BAGI PASANGAN YANG BERKAHWIN

BAGI PASANGAN YANG BERKAHWIN

Adab-adab setubuh menurut islam

PERKARA-PERKARA PENTING

SEMASA MELAKUKAN PERSETUBUHAN

1.      Bertaubat  dan Memohon Keampunan

Di malam pertama Islam menganjurkan kepada pasangan   suami isteri supaya  membersihkan  diri  dari dosa dan noda yang pernah dilakukan sebelum ini sama ada zahir dan batin.

Oleh itu mereka disarankan supaya  memohon taubat kepada  Allah sama ada dengan sembahyang sunat taubat atau beristiqfar kepadanya.  Diharapkan pertemuan buat kali pertama,

ini benar-benar memberi makna dalam membina kehidupan  baru yang  dapat  mengabdikan diri kepada Allah.

2.      Amalan Semasa  Masuk Bilik / Rumah

Semasa masuk rumah atau bilik bacalah doa terlebih dahulu iaitu :

Dan dahulukan kaki kanan apabila masuk bilik  / rumah tersebut.

3.      Sembahyang Sunnat di Bilik Tidur

Seterusnya apabila suami isteri sudah berada di bilik tidur maka sunat keduanya sembahyang sunat dua rakaat.

Selesai sembahyang sunat, bacalah surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas  dan selawat Nabi sebanyak tiga kali dan diiringi dengan doa seperti berikut :

4.      Beramah Mesra

Selepas itu sisuami hendaklah memusingkan badannya  dan hadapkan mukanya tepat  kepada isterinya dan duduk bertindih paha seraya memberi salam kepadanya.

Ini adalah sebagai mukaddimah untuk berbual mesra  antara suami dan isteri supaya ianya benar-benar  merasa gembira  dan mesra.

5.      Meletak tangan kanan di atas ubun-ubun isteri

Selepas itu suami hendaklah meletakkan tangan kanannya di atas umbun-umbun isterinya bertujuan memohon keberkatan dan kebaikan dan bacalah doa seperti berikut:-

Adab-Adab Melakukan Persetubuhan

a)      Lucut Pakaian  Kesemuanya Di Waktu Bersetubuh

Di antara adab-adab bersetubuh iaitu janganlah mendatangani isterinya selagi  isterinya belum melucutkan semua pakaiannya.  Kedua-duanya hendaklah berselimut di dalam satu kain selimut sebaik-baiknya kedua-duanya melucutkan pakaian.

Tetapi janganlah kedua-duanya bertelanjang bogel di waktu melakukan persetubuhan kerana kepada Allah sepatutnya kamu lebih-lebih lagi rasa malu. Adalah Rasul (s.a.w) di waktu dia mendatangani isterinya, dia menutupi kepadanya.

Suaranya  diperlahankan dan dia berkata “bertenang”.  Suami yang hendak mendatangani  isterinya, sepatutnya dia dan  isterinya tertutup di dalam satu kain selimut.  Tidak  menjadi soalan sama ada mereka menghadap Kiblat ataupun tidak.  Beginilah tegasnya Al Khatab.

b)      Bercumbu cumbuan

Di antara sunnah Islam ialah bercumbu cumbuan, bersuka  ria dan bergurau senda dengan isteri terlebih dahulu.  Rasulullah  s.a.w. pernah berjenaka atau bergurau senda dengan isteri-isterinya.  Beliau menyelami peringkat  peringkat akal mereka dalam pekerjaannya dan tingkah laku,

sehingga al Nasai, Abu Daud dan Ibn Majah ada meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berlumba lari dengan isterinya `Aisyah menang satu hari dan Rasulullah s.a.w. menang beberapa hari, maka baginda berkata : “Ini lawan itu” Saiyidina Omar, walaupun terkenal kasar pernah berkata

bahawa seseorang lelaki  sayugia menjadi seperti seorang kanak-kanak ketika berada di sisi keluarganya.  Apabila  mereka menuntut sesuatu  daripadanya, hendaklah dia menjadi seorang lelaki. Di dalam dua hadis sahih Bukhari dan Muslim, hadis yang diriwayatkan oleh Jariah bin Wahab al Khazai, bermaksud :

“Apakah kamu mahu mendengar tentang ahli neraka, dia ialah setiap orang yang keras, megah dan angkuh”

Di dalam riwayat Abu Daud :

Tidak masuk syurga orang yang megah dan angkuh”

Maksudnya orang yang bersikap kasar terhadap ahli keluarganya dan angkuh dengan dirinya.  Dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Jabir :

“Kenapakah kamu tidak mengahwini anak dara, dia bermesra denganmu dan kamu pula bermesra dengannya”

Tetapi sederhana di dalam beramah-mesra adalah baik seperti sederhana di dalam lain-lain hal juga.

Sunat dimulai dengan  menyebut nama Allah s.w.t. atau dengan membaca `Bismillah’ kemudian membaca surah Al-Ikhlas serta membaca takbir “Allahu-Akbar” dan tahlil.  Kemudian menyebut :

“Dengan nama Allah Yang Maha Tinggi  Lagi Maha Besar.  Ya Allah, jadikanlah dia zuriat yang baik, jika engkau mentakdirkan ianya keluar dari sulbiku”.

Sabda  Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Syaikhan (Bukhari dan Muslim), daripada Ibn Abbas”

“Jika seorang dari kamu apabila mendatangi keluarganya (mahu menyetubuhi isterinya) lalu berdoa :

“Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan dari apa yang Engkau kurniakan untuk kami.  “Jika sekiranya mereka berdua dikurniakan anak, nescaya tidak diganggu oleh syaitan.

Beginilah doa yang tersebut di dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas (r.a.) daripada Nabi s.a.w. dengan sabdanya yang berbunyi :

Ertinya : “Jikalaulah sesungguhnya  siapapun daripada kamu hendak mendatangi isterinya,  dia  berdoalah : “Dengan  nama Allah.  Ya Allah ! Jauhilah kami dari syaitan.  Dan jauhilah syaitan dari barang yang Kamu kurniakan rezeki kepada kami.”  Maka jika dikurniakan bagi keduanya seorang anak, nescaya tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya”.

(Riwayat Al-Bukhari)

Ulamak-ulamak fiqh bersalahan pendapat tentang makna “tidak boleh dirosakkannya  oleh syaitan buat selama-lamanya.”  Ada di antara mereka berpendapat, bahawa syaitan tidak mampu hendak merosakkan akidah anak yang akan dilahirkan nanti.  Ertinya syaitan tidak boleh menggoda agama

kanak-kanak ini, hingga dia  menjadi kafir.  Pendapat ini memberi artikulasi masa depan anak yang akan dilahirkan ke dunia.  Yang mana dia telah ditulis di masa  dia masih di dalam kandungan lagi, bahawa dia akan mati kelak di dalam keimanan.    Golongan ulamak yang lain pula berpendapat, bahawa yang dikehendaki dengan hadis tadi, iaitu dengan berkat doa ini, anak yang akan dilahirkan nanti akan menjadi hamba Allah yang ikhlas.

Apabila hampir mengeluarkan mani (inzal), maka katakan di dalam hati tanpa menggerakkan dua bibirmu:

“Segala pujian bagi Allah yang menciptakan manusia dari air, lalu ia jadikan  manusia itu punya keturunan dan musaharah (hubungan kekeluargaan melalui perkahwinan seperti menantu, ipar dan lain-lain).  Tuhanmu Maha Berkuasa”

Kemudian dia mengelakkan diri dari mengadap qiblat.  Dia  tidak mengadap  ke arah qiblat kerana dia seorang yang berjunub, sebagai menghormati qiblat.

Kemudian apabila si  suami mahu menamatkan persetubuhan itu, hendaklah dia perlambatkan sedikit untuk memberi peluang kepada isterinya sampai ke  puncaknya, kerana inzal atau pancutan mani si isteri mungkin terlewat dan  merbahaya kepada syahwatnya …….

Kemudian jika terlalu lambat mungkin  menyakitkan isterinya pula.  Ketidaksamaan di segi tabiat inzal  ini akan  menimbulkan kegelisahan, sekalipun suami mendahului, isterinya, sebaliknya  persamaan masa inzal lebih melazatkan.  Kalau suami berdiam diri selepas inzal,

mungkin isteriinya  malu walaupun dia (isteri) belum sampai ke peringkat tersebut.

Persetubuhan patut dilakukan empat malam sekali, jika suami mampu berbuat demikian.  Itu lebih adil, difahamkan daripada bilangan isteri yang diharapkan kahwin sebanyak empat orang.  Boleh pula dikurangkan dari kadar  tersebut.  Ya, sebenarnya

boleh  ditambah  atau  dikurangkan    mengikut  kadar  keperluan dalam    menjaga diri melalui perkahwinan, kerana menjaga  diri melalui perkahwinan itu menjadi kewajipan.

Ada pendapat yang mengatakan : Bahawa makruh bersetubuh tiga malam dalam  bulan Islam,   iaitu malam yang pertama, malam yang akhir dan malam pertengahan bulan.   Dikatakan bahawa kenyataan tersebut adalah mengikut pendapat Ali, Mu’awiah dan Abu Hurairah.

Saya  menjawab, fatwa sahabat bukanlah merupakan satu hujah syarak yang diwajibkan mengikutinya, jika fatwa tersebut tidak disandarkan kepada Rasulullah s.a.w.  Ini adalah pendapat jumhur (kebanyakkan) ulama.

Imam Al-Ghazali berkata :  “Setengah ulamak  menyatakan sunat bersetubuh pada hari Jumaat dan Malamnya, berpandukan salah satu ta’wil daripada sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud “Allah merahmati orang yang mandi dan memandikan isteri (Pada hari Jumaat).

Ada juga ulamak berpendapat makruh bersetubuh pada malam pertama hari raya Aidl Fitri dan Aidil Adha.

Sebagai kesimpulan lihatlah perkara-perkara seperti berikut :

A.     Sunat-sunat dalam melakukan Persetubuhan

1.      Suci daripada hadas kecil, tegasnya sunat terlebih dahulu mengambil air sembahyang.

2.      Mandi dan memakai wangi-wangian.

3.      Memakai pakaian yang mengghairahkan tegasnya pakaian menimbulkan nafsu syawat (lelaki, atau perempuan).

4.      Sunat melakukan persetubuhan pada hari Jumaat atau malamnya, malam Khamis dan malam Isnin.

5.      Sunat bersetubuh diwaktu sihat, jangan waktu terlalu lapar atau terlalu kenyang.

6.      Sunat bersetubuh dengan bersenda gurau dan bermain-main terlebih dahulu supaya dapat membangkitkan syawat seterusnya jika memperolehi  anak, insyaalah akan cerdik (berakal).

7.      Sunat bersetubuh dalam  satu selimut dan di atas satu hamparan elakan  daripada telanjang bogel tanpa penutup kain.

8.      Sunat membaca bismillah dan doa sebelum  dan sesudah bersetubuh.

9.      Selesai bersetubuh sunat disegerakan mandi junub jika tidak dapat  dilakukan atas sebab-sebab tertentu sunat membasuh kemaluan dan mengambil air sembahyang (wuduk).

10.    Sebelum bersetubuh bayangkan seorang yang soleh, beriman, bertakwa sebagai  idola / ikutan, isyaalah sekiranya dapat anak, akan mewarisi sifat-sifat tersebut.

B.     Perkara Yang Makruh dalam Persetubuhan

1.      Makruh jimak pada malam dua hari raya dan pada awal pertengahan (tanggal 15) dan akhir tiap-tiap bulan Islam.

2.            Makruh jimak di bawah matahari atau bulan mengambang.

3.            Makruh jimak selepas solat zohor hingga ke petang.

4.            Makruh lelaki melihat faraj isterinya dan perempuan melihat zakar suaminya  boleh mewarisi buta.

5.            Makruh jimak jika dapat dilihat atau didengar orang malah haram sekiranya sengaja dilihat orang.

C.     Perkara yang haram dalam persetubuhan

1.      Haram jimak ketika  isteri haid, nifas dan wiladah.  Jika bersetubuh pastikan putus haid, nifas dan wiladah dan selepas mandi hadas besar.

2.            Haram jimak melalui jalan belakang (melalui dubur) walau pun isteri.

3.            Haram jimak membawa ayat-ayat Al-Quran  nama-nama Allah, Nabi. Malaikat dan lain lain seperti azimat.

4.            Haram jimak dalam masjid.

5.            Haram jimak sedang berpuasa di bulan Ramadhan.

6.            Haram jimak sedang dalam ihram haji atau ihram umrah.

AL-LI’AN

1) PENGERTIAN LI’AN

Pada bahasa : berjauhan, dipetik dari perkataan “Laknat Allah’ bererti Allah melaknatkan atau menjauhkannya. Dinamakan li’an, kerana suami isteri itu tidak mendapat rahmat dari Allah atau kerana kedua-duanya tidak boleh hidup bersama buat selama-lamanya.

Pada syara’ : Beberapa perkataan yang tertentu yang dijadikan hujjah oleh suami untuk menuduh isteri yang menjemukan tempat tidurnya dan menutup keaipannya. Kata-kata ini dinamakan li’an, kerana suami berkata : “Allah melaknat ke atasnya sekiranya ia berdusta.

2) DALIL LI’AN

Firman Allah Taala’ :

Ertinya : Orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedangkan saksi tidak ada selain mereka sendiri, maka saksinya ialah empat kali bersumpah dengan Allah, menerangkan bahawa dia benar dan yang kelimanya, sesungguhnya laknat Allah ke atasnya sekiranya ia berdusta.

(Surah An-Nur : ayat 6 – 7)

Sebab-sebab turun ayat ini ialah kerana Hilal bin Umaiyah telah menuduh di hadapan nabi bahawa isterinya telah melakukan zina dengan Syarik bin Sahma’, maka Rasulullah telah bersabda kepadanya : saksi atau pun sebab belakang kamu, dan baginda bersabda lagi : apabila salah seorang dari kita melihat lelaki berzina dengan isterinya maka suami itu mestilah mencari saksi terlebih dahulu sebelum menuduh. Kata Hilal : demi Allah yeng mengutuskan sebagai Rasul, sesungguhnya saya adalah benar dan Allah akan menurunkan ayat untuk melepaskan aku dari kena hukum atau denda. Tidak berapa lama kemudian Allah pun menurunkan ayat ini.

Akibat dari li’an suami, timbullah beberapa hukum seperti berikut :

1. Dia tidak diseksa (dipukul)
2. Si isteri wajib dihukum had (dera) mengikut had zina
3. Suami isteri bercerai buat selama-lamanya
4. Kalau ada anak, anak itu tidak dapat diakui oleh suami

Untuk melepaskan isteri dari seksa zina (rejam) dia boleh berli’an pula sebagai membalas li’an suami, ini berdasarkan firman Allah :

Ertinya : dan terlepaslah seksaan dari isteri yang dili’an itu dengan mengucapkan empat kali sumpah dengan Allah, bahawa suaminya itu berdusta, ada yang kelimanya sesungguhnya kemurkaan Allah ke atasnya jika suami itu benar atas tuduhannya itu.

(Surah An-Nur : ayat 8-9)

3) HIKMAH DIADAKAN LI’AN

Sebelum kita memperkatakan tentang hikmah li’an, elok juga kita mengetahui asal usulnya di zaman jahiliah dahulu. Sebenarnya di zaman jahiliah apabila seorang suami yang menuduh isterinya berzina, ia akan membaw isteri itu menemui ahli-ahli nujum untuk ditilik melalui ramalan-ramalan yang salah. Apabila datang Islam cara di atas adalah ditolak, kerana beberapa sebab, di antaranya :

1. Islam tidak suka kepada ahli-ahli nujum, kerana mereka selalunya bersifat dusta dan meramalkan perkara-perkara yang mereka tidak diketahui.

2. Ahli-ahli Nujum adalah sangat merbahaya, kerana mereka akan menukarkan sesuatu yang benar kepada tidak benar dan mereka akan menuduh orang-orang yang tidak bersalah, semata-mata mengikut ramalan-ramalan yang salah, sedangkan mereka sendiri adalah jahil, oleh kerana itulah Islam menukar cara itu kepada li’an.

Setelah kita mengetahui secara ringkas tentang cara li’an di zaman jahiliah, di bawah ini diterangkan beberapa hikmah li’an mengikut apa yang dibolehkan oleh Islam:

1. Perkahwinan adalah berdasarkan saling cinta mencintai dan saling bersefahaman di antara suami isteri. Jadi kalahlah berlaku tudah menuduh antara satu sala lain, tentulah akan melakukan perasaan dan menghilangkan kepercayaan di antara mereka serta melahirkan sifat-sifat benci dan hasad dengki.

2. Untuk menakutkan para suami dan isteri daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang buruk dan menjatuhkan maruah.

3. Menjaga kehormatan suami dari mendapat keaiban.

4. Untuk mengelakkan dari mewarithi keturunan yang buruk, ertinya bukan keturunan suami yang sebenar.

5. Untuk kepentingan suami yang melihat kejadian buruk itu berlaku dan tidak sempat mencari saksi-saksi yang diperlukan …..

4) SYARAT-SYARAT SAH LI’AN

1. Mesti tuduh dahulu.

2. Perkataan empat kali sumpah itu mestilah berturut-turut dan yang kelima disertai sumpahan laknat ke atasnya.

3. Perkataan-perkataan itu mestilah diajar oleh kadhi atau hakim.

4. Satu lafaz dengan lafaz yang lain tidak boleh ditukar-tukarkan.

5. Sumpah keempat-empat kali itu mestilah ditauhidkan dengan lafaz asad.

5) KIFIYAT LI’AN (CARA BERLI’AN)

1. Suami mestilah berkata di hadapan hakim atau wakil hakim. Li’an tidak diterima kecuali hakim hadir di majlis tersebut.

2. Mestilah suami yang memulakan kata-kata li’an dengan mengikut kata-kata hakim “saya naik saksi dengan nama Allah bahawa saya adalah dari golongan orang benar dalam tuduhan saya terhadap isteri saya bahawa dia melakukan zina. Lafaz ini digunakan bagi li’an yang dihadiri sama oleh isteri.

Kalau isteri tidak ada dalam majlis itu samada tidak ada dalam negeri atau pun sakit, maka suami yang berlian mestilah menyentuh nama isteri, bapa dan keturunannya.

Kalau didapati ada anak yang hendak dinafikan, suami mestilah menyebut pada tiap-tiap kali kalimah li’an itu seperti katanya : “bahawa anak yang dilahirkan olehnya bukan anakku tetapi anak daripada zina.”

Kalau suami terlupa menyebut di dalam salah satu sumpah itu dia mestilah menambah lagi maksudnya tambah yang ditinggalkannya bukan diulang semua kelima-limanya.

3. Suami yang berli’an itu mestilah bersumpah sebanyak empat kali sebagai mengganti tempat empat saksi yang tidak diperolehinya dan sumpah yang kelima adalah sebagai menguatkan keempat-empat sumpah itu.

4. Suami mestilah berkata di dalam sumpah yang kelima “bahawa aku akan mendapat laknat Allah jika aku daripada orang-orang yang berdusta dengan tuduhan-tuduhan zina itu” kata-kata ini diucapkan selepas hakim menasihatkan bahawa laknat Allah itu terlalu berat, sebagaimana sabda nabi kepada Hilal bin Umaiyah:

Ertinya : Bertakwalah kepada Allah, seseungguhnya azab di dunia adalah lebih ringan daripada azab di akhirat.

6) TEMPAT YANG DISUNATKAN MELAKUKAN LI’AN

Sunat mengadakan majlis li’an pada tempat-tempat yang mulia, seperti di dalam masjid, supaya lebih memberi kesan dan ikhtiar kepada orang-orang Islam seluruhnya, selain dari masjid boleh juga diadakan di mahkamah-mahkamah tinggi sebagaimana sekarang ini bila membicarakan kes-kes yang besar …..

7) BEBERAPA PERKARA BERHUBUNGAN DENGAN LI’AN

1. Suami diharuskan li’an bila ia yakin bahawa isterinya itu benar-benar berzina yang dilihatnya sendiri atau dia yakin dengan sebab ada orang-orang yang menceritakan kepadanya yang isterinya itu melakukan perkara tersebut atau pun terdapat tanda-tanda yang menunjukkan perkara itu berlaku, seperti suami melihat isterinya itu berkhalwat dengan seorang lelaki lain ataupun pernah dilihatnya lelaki itu keluar dari ruamh perempuan atau perempuan itu keluar dari rumah lelaki itu.

2. Kalau hanya terdapat tanda-tanda dan khabar-khabar angin sahaja, maka suami tidak boleh berli’an dengan sewenang-wenangnya tanpa disiasat lebih dahulu, kerana besar kemungkinan khabar-khabar angin itu disebabkan oleh musuhnya atau lelaki yang inginkan isterinya itu, juga kita tidak boleh menuduh hanya dengan tanda-tanda sahaja, kerana boleh jadi lelaki itu memasukki rumah perempuan itu kerana sesuatu seperti ketakutan atau untuk mencuri dan sebagainya.

3. Jika suami masih ragu-ragu juga, cara yang sebaik-baiknya dilakukan ialah dengan menceraikan isterinya itu secara baik, dengan yang demikian dapat menutup segala kejahatan dari tersebar dan dapat mengelakkan dari segala keburukan yang mingkin berlaku, cara seperti ini boleh dilakukan seandainya isteri itu tidak mempunyai anak, sebaliknya jika ia mempunyai anak dan suami tahu yang anak itu bukan darinya, malah hasil dari perbuatan sumbang itu, maka suami mesti menafikan anak tersebut bukan anaknya, supaya terelak dari dikata atau disebut anak itu keturunannya (dia bapanya).

Keadaan seperti ini dapat diketahui jika suami itu belum pernah mensetubuhi isterinya itu atau pun pernah disetubuhi tetapi anak yang lahir itu belum cukup atau belum samapai enam bulan dari tarikh perkahwinan (persetubuhan).

4. Jika suami tahu bahawa isterinya itu berzina, tetapi ia masih ragu tentang anaknya, adakah anak itu anaknya atau pun anak dari lelaki lain (anak zina). Dalam keadaan yang demikian suami mestilah mengakui bahawa anak itu anaknya, untuk menjaga maruah dan kehormatan, oleh itu haram ia membuat tuduhan atau berli’an mengikut pendapat yang sah.

5. Li’an yang dibuat oleh suami yang masih kanak-kanak atau gila adalah tidak sah, kerana segala sumpahan yang mereka lakukan tidak diakui, begitu juga mereka tidak dikenakan hadk atau denda kerana menurut zina, iaitu lapan puluh kali sebat.

CARA MEMINANG


1. Memulai majlis meminang dengan bertahmid.
2. Sendiri atau melalui orang lain, jika ada waris keluarga lebih baik supaya mereka yang bertandang untuk meminang.
3. Pemberian sebagai adat tanda jadi ikatan pertunangan boleh diterima asal tidak bercanggah dengan prinsip Islam.
4. Bersetuju menerima pinangan di antara kedua belah pihak dengan janji tertentu dan tidak memakan masa yang lama.
5. Wakil yang adil menyampaikan hajat pinang mengikut adat kelaziman negara itu sama ada melalui sareh atau kinayah.
6. Segala persetujuan hendaklah disaksikan atau ditulis.

Walaupun setelah pertunangan antara pihak lelaki dan pihak perempuan dimeteraikan melalui istiadat perminangan oleh kedua belah pihak keluarga, akan tetapi perhubungan di antara mereka tetap dianggap seperti hubungan ajnabi dengan ajnabiah yang lain.
Maka sewajarnyalah sama-sama menjaga suasana perhubungan itu dengan baik agar tidak bertentangan dengan ajaran-ajaran Islam yang maha suci.

FASAKAH
(MEMBATALKAN PERKAHWINAN)

1) PENGERTIAN

Fasakh bererti : membatalkan perkahwinan melalui kuasa qadhi, sekiranya didapati sesuatu sebab atau kecacatan samada pada isteri atau suami, oleh yang demikian pihak isteri juga pihak suami bolehlah melaporkan kepada kadhi sebab-sebab ianya menuntut fasakh itu.

2) SEBAB-SEBAB YANG MEMBOLEHKAN FASAKH

1. Dengan sebab didapati sesuatu kecacatan pada suami atau isteri seperti gila, sopak, kusta, mati pucuk, (‘Unnah pada lelaki) dan sebagainya.

2. Dengan sebab suami menghilangkan diri bertahun-tahun lamanya dan tidak diketahui samada hidup atau mati. Bila berlaku hal yang demikian pihak isteri melaporkan kepada kadhi untuk menuntut fasakh.

3. Dengan sebab murtad salah seorang dari suami isteri atau kedua-duanya sekali.

4. Dengan sebab salah seorang dari suami isteri memeluk agama Islam dan tidak diikuti oleh seorang lagi hingga selesai idah, maka terfasakhlah nikahnya, tetapi sekiranya yang seorang lagi mengikut memeluk agama Islam dalam masa idah, tidaklah terfasakh nikahnya.

5. Dengan sebab suami melakukan persetubuhan syubhah (salah sangka) dengan ibu atau anak kepada isterinya (anak tiri suami) dengan yang demikian maka terfasakhlah nikah isterinya.

6. Suami tidak mampu membiayai nafkah, tempat kediaman atau membayar maskahwin, apabila terdapat hal yang demikian, pihak isteri bolehlah memberitahu qadhi, dan qadhi boleh menfasakhkan nikah itu setelah diberi tempoh kepada suami untuk menjelaskannya tidak kurang dari tiga hari.

3) PERINGATAN

Nikah yang difasakhkan tidak boleh dirujuk semula, sekiranya bekas suami isteri ingin hidup bersama kembali, hendaklah dilakukan akad yang baharu, ini adalah berlainan dengan talak biasa yang mana perkahwinan boleh disambung semula selama isterinya itu sedang dalam idah kecuali cerai talak tiga. Perkahwinan tidak boleh disambung semula dengan rujuk atau akad baharu sehingga bekas isteri berkahwin lebih dahulu dnegan seorang yang lain kemudian diceraikan dan selesai dari idah pula.

Bab : RUJUK

1) PENGERTIAN

Rujuk ertinya : mengembalikan isteri yang telah dicerai kurang dari tiga kali kepada perkahwinan yang asal dalam masa idah dengan syarat-syarat yang tertentu.

2) DALIL-DALIL YANG MEMBOLEHKAN RUJUK

1. Firman Allah Taala :

Ertinya : Dan suami-suami perempuan lebih berhak mengembalikan mereka jika mereka inginkan berbaik-baik semula.

2. Sabda Rasulullah SAW :

Ertinya : Telah datang kepada aku jibril lalu berkata : Rujuklah Hafsah itu semula, kerana ia adalah seorang perempuan yang banyak berpuasa, kuat beribadat dan dia adalah isteri engkau di syurga.

3) HUKUM RUJUK

1. Wajib – bagi suami yang menceraikan salah seorang dari isteri-isterinya jika ia belum menyempurnakan pembahagian giliran terhadap isteri yang diceraikan itu.

2. Haram – sekiranya rujuk itu mejadi sebab bagi menyakiti atau mendatangkan kemudharatan kepada isteri tersebut.

3. Makruh – jika perceraian itu lebih baik diteruskan dari berbaik semula.

4. Harus – iaitu hukum rujuk yang asal, maksudnya, hukum rujuk pada asalnya adalah harus.

5. Sunat – sekiranya rujuk itu mendatangkan kebaikan kepada keduaya.

4) RUKUN RUJUK

1. 1. Isteri
2. 2. Suami
3. 3. Lafaz rujuk

5) SYARAT-SYARAT ISTERI YANG DIRUJUK

1. Isteri yang diceraikan itu pernah disetubuhi, isteri yang belum pernah disetubuhi bila diceraikan tidak boleh rujuk kembali, kecuali dengan akad yang baharu, kerana isteri tersebut tidak mempunyai idah.

2. Isteri yang diceraikan itu bukan cerai talaq tiga, kerana cerai talaq tiga tidak boleh rujuk kembali.

3. Isteri yang diceraikan itu bukan cerai tebus talaq (khulu’), kerana cerai dengan bayaran (tebus talaq) tidak boleh dirujuk kembali kecuali dengan akad yang baharu.

4. Isteri tersebut masih berada dalam idah, tidak boleh rujuk lagi bila selesai idahnya kecuali dengan akad yang baharu.

5. Keadaan isteri yang dirujuk tertentu kalau seorang suami menceraikan beberapa orang isterinya kemudian ia ingin rujuk semula kepada salah seorang isteri-isterinya itu dengan tidak ditentukan yang mana satu yang hendak dirujuknya itu, maka rujuk secara yang demikian tidak sah.

6. Isteri yang diceraikan itu halal bagi suami yang hendak merujuk itu, jika isteri yang diceraikan itu menjadi murtad (keluar dari Islam) maka tidak sah rujuk ketika isteri itu masih murtad.

6) SYARAT-SYARAT SUAMI YANG MERUJUK

Rujuk itu dengan kemahuannya sendiri bukan dipaksa oleh itu suami yang dipaksa supaya merujuk isterinya, tidak sah rujuknya dengan syarat paksaan itu secara zalim dan ia tidak dapat mempertahankan dirinya (lihat syarat-syarat paksaan di bahagiannya talaq).

Begitu juga tidak sah rujuk dari suami yang gila, maksudnya, sebelum suami itu gila ia telah menjatuhkan talaq isterinya kemudian kebetulan ia gila semasa bekas isterinya itu sedang dalam idah.

Bagi yang mabuk, akibat perbuatannya sendiri, yang bodoh yang sedang dalam ihram haji atau umrah rujuk dari mereka ini adalah sah.

7) SYARAT-SYARAT LAFAZ RUJUK

Lafaz rujuk terbahagi kepada dua :

1. Lafaz sareh : iaitu lafaz terang dan jelas menunjukkan rujuk seperti kata suami : saya rujuk awak, atau : saya kembalikan isteri saya kepada saya.

2. Lafaz kinayah : iaitu lafaz sindiran yang mempunyai erti lain dari rujuk, sebab itulah lafaz kinayah diwajibkan bersamanya niat, seperti kata suami: saya pegang awak kembali, atau : saya kahwin awak dan sebagainya.

8) DISYARATKAN SIFAT RUJUK ITU

1. Dengan perkataan tunai ertinya, tidak digantungkan atau dikaitkan dengan sesuatu. Contohnya, kata suami : saya rujuk awak kembali sekiranya awak suka dan sebagainya.

2. Dengan tidak dihadkan atau dibataskan waktunya, seperti kata suami: saya rujuk awak semula dalam masa sebulan, dan sebagainya. Dengan kata yang demikian tidak sah rujuk itu.

9) BEBERAPA PERKARA BERHUBUNG DENGAN RUJUK

1. Sunat diadakan saksi bila seorang suami ingin rujuk semula dengan isterinya yang diceraikan, walaupun ada pendapat yang mengatakan wajib diadakan saksi sebagaimana pendapat Imam Malik dan Imam Ahmad menurut satu riwayat.

2. Rujuk melalui persetubuhan dengan melafazkan perkataan:

a. Imam Al-Syafie berpendapat : rujuk secara demikian tidak sah, sekalipun disertai dengan niat rujuk.

b. Ada pendapat yang lain mengatakan : secara yang demikian adalah sah, berdasarkan firman Allah :

Ertinya : Suami-suami mereka lebih berhak untuk kembali kepada mereka. Di dalam ayat tersebut tidak ditentukan rujuk itu samada dengan perkataan atau dengan perbuatan.

(al-Baqarah : ayat 228)

3. Rujuk dengan cara menulis surat, adalah sah dengan ayat disertakan niat dan qasad rujuk, kerana rujuk secara yang demikian dikira seperti lafaz kinayah yang memerlukan niat.

4. Rujuk dari suami yang bisu dengan menggunakan isyarat yang boleh difahami oleh semua lapisan manusia, adalah sah dan dikira sama seperti lafaz sarih. Tetapi kalau isyarat itu hanya difahami oleh orang yang tertentu, maka dikira seperti lafaz kinayah dan memerlukan niat.

10) SYARAT-SYARAT SAH RUJUK (KAHWIN SEMULA) SELEPAS TALAQ TIGA

1. Selepas selesai idah dari suami yang pertama.

2. Berkahwin bekas isteri tersebut dengan lelaki lain.

3. Suami yang kedua mesti melakukan persetubuhan dengannya.

4. Bercerai dengan suami yang kedua, fasakh atau mati.

5. Selesai idahnya bila bercerai dengan suami yang kedua itu. Sekiranya didapati syarat-syarat tersebut, suami pertama diharuskan rujuk kembali kepada bekas isterinya itu dengan akad perkahwinan yang baru, mengikut syarat-syarat dan rukun-rukun nikah yang lalu.

11) BEBERAPA MASALAH BERHUBUNG DENGAN NIKAH SELEPAS TALAQ TIGA

1. Sekiranya perkahwinan suami yang kedua itu disyaratkan bercerai setelah disetubuhi maka perkahwinan itu tidak sah jika syarat itu disebut di dalam idah, tetapi sebaliknya kalau syarat tersebut dibuat sebelum akad perkahwinan itu sah, tetapi perbuatan itu makruh.

2. Jika di dalam akad perkahwinan suami yang kedua itu, pihak isteri mensyaratkan bahawa suami yang kedua itu tidak boleh mensetubuhinya, maka perkahwinan itu tidak sah, kerana syarat tersebut bertentangan dengan maksud perkahwinannya. Sebaliknya kalau syarat tersebut dibuat oleh pihak lelaki, perkahwinan itu sah, kerana suami berhak samada ia mahu mensetubuhi atau sebaliknya, sedangkan isteri adalah berkewajipan untuk menyerahkan dirinya kepada suami.

3. Dakwaan isteri yang ditalaq tiga diterima dengan syarat ia bersumpah bila ia mengaku yang ia telah berkahwin dengan seseorang yang lain serta telah melakukan persetubuhan dengan suami tersebut, kemudian diceraikan dan telah pn habis idahnya. Sekiranya di antara masa ia diceraikan talaq tiga dahulu itu munasabah dan boleh selesai perkara tersebut. Dengan yang demikian bekas suami yang pertama diharuskan berkahwin semula dengannya.

AL-IILAA’

1) PENGERTIAN IILAA’

Ialah sumpah seorang suami yang ia tidak mahu melakukan persetubuhan dengan isterinya dalam masa lebih dari empat bulan atau pun ia bersumpah dengan tidak menyatakan tempoh masa.

2) DALIL IILAA’

1. Firman Allah :

Ertinya : mereka (suami) yang bersumpah terhadap isteri-isteri mereka (tidak akan mensetubuhinya) maka isteri hendaklah menunggu selama empat bulan. Sekiranya suami-suami yang bersumpah itu kembali semula (mensetubuhi) sesungguhnya Allah pengampun lagi maha penyayang. Dan jika mereka bermaksud untuk menggugurkan talak, maka Allah pendengar lagi mengetahui.

(Surah Al-Baqarah : ayat 226 – 227)

1. Sabda Rasulullah SAW :

Ertinya : Rasulullah SAW telah bersumpah tidak mahu bersetubuh dengan isteri-isterinya dan ia mengharamkan, ia jadikan yang haram itu halal dan ia jadikan kifarat pada sumpahnya itu.

(Riwayat At-Turmizi)

3) HUKUM IILAA’

Sekiranya suami yang mengiilaa’ isterinya itu tidak juga mahu mensetubuhi semula dengan masa empat bulan itu, maka isteri boleh membuat pengaduan kepada kadhi meminta supaya suaminya itu mensetubuhinya semula serta membayar kifarah sumpahnya dan jika suami tidak juga mengindahkan tuntutan tersebut, pihak isteri boleh menuntut supaya suami menggugurkan talaknya. Jika suami berdegil juga, tidak mahu menunaikan salah satu dari dua perkara tersebut, pihak kadhi berhak menggugurkan talak satu.

Hukum di atas adalah berdasarkan dalil-dalil yang telah dinyatakan sebelum ini. Sebahagian ulama’ berpendapat : apabila tempoh iilaa’ itu sampai empat bulan, suami tidak juga kembali kepada isterinya (mensetubuhi) dengan sendirinya gugur talak isteri itu sebagai talak ba’in, maksudnya tidak perlu dikemukakan hal itu kepada kadhi.

4) KIFARAH IILAA’

Apabila suami mensetubuhi semula isteri yang diilaa’nya itu sebelum sampai empat bulan dari tarikh iilaa’nya, maka suami wajiblah membayar kifarah sumpahnya itu, kerana ia dianggap telah melanggar sumpah yang dibuatnya. Kifarah tersebut adalah seperti berikut :

1. Memberi sedekah makanan kepada sepuluh orang miskin, tiap-tiap seorang diberi secupak makanan yang asasi (beras di Malaysia) atau

2. Memberi pakaian kepada sepuluh orang miksin, atau

3. Memerdekakan seorang hamba yang mukmin.

5) RUKUN IILAA’

1. Suami yang mengiilaa’ (Halif).

2. Isteri yang disumpah (Mahluf alaihi).

3. Sesuatu yang dibuat sumpah dengannya (Mahluf bih) iaitu dengan nama Allah, sifat-sifatnya dan sebagainya.

4. Masa (madah)

5. Sighah (lafaz iilaa’)

6) SYARAT-SYARAT SUAMI YANG BERSUMPAH

1. Hendaklah yang bersumpah itu benar-benar suami, bukan tuan kepada hampa perempuan dan bukan orang asing.

2. Hendaklah suami itu sah talaknya jika ia menjatuhkan talak isterinya, ertinya suami itu bukan masih kanak-kanak, gila dan bukan yang dipaksa, kerana mereka itu tidak sah talaknya maka begitulah juga tidak sah iilaa’nya.

3. Suami bukan yang terpotong zakarnya atau mati pucuk kecuali jika perkara-perkara itu berlaku setelah iilaa’.

7) SYARAT : (SESUATU YANG DIBUAT SUMPAH)

Tidak dimestikan sumpah iilaa’ itu dengan menggunakan nama Allah atau sifat-sifatnya sahaja, malah suami dikira mengiilaa’ isterinya jika mentaklidkan sumpah dengan talak, memerdekakan hamba atau melakukan sesuatu ibadat, contohnya kata suami kepada isterinya : “ Jika saya mensetubuhi awak maka wajib saya memerdekakan hamba atau bersedekah, puasa atau sembahyang dan sebagainya”.

8) SYARAT TEMPOH MASA IILAA’

Tempoh masa illa’ ialah lebih dari empat bulan, seperti kata suami. Saya akan mensetubuhi awak selama lima bulan, atau pun tidak menghadkan masa selama seperti katanya : saya tidak akan mensetubuhi awak, atau dikaitkan tempoh masa itu dengan sesuatu perkara yang akan berlaku tetapi masih jauh, katanya; saya tidak akan mensetubuhi awak sehingga saya mati atau awak mati atau si polan itu mati. Apabila seorang suami berkata kepada isterinya seperti contoh-contoh tersebut di atas, maka ia dianggap telah mengilla’ isterinya itu.

Jika suami berkata kepada isterinya: saya tidak akan mensetubuhi awak selama sempat bulan, perkataan yang sedemikian tidak dikatakan illa’, tetapi hanyalah umpah bahasa, kerana tempoh masa tersebut tidak melebihi empat bulan.

Jika suami berkata kepada isterinya: Demi Allah saya tidak akan mensetubuhi awak selama empat bulan dan apabila berlalu empat bulan, suami itu berkata lagi saya tidak mahu mensetubuhi awak selama empat bulan, kata-kata yang demikian dianggap suami itu telah menggilla’ isterinya, kerana sumpahnya itu telah melebihi empat bulan.

Jika ia berkata : Demi Allah saya tidak akan mensetubuhi awak selama lima bulan, apabila berlalu lima bulan, dia berkata lagi : Demi Allah saya tidak akan mensetubuhi awak selama enam bulan. Kata-kata yang demikian dianggap suami telah melakukan dua kali illa’ dan tiap-tiap satu darinya mempunyai hukum-hukum yang berasingan.

9) SYARAT-SYARAT LAFAZ IILAA’

Lafaz illa’ terbahagi kepada dua :

1. Lafaz sarih : iaitu lafaz yang terang-terang menunjukkan illa’, tidak mengandungi erti yang lain, seperti kata suami : demi Allah saya tidak akan mensetubuhi awak.

2. 2. Lafaz kinayah : iaitu lafaz yang boleh mengandungi erti yang lain selain dari illa’ dan lafaz kinayah ini memerlukan niat, seperti kata suami: demi Allah saya tidak akan sentuh awak, atau tidak akan memeluk awak.

10) BEBERAPA MASALAH BERHUBUNG DENGAN IILAA’

1. Jika isteri yang diiilaa’ itu sedang dalam masa idah raj’i, maka masa empat bulan itu dikira dari masa suami rujuk semula.

2. Jika isteri yang diilaa’ itu murtad, sakit gila atau mengerjakan haji yang wajib masa empat bulan itu akan terputus. Masa iilaa’ selama empat bulan itu dikira semula setelah isteri yang diilaa’ itu telah sihat atau selesai mengerjakan haji tersebut.

3. Jika isteri yang diilaa’ itu mengaku yang suaminya telah mensetubuhinya kembali setelah empat bulan masanya, sedangkan suami tidak mengakuinya, maka pihak isteri tidak berhak mengemukakan tuntutan lagi, kerana ia telah membuat pengakuan terlebih dahulu.

4. Jika suami mengulang-ulangkan sumpah iilaa’ itu beberapa kali hukumnya adalah seperti berikut :

a. Sekiranya ia bermaksud dengan sumpah yang diulang-ulangnya itu hanya untuk menguatkan lagi sumpah yang pertama : kata-kata itu diakui dan diterima dengan syarat ia mesti bersumpah, yang ia bermaksud seperti di atas, sekalipun diulang sumpah itu pada tempat yang berlainan dan lama perantaraan masa antara sumpah pertama dan sumpah kedua yang berikutnya.

b. Jika ia bermaksud dengan sumpah yang diulang-ulang itu sebagai sumpah yang lain, diterima dengan apa yang dimaksudkannya itu dan sumpah itu menjadi bertambah mengikut banyak mana diucapkan (dua atau pun tiga) atau seterusnya. Sekiranya bilangan sumpahnya banyak, untuk membatalkan kembali sumpahnya itu, memadai dengan hanya sekali jima’ (setubuh) dan cukup dengan membayar satu kifarah sahaja, begitu juga suami yang mengiilaa’ itu akan terlepas dari semua sumpahan jika ia menceraikan isterinya itu (ertinya tanpa dikenakan kifarah).

c. Jika ia tidak bermaksud dengan sumpah iilaa’ yang diulangnya itu sebagai menguatkan sumpah yang pertama dan tidak pula ia bermaksud membuat satu-satu sumpah yang baru, maka hukumnya:

i. Dikira sumpah sahaja jika diulang sumpah itu pada satu tempat.

ii. Dikira berbilang sumpah tersebut mengikut bilangan yang diucapkan, sekiranya diulangi sumpah tersebut pada tempat-tempat yang berlainan.

IHDAD (HIDAD)

a. Ertinya : dilarang isteri yang kematian suami (dalam masa iddah) menghiasi tubuh badan dengan pakaian-pakaian perhiasan seperti emas dan sebagainya, berdasarkan sabda Rasulullah SAW :

Ertinya : Isteri-isteri yang kematian suami tidak boleh memakai pakaian perhiasan, tidak boleh bercelak dan tidak boleh berinai.

(Riwayat Abu Daud dan al-Nasa’i)

b. Ihdad adalah terbatas kepada tubuh badan sahaja, tidak termasuk perkara-perkara lain seperti mengasihi rumah dan sebagainya.

c. Masa Ihdad tidak lebih dari empat bulan sepuluh hari bagi perempuan yang kematian suami dan tidak lebih dari tiga hari bagi kematian yang lain dari suami seperti ibu bapa, sahabat karib dan sebagainya.

d. Ihdad adalah khusus kepada perempuan sahaja, tidak harus dilakukan oleh lelaki.

TEBUS TALAQ (KHULU’)

1) PENGERTIAN KHULU’

Dari segi bahasa arab ertinya: cabut, tanggal seperti menanggalkan baju, pakaian dan sebagainya. Pengertian ini berdasarkan firman Allah:

Ertinya : mereka itu (isteri-isteri) adalah pakaian kamu dan kamu (suami-suami) adalah pakaian mereka.

(Surah : Al-Baqarah : ayat 187)

Dari ayat tersebut dapat difahamkan bahawa isteri-isteri itu dianggap pakaian untuk suami dan suami-suami merupakan pakaian untuk isteri-isteri, oleh yang demikian sekiranya berlaku khulu’, seolah-olahnya suami isteri itu masing-masing telah meninggalkan atau mencabut pakaiannya.

Dari segi syarak ertinya : perceraian yang diminta oleh isteri kepada suaminya dengan bayaran.

2) DALIL HARUS KHULU’

1. 1. Firman Allah SWT :

Ertinya : Tidak halal bagi kamu mengambil apa-apa yang telah kamu berikan kepada mereka sesuatu, kecuali jika takut kedua-duanya bahawa mereka kedua tidak menurut perintah-perintah Allah maka tidaklah berdosa kedua-duanya tentang barang yang dibuat tebusan oleh perempuan itu.

(Surah Al-Baqarah : ayat 229)

2. Sabda Rasulullah SAW:

Ertinya : Ambillah kebun yang dijadikan maskahwin itu dan ceraikanlah dia.

(Riwayat Al-Bukhari)

Hadith ini ditujukan oleh Rasulullah SAW terhadap Sabit bin Qais yang mana isterinya bernama Habibah bte Sahal Al-Nasari memohon cerai di samping mengembalikan semua maskahwinnya kepada Sabit bin Qais, tebusan talaq yang dilakukan oleh isteri Sabit ini adalah merupakan tebusan talaq yang pertama kali berlaku di dalam Islam.

3) HIKMAH KHULU’

Kalau talaq merupakan suatu perkara yang dibenci oleh syarak, begitulah juga khulu’, kerana kedua-duanya ini mempunyai erti yang sama iaitu memutuskan ikatan perkahwinan, tetapi oleh kerana beberapa sebab yang tidak dapat diatasi maka syarak membenarkan dan mengharuskan talaq, begitu juga tebusan talaq, cuma tebusan talaq itu selalunya adalah kemahuan isteri-isteri. Di sini bolehlah dibuat kesimpulan tentang hikmah-hikmah yang diharuskan khulu’:

1. 1. Perbalahan atauu pergaduhan yang berlaku di antara suami isteri itu tidak dapat diperbaiki lagi.
2. 2. Untuk mengelakkan kemudharatan yang diamali oleh isteri bila hidup dengan suami-suami yang tidak bertanggungjawab.
3. 3. Bila isteri tidak sanggup lagi hidup dengan suami dan inginkan berpisah dari suaminya.
4. 4. Bila kedua-duanya tidak dapat lagi memohon syarat-syarat berumahtangga sebagai suami isteri, sebagaimana firman Allah dalam ayat:

4) RUKUN KHULU’

1. 1. Isteri
2. 2. Suami
3. 3. Bayaran
4. 4. Sighah (lafaz).

5) BEBERAPA PERKARA YANG BERHUBUNG DENGAN KHULU’

1. Isteri yang menebus talaq itu tidak boleh dirujuk semula, kecuali dengan akad nikah yang baharu serta memenuhi syarat-syaratnya.

2. Bayaran tebus talaq itu tidak dihadkan sedikit atau banyak, berhutang atau tunai, wang atau barang-barang lain, malah terpulanglah kepada persetujuan dan kerelaan suami isteri itu asalkan bayaran itu dari sesuatu yang berfaedah.

3. Tebus talaq boleh dilakukan bila-bila masa sahaja, boleh dilakukan di masa perempuan sedang suci atau haid, berlainan dengan talaq biasa, diharamkan di waktu haid dan di waktu suci yang disetubuhi di ketika suci itu, kerana tebus talaq ini adalah dari kemahuan dan kerelaan perempuan itu sendiri.

4. Jika talaq secara paksa tidak sah, maka begitu juga tebus talaq tidak boleh dipaksa, malah mestilah dengan persetujuan suami isteri, tetapi dalam pada itu kalau pihak suami berdegil dan berkeras tidak mahu sedangkan ianya mesti dilakukan, ntuk mengelakkan kemudharatan atau kesengsaraan yang dialami oleh isteri. Dalam hal ini pihak qadhi boleh bertindak.

5. Cara melafazkan tebus talaq, seperti kata suami: “Saya ceraikan awak dengan bayaran dua ratus ringgit” lalu isteri menjawab : “saya terima dengan bayaran tersebut,” atau kata isteri : “ceraikan saya dengan bayaran dua ratus ringgit” jawab suami: “saya ceraikan awak dengan bayaran tersebut”.

MASKAHWIN

1) PENGERTIAN MASKAHWIN (AL-MAHAR)

Maskahwin ialah : pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Sebagaimana firman Allah:

Ertinya : Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka S.A.W.:

Sabda Rasulullah SAW :

Ertinya : Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi.
(Riwayat Al-Bukhari Muslim)

Dari hadith tersebut nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja, asalkan sesuatu yang berguna dan berfaedah, samada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat, Sebagaimana Rasulullah pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang tidak ada memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan maskahwin, lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran, lelaki itu menyahut bahawa dia ada mengingati beberapa surat, kemudian Rasulullah pun mengkahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surat yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki itu.

Maskahwin ini tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit. Jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya maskahwin ini terpulanglah kepada persetujuan kedua belah pihak pengantin dan biasanya mengikuti taraf atau darjat pengantin tersebut, walau bagaimanapun pihak syarak tidak mengalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:

Ertinya : Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah.

Hadis tersebut menunjukkan bahawa disunatkan maskahwinkan itu rendah nilainya, supaya tidak menjadi keberatan kepada lelaki untuk mencarinya, walaupun begitu, bukanlah bermaksud rendah sehingga sampai menjatuhkan taraf wanita.

2) BAHAGIAN MAHAR

1. Mahar Misil

Ialah mahar yang dinilai mengikut maskahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu dan hendaklah dinilai sama dengan maskahwin keluarga yang paling dekat sekali, seperti kakak, emak saudara dan seterusnya di samping menilai keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya.

2. Mahar Musamma

Ialah maskahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai maskahwin saudara-saudara perempuan itu.

3) HUKUM MENYEBUT MASKAHWIN DI WAKTU AKAD

1. Sunat

Sunat, kerana Rasulullah sendiri tidak pernah meninggalkan dari menyebutnya di masa akad bila menikahkan orang lain. Dengan menyebutnya di masa akad, dapat mengelakkan dari berlaku perselisihan berhubung dengannya, juga dapat membezakan di antara perkahwinan biasa dengan perkahwinan seorang perempuan yang menghebahkan dirinya kepada Rasulullah tanpa mahar.

Sekiranya mahar tersebut tidak dinyatakan di masa akad bukanlah bererti akad perkahwinan itu tidak sah tetapi makruh jika tidak disebut.

2. Wajib

Wajib disebut mahar di waktu akad dalam keadaan yang berikut :

1. 1. Jika bakal isteri itu seorang yang masih budak kecil, gila, atau bodoh, sedangkan bakal suami ingin membayar mahar yang lebih tinggi dari mahar yang sepatutnya (mahar misil).
2. 2. Jika bakal isteri yang sudah baligh, bijak dan boleh menguruskan diri sendiri dan telah membenarkan wali untuk mengkahwinkannya, tetapi ia tidak menyerahkan kepada walinya untuk menetapkan maskahwinnya.
3. 3. Jika bakal suami itu seorang yang tidak boleh menguruskan hal dirinya sendiri, seperti ia masih budak, gila atau bodoh dan sebelum akad telah mendapat persetujuan dari bakal isteri tersebut tentang bayaran maskahwin kurang dari mahar yang sepatutnya, oleh yang demikian maskahwin wajib dinyatakan sebagaimana yang dipersetujui.

Maksud wajib di sini bukanlah bererti perkahwinan itu tidak sah, tetapi perbuatan itu dianggap berdosa dan maskahwin dibayar mengikut kadar yang sepatunya (mahar Misil).

4) WAJIB MASKAHWIN

Maskahwin wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut di dalam akad, Jika dinyatakan di masa akad, maskahwin wajib juga dibayar dengan keadaan yang berikut :

1. Bila suami menetapkan yang ia akan membayarnya sebelum dukhul (setubuh) dan dipersetujui oleh pihak isteri. Oleh yang demikian, isteri berhak menghalang suami dari mensetubuhinya sehingga suami tersebut menentukan kadar maskahwin yang akan diberinya, samada dengan secara tunai atau berhutang. Jika dijanjikan tunai maka pihak isteri berhak menghalang suami tersebut dari mensetubuhinya sehingga dijelaskan maskahwin itu.

2. Bila penetapan maskahwin itu dibuat oleh qadhi dengan sebab keingkaran pihak suami dari membuat ketetapan atau dengan senan perbalahan atau perselisihan kedua belah pihak tentang kadar maskahwin tersebut dan bila qadhi menentukannya maskahwin tersebut hendaklah dibayar tunai (tidak boleh berhutang).

3. Bila suami menyetubuhi isterinya wajib dibayar maskahwin menurut kadar yang seimbang dengan taraf isteri tersebut.

5) GUGUR SEPARUH MASKAHWIN

Apabila berlaku talak sebelum persetubuhan maka gugurlah separuh maskahwin, firman Allah :

Ertinya : Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum mensetubuhinya, sedangkan kamu telah menentukan maskahwinnya, maka bagi perempuan itu setengah dari apa yang kamu tentukan itu.

Hal ini berlaku sekiranya perceraian itu berpunca dari pihak suami seperti suami menjadi murtad, atau suami menganut Islam sedangkan isterinya tidak dan sebagainya, tetapi jika penceraian itu berpunca dari pihak isteri, seperti suami menfasakhkan perkahwinan tersebut dengan sebab kecacatan yang ada pada isteri, maka maskahwin itu akan gugur semuanya.

6) MATI SUAMI ATAU ISTERI SEBELUM PERSETUBUHAN

Jika seorang suami meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak warithnya wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada janda tersebut dan jika maskahwin itu belum ditentukan kadarnya, maka wajib dibayar dengan nilai mahar misil.

Sebaliknya pula jika seorang isteri meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak suami wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada wraith jandanya itu, jika maskahwin belum dijelaskan lagi sebelum, sabda Rasulullah S.A.W. :

Ertinya : Dari Al-Qamah katanya : Seorang perempuan telah berkahwin dengan seorang lelaki kemudian lelaki itu mati sebelum sampai mensetubuhi isterinya itu dan maskahwinnya pun belum ditentukan kadarnya, kata Al-Qamah: mereka mengadukan hal tersebut kepada Abdullah maka Abdullah berpendapat, perempuan itu berhak mendapat pusaka dan wajib pula ia beriddah, maka ketika ini Ma’kil bin Sanan Al-Shakbi menjelaskan bahawa sesungguhnya nabi S.A.W. telah memutuskan terhadap Buruq bte Wasiq seperti yang dibuat oleh Abdullah tadi.

(Riwayat Al-Kamsah dan Sahih At-Tirmidzi)

7) AL-MUT’AAH

Ertinya:Satu pemberian dari suami kepada isteri sewaktu ia menceraikannya. Pemberian ini wajib diberikan sekiranya perceraian itu berlaku dengan kehendak suami, bukan kemahuan isteri.

Banyaknya pemberian ini adalah berdasarkan kepada persetujuan atau keredhaan kedua-dua belah pihak, di samping mempertimbangkan keadaan kedua-duanya, kaya atau miskin dan sebagainya tidak kurang dari separuh mahar. Firman Allah:

Ertinya :Terangkan olehmu hati mereka dengan pemberian dan lepaskanlah mereka dengan cara yang baik.

NUSYUZ (ISTERI DURHAKA)

1) PENGERTIAN NUSYUZ

Suatu tindakan yang dilakukan oleh isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alasan yang munasabah menurut hukum syarak. Tindakan itulah dikira durhaka.

2) TANDA-TANDA ISTERI NUSYUZ

Di bawah ini dinyatakan beberapa gambaran yang menandakan seorang isteri itu nusyuz :

1. 1. Suami telah menyediakan rumah kediaman yang sesuai dengan keadaan suami, tiba-tiba isteri tidak mahu berpindah ke rumah itu, atau isteri meninggalkan rumah tanpa izin si suami.
2. 2. Apabila kedua suami tinggal di rumah kepunyaan isteri dengan izin isteri kemudian suatu masa isteri mengusir atau melarang suami memasuki rumah tersebut.
3. 3. Apabila isteri musafir tidak bersama suami ataupun bukan bersama muhramnya (orang yang hram berkahwin dengannya) walaupun perjalanan yang wajib seperti pergi menunaikan ibadat haji, kerana perempuan yang musafir tanpa diiringi suami atau muhrimnya dianggap sudah melakukan satu perkara yang salah (maksiat).
4. 4. Apabila isteri bermuka masam atau pun ia memalingkan muka, bercakap kasar dan sebagainya sedangkan suami berkeadaan lemah lembut, bermanis muka dan sebagainya.

3) PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN APABILA ISTERI NUSYUZ

Apabila suami melihat tanda-tanda yang menunjukkan isterinya itu nusyuz, hendaklah suami itu :

1. Menasihati dengan cara yang baik dan menerangkan kepadanya bahawa nusyuz itu adalah salah dan dikutuk oleh Allah serta memberitahunya bahawa isteri yang nusyuz boleh dipotong atau tidak diberi sara hidupnya, firman Allah :

Ertinya : Isteri yang kamu takuti kedurhakaan mereka, maka berilah nasihat kepada mereka.

(Surah An-Nisa: ayat 34)

2. Jika nasihat itu tidak sedikitpun memberi kesan, maka hendaklah suami meninggalkan dari keseketiduran dengan isteri tersebut, sebagaimana firman Allah :

Ertinya : Dan tinggalkan dari seketiduran dengan mereka.

(sambungan ayat 34 surah An-Nisaa’)

Dari ayat ini dapat difahamkan bahawa Allah menyuruh suami-suami meninggalkan dari seketiduran sahaja, bukan meninggalkan percakapan, kerana meninggalkan percakapan lebih dari tiga hari adalah haram, bukan sahaja terhadap isteri-isteri malah terhadap orang lain juga berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

Ertinya : Tidak halal bagi seseorang muslim tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari tiga hari. Maksudnya, ialah bila berjumpa di antara satu sama lain, tetapi kalau tidak bertemuan, tidaklah diharamkan walaupun tidak bercakap bertahun-tahun lamanya.

3. Jika tidak seketiduran pun tidak memberi apa-apa kesan, malah isteri tersebut terus nusyuz, maka diharuskan bagi pihak suami memukul isteri tersebut dengan syarat pukulan itu tidak sampai mencederakan atau melukakan sebagaimana firman Allah :

Ertinya : Dan pukullah mereka (isteri).

(Sambngan ayat 34 surah An-Nisa)

Dalam peringkat yang akhir ini, harus dilakukan oleh suami sekiranya difikirkan dengan cara ini akan memberi kesan. Sebaliknya kalau difikirkan tidak akan memberi kesan, maka tidaklah harus dilakukan. Dalam hal ini, suami mestilah berhati-hati , supaya tidak terpukul di tempat-tempat yang mendatangkan bahaya seperti muka, perut dan sebagainya.

PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI

Perempuan yang haram dikahwini terbahagi kepada dua bahagian :

1. Haram buat selama-lamanya.
2. Haram buat sementara waktu.

1) SEBAB-SEBAB HARAM DIKAHWINI

1. Haram dengan sebab keturunan
2. Haram dengan sebab susuan
3. Haram dengan sebab persemendaan (musoharah).

2) HARAM DENGAN SEBAB KETURUNAN

1. Ibu dan ibu kepada ibu (nenek) hinggalah ke atas.
2. Anak, cucu dan seterusnya ke bawah.
3. Saudara perempuan seibu atau sebapa atau seibu sahaja.
4. Saudara perempuan bagi bapa (emak saudara) hingga ke atas.
5. Saudara perempuan ibu (emak saudara) hingga ke atas.
6. Anak saudara dari saudara lelaki hingga ke bawah.
7. Anak saudara dari saudara perempuan hingga ke bawah.

Sebagai dalil bagi pengharaman tersebut ialah firman Allah :

Ertinya : Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu kamu, anak saudara, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara dari saudara lelaki, dan anak saudara dari saudara perempuan kamu.

(Surah An-Nisa : ayat 23)

PERHATIAN :

Anak perempuan yang lahir hasil dari perzinaan, tidak haram dengan bapa zinanya kerana anak perempuan yang lahir dari zina dianggap orang asing (ajanabiah) baginya, ini ialah kerana mani zina itu tidak dihormati, walau bagaimanapun makruh bagi bapa zina mengahwini anak zinanya, berdasarkan perselisihan pendapat di antara utalam Abu Hanifah (mazhab Hanafi) yang berpendapat :

Tidak halal bagi bapa zina mengahwini anak perempuan yang hasil dari zinanya dan anak zinanya itu dianggap sebagai muhrimnya, iaitu sama seperti anak biasa.

Walaupun tidak halal dikahwini tetapi tidak berhak mendapat pusaka dari bapa zinanya itu.

Bagi ibu yang berzina dan semua muhrimnya adalah haram mengahwini anak zinanya, begitu juga anak zina itu berhak mendapat pusaka dari ibunya.

3) HARAM DENGAN SEBAB PENYUSUAN

1. 1. Ibu yang menyusukan.
2. 2. Saudara perempuan yang sepersusuan.

Firman Allah :

Ertinya : Dan diharamkan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara-saudara kamu sepersusuan.

Perempuan-perempuan yang haram dengan sebab susuan adalah sama dengan orang-orang yang haram dengan sebab keturunan, sebagaimana sabda Nabi SAW :

Ertinya : Haram dari susuan sebagaimana haram dari keturunan.

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
SYARAT-SYARAT HARAM DENGAN SEBAB SUSUAN

1. Ibu yang menyusukan itu telah baligh.

2. Anak yang disusukan itu berusia dua tahun, sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

Ertinya : Tidaklah susuan itu melainkan dalam lingkungan umur dua tahun.

(Riwayat Al-Dar Qatni)

3. Bilangan menyusunya sampai lima kali yang berasingan dan setiap kali menyusu mesti sampai kenyang, sebagaimana tersebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Aishah :

Ertinya : Adalah pada ayat yang diturunkan dari Quran ialah sepuluh kali susu yang maklum lagi mengharamkan kemudian dimansuhkan dengan lima kali susu sahaja.

(al-Hadith)

4. Susu yang diberi kepada anak-anak itu mestilah ditelan dan sampai ke perut kanak-kanak itu pada kelima-lima kalinya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Ertinya :Tidak diharamkan kahwin dari susuan itu melainkan susuan yang sampai kepada perut kanak-kanak itu dan penyusuan itu pula mesti budak yang menyusu itu belum berumur dua tahun.

(Riwayat : At-Tarmidzi)

Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat yang tersebut maka tidaklah haram berkahwin di antara ibu yang menyusukan dengan anak yang disusukan dan seterusnya.

4) HARAM DENGAN SEBAB PERSEMENDAAN (BERAMBIL-AMBILAN)

1. 1. Ibu mertua samada dari keturunan atau penyusuan.
2. 2. Ibu tiri, datuk tiri hingga ke atas.
3. 3. Menantu perempuan (isteri anak), isteri cucu hingga ke bawah.
4. 4. Anak tiri dengan syarat sudah disetubuhi ibunya, jika belum disetubuhi kemudian diceraikan, maka tidaklah haram mengkahwinkan anak tiri itu samada anak tiri itu dari keturunan atau penyusuan.

Pengharaman keempat-empat orang ini berdasarkan firman Allah :

Ertinya : Dan diharamkan ibu isteri kamu, dan anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu jika ibunya telah kamu setubuhi, maka jika ibunya itu belum kamu setubuhi maka bolehlah kamu mengkahwini anak tiri itu dengan begitu juga haram mengkahwini isteri anak kamu yang sejati.

(Surah An-Nisa:ayat 23)

Dan firman Allah :

Ertinya: Janganlah kamu kahwini perempuan-perempuan yang telah dikahwini oleh bapa kamu (ibu tiri).

(Surah An-Nisa : ayat 22)

5) PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI BUAT SEMENTARA WAKTU DENGAN SEBAB MENGHIMPUNKANNYA

1. Saudara-saudara perempuan bagi isteri. Sebagaimana firman Allah :
Ertinya : Da haram kamu menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara kecuali apa yang telah lalu.

2. Anak saudara isteri sebelah bapa.

3. Anak saudara isteri sebelah ibu.

4. Anak saudara isteri dari saudara lelaki.

5. Anak saudara isteri dari saudara perempuan.
Sabda Rasulullah SAW :

Ertinya : Tidak boleh dikahwini seorang perempuan yang dihimpunkan dengan emak saudara sebelah bapa dan tidak boleh antara emak saudara sebelah bapa dengan anak perempuan saudara lelakinya dan tidak boleh dikahwini seorang perempuan dihimpun dengan emak saudaranya sebelah ibu begitu juga di antara emak saudara sebelah ibu dengan anak perempuan dari saudara perempuan, tidak yang besar dengan yang kecil dan tidak yang kecil dengan yang besar.

(Riwayat At-Tarmidzi)

ILMU FIQH (Munakahat)

Bahagian : PERKAHWINAN DAN HUKUM-HUKUM YANG BERKAITAN DENGANNYA

1. Pengertian Perkahwinan.
2. Rukum Nikah dan huraiannya.
3. Perempuan yang haram dikahwini dan huraiannya.
4. Maskahwin (mahar) dan huraiannya.
5. Walimatul Urus dan huraiannya.
6. Nusyuz (isteri durhaka) dan huraiannya.
7. Talaq, hukum dan huraiannya.
8. Tebus Talaq dan huraiannaya.
9. Fasakh (batal perkahwinan) dan huraiannya.
10. Rujuk dan huraiannya.
11. Iilaa’ dan huraiannya.
12. Zihar dan huraiannya.
13. Al-Li’an dan huraiannya.
14. Iddah dan huraiannya.
15. Ihdad.
16. Perkahwinan Poligami.

Bab : PERKAHWINAN DAN HUKUM-HUKUM YANG BERKAITAN DENGANNYA

1) PENGERTIAN PERKAHWINAN

Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab. Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.

Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut mengenai pensyariatan perkahwinan dianjurkan secara langsung atau tidak langsung kepada manusia sesuai dengan tuntutan fitrah semulajadinya.

Berikut dinyatakan beberapa ayat Al-Quran Al-Karim mengenai perkahwinan dan tujuan-tujuan disyariatkannya.

Allah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 3, ertinya :

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bilah menikah) anak-anak yatim, maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang kamu miliki. Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya.”

Dari ayat tersebut di atas, dapat diambil penjelasan bahawa seorang lelaki disuruh oleh Allah Taala untuk berkahwin jika berkemampuan, sehingga kepada empat orang isteri dengan cara berlaku adil terhadap mereka sepertimana yang ditentukan oleh syarak. Sebaliknya jika bimbang tidak dapat berlaku adil maka berkahwinlah dengan seorang sahaja.

Allah berfirman, ertinya :

“Wahai manusia ! Bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu, yang telah menjadikan kamu dari satu diri, dan daripadanya dijadikanNya serta dari keduanya Dia memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang kamu telah bertanya tentang namaNya yang peliharalah keluargamu. Sesungguhnya Allah Pengawas atas kamu.”

Di antara hadis Rasulullah SAW yang menerangkan mengenai perkahwinan adalah sebagaimana berikut – ertinya :

“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu: Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”

Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW. Antara faedah yang ketara di sini ialah seseorang itu dapat menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya. Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.

Memandangkan kelengkapan ajaran Islam dalam menjamin kesejahteraan rumahtangga, keturunan dan keselamatan umat, maka syariat Islam telah mengadakan beberapa peraturan hukum perkahwinan agar manusia tidak akan tergelincir ke dalam kerosakan dan kehancuran kerana sudah menjadi fardhu ain terhadap orang Islam dan mengaku dirinya Islam wajib mempelajari hukum-hukum Allah termasuk hukum nikah cerai dan rujuk.

Perkahwinan hendaklah diasaskan kepada beberapa factor penting untuk menjamin kebahagiaan antaranya ialah :
1. 1. Perkahwinan diasaskan dengan rasa taqwa kepada Allah. Tanpa taqwa, dikhuatiri perkahwinan itu tidak akan mencapai kepada matlamatnya, tambahan pula berkahwin itu juga merupakan ibadat dan sunnah.

2. 2. Perkahwinan hendaklah juga diasaskan kepada rasa Al Mawaddah dan Ar Rahman. Tanpa dua perkara ini perkahwinan akan hancur dan tinggallah cita-cita sahaja.

3. 3. Sesebuah rumahtangga juga perlu diasaskan kepada dasar hidup bersama secara yang baik dan diredhai Allah SWT. Maka itulah yang biasa disebut Al Mu’assarah Bi Al Maaruf.

4. 4. Perkahwinan juga berasaskan kepada amanah dan tanggungjawab bukannya kehendak nafsu semata-mata. Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya, sementara tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas hati.

2) HIKMAH PERKAHWINAN

Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai faedah dan hikmahnya yang tersendiri. Faedah dan hikmah tersebut boleh dilihat dan difikir oleh akal manusia, hanya Allah Taala sahaja yang mengetahuinya. Begitulah juga dengan perkahwinan, mempunyai faedah dan seterusnya kepada masyarakat Islam.

Di antara faedah dan hikmahnya ialah :-

1. Supaya manusia itu hidup berpasangan menjadi suami isteri yang sah bagi mengatur dan membangunkan rumahtangga dengan janji-janji setia (akad nikah) sehidup semati.

2. Supaya perhubungan lelaki dan wanita akan lebih bermakna lagi di sisi Allah dengan ikatan dan pertalian yang kukuh di mana tidak mudah putus atau diputuskan.

3. Membangunkan masyarakat dari asas-asas rumahtangga yang damai dan berdisiplin.

4. Supaya umat manusia berkembang biak bagi meramaikan dan memakmurkan bumi Allah yang luas ini.

5. Supaya dapat melahirkan keturunan bangsa manusia yang diakui sah serta kekal pula dalam masyarakat dan negara.

6. Supaya dapat menumpukan perasaan mahabbah, kasih sayang, tanggungjawab seorang suami kepada isteri, seorang bapa kepada anaknya, seorang datuk kepada cucunya dan seterusnya dari sebuah masyarakat kepada negara.

7. Perkahwinan membuka pintu rezeki serta nikmat hidup.

8. Perkahwinan memelihara agama, kesopanan, kehormatan dan kesihatan.

9. Menyempurnakan naluri manusia bagi mendapat kepuasan nafsu dan keinginan syahwat serta menjauhkan diri dari gangguan godaan maksiat dan kezalinan yang amat dilarang oleh agama.

Pendek kata perkahwinan adalah peraturan dari Allah Taala yang diturunkan untuk kebaikan seluruh masyarakat manusia bagi mencapai kebahagiaan umat dengan baik dan sempurna. Jika keadaan rumahtangga itu kucar kacir dan tidak kukuh, maka keadaan umat itu juga turut lemah dan sengsara akhirnya.

3) HUKUM-HUKUM PERKAHWINAN

Hukum asal suatu perkahwinan adalah harus sahaja tetapi dalam pada itu berkemungkinan boleh berubah menjadi wajib, sunat, haram dan makruh di mana sesuai dengan keadaan seseorang yang akan menempuh perkahwinan.

Huraiannya adalah seperti berikut :-

1. 1. Perkahwinan yang wajib.
Orang yang diwajibkan berkahwin ialah orang yang sanggup untuk berkahwin, sedang ia khuatir terhadap dirinya akan melakukan perbuatan zina.

2. 2. Perkahwinan yang sunat
Orang yang disunatkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dan sanggup memelihara diri dari kemungkinan melakukan perbuatan yang terlarang.

3. 3. Perkahwinan yang haram
Orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin tetapi kalau ia berkahwin diduga akan menimbulkan kemudharatan terhadap pihak yang lain seperti orang gila, orang yang suka membunuh atau mempunyai sifat-sifat yang dapat membahayakan pihak yang lain dan sebagainya.

4. 4. Perkahwinan yang makruh
Orang yang makruh hukumnya berkahwin ialah orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk berkahwin (dibolehkan melakukan perkahwinan) tetapi ia dikhuatiri tidak dapat mencapai tujuan perkahwinan. Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia tidak melakukan perkahwinan.

Demikian huraian hukum-hukum perkahwinan yang boleh dijadikan panduan dan juga pengajaran yang baik kepada sesiapa yang hendak berkahwin.

RUKUN NIKAH

1. Calon isteri. (perempuan)
2. Calon suami. (lelaki)
3. Wali.
4. Dua orang saksi.
5. Akad ijab dan qabul.

1) SYARAT-SYARAT CALON ISTERI

1. 1. Bukan mahram dengan bakal suami.
2. 2. Bakal isteri itu tentu orangnya, tidak sah perkahwinan kalau seorang bapa berkata: “Saya nikahkan awak dengan salah seorang daripada anak-anak perempuan saya”. Pendeknya mestilah ditentukan yang mana satu daripada anak-anaknya itu.
3. 3. Bukan isteri orang dan bukan pula masih dalam iddah.
4. 4. Benar-benar yang ia seorang perempuan – bukan khunsa.
5. 5. Dengan rela hatinya bukan dipaksa-paksa kecuali bakal isteri itu masih gadis maka bapa atau datuk (bapa kepada bapa) boleh memaksanya berkahwin.

2) SYARAT-SYARAT CALON SUAMI

1. 1. Bukan mahram dengan bakal isteri.
2. 2. Dengan pilihan hatinya sendiri, tidak sah berkahwin dengan cara paksa.
3. 3. Lelaki yang tertentu, tidak sah perkahwinan kalau wali berkata kepada dua orang lelaki : “Saya nikahkan anak perempuan saya Aminah dengan salah seorang daripada kamu berdua.”
4. 4. Bakal suami mestilah tahu yang bakal isteri itu sah berkahwin dengannya.
5. 5. Bakal suami itu bukan sedang dalam ilham.
6. 6. Bakal suami tidak dalam keadaan beristeri empat.

3) SYARAT-SYARAT WALI

1. 1. Islam, orang yang tidak beragama Islam tidak sah menjadi wali atau saksi. Firman Allah:

Ertinya : Wahai orang yang beriman janganlah kamu ambil orang Yahudi dan orang Nasrani untuk menjadi wali.

(Surah Al-Maidah : Ayat 51)

2. 2. Baligh
3. 3. Berakal
4. 4. Merdeka
5. 5. Lelaki, perempuan tidak boleh menjadi wali. Sabda Rasulullah SAW :

Ertinya : Tidak harus perempuan mengkahwinkan perempuan dan tidak perempuan mengkahwinkan dirinya sendiri, dan kami berkata: perempuan yang mengkahwinkan dirinya sendiri adalah penzina.

(Riwayat Al-Dar Al-Qatni)

6. 6. Adil – tidak pasiq, sabda Rasulullah SAW :

Ertinya : Tidak sah perkahwinan itu melainkan dengan wali yang adil.

7. Tidak dalam ihram, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Ertinya : Orang yang sedang berihram tidak boleh berkahwin dan tidak boleh mengkahwinkan orang lain.

<(Riwayat Muslim)

8. Tidak cacat akal atau fikirannya samada kerana terlalu tua atau lainnya.

9. Tidak dari orang yang ditahan kuasanya dari membelanjakan hartanya kerana bodoh atau terlalu boros.

4) SYARAT-IJAB DAN QABUL

a. Syarat-syarat ijab :

1. 1. Hendaklah dengan perkataan nikah atau tazwij yang terang dan tepat.

2. Lafaz ijab itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan perkahwinan itu terbatas waktnya.

3. Dari wali sepertii katanya : “Saya nikahkan awak dengan anak saya Fatimah dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai / bertangguh”, atau pun dari wakil wali seperti katanya : Saya nikahkan dikau dengan Fatimah binti Yusof yang telah berwakil wali ayahnya kepada saya dengan mas kahwin sebanya lima ratus ringgit tanai / bertangguh”.

4. Tidak dengan lafaz ta’liq seperti kata wali : “Saya nikahkan dikau dengan anak saya Fatimah sekiranya anak saya itu diceraikan dan selesai iddahnya”.

b. Syarat-syarat Qabul :

1. 1. Tidak berselang lama atau tidak diselangi dengan perkataan-perkataan lain di antara ijab dan qabul. Ertinya di antara ijab dan qabul tidak diselangi oleh sesuatu samada perkataan-perkataan yang lain daripada ijab dan qabul atau diam yang lama, bukan diam untuk bernafas.

2. 2. Diterima oleh calon suami seperti katanya : “Saya terima nikahnya dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut tunai / bertangguh”. Ataupun wakilnya seperti katanya: “Saya terima nikahnya untuk Osman, (kalau calon suami itu bernama Osman) dengan mas kahwin yang tersebut”.

3. 3. Lafaz qabul itu tidak berta’liq.

4. 4. Lafaz qabul itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan nikah itu terbatas waktunya.

5. 5. Hendaklah disebut nama bakal itu atau ganti namanya, seperti kata calon suami : “Saya terimalah nikah Fatimah atau nikahnya”.

6. 6. Lafaz qabul itu sesuai dengan lafaz ijab.

7. 7. Hendaklah lafaz qabul itu lafaz yang terang bukan sindiran.

5) SYARAT-SYARAT SAKSI

1. 1. Kedua saksi perkahwinan itu mestilah beragama Islam.
2. 2. Lelaki
3. 3. Berakal
4. 4. Baligh
5. 5. Merdeka
6. 6. Adil (tidak fasiq).
7. 7. Melihat, tidak sah menjadi saksi orang yang buta.
8. 8. Mendengar, tidak sah menjadi saksi orang yang pekak.
9. 9. Kuat ingatan, maksudnya ingat apa yang didengar dan yang dilihat.
10. 10. Faham dengan bahasa yang digunakan dalam ijab dan qabul.
11. 11. Bukan yang tertentu menjadi wali seperti bapa atau saudara lelaki yang tunggal (tidak ada saudara lelaki yang lain), ertinya : tidak sah perkahwinan sekiranya bapa atau saudara yang tunggal itu mewakilkan kepada orang lain untuk mengakadkan perkahwinan itu sedangkan mereka menjadi saksi dalam perkahwinan tersebut.

PERTUNANGAN DAN MEMILIH JODOH
DALAM ISLAM

1. Pendahuluan
2. Pertunangan
3. Memilih lelaki (bakal suami)
4. Memilih perempuan (bakal isteri)
5. Tujuan pertunangan
6. Cara-cara meminang

Bab : PERTUNANGAN DAN MEMILIH JODOH MENURUT ISLAM

1) PENDAHULUAN

Allah SWT telah mencipta makhlukNya dengan berpasangan termasuklah manusia di mana manusia dari Adam AS. Kemudian Allah ciptakan daripadanya Siti Hawa AS menjadikan berpasangan suami isteri sehingga lahirlah keturunan yang ramai terdiri dari lelaki dan perempuan. Kedua insane yang berlainan jenis ini saling perlu memerlukan antara satu sama lain justeru itu timbullah bibit-bibit cinta dan perasaan kasih sayang ibarat anak kecil merintih memerlukan belaian ibu yang dikasihi. Dan seterusnya ingin berkongsi hidup sebagaimana makhluk yang lain yang melata di bumi Allah ini.

Dalam konteks ini, Islam telah memberi garis panduan bagaimana untuk memilih calon suami dan calon isteri bermula dari pertunangan sehingga ke alam perkahwinan.

2) PERTUNANGAN

Peminangan ialah pernyataan atau permintaan dari seorang lelaki kepada pihak perempuan untuk mengahwininya baik dilakukan olehnya sendiri ataupun dengan perantaraan pihak-pihak tertentu yang dipercayai ataupun keluarganya sesuai dengan kehendak Islam.

Ke Arah Pertunangan

Sebelum diadakan peminangan, langkah permulaan ialah memilih pasangan yang akan menjadi calon suami atau isteri mengikut lunas-lunas yang disyariatkan oleh Allah SWT.

3) MEMILIH LELAKI

Lelaki yang paling diutamakan ialah lelaki yang soleh yang mempunyai pendidikan agama yang sempurna serta berpegang teguh dengan ajaran Islam. Di mana melalui panduan agama, seorang suami itu berwajiban menggauli isterinya dengan baik dan memberi nafkah sesuai dengan tuntutan Islam.

Firman Allah Taala dalam surah An-Nisaa’ ayat 34: Maksudnya :

“Lelaki itu pemimpin yang bertanggungjawab atas kaum wanita dan kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana telah membelanjakan harta mereka”.

Dalam ayat di atas jelas bahawa suami mempunyai kekuasaan terhadap isteri di mana isteri hanya membantu suami dalam urusan rumahtangga. Lelaki yang benar-benar dapat mengendalikan kewajiban seorang suami mestilah berupaya menjadi ketua keluarga yang bertugas memimpin, mendidik dan memberi kasih sayang terhadap rumahtangga.

Di antara faktor penting dalam mengutamakan agama yang disarankan oleh Islam ialah :-

1. Mempunyai akidah yang sempurna dan kefahaman agama yang kukuh serta praktikal.
2. 2. Melaksanakan syariat Islam berdasarkan prinsip yang berterusan.
3. 3. Mengamalkan sikap kesederhanaan dalam hidupnya.
4. 4. Mengetahui besarnya ganjaran nafkah di dalam rumahtangga.

Selain dari itu wajar bagi lelaki seorang yang tajam fikirannya, bijak menyelesaikan masalah, mempunyai sifat-sifat yang mulia, seorang yang penyayang, suka memberi dan menerima, bertolak ansur dan mengambil berat terhadap keluarganya.

Walau bagaimanapun, sebagai kaum lelaki sudah masanya dari sekarang melengkapkan diri dengan mencari dan mempelajari ilmu Islam sebanyak mungkin untuk persediaan di hari muka. Oleh itu, ingatlah bahawa kaum wanita pada hari ini sudah mengerti memilih calonnya di mana bukan sahaja lelaki yang kacak malahan bijak pula dalam selok belok agama yang sememangnya layak menjadi suami.

4) MEMILIH PEREMPUAN

Di antara garis panduan memilih calon isteri yang dianjurkan oleh Islam ialah supaya pemilihan yang dibuat benar-benar dapat menjamin kerukunan rumahtangga dan dapat menjadi aman damai serta diberkati Allah sepanjang masa.

Aspek yang utama ditinjau dari hadis Rasulullah SAW ialah dengan sabdanya, maksudnya :

Dikahwini perempuan (dijadikan isteri) itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka utamakanlah perempuan yang mempunyai agama dan beruntunglah hidup kamu…”

Di antara yang disunatkan dan digalakkan memilih perempuan untuk dipinang ialah :

a. Zuriat yang banyak
Memilih perempuan yang boleh mendatangkan zuriat yang banyak memanglah digalakkan oleh Islam. Di sini boleh diperhatikan dari sudut keluarganya (keturunannya) di samping kesuburan tubuh badan di mana tidak menghalang ianya hamil. Selain itu, umur juga boleh diambil kira bagi mengekalkan zuriat yang banyak.
<
b. b. Anak gadis / bujang
Pemilihan anak gadis amat dititik beratkan kerana di mana usia gadis, kurang bebanan peribadi. Segalanya-galanya serba baru, dapat mengeratkan kasih sayang tanpa gangguan. Tenaga yang masih muda dapat memberi sepenuh masa untuk suami. Walau bagaimanapun, memilih seorang janda juga digalakkan sekiranya di sana ada tujuan yang baik untuk memilihnya.

c. c. Sedikit mas kahwin
Perempuan yang menjadi pilihan adalah sedikit belanja mas kahwinnya di mana mudah bagi pihak lelaki menjelaskannya dan sesuai dengan tuntutan Islam. Sekiranya terlalu besar mas kahwin itu, bukan sahaja menjadi keberatan bagi lelaki malah boleh memberi kesan yang negatif di masa akan datang.

d. d. Bukan hubungan keluarga
Pemilihan ini bagi meluaskan skop keturunan di mana keluarga akan bertambah ramai lagi dan mental sesebuah keluarga itu boleh mempengaruhi hidup. Lebih-lebih lagi perhubungan sebuah keluarga dengan keluarga dalam menemukan jodoh.

<e. Baligh
< Memilih perempuan biarlah ianya sudah cukup umur (baligh) di mana dapat memahami ertu perkahwinan, berfikir secara orang dewasa, kurang memberi tunjuk ajar, tidak mudah merajuk dan juga boleh hamil.
<
<f. Akal yang sempurna
< Memilih akal yang sempurna ialah berfikir secara seorang muslim yang soleh, gemar membaca Al-Quran serta memahaminya, mengetahui hala dan haram, banyak bersabar, bertindak dengan adil dan juga menghormati hak dirinya dan hak orang lain.
<
g. g. Sesuai (kufu)
Persesuaian adalah diperlukan untuk memilih pasangan hidup lebih-lebih lagi dalam dunia moden ini di mana wanita mempunyai kedudukan yang agak sama dengan kaum lelaki malah terdapat lebih dari lelaki. Hal ini kadangkala menjadi isu besar di kalangan ibu dan bapa hari ini, kononya anak perempuannya tidak sesuai berkahwin. Tetapi dalam masa yang sama juga mereka telah keluar dan bebas bergaul tanpa dilarang oleh ibubapanya.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 235, ertinya :
<
“Tidak berdosa meminang perempuan (yang dalam idah lagi dengan kata sindirian)”

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud, maksudnya:

“Apabila seorang dari kamu meminang perempuan, sekiranya dia dapat lihat perempuan itu hendaklah dia melihatnya sehingga bertambah keinginan kepada perkahwinan”.

Sebelum meminang, seorang lelaki harus melihat perempuan yang akan dipinang pada muka dan dua tapak tangan sahaja. Dan begitu juga sebaliknya dengan tujuan untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya agar kedua-duanya dapat menepati kehendak dan maksud masing-masing.

Menurut pendapat jumhur ulamak, melihat pada perempuan dengan tujuan meminang hanya tertentu pada muka dan dua tapak tangannya. Kerana dengan melihat muka dapat diketahui kecantikan raut muka serta paras rupa untuk calon isteri atau sebaliknya. Sementara melihat kedua tapak tangan bertujuan supaya dapat mengetahui kesuburan badan.

Sabda Rasulullah SAW, ertinya :

“Apabila salah seorang daripada kamu meminang perempuan maka tidak berdosa atasnya melihat perempuan itu asalkan sahaja semata-mata untuk meminangnya sekalipun dia tidak mengetahui”.

Rasulullah SAW pernah menyuruh sahabatnya yang bernama Mughirah bin Syukbah, sabdanya bermaksud :

“Lihat dahulu perempuan itu maka melihatnya adalah pokok utama bagi suami isteri hidup dalam aman damai”

Keharusan pihak lelaki boleh melihat perempuan yang akan dipinang pada anggota-anggota yang telah disebutkan sebelum ini walaupun dengan tanpa keredhaannya, dan sebaik-baiknya kehadiran pihak lelaki itu hendaknyalah waktu melihat itu dilakukan sebelum meminang, Ini kerana seandainya ia tidak secucuk di hati pihak lelaki dengan sebab-sebab yang tertentu bolehlah ia mengundurkan diri tanpa akan menyakitinya.

Jika kedapatan pihak lelaki tidak berupaya melihat perempuan yang akan dipinang oleh sesuatu sebab, maka bolehlah ia mengutuskan orang tertentu yang dipercayai sebagai perantaraan untuk pergi melihatnya. Ini supaya orang tadi menerangkan sifat-sifat peribadi serta keadaan perempuan itu yang mana bertujuan untuk mengahwininya.

Kedapatan beberapa perkara yang amat diambil berat oleh syarak dalam soal pinang meminang iaitu :

a. Peminangan tidak boleh dilakukan kepada wanita yang dipinang oleh seseorang melainkan ianya telah melepaskan hak peminangannya.

Sabda Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, maksudnya :

“Orang muslim adalah saudara orang mukmin, maka tidak halal bagi seorang mukmin meminang seorang perempuan yang sedang dipinang oleh saudaranya hingga nyata sudah ditinggalkan”.

Sabda Nabi SAW, maksudnya :

“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya. Maka sesungguhnya orang yang ketiga bersama dengannya ialah syaitan kecuali bersama mahram.”

b. Haram seorang lelaki meminang dengan cara terus terang seorang perempuan yang di dalam eddah sama ada raj’i atau bain atau eddah wafat. Dan haram meminang cara sindiran perempuan yang di dalam eddah raj’i, dan dibolehkan meminang secara sindiran perempuan yang di dalam eddah wafat tanpa khilaf dan diharuskan juga meminang perempuan yang dalam eddah bain sama ada disebabkan perceraian atau fasakh menurut pendapat yang terkuat dari pendapat Imam Syafie.

Contoh ayat Sareh :

“Apabila telah habis eddahmu, aku akan berkahwin dengan kamu”.

Contoh ayat Kinayah :

“Kamu ini cantik, banyak lelaki inginkan kamu”.

c. Wanita yang akan dipinang bukan mahramnya yang mana dilarang dalam perkahwinan.

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud :

“Lihatlah dia (bakal tunangan) dengan ini akan lebih menguatkan (mengeratkan) perhubungan kamu berdua”.

Perlu diingat walaupun Islam mengharuskan melihat perempuan ajnabi dengan tujuan meminang tetapi janganlah ia mengambil peluang untuk memuaskan perasaan atau hawa nafsunya. Malahan menjadi haram semula sekiranya hajat melihatnya itu sudah mencukupi atau langkah peminangan.

5) TUJUAN PERTUNANGAN
Di antara tujuan pertunangan ialah :

1. Persetujuan mengikut janji untuk perkahwinan.
2. 2. Untuk menghebahkan kepada masyarakat sekeliling.
3. 3. Supaya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara keluarga kedua belah pihak.
4. 4. Hendak melahirkan sikap jimat cermat dan membentuk ciri-ciri kejujuran serta keyakinan diri.
5. 5. Untuk menentukan kadar mahar (mas kahwin) dan lain-lain pemberian.
6. 6. Untuk menentukan tarikh, tempat dan hari perkahwinan yang dipersetujui.
7. 7. Persediaan mempelajari hukum perkahwinan sebelum mendirikan rumahtangga.

Sayugia bahawa perempuan yang paling baik menjadi bakal isteri yang disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya, maksudnya:

Sebaik-baik perempuan (isteri) apabila kamu menatapinya menyeronokkan hati kamu(suami), apabila disuruh oleh kamu dia mentaati suruhan dan apabila kamu tiada dia sentiasa menjaga dirinya dan harta kamu”.

Wajar juga wanita yang bijak mengatur rumahtangga, berjimat cermat, rajin dan pandai menyimpan, tambahan pula dapat melapangkan dada suami, semua ini diambil kira di dalam memilih jodoh.

PERKAHWINAN POLIGAMI

Seorang lelaki boleh berkahwin dengan seorang perempuan yang lain dalam masa ianya beristerikan dengan seorang atau dua ataupun tiga isteri, dengan kata lain poligami ialah perkahwinan lebih daripada satu dan poligami merupakan suatu perkahwinan yang jelas disyariatkan oleh Islam berdasarkan kepada nas Al-Quran yang bermaksud.

“Maka nikahilah wanita-wanita yang kamu senangi, dua, tiga atau empat, tetapi jika kamu takut tidak berlaku adil,maka seorang sajalah.”

(Surah An-Nisaa’ : 3)
Syarat-syarat poligami di antaranya ialah :-

1. Melakukan keadilan di antara para isteri dan tidak melebihi antara seorang isteri dari yang lain dan tidak membezakan mereka mengikut tabiat semulajadi sebagai manusia.

2. Keadilan di sini ialah menyara nafkah zahir dan batin seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal.

3. Menentukan bilangan bagi giliran.

4. Layanan sehari-hari terhadap isteri.

Jika mengetahui tidak dapat berlaku adil dan sengaja melanggar syarat-syarat yang diharuskan poligami, maka ia telah sengaja melakukan penindasan dan kezaliman.

Firman Allah Ta’aala dalam surah Az-Zuhruf ayat 65, maksudnya :

“Neraka Wil (kecelakaan dan kebinasaan) adalah bagi orang-orang yang zalim dengan azab siksa yang tidak terperi pada hari Kiamat.

Walau bagaimanapun, keharusan berpoligami itu tidaklah secara mutlak kepada semua lelaki. Sekiranya seorang suami tidak boleh berlaku adil di antara isteri-isterinya berdasarkan kepada nas tersebut di atas, maka undang-undang keluarga Islam di bawah Seksyen 23 telah memperuntukkan bahawa berpoligami tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Malah seseorang yang hendak berkahwin lagi secara poligami terlebih dahulu dia mesti mendapatkan kebenaran bertulis dari Hakim Syariah. Agama Islam mengharuskan poligami adalah kerana keadaan masa dan hajat umat manusia seluruhnya.

Bila dikaji dengan mendalam, jelas bahawa Islam mengharuskan poligami ialah kerana terdapat beberapa faedah dan sebab-sebab untuk memelihara kesucian agama Islam dan kebaikan manusia. Di antaranya :-

1. Menjamin kemuliaan agama Islam dan kehormatan umatnya dari sebarang godaan.

2. Menutup dan mengurangkan perzinaan dan pelacuran.

3. Membiakkan keturunan dengan cara yang halal.

4. Mengurangkan bilangan anak-anak di luar nikah dan pengguguran.

5. Seorang perempuan tidak dapat menyempurnakan kehendak nafsu suami kerana beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan sedangkan suaminya tidak terbatas.

6. Perempuan sentiada berkehendakkan pimpinan dan sokongan dari kaum lelaki dengan sebab kelemahannya yang semulajadi.

7. Bilangan kaum perempuan lebih banyak daripada kaum lelaki pada bila-bila masa sahaja terutama pada masa peperangan.

8. Setiap pasangan suami isteri pada asalnya ingin mendapat zuriat dan eturunan tetapi kadangkala seseorang yang berkahwin itu didapati mandul, di kala itu hilanglah tujuan asalnya kalau tidak dibenarkan poligami.

9. Nafsu berahi kaum lelaki untuk melakukan hubungan kelamin tidak terbatas pada setiap peringkat umur, meningkat 70 – 80 tahun nafsunya masih kuat.

10. Kebanyakan perempuan-perempuan yang umurnya dalam umur 50 tahun atau perempuan yang telah kering darah haidnya, tidak merasa sanggup lagi melayani nafsu suaminya, malah sudah mula hendak melarikan diri dari melakukan hubungan kelamin dan terasa jijik bila mendengar soal-soal itu.

RAJAH-JAM
Sila bincang dengan guru kelas

NOTA RAJAH
A – AGAMA
B – PERASAAN
C – FIKIRAN

1. Perkahwinan – Ikatan suami-isteri.
2. Rumah – Kasih sayang
– Ketenangan
– Pendidikan
3. Masalah – Berbincang
– Nasihat / Teguran
– Aduan
4. Anak – Kesihatan
– Ilmu Agama
– Masa Depan

5. Nafkah – Dzahir dan Batin
– Halal
– Sesuai
Petunjuk :

Isteri

TALAQ

1) PENGERTIAN TALAQ

Dari segi bahasa Arab bererti : melepaskan ikatan.
Dari segi istilah syarak : melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talaq atau sebagainya.

2) DALIL-DALIL DISYARIATKAN TALAQ

1. 1. Firman Allah :

Ertinya : Talaq itu dua kali, sesudah itu suami diberi kelonggaran untuk rujuk semula dengan baik atau (kalau tidak ingin rujuk semula) hendaklah dilepaskan dengan baik.

(Surah Al-Baqarah : ayat 229)

2. Hadith Rasulullah SAW :

Ertinya : “Tidak ada sesuatu perkara yang halal yang paling dibenci oleh Allah selain dari talaq.”

(Riwayat Abu Daud)

3) HIKMAH TALAQ

Di antara tujuan-tujuan perkahwinan ialah :

1. 1. Untuk hidup di dalam pergaulan yang sempurna.

2. 2. Sebagai satu jalan yang paling mulia untuk mengatur rumahtangga dan keturunan.

3. 3. Sebagai satu jalan yang amat teguh guna memperkukuhkan tali tersaudaraan di antara keluarga suami dengan kaum kerabat isteri, yang mana pertalian it akan menjadi satu jalan yang membawa kepada tolong menolong antara satu sama lain.

Sekiranya dalam pergaulan di antara suami isteri itu tidak dapat menyampaikan tujuan tersebut bahkan sebaliknya menimbulkan perpecahan di antara keduanya yang menyebabkan tidak ada persepakatan dalam hidup di antara keduanya, maka dengan keadilan Allah SWT memberi satu jalan keluar dari segala kesukaran itu, iaitu perceraian. Mudah-mudahan dengan adanya jalan ini akan menimbulkan ketenteraman kepada ketua kedua-dua belah pihak dan supaya kedua-duanya (suami isteri) dapat mencari pasangan yang sesuai dan secucuk dengannya.

Lebih-lebih lagi, sekiranya berlaku perselisihan di antara suami isteri itu tidak ada jalan lain untuk mengatasinya selain dari perceraiannya, setelah berikhtiar untuk mencari jalan bagi mendamaikan kedua-duanya tetapi menemui jalan buntu, oleh itu dengan adanya hukum bercerai ini, maka segala kerumitan itu akan dapat diatasi.

4) HUKUM TALAQ

Memandangkan kepada kemuslihatan atau kemudharatan di antara suami isteri, maka hukum talaq terbahagi kepada empat:

1. 1. Wajib
Iaitu apabila terjadi perselisihan di antara suami isteri, sedangkan kedua-dua hakim (dari pihak suami dan isteri) yang menghakimkan perkara itu berpendapat mereka perlu bercerai.

2. Sunat
Apabila suami tidak sanggup lagi menanggung nafkah isteri dengan cukup, atau pun isteri tidak menjaga kehormatan dirinya sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Ertinya : Seseorang lelaki datang menemui Nabi SAW lalu berkata: “Bahawasanya isteriku tidak menolak akan tangan orang yang menyentuhnya,” jawab Nabi SAW, “hendaklah engkau ceraikan isteri engkau itu.”

3. haram (bidaah):
Dalam dua keadaan :

a. Menjatuhkan talaq di waktu isteri dalam haid.
b. Menjatuhkan talaq sewaktu isteri suci yang telah disetubuhinya di waktu suci itu. Sepatutnya kalau hendak diceraikan jangan disetubuhi lagi selepas isteri suci daripada haid.

4. Makruh

Iaitu jika menceraikan isteri yang baik dan tidak terdapat apa-apa kesalahan.

5) RUKUN TALAQ

Rukun ada tiga perkara :

1. 1. Yang menjatuhkan talaq (suami).
2. 2. Isteri yang kena talaq.
3. 3. Lafaz talaq.

6) SYARAT-SYARAT SUAMI YANG MENJATUHKAN TALAQ

1. 1. Baligh – tidak sah talaq dari suami yang masih kanak-kanak.
2. 2. Berakal – tidak sah talaq dari suami yang gila atau yang hilang akal kecuali yang disengajakan, maka jatuhlah talaqnya.
3. 3. Dengan kehendak sendiri – tidak sah talaq dengan paksaan sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

Ertinya : Tidak sah talaq dengan paksaan.

7) SYARAT-SYARAT SAH PAKSAAN

1. 1. Orang yang memaksa itu berkuasa untuk melaksanakan segala ugutan secara zalim.
2. 2. Yang kena paksa itu lemah atau tidak berdaya untuk mempertahankan diri samada dengan lari atau sebagainya.
3. 3. Dengan sengaja – tidak sah talaq dengan tidak sengaja (tidak berniat) seperti terlanjur lidah bagi orang yang latah, atau guru yang mengucapkannya untuk mengajar murid-muridnya.

8) LAFAZ TALAQ

Cara melafazkan talaq terbahagi kepada dua :

1. 1. Lafaz yang terang-terang menunjukkan talaq (sareh) iaitu lafaz yang digunakan itu adalah talaq atau cerai, seperti kata suami : “aku talaq atau ceraikan engkau”.

2. 2. Lafaz sindirian (kinayah) iaitu lafaz-lafaz yang mengandungi makna talaq dan makna yang lain berdasarkan kepada niat orang yang melafazkan seperti kata suami : “berpisah kita, baliklah awak ke rumah ibu bapa awak” dan sebagainya.

Lafaz kinayah ini memerlukan niat untuk sah talaq itu, ertinya suami yang mengucapkan kata-kata seperti itu mestilah meniatkan yang ia bermaksud dengan kata-katanya itu sebagai talaq:

9) BEBERAPA MASALAH TALAQ

1. 1. Tidak sah talaq kecuali dengan berlafaz samada lafaz itu lafaz sareh atau kinayah.
2. 2. Lafaz talaq disyaratkan disebut dengan jelas sekadar terdengar kepada dirinya sendiri maka tidak sah talaq sekiranya dilafazkan dengan suara rendah sehingga tidak kedengaran kepada diri sendiri.
3. 3. Talaq dikira gugur walaupun dilafazkan tidak di hadapan isteri.
4. 4. Talaq dikira gugur walaupun tidak di hadapan saksi.
5. 5. Untuk jatuhnya talaq disyaratkan suami itu orang yang berakal, bukan gila dan bukan kanak-kanak.
6. 6. Talaq tidak boleh digurau sendakan. Andainya seorang suami memainkan perkataan talaq terhadap isteri samada di dalam keadaan biasa atau dalam satu-satu lakonan drama, sandiwara dan sebagainya, maka gugur talaq isterinya. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Ertinya : Tiga perkara yang disungguh-sungguhkan menjadi sungguh dan dipermainkan-mainkan pun menjadi sungguh iaitu nikah, talaq dan rujuk.

10) TALAQ SUNNI DAN BID’I

1. Talaq Sunni :
Iaitu isteri yang pernah disetubuhi kemudian dijatuhkan talaq ke atasnya ketika sedang suci dari haid dan tidak pula disetubuhi dalam masa sucinya itu, kerana demikian akan mempercepatkan selesai idahnya. Firman Allah :

Ertinya : Apabila kamu mentalaq perempuan ( isteri), maka hendaklah kamu talaq pada yang mereka boleh terus masuk dalam kitaran idahnya, waktu tersebut ialah waktu suci.

Hadith riwayat Ibn Umar R.A. :

Ertinya : Bahasanya tatkala Ibn Umar mengugurkan talaq ke atas isterinya yang sedang dalam haid, maka Umar memberitahu hal ini kepada Nabi SAW, lalu Nabi menyuruh Umar memberitahu anaknya (Ibn Umar) supaya dirujuknya semula, kemudian diceraikan apabila sudah suci.
Hadith di atas menunjukkan bahawa masa menggugurkan talaq ke atas isteri hendaklah ketika suci yang tidak disetubuhi dan sunat dirujuk semula jika menggugurkan talaq ketika haid.

2. Talaq Bid’I :

Iaitu menggugurkan talaq ke atas isteri yang pernah disetubuhi di waktu ia sedang dalam haid atau di waktu suci tetapi disetubuhi di dalam suci itu. Talaq ini ditegah, kerana menggugurkan talaq di waktu hadi menyebabkan panjangnya masa idah dan menggugurkan talaq di waktu suci yang disetubuhi mengakibatkan penyesalan bila didapati isteri itu hamil selepas itu.

11) TALAQ YANG BUKAN SUNNI DAN BID’I

1. 1. Menggugurkan talaq ke atas isteri yang masih kecil dan belum haid.
2. 2. Menggugurkan talaq ke atas isterinya yang telah tua yang putus sama sekali daripada haid.
3. 3. Menggugurkan talaq ke atas isteri yang sedang hamil.
4. 4. Isteri yang menebus talaq (khulu’) tetapi belum pernah disetubuhi, kerana ia tidak perlu idah.

Keempat-empat orang itu harus dijatuhkan talaqnya pada bila-bila masa sahaja.

12) BILANGAN TALAQ

Bagi suami yang merdeka (bukan hamba) berhak menggugurkan talaq terhadap isterinya dari talaq satu hingga tiga. Pada talaq satu atau dua, suami boleh dirujuk kembali sebelum habis idahnya, jika telah habis idahnya, suami masih boleh berkahwin semula dengan akad yang baru.

Firman Allah :

Ertinya : Talaq itu dua kali sesudah itu suami dibenarkan merujuk kembali dengan baik atau melepaskannya dengan baik (jika tidak ingin kembali).

(Surah Al-Baqarah : ayat 229)

Adapun talaq tiga, tidak boleh rujuk kembali dan tidak boleh berkahwin semula melainkan perempuan (isteri) itu telah berkahwin dengan lelaki yang lain dan disetubuhi kemudian diceraikan pula oleh suami yang kedua itu serta selesai idahnya.

Ertinya : Maka jika diceraikan oleh suami yang kedua tidaklah ada halangan bagi yang pertama kembali kepada bekas isterinya itu jika kedua-duanya bersangkutan baik untuk aturan Allah.

(Surah Al-Baqarah : ayat 230)

Dari itu terbuktilah bahawa suami yang pertama boleh berkahwin semula dengan bekas isterinya itu setelah itu diceraikan oleh suami yang kedua (selepas selesai idahnya) dengan syarat suami yang kedua itu mestilah bersetubuh dengan isterinya itu. Oleh itu tidaklah memadai berkahwin sahaja kemudian diceraikan tanpa disetubuhi.

Sayugia diingat perkahwinan yang kedua ini hendaklah benar-benar dengan kemahuan lelaki dan perempuan itu, bukan kerana hendak membolehkan semula suami pertama itu mengahwini bekas isterinya sebagaimana yang banyak berlaku di zaman sekarang. Perbuatan seperti ini adalah berlawanan dengan ajaran Islam dan Allah memurkai perbuatan ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Ertinya :Rasulullah SAW telah mengutuk oran gyang menjadi muhallil (cina buta) begitu juga orang yang menyuruh membuat cina buta (lelaki yang pertama).

(Riwayat Ahmad Nasai dan Tarmidzi)

13) CARA MENJATUHKAN TALAQ TIGA

1. Menjatuhkan talaq itu tiga kali pada masa yang berlainan seperti : suami menjatuhkan talaq satu terhadap isterinya. Kemudian dalam masa idah ditalaqnya satu lagi kemudian dalam masa idah kedua ditalaqnya lagi dengan talaq satu.

2. Suami menjatuhkan talaq satu terhadap isterinya kemudian selepas selesai idah dikahwininya semula kemudian ditalaqnya lagi, setelah selesai idah dikahwininya lagi, kemudian ditalaqnya lagi bagi kali yang ketiganya.

Kedua-dua cara tersebut ulamak berpendapat bahawa talaq itu jatuh menjadi talaq tiga dan berlakulah hukum-hukum talaq tiga sebagaimana yang tersebut di atas tadi.

3. Cara yang ketiga suami menjatuhkan talaq seperti katanya: “saya talaq awak dengan tiga talaq,” atau katanya: “saya talaq awak, saya talaq awak, saya talaq awak,” dengan cara diulang-ulang perkataan tersebut berturut-turut tiga kali.

14) BEBERAPA PENDAPAT ULAMA MENGENAI CARA DI ATAS

1. 1. Jatuh talaq tiga dan berlakulah hukum-hukum talaq tiga padanya.

2. 2. Tidak jatuh talaq sama sekali, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Ertinya : Sesiapa yang mengerjakan sesuatu pekerjaan yang tidak menurut perintah kami maka pekerjaan itu ditolak.

(Riwayat : Muslim)

Talaq tiga bukan perintah Rasulullah malah dilarang oleh baginda. Talaq tiga cara di atas adalah ditolak sama sekali, maksudnya tidak sah.

3. 3. Jatuh talaq satu maka berlakulah hukum talaq satu padanya, bererti suami masih boleh rujuk semula selama isteri tersebut masih dalam idah atau boleh berkahwin semula jika telah selesai idahnya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Ertinya : Dari Ibnu Abbas sesungguhnya Raqanah telah menjatuhkan talaq ke atas isterinya dengan talaq tiga pada tempat yang satu kemudian beliau mereka terlalu sedih terhadap perceraian itu maka Nabi SAW bertanya kepadanya, kata baginda: bagaimana cara engkau mengugurkan talaq itu? Jawab Raqanah “talaq tiga pada satu masa (sekali gus) kemudian Rasulullah SAW bersabda: sesungguhnya talaq yang demikian itu talaq satu maka rujuklah dia.”

(Akrajah Ahmad dan Yali Wasahih)

15) ISTISNA’ DALAM TALAQ

Istisna’ ertinya : mengurangkan maksud perkataan yang telah terdahulu dengan perkataan yang kemudian.

Istisna’ dalam kalimah talaq hukumnya sah dengan syarat-syarat yang berikut :

1. Berhubung perkataan yang pertama dengan kedua, tidak diselangi perkataan asing yang tidak bersangkut paut dengan talaq atau diam yang lama lebih dari sekadar bernafas.

2. Kalimah yang kedua tidak menghabisi maksud kalimah yang pertama, misalnya : suami berkata kepada isteri: “engkau tertalaq tiga melainkan satu gugur atau jatuh dua talaq, tetapi kalau ia berkata: “engkau tertalaq tiga melainkan tiga” hukumnya gugur talaq tiga, kerana kalimah yang kedua iaitu perkataan “melainkan tiga” menghabisi maksud kalimah pertama iaitu “engkau talaq tiga”.

16) TA’LIQ TALAQ

Ertinya talaq yang digantung atau dikaitkan dengan sesuatu yang lain, andainya sesuatu yang lain, andainya sesuatu itu diperolehi atau dilakukan maka gugurlah talaq tersebut, misalnya suami berkata kepada isteri: “kalau awak keluar dari rumah ini tanpa mendapat kebenaran dariku maka gugurlah talaq awak,” atau sekiranya awak balik ke rumah ibu bapa awak maka gugurlah talaq awak dan sebagainya.

17) BEBERAPA CONTOH TALAQ TA’LIQ YANG LAIN

Oleh kerana talaq yang dita’liqkan itu ada kalanya dita’liq dengan sesuatu waktu, syarat dan dengan perkara yang mustahil, di bawah ini dinyatakan contoh-contoh dan hukum-hukum ta’liq tersebut:

1. 1. Ta’liq dengan suatu waktu contohnya, suami berkata kepada isterinya: awak tertalaq pada bulan sekian (syawal dan sebagainya) atau pada awal bulan sekian (syawal dan sebagainya) atau pada awal bulan sekian, dengan kata-kata yang demikian gugurlah talaq isterinya pada awal juz malam pertama dari bulan tersebut. Ertinya pada malam satu haribulan sebaik sahaja ghurub matahari tiga puluh haribulan bagi bulan yang sebelumnya. Sekiranya suami berkata kepada isterinya:”awak pada hari pertama dari bulan syawal, maka gugurlah talaq tersebut bermula dari terbit fajar (al-sidiq) pada hari pertama itu”, dan kalau talaq itu dita’liqkan dengan akhir bulan, maka gugurlah talaq itu di akhir juz dari bulan tersebut ghurub matahari akhir bulan tersebut, kalau dita’liqkan pada pertengahan bulan, gugur talaq bila ghurub matahari pada hari yang kelima belas dari bulan tersebut.

2. 2. Ta’liq dengan sesuatu syarat contohnya: suami berkata kepada isteri: kalau awak masuk rumah itu maka awak tertalaq” – gugur ta’laq apabila isteri memasukki rumah itu.

3. 3. Ta’liq dengan sesuatu yang mustahil akan berlaku pada adat contohnya, kata suami kepada isteri: “awak tertalaq kalau awak naik ke langit”, atau dita’liq dengan sesuatu yang mustahil pada akal, seperti kata suami: “awak tertalaq sekiranya awak boleh ketawa dan menangi serentak pada satu ketika”. Cara ini tidaklah gugur talaq isteri tersebut, kerana talaq itu dita’liqkan dengan sesuatu yang mustahil akan berlaku.

18) ORANG YANG TIDAK SAH MENGUGURKAN TALAQ

1. 1. Budak.
2. 2. Oran gila.
3. 3. Orang yang tidur.

Sabda Rasulullah SAW :

Ertinya : Perbuatan tiga orang ini adalah tidak sah:

1. 1. Budak sehingga baligh.
2. 2. Orang gila sehingga sembuh gilanya.
3. 3. Orang yang tidur sehingga terjaga dari tidurnya.

Adapun talaq orang gila yang gilanya itu berpunca dari mabuk yang dibuatnya sendiri dengan sengaja memakan atau meminum minuman yang memabukkan adalah sah talaqnya.

4. Orang yang dipaksa supaya menceraikan isterinya, talaqnya tidak sah, kerana sabda Rasulullah SAW:

Ertinya : Tidak sah talaq pada paksaan.

(Riwayat Abu Daud dan Hakim)

19) BEBERAPA MASALAH

1. Sekiranya lahir tanda-tanda yang menunjukkan bahawa yang dipaksa mengugurkan talaq isterinya dengan kemahuan atau pilihan sendiri maka gugurlah talaq isterinya itu, seperti suami itu dipaksa mengugurkan talaq tiga, tetapi dia mengugurkan talaq satu sahaja.

2. Sekiranya yang memaksa berkata : ceraikan isteri awak, kalau tidak saya akan bunuh awak besok hari, maka gugurlah talaq isterinya, kerana ugutan itu tidak dilaksanakan dengan segera dan serta merta.

3. Jika waris bagi yang dibunuh berkata kepada pembunuh: ceraikan isteri awak, kalau tidak saya bunuh awak, tiba-tiba diceraikannya, maka gugurlah talaq isterinya itu, kerana yang memaksa itu tidak dianggap seorang yang zalim, kerana ianya berhak menuntut bela berhadap pembunuh.

SUSUNAN WALI

1. Bapa
2. Datuk sebelah bapa hingga ke atas
3. Saudara seibu sebapa
4. Saudara sebapa
5. Anak saudara lelaki seibu sebapa hingga ke bawah.
6. Anak saudara lelaki sebapa hingga ke bawah
7. Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas.
8. Bapa saudara sebapa hingga ke atas.
9. Anak bapa saudara seibu sebapa (sepupu) hingga ke bawah.
10. Anak bapa saudara sebapa (sepupu) hingga ke bawah.
11. Kemudian hakim (Sultan) termasuklah orang-orang yang dilantik oleh Sultan seperti Kadhi atau naib Kadhi.

Di dalam susunan wali tersebut, wali yang paling hampir kepada perempuan digelar dengan wali aqrab dan yang terjauh digelar dengan wali ab’adh.

Untuk menjadi wali perkahwinan itu mestilah didahulukan yang lebih aqrab kemudian kalau tidak ada yang lebih aqrab baharulah yang selepas dan begitulah seterusnya.

1) WALI HAKIM
Hakim mempunyai kuasa untuk menjadi wali dalam satu-satu perkahwinan di masa yang tertentu seperti berikut :

1. Ketika tidak ada wali yang tersebut, sebagaimana sabda Rasulullah Salallahu Aalihi Wassallam :

Ertinya : Sultan menjadi wali bagi mereka yang tidak ada wali.

2. Wali enggann mengahwinkannya walaupun wali mujbir (bapa atau datuk) sekiranya keengganan itu kurang dari tiga kali, tetapi jika keengganan itu lebih dari tiga kali maka wali yang lebih jauh darinya berhak menjadi wali sebagaimana dalam susunan wali.

Sebagai contoh wali yang enggan menikahkan yaitu : perempuan yang baligh, berakal memohon kepada wali supaya mengahwinkan dengan seorang lelaki yang setaraf dengannya sedangkan wali bapa atau datuk mahukan seorang yang lain yang setaraf juga. Bentuk yang demikian tidaklah dianggap wali itu enggan atau ingkar, kerana wali itu lebih matang daripada perempuan itu dari segi perhatian dan pandangan untuk kepentingan atau kebahagiaan perempuan tersebut.

3. Wali berada di tempat yang jauh sekadar perjalanan yang mengharuskan qasar sembahyang iaitu kira-kira enam puluh batu dan tidak ada pula wali yang sedarjat dengan wali yang jauh itu di tempat perempuan yang akan dikahwinkan itu.

4. Wali sedang di dalam ihram dan tidak ada wali yang lain yang sedarjat yang tidak di dalam ihram.

5. Wali itu sendiri berkahwin dengan sempurna itu, seperti anak bapa saudara yang ketika sepatutnya beliau menjadi wali, tetapi oleh kerana beliau inginkan perempuan itu untuk menjadi isterinya dan tidak ada wali yang lain yan sedarjat dengannya maka ketika itu hakimlah yang menjadi wali.

6. Hakim menjadi wali untuk mengahwinkan perempuan yang sudah baligh tetapi gila, sekiranya perlu dikahwinkan dan tidak ada wali yang mujbar (bapa atau datuk).

7. Wali di dalam tahanan dan tidak boleh dihubungi sama sekali.

8. Wali bersembunyi.

9. Wali ghaib dan tidak diketahui hidup atau mati atau di mana ia tinggal.

2) WALI MUJBIR

Sebelum ini telah dinyatakan susunan wali, di dalam susunan wali tersebut terdapat dua golongan iaitu :

1. Wali mujbir : iaitu bapa dan datuk (bapa kepada bapa) sekiranya bapa sudah tidak ada, kedua-dua ini berhak mengkahwinkan perempuan yang masih gadis (anak dara) tanpa meminta keizinan daripada gadis tersebut lbih dahulu dengan syarat-syarat yang akan diterangkan kemudian. Walau bagaimanapun kedua-duanya disunatkan meminta keizinan gadis itu terlebih dahulu, sabda Rasulullah SAW.

Ertinya : Janda lebih berhak ke atas dirinya dan anak dara dikahwinkan dia oleh bapanya.

2. Bukan Mujbir iaitu : wali perkahwinan bagi yang bukan anak dara atau yang berkahwin itu anak dara tetapi bukan wali bapa atau datuk. Dalam keadaan ng begini wali tidak boleh mengkhwinkan tanpa meminta keizinan terlebih dahulu, kerana sabda Rasulullah SAW.

Ertinya : Janganlah kamu kahwinlah janda sehingga kamu meminta keizinan mereka terlebih dahulu.

(Riwayat At-Tarmidzi)

Oleh sebab seorang janda sudah mengetahui maksud atau tujuan perkahwinan sebab itulah tidak boleh dipaksa dengan tidak mendapat keizinan.

3) SYARAT-SYARAT SAH BAPA ATAU DATUK MENGKAHWINKAN ANAK DARA TANPA KEIZINANNYA

1. Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan walinya.

2. Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan bakal suami.

3. Kufu’ atau setaraf di antara bakal suami dengan calon isteri.

4. Bakal suami sanggup membayar mas kahwin dengan tunai.

Keempat-empat syarat tersebut adalah menjadi syarat bagi sahnya perkahwinan itu. Selain dari syarat-syarat tersebut di tambah dengan syarat-syarat lain seperti berikut:

1. Hendaklah mas kahwin yang setanding (mahar misil).

2. Mas kahwin itu hendaklah dari wang yang digunakan dalam negeri itu.

3. Bakal suami itu bukanlah dari orang yang menyusahkan bakal isteri untuk hidup bersamanya seperti orang buta atau terlalu tua.

Sekiranya ketiga-tiga syarat ini tidak diperolehi dan perkahwinan itu dilakukan juga, maka perkahwinan itu sah, tetapi wali adalah berdosa, pendeknya perkahwinan haram dilakukan.

ZIHAR

1) PENGERTIAN ZIHAR

1. Dari segi bahasa Arab diambil dari perkataan belakang, kerana bentuk zihar pada asalnya adalah seperti berikut : kata suami kepada isterinya: awak itu dengan saya seperti belakang ibu saya. Jadi dengan sebab kebiasaan orang Arab Jahiliah menggunakan perkataan “Zihar”.

2. Dari segi istilah syara’ bererti : suami menyerupakan isterinya dengan ibunya atau pun seorang yang haram berkahwin dengannya. Dengan ini menyebabkan isteri itu menjadi haram kepadanya. Seperti kata suami kepada isteri: awak ini saya lihat serupa dengan ibu saya.

2) DALIL ZIHAR

Firman Allah Taala :

Ertinya : Orang-orang yang menzihar isterinya, tidaklah isterinya itu menjadi ibunya tidaklah yang menjadi kepada mereka melainkan perempuan-perempuan yang melahirkan mereka dan sesungguhnya mereka itu menyentuh perkataan yang mungkar dan dusta.

(Surah Al-Mujadalah : ayat 2)

3) HIKMAH DILARANG ZIHAR

Sebagaimana yang diketahui di zaman jahiliah bahawa seorang suami bila berkata kepada isterinya : “awak dengan aku seperti belakang ibuku” ini adalah kerana ia bermaksud untuk mengharamkan isterinya itu hidup bersamanya buat selama-lamanya.

Oleh itu, ini adalah merupakan satu keburukan dan penyeksaan terhadap kaum perempuan. Syara’ telah melarang perbuatan yang demikian dan menganggap sebagai suatu perkara yang mungkar dan dusta. Sebagaimana tersebut dalam ayat di atas.

Perbuatan atau perkataan yang demikian dikatakan satu perkataan mungkar, kerana adalah satu perkara yang merupakan penyeksaan terhadap kaum perempuan dan pengharaman terhadap sesuatu yang dihalalkan oleh Allah, ini adalah dilarang kerana oleh syara’.

Perkataan tersebut dikatakan dusta semata-mata adalah disebabkan kerana isteri itu bukanlah ibu dan tidak mempunyai persamaan langsung di antara keduanya.

Walau bagaimanapun syara’ tidaklah membiar begitu sahaja tentang perbuatan suami itu malah syara’ akan mengambil tindakan terhadap suami yang melakukannya iaitu diwajibkan membayar kifarah, supaya terelak dari mengulangi kembali perbuatan tersebut. Selepas membayar kifarah, suami boleh kembali semula seperti biasa. Ini berlainan sekali dari apa yang berlaku di zaman jahiliah yang menganggap isteri-isteri yang telah dizihar itu gugur talaqnya sebagai talaq bain yang tidak boleh dirujuk sama sekali buat selama-lamaya.

4) RUKUN ZIHAR

1. 1. Suami yang menzihar
2. 2. Isteri yang dizihar
3. 3. Lafaz zihar
4. 4. Orang yang diserupakan (ibu dan sebagainya)

5) SYARAT-SYARAT MENZIHAR (SUAMI)

1. Dari suami yang sah talaqnya, kalau ia menggugurkan talaq, sekalipun suami yang mati pucuk atau yang terpotong zakarnya. Oleh itu tidak sah zihar dari yang bukan suami dan tidak sah menzihar perempuan yang bukan isterinya, walaupun perempuan itu akan dikahwininya selepas itu.

2. Suami yang berakal – tidak sah zihar dari suami yang gila atau masih budak.

3. Dengan kemahuan suami itu sendiri bukan dipaksa.

6) SYARAT-SYARAT MENZIHAR (ISTERI)

Hendaklah yang dizihar itu isteri, sekalipun isteri itu masih kecil (kanak-kanak) gila, sakit, kafir kitabiah atau pun sedang dalam idah raj’i- tidak sah zihar perempuan yang bukan isteri, kalau seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan yang bakal dikahwininya: “jika saya berkahwin dengan awak maka awak itu dengan saya seperti belakang ibu saya”, kemudian lelaki itu mengahwininya, zihar itu tidak sah (tidak berlaku) begitu juga tidak berlaku zihar kalau seorang tuan hamba berkata kepada hambanya (perempuan) “awak dengan saya seperti belakang ibu saya” kerana hamba bukannya isteri.

7) SYARAT-SYARAT YANG DISERUPAKAN

1. Hendaklah orang yang diserupakan itu dari golongan perempuan, jika diserupakan dengan orang lelaki walaupun dari keluarganya yang paling dekat seperti bapa dan sebagainya, zihar itu tidak sah, begitu juga tidak sah kala diserupakan dengan seorang khunsa.

2. Hendaklah orang yang diserupakan itu dari perempuan yang haram nikah dengannya samada sebab keturunan seperti ibu atau sebab susuan seperti ibu susuan atau pun sebab persemendaan seperti ibu mertua atau ibu tiri.

3. Perempuan yang diserupakanj itu tidak halal dikahwini sebelum itu seperti isteri bapanya (ibu tiri) yang berkahwin dengan bapanya sebelum ia dilahirkan lagi.

Adapun ibu tiri yang berkahwin dengan bapanya setelah ia dilahirkan, tidak jadi zihar jika diserupakan dengannya, kerana perempuan itu sah berkahwin dengannya sebelum berkahwin dengan bapanya dahulu.

Begitu juga isteri anaknya (menantu perempuan) kerana ianya hala berkahwin dengannya sebelum berkahwin dengan anaknya, seterusnya isteri yang telah diceraikan dengan talak tiga, isteri yang telah lian dan isteri-isteri Rasulullah SAW, ini semuanya tidak jadi zihar apabila disabitkan dengan mereka, kerana pengharaman kahwin dengan isteri-isteri Rasulullah itu adalah sebagai penghormatan kepada Rasulullah dan memuliakannya.

8) SYARAT SIGHAH ZIHAR

Lafaz itu hendaklah menunjukkan zihar. Lafaz zihar terbahagi kepada dua :

1. Lafaz Sareh : iaitu kata-kata yang terang yang digunakan tertentu pada zihar sahaja dan tidak mengandungi erti yang lain dari zihar, seperti kata suami kepada isteri “awak ini dengan saya seperti belakang ibu saya atau seperti tangannya atau kepalanya.

2. Lafaz Kinayah : iaitu kata-kata yang mengandungi makna zihar dan makna yang lain, lafaz kinayah ini memerlukan niat untuk menentukan maksud yang sebenar. Seperti kata suami kepada isterinya “awak semacam mata ibuku dan sebagainya dari perkataan-perkataan yang mengandungi erti zihar atau lain dari zihar sebagai menandakan kemuliaan atau penghormatan.

9) SYARAT TASBIAH (MENSERUPAKAN)

Orang-orang Arab jahiliah selalunya menggunakan perkataan (zihar) yang bererti belakang untuk menzihar isteri-isteri mereka, selain dari perkataan (zihar) terdapat juga perkataan-perkataan yang lain seperti mata, kepala, tangan dan sebagainya. Pendek kata ada kalanya digunakan seluruh anggota perempuan dan ada juga yang menggunakan sebahagian anggota sahaja seperti menyebut muka, kepala, tangan dan sebagainya. Oleh itu disyaratkan menyebut anggota yang lahir sahaja.

Tidak sah tasbiah itu dengan menggunakan anggota batin seperti hati, limpa dan sebagainya, andainya seorang suami berkata kepada isterinya “kepada awak serupa hati ibu saya” perkataan seperti ini tidak sah dijadikan zihar.

Zihar tidak berlaku apabila ditasbihkan dengan sesuatu yang ada pada perempuan seperti susu, air liur air mani dan sebagainya, kecuali ditasbiahkan dengan sebahagian anggotanya, seperti kuku, ramput dan gigi, barulah sah ziharnya, contohnya kata suami “awak semacam kuku ibu saya” dan seterusnya.

10) HUKUM MEMBATASKAN WAKTU ZIHAR DAN MENTA’LIQKAN

1. Sah menghadkan waktu zihar samada pada jangka waktu yang singkat atau panjang seperti kata suami “awak dengan saya seperti belakang ibu saya dalam masa sehari atau sebulan” dalam masa yang disebutkan itu suami diharamkan mensetubuhi isterinya itu apabila disetubuhinya kembali wajiblah ia membayar kifarah zihar.

2. Jika suami berkata kepada isterinya “awak semacam belakang ibu saya selama lima bulan. Kata-kata yang demikian dianggap suami telah menzihar dan mengiilaa’ isterinya itu apabila ia mensetubuhi isterinya itu dalam tempoh masa tersebut, ia diwajibkan membayar kifarah zihar,selepas itu ia tidak mensetubuhinya sehingga berlalu masa tersebut isteri berhak menuntut dua perkara iaitu menuntut suami supaya mewarithnya kembali atau menceraikannya seperti yang diterangkan di dalam illa’.

Jika suami berkata kepada isterinya “demi Allah awak serupa belakang ibu saya” kemudian suami itu mensetubuhi isterinya itu dalam masa tempoh iilaa’ (empat bulan) ia diwajibkan membayar dua kifarah, iaitu zihar dan kifarah iilaa’.

Sah dita’liqkan zihar dengan sesuatu, seperti kata suami kepada salah seorang dari isterinya “jika saya zihar madu awak (isteri yang satu lagi) maka awak serupa dengan belakang ibu saya” dan kebetulan ia benar-benar menzihar isteri yang pertama itu, oleh yang demikian ia dianggap telah menzihar kedua-duanya sekali.

11) CARA MEMBAYAR KIFARAH ZIHAR

Apabila seorang suami yang menzihar isterinya ingin kembali isteri kifarah tersebut adalah mengikut susunan berikut :

Yang dizihar itu hendaklah terlebih dahulu ia menbayar kifarah, cara membayar:

1. Memerdekakan hamba yang mu’min lelaki atau perempuan.

2. Jika tidak mampu atau tidak berdaya untuk merdekakan hamba, hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut dengan tidak berselang, sekiranya diselang-selangkan walaupun kerana sakit, maka puasa yang lalu terputus dan mestilah diulang semula.

3. Jika tidak terdaya berpuasa selama dua bulan berturut-turut, maka ia hendaklah memberi sedekah makanan kepada enam puluh orang miskin, tiap-tiap seorang diberikan secupak dan makanan utama bagi negeri itu.

Seorang itu dikira lemah dari berpuasa jika terdapat salah satu dari perkara berikut, dan bolehlah ia menunaikan kifarah yang ketiga iaitu memberi sedekah makanan kepada enam puluh orang miskin :

1. Ia ditimpa oleh penyakit yang ghalibnya penyakit itu akan berlarutan sehingga dua bulan pendapat doctor dan sebaik-baiknya biarlah dari jenis penyakit yang tidak ada harapan untuk sembuh lagi.

2. Ia takutkan penyakit itu akan bertambah teruk bila berpuasa.

3. Sekiranya ia berpuasa selam dua bulan berturut-turut ini akan menimbulkan kesusahan dan kemudharatan kepadanya, kerana tidak terdaya mengerjakannya.

4. Orang itu didapati terlalu kuat nafsunya. Tidak sanggup menahan untuk menunaikan puasa tersebut, ini bagi orang yang mempunyai nafsu yang luar biasa.

ZINA DAN HUKUMANNYA

DEFINASI ZINA

Berbagai-bagai definasi telah diberikan oleh ulamak berdasarkan pada perbezaan mazhab yang diikuti; di antara mereka ada yang medefinasikan sebagai “pencabulan kemaluan perempuan yang diharamkan melalui wati yang diharamkan pada bukan milik dan bukan milik yang kesamaran.” Al-Kasani mendefinasikan zina sebagai nama bagi wati yang diharamkan ke dalam kemaluan perempuan yang masih hidup, dengan kerelaanya, dilakukan dalam dar al-‘adil yang iltizam dengan hukum-hukum Islam dan yang sunyi daripada milik dan milik yang samar-samar dan daripada hak milik serta daripada nikah yang sebenarnya dan nikah yang samar-samar.

Manakala al-Syirazi pula mendefinasikan zina sebagai seorang lelaki daripada penduduk negara Islam yang melakukan wati ke atas perempuan yang diharamkan ke atasnya dengan tidak melalui akad atau akad yang kesamaran dan tidak milik atau milik yang kesamaran dan lelaki itu berakal lagi baligh dna tidak dipaksa serta mengetahui hukum zina.

Dengan pengertian-pengertian di atas bolehlah dikatakan bahawa zina ialah (1) Perbuatan wati yang diharamkan. (2) Dilakukan dengan sengaja. (3) Dilakukan oleh orang yang cukup syarat sebagai mukallaf. Dengan ini maka ketiga-tiga perkara yang tersebut di atas sebagai rukun-rukun bagi kesalahan zina yang dipersetujui oleh kebanyakan ulamak.

Rukun Pertama

Wati yang diharamkan : Perbuatan wati yang dianggap sebagai zina ialah dengan memasukkan hasyafah dan menenggelamkannya ke dalam faraj atau jika kemaluan lelaki itu tidak ada hasyafah lagi maka memadai dengan memasukkan kira-kira sama dengan kadar hasyafah yang terpotong. Wati itu boleh dikira sebagai zina sama ada keluar air mani atau tidak dan walaupun ada pengalas yang memisahkan di antara kemaluan lelaki dengan kemaluan perempuan seperti dengan memakai sarung kemaluan lelaki; asalkan pengalas itu tipis yang tidak menghalang seseorang dari merasai kelazatan.

Mengikut kaedah bahawa wati yang diharamkan yang dianggap zina itu ialah wati yang dilakukan pada perempuan yang bukan milik. Ada pun wati yang berlaku pada perempuan yang dimiliki maka ia tidak dianggap zina walaupun wati seperti itu hukumnya haram seperti seorang suami berwati dengan isterinya yang sedang haidh atau yang sedang berpuasa atau yang dalam ihram. Semua wati seperti itu adalah haram tetapi tidak boleh dianggap sebagai perbuatan zina bahkan dianggap sebagai perbuatan maksiat yang boleh dihukum dengan hukuman takzir.
Hukuman Liwat : Berliwat ialah melakukan wati ke dalam lubang yang di punggung (dubur). Menurut Imam Malik, Imam Al-Syafi’e dan Imam Ahmad serta Abu Yusuf dan Al-Syaibani bahawa berwati pada dubur sama ada pada lelaki atau perempuan adalah diharamkan sama seperti berwati ke dalam faraj atau berzina dan orang yang didapati bersalah kerana melakukannya boleh dikenakan hukuman hudud Allah s.w.t. tidak membezakan di antara zina dengan liwat Firman Allah :

Maksusnya : Sesungguhnya kamu telah melakukan perkara yang keji (liwat)

Firman-Nya lagi :

Maksudnya : Sesungguhnya kamu melakukan ke atas lelaki dengan syahwat selain daripada perempuan-perempuan yang dibenarkan.

Firman-Nya lagi :

Maksudnya : Dan mereka (perempuan-perempuan) yang melakukan kejahatan daripada perempuan-perempuan kamu.

Dalam ayat di atas Allah menyebutkan bahawa berwati pada dubur dan berwati ke dalam qubul juga Al-Asy’ari menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud.

Jika seorang lelaki melakukan (wati) ke atas lelaki maka kedua-duanya adalah berzina dan jika perempuan sama perempuan melakukan (wati) maka kedua-duanya juga berzina.

Imam Abu Hanifah pula berpendapat bahawa berwati pada lubang punggung (dubur) tidak dianggap sebagai perbuatan zina sama ada yang kena wati itu lelaki ataupun perempuan dengan alasan bahawa melakukan wati haram pada faraj dinamakan zina sedang berwati dubur, dinamakan liwat. Oleh itu nama yang berbeza itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa kedua-dua perbuatan itu mempuyai makna yang berbeza. Selain itu zina pula boleh melahirkan keturunan yang tidak jelas dan boleh menginayai anak-anak yang tidak berbapa dan itulah di antara sebab-sebab hukuman Islam disyari’atkan. Pada kebiasaannya dengan melalui cantuman benih antara lelaki dan perempuan boleh menghasilkan keturunan sedangkan dengan liwat pada kebiasaannya tidak sampai melahirkan keturunan.

Berwati dengan orang yang telah mati : Orang lelaki berwati dengan perempuan bukan isteri yang telah mati tidak dikira sebagai melakukan zina, begitulah juga orang perempuan yang memasukkan kemaluan lelaki yang telah mati ke dalam farajnya tidak dianggap berzina menurut Mazhab Abu Hanifah dan satu pendapat dalam Mazhab Syafi’e dan Hanbali. Pesalah wati di atas boleh dikenakan hukuman ta’zir sahaja kerana berwati dengan orang yang telah mati seolah-olah tidak berwati disebabkan tubuh badan simati sudah tidak boleh digunakan lagi dan ia merupakan satu perbuatan yang tidak menaikan nafsu dan berahi bahkan mematikannya.

Pendapat yang kedua dalam Mazhab Syafi’e dan Hanbali mengatakan wati seperti itu dikiranya sebagai zina yang wajib dikenakan hukuman hudud, sekiranya berlaku bukan antara suami isteri, kerana selain daripada perbuatan sebagai wati yang diharamkan, perbuatan itu merupakan pencabulan kehormatan seorang mayat.

Imam Malik pula mengatakan bahawa seorang lelaki yang mencabul kehormatan perempuan bukan isteri yang telah mati adalah dianggap telah melakukan kesalahan zina dan boleh dihukum dengan had zina. Tetapi kalau ia melakukannya yang demikian ke atas isterinya sendiri yang telah mati maka tidak dihukum dengan hukuman had zina bahkan dikenakan hukuman takzir begitulah juga dengan seorang perempuan yang memasukkan zakar lelaki bukan suaminya yang telah mati.

Berwati dengan Haiwan : Mengikut kebanyakan ulamak jika manusia lelaki atau perempuan berwati dengan haiwan tidak dianggap sebagai berzina tetapi sebagai perbuatan ma’siat yang pelakunya boleh dihukum dengan takzir. Imam Syafi’e dan Ahmad mempunyai dua pendapat : yang pertama, seperti pendapat yang di atas, yang kedua menganggap perbuatan tersebut sebagai zina akan tetapi pesalah lelaki dihukum bunuh berdasarkan kepada Hadith Rasulullah yang bermaksud :

Barangsiapa yang bersetubuh dengan haiwan maka hendaklah kamu bunuh dia dan haiwan sekali.

Manakala pesalah-pesalah perempuan pula dihukum dengan takzir sahaja.

Pertemuan Jenis Sama Perempuan (Lesbianisme)

Persenyawaan antara perempuan dengan perempuan hingga mendatangkan berahi dan kelazaran nafsu dengan cara bergelisalan kemaluan dan sebagainya adalah perbuatan maksiat yang diharamkan oleh syarak, sebagaimana firman Allah :

Maksudnya : Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

Ayat di atas menjelaskan bahawa apabila perempuan itu membenarkan kemaluannya dicabul oleh orang lain dari suaminya sama ada lelaki atau perempuan maka bermakna dia tidak memelihara kemaluannya dan ia termasuk ke dalam golongan orang-orang yang bermusuh dengan Allah.
Juga menurut hadith Rasulullah :

Maksudnya : Tidak boleh melihat seorang lelaki kepada aurat lelaki, dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan dan tidak boleh masuk ke dalam pakaian yang satu antara sama-sama lelaki dan antara sama-sama perempuan.

Hadith di atas menunjukkan pengharaman persenyawaan sesama perempuan kerana boleh membawa kepada hilang daranya.

Perbuatan lesbian ini tidak boleh disamakan dengan zina kerana ia merupakan persetubuhan di antara kulit dengan kulit atau kemaluan dengan kemaluan yang tidak sampai kepada memasuki kemaluan seperti dalam zina. Dengan sebab itu perempuan-perempuan yang melakukan perbuatan maksiat ini dikenakan hukuman takzir dan tidak hukuman had zina.

Rukun Kedua

Persetubuhan dilakukan dengan sengaja : Maksud rukun ini bahawa zina itu dilakukan dengan sengaja ialah apabila seorang lelaki yang melakukan zina itu mengetahui benar-benar bahawa perempuan yang disetubuhi itu bukan isterinya yang diharamkan bersetubuh dengannya ataupun jika perempuan yang berzina itu benar-benat tahu bahawa lelaki yang bersetubuh dengannya orang yang diharamkan bersetubuh dengannya dan mereka tahu perbuatan zina itu adalah haram. Berdasarkan ini, bermakna orang yang berzina dengan sengaja tetapi dia tidak tahu tentang hukum haramnya berzina tidak wajib hukuman had ke atasnya. Orang yang jahil tentang hukum dikecualikan daripada hukuman ini sekiranya dia baru masuk Islam dan berjauhan daripada masyarakat Islam, tetapi sekiranya dia sudah lama masuk Islam dan masih jahil tentang hukum dalam Islam maka dalam keadaan itu tidak boleh diterima alasan tersebut. Malahan dalam keadaan zaman sekarang bukan sahaja orang Islam yang sudah mengetahui tentang larangan berzina bahkan orang-orang bukan Islam pun sudah mengetahui hukumanya.

Begitu juga perbuatan zina dianggap tidak disengajakan, umpamanya seorang lelaki bersetubuh dengan perempuan yang disangkanya adalah isterinya sendiri. Maka perbuatan lelaki itu dikira tidak sengaja. Begitu juga kalau seorang perempuan yang menyerahkan diri untuk disetubuhi oleh lelaki yang disangkanya bahawa lelaki itu adalah suaminya sendiri maka perbuatan perempuan ini tidak dianggap sengaja yang boleh dihukum dengan hukuman had kerana adanya kesamaran dalam perbuatan itu berasaskan pada kaedah bahawa tiap-tiap yang ada kesamaran boleh terlepas daripada hukuman. Akan tetapi mengikut Mazhab Hanafi bahawa pasangansuami isteri yang telah lama berkongsi hidup adalah tidak menasabah tidak mengenal pasangan masing-masing walaupun mereka buta sekalipun kerana masing-masing boleh mengenal pasanganya dengan melalui rasa, bau dan suara dan nafas. Oleh itu menurut Mazhab Hanafi orang yang melakukan persetubuhan tersalah pasangan tidak terlepas daripada hukuman had zina.

Rukun Ketiga

Syarat-syarat orang yang melakukan zina : Pesalah-pesalah zina itu tidak boleh dikenakan hukuman had kecuali jika mereka memenuhi syarat-syarat berikut :

1. Merdeka, ertinya bukan hamba kerana hukuman bagi hamba adalah separuh daripada hukuman bagi orang yang merdeka sebagaiman firman Allah :

Maksudnya : Maka ke atas perempuan-perempuan hamba dikenakan separuh daripada hukuman ke atas perempuan-perempuan merdeka.

2. Berakal, ertinya orang gila yang berzina terlepas daripada hukuman had kerana syari’at tidak ditujukan kepadanya disebabkan ia hilang akal atu kurang akalnya. Dalam satu kejadian dalam zaman Rasulullah s.a.w. di mana apabila Ma’iz mengaku berzina maka Rasulullah telah bertanyakan sahabat, “Adakah Ma’iz itu gila.” Apabila diketahui Ma’iz itu tidak gila lalu dijalankan hukuman had zina.

3. Baligh, jelasnya syarat orang yang melakukan zina sehingga dikenakan hukuman had ialah jika ia telah baligh. Oleh sebab itu, kalau kanak-kanak lelaki yang belum baligh melakukan hubungan jenis dengan perempuan dewasa ia tidak boleh dihukum had zina kerana belum baligh tetapi hendaklah dikenakan hukuman takzir kalau kanak-kanak itu sudah mumaiyiz.

Adapun perempuan yang melakukan hubungan jenis dengan kanak-kanak atau orang gila, ulamak mempunyai pandangan yang berbeza-beza. Imam Abu Hanifah dan Imam Malik berpendapat bahawa perempuan yang disetubuhi oleh kanak-kanak tidak diwajibkan had zina ke atasnya, walau dia rela dengan perbuatan kanak-kanak itu. Ini ialah kerana perbuatan kanak-kanak itu tidak dianggap sebagai zina yang sebenar, sedangkan hakikat zina ialah apabila ia dilakukan oleh orang yang sudah baligh. Manakala Imam Syafi’e dan satu riwayat daripada Imam Ahmad mengatakan bahawa perempuan yang bersetubuh dengn kanak-kanak itu dikenakan hukuman had kerana perempuan itu telah melakukan zina, iaitu dengan melepaskan nafsu syahwatnya dengan persetubuhannya yang sunyi daripada milik atau milik yang kesamaran. Satu lagi pendapat Imam Ahmad ialah bahawa perempuan itu tidak dikenakan had zina kalau kanak-kanak yang bersetubuh dengannya itu berumur kurang daripada sepuluh tahun.

Manakala orang lelaki mukallaf yang melakukan zina dengan perempuan yang belum baligh atau yang gila maka menurut kebanyakan ulamak, lelaki itu wajib dikenakan hukuman had.

4. Islam. Ulamak berselisih pendapat tentang sama ada Islam itu menjadi syarat bagi hukuman had itu diwajibkan ke atas orang yang berzina. Mazhab Hanafi dan Maliki mengatakan bahawa orang yang berzina yang boleh dihukum dengan hukuman had itu mestilah orang yang beragama Islam. Jika tidak beragama Islam terlepaslah ia daripada hukuman had, Cuma perbezaannya dengan Mazhab Maliki ialah orang zimmi pun boleh dikenakan hukuman had zina. Manakala Mazhab Syafi’e, Hanbali dan Imam Abu Yusuf mengatakan bahawa Islam tidak menjadi syarat. Dengan ertikata sesiapa sahaja berzina sama ada orang Islam atau bukan Islam dia boleh dikenakan hukuman zina dengan alasan bahawa Rasulullah telah merejam dua orang Yahudi yang berzina dan ini merupakan hukuman rejam yang pertama berlaku dalam Islam.

5. Dengan kehendaknya sendiri. Syarat hukuman had boleh dilaksanakan ialah apabila seseorang pesalah itu melakukan persetubuhan dengan kehendaknya sendiri, bukan dipaksa. Kalau seorang lelaki dipaksa untuk melakukan perzinaan maka dia tidak boleh dikenakan hukuman had. Ini kalau yang memaksanya ialah raja atau pemerintah. Tetapi kalau yang memaksanya bukan pemerintah maka menurut Imam Abu Hanifah bahawa lelaki yang dipaksa berzina itu boleh dikenakan hukuman had. Manakala Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad dan Imam Syafi’e mengatakan lelaki yang dipaksa oleh yang selain daripada pemerintah tidak boleh dihukum dengan hukuman had kerana adanya paksaan sehingga menimbulkan takur binasa kalau tidak mengikut paksaan sama ada daripada pemerintah atau bukan pemerintah.

Adapun kalau seorang perempuan dipaksa berzina maka semua ulamak bersepakat bahawa perempuan itu tidak boleh dikenakan hukuman had kerana perempuan itu melakukan bukan dengan kemahuannya sendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : Diangkat (tanggungjawab) umatku dengan sebab salah, terlupa san kerana suatu yang dipaksa ke atasnya.

Bukti-bukti Yang Mensabitkan Kesalahan Zina

Oleh kerana hukuman bagi kesalahan zina agak keras maka untuk membuktikan kesalahan tersebut juga agak ketat dan susah. Oleh itu untuk menyatakan seseorang itu bersalah kerana zina hingga boleh dikenakan hukuman had zina mestilah dibuktikan dengan salah satu daripada perkara-perkara berikut : (1) Penyaksian, (2) pengakuan dan (3) pertalian. Di bawah ini dijelaskan satu persatu mengenai bukti-bukti di atas.

1. Penyaksian : Kesalahan berzina disabitkan dengan adanya penyaksian oleh empat orang saksi. Ini didasarkan pada firman Allah :

Maksudnya : Dan perempuan yang melakukan kejahatan (zina) daripada perempuan-perempuan kamu maka datangkan saksi-saksi ke atas mereka seramai empat orang daripada kamu.

FirmanNya lagi :

Maksudnya : Dan mereka yang melemparkan tuduhan ke atas perempuan yang suci bersih kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi-saksi maka deralah mereka sebanyak 80 kali sebat.

Selain itu ada Hadith yang menjelaskan bahawa Sa’d bin ‘Ubadah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., “Apakah betul andainya aku terjumpa seorang lelaki bersama isteriku lalu aku tangguhkan (hukuman) sehingga aku bawa empat orang saksi ?” “Ya, betul,” jawab Rasulullah s.a.w. Dan lagi Rasulullah bersabda kepada Hilai bin Umaiyah yang menuduh Syarik bin Syahma’ melakukan zina dengan isterinya dengan sabdanya yang bermaksud :

Bawakan empat orang saksi yang membuktikan kebenaran tuduhan kamu, jika tidak kamu akan dikenakan hukuman had qazaf.

Syarat-syarat saksi : Bukan semua orang yang menjadi saksi itu boleh diterima penyaksianya bahkan saksi-saksi yang dapat diterima ialah mereka yang mempunyai syarat-syarat seperti di bawah ini :

i. Empat orang semuanya lelaki. Jumhur fuqaha’ mensyaratkan saksi-saksi itu semuanya terdiri daripada lelaki dan tidak menerima saksi-saksi yang terdiri daripada perempuan, kerana nas mengenai saksi-saksi yang terdiri daripada lelaki itu jelas menunjukkan bahawa perkataan empat itu adalah nama bagi lelaki dan dengan itu memadai dengan empat orang saksi lelaki, kerana kalau dalam empat itu ada saksi perempuan maka tidak memadai dengan empat bahkan lima orang saksi.

ii. Baligh. Orang yang belum baligh tidak diterima penyaksiannya dalam kes zina. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud. “Diangkat Qalam daripada tiga orang ; daripada kanak-kanak sehingga dia baligh ……….” Dan oleh kerana kanak-kanak tidak diterima penyaksiannya dalam harta benda maka lebih-lebih lagi tidak boleh diterima penyaksiannya dalam masalah jenayah.

iii. Berakal. Seorang yang tidak mempunyai akal yang cukup seperti orang gila, sasau, pitam dan sebagainya tidak diterima menjadi saksi bagi kesalahan zina, kerana sabda Rasulullah yang bermaksud, “Diangkat daripada …….. orang yang gila sehingga dia sembuh dari gilanya.”

iv. Orang Yang Adil. Ini berdasarkan pada firman Allah :

Maksudnya : Dan saksikanlah orang-orang yang adil daripada kamu dan sabda Rasulullah yang bermaksud ;
“Tidak harus menerima saksi orang yang khianat laki-laki atau perempuan dan orang yang hasad dengki kepada saudaranya………”
Yang dimaksudkan dengan adil mengikut Mazhab Syafi’e ilah orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil. Oleh itu orang yang fasiq dan yang tidak diketahui keadilannya tidak diterima kesaksiannya dalam kes zina.

v. Orang Islam. Semua ulamak sepakat mengatakan syarat saksi-saksi itu mestilah orang Islam. Oleh itu tidak diterima saksi-saksi yang bukan Islam sama ada untuk menjadi saksi terhadap orang Islam atau bukan Islam bersumberkan kepada ayat Al-Quran.

Adapun untuk menjadi saksi kepada orang bukan Islam antara sesama mereka menurut Mazhab Hanafi boleh diterima saksi daripada orang zimmi sesama mereka dan orang kafir harbi sesama mereka kerana Rasulullah s.a.w. menerima saksi orang Nasrani kepada orang Nasrani lain. Manakala Mazhab Maliki dan Syafi’e tidak menerima saksi daripada orang yang bukan Islam.

iv. Melihat kejadian zina. Disyaratkan saksi-saksi itu benar-benar melihat kejadian zina di antara lelaki dengan perempuan dengan menggambarkan kejadian itu seolah-olah seperti masuknya penyoteng celak ke dalam tempat celak atau seperti masuknya hujung keris ke dalam sarungnya. Dengan yang demikian perlulah qadhi menyoal saksi-saksi tentang apa yang dikatan zina, bagaimana dilakukan, dengan siapa dilakukan zina dan lain-lain lagi, supaya terlepas daripada salah faham tentang zina itu. Kerana kalau saksi itu tidak melihat dengan mata kepala mereka atau mereka hanya menyangka seorang itu melakukan zina sedang pasangan itu umpamanya hanya berkumpul di atas katil sahaja maka pasangan itu tidak boleh disabitkan melakukan zina.

vii. Penyaksian itu benar-benar membuktikan berlaku zina. Umpamanya seorang perempuan anak dara telah disaksikan melakukan zina, tiba-tiba setelah diperiksa doktor didapati perempuan itu masih ada daranya lagi maka perempuan itu terlepas daripada hukuman had zina kerana zina yang berlaku itu tidak sempurna kalau tidak sampai terpecah daranya. Begitulah juga umpamanya seorang lelaki yang telah dibuktikan kesalahan zina oleh empat orang saksi, tiba-tiba didapati alat kelaminya tidak ada (terpotong) maka lelaki itu terlepas daripada hukuman had zina.

viii. Penyaksian itu mestilah dilakukan dalam satu majlis dan satu masa. Menurut kebanyakan ulamak saksi-saksi zina itu mestilah mengemukakan saksian mereka dalam majlis yang satu dengan sama-sama berhimpun ketika memberikan keterangannya tetapi menurut Imam Ahmad tidak semestinya saksi-saksi itu bersama-sama daripada awal bahkan kalau mereka datang berasingan memadai asalkan majlis kehakiman masih berjalan. Manakala Mazhab Syafi’e tidak mensyaratkan saksi-saksi sama ada memberi keterangan dalam satu masjlis atau lebih dan memadai saksi-saksi itu datang ke majlis itu sama ada berasingan atau sama-sama.
Begitu juga keempat-empat saksi itu mestilah menyaksikan orang yang berzina pada satu masa dan tempat. Kalau umpamanya dua orang saksi menyaksikan seorang itu berzina pada satu tempat dan dua orang saksi yang lain menyaksikan orang itu berzina di tempat yang lain ataupun dua orang saksi menyaksiakan seorang berzina pada waktu pagi sedangkan dua orang saksi lagi menyaksikan orang itu melakukan zina pada petang hari pula maka dalam kedua-dua masalah itu orang yang disaksikan sebagai berzina itu tidak wajib dikenakan had zina.

ix. Keterangan saksi-saksi handaklah diberi tidak lama selepas kejadian zina. Menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali bahawa penyaksian itu boleh diterima dengan syarat ianya diberikan sebaik-baik sahaja melihat kejadian zina. Ini ialah kerana apabila seseorang itu melihat seorang lain sedang melakikan kejahatan maka ia diberi pilihan sama ada untuk menjadi saksi (mengadu kepada yang berkenaa) sebagai menyahut suruan Allah dalam firmanNya :

Yang bermaksud : “Dan dirikanlah penyaksian kerana Allah,” atau untuk menutup keburukan seorang bagaimana sabda Rasulullah s.a.w.

“Barang siapa yang merahsiakan keburukan saudaranya yang Islam maka Allah akan merahsiakan keburukannya di hari akhirat.”

Jadi apabila seorang itu tidak mahi menyaksikan (tidak melapurkan) kejadian itu pada ketika kejadian itu sehingga berlalu masa yang agak lama maka ia menunjukkan saksi itu memilih untuk merahsiakanya. Akan tetapi sekiranya sudah lama selepas kejadian itu berlalu baru dia mahu memberi keterangannya (saksi) ini menunjukkan adanya sakit hati atau dengki kepada orang yang disaksikannya sebagaimana satu riwayat daripada Saiyidina Umar bin Al-Khattab yang bermaksud, “Mana-mana kaum yang menyaksikan satu kejadian had tetapi tidak menyaksikan pada masa kejadian had itu sesungguhnya mereka menyaksikan disebabkasn sakit hati dan tidak diterima penyaksian mereka.”
Manakala Imam Malik dan Syafi’e menyatakan bahawa hukuman had boleh dijalankan dengan adanya penyaksian walaupun diberi lama selepas daripada kejadian jenayah itu berlaku. Kelambatan memberi penyaksian itu diharuskan kerana keuzuran atau berjauhan tempat tinggal. Sedangkan hukuman tidak boleh digugur dengan sebab andaian-andaian kerana sekiranya gugur dengan sebab andaian nescaya hukuman had itu tidak diwajibkan sama sekali.

2. Pengakuan (Ikrar) : Bukti yang kedua bagi mensabitkan kesalahan zina ialah dengan adanya pengakuan daripada orang yang melakukan zina. Dengan yang demikian maka wajiblah dikenakan hukuman had zina ke atas pelaku-pelaku zina dengan syarat-syarat seperti dibawah ini :

i. Pengakuan itu dibuat di hadapan pemerintah (imam) atau wakilnya. Maka tidak memadai kalau pengakuan itu dibuat di hadapan yang lain daripada itu berdasarkan bahawa Ma’iz telah mengaku berzina di hadapan Rasulullah s.a.w. Pemerintah atau wakilnya hendaklah menyoal orang yang mengaku itu tentang keadaannya sama ada muhsin atau tidak dan tentang apa yang dikatakan ihsan dan sebagainya.

ii. Orang yang berakal. Jika pengakuan itu datangnya dari orang yang tidak siuman maka tidak diterima pengakuannya, tetapi kalau seseorang itu kadang-kadang gila dan terkadang-kadang waras fikirannya. Jadi kalau dalam masa sihatnya dia mengaku melakukan zina maka ketika dia waras maka diterima pengakuannya dan boleh dijalankan hukuman had ke atasnya.

iii. Orang yang baligh. Pengakuan zina daripada kanak-kanak yang belum baligh tidak sah lagipun sebab diwajibkan had ialah kerana perbuatan jenayah sedangkan perbuatan yang dilakukan oleh kanak-kanak tidak dianggap sebagai jenayah yang sebenar maka sebab itu pengakuan daripada kanak-kanak tidak diterima.

iv. Dengan mulut dan perkataan. Menurut Mazhab Hanafi pengakuan itu mestilah dibuat dengan mulut dan perkataan dan tidak memadai dengan tulisan atau dengan isyarat sahaja. Manakala Mazhab Maliki dan Syafi’e menyatakan bahawa pengakuan orang yang bisu boleh diterima sama ada dengan tulisan atau isyarat yang dapat difahami.

v. Pengakuan itu diberikan dengan cukup terang dan jelas tentang perbuatna zina itu sehingga menghilangkan segala keraguan dan kesamaran. Ini ialah mengikut Sunnah Rasulullah ketika Ma’iz datang mengaku berulang-ukang berzina maka Rasulullah bertanyakan beberapa soalan sehingga hilang segala kesamatan tentang pengakuan zina oleh Ma’iz lalu dijalankan hukuman rejam ke atasnya.

Bilangan Pengakuan

Ulama’ berselisih pendapat mengenai beberapa kali pengakuan yang perlu dibuat supaya dapat diterima pengakuan orang yang berzina. Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad menyatakan bahawa pengakuan itu mestilah di buat sebanyak empat kali berkiaskan kepada saksi yang disyaratkan empat orang dan berasaskan kepada cerita Ma’iz yang datang mengaku di hadapan Rasulullah s.a.w. Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Buraidah bahawa Am’iz Al-Aslami mengaku berzina di hadapan Rasulullah s.a.w. dan meminta Rasulullah s.a.w. menjalankan hukuman had kepadanya. Kemudian Rasulullah menyuruh Ma’iz pergi dari situ. Selepas itu dia datang lagi dan mengaku sekali lagi. Begitulah seterusnya sehingga empat kali lalu Rasulullah bertanya kepada kaumnya sama ada dia gila. Setelah dijelaskan bahawa Ma’iz tidak gila barulah Rasulullah s.a.w. menjatuhkan hukuman rejam ke atasnya.
Manakala Imam Malik dan Syafi’e berpendapat memadai dengan sekali pengakuan kerana pengakuan itu ertinya memberi tahu dna pemberitahu itu tidak bertambah dengan berulang-ulang kali. Dan berdasarkan Hadith : “Asaif yang mana Rasulullah bersabda yang bermaksud. “Pergilah wahai Anis kepada perempuan itu kalau dia mengaku direjamlah dia.” Denga Hadith di atas jelas bahawa hukuman rejam dikaitkan dengan sebarang pengakuan walaupun dengan sekali pengakuan adalah memadai.
Pengakuan zina oleh penjenayah itu boleh diterima walaupun tidak di hadapan pasangannya kerana dalam kisah Ma’iz yang kena rejam itu dia memberi pengakuannya tidak bersama-sama dengan pasangannya bahkan kalau seorang lelaki mengaku berzina dan mengatakan dia tidak mengetahui dengan sesiapa dia berzina pun sah pengakuannya. Begitu juga kalau seorang itu mengaku zina dengan seorang perempuan sedangkan perempuan itu menafikannya maka lelaki itu wajib dikenakan dan tidak wajib pada perempuan yang menafikan menurut Mazhab Syafi’e dan Hambali. Manakala Mazhab Hanafi mengatakan lelaki yang mengaku itu tidak dikenakan hukuman had kerana penafian perempuan itu yang diterima. Dengan yang demikian pengakuan lelaki dianggap tidak sah.
Bukti yang ketiga bagi mensabitkan kesalahan zina ialah :
Melalui hal-hal yang berkaitan atau circumstances atau perkara-perkara yang ada kaitan dengan zina yang boleh diambil kira ialah adanya mengandung pada perempuan yang tidak bersuami atau yang tidak diketahui perempuan itu bersuami. Termasuk dalam kategori ini ialah perempuan yang kahwin dengan kanak-kanak yang belum baligh atau dengan lelaki dewasa yang tidak ada kemaluannya atau pun perempuan yang berkahwin akan tetapi bersalin tidak sampai enam bulan daripada masa berkahwin. Sumber yang menerima perkara-perkara yang berkaitan dengan hamil sebagai dalil berlakunya zina ialah perkataan dan perbuatan para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Saiyidina Umar berkata bahawa rejam itu diwajibkan ke atas tiap-tiap orang yang berzina sama ada lelaki atau perempuan jika ia muhsan, jika telah ada keterangan (saksi) atau adanya mengandung atau pengakuan. Diriwayatkan daripada Uhtman bahawa ada seorang wanita datang kepadanya dan mengatakan dia telah melahirkan anak berumur 6 bulan dalam kandungannya. Lalu Sauyidina Uthman hendak merejamnya kemudian Saiyidina Ali berkata kepada Uthman, “Tidak ada jalan bagimu.”
Menurut Imam Malik perempuan mengandung yang tidak bersuami itu boleh mewajibkan hukuman had ke atasnya dengan tidak perlu kepada pengakuan. Sekiranya dia mendakwa bahawa kandungannya itu disebabkan hubungan jenis dengan paksaan atau disebabkan wati syubhat maka ini tidak mencukupi untuk melepaskan daripada hukuman had bahkan dia mesti mengemukakan alasan atau kaitan-kaitan yang memperkuatkan dakwaannya bahawa dia itu dipaksa atau sebaginya. Tetapi menurut jumhur ulama’ bahawa mengandung itu tidak boleh dijadikan bukti dengan sendirinya yang perempuan itu berzina. Bahkah satu kaitan yang boleh menjadi dalil sebaliknya. Boleh jadi kandungan itu terjadi bukan hasil daripada zina maka terlepaslah perempuan hamil itu daripada hukuman had apabila ada sahaja kesamaran berlakunya zina, seperti berwati dengan paksaan, wati syubhat dan sebagainya.

Hukuman Had Bagi Kesalahan Zina

Hukuman dalam Islam adalah suatu hukuman yang adil bukannya sebagai suatu hukuman yang kejam seperti yang didakwa oleh setengah-setengah golongan kerena ianya bukan sahaja memelihara kepentingan orang yang teraniaya bahkan memelihara kepentingan orang ramai, lebih dari itu hukuman-hukuman dalam Islam meraikan dan memberi balasan kesalahan kepada penjenayah-penjenayah terutamanya kepada pesalah-pesalah zina. Oleh sebab itu hukuman had zina terbahagi kepada dua memandangkan kepada dua golongan manusia yang berlainan statusnya. Pertama pesalah-pesalah zina yang muhsan dan yang keduanya bukan muhsan.
Dalam masalah zina, muhsan bermaksud, orang yang pernah melakukan hubungan jenis di antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah walaupun dalam masa dia melakukan perbuatan zina itu tidak lagi dalam ikatan perkahwinan. Ihsan ertinya penahan yang bermaksud bahawa nikah itu sebagai benteng yang dapat mengawal daripada perbuatan zina.
Manakala bukan muhsan pula ialah orang yang belum pernah melakukan hubungan jenis hasil daripada akad nikah yang sah. Andainya seorang itu pernah melakukan persetubuhan tetapi bukan melalui akad nikah maka ialah masih dipanggil bukan muhsan, begitulah juga kalau seorang itu sudah bernikah, tetapi belum merasa hubungan jenis masih termasuk dalam golongan ini.

1. Hukuman had bagi muhsan : Ada tiga pendapat mengenai hukuman bagi muhsan.

i. Rejam : Jumhur ulamak sependapat bahawa hukuman bai pesalah-pesalah zina yang muhsan ialah direjam iaitu dibaling dengan batu sampai mati berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Hadith Asif.

Maksudnya : Ya Anis pergilah kepada perempuan ini maka jika dia mengaku rejamlah dia.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah : Mu’iz Al-Aslami datang mengadap Rasulullah yang sedang berada di masjid dan berkata wahai Rasulullah aku telah berzina, kemudian Rasulullah berpaling daripadanya dan berundur daripadanya kemudian berkata lagi : Wahai Rasulullah sunggunhnya aku telah berzina, kemudian Rasulullah berpaling daripadanya sehinggalah dia mengulangi sebanyak empat kali. Kemudian apabila dia membawa empat orang saksi ke atas dirinya maka Rasulullah memanggilnya dan bertanya adalah awak gila, dia menjawab : Tidak, ditanya lagi adakah kamu telah muhsan, beliau menjawab ya, lalu Rasulullah bersabda, pergilah kamu semua dengannya dan rejamlah dia.

Sabda Rasulullah s.a.w.

Maksudnya : Tidak halal darah seorang Islam yang menyaksikan bahawa tidak ada tuhan (yang layak disembah) melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah, kecuali dengan sebab salah satu daripada tiga ; Dengan sebab membunuh Janda / duda yang berzina dan yang berpaling dari agama dan meinggalkan jamaahnya.

Perbuatan Rasulullah s.a.w. yang mana Rasulullah telah memerintahkan untuk merejam Al-Amidiyah dan dua orang Yahudi yang didapati berzina.

ii. Hukuman jilid (sebat) : Manakala Khawarij berpendapat bahawa hukuman bagi pesalah-pesalah zina sama ada muhsan atau bukan muhsan ialah dijilid sebanyak 100 kali dengan alasan antara firman Allah :

Maksudnya : Pezina-pezina perempuan dan lelaki hendaklah kamu jilid tiap-tiap seorang daripadanya dengan 100 kali jilid.

Ayat di atas menjelaskan hukuman jilid dan bukan rejam dengan tidak membezakan di antara teruna dengan dara.
Hukuman rejam adalah yang paling berat dalam Islam oleh itu hendaklah disabitkan dengan dalil yang qat’i iaitu dengan Al-Quran atau Sunnah yang mutawatir. Sedangkan tidak ada nas Al-Quran dan Sunnah mengenai rejam pun adalah dari khabar ahad yang tidak pasti kesahihannya.
Setengah tabi’in bertanya adakah Hadith-hadith mengenai rejam itu sebelum surah al-Nur atau sesudahnya maka seorang sahabat Rasulullah menjawab tidak tahu. Maka ini dengan sendirinya adalah dalil yang kesamaran tentang mengekalkan hukum rejam.

iii. Hukum rejam dan jilid : Menurut satu riwayat daripada Imam Ahmad, Hassan al-Basri dan Zahiri mengatakan bahawa pesalah yang muhsan hukumannya ialah dijilid dan direjam kerana berasaskan Hadith riwayat Ubadah bin al-Samit.

Maksudnya : Janda dengan janda disebat seratus kali dan direjam dengan batu.

Diriwayatkan bahawa Saiyidina Ali menghukum jilid kepada Syurahan al-Hamdaniyah pada hari Khamis dan merejamnya pada hari Jumaat dan berkata, maksudnya “Aku menyebatnya mengikut kitab Allah dan menrejamkannya dengan Sunnah Rasululullah.”

2. Hukum had kepada bukan muhsan : Apabila anak dara atau teruna telah sabit kesalahan zina maka hukumannya ialah disebat (jilid) seratus kali dan dibuang negeri.
i. Hukuman sebat (jilid) : ulamak sepakat mengatakan hukuman untuk orang yang belum berkahwin ialah disebat seratus kali. Ini berdasarkan firman Allah :

Maksudnya : Pezina-pezina perempuan atau lelaki hendaklah kamu jilid sebanyak seratus kali.

Dan sabda Rasulullah s.a.w. :

Maksudnya : Ambilah daripada Kami, sesungguh Allah telah jadikan bagi mereka (perempuan-perempuan) akan jalan; dara dengan dara disebat seratus kali dan dibuang selama setahun.

ii. Buang negeri : Kebanyakan ulamak bersepakat mengatakan hukuman zina untuk bukan muhsan ialah dijilid 100 kali dan dibuang negeri selama setahun sebagai hukukam tambahan. Cuma Mazhab Hanafi yang berpendapat bahawa hukuman buang negeri itu tidak wajib akan tetapi harus bagi imam untuk menjatuhkan kedua-dua hukuman tersebut sekiranya pada pandangannya ada kebaikan dan hukuman takzir ini bukanlah sebagai hukuman had tetapi sebagai takzir. Alasan bai Mazhab Hanafi ialah firman Allah :

Dalam ayat ini Allah menyuruh menjilid pezina-pezina dan tidak menyuruh dengan dibuang negeri. Dengan menghukum buang negeri bererti melebihi daripada apa yang dikehendaki dalam nas tersebut dan melebihi dari nas adalah ternasakah manakala al-Quran pula tidak boleh dinaskahkan oleg khabar ahad dan menurut riwayat bahawa Saiyidina Umar telah menbuang negeri kepada Rabi bin Umaiyah kerana kesalahan minum arak ke Khaibat yang akhirnya dia masuk Kristian. Apabila Umar mengetahui hal itu dia bersumpah demi Allah aku tidak akan membuang negeri seorang Islam sesudah ini. Kalaulah buang negeri ini bukan hukum syarak nescaya Umar tidak bersumpah untuk meninggalkan hukuman tersebut.

Manakala Ulamak yang mengatakan selain daripada hukuman jilid bagi bukan muhsan ialah dibuang negeri pula berselisihan pendapat mengenai sama ada hukuman itu dikenakan kepada semua orang tidak kira lelaki atau perempuan. Menurut Mazhab Syafie dan Hanbali, Abu Thaur dan lain-lain mengatakan hukuman buang negeri itu diwajibkan ke atas bukan muhsan sama ada lelaki atau perempuan dengan alasan.

a. Sabda Rasulullah dalam Hadith Ubadah.

b. Sabda Rasulullah dalam Hadith Asif.

Manakala Iman Malik dan al-Awza’i pula berpedapat bahawa hukuman buang negeri itu diwajibkan ke atas lelaki sahaja dan tidak kepada perempuan kerana membuang negeri kepada pesalah-pesalah perempuan dengan seorang diri tidak diharuskan, berdasarkan pada larangan Rasulullah s.a.w. kepada perempuan untuk musafir seorang diri dan dengan membuang negeri seorang diri kepada perempuan boleh membawa kepada perbuatan zina kerana dengan menjauhkan daripada kaum keluarganya makin berahi untuk melakukan kejahatan. Dan kalau perempuan itu dibuang neeri bersama muhrimnya maka ini seolah-olah telah menghukum kepada orang yang tidak bersalah dengan menanggung kesalahan orang lain. Ini berlawanan dengan firman Allah :

Maksudnya : Dan tidak ditanggung suatu dosa oleh orang lain.

Orang yang Menjalankan Hukuman Had

Semua ulamak sepakat bahawa yang melaksanakan hukuman zina ialah imam (pemerintah) atau naibnya kerana had itu ialah hak Allah yang disyariatkan untuk kepentingan umum maka wajib diserahkan kepada wakil masyarakat iaitu imam dan juga kerana hukuman had perlu kepada ijtihad dan kalau tidak dijalankan oleh imam atau wakilnya dibimbangkan tidak sempurna atau melebihi daripada yang sepatutnya.

Kehadiran imam tidak menjadi syarat dalam melaksanakan hukuman tersebut kerana Rasulullah pada lazimnya tidak hadir ketika hukuman had dijalankan seperi sabdanya :

Maksudnya : Pergilah kepada perempuan itu jika dia mengaku (berzina) maka rejamlah dia.

Dan juga suruhan Rasulullah untuk merejam Ma’iz dengan baginda tidak hadir, tetapi untuk menjalankan hukuman had itu perlu kepada adanya imam kerana hukuman yang dijalankan dalam zaman Rasulullah adalah dengan izin Rasulullah s.a.w. dan pada zaman Khulafa al-Rasyidin dengan izin mereka.

Hukuman Dijalankan di Khalayak Ramai.

Hukuman had zina hendaklah dijalankan secara terang-terang iaitu dengan disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman sebagaimana firman Allah :

Maksudnya : Dan hendaklah disaksikan hukuman keduanya oleh sekumpulan orang yang beriman.

Hukuman had rejam dengan sendirinya dianggap telah dijalankan dengan terang-terang kerana biasanya bilangan orang yang merejam batu itu banyak tidak terhad supaya cepat menghabiskan nyawa orang yang direjam. Manakala dalam hukuman jilid boleh dijalankan oleh seorang sahaja sebab itu ulamak berselisih tentang bilangan orang yang perlu hadir dalam hukuman jilid. Setengah mentafsirkan ta’ifah sebagai dua orang : seorang yang menjalankan hukuman dan seorang yang memerhati. Setengahnya mengatakan sebagai dua orang selain daripada yang menjalankan hukuman manakala setengahnya mengatakan empat orang dan ada yang mengatakan ta’ifah itu sebagai sepuluh orang.

Cara-cara Dijalankan Hukuman Rejam

Bagi pesalah lelaki dijalankan hukuman rejam dalam keadaan berdiri dengan tidak payah diikat dan tidak ditanam sama ada kesalahannya itu disabitkan dengan saksi atau pengakuan kerana Rasulullah s.a.w. tidak menanam Ma’iz dan Juhainah dan dua orang Yahudi. Tetapi kalau yang direjam itu perempuan maka Imam Abu Hanifah mengharuskan perempuan itu ditanam sampai dadanya kerana itu telah menutup badanya. Imam Syafie pula mengatakan perempuan yang direjam itu ditanam kalau kesalahannyad disabitkan dengan saksi, tetapi kalau disabitkan dengan pengkuan tidak payah ditanam dan jika perempuan itu direjam dengan tidak payah ditanam maka hendaklah diikat pakaiannya supaya tidak terbuka auratnya.

Mengikut Sunnah Rasulullah bahawa orang yang direjam itu hendaklah dikelilingi manusia dari semua penjuru. Manakala setengah ulamak mengatakan bahawa orang yang melontarkan batu rejam itu hendaklah berbaris dalam tiga saf berdasarkan kepada perkataan Saiyidin Ali ketika merejam Syurahah dan orang ramai telah mengelilinginya lalu Saiyidina Ali berkata.

Bukan begitu hendak merejam nanti akan mengenai setengah daripada kamu, berbarislah kamu seperti dalam saf salat.

Kalau pesalah itu disabitkan dengan saksi-saksi maka menurut Abu Hanifah hendaklah saksi-saksi yang memulakan rejam kemudian diikuti oleh imam atau naibnya dan orang ramai. Kalau saksi tidak mahu memulakan hukuman rejam kepada yang bersalah maka gugurlah hukuman had ke atasnya. Manakala Imam Syafie, Malik dan Ahmad tidak mensyaratkan saksi untuk melakukan rejam.

Hukuman rejam boleh dijalankan pada bila-bila masa dan dalam masa pesalah itu sihat atau tidak kerana rejam memang hukuman yang membinasakan, jadi tidak perlu menunggu masa dia sihat, tetapi kalau yang bersalah itu perempuan yang sedang hamil maka tidak boleh dijalankan hukuman rejam ke atasnya melainkan setelah dia bersalin. Hukuman had itu tidak boleh dijalankan di dalam masjid bahkan dijalankan di tempat yang luas dan berjauhan daripada tempat tinggal. Batu-batu yang digunakan untuk rejam itu biarlah sederhana, tidak kecil sangat supaya tidak terlalu lama menyiksakannya dan tidak terlalu besar.

Cara-cara Hukuman Jilid (Sebat) Dijalankan

Hukuman jilid menggunakan cemti dengan pukulan yang sederhana sebanyak 100 kali dengan syarat cemti itu tidak basah supaya tidak luka dan tidak melebihi had. Juga cemti tidak bercabang kerana kalau bercabang tidak dikira satu pukulan bahkan bilangan pukulan mengikut cabang-cabang yang ada.

Imam Malik dan Abu Hanifah mensyaratkan lelaki-lekaki yang dijilid itu hendaklah ditanggalkan pakaiannya kecuali yang menutup auratnya. Manakala Imam Syafie dan Ahmad menyatakan tidak perlu ditanggalkan pakaiannya kecuali kalau dia memakai pakaian yang tebal pasa musim sejuk bolehlah ditanggalkan.

Menurut Imam Malik orang yang dihukum sebat itu disuruh duduk dengan tidak payah diikat melainkan kalau susah untuk dijalankan hukuman sebat. Manakala menurut kebanyakan ulamak sekiranya yang dihukum itu lelaki maka ia dalam keadaan berdiri dan kalau perempuan dihukum dalam keadaan duduk.Tidak boleh sebat terus menerus pada satu tempat bahkan berpindah dari satu tempat yang lain supaya tidak merosakkan satu-satu anggota. Kecuali pada muka kemaluan dan kepada. Imam Malik berpendapat bahawa tempat yang boleh disebat ialah di belakang sahaja.

Hukuman had jilid bukan bertujuan untuk membinasakan (mematikan) pesalah, tetapi sebagai hukuman untuk mencegah daripada melakukan kejahatan. Oleh itu tidak boleh dijalankan pada waktu panas terik atau pada waktu sangat sejuk, dan tidak boleh dijalankan ke atas orang yang sedang sakit dan yang sedang kedatangan nifas dan orang yang sedang hamil.

Advertisements

~ oleh ANUAR AHMAD di Februari 28, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: