HIMPUNAN ARTIKEL MOTIVASI DIRI (BAHAGIAN 1) SHAMSUL ANUAR AHMAD


HIMPUNAN ARTIKEL MOTIVASI DIRI (BAHAGIAN 1)

SHAMSUL ANUAR AHMAD

1. 7 Formula Individu Cemerlang

A. M. Lothrop Stoddard mengarang buku The New World of Islam mengatakan tentang kebangkitan Islam yang mengkagumkan dalam sejarah. Islam berkembang sehingga separuh alam dan membentuk hati-hati manusia hingga berjaya menegakkan dunia baru iaitu dunia Islam.

1. Syaitan tidak mempunyai kekuasaan ke atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal. (An-Nahl 99-100)

2. Apabila hati individu dipenuhi iman, ikhlas dan tawakkal, jalan menuju kejayaan serta keunggulan menjadi lebih mudah.

3. Aset utama dalam menuju keunggulan adalah diri sendiri. Untuk berjaya potensi-potensi diri perlu digilap dengan ramuan Iman dan Islam.

4. Aset penting seorang manusia adalah akal. Akal mesti digilap dengan ilmu untuk mengenal hak dan batil, halal dan haram, sah dan batal dan keutamaan-keutamaan.

5. Allah mengangkat darjat orang yang berilmu. (Al Mujadalah 11). Tidak ada ibadah yang paling utama daripada kefahaman agama. Orang yang fakih lebih susah untuk diperdayakan syaitan.

6. Umat terbaik adalah umat yang menyuruh kepada makruf dan mencegah kemugkaran dan beriman kepada Allah (Ali Imran 110).

7. Penulis-penulis barat yang mengiktiraf Islam. Robert Briffault mengarang buku The Making Of Humanity. Philip K. Hitti menulis The History of the Arabs. Marmaduke picktall mengarang Islamic Culture. Ucapan Carleton S. (carly) Fiorina, pengerusi (CEO) Hewlett-Packard Company pada 26 Sept tahun 2001 di Menneapolis, Minnesota.

8. Golongan yang berjaya adalah mereka yang menghargai dan mensyukuri nikmat-nikmat yang diberikan oleh Allah. Mereka mentaati Allah, membaca AL-Quran, mengajak kepada makruf dan berperanan mencegah mungkar, dan menghubungkan silaturrahim.

9. Orang berjaya adalah orang yang merasa mulia dengan Islam.

10. Perjanjian Balfour antara Palestin dan Yahudi pada 14 Mei 1948.

11. Agama Islam ibarat lombong berlian kepada seorang muslim. Ayat-ayat al quran dan syariat adalah berlian orang Islam. Golongan yang berjaya adalah golongan yang tidak melupakan peringatan Allah.

12. Kita mestilah menerima nikmat Allah dengan rasa taqwa.

13. Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka (Al Anfal 53-54)

14. Orang yang bertaqwa dan bersabar tidak akan disia-siakan pahala kebaikannya oleh Allah (Yusuf 90)

15. Bumi akan dipusakai oleh golongan soleh (al anbiya 105). Golongan soleh adalah golongan yang mengutamakan ketaatan kepada Allah yang sentiasa bermuhasabah, bertaubat, bermujahadah, bermuraqabah dan beristiqamah.

16. Jangan merasa lemah dan kecewa kerana kita adalah golongan yang mulia jika kita beriman kepada Allah (Ali Imran 139). Adalah sangat penting kepada kita untuk menjaga iman dan keyakinan kepada janji-janji Allah kerana iman akan memberi kekuatan kepada hati.

17. Mencontohi keunggulan Zlqarnain. Jelas destinasi (berwawasan), Fikiran global dan mempunyai misi, memiliki panduan (kompas) hidup iaitu taqwa, berminda strategik, menguasai teknologi, berkomunikasi secara efektif.

18. MELEDAKKAN TAQWA

19. Membina kegemilangan dari dalam iaitu dari hati. Perubahan dari hati akan kekal lama. Hiasi hati dengan taqwa untuk membina kekuatan jiwa.

20. Hati mempunyai tentera zahir dan tentera batin. Tentera zahir adalah anggota tubuh badan manakala tentera batin adalah nafsu shahwat, marah, ilmu, hikmat dan kebijaksanaan.

21. Ilmu paling mulia adalah ilmu tentang Allah serta keagunganNya. Penglihatan mata (mukasyafah) hati hasil daripada ilmu dan keyakinan yang tinggi terhadap Allah.

22. Ilmu dan keyakinan (belief and faith) akan membentuk hati yang bersih dan menghasilkan kebahagiaan hidup. Hati-hati manusia adalah bejana Allah di muka bumi. Hati yang paling dikasihi adalah hati paling lembut (terhadap orang

lain), hati yang paling suci (keyakinannya) dan hati yang paling keras (berpegang dengan agama).

23. Hati bersih akan menghasilkan ilham nasihat dan petunjuk daripada Allah. Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, dijadikan penasihat dihatinya. “Mengingati Allah hati akan menjadi tenang” (Ar Ra’d 28)

24. Manusia terbaik memiliki hati makhmum iaitu hati yang bertaqwa, bersih, tidak ada penipuan, sikap melampau, tipu daya, khianat dan hasad dengki.

25. Hati bersinar akan diilhamkan Allah pelbagai ilmu dan petunjuk. Firasat mukmin, ilham dan pandangan mata hati.

26. Gilap hati selalu dengan membaca dan melaksanakan tuntutan al-quran , mencintai nabi dan mengikut sunnahnya, bersiap menghadapi mati, tidak mengikut kehendak syaitan, takutkan neraka dengan menjauhi maksiat, beramal soleh untuk ke syurga, mengingati kekurangan diri.

27. Ilmu, mujahadah dan zikrulllah. Mujahadah mengawal nafsu. Zikir paling utama adalah solat (Toha 14).

28. 5 Penawar hati, Bergaul dengan orang baik (soleh), membaca Quran, memelihara dari makanan haram, solat malam (tahajjud), zikir dan doa terutama waktu subuh.

29. Tiang-tiang taqwa adalah iman, solat, infaq. Bangunannya adalah patuh kepada Allah berpandu kitab Allah.

30. Ciri-ciri taqwa, beriman perkara ghaib (Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Qiamat, Syurga, Neraka, Qadar)

31. Badar (31 vs 1000), Khandak (3,000 vs 10,000), Yarmuk (39,000 vs 240,000 Rom), Qadisiah (41,000 vs 200,000 Parsi).

32. Pengaruh kepercayaan kepada Allah dan alam ghaib melahirkan sikap positif, menghilangkan rasa kecewa dan putus asa, meredakan tekanan dan kecewa dalam hati.

33. Taqwa menjamin kejayaan dan kecemerlangan. Orang bertaqwa dijanjikan jalan keluar dan rezeki yang murah (At Talaq 2-3). Taqwa mengilhamkan petunjuk

untuk menyelesaikan masalah. Taqwa dekat dengan pertolongan Allah dan rezeki murah. Taqwa memberi furqan (jalan keluar), menghapus kesalahan dan mengampuni dosa, memberi kemenangan dan pertolongan, memberi petunjuk kepada hak dan batil.

34. Mengikut kajian American National Institute of Health Research, agama dan ibadah memberi kesan positif kepada kesihatan dengan meningatkan hormon interleukin-6 dalam darah yang meningkatkan sistem daya tahan.

35. Baja untuk menyuburkan taqwa adalah muhasabah dan taubat. Muhasabah adalah sebuah sikap berani untuk merenung diri dan mengakui kelemahan dan memperbaiki kelemahan tersebut. Muhasabah dan melakukan perubahan positif adalah ciri berjaya.

36. Muhasabah diri tentang kepentingan ilmu, bacaan dan pemahaman quran, keyakinan kepada Allah, merasa bangga dengan ajaran dan cara hidup Islam, ibadah yang konsisten, pendidikan anak-anak.

37. Muhasabah yang ikhlas akan lahir rasa insaf dan taubat.

38. Allah mengasihi orang yang berani mengakui kesalahan diri sendiri dan bertaubat. Taubat adalah langkah permulaan untuk mencari keredhaan Allah.

39. Solat khusyuk menghasilkan hati yang bersih dan menjauhkan perbuatan keji. Solat subuh melawan nafsu tidur. Puasa mengawal nafsu makan dan seks. Membaca al-quran, solat dan zikir untuk melawan nafsu. Membantu diri menuju ke syurga dengan banyak bersujud.

40. Orang yang sanggup melawan hawa nafsu adalah orang yang percaya kepada hari Akhirat serta hari pembalasan yang sanggup mengenepikan keseronokan sementara bagi mencapai matlamat jangka panjang.

41. Orang yang bermujahadah akan ditunjukkan jalan-jalan menuju Allah. (Al Ankabut 69)

42. Menganggap kehidupan dunia sebagai seorang musafir yang singgah sekejap sahaja sebelum meneruskan perjalanan tidak lama lagi.

43. Melawan hawa nafsu dengan banyak membaca al-quran, bersujud, solat dan berzikir.

44. Hati mutmainnah sentiasa tenang mengahadapi ujian dan sentiasa merindukan kesenangan di akhirat dan sentiasa mengingati janji-janji Allah semasa ditimpa ujian.

45. Ihsan. Beribadatlah seolah-olah kamu melihat Allah. Jika tidak mampu rasai yakinilah Allah melihat kamu.

46. Al-Mufarridun. Lelaki dan perempuan yang banyak berzikir kepada Allah.

47. Dakwah dan taqwa tidak boleh dipisahkan. Islam menuntut umatnya membersihkan diri dan menperbaiki masyarakat. Golongan terbaik adalah mereka yang memenuhi syarat iaitu menyuruh kepada makruf dan mencegah mungkar (al imran 110).

48. Perkataan terbaik adalah menyeru manusia kepada Allah dan beramal soleh dan mengaku muslim (Fussilat 33).

49. Mulakan dakwah dengan diri sendiri dan susuli dengan orang lain (mustafa masyur).

50. 3 adab dakwah (imam al ghazali) iaitu ilmu (mengetahui suasana dakwah, batas-batas, penghalang dll), warak (menjauhi perbuatan salah) dan akhlaq (lemah lembut).

51. Beristiqamah, berpendirian, berperinsip, berintegriti dan bermaruah tinggi. Melakukan amalan secara berterusan. Orang yang beristiqamah dengan agama, malaikat akan turun kepada mereka dan mereka tidak akan takut dan bersedih serta akan bergembira dengan janji syurga (Fussilat 30).

52. Umat Islam diseru melakukan yang terbaik dan berkualiti. Aqwam dan Khair adalah perkataan superlatif iaitu Yang Paling Lurus dan Yang Terbaik. Melakukan sesuatu dengan ikhlas kerana Allah dan mengikut sunnah. Meletakkan matlamat keredhaan Allah sebagai matlamat tertinggi.

53. Ikhlas dan khusyuk adalah tanda dan ciri orang yang berjaya (al mukminun 1-2).

54. Kepintaran Spiritual (Spiritual Equotion) telah dikaji oleh Daniel Goleman, Dona Zahar dan Ian Marshall.

55. Orang yang bertaqwa adalah mereka yang bersegera memohon keampunan Allah, menafkahkan harta sewaktu senang dan susah, menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain.

2. Prinsip-prinsip kejayaan Nabi Muhammad saw

Menurut Al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w. merupakan contoh terunggul untuk ummah manusia keseluruhannya. Para pakar pengkaji sejarah yang bukan Islam turut mengiktiraf beliau sebagai salah seorang personaliti paling berjaya dalam sejarah.

Pada tahun 1946 Reverend Bosworth-Smith dalam ‘Mohammed & Mohammedanism.’ Menulis tentang Nabi s.a.w.:

“Daripada ketua kerajaan dan kepada ketua gereja, beliaulah ‘Caesar’ dan ‘Pope’ dalam satu; tetapi beliau adalah ‘Pope’ tanpa dakyah-dakyah politik, ‘Caesar’ tanpa barisan tentera ‘Caesar’, tanpa pengawal peribadi, tanpa mahligai istana, tanpa saraan pendapatan gaji yang tetap. Kalaulah ada dakwaan di dunia ini yang mengatakan adanya seorang manusia yang benar-benar memerintah di dunia atas kuasa yang datang terus dari langit maka orang itu hanyalah, Mohammad., Kerana hanya beliaulah seorang yang memiliki kuasa tanpa mekanisme jajahan kuasa dan tanpa pertolongan kerajaan. Beliau tidak mengendahkan tentang kuasa yang datang dari pengaruhnya. Kesederhanaan hidupnya mencerminkan caragaya hidupnya mentadbirkan persona dirinya dalam bersama orang ramai dan tidak terjejas langsung akibat kedudukannya sebagai orang yang paling berpengaruh di dunia ini.”

Pada tahun 1978 Michael Hart menulis dalam bukunya ‘100 orang paling berpengaruh dalam sejarah’, beliau memilih nabi Muhammad sebagai orang yang paling dalam sejarah dan berkata:

“Keputusan saya memilih Muhammad untuk mengetuai senarai nama orang yang paling berpengaruh di dunia mungkin akan mengejutkan pembaca dan pasti akan dipersoalankan orang, tetapi pada hemat saya beliau seorang sahaja yang berjaya baik dari peringkat sekular dan juga dari peringkat keagamaan…… Oleh kerana kebolehannya megadunkan dua unsur ini tanpa tolok bandingannya berbanding dengan personaliti-personaliti lain dalam sejarah maka saya merasakan Muhammadlah yang berhak mendapat jolokan sebagai seorang individu yang paling berpengaruh dalam lembaran sejarah tamadun manusia.”

Tingkah-laku serta ucapan yang keluar dari bibirnya memberi bimbingan untuk kita umat manusia untuk mencapai kejayaan , bukan sahaja di dunia ini tetapi juga di akhirat juga.

Nabi s.a.w. seorang yang berfikiran positif. Setiap urusannya adalah ke arah yang bermatlamat. Beliau mengelakkan dari setiap tindak-tanduk yang berunsur negatif yang akan menghalang proses kejayaan seperti benci, dengki, bongkak dan tamak, etc.

Setiap tindak-tanduknya adalah berniat bersih dan adalah kerana Allah s.w.t.

Dari mengkaji kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. kita akan memeperolehi prinsip-prinsip kejayaanya.

Prinsip pertama:

Ambil jalan yang mudah: Prinsip diterangkan oleh A’ishah. Beliau mengatakan:

“ Apabila nabi s.a.w. terpaksa memilih di antara dua pilihan beliau akan memilih pilihan yang lebih mudah” (Bukhari)

Memilih jalan yang mudah bermaksud bahawa anda perlu mengkaji masalah anda dengan rasional dan baik dan memilih yang paling bijak dan menyenangkan urusan kerja anda. Setiap individu yang bermula dengan natijah sebegini akan cepat menuju ke arah matlamat hidupnya.

Prinsip Kedua:

Lihatlah peluang dalam kesusahan: Sewaktu permulaan di Mekah, terdapat banyak masalah dan rintangan. Pada waktu itu satu petunjuk turun dari Allah s.w.t. yang berfirman:

“Seiring dengan kesusah adalah kesenangan. Seiring dengan kesenangan adalah kepayahan” (94:5-6).

Ini bermakna jika ada masalah pasti ada peluang yang datang seiringan dengannya. Jalan menuju kejayaan adalah dengan mengatasi masalah yang datang dalam setiap cubaan dan menyahut setiap peluang yang datang sekaligus bersamanya.

Prinsip ketiga

Bertindak dengan berubah tempat bermaustatin: Prinsip ini timbul hasil dari peristiwa Hijrah. Hijrah bukan sahaja satu penghijrahan dari Mekah ke Madinah . Ia merupakan satu pengembaraan untuk mencari satu tempat yang lebih sesuai untuk penubuhan agama Islam.

Berpindah adalah satu aspek penting untuk mencapai keamanan dan keadilan. Ini juga dapat membuahkan pembukaan minda dan rohani untuk menerima pembaharuan dari segi intelek, rohaniah dan pemikiran.

Prinsip keempat

Jadikan seorang kawan dari seoarng musuh: Agama Islam sering mendapat pertentangan hebat dari masyarakat jahiliyaiah. Ketika itu , Al-Quran menganjurkan melakukan baik untuk mereka yang melakukan jahat. Kemudian Al-Quran mewartakan:

‘Kamu akan menyaksikan lawan menjadi kawanmu’. (41:34).

Ia bermaksud bahawa dengan melakukan kebaikan terhadap orang yang mengkhianati kita dengan kejahatan kita akan dapat menundukkan keegoan mereka dengan sikap kita yang luhur dan ikhlas.

Contoh terunggul sifat kemanusiaan Nabi s.a.w. jelas sewaktu menawan kembali kota Mekah beliau tidak meumpahkan darah walaupun setelah beliau dilayan dengan sebegitu buruk terdahulu daripada itu. Semua musuh yang ditawan diberikan pengampunan termasuk Hinda, isteri Abu Sooyaan, wanita yang memotong serta mengeluarkan usus serta perut ayah saudara Nabi s.a.w. Dalam keadaan sedemikian Nabi s.a.w. tetap mengampunkan Hinda.

Prinsip kelima

Pendidikan adalah tunggak kejayaan: Selepas perang Badr, Lebih 70 orang jahiliyiah diambil sebagai tawanan perang. Mereka merupakan orang terpelajar. Nabi s.a.w. mengumumkan bahawa sekiranya mereka berjaya mengajar 10 anak-anak Muslim menulis dan membaca mereka akan dibebaskan dari tawanan perang. Ini merupakan sekolah pertama dalam sejarah Islam yang mana semua penuntutnya beragama Islam dan tenaga pengajarnya dari pihak musuh.

Prinsip keenam

Jangan berfikiran sempit: Dalam perang terkenal di Mutah, Khalid Ibn. Walid a.s. memutuskan untuk menarik diri pejuang-pejuang Islam dari medan perang kerana mendapati tentera Islam berada dalam jumlah yang sikit berbanding tentera-tentera lawan. Apabila mereka pulang , setengah orang Islam memfitnah mereka sebagai lari dari medan perang. Nabi s.a.w. membangkang seraya berkata,

“Tidak mereka adalah ahli pejuang yang mara ke hadapan”.

Ketika itu setengah penduduk Madinah berfikiran sempit dan menafsirkan keadaan sebagai samaada tentera melawan atau berundur. Nabi s.a.w. di sebaliknya berkata terdapat pilihan ketiga dalam aspek ini yakni mengelakkan peperangan seketika

untuk mengumpul kembali tenaga dan kekuatan selanjutnya kambali ke medan perang dengan keadaan lebih bersedia lagi menggerunkan terhadap pihak musuh.

Sejarah membuktikan strategi pemikiran jauh dan luas beliau dalam menangani masalah berjaya mendapat kejayaan yang membanggakan yang akhirnya menumpaskan musuh di sempadan Rom setelah menyiapkan tentera-tentera Islam selama tiga tahun untuk berhadapan dengan mereka.

Prinsip ketujuh

Jangan mengadakan atau memanjangkan konfrontasi yang tidak perlu: Prinsip ini timbul hasil dari perjanjian damai Hudaybiyyah. Ketika itu umat jahiliyiah berkeras untuk berperang dengan tentera Islam kerana mereka berkeadaan lebih baik dari segi strategi peperangan. Tetapi Nabi s.a.w. , sebaliknya memasuki perjanjian perdamaian bersifat unilateral untuk selama sepuluh tahun. Sebelum itu pihak Islam dan yang bukan Islam hanya bertemu di medan peperangan untuk menyelesaikan konflik mereka. Sejak itu konfrontasi hanya ditangani dengan perbincangan serta pertukaran maklumat mengenai perbezaan ideologi. Dalam masa dua tahun, Islam muncul unggul lantaran kerana ideologinya yang tiada tolok bandingannya tidak dapat dilawan.

Prinsip ke-lapan

Biar perlahan-lahan dan tidak radikal dalam perlaksanaan hukum: Prinsip ini termaktub dalam Hadith riwayat Bukhari. Ai’shah bersabda yang mana surah-surah awal penurunan ayat-ayat Al-Qur’an berkaitan rapat dengan syurga dan neraka. Selepas kepercayaan mula menyerap masuk ke dalam hati sanubari umat manusia , Allah s.w.t. menurunkan surah-surah untuk menyeru umat manusia menghentikan terus dari melakukan ketidakadilan dan amalan-amalan yang tidak bermoral yang membelenggui masyarakat Arab jahiliyiah itu ketika itu. Ini bukti sejarah yang jelas bahawa Islam menggemari cara kesederhanaan dan membenarkan cara evolusi dari revolusi dalam perlaksanaan polisi dan pembaharuan.

Prinsip kesembilan

Bersifat pragmatik dalam menangani konflik: Sewaktu menulis draf perdamaian di meja rundingan Hudaybiyyah nabi s.a.w. bersabda “Inilah utusan dari Muhammad utusan dari Allah s.w.t.” , kaum Quraish terus memberontak dengan ayat ini lantas Nabi s.a.w menyarankan ayat itu diubah-suai kepada ‘Muhammad, anak kepada Abdullah’. Ini mendiamkan pengkritik-pengkritiknya.

Ini hanyalah sebilangan kecil dari prinsip-prinsip yang Nabi Muhammad s.a.w. gunakan untuk mengatur langkah hidupnya. Kunci kejayaan prinsip-prinsip hidupnya diiktiraf oleh pengkaji sejarah sebagai tiada tolok bandingnya dan adalah bijak seandainya kita umat Islam cuba mencontohi kebijaksanaan beliau.

‘Pada dalam diri kamulah utusan dari Allah milik budi pekerti yang indah untuk setiap orang yang harapan mereka terletak pada Allah dan hari kemudian…’ (Quran 33:21)

3. 12 Langkah Agar Puasa Kita Sempurna

Agar puasa kita dapat sempurna ada beberapa tips yang mesti kita perhatikan. Untuk itu di sini dikutip sebuah tulisan dari Syaikh Abdullah bin Jarullah bin Ibrahim Jarullah dalam buku beliau yang berjudul Risalah Ramadhan tentang langkah-langkah mencapai kesempurnaan ibadah puasa yang berisikan:

1. Makanlah sahur, sehingga membantu kekuatan badanmu selama berpuasa. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

“Makan sahurlah kalian, sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat berkah.” (HR. Bukhari dan muslim)

“Bantulah (kekuatan badanmu) untuk berpuasa di siang hari dengan makan sahur, dan untuk solat malam dengan tidur siang “. (HR. Ibnu Khuzaimah)

2. Akan lebih utama jika makan sahur itu diakhirkan waktunya, sehingga mengurangi rasa lapar dan haus. Hanya saja harus hati-hati untuk itu anda hendaknya telah berhenti dari makan dan minum beberapa minit sebelum terbit fajar, agar anda tidak ragu-ragu.

3. Segeralah berbuka jika matahari benar-benar telah tenggelam. Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda :

“Manusia senantiassa dalam kebaikan, selama mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur” (HR. Al Bukhari, Muslim dan At Tirmidzi)

4. Usahakan mandi dari hadas besar sebelum terbit fajar, agar boleh melakukan ibadah dalam keadaan suci.

5. Manfaatkan bulan ramadhan dengan sesuatu yang terbaik yang pernah diturunkan di dalamnya, yakni membaca Al Quran.

“Sesungguhnya Jibril alaihis salam selalu menemui Nabi sallallahu alaihi wa salllam untuk membacakan Al Quran baginya.”
(HR. Al Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas Radhiyallahu anhu)

Dan pada diri Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ada teladan yang baik bagi kita.

6. Jagalah lidahmu dari berdusta, mengumpat, mengadu domba, mengolok-olok serta perkataan mengada-ada. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Barang siapa tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta maka Allah tidak butuh terhadap puasanya dari makan dan minum.” (HR. Al Bukhari)

7. Hendaknya puasa tidak membuatmu keluar dari kebiasaan. Misalnya cepat marah dan emosi hanya karena sebab yang kecil, dengan berrdalih bahwa engkau sedang puasa. Sebaliknya, mestinya puasa membuat jiwamu tenang, tidak emosional. Dan jika anda diuji dengan seorang yang jahil atau pengumpat, ia jangan anda hadapi dengan perbuatan serupa. Nasihatilah dia dan tolaklah dengan cara yang lebih baik. Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Puasa adalah perisai, bila suatu hari seseorang dari kamu berpuasa, hendaknya ia tidak berkata buruk dan berteriak-teriak. Bila seseorang menghina atau mencacinya, hendaknya ia berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa”.
(HR. Al Bukhari, Muslim dan para penulis kitab Sunan)

Ucapan itu dimaksudkan agar ia menahan diri dan tidak melayani orang yang mengumpatnya. Disamping, juga mengingatkan agar ia menolak melakukan penghinaan dan caci-maki.

8. Hendaknya anda selesai dari puasa dengan membawa takwa kepada Allah, takut dan bersyukur kepada-Nya, serta senantiasa istiqamah dalam agama-Nya. Hasil yang baik itu hendaknya mengiringi anda sepanjang tahun. Dan buah paling utama dari puasa adalah takwa, sebab Allah berfirman: “Agar kamu bertakwa”(Al-Baqarah: 183).

9. Jagalah dirimu dari berbagai syahwat (keinginan), bahkan meskipun halal bagimu. Hal itu agar tujuan puasa tercapai, dan mematahkan nafsu dari keinginan. Jabir bin Abdillah Radhiyallahu ‘Anhu berkata:

“Jika kamu berpuasa, hendaknya berpuasa pula pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu dari dusta dan dosa-dosa, tinggalkan menyakiti jiran tetangga, dan hendaknya kamu senantiasa bersikap tenang pada hari kamu berpuasa, jangan pula kamu jadikan hari berbukamu sama dengan hari kamu berpuasa”.

10. Hendaknya makananmu dari yang halal. Jika kamu menahan diri dari yang haram pada selain bulan Ramadhan maka pada bulan Ramadhan lebih utama. Dan tidak ada gunanya engkau berpuasa dari yang halal, tetapi kamu berbuka dengan yang haram.

11. Perbanyaklah bersedekah dan berbuat kebajikan. Dan hendaknya kamu lebih baik dan lebih banyak berbuat kebajikan kepada keluargamu dibanding pada selain bulan Ramadhan. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan ketika di bulan Ramadhan.

12. Ucapkanlah Bismillah ketika kamu berbuka seraya berdo’a:

“Ya Allah, karena-Mu aku berpuasa dan atas rezeki-Mu aku berbuka. Ya Allah terimalah daripadaku, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”

4. 16 TIPS Untuk Meransang Kehebatan Dalam Pergaulan

1. Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2. Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang( walaupun kita perlu berwaspada setiap masa)

3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang disekeliling kita.

4. Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi seseorang.

6. Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7. Pamerkan perasaan sayang  dan sentiasa sayang menyayangi antara satu sama lain.

8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

9. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.

10. Amalkan sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.

11. Sentiasa bersyukur dan redha di atas pemberian Allah.

12. Sentiasa memberi salam  atau ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama muslim.

13. Pamerkan simpati kepada setiap individu yang memerlukan simpati dan prihatin.

14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15. Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan dan keburukan orang lain.

Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi dengan doa.

5. Amalan zikir, surah pendek pengisi masa paling berkesan

AKTIVIS pertubuhan Islam di Amerika Syarikat, Dr Hisham Yahya Al-Talib pernah menulis, “Apakah yang terpanjang, terpendek, terpantas dan sangat perlahan, kita semua tidak mengendahkannya, tetapi selepas itu, kita semua menyesalinya?

“Tiada apa pun yang dapat dilakukan tanpanya, ia menelan segala yang kecil dan membina segala yang besar?”

Itulah masa.

Masa adalah yang terpanjang kerana masa adalah ukuran keabadian dan juga yang terpendek. Hal ini kerana tiada seorang pun antara kita yang mempunyai masa yang cukup untuk menyiap atau menyempurnakan segala tugas dalam kehidupan.

Bagi mereka yang gembira, masa berlalu terlalu cepat. Tetapi bagi mereka yang menderita, masa berlaku terlalu lambat.

Tiada apa-apa pun yang dapat dilakukan tanpanya. Hal ini kerana masa adalah satu-satunya pentas kehidupan kita. Masa juga adalah unsur asas bagi pembentukan kehidupan.

Masa menelan semua yang tidak berfaedah daripada generasi dalam bentuk kelalaian dan mengekalkan semua yang hebat dan berharga.

Manusia terbahagi kepada dua kategori. Pertama, manusia malang iaitu kumpulan yang murung atau pasif yang selalu memulakan sesuatu pada keesokan hari atau dengan perkataan lain, suka bertangguh.

Satu kategori lagi ialah kumpulan manusia yang hebat dan bersedia melakukan sesuatu berfaedah dengan segera. Bagi mereka tidak ada hari esok.

Membuang masa bukan hanya satu jenayah biasa, sebaliknya satu pembunuhan kejam.

Ramai percaya kepada ungkapan masa itu emas atau masa itu wang. Anehnya, kita tidak pernah terfikir untuk membiarkan sesiapa pun mencuri wang kita walaupun hakikatnya membiarkan manusia serta benda lain meragut masa kita.

Setiap pagi apabila bangun daripada tidur, buku catatan sudah tersedia untuk dipenuhi dalam masa 24 jam.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda bermaksud: “Pada setiap kali terbit fajar, ada dua malaikat menyeru: “Wahai anak Adam, aku adalah hari yang baru dan aku datang untuk menyaksikan semua amalan kamu.

“Oleh itu manfaatkan aku sebaik-baiknya kerana aku tidak kembali lagi hingga Hari Kiamat.”

Pada setiap hari, masa perlu diisi dengan perkara berfaedah dan mendatangkan kebaikan sama ada di dunia atau akhirat.

Sebagai manusia yang dikurniakan akal, kita boleh berfikir dan merancang pekerjaan yang mendatangkan keuntungan di dunia dan akhirat.

Rasulullah mengajar kita pelbagai amalan yang boleh dilakukan pada minit terluang yang biasanya dibiarkan berlalu begitu saja.

Apa-apa yang diajar kepada kita, sebenarnya sangat mudah. Tetapi, faedahnya cukup besar, terutama sebagai bekalan untuk menghadapi hari kemudian yang semakin hampir.

Antaranyaialah membaca Surah al-Mulk. Surah yang mengandungi 30 ayat itu boleh dibaca dalam masa lima minit saja. Surah ini jika dibaca setiap hari dapat menyelamatkan kita daripada seksaan kubur.

Dalam satu riwayat, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku bercita-cita supaya surah ini terpahat dalam hati setiap insan dari kalangan umatku.”

Surah al-Waqi’ah yang mengandungi 96 ayat dan boleh dihabiskan dalam masa lapan minit juga elok dijadikan amalan. Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesiapa yang membaca Surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan menjadi papa selama-lamanya.”

Begitu juga dengan Surah Yasin yang mengandungi 83 ayat dan memakan masa 12 minit untuk dibaca. Kegunaannya seperti yang diakui oleh kebanyakan ulama

bahawa tidak dibacakan surah ini ketika berada dalam kesulitan kecuali dimudahkan Allah kesulitan itu.

Mungkin ada yang berasa sukar untuk membaca surah di atas jika tidak menghafaznya. Bagi mereka ada gantinya. Bacalah ‘Qul Huwallahu Ahad’ (Surah al-Ikhlash) sebanyak tiga kali yang mengambil masa 15 saat saja. Pahalanya menyamai dengan membaca sebuah al-Quran!

Zikir tertentu sangat besar gunanya. Dinyatakan oleh Rasulullah dalam hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang berkata ‘Subhanallah wa biham dihi’ ditanamkan untuknya sebatang pokok kurma di syurga.”

Dalam riwayat lain Baginda bersabda bermaksud: “Sesiapa yang berkata ‘Subhanallah wa biham dihi’ 100 kali dalam sehari, dihapuskan kesalahannya meskipun kesalahan itu sebanyak buih di lautan.”

Pengulangan zikir itu sebanyak 100 kali hanya memerlukan masa hanya tiga minit.

Sudah ada kebun kurma di syurga, pastinya kita memerlukan kediaman untuk beristirehat.

Untuk mendapat sebuah rumah, Rasulullah mengajar umatnya supaya mengerjakan solat sunat rawatib 12 rakaat dalam satu hari, dua rakaat sebelum fardu Subuh, dua sebelum fardu Zuhur serta dua selepasnya, dua selepas fardu Maghrib dan dua selepas fardu Isyak.

Setiap dua rakaat solat sunat rawatib itu memakan masa tiga minit, maka 12 rakaat hanya memerlukan 18 minit.

Itu hanya contoh. Jika dikira sekalipun, jumlah amalan itu tidak sampai satu jam daripada 24 jam yang Allah berikan kepada kita.

Namun begitu jika tidak dirancang, masa itu berlalu dengan sia-sia. Banyak lagi ayat dan zikir pada waktu pagi, petang atau malam yang boleh diamalkan, khususnya pada waktu terluang yang biasanya dibiarkan berlalu begitu saja.

Ibnu Mas’ud berkata bahawa Rasulullah bersabda kepadanya: “Aku bertemu dengan Nabi Ibrahim pada malam aku diisrakkan. Baginda berkata kepadaku: “Wahai Muhammad! Sampaikan kepada umat kamu salam dariku.

“Khabarkan kepada mereka, sesungguhnya syurga adalah tanah yang subur, airnya jernih lagi nyaman. Ia kosong dan lapang. Tanamannya ialah: Subhanallah, walhamdulillah, walailahaillallah, Allahu Akbar.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Perlu diingat bahawa apa-apa pun yang dilakukan harus berdasar kepada keimanan yang tulus suci dan keikhlasan yang murni.

Tanpa keikhlasan amalan itu tidak bermakna dan hancur laksana debu berterbangan.

Firman Allah bermaksud: “Dan Kami tujukan perbincangan kepada apa yang mereka kerjakan daripada jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.” (Surah al-Furqan, ayat 23)

Amalan baik yang dilakukan dengan perancangan betul, berlandaskan keimanan dan mengharap rahmat serta reda Ilahi pasti membuahkan kejayaan baik di dunia mahupun akhirat.

Firman Allah bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, baik lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.” (Surah An-Nahl, ayat 97).

6. KEJAYAAN

“Sebenarnya apakah itu kejayaan?” Kejayaan adalah peningkatan segala sesuatu yang berharga, yang anda inginkan dari kehidupan.

Objek dari hasrat hati boleh berubah dan sangat berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Semua ini bergantung pada nilai-nilai yang terdapat pada diri kita. Untuk orang-orang tertentu, pengumpulan wang merupakan tanda kejayaan. Bagi orang lain pula, kejayaan bererti membesarkan anak-anak yang baik, bahagia dan sihat. Bagi yang lain pula, bererti memberikan perkhidmatan kemanusiaan seperti menjadi guru, imam, pekerja sosial: Peningkatan dalam bidang usaha tertentu akan dikatakan kejayaan oleh orang lain.

Apa pun erti kejayaan bagi kita, hal ini harus selalu disertai dengan kebahagiaan dan kedamaian batin. Secara umum kita sering mengatakan lelaki dan wanita kaya sebagai orang yang berjaya. Sedangkan beberapa kegagalan terbesar dalam hidup adalah memiliki berjuta-juta dollar tetapi hidupnya menderita. Wang tidak pernah menjadi ukuran kejayaan.

Maha Pencipta tidak pernah mengharap makhluk-Nya akan menjalani hidup yang sempit dan merana. Kita diciptakan untuk sama-sama menikmati keberkatan hidup yang melimpah. Kita dicipta untuk berkongsi kelimpahan yang mengelilingi kita. Wang memang baik, tetapi tidak sepatutnya dinilai lebih tinggi dari manusia.

Apa pun peningkatan berharga yang anda kehendaki dalam hidup ini, boleh anda perolehi. Kita mempunyai anugerah lengkap untuk mendapatkan kejayaan. Tidak ada seorang pun yang dapat menghalang anda untuk berjaya, kecuali diri anda sendiri. Anda memiliki kekuatan dan kemampuan dalam diri anda. Jarak antara anda dengan peningkatan kejayaan harus ditempuh dengan pengembangan, pembentangan kekuatan dan kemampuan yang ada dalam diri anda.

7. BAGAIMANA MENGHADAPI TENSION : TEGANGAN DAN TEKANAN

Setiap hari, ada-ada sahaja perkara yang mencabar kesabaran dan menekan jiwa kita. Anak meragam, suami buat tidak perduli, isteri merajuk atau bermasam muka, rakan sepejabat [kantor] mengumpat di belakang, perniagaan tidak menguntungkan, saham jatuh nilai dan lain-lain lagi. Begitulah nasib kita manusia. Sejauh mana pun kita cuba untuk mengelakkan perkara-perkara yang mengganggu keselesaan kita, ia tetap akan berlaku juga.

Sebagai makhluk yang diciptakan, sedikit pun kita tidak ada kuasa untuk menolak ketentuan Tuhan. Kalau Tuhan mahu kita sakit, walau bagaimana sekali pun kita cuba menjauhi penyakit, kita tetap akan jatuh sakit. Kalau Tuhan tidak mahu kita menjadi kaya, walau bagaimana sekali pun kita mengusahakan kekayaan, ia tidak akan dimiliki juga. Sememangnya usaha manusia itu tidak dapat menentukan apa-apa.

Lantas, persediaan apa yang perlu kita buat untuk menghilangkan tension ketika menghadapi pelbagai bentuk nasib ‘malang’ yang pasti menimpa kita? Antaranya ialah:

1. Mengenali diri kita sebagai penerima nasib malang itu dan juga mengenali Tuhan sebagai pemberinya. Kita harus kenal bahawa diri kita adalah hamba ciptaan yang sangat lemah dan tidak ada apa-apa. Malah dalam penciptaan diri kita sendiri, kita tidak ada campurtangan, tidak ada tanam saham, langsung tidak ada memberi modal sama sekali. Keputusan untuk mencipta diri kita sendiri pun semuanya dibuat oleh Tuhan. Selain daripada seluruh badan kita yang begitu unik dan kompleks itu,Tuhan jugalah yang memberi kita daya usaha, fikiran dan perasaan. Lantaran itu, apabila Tuhan timpakan sesuatu kesusahan ke atas diri kita, inilah peluang untuk kita sedar bahawa diri kita adalah hamba yang lemah dan tidak punya apa-apa kuasa. Mungkin selama ini kita rasa berkuasa, rasa mampu dan rasa boleh, sehingga kita terlupa untuk bergantung dan berharap kepada Tuhan.

2. Setiap takdir Tuhan ke atas kita, selain kekufuran, semuanya mengandungi hikmah dan pengajaran. Antaranya ialah:

a. Kalau Tuhan sekali-sekala sakitkan kita, sudah tentu ada maksud yang baik dari Tuhan. Antara maksud-maksud baik Tuhan ialah Dia hendak hapuskan dosa kita, Dia mahu kita insaf di atas kelemahan diri kita, Dia mahu kita ingat-ingatkan kesalahan kita dan membaikinya serta bertaubat, Dia mahu kita rasai penderitaan orang lain agar kita menjadi orang yang lebih prihatin dan simpati. Dia juga mahu kita lebih bergantung dan berharap kepada-Nya.

b. KalauTuhan sekali-sekala miskinkan pula, tentu ada maksud pendidikan juga. Mungkin Dia mahu kita mendapat pahala sabar kerana miskin. Dia mahu kita rasai penderitaan orang miskin. Dan tentunya Dia mahu kita meneliti balik segala tindak-tanduk kita, apakah kita sudah melakukan apa-apa kesalahan dan kesilapan yang menyebabkanTuhan tidak membantu kita.

c. Begitu juga apabila kita sekali-sekala dihinakan. Mungkin Tuhan mahu kita bertaubat kerana kita pernah menghina atau menzalimi orang lain ataupun Dia mahu kita ungkai rasa sombong yang bersarang di dalam hati kita. Atau Tuhan sengaja memberi kesusahan itu kerana Dia mahu mengangkat darjat kita di sisi-Nya.

d. Apabila berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati kita, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan.

Penyakit-penyakit inilah yang membuatkan kita tension. Bila tension, barulah kita tahu kita siapa. Kalau sebelum ini nampak lemah lembut, bila tension kita boleh jadi marah-marah tidak tentu pasal. Kalau selama ini nampak sabar sahaja, bila tension kita boleh bertindak di luar batasan. Pendek kata, segala sesuatu yang ditimpakan ke atas kita adalah untuk kebaikan diri kita. Dia mahu mendidik setiap kita agar kita kembali kepadaNya sebagai hamba yang diredhai-Nya. Dengan ini, kita akan terselamat dari kemurkaan-Nya.

3. Hendaklah pandai menerima ketentuan dan takdir Tuhan secara positif supaya hati kita akan tenang dan kita juga akan mendapat hasil yang positif daripadanya. Sebaliknya, kalau kita menerimanya secara negatif, hati kita akan tertekan dan tension dan sudah tentu kita juga akan mendapat hasil yang negatif.

Contohnya: Kita ditakdirkan mendapat anak-anak yang nakal. Setiap hari, ada sahaja kelakuannya yang sangat mengganggu kita. Kalau kita menerimanya secara positif, kita akan berkata kepada diri kita, “Kerana dosa akulah anak-anak aku ini nakal. Allah buat seperti ini untuk membersihkan dosa-dosa aku yang

lepas.”Ataupun kita boleh berkata begini, “Tuhan beri aku ujian ini untuk memberi aku pahala sabar. Kalau aku sabar, bukan sahaja aku akan dapat ganjaran di sisi Tuhan tetapi yang lebih penting, aku dapat mendekatkan diri kepada Tuhan.”

Kalau beginilah penerimaan kita, tentulah kita tidak akan marah-marah atau membebel [babble], merotan, memukul dan menghukum anak di luar batasan atau mengamuk-ngamuk kepada suami kita pula. Sebaliknya, kita akan terus-menerus menasihatinya dengan baik dan mendoakan anak kita agar

dia menjadi anak yang soleh satu hari nanti. Dan lazimnya, berkat baik sangkanya kita kepadaTuhan, anak itu akan menjadi anak yang baik apabila dia besar. Ini selaras dengan firman Tuhan yang maksudnya: “Aku di atas sangkaan hamba-hambaKu ke atas-Ku. “

Penerimaan yang negatif pula ialah kita akan merungut-rungut kerana nasib yang ditimpakan itu, kita akan bersikap marah-marah serta melepas geram dengan menghukum anak serta terbawa-bawa sikap marah itu kepada orang lain. Hati kita mungkin berkata,”Kenapalah Tuhan berikan aku anak yang senakal ini,” atau kita akan berkata, “Tidak guna dapat anak macam ni. Bukannya menyenangkan, menyusahkan saja.”Akibat didikan yang kasar itu serta sangkaan-sangkaan yang buruk terhadap Tuhan, anak itu bila

besar kelak akan menjadi anak yang tidak baik akhlaknya. Tension yang kita hadapi bila anak itu kecil akan terus kita hadapi sehingga dia besar. Bukan sahaja anak kita yang rugi, kita juga akan turut rugi sama. Ini semua kerana buruk sangkanya kita dan tidak pandainya kita menerima takdir Tuhan.

Lantaran itu, terimalah segala takdir Tuhan dengan sebaiknya. Anggaplah setiap takdir itu sebagai didikan terus dari Tuhan dengan penuh kasih sayang. Dengan sikap sebegini, hati tidak akan tension, kita dapat

menambah rasa kehambaan serta dapat pula mengungkai sifat-sifat yang tidak baik dalam diri kita dengan lebih cepat. Malahan kita juga tidak akan mengakibatkan kesan tidak baik kepada orang di sekeliling kita.

8. BAGAIMANA MENJADI UMAT YANG TERBAIK

S

Text Box: Sebenarnya kita merupakan umat pilihan disisi Allah swt. Malah boleh kita katakan kita merupakan umat yang terbaik berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Imran, ayat 110 bermaksud “Kamu merupakan umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia. Kamu menyeru kepada maaruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah“.


Mengikut Imam Qatadah, Khalifah Omar Al-Khattab pernah berkata berhubung ayat ini, sesiapa yang suka digolongkan dalam golongan umat yang terbaik ini, tunaikanlah syarat Allah yang terdapat dalam ayat ini.

Sahabat nabi berjaya menunaikan syarat-syarat ini. Syarat-syarat ini ialah :

1 ) Mengajak kepada maaruf

2 ) Mencegah kemungkaran

3 ) Beriman dan melaksanakan tuntutan iman yang telah ditetapkan oleh Allah.

Perkara ini telah berjaya ditunaikan oleh para sahabat. Justeru mereka telah berjaya mencipta sejarah kegemilangan yang tidak ada tolok bandingannya. Jika kita pada hari ini juga mampu melaksanakan syarat-syarat yang 3 ini, insyaallah kita juga akan berjaya.


Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan. Dunia tidak pernah menemui golongan sehebat umat ini. Mengikut sebuah hadis bertaraf hasan yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, nabi bersabda yang bermaksud “ Kamu menggenabkan 70 umat yang diutus dan kamu merupakan golongan yang terbaik dan termulia dari kalangan mereka “.


Dunia terutamanya dunia barat sepatutnya berterima kasih kepada umat ini kerana tanpa sumbangan kita iaitu umat islam, dunia tidak akan mengecap kemajuan dan pembanggunan seperti yang dikecap pada hari ini. Hal ini pernah dinyatakan tanpa

segan silu oleh Carleton S ataupun Carly Fiorina, Pengerusi ataupun CEO Hewlett Packard Company. Ketika beliau menyampaikan ucapan yang bertajuk Technology Business And Our Way Of Life: What’s next pada 26 September 2001 di Minneapolis Minnerota.

Beliau berkata “Pada suatu ketika dahulu, ujud satu tamadun yang terbesar didunia. Empayarnya begitu luas, bersambung-sambung dari lautan ke lautan menjangkau kawasan utara tropika dan padang pasir. Dibawah kekuasaannya terdapat ratusan juta manusia dari perbagai agama, bangsa dan keturunan. Salah satu bahasanya menjadi bahasa universal yang digunakan dalam percakapan sebahagian besar manusia pada hari ini iaitu bahasa arab. Tentera-tenteranya dianggotai oleh manusia dari perbagai latarbelakang dan penaklukannya mendatangkan keamanan dan kemewahan yang tidak ada tolok bandingannya, Perniagaan yang melibatkan tamadun ini berkembang dari Amerika Latin hingga ke negara China dan juga antara kedua-duanya. Tamadun ini hidup subur digerakkah oleh ciptaan-ciptaan baru. Arkitek-arkiteknya mampu membina banggunan tinggi yang melawan gravity. Pakar-pakar matematiknya mencipta konsep Algebra dan Algoritma dan konsep-konsep ini membantu pencitaan computer dan encryption pada hari ini. Tokoh-tokoh perubatannya menemui ubat-ubatan baru yang digunakan untuk merawat perbagai penyakit. Tokoh-tokoh astronominya menoropong langit dan memberi nama kepada bintang-bintang dan sekaligus membuka jalan kepada penerokaan angkasa raya. Penulis-penulisnya telah menulis ribuan cerita “.

Akhirnya Carly Fiorina menutup ucapannya dengan berkata “Tamadun yang saya maksudkan ini sebenarnya ialah tamadun islam yang berkembang dari tahun 800 – 1600 masihi“.

Itulah kita tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan. Kita yang bernama umat islam. Umat terbaik yang dicipta oleh Allah swt. Umat yang dipuji oleh ramai tokoh di barat termasuk Carly Fiorina. Umat ini terbaik kerana mereka mementingkan ilmu, takwa dan amal.

Jadi, marilah sama-sama kita mementingkan ilmu, takwa dan amal. Kita ledakkan ketiga-tiga ini dalam diri, keluarga dan seluruh kehidupan kita dan insyaallah dengan itu kita akan menegakkan yang maaruf dan meruntuhkan kemungkaran dan melaksanakan tuntutan iman kepada Allah.
Semoga kita dapat melaksanakan agenda ini insyaallah.

9. Ringkasan Buku : Bagaimana Menyentuh Hati (At-Tariq Ilal Qulub) – Syeikh Abbas As-Siisiy

Muqaddimah

Perhatikan tongkat signal di stesen keretapi. Dengan menggerakkanya sedikit, landasan akan bergeser, dan perjalanan keretapi pun berubah arah. Demikianlah halnya dengan hati. Gerak hati akan menentukan arah kehidupan seseorang. Ia demikian menentukan “Jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh, bila ia buruk maka buruklah seluruh tubuh”. Demikian sabda Rasulullah saw mengenai hati.

Dakwah sesungguhnya berorientasikan mengubah arah kehidupan umat manusia, dari kebatilan menuju kebenaran, dari keracunan menuju kejelasan. Dan semua itu bermula dari hati. Keberhasilan dan kegagalan dakwah semata-mata bergantung dari bagaimana seorang daie menyentuh hati objek dakwahnya.

Dalam buku ini, Syeikh Abbas As-Siisiy memberikan berbagai uraian tentang dakwah secara unik. Yakni dengan mengangkat berbagai kisah, mulai dari kisah sahabat bersama Rasulullah saw hingga kisah pengalamannya dalam berinteraksi dengan medan dakwah, baik yang dialami sendiri maupun yang disaksikannya. Dari kisah-kisah nyata itulah beliau mengambil beberapa hikmah dan pelajaran yang sangat bermanfaat bagi kita semua, sebagai para daie.

Buku ini semestinya dimiliki oleh setiap muslim, aktivis dakwah, ahli harakah Islam dalam usaha untuk menyampaikan dakwah dengan lebih berkesan.

1. Islam adalah agama ‘misi dan dakwah’. Ibadat bukan sekadar aktiviti lahiriah tetapi juga melibatkan roh dan mempunyai peranan sosial dan dakwah.

2. Ciri-ciri yang mesti dimiliki oleh seorang daie:

a. Memahami rahsia jiwa seseorang.

b. Mampu menghiasi diri dengan watak sabar dan lapang dada.

c. Mempunyai firasat yang tajam dan hujah yang kuat. “Waspadalah kalian firasat seorang mukmin, kerana ia melihat dengan cahaya Allah”

d. Memiliki kemampuan untuk membangkitkan ‘indra ketuhanan’ dengan seruan yang baik, cara yang baik, berdialog, hujah yang lebih baik serta contoh teladan yang baik.

e. Taqwa kepada Allah dan yakin kepada janji-janji Allah. (An-Nur 55).

3. Rasulullah meninggalkan kepada kita cara untuk berdakwah yang mudah untuk diikuti oleh sesiapa sahaja.

4. Perbaikilah dirimu terlebih dahulu dan serulah orang lain.

5. Tugas daie adalah membetulkan kefahaman umum yang salah terhadap Islam.

6. Dalam fasa pembentukan (takwin), perhatian kepada uswah hasanah kepada masyarakat Islam dengan cara memantapkan iman, pemahaman dan toleransi dalam masalah khilaf & furu’.

7. Melaksanakan dakwah secara tadarruj (berperingkat). Memulakan dengan diri, keluarga, kerabat terdekat dan masyarakat.

8. Al-Quran adalah pusat pembangkit ‘tenaga’ kepada kaum muslimin. Tugas daie adalah mengalirkan kekuatan ini dari sumbernya ke setiap hati muslim.

9. Apabila berdakwah, ingat anda bukanlah seorang ulama @ fuqaha tetapi anggaplah anda sedang memberi hadiah kepada orang lain.

10. Kenalilah pasti potensi diri secara ruhiah.

11. Mengenal pasti kebaikan yang ada pada orang lain dan memupuknya.

12. Tugas daie ibarat seorang guru atau doktor. Menghayati hati dan cara fikir pelajar dan menghapus penderitaan pesakit dengan kata-kata dan ubat yang sesuai.

13. Perilaku dan contoh tauladan seorang daie yang ikhlas akan mempunyai pengaruh yang lebih besar daripada tulisan dan ceramah.

14. Menghargai indra yang dikurniakan oleh Allah melalui tatapan mata yang dipenuhi rasa iman dan kasih sayang.

15. Daie ibarat hati, maka barangsiapa yang tidak menghidupkan hatinya, ia tidak mendapat sambutan dari masyarakat.

16. Hati yang beriman adalah sumber penggerak.

17. Perasaan dan kasih sayang adalah ‘bahasa’ antarabangsa yang dipergunakan oleh daie dalam menghadapi seluruh penduduk bumi, hingga kepada orang bisu sekalipun. Dengan ‘bahasa’ inilah, generasi pertama umat ini dapat menakluki dunia.

18. Menghafal nama adalah langkah awal untuk mengikat hati dan melahirkan sifat mempercayai sesama individu.

19. Hendaklah tanam rasa ingin dan suka menghafal nama orang lain

20. Ketika sedang berkenalan, cepat-cepat hafal nama, ingat dan mengunakannya pada ketika itu juga ketika bercakap-cakap.

21. Ketika berkenalan dengan orang yang baru, cuba untuk ingat kepada orang mempunyai nama yang sama yang telah anda kenal sebelum ini.

22. Pada waktu berkenalan, anda harus perhatikan wajah (janggut, kaca mata, warna kulit, suara, bentuk tubuh, pekerjaan) dan keadaannya serta di mana dan waktu perkenalan itu berlangsung.

23. Untuk memantapkan ingatan, tulis namanya dan setiap kali bertemu hendaklah anda memanggil mereka dengan nama-nama tersebut.

24. Ketika bertemu lagi, anda harus mengingat-ingat pertemuan-pertemuan sebelumnya dan pertemuan pertama kali. Ini akan membantu anda dalam mengingati namanya dengan cepat.

25. Berkenalan dengan seseorang merupakan pintu bagi anda untuk berkenalan dengan teman-temannya, sehingga anda mempunyai data nama yang amat banyak.

26. Sabda Nabi : “Termasuk sifat angkuh adalah seorang yang masuk ke dalam rumah temannya, lalu dihidangkannya makanan, ia tidak mahu memakannya. Dan seorang lelaki yang bersama dengan lelaki lain dalam perjalanan, tetapi ia tidak menanyakan namanya dan nama orang tuanya” (Ad-Dailami)

27. Sabda Nabi: “Senyummu pada wajah saudaramu adalah sedekah.” Setiap yang datang dari Rasulullah adalah metod dakwah dan manhaj tarbiyyah.

28. Hak muslim ke atas muslim yang lain. 1- Memberi salam, mencari ketika tidak kelihatan, menziarahi ketika sakit, memenuhi undangan, mengucapkan hamdalah ketika bersin, menghantar jenazah ketika mati.

29. “Kamu tidak akan dapat membahagiakan orang lain dengan hartamu, tetapi yang dapat membahagiakan mereka dalah wajah yang ceria dan akhlak yang mulia”

30. Cara bertutur dan penampilan akan mempengaruhi manusia kerana pada dasarnya jiwa manusia tertarik dengan penampilan yang indah dan baik.

31. Pernah Hassan Al Banna ditanya, “Kenapa anda tidak menyusun buku?” Beliau menjawab, “Tugas saya bukanlah untuk menyusun buku, kerana buku biasanya akan diletakkan di perpustakaan dan sedikit sekali orang mahu membacanya. Lain halnya dengan seorang muslim, ia adalah ‘buku yang senantiasa terbuka’ ke mana pun ia berjalan, itu adalah dakwah.”

32. Berapa banyak daie yang tidak pandai bericara dan berkhutbah, tetapi dengan rahmat Allah banyak mad’u yang berdiri di sampingnya disebabkan oleh getaran jiwa, pantulan wajah, kelembutan perasaan, penampilan yang simpatik ditambah dengan keimanan yang mendalam, serta kefahaman yang syumul dan benar.

33. Mus’ab bin Umair ra adalah utusan pertama diutus oleh Rasulullah ke Madinah, mempunyai wajah yang tampan dan penampilan yang baik.

34. Sabda Rasulullah saw “Barangsiapa memandang saudaranya dengan kasih sayang nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya”. Maksudnya, pandangan yang ditujukan kepada hati dan mengajaknya berbicara dengan lemah lembut.

35. Menjadi kemestian kepada seorang daie untuk menyebarkan salam, memulakan salam apabila berjumpa, memanggil orang dengan nama yang paling disukainya, memberikan tempat duduk di dalam majlis, berjabat tangan, membalas keburukan dengan kebaikan,

36. Kalian diutus untuk mempermudah dan bukan untuk mempersulit. Sesungguhnya kamu mempunyai tugas untuk berdakwah dengan bijaksana dan dengan nasihat yang baik.

37. Orang-orang seperti di dalam kisah Badwi yang kencing di dalam masjid nabi, adalah sasaran dakwah kita. Lalu bagaimana kita akan mampu mendakwahi jika sebelumnya kita sudah memarahi dan menyakitinya.

38. Anak merupakan batu permata bagi pembentukan sebuah masyarakat Islam, umpama lembaran kertas putih yang masih bersih. Oleh kerana itu, kita harus bersegera menuliskan ketaqwaan dan akhlak Islam pada kertas itu sebelum didahului dan ditulisi dengan tulisan yang menyesatkan oleh orang lain. Dalam satu pesanan Imam Hassan Al-Banna mengatakan, “Seandainya dapat, saya ingin sekali menyampaikan dakwah ini kepada setiap anak yang

dilahirkan”. Rasulullah saw, apabila bertemu dengan anak kecil, beliau berhenti dan menunduk seraya menyapanya dengan lembut serta mengusap kepalanya dengan penuh kasih sayang.

39. Banyak aktivis dakwah mengukur keterlibatan orang lain dalam kancah dakwah dengan kayu ukur yang sempit dan terbatas. Seseorang yang tidak mahu mencurahkan semua potensi, waktu, dan hartanya dianggap sebagai cacat. Ketika seorang itu masih berstatus mahasiswa, ia memiliki waktu untuk dakwah (jemaah) yang relatif banyak, namun sumbangan dermanya relatif sedikit. Setelah lulus dan menjadi pegawai, ia memberikan sumbangan yang lebih besar, tetapi memiliki waktu luang yang lebih sempit untuk dakwah (jemaah). Ketika ia berkahwin, nilai harta dan waktu baginya menjadi berkurang. Bahkan ketika mempunyai anak, ia tidak dapat memenuhi tugas-tugasnya selain menurut kemampuannya. Dalam pandangan para aktivis dakwah, sering menjadi persepsi bahawa setiap orang harus mencurahkan sesuatu yang dimilikinya, padahal Allah berfirman, “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Al-Baqarah 286). Dakwah menuntut penglibatan setiap muslim sesuai dengan kadar yang tidak sampai mempersulit kehidupannya. Bahkan yang wajib adalah sebaliknya. Setiap muslim harus menyedari bahawa, masing-masing memiliki tugas dan misinya sesuai dengan potensi yang telah diberikan oleh Allah kepadanya.

40. Seorang daie tidak boleh bersikap tergesa-gesa ketika menjalankan dakwah terhadap seseorang mad’u. Mulai dengan memahami mad’u terlebih dahulu.

41. Penampilan seorang daie harus berseri-seri dan ceria dalam segala situasi dan keadaan. Seorang daie tidak boleh bermuka masam dan tidak ceria sewaktu menghadapi orang lain.

42. Ketahuilah, setiap manusia mempunyai potensi menerima dan menolak.

43. Tugas seorang daie adalah menuntun kaum muslimin mencapai tujuan Islam dan risalahnya untuk menyelamatkan umat manusia dan membebaskannya dari perhambaan kepada selain Allah.

44. Seorang daie harus memiliki sifar cerdas dan bersih. Cerdas akalnya dan bersih hatinya. Hati bersih yang dapat mencintai dan menyayangi orang lain.

45. Seorang daie harus senantiasa husnuzzan )bersangka baik), tidak merendahkan yang lain, atau merasa dirinya lebih baik dari yang lain, atau merasa dirinya lebih baik dari yang lain dalam barisan dakwah. Bahkan, seorang daie pada saat tertentu ada di depan, pada saat yang lain ada di barisan belakang.

46. Sesungguhnya jalan menebus hati dalam dakwah tidak tergantung pada ceramah, khutbah, atau pengajian sahaja. Tetapi juga dapat menggunakan cara-cara yang menyenangkan hati, namun tidak menyimpang dari ketentuan syarak. Cara inilah yang seharusnya digunakan dalam menyampaikan risalah dakwah kepada semua kalangan umat Islam yang beraneka latar belakang, wawasan dan lingkungan.

47. Sesungguhnya, fitrah anak kecil tiu lembut, bersih dan sensitif. Wajib para daie memahami bahawa anak kecil itu mudah terpengaruh oleh setiap gambar, gerakan dan ucapan. Adalah menjadi kewajipan kita untuk menanamkan cerita-cerita yang menyenangkan, mengembirakan, dan membangkitkan keceriaan. Rasulullah saw bersabda “Berilah khabar gembira dan jangan membuat mereka lari”.

48. Sabda Rasulullah saw “Janganlah kalian menganggap remeh suatu kebaikan walau hanya sekadar bermuka ceria ketika bertemu saudaramu”. Apabila anda mengucapkan salam kepada seseorang, baik kenal atau tidak, bererti anda telah menghargai dirinya.

Kisah-kisah teladan

49. Ada seorang pemuda masuk ke dalam masjid lalu menunaikan sembahyang, sedangkan di lehernya melingkar seutas kalung emas. Baru saja ia menolehkan wajahnya ke kiri sebagai tanda selesai solatnya, tiba-tiba beberapa orang yang ada di masjid itu mendekatinya dan dengan nada marah mereka menjelaskan bahawa memakai emas itu haram hukumnya bagi lelaki. Bahkan ada di antara mereka yang hampir mengusirnya dari masjid. Seandainya para daie itu memahami ajaran agama mereka, pasti mereka akan mengetahui bahawa pemuda itu berasal dari lingkungan yang tidak Islamik dan kedatangannya ke masjid itu dalam rangka kembali ke jalan Allah swt. Sebetulnya sikap yang harus diambil adalah merasa gembira dan menyambutnya dengan baik kerana ia adalah aset bagi kita, andai saja mereka memahami.

50. Mungkin masih ramai yang kita dapati pada masa ini, orang yang melarang anak-anak ikut solat berjemaah di masjid dengan alasan bahawa mereka (anak-anak) ini membuat bising, bergaduh dan bermain air (membazir air). Mereka tidak mengetahui bahawa dengan sikap itu mereka telah menjauhkan anak-anak mereka dari Islam dan menghalang perkembangan fikiran anak-anak itu dari pertumbuhan dan pendidikan Islamik dalam masa-masa subur mereka.

51. Pada hari-hari I’tikaf di bulan Ramadhan di Masjid As-Salam, Iskandaria, ada dua orang pemuda berwajah tampan dengan pakaian mahal, masuk ke dalam masjid, sedangkan di leher mereka melingkar kalung emas.

Kemudian keduanya ikut solat berjemaah bersama kami yang memakan waktu selama kurang lebih 2 jam dengan tertib dan sabar. Setelah solat selesai, saya dan beberapa ikhwah yang lain mendekati keduanya, serta menyambut mereka dengan baik dan penuh penghormatan. Setelah perkenalan, kami mengetahui bahawa keduanya adalah mahasiswa Universiti Kaherah yang sedang bercuti musim panas. Saat hari raya pun, mereka ikut melaksanakan solat hari raya di lapangan Universiti Iskandariah dan turut berbahagia merayakan hari besar itu bersama lautan manusia yang hadir di tempat itu. Tidak lama setelah hari-hari yang mengukir kejadian itu berlangsung, saya telah mendapatkan keduanya melepaskan kalung emas yang mereka pakai tanpa harus menggunakan gertakan yang kadang-kadang membuat mereka lari dan tidak akan kembali ke masjid. Yang harus kita fahami saat ini adalah bahawa sebelum pemuda itu datang ke masjid, ia berada dalam sebuah lingkungan yang dipenuhi dengan aktiviti yang sia-sia. Ketika Allah membuka hatinya, lalu ia datang ke masjid, dan sesampainya di masjid ia disambut dengan cacian dan kerutan wajah, maka nafsunya akan mengajaknya kembali ke tempatnya semula. Orang yang menyebabkannya lari dari masjid juga akan menanggung dosa.

52. Saya pernah didatangi oleh seorang mahasiswa yang memberitahu bahawa beberapa orang akan mengadakan konsert muzik. Ia bersama teman-temannya akan mencegah konsert ini dengan jalan apa pun, termasuk dengan cara kekerasan. Saya katakan padanya “Saya sepakat dengan kalian dalam menghentikan konsert ini. Tetapi, sampaikanlah pendapat dan nasihatku ini kepada mereka. Tidak pantas bersuka ria di saat banyak peristiwa menyedihkan, baik lokal maupun antarabangsa. Bagaimana kita bernyanyi-nyanyi sementara puluhan ribu kaum muslimin terbunuh, terluka, dan terusir. Bencana Palestin masih terus berlangsung dan masa depan Islam di kedua negara tersebut masih suram. Sementara itu perang saudara di Somalia telah menelan ratusan berlipat kali ganda daripada perang saudara di Yugoslavia. Musibah banjir besar telah meragut korban di Iskandaria, serta musibah-musibah lain di berbagai tempat. Lalu untuk apa kita bernyanyi-nyanyi? Apakah hati kita sekeras batu? “Mereka tidak akan menerima nasihat ini!” ujar mahasiswa tersebut. Lalu saya katakan, “Cuba tanya mereka, apa yang akan dinyanyikan? Apakah syair cinta murahan dan lagu selera rendah? Kalau memang demikian bererti masyarakat ini sedang sakit perasaannya dan tidak akan memunculkan sesuatu kecuali keburukan. Seharusnya pada masa-masa krisis yang sedang melanda kita ini, kita menjauhi suara-suara yang tidak berguna. “Saya tidak akan mengatakan seperti yang anda anjurkan tadi, tetapi saya akan katakan kepada mereka, bahawa Allah telah mengharamkan nyanyian dan kami akan bubarkan pesta itu di depan panitia penganjur!.” Jawab mahasiswa tersebut. Kemudian saya katakan kepadanya, “Kamu ini masih baru di kancah dakwah, mengapa tidak mengambil pelajaran dari pengalaman orang terdahulu dari kamu? Apalagi Islam mempunyai banyak musuh yang sedang menanti, jadi jangan

tunjukkan kepada mereka kekurangfahaman dan keburukan tindakan kita!” Akhirnya mereka ditangkap oleh pihak polis dan sebahagian lagi masuk penjara. Saya selalu memberi nasihat kepada aktivis Islam untuk sentiasa bersikap bijaksana dalam dakwah. Saya tekankan agar tidak memberi peluang kepada musuh-musuh Islam untuk menyerang dan memojokkan Islam mahupun para daie hanya gara-gara yang disebabkan sikap ceroboh. Hendaklah tujuan utamanya adalah pembinaan aqidah, akhlaq dan ibadah. Adapun masalah-masalah khilafiyah, tidak ada hubungannya dengan dakwah dan prinsip amar makruf nahi mungkar. Bila timbul khilaf, hendaknya dibahasa pada bidangnya (pada masalah fekahnya sahaja). Adapun mengalihkan ke bidang dakwah merupakan kesalahan besar

10 A Bagaimana Mengurus Kesunyian

AMIR Hamzah, seorang penyair terkenal, menyebutkan sunyi dalam rangkap bait puisinya, “Sunyi itu duka, sunyi itu kudus. Sunyi itu luka, sunyi itu lampus.” Dalam bahasa yang mudah kesunyian adalah suatu keadaan yang menyebabkan jiwa dan hati rasa terasing. Ia boleh menyebabkan manusia digigit resah dan dipaut pasrah. Daripadanya kedukaan menghimpit.

Sunyi itu juga boleh membawa keadaan yang tenang. Ketenangan boleh menyebabkan manusia melihat ke dalam diri dan mencari kekuatan. Bagi ahli ibadah, bangun tengah malam dalam suasana sunyi mendekatkan dirinya dengan Allah s.w.t.. Lahir kekudusan yang amat dalam dan manusia berasa jiwa kehambaan yang amat tinggi.

Sunyi juga boleh mengheret insan berasa tertekan. Dirinya semacam rasa tidak dikasihi dan mengasihi. Terasa yang amat sangat dirinya seolah-olah ditinggalkan dan hidup dalam keterasingan. Keadaan tertekan menyebabkan hati jadi luka. Dan dalam kelukaan yang parah hati kehilangan rasa dan akhirnya menjadi rosak ataupun lampus. Ia merasakan semalam yang berlalu penuh dengan kesunyian dan apabila besok menjelang kesunyian menjadi teman hidupnya.

Mengurus kesunyian bukanlah suatu hal yang mudah. Remaja yang hatinya ceria amat suka berkawan. Kawanlah menjadi tempat berbual, berbincang, mengadu dan meminta nasihat. Tanpa kawan, remaja akan sunyi. Kesunyian adalah sesuatu yang amat mencengkam. Kesunyian tidak hanya berlaku kepada remaja.

Ia berlaku kepada semua peringkat kehidupan manusia. Seorang lelaki yang kematian isteri yang disayang akan berasa sunyi yang amat sangat apabila ketiadaan isteri di sisinya lagi. Seorang anak yang kehilangan ibu dan ayah juga merasakan kesunyian yang luar biasa.

Seorang tua yang berumur dan tinggal seorang diri merasakan perjalanan hidup yang sunyi dan menggigit. Kawan berbual tidak ada. Masalah diri ditanggung sendiri. Simpati yang diharap tak kunjung datang. Akhirnya menangisi nasib dalam duka yang berpanjangan.

Cabaran dan godaan juga sering datang pada waktu sunyi. Manusia mempunyai nafsu dan naluri. Kesunyian yang tidak terpandu boleh menyebabkan manusia

melayani bisikan syaitan dan iblis. Mengisi kesunyian sewaktu menerima bisikan syaitan dan iblis boleh mendorong seseorang melakukan maksiat dan kemungkaran. Seseorang boleh lupa kepada diri, lupa kepada agama dan lupa kepada Allah s.w.t. kerana kesunyian menjadikannya membuat pilihan yang salah.

Mengurus kesunyian memerlukan pedoman. Bagi remaja, naluri berkawan adalah dorongan yang utama dalam hidup. Remaja memerlukan kawan untuk berbual, bertukar-tukar pandangan, memohon nasihat, berkongsi perasaan dan masalah. Remaja memerlukan kawan supaya tidak berasa sunyi. Ada ketikanya kawan yang didampingi adalah kawan yang baik dan ada ketika bertemu dengan kawan yang sebaliknya.

Banyak kajian menunjukkan bahawa pengaruh kawan atau rakan sebaya menjadi faktor utama dalam memahami tingkah laku dan gelagat remaja hari ini. Kecenderungan remaja terlibat dalam amalan merokok dan salah guna dadah, umpamanya, antara lain ialah faktor pengaruh kawan di samping keinginan mencuba. Pengaruh rakan sebaya besar kesannya mempengaruhi hidup seorang remaja.

Sahabat

Dalam memilih kawan, remaja harus memilih kawan yang baik. Kawan yang baik tidak sahaja menjadi teman mengatasi kesunyian tetapi menjadi sahabat pada waktu susah dan senang. Kawan yang baik menjadi tempat berbual perkara-perkara yang berfaedah, memberi dan menerima nasihat yang berguna serta menjalankan kegiatan bersama yang boleh memberi manfaat. Kawan yang baik adalah kawan yang tahu batas benar dan salah dan sekiranya remaja terlanjur atau terlajak, ia akan menasihatinya.

Remaja yang menjalani rutin hidup jangan dibelenggu oleh suasana kesunyian. Ada ketikanya remaja perlukan kesunyian untuk mencari kekuatan dan menumpukan perhatian kepada sesuatu. Menelaah dan mengulangkaji bahan-bahan pelajaran tentunya memerlukan suasana yang tidak bising dan mengganggu.

Ada ketikanya remaja memang suka mengurung diri dalam bilik dan tidak ingin diganggu. Tetapi suasana sunyi akan bertukar menjadi beban dalam hidup apabila remaja mula berasa sunyi. Sunyi adalah membosankan dan sunyi perlu diisi dengan kegiatan-kegiatan yang terlarang.

Bagi remaja yang dirundung suasana sunyi, perasaan menjadi sunyi dan hati juga menjadi sunyi. Jiwa terasing mula dirasakan. Remaja tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Akhirnya apa yang tergerak itulah yang dilakukan. Kadang-kadang yang dilakukan adalah sesuatu yang salah dan tidak bermanfaat.

Merokok dianggap sebagai teman mengisi kesunyian. Menonton bahan-bahan lucah boleh mengisi cita rasa mengatasi kesunyian. Akhirnya amalan sebegini menimbulkan ketagihan dan remaja ingin terus melakukannya lagi tanpa pengetahuan orang lain.

Bila kesunyian boleh mendorong remaja melakukan kegiatan negatif, remaja harus bijak mengurus saat-saat sebegitu. Langkah pertama yang boleh dilakukan ialah berhubung dengan kawan-kawan yang baik dan boleh dipercayai supaya perbualan dapat berlaku, pertemuan dapat berjalan dan pertukaran pendapat mengambil tempat.

Adanya teknologi canggih seperti komputer boleh digunakan untuk melakukan chit-chatting yang berfaedah, melayari Internet dan laman web yang memberi maklumat dan ilmu yang berguna. Seterusnya remaja harus memiliki hobi seperti membaca, bermain dan bersukan bila melalui masa-masa lapang dan tidak membiarkan kesunyian membelenggu hingga menyebabkan remaja menjadi resah dan kehilangan arah.

Komunikasi dengan ibu bapa, adik-beradik adalah langkah terbaik bagaimana kehidupan di rumah berlaku dengan riang dan ceria. Sekiranya komunikasi dalam keluarga dapat berlaku secara baik, ia secara jangka panjang akan mengukuhkan hubungan kekeluargaan, ada perasaan ambil tahu dan saling berkongsi di kalangan anggota keluarga dan menyebabkan hubungan sekeluarga menjadi rapat dan erat.

Apa sahaja masalah yang dilalui oleh remaja boleh ditanya dan dikongsikan dengan ibu bapa. Ibu bapa adalah lambang contoh yang mendidik para remaja dan ibu bapa adalah tempat mengadu daripada masalah dan penyelesai kepada kebuntuan yang dihadapi. Ibu bapa adalah orang yang selalunya bersifat jujur dan sayang kepada anak-anaknya. Sifat ini harus dimanfaatkan oleh remaja supaya masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan bijaksana.

Remaja Islam yang baik boleh mengurus kesunyian dengan baik juga. Masa terluang akan diisi dengan kegiatan yang memberi faedah. Ada ketikanya remaja Islam perlukan orang lain sebagai teman berbicara. Ada ketikanya remaja Islam perlukan suasana yang sunyi dan tenang untuk melakukan komunikasi dengan Pencipta.

Solat merupakan jalan terbaik bagaimana komunikasi dengan Allah s.w.t. dapat berlaku. Remaja akan melakukan rukuk dan sujud untuk membina jiwa kehambaan yang tinggi. Daripada jiwa kehambaan yang tinggi menerusi amalan membentuk hati, iman dan takwa menyebabkan remaja takut melakukan perlanggaran dalam syariat Allah.

Remaja akan berasa insaf apa saja yang dilakukan dalam hidup tidak akan terlepas daripada pemerhatian Allah. Remaja akan merasakan bahawa hidup yang berkat adalah di bawah keredaan Allah.

Remaja yang bertakwa adalah remaja yang sering merasakan bahawa dalam melakukan apa-apa terutama pada waktu sunyi, remaja akan sentiasa conscious ataupun ingat bahawa Allah ada di mana-mana. Sesetengah remaja apabila tidak berada di depan ibu bapa atau orang yang diseganinya akan melakukan sesuatu di luar batasan terutama pada waktu dalam kesunyian.

Jangan biarkan kesunyian membelenggu hingga sunyi menggigit hati dan mencengkam rasa dan menyebabkan jalan keluarnya ialah melakukan perlanggaran yang membawa akibat buruk kepada diri remaja. Jadilah remaja yang sentiasa ingat kepada Allah, tahu batasan dan larangan-Nya dan sentiasa patuh dengan ajaran-Nya.

Isilah masa dengan kegiatan yang berfaedah, tingkatkan ilmu dan pengetahuan supaya remaja merasakan sunyi adalah teman, sunyi adalah ruang mencari kekuatan dan sunyi menjadikan remaja orang-orang sentiasa berfikir mengenai kebaikan dan dapat menghindarkan diri daripada terjebak dengan kegiatan-kegiatan yang terlarang.

Oleh DR. SIDEK BABA

– PROFESOR DR. SIDEK BABA ialah pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

11. Petikan dari buku BERANI GAGAL

1. Saya telah lebih banyak belajar daripada kesilapan2 saya daripada kejayaan2 saya (Sir Humphry Davy)

2. Kita tidak belajar daripada kejayaan2 kita, kita belajar daripada kegagalan2 kita (John Naisbitt – Pengarang Megatrends Asia)

3. Kita lebih banyak mendapat kebijaksanaan daripada kegagalan berbanding dengan kejayaan. Kita sering mengetahui apa yang akan kita buat dengan menentukan apa yang tidak akan kita buat. Dan semungkinnya orang yang tidak pernah membuat kesilapan tidak pernah juga membuat penemuan (Samuel Smiles)

4. Watak tidak boleh dibina dengan mudah dan senyap2. Hanya melalui pengalaman2 dugaan dan penderitaan sahaja semangat boleh diperteguh, wawasan diperjelas, cita2 diilhami dan kejayaan dicapai (Helen Keller)

5. Anda memerlukan sebanyak mungkin pengalaman2 getir untuk menzahirkan keunggulan anda (Richard Nixon)

6. Hanya setelah menuruni lembah yang terdalam barulah anda dapat menilai keindahan gunung yang tertinggi (Richard Nixon)

7. Terdapat faedah praktis yang terbaik dalam mengalami beberapa kegagalan awal2 lagi dalam hidup (Thomas Henry Huxley)

8. Kesusahan dan kekalahan membolehkan kita mengembangkan akal kita dan maju ke hadapan (Thomas Henry Huxley)

9. Berlian itu adalah sebutir arang batu yang menjadi unggul akibat tekanan (Tidak bernama)

10. Kepuasan itu terletak pada usaha, bukan pada pencapaian. Usaha sempurna itu adalah kemenangan sempurna (Mahatma Ghandi)

11. Kejayaan itu suatu perjalanan, bukan suatu tempat tujuan – separuh daripada keseronokannya terdapat dalam menuju ke sana (Gita Bellin)

12. Orang yang gagal dalam hidupnya ialah orang yang hidup dan gagal belajar

13. Kebanyakan orang membuat satu kesilapan yang sama … dengan menganggap kegagalan sebagai musuh kejayaan…. anda semestinya mempergunakan kegagalan untuk kebaikan anda….. Teruslah mara dan buatlah segala kesilapan. Buatlah sebanyak mana yang mungkin anda buat. Kerana ingatlah bahawa disitulah tempat anda menemui kejayaan – di sebalik kegagalan. (Thomas Watson – IBM)

14. Kekuatan dan perkembangan hanya terhasil melalui usaha dan perjuangan berterusan

15. Kita tidak mungkin menemukan lautan baru jika kita tidak berani belayar jauh dari pantai

16. Orang yang tidak mempunyai cukup keberanian untuk bermula itu sememangnya telah pun tamat (Unanimous)

17. Hidup ini sama ada suatu pengembaraan yang mencabar dan berbahaya ataupun tiada apa-apa (Helen Keller)

18. Sebatang anak tangga itu bukanlah dimaksudkan sebagai tempat merehatkan sebelah kaki sipemanjatnya, tetapi sekadar sebagai tempat berpijak sejenak cukup untuk membolehkannya meletak kaki yang sebelah lagi di suatu tempat yang lebih tinggi (Thomas Henry Huxley)

19. Satu-satunya orang yang tidak membuat kesilapan adalah orang yang tidak berbuat apa-apa. Janganlah takut kepada kesilapan dengan syarat anda tidak mengulangi kesilapan yang sama (Roosevelt)

20. Tiap-tiap orang mempunyai bakat. Apa yang berkurangan adalah keberanian untuk menyusuli bakat itu ke tempat gelap yang ditujuinya (Enic Jang)

21. Orang terganggu bukannya oleh perkara yang berlaku, tetapi oleh pendapat mereka tentang yang berlaku (Epitetus)

22. Banyak bakat yang terbazir hanya kerana kekurangan sedikit keberanian. Setiap hari menyaksikan pengebumian orang-orang yang sungguh menghampakan yang sifat penakut mereka menghalang mereka daripada membuat percubaan pertama (Sydney Smith)

23. Bersusah hati tentang apa yang tidak anda miliki adalah membazirkan apa yang anda mlliki Ken Keyes)

24. Muda atau tua itu bukannya bergantung pada tarikh masa, tetapi keadaan jiwa. Tugas kita bukanlah menambah usia kepada kehidupan kita, tetapi menambah kehidupan kepada usia kita (Myron J. Taylor)

25. Fikiran yang disemai, tindakan yang dituai.Tindakan yang disemai, tabiat yang dituai

26. Tabiat yang disemai, peribadi yang dituai. Peribadi yang disemai, nasib yang dituai (Unanimous)

27. KEJAYAAN DAN KEGAGALAN

Aku tidak memilih untuk menjadi insan biasa

Adalah hakku untuk menjadi berbeza

Aku mencari kesempatan, bukannya keterjaminan

Tidak kuingin menjadi warga pelihaharaan

Lemah dan terpedaya dek terbiasa dengan jagaan negara

Aku ingin mengambil risiko terhitung

Untuk mengimpikan dan membina, untuk gagal dan berjaya

Galakan tidak kan kutukarkan dengan elaun pengangguran

Lebih kusukai cabaran hidup daripada elaun pengangguran

Lebih kugemari cabaran hidup daripada elaun pengangguran

Lebih kugemari cabaran hidup daripada kewujudan lesu yang terjamin

Keghairahan pencapaian daripada kesempurnaan hambar

Tidakkan ku perdagangkan kebebasan dengan derma sumbangan

Tidak juga maruah dengan sedekah

Tidak kan aku ketakutan di hadapan sebarang tuan

Tidak juga kan kutunduk kepada sebarang ugutan

Sudah menjadi warisanku untuk sentiasa berdiri teguh

Bangga dan tidak gentar

Berfikir dan bertindak untuk diri sendiri

Dan menghadapi dunia dengan penuh berani

Dan berkata ‘Inilah yang kulakukan’

Inilah erti sebenarnya menjadi seorang insan

13. BAGAIMANA UNTUK MENGAWAL STRESS

Masalah di tempat kerja, kesesakan lalulintas dan kesibukan melayan kerenah anak – anak di rumah amat memeningkan kepala. Kadangkala tension jadinya. Dalam erti kata lain, anda sebenarnya mengalami stress atau tekanan.

Stress merupakan penyakit emosi yang tidak dapat dipisahkan di dalam kehidupan kita. Pada umumnya, stress ialah ancaman terhadap individu. Ia lahir daripada perubahan luaran atau dalaman yang melebihi keupayaan individu untuk mengendalikannya sehingga menjejaskan kehidupan harian.

TANDA – TANDA STRESS

Tanda – tanda stress boleh dibahagikan kepada empat iaitu fizikal, psikologikal, tingkah laku dan sosial.

TANDA FIZIKAL

1. Sakit kepala.

2. Cepat penat, lemah, letih, tidak bermaya dan banyak berpeluh.

3. Berdebar – debar, sakit dada, sesak nafas seolah – olah sakit jantung.

4. Cirit – birit, kerap buang air dan mudah mendapat penyakit fizikal seperti asma, sakit jantung, darah tinggi dan diabetis.

5. Penyakit kulit dan kanser. Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan keadaan pesakit bergantung kepada turun naik emosi. Penyakit barah misalnya, lebih cenderung mengalami stress. Kajian juga menunjukkan sesiapa yang mengalami stress yang tinggi, mati dalam usia yang muda.

TANDA PSIKOLOGIKAL

Tension, tidak tenang, risau, resah, murung, sedih, cepat marah (moody) dan cepat bosan.

TANDA SOSIAL

1. Hubungan antara suami, isteri, jiran dan rakan sekerja yang terjejas.

2. Penyalahgunaan dadah.

3. Menghisap rokok secara berlebihan.

4. Kemalangan.

5. Selalu ponteng kerja.

6. Produktiviti merosot.

PUNCA – PUNCA STRESS

Keadaan Fizikal

1. Persekitaran yang kotor, bising, sesak sama ada di rumah atau di tempat kerja.

2. Penyakit fizikal seperti penyakit jantung.

Psikologikal

Berlakunya perubahan yang memerlukan penyesuaian seperti :

1. Perubahan tempat kerja seperti majikan, rakan atau persekitaran yang baru.

2. Memulakan alam rumahtangga.

3. Kehilangan orang yang tersayang atau harta benda.

4. Berasa tercabar atau terancam. Contohnya, lambat datang kerja menimbulkan perasaan takut dimarahi bos, bersalah terhadap dosa yang dilakukan atau gagal penuhi cita – cita.

STRESS DI TEMPAT KERJA

Kebanyakan mereka yang mengalami stress terdiri daripada golongan yang bekerja. Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan stress. Antaranya :

1. Pekerjaan yang terdedah kepada kecederaan dan keselamatan.

2. Beban kerja terlampau banyak.

3. Bekerja dalam tempoh yang panjang.

4. Terlibat dengan oarang ramai seperti jururawat dan doktor.

5. Hubungan antara organisasi. Contohnya, tidak boleh menyesuaikan diri dengan rakan sekerja dan adakalanya bertentangan dengan peribadi, kepercayaan atau agama.

6. Konflik peranan.

7. Kekaburan tugas.

8. Sikap ketua di tempat kerja.

Namun, buakan semua orang yang menghadapi stress akan mengalami kesan yang sama. Tindak balas terhadap stress bergantung kepada personaliti seseorang itu. Antara personaliti tersebut ialah:

Personaliti A

Personaliti ini banyak dikaitkan dengan penyakit yang berkaitan dengan stress seperti jantung dan darah tinggi. Biasanya seseorang yang mempunyai personaliti A bercita – cita amat tinggi, motovasi diri yang tinggi, kuat bekerja, selalu sibuk dan cemas serta sentiasa mementingkan kerja manakal hal – hal lain adalah tidak penting.

Golongan ini banyak mneghabiskan masa untuk bekeja tanpa fikirkan keseronokan. Golongan ini juga kurang mempunyai hubungan dengan orang lain. Mereka selalunya tidak dapat menerima kegagalan.

Personaliti B

Individu yang tenang, membuat kerja satu persatu, tidak terburu – buru mempunyai ekspektasi yang realistik dan boleh menerima kegagalan. Golongan ini boleh mengendalikan stress dengan baik,

Personaliti Bimbang

Individu yang mudah risau dan tension dalam apa jua keadaan walaupun hanya melibatkan perkara kecil.

Personaliti Tidak Asertif

Individu yang berpesonaliti seperti ini biasanya tidak selesa meluahkan perasaan marah, tidak seronok atau tidak suka. Lebih suka memendam perasaan dan tidak selelsa menerima pertolongan orang lain serta menanggung segala beban sendiri. Golongan ini juga tidak boleh mengatakan tidak.

CARA MENGENDALIKAN STRESS

1. Sokongan Sosial daripada keluarga, rakan sekerja dan ketua.

2. Mengubah persekitaran, tindakbalas dan persepsi. Kenal pasti tempat baru yang akan dituju agar dapat mengurung stress.

3. Menanam tabiat yang dapat meningkatkan rintangan terhadap stress. Contohnya, mengamalkan cara hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang, mengimbangi kehidupan kita dan melakukan kerja secara tenang.

4. Ambil masalah yang dihadapi secara positif. Contohnya, anggaplah segala musibah yang datang sebagai penghapus dosa. Kesedihan, kesusahan di dunia adalah kegembiraan di akhirat.

5. Meluahkan perasaan dan berkongsi masalah.

6. Mengendalikan perasaan dan masalah secara berkesan.

7. Melakukan sesuatu untuk menghilangkan kebosanan.

8. Membentuk jaringan sokongan yang baik, pengurusan masa, perubahan persepsi dan menerima kenyataan.

9. Mengimbangi aktiviti.

10. Ubahsuai prinsip hidup.

11. Menerima stress sebahagian dari hidup.

14. Hadis-Hadis Rasulullah saw tentang Pengurusan Masa (Umur)

‘’Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu yaitu nikmat sehat dan waktu lapang.” (HR Bukhari)

“Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, ditanyalah tentang usianya, dihabiskan untuk apa; tentang ilmunya, digunakan untuk mengerjakan apa; tentang hartanya, diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa; tentang badannya, digerakkan untuk apa.” (HR Tirmidzi).

“Manfaatkanlah lima kesempatan sebelum datang kesempitan. Manfaatkan usia mudamu sebelum kamu tua, manfaatkan sehatmu sebelum sakit, gunakan kekayaanmu sebelum kamu miskin, gunakan waktu lapangmu sebelum kamu sibuk dan manfaatkan hidupmu sebelum kamu mati.” (HR al-Hakim)

“Laksanakan segera amal shaleh karena tujuh hal: sebelum datang kemiskinan yang membuatmu lupa, kekayaan yang menyesatkan, penyakit yang membinasakan, ketuaan yang melumpuhkan, kematian yang mendadak, dajal sebagai makhluk terjahat yang senantiasa mengintip atau datangnya kiamat yang sangat pahit dan amat mengerikan.” (HR Tirmidzi).

15. Iman dan Kehidupan (Dr Yusof Al Qardhawi)

1. Iman menimbulkan getaran pada perasaan, memberikan pengaruh yang membekas pada kemahuan.

2. Iman menjadikan bangunnya bersemangat, merupakan senjata paling ampuh, mewujudkan jiwa pejuang.

3. Iman merupakan asas pembinaan kehidupan dan keperibadian.

4. Iman adalah rahsia kekuatan dan kemuliaan.

5. Iman adalah pembangkit daya gerak, menimbulkan semangat bekerja dan berkorban.

6. Iman dengannya akan melenyapkan kebimbangan, membangkitkan keyakinan dan keberanian.

7. Iman menjelaskan rahsia kehidupan dan kematian.

8. Iman akan menanamkan kemerdekaan pada diri, meyakini perlindungan dan pertolongan Allah.

9. Iman menimbulkan rasa harga diri, melenyapkan perasaan rendah diri dan kekosongan jiwa.

10. Iman denganya malaikat akan sentiasa mengawal dan Tuhan sentiasa bersamanya.

11. Iman menimbulkan rasa tanggungjawab, menghilangkan rasa kecewa dan putus asa.

12. Iman melawan pengaruh nafsu, menjadikan hati tenang dan tenteram.

13. Iman denganya fikiran menjadi lapang dan perasaan menjadi tenang.

14. Iman adalah air, makanan, udara dan cahaya kepada jiwa dan hati manusia.

Iman dan Kehidupan__________________________________________________

15. Iman adalah sumber kebahagiaan, ketenangan, kepuasan, keamanan batin dan kehidupan yang baik (hayaatan tayyibah).

16. Iman melapangkan kesempitan, mengusir keluh kesah, menyuburkan fitrah, membongkar rahsia alam.

17. Iman menghilangkan keraguan, menjadi benteng pertahanan dan tali pergantungan yang kukuh.

18. Iman menjelaskan tujuan dan menerangi jalan

19. Iman menghilangkan kesulitan, membangkitkan harapan

20. Iman melapangkan perasaan, memberi kekuatan kepada jiwa, menanam kemahuan.

21. Iman membuang rasa benci kepada diri sendiri, menghargai nikmat, tidak menyesali masa lalu.

15. ISTIQAMAH

Artikel ini menerangkan secara ringkas berkenaan istiqamah. Istiqamah merupakan salah satu ciri penting yang membezakan antara seorang mukmin dengan yang fasik, malahan ia juga dapat membezakan seorang muslim yang benar-benar ikhlas dengan seorang munafik. Malah Allah s.w.t juga lebih memandang kepada amalan yang kecil tetapi dilakukan secara istiqamah daripada amalan afdhal yang dilakukan jarang-jarang. Ini menunjukkan betapa pentingnya sifat istiqamah dalam diri setiap manusia.

Selain daripada itu, istiqamah juga mampu menguatkan iman dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. Sekiranya suatu amalan dilakukan secara istiqamah, ia juga dapat mengalahkan sifat-sifat mazmumah dalam diri khususnya sifat tidak ikhlas. Ikhlas dapat dipupuk secara perlahan-lahan melalui amalan yang istiqamah.

Begitu juga dalam jemaah, ahli-ahli yang istiqamah pasti akan dapat menguatkan jemaah kerana mereka sentiasa bekerja keras untuk memastikan kejayaan. Contohnya dalam kegiatan-kegiatan pusat seperti gathering dan kursus, ahli-ahli yang sentiasa istiqamah dalam memberikan komitmen akan melicinkan pengurusan program-program tersebut. Apabila pengurusan organisasi tersusun, maka jemaah akan cenderung untuk berkembang.

Insya-Allah kita perlu menanamkan sikap istiqamah ini dalam diri kita secara perlahan-lahan dimulai dengan perkara-perkara kecil diikuti oleh perkara-perkara yang lebih sukar. Lama kelamaan kita bukan saja akan menjadi seorang yang berjaya secara individu, tetapi juga aset yang cukup berharga kepada jemaah.

ISTIQAMAH________________________________________________________

PENGERTIAN ISTIQAMAH

Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Daripada pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqamah:

  1. Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah.
  2. Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam.
  3. Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.
  4. Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.
  5. Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran.

Istiqamah menjadi tuntutan agama.

Sifat yang mulia ini menjadi tuntutan Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah Taala dan Rasulnya .

(Surah Fusilat Ayat ‘ 6)

Ertinya:  Katakanlah ( Wahai Muhammad ):  “Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada Aku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; maka hendaklah kamu teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaanya)……

(Rawahul Muslim)

Ertinya:  Katakanlah:  Saya beriman dengan Allah kemudian teguhkan pendirian kamu.

Ruang lengkap Istiqamah

Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan.  Jelasnya, segala amalan yang dapat dirumuskan dalam pengertian ibadah samada fardu ain atau fardu kifayah memerlukan istiqamah:

16. Jalan Lurus Mencapai Kebahagiaan

Siapapun orang di kalangan kaum muslimin pasti pernah mendengar kata ‘aqidah’. Di berbagai kesempatan yang berkaitan dengan hal-hal yang bersifat keagamaan perkataan ini sering terucap. Bahkan para ustadz, kiyai dan dai menyatakan bahwa aqidah merupakan pondasi bangunan Islam. Apakah sebenarnya faedah dan keutamaan dari aqidah Islam itu ?, tulisan berikut akan sedikit mengulas tentang hal tersebut.

Bilal adalah seorang budak hitam milik seorang qurays yang bernama Umayah. Ketika terbit cahaya Islam, Bilal merupakan salah seorang yang Allah beri hidayah untuk merasakan cahaya islam tersebut. Beliau bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang benar kecuali Allah. Kian hari semakin kokoh dan subur benih Islam di hati beliau.

Sampai suatu ketika tuan beliau yang masih dalam kekafiran mengetahui keislaman beliau dan murka. Bilal dipaksa untuk kembali kepada kekafiran dan beribadah kepada beragam sesembahan yang ada. Iman yang bersemayam di hati Bilal membuatnya tegar menghadapi berbagai siksaan yang luar bisa kejamnya. Bilal disiksa dengan dijemur di tengah terik matahari padang pasir, ditindih tubuhnya dengan batu besar dan disiksa dengan berbagai siksaan lain yang luar biasa kejam. Namun di saat diuji dengan siksaan itu, hati beliau merasakan sejuknya sebuah keimanan, sehingga terlontar dari mulut beliau yang mulia….Ahad (Allah Maha Esa)…Ahad..

Kita akan terheran, dan mungkin akan segera bertanya mengapa Bilal dan para sahabat yang lain begitu tegarnya menghadapi ujian, intimidasi dan siksaan yang seberat itu ? Jawabnya adalah, karena mereka telah mendapatkan sebuah kebahagiaan yang hakiki.

Kebahagiaan yang tidak banyak dipahami oleh kebanyakan orang. Karena umumnya manusia menyatakan bahwa bahagia itu adalah kekayaan yang melimpah, rumah indah, kendaraan mewah dan terpenuhinya segala fasilitas keduniaan.

Memang itu semua adalah pendukung kebahagiaan di dunia, namun dalam dataran kehidupan, kita banyak menemukan orang yang telah terpenuhi segala materi dunianya tetap saja merasakan kesumpekan hidup, tidak tenang, stress, bahkan tak jarang mengakhiri kehidupannya dengan bunuh diri… naudzubillah min dzaalik.

Inikah kebahagiaan ?

Mungkin ada pula yang akan berkata, kalau demikian bahagia itu harus meninggalkan urusan dunia, hidup miskin, mengembara, tidak usah punya isteri dan keluarga atau…………? Itu juga bukan sebuah kebahagiaan yang benar, karena kebahagiaan bisa dinikmati oleh si kaya maupun si miskin, tua atau muda dan segala kalangan.

Berkaitan dengan hal ini para ulama mendefinisikan kebagiaan dengan ketenangan hati, lapangnya dada, dan merasa cukup dengan pemberian Allah. Itulah kebahagiaan, dan segalanya hanya bisa teraih dengan keimanan yang benar, sebagaimana sabda Nabi shallalllahu alaihi wa sallam

“Sungguh mengherankan perkaranya orang mukmin, karena setiap perkaranya akan baik baginya, apabila dia mendapatkan kenikmatan maka dia bersyukur dan itu baik bagi dia, dan apabila ia mendapatkan musibah maka ia bersabar maka itupun baik bagi dia” (HR Bukhari)

Inilah peran sebuah keimanan atau aqidah yang benar, yang mengantarkan seseorang kepada kebahagiaan yang sebenarnya.

Dunia memang tidak pernah sepi dari kesedihan dan kesenangan, kemudahan dan kesukaran. Menghadapi hal tersebut seorang insan muslim yang beraqidah lurus akan selalu tegar menghadapi goncangan badai kehidupan. aneka ragam musibah, seperti kekurangan harta, kekurangan jiwa (kematian anak atau keluarga), kekurangan bahan pangan, pakaian atau ancaman, insya Allah akan mampu diatasi dengan ketegaran. Di dalam hatinya dipenuhi rasa harap kepada Allah, ketergantungan kepada Allah, tawakal, sabar , dan ridha terhadap ketentuan Allah. Tak goyah imannya dengan ujian-ujian tersebut bahkan semakin kokoh, mendorongnya untuk lebih mendekat kepada Allah dan mengikhlaskan doa hanya kepadaNya semata. Ia mengaplikasikan sabda rasulullah shallalllahu alaihi wa sallam

“Apabila engkau meminta mintalah kepada Allah dan apabila engkau memohon pertolongan maka mohonlah kepada Allah.” (H.R. Tirmidzi)

Maka disaat itulah bertambah ketenangan dan kebahagiaan di dalam hatinya, yang kebahagiaan itu tak dirasakan oleh mereka yang tak kenal akan Tuhannya. Ia pun yakin akan firman Allah :

“Apabila Allah menimpakan bahaya kepadamu maka tidak ada yang mampu mengangkatnya kecuali Dia.” (QS Al An ‘am)

Hal tersebut di atas berbeda dengan mereka yang lemah aqidah dan imannya. Ujian yang datang sering membuat goncang, putus asa, mengumpat takdir atau terkadang lari kepada hal-hal yang lemah seperti meminta bantuan paranormal atau jin.

Insan yang berqidah lurus akan menjadi pribadi yang penuh dengan keindahan. Hal ini karena jelasnya tujuan hidup yang ia miliki, hendak kemana, untuk apa dan mengapa dia hidup di dunia. Maka jelaslah arah perjalan dia, sangat pasti ia melangkah dan tak ragu-ragu untuk menapak kehidupan. Ia sangat paham dengan tujuan hidup dia…….

“Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu.”
(QS Adz dzariyat : 56)

Allah saja yang dia harap ridhaNya, bukan yang lain. Sehingga pikirannya pun tidak bercabang dan beranting, hanya satu. Berbeda dengan mereka yang punya banyak sesembahan tak tahu tuhan mana yang harus ia cari ridhanya. Sehingga wajar Nabi Yusuf mengatakan kepada dua temannya di penjara.

“Wahai penghuni penjara apakah Tuhan-Tuhan yang banyak itu lebih baik ataukah Allah Yang Maha Tunggal dan Maha Kuasa.” (QS. Yusuf)

Kasus yang berlangsung di sebuah negara maju penganut paganisme, ketika angka kematian akibat bunuh diri sangat tinggi, dan pemudanya tak berharap untuk berpanjangan hidup, apanya yang salah. Mereka tidak punya tujuan hidup yang jelas, mau kemana hidup ini dilangsungkan, mengapa ia harus dilahirkan dan hidup. Kata kunci yang kita dapatkan adalah , mereka tidak kenal akan islam dan aqidah islam yang lurus. Maka, penggalian nilai-nilai kesempurnaan Islam yang diawali dengan aqidah adalah hal yang tertawarkan lagi.

17. Jangan Bersedih (La Tahzan) – Dr Aidh Al-Qarni

Selalulah mengingati akan rahmat dan ampunan Allah, bertawakkal dan berbaik sangka kepadaNya, mengimani qadha’ dan qadarNya, menjalani hidup sesuai dengan adanya, melepaskan kegundahan tentang masa depan dan mengingati akan nikmat Allah.

1. Hikmah adalah barang yang hilang dari kaum muslimin.

2. Ingatlah akan setiap nikmat Allah.

3. Sebenarnya anda berada dalam kenikmatan tiada tara dan kesempurnaan tubuh. Anda masih mempunyai nasi hangat untuk disantap, air segar untuk diteguk, waktu yang tenang untuk tidur dan kesihatan untuk terus beramal.

4. Janganlah lupa mensyukuri yang sudah ada. Anda masih memegang kunci kebahagiaan, kurnia dan kenikmatan.

5. Selamatkanlah diri anda dari bayangan masa lampau!!

6. Anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja. Berpeganglah pada prinsip : Aku hanya akan hidup hari ini. Nescaya ia akan menyibukkan diri anda untuk selalu memperbaiki keadaan, mengembangkan semua potensi dan mensucikan setiap amalan.

7. Sempurnakanlah solat anda, berpegang teguhlah pada Al-Quran, mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat.

8. Tanamlah di dalam hatimu semua nilai keutamaan dan cabutlah segala pohon-pohon kejahatan.

9. Hiduplah hanya untuk hari ini dengan berbuat baik kepada orang lain dan menunjukkan akhlaq yang baik.

10. Sucikanlah niat anda dan berbuatlah kebaikan hanya demi Allah semata.

11. Orang yang pertama kali akan dapat merasakan manfaat dari kebajikan, keramahan dan kebaikan adalah mereka yang melakukannya.

12. Berbuat baiklah terhadap sesama manusia, mescaya anda akan mendapat ketenteraman dan kedamaian hati!.

13. Sibukkanlah diri anda dengan memberi, mengunjungi, membantu, menolong dan meringankan beban sesama!.

14. Bangkitlah sekarang juga. Kerjakan solat, baca buku, bertasbih, mengkaji, menulis, merapikan tempat kerja,merapikan kamar, dan berbuatlah sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain.

15. Tetaplah berpijak dan berjalan pada kondisi dan karakter anda sendiri!

16. Berbaik sangkalah kepadaNya. Curahkan seluruh waktu anda untukNya dan beribadahlah kepadaNya dengan tekun agar anda mendapatkan kebahagiaan dan kemenangan.

17. Orang yang paling sengsara adalah mereka yang miskin iman dan mengalami krisis keyakinan.

18. Tidak ada yang dapat membahagiakan jiwa, membersihkannya, membuatnya bahagia mengusir kegundahan darinya selain dari keimanan yang benar kepada Allah. Kehidupan anda akan terasa hambar tanpa iman.

19. Kehidupan yang baik (hayatan thayyibah) adalah kehidupan ada ketenangan jiwa padanya.

20. Di mana pun kelembutan itu berada, ia akan menghias tempat itu. Kelembutan tutur kata, senyuman tulus di bibir dan sapaan-sapaan yang hangat yang terpuji saat bersua merupakan hiasan-hiasan yang selalu dikenakan oleh orang-orang mulia.

21. Sifat seorang mukmin umpama seekor lebah; makan dari makanan yang baik dan menghasilkan madu yang baik.

22. Orang yang dicintai adalah mereka yang mempunyai sifat kedermawanan, kejujuran dalam berjual beli dan keramahan dan sopan santun dalam bergaul.

23. Sentiasalah berusaha untuk menjadi seorang yang sentiasa dengan senyuman yang merekah, keramahan yang menenteramkan dan sopan santun yang menyejukkan.

24. Jadilah seseorang yang mudah melupakan kejahatan dan mengingat kebaikan orang lain.

25. Berzikirlah kepada Allah supaya jiwamu terselamat dari pelbagai kerisauan, kegundahan, kekesalan dan goncangan.

26. Jalanilah kehidupan ini sesuai dengan kenyataan yang ada. Kendalikan jiwa anda untuk dapat menerima dan menikmatinya.

27. Segeralah bangkit untuk melakukan solat, nescaya jiwa anda akan kembali tenteram dan tenang. Begitulah, solat benar-benar merupakan pemyejuk hati dan sumber kebahagiaan Rasulullah s.a.w.

28. Mintalah pertolongan kepada Allah dengan solat yang khusyuk dan rajinlah mengenal masjid.

29. Solat lima waktu dapat menebus dosa-dosa, mengangkat martabat di sisi Allah, juga dapat menjadi ubat paling mujarab untuk mengubat kekalutan dan berbagai penyakit yang anda deritai.

30. Solat mampu meniupkan iman ke dalam hati anda, sehingga anda selalu redha dengan apa yang ditentukan Allah.

31. Berjalanlah menjelajah negeri menyaksikan taman, kebun, sawah dan bukit-bukit yang indah mempersona. Sesekali bacalah al-Quran di tepi-tepi sungai, di pinggiran hutan yang rimbun, di antara burung-burung yang sedang berkicau atau di depan gemercik aliran sungai. Sesekali berjalanlah menjelajah pelosok negeri untuk mencari ketenangan, bergembira, berfikir dan sekaligus menghayati ciptaan Allah yang sangat luas ini.

32. Jika anda ingin bahagia, maka terimalah dengan rela hati bentuk perawakan tubuh yang diciptakan Allah untuk anda, apa pun kondisi keluarga anda, bagaimanapun suara anda dan apa sahaja yang dikurniakan Allah kepada Anda. Hendaklah anda senantiasa tetap merasa senang hati menerima sedikit apa pun yang anda miliki dan rela dengan sesuatu yang tidak anda miliki. Terimalah setiap pembahagian Allah dengan penuh kerelaan hati.

33. Senantiasalah memanfaatkan setiap pemberian Allah di jalan yang benar. Jadikan umur, waktu dan kemampuan atau keterampilan anda penuh dengan keberkatan.

34. Ketahuilah bahawa harga diri anda ditentukan oleh kemampuan, amal soleh, kemanfaatan, dan akhlaq anda.

35. Jika anda dilanda kesedihan dan merasai penderitaan, maka ingatkan diri anda pada kenikmatan syurga yang lebih kekal abadi, nescaya anda akan mampu merubah setiap kesediahan dan penderitaan menjadi nikmat.

36. Orang yang paling berakal adalah orang yang sentiasa melakukan sesuatu untuk akhirat. Dan sesungguhnya akhirat itu lebih baik dan kekal abadi.

37. Barangsiapa yang menginginkan kebahagiaan, hendaklah sentiasa mengendalikan setiap perasaan dan keinginannya, hendaklah bersikap adil dan menghindari tindakan berlebihan dan kezaliman.

38. Manusia yang paling sengsara adalah mereka yang hanya mengikuti hawa nafsu dan menuruti setiap dorongan emosi serta keinginan hatinya.

39. Usirlah kesedihan yang melanda diri anda dengan senantiasa melawannya dengan doa-doa.

40. Hendaklah anda mempunyai hati yang selalu lapang dan diliputi keredhaan, wajah yang selalu dihiasi senyuman, dan kehidupan yang selalu dihiasi dengan

kegembiraan. Jadilah seorang yang ramah dan murah senyum kerana Rasulullah salah satu gelarannya adalah ‘seseorang yang murah senyum’.

41. Selamatkanlah diri anda dari segala bentuk hawa nafsu yang membinasakan.

42. Beristi’azahlah (memohon perlindungan) kepada Allah dari segala kesedihan, memohon kepada Allah agar selalu diberi kehidupan yang baik dan diredhai, kejernihan hati dan kelapangan fikiran. Pohonlah kepada Allah agar melapangkan hati kita dengan cahaya iman, menunjukkan hati kepada jalanNya yang lurus dan menyelamatkan kita dari kehidupan yang susah dan menyesakkan.

43. Tersenyumlah!. Abu Darda’ berkata, “Sesungguhnya aku akan ketawa untuk membahagiakan hatiku. Dan Rasulullah s.a.w sendiri sesekali tertawa hingga tampak gerahamnya.

44. Tertawa merupakan puncak kegembiraan, titik tertinggi keceriaan, dan ujung rasa suka cita. Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah. Salah satu nikmat Allah kepada penghuni syurga adalah tertawa.

45. Orang yang murah senyum dan selalu nampak ceria merupakan petanda kelapangan dada, kedermawanan sifat, kemurahan hati, kewibawaan perangai, dan ketanggapan fikiran.

46. Buanglah dari diri anda sikap muram durja dan muka masam kerana ia adalah cermin dari jiwa yang galau, fikiran yang kacau dan kepada yang berserabut.

47. Orang yang murah senyum dalam kehidupan ini adalah orang yang mampu membahagiakan diri sendiri, orang yang paling sanggup memikul amanah dan tanggungjawab, orang yang mampu menghadapi kesulitan dan memecahkan persoalan, dan orang yang paling dapat menciptakan hal-hal yang bermanfaat bagi dirinya sendiri dan orang lain.

48. Berusahalah menjadi seorang yang mampu menjadikan setiap sesuatu sebagai sumber kebahagiaan.

49. Tanamkan kebiasaan bersikap ramah dan murah hati dalam diri kerana sebaik-baik tujuan hidup adalah berusaha menjadi sumber kebaikan kepada masyarakat. Milikilah hati yang penuh dengan empati, kasih sayang, rasa perikemanusiaan, serta merasa senang berbuat baik kepada siapa saja yang berhubungan dengan anda.

50. Jauhi dari penyakit rendah diri yang mematikan jiwa.

51. Sesungguhnya, manusia sangat perlukan pada senyuman, wajah yang selalu berseri, hati yang lapang, akhlak yang menawan, jiwa yang lembut, dan pembawaan yang tidak kasar.

52. Ilmu adalah sebuah nikmat. Bila anda ingin senantiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan raihlah pelbagai manfaat, nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan sirna.

53. Di antara kenikmatan terbesar adalah kegembiraan, ketenteraman dan ketenangan hati. Kegembiraan merupakan seni yang dapat dipelajari. Adapun modal utama untuk meraih kebahagiaan adalah kekuatan dan kemampuan diri untuk menanggung beban kehidupan dan tidak pernah memikirkan hal-hal kecil yang remeh.

54. Salah satu seni untuk mendapatkan kegembiraan adalah bagaimana mengendalikan dan menjaga fikiran ke arah yang baik dan pada perbuatan yang bermanfaat.

55. Sesiapa yang menginginkan kepuasan, semangat yang selalu baru dan produktif, maka ia harus pandai membahagikan waktu kerana tabiat dasar manusia adalah tidak suka berada dalam satu keadaan yang sama.

56. Sabda nabi s.a.w : Kejarlah apa yang bermanfaat untukmu, dan mintalah pertolongan kepada Allah. Jangan mudah menyerah dan jangan pernah berkata, ‘Kalau saja aku melakukan yang begini pasti akan menjadi begini.’ Tapi katakanlah, ‘Allah telah mentaqdirkan, dan apa yang Dia kehendaki pasti akan Dia lakukan’.

57. Kebahagiaan seseorang akan menjadi semakin bertambah, berkembang dan mengakar apabila ia mampu mengabaikan semua hal-hal remeh yang tidak berguna. Kerana orang yang bercita-cita tinggi adalah orang yang lebih memilih akhirat.

58. Gunakanlah waktu sebaik-baiknya, dan jangan biarkan ada satu minit pun yang terbuang sia-sia. Oleh itu, hendaklah anda senantiasa bergerak, bekerja, mencari, membaca Al-Quran, bertasbih, menulis atau mengunjungi sahabat.

59. Niatkan semua amal perbuatan anda hanya kerana Allah semata dan jangan pernah mengharapkan terima kasih dari orang lain.

60. Jangan pernah membalas cercaan atau olok-olok yang melukai hati anda. Kesabaran anda akan dengan sendirinya mengubukan semua kehinaan

61. Kesabaran adalah sumber kemuliaan, diam adalah sumber kekuatan untuk mengalahkan musuh dan memaafkan adalah sumber dan tangga untuk mencapai pahala dan kemuliaan.

62. Kehidupan anda adalah cerminan dari apa yang anda fikirkan.

63. Berbuat baik untuk dan kepada orang lain merupakan jalan lebar menuju kebahagiaan.

64. Beruzlahlah dari segala bentuk kejahatan, dan kemubahan yang berlebihan kerana ia akan membuat dada menjadi lapang dan mengikis semua kesedihan.

18. Pendapat-pendapat orang budiman tentang bahagia

Sentosa perangai, kuat ingatan, bijaksana akal, tenang dan sabar menuju maksud – Yahya bin Khalid AL Barmaki (Wazir daulah Bani Abbas)

Bukanlah kebahagiaan itu pada mengumpulkan harta benda. Tetapi taqwa kepada Allah itulah bahagia. Taqwa akan Allah itulah bekal yang sebaik-baiknya disimpan. Pada sisi Allah sajalah kebahagiaan para orang yang bertaqwa. – Hutai’ah (Ahli Syair)

Jika petang dan pagi seorang manusia telah beroleh aman sentosa dari gangguan manusia, itulah dia orang yang bahagia. – Zaid bin Tsabit (Ahli Syair Rasulullah)

Bahagia itu ialah tunduk dan patuh mengikut garis-garis (natural laws – correct principles) yang ditentukan oleh Allah dan perikemanusiaan. – Ibnu Khaldun

Bahagia dan kelazatan yang sejati ialah bilamana dapat mengingat Allah. Ketahuilah bahagia tiap2 sesuatu ialah kita rasai nikmat kesenangan dan kelazatan, dan kelazatan itu ialah menurut tabiat kejadian masing2, maka kelazatan mata ialah melihat rupa yang indah, kenikmatan telinga mendengar suara yang merdu, demikian pula segala anggota yang lain di tubuh manusia. Adapun kelazatan hati ialah teguh makrifat kepada Allah, kerana hati itu dijadikan buat mengingat Tuhan – Imam Ghazali

19. KEPERCAYAAN DIRI

Penulis agung Jerman mendapati kenyataan bahawa tidak ada kesulitan besar yang tidak boleh dihadapi oleh individu yang mempunyai kepercayaan diri. Kepercayaan diri akan menyingkirkan semua kesukaran, masalah dan penghalang dalam kehidupan sehari-hari yang pada kebanyakan orang masih jauh dari pencapaian cita-cita mereka.

Hidup bukanlah perjudian, kecuali kalau kita memang menganggapnya begitu. Kita membuatnya menjadi begitu apabila gagal memberikan jawapan terhadap diri kita sendiri. Kita punyai kemampuan untuk berbuat apa saja yang pernah dilakuukan oleh orang lain. Inilah warisan kita yang tidak ternilai. Inilah hak asasi kita untuk berjaya.

Untuk meningkatkan kejayaan di bidang apa pun, pertama sekali kita harus melihat ke dalam diri kita dan mempunyai kepercayaan terhadap diri kita sendiri. Ketika kita percaya bahawa kita boleh, maka kita telah menciptakan kekuatan supaya kita boleh berjaya. Hal ini akan terus menyertai diri kita dalam amalan untuk mendapatkan penampilan diri.

Orang miskin tetap miskin terutama kerana ketidakpercayaan mereka terhadap diri sendiri. Kebanyakan orang menyumbang sedikit kepada peradaban kerana pembatasan mereka terhadap diri sendiri. Penjual yang paling produktif mempunyai keyakinan terhadap kemampuan mereka untuk menjual dan mereka terus bertahan pada tugas mereka sehingga mencapai kejayaan.

Kebiasaan percaya pada diri boleh diperolehi dengan melihat alam dan keluar diri anda. Lihatlah ke dalam diri, tanpa pura- menyelesaikan masalah hidup. Percayalah bahawa anda diciptakan untuk kejayaan. Belajarlah untuk menjadi orang yang berfikiran berjaya. Milikilah keyakinan pada diri anda. Orang lain dapat kepercayaan diri mereka ketika mereka boleh mengatasi halangan kecil dalam hidup iaitu ketika mereka mendapatkankejayaaan kecil. Kemudian mereka mencapai yang lebih tinggi dan tinggi lagi dengan mengenali kenyataan bahawa diri mereka sama dengan yang lainnya.

Kepercayaan diri akan menyuburkan hidup yang paling sulit sekalipun.

20. KEYAKINAN

Apakah makna ‘keyakinan’ sehingga sering dikatakan bahawa: Keyakinan membuat segalanya menjadi serba mungkin? Ralph Waldo Trine berkata: Keyakinan tidak lebih dan tidak kurang, hanya operasi tenaga pemikiran dalam bentuk hasrat yang sungguh-sungguh, ditambah dengan harapan untuk memenuhinya.

Keyakinan, seperti yang anda lihat, lebih dari sekadar ‘kepercayaan’. Keyakinan melengkapinya. Perbezaan utama antara penjual yang dibayar dengan penjual sendiri terletak pada darjat keyakinan bukan kemampuan yang mereka miliki.

Keyakinan terhadap diri sendiri dan keyakinan pada hasil yang diperolehi merupakan syarat bagi semua peningkatan berharga. Kita akan berada pada jalan kehidupan yang benar kalau kita terlebih dahulu yakin, percaya dan beriman kepada yang Maha Sempurna, yang menciptakan kita. Kita perlu menyedari bahawa diri kita adalah sebahagian dari paket penting dan rancangan besar-Nya.

Dia yang telah menciptakan berjuta-juta bintang yang beredar secara teratur di cakerawala, telah melengkap diri kita dengan kelengkapan untuk berjaya. Kita boleh menerima hal ini sebagai fakta dan berdiri teguh di dunia, seperti kita juga boleh mabuk dalam teori kesempatan dan menjalani hidup sehari-hari kita seperti ‘binatang’ .

Ketika kita sampai pada suatu kenyataan di mana kita berada, kita juga sampai pada suatu pengenalan nilai-nilai untuk peningkatan diri kita. Kita mengembangkan keyakinan pada pencapaian cita-cita kita. Hal ini merupakan pembuka tenaga yang membawa diri kita pada suatu peningkatan individu yang menakjubkan. Hal ini merupakan sumber tenaga yang tidak pernah gagal.

Percaya dan berjaya. Milikilah keyakinan dan anda tidak akan gagal.

21. Khusyuk Dalam Solat

Solat adalah wasilah yang terbesar dalam mengusahakan tazkiyatun-nafsi

olat apabila ditunaikan dengan baik, sempurna dan tertib dapat mengusir sifat takabur, melenyapkan sifat ujub dan menghilangkan rasa ghurur atau terpedaya dengan perasaan hati sendiri.

Solat yang ditunaikan dengan tertib dan sempurna juga dapat menghapuskan kemahuan dan keinginan untuk melakukan semua kemungkaran dan segala kekejian dan kejahatan.

Solat yang sempurna dapat menimbulkan edaran (spiral growth) yang terbesar untuk mensucikan jiwa serta menumbuhkan akhlak yang luhur.

Kekhusyukan itu adalah tanda2 orang2 yang berbahagia

Hilangnya kekhusyukan bererti rosak dan hancurnya kesucian hati dan runtuhnya kemuliaan yang terdapat pada diri.

Hilangnya kekhusyukan itu adalah alamat lenyapnya kehidupan dalam kalbu

Apabila kamu telah meraih ilmu kekhusyukan maka jangan sekali ditinggalkan

“Solat itu hanyalah yang ada padanya ketenangan hati dan kerendahan diri” – Hadis

Maksud yang terpenting dalam solat ialah munajat kepada Allah atau bercakap2 secara langsung berhadap-hadapan denganNya.

Kesempurnaan batin dalam menunaikan solat: Hadir hati, Memahami makna, Mengagungkan, Segan sebab takut, Mengharap dan ada perasaan malu.

Khusyuk Dalam Solat_________________________________________________

Hadir hati ialah mengosongkan hati dari segala sesuatu yang bukan sepatutnya atau berangan-angan yang tidak perlu.

Hadir hati bermaksud jangan membiarkan fikiran berputar ke sana ke mari kecuali ke HadiratNya sahaja.

Membawa fikiran kepada apa yang dijunjung tinggi tanpa terlupa dan dilalaikan oleh hal2 yang lain

Raja’ ialah megharapkan keredaanNya serta pahala yang akan diperolehi di akhirat nanti.

Haya’ ialah adanya perasaan kurang berhati-hati atau kurang perhatian dalam sst perkara kemudian mempunyai sangkaan kuat bahawa ia berdosa kerana melakukannya.

Sifat hati ialah ia akan mengikut himmah/cita2 yang tinggi

Kehadiran hati akan muncul dengan sendiri bila anda memiliki himmah yang keras

Cara mendapatkan tafahum ialah dengan cara menerima semua pemikiran yang mengarah ke arah pemahaman tersebut.

Ta’zim mengetahui dengan penuh keyakinan bahawa Allah itu Maha Agung dan mengingat bahawa diri sendiri amat hina dan rendah darjatnya.

Haibah yang disertai dengan takut timbul dari kemakrifatan mengenai qudrat dan kekuasaan Allah yang dapat memerintahkan apa sahaja yang dikehendaki olehNya.

Raja’- mengharap ialah memakrifati kehalusan kehendak Allah serta kemuliaanNya dan mengingati bahawa Allah maha Benar dalam segala janjinya.

Haya’-malu kerana adanya perasaan kurang berhati-hati dalam masalah ibadat. Ia dapat diperkuatkan dengan bermakrifat mengenai cela dan aibnya diri sendiri, kurang keikhlasan serta batin dirasakan amat kotor dan hatinya lebih condong untuk mendapatkan bahagian yang kosong yakni memperoleh harta dunia sebanyak2 dengan cara mencari yang tidak dibenarkan dan diredai oleh Allah.

Setiap orang yang mengaku mukmin hendaklah memaha-agungkan Allah, takut kepadaNya, mengharap pahala besar daripadaNya, merasa malu sebab kurang hati-hati dalam melaksanakan perintah dan menjauhi laranganNya.

Cara untuk menghadirkan hati ialah dengan menolak gangguan2 sebelum ianya datang dan memutuskan sebab2 timbulnya godaan.

Khusyuk Dalam Solat_________________________________________________

Pejamkan mata kamu dari segala macam hal yang berkeliaran di sekitarn, atau solat ditempat yang gelap, atau dekat dengan dinding, tempat yang sempit di rumah.

Kamu hendaklah mengosongkan hati sanubari sebelum bertakbir.

Apabila mendengar azan hadirkanlah hati kamu dan bayangkanlah bagaimana dahsyat dan sengsaranya seluruh umat manusia termasuk anda di dalamnya pada hari kiamat kemudian bergegas-gegas mendatangi tempat solat.

Adab batiniah dalam menutup aurat ialah memerintahkan jiwa anda menutupi noda dan aib yang memalukan sejak di dunia sampai di akhirat.

Penawar untuk mengubati aib dan noda yang memalukan itu ialah dengan rasa menyesali diri sendiri, merasa malu dan takut. Hendaklah merasakan diri kamu sangat hina dan rendah, sedang hati kamu berdiam dengan tenang di bawah naungan sikap yang memalukan tadi.

Bayangkan kamu ibarat seorang hamba yang sedang bersalah serta mengakui kesalahannya akhirnya sedar dan kembali ke tempat tuannya sambil menundukkan kepala sebab malu dan ketakutan pada hukuman yang bakal diterima.

Adab batiniah dalam menghadap kiblat ialah dengan menghadap hati kepada Allah dengan meninggalkan penglihatan kepada hal2 selainNya. Ini dapat terlaksana apabila hati sudah dikosongkan dari segala macam pemikiran dan angan2 yang tidak ada sangkut-paut dengan apa yang dilakukannya.

Semasa i’tidal hendaklah kepala yang paling tinggi kedudukannya dari anggota badan yang lain itu direndahkan, kelihatan tunduk sebagai kiadan merendahkan diri. Peringatkan hati kamu supaya terus menrus merendah dan merasa hina.

Apa yang perlu diingat pada masa itu ialah betapa besarnya penderitaan yang akan kamu hadapi semasa berhadapan dengan Allah nanti di hari akhirat.

Rukjukan : Bimbingan Mukmin Imam Ghazali

22. MOTIVASI DIRI

” Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut melanggar perintah Allah, serta menjaga dirinya daripada terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan”.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah S.W.T dengan melakukan perintah Allah tanpa melengahkan dan menjauhi diri daripada larangan Allah tanpa banyak dalih dan alasan. Semoga Allah kasih dan sayangkan kita dan dimasukkan kita ke dalam golongan orang-orang yang berjaya dan berbahagia di dunia dan di akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Khutbah hari ini akan mengajak semua untuk menyingkap semula masa dahulu dan merenung pula masa sekarang dan akan datang. Di masa dahulu ialah detik-detik hari yang telah berlalu dan telah lama meninggalkan kita manakala masa sekarang ialah detik-detik masa yang kita lalui dan akan kita tempuhi. Oleh itu sebagai hamba Allah kita perlu melihat apakah yang kita lakukan pada masa yang lalu dan apakah pula yang patut kita lakukan pada masa sekarang dan akan datang? Pertanyaan seperti ini amat penting bagi membantu kita menjadi hamba Allah yang soleh dan bertaqwa.

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Dahulu kita adalah anak-anak kecil yang belum baligh dan tidak ditaklifkan oleh Allah dengan syariatnya. Maka apa yang kita buat pada ketika itu semuanya tidak berdosa walaupun pada umumnya ia adalah satu kesalahan seperti mencuri mempelam jiran dan memakannya. Maka perbuatan seperti itu adalah salah tetapi Allah tidak mencatitkan dosa kerana kita belum mukallaf.

Tetapi sekarang kita sudah baligh dan dewasa maka kita tidak lagi boleh melakukan kerja-kerja yang salah seperti ketika kita masih kecil dahulu Allah tidak mencatitkan dosa dan kesalahan yang dilakukan tetapi sekarang Allah akan mencatitnya kerana kita telah menjadi orang mukallaf.

MOTIVASI DIRI_____________________________________________________

Oleh itu tinggalkanlah perbuatan yang salah itu kerana ini adalah kenangan lama yang tidak boleh diulangi lagi.

Dahulu kita muda mungkin semua tindakan kita didorong oleh keseronokan semata-mata tanpa memikirkan apakah ianya baik bagi kita ataupun sebaliknya, kita banyak menghabiskan masa untuk keseronokan sehingga kita lupa dan lalai daripada melaksanakan tanggungjawab kita kepada Allah, lalu masa muda kita telah disia-siakan begitu sahaja.

Tetapi sekarang kita telah dewasa maka tidak sepatutnya kita meneruskan kerja sia-sia diusia muda kita dahulu kerana ketika itu kita tidak banyak mengerjakan ibadah dan kebajikan. Oleh kerana sekarang kita telah dewasa maka sepatutnya kita telah sedar dan insaf segala kesalahan di masa muda lalu. Gunakanlah masa dewasa ketika ini untuk bertaubat dan beramal soleh bagi menghimpunkan pahala sebagai bekalan ke syurga.

Dahulu kita susah, miskin dan sentiasa di dalam kesempitan dan pada masa itu selalu kita memasang angan-angan dan cita-cita kalaulah aku kaya, aku akan belanjakan harta aku untuk kebajikan, aku akan menolong fakir miskin, akau akan beri sumbangan untuk pembinaan masjid, aku akan keluarkan zakat dan berbagai-bagai lagi azam dan cita-cita kita, tetapi semuanya itu tidak dapat kita lakukan kerana kemiskinan dan kesusahan yang menghimpit kita.

Sekarang kita telah menjadi kaya dan berada dalam kemewahan dan kesenangan. Kalau begitu apa yang ditunggu lagi, ambillah kesempatan di atas kesenangan dan kemewahan yang Allah berikan kepada kita untuk membelanjakan sebahagian daripadanya pada jalan Allah seperti yang pernah dicita-citakan pada masa kita susah dahulu. Janganlah kita dihantui dengan perasaan sayangkan harta sehingga tidak sanggup pula membelanjakannya kerana mencari keredhaan Allah.

Seorang sahabat pernah bertanya nabi s.a.w “Wahai Rasulullah, sedekah yang bagaimanakah yang lebih afdhal? Maka Rasulullah pun menjawab, “Kamu memberi sedekah ketika kamu sedang sihat dan terlalu sayangkan harta kamu, di samping kamu sangat mengharapkan bertambah kekayaan dan bimbang menjadi miskin dan janganlah kamu tangguhkan lagi sehingga nyawa sudah berada di hujung halkum.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Dahulu kita sibuk, kita sibuk dengan kerja di pejabat, kita sibuk dengan urusan pernigaan, kita sibuk dengan persatuan dan kita sibuk dalam segala urusan, kerana kesibukan kita itu kita tidak berkesempatan atau sedikit sangat ruang waktu dapat berbuat kebajikan, kita tidak ada masa ke masjid, kita tidak ada masa membaca al-Quran, kita tidak ada masa untuk belajar agama, kita tidak ada masa bergaul dengan masyarakat dan kita tidak ada masa untuk semua itu.

Tetapi sekarang kita kurang sibuk lagi. Barangkali kita sudah ada sedikit ruang masa, perniagaan kita sudah ada orang yang membantu untuk mengurusnya,. Oleh itu, marilah kita gunakan masa yang tidak sibuk ini untuk mendapatkan semula apa yang telah terlepas dan yang tidak sempat kita lakukan pada waktu kita sibuk dahulu. Sekarang inilah masanya untuk banyak berzikir kepada Allah, inilah masanya untuk kita mendalami isi ajaran agama, inilah masanya untuk kita bergaul dan berbuat baik dengan masyarakat dan inilah masanya untuk kita melakukan amal yang soleh sebanyak mungkin.

Kalau dahulu mungkin kita banyak melakukan kesilapan, kita banyak bercakap yang sia-sia dan tidak berfaedah. Tetapi sekarang kita telah sedar bahawa itu semuanya merugikan dan membahayakan diri sendiri, oleh itu biasakanlah diri dengan bercakap benar kerana itulah sifat orang yang beriman dan bertaqwa.

Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 70-71 bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang benar, nesaya Allah memperbaiki bagimuamal-amalmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar”.

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Kita sering lupakan tugas dan tanggungjawab kita yang besar, kita seorang bapa tetapi kita telah mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kita, kita seorang majikan tetapi kita telah mengabaikan tanggungjawab dan kebajikan terhadap kakitangan dan anak-anak buah kita, kita seorang yang berpengaruh dan erkedudukan tinggi tetapi telah mengabaikan orang-orang di bawah kita.

Kita seorang pengurus jabatan kita dengan baik dan berjaya tetapi kita terlupa mengurus diri dan keluarga kita sendiri, semua kelemahan dan kekurangan itu telah kita lakukan di dalam keadaan terlupa., tidak sedar dan kerana mementingkan diri sendiri, tetapi sekarang kita sudah sedar segala kesilapan itu semua. Oleh itu patutlah sangat kita gantikan kesilapan dan kesalahan itu dengan menghayati ajaran Islam di samping kita penuh insaf dengan bertaubat nasuha kepada Allah S.W.T. Firman Allah dalam surah Ali Imrn ayat 133 bermaksud:

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa”.

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Dahulu pandangan kita terhadap agama agak mendatar, kita anggap agama itu ibadah khusus semata-mata. Urusan hidup harian bukan urusan agama lalu kita tidak menggunakan agama sebagai neraca pertimbangan dalam menjalani kehidupan, semua itu terjadi kerana kejahilan kita sendiri. Sekarang kita sudah sedar dan kita sudah banyak belajar, kita telah faham bahawa Islam merangkumi semua aspek kehidupan. Oleh itu marilah sama-sama kita amalkan ajaran Islam di dalam kehidupan ini supaya hidup kita menjadi sempurna dan bahagia.

“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”. (Surah an-Nisa’:110)

Oleh: Ustaz Taib Azamudden Bin Md Taib

Tarikh: 12 Mac 1999

23. MANFAATKAN SAAT INI

Manfaatkan hidup ini dan jalanilah hidup setiap hari seakan-akan inilah hari terakhir anda. Buatlah setiap hari menjadi hari yang bermakna, hari yang bermanfaat. Kita tidak boleh mengubah hari kelmarin. Esok belum pasti akan datang. Sekaranglah satu-satunya waktu yang boleh diterima.

Terlalu banyak dari kita yang hidup mengenang masa lalu atau mengharap masa akan datang. la tidak berguna bagi kita untuk menghadapi tanggungjawab hari ini. Lupakan masa lalu, ia telah berlalu selamanya. Kejayaan anda di masa akan datang sangat bergantung kepada apa yang anda lakukan hari ini – sekarang!

Setiap fajar yang baru adalah kelahiran hari baru. Buatlah setiap hari menjadi harapan yang mulia. Ketika bangun pada pagi hari, bangunlah dengan harapan terhadap hal-hal yang baik yang akan datang kepada anda hari ini. Apabila kita membiasakan diri untuk mengharapkan hal-hal baik, biasanya hal-hal itu akan terjadi. Tindakan sederhana ini cenderung mempengaruhi kita dengan kekuatan kepercayaan diri.

Jika kita berbuat yang terbaik pada setiap ‘hari ini’ yang kita miliki, maka setiap ‘hari esok’ kita akan mengurus diri sendiri. Marilah kita membuat hari ini menjadi lebih baik daripada kelmarin. Marilah kita menetapkan bahawa setiap hari ini adalah lebih bererti bagi kita. Kita akan menjadi lebih sihat hari ini. Kita akan menjadi lebih bahagia hari ini. Hari ini kita hanya memerlukan sedikit usaha sahaja dalam tugas kita. Hari ini hanya sedikit yang perlu dilengkapi. Hari ini kita hanya perlu sedikit memandang ke hadapan dan ke atas. Hari ini marilah kita menambahkan sedikit rasa kasih sayang.

Apakah yang akan terjadi kalau kita hidup hari ini dan berusaha membuat setiap hari menjadi lebih baik untuk dijalani? Kita telah memasuki arus utama kehidupan. Kita mulai hidup yang terarah ke hadapan dan mengembangkan kemanusiaan. Kita menjadi riang dan jiwa mendapat ilham. Kita cenderung mengembangkan yang terbaik pada diri kita.

24. Manusia CEMERLANG

Manusia ciptaan Allah dianugerahkan sifat dan ciri yang pelbagai keistimewaannya. Sifat dan ciri inilah yang akan membentuk peribadi seseorang insan, selain menatijahkan dua sikap bertentangan arusnya iaitu positif dan negatif. Kedua-duanya sentiasa bergelut dalam jiwa manusia.

Firman Allah bermaksud : “Jiwa serta penyempurnaannya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaan.” (Surah As-Syams, ayat 7-8)

Fenomena ini akan menyebabkan kita sentiasa berjihad dalam diri untuk memenangkan salah satu daripada sikap itu.

Andainya sikap negatif yang dikalahkan, maka akan lahirlah manusia yang terbentuk dalam dirinya sikap positif. Jika sikap negatif yang bertakhta di jiwa, segala tindak tanduk akan menunjukkan gerak geri serta peri laku negatif.

Seperti yang disebutkan dalam surah At-Tin, ayat 4, Allah menjadikan manusia sebaik-baik makhluk yang berbekalkan sumber peribadi dan bakat semula jadi. Sumber ini dapat dirangsangkan untuk menyerlah potensi diri seseorang insan. Allah Yang Maha Pencipta telah menciptakan manusia serba lengkap fizikalnya, ditambah pula dengan anugerah akal dan minda, iaitu anugerah yang paling berharga.

Marilah kita merenung sejenak kehebatan anatomi fizikal ini. Kita mempunyai lima pancaindera; 500 jenis otak; 200 jenis tulang; 24,000 saraf pendengaran (telinga); 100 juta sel reseptor (mata); 10.5 kilometer urat saraf; 90,000 kilometer saluran darah; 1,600 gelen darah sehari yang dialirkan oleh jantung dan sebagainya.

Cuba kita hayati pula kehebatan minda kita:

  • Boleh berfikir untuk membuat sesuatu keputusan
  • Berupaya mencipta sesuatu idea atau barangan
  • Mampu membuat penilaian yang baik atau buruk
  • Mampu membuat perancangan dan pelaksanaan
  • Bertanggungjawab ke atas segala pemikiran, perasaan dan tindakan

  • Mampu berfikir pada kadar 800 perkataan seminit dengan setiap sel otak mempunyai kapasiti seperti suatu komputer peribadi
  • Berupaya menampung 120 kemahiran

Walaupun kita tahu keupayaan fizikal dan minda masing-masing, kajian mendapati bahawa kita hanya menggunakan lima hingga 10 peratus daripada potensi diri masih belum lagi digunakan dan bersedia untuk diperkembangkan.

Ketahuilah bahawa fitrah insan mempunyai sifat positif dan cemerlang. Benih kecemerlangan sudah tersemai, kita cuma perlu memupuk dan membaja benih sifat positif ini agar membesar dengan subur dan seimbang.

Sebenarnya, sifat positif boleh dipelajari. Malangnya pengalaman seluruh dunia menunjukkan bahawa sekitar dua peratus saja manusia yang pernahh mengikut kursus atau belajar untuk membentuk sifat cemerlang.

Tahukah anda, mengikut kajian ada hampir 95 peratus manusia di serata dunia yang berfikiran dan bersifat negatif?

Kenapakah sifat negatif terpahat pada diri kita? Ini kerana sejak lahir, kita mengumpulkan beratus-ratus idea mengenai diri sama ada baik atau buruk, pandai atau bodoh, berani atau pengecut dan sebagainya.

Melalui ulangan memori buruk, terngiang-ngiang ungkapan yang melukakan hati, sedikit demi sedikit kita memaparkan imej kendiri yang negatif, yang menghantui diri sepanjang hayat. Imej kendiri ini adalah palsu dan sentiasa diulang tayang dan dibisik.

Kesedaran adanya potensi dalam diri dan keupayaan untuk menjadi insan yang lebih aik adalah tanda atau bukti yang kita harus melakukan suatu reformasi dalam kehidupan.

Unsur yang paling penting dalam tindakan reformasi diri ialah perubahan.

Perubahan yang dimaksudkan ialah paradigma atau cara berfikir agar perlu maju.

Seperti mana negara mempunyai Wawasan 2020, kita juga mesti mempunyai wawasan diri. Adakah visi dan misi seimbang dan jalankan ia dengan bersemangat untuk menghasilkan natijah yang cemerlang.

Perubahan ini memerlukan kesedaran, persetujuan dan komitmen pada diri sendiri. Bukan mudah untuk melakukan perubahan ini kerana kita cepat dan mudah berasa selesa, senang dan selamat dengan keadaan, idea, sistem, sikap dan cara yang menjadi kebiasaan dan rutin kita. Lantas kita merasakan perubahan adalah sesuatu yang menyakitkan.

Perubahan paradigma ini perlu agar dapat mengubah kebiasaan serta rutin yang tidak ada sifat berdaya saing kepada tindakan serta berfikir menurut cara yang boleh menuju kepada kecemerlangan dunia dan akhirat.

Justeru, untuk membina kecemerlangan diri ada tiga aspek yang perlu dibuat:

  • Memahami diri minda
  • Mengenali dan menganalisis sistem nilai kehidupan
  • Memilih dan membina sasaran, matlamat atau pelan tindakan kehidupan

Kesedaran mengenai potensi diri hanyalah langkah pertama untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Ketahuilah 90 peratus kejayaan kita adalah melaui sikap positif serta 10 peratus menerusi ilmu dan kebolehan. Dalam erti kata lain, faktor yang menentukan kecemerlangan ialah memilik sifat positif.

Sikap positif pula boleh terbentuk 90 peratusnya melalui mengadakan matlamat hidup, hala tuju serta strategi ke arah pencapaian matlamat kendiri. Sepuluh peratus perubahan sikap positif adalah melalui persembahan ilmu dan pengalaman.

Rasulullah s.a.w. dan sahabat adalah insan yang berfikiran dan bertindak positif. Mereka yakin akan syurga yang seluas langit dan bumi yang dihias dengan pelbagai keindahan yang tidak dapat dibayangkan mata.

Walaupun pelbagai rintangan melanda, Baginda tempuhi dengan sabar dan tidak pernah putus asa. Matlamat kaum mukminin jelas yakni mencari keredhaan Allah. Wawasan mereka adalah syurga. Tindakan mereka sentiasa berhati-hati agar perintah Allah sentiasa diikuti.

Rasulullah dan sahabat contoh unggul kehidupan insan. Justeru, usah banyak bicara atau membuang masa, marilah kita terus mulakan tindakan bagi menjayakan hasrat dan cita-cita!

Orang yang cemerlang menunjukkan hasil. Orang yang gagal memberikan seribu alasan.

25. MASA AKAN MENJADI SINGKAT

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api”. (H.R.Termizi )

Keterangan :

Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.

Menurut Irnam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Mcmang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.

26. MEMANFAATKAN MASA ANDA DENGAN SEBAIK – BAIKNYA

Anda perlu mengawal kehidupan anda kalau anda mahu mengurus masa dengan berkesan. Kehidupan yang teratur menjadikan anda mempunyai masa untuk segala urusan, untuk merancang, bertindak dan membuat tindakan susulan. Masa tidak digunakan untuk menyesal, atau untuk cuba melalui kehidupan yang lalu, atau untuk menjelaskan sebab mengapa sesuatu yang diperlukan tidak dilakukan.

Pengurusan masa ialah bidang yang pesat menjadi lebih penting dalam kehidupan peribadi individu dan dalam struktur korporat, terutama berhubung dengan pengurus daripada pentadbir atasan kepada penyelia peringkat pertama. Pengurusan masa yang baik mendatangkan faedah dari segi penjimatan kos projek dan penggunaan sumber yang paling berharga dalam organisasi, iaitu manusia. Menurut Peter F. Drucker, “ Masa merupakan sumber yang paling sukar didapati dan tiada sesuatu pun yang dapat diurus kecuali masa diurus.”

Terdapat begitu banyak aspek “ sistem ” yang juga dilaksanakan bagi memperbaiki mutu penggunaan masa. Contoh sistem itu ialah: jenis meja yang anda gunakan, cara mewujudkan sistem fail yang baik, cara mengadakan sistem yang baik untuk mendapat kembali maklumat, dan menyelia begitu banyak peranti lain yang menjimatkan masa dan kerja. Walau bagaimanapun, sisem tersebut mesti diadakan mengikut tujuan dan jenis organisasi serte individu yang menggunakannya.

Tetapi jauh lebih penting daripada sebarang alat atau sistem ialah kesedaran tentang pentingnya pengurusaan masa yang baik dan matlamat serta objektif yang dapat dicapai oleh individu serta organisasi.

Penyelidikan yang dijalankan oleh penulis tentang tajuk pengurusan masa menghasilkan kesimpulan bahawa terdapat lima faktor utama yang mustahak bagi memperbaiki pengurusan masa.

Penggunaan masa mengikut kebiasaan

Sesungguhnya manusia sangat terikat dengan kebiasaan. Cara kita menghabiskan masa banyak mengikut kebiasaan. Kebanyakan orang tidak benar – benar berfikir secara sedar tentang cara mereka menghabiskan masa. Tentang penggunaan masa mengikut kebiasaan, pakar pengurusan masa Merill E. Douglass menyatakan :

Cara anda menghabiskan masa menentukan cara anda menjalani kehidupan – dan itulah diri anda sebenarnya. Hari esok berkaitan dengan hari ini sama seperti hari ini berkaitan dengan semalam.

Douglass mencabar pembacanya supaya memikirkan cara mereka menghabiskan masa mereka sekarang. “ Belajar mengawal masa anda bermakna mengubah sesetengah kebiasaan penggunaan masa anda. Tetapi anda tidak dapat mengubah kebiasaan penggunaan masa sebelum anda terlebih dahulu mengetahui kebiasaan itu ”. Douglass mencadangkan anda menyimpan rekod tentang cara anda menghabiskan masa selama seminggu dua, atau lebih jika perlu. Catat apa saja yang anda buat semasa anda melakukannya supaya anda tidak terlupa sesuatu pun. Pada setiap hujung minggu, ringkaskan apa yang anda buat dan periksa peratusan masa yang dihabiskan bagi setiap aktiviti. Kemudian periksa sebanyak mana masa itu yang benar – benar digunakan untuk aktiviti yang berorientasikan matlamat dan diberi keutamaan serta banyak mana pula aktiviti yang tanpa tujuan, berulang – ulang dan berkeutamaan rendah.

Ketika menulis sebuah lagi rencana tentang pengurusan masa, En. Rotenbury menggunakan model Norris/Gottfried untuk menunjukkan analisis tentang penggunaan masa yang harus diamalkan oleh pengurus dalam hari biasa :

Masa Hasil – 50 peratus daripada hari biasa. Dalam masa ini pengurus berfungsi dalam batas kepakaran teknikalnya sendiri. Masa ini merangkumi : keputusan yang mendatangkan faedah segera, masa penugasan, penyelesaian masalah,surat – menyurat dan membuat keputusan.

Masa Pelaburan – 25 peratus daripada hari biasa. Menentukan program jangka panjang, merancang dan menghasilkan penyelesaian alternatif merupakan contoh masa pelaburan.

Masa Organisasi – 15 peratus daripada hari biasa. Masa ini untuk tugas pentadbiran : laporan, persidangan dan mesyuarat eksekutif.

Masa Terbuang – 10 peratus daripada hari biasa. Masa ini termasuk aktiviti tidak produktif, masalah tidak dirancang dan yang seumpamanya.

Nilai yang didapati daripada amalan merekod, menganalisis dan mengemaskinikan sistem untuk mengesan penggunaan masa amat perlu ditekankan.menurut Merill Douglass, hampir semua orang membuang masa sekurang – kurangnya dua jam setiap hari. Dengan menganalisis cara anda menggunakan masa, anda akan mempunyai lebih banyak masa budi bicara, iaitu satu – satunya masa yang sebenarnya anda kawal. Senaraikan perkara yang mesti dilakukan.perkara yang masih ada dalam senarai hari ini haruslah dipindahkan ke dalam esok kecuali sudah terlewat atau tidak begitu penting sehingga boleh digugurkan daripada senarai baru. Jangan simpan senarai sampai berhari – hari; senarai untuk ditulis semula, dibatalkan dan dikoyak. Pendek kata, buat senarai baru setiap hari dan cuba kelompokkan tugas yang serupa.

Penetapan matlamat

Sesudah membuat analisis tentang bagaiman kita kini menghabiskan masa, haruslah nyata kepada kita bagaimana kehidupan kita diimbangkan dalam kaitannya dengan pelbagai aspek kehidupan kita. Aspek tersebut termasuk kerjaya, keluarga, pembangunan sosial dan diri, dan matlamat rohaniah. Mengenai matlamat, Merill Douglass menyatakan :

Kebanyakankita tidak begitu memikirkan matlamat. Kita cuma bergerak balas atau berinteraksi terhadap tekanan daripada oarang atau benda lain. Jika anda mahu mengawal masa dan kehidupan anda sendiri, anda mestilah memutuskan matlamat anda. Orang lain tidak dapat melakukannya untuk anda. Oleh sebab kita cenderung menemui apa yang kita cari, maka kita perlu mengejar matlamat peribadi yang betul.

Rancang masa anda dengan menetapkan matlamat, iaitu matlamat tentang perkara yang ingin anda buat, yang dibahagikan kepada objektif jangka panjang dan jangka pendek. Tentukan masa yang anda cadang diuntukkan bagi setiap matlamat yang anda tetapkan. Ini melibatkan rancangan tindakan untuk sehari – hari di samping untuk matalamat sepanjang hayat.

Dalam hari anda, tekankan dua tiga perkara utama yang ingin anda laksanakan dan bukan membuat keropas – kerapis daripada segala kerja. Matlamat anda haruslah khusus, iaitu dipecahbahagikan kepada objektif yang konkrit, di samping boleh dicapai dengan munasabah.

Sebaik sahaja matlamat anda ditetapkan, anda perlu menentukan keutamaan. Nilai matlamat anda mengikut pentingnya. Selepas anda menyusun matlamat serta objektif anda mengikut sistem keutamaan, anda mesti tumpukan usaha pada matlamat serta objektif yang paling penting bagi anda.

Matlamat harus menjadi bahagian penting daripada kehidupan anda. Di samping menjadi alat untuk mengurus masa dengan lebih baik, matlamat boleh mendatangkan kesan kedua dengan mengurangkan tekanan dalam kehidupan kita seharian. Dengan menetapkan matlamat dalam ruang kehidupan perniagaan dan kehidupan peribadi, kita boleh mendapat gambran yang lebih baik tentang diri kita dan tempat yang kita tujui.

Keutamaan-Prioriti

Proses menetapkan keutamaan melibatkan perancangan. Tentang perancangan, Profesor Hibbard dan Profesor Landrum berkata :

Sekalipun perancangan memakan masa pada peringkat awal, perancangan mengimbangi masa itu secara berlebihan dengan mendatangkan hasil yang lebih baik dan dengan menjimatkan masa dalam pelaksanaan sebenar aktiviti. Jadi luangkan masa untuk merancang. Jangan terlibat dalam pengurusan krisis. Supaya anda dapat merancang dan menentukan keutamaan dengan betul, manfaatkan awal atau akhir hari untuk menetapkan matlamat harian dan menyusunnya mengikut mana yang lebih penting.

Para penulis berpendapat bahawa keutamaan harus ditetapkan setiap hari. Tulis semua perkara yang anda rancang lakukan pada esok hari dan kemudiannya nilaikannya mengikut mana yang lebih penting: “A”, “B” atau “C”. Pupuk kebiasaan merancang setiap hari. Tulis matlamat dan rancangan anda dalam senarai harian dan ikut senarai itu. Ini merupakan cara yang sangat cepat untuk mengawal masa anda dengan lebih baik. Sebenarnya, anda menganalisis cara anda menggunakan masa sebelum bertindak – sewaktu anda masih dapat mengubahnya. Perancangan matlamat kecil tiap – tiap hari amat mustahak bagi mengurus masa dengan baik. Keutamaan mesti ditetapkan supaya perancangan matlamat harian menjadi lebih berkesan.

Dengan menjadualakan masa anda secara berkesan melalui penetapan keutamaan, anda belajar mengelak daripada membuat komitmen berlebihan. Mempelajari waktunya dan caranya untuk menjawab “tidak”kerana komitmen yang berlebihan mengurangkan keberkesanan diri anda. Ketidakupayaan untuk menumpukan perhatian pada matlamat penting selalunya kerana anda memberikan masa yang sedikit untuk segala urusan, bukan kerana menumpukan masa yang banyak pada beberapa perkara sahaja. Menetapkan keutamaan memaksa anda

menugaskan tanggungjawab kepada orang lain kerana anda mesti menggunakan waktu perdana anda dengan sebaik – baiknya.

Lebih banyak yang dapat anda lakukan dalam masa yang ada melalui penjadualan yang berkesan. Langkah pertama adalah untuk meluangkan sedikit masa setiap hari untuk berfikir, merenung dan merancang. Ini seharusnya masa yang tenang untuk menyusun fikiran anda. Perkara ini amat penting. “Masa tenang” memastikan kesempatan untuk berfikir dan merancang. Masa tenang bukanlah idea yang baru sama sekali. Dari semasa ke semasa pengurus yang berkesan menutup pintu dan meminta setiausaha mereka atau operator telefon menjawab panggilan supaya mereka mendapat masa untuk menumpukan fikiran tanpa gangguan. Kita semua mempunyai waktu perdana, iaitu sejam dua setiap hari apabila kita dapat berfikir secara kreatif dan bekerja dengan kecekapan puncak (maksimum). Bagi sesetengah orang, masa perdananya pada awal pagi, manakal bagi yang lain, pada lewat malam. Masa inilah yang digunakan untuk menyediakan ucapan, menulis kertas kerja, atau menyiapkan yang ketinggalan dengan segera. Pengurus yang paling berkesan dapat mengatur masa budi bicara mereka supaya bertepatan dengan masa puncak. Orang yang tidak suka bangun pagi tetapi bekerja dengan lebih baik pada waktu malam boleh “menandatangani buku keluar”. Orang lain pula boleh bermula awal bagi mengelakkan gangguan. Pendek kata, anda harus menggunakan waktu perdana untuk tugas penting, berfikir dan merancang.

Dengan menganalisis penggunaan masa, dengan menetapkan matlamat dan keutamaan, kehidupan anda mejadi teratur; anda mengatasi halangan besar kepada usaha mengurus pejabat, perniagaan atau rumahtangga dengan cekap. Dengan kehidupan yang lebih teratur di pejabat atau di rumah, anda mempunyai kefahaman yang lebih jelas tentang kerja penting yang perlu diurus dahulu. Begitu banyak masa yang terbuang setiap hari desebabkan kecelaruan yang ketara di kebanyakan pejabat perkara ini jelas sekali tergambar pada keadaan meja seseorang.

Meja seharusnya merupakan alat bagi orang yang memerlukannya untuk menjalankan kerja. Meja bukan kabinet bai menyimpan sebarang barang lama yang terkumpul. Meja anda haruslah berfungsi, bukan sekadar sedap dipandang. Laci meja harus digunakan sebagai tempat simpanan sementara bagi benda yang sentiasa diperlukan untuk menjalankan kerja. Sekiranya anda tidak memerlukan laci, jangan gunakan meja yang berlaci kerana ini boleh menjadi tempat barang – barang berselerak.

Fail juga harus disusun bagi membolehkan maklumat diperolehi kembali dengan cepat, bukan menjadi penghalang. Fail perlu dilabel dengan baik dan diatur mengikut susunan yang mudah bagi memastikan bahan berfail dapat dicari dalam beberapa saat sahaja. Fail harus disusun mengikut kategori aktif, tidak aktif dan buangan. Hanya fail aktif perlu disimpan berdekatan dengan meja anda. Buang fail

buangan dan alihkan fail tidak aktif ke ruang yang lebih endah kosnya. Sebaik sahaja ini dilakukan, teruskan amalan mengemas – kinikan fail.

Mengatur keadaan meja dan kaedah mengendalikan bahan bertulis merupakan contoh keutamaan asa dalam mana – mana jenis operasi. Proses penetapan keutamaan memastikan keperluan asas bagi mengurus pejabat atau perniagaan tidak diketepikan atau dipandang rendah

Komunikasi

Dalam satu kajian, 74 peratus daripada pengurus yang diambil sebagai sampel daripada syarikat di Amerika Syarikat, Great Britain dan Jepun mangatakan bahawa satu – satunya rintangan terbesar kepada kecemerlangan korporat ialah kegagalan komunikasi. Pernah dikatakan bahawa komunikasi pada organisasi sama seperti darah pada badan – tanpanya kedua – duanya akan mati.

Komunikasi yang berkesan akan menghasilkan kejelasan, kefahaman, komitmen dan kreativiti. Supaya kejelasan dan kefahaman diperoleh, saluran komunikasi yang menegak mestilah dibuka. Orang bawahan berhak ntuk mengetahui sesuatu yang dikehendaki oleh penyelia daripada mereka. Mereka mesti diberi maklumat yang berkaitan dengan segera, dengan ringkas lagi padat dan secara lansung. Bukan sahaja komunikasi ke atas daripada orang bawahan kepada penyelia mesti juga diadakan. Komunikasi ini boleh digalakkan oleh penyelia kalau dia bersungguh – sungguh meminta maklum balas; dengan meminta, mengakui dan menghargai idea yang dikemukakan; dengan bersikap fleksibel dalam megambil kira perbaikan yang dicadangkan orang bawahan. Langkah ini akan menghasilkan komitmen dan kreativiti pada pihak orang bawahan; dan pengurusan masa tidak mungkin menjadi masalah sekiranya ada orang yang komited lagi kreatif.

Pelengahan – Bertangguh

Pelengahan merupakan halangan besar bagi hampir semua orang yang ingin memperbaiki penggunaan masanya. Terdapat tiga sebab yang membawa kepada pelengahan :

(1) kerja yang tidak menyenangkan,

(2) projek yang sukar dan

(3) tidak dapat membuat keputusan.

Bagi kebanyakan orang, kerja yang tidak menyenangkan menjadi satu sebab terbesar mereka berlengah – lengah. Kita cenderung menangguhkan kerja kerana membuatnya tidak menyenangkan. Dengan kata lain, kita tidak mendapat sebarang kepuasan dengan melakukan kegiatan berkenaan. Menangguhkan kerja yang tidak menyenangkan, tetapi akhirnya perlu dibuat, hanya menjadikannya lagi tidak menyenangkan. Satu penyelesaian terletak pada cara kegiatan harian dijadualkan. Kerja yang anda dapati paling tidak menyenangkan dan kerap anda tunda hendaklah dijadualkan dahulu. Dengan cara itu anda, dapar membereskannya dengan cepat, lalu anda bebas untuk menumpukan perhatian pada kerja yang selebihnya pada hari itu.

Cara lain untuk menangani kerja yang tidak menyenangkan : menganalisis kerja untuk memahami apa yang menjadikannya tidak menyenangkan; menggarap kerja yang tidak menyenangkan sedikit demi sedikit, dengan melakukannya selama lima atau sepuluh minit pada satu – satu, belajar cara untuk mengenali beberapa aktiviti kritikal yang perlu anda buat dan menumpukan perhatian untuk melakukannya dahulu. Haris Rotenbury mengesyorkan : “ Tetapkan batas waktu bagi setiap matlamat. Inilah cara yang sebaik – baiknya untuk mempercepat perlaksanaan kerja.”

Punca kedua perlengahan, iaitu kerja yang sukar, memerlukan pendekatan memecah – mecahkan kerja kepada unit yang kecil dan menumpukan perhatian pada sebahagian demi sebahagian. Ini dapat dilakukan samada dengan memecahkan unit mengikut kandungan atau mengikut masa yang dperuntukkan bagi setiap subunit. Melalui kaedah ini kerja yang rumit menjadi beberapa kerja yang lebih mudah. Dengan itu, kita mendapat perspektif yang lebih baik tentang titik permulaan kerja. Sebaik sahaja kerja dimulakan, bahagian yang kecil – kecil tadi dapat diselitkan dengan lebih mudah. Selalunya kita mengelakkan kerja yang sukar semata – mata kerana kita tidak tahu diaman hendak bermula.

Punca ketiga perlengahan ialah kita tidak dapat membuat keputusan. Semua orang mahu membuat keputusan yang betul bagi mengelakkan natijah yang tidak memuaskan. Langkah yang paling baik adalah dengan mengumpulkan segala maklumat yang ada, membuat keputusan berkenaan dan kemudian beralih kepda perkara lain. Lebih – lebih lagi jangan asyik berasa risau dan berbuat kecoh atau mengolah semula masalah. Jika ada sesuatu yang tidak kena dengan keputusan anda, anda boleh menanganinya apbila masalah itu timbul.

Sarjana dalam bidang pengurusan masa mengesorkan dua cara untuk mengelakkan perlengahan. Pertama, jelaskan objektif anda, pastikan apa yang sebenarnya ingin kita lakukan. Syor yang kedua, pupuk kebiasaan merancang setiap hari. Tulis butir – butir perkara yang hendak anda siapkan setiap hari, kemudian

kerjakannya bermula dengan yang paling penting dahulu. Akhirnya seperti mana – mana masalah, perlengahan dapat diatasi melalui tindakan positif

27. Mencari makna Solat Tarawih

Solat Tarawih ialah sunat muakkad yang amat digalakkan. Bagi umat Islam yang mendirikan Tarawih sebulan penuh, bermakna ia telah menunaikan 600 rakaat solat sepanjang malam bulan Ramadan. Pernahkah kita menunaikan solat sebanyak 20 rakaat setiap malam atau 600 rakaat selama 30 malam berturut-turut pada bulan-bulan yang lain? Mereka yang menunaikan Solat Tarawih sejak kecil itu beruntung, kerana jika ia ditunaikan selama 60 tahun, maka ia telah mendapat 36,000 rakaat Solat Tarawih. Kemeriahan budaya daripada Solat Tarawih dan kemanisannya tidak akan dapat dirasai sekiranya seseorang itu meninggalkannya.

Tarawih berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud rehat. Ringkasnya, Solat Tarawih adalah solat yang tujuannya menghasilkan kerehatan. Apakah yang dimaksudkan dengan kerehatan? Bagaimana ia dikaitkan dengan rehat, sedangkan ramai di kalangan kita yang kepenatan ketika mengerjakannya?

Soalan ini akan terjawab jika kita memahami inti ibadah solat itu sendiri. Sebagaimana yang selalu ditegaskan dalam ruangan ini, solat adalah Mikraj atau wadah yang membawa seorang mukmin itu lebih `dekat’ kepada Tuhan-Nya. Ia adalah tali yang menghubungkan hamba secara langsung dengan Pencipta. Solat itu istimewa. Sebab itulah perintah solat diterima langsung daripada Allah s.w.t. dalam peristiwa Mikraj, tahun berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj dinamakan sebagai `Aamul Huzni (tahun kesedihan) kerana kematian Abu Talib dan Khadijah yang menjadi penyokong Baginda dari segi material dan moral.

Pertemuan dengan Allah s.w.t. merupakan kerehatan dan kelapangan bagi Nabi setelah melalui kemuncak tribulasi dalam dakwah Baginda. Firman Allah s.w.t. lagi bermaksud: Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami hilangkan bebanmu, yang memberatkan belakangmu, dan Kami tinggikan sebutan buatmu. Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (As-Syarh 94:1-6)

Penawar

Solat juga menjadi penawar dan kerehatan jiwa daripada segala macam bentuk kesusahan dan ujian yang kita lalui dalam kehidupan. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Dan mintalah bantuan dengan sabar dan menunaikan solat. Sesungguhnya ia adalah berat kecuali bagi orang yang khusyuk. (Al-Baqarah: 153)

Justeru, tujuan yang kita cari melalui Solat Tarawih ialah kerehatan dari segi rohaniah dan kesihatan yang menyihatkan tubuh badan. Rasulullah s.a.w. mencari kerehatan melalui solat. Pernah apabila hendak menunaikan solat fardu, Baginda menyebut: `’Arihna ya Bilal.” (rehatkanlah kami wahai Bilal dengan azanmu yang menandakan solat akan didirikan). Baginda juga menyebut solat itu sebagai Qurratu `Aini (penyejuk mataku). Jika ini prinsip yang diajar oleh Nabi s.a.w., maka amat wajar bagi orang beriman mengikut sunah ini, iaitu menjadikan solat sebagai wadah untuk mendapatkan kerehatan. Hati akan menjadi ringan ketika mengembalikan segala urusan dan kepayahan kita kepada Allah s.w.t. Badan juga menjadi ringan, kerana perut yang dipenuhi makanan akan menjadi ringan setelah dibakar oleh metabolisme badan, hasil sistematik dalam Solat Tarawih.

Apakah sebenarnya yang kita cari di sebalik Solat Tarawih? Soalan ini cukup ringkas, tetapi jawapannya mempunyai implikasi yang amat besar kepada hidup seorang mukmin. Selama kita mengerjakan Solat Tarawih ribuan rakaat seumur hidup kita, adakah kita memahami apa yang kita cari dan soalan yang lebih besar, sudahkah kita peroleh apa yang dicari?

Allah s.w.t. Yang Penyayang menyediakan pahala yang besar kepada hamba-hamba-Nya yang berpuasa pada waktu siang dan solat pada malam-malam bulan Ramadan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Ganjaran pahala bagi orang yang menunaikan Solat Tarawih itu adalah Syurga. Namun, selain aspek pahala, orang yang beriman sentiasa mengintai untuk mencari Cinta Allah dan redha-Nya melalui puasa dan ibadah Solat Tarawih. Ada kala kita akan merasa penat sekiranya solat yang dikerjakan itu semata-mata berdasarkan hitungan pahala. Tetapi jika solat itu dilakukan untuk mencari Cinta-Nya dalam bulan yang kudus ini, solat itu semakin dikerjakan semakin khusyuk, kudus, tunduk dan mengecap inti kemanisan iman yang tidak dapat dibahasakan. Allah s.w.t. berkehendak supaya kita berdiri, rukuk dan sujud dalam jalinan berhubungan yang mesra antara hamba dengan al-Khaliq. Namun ia bukannya amalan tanpa jiwa, bahkan ia adalah amalan yang tercetus daripada jiwa yang sentiasa mengingati Allah s.w.t. Cinta akan lahir bersama rasa rendah hati kepada-Nya,. Seorang hamba tidak memiliki apa-apa. Pemilik (al-Maalik) yang sebenar adalah Dia sebagaimana yang diajar dalam doa Iftitah, Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku adalah demi kerana-Mu Ya Allah, Rabbal Alamin, dan di dalam ayat Hanya kepada-Mu kami mengabdi diri, dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan.

Jika Tarawih atau solat-solat lain diiringi cinta dan merendahkan hati kepada Allah s.w.t., maka tidak mustahil lambat laun solat itu akan menghasilkan buah yang manis, menghiasi kita dengan budi pekerti yang baik serta beradab kepada Allah s.w.t. dan sesama makhluk. Ia juga akan membakar sifat-sifat rendah atau

Mazmumah yang menghijab hati antara kita dengan Allah s.w.t. seperti `ujub (takjub dengan kemampuan diri), riak (menunjuk kebaikan), rasa lebih hebat daripada orang lain, sum’ah (mencari nama dan populariti), amat cintakan benda, mengejar pangkat, tamak, bakhil, merasa ringan dan aman dengan azab Allah, takabbur (besar diri), ananiy (tinggi rangsangan keakuan) serta banyak lagi. (Lihat Minhajul Abidin dan Ihya Ulumuddin oleh Imam al-Ghazali untuk huraian terperinci).

Bermuhasabah

Telah puluhan tahun usia kita berlalu. Masa yang ada dalam mencari cinta-Nya semakin berkurangan. Allah s.w.t. menegaskan “Mereka yang berusaha di jalan Kami, pasti Kami akan tunjukkan jalan kepada Kami.” Mungkin sudah sampai masanya untuk kita bermuhasabah dan mula mengurangi penyakit hati. Semoga keringanan ini memudahkan jiwa kita `terbang’ menuju redha dan cinta-Nya yang abadi. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Wahai orang yang beriman, belum sampaikah masa kepada orang yang beriman untuk tunduk hati-hati mereka dalam mengingati Allah dan kebenaran yang diturunkan-Nya?

Ramadan adalah program rabbani. Yang mengikis karat-karat hati sebagaimana puasa menghakis toksik dari tubuh badan. Ibadah di dalamnya seperti puasa, solat, membaca al-Quran di dalamnya adalah anugerah khusus kepada manusia. Ia adalah satu pakej lengkap yang terdiri daripada ibadah puasa, membaca atau tadabbur al-Quran dan Solat Tarawih. Taqwa yang menjadi objektif ibadah berpuasa itu hanya akan dapat dicapai jika seseorang berpuasa dan mengamalkan ibadah serta akhlak-akhlak yang lain.

Jika puasa berfungsi untuk memberi ruangan kebebasan dan keringanan jiwa daripada nafsu rendah (ammarah), bacaan al-Quran pula untuk melunakkan hati, maka dari perspektif ini, tidak salah jika dikatakan solat itu sebagai kemuncak daripada puasa dan bacaan al-Quran, kerana solat itu membawa seseorang untuk `bertemu’ Allah s.w.t. Maka, perhubungan simbiotik antara ibadah-ibadah ini amat perlu dalam membentuk jiwa taqwa.

Kita juga selalu membaca ayat puasa mengenai kewajipan berpuasa tetapi ramai yang `terlepas pandang’ kepada ayat selepasnya, iaitu Firman Allah s.w.t. bermaksud: Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai-Ku, katakanlah (wahai Muhammad) Aku amat dekat. Aku menjawab permintaan orang yang meminta ketika ia berdoa. Maka, taatilah perintah-Ku dan percayalah kepada-Ku. Mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk. Jika kita berpuasa jangan pula lupa untuk ingat dan berdoa kepada Allah s.w.t. Di antara cara berdoa yang paling tinggi ialah solat, kerana definisi solat itu adalah ad-Du’a (doa). Di dalam solat juga mengandungi doa dan puji-pujian kepada-Nya.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh iman dan ihtisab (memelihara, beramal dam berharap) akan diampuni dosa-dosanya. Sebab itu orang yang berpuasa tetapi tidak menjaga anggota atau tidak menunaikan Solat Tarawih pada malam harinya, objektif untuk mencapai taqwa itu mungkin tidak mudah dicapainya.

Solat Tarawih dikerjakan secara berjemaah diimamkan oleh Baginda sendiri. Dari segi pelaksanaannya, Nabi mengerjakan Solat Tarawih berjemaah di masjid selama beberapa malam, dan pada malam-malam yang berikut dilakukan di rumah Baginda. Tujuannya supaya Solat Tarawih berjemaah di masjid tidak dianggap sebagai suatu kewajipan bagi umat Islam. Solat berjemaah itu sendiri adalah fardu kifayah dan ia adalah sunat muakkad dalam Mazhab as-Syafie. Solat Tarawih sunat didirikan secara berjemaah dan berjemaah di masjid adalah paling utama. Namun, tidak mengapa sekiranya Solat Tarawih didirikan bersendirian di rumah, atau berjemaah bersama keluarga, di rumah sahabat handai yang diziarah dan sebagainya. Yang perlu dicari ialah kualiti dan redha Allah s.w.t. Allah s.w.t. tidak melihat kepada gambaran zahir tetapi meneliti kepada keindahan amal yang disertakan keikhlasan di lubuk hati. Mungkin pada tanggapan manusia, sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh seseorang itu remeh, tetapi pada penilaian Allah s.w.t. ia adalah amal yang bernilai tinggi.

Allah tidak jemu melihat hamba beribadah kecuali apabila hamba itu jemu beribadah. Justeru, dalam mendidik nafsu agar tidak jemu beribadah perlu ada tekniknya, khususnya dalam melaksanakan Solat Tarawih. Menurut Imam al-Ghazali, nafsu seperti kanak-kanak. Ia suka pada perkara yang menyeronokkan, dan tidak suka kepada ibadah dan kebaikan. Ia boleh dikawal, tetapi tidak boleh dimatikan.

Jika terlalu kuat kawalan, ia akan memberontak dan lama-kelamaan akan meninggalkan terus ibadah yang diperintahkan ke atasnya. Justeru, tidak menjadi masalah jika pelaksanaan Solat Tarawih bagi individu dipelbagaikan supaya nafsu tidak berpatah arang dan berkerat rotan dengan ibadah. Ia boleh dilaksanakan di surau atau masjid yang berbeza, bersama keluarga, bersendirian, melakukan lapan rakaat, 20 rakaat, solat berselang seli dengan rehat sejenak, keluar sebentar untuk tunaikan hajat kecil misalnya, dan berbagai-bagai cara lagi. Yang penting, Solat Tarawih itu mencapai maksud seperti yang diterangkan sebelum ini.

Ijtihad

Rasulullah s.a.w. mendirikan Solat Tarawih lapan rakaat bersama jemaah, namun lapan rakaat Nabi dihiasi dengan bacaan al-Quran yang merdu dan menusuk kalbu. Tidak terasa penat walaupun dibaca surah yang panjang. Di sini ada kualiti semasa menunaikan Tarawih. Umar al-Khattab pula menggesa umat Islam melaksanakan Tarawih di masjid sebanyak 20 rakaat. Tindakan beliau adalah ijtihad sebagai seorang sahabat Nabi, faqih dan Khulafa ar-Rasyidin yang menilai tuntutan semasa umat Islam pada waktu itu. Penduduk Madinah pula berijtihad untuk melaksanakan

Tarawih lebih daripada 20 rakaat termasuk witir dan diselangi dengan selawat ke atas Rasulullah s.a.w. Kepelbagaian dalam menentukan bilangan rakaat itu sendiri adalah perkara khilafiah dan keluasan yang diizinkan berlaku bagi memudahkan pelaksanaan ibadah.

Yang paling utama bukan bilangan rakaatnya, tetapi yang lebih utama adakah solat itu mendapat ketenteraman hati dan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Ad-Din itu mudah, tidak ada seseorang yang menyusah-nyusahkan pelaksanaan ad-Din itu, pasti ia kecundang jua. Sabda Baginda juga yang mahfumnya: Permudahkan, jangan menyusahkan, dekatkan, jangan melarikan orang daripada agama, berikan khabar gembira, jangan menakut-nakutkan dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. Alangkah indahnya jika umat Islam hari ini memahami pelaksanaan Islam sebagaimana yang diajar oleh Baginda s.a.w.

Solat Tarawih ialah suatu fenomena, namun ia mungkin tidak disedari oleh umat Islam yang biasa mengerjakannya. Tetapi di luar Islam, orang melihatnya sebagai satu fenomena yang menimbulkan kekaguman. Bayangkan, manusia keluar berduyun-duyun dengan sukarela pada waktu malam pada musim panas atau dingin, dan mengerjakan solat di masjid bersama-sama, tua, muda, lelaki, wanita, kanak-kanak dan bercampur baur pelbagai bangsa. Daripada satu kajian ringkas, tokoh dari luar mengakui ia adalah keistimewaan dan kekuatan yang amat mereka perlukan dan tidak ada dalam mana-mana agama di dunia. Adakah kita menyedari keistimewaan ini? Ia adalah kekuatan yang sedia ada di dalam agama. Justeru, kebaikan ini perlulah disedari dan disebarkan. Kesedaran ini juga menggerakkan kita untuk menjadikan remaja harus membina suatu tekad yang tinggi bahawa kita dilahirkan ke dunia bukan untuk menjadi beban, sebaliknya kita dilahirkan untuk menyumbang. Solat Tarawih sebagai wasilah (perantara) untuk memupuk ikatan persaudaraan umat Islam pada zaman ini.

Solat Tarawih di Masjidil Haram dan Masjid an-Nabawi mempunyai keindahannya tersendiri yang sukar dilafazkan. Solat Tarawih dengan ribuan jemaah adalah pemandangan biasa bagi beberapa negara seperti Mesir, Turki, Pakistan dan negara umat Islam yang lain. Kemerduan suara imam juga mempunyai kesan yang menarik manusia untuk Solat Tarawih. Atas dasar itulah, maka negara kita membawa masuk imam dari luar negara yang mempunyai bacaan yang baik untuk mengimamkan Solat Tarawih. Di sesetengah tempat pula ada yang melantik kanak-kanak yang masih kecil tetapi hafaz al-Quran untuk menjadi imam. Ia adalah perkembangan yang baik. Namun. Kita perlu juga diingatkan kepada beberapa perkara asas dalam Solat Tarawih ini. Ia jangan pula menjadi budaya yang dimestikan hingga timbul keadaan menyusahkan kemudian hari. Di antaranya kriteria imam yang dipilih itu hendaklah fakih, iaitu seorang yang berilmu dan memahami selok belok solat. Suara yang bagus duduk kepada perkara yang kedua. Imam yang mempunyai kedua-dua ciri tersebut adalah lebih diutamakan. Kedua, selain membawa imam yang baik dari luar, kita juga harus membina imam Solat Tarawih yang mempunyai kualiti yang setanding dan sebaik imam dari Asia Barat

. Negara kita yang sentiasa melahirkan qari antarabangsa tidak sunyi daripada individu yang boleh digilap bakatnya ke peringkat yang sewajarnya.

Semoga Solat Tarawih dan ibadah yang lain tahun ini dapat dijalani dengan penuh kesedaran. Jika ini diamalkan. Tidak mustahil Ramadan kali ini akan meningkatkan taqwa dalam diri, dengan izin Allah s.w.t. Wallahu A’lam

28. Mengenali Diri Anda

Hari ini tahun baru telah tiba. Hari ini, anda juga boleh dilahirkan kemba1i, kalau anda berkemampuan untuk mengenali diri anda sebenarnya. Anda adalah orang yang paling penting di dunia ini. Kebanyakan orang belum menemui fakta mengenai diri mereka. Manusia pada umumnya menghabiskan hari-hari mereka tanpa mengetahui diri mereka yang sebenarnya.

Manusia adalah ciptaan dari pencipta yang Maha Bijaksana, yang membawa kita ke dunia untuk menjalani kehidupan yang berjaya. Kita diciptakan untuk kejayaan. Kita dilengkapi dengan kemungkinan yang tidak terdapat pada makhluk yang lain. Kita mensia-siakan pemberian Maha Pencipta jika kita gagal menggunakan kemudahan pada diri kita serta tenaga yang menjadi keberkatan sejak kita lahir.

Kejayaan adalah hak asasi kita. Hanya sedikit orang yang mewujudkan hak asasi ini dalam kehidupan mereka. Cendekiawan dan ahli psikologi mengungkapkan bahawa rata-rata orang hanya menggunakan sebahagian kecil potensi akalnya. Secara umum dapat dikatakan bahawa potensi yang digunakan hanya sekitar 3% hingga 10%.

Kita mengetahui semua yang harus kita ketahui tentang hobi, sukan dan lain-lain tentang diri kita. Sayangnya kita gagal berbuat seperti Columbus terhadap diri sendiri dengan menemukan diri kita yang sebenarnya.

Semua lelaki dan wanita terkemuka di dunia, sejak lahirnya peradaban, pertama sekali menemui diri mereka sendiri sebelum akhirnya melakukan perkara yang hebat dalam bidang mereka masing-masing, sebagaimana yang kita kenal.

Penulis mendoakan agar buku ini akan dapat menemukan diri anda yang hebat, diri anda yang sebenarnya. Apabila anda telah berhadapan dengan permulaan penemuan ini, anda tidak lagi berpuas hati dengan hanya menumpang pada lautan kehidupan yang penuh badai ini. Sebaliknya, anda akan terus mencari dan mencari kejayaan, kebahagiaan dan kedamaian batin.

29. MENGHAYATI AL-QURAN DALAM KEHIDUPAN

ejarah penurunan al-Quran merupakan satu detik sejarah yang perlu diketahui oleh setiap individu muslim yang beriman. Al-Quran merupakan satu mukjizat yang terbesar kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang akan kekal abadi hingga hingga hari kiamat. Ia menjadi satu kegemilangan dan keagungan kepada umat Islam keseluruhannya. Istilah penurunan ini dipanggil sebagai nuzul al-Quran yang membawa maksud amat mendalam, di mana al-Quran diturunkan dari tempat yang tinggi dan mulia iaitu luh mahfuz, kemudian diturunkan kepada nabi junjungan besar kita Muhammad S.A.W. secara berperingkat-peringkat mengikut keadaan dan keperluan semasa.

Perantara bagi penurunan al-Quran ini ialah Jibrail alaihisalam yang ditugaskan untuk membawa wahyu kepada para Nabi dan Rasul. Penurunan ini memakan masa selama 23 tahun, iaitu 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah menurut peristiwa ini telah diterangkan oleh Allah S.W.T. di dalam surah al-Syuri ayat 192 hingga 195 :

Bermaksud : “sesungguhnya al-Quran adalah diturunkan oleh Allah tuhan sekalian alam. Ia di bawa turun oleh malaikat Jibrail yang amanah ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang pemberi ajaran dan amaran kepada umat manusia, ia diturunkan dalam bahasa arab yang fasih serta terang dan nyata”.

Al-Quran merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T. dan bukanlah satu rekaan dari nabi S.A.W. sebagaimana yang telah didakwa oleh musuh-musuh Islam. Tuduhan ini adalah tidak benar sama sekalian, kerana keindahan al-Quran bukan satu tahap yang mampu direka atau dicipta oleh manusia. Allah S.W.T. mencari kepada manusia mahu pun jin, jika mereka mahu mencari kehebatan al-Quran maka kumpulkanlah sebanyak mungkin mungkin mereka yang hebat-hebat,

namun sudah pasti mereka tidak akan mampu untuk melakukannya. Cabaran ini telah dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Isra ayat 88 :

Bermaksud : “katakanlah, sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa dengan al-Quran ini, nescaya mereka tidak dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain”.

Al-Quran adalah kitab yang tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan kita. Tanda kerasulan Nabi Muhammad S.A.W semakin terserlah dengan kehadiran al-Quran, kerana pastinya kehadiran al-Quran menjadi pemisah antara yang hak dengan yang batil. Orang yang beriman pastinya merasa gembira dengan kehadiran al-Quran, kerana ia akan memberi khabar gembira dan mereka juga akan mengamalkan segala yang diperintahkan tanpa rasa ragu, namun bagi mereka yang ingkar kepada ajaran Allah sudah pasti ia tidak akan merasa takut, mereka hanya berpura-pura dan lebih menambahkan lagi kekufuran mereka. Kisah ini telah dijelaskan oleh allah S.W.T. dalam surah at-Taubah ayat 124 yang bermaksud : “dan apabila diturunkan satu surah al-Quran maka di antara mereka (orang munafik) berkata siapakah di antara kamu yang bertambah imannya dengan turunnya ayat ini? Ada pun orang yang beriman, turunnya surah ini menambahkan imannya sedang mereka merasa gembira”.

Al-Quran bukan sekadar untuk dijadikan hiasan, bukan dijadikan bahan simpanan yang memenuhi ruang almari dan rak-rak kita, tetapi al-Quran perlu di baca dan diamalkan isi kandungannya. Al-Quran selainmenjadi penyembuh segala penyakit, ia merupakan satu perkara yang paling besar hikmahnya, ia memberi rahmat dan petunjuk kepada hati setiap orang yang beriman. Firman Allah S.W.T. di dalam surah Yunus ayat 57 :

Bermaksud : “wahai sekalian manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu satu pengajaran dan nasihat dari tuhanmu dan penyembuh apa yang ada di dalam dada, lagi petunjuk dan rahmat bagi orang yang beriman”.

Bagi yang mengamalkan bacaan al-Quran di dalam kehidupan sehari-hari, sebenarnya bukan sahaja ia memberi kebahagian dan ketenangan di dunia, tetapi ia juga akan memberi syafaat di hari akhirat nanti. Hadis Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh imam muslim menjelaskan :

Bermaksud : “bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti sebagai pemberi syafaat kepada pembacaan”.

Sidang Jumaat yang dirahmati sekalian,

Al-Quran perlu ditadbir dan dipraktikkan dalam kehidupan. Adalah menjadi perkara yang mudah untuk mengamalkan dan mempraktikkan al-Quran dalam kehidupan, antaranya melalui doa harian yang kita baca setiap hari seperti doa menaiki kenderaan, doa kebaikan dunia dan akhirat, doa menuntut ilmu, doa penerang hati, doa ditetapkan iman dan berbagai doa lagi yang perlu kita amalkan. Selain dari itu cara mempraktikkan al-Quran ialah dengan cara selalu mendengar bacaan al-Quran sama ada radio atau kaset, mendampingi ahli al-Quran , menghadirkan kuliah dan ceramah agama, mengikuti kelas bacaan al-Quran, halqah, tadarus dan sebagainya. Secara tidak langsung ia sebagai membuktikan kita mengamalkan dan mendampingi al-Quran.

Hasil dari sikap kita yang mengamal dan menghayati al-Quran sudah pastinya akan memberikan kehidupan kita semakin baik, jiwa kita semakin tenang, rezeki akan bertambah serta berkat dan yang paling utama kita akan digolongkan ke dalam golongan orang yang mendapat syafaat al-Quran insyaAllah.

Kesan bagi mereka yang meninggalkan al-Quran dalam kehidupan akan membawa kepada kehidupan yang sempit dan susah. Tanpa al-Quran kehidupan akan penuh dengan kelalaian dan alpa dari mengingati Allah S.W.T. Kehidupan manusia akan sering sahaja mendahulukan perkara keduniaan dan menganggap segala apa yang diperolehi adalah hasil daripada usahanya sendiri. Mereka tidak mengetahui bahawa itu sebenarnya adalah dengan kehendak Allah S.W.T. Bagi mereka ini Allah S.W.T akan membalas kelalaian mereka dan akan dibangkitkan oleh Allah di hari kiamat dalam dalam keadaan buta. Firman Allah S.W.T di dalam surah Toha ayat 124 :

Bermaksud : “dan siapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempat dan kami (Allah) akan menghimpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”.

Kesan yang ke dua pula ialah manusia akan menjalani kehidupan di dunia ini mengikut acuan hawa nafsu shahwatnya secara melampau. Mereka tidak sedar bahawa ia akan kembali menemui Allah S.W.T. Kelakuan dan akhlaknya tidak bersandarkan akhlak seorang muslim. Nafsunya didorong oleh syaitan laknat Allah yang akan membawanya ke alam kesesatan, sedangkan kita sedia maklum bahawa syaitan dan nafsu itu merupakan musuh yang amat nyata. Sesungguhnya mereka inilah golongan yang berada di dalam keadaan kesesatan. Firman Allah S.W.T. di dalam Surah Mariam ayat 59 :

Bermaksud : “maka datanglah sesudah mereka pengganti yang hina, yang mensia-siakan solat dan menurutkan hawa nafsu. Sedang mereka kelak akan menemui kesesatan”.

Ketiga : mereka yang meninggalkan al-Quran dalam kehidupan akan mendidik jiwa ke dalam sifat yang takbur. Kehidupan mereka seolah-olah tiada kaitan dengan alam kematian dan hari kebangkitan. Mereka merasa segala kejayaan dan perancangan yang mereka lakukan adalah berdasarkan kehebatan dirinya sendiri. Ada golongan yang menolak kebenaran walaupun telah ditegur dan sebaliknya mendewa-dewakan kerosakan, mereka adalah orang yang tersesat dari jalan yang sebenarnya. Firman Allah S.W.T. di dalam surah al-A’ruf ayat 142 yang bermaksud : “aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatku (yang menunjukkan kekuasaanku) dan mereka (yang bersifat demikian) jika melihat sebarang keterangan (bukti) mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan (yang membawa kepada) petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui, sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan mereka terus mengambil sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu kerana mereka mendustakan ayat-ayat kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya”.

Dengan ini mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan orang yang meninggalkan al-Quran.

Advertisements

~ oleh ANUAR AHMAD di Februari 27, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: