERCANGGAH DENGAN ISLAM

 

Menurut BAHEIS JPM 1994 sebagaimana yang dipersetujui oleh mesyuarat tidak rasmi Menteri-menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura bahawa kriteria-kriteria yang boleh dijadikan garis panduan bagi menentukan sesuatu ajaran itu sesat ataupun tidak ialah:

 

1-                  keparcayaan kepada rukun-rukun iman dan asas-asas akidah secara yang bertentangan dan tidak selaran dengan akidah ahli sunnah wal jamaah, seperti mempercayai ada kitab lain yang menyaingi atau memansuhkan kitab suci al-Quran ,mempercayai ada lagi kiblat lain dari Kaabah.

 

2-                  mempertikaikan kebenaran al-Quran dan atau al-Hadith yang diakui shahih oleh ulama hadith.

 

3-                  Mana-mana ketua kumpulan atau sebarang orang yang mendiayahkan dirinya sendiri atau orang lain sebagai Nabi terakhir, Nabi Isa A.S.,Imam al-Mahdi al-Muntazhar atau lain-lain istilah yang seumpamanya.

 

4-                  Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar didunia sebagai agama yang sepetutnya menjadi anutan kepada umat manusia.

 

5-                  Pendewaan diri atau pemimpin, atau kumpulan ajaran tersebut secara yang bertentangan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah seperti memastikan dirinya atau gurunya ahli syurga,boleh menebus dosa,memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oeleh orang lain umpamanya boleh berkahwin lebih dari empat.

 

6-                  Mengadakan bidaah dan pendapat baru yang bertentangan dengan akidah dan syariah yang diasaskan kepada dalil Qat’ie dan tidak boleh dipertikaikan. Sebagai contoh menghapuskan kewajipan berjihad,sembahyang jumaat, puasa bulan ramadhan, menunaikan fardhu haji ke Mekah dan seumpamanya.

 

7-                  Mentafsir dan menghuraikan al-quran dan atau al-hadith mengikut sesuka hati[77]

 

7-         LANGKAH-LANGKAH MENGHINDARI DARI TERJEBAK DENGANAMALAN KHURAFAT

 

1-         ASUHAN DAN DIDIKAN: Pendidikan seseorang itu sebenarnya sudah bermula semenjak dia berada didalam kandungan ibunya lagi oleh itu ibu bapa yang beriman akan melahirkan anak yang beriman juga tetapi sebaliknya akan berlaku jika ibu bapanya seorang yang lali dan leka dengan amalan yang keji seperti sabdaan Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam:

 

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ

 

Yang bermaksud: Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah maka ibu bapanya yang mencorakkan agar anak itu menjadi Yahudi,Kristian atau Majusi (penyembah Api atau berhala)[78].

 

2-         SUASANA SEKELILING: Sepertimana yang diberitahu sebelum ini bahawa faktor keadaan sekeliling adalah penyebab berleluasanya ajaran khurafat. Oleh itu agar tidak terjebak dengan anasir anasir tersebut faktor ini perlu dititik beratkan oleh seseorang yang ingin menyelamatkan akidah diri dan keluarganya dari tercemar,seperti firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

 

Yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan[79].

 

3-         ILMU PENGETAHUAN: Mulianya manusia hanya dengan ilmu, tanpa ilmu manusia tidak dapat membina empayar dan  tamadun bahkan akan terus jatuh serta dipandang hina, oleh itu pengetahuan tentang akidah serta perkara yang dapat merusakkan akidah amatlah penting untuk dihadham oleh setiap individu muslim

 

Dalam kata lain, bukan sekadar syahadah yang perlu diucapkan bahkan perlu diketahui rukun syahadah,syarat sah syahadah, kesempurnaan syahadah,perkara yang membatalkan syahadah serta perlu adanya keyakinan yang mantap terhadap perkara yang termaktup didalam syahadah.

 

Kesemua ini tidak akan datang bergolek tanpa adanya usaha kearah mendapatkan ilmu pengetahuan dari alim ulama yang menjadi pewaris para Nabi dalam menyampaikan risalah agama Allah Subhanu wa Ta‘ala, seperti Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

فَاسْأَلُواْ أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

 

Yang bermaksud: Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui[80].

 

 

4-         PERGAULAN: Biasakanlah diri agar sentiasa berkawan dan berdampingan dengan ulama dan orang-orang yang soleh atau sekurang-kurangnya mereka yang tidak terpesong akidah dan kehidupannya dari ajaran Islam. Pilihlah mereka yang akan dijadikan teman dikalangan mereka yang mampu memberikan tunjuk ajar serta nasihat kearah kehidupan berlandaskan agama bukannya teman kearah mendapatkan FULUS dan WANG BESAR semata-mata. Seperti Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَكُونُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ

 

Yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar[81].

 

5-         BANYAKKAN BERDOA: Doa adalah perisai seorang mukmin bahkan doa memberikan kesan kearah perubahan diri dan sikap seseorang apatahlagi kalau ianya disertai dengan syarat-syaratnya seperti ikhlas dan sebagainya. Firman Allah yang menyuruh kita sentiasa berdoa kepadanya :

 

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

 

Yang bermaksud: Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran[82].

 

6-         BANYAKKAN BERZIKIR: Zikrullah memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia, tanpa zikrullah hidup manusia sebenarnya akan menjadi hambar dan tidak mermakna, laksana perisa dalam makanan. Dengan zikrullah manusia menjadi dekat kepada Allah Subhanu wa Ta‘ala selaku khaliq (pencipta) dan dengan itu dia akan dipimpin serta mendapat perlindungan serta bantuan Allah Subhanu wa Ta‘ala dari terpedaya dengan sebarang hasutan kearah kemungkaran .Hayatilah Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

سْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ أُوْلَئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ

 

Yang bermaksud: Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan setan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan setan itulah golongan yang merugi. [83]

 

7-         BANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN: Sebagai seorang manusia tidak ada kitab panduan yang lebih baik yang diberikan oleh pencipta alam semestaini melainkan al-Quran yang manfaatnya bukan sekadar menyatakan hukum-hakam kehidupan manusia, tetapi dengan membacanya saja sudah cukup untuk menjadi benteng penyalamat dari gangguan syaitan serta godaan dan hasutan mereka yang kufur kepada Allah Subhanu wa Ta‘ala, seperti firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

وَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرآنَ جَعَلْنَا بَيْنَكَ وَبَيْنَ الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ بِالآخِرَةِ حِجَابًا مَّسْتُورًا  #  وَجَعَلْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَن يَفْقَهُوهُ وَفِي آذَانِهِمْ وَقْرًا وَإِذَا ذَكَرْتَ رَبَّكَ فِي الْقُرْآنِ وَحْدَهُ وَلَّوْاْ عَلَى أَدْبَارِهِمْ نُفُورًا

 

Yang bermaksud: Dan apabila kamu membaca Al Qur’an niscaya Kami adakan antara kamu dan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, suatu dinding yang tertutup. Dan Kami adakan tutupan di atas hati mereka dan sumbatan di telinga mereka, agar mereka tidak dapat memahaminya. Dan apabila kamu menyebut Tuhanmu saja dalam Al Qur’an, niscaya mereka berpaling ke belakang karena bencinya[84].


8-         BEBERAPA SARANAN BAGI MEMBENDUNG BERLELUASANYA AMALAN KHURAFAT

 

1          Pihak kerajaan  diharap dapat berusaha dengan lebih gigih lagi untuk meningkatkan kawalan serta pelaksanaan undang undang yang tegas terhadap mereka yang cuba membawa atau menyebarkan sebarang ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam yang suci yang menjadi agama resmi kerajaan

 

2          Kerajaan juga disarankan agar menyediakan peruntukan bagi mengadakan seminar, forum, dan majlis majlis ilmu yang membolehkan mereka yang menghadapi masalah ini mendalami serta merujuk kepada pakar pakar bagi menyelesaikan konflik yang berlaku.

 

3          Kerajaan juga diharap dapat mengawal sebarang bentuk penyiaran am dari unsur-unsur khurafat dan ajaran sesat di media massa agar tidak menjadi idea pencetus kearah berlanjutannya ajaran sesat

 

4          Kerajaan digesa supaya dapat mengadakan seminar atau forum kepada penerbit-penerbit filem  agar memahami unsur-unsur syirik dan bahaya amalan khurafat serta ajaran sesat terhadat agama dan negara

 

5          Setiap umat islam khususnya perlulah menimba ilmu yang mendalam melalui tokoh tokoh ulama yang mempunyi asas asas pengajian islam yang lengkap yang ditimba dari tokoh ulama yang berwibawa(mempunyai silsilah pengajian yang jelas) serta melalui kitab kitab yang muktabar serta mempelajari dari pelbagai tokoh agar luas pemikiran.

 

6          Iklan dan maklumat perlulah disebarkan melalui alat sebaran am samada media cetak atau elektronik kepada seluruh warga muslim dan rakyat negara ini agar tidak terikut-ikut dengan gejala khurafat dan ajaran sesat yang bertentangan dengan ajaran Islam.

 

7          Tokoh-tokoh agama hendaklah sentiasa peka dengan keadaan ini dan sentiasa memberikan pengajaran kearah bahayanya keterlibatan dengan gejala khurafat dan ajaran sesat terhadap  dan negara

 

8          Sebagai umat Islam dan rakyat dalam sesebuah negara islam, kita seharusnya melihat bahawa amalan dan fahaman khurafat adalah virus besar kepada agama dan negara, oleh itu kita sepatutnya melaporkan kejadian-kejadian khurafat yang berlaku didalam masyarakat kepada pihak berkuasa agar terhapusnya gejala mungkar seperti yang dikehendaki oleh agama

 

9          Setiap individu muslim perlulah menjadi ejen penyebar mewakili para ulama dan Jabatan Agama Islam kepada setiap individu-individu yang terlibat dengan ajaran khurafat, caranya dengan menghadiri majlis ilmu dan memahami persoalan-persoalan serta ajaran yang menyimpang dari islam seterusnya menyampaikan kepada setiap kenalan dan umat Islam

 

10        Satu talian “Bebas Tol” perlu diadakan agar setiap aduan dapat ditangani segera oleh penguatkuasa yang dilantik bagi membendung dan seterusnya menghapuskan kemungkaran yang berlaku.

 

 

9-         AMALAN-AMALAN PEMBENTENG DARI HASUTAN KE ARAH AMALAN KHURAFAT

Membaca 3 surah Qul

 

Diriwayatkan daripada ‘Aishah r.a. bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

 

كان إذا أوى الى فراشة كل ليلة جمع كفيه ثم نفث فيهما فقرأ فيها : قل هو الله أحد  قل أعوذ برب الفلق   قل أعوذ برب الناس ثم يمسح بهما ما استطاع من جسده ، يبدأ بهما على رأسه ووجهه ، وما أقبل من جسده يفعل ذلك مرات

 

Maksudnya: Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila berada diatas hamparan tidurnya pada setiap malam menghimpunkan dua tapak tangannya (seperti berdoa)dan menghembuskan ketapak tangannya itu (dengan tidak mengeluarkan air liur) setelah membaca Tiga surah Qul ,kemudian menyapu dengan dua tapak tangannya itu kesekelian tubuhnya (sekadar yang termampu) yang dimulai awalnya dari kepala dan muka dan tempat tempat yang boleh sampai tangannya ditubuhnya, dan beliau melakukan perkara tersebut berulang ulang kali [85].

Zikrullah (membaca zikir yang khusus ini )

Diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w.bersabda :

 

من قال لاإله إلا الله وحده لا شريك له ، له الملك ، وله الحمد ، وهو على كل شيء قدير ، فى يوم مائة مرة كانت له عدل عشر رقاب وكتبت له مائة حسنة ومحيت عنه مائة سيئة ، وكانت له حرزا من الشيطان يومه ذلك حتى يمسى ولم يأت أحد بأفضل مما جاء به إلا رجل عمل أكثر منه

 

 

Maksudnya: Barangsiapa yang membaca: Lailaha illallahu wahdahu la syarikalah…. Pada setiap hari seratus kali maka baginya ganjaran memerdekakan sepuluh orang hamba dan ditulis baginya seratus kebajikan dan dihapuskan baginya seratus kejahatan dan dapat menghindarkan dirinya dari gangguan syaitan pada hari tersebut sehingga keesokkan harinya dan tiada ada seorang yang lebih utama darinya melainkan mereka yang banyak membaca doa tersebut[86].

Berdoa ketika keluar dari rumah

 

Membaca doa dibawah ini pada setiap kali keluar dari rumah seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al Tirmizi daripada Anas bin Malik r.a.[87].

 

بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ ، لَا حَوْلَ وَ لَا قُوَّةَ إلاَّ بِا للهِ

 

Berdoa ketika memasuki masjid dan mana mana tempat

 

Sesungguhnya Baginda tidak pernah meninggalkan membaca doa ini pada setiap kali memasuki masjid dan baginda menegaskan bahawa :sesiapa yang membaca doa ini maka dia akan sejahtera daripada gangguan syaitan pada hari itu .ini adalah berdasarkan hadis riwayat Abu Daud daripada Abdullah ibn Amr ibn al-‘Ash.

 

أَعُوْذُ بِاللهِ الْعَظِيْمِ ، وَبِوَجْهِ الْكَرِيْمِ ، وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

 

Maksudnya : Aku memohon perlindungan dengan Allah yang maha besar dan dengan zatnya yang mulia dan kerajaannya yang kekal abadi daripada syaitan yang direjam[88].

 

Membaca doa khusus untuk perlindungan

 

Seperti yang disebutkan oleh Imam Muslim didalam shohihnya daripada Abi Hurairah R.A. bahawasanya baginda bersabda :Sesiapa yang dapat membaca doa atau zikir ini tiga kali sehari atau lebih maka sesuatu pun dikalangan makhluk Allah Subhanu wa Ta‘ala. tidak dapat memudharatkannya.

 

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ ، مِنْ شَرِّ مَا خَلَقْ

 

Maksudnya : Aku memohon perlindungan dengan kalimah kalimah Allah Subhanu wa Ta‘ala. yang maha sempurna daripada kejahatan yang dijadikannya[89].

 

 

 

Membaca doa khusus untuk perlindungan

 

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى اْلأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ ، وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْم

 

Maksudnya: Dengan nama Allah yang tidak dapat memberi mudharat beserta menyebutkan namanya oleh sesuatu dibumi maupun dilangit sedangkan ia amat mendengar lagi amat mengetahui[90].

Membaca doa khusus untuk perlindungan ketika hendak tidur

يَا أَرْضَ رَبِّىْ وَرَبَّك الله ، أَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شَرِّكَ وَشَرِّ مَا فِيْكَ ، وَشَرِّ مَا خَلَقَ فِيْكَ ، وَشَرِّ مَا يَدُبُّ عَلَيْكَ ، أَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ أَسَدٍ وَأَسْوَدَ ، وَمِنَ الْحَيَّةِ وَالْعَقْرَبِ ، وَمِنْ سَاكِنِ الْبَلَدِ ، وَمِنْ وَالِدٍ وَمَا وَلَدَ

 

Maksudnya: Wahai bumi tuhanku, tuhanmu ialah Allah Subhanu wa Ta‘ala. aku memohon perlindungan dengan Allah Subhanu wa Ta‘ala. daripada kejahatan  engkau (bumi) dan kejahatan yang didalam engkau (bumi) dan dari kejahatan barang yang terjadi didalam engkau dan dari kejahatan barang yang melata diatas engkau ,aku memohon perlindungan singa (binatang buas) dan yang hitam (jin / syaitan) dan daripada ular dan kala dan daripada kejahatan penduduk negeri dan daripada anak dan apa apa yang terjadi disebabkan perkara tersebut[91].

 

Membaca doa khusus untuk perlindungan

 

بِسْمِ اللهِ وَضَعْتُ جَنْبِىْ ، اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِىْ ذَنْبِىْ وَأَخْسِىْءِ شَيْطَانِى ، وَفُكِّ رُهَانِىْ وَاجْعَلْنِىْ فِى النَّدَى اْلأَعْلىَ

 

Maksudnya: Dengan nama Allah Subhanu wa Ta‘ala. aku meletakkan lambungku ,wahai tuhanku ampunkanlah segala dosaku dan hindarkanlah aku dari syaitan yang sentiasa menggodaku dan tebuskanlah segala gadaianku dan tempatkanlah aku ditempat yang tinggi (mulia)[92].

 

 

10-       PENUTUP

Sebanarnya kalau kita hendak menghimpun kesemua fahaman dan ajaran khurafat yang sering berlaku didalam masyarakat Islam khususnya dinusantara ini amat banyak, memadailah dengan beberapa perkara yang telah diketengahkan sebagai garis panduan dan bekalan untuk kita bagi menilainya.

 

Setiap satu dari perkara yang pembahas tulis sebagai amalan khurafat didalam kertas kerja ini adalah menjadi amalan pembahas semasa dizaman jahiliyyah dahulu dan sehingga sekarang masih lagi kedapatan mereka yang mengamalkannya.

 

Oleh itu, menjadi suatu tanggungjawab kita sebagai umat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diamanahkan untuk memikul tanggungjawab untuk menegakkan amar makruf dan nahi mungkan untuk menghalang umat Islam dari terjebak dengan  amalan-amalan khurafat dan ajaran sesat yang  bermaharajalela dengan segala dongengan dan tahyulan mereka itu.

 

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sudah bersabda bahawa umatnya akan berpecah menjadi 73 puak, hanya satu yang akan berjaya. Menggambarkan kepada kita bahawa gejala ini akan terus ada sehingga kehari akhirat. Tetapi sebagai umat dan hamba, kita wajib meneruskan usaha kita menyedarkan manusia dengan segala tuntutan yang ada bagi mencapai slogan “Negara yang baik serta rakyatnya yang diampuni tuhan”

 

Akhir kalam dari al-faqir mengharapkan teguran membina dari para alim ulama jika kedapatan  sesuatu yang tidak tepat dengan kehendak agama didalam risalah ini. Kerana setiap manusia tidak lari dari kesilapan melainkan mereka yang dipilih oleh Allah Subhanu wa Ta‘ala . Wassalam.


[1] Al-Quran Surah al-Maidah ayat 3

[2] Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Malik didalam al-Muwaththa 5 / 371 hadith no 1395

[3] Lihat Kamus Dewan edisi terkini ( edisi keempat) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur 2005

[4] Ibid halaman 786

[5] Ibid halaman 1037

[6] Ibid halaman 136

[7] Ibid halaman 1790

[8] Ibid halaman 20

[9] Ibid halaman 1478

[10] Lihat “Penjelasan Istilah Yang Boleh Membawa Penyelewengan Aqidah” terbitan JAKIM  2006, halaman 16.

[11] Kamus Dewan,op.cit; halaman 20

[12] Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad didalam Musnadnya juz 51 halaman 242 hadith no 24085 daripada Abu Al-Nadhr daripada Abu ‘Aqil Al-Thaqafi daripada Mujalid ibn Sa’ad daripada ‘Amir daripada Masruq daripada ‘Aisyah R.A. .Hadith ini Shahih dan hadith ini juga telah dikeluarkan oleh Al-Tirmizi didalam Al-Syamail Al-Muhammadiyyah, dengan matan yang sama tetapi sedikit perubahan pada isnadnya bab 38 hadith no 242 halaman 173 daripada Al-Hasan ibn Shabbah Al-Bazzar daripada Abu Al-Nadhr daripada Abu ‘Aqil Al-Thaqafi daripada Mujalid ibn Sa’ad daripada Al-Sya’abi daripada Masruq daripada ‘Aisyah R.A. Menurut sanad yang kedua hadith ini Dhaif .

[13] Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam al-Thabarani didalam Mu’jam al-Ausath juz 13 halaman 325 hadith no 6247 daripada Muhammad ibn Yunus al-‘Ashfari daripada Yazid ibn ‘Amru ibn al-Barra; al-Ghanawi daripada Sa’id ibn Abdillah al-Sulami daripada ‘Ali ibn Abi Sarah daripada Thabit al-Bannani daripada Anas ibn Malik daripada ‘Aisyah r.a..

[14] Lihat kitab Dirasah Fi al-Sam’iyyat oleh Prof.Dr. al-Sayyid Muhammad ‘Aqil ibn ‘Ali al-Mahdali.

[15] Sila rujuk perbincangan ini didalam kitab al-Mukhtasar al-Mufid Fi Syarh Jauharah al-Tauhid oleh Syeikh Nuh ‘Ali Sulaiman al-Qudhoh (Mufti Jordan) halaman 155,lihat juga didalam Lihat “Penjelasan Istilah Yang Boleh Membawa Penyelewengan Aqidah” terbitan JAKIM  2006, halaman 16.

[16] Al-Quran surah al-Zumar ayat 9.

[17] Al-Quran surah al-Ahzab ayat 72.

[18] Al-Quran surah al-Syuraa ayat 7

[19] Al-Quran surah al-Rum  ayat 41

 

[20] Al-Quran Surah al-Taubah ayat 23

[21] Al-Quran Surah al-Maidah ayat 104

[22] Al-Quran Surah al-Hijr  ayat 28-40

[23] Al-Quran surah Yaasin ayat 18/19

[24] Al-Quran Surah al-Baqarah  ayat 156

[25] Hadith ini telah dikeluarkan oleh al-Bukhari didalam Kitab al-Tibb, bab La Haamah, hadith no 5757 lihat fath al-Bari jilid 16 halaman 33 .Hadith ini juga dikeluarkan oleh Muslim hadith no 4116 begitu juga dikeluarkan oleh Abu Daud,al-Tirmizi,Ibn Majah dan Imam Ahmad. Hadith Ini Shahih

[26] Al-Quran surah Yunus ayat 18

[27] Al-Quran surah Saba’ ayat 22

[28] Al-Quran surah al-Zumar ayat 43/44

[29] Al-Quran surah al-Zumar ayat 3

[30] Untuk maklumat lanjut sila lihat buku kami “KEPENTINGAN SANAD DALAM ISLAM”

[31] Sebahagian dari kumpulan silat ini sanggup mengadakan cerita dongeng kononnya Nabi saw telah mengijazahkan jurusan kebatinan pertama silatnya dalam perang Badar al-Kubra kepada para sahabat r.a.,sebahagian yang lian pula menggunakan sanad –sanad tertentu yang sampai silsilahnya kepada Nabi saw untuk dijadikan sanad amalan kebatinan didalam silatnya konon-kononnya amalan tersebut bersumberkan kepada Nabi saw.

[32]Al-Quran surah al-Isra’ ayat 36

[33] Lihat Tafsir al-Munir Prof Dr. Wahbah al-Zuhaily juz 30 halaman 477

 

[34] Hadith ini telah dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah didalam al-Mushannaf juz 5 halaman 436, hadith ini juga diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Jabir ibn Abdillah begitu juga al-Thabarani didalam al-Ausath daripada Ibn ‘Umar. Lihat Majma’ al-Zawaid Wa Manba’ al-Fawaid juzuk 5 halaman 120

[35] Hadith ini telah dikeluarkan oleh al-Tirmizi, Malik dan Ahmad dan dishahihkan oleh Albani, lihat juga dalam Arba’in al-Nawawi hadith ke 12

[36] Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad didalam al-Musnad daripada ‘Uqbah ibn ‘Aamir al-Juhaniy r.a. hadith no 16781

[37] Hadith ini telah dikeluarkan oleh al-Hakim didalam al-Mustadrak kitab  al-Tibb,jilid 4 halaman 240 hadith no 7501 dan Ibn Hibban didalam al-Ihsan kitab al-Ruqa Wa al-Tamaa im jilid 7 halaman 628 hadith no 6054 . Hadith ini shahih

[38] Lihat al-Ihsan kitab al-Ruqa Wa al-Tamaa im jilid 7 halaman 629

[39] Lihat Tafsir al-Munir Prof Dr. Wahbah al-Zuhaily juz 30 halaman 477

[40] Al-Quran Surah al-Jin ayat 6

[41] Al-Quran Surah al-Kahfi ayat 50

[42] Al-Quran Surah al-Ruum ayat 21

[43] Al-Quran Surah al-Hijr ayat 26/27

[44] Al-Quran Surah al-Baqarah  ayat 275

[45] Al-Quran Surah al-Mukminun ayat 97/98

[46]Al-Quran Surah al-Baqarah ayat 102

[47] Hadith ini telah dikeluarkan oleh al-Hakim didalam al-Mustadrak kitab al-Tibb,jilid 4 halaman 239 hadith no 7497. HHHadith ini Shahih

[48] Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad 1 / 381, Abu Daud hadith no 3883, Ibn Majah hadith no 3530, al-Hakim 4 / 418 dan Albani menyebutkan juga didalam shahihnya no 331.

[49] Al-Quran Surah al-Tahrim ayat 6

[50] Perkara ini berdasarkan hadith yang dikeluarkan oleh Imam al-Dailami didalam musnad al-Firdaus 4/225

[51] Lihat “Dirasah Fi al-Sam’iyyat” oleh Prof.Dr. Sayyid Muhammad ‘’Aqil al-Mahdali halaman 17 dan 18

[52] Al-Quran Surah al-Syura  ayat 42

[53] Al-Quran Surah Ibrahim  ayat 42

[54] Hadith ini telah dikeluarkan oleh al-Bukhari lihat Fath al-Bari jilid 10 halaman 378

[55]Al-Quran Surah al-Nisa  ayat 117-119.

[56]Sebahagian dikalangan perawat menggunakan bahan-bahan seperti yang disebutkan sila lihat 50 PELINDUNG DIRI & KEDIAMAN oleh Hanif Hj Ghazali halaman 87 yang menyarankan menggunakan kacang hijau kononnya toyol akan bermain dengan kacang hijau tersebut.

[57] Al-Quran Surah al-Hijr  ayat 28-40

[58] Lihat  oleh “Batu Permata Dan Nilai Perubatannya”Dr. Hisyam Hasyim

[59] Al-Quran Surah Yunus ayat 18

[60]Al-Quran Surah al-Isra’ ayat 36

[61] Al-Quran Surah Ibrahim  ayat 42

[62] Al-Quran Surah Yunus ayat 18

[63] Al-Quran Surah al-Baqarah  ayat 156

[64] Hadith ini telah dikeluarkan oleh al-Bukhari didalam Kitab al-Tibb, bab La Haamah, hadith no 5757 lihat fath al-Bari jilid 16 halaman 33 .Hadith ini juga dikeluarkan oleh Muslim hadith no 4116 begitu juga dikeluarkan oleh Abu Daud,al-Tirmizi,Ibn Majah dan Imam Ahmad. Hadith Ini Shahih

[65] Lihat “Berpawang Dan Bersahabat Dengan Jin daripada Perspektif Islam” halaman 110

[66] Al-Quran Surah al-Nisa’   ayat 46

[67] Al-Quran Surah Yunus ayat 18

[68] Al-Quran Surah al-An’am ayat 153

[69] Al-Quran Surah al-Baqarah   ayat 173

 

[70] Al-Quran Surah al-An’an   ayat 112

[71] Hadith ini telah dikeluarkan oleh al-Tirmizi, Malik dan Ahmad dan dishahihkan oleh Albani, lihat juga dalam Arba’in al-Nawawi hadith ke 12.

 

[72] Al-Quran Surah al-Maidah, ayat 51

[73] Al-Quran Surah al-Isra’, ayat 82

[74] Al-Quran Surah al-Jin, ayat 26/27

[75] Al-Quran Surah al-An’am, ayat 59

[76] Hadith ini telah dikeluarkan oleh al-Tirmizi, Malik dan Ahmad dan dishahihkan oleh Albani, lihat juga dalam Arba’in al-Nawawi hadith ke 12.

 

[77] Lihat Penjelasan Terhadap 58 Ciri Ajaran Sesat Di Malaysia terbitan JAKIM 2006 halaman 1 dan 2

[78] Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Malik 2 / 236 hadith no 507, al-Bukhari  5 / 182.  juga di-keluarkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi dan Imam Ahmad.

[79] Al-Quran Surah al-Tahrim ayat 6

[80] Al-Quran Surah al-Anbia’ ayat 7

[81] Al-Quran Surah al-Taubah ayat 119

[82] Al-Quran Surah al-Baqarah ayat 186

[83]Al-Quran Surah al-Mujadalah ayat 19

[84]Al-Quran Surah al-Isra’  ayat 45

 

[85] Hadith ini telah dikeluarkan oleh al-Bukhari lihat Fath al-Bari 11 / 125, juga al-Tirmizi 5 / 139

[86] Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Malik didalam al-Muwaththa’ 1 / 209 , al-Bukhari lihat Fath al-Bari 6 / 338 dan Muslim, lihat Syarh Nawawi 17 / 17

[87] Hadith ini telah dikeluarkan oleh al-Tirmizi 11 / 307 hadith no 3348 dan dia berkata hadith ini hasan lagi shahih, juga dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dishahihkan oleh Albani

[88] Hadith ini telah dikeluarkan oleh Abu Daud dan telah mengatakan hasan oleh Imam Nawawi didalam al-Azkar halaman 26 dan dishahihkan oleh Albani

[89] Hadith ini telah dikeluarkan oleh Muslim lihat Syarh al-Nawawi 17 / 31

[90] Hadith ini telah dikeluarkan oleh al-Tirmizi 5 / 133 hadith ini hasan lagi shahih

[91] Hadith ini telah dikeluarkan oleh Abu Daud 3 / 35 hadith ini hasan.

[92] Hadith ini telah dikeluarkan oleh Abu Daud 4 / 313 hadith ini hasan. Al-Nawawi juga mengatakan hadith ini hasan didalam al-Azkar halaman 77

 

~ oleh ANUAR AHMAD di November 7, 2010.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: