HIMPUNAN KISAH CINTA DAN MUSLIMAH

CINTA…!!

Mama, salahkah jika saya menyintainya?”saya terkedu apabila soalan itu keluar dari mulut mongel itu lalu singgah di telingaku beberapa tahun lalu. Ya. saya sedar puteriku sudah remaja, sudah mengenali alam percintaan. Namun apa boleh kubuat kini dia telah jatuh cinta!Apakah yang bakal kubualkan kepadanya tentang cinta. saya mencongak kata-kata yang bakal kususun, agar dia tidak akan lari dari saya. saya bertekad untuk menjadi ibu yang mendengar. Jika saya gagal. saya akan kehilanggannya buat selama-lamanya…Apakah cinta itu sebenarnya? Bagaimana Islam memandang cinta?Bagaimana pula jika cinta telah menghampiri kita? Cinta atau mahabbah asalnya bermakna bening dan bersih. Boleh diertikanjuga air yang melimpah ruah selepas hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu disimpulkan al Mahabbah sebagai luapan hati dan gejolak rindu ketika dselubungi keinginan untuk bertemu dengan kekasih.Cinta boleh membawa sengsara namun boleh juga membawa bahagia. Ianya bergantung kepada bagaimana kita mengurus cinta. Islam memandang cinta terhadap berlainan jenis dalam 3 perspektif:1. Mencintainya kerana Allah (mendekatkan diri pada Allah dan mentaatiNya). Ini termasuk cinta yang bermanfaat. Contohnya:Cinta suami isteri yang bernikah untuk menjaga dirinya dari perkara maksiat dan juga bernikah kerana mengikuti sunnah Rasulullah menyambung generasi pejuang.2. Cinta yang mendatangkan murka Allah. Lebih kita kenali sebagai cinta kerana nafsu berahi. Cinta inilah yang memalingkan diri kita dari Allah, membuat kita lupa akanNya dan mendorong untuk melanggar syariatNya. Firman Allah: “Dan diantaramanusia dan orang yang mengangkat sembahan selain Allah, mereka mencintai sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman sangat cintanya pada Allah. Dan Allah tidak akan menunjuki orang – orang fasik.” (Al Baqarah: Ayat 165)3. Cinta yang mubah (harus), adalah cinta yang tidak ada unsur kesengajaan. Misalnya tanpa sengaja kita (lelaki) melihatwanita atau kita (wanita) melihat lelaki kemudian jatuh cinta danperkara ini tidak sampai kita membuat maksiat pada Allah. Kitamerahsiakannya dan menahan diri kita untuk tidak melakukanperkara-perkara yang dilarang.Jadi bagaimana kita menanggapi dan mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita? Mana mampu kita menolak datangnya cinta, kerana cinta itu datang tanpa diundang, umpama pencuri, cinta itu laksana panah asmara yang menikam mata dan menusuk ke hati. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung. Cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannyamengikut kehendak syariat. Perasaan ‘cinta suci remaja’ memang biasa diucapkan, cuma dalam hal ini syaitam memainkan peranan dalam menggelincirkan kita kepada kemungkaran dan larangan Allah. Memang adab bercinta semuanya mendakwa cinta mereka ikhlas dan suci murni tetapi syaitan memainkan peranannya sehingga tidak kita sedari ia banyak melanggar larangan Allah. Ingatlah bahawa setiap haram itu adalah haram walau apa keadaan sekalipun, cuma kita yang kadang-kadang cuba ‘menghalalkan’nya dengan kita membuat pelbagai alasan itu dan ini. Di sisi Allah ianya adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalahneraka.Apakah kita lihat hadis Rasulullah ini dalam sunnah Ibni Majah: “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.”Apa?, Nikah?,!! Tidak mungkin…….sekolah saja belum habis, bagaimana nak bernikah???Marilah kita lihat apa yang dikatakan pencipta kita, Allah azza wajalla: “Janganlah kamu menghampiri zina…..” Al Isra’:Ayat 32″Ah terlalu ekstrim, takkanlah jika kita bercinta boleh dianggapmendekati zina….” tapi bukankah kita sudah pernah mendengar sabda Rasulullah: “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita… Tidak lah bersendirian diri dengan seorang wanita kecuali ketiganya Syaitan…..”(hari. Tabrani) “Kedua tangan juga dapat berzina dan zinanya adalah menyentuh dan kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju tempat maksiat) dan mulut juda berzina dan zinanya adalah ciuman” (hari. Muslim dan Abu Daud)Anakku, kamu adalah seorang remaja muslim yang baik tidak akanberdalih lagi untuk mengelak dari perkataan Allah dan RasulNya.Mampukah anakku tidak berdalih lagi? Umpamanya kerana kasihan, kerana ingin mengahwininya, kerana boleh menasihatinya, kerana sedang mencari-cari perlindungan dan rakan diskusi intelek, kerana sering menghadiri program mahasiswa bersama dalam satu kereta, kerana menemani kakak yang sedang bercinta…Jadi mama, apakah penyelesaiannya?Bagi anakku yang sudah terjatuh cinta, rasakan cintamu dalam hati, berusahalah melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang bermanfaat, Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan dan membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini.Jagalah batas-batas pergaulan. Peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada Allah agar Dia pertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu, dan keluargamu. Apabila tiba masanya nanti, apalah jodoh mu ada insya-allah kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai Allah.Pun begitu perhatikanlah juga perkara – perkara di bawah agar hatimu tidak mudah menjadi rawan:- Tundukkan pandanganmu dari perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu.- Ataupun janganlah merenung kaum berlawan jenis (surah An-Nur:30-31)- Hindari berduaan dan ikhtilat (campur gaul tanpa batasan). – Janganlah berwewenangan berinteraksi dengan yang bukan mahram.- Hindari menonton filem-filem cinta yang mengasyikkan dan filem seks yang mengghairahkan nafsu.- Hindari bacaan-bacaan/novel-novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu.- Hindari lagu-lagu cinta kerana boleh melemahkan hati dan memendekkan cita-cita. – Sibukkan dengan mengaji dan berzikir.Bergaullah dengan kawan-kawan yang baik, kerana kadang-kadang hati kita kalah kepada ‘cinta’ ini kerana kebodohan kita terhadap ilmu agama dan lemahnya iman kita.Apabila kita telh mempunyai “teman akrab”, cukuplah kiranya kitafahami firman Allah; “Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit kedua tangannya seraya berkata:’Aduhai, kiranya dulu saya mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku. Kiranya saya (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrabku (kekasihku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan saya dari Al-Quran ketika Al-Quran telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia.” (Surah Al Furqan:Ayat 27-29). Maka janganlah kita menyesal di kemudian hari, kerana terlanjur mangambil seorang “teman akrab” yang kononnya menyintai kita.Puasalah untuk meredam perasaan nafsu dan rindu dendam. Ingatlah firman Allah, “Adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran tuhanNYA dan menahan diri dari keinginan nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempatnya.” Surah An Naziat :Ayat 40-41).Bernikah lah sahaja jika sudah benar-benar mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu. Aduhai mama, Susahnya!Boleh jika kamu mahu, jangan bersedih. Syurga itu kan lebih indah. Dalam hadith, Rasulullah juga bersabda bahawa jika kita meninggalkan sesuatu yang disukai manusia, tapi dibenci oleh Allah maka Allah akan mencukupkan diri kita dari sesuatu yang kita perlukan.Alangkah baiknya Allah, sanggupkah kita mengkhianatiNya? Bukankah Dia yang telah mencipta dan memelihara kita selama ini. Tidakkah Dia lebih baik dan sesuai, maka pantas untuk dicintai? Rasulullah bersabda: “Tidak sempurna iman seorang hamba hingga ia lebih mencintai Allah daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia.”Siapakah yang dapat menolong kita di akhirat nanti? Kekasih-kekasih kita kah? Tentu tidak. Oleh kerana itu tetaplah tersenyum dan berlapang dada dalam menghadapi cinta ini. Insya-Allah, Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik, kekasih yang suci dan soleh/solehah didunia ini dan syurga di akhirat nanti.Insya-Allah..Amin.

HATIMU UNTUK SIAPA??

Hatimu Untuk Siapa, Hatiku untuk-Nya, Yang Maha Kuasa Pemilik Jagat Raya, Tauhid untuk Yang Esa, Seagung kasih untuk-Nya, Hatimu Untuk Siapa, Hatiku untuk mereka, Asbab lahirku ke dunia, Dunia fana tidak bermakna, Andai hilang kasih bapa, Alam indah apalah guna, Kasih bonda membawa ke syurga, Hatimu Untuk Siapa, Hatiku untuk dia, Dia daripada-Nya, Penyeri kehidupan seorang manusia, Seindah isim serikandi mulia, Moga baitul terbina membawa bahagia, Abadi ke syurga..

KU CARI KASIH ABADI DARI KEKASIH SEJATI

Mulanya kufikir ini adalah soal memilih. Kerana mereka insya Allah, adalah ikhwan – ikhwan yang soleh. Diri ini mengamati perubahan mereka dan….subhanallah, mereka telah menjadi muslim yang lebih baik dari sebelumnya. Dan diri ini mencintai mereka kerana Allah.

Seorang daripada mereka menaruh harapannya kepadaku. Dia ingin diri ini menjadi calon penghuni Syurga bersamanya menjadi isterinya. Erm, akhirnya kata-kata indah yang selalu kutunggu itu terdengar juga…daripada sahabatku. Sahabat terbaikku, yang sangat mengerti diriku dan aku juga memahami dirinya. Dia seorang muslimin yang baik, yang membuatku sempat berfikir bila suatu hari dia melamarku, maka aku tak akan punya alas an untuk menolaknya. Kerana dia begitu baik.

Namun, pemikiran itu berubah saat seorang ikhwan yang lain datang ke dalam kehidupanku. Dialah yang mengirimkan pesan-pesan singkat dan panggilan tak terjawab. Seseorang yang tak pernah terlintas di benakku, namun akhirnya mengisi ruang khusus di hatiku.

Dia tak pernah memberi keputusan ataupun sebuah janji. Namun, setiap kata darinya menyiratkan bahawa dia begitu mahu rapat denganku. Wallahualam.

Dia seorang yang sopan, yang sangat menghormatiku. Kebaikan akhlak serta keelokan parasnya membuatku berfikir bukanlah wanita seperti aku layak baginya. Dia bagaikan seorang putera. Sikapnya yang sulit kuduga sungguh membuatku berasa bahawa aku hanyalah teman biasa baginya.

Aku menjalin persahabatan dengan kedua-duanya tanpa pengetahuan mereka. Tambahan mereka berdua merupakan sahabat yang sangat rapat.

Banyak ilmu yang kudapat daripada mereka. Merekalah tempat aku bertanya dan meminta nasihat., begitu pula aku bagi mereka.

Menurutku persahabatan ini biasa sahaja, tidak melewati batas norma. Semuanya tentang dakwah. Namun, aku berasa hubungan ini tidak bersih. Kerana tidak ada persahabatan yang tidak melibatkan hati. Dan aku telah menzalimi diriku sendiri.

Aku ingin menjauhkan diri daripada mereka agar aku bias berfikir tenang dan hatiku menjadi bersih. Aku memang ingin menikah. Tapi tidak dalam situasi seperti ini. Aku berfikir bahawa aku harus memilih salah satu antara mereka. Namun, aku hanya menipu diriku sendiri.

Setelah solat istikharah kudirikan dengan doa agar Allah memberiku jalan yang terbaik., ku fikir aku telah mendapatkan jawapannya. Kerana setiap hal yang aku lakukan selalu tertuju padanya, ikhwan ibarat putera itu.

Sungguh aku telah memperdaya akalku dan hatiku telah lalai menempatkan Nya.

Pinangan sahabatku tidak kuterima. Walaupun dapat kubayangkan masa depanku cerah bersamanya. Dia menerima keputusanku dan tersedar bahawa dia telah mensia-siakan waktunya memikirkanku. Dan pada saat yang sama, si putera pun menyatakan keinginannya untuk melepaskan diri dariku. Dia pun tersedar telah mensia-siakan waktunya untukku.

Ya, jalan itu masih panjang….dan mereka pun memilih mencintai sang Kekasih Sejati daripada diriku.

Subhanallah, bagaimana aku tidak semakin mencintai mereka. Dan jelaslah bahawa mereka berhak mendapatkan wanita yang jauh lebih baik daripadaku.

Berat bagiku menghadapi kenyataan bahawa aku telah kehilangan sahabat-sahabat terbaikku. Namun, aku bersyukur mereka meninggalkan aku demi Syurga yang sedia menerima orang-orang yang kembali ke jalan Nya

Dan ke sanalah pula aku akan menuju. Inilah jawapan istikharahku.

Kembali kepada Allah, yang akan selalu ada untukku. Yang tak akan pernah meninggalkanku. Yang selalu mengetahui keperluanku dan menyediakannya. Yang selalu mendengar keinginanku dan mengabulkannya. Yang selalu mendengar keluh kesahku dan membantuku mengatasinya. Yang selalu cemburu bila aku melupakan Nya walau sekejap mata. Ya, dialah Sang Kekasih Sejati yang kusedari cinta Nya meliputi seluruh alam untukku.

Tentang jodoh, aku tak akan rungsingkannya lagi. Seperti halnya takdir lahir dan takdir mati. Tak akan mengundur atau ke depan sedetikpun. Aku yakin seseorang diluar sana telah diciptakan Allah khusus untukku. Bukankah manusia dicipta berpasang-pasangan.

Mungkin dia adalah salah seorang dari mereka, mungkin juga bukan. Bila mereka bagiku adalah ikhwan yang baik namun tak seorang pun daripada mereka Allah izinkan untuk menikahiku, maka aku yakin Allah telah menyediakan ikhwan yang jauh lebih baik daripada mereka untukku. Kerana aku tahu Allah tak akan pernah mengecewakanku.

Dan kudoakan semoga mereka dikurniakan isteri yang solehah, yang jauh lebih baik daripada yang pernah mereka bayangkan sebelumnya. Kerana Allah tak akan pernah mengecewakan hamba-hamba Nya.

“ Ya Allah aku memohon kepada Mu kecintaan kepada Mu, dan cinta kepada orang-orang yang mencintai Mu, juga kepada amal perbuatan yang akan mendekatkan diriku untuk mencintai Mu.”

CALON SOLEHAH

Usai berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih dahulu merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya beradu kekuatan di padang bola bersama dengan orang Arab. Ganas, agresif dan kasar. Semuanya bersatu dan berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya. Tersungkur jugak dia dibentes lawan. Tangannya mencapai minyak habbatussauda’ untuk disapukan pada bahagian yang sudah nampak lebam biru kehitaman. Kakinya hampir saja kejang. Aduh! Dia mengeluh.

Matanya terpaku pada penanda buku unik yang terselit malu pada Tafsir Quran. Jamahan matanya menyatakan dalam kiasan nurani penanda buku itu unik rekaannya. Seunik bicara dan hujah pemberi “book mark” itu. Kemas dengan kesan “liminate”, berukuran comel 30cm panjang kali 5cm lebar. Kalimah bertinta ungu itu menarik perhatiannya malah tersemat utuh di hatinya. Terkesan siapa yang membaca hikmah puitis itu. “Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”

Semusim percutianku sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk ini, sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam pada hatiku. Alasan yang aku kemukakan semata-mata untuk mengelak apabila Tok Ayah persoalkan tentang jodoh ternyata membuahkan satu mutiara kenangan. Kenangan yang menautkan dua hati melalui penyatuan idea mengenai CALON SOLEHAH. “Mencari seorang calon isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk kita dapatkan. Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih mencari-cari jodoh sedangkan umur semakin meningkat…lewat menunaikan seru,” “ Hafiz, kamu tidak mahu berkahwin ker?” eh, tetiba pula Tok Ayah mengutarakan soalan cepu mas ini.

Pengajian memang sudah tamat namun hajat di hati ingin menyambung ke peringkat sarjana masih segar. “Bukan tak berkeinginan Tok Ayah tapi..hajat nak mencari yang solehah. Biar dunia tidak berat sebelah,” harap-harap inilah alasan yang agak kukuh. “Nak cari yang benar-benar solehah, bukanlah satu usaha yang mudah. Nak yang solat di awal waktu, hormati ibu dan ayah, pandai mengaji Quran, menutup aurat..ish, banyak sungguh ciri-ciri kamu Hafiz..alamat, sampai Tok Ayah berumah kat batu dua lah baru sampai hajat..” “ Susahlah Tok Ayah…yang sipi-sipi ada la jugak jumpa…”sempat juga aku melontarkan idea spontan aku. Tok Ayah hanya menggeleng.

Pertemuan dengan Raihanah berlaku secara tidak sengaja, ketika bersama-sama Tok Ayah singgah ke warung pagi itu. Suka benar Tok Ayah dengan nasi lemak air tangan ibu saudara Raihanah. Dia kurang mengenali siapa Raihanah. Malah daripada cerita ibu saudaranya itu Raihanah adalah anak abangnya yang tinggal di Kedah. Tamat pengajian gadis itu bermastautin sementara di kampungnya. manis tapi jarang tersenyum. Kulit asianya terlindung di sebalik baju t-shirt labuh paras lutut dan bertangan panjang itu, dengan tudung turki bercorak flora. Tiada yang istimewa sangat!

Namun peristiwa malam itu di surau ternyata membuktikan bahawa gadis itu bukanlah sebarangan gadis. Mempunyai daya tarikan pada yang tahu menilai mutiara wangian syurga ini. “calon isteri yang solehah…orang lelaki nak yang solehah sahaja, tapi kadangkala diri sendiri dia tak check betul-betul,” ngomel seorang gadis ketika perbincangan ilmiah pada malam itu apabila Tok Ayah menyatakan mengenai topic tersebut. Aku sekadar tersenyum. Kelaziman kuliah maghrib lebih berbentuk ilmiah untuk menarik golongan muda bersama-sama meluahkan pendapat. Mendengar kata-kata gadis itu aku tersenyum sendirian. “Raihanah ada sebarang pendapat?” soal tok ayah apabila gadis bertelekung putih itu hanya sekadar menjadi pemerhati debat tidak formal itu. “sekadar pendapat tok ayah…jika kita nak bakal zaujah kita seorang yang solehah, yang bertaqwa saya ada satu tips,”riuh seketika. “sebelum kita kaji dan telek bakal isteri kita paling afdal kita telek diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita,” aku sedikit terkelu.

Macamana agaknya? Namun persoalan itu hanya berlegar-legar di fikiran kosong aku, tidak terluah. “nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan dulu diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah untuk bakal suami yang soleh. tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh. Aku mengangguk tanda setuju dengan pendapat bernas itu. “tapi, ada jaminan ker kita akan mendapat bakal isteri yang solehah?” ada qariah muda berani untuk mengutarakan soalan. “Bergantung pada diri kita sebenarnya.

Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang solehah. Jodoh adalah kerja Allah. Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.” Raihanah melepas lelah barangkali. Lalu dia tersenyum. “ teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata, macam DEB. Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu tinggi,” “Kenapa pulak?” Tanya Tok Ayah. Eh, Tok ayah pun mengambil bahagian juga? “bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi. insyaAllah jika ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan tersebut. Hal iman dan taqwa janganlah diambil remah. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam hal mencari pasangan kita. Mengambil kata-kata daripada laman Kemudi hati dalam Anis, kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap tafsir.”

Alhamdulillah, sekarang terbuka sudah pemikiran ruang lingkup. Aku tersenyum. Terima kasih Raihanah. Tok Ayah juga tersenyum. Ada hikmah di sebalik semua ini. “hafiz, ada surat untuk anta daripada Malaysia…”kenyitan mata Syahid sewaktu menyerahkan surat bersampul ungu itu diikuti dengan gelak tawa rafiknya yang lain mematikan lamunannya. Senyuman yang berbunga di bibir Syahid seolah-olah memberitahunya bahawa warkah itu sudah pastinya daripada tunangannya, Raihanah.. calon pilihan Tok Ayah, dan juga hatinya yang kini sedang meneruskan pengajian peringkat sarjana Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Alhamdulillah, gadis inilah yang telah menemukannya titik noktah pencarian calon solehah.

BENGKOKNYA WANITA..

Bengkok’nya Perempuan…..

“ Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah nak merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut – lembut, cakap baik – baik….hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi – menjadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi.”

“ Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad ? Siapa yang buat hal kali ni ?”
“ Staf saya si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu.”

“ Entah – entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion.”

“ Alaaah….orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok ? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti takut patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah.”

“ Jangan cakap macam tu Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu.”

“ Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan ? Apa yang tak kena pulak, Naim?”

“ Maksud saya begini. Menafsirkan Hadis itu seolah – olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang “ disadvantaged “ atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah – olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertakwa. Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara – perkara yang tidak baik.

“ Buktinya apabila Rasulullah s.a.w, datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap “ golongan yang tak berguna “ kepada “ sayap kiri “ kepada masyarakat. Baginda ada memberikan tugas – tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan.

“ Tapi memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak melayan dia.”

“ Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan sahaja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk dan cara “ protes ” tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman yang lemah, bukan sebab jantina.

“ Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan lemah lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah – marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah – entah waktu itu kita lebih ‘ bengkok ‘ daripada mereka !”

“ Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje.”

“ Aku bukannya nak bela sesiapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu.”

“ Apa maksud sebenar Hadis itu.”

“ Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi seebnarnya adlaah satu “ penyempurnaan .” Sepertimana juga usus manusia yang berlipat – lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat ‘ pelindung .’ Ia melindungi organ – organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru – paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu.”

“ Oh begitu. Jadi bila Nabi katakana yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?”

“ Begitulah. Selain itu, maksud ‘ tulang rusuk yang bengkok ‘ itu ialah sifat ‘ rahmah .’ Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat – sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak – anaknya dengan berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja – kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan.

“ Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu, jangan cuba buang sifat “ bengkok “ ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas – tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ –organ yang penting tadi tidak akan selamat.

“ Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkan betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar.”

“ Hmm, betul tu Naim.”

“ Sebenarnya tiada siapa yang ‘ bengkok ‘ mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat – sifat yang terkeji di dalam diirnya pun akan menjadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya.”

“ Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah -marah dan tidak sabar.

“ Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih ‘ bengkok ‘ daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah lebih ‘ bengkok ‘ daripada semua orang lain.

AKU TIDAK TAHU KENAP, JAUH DI SUDUT HATI INI

Aku tidak tahu kenapa, jauh di sudut hati ini, kupendam suatu perasaan yang begitu sukar untuk kuluah… Aku mengaku, cemburunya hati ini bila melihat Nurul selalu mendapat jambangan bunga! wangian jambangan bunga setiap kali ku mengintai bilik bacaannya, menambahkan rasa cemburu… yang hanya menunggu masa untuk ku muntahkan keluar! Ku lihat Salmi, tidak kurang bezanya! Asyik bergayut dengan handsetnya..hampir siang dan malam!” Ayang tengah makan..Abang dah makan ke”… telingaku bagaikan dah bernanah mendengar ucapan-ucapan romantis mereka berdua…! Nak ku kata tentang Amy, Miza, Ain, Huda… Ahhhhh semuanya sama! Di rumah sewa itu,hanya aku saja yang kesepian… hanya aku saja yang keseorangan! Memang aku akui… cinta sesama manusia, tak ke mana akhirnya! Tetapi apakan dayaku… aku juga seorang wanita yang ingin disayangi, ingin dibelai.. aku juga mahukan kata-kata semangat dari lelaki, setiap kali aku menghadapi saat-saat hampirnya peperiksaan! Aku juga mahu bunga, teddybear… mahu perfume… dan aku juga mahu segalanya yang telah dirasai Amy, Miza Ain, Huda dan…..! Seolah-olah aku ditakdirkan hidup keseorangan… menemani kesepian hatiku yang merayu minta diisi segera dengan kasih lelaki….! Kepada Allah jua aku memohon, jalanNya saja pilihanku! Ya Allah, andainya perasaan ini hanyalah semata-mata nafsu yang tak habis-habis melulu, menggesa…maka kepadaMu kupohon petunjuk…kembalikan hati ini mengingatiMu…hanya Mu! Ramai juga yang menyapaku,” tak nak ke rasa, berkawan dengan lelaki…” …tapi semua soalan-soalan itu.. aku endahkan saja! Umpama masuk telinga kiri… ku keluarkan di telinga kanan!!! Akhirnya aku kalah juga pada ajakan kengkawan… sehinggalah seorang Nurul memperkenalkan aku dengan seorang lelaki si “A” . umur kami sama, dan kami sama-sama pelajar IPT… Entah kanapa hatiku tiba-tiba setuju… di depan Nurul aku mengangguk tunduk… Nurul tersenyum… melihat telatahku! Setelah persetujuan aku dan Si “A” diterima, Nurul Mengatur perbualan telefonku dengan si “A”… Aku tidak memiliki handset sendiri… jadi terpaksalah menggunakan handset milik Nurul untuk sementara! Percayakah kalian, kalau ku kata, itulah kali pertama aku berbual dengan seorang lelaki sepanjang hidupku!Perbualan selama 8 minit itu, kami tamatkan dengan ucapan salam… tak banyak yang kami borak… sekadar menyentuh hal keluarga… dan butir-butir peribadi… itu saja! “Apakah yang telah aku lakukan Ya Allah! Wajarkah aku memperdengarkan suaraku kepada seorang lelaki? Kenapa aku begitu ingin dengan cinta? Selang beberapa hari… perbualan telefon antara aku dan si “A”, hatiku merintih hiba… aku …aku menyesal! Lalu aku membuat keputusan tidak mahu lagi berbual dengan si “A”… aku tidak mahu berkawan dengan lelaki… aku tidak mahu bercinta!” aku mula bertekad… aku yang mulakan semuanya, jadi juga yang perlu hentikannya! Lalu aku istikarah kepada Allah, semalaman aku masih tak dapat jawapan!Masuk 2 hari, 3 hari… Alhamdulillah kini ku dapat melihat gambarannya dengan jelas… Dialah Bakal Suamiku… Pembimbingku Dunia Akhirat! Orangnya tinggi, berjanggut… kulitnya hitam manis… bibirnya tak pernah lekang dengan senyuman! Dia memimpin tanganku menuju suatu tempat yang begitu indah… wangiannya menusuk jiwa dan kalbuku… tempat yang pernah kuimpikan… mungkinkah syurga! Detus hatiku… Selain aku ada dua orang kanak-kanak lelaki memimpin tanganku! Aku hairan dengan mimpi itu! Andai itu jawapan untuk istikarahku… siapa kanak-kanak itu? Mungkinkah anak-anakku? Aku tersenyum gembira dengan mimpuku malam itu…Ya Allah…dimanakah suamiku! Nurul ke bilikku suatu hari… sebelum aku sempat memberitahu padanya keputusanku tidak mahu berkawan dengan si “A”… Dia hulurkan padaku sekeping gambar foto! …Inilah Si”A”… Dia poskan!” kata Nurul… Ya Allah..! alangkah terkejutnya aku menatap wajah lelaki yang menghiasi gambar foto itu… lelaki itu seperti kukenal… seperti pernah kujumpa sebelum ini… tapi dimana… ingatanku semakin jelas… MasyaAllah dialah lelaki yang hadir dalam mimpiku!Wajahnya,janggutnya… cahaya di wajahnya… Ya Allah!Berkali-kali aku menampar pipiku… ternyata aku bukannya bermimpi… “Ya Allah… Dialah jodohku…! Bermula dari hari itu, aku sering mendoakan kesihatannya, kebahagiaannya, keselamatannya… Kepada Allah swt aku serahkan dan sandarkan segalanya!” Sehingga ke hari ini… ukhwah itu masih terjalin… masuk bulan ni usianya sudah menjangkau 2 tahun…!Dan dengarlah kalian bahawa ku benar-benar hanyut dalam cinta yang diperkenalkannya… kami sering mengutus surat, tapi tak pernah ia didahului dan diakhiri selain kata-kata hikmah Islamiah, selain dari cerita beberapa tokoh Islam…Kami saling tukar info.. dan segala ilmu darinya… kini dah jadi koleksi peribadi… yang masih kutatap sehingga ke hari ini… Kami berbual telefon sekali setiap 2 minggu, tapi jangan salahfaham bukan antara aku dan si “A”… tapi antara ibuku dan ibunya… antara ahli keluargaku dan keluarganya…! Betapa indahnya hubungan yang terjalin ini… Moga ia kekal selamanya… Adab tidur… makan … dan segalanya masih kuamalkan…! Harijadiku kini juga dipenuhi dengan hadiah,sesuatu yang aku impikan dulu… Tahun pertama,dia hadiahkan aku senaskah Al-Quran, aku membalasnya dengan sehelai sejadah… Tahun kedua diberinya aku buku agama “Isteri Solehah Igauan Suami” …aku membalasnya dengan senaskah buku agama “Suami Idaman Isteri Solehah”… Tahun ketiga… Harijadiku semakin hampir… dan aku sedang menanti hadiahnya… kerana hadiah darinya begitu berharga… begitu bermakna… malah kupercaya, bukan saja bagiku… tetapi juga bagi semua wanita solehah di luar sana! Dikala aku menyangka lelaki sejati telah pupus di alam maya ini… di kala itulah kau hadir… membuktikan ada lagi Lelaki sejati… Ada lagi Cinta yang diredhai Allah…. Walaupun ramai yang meminati si “A” di IPTnya… Tapi aku yakin..Dia Milikku…! Kerana kuyakin dengan jawapan yang kuperolehi dalam istikharahku… dan aku tidak akan mengalah… aku akan terus berdoa..! “Ya Allah…Andai dirinya tercipta untukku… menjadi milikku… Baik untuk duniaku… untuk akhiratku… untuk agamaku… maka satukanlah kami dunia dan akhirat… Ku pohon restu dan keizinanMu selamanya Ya Allah!” Inilah doaku sejak dirinya ku kenal… dan sehingga hari ini… doa ini masih kupanjatkan… dan sehingga kini jugalah… ukhwah ini masih terbina kukuh… masih utuh… Bila kupohon sesuatu Yang Baik DariNya… Dia Selalu Berikanku… Yang Terbaik!!!

KENAPA WANITA MUDAH MENANGIS??

Suatu ketika, ada seorang budak lelaki yang bertanya pada ibunya. “Ibu, mengapa Ibu menangis?”. Ibunya menjawab, “Sebab aku wanita”.”Aku tak mengerti” kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti….”. Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. “Ayah, mengapa Ibu menangis?, Ibu menangis tanpa sebab yang jelas”. Sang ayah menjawab, “Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan”. Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya
Sampai kemudian si anak itu tumbuh menjadi remaja, ia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?”Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan menjawab, “Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur. Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu.Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya.

Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak. Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya.Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi. Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang
khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan bila ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah

UNTUKMU PUTERIKU

Manusia yang selalu berubah ialah wanita sebab jiwanya lemah, akalnya cetek, sebab itulah sikapnya selalu mengecewakan kita kecuali wanita beriman.
Jarang terhimpun pada seorang wanita sifat – sifat cerdik, cantik , setia dan terdididk.
Muslimahku rapuh jemarimu jangan patah memperah. Lihatlah generasi hawa…..senyumanmu melilit tangkai, jiwa, akalnya satu nafsu berjuta……mudah ke syurga, ramai ke neraka.
Ingatlah puteri hawa……umur dakwah seusia dunia! Jihad itu pahit, yang manis itu syurga, kau bukan kuntum plastik tapi murabbi ummah sejagat!
Muslimahku, peluangmu untuk menjadi sebaik baik hiasan adalah wanita solehah!
Sesungguhnya, peluang menjadi sebaik baik perhiasan sama lebarnya terbuka lubang kehinaan.
Perempuan, simpanlah kata kata di hujung lidahmu……yang kita terpisah membawa liku – liku cerita mengejar waktu usia. Hanya peristiwa menjadi kukuh dalam keikhlasan bahawa kita pernah hidup ‘ bagai senai di sini’.
Sahabat, di sini mujahid ada mujahidah yang berjihad demim islam, akuilah kewujudannya!!!
Peliharalah lidahmu wanita…..agar tiada yang kelu hanya kerana bisikan bayu dari alunan buluh perindu dan ingatlah, bisamu menusuk kalbu….
Adik, jadilah muslimah puteri harapan taruhan perjuangan…..muslimah puteri harapan…
Andainya muslimah itu gagal menjadi isteri yang baik, yang membantu suami sebagai da’i, perlihatkanlah ‘Khatijah’ .
Muslimah, kiranya engkau gagal membentuk diri sendiri sebagai muslimah mujahibah, sedang engkau dalam bi’ah solehah, katakan pada dirimu…..’tidakkah kau malu pada Asiah’.
Kalau ketiadaan suasana jahiliyyah dijadikan alasan kegagalan membentuk peribadi, tanyalah dirimu…… ‘ tidakkah kau kenali Fatimah Az Zahrah’ ?

PUTERI IDAMANKU

Puteri idamanku adalah seorang wanita yang beriman
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap islam
Yang sentiasa dahagakan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar melawan hawa nafsu
Yang sentiasa bersama golongan yang berjuang di jalan Allah

Puteri idamanku adalah wanita yang menjaga tutur katanya
Yang tidak pernah bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak pernah bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh

Puteri idamanku adalah wanita yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarganya
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang bakal mendidik anak-anaknya ilmu duniawi juga ukhrawi
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana baginya dunia adalah mahligai persinggahan sementara menuju akhirat

Puteri idamanku sentiasa bersedia menjadi srikandi islam
Yang hidup dibawah naungan al-quran dan mencontohi akhlak Rabiatul Adawiyah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya daripada berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Puteri idamanku tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena diulit oleh sinar keimanan
Bangun Subuh dengan penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah matang

Puteri idamanku sentiasa mengingati mati
Yang baginya dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan perlu dijaga dan dibaja
Agar kelak berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan islam sebelum hari kemudian

Puteri idamanku adalah wanita
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga nan abadi
Di situlah mahligai kasih idamannya
Dan dia akan membawa daku bersamanya
Dialah PUTERI IDAMANKU……
Moga aku akan dipertemukan dengannya
Insyaallah..

Menjengah kecantikan hakiki

Hati Cantik Serlahkan Penampilan

Pada zahirnya, wanita yang dilahirkan di dunia ini memiliki keinginan yang sama iaitu kelihatan cantik dan bergaya serta tak puas mata – mata memandang. Menurut Encik Rahmat Ismail, Pakar Motivasi, untuk kelihatan cantik, seseorang wanita perlu memiliki kualiti ‘ 7M ‘. Iaitu

Musyarakah – seseorang wanita itu yakin bahawa dirinya memang mempunyai kecantikan tersendiri
Murakabah – mereka menerima dengan insaf dan syukur keadaan diri sendiri
Muhasabah – sentiasa melihat kekurangan diri dan memperbetulkannya
Muakobah – sentiasa mendidik diri agar berusaha menjadi wanita yang sempurna
Muqarrabah – sentiasa mendekatkan diri dengan Allah s.w.t
Mujahadah – berusaha melawan segala bentuk hawa nafsu yang cuba menguasai diri
Muarabah – cuba menghakis segala kejahatan yang ada dalam diri

Dari sini dapat disimpulkan bahawa hati yang bersih berperanan untuk menyerlahkan seri di wajah. Hati yang bersih adalah hakikat diri seseorang yang sebenar – benarnya. Rasulullah pernah bersabda bahawa dalam diri manusia itu ada seketul daging, kalau baik ia maka baiklah semuanya. Tetapi kalau rosak ia maka rosaklah segala – galanya. Kebahagiaan itu bukanlah kerana duit tetapi dari hati. Wajah yang jernih akan terpancar apabila diri menjadi seorang sabar, pemaaf, tenang, penyayang dan banyak berzikir . Sabar ialah suatu kekuata n daya yang mendorong jiwa menunaikan kewajipan dan menghalangi seseorang untuk melakukan kejahatan.
Firman Allah s.w.t ertinya : Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya ( perbuatan ) yang demikian itu termasuk urusan yang diutamakan. Asy Syura : 43
Zikir adalah penerang hati dan bagi orang yang melupakan Tuhannya beerti dia tidak memahami rahsia kehidupan. Selain itu, zikir juga dapat mengingatkan diri kepada Pencipta di samping menimbulkan rasa rendah diri terhadap Nya.
Rasulullah s.a.w dalam hadisnya : “ Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir kepada Tuhannya bagaikan orang yang mati dan orang yang hidup.” HR Bukhari

“ Orang – orang yang beriman dan hati mereka tenteram kerana mengingat Allah. Ingatlah, bahawa dengan meningati Allah itu, hati akan menjadi tenteram. Ar Ra’d : 28

Bagaimana untuk menjadikan hati tenang dan dusenangi orang ialah dengan memperbanyakkan baca Al Quran, amalkan doa – doa penenang hati serta berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada. Al Quran adalah ubat bagi penyakit kegelisahan yang hakiki.

Rasulullah s.a.w bersabda : “ Perumpamaan orang Mukmin yang membaca Al Quran , bagaikan buah limau, harum baunya dan lazat rasanya.” HR Al Khamsah

Sesungguhnya, kekuatan seseorang terletak pada hati dan perasaanya. Duhai wanita sekalian, renungilah diri. Kecantikan luaran yang bersifat sementara itu penting atau kecantikan dalaman yang hakiki itu lebih penting
Muhasabahlah diri…

PESANAN UNTUK ORANG CANTIK

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna. Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat > dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan? Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak > terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN. Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH! Petikan karya Motivasi: Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj (siri:160) ” Orang yang bijaksana membuat lebih banyak kesempatan dpd yang dijumpainya”

BATASAN AURAT WANITA

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna. Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat > dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan? Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak > terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN. Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH! Petikan karya Motivasi: Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj (siri:160) ” Orang yang bijaksana membuat lebih banyak kesempatan dpd yang dijumpainya”

WANITA YANG MENOLAK PERKAHWINAN

Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antara sebabnya ialah kerana memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.
Justeru itu ramai yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan kerjaya masing-masing.
Kami akan menceritakan tentang kerugian yang dialami oleh wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang mempunyai peluang untuk berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang disebutkan di atas tadi.
Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.
Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa sepertimana di barat. Walaupun demikian, pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat. Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak.
Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat.
Ini berdasarkan sabda Rasulullah: “Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.”
Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.
Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah) di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.
Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malahan kedudukan mereka di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.
Sabda Rasulullah saw: “Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.
Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau ia telah berkahwin?” Jawab baginda, “Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).” Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi pahala yang banyak. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami

AINA ZAUJATI?

AINA ZAUJATIY (DI MANA ISTERIKU)?

Aina zaujatiy?
Intan di jiwa, permata di hati,
Penyejuk di mata, seri di sisi.

Aina zaujatiy?
Tak kunjung tiba, makin menanti makin menangisi,
Tak muncul juga, makinlah berseloroh gugur air mata,
Tak hadir juga, makinlah jiwa lentur kekuatan,
Tak ketemu juga, lalu qudrat dimamah duka.

Aina zaujatiy?
Yang bila direnung aku;
Tunduk pandanganmu, malu pekertimu,
Lembut bicaramu, labuh pakaianmu,
Semarak imanmu,
Pesona theqah tinggi mengagung.
Dari kedudukan yang mulia, dari kekayaan yang sederhana,
Dari kejelitaan yang lunak, dari ketaqwaan yang telus.

Aina zaujatiy?
Tamsilan bidadari jannah, srikandi tulang sokongan,
Teman budi dan hati tiap sesaat.
Aku terlanjur lalu, dia pengundurku,
Aku terluka parah, dia pengubatku,
Aku teracun nesta, dia penawarku.
Ya!
Dia segalanya bagiku! Dia cermin diriku!
Dia di dunia dan di akhirat tetap zaujahku!

Tetapi…
Aina zaujatiy?
Yang jelma dalam doa qudusku, yang jelma dalam pengharapanku,
Yang jelma dalam fantasiku, yang jelma dalam rinduku,
Aku tetap menunggumu, aku tetap setia padamu,
Aku tetap cintakanmu.
Walau tak pernah bersua kenalmu, walau tak pernah menatap wajahmu.

Aina zaujatiy?
Dalam munajat kau bertakhta, aku yakin kau milikku,
Caturan Allah azali pada taqdirku, nyata tulang belulangmu asal rusuk kiriku,
Kau di kejauhan aku di sini menunggumu, atau aku di kejauhan kau di sana menungguku,
Taqdir tetap qadarnya, janji tetap pastinya.
Hanya saja keizinan pertemuan, hanya saja keizinan perkenalan,
Hanya saja keizinan keeratan, hanya saja keizinan kecintaan,
Hanya pada keizinan Allah.
Saat itu aku mahu melamarmu,
Buat pelengkap imanku dunia dan akhirat,
Aduhai zaujah yang ku cari-cari tak kunjung, muncul, hadir, ketemu…-

ISTIMEWA UNTUK WANITA

Buat teman-teman yang diingati… Jangan cinta kerana dia lelaki.. kelak kita akan membenci.. jika dia bukan lelaki yang dicari.. hanya pandai menabur janji.. Jangan dirindu pada paras rupa.. kelak kita akan terseksa.. jika dia tidak sebaik rupanya.. senyumnya manis tipu belaka.. Jangan disayang kerana berharta.. kelak kita hidup menderita.. jika hartanya habis dibelanja.. sukarnya hidup miskin dan papa.. Jangan dikasih kerana dipuji.. kelak kita menagih janji.. jika rupa berkedut dimamah hari.. hilang sudah puji memuji.. Jangan dicari seorang kekasih.. kelak kita akan disisih.. jika kasih luntur bersih.. menangislah diri hidup bersedih.. Jangan disambut salam rindu.. kelak kita menahan sendu.. jika rindu tak dapat disatu.. dimanakah akan kita mengadu.. Jangan dilayan seorang teman.. kelak hidup menjadi ancaman.. jika teman tidak beriman.. dibakar api dihari kemudian.. Wahai sahabat wahai teman.. carilah dia kerana tuhan.. untuk menambah ceteknya iman.. bekalan diri hidup berteman.. Wahai sahabat wahai teman.. cintailah dia kerana beriman.. dijadikan tuhan sebagai pasangan.. baik buruk ketentuan tuhan.. Wahai sahabat wahai teman.. terimalah dia penuh keihlasan.. andai buruk anggaplah dugaan.. andai baik pujilah tuhan.. Wahai sahabat wahai teman.. ingatlah akan janji tuhan.. isteri yang baik besar balasan.. suami
PENYABAR ITULAH KEMENANGAN

PERINGATAN UNTUK SAUDARIKU

Saudariku…..Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,
>
>tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai
>
>taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.
>
>Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisa menarik
>
>perhatian sang kumbang untuk mendekatimu namun……
>
>tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang
>
>lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar ,
>
>dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan
>
>warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap
>
>sang kumbang ……. tapi awas duri yang melingkari bisa
>
>membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk
>
>mendekatinya……
>
>
>
>Saudariku…..Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi
>
>setiap mujahidah.Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang
>
>bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah…
>
>Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk ….. ingatlah bahawa
>
>ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada
>
>lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.Sesuatu yang tertutup
>
>itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah
>
>……umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan
>
>permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup …..sudah
>
>pastinya
>
>keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi
>
>daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada
>
>Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan
>
>setiap insan yang bernama Adam……
>
>
>
>Namun …………. ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah
>
>yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang
>
>bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki
>
>sudah
>
>pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada …
>
>
>
>Namun ingatlah saudariku….sesiapa yang inginkan kebaikan maka
>
>Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang
>
>Penting gadisku engkau mesti punyai azam , usaha dan
>
>istiqomah……….
>
>
>
>Saudariku…..Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada
>
>kebanyakan lelaki…Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari
>
>tubuhmu
>
>maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat
>
>membentingimu…Sesungguhnya
>
>nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu ” Tidak ada suatu fitnah
>
>yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap
>
>kaum
>
>lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita”….
>
>
>
>Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah
>
>berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang
>
>lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu…..
>
>Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan
>
>kaum Adam…
>
>
>
>Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah
>
>yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan
>
>mu…..
>
>
>
>Saudariku… Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan
>
>menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai diantara
>
>kamu
>
>yang tewas kerana cinta… Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta
>
>itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan
>
>kerana cinta maruah tergadai.Gejala murtad serta keruntuhan moral
>
>muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta…
>
>
>
>Benarlah sabda Rasulullah SAW “Sesungguhnya cinta itu buta”
>
>cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan
>
>perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta
>
>itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT…
>
>Sebelum kau mendekati cinta , cintailah dirimu terlebih dahulu ,
>
>mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik ,yang berasal
>
>daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses
>
>pembentukan yang direncanakan oleh Allah..
>
>
>
>Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan
>
>terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu…………
>
>
>
>Saudariku… Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap
>
>makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah
>
>dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah
>
>retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti
>
>ia akan bertaut kembali.. Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan
>
>ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah
>
>muslimahmu…..
>
>
>
>Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak
>
>dalam hati orang yang melakukan maksiat.
>
>
>
>Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufii iaitu
>
>Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama :
>
>”Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi
>
>untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal ,
>
>cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal ,
>
>kecewa ,menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta
>
>pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang
>
>kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia
>
>sendiri.
>
>
>
>”ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH, CEPAT
>
>PERKAHWINANNYA,
>
>CEPAT PULA KEHAMILANYA DAN MURAH MAHARNYA.

WANITA ITU CANTIK

Allah berfirman:”Ketika Aku menciptakan seorang wanita, iadiharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Akumembuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.””Aku memberikannya kekuatan dari dalamuntuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakanyang seringkali datang dari anak-anaknya.””Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetaptegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuhkeluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.””Aku memberinya kepekaan untuk mencintaianak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketikaanaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.””Aku memberinya kekuatan untuk mendukungsuaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengantulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.””Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahuibahwa seorang suami yang baik takkan pernahmenyakiti isterinya, tetapi kadang mengujikekuatannya dan ketetapan hatinya untuk beradadisisi suaminya tanpa ragu.””Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untukdititiskan. Ini adalah khusus miliknya untukdigunakan bilapun ia perlukan.””Kecantikan seorang wanita bukanlahdari pakaian yang dikenakannya, susuk yang iatampilkan, atau bagaimana ia menyisirrambutnya.Kecantikan seorang wanita harusdilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,tempat dimana cinta itu ada.”Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali….Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,wanita!kerana, Setiap Wanita itu Cantik..

WANITA YANG DICARI

Perempuan yang dicariCitranya membadai mimpiKekuatan pun ditewaskanOleh senyuman yang menikamDan jelingan yang memanahKehebatan datang dari andaianMenumbuhkan kesilapanDan kekeliruanPerempuan yang diharapkanManis dan mesra katanyaDalam lenggok ada seniBudi terlukis bagai pelangiHati tertawan kelembutanMengalahkan berjuta pemikiranPerempuan yang diperlukanLahirnya dari pentas kayanganMata yang berkilau mencemaskanSebuah rindu pun jatuhKe tasik perasaanPerempuan yang dihajatkanTercipta daripada sebuah keikhlasanTerbentuk daripada sekuntum keimananPada rohnya mengalir nirmalaCuma dirinya tertulis potret KESEDERHANAAN

KELAPA ATAU MUTIARA

Kelapa atau Mutiara> *****************> Apabila kamu berkawan dengan lelaki, Ingatlah ada> dua pilihan terbentang> Yang Pertama.. Kamu jadi seperti kelapa..mudah> diperoleh Diparut.. Diperah..> Dan diambil santannya.. Lepas tu hampasnya> dibuang…> > Yang Kedua.. Kamu menjadi sebutir mutiara.. Berada> di dasar lautan..> Tersimpan rapi.. Dilindungi kulit..Bukan senang nak> melihat.. Apa lagi> mendapatkannya.. hanya orang yang bertuah..> Beruasaha menyelami dasar lautan..Dapat> memperolehnya..Harganya mahal> sekali..Dan ia akan tersimpan selamanya..> > Jadi.. Kamu pilihlah samada hendak menjadi kelapa> ataupun mutiara..> > Di sebalik santan.. menjadi penyedap makanan..> diperah segala kenikmatan..> dengan mudah jatuh menjadi titisan.. akhirnya habis> kari dimakan.. pulut> panggang sisa habis ditelan.. dan santan hilang tak> jadi ingatan.. yang> terasa lazat hanya kari dan pulut panggang.. orang> tak kenang jasa santan..> > Mutiara..tertanam di dasar yang paling dalam..sukar> andai mengharap jadi> perhatian kerana dilapisi kulit yang keras namun> kiranya ditemui insan..> akan menjadi permata hiasan.. terletak tinggi di> cincin idaman.. atau di> leher nan jinjang.. atau di lengan menawan.. makin> lama mutiara tertanam..> makin tinggi nilaian..> > OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..> > Menjadi santan.. mudah jadi perhatian.. tapi hanya> sebentar jadi santapan..> kemudian hilang segala nikmat dan pujian..> > Menjadi mutiara.. sukar ditemukan.. namun bila> dihias indah gadis perawan..> hilang ia..tangisan mengiringi berzaman…

PEREMPUAN

PEREMPUAN ADALAH GAGAH……. ADALAH PEREMPUAN YANG TAHAN MENERIMA SEBUAH KEHILANGAN ADALAH PEREMPUAN YANG TIDAK TAKUT PADA KEMISKINAN ADALAH PEREMPUA YANG TABAH MENANGGUNG KERINDUAN SETELAH DITINGGALKAN ADALAH PEREMPUAN YANG TIDAK MEMINTA MINTA AGAR DIPENUHI SEGALA KEINGINANNYA KEGAGAHAN WANITA TERLETAK PADA TEGUH IMAN SELURUH KEGAGAHAN INI ADA PADA KHADIJAH YANG EHSAN ADALAH JUGA KEGAGAHAN SEMPURNA BAGI SEORANG PEREMPUAN……. KECANTIKKAN LELAKI KECANTIKAN LELAKI BUKAN KEPADA RUPA FIZIKAL, TETAP PADA MURNI ROHANI ADALAH LELAKI YANG MAMPU MENGALIRKAN AIR MATA UNTUK INGATAN ADALAH LELAKI YANG SEDIA MENERIMA SEGALA TEGURAN ADALAH LELAKI YANG MEMBERI MADU,SETELAH MENERIMA RACUN ADALAH LELAKI YANG TENANG DAN LAPANG DADA ADALAH LELAKI YANG BAIK SANGKA DAN, ADALAH LELAKI YANG TAK PERNAH PUTUS ASA. KECANTIKKAN LELAKI BERDIRI DI ATAS KEMULIAAN HATI, SELURUH KECANTIKAN YANG ADA PADA NABI MUHAMMAD YANG UMMIY ADALAH KECANTIKAN YANG SEMPURNA SEORANG
LELAKI

GADISKU

Gadisku, Menyintai ALLAH DAN RASUL MELEBIHI CINTA TERHADAP MAKHLUK ADALAH CINTA YG HAKIKI DAN ABADI seindah hiasan adalah wanita solehah.Marilah sama-sama kita hayati sajak ini sesuai untuk diri kita yg bergelar gadis.. Hayatilah jika benar-benar kita hayati sajak ini, kita boleh menjatuhkan air mata dan dapat dijadikan peringatan buat kita.Gadisku, Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bias menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun… tidak semua bunga senang didekati sang kumbang lantaran duri yg memagari diri, umpama mawar merah, dari jauh sudah terhidu keharumannya. Penahan warnanya yang terselah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya. Gadisku, Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan MALU YG BERTUNJANGKAN KEIMANAN DAN KEINDAHAN TAKWA KEPADA ALLAH… HIASILAH WAJAHMU dengan titisan wuduk. INGATlAH CIRI-CIRI SEORANG WANITA SOLEHAH IALAH DIA TIDAK MELIHAT LELAKI DAN LELAKI TIDAK MELIHAT KEPADANYA. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah, umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan suatu permata yang diletakkan dalam bekas tertutup. Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihat sesuatau yg tersembunyi, melebihi sesuatu yang terdedah. WANITA SOLEHAH yang patuh dan taat kepada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yg bernama Adam. Namun segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yg tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu. Lebih-lebih lagi dengan title gadis yang engkau miliki, sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada. Namun ingatlah gadisku… sesiapa yang inginkan kebaikan, maka Allah akan memudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu. Yang penting gadisku engkau miliki azam, usaha, dan istiqamah.. Gadisku, Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya PAKAIAN MALUMU KAU TANGGALKAN DARI TUBUHMU, maka sudah tidak ada perisai yang dapat membetengimu. Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu, “Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar, yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari kaum wanita.”Oleh itu gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan al-Quran dan As-Sunah. Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mengangkat martabatmu setaraf kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bakal menggocang dunia dengan sentuhan lembut tanganmu. Gadisku, Dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi,Itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yang tewas kerana CINTA…. bercinta tidak salah, tetapi memuja cinta itu salah. Ini adalah kerana, KERANA CINTA MANUSIA SANGGUP MENJUAL AGAMA DAN KERANA CINTA MARUAH TERGADAI. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasulullah S.a.w membawa maksud,”Sesungguhnya cinta itu buta”Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil, jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana ALLAH s.w.t. Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Cintailah dirimu yang unik itu dgn mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik. Asal kejadian dari setittis air yang tidak berharga, lalu mengalami proses pembetukan yang sempurna hasil rencana ALLAH. Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap ALLAH dan dengan itu, akan timbul CINTA DAN KASIHMU TERHADAP PENCIPTAMU..

RAMBUT YANG CANTIK, MADU DAN SEHELAI RAMBUT

Rasulullah S.A.W. dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a., Uthman r.a., dan Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fathimah r.ha., puteri Rasulullah S.A.W. menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan didalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah S.A.W. kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut). Abu Bakar r.a. berkata, “iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut”. Umar r.a. berkata, “kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”. Uthman r.a. berkata, “ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”. Ali r.a. berkata, “tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”. Fatimah r.ha.berkata, “seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut”. Rasulullah S.A.W. berkata, “seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”. Malaikat Jibril A.S. berkata, “menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut”. Allah S.W.T. berfirman, ” Syurga-KU itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-KU itu lebih manis dari madu dan jalan menuju syurga-KU adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut..

MUJAHIDAH IMPIAN

TUHANdengan penuh syahdu Maryam merayu, pada tuhannya yg Satu, pohon agar dikurniakan, kebahagiaan dan ketenangan,lantaran kelahiran Isa al-Masih, masih menjadi tanda tanya. ah… apa aku peduli anak ini lahir antara aku dan dia kalau perlu aku besarkan kalau tidak,biarlah ia mati …dengan penuh angkuh Mariam pada zaman ini bersuara terus ingkar pada Tuhannya. dan apabila diperintahkan menutup aurat maka keluarlah wanita-wanita arab bagai gagak memenuhi padang pasir dengan penuh bangga Aishah bercerita tentang wanita dizaman Baginda akhlak dijaga maruah dipelihara. dan apabila menjelang malam yg pekat kelihatan kupu-kupu malam aneka warna merah,biru,kuning dengan sayu seorang tua bercerita tentang gadis zaman ini hilang malunya ternoda dengan satu nafsu dunia. maafkan aku wahai suamiku demikian Saiditina Fatimah merayu pada Saidina Ali suami nya bila menyedari diri menyakiti suami berkali-kali dia merayu sehingga 72 kali mengelilingi suami akhirnya Saidina Ali tersenyum kembali lantas terbuka semua 7 pintu syurga kesemua penuh nikmat selamanya. maafkan aku wahai isteriku demikian Ali moden melayu pada Fatimah di zaman ini bila menyedari diri tidak mampu memberi kemewahan kereta, rumah besar, intan berlian akhirnya si isteri terus terleka lantas terbuka 7 pintu neraka pilihlah yg mana satu wahai isteri durhaka! “mengapa saudara mengikuti daku?” tanya seorang gadis pada Hassan al-Basri yang mengekori “aku tertawan pada matamu” tidak lama kemudian keluar seorang ibu tua bersama sepasang mata didalam dulang keimanan terpegun Hassan penyesalan tiada gunanya “marilah ke rumahku” demikian pelawa seorang gadis pada teruna di zaman ini penuh bangga dengan dosa maksiat bukan lagi hina bahkan dilaung dimana-mana demikian kisah maryam, Aishah, Fatimah dan gadis solehah bersama wanita dizaman ini apakah perjuangan mereka akan terkubur begitu sahaja menjadi cerita yang hanya dibaca tanpa rasa apa-apa menjadi nostalgia di mana-mana semoga kisah mereka menjadi panduan sampai bila-bila untuk diteliti dan diteladani

PETUA WANITA UNTUK LEBIH CANTIK

Anda ingin lebih cantik dan menarik?….1.Oleskan ‘lipstik kejujuran’ pada bibiranda nescaya,anda lebih manis.2.Gunakanlah..’pemerah pipi’ anda dgnkosmetik yg terhasil dr rasa malu ygdibuat dr salun keimanan.3.Pakailah ‘sabun istigfar’ ..ygmenghilangkan semua dosa dankesalahan yg anda lakukan.4.Rawatlah rambut andadgn..’selendang Islami’ yg akanmenghilangkan kelemumur pandangan lelaki yg membahayakan.5.Hiasilah kedua tangan andadgn ‘gelang tawadhuk’..dan jari-jarianda dengan cincin ukhwah.6.Sebaik-baiknya kalung anda dgnkalung ‘kesucian’.7.Bedaklah wajah anda dgn ‘airwudhuk’…nescaya akan bercahayadiakhirat.*Anda akan tampil ayu bertudung

KEGAGAHAN WANITA

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Ciri-ciri Perempuan yang gagah : 1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan 2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan 3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan 4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Sayidah Khadijah R.A adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan. Sabda Rasulullah S.A.W:- ” Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” Surah Al-Ahzab: Ayat 71 ” Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.

WASIAT RASULULLAH SAW

SAIYIDATUNA ‘Aisyah r.a meriwayatkan : Bahawa Rasulullah s.a.w(mafhumnya), “Hai ‘Aisyah, aku berwasiat kepada engkau. Hendaklah engkau senantiasa mengingati wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan senantiasa di dalam kebajikan selama engkau mengingati wasiatku ini”. Intisari wasiat Rasulullah s.a.w tersebut dirumuskan seperti berikut: Hai, Aisyah, peliharakanlah diri engkau.Ketahuilah bahawa sebahagian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka. Antara sebab-sebabnya ialah kerana mereka itu : (a) tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan (kesusahan) – apabila dibalakan tidak bersabar; (b) tidak memuji Allah Taala di atas kemurahan-Nya (mensyukuri nikmat); (c) mengkufurkan nikmat; (d) membanyakkan kata-kata yang sia-sia; Wahai, Aisyah, ketahuilah : (a) bahawa wanita yang menidak-nidakkan kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya akan digugurkan oleh Allah Taala amalannya; (b) bahawa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya tujuh puluh hasta dan dibelitkan di tengkuknya; (c) bahawa isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya), Allah akan menghapuskan muka dan tubuhnya pada hari kiamat; (d) bahawa isteri yang tidak memenuhi kemahuan suami- nya (yang harus / halal) di tempat tidur atau menyusahkan urusan ini atau mengkhiananti suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka; (e) bahawa wanita yang mengerjakan sembahyang dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan sembahyangnya; (f) bahawa wanita yang dikenakan bala ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau mencarik-carikkan pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan isteri nabi Nuh dan isteri nabi Lut dan tiada harapan mendapat kebajikan syufaat daripada sesiapa pun; (g) bahawa wanita yang berzina akan diderakan di di hadapan segala makhluk di hadapan neraka pada hari kiamat – tiap-tiap perbuatan zina dengan delapan puluh cemeti daripada api; (h) bahawa isteri yang mengandung itu adalah baginya pahla seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamul-lail pada malamnya serta pahala berjuang fi sabilillah; (i) bahawa isteri yang bersalin, bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritainya diganjari pahala memerdekakan seorang sahaya. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya; (j) bahawa wanita apabila bersuami dan bersabar daripada menyakiti suaminya, maka samalah dengan titik-titik darah dalam perjuangan fisabilillah. Dialah antara wanita-wanita yang qanitat (banyak beribadat kepada Allah.) Wallahu a’lam

DOA SEORANG WANITA

Assalamualaikum, khas buat para isteri dan yang bakal bergelar isteri..semoga doa ini dapat mengubat hati anda semua dalam melayari alam rumahtangga yg ada 1001 mcm rintangan. Hanya pada Allah tempat kita mengadu… Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya Tetapi Ya Allah Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya Sekiranya suami ku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena Ya Allah Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu Ya Allah sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu Aku buta tanpa bimbinganMu Aku cacat tanpa hidayahMu Aku hina tanpa RahmatMu Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaanMu Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yg kerap keliru Kerana aku leka dengan keindahan duniamu Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu Ya Allah Ya Tuhanku… Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati Isteri yang dikasihi Isteri yang solehah Isteri yang sentiasa dihati Amin, amin Ya Rabbal Allamin

MUSLIMAT SOLEHAH

MUSLIMAH SOLEHAH… punca budi mulia peribadi sesuci embun hati MUSLIMAH SOLEHAH.. hatinya kecil , semangatnya luhur kurang berbicara , penuh makna MUSLIMAH SOLEHAH.. perisainya takwa cermin dirinya keimanan dingin subuh pembangkit semangat MUSLIMAH SOLEHAH… ibu mithali penyemai benih keimanan mencorak kertas putih dgn warna keimanan MUSLIMAH SOLEHAH… punt air mata kasih berlinangan gugur kebumi kasih suci , cinta setia MUSLIMAH SOLEHAH… kekasihku isteriku aku mengagumi muslimah..

RENUNGKANLAH

Duhai muslimah…Dengarlah keagungan kalimah al-Quran,Relakanlah ajaran Muhammad s.a.w. menyusup masuk ke lubuk hatimu,Keindahannya akan tersembunyi dalam fikiranmu,Akan bertambah seri diwajahmu,Umpama bunga mawar yang indah mekar,Meninggalkan pewanginya walau kelopaknya sudah layu.

Duhai muslimah…Dalam usia remaja, apb mata-mata pria memandangmutajam,Naluri wanitamu akan menyerlah maksud kerlinganmereka,Kawallah dirimu dgn melabuhkan jilbabmu,Hindari bisikan syaitan luar dan dalam diri,Moga tuhan bersamamu.

Duhai muslimah…Simpan dan peliharalah dirimu,Jangan kau dedahkan pada yg bukan hak,Jangan kau biarkan kegebuan kulitmu menyentuhkebatilan,Jangan kau biarkan tubuhmu dijilat api syahwat luarsana,Jangan kau biarkan kemerduan suaramu membuai lenaansyaitan,Jadikanlah ketegasan dan kesopanan perisai diri.

Duhai muslimah…Wanita beriman dan bertaqwa menjadi matlamatmu,Biasakan tanganmu mencari pekerjaan dirumah,Tidak suka merayau sia-sia dijalanan,Tunduk dan patuh adalah cahaya hidupmu,Rumahmu menjadi taman keselamatan dan kegembiraan,Malammu bersujud mengadap tuhan Yang Maha Esa,Bangun pagimu awal bagi menyahut tugasmu,Kebajikan keluarga dan tuntutan ummah menjadi agendaumatmu.

Duhai muslimah…Kupaparkan puisi ini sebagai suntikan semangat buatmu,Agar kita menjadi muslimah sejati,Yang menjadikan pandangan Allah lebih utama daripada pandangan manusia,Yang menjadikan solat dan sabar perisai kehidupan,Berbahagialah dirimu wahai muslimah,Jika kamu orang yang beriman.Sabarlah menahan keperitan dan kesusahan hidup,Semoga kita digolongkan dalam ummat yang bangkit bersama.

STRESS!!!!!

STRESS!!!!

Stress atau tekanan seringkali diperkatakan oleh golongan remaja mahupun dewasa. Ia berpunca dari tekanan ditempat kerja, peperiksaan, kecewa dan masalah – masalah yang menimpa diri. Namun, tahukah kita bahawa stress juga timbul disebabkan kelemahan hati, roh dan nafsu. STRESS!!!!

Stress atau tekanan seringkali diperkatakan oleh golongan remaja mahupun dewasa. Ia berpunca dari tekanan ditempat kerja, peperiksaan, kecewa dan masalah – masalah yang menimpa diri. Namun, tahukah kita bahawa stress juga timbul disebabkan kelemahan hati, roh dan nafsu.

Stress .Tahukah kita bahawa stress juga dipengaruhi oleh pemakanan. Makanan seperti organ dalaman iaitu hati, limpa, dan ikan sungai yang sumber makanannya dari benda yang kotor perlu dielakkan. Ini akan menyebabkan mudahnya berlaku stress.

Di dalam surah al – Baqarah ayat 55, Allah berfirman :

“ Demi sesungguhnya ! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut ( kepada musuh ) dan ( dengan merasai ) kelaparan, dan (dengan berlakunya ) kekurangandari harta benda dan jiwa serta tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang – orang yang sabar.”

Ayat ini mengingatkan kita bahawa kehidupan sebagai seorang hamba Allah tidak akan sunyi dari ujian dan kesusahan. Sekiranya tekanan ini tidak dihadapi dengan positif, ia akan memberi kesan yang buruk kepada diri individu sehingga menganggu emosi.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi stress ialah mentadabbur al – Quran iaitu memahami dan mendalami dan menghayati isi kandungannya akan dapat menenangkan fikiran dan mententeramkan jiwa. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Yunus ayat 57 yang bermaksud :

“ Wahai umat manusia ! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al – Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit – penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang – orang yang beriman.”

Tafakkur iaitu merenung dan memikir secara mendalam mengenai sesuatu, yang boleh dimulakan dengan berfikir tentang diri sendiri – tentang nikmat yang telah dikurniakan Nya dari segi kesihatan dan kesempurnaan diri. Dengan cara ini akan dapat mendatangkan ketenangan dan rasa syukur yang tidak terhingga dalam diri.
Demikian juga dengan amalan bersedekah, ia salah satu cara yang dapat mententeramkan jiwa di samping memuliakan anak yatim dengan mengusap kepala mereka. Seperti yang kita sedia maklum, harta sering menimbulkan rasa tidak tenang dalam jiwa. Ini kerana orang yang kikir disempitkan Allah hatinya dan akhlaknya.

Stress .Tahukah kita bahawa stress juga dipengaruhi oleh pemakanan. Makanan seperti organ dalaman iaitu hati, limpa, dan ikan sungai yang sumber makanannya dari benda yang kotor perlu dielakkan. Ini akan menyebabkan mudahnya berlaku stress.

Di dalam surah al – Baqarah ayat 55, Allah berfirman :

“ Demi sesungguhnya ! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut ( kepada musuh ) dan ( dengan merasai ) kelaparan, dan (dengan berlakunya ) kekurangandari harta benda dan jiwa serta tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang – orang yang sabar.”

Ayat ini mengingatkan kita bahawa kehidupan sebagai seorang hamba Allah tidak akan sunyi dari ujian dan kesusahan. Sekiranya tekanan ini tidak dihadapi dengan positif, ia akan memberi kesan yang buruk kepada diri individu sehingga menganggu emosi.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi stress ialah mentadabbur al – Quran iaitu memahami dan mendalami dan menghayati isi kandungannya akan dapat menenangkan fikiran dan mententeramkan jiwa. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Yunus ayat 57 yang bermaksud :

“ Wahai umat manusia ! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al – Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit – penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang – orang yang beriman.”

Tafakkur iaitu merenung dan memikir secara mendalam mengenai sesuatu, yang boleh dimulakan dengan berfikir tentang diri sendiri – tentang nikmat yang telah dikurniakan Nya dari segi kesihatan dan kesempurnaan diri. Dengan cara ini akan dapat mendatangkan ketenangan dan rasa syukur yang tidak terhingga dalam diri.
Demikian juga dengan amalan bersedekah, ia salah satu cara yang dapat mententeramkan jiwa di samping memuliakan anak yatim dengan mengusap kepala mereka. Seperti yang kita sedia maklum, harta sering menimbulkan rasa tidak tenang dalam jiwa. Ini kerana orang yang kikir disempitkan Allah hatinya dan akhlaknya.

TENSION?

Sebagai makhluk ciptaan Tuhan, kita tidak mampu untuk meolak segala ketentuan Tuhan. Oleh itu, persediaan awal perlu dipersiapkan bagi menghilangkan tension ketika berdepan dengan pelbagai bentuk nasib ‘ malang ‘ yang menimpa diri. Antaranya ialah :

Mengenali diri sebagai hamba yang sangat lemah. Sedari bahawa Tuhanlah yang memberi kita daya usaha, fikiran dan perasaan. Apabila ditimpakan kesusahan, inilah peluang yang diberikan kepada kita untuk menyedari bahawa kita insane biasa yang tidak mempunyai kuasa. Tuhan menyedarkan kita ketika kita alpa dengan kemewahan yang diuji kepada kita.

Setiap takdir yang ditetapkan ke atas kita mempunyai hikmah dan pengajaran yang tersirat di sebaliknya. Antaranya adalah :
Kalau Tuhan menguji kita dengan kesakitan, yakinlah bahawa Dia hendak menghapuskan dosa kita, Dia mahu kita insaf di atas kelemahan diri, Dia mahu kita rasai penderitaan orang lain agar kita lebih prihatin dan simpati. Di samping itu, Dia juga mahu kita bergantung dan berharap kepada Nya
Adakalanya Tuhan mendidik hambanya dengan kemiskinan. Apabila seorang hamba sabar dengan kemiskinan yang menimpa dirinya, terdapat ganjaran pahala untuknya. Dia mahu kita meneliti balik segala tindak tanduk kita, apakah kita sudah melakukan kesilapan yang menyebabkan Tuhan tidak membantu. Seseorang hamba itu diuji dengan pelbagai cara untuk mengangkat darjatnya. Sekiranya, seseorang hamba itu kurang dari segi imannya, Dia akan menguji dengan musibah. Apabila hamba itu sabar dan redha dengan ujian tersebut, Allah akan mengangkat darjatnya.
Apabila kita dihina, mungkin Tuhan mahu kita bertaubat kerana pernah menzalimi atau menghina orang lain. Dia mahu kita ungkai rasa sombong yang bersarang di hati.
Apabila berepan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit – penyakit hati seperti sombong, pemarah dan lain – lain lagi. Penyakit – penyakit inilah yang membutakan kita tension. Apabila dalam situasi ini, barulah kita mengenali diri kita yang sebenar. Jika sebelum ini, nampak lemah lembut dan penyabar, apabila tension kita boleh bertindak di luar kawalan. Setiap sesuatu yang menimpa diri, adalah untuk kebaikan diri kita. Dia mahu mendidik hambanya agar kembali kepada Nya sebagai hamba yang diredhai Nya dan terselamat dari kemurkaan Nya

Sebagai manusia, kita hendaklah menerima takdir Tuhan secara positif supaya hati kita akan tenang. Sebaliknya, kalau kita menerimanya secara negative, hati kita akan tertekan dan tension.

Lantaran itu, terimalah takdir Tuhan dengan sebaiknya. Anggaplah setiap takdir itu sebagai didikan terus dari Tuhan dengan penuh kasih saying. Dengan sikap begini, hati tidak akan tension, kita dapat menambah rasa kehambaan serta dapat pula mengungkai sifat mazmumah yang terdapat dalam diri dengan lebih cepat

SKETSA

Sabda Rasulullah s.a.w :
Syurga dikelilingi dengan
Perkara yang tidak menarik
Manakala neraka dikelilingi
Dengan keinginan nafsu .

– Muslim dan Ahmad Tetapi di dalam syurga
memang indah dan menarik
Cuma jalan ke syurga yang lurus
Bagaikan lebuh raya.
Ramai pengguna sering alpa
Lalu terbabas di jalanan
Namun, mereka yang berhati- hati
Akan selamat ke destinasi abadi.

Neraka walaupun dipagari indah
Tetapi didalamnya menyeksakan
Kerana jalan ke sana
Bengkang bengkok
Berdasarkan firman Allah : “ Inilah jalan – Ku yang lurus,”
Selain jalan- Nya tentu sebaliknya
Bagaikan jalan persekutuan
Sibuk dan sempit
Maka ramai orang yang terbabas
Tercetus kemalangan jiwa
Lalu pengguna menderita
Sakit dan kecewa.

ENGKAU INGIN BERJUANG

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujianEngkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang,Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang,
Tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang,
Menjadi pengikut agak segan
Engkau ingin berjuang,
Tolak ansur engkau tidak amalkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup menerima cabaran
Engkau ingin berjuang,
Kesihatan dan kerehatan,
Tidak sanggup engkau korbankan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan,
Engkau ingin berjuang,
Masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang,
Karenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang,
Rumahtangga lintang-pukang
Engkau ingin berjuang,
Diri engkau tidak engkau tingkatkan
Engkau ingin berjuang,
Disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang,
Kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang,
Tetamu engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,A
nak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang,
Ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang,
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan
Engkau ingin berjuang,
Pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang,
Rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Iman dan taqwa engkau lupakan
Ya sebenarnya apa yangEngkau hendak perjuangkan.

ANUGERAH TUHAN

Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yangwangi… Begitulah orang yang cantik jarang berbudi..”Apabila seseorang dipuji dengan kata-kata, “Awak nicantiklah/hensemlah”, maka akan menguntumlah sebutirsenyuman dibibirnya dan berbungalahhatinya.Tersipu-sipulah ia. Ah… siapa yang tidakseronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulahresam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinyamiskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkalaberhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.Orangyang cantik selalu ditimpa ‘perasan’ kerana sedardirinya punya kelebihan. Kata orang, orang cantikbanyak mahunya. Diri rasa bangga,seisi dunia mahudigenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggupmenjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yangrela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senangdidek! at dan ditangkap lari.Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengankecantikannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Sisuami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dankarenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akankecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasarkecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yangdicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya,alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawanakan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidaktercapai, mengugut,merajuk hendak balik kampung atauminta cerai.Alangkah indahnya jika si isteri tadi,kecantikannya digunakan untukmeniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang sama adacantik atau tidak adalah pada akhlaknya.Orang yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi,contohnya isteri yang cantik yang derhaka pada suamiadalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnyatiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapiberakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencarikeredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapiharumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bungacempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan sibunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibaratgadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Kononnanti ada yang berkenan tetapi tidaksedar diri jadi mainan.Orang yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akanmeyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidakcantik tidak pula harum dan wangi.Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untukmerebut kasih sayang manusia.Tetapi marilahberlumba-lumba untuk menjadi insan yang bertaqwa danberakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah sertamakhluk-makhlukNya.Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmatkecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takutluput kurniaan itu dari dirinya.Bukan jua kerana adayang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingikejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitungpahala-pahala yang tinggal akibat pujian & sanjunganmanusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurangneraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkangunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yangdijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikanitu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hinaterdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajahcantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akantiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di lianglahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglahmanusia dengan kematian. Apakahbaru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islamitulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggupberjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita dakianak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusiadari setitis mani yang hina.Sehina itulah pula diriwanita. Kenangilah nasib diri di haripenghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apadigunakan.Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruhpenjuru alam.Di mana saja mata menjurus di sana adatanda keagungan Tuhan.Dongakkan kepala ke langit biru,tundukkan wajah ke bumi yang hijau.Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan danbintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang,gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuaikeindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandungpengajaran:”Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlahdatangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan makahanya padaNyalah kamu meminta pertolongan.”An-Nahl: 53Wallahu a’lam…Semoga kita sentiasa dibimbingNya dalam bermujahadahmenjadi yang terbaik

SIAPAKAH KITA

Siapa …?Renungan buat semua………..Siapakah orang yang sibuk?Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktusolatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan NabiSulaiman a.s.Siapakah orang yang manis senyumanya?Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpamusibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambilberkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukirsenyuman.Siapakah orang yang kaya?Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dantidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.Siapakah orang yang miskin?Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang adasentiasa menumpuk-numpukkan harta.Siapakah orang yang rugi?Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namunmasih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.Siapakah orang yang paling cantik?Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang matimembawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujanamata memandang.Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidakmembawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.Siapakah orang yang mempunyai akal?Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurgakelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindarisiksa neraka.Siapakah org yg KEDEKUT ?Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitusahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain

KISAH SEEKOR ANAK IKAN

Ceritanya mengisahkan seekor anak ikan dan ibunya yang sedangberenang-renang di lautan dalam. Ibu ikan sedang mengajar anakkesayangannya akan erti kehidupan dan realiti yang mereka hadapi.Anak ikan ini bertanya, “Apa banyakkah perkara yang anakanda tidakketahui wahai ibu?”.Ibu ikan ini pun berkata, “Duhai anakku yang ku kasihi, sesungguhnyaterdapat suatu perkara yang amat penting yang ibu inginsampaikan…ajaran ini telah disampaikan oleh pendita-pendita ikan yangterulung sejak zaman berzaman, telah disebarkan kepada seluruh wargaalam air ini dan ibu harap anakanda juga ambil berat apa yang ingin ibukatakan….Suatu hari nanti, anakanda akan beruji dengan godaan-godaanyang mengelirukan akal… akan anakanda jumpa cacing yang sungguh enaksedang dicucuk oleh mata kail dan diikat pada tali yang tidak nampakoleh mata kasar. Cacing itu kelihatan sungguh mengiurkan, sungguh lazatsehinggakan anakanda tidak terfikir akan apapun kecuali utk menikmatijuadah yang enak itu… tetapi anakanda kena ingat itu hanyalah muslihatmanusia, mengumpan anakanda ke alam lain yang penuh sengsara.””Alam apa itu ibu?””Jika anakanda terjerumus ke perangkap manusia itu.. leher anakanda akandisentap oleh besi yang bercangkuk tajam dan akananda akan merasakesakitan di mulut anakanda. Kemudian, mereka akan tarik anakanda kearah sesuatu yang menyilau pandangan sehingga anakanda rasa anakandaakan buta… anakanda akan di campak umpama sampah di perut perahumereka dan anakanda akan berasa sesak kerana anakanda bukan lagidikelilingi oleh air tetapi udara…Kemudian mereka akan membawaanakanda ke pasar, mereka letakkan harga..ada manusia yang datang danmencocok-cocok badan anakanda sebelum ada yang membawa anakanda ke rumahmereka. Siksaan mereka belum selesai…manusia itu akan mengelar- ngelaranakanda, menghiris daging dan meletakkan garam dan .. pedihnya ibu takdapat bayangkan dan ceritakan..”, sambil si ibu tunduk sayu danketakutan.”Setelah dikelar-kelar… anakanda akan melihat minyak yang panasmengelegak, sehingga percikannya bisa meleburkan kulit anakanda yanghalus itu… manusia kemudiannya akan menurunkan anakanda ke dalamminyak yang panas itu sehingga segala daging dan kulit anakanda melecurdan bertukar warna… Akhirnya.. anakanda akan dilapah, dimamah dandikunyah oleh gigi-gigi manusia yang tidak mengenal erti belas kasihanitu… Semua siksaan itu berpunca dari godaan yang sedikit… ibuberpesan agar anakanda ingat dan berhati-hati di laut lepas tu…”Si anak..hanya mengangguk-anggukkan kepalanya… dalam hatinya masihtidak yakin..kerana belum pernah ketemu cacing yang sebegitu…Suatu hari.. setelah di anak ini remaja..dan bersiar-siar dengankawan-kawannya.. mereka terlihat seekor cacing yang amat besar, tampaklazat berseri-seri… semua ikan-kan itu telah mendengar cerita dariorang tua masing-masing.. cuma baru sekarang melihatnya dengan matakasar sendiri.. masing- masing menolak satu sama lain.. danmencabar-cabar agar pergi menjamah juadah itu.. akhirnya si anak yangtidak yakin dengan ceritaibunya tadi berkata,” Ahhhh…masakan benar kata-kata ibuku…. makanan selazat ini tidakakan mendatangkan apa-apa kecuali kenyang perutku. Ini habuanku….”,terlintas nafsu yang dtg menggoda… lalu.. setelah si anak itumengangakan mulutnya luas-luas dan dengan rakusnya membaham cacingitu… mulut dan tekaknya terasa kesakitan yang amat sangat…setelahpuas cuba melepaskan diri.. si anak tadi berasa kesal dan sedih dlmdirinya.. kerana dia tahu…apa yang ibu katakan memang benar…cumasegalanya sudah terlambat..hanya kerana nafsu.—>>> kesian ikan itu

WASIAT 4 KHALIFAH

Keempat-empat khalifah yang terkenal itu telah meninggalkan wasiat yang sangat berharga untuk kita semua. Marilah sama-sama kita manfaatkan wasiat yang amat berharga dan seterusnya jadikanlah ia sebagai amalan harian kita. Syd. Abu Bakar ra. Berkata : Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu: Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim. Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk ke! jahatan pula. Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna. Syd. Umar Al Khattab Rha. berkata : Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata : Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: Hatinya selalu berniat suci Lidahnya selalu basah dengan zikrullah Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa) Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata : Tiada soWasiat 4 Khalifah Keempat-empat khalifah yang terkenal itu telah meninggalkan wasiat yang sangat berharga untuk kita semua. Marilah sama-sama kita manfaatkan wasiat yang amat berharga dan seterusnya jadikanlah ia sebagai amalan harian kita. Syd. Abu Bakar ra. Berkata : Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu: Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim. Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk ke! jahatan pula. Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna. Syd. Umar Al Khattab Rha. berkata : Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata : Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: Hatinya selalu berniat suci Lidahnya selalu basah dengan zikrullah Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa) Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata : Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pangajaran daripadanya. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa). Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ” Sekian buat renungan bersama. lat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pangajaran daripadanya. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa). Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak sedangkan orang

SENYUM

SENYUM adalah bahasa dunia.Ia menunjukkan keceriaan.
SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkanperhiasan lahir yang tidak sempurna.
Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah kita SENYUM.
SENYUM adalah jalan pintas bagi menyatakan anda menyukai seseorang.
“SENYUM” yang kamu berikan apabila berhadapan dengan sahabatmu adalahsatu sedekah.
SENYUM adalah jambatan persahabatan.
SENYUM adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak akan merugikan.
Di Moscow, Rusia, ada sekolah yang mengajar untuk SENYUM.
SENYUM harus ada ketululusan.
SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan, sama saja dengankening yang berkerut.
Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya menggerakkan 15 ototmanakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka.Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja 40 otot.Bayangkanlah !!!
“SENYUM” juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia.Kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan.
Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita.
Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya, sekaligus ia akanmemberi tanggapan yang baik kepada diri kita. Lantas …. kenapa kitatidak muliakan ? Muliakan dengan diri kita.
SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini.Insya-Allah dia akan membalas SENYUMan anda itu.
Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan…….. WillianShakespere mengatakan : “Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat diperolehidengan SENYUM daripada memotong dengan pedang”
Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah.Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.
Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah.Bukankah ketawa yang sopan itu sehat.
Pujangga menyebut : “SENYUMan itu kelopak.Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnyaSiapa-siapa yang datang kepada-Ku, akan Kujemput ia dari kejauhan Siapa-siapa yang berpaling dari-Ku, maka Aku akan memanggilnya dari kejauhan Siapa-siapa yang meninggalkan sesuatu demi Aku, Aku berikan padanya, lebih dari cukup Siapa-siapa yang menginginkan keridhaan-Ku, Aku pun akan menginginkan apa-apa yang dingininya Siapa-siapa yang bertindak dengan mengandalkan kekuatan-Ku, maka akan Kulunakkan besi baginya Orang yang mengerjakan maksiat, tidak akan Kubuat mereka berputus asa dari rahmat-Ku Jika mereka bertaubat kepada-Ku, maka Aku akan menjadi kekasih mereka, sebab Aku mencintai orang yang bertaubat dan mensucikan diri Jika mereka tidak bertaubat kepadaku, maka Aku akan menjadi tabib bagi mereka, Aku berikan cobaan untuk membersihkan mereka dari berbagai aib Dan siapa-siapa yang lebih mementingkanKu dari selain-Ku, maka Aku akan lebih mementingkannya dari orang lain Satu kebaikan di sisi-Ku adalah senilai sepuluh kali lipat yang sepertinya, hingga tujuh ratus kali lipat, hingga kelipatan yang sangat banyak Sedangkan kejahatan di sisi-Ku, adalah bernilai satu Maka jika ia telah menyesal dan memohon ampun, Aku pun mengampuninya Aku mensyukuri amal kebaikan yang sedikit, dan mengampuni banyak kesalahan-kesalahan Kasih sayang-Ku mendahului murka-Ku Sifat penyantun-Ku mendahului keputusan-Ku menjatuhkan sanksi Pemberian maaf-Ku lebih mendahului siksa-KU Aku lebih pengasih kepada hamba-hamba-Ku, daripada kasih sayang ibu kepada anaknya… ” (hadist qudsi dari buku “Menggapai Manisnya Iman-Butir ma’rifatuLlah Ibnul Qayyim Al-jauziyah” oleh Syaikh Shaleh Syadi – tidak disebutkan perawinya ) Wassalamu’alaikum

~ oleh ANUAR AHMAD di Februari 23, 2009.

5 Respons to “HIMPUNAN KISAH CINTA DAN MUSLIMAH”

  1. assalamualaikum
    ana nak tahu apa maksud aina zaujaty?
    sajak ni ada kaitan dengan hidup saudara?

    • semoga kita mendapat sebaikbaik pasangan yang telah dijanjikan oleh Allah didalam surah Annur. lelaki yang baik hanya layak ddengan wanita yang baik, waniata yang baik hanya layak dengan lelaki yang baik. lelaki yang jahat hanya layak dengan wanita yang jahat, wanita yang jahat hanya layak dengan lelaki yang jahat.

      ‘Ya Allah.. anugerahkanlah kepada kami daripada pasangan hidup dan zuriat-zuriat sebaik-baik pandangan matahati, dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa’.

      • KU CARI KASIH ABADI DARI KEKASIH SEJATI…….

        sangat menarik cerita ini…
        kenapa si putera mengundur diri?
        disebalik pengunduran si putera telah memberi hikmah yang mendalam dalam diri ‘aku’ n jua si putera…
        mungkinkah si putera juga sangat bersyukur dipertemukan dengan ‘aku’ kerana mungkin hidupnya semakin dekat dengan Penciptanya..
        disaat berdiskusi melalui kata2 nasihat, si putera juga mungkin sedar dari lamunan dan kecetekan agama n mungkin kini si putera cuba mengubah imej dan tingkahlaku keperibadian diri…

  2. nice article on “kucari kasih abadi..”keep on blogging

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: