MASA DEPAN DI TANGAN ISLAM… KENAPA DAN BAGAIMANA..?

Islam adalah manhaj hidup syumul

  • Tasawwur i’tiqadi – jelaskan tabiat alam/ kedudukan manusia / tentukan matlamat kewujudan manusia. Sistem dalam hidup manusia – lahir dari i’tiqad tadi (akhlak, politik, sosial, ekonomi, antara bangsa dll)
  • Kerana itu – masa depan di tangan Islam – kerana ia syamilah, mutakamilah, mulabbiyah keperluan dan fitrah manusia serta muhaimanah.
  • Islam bukan dalam hati tersorok dari realiti hidup manusia, bukan syiar2 ibadah, bukan jalan untuk kebahagian akhirat semata (tetapi kemudiannya perlu manhaj lain untuk bahagia dunia). Ini bukan sifat deen Islam.
  • Cubaan dan usaha besar sejak dulu lagi – untuk uzlahkan Islam dalam hati, larang dari masuk campur dalam realiti hidup dan halang dari kuasai hidup manusia — sedangkan itulah tabiat, hakikat dan tugas Islam. (syumul, waaqi’iyyah dan haimanah).
  • Musuh salibiyyah dan zionis cuba lakukan ini semua.. tanda kemenangan awal mereka untuk langkah seterusnya. Ataturk, negara2 yang dijajah dan akhirnya letakkan Islam dalam urusan nikah kahwin dan pusaka sahaja. Langkah akhir –> hapuskan aqidah Islam langsung dan gantikan dengan aqidah baru.
  • Pukulan teruk ke atas cubaan bangkitkan semula Islam yang benar di seluruh dunia – semua musuh bersatu walaupun sebelum ini tak pernah bersatu – bersatu kerana takutkan kebangkitan Islam.
  • Tapi hakikat Islam lebih besar, kukuh dan dalam – musuh tak akan berjaya – disamping keperluan manusia amat besar terhadap Islam – manusia sedang meraung meminta pertolongan.
  • Manusia mencari manhaj penyelamat – semua sifat dinyatakan dan semua sifat itu hanya ada pada Islam.
  • Manusia tak akan tahan lama kesakitan – cuba pelbagai cara tapi tak sembuh – sbb kesemuanya hanya pengalaman dan pemikiran manusia yang lemah, jahil dan terikat dengan al-hawa. Hanya Islam sahaja mampu mengeluarkan manusia dari menyembah sesama manusia kepada menyembah Allah sahaja.
  • Perpisahan jalan antara manhaj Islam dengan manhaj-manhaj lain ialah: Islam hanya mengambil Allah sebagai sumber tasawwur, nilai, neraca, sistem, peraturan, undang2, arahan, akhlak dan adab2. Manhaj lain ambil sesama manusia.
  • Manhaj itu adalah sistem jahiliyyah w/p beza masa lahir, tempat dan suasana. Sedangkan Islam datang nak runtuhkan semua itu kerana semua alam hanya menerima sistem Allah sahaja. (3:83) kehancuran akan berlaku bila bertentang dengan perjalanan alam seluruhnya, kerana dia adalah sebahagian dari alam itu. Pertentangan zahir dan batin.
  • Manhaj Islam – bukan untuk masa atau tanah atau situasi tertentu… sebagaimana seluruh alam tidak berubah.
  • Kita yakin… manusia sedang menuju kepada Islam…
  • Kita yakin … sebarang usaha untuk menolak Islam akan gagal.. tanda gagal telah kelihatan pada kehidupan manusia.

DIN ADALAH MANHAJ KEHIDUPAN.

  • Sistem masyarakat – ada hubungan erat dengan tasawwur i’tiqad – bahkan kelahiran tabi’i darinya. Ia menyesuaikan diri dengan penafsiran i’tiqad tersebut terhadap alam, kedudukan manusia dan matlamat manusia di alam ini.
  • Kerana – sistem manusia ialah bertujuan untuk mencapai matlamat kewujudan manusia. Ia menentukan perjalanan dan jalan yang akan diambil, bentuk hubungan dengan alam kelilingnya.
  • Inilah ‘sistem masyarakat’. Bila tiada berlaku asas ini dan tiada penyelarasan ini–> manusia akan merana w/p hebat kemudahan material dan produk.
  • Cara kelahiran dan penyesuaian: bukan hanya pada sistem luaran tetapi juga pada seluruh sistem hidup termasuk perasaan, akhlak, syiar dan adat resam.
  • Oleh itu: deen adalah manhaj hidup dan manhaj hidup adalah deen. Deen sekumpulan manusia ialah cara hidup mereka. Cara hidup mereka adalah deen mereka. (applykan pada Islam dan orang Islam hari ini..!) Jika ikut cara hidup aturan Allah –> deen Allah. Jika tidak jadi deen raja, ketua, manusia, bangsa dll (12:76)
  • Semua sistem buatan manusia sebenarnya ada tasawwur i’tiqad mereka… bukan hanya sistem luaran zahir.
  • Oleh itu semua sistem hidup adalah ‘deen’ – deen kapitalis, deen sosialis, deen demokrasi, deen nasionalis … dan semuanya adakah bukan deen Allah. (3:83, 109:6)
  • Oleh itu juga –> deen Allah bukan hanya pegangan dalam hati terpisah dari realiti hidup seharian, ATAU syiar2 ATAU nikah kahwin. Kemudian bidang hidup lain diambil dari sumber lain. Allah hanya kuasai hidup akhirat dan untuk dunia manusia bebas pilih sumber lain. Seolah Allah ada bidang kuasanya dan selain Allah ada bidang kuasanya. Sungguh lucu dan inilah maksud 9:31.
  • Kesatuan individu manusia… gerakan dan hidup manusia perlukan satu manhaj sahaja…dari satu tasawwur sahaja. Jika hati dan ruh mengikut Allah dan luaran ikut tasawwur buatan manusia –> jadi sakit Schizophrenia. (seperti barat yang terpisah antara ajaran kristian dan tamaddun mereka).
  • Islam : tafsir menyeluruh terhadap alam wujud dan hubungan dengan pencipta, kedudukan manusia dan matlamat kewujudan mereka. islam jelaskan bentuk hubungan semua ini dan wasilah untuk mencapai kesemua ini bagi kebahagiaan dunia dan bahagia akhirat. Semuanya dengan manhaj yang satu dan tak perlu sakit Schizophrenia.
  • Oleh itu Islam datang dengan kedua2: tasawwur i’tiqad dan sistem masyarakat.
  • Taurat – datang dengan aqidah dan syariat. Mereka perlu ikut hukum taurat. (5:44-45).
  • Injil – untuk menguatkan taurat dan beberapa perubahan kecil hukum. (5:46-47)
  • Quran – diturun untuk dipraktikkan… adakah masih mahukan peraturan jahiliyyah? Hukum Allah tidak baikkah? (5:48-50)
  • Contoh2 lain bahawa deen adalah tasawwur i’tiqad dan pelaksanaan amali: (Syura:10-15, Hud: 84-87, Syua’ara:150-152, Baqarah:213).
  • Hilang erti deen jika hanya untuk masalah ruh sahaja atau syiar ibadah sahaja atau sebahagian bidang hidup manusia sahaja.
  • Pengertian ini dahulunya tidak dipertikaikan … hingga berlaku peristiwa di Eropah. Ianya tidak berlaku di tanah Islam.. tetapi telah diimport sebiji dari Eropah.

PEMISAHAN YANG MENYAKITKAN…..

  • Bukan sifat deen – dipisahkan atau disempitkan. Bukan sifatnya diesakan Allah pada sebahagian hidup dan kemudiannya diserahkan bidang lain kepada tuhan2 lain untuk mencipta kaedah, sistem dan undang2 tanpa merujuk kepada Allah.
  • Bukan tabiat deen: buat jalan ke akhirat tanpa lalu di dunia- sampai ke syurga di akhirat tanpa mengikut cara yang dikehendaki Allah.
  • Bukan tabiat deen: hanya jadi bahan upacara tradisi yang tidak ada kaitan dengan sistem hidup harian.

Dari mana datang bentuk yang wujud hari ini…? Macamana berlaku ?

  • Pemisahan ini mula di Eropah.. dalam suasana perit dan kemudian merebak merosakkan dunia ketika tamaddun barat mula menjenguk dan menguasai dunia seluruhnya.
  • Manusia sedang berteriak kesakitan…. mencari ubat dan penawar….

Apa telah berlaku di Eropah dulu..?

  • Yahudi (Umat Nabi Musa) diberi syariat. Nabi Isa didatangkan untuk bawa sedikit perubahan – diperangi dan Yahudi pujuk raja Syam. Selepas Nabi Isa, kristian benci Yahudi dan sebaliknya (perpecahan tak sepatutnya dikalangan Bani Israel).
  • Kitab Injil tinggal tiada syariat. Syariat dalam Taurat. W/p begitu injil yang benar mampu beri tasawwur i’tiqadi jika masih kekal seperti asal.
  • Rom pemerintah Syam tekan pengikut Nabi Isa as. Hawariyy sembunyi dan sampaikan injil senyap2. Mula campur aduk antara kalam Allah dengan cerita dan riwayat Nabi Isa. Jadi banyak Injil. Mula ditulis selepas 40 atau 64 tahun. Bahasa juga berbeza2.
  • Paul masuk kristian dari agama Rom, campur aduk dengan ajaran rom dan greek. Bawa kristian ke Eropah. Paul tulis surat2 nya.. bercampur aduk antara benar dan salah.
  • Krisis sebenar bermula- maharaja Constantine masuk kristian – 355M. Tak ikut ajaran kristian. Zalim dan maksiat kecuali sebelum mati. Kristian tak boleh hapuskan berhala rom. Campur aduk. Timbul krisis politik.
  • Perang berlainan akidah Rom dan Qibti Mesir. Berlarutan. Akhirnya tasawwur i’tiqadi kristian jadi caca merba. Tak mampu mengubat manusia dan bentuk sistem masyarakat.
  • Lebih dahsyat: Rom mewah, rosak akhlak, hidup foya-foya, seronok, hedonisma dan pegangan mereka “hidup adlah peluang untuk berseronok”. Emas perak, makanan, pakaian, musik dan artis, arak, tempat hiburan yang banyak, seks bebas, segala lucah, sukan perlawanan sesama manusia atau dengan binatang dll.
  • Kristian masuk dan ingin melawan semua ini. Tak mampu kerana tasawwur i’tiqad mereka tidak betul. Ekterim ke arah rahbaniyyah. Pemisahan jauh antara keduanya. Manusia tak mahu kepada agama.
  • Orang ramai terserempak: kehidupan paderi juga penuh maksiat dan dosa.(kerana melawan fitrah manusia). Kumpul duit, jual keampunan, rasuah, makan riba. (Leo ke 10 – belanjakan duit sebelumnya, semasanya dan penggantinya. Seluruh perbelanjaan Perancis hanya untuk Pope).
  • Paderi berebut jawatan dan kuasa dengan raja dan pembesar. (1077M- kesah Henry ke-4 sujud dan meminta maaf kepada paderi). (1245 M- Innocent ke-4 mahu pecat Maharaja Frederick II).
  • Akhirnya tiba ke penghujung masalah – dosa gereja terhadap eropah, kristian dan seluruh agama lain sedunia ialah bila: GEREJA TIDAK MEMBENARKAN ORANG LAIN MEMAHAMI KITAB SUCI.
  • Gereja masukkan ajaran2 pelik dan syiar ibadah pelik.(seperti asya’ rabbani- Lord’s Supper).
  • Paderi halang orangramai baca kendungan kitab suci. Paderi dakwa pelbagai teori sejarah, geografi, sains bercampur aduk khurafat dan paksa orang ramai terima. Ini jenayah besar paderi Eropah. Membina agama atas sains yang tidak tetap.
  • Saintis jumpa sebaliknya- gereja tuduh murtad. Di bunuh 300,000 saintis. 32,000 dibakar. (antaranya Giordano Bruno, Galillleo dll).
  • Perang dan kebencian saintis terhadap gereja – benci segala yang berkaitan dengan agama –> benci semua agama.
  • Inilah deen yang di’godam’ oleh eropah. Ia diikut oleh semua kakak tua seluruh dunia tanpa beza terhadap deen mana sekalipun. Deen eropah ini rosak sejak awal lagi. ‘Orang deen’ bentuk ini hanya wujud di eropah… tidak ada di tempat lain. Oleh itu mungkinkah penyelesaian masalah ini datang dari eropah? Eropah yang telah memisahkan deen dan kehidupan itu..?

BERLALU SUDAH PERANAN ORANG PUTIH…!

  • Tamaddun mereka sudah muflis – ketandusan tasawwur, prinsip dan nilai untuk memimpin manusia. Sejak Magna Carta (1215) dan Revolusi Perancis (1799) tiada benda baru. Semuanya dari syaitan dan hawa dan tidak dapat tahan lama. Bertentangan dengan fitrah.
  • Asas tamaddun mereka– musuhi deen dan menyanggahi keperluan sebenar manusia.
  • Manusia menderita disebabkan tamaddun mereka cipta sendiri – asal tamaddun sepatutnya untuk bahagiakan mereka. Fitrah manusia bergelut dengan tamaddun – mesti kemenangan di pihak manusia kerana fitrahnya lebih kuat dari tamaddun yang baru ‘menyibuk.’
  • Komunis dan sosialis.. juga tak mampu – kerana asasnya juga sama. Menafikan fitrah manusia (disamping menafikan hakikat alam sejagat). Komunis: manusia digerakkan oleh perut – spt binatang. sejarah berubah kerana ekonomi….. mereka ingat dunia bahagia dengan hanya revolusi ke atas borjois…
  • Tasawwur teruk komunis macam tu tak mungkin lahirkan sistem masyarakat yang bahagiakan manusia. Komunis gagal dari detik pertama dalam praktiknya…. mula ubah dan dakwa itu adalah perkembangan.
  • Semua barat sama- w/p gereja tertutup di rusia dan terbuka di Eropah barat – kesemua sistem masyarakat barat adalah bukan dari tasawwur betul terhadap alam.
  • Jangan kehebatan teknologi, roket dan komputer melupakan kita dari kesensaraan dan kemunduran akhlak manusia kini.
  • Manusia adalah paksi dan penentu tinggi rendahnya kemanusiaan. Kebahagian ruh adalah neraca. Alat2 hanya untuk membantu bukan jadi penentu.
    • Bila manusia jadi bahanapi untuk alat, hamba dan pengikut alat…….
    • Bila mereka terperosok pemikiran, akhlak.
    • Bila seks mereka teruk dari binatang..
    • Bila tugas asasinya dah tak dilaksanakan.
    • Bila mereka membunuh jemu dan boring mereka dengan menyiksa ruh. urat saraf dan fizikal dengan arak dan penenang.
    • Bila mereka membunuh anak2 kerana petisejuk dan mesin basuh…
  • Bila pencapaian tamaddun langsung tidak mengubah mereka… maka ini ertinya mereka perlu kepada manhaj hidup lain. Jika tidak … pencapaian tamaddun ini akan terbazir dan tidak dapat dimanfaatkan sepatutnya oleh manusia seluruhnya. Aqal, sains dan ujikaji pengalaman manusia perlu sepatutnya digunakan untuk manfaat manusia.
  • SEKARANG.. manusia perlu manhaj hidup baru berdasarkan tasawwur i’tiqad yang betul, bukan mengikut kanta sempit manusia mengikut akal, shahwat, al-hawa dan emosi mereka.
  • Ini dilupai oleh barat dan tamaddun mereka.
  • Manusia tetap manusia.. sama sejak dahulu. Ruh dan jasad.
  • Manusia sibuk mengenyangkan kelaparan jasad dengan produk dan industri (filem, hiburan, alat dll) tetapi ini tidak mengenyangkan ruh. Ruh lapar kepada iman terhadap kekuatan yang hebat, alam yang tidak dicapai pancaindera, lapangan yang lebih besar dari hidup dunia dan lapar kepada penyelarasan dalaman dan realiti luarnya, antara syariah hati dan syariah hidup luarannya. Mana2 sistem hidup yang tak dapat mengenyangkan kesemua ini hanya akan menyiksa manusia.

LAUNGAN AMARAN……..

  • Ramai manusia melaungkan masalah mereka… tetapi jalan penyelesaian mereka juga kelihatan bodoh…Seperti duduk dalam kurungan- melompat tapi kaki terikat. Terikat dengan sains dan realiti.
  • Penyelesaian –> pecahkan kurungan, keluar dan lihat dari luar. Tidak terikat dengan pandnagan dalam kurungan.
  • Contoh kesedaran masalah dari orang barat sendiri:
    • Alexis Carrel (1944) – (The Nobel Prize in Physiology or Medicine 1912).
    • John Foster Dalas – Menteri Luar USA yang masyhur.

(Alexis Carrel- Man, the Unknown)

  • Iklankan- manusia sebenarnya tidak mengenal manusia.
  • Bagi yang berani ubah dengan menolak tamaddun industri kini demi untuk kemajuan umat manusia.
  • Penerokaan sains kita lebih dari keperluan kita- kita membuang usaha melebihi sepatutnya.
  • Kita lupa kesan industri kita terhadap fisiologi dan minda pekerja kerana semata2: “mendapatkan semaksima produk dengan seminima usaha dan modal.”
  • Manusia sepatutnya menjadi pengukur kepada benda lain.. yang berlaku terbalik. Kemajuan ilmu fizik atas ilmu kehidupan adalah bencana terbesar manusia. Ciptaan kita sendiri tidak sesuai untuk kita.
  • Sepatutnya diberi lebih masa untuk melihat kelemahan akhlak dan pemikiran kita dan bukan tambah alat2 baru. Tiada guna tambah kemudahan, keindahan, kekomplekan jika tidak memberi manfaat yang besar berbanding keruntuhan akhlak.
  • Manusia hasil warisan, persekitaran, resam dan pemikiran yang berlaku semasanya. Manusia tidak mampu menyesuaikan dirinya dengan persekitaran baru yang dicipta oleh teknologi. Persekitaran ini akan merosakkannya. Bukan salah teknologi tetapi salah manusia yang menciptanya kerana syok dengan teknologi tanpa tahu tujuan penciptaan dan penerokaannya.
  • Penerokaan Alam ‘jamad’ bawa kita ke negeri tidak sesuai untuk kita dan menjadikan kita tak mampu mengendalikan diri sendiri..tapi menjadi hamba alat yang mengongkong kita. perkara ini dah berlaku 300 tahun.. sukar untuk keluar.
  • Perubahan mendadak akan berlaku jika kita lari dari apa yang telah dibuat 300 tahun lampau–> kajian seni, keindahan, agama dll. Kajian hari ini akan kelihatan bodoh !
    • Doktor akan ubah cara fikir- kenapa sibuk jaga orang sihat badan tetapi tidak risau orang sakit pemikiran dan akhlaq dalam masyarakat?
    • Ekonomist akan fikir bagaimana bekalkan keperluan seni dan pemikiran manusia dan bukannya makanan dan wang.
  • Pembebasan manusia dari mazhab kebendaan ini akan mengubah seluruh bidang hidup – tetapi ia akan ditentang oleh masyarakat moden.
  • Ada bawa pendekatan psikologi…. freud.. tolak kebendaan..lagi teruk…
  • Penyelesaian cadangan Alexis Carrel: perlu penekanan semula ilmu mengenal manusia.

Tapi…

  • Manusia tak mungkin mampu diluar kemampuannya. Manusia terbelenggu dalam sempadan sains dan waqi’ ciptaan mereka.
  • Mundur manusia dalam sains kemanusiaan adalah hasil tabi’i dari penilaian yang salah terhadap peranan manusia dibumi- ketika terpisah dari tasawwur i’tiqadi yang silap.
  • Kejar produktiviti – hasil dari sistem ekonomi tanpa tuhan
  • Semua sistem masyakarat – ciptaan hasil benci pada agama.
  • Dallas ; tamaddun kita tak akan boleh bertahan tanpa balik pada pembangunan ruh….

  • Dallas tak faham- kristian yang ada- tak mampu kerana dah dirosakkan oleh Paul, Qostantine dan Paderi dan Gereja.
  • Jika ikut kristian- banyak benda kena haramkan- riba dll
  • Jurang kristian asal dan kehidupan barat semasa- sangat2 jauh… dijauhkan sejak 500 tahun.
  • Tiada manhaj lain yang mampu kecuali Islam. Tetapi mengambil manhaj ini tak boleh hanya kerana ingin membenteras masalah2 terntentu yang berlaku dalam masyarakat sahaja.
  • Islam hanya akan berfungsi bila diberi kuasa sebebas-bebasnya, menjadi tuan dan bukannya khadim (orang gaji?)

PENYELAMAT…..

  • Penyelamat yang ditunggu- sifatnya hanya ada pada Islam.
  • Ilmu kemanusiaan tidak mampu menangani masalah ini..
  • Kerana Islam bukan ciptaan barat… mereka tak terima..
  • Kerana mereka sendiri menyerang dan menentang Islam… tak mungkin mereka akan terima Islam sebagai penyelesaian.
  • Islam melalui sifat dan hakikat yang ada padanya… mampu ! Kerana manhaj lengkap, kamil dan mutakamil. Ia tasawwur dan sistem kehidupan.
  • Perubahan bukan dengan tekankan semula ilmu kemanusiaan… tak cukup dengan penempelan. Tetapi dengan ambil Islam dan yakin: manusia adalah manusia dan apa matlamat kewujudan mereka.
  • Tidak mungkin manusia mampu untuk fikirkan sistem untuk manusia.. manusia boleh fikir fizik. kimia. medic dan mencipta alatan baru… namum mereka tak mampu cipta sistem hidup untuk mereka sendiri.
  • Alam kebendaan suatu yang boleh dilihat dan diuji… alam manusia hakikatnya kabur.

Kesilapan lain:

  • Rasa penguasaian manhaj ruh dalam kehidupan akan menolak ilmu2 materialism dan hasil tamaddun yang lahir darinya.
  • Anggapan bodoh dan lucu- hasil dari sejarah panjang.
  • Islam membebaskan akal dan suruh gunakan betul2- sejarah buktikan- tetapi dalam lingkungan fitrah dan tidak bertentangan dengan tabiat manusia.
  • Islamlah yang mulakan manhaj tajribi (empirical) diambil oleh Roger n Francis Bacon.
  • Hanya Allah tahu pasal manusia- dia mencipta manhaj – tetapi beri akal dan dikawal dari terseleweng oleh hawa, mengarut, sesat dan menjunam jatuh.
  • Jadilah manusia tuan kepada material dan bukan hamba.
  • Ilmu material akan jadi maksima penggunaannya bila dalam manhaj Islam kerana ia akan selari dan selaras antara fitran manusia dan fitrah alam. Ilmu kemanusiaan juga ada nilainya.

ESOK TETAP MILIK ISLAM….

Bile jelas ‘Islam sahaja mampu dan memenuhi ciri-ciri penyelamat yang dinantikan’

  • Maka: Nampaklah betapa besarnya jenayah menghalang kemaraan Islam dan menghalang pendukung Islam. Jenayah terhadap manusia seluruhnya yang sedang merana.
  • Walaupun serangan dahsyat.. tapi tetap yakin esok milik Islam.
  • Pernah hadapi lebih dahsyat….tapi dapat hadapi..tatar, salib dll
  • Bukan arab, kurdi halang penjajahan tetapi kerana Islam (Solahuddin, Mamalik, Sudan, Libya, Moroko dll)
  • Islam diserang kerana menghalang kuasa rakus penjajah. Tetapi Islam tetap akan menang.
    • Kesah Suraqah bin Malik
  • Penentu masa depan pertarungan ini bukan terletak pada kehebatan tamaddun barat, bukan besarnya jahiliyyah atau kuatnya serangan ke atas Islam…. tetapi penentu ialah kekuatan al-haq dan kemampuannya untuk menghadapi pukulan demi pukulan.
  • Tetapi kita tidak keseorangan… semua fitrah bersama kita. Bila bertentangan fitrah dan tamaddun, pasti fitrah akan menang.
  • Tugas kita berat dan panjang… menarik keluar fitrah dari timbunan-timbunan kemudian menghancurkan timbunan2 itu.
  • Perlu persediaan panjang… kita perlu capai setinggi kehebatan manhaj ini juga.
    • Persediaan iman mengenal Allah dan beriman,
    • Ibadah dengan sebenarnya…
    • Faham teknik moden dan mengenal jahiliyyah
    • Faham dan menguasai ilmu dan tamaddun semasa menguji dan memilih. Kita perlu tahu dan kenal agar tahu mana yang boleh dan tak boleh.

Perjuangan masih panjang…

……. hanya beberapa jam sahaja sebelum SYAHID di tiang gantung …… sesudah sebahagian besar dari hayatnya diserah untuk perjuangan menegakkan kalimah LA ILAHA ILLPrALLAH, MUHAMMADU-RASULUL­LAH.

Jika engkau tewas di medan JIHAD,

gelaran SYUHADA Allah memberi,

Arwah-arwah pahlawan senyum melihat,

MUJAHID bangga melepas pergi.

~ oleh ANUAR AHMAD di Februari 25, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: