MASAKAN IKAN

KANDUNGAN

IKAN

Asam Pedas Ikan Pari

Asam Pedas Tumis (Melaka)

Bawal Kampong

Botok Ikan

Fish Fillet Sos Cendawan

Gulai Nenas Ikan Kering Orang Utara

Gulai Tempoyak Ikan Kembung

Ikan Bawal Panggang Percik

Ikan Bakar Sumbat

Ikan Kerapu Masak Masam Manis

Ikan Kukus Cina

Ikan Masak Berlada

Ikan Panggang Percik

Ikan Pari Lemas

Ikan Siakap Kukus

Ikan Siakap Kukus (2)

Ikan Sumbat Istimewa

Ikan Tenggiri Masak Taucu

Ikan Terubuk Masak Bombay

Ikan Tiga Rasa

Ikan Tiga Rasa (2)

Kari Kepala Ikan

Kari Kepala Ikan (2)

Kari Kepala Ikan (3)

Siakap Kukus Berempah

Tandoori Kurau

IKAN

ASAM PEDAS IKAN PARI

Bahan-bahan

1600g ikan pari (dipotong enam)

1 tangkai bunga kantan (dipotong dua)

2 tangkai daun kesum

1 sudu teh garam

1 sudu teh gula

jus asam jawa (30g asam jawa dicampur dgn 1 liter air)

Tumbuk

6 batang lada merah

3 batang lada kering

1 sm kunyit hidup

1 sudu makan serai yg dihiris

4 hiris lengkuas

setengah biji bawang merah

6 biji bawang putih

1 sudu teh ketumbar

setengah sudu teh belacan

Cara-cara

· Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yg dikisar.

· Masukkan ikan pari dan masak sehingga kecut selama 2-3 minit.

· Masukkan bunga kantan yang dipotong dua serta daun kesum.

· Campurkan jus asam jawa dan biarkan hingga mendidih.

· Masukkan bahan-bahan perasa dan hidangkan bersama bunga kantan yang dihiris halus.

Asam Pedas Tumis (Melaka)

Bahan-bahan:

ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang

7/8 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

sebesar ibu jari kaki belacan

kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk)

air asam jawa

cili yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap)

2 sudu besar kerisik(kelapa goreng)

sedikit halba

sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana.

garam secukup rasa

perasa ajinomoto jika suka.

Cara memasak:

· Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat.

· kemudian masukkan bwg merah ..tumbuk separuh lumat…masukkan belacan tumbukkan juga.

· Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.

· Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya.

· Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau.

· Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik.

· Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam.

· Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan.

· Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah.

· Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus.

· Didihkan kuah…masukkan garam dan perasa.

Tips :

· Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar.

· Gunalah ikan parang next time guna ikan lain…rasalah bezanya anda akan tahu….Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap…

BAWAL KAMPONG

Bahan-bahan

2 ekor ikan bawal sederhana (dibersihkan dan goreng garing)

1 batang serai dititik

1 cawan santan

2 helai daun limau perut

garam dan gula secukupnya

Tumbuk

4 sudu makan cili kisar

lengkuas sebesar ibu jari

2 biji buah keras

10 biji bawang kecil

Cara-cara

· Panaskan minyak dan masukkan serai hingga wangi.

· Tumis bahan kisar hingga garing.

· Masukkan santan, garam, gula dan daun limau.

· Setelah mendidih, masukkan ikan.

BOTOK IKAN

Bahan-bahan

1 ekor ikan tenggiri yang sederhana

2 biji bawang besar

5 biji bawang kecil

5 ulas bawang putih

25 biji lada padi

sedikit belacan

6 biji buah keras

kunyit, halia dan cekur sebesar ibu jari

1 batang serai (dititik)

lengkuas sebesar ibu jari (dititik)

1 sudu makan ketumbar

1/3 sudu makan jintan halus

santan secukupnya dari 3/4 biji kelapa

garam dan perasa secukupnya

Cara-cara

· Siang dan bersihkan ikan. Dipotong sederhana.

· Kisar semua bahan kecuali serai dan lengkuas.

· Panaskan kuali. Setelah minyak panas, masukkan serai dan lengkuas.

· Tumis bahan yang dikisar sehingga garing.

· Masukkan santan, garam dan perasa.

· Setelah mendidih masukkan ikan.

Fish Fillet Sos Cendawan

Bahan-Bahan

4 keping fish fillet

1/2 camca garam

2 camca serbuk lada hitam

2 sudu makan jus limau nipis

1 sudu makan mentega

1 sudu makan kunyit

Bahan Sos Cendawan

50 gm bawang -cincang kasar

100gm cendawan butang-hiris tipis

75 ml susu cair

1 camca lada sulah

1 sudu makan mentega

Sedikit garam

Cara Cara

· Lomor fillet dengan garam,lada hitam, kunyit dan jus limau nipis. Perap 30 minit. Panaskan mentega, goreng fillet hingga kekuningan.

Untuk menyiapkan sos:

· Panaskan mentega, tumis bawang cincang dan cendawan hingga layu.

· Masukkan susu cair, kacau rata. Masukkan garam dan lada sulah.

· Masak hingga mendidih, siram dan tuang ke atas fillet.

Gulai nenas ikan kering orang utara

Bahan-bahan:

1 paket serbuk kari ikan / ikan kering

1 biji nenas

Isi / tulang ikan talang kering

Santan

garam

bawang merah

daun kari

minyak untuk menumis

Cara memasak :

· Ikan talang direndam.

· Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih.

· Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa dulu)

· Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari.

· Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi.

· Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi.

· Siap dan boleh dimakan.

Gulai Tempoyak Ikan Kembung

Bahan-bahan:

71 kg ikan kembung (dipotong dua)

1 ikat taugeh kasar

1 cawan tempoyak

1 batang serai 10 biji cili padi

Serbuk kunyit

Garam

Cara memasak:

· Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.

· Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.

· Masukkan serbuk kunyit dan garam

· Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.

Ikan Bawal Panggang Percik

Bahan-Bahan

600 g Ikan Bawal Hitam

1 camca besar kicap pekat

1 camca besar minyak masak

1 camca besar air asam limau

1/2 cawan pati santan

Sedikit garam

Bahan-bahan digiling

5 biji cili merah, diasingkan

2 ulas bawang putih

5 biji bawang merah

Cara membuat

· Lumur garam pada keseluruhan ikan bawal hitam.

· Satukan kicap pekat, minyak masak, air asam limau, santan, bahan-bahan yang ditumbuk halus ke dalam mangkuk lain dan kacau sebati.

· Tuang campuran kuah tadi pada permukaan ikan bawal dan panggang di atas pemanggang.

· Lakukan sekali lagi hingga ikan bawal dapat meresap bahan-bahan kuah tadi.

IKAN BAKAR SUMBAT

Bahan-bahan

3 ekor ikan kembung (sederhana besar)

½ biji kelapa parut

daun pisang dan lidi

sedikit minyak

Tumbuk

5 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

6 tangkai lada kering (direndam dahulu)

1 inci halia

Perasa

garam secukup rasa

gula secukup rasa

Cara-cara

· Tumbuk lada kering, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat.

· Kemudian masukkan kelapa dan tumbuk semula supaya sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

· Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi ke dalam perut ikan yang telah dibersihkan.

· Sapukan sedikit minyak pada ikan. Bungkus ikan dengan daun pisang dan kemaskan dengan lidi.

· Bakar sehingga ikan masak kira-kira 15 minit. Ikan siap dihidang. Sesuai dimakan dengan nasi.

Ikan Kerapu Masak Asam Manis

Bahan-bahan A:

1 ekor ikan kerapu

120gram tepung jagung

1 biji telur ayam

Sedikit minyak

(untuk goreng)

Garam secukup rasa

Bahan-bahan B:

5 ulas bawang merah – dikisar

5 ulas bawang putih – dikisar

3cm halia

1 batang serai – dititik

1 helai daun pandan

3 sudu cili sos

1 sudu cili giling

Sedikit kunyit hidup

3 sudu tomato sos

3 cawan air

Sedikit cuka masak

Garam secukup rasa

Cara memasak:

· Gaulkan bahan-bahan A dan goreng hingga rangup.

· Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik.

· Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak.

· Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.

· Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.

Untuk hiasan:

Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.

IKAN KUKUS CINA

Bahan-bahan

1 ekor ikan bawal / kembung

1 sudu makan minyak masak

Tumbuk

2 sudu makan tauchu

1 biji cili merah (dihiris)

ulas bawang putih (dicincang)

Perasa

1 sudu makan kicap manis

Cara-cara

· Tumiskan bahan-bahan yang hendak ditumis.

· Kemudian salutkan pada ikan dan kukus selama 10 minit.

Ikan Masak Berlada

Bahan-bahan:

3 ~ 4 ekor ikan sembilang

10 biji cili merah – dikisar

2 batang serai – dititik

1 ulas bawang besar – dimayang kasar

2 ulas bawang putih – ditumbuk

1 inci halia – ditumbuk

air limau kasturi

sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

· Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.

· Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak.

· Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu.

· Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan.

IKAN PANGGANG PERCIK

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap dicuci bersih, dibuang perutnya dan dikelar-kelar.

Bahan-bahan Sambal Percik

2 cm halia

10 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

2 cm kunyit hidup

2 batang serai dimesin sampai lumat

3 helai daun limau purut

5 biji buah keras

4 biji cili padi

7 biji cili merah

3 cawan santan pekat (dari ¾ biji kelapa yang diparut)

Jus dari sebiji limau nipis atau lebih

Garam dan gula secukup rasa

Minyak untuk menggoreng

Beberapa helai daun pisang

2 helai daun pandan

Sekeping kertas timah (Aluminum Foil)

2 biji cili merah untuk hiasan di atas ikan

Bahan-bahan utk disajikan bersama

300 gm Meehoon dicelurkan

2 batang timun dibuang tengahnya dan dihiris nipis-nipis

200 gm kacang panjang mentah dihiris nipis-nipis

200 gm taugeh dibuang hujungnya dan disajikan mentah

3 ikat daun kesum dicincang halus

30 biji telur puyuh rebus dan dikupas

6 keping ‘fish cake’ digoreng dan dihiris nipis-nipis

Cara-cara

· Panaskan minyak dan tumis rempah-rempah yang dimesin sampai wangi.

· Masukkan santan dan masak perlahan-lahan sampai ianya pekat. Masukkan garam, gula dan asam limau.

· Letakkan ikan yang beralaskan daun pisang & daun pandan diatas kertas timah dan sapukan kuah percik di rata-rata ikan.

· Bungkus rapat-rapat dan dibakar pada suhu 180°C selama 20 minit sampai masak.

Ikan Pari Lemas

Bahan A:

1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar)

· di basuh bersih

· sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu.

· letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks)

Bahan B:

5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis)

2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus

2 batang serai di mayang halus

1 helai daun limau purut di koyak empat

25 biji cili padi di mayang halus

halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang

1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus

3 sudu besar minyak masak

2 sudu besar sos minyak ikan

sedikit ajinamoto

1/2 sudu kecil garam

1/4 sudu kecil gula

Bahan C:

10 biji limau kasturi

Cara memasak:

· Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A.

· Barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas.

· Biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi.

· Lepas tu kukus/bakar selama 20 minit

Ikan Siakap Kukus

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap sederhana besar

3 sudu besar sos tiram

2 susu besar sos cili

2 susu besar sos tomato

1 sudu gula

4cm halia – dimayang

3 ulas bawang putih – dimayang

3 ulas bawang besar – dimayang

3 tangkai daun sup(saderi)

1/2 biji limau nipis

garam secukup rasa

Cara memasak:

· Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis).

· Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi.

· Tuang ketiga-tiga sos tadi.

· Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.

IKAN SIAKAP KUKUS (2)

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap

10 biji bawang putih – dicincang

1 sudu teh lada sulah

1 sudu teh gula

3 biji cili padi

1 sudu makan sos ikan

daun ketumbar

1 biji limau purut

Cara-cara

· Ikan dikukus kosong sementara itu panaskan minyak dan masukkan bawang putih,cili padi lalu tuangkan di atas ikan yang telah dikukus.

· Panaskan kuali, masukkan kicap cair, sos ikan, sedikit air, gula, lada sulah dan minyak.

· Akhir sekali tuangkan sos tersebut ditepi ikan dan perahkan limau purut itu diatas ikan.

IKAN SUMBAT ISTIMEWA

Bahan-bahan

8 ekor ikan kembung sederhana besarnya

12 sudu makan cili kisar

sedikit belacan

dua sudu makan air asam jawa pekat

gula secukupnya

garam dan perasa secukupnya

minyak untuk menggoreng

Cara-cara

· Bersihkan ikan dan belah tepinya.

· Kesemua bahan-bahan diatas digaul hingga sebati. Rasanya mestilah manis.

· Panaskan minyak. Masukkan dua sudu makan cili yang digaul tadi kedalam ikan.

· Goreng hingga garing. Setelah habis menggoreng, cili yang lebih ditumis hingga garing.

· Selepas itu tuangkan keatas ikan tadi. Enak jika dimakan panas-panas bersama nasi.

IKAN TENGGIRI MASAK TAUCU

Bahan-bahan

3 keping ikan tenggiri

3 sudu makan taucu

3 biji cili merah (dihiris)

3 biji lada hijau (dihiris)

1 biji bawang besar dipotong bulat

1/2 inci halia (dihiris)

2 ulas bawang putih (dihiris)

1/2 mangkuk air asam jawa

sedikit serbuk kunyit

minyak

garam secukup rasa

Cara-cara

· Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga garing.

· Panaskan minyak, tumis cili merah, cili hijau, bawang besar, halia dan bawang putih.

· Masukkan taucu, setelah itu masukkan air asam jawa dan perasa biar sampai mendidih.

· Masukkan ikan tenggiri, agnkat dan hidangkan.

Ikan Terubuk Masak Bombay

Bahan-Bahan

Bahan-bahan A :

1 ekor ikan terubuk – sederhana besarnya

8 tangkai lada kering – disangai dan dikisar

3 sudu makan ketumbar biji

sedikit kunyit serbok

sedikit garam

Bahan-bahan B

4 biji bawang besar – dipotong dadu

5 biji buah tomato – dipotong dadu

10 batang lada hijau – dihiris

50 gram daun ketumbar

3 sudu besar minyak sapi

sedikit garam

Cara Cara

· Sapukan 1/2 bahan A kepada ikan terubuk.

· Satukan 1/2 lagi bahan A dengan bahan B kemudian masukkan ke dalam periuk.

· Letakkan ikan diatasnya dan sedikit minyak sapi.

· Tutup periuk dan masak dengan api yang perlahan sehingga ikan masak.

Ikan Tiga Rasa

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap / kerapu

sedikit bawang putih (ditumbuk)

1 inci halia

2 biji tomato (agak masak)

6 biji cili merah

10 biji cili padi

2 sudu sos tiram

2 sudu sos cili

1 sudu sos tomato

sedikit gula, garam

bhn utk dikisar

Cara memasak:

· Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang). Toskan minyak.Ketepikan.

· Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar

· Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air

· Tuang atas ikan

IKAN TIGA RASA (2)

Bahan-bahan

1 ekor Ikan Kerapu

cili padi – di hiris kasar

1 biji bawang besar – dipotong bulat

3 biji bawang kecil – dirajang

2 ulas bawang utih – dirajang

sedikit oyster sauce, fish sauce

sedikit minyak bijan

1 senduk kecil lemon paste

sedikit daun ketumbar atau daun pudina

sedikit tepung jagung

air dan garam secukupnya

Cara-cara

· Ikan dibersihkan, kemudian dilumurkan dengan garam dan digoreng setengah garing dan diangkat.

· Tumis bawang putih, bawang kecil, cili padi dan bawang besar hingga layu dengan minyak bekas ikan tadi dan sedikit minyak bijan.

· Setelah layu, masukkan sedikit fish sauce, oyster sauce dan lemon paste, dikacau rata dan masukkan sedikit air (jika ingin lebih berkuah, lebihkan air).

· Setelah mendidih, tuangkan campuran tepung jagung dan air dan di kacau hingga pekat.

· Masukkan daun ketumbar atau daun pudina dan segera diangkat.

· Tuangkan kuah keatas ikan yang telah digoreng tadi dan hidangkan ketika panas.

KARI KEPALA IKAN

Bahan-bahan

1 kepala ikan (jenisnya ikut suka)

1/2 mangkuk santan pekat

Sedikit air asam jawa

Tumbuk

1 labu bawang besar

4 biji buah badam

Sedikit halia

4 ulas bawang putih

Sedikit lengkuas

1 batang serai (dititik)

Sedikit cili yang telah dimesin

Perasa

Sedikit halba dan daun kari

1 peket kecil serbuk kari ikan

Cara-cara

· Ikan dibersihkan dan digoreng dengan sedikit kunyit.

· Panaskan minyak anggaran 4 sudu makan, kemudian tumiskan halba dan daun kari.

· Apabila wangi, masukkan bahan bahan yang ditumbuk dan serbuk kari serta cili yang telah dimesin.

· Kacau hingga naik minyak dan kemudian masukkan santan serta serai.

· Tuangkan 4 mangkuk air, air asam jawa serta garam secukup rasa.

· Akhir sekali masukkan kepala ikan dan biarkan sehingga mendidih barulah diangkat.

Kari Kepala Ikan (2)

Bahan-bahan:

1 kg kepala ikan

50 gm bawang merah

30 gm halia (dikisar)

30 gm bawang putih (dikisar)

50 gm cili kering (dikisar)

50 gm ketumbar

40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas

10 gm serbuk lada putih

40 gm serbuk kunyit

1 liter santan kelapa

20 gm garam

10 biji kacang bendi

6 biji terung

Cara memasak:

· Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa.

· Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati.

· Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak.

· Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.

KARI KEPALA IKAN (3)

Bahan-Bahan

1 keping kepala ikan kerisi

5 biji bendeh

2 biji terong

2 biji tomato

2 biji bawang besar

sedikit daun kari

sedikit biji sawi

sedikit bunga lawang

2 sudu serbuk kunyit

1 sudu serbuk cili

4 sudu serbuk kari ikan

1 cawan air asam

1/2 cawan air

sedikit hirisan nenas

sedikit daun ketumbar

Cara Cara

· Panaskan minyak, tumis bawang, biji sawi,bunga lawang dan daun kari.

· Masukkan rempah kari ikan, kunyit, serbuk cili, sedikti air, dan tumis sehingga keluar minyak.

· Masukkan air asam, air dan kepala ikan.Kemudian masukkan terong, bendeh, dan tomato, biar mendidih. Setelah itu masukkan ikan masukkan hirian nanas dan daun masukkan hirian nanas dan daun ketumbar.

SIAKAP KUKUS BEREMPAH

Bahan-Bahan

1 ekor ikan siakap – sederhana besar

4 biji buah keras

5 tangkai cili padi

8 tangkai lada merah

5 ulas bawang putih

5 ulas bawang merah

2 camca petis udang

1 sudu gula dan garam

1 batang serai – dititik

1/2 cawan air

1 biji limau nipis – diperap pada ikan

Cara Cara

· Ikan dibersihkan dan direndam di dalam air asam selama 5 minit , perap dengan limau nipis.

· Buah keras,cili padi, bawang merah, dan bawang putih dikisar halus dan dicampurkan dengan petis serta air.

· Kacau rata bersama garam dan gula, dan masukkan serai.

· Tumis dengan api sederhana hingga bangkit baunya. Tuang ke atas ikan .

Tandoori Kurau

Bahan-bahan:

3 keping ikan kurau

1 biji liamu purut

1 sudu besar halia (dicincang halus)

2 biji bawang putih (dicincang halus)

5 sudu besar yoghurt

1 sudu kecil serbuk cili 10 gm serbuk ketumbar

10 gm jintan halus

Setangkai daun ketumbar (dipotong halus)

Garam dan lada hitam secukup rasa

2 sudu besar minyak sapi

Cara – cara

· Gaul bawang putih, halia, yoghurt, serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk.

· Ikan kurau dibersihkan dan perap sekurang-kurangnya tiga jam.

· Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit.

· Hidangkan bersama roti atau nasi.

~ oleh ANUAR AHMAD di Februari 25, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: