HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL KEKELUARGAAN

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL KEKELUARGAAN

1. BEBERAPA KESILAPAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

Pengenalan

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. :

“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”

(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :

“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”

(Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kesilapan pertama : Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah

* Saidul (penghulu) Istighfar

* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)

* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)

* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah

* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128)

* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)

* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :

* menakutkan anak-anak dengan sekolah

* menakutkan dengan tempat gelap

* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau

* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak

* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak

* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat : Menegur anak secara negatif

* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).

* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual).

* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :

Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”

(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas

* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan : Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh : Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas : Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas : Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

2. (Kuliah Mingguan Surau An-Nur , 15 Safar 1419 bersamaan 10 Jun 1998 )

(Oleh Ustaz Khalid bin Haji Mohd Isa)

40 kesilapan mendidik anak

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak

9. Kurang melahirkan kasih sayang

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak

28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak

39. Tidak tegas mendidik anak-anak

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Dipetik dari buku ’40 kesilapan mendidik anak’ , oleh Dato Dr. Hassan Ali

3. Bercakaplah dengan anak-anak anda

PUAN Adibah bimbang mengenai anak perempuannya, Alia yang berusia tujuh tahun. Sejak beberapa minggu yang lalu, Alia seolah-olah dingin dan pendiam. Bila Adibah menegur anak perempuannya untuk mendapatkan maklumat, dia tidak diendahkan. Jelas sekali perhubungannya dengan Alia semakin buruk. Ketika Adibah merenungkan keadaan emosi Alia, beliau mulai sedar bahawa sejak beberapa bulan lalu, tidak banyak masa diluangkan untuk bersama anak perempuannya itu disebabkan tugas barunya. Apabila beliau dapat meluangkan masa sekalipun, ia seolah-olah hanya berkisar mengenai kerja rumah.

Apakah yang perlu dilakukan oleh Adibah?

Apabila ibu bapa bimbang mengenai kualiti perhubungan mereka dengan anak-anak, mereka perlu mempertimbangkan dua perkara. Pertama sama ada anak mahu memberitahu perasaan mereka, dan kedua, sama ada anak ingin berkongsi dengan ibu bapa.

Menyatakan perasaan hati adalah satu petunjuk penting kualiti perhubungan. Kanak-kanak biasanya tidak banyak bercakap mengenai perasaan mereka dan oleh itu, apabila mereka memberitahu seseorang mengenai perasaan mereka, itu menandakan keyakinan.

Untuk memberitahu seseorang tentang rahsia anda, terutama apa yang anda suka dan tidak suka dan perasaan yang memalukan memerlukan sifat keberanian. Apabila seseorang anak melakukannya, dia membukakan pintu emosinya. Di peringkat ini, ibu bapa perlu berhati-hati agar tidak mengeksploitasi kepercayaan ini dengan menyuruhnya membuat lebih banyak kerja rumah.

Ramai yang berpendapat bahawa perkembangan perhubungan anak-ibu bapa adalah sesuatu yang semula jadi dan dapat mengatasi ribut emosi kehidupan berkeluarga. Bagaimanapun, penyelidikan ke atas kanak-kanak menunjukkan bahawa banyak perkara yang boleh menjejaskan perhubungan antara anak dengan ibu bapa.

Konflik berterusan antara ibu bapa adalah sesuatu yang akan mengganggu mana-mana anak pun. Bila ini berlaku, anak berasa resah dan runsing. Malah ada sesetengah yang menyalahkan diri sendiri di atas pertengkaran ibu bapa mereka lalu mengunci hati dan mengasingkan diri daripada semua orang.

Kita lazimnya tidak menganggap bahawa mempunyai seseorang yang sakit di dalam keluarga boleh menimbulkan masalah, namun gangguan memang berlaku. Apabila ibu bapa meluangkan banyak masa terhadap anggota keluarga yang sakit, anak-anak berasa diabaikan. Mereka mula membuat perangai untuk mendapatkan perhatian, dan ini menjengkelkan ibu bapa, lalu mengakibatkan tindak balas kasar, dan dengan itu menjejaskan perhubungan.

Mungkin, peramal paling penting mengenai kualiti perhubungan ialah gaya pendisiplinan. Jika seseorang ibu atau bapa terlampau berkeras dengan anak, si anak mungkin berasa takut untuk berinteraksi dengan ibu atau bapa itu. Sebaliknya, jika ibu bapa tidak terlibat dengan keperluan seharian si anak, anak itu belajar untuk mengalih perhatian kepada mereka yang lebih terlibat. Tidak mengejutkan, ramai anak yang mempunyai perhubungan lebih kukuh dengan pembantu rumah, berbanding dengan ibu bapa mereka.

Apabila seseorang anak mempunyai perhubungan yang baik dengan ibu bapanya, konsensus umum ialah bahawa anak itu berasa lebih terjamin di rumah dan lebih gembira. Ini menghasilkan jati diri lebih tinggi dan kesihatan mental positif secara umumnya. Seperkara lagi, seseorang ibu atau bapa yang mempunyai hubungan lebih kukuh dengan anaknya juga berada dalam keadaan yang lebih baik untuk membimbing anak itu, dan dengan demikian masalah pendisiplinan mungkin dikurangkan.

Banyak perkara yang ibu bapa boleh lakukan untuk memperbaiki perhubungan dengan anak-anak mereka. Di sini ada beberapa cadangan:

- Menerima anak anda seadanya

Setiap orang mempunyai keperluan untuk diterima seperti seadanya. Apabila seseorang bersikap terlalu menilai tabiat semula jadi dan keterampilan fizikal seseorang, anda merenggangkan orang itu. Begitu juga dengan kanak-kanak. Oleh itu, jika ibu bapa boleh belajar menerima kekuatan dan kekurangan anak, juga sikap suka dan tidak sukanya, anak akan berasa bahawa ibu bapa adalah orang yang boleh dibawa berbual.

- Ketahui minat anak anda

Untuk mengenali seseorang, bererti mengetahui cita rasa orang itu. Di mana yang berkaitan dengan kanak-kanak, ia bererti mengetahui makanan kegemaran dan yang lebih penting, permainan kegemaran mereka. Bermain barangkali adalah satu aktiviti amat penting untuk semua kanak-kanak.

Apabila ibu bapa menaruh minat di dalam permainan si anak, dan cuba sedaya upaya untuk ikut serta, anak memandang ibu bapa sebagai rakan.

- Luangkan masa untuk bermain dengan anak anda

Meluangkan masa dengan seseorang anak adalah satu perkara. Setiap ibu bapa melakukannya, dan ramai memberitahu kita bahawa ia dilakukan menerusi tuisyen dan penghantaran anak dari satu tempat ke tempat yang lain. Malangnya, perspektif yang kanak-kanak ambil adalah berbeza daripada orang dewasa. Oleh itu, masa umum yang ibu bapa luangkan dengan anak-anak mereka tidak dianggap sebagai menyeronokkan. Bagi seseorang anak, bermain adalah menyeronokkan, dan oleh itu ibu bapa perlu mencari sedikit masa setiap hari untuk bermain dengan anak-anak mereka.

- Perhatikan dan puji anak anda mengenai perkara-perkara baik yang mereka lakukan

Manusia menjadi mesra kepada yang lain, apabila mereka mempunyai kemesraan di dalam diri. Kemesraan ini boleh diwujudkan dengan cara menyebut perkara-perkara yang baik mengenai orang lain. Ini bererti pujian dan sanjungan. Apabila ibu bapa memerhatikan anak-anak mereka melakukan perkara-perkara yang positif, dan memberi pujian yang positif, anak-anak memandang ibu bapa mereka secara yang positif. Dengan itu, mereka akan cenderung untuk berinteraksi dengan ibu bapa mereka bagi mendapatkan lebih banyak maklum balas yang positif.

- Dengar apa yang ingin diperkatakan oleh anak anda

Apabila ibu bapa meluangkan masa dengan anak, ia juga adalah satu peluang untuk memahami anak itu. Memahami seseorang bererti menyedari perasaan mereka mengenai sesuatu perkara. Cara yang terbaik untuk melakukan ini ialah dengan mendengar apa yang anak itu kata dan rasakan. Apabila ini berlaku, anak-anak sedar bahawa ibu bapa mereka memberi perhatian kepada mereka, lalu bersedia untuk bercakap lebih banyak lagi.

Memupuk perhubungan yang positif dengan anak anda adalah penting. Ia lebih mudah dilakukan semasa mereka lebih muda, berbanding ketika mereka lebih tua. Ini membina asas yang kukuh untuk kepercayaan dan kehidupan berkeluarga yang lebih terjamin. Melalui Seminar Keibubapaan Kempen One By One anjuran Amway, ramai ibu bapa yang belajar bahawa berinteraksi dengan anak-anak mereka boleh dicapai dengan cara yang menggembirakan dan munasabah. Bagi kebanyakan mereka, ia adalah permulaan satu fasa baru dalam kehidupan berkeluarga. Bercakaplah dengan anak-anak anda. Lakukannya sekarang, dan anda pasti akan melihat kesihatan mental yang positif untuk jangka masa yang panjang.

Bersabar menangani kerenah isteri

SIFAT pengasih dan penyayang Allah adalah sifat yang pertama sekali ditonjolkan dalam al-Quran iaitu melalui ayat pertama yang bermaksud: “Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.” Senarai Asma-ul-Husna yang mengandungi 99 nama-Nya yang indah itu juga dimulai dengan Ar-Rahman dan Ar-Rahim (Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang).

Bertolak daripada sifat-Nya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang itu, Allah memerintahkan sekalian hamba-Nya supaya kasih mengasihi antara satu sama lain. Seseorang hamba hanya akan memperoleh kasih sayang Allah apabila dia mengasihi makhluk-Nya.

Jika ada dua sahabat berkasih sayang antara satu sama lain, maka yang lebih disayangi Allah antara kedua-duanya ialah yang paling kasih kepada sahabatnya. Manusia yang memiliki sifat kasih sayang yang paling tinggi dan agung ialah Rasulullah saw.

Baginda sangat mengasihi umatnya hingga perasaan kasihnya yang amat mendalam itu dirakamkan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya sudah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang yang beriman.” (Surah at-Taubah, ayat 128)

Kasih sayang sesama insan akan membuahkan sikap bertolak ansur, hormat menghormati serta sedia berkorban demi kebahagiaan insan tersayang. Kedamaian dan kasih sayang adalah teras paling utama dalam hubungan suami isteri. Perkahwinan yang tidak didasarkan kepada perasaan kasih terhadap satu sama lain, tidak disulami dengan kemesraan adalah satu perkahwinan yang tidak bahagia dan tidak bermakna.

Lantaran, Allah menjadikan perasaan kasih mesra antara suami dan isteri sebagai satu sunnah yang ada padanya tanda kekuasaan dan keagungan. Ini seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri daripada diri kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir.” (Surah ar-Rum, ayat 21).

Justeru, Rasulullah sering menasihati suami sebagai ketua keluarga supaya melayani isteri dengan sebaik-baiknya. Baginda menegaskan bahawa “suami yang terbaik itu ialah yang berlaku baik terhadap isterinya.” (Maksud hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi).

Dalam hadis lain pula, Baginda berpesan kepada suami dengan sabdanya yang bermaksud: “Hendaklah kamu ingat memperingati supaya berbuat baik kepada wanita (isteri). Sesungguhnya mereka adalah seperti tawanan di sisi kamu.

“Kamu tidak memiliki apa-apa pun daripada mereka, kecuali hak untuk menikmati hubungan kelamin antara kamu berdua. Tetapi, apabila isteri kamu melakukan kejahatan yang nyata, maka tinggalkan tempat tidur mereka dan pukul mereka dengan cara yang tidak terlalu menyakitkan.

“Jika mereka kembali taat kepadamu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyakitkan mereka.

“Ingatlah bahawa kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan isteri kamu juga ada hak ke atas kamu. Hak kamu adalah tidak membenarkan mana-mana lelaki tidur di atas tilam kamu dan tidak mengizinkan sesiapa yang kamu tidak suka memasuki rumah kamu.

“Adapun hak isteri ke atas kamu adalah kamu memberi yang terbaik kepada mereka pakaian dan makanan mereka”. (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Hadis ini dengan tegas menyatakan bahawa meskipun kehidupan isteri terikat dengan suami laksana seorang tawanan, namun mereka tidak boleh dianggap sebagai hamba yang boleh diperlakukan sesuka hati.

Isteri mempunyai hak untuk mendapat layanan sebaik-baiknya.

Suatu ketika, ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah mengadu mengenai layanan buruk yang diterima daripada suami mereka. Apabila Rasulullah mengetahuinya, Baginda pun bersabda maksudnya: “Sesungguhnya ramai wanita datang menemui isteriku mengadu mengenai suami mereka. Sesungguhnya suami kepada wanita itu bukanlah orang yang terbaik daripada kalangan kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Tidak dapat dinafikan, sebagai manusia masing-masing ada kelemahan dan kekurangan sama ada isteri mahupun suami. Cara terbaik untuk mengatasinya ialah dengan bersabar dan tidak membesar-besarkan kelemahan itu.

Firman Allah bermaksud: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu.” (Surah an-Nisa, ayat 19).

Diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun.”

Sebagai kesimpulan, sama-sama kita renungi kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya. Dia berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar. Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.

Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?” Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.

Lelaki itu berkata: “Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku. Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: ‘Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?”

Umar berkata kepadanya: “Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku. “Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. “Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.”

Lelaki itu menjawab: “Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku.” Umar pun berkata kepadanya: “Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja.”

CABARAN KELUARGA DAKWAH DALAM ERA


Cabaran Membentuk Fikrah Pewaris.

Para du’at bertanggungjawab memastikan keluarga memainkan peranan berkesan dalam membentuk fikrah genarasi pewaris. Ini dapat di lakukan dalam berbagai bentuk. Namun yang paling penting ialah qudwah hasanah.

Ketua keluarga ( suami dan isteri) mestilah menjadi qudwah sebagai aktivis dakwah kepada pewaris. Mereka mesti menjadi contoh amali kepada pewaris. Ini adalah cabaran kepada ketua keluarga supaya sentiasa dapat menunjukkan penglibatan serius mereka dalam kerja-kerja dakwah. Kata pepatah Melayu:

“Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi”.
“Bapa borek anak rintik”.
“Mana mungkin ketam mengajar anaknya berjalan betul”.
“Bapa kencing berdiri anak kencing berlari”.


Kata pepatah Arab:

“Bahasa buat lebih fasih (mudah difahami) dari bahasa cakap.”

“Yang tidak milik apa-apa tidak dapat beri apa-apa”.

“Setiap orang akan membelanjakan apa yang ia ada”.

Ketua keluarga yang gagal menjadi contoh sukar berjaya membentuk keluarga du’at dan sekali gus gagal membentuk genarasi pewaris.


Cabaran Hidupkan Suasana Dakwah.

Keluarga du’at tercabar untuk memastikan suasana dakwah sentiasa hidup dalam keluarga. Sebolehnya suasana yang mendominasi keluarga ialah suasana dakwah. Seluruh konsep, nilai dan neraca dalam keluarga mesti sejajar dengan nilai, konsep dan neraca dakwah. Cita-cita, cinta, bacaan, keutamaan-keutamaan dalam keluarga, rutin hidup harian, usaha mencari rezeki dan kekayaan, perbelanjaan, perbualan, aktiviti, hubungan-hubungan, hiburan, rekreasi, tetamu dan lain-lain semestinya tidak terpisah daripada dakwah. Kesemua ini secara natural akan berpindah kepada pewaris dalam keadaan yang cukup tabi’ie dan akan mendarah daging.

Realiti kita.

Setakat ini, realitinya, walau pun kita mampu mempertahankan yang wajib tetapi secara umum kita banyak menurun dalam banyak aspek. Malah dalam sesetengah perkara ada di antara kita yang telah jauh terbabas dari landasan.

Kehidupan Keluarga.

Daripada sudut kehidupan material secara rawak keluarga kita paling kurang telah mencapai tahap sederhana, malah ada yang kaya.

Daripada sudut pencapaian keluarga bahagia saya rasa majoriti keluarga kita dapat memastikan kebahagiaan berkeluarga. Tetapi tidak dapat dinafikan ada keluarga yang menghadapi masalah. Banyak kes-kes yang sampai kepengetahuan kami.

Daripada sudut pemeliharaan adab dan tata susila Islam kita masih dapat mempertahankan yang wajib-wajib. Tetapi dalam perkara fadzail dan warak kita telah banyak menurun. Dulu kita pakai furdah, sekarang kita pakai tudung tiga segi. Dulu kita pakai jubah, sekarang kita pakai seluar dan kemeja labuh atau pakai stail Hindi.

Pemeliharaan al-’afaf.

Daripada sudut pemeliharaan al-’afaf golongan bapa dan ibu saya yakin sebilangan besar kita dapat memeliharanya dengan baik dalam hubungan suami isteri dan dengan orang lain. Namun ada kes cinta warga tua di kalangan kita. Ia sampai membawa kepada perpecahan. Ia bukan hanya berlaku kepada orang kecil dalam dakwah, tetapi berlaku kepada orang-orang besar juga.

Perkahwinan kedua ikhwah tidak mengurangkan bilangan akhawat yang belum bersuami.


Di kalangan anak-anak, setakat yang saya tahu kita belum berjaya memastikan anak-anak memilih pasangan berdasarkan perjuangan dakwah. Kita belum berjaya memastikan percintaan mereka didasarkan di atas fikrah islamiah. Percintaan mereka masih sama dengan anak-anak orang biasa. Mungkin ada satu dua kes sahaja.

Menjajarkan Rumahtangga Dengan Dakwah.

Saya tidak banyak berjalan menziarahi rumah-rumah ikhwah dan akhawat. Jadi, saya tidak dapat satu gambaran jelas mengenai penjajaran kehidupan keluarga kita dengan kehidupan dakwah. Tetapi apa yang dapat kita saksikan, jemaah kita tidak semewah keluarga kita. Dakwah kita tidak mendapat perhatian daripada semua ahli sebagai mana rumah kita mendapat perhatian daripada semua kita.

Fenomena tidak berlaku pertambahan ahli, piramid keahlian yang terbalik, aktivis yang sama di semua program dan di semua peringkat, kelembapan tarbiah adalah petunjuk-petunjuk jelas kepada penjajaran yang tidak sempurna ini.

Membina Fikrah Pewaris.

Setakat ini mungkin bilangan anak-anak kita telah mencecah ribu. Sudah ada anak kita yang berusia 26 tahun. Alhamdulillah , telah ada di kalangan mereka yang aktif dalam dakwah. Namun bilangannya amat menyedihkan, terlalu amat sedikit. Yang sedikit itu pun belum mencapai kualiti yang sepatutnya. Belum ada di antara mereka yang layak di serahkan tugas yang lebih bermakna dalam sebuah harakah islamiah. Sedangkan anda dahulu, dalam usia mereka, telah mencapai satu tahap yang boleh diserahkan mas uliyah.

Bukan hanya setakat tidak cukup kualiti, tidak terlibat dalam kegiatan dakwah, malah ada anak-anak kita yang terbabas. Yang tidak berminat dengan amal dakwah mewakili majoriti anak-anak kita.

Ciri-Ciri Suami yang Baik dari Sudut Islam

Memetik kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat Yang Bercanggah tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd Sidek, "Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkannasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga, hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu."

Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyemmmpurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku
perceraian.

Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah
kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.

Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya mumbuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa
menyangka buruk.

Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.

Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.

HAKIKAT PERKAHWINAN

A. Tujuan Perkahwinan

Perkahwinan merupakan sifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk

mengadakan hubungan sesama manusia. Allah telah menjadikan hubungan

perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul di mana ianya akan melahirkan rasa

saling cinta, sikap saling bekerjasama dgn kebaikan dan bantu membantu

untuk mendidik keturunan. Melalui perkahwinan juga, manusia akan dapat

mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana

perkahwinan yang harmoni dan sesuai munurut tuntutan Ilahi sebagai

tempat untuk berehat jasmani maupun rohani. Perkahwinan merupakan

peristiwa bersejarah di mana ianya takmudah dilupakan bagi orang-orang

beriman.

IJAB - penyerahan tanggungjawab dari wali calon isteri kepada calon

suami.

QABUL - tanggungjawab dari calon suami atas penyerahan itu.

Kalimah ini pendek namun mengandungi makna yang mendalam.

B. Walimatul Urus

Perkahwinan merupakan ibadah. Islam mengatur tatacara nikah dan walimah

dalam bentuk yang sangat sederhana. Hikmah walimah sesuai dengan

tuntutan Rasulullah SAW ialah:

1. Bertujuan untuk melaksanakan ibadah

2. Menghindari daripada perbuatan membazir

3. Mengundang fakir miskin

C. Hikmah Perkahwinan

Islam mengajar agar keluarga dan rumahtangga menjadi pelabuhan yang

aman, kukuh bagi setiap ahli keluarga. Membincangkan semua hal, baik

gembira maupun kesulitan yang dihadapi. Rasa aman dan perlindungan yang

dirasakan oleh anak dalam keluarga akan memberi kepadanya kepercayaam

pada diri sendiri dalam menghadapi berbagai persoalan hidupnya. Ibubapa

adalah orang pertama diharapkan dapat memberikan bantuan dan petunjuk

dalam menyelesaikan masalah anak. Seorang ibu adalah lambang kasih

sayang, ketenangan dan juga ketenteraman.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

” Kaum lelaki(suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita(isteri) oleh

kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atau atas sebahagian

yang lain dan disebabkan kerana para suami telah menafkahkan sebahagian

dari harta mereka. Sebab itu isteri yang soleh ialah yang taat kepada

Allah, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak di tempat (sebagai

rasa syukur) kerana Allah telah memelihara mereka…”

(An-Nisa’:34)

Rasulullah SAW menghuraikan makna ayat di atas bahawa, lelaki yang

paling baik akhlaknya adalah lelaki yang paling sayang pada isterinya.

Baginda sendiri membantu isterinya dalam rumahtangga. Wanita yang paling

baik aialah wanita yang menyenangkan hati suaminya apabila suaminya

memandangnya. Taat bila disuruh dan pandai menjaga kehormatan dirinya

dan harta benda suaminya di kala suami tiada di rumah.

Perkahwinan yang disyariatkan Islam. selain daripada sebagai keperluan

fizikal, ia juga bertujuan supaya manusia mempunyai

keluarga dan keturunan yang sah serta hidup bahagia di dunia dan

akhirat. Perkahwinan adalah tugas menunaikan amanah Allah, maka baik

suami maupun isteri, niat yang pertama adalah melaksanakan tanggungjawab

kepada Allah.

D. Nikah dengan Wanita Hamil yang Berzina

1. Dilarang lelaki mengahwini wanita hamil yang sah keturunan

kandungannya.

2. a. Dihalalkan lelaki mengahwini wanita hamil dengan sebab- sebab

perzinaan.

b. Menurut Mazhab Hanafi, perkahwinan itu sah tetapi belum boleh

bersama selagi kandungan belum lahir kecuali kandungan itu adalah dari

lelaki itu sendiri.

c. Menurut Mazhab Hambali, perempuan yang berzina, baik hamil atau

tidak, tidak boleh dikahwini oleh lelaki yang tahu keadaannya itu.

Perempuan hamil yang sah keturunan kandungannya tidak boleh dikahwini

lelaki lain misalnya perempuan yang bercerai atau hamil kerana

persetubuhan syubhat (lelaki yang bersetubuh dengan wanita yang disangka

isterinya, kemudian ternyata bukan isterinya).

E. Mengetahui Masa subur isteri

Kaum wanita pada setiap 4 minggu (28 hari) sekali datang haid.Masanya

berbeza. Perbezaan masa bergantung kepada keadaan badan seseorang.

Daripada haid yang pertama hingga haid yang berikutnya dapat kita

bahagikan kepada 4 tahap:

a. masa haid

b. masa bersih pertama; kandungan rahim sudah bersih dari kotoran tapi

sel wanita belum dapat dibuahi untuk menjadi benih.

c. masa subur; kandungan rahim sedia untuk menerima sel benih, yang akan

mengberhentikan kedatangan haid.

d. masa bersih kedua; masa penghancuran. Alat-alat dalam rahim mulai

membersihkan kerana tiada pembuahan dan menanti datang haid yang baru.

Ringkasnya, minggu I, II dan IV adalah minggu kosong, tetapi minggu ke

III adalah minggu subur.

Untuk mengetahui dengan tepat waktu subur bagi seorang wanita, haruslah

mengetahui masa kedatangan haid pada setiap bulan, utk menyesuaikan

waktu 14-16 hari sebelum datang haid sebelum datang haid yang baru.

Apakah anda mempunyai jangka waktu bersih 28 hari 30 hari ataupun 32

hari. Menurut pendapat pakar kelamin, sel telur lelaki dapat hidup

2 X 24 jam sebelum ‘masa subur’ dan 2 X 24 jam sesudah ‘masa subur.

Maksudnya 2 hari sebelum dan selepas ‘masa subur’, masih boleh menjadi

benih bila bersetubuh pada masa itu. Jadi yang paling baik untuk

memiliki anak ataupun menjarakkan kehamilan, haruslah melakukan persetubuhan berpandukan pada masa tersebut, iaitu 2 X 24 + 2 X 24 + 2 X 24 ataupun

2 hari + 2 hari + 2 hari – jumlah hari subur.

Kesimpulannya, masa subur adalah dari hari ke 12 hingga hari ke 18

sebelum datang haid yang baru.

hari 1 7 14 21 28

tahap — haid — -tak subur- — SUBUR — -tak subur-

F. Teori membentuk bayi lelaki atau perempuan

Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang

terkandung dalam Surah Al-An’am ayat 59 yang mermaksud, ” Dan pada sisi

Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali

Dia sendiri.”

Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil.

Siapakah yang mentukan jantina janin itu, sedang bentuk

dan rupa benih adalah sama dan serupa.

Mereka merumuskan pengertian “Mafatihul Ghaib” tersebut dengan

pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan

perempuan.

Kesimpulannya:

“Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan

sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang letaknya di

sebelah kana, kekadanh di sebelah kiri. Bila sel telur terletak pada

lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada

sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan.”

Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini

diadakan percubaan oelh doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya dalah

97% dari percubaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan kerana

ketidakmampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam

mengetahui masa subur dan bulan kelahiran.

Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut :-

Caranya :

1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin

wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.

2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik dan sempurna. Setelah

selesai, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur

telentang supaya letak air mani jatuh miring.

3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin

anak perempuan miring ke kiri.

Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini,

namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semua nya ditentukan

Allah SWT. Namun kita digalakkan berikhtiar.

Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi’i Beyk dari Iskandariah

(Mesir) yang menyatakan dalam bukunya ” Al Azmatus Zaujiyah wa’ilajuha”

- “Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan

setiap hari 3 kali – 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan menambah

kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri

makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari,

maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah lelaki.

Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung kepada

kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba.

G. Amalan suami semasa isteri mengandung

Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung

:

a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT

b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam

kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam

Al-Quran tersebut.

c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.

d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.

e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.

f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.

g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri

h. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga dilarang memberi

isteri rezeki yang tidak halal serta wang riba.

i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan

keselamatan anak dalam kandungan.

j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang

akan lahir nanti.

k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.

l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl

ayat 78, surah Al A’raf ayat 189 dan ayat Kursi.

H. Adab suami ketika isteri sedang mengandung

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab

terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif

pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang

disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap

isteri yang sedang mengandung :

a. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih sayang terhadap isteri, sebagai

teman hidup yang paling dekat.

b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari

daripada bersikap kejam terhadap isteri.

c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan

isteri sebelum masuk tidur.

d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.

e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut,

” La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin “

maksudnya ” Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci.Engkau

Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. “

f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak

dalam kandungan selamat.

I. Dorongan Suami semasa isteri bersalin

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun

tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat

dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap

isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah

dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan

beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi

tenang dan mudah bersalin.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi

fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih

kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah

pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita

mengandung juga mengalami perubahan emosi Waktu pantang dan selepas

kelahiran, bayi juga dapat menimbul kan tekanan jiwa dan emosi isteri

kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap

malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut

menjaga bayi di waktu malam.

Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu

berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak

adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat

merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung- jawab

yang berat itu.

J. Mengapa bayi lahir menjadi kenan

Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam hati ibu bapa,

saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan

dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya selama 9

bulan itu cacat atau kenan.

Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya mungkin disebabkan

oleh baka dan keturunan, jangkitan kiman, pendedahan kepada ubatan dan

bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya. Ramai orang

percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan bayi yang cacat. Seringkali

kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung

seperti suami membunuh binatang dll. Kejadian itu dikaitkan bila bayi

lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal. Islam menganjurkan

umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan

kenan dan kecacatan ini, jika suami isteri melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan kebaikan dan

begitu sebaliknya.

K. Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak

1. Menanam uri

Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di

saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak

keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan diderma kan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi

hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan

dalam alat-alat kecantikan dan solekan.

Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan. Uri amat penting kepada bayi.

Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka

mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini adalah baik

kerana menghargai sesuatu.

2. Mengazan dan mengqamatkan anak

Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam

menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri.

Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang

pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.

3. Mendoakan anak

Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna

bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa Berdoa adalah satu

usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah. Lima

perkara yang mempengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa:-

a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT

itu dekat.

b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya

daripada Allah SWT.

c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih

dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.

d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah

SWT.

e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah

akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan

agar tidak tersesat dan berputus asa.

Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak-

anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu :

a) Doa agar anak patuh kepada Allah – Al Bagarah : 128

b) Doa agar diberi anak yang baik – Al Imran : 38

c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati – Furqan : 74

d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat – Ibrahim : 40

e) Doa ketika memberi nama anak

4. Panduan menamakan anak

Sunat memilih nama yang baik kepada anak. Memberikan nama kepada anak

merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang

diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang

memberikannya.

Keintiman Rumahtangga

SEDANGKAN lidah lagi tergigit inikah pula suami isteri’. Begitu indah perumpamaan melambangkan keintiman dan mesra hidup berkelamin. Setiap suka duka perlu ditempuhi bersama. Kalau zaman bercinta segala-gala yang dilakukan adalah yang terbaik bagi menawan hati si kekasih tetapi masuk ke alam berumah tangga, semua sifat dan tabiat pasangan tidak dapat diselindung lagi.

Tidak dinafikan pertemuan jantina yang bersifat berlainan hasil dari latar belakang dan didikan keluarga yang berbeza menjurus kepada berlakunya konflik dalam hidup rumah tangga. Perkara kecil bagi si suami seperti membiarkan tuala atas lantai mungkin sesuatu perkara yang biasa bagi suami tetapi sesuatu ‘pantang’ paling besar buat si isteri yang boleh menjurus kepada perbalahan.

Perkara yang dianggap kecil kepada si suami tetapi sebaliknya bagi si isteri ini yang perlu segera diberi perhatian kerana sekiranya dipendam tidak mustahil akan membuak akhirnya dan memberikan implikasi besar terhadap sesuatu perhubungan.

Pakar Perunding Perkahwinan dan Perhubungan Keluarga, Dr Charles Goza, berkata tekanan berlaku apabila seseorang terpaksa bertindak balas terhadap perkara yang dipertanggungjawabkan. “Punca ketegangan boleh bermula dari ciri keperibadian seperti penampilan, cara mengendalikan sesuatu hingga kepada faktor persekitaran seperti kerja, rumah tangga dan amalan pemakanan tidak sihat,”

Katanya, konflik yang berlaku antara pasangan amat sukar dihuraikan dan boleh terjadi begitu saja tetapi sebelum menyedarinya anda sudah pun melukai perasaan satu sama lain sehingga sesetengah orang menyamakan pengalaman itu seperti seorang pencuri yang senyap-senyap masuk ke dalam rumah lalu mencuri segala yang ada tanpa seorang pun menyedarinya.

Dr Goza, yang turut terbabit dalam menyediakan pakej Smart Star, iaitu Panduan Untuk Pengantin Baru berkata, beberapa soalan untuk ditanya kepada diri sendiri dan perkara yang perlu dilihat bagi memperoleh petunjuk sama ada anda berdua kerap menghadapi konflik ialah

Kami tidak dapat membincangkan isu yang dipertikaikan dengan tenang?; kami menengking dan mencaci satu sama lain?; kami tidak berupaya untuk menyokong pandangan dengan fakta?; kami merajuk dan enggan bercakap satu sama lain?; apabila salah seorang naik darah, kami meninggalkan bilik dengan kasar? atau kami melempar barang antara satu sama lain?

“Sekiranya dapat mengenalpasti bahawa anda mengalami sekurang-kurangnya tiga daripada situasi di atas, ia bermakna anda berada dalam konflik. Antara yang mungkin dihadapi ialah degupan jantung kencang, tapak tangan berpeluh, pening kepala, ketegangan otot, marah dan resah,” katanya.

Apabila konflik memuncak ia memang sukar dileraikan, tiada kesudahan, pelbagai kata kesat terhambur akibatnya adalah rasa geram, sakit hati dan perasaan terluka. Faktor paling penting dalam mana-mana hubungan ialah sikap tolak ansur kerana ia akan melahirkan persefahaman, diikuti dengan perkongsian perasaan dan hasrat mahukan yang terbaik untuk satu sama lain.

Rasa marah biasanya wujud apabila seseorang itu merasakan dirinya tidak dihargai dan dikehendaki. Apabila ini berlaku pasangan perlu belajar menunjukkan kasih sayang antaranya dengan memberi bunga, hadiah atau kad ucapan tetapi paling berharga ialah dengan pengucapan kasih sayang.

Sesuatu hubungan kerap kali menjadi hambar apabila tiada usaha daripada pasangan untuk menghangatkannya kembali. Satu kaedah yang amat penting ialah keperluan untuk berhenti sejenak dan mendengar apa yang hendak diperkatakan oleh pasangan.

“Luangkan masa setiap hari untuk mendengar keperluan dan apa yang dialaminya, ketika ini cuba sedaya upaya untuk mendengar dengan teliti apa yang diperkatakan oleh pasangan. Ketika pasangan bercakap, berhenti dan jangan menyampuk apa yang hendak diperkatakannya,” katanya.

Walau seakrab mana hubungan dengan pasangan, kita tidak seharusnya terperangkap dengan anggapan bahawa kita mengetahui semua keperluan pandangan dan mengambil mudah terhadapnya.

Sentiasa bertanya mengenai keperluannya dan ini amat membantu. Dengan cara ini, pasangan berasa dirinya dihormati dan selamat kerana mengetahui bahawa anda berusaha mengambil berat keperluannya.

“Banyak perhubungan yang berkekalan dibina dengan asas kepercayaan yang telus dan keteguhan itu pula dijamin oleh kesedaran bahawa kedua-dua pasangan mengambil berat keperluan satu sama lain.

“Hidup berumahtangga memerlukan komitmen yang tinggi dalam banyak perkara dan komunikasi dalam setiap perkara adalah perlu dalam mencapai pelbagai keputusan untuk kebaikan bersama,” katanya.

PETUA MENGHADAPI TEKANAN:

Bersifat realistik terhadap keupayaan dan apa yang boleh anda lakukan.

Kenali diri anda dan bersedia untuk mengubah sikap.

Beri tumpuan kepada penyelesaian masalah.

Nyatakan apa yang anda perlukan dengan jelas dan sopan.

Atur masa dan tentukan keutamaan kerja anda.

Makan makanan sihat dan lakukan senaman berterusan.

Bersifat terbuka, realistik dan bersedia menerima perubahan.

Beri hadiah kepada diri sendiri apabila anda berjaya menangani sesuatu keadaan.

Pelihara hubungan baik dengan orang sekeliling anda seperti rakan.

Jadilah orang yang suka berjenaka dan cari sesuatu yang dapat mencuit hati.

Keliru – Punca Gagal Penuhi Tanggungjawab

Menjadi ibu bapa yang sempurna untuk anak adalah idaman ramai ibu bapa. Namun, ia bukan tugas mudah. Selain memastikan diri sendiri menjadi contoh terbaik kepada anak, ibu bapa juga perlu melengkapkan dan meningkatkan diri dengan ilmu keibubapaan agar tahu cara untuk menangani dan memahami masalah yang dihadapi anak mereka.

Dalam menempuh cabaran globalisasi, pengalaman saja tidak mencukupi. Sebaliknya, ibu bapa perlu memiliki ilmu keibubapaan dalam mendidik anak cemerlang dalam semua aspek, sama ada rohani, mental dan fizikal. Ini turut dipersetujui Pensyarah Jabatan Psikologi dan Kaunseling Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Dr. Ibrahim Hashim.

Bagaimanapun katanya, ada yang berpendapat perkara itu wujud secara semulajadi dan mengalir ke dalam jiwa seseorang apabila menjadi ibu atau bapa. Beliau berkata, anak adalah cermin diri ibu bapa atau individu yang terdekat, anak tidak belajar daripada apa yang ibu bapa katakan tetapi belajar daripada apa yang ibu bapa lakukan. Justeru langkah pertama untuk mendidik anak menjadi cemerlang adalah dengan menjadi ibu bapa yang cemerlang.

Hakikat ini harus diterima oleh semua ibu bapa kerana sumber pembelajaran anak adalah melalui pemerhatian, peniruan dan pengulangan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Bagaimanapun cabaran untuk melahirkan anak cemerlang tidak mudah lebih-lebih lagi dalam suasana hari ini. Antara cabaran yang perlu diberi perhatian ialah ibu dan bapa mereka keluar bekerja bagi meningkatkan taraf hidup keluarga.

“Keluarga yang utuh hanya terbentuk dengan gabungan kewibawaan dan kepimpinan pemimpin keluarga iaitu suami atau bapa. Mereka yang cetek ilmu keibubapaannya akan merapuhkan institusi sesebuah keluarga sekaligus tidak dapat melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab sebagai ketua, pemimpin dan pelindung keluarga,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Dr. Ibrahim, secara umunnya menjadi seorang bapa sememangnya mudah, tetapi apa yang perlu difahami ialah konsep keibubapaan itu sendiri. Katanya, pengukuhan institusi kekeluargaan perlu bermula dengan kejituan konsep keibubapaan yang dilihat begitu longgar hari ini. Kesibukan ibu bapa mengejar kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka secara tidak langsung menyebabkan wujudnya kepincangan dalam sesebuah keluarga.

Namun, katanya, itu tidak menandakan bahawa ibu bapa hari ini kurang kemahiran keibubapaan berbanding generasi lalu. Sebaliknya ketidakupayaan ibu bapa hari ini untuk mengadaptasikan konsep keibubapaan dengan perubahan persekitaran dan gaya hidup adalah punca utama kegagalan mereka membentuk keluarga bahagia yang cemerlang.

“Dulu keadaan persekitaran berbeza dengan hari ini. Kemahiran keibubapaan yang sepatutnya pada alaf baru ini juga perlu mengalami perubahan berbanding dulu yang tidak lagi sesuai diamalkan dalam suasana hari ini.”

“Selain faktor dalaman itu, faktor luaran yang ada sekarang ini banyak yang boleh mempengaruhi perlakuan dan pembentukan remaja khususnya hiburan, internet dan pengaruh rakan sebaya. Tanpa pemantauan dan perhatian ibu bapa, pincanglah masa depan anak mereka,” terangnya.

Seorang bapa yang memahami maksud kebapaan dengan menekankan amalan sifat baik seperti bertanggungjawab, menunjukkan teladan dan amalan kebapaan yang perlu diserapkan. Malah katanya, kesedaran mengenai tanggungjawab bapa dalam keluarga juga dapat menghindari pelbagai gejala sosial yang mempengaruhi perilaku remaja.

“Mendidik anak bukan tugas ibu sahaja, sebaliknya perlu pembabitan aktif bapa bagi memastikan keharmonian keluarga serta kejayaan mendidik anak yang produktif menyumbang kepada pembangunan masa depan negara,” ujarnya.

Malangnya, ramai bapa masih keliru dan jahil mengenai peranan mereka kerana kurang pengetahuan mengenai ilmu kebapaan dan cara menunaikan tanggungjawab itu dengan menampilkan diri sebagai teladan.

“Aspek ini perlu dikuasai setiap bapa pada peringkat awal bagi melengkapkan diri mendidik anak sebagai insan cemerlang, gemilang dan terbilang,” ujarnya.

Contoh paling mudah ialah, ibu bapa perlu mengambil tahu siapa rakan anak mereka, apa kegiatan yang dilakukan dan di mana mereka pergi untuk menghabiskan masa. Pada masa sama, ibu bapa juga harus cuba mengenali siapa anak mereka khususnya kehendak dan keperluan asas serta sekunder mereka yang sentiasa berubah apabila mencapai peringkat umur tertentu. Jika keperluan asas dan sekunder itu yang membabitkan kemudahan makan, minum, pakaian tempat tinggal dan keperluan psikologi, keselamatan ahli keluarga serta pengiktirafan kasih sayang

dipenuhi, pasti masalah tidak timbul pada masa depan, khususnya ketika memasuki peringkat remaja.

Beliau turut mengingatkan ibu bapa bahawa anak adalah harta yang tidak ternilai yang diamanahkan Tuhan untuk dijaga sebaiknya. Fungsi ibu bapa hari ini, kata Dr. Ibrahim, sebenarnya bukanlah sesukar yang difikirkan.

“Anak-anak kita mahupun yang masih kecil mahupun remaja bukan mementingkan kekayaan, sebaliknya memerlukan kasih sayang daripada kita sebagai ibu dan bapanya.”

“Yang penting kita sebagai ibu bapa harus memahami, memberi perhatian dan menyediakan keperluan bagi memastikan keluarga yang dibina adalah keluarga yang sejahtera dan dilimpahi kasih sayang,” ujarnya.

Kemahiran bapa mendidik anak elak gejala sosial

CABARAN dalaman paling mendesak dihadapi Amerika Syarikat pada akhir abad ke-20 adalah penciptaan semula institusi kebapaan sebagai peranan penting kaum lelaki dalam masyarakat. Itulah yang diungkapkan David Blackenhorn yang dicatatkan dalam buku ‘Fatherless America: Confronting Our Most Severe Social Problem’.

Pendapat ini disokong oleh 72 peratus rakyat Amerika dalam satu pungutan suara yang menamakan ketiadaan bapa dalam rumah sebagai masalah sosial atau keluarga paling serius yang dihadapi oleh negara itu. Dianggarkan, 24.7 juta kanak-kanak hidup tanpa ketiadaan bapa kandung di sisi mereka. Sememangnya peranan bapa dalam pembinaan keluarga dan pembesaran anak-anak adalah kritikal, terutama pada zaman serba mencabar ini.

Jika dulu, kebolehan bapa memimpin dan mengurus keluarga adalah sesuatu yang bersifat ‘instinct’ atau semula jadi, namun dalam dunia serba berubah ini, kita merasakan perkara ini adalah suatu kemahiran yang perlu dipelajar, dikuasa dan dikongsi bersama dengan seramai mungkin golongan bapa.

Hari ini, kita dapati semakin ramai anak-anak membesar tanpa bapa di sisi mereka. Bilangan keluarga yang diketuai oleh ibu tunggal terus bertambah. Pada 2000 saja, lebih 620,000 ibu tunggal terpaksa membesarkan anak-anak tanpa suami.

Untuk sebahagian besar keluarga lain, walaupun bapa ada, namun hakikatnya seolah-olah bapa itu tidak wujud. Hal ini kerana bapa-bapa ini tidak berfungsi dan memainkan peranannya yang sebenar dalam keluarga. Ada banyak faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku.

Selain faktor bapa yang tidak berkemahiran dan tidak bertanggungjawab, wujudnya fenomena ‘overfunctioning mum’ (ibu bekerja yang tidak terlalu bergantung kepada orang lain, serba boleh dan mengambil alih semua tugas bapa) lebih merumitkan keadaan.

Keadaan ini memberikan kesan jangka panjang yang bukan sedikit. Sebahagian besar anak-anak yang lahir daripada keluarga tanpa bapa ini mudah terbabit oleh gejala sosial yang semakin hari semakin parah.

Mari kita lihat statistik berikut:

v Kanak-kanak yang membesar tanpa bapa mempunyai risiko dua hingga tiga kali ganda untuk menghadapi masalah emosi dan perilaku. Mereka juga berisiko tinggi untuk terbabit dalam penagihan dadah dan alkohol.

v Kanak-kanak yang membesar tanpa bapa mempunyai risiko tiga hingga empat kali ganda untuk merokok berbanding remaja yang mempunyai bapa di sisi mereka.

v Dalam satu kajian membabitkan 25,000 kanak-kanak, kanak-kanak tanpa bapa memperoleh purata gred yang rendah. Mereka juga mempunyai aspirasi kolej yang rendah, rekod kehadiran persekolahan yang merosot dan kadar keciciran sekolah yang tinggi berbanding mereka yang tinggal dengan kedua-dua ibu bapa.

v Sebanyak 71 peratus remaja yang mengandung luar nikah adalah remaja yang membesar tanpa bapa.

Semua fakta yang menggerunkan ini sebenarnya cukup untuk membangkitkan semangat kita, terutama golongan bapa untuk memainkan peranan yang aktif dalam pembinaan keluarga dan pendidikan anak-anak.

Tidak seperti aspek keibuan, kebapaan jarang mendapat huraian dan perhatian sewajarnya.

Namun, kemuliaan status kebapaan dalam Islam itu dirakamkan melalui hadis daripada Abdullah Ibn Amr, katanya Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Keredaan Allah terletak kepada keredaan bapa dan kemurkaan Allah juga terletak kepada kemurkaan bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Kebapaan sering dibincangkan dalam konteks ketegasan, tanggungjawab kepemimpinan dan saraan hidup, juga pelaksanaan disiplin di kalangan anak-anak. Dalam masyarakat kita, perbincangan mengenai kebapaan tidak sering diwarnai oleh aspek kasih sayang, komunikasi berhikmah dan kemesraan sepontan.

Dalam al-Quran, ada banyak saranan yang ditujukan kepada golongan bapa. Ayat ini bukan saja menyentuh perintah agar bapa menjaga dan memelihara keluarga seperti ayat mengenai ‘Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.’ Ia juga merangkumi ayat yang menganjurkan bapa agar melengkapi diri dengan kemahiran tertentu dalam mendidik dan membangunkan anak-anak.

Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya seperti yang dicatatkan dalam ayat 13 hingga 19, surah Luqman adalah contoh jelas bagaimana seorang bapa harus berkemahiran dalam menyusun strategi dalam mendidik anak-anaknya.

Antara kemahiran yang diperlukan oleh seorang bapa boleh diringkaskan seperti berikut :

Kemahiran menjadi suami yang disayangi, dihormati dan disanjungi oleh pasangan masing-masing. Perkara ini merangkumi kemahiran memahami perasaan isteri, menghormati perbezaan pandangan yang mungkin berlaku dan seterusnya kebolehan menyusun strategi bersama pasangan dalam mendidik dan membangunkan keluarga. Pepatah ada mengatakan bahawa ‘hadiah terbaik daripada seorang bapa kepada anak-anaknya adalah menyayangi ibu mereka’.

Kemahiran menjadi ayah yang disayangi, dihormati dan diteladani oleh anak-anak.

Antaranya, meliputi aspek kemahiran berkomunikasi, kemahiran memahami perbezaan tingkah laku anak lelaki dan perempuan; keseimbangan penggunaan teknik pemberian hadiah dan hukuman serta terbabit secara langsung dalam urusan harian anak-anak.

Pelbagai strategi lain yang harus digunakan dalam membesarkan anak-anak dalam dunia yang begitu mencabar ini.

Anak-anak akan membesar dengan cepat dan terdedah dengan pelbagai rangsangan positif dan negatif melalui persekitaran mereka.

Benarlah sabda Rasulullah yang memberikan kefahaman bahawa anak itu dilahirkan dengan fitrah yang bersih. Ibu bapalah yang akan mencorakkan mereka sama ada menjadi Majusi, Nasrani atau Muslim yang patuh.

Oleh Dr Hafidzah Mustakim

PENULIS adalah Jawatankuasa JIM Pusat.

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui agensi-agensi tertentu serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga telah dan akan terus memainkan peranan, berganding bahu bagi meningkatkan usaha mengatasi masalah sosial. Setiap batang tubuh individu dan keluarga juga perlu membina kekuatan dalaman sebagai asas utama.

Kekuatan dalaman yang dimaksudkan di sini adalah kekuatan iman dan takwa, kerana dengannya kita akan menjadi takut dan ragu untuk melakukan sebarang perbuatan yang tidak mendatangkan faedah atau perbuatan yang sia-sia apatah lagi perbuatan yang memang dilarang oleh agama dan masyarakat untuk dilakukan.

Hal ini memang jelas apabila setiap keluarga dan individu itu perlu mempunyai peranan masing-masing untuk membendung pengaruh negatif luaran kerana kekuatan dalaman dan keluarga perlu menghadapi masalah serta pelbagai penyakit sosial.

Walaupun kekuatan kekeluargaan dan penguatkuasaan undang-undang begitu dekat persamaannya, apa yang lebih penting ialah kebolehan kita memastikan rumah, tempat kerja, sekolah dan persekitaran kita adalah bebas daripada gejala sosial.

Negara memerlukan generasi penerus yang bijak, berpengetahuan, mandiri, kuat fizikal dan mental serta kukuh kekuatan dalaman, berwibawa, berwawasan, berdaya saing, berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat, bangsa dan negara, bermotivasi tinggi, kreatif, dedikasi dan berfikiran positif dan luas.

Dalam usaha meningkatkan kekuatan dan kekukuhan institusi keluarga bagi melaksanakan tanggungjawab ke arah menangani gejala sosial, peningkatan kemahiran keibubapaan atau bimbingan seumpamanya adalah sangat dititikberatkan.

Pada pengamatan penulis, rata-rata kita di negara ini mendirikan rumah tangga pada usia di sekitar 20 hingga ke 30 tahun. Malahan aliran yang ada sekarang ramai remaja yang sama ada kahwin awal atau ‘terpaksa’ kahwin awal. Dengan yang demikian mereka menjadi ibu bapa yang muda pada usia dan pengalaman dan terpaksa memikul tanggungjawab membesar dan mengasuh anak. Tanggungjawab seumpama ini adalah satu kemahiran walaupun ia menjadi suatu tanggungjawab mutlak bagi ibu bapa.

Dengan yang demikian komitmen dan motivasi dalaman untuk membabitkan diri dalam membangun akhlak anak dan remaja adalah tidak boleh diabaikan. Sikap dan sistem nilai harus dipupuk kepada setiap anggota keluarga bagi memastikan anak-anak dibesarkan dalam suasana harmoni serta diserapkan dengan nilai-nilai murni untuk menghadapi cabaran masa depan.

Ibu bapa yang dilengkapi dengan kemahiran tertentu, secara tidak langsung akan membolehkan setiap anggota keluarganya memahami keadaaan fizikal dan mental, agama, emosi, pembangunan sosiobudaya yang penting sebagai benteng memerangi masalah sosial dan keruntuhan akhlak.

Nilai-nilai murni kekeluargaan seperti kesopanan, pertuturan, adab dan tatasusila serta kelakuan yang baik, hendaklah sentiasa diterapkan kepada anak-anak untuk menjamin kesejahteraan dan keselamatan keluarga. Justeru, ibu bapa yang bijak adalah ibu bapa yang berjaya memupuk nilai murni sosial dan kekeluargaan kepada anak-anak mereka.

Tidak dinafikan unsur kebendaan adalah amat penting dalam penghidupan dan mencari nafkah adalah penting, namun keutamaan masih tetap pada rumah tangga dan keluarga serta anak-anak. Masyarakat boleh berbangga dengan kemajuan dan kepesatan ekonomi sekarang, namun kita juga perlu berhati-hati dengan bahaya yang tersembunyi di sebalik pelbagai masalah sosial.

Kecanggihan sains dan teknologi yang telah menjadikan dunia kini tanpa sempadan adalah begitu meyakinkan. Dengan adanya pelbagai perhubungan infokomunikasi lebih ramai remaja yang terdedah kepada pelbagai maklumat yang berunsur negatif.

Maklumat negatif telah membawa keruntuhan moral dan akhlak kepada kaum remaja. Dengan yang demikian mereka perlulah berawas dan berwaspada sambil mempertingkatkan usaha dan ketahanan dalaman diri untuk mengenepikan budaya negatif dari mempengaruhi diri mereka.

Pembangunan dan keupayaan sesebuah keluarga adalah sangat penting dalam pembesaran, pendidikan serta bimbingan anak-anak hari ini kerana dengannya nanti mereka akan membesar dengan penuh terdidik dan terasuh untuk menghadapi cabaran pembangunan negara. Dalam usaha seumpama ini, mengamalkan nilai tradisi, di samping memperkukuh pertalian kekeluargaan adalah perkara yang baik untuk diutamakan.

Apa yang lebih penting juga ialah keupayaan untuk menjauhkan keluarga dan masyarakat daripada serangan masalah sosial melalui pengukuhan institusi kekeluargaan. Dalam hal ini, kita harus mengambil berat dan serius mengenai asuhan budi dan kemajuan pendidikan dan pelajaran anak-anak.

Sikap suka mendengar dan berinteraksi dengan anak-anak secara terbuka dengan memberikan beberapa pandangan akan dapat meningkatkan pemahaman mereka serta memajukan lagi diri mereka dalam bidang pendidikan dan pelajaran.

Walaupun keperluan kebendaan penting untuk terus hidup, kita juga perlu berusaha mempertingkatkan pembangunan keluarga dengan nilai-nilai keagamaan sebagai landasan penghidupan.

Ketika ini terlalu banyak pengaruh luaran dalam persekitaran kita. Namun kita perlulah berfikir dalam konteks mendidik anak di mana pengaruh sedemikian adalah sebahagian daripada cabaran dalam mendidik anak yang perlu kita hadapi sebagai ibu bapa.

Tegasnya, apa yang ingin kita tekankan di sini ialah ibu bapa harus bijak memahami kehendak remaja masa kini kerana kita tahu bahawa anak dan remaja dewasa ini amat peka dengan peredaran dan perubahan tanpa mereka menyedari perkara itu baik atau sebaliknya.

Hanya dengan didikan moral yang positif dan nilai murni yang diterapkan oleh ibu bapa di rumah, akan dapat mengelakkan mereka daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif luaran yang tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat, sebaliknya boleh mengakibatkan keruntuhan moral dan sebagainya.

Masalah sosial perlu ditangani dengan segera, jika tidak ia akan menggugat apa yang kita kecapi sekarang. Semua pihak hendaklah memberi tumpuan kepada agenda sosial khususnya yang membabitkan masalah remaja. Generasi muda masa kini mestilah lebih proaktif dan membina kekuatan dalaman untuk menangkis sebarang cabaran. Peranan ibu bapa dan guru serta kerajaan amatlah penting dalam memastikan wujudnya generasi berwawasan dan mandiri.

Kemahiran keibubapaan panduan didik cahaya mata

AIMAN, 3, mula melakukan pelbagai perkara yang menggugat kesabaran ibu bapanya sebaik kelahiran adiknya. Jika dulu, ibu menegur atau memarahinya hanya dengan perkataan, nasihat dan belaian. Kini, ada kalanya teguran secara fizikal mula diterimanya. Pada mata ibu bapa perubahan itu tidak menggambarkan berkurangnya kasih sayang. Namun, di hati Aiman yang masih kecil, tetap memberi kesan yang tidak mudah dilupakan.

Apa yang diterima Aiman hari ini dan mungkin beberapa tahun berikutnya boleh memberi kesan besar, tanpa disedari oleh ibu bapanya. Contohnya, seorang murid saya berumur lapan tahun diketuk jarinya dengan pen kerana tidak menyiapkan kerja sekolah, berkata: “Cikgu, di rumah, ayah saya pukul dengan tali pinggang.” Tentulah saya tidak akan menggunakan tali pinggang untuk membolehkannya membuat kerja. Namun, sebagai guru, saya mesti mencari cara terbaik untuk mengatasi masalah ini. Pada masa sama membantunya berdisiplin bukan melalui kekerasan.

Nabi Muhammad saw mendidik seseorang pada zamannya dengan banyak mengguna dan mengutamakan pendekatan lemah lembut dan penuh dengan kasih-sayang. Antara langkah atau tahap mengajar, sebelum memukul adalah:

Beritahu dan sebutkan secara terus terang perkara yang dibuat itu salah.

Tunjukkan cara yang betul.

Memujuk dengan cara lemah lembut dan berhikmah atau kreatif.

Menggunakan isyarat.

Mencela keburukan perangai (bukan kekurangan diri untuk tujuan menghina dirinya).

Memulau atau tidak mempedulikannya dalam jangka waktu tertentu.

Pilihan terakhir adalah memukul atau merotan. Tindakan ini diambil selepas kaedah di atas tidak berkesan.

Menghukum dengan memukul atau merotan mesti menggunakan kaedah atau cara pukul yang diizinkan dalam Islam. Antara kaedah memukul yang diizinkan oleh Islam adalah:

Memukul atau merotan hanya dibenarkan kepada anak yang berumur 10 tahun ke atas. Sabda Rasulullah bermaksud: “Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah jika mereka enggan apabila berumur 10 tahun.”

Ada tempat yang haram dipukul, umpamanya muka dan pula bahagian yang sensitif dan boleh mencederakan seseorang.

Guru atau ibu bapa membetulkan niat memukul semata-mata untuk mendidik dan membetulkan keadaan atau sifat tercela, bukan untuk mendera atau melepaskan perasaan geram dan marah.

Jika dalam keadaan marah dan panas, ambil langkah untuk meredakan perasaan marah dulu, dengan mengubah posisi diri. Contohnya, bagi yang sedang berdiri hendaklah duduk dulu atau yang sedang duduk perlu berdiri atau baring. Atau keluar dari bilik atau bilik darjah sebentar.

Ambil wuduk, solat sunat, kemudian baru pukul dengan membaca doa dan selawat (untuk kesejahteraan anak) dan memukul dengan nama Allah.

Pakar psikiatri dari Hospital Kota Bharu, Kelantan, Dr Khairi Che Mat dalam kajian fisiologi rangsangan saraf ke otak menunjukkan bahawa keputusan dan tindakan ketika marah adalah tidak rasional. Selalunya adalah sembrono dan lebih memudaratkan perasaan dan mental anak-anak.

Jangan sekali-kali meninggalkan konsep ‘mendidik’. Pesan Rasulullah: “Hendaklah kamu mengajarkan mereka dan jangan berkeras. Sesungguhnya orang yang mengajar itu lebih baik daripada orang yang berkeras.”

Dr Khairi juga menasihatkan agar ibu bapa/guru supaya memberikan maklum balas kepada setiap perbuatan anak sama ada betul atau salah. Jika perbuatan mereka betul, berikan dia ‘pengukuhan positif’ dalam bentuk pujian atau ganjaran. Jika salah, berikan ‘pengukuhan negatif’, seperti teguran atau hukuman.

Jangan sampai, anak kita kata, ‘apa yang saya buat selama ini, semuanya salah’. Sebelum ini kita tidak pernah iktiraf atau memberi perakuan terhadap perbuatannya yang betul. Sebaliknya, kita hanya menegurnya jika perbuatannya salah. Jika keadaan ini (hanya menegur ketika salah laku) berterusan, anak-anak akan suka membuat perbuatan salah.

Merotan walaupun cara terakhir dalam mendisiplinkan pelajar, kesan negatifnya pasti ada. Hampir semua ibu bapa akan malu, tercabar, geram atau marah apabila

anak dihukum dan diperkatakan di hadapan orang lain. Ibu bapa, yang paling hampir dengan anak. Oleh itu, kitalah orang pertama yang perlu berasa bersalah.

Bagaimanapun, tanggungjawab mencorak masa depan anak memang tidak terletak di tangan ibu bapa semata-mata. Pengaruh luar sama ada positif atau negatif tetap memainkan peranan besar. Ada antaranya tidak dapat ditangani, lalu memberi kesan buruk berpanjangan dalam kehidupan. Biar apapun alasannya, orang dewasa yang sebenarnya lebih banyak menentukan sama ada anak itu hanya perlu dibelai atau mesti dipukul bagi memenuhi tanggungjawab atau mendisiplinkannya.

Jika diberi pilihan, pasti tiada ibu bapa normal, ingin memukul anaknya, apatah lagi membenarkan orang lain melakukannya. Faktor ‘kecerdikan emosi’ ibu bapa dan pendidik perlu diasah selalu:

Fitrah manusia berasa perlu dilindungi dan dikasihi untuk ketenangan akal fikiran dan jiwa. Demikian juga anak-anak, mereka memerlukan keprihatinan orang dewasa dalam setiap kegiatan kehidupan. Oleh itu, ibu bapa atau guru perlu mengemas kini pengetahuan dalam mendidik dan memanfaatkan bidang ilmu terkini dalam pendidikan anak.

Anak-anak perlukan peribadi contoh atau ‘role model’ untuk diikuti. Ibu bapa adalah peribadi terhampir dengan mereka, yang boleh menampakkan usaha, kesusahan dan pencapaian kepada anak. Pada masa sama datangkan padanya model terunggul untuk diikuti iaitu Rasulullah. Sampaikan kisah kehidupan Baginda yang telah diterima Timur dan Barat sebagai pemimpin, suami, bapa dan datuk terbaik.

Bagindalah yang membentuk dan membelai cucunya, Hassan dan Hussin hingga terpahat menjadi teladan, sesuai dengan sabda Baginda bermaksud: “Hendaklah engkau berlaku lemah-lembut dan jauhkanlah daripada berkasar dan berkeras (perkataan dan perbuatan).”

Menghormati keperluan, kehendak dan perasaan anak adalah satu tanggungjawab. Namun, setiap kita mesti tahu membezakan antara keperluan dengan kehendak. Keperluan mesti dipenuhi, namun kehendak tiada batasnya kerana ‘kehendak’ lebih berasaskan kepada nafsu. Kehendak dan kerenah perlu diubah suai supaya boleh menjadi bimbingan.

Ibu bapa hendaklah menerima anak-anak seadanya tanpa syarat, dengan segala kebaikan dan keburukannya, kebolehan dan kekurangannya. Ibu bapa juga mesti belajar menerima dan mengiktiraf perasaan dan pandangan anak walaupun ia bercanggah dengan pandangan mereka.

Jangan sekali terlalai untuk memberi pujian dan menghargai perlakuan baik anak kerana itu akan menjadi insentif nombor satu dan ingatan bermakna, meskipun tanpa hadiah yang dinilai dengan wang ringgit. Pasti ada kalanya anak melakukan

kesilapan. Ambillah kesilapan sebagai pengajaran dan permulaan menuju kejayaan. Sentiasa ingatkan diri bahawa Islam tidak menggalakkan kekerasan.

Dalam mendidik atau menasihati anak, ibu bapa disuruh menggunakan cara yang lembut dan ringan terlebih dulu dan beransur-ansur bertukar kepada yang lebih berat sekiranya tiada perubahan. Perlu diingat bahawa ibu bapa adalah orang yang paling tahan ujian, sabar dan bertawakal kepada Allah ketika mendidik, apatah apabila mengalami kegagalan dalam membentuk anak yang diharap-harapkan.

Anak-anak menunjukkan pelbagai ragam yang sebahagiannya menggugat kesabaran. Emosi negatif anak mesti ditangani dan dibelai dengan ilmu. Usaha berterusan perlu untuk menjauhkan mereka daripada terus terbawa-bawa tingkah laku demikian hingga besar dan mempengaruhi sikap mereka.

Kepincangan dalam perkembangan emosi boleh menjejaskan perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan, terutama dari segi mental.

Apabila mental mereka terjejas, punahlah harapan ibu bapa untuk menatang anak cergas yang berjaya.

KITA DAN IBU

ETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

· APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.

· MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.

· KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.

· BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.

· SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : “TAK NAK! TAK NAK!”

· APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.

· MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

· KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.


· BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

· APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.

· MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.

· KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.

· BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

· MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.

· KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.

· BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA, KITA KATA, “…ITU BUKAN URUSAN IBU.”

· SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, “SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU.”

· APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN….”PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!”


· MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, “IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH….”

· KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.

· PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA, “…ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN.”

· KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, “KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG.”

· APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.

· DAN KEMUDIAN SUATI HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.

JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL,INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG.

Masjid Tempat Terbaik Didik Anak

ANAK adalah anugerah yang amat berharga daripada Allah kepada ibu bapa. Mereka adalah faktor termeterainya hubungan kasih mesra yang lebih intim di antara ibu dan bapa. Sebab itu Allah menjelaskan di dalam banyak ayat menerusi al-Quran yang menggambarkan kegembiraan ibu bapa apabila menimang cahaya mata.

Tanggungjawab pasangan selepas dikurniakan anak ialah memastikan mereka mendapat ‘pentarbiyahan’ dan pendidikan serta kasih sayang yang secukupnya. Mereka perlu memastikan anak dibesarkan melalui teknik pendidikan cara Islam yang sempurna supaya dia tidak menjadi ‘fitnah’ kepada ibu bapa seperti dalam firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya hartamu dan anakmu hanyalah cubaan (bagimu) dan di sisi Allah pahala yang besar” (Surah At Taghaabun – Ayat 15).

Sikap tidak mengambil berat terhadap usaha ‘mentarbiyah’ anak akan menyebabkan ibu bapa turut mendapat saham di atas segala tindak-tanduk anak mereka. Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya ialah malaikat yang kasar, keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan” (Surah At Tahrim – Ayat-6). Kewajipan menjaga anak adalah jelas dan ibu bapa yang tidak menjelaskan hukum halal haram kepada anak akan dihukum oleh Allah.

Ada banyak hadis dan atsar daripada Nabi Muhammad SAW dan sahabat serta ahli tabi’in yang menjelaskan teknik mendidik anak. Antaranya, sabda Rasullulah: “Didiklah anak kamu bersolat bila mereka berumur tujuh tahun dan rotanlah mereka jika tidak bersolat bila sudah berumur 10 tahun.” (Hadis >riwayat Ahmad, Abu Daud dll, sanadnya Hasan seperti dalam Misykatul Mosabih).

Prof Dr Muhamad Uqlah di dalam bukunya ‘Pendidikan anak dalam Islam’ menjelaskan bahawa masjid adalah sebaik-baik tempat untuk mendidik anak. Menurut ulama, anak yang diajar pergi ke masjid dibesarkan dengan rasa cinta kepada masjid. Semoga mereka tergolong daripada kalangan insan yang diletakkan di bawah naungan Allah bersama enam jenis manusia seperti yang disebut di dalam satu hadis sahih. Ibu bapa soleh berharap anak mereka mendekati masjid supaya mereka cintakan ibadat solat dan saudara Islam serta sentiasa berada di rumah Allah.

Ada beberapa hadis khusus yang menyebut mengenai kanak-kanak dan masjid sebagai satu ajaran yang berkehendakkan kesejahteraan dan kebaikan umatnya dari dunia hingga akhirat. Beberapa hadis menghuraikan garis panduan dalam perkara ini, termasuk:

1) Hadis riwayat Ahmad, Hakim dan Nasa’ei: Nabi Muhammad tidak bangkit daripada sujudnya ketika mengimamkan solat di masjid apabila baginda ditunggang oleh cucunya. Sahabat menyangka bahawa baginda telah wafat ketika melakukan sujud itu;

2) Hadis riwayat Ahmad dengan sanad yang sahih: Rasullullah bersabda apabila ditanya mengapa baginda mempercepatkan solatnya? Baginda menjawab, “Aku terdengar tangisan seorang bayi. Aku rasa ibunya sedang bersolat dengan kita. Jadi aku mempercepatkan solat itu supaya ibunya dapat memenuhi keperluan anak itu”, dan;

3) Hadis riwayat oleh Bukhari dan Muslim: Nabi Muhammad mendukung dan meletakkan cucu baginda yang bernama Umamah Abi Al-Ash di dalam solat berjemaah bersama sahabat. Mengenai satu hadis yang bermaksud: “Jauhilah anak kamu dan orang gila dari masjid”, ulama hadis seperti Ibnul Jauzi, Al Munziri, Al Busairi, AlHaitami dan Al Hafiz Ibnu Hajjar Al Asqalani bersepakat mengatakan bahawa hadis berkenaan adalah hadis dhaif yang tidak boleh dijadikan hujah. Manakala Abdul Haq Al Isybili mengatakan hadis berkenaan ‘moudhu’.

Perkara ini dibincangkan dengan panjang lebar oleh As Shaukani di dalam >’Al Moqosid Al Hasanah’. Nasirudin Al Albani menjelaskan di dalam bukunya bertajuk ‘Sifat Solatin Nabi dan Al Ajwibah An Nafiah’ iaitu menjauhkan anak dari masjid dengan alasan menjaga kesuciannya adalah bidaah. Ini bertentangan dengan sunah Nabi yang mana baginda amat mengasihi dan menyayangi anak malahan kita mengetahui bagaimana baginda bermain atau bermesra dengan mereka ketika di masjid dalam hadis lain.

Dari sini jelas kepada kita bahawa larangan membawa anak ke masjid adalah pendapat yang lemah, malah sesuatu yang bathil dan bertentangan dengan ‘Hikmah Tasyri’ yang inginkan kita supaya melatih anak pergi ke masjid untuk bersolat dan mendapat ilmu daripada penceramah selain daripada memperoleh kawan yang baik.

Harus bagi kanak-kanak untuk berada di dalam saf, tidak kira di saf pertama, kedua atau sebagainya. Tidak menjadi satu kesalahan seandainya kita meletakkan mereka dengan golongan dewasa sekalipun mereka belum berkhatan. Perkara ini adalah pendapat yang mu’tabar dalam Mazhab Syafi’iyah seperti yang dijelaskan oleh Prof Dr Wabbah Az Zuhaili di dalam Al Fiqh Al Islami Wa Adillatuhu (jilid 1 halaman 576). Menurutnya, najis yang ada pada kemaluan kanak-kanak di dalam keadaan tidak berkhatan adalah najis yang tidak kelihatan yang berlainan daripada tahi, darah dan najis lain yang kelihatan.

Sebagai dalil, Nabi Muhamad telah meletakkan Abdullah Abbas di sebelahnya di dalam solat berjemaah dan baginda tidak pernah menempelak, menghalau dan menengking anak yang sudah sedia berada di dalam saf, seperti yang kerap berlaku di sesetengah masjid di negara ini. Lebih menyedihkan lagi ialah sesetengah jemaah (orang dewasa) mencadangkan supaya kanak-kanak ditempatkan di dalam satu saf berlainan. Apa yang pasti ialah Rasulullah sendiri menggalakkan anak mereka berada bersama ibu bapa atau penjaga supaya mereka tidak mengganggu solat.

Perkara itu disebutkan dengan jelas oleh Ulama’ Hadis seperti Al Manawi di dalam Faidhil Qadir dan Az Zailaghi di dalam Nasbur Rayah (jilid 2 >halaman 491). Justeru, pendapat yang mengatakan solat menjadi batal jika disebabkan kehadiran anak yang belum berkhatan di dalam saf adalah pendapat yang keterlaluan malah bathil (La Asla Lahu) seperti yang diperjelaskan oleh ulama hadis dan ramai ulama fiqh daripada kalangan Fugaha terkenal. Pendapat yang mengatakan solat batal disebabkan oleh perkara itu seperti yang dikatakan oleh ulama daripada kalangan Hanafiyah dalam “raddul muhtar” tertolak kerana bertentangan dengan hadis sahih.

Kita perlu mencerna satu kefahaman yang lebih jelas dalam konteks pengertian berdasarkan al-Quran dan hadis. Jangan kita berterusan mengikut hawa nafsu dan keangkuhan dalam mempertahankan pendapat yang kita ikuti selama ini. Sudah sampai masanya kita menerima pendapat berdasarkan dalil. Dalam ‘Ilmu Tasyri’ iaitu Al Imam As Syafie pernah menyebut “Kalau sahih hadis itu maka itulah mazhabku. Kalau ada pendapatku yang bertentangan dengan al-Quran dan As Sunnah yang sahih, buanglah pendapatku itu. Mungkin ada yang tidak kuketahui”.

Sifat rendah diri yang pada seorang ilmuan agung seperti Al Imam As Syafie yang sanggup menerima kenyataan dan mengakui kesilapan yang dilakukannya wajar dicontohi. Renungi firman Allah bermaksud: “Katakanlah Apakah di antara sekutumu ada yang menunjukkan kebenaran? Katakanlah: Allah yang menunjukkan kebenaran.” Maka, apakah orang yang menunjukkan kebenaran lebih berhak diikuti atau orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk? Mengapa kamu (berbuat >demikian?) Bagaimanakah kamu mengambil keputusan” (Surah Yunus – Ayat >35).

Masalah umat Islam hari ini ialah kegagalan mereka menuruti Islam walaupun sudah diberi penjelasan dan penerangan mengenainya secara jelas. Ketidakprihatinan terhadap segala perkara kebenaran lantaran tidak mahu hilang kedudukan adalah satu sikap buruk yang harus dikikis. Pendapat seorang yang bertaraf guru agama, ulama atau seorang imam boleh diterima pakai tetapi untuk menerima pakai secara menyeluruh sehingga membelakangkan hadis atau menganggap bahawa pendapat mereka sama dengan hadis, maka ia amat bertentangan dengan garis panduan yang sudah dibuat oleh ulama usul.

Selepas faham mengenai tuntutan melatih anak ke arah kebaikan yang mana antaranya membawa mereka ke masjid, kita perlu mengambil berat soal berikut, iaitu:

1) Didik anak menghormati masjid sebagai tempat beribadat. Tidak boleh bising, membawa najis dan kekotoran;

2) Letakkan mereka di dalam saf (berselang-seli) bersama orang dewasa supaya kita dapat mengawasi mereka daripada menimbulkan masalah;

3) Menegur anak dengan baik dan jujur jika mereka melakukan kesilapan. Kejadian seorang Arab Badwi kencing di dalam masjid yang mana Rasulullah tidak mengambil sebarang tindakan terhadapnya menunjukkan betapa baginda tidak melakukan sesuatu perkara mengikut nafsu. Apa yang lebih penting dan patut dijadikan ikhtibar di dalam perkara ini ialah Rasulullah tidak bertindak secara terburu-buru, malah menggunakan diplomasi menangani masaalah itu;

4) Bina keyakinan diri anak dengan melatih mereka supaya bersama orang dewasa di dalam saf. Ini dapat menarik minat mereka untuk bersama-sama ketika membuat pelbagai kegiatan di masjid;

5) Sediakan infrastruktur yang bersesuaian dengan saiz mereka seperti tempat berwuduk yang selesa;

6) Sediakan perpustakaan supaya ia dapat menarik minat mereka membaca buku berkaitan dengan unsur Islam;

7) Adakan program seperti kem motivasi, qiamulail, sukan dan kegiatan berfaedah supaya dapat menarik minat mereka datang ke masjid.

8) Memberi mereka tugas ringan supaya mereka dapat melatih diri ke arah tanggungjawab dan komitmen seperti mengemas sejadah, membasuh pinggan mangkuk, menyapu sampah dan tugas lain yang ringan, bersesuaian dengan konsep yang ingin diterapkan.

Jika nilai murni dapat diterapkan ke dalam diri anak ketika mereka berada di masjid, secara tidak langsung mereka juga menjadi penyeri dan pengimarah rumah Allah. Pengisian nilai murni di kalangan anak ketika mereka berada di masjid adalah satu proses permulaan untuk mengekang keutuhan dan perpaduan ummah di negara ini.

Membina Harga diri Anak-Anak

Peranan ibubapa dalam membesarkan anak-anak menjadi seorang Muslim yang baik

sangat dipentingkan dalam Islam. Rasulullah s.a.w.bersabda, setiap kanak-kanak itu dilahirkan bagaikan kain putih dan ibubapalah yang akan mencorakkan mereka menjadi Nasrani, Yahudi dan sebagainya.

Rasanya tak payah ditekankan betapa beratnya tanggungjawab ini di atas bahu

ibubapa. Anak-anak yang tidak dididik dengan sempurna dari kecil akan

mewujudkan kemelut sosial yang akhirnya akan melemahkan seluruh ummah.

Malangnya kita lihat bagaimana tanggungjawab ini semakin jauh ditinggalkan

kerana ibubapa sibuk mengejar kemewahan dunia, dan urusan membesarkan

anak-anak diserahkan hampir sepenuhnya kepada amah dan guru sekolah.

Perubahan ini sudah berlaku berdekad lamanya, jadi kenapa kita perlu hairan

apabila membaca mengenai pelbagai masalah social remaja yang timbul

kebelakangan ini?

Pentingnya harga diri yang tinggi

Kalau mengikut kajian psikologi Barat, kekuatan seseorang individu itu

terletak pada harga dirinya (self-esteem): kalau tinggi harga dirinya, maka

individu itu akan berasa yakin dengan dirinya, dan dengan itu dia akan dapat

menjalani hidup secara positif. Tapi bila harga dirinya rendah, maka

terbitlah “penyakit-penyakit” minda seperti mudah marah, mudah berasa rendah

diri, mudah tersinggung, dan sebagainya.

Seorang Muslim yang mempunyai harga diri yang tinggi mampu mengawal dirinya

dalam hampir segala hal. Ini bersesuaian dengan hadis Nabi s.a.w., bahawa

kekuatan diri seseorang Muslim tidak diukur daripada kebolehannya

menumbangkan musuh di medan perang, tapi sebaliknya samada dia mampu

mengawal diri sewaktu marah.

Bagaimanapun, pendapat peribadi saya ialah masyarakat Melayu Muslim di

negara ini secara amnya tidak menyokong perkembangan harga diri yang tinggi

dari peringkat kanak-kanak. Lihat cara orang Melayu mendidik anak-anak,

contohnya:

- Anak-anak Melayu tidak digalakkan mencuba sesuatu yang baru: kanak-kanak

belajar melalui eksplorasi dan penemuan (exploration and discovery), tapi

bila saja mereka nak buat sesuatu yang baru, ibubapa cepat naik marah;

- Anak-anak Melayu tidak diberi sokongan moral sewaktu berjaya: malah,

kadang-kadang apa saja yang mereka lakukan seolah-olah tidak cukup untuk

ibubapa mereka;

- Anak-anak Melayu tidak diasuh berdiri mengikut kadar sendiri: perangai

ibubapa yang suka compare anak-anak mereka dengan kanak-kanak lain yang

“lebih berjaya” sebenarnya sangat merosakkan harga diri anak-anak;

- Anak-anak Melayu dididik supaya “tahu tempat masing-masing”: mereka diasuh

dari kecil supaya jangan suka menunjuk-nunjuk, sedangkan ada beza di antara

perangai mengada-ada dengan keseronokan (excitement) mencuba atau berkongsi

sesuatu yang baru mereka temui.

Pembinaan harga diri bermula dari buaian

Anak-anak adalah amanah yang diletakkan oleh Allah ke atas bahu kita, jadi

jangan pandang ringan hal membesarkan anak-anak dengan akhlak yang sempurna.

Dan jangan pandang ringan cara kita memperlakukan anak-anak, kerana setiap

sesuatu yang kita buat dihadapan mereka atau kepada mereka akan meninggalkan

kesan.

Mungkin kebanyakan ibubapa Melayu tidak sedar bahawa cara mereka

berinteraksi dengan anak-anak dari umur seawal 5 tahun akan meninggalkan

kesan yang dalam apabila anak-anak tersebut dewasa. Anak-anak yang sering

dikongkong mungkin akan menjadi orang yang nampaknya baik dan mengikut kata,

tapi secara peribadi mungkin mereka tidak mempunyai keyakinan diri.

Oleh sebab anak-anak adalah amanah Allah, jangan fikir bahawa kita boleh

memperlakukan mereka sesuka hati, dan berharap mereka akan menjadi seorang

yang berguna secara sendiri. Sebagaimana dengan hal lain dalam hidup ini,

jika kita inginkan sesuatu, maka kita haruslah berusaha kearahnya.

Panduan membina harga diri yang tinggi

Artikel yang disertakan memberikan salah satu panduan membina harga diri

anak-anak. Maaflah, tapi artikel ni dalam bahasa Inggeris, jadi bagi mereka

yang kurang berkebolehan membaca bahasa tersebut, di bawah ini adalah antara

perkara penting yang terdapat di dalam artikel tersbut:

1. Untuk menjana harga diri yang tinggi dalam kanak-kanak, carilah kebolehan-kebolehan semulajadi yang ada dalam diri mereka.

2. Kejayaan dalam satu bahagian hidup mereka boleh menjadi asas kepada kejayaan dalam hal lain pula. Untuk membantu mereka mewujudkan keadaan ini, ibubapa perlu peka dalam mencari kebolehan semulajadi anak-anak mereka dan menggalakkan pertumbuhan mereka di bahagian tersebut.

3. Ibubapa perlu memainkan peranan aktif dalam mengalakkan anak-anak untuk

berani mencuba dan menerima kegagalan, serta perlu aktif dalam membantu

anak-anak menangani cabaran-cabaran sukar yang mereka hadapi.

4. Harga diri bolehlah dikatakan sebagai perasaan serta kepercayaan pada

kebolehan diri sendiri secara positif, yang akan membolehkan mereka

menghadapi (bukan melarikan diri) daripada cabaran. Harga diri yang tinggi perlu supaya mereka faham bahawa mereka patut dan boleh belajar dari kegagalan, bukan hanya kejayaan.

5. Harga diri yang tinggi juga membolehkan mereka mempunyai rasa hormat pada

diri sendiri serta orang lain.

Ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi

1. Mereka mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah yang rumit sekalipun,

serta mampu membuat pilihan dengan penuh yakin.

2. Mereka lebih mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

3. Mereka juga mempunyai kesedaran realistik tentang kebolehan mereka

sendiri, serta mampu mengawal arahtuju hidup mereka.

Ciri-ciri ibubapa yang diperlukan

Anak-anak yang mempunyai harga diri yang tinggi selalunya memerlukan ibubapa

yang mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Menaruh kepercayaan dalam kebolehan anaknya.

2. Sentiasa memberikan galakan kepada anak-anak.

3. Menyokong proses pembesaran anak-anak secara positif.

4. Menumpukan usaha mereka mencari serta mengembangkan kebolehan semuljadi anak-anak.

5. Memainkan peranan besar dalam meletakkan halatuju hidup anak-anak mereka dengan positif serta penuh keyakinan.

Anak-anak “mendapat kuasa” daripada ibubapa sedemikian.

Strategi ringkas untuk panduan ibubapa

Perasaan takut untuk membuat kesilapan adalah antara halangan paling besar

dalam proses menjana harga diri dalam kanak-kanak.Mereka juga sering risau

akan kelihatan bodoh apabila tidak mampu melakukan sesuatu atau gagal. Oleh

itu ibubapa perlu peka dalam menangani kegagalan anak-anak mereka.

1. Ajarlah mereka supaya bertanggungjawab: berikan kepada mereka

tanggungjawab setimpal dengan kebolehan mereka; bila mereka berjaya

melakukannya, ia akan memberikan mereka perasaan bahawa mereka mempunyai

kawalan diri serta melakukan tugas dengan baik. Tapi bila mereka gagal

berikan sokongan kepadanya supaya memperbaiki kesilapan dan berusaha lagi.

2. Ajarkan teknik menyelesaikan masalah serta membuat keputusan, juga

disiplin diri: bawalah mereka berbincang mengenai sesuatu perkara yang

sedang mereka hadapi, tapi elakkan dari memberikan mereka penyelesaian

tersebut – sebaliknya, tanya soalan-soalan penunjuk (guiding questions)

supaya mereka dapat mencari sendiri penyelesaian terbaik bagi mereka

sendiri.

3. Berikan galakan serta feedback yang positif: harga diri yang tinggi perlu

disokong dengan memberikan kanak-kanak galakan serta pujian yang realistik,

secara lisan atau bertulis. Kanak-kanak perlu berasa bahawa diri mereka

istimewa.

4. Bantu mereka dalam menangani kegagalan: kanak-kanak yang berasa takut

atau malu untuk gagal tidak akan berani mencuba. Ibubapa perlu membuat

anak-anak mereka sedar bahawa kegagalan adalah satu perkara biasa dalam

proses pembelajaran. Oleh itu elakkan daripada sikap serta kata-kata

kritikal yang negatif seperti, “Kamu ni tak reti langsung!” atau “Tak boleh

harap!”

Berikan mereka harapan

Berikanlah anak-anak perasaan bahawa mereka berkemampuan untuk melaksanakan

sesuatu tugas dengan penuh tanggungjawab. Berikan mereka ruang untuk

menentukan halatuju mereka sendiri secara berdikit-dikit sewaktu mereka

meningkat dewasa.

Insya Allah, sekiranya setiap ibubapa Muslim berusaha menjana anak-anak yang

mempunyai harga diri yang tinggi, dengan cara ini kita akan dapat

membangunkan ummah Muslim yang jauh lebih kuat daripada yang wujud sekarang.

Mengawal tingkah laku kanak-kanak

BAGI kebanyakan ibu bapa, kegembiraan memiliki seseorang anak bergantung pada tingkah laku anak yang baik, mematuhi arahan dan bersikap penyayang.

Namun, apabila anak melawan cakap, enggan mematuhi arahan dan memecahkan barang-barang, kegembiraan ibu bapa menjadi mimpi ngeri kerana hilang kawalan.

Kebanyakan masalah tingkah laku kanak-kanak adalah disebabkan cara kanak-kanak itu didisiplinkan oleh ibu bapa mereka. Biasanya, ada empat cara kanak-kanak didisiplinkan.

Ini membabitkan sama ada disiplin yang tegas dan konsisten, disiplin yang keras, disiplin yang terlalu memanjakan atau disiplin yang tiada penglibatan dan tidak konsisten.

Menerusi pendisiplinan, tingkah laku dan emosi kanak-kanak dapat dibentuk. Membimbing tingkah laku seseorang anak merupakan bahagian besar dalam tanggungjawab ibu bapa.

Tambahan pula, guru-guru, saudara-mara dan penjaga yang lain juga mempunyai peranan dalam mendidik dan mendisiplin kanak-kanak.

Berikut adalah beberapa saranan yang boleh dilakukan oleh setiap pihak untuk membantu membentuk tingkah laku kanak-kanak:

Disebabkan pada awalnya kanak-kanak menghabiskan sebahagian besar masa mereka di rumah (iaitu beberapa tahun selepas dilahirkan), ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk tingkah laku mereka.

Mengawal tingkah laku kanak-kanak__________________________________

Bila anak-anak dibiarkan berkelakuan buruk di rumah, mereka juga akan berkelakuan buruk di sekolah. Oleh itu, mengubah tingkah laku seseorang anak selalunya bermula di rumah.

- Mempunyai harapan yang realistik

Memang penting untuk mempunyai harapan yang realistik dan usia yang sesuai dengan kemampuan kanak-kanak.

Mengharapkan seorang anak berusia enam tahun untuk duduk membuat kerja rumah selama sejam mungkin tidak realistik kerana anak-anak kecil mempunyai tempoh tumpuan perhatian yang singkat.

Lebih realistik jika anak itu disuruh membuat kerja rumah selama 15 minit dengan masa rehat di antaranya.

- Arahan hendaklah ringkas dan berterus-terang

Kanak-kanak mempunyai tempoh tumpuan perhatian yang singkat dan kosa kata yang terhad. Oleh itu, arahan hendaklah ringkas dan berterus terang.

Beritahu anak itu dengan jelas apa yang anda mahu dia lakukan. Sebagai contoh: Bila anda mahu anak anda mengemaskan alat mainannya, daripada mengatakan “Sam, kemaskan alat mainan kamu” katalah “Sam, masukkan semua blok itu ke dalam kotak.”

- Tetapkan had yang perlu

Sesetengah kanak-kanak prasekolah menuntut banyak perhatian. Ibu bapa menjadi tegang bila mereka berasa tuntutan ini seolah-olah tiada penghujungnya.

Dalam situasi ini, anak-anak perlu mengetahui sejauh mana mereka boleh membuat tuntutan.

Perlulah dijelaskan kepada mereka mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dibuat. Janganlah mengharapkan yang anak-anak mengetahui peraturan ini tanpa diberi penjelasan.

- Buat apa yang anda kata anda akan buat

Pastikan anak anda tahu bahawa anda benar-benar maksudkan apa yang anda telah katakan. Jangan buat ugutan kosong yang tidak boleh dilaksanakan.

Bila ugutan tidak dilaksanakan, anak itu belajar bahawa anda tidak maksudkan apa yang anda kata dan dia pula belajar melepaskan diri daripada salah lakunya.

Mengawal tingkah laku kanak-kanak__________________________________

- Bersikap konsisten

Sikap konsisten membantu kanak-kanak berasa selamat dan yakin.

Penjagaan atau disiplin yang tidak konsisten boleh menaikkan kemarahan atau menjadikan kanak-kanak berasa gelisah dan keliru, mengakibatkan salah laku.

Kanak-kanak akan menimbulkan masalah tingkah laku sekiranya peraturan tingkah laku berubah dari hari ke hari. Oleh itu, bersikap konsisten dengan gaya pendisiplinan anda dan rutin harian anak anda.

- Luangkan masa berkualiti dengan anak anda

Kanak-kanak yang dapat berinteraksi secara bebas dengan ibu bapa umumnya kurang mengalami masalah kesihatan mental. Oleh itu, memang penting hubungan positif dengan anak anda diperkembangkan.

Cara meluangkan masa dengan anak-anak termasuk melakukan perkara yang mereka ingin lakukan, mendengar luahan perasaan mereka dan mengetahui apa yang mereka fahami.

Menerusi cara ini, anda boleh menyedari bila anak anda sedang dilanda kesusahan dan seterusnya membantu anak anda mencari jalan penyelesaiannya.

Meluangkan masa dengan anak-anak juga merupakan satu lagi cara untuk menunjukkan yang anda mengambil berat dan sayangkan mereka.

- Puji dan beri ganjaran untuk tingkahlaku yang betul

Kanak-kanak perlu diberitahu dengan jelas tingkah laku positif apa yang dikehendaki daripada mereka.

Puji anak itu dan elakkan kata-kata yang menyakitkan hati dan menghina untuk meningkatkan jati diri dan keyakinannya.

Jika kanak-kanak mendengar terlalu banyak kenyataan yang negatif mengenai dirinya, terutama daripada ibu bapa, dia akan mempercayainya.

- Jangan bertengkar atau mengkritik satu sama lain di hadapan anak-anak

Kanak-kanak menjadi resah dan susah hati bila ibu bapa mereka berkelahi di hadapan mereka.

Perlakuan agresif ini akan mengakibatkan tingkah laku ganas yang akan menakutkan kanak-kanak.

Mengawal tingkah laku kanak-kanak__________________________________

Tambahan pula, anak anda mungkin belajar bahawa tidak salah untuk memukul dan menjerit jika mereka melihat ibu bapa mereka menggunakan kaedah ini untuk menyelesaikan masalah.

- Kepimpinan melalui teladan

Kanak-kanak menganggap ibu bapa mereka sebagai contoh. Semasa belajar mengenali masalah dunia, mereka memerhati dan meniru tingkah laku ibu bapa.

Bila ibu bapa memukul dan menjerit kepada mereka untuk memaksa mereka membuat sesuatu, mereka mula belajar bahawa inilah cara untuk membuatkan orang melakukan sesuatu. Oleh itu, mereka menggunakan tingkah laku agresif ini untuk menyelesaikan masalah.

Jika ibu bapa mereka bersikap kejam terhadap satu sama lain, dan melukakan orang lain, kanak-kanak juga belajar bahawa ini memang tingkah laku normal dan inilah cara untuk melayan orang lain.

Dari satu segi, kanak-kanak membesar untuk menjadi apa yang anda telah latihkan. Berhati-hati dengan tingkah laku anda kerana ramai kanak-kanak yang sedang memerhati.

Oleh itu, jika anda bersalah dan telah melakukan satu kesilapan, akuinya dan mohon maaf. Anda akan menjadi contoh yang baik bagi mereka.

- Berehat daripada menguruskan anak-anak anda

Ibu bapa! Berehatlah daripada menguruskan anak-anak anda sekali-sekala untuk memastikan anda tidak menjadi terlalu tegang!

Menjadi ibu bapa memang satu tugas besar. Oleh itu, pastikan anda berada dalam keadaan mental yang baik untuk menjaga anak-anak.

Jika anda berasa anda tidak dapat mengatasi ketegangan itu, eloklah dapatkan nasihat profesional. Setiap anak merupakan contoh ibu bapa mereka, di segi rupa dan emosi.

Menerusi Seminar Keibubapaan Kempen One By One anjuran Amway, kehidupan ramai kanak-kanak dibentuk secara tidak langsung menerusi usaha terpimpin ibu bapa mereka.

Takdir anak anda berada di tangan anda. Disiplinkan mereka secara positif dan anda akan memperbaiki daya ketahanan mereka dalam jangka masa panjang.

Metode Pendidikan Anak Usia Pra Sekolah

ujuan dari pendidikan anak anda adalah: usaha mencari keridhaan Allah Subhannahu wa Ta’ala dan usaha untuk mendapatkan Surga-Nya, keselamatan dari Neraka serta mengharapkan pahala dan balasan-Nya.

Sebab-sebab keberhasilan dan kegagalan -sebagian besar- tergantung pada hal-hal berikut:

Sebab-sebab dari pendidik:

Tidak istiqamah, tidak mem-perdulikan sifat-sifat pendidik yang baik, dan seterusnya.

Sebab-sebab dari diri anak:

Tidak siap menerima pen-didikan, kelemahan pada dirinya.

Sebab-sebab dari metodhe yang dipakai:

Materi terlalu sulit, panjang, tidak sesuai dengan usia dan seterusnya.

Sebab-sebab di luar keinginan:

Bepergian yang lama atau banyak, sakit dan lain sebagainya.

Pendidikan anda bagi anak-anak anda bisa meninggikan derajat anda dan menjadikan amal anda terus mengalir pahalanya setelah kematian anda. Dalam hadits :

وَوَلَدٌ صَالِحٌ يَدْعُوْ لَه

Anak shalih yang mendoakan orang tuanya.

Maka perhatikan bagaimana anda menjadikan mereka sebagai anak-anak yang shalih.

Kebaikan orang tua merupakan kebaikan bagi anak dan ketakwaan orang tua akan menjadikan anak terjaga serta senantiasa mendapat rizki setelah kematian orang tuanya, Insya Allah. Dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang shalih. (QS. Al-Kahfi : 82).

Anak-anak anda adalah para da’i masa depan dan penyebar ajaran agama. Maka perhatikan mereka sebagaimana anda memperhatikan dirham dan dinar, bahkan lebih dari itu. Ketahuilah bahwa anak anda akan memangku tanggung jawab tertentu pada saatnya nanti insya Allah ta’ala.

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan dita-nyai tentang yang dipimpinnya. Karena itu, laksanakan pendidikannya dengan baik.

Lalai dalam mendidik mereka merupakan sebab terhalangnya dari masuk Surga.

مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيْهِ اللهُ رَعِيَّةً يَمُوْتُ يَوْمَ يَمُوْتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلاَّ حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

Tidaklah seorang hamba diberi tanggung jawab kepemim-pinan oleh Allah kemudian pada saat ia meninggal, ia curang terhadap yang dipimpinnya, melainkan Allah mengharam-kan baginya Surga. (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Mendidik orang merdeka tidak sama dengan mendidik budak, maka perhatikanlah bagaimana cara mendidik orang merdeka, perhatikan apa yang anda berikan dalam pendidikan.

Jadikan standard keberhasilan anda adalah keberhasilan dalam mendidik anak-anak dan mengajar mereka. Jika tidak demikian, niscaya anda dalam bahaya yang besar.

Perhatikan contoh teladan utama dan dekatkan anak-anak anda kepadanya. Ini merupakan hal yang pantas anda perhatikan dalam pendidikan. Atau tanyalah kepada diri anda, jadi apa anda menginginkannya ? Seperti siapa dia anda inginkan ?

Di antara karateristik fase ini (fase anak kecil , usia sebelum sekolah, antara tiga sampai enam tahun) adalah sebagai berikut:

1. Dapat mengontrol tindakannya.

2. Selalu ingin bergerak adalah sesuatu yang alami (bila dalam batas yang wajar).

3. Berusaha mengenal lingkungan sekeliling. (Karena itu sering kita lihat ia mengotakatik sesuatu atau menghancurkannya).

4. Perkembangan yang cepat dalam berbicara. (Oleh karena itu hampir tidak pernah berhenti berbicara. Hal ini pun merupakan tabiat yang wajar).

5. Senantiasa ingin memiliki sesuatu dan egois, dan mulai pertumbuhannya. Dari sini mulai tumbuh sikap keras kepala, suka protes, menanyai satu hal berulang kali. (Ini juga merupakan hal yang wajar).

6. Mulai membedakan antara yang benar dan salah, yang baik dan buruk. (Karena itu sikap memberi kepuasan dan lemah lembut terhadap mereka lebih tepat daripada memukul dan mengancam).

Anak pada fase ini mulai mempelajari dasar-dasar perilaku sosial yang dibutuhkannya saat beradaptasi di sekolah pada saat mereka masuk kelas satu.

Fase ini adalah usia eksplorasi.

Pelajarilah, saudaraku para pendidik, karateristik fase ini, untuk dapat menafsiri apa yang anda temui pada diri anak-anak, dari tingkah laku mereka yang aneh dalam pandangan anda, tapi hal itu sebenarnya wajar. Bahkan harus menarik perhatian anda jika tidak ada, karena anak anda akan berkembang sesuai tabiat. Justru yang aneh adalah apabila mereka tidak melakukan tingkah laku yang aneh. Akan kita bahas nanti penyelesaian permasalahan tingkah laku ini pada halaman 89, insya Allah.

Kini tidak ada kata lain kecuali ucapan saya kepada anda, ‘anda telah tahu, maka laksanakanlah’. Laksanakanlah tujuan dari pendidikan anak-anak anda. Pergunakan sarana-sarana yang benar. Senantiasa ikuti perkembangan baru dalam pendidikan. Pergunakan cara-cara yang baik. Perhatikan cara bergaul yang sesuai dengan mereka. Pergunakan cara mendidik yang benar.

Metode Pendidikan Anak Usia Pra Sekolah________________________________

Dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba. (QS. Al-Muthaffifin : 26). Dan peliharalah dirimu dari (adzab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemu-dian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan). (QS. Al-Baqarah : 281).

Mutiara Perkahwinan

Allah Subha Nahu Wa Ta’ala berfirman;

“Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menciptkan kamu daripada seorang (Adam) dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawa), kemudian daripada kedua-duanya itu Allah menjadikan pula lelaki dan perempuan. Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah yang dengan (menggunakan) namaNya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu memelihara dan mengawasi kamu.” [An-Nisa:1]

Setiap bangunan semestinya terbina daripada sejumlah batu merah (batu-bata). Dengan batu-bata itu terbentuk organisasinya dan di atas batu-bata asas ini terbina pula tiang-tiang dan bahagian-bahagiannya. Apabila batu-bata itu tidak bersatu dan retak, maka bangunan itu sudah pasti tidak teguh. Sebaliknya jika batu bata itu kuat dan terpadu erat, maka bangunan itu pun turut kuat, kukuh dan mantap. Dapat menghadapi berbagai ancaman seperti angin ribut dan taufan. Begitu juga dengan setiap umat dan masyarakat.

Seluruh masyarakat yang wujud – terbentuk daripada kesatuan-kesatuan yang berupa keluarga, dan kesatuan-kesatuan keluarga itu terdiri daripada unit-unit dan bahagian-bahagian yang lebih kecil lagi, iaitu individu-individu.

Jika masyarakat kita terdiri daripada individu-individu yang baik, kuat dan rajin bekerja, maka seluruh ahli keluarga akan menjadi baik dan kuat, dan seterusnya masyarakat kita akan memiliki landasan yang kuat dan kukuh, iaitu keluarga-keluarga yang baik dan kuat. Kesan seterusnya ialah bangsa atau umat kita pun akan menjadi kuat dan sentosa, disegani, dinilai tinggi dan dihormati oleh bangsa-bangsa lain.

Sebaliknya, suatu umat atau suatu bangsa yang terbentuk daripada asas-asas yang lemah dan rapuh, iaitu individu-individu yang bercerai berai, maka bangsa atau umat itu pun pasti lemah, tidak mempunyai asas-asas tertentu dan akan dicaci oleh bangsa-bangsa lain sebagai musuh yang mudah dikalahkan.

Mutiara Perkahwinan_________________________________________________

Kerana itulah Islam memberikan perhatian yang penting sekali kepada pembentukan keluarga Mukmin dan Muslim. Daripada keluarga-keluarga Muslim

itulah akan wujud masyarakat Muslim, bangsa Muslim dan negara yang menjunjung tinggi agama Islam. Melalui jalan itulah kaum Muslimin akan dapat menjadi umat yang berjaya di dunia.

Ya, benarlah…

Kaum Muslimin memang pernah menjadi umat yang berjaya, iaitu ketika mereka menegakkan institusi kekeluargaannya di atas asas-asas yang teguh berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasulnya. Pada masa itu, mereka menegakkan institusi umat atas dasar takwa, amal soleh, ibadah, saling mengerti dan saling berkasih sayang dengan ikhlas. Atas dasar itulah umat Islam menjadi kuat, mulia dan tahan menghadapi segala halangan. Akhirnya mereka menjadi umat yang berjaya dan berkuasa di dunia.

Mereka menguasai dunia bukan di dorong oleh sesuatu kepentingan, sebaliknya didorong oleh semangat hendak mengembangkan ajaran Allah Subha Nahu Wa Ta’ala. Memandu umat manusia ke jalan kebaikan dan kejayaan. Mereka menguasai dunia bukan untuk menjalankan penindasan, sebaliknya bagi menyelamatkan dunia daripada kehancuran dan kebinasaan. Berbeza dengan keadaan kaum Muslimin dewasa ini. Asas-asas kehidupan yang diredhai Allah Subha Nahu Wa Ta’ala telah ditukar dengan asas-asas kehidupan yang membawa kerosakan yang berupa peradaban palsu dan kosong. Runtuhlah asas kehidupan kekeluargaan dan hancurlah asas kesatuan bangsa tersebut. Implikasinya, hancurlah kekuatan kaum Muslimin dan mereka terpecah menjadi negeri-negeri kecil, kelompok-kelompok dan golongan-golongan.

“Tiap-tiap golongan gembira dengan apa yang ada pada mereka!” [Al-Mu'minum: 53]

Dengan demikian, mereka telah kehilangan kejayaan, kemuliaan dan kehormatan sehingga mudah dipermainkan oleh bangsa-bangsa lain. Kekuatan-kekuatan jahat dan zalim, kekuatan-kekuatan penindas dan penjajah, semuanya bersatu memusuhi mereka, menghisap darah dan peluh mereka serta merampas sumber-sumber kekayaan mereka. Jumlah mereka yang banyak itu tidak membawa erti, bagaikan sampah dilanda banjir. Mengenai hal itu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda;

“Kelak kamu nyaris dihancurkan oleh bangsa-bangsa (umat-umat) lain seperti orang-orang lapar memamah makanan di piring.” Para sahabat bertanya; “Apakah kerana dikemudian hari kita sedikit jumlahnya, Ya Rasulullah?” Baginda menjawab; “Tidak! kamu bahkan banyak jumlahnya, tetapi kerana kamu bagaikan buih dipukul ombak.”

Mutiara Perkahwinan_________________________________________________

Allah Subha Nahu Wa Ta’ala telah menegaskan di dalam firmanNya;

“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah apa yang ada pada suatu kaum sebelum mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” [Ar-Raad:11]

Jika sekarang kita ingin menjadi umat yang berguna, umat yang mulia dan umat yang terhormat, maka kita harus sedar bahawa suatu umat tidak akan menjadi baik kecuali jika dasar dan landasannya baik. Kerana itu dewasa ini kita harus memberikan perhatian yang serius terhadap masalah pembentukan keluarga kita, dan berusaha membangunkannya di atas landasan yang kukuh dan kuat berdasarkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya.

Rujukan: Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam, Muhammad Ali Qutb

Pendidikan Anak-Anak Tujuan dan Sarana

Membentuk akidah dan keimanan anak-anak

Sarana

1. Membacakan lafadz لا إله إلا الله dan mengulang-ulangnya.

2. Memperdalam muraqabah Allah Ta’aladalam hatinya: “Jagalah (perintah) Allah niscaya Allah akan menjagamu.” Dengan sering-sering mengucapkan: “Sesungguhnya Allah Ta’ala melihatmu, mendengarmu dan Dia bersamamu.”

3. Juga dengan senantiasa membaca Al-Qur’an dan doa-doa.

4. Memperdalam kecintaannya kepada Rasulullah SAW dalam hati dengan melaksanakan sunnahnya dan mengikutinya.

5. Memberikan hadiah kepada anak-anak pada saat tertentu, seperti hadiah atas hafalan Al-Qur’an dan bacaan doa-doa yang terus menerus.

Membentuk keilmuan dan pengetahuan anak

Sarana

1. Dengan mengajarinya Al-Qur’an dan sunnah.

2. Belajar sejarah Nabi, akhlak dan perilaku.

3. Dengan mengajarinya doa-doa.

4. Menyediakan perpustakaan rumah bagi anak, terdiri dari buku-buku, kaset-kaset dan video (yang bermanfaat).

5. Mengirimnya ke taman kanak-kanak untuk belajar.

Pendidikan Anak-Anak Tujuan dan Sarana________________________________

6. Mengikutkannya dalam halaqah hafalan Al-Qur’an di masjid, atau mendatangkan orang yang mengajarinya hafalan Al-Qur’an dan mengajarinya sunnah.

7. Menjawab segala pertanyaan anak-anak dengan jawaban yang sesuai dengan usianya.

8. Memperhatikan cerita-cerita yang mendidik dan menghindari kecenderungannya yang mutlak kepada daya khayal, dengan tetap menyadari pentingnya daya khayal.

9. Tidak memaksanya untuk menulis atau membaca sebelum masanya, dengan tetap melihat pentingnya latihan untuk membaca dan menulis dengan bertahap.

Membentuk akhlak, perilaku dan sopan santun anak-anak

Sarana

1. Mempraktekkan adab-adab yang telah dipelajarinya.

2. Dengan teladan dari kedua orang tua.

3. Mempergunakan kata-kata yang baik di depannya, khususnya ketika sedang marah.

4. Menepati segala apa yang telah dijanjikan kepadanya.

5. Memberi permisalan dengan cerita-cerita nyata sebagai teladan yang baik baginya.

Membentuk sisi sosial anak-anak

Sarana

1. Membawanya ke dalam pertemuan orang-orang besar.

2. Menunjukkan apa yang telah dipelajarinya di depan orang-orang besar untuk menumbuhkan rasa percaya dirinya.

3. Membiasakannya mengucapkan salam ketika keluar dan masuk ruangan.

4. Membiasakannya meminta izin dalam segala hal.

5. Mendidiknya untuk turut membantu pekerjaan di rumah.

Pendidikan Anak-Anak Tujuan dan Sarana________________________________

6. Membiasakannya untuk jual beli (apabila diperbolehkan) dan membiasakannya untuk berani yang sopan.

7. Mendatangi sanak famili dan berdiam bersama mereka sampai saat yang cukup.

8. Memelihara hewan-hewan yang jinak, burung-burung atau ikan yang memungkinkan bagi anak untuk bergaul dengannya.

9. Mengajaknya ke masjid setiap saat untuk menjadikannya menyukainya, terikat dengannya dan melihat orang-orang asing selain kedua orang tuanya.

10. Memilihkan teman yang baik dari lingkungannya atau dari kalangan sekitarnya.

Membangun sisi kejiwaan dan perasaan anak-anak

Sarana

1. Mengenali kejiwaan anak dan kebutuhannya pada tiap fase.

2. Menghargai anak dan tidak merendahkannya, khususnya di hadapan teman-temannya atau teman-teman Anda.

3. Mendengarkannya dengan baik apabila dia berbicara dan membuatnya merasa bahwa yang dibicarakannya adalah hal penting.

4. Memberi pengarahan kepadanya dengan lemah lembut, dan diutamakan dilakukan ketika sendiri.

5. Menemaninya dalam permainan dan duduk bersamanya.

6. Menyambut kedatangannya dan melepas kepergiannya dengan baik, dan membiasakannya hal yang demikian tersebut.

7. Berusaha menyenangkan anak, khususnya sebelum tidur, dan menjauhkannya dari kejadian-kejadian dan suara-suara yang menakutkan.

8. Menyadari bahaya memberikan hukuman fisik secara terus menerus.

9. Menyadari bahaya memberikan ancaman dengan hukuman terus menerus.

Membentuk fisik dan kesehatan tubuh anak-anak

Sarana

1. Membiasakannya melakukan senam badan yang ringan.

Pendidikan Anak-Anak Tujuan dan Sarana________________________________

2. Menjemurnya di sinar matahari setiap hari.

3. Mengadakan perlombaan olah raga bagi anak-anak.

4. Bermain bersama orang-orang dewasa.

5. Menjauhkan mereka dari penyakit yang menular.

6. Mengadakan check up secara berkala, khususnya untuk giginya.

7. Membiasakannya membersihkan gigi, pakaiannya dan tempat tidurnya.

8. Mempraktekkan ruqyah syar’iyah (doa’doa yang syar’i) sebelum tidur dan ketika sakit (dengan membaca surat Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas).

Membentuk rasa seni, keindahan dan kreatifitas anak-anak

Sarana

1. Mendidiknya untuk memperindah kamarnya dan menghiasinya.

2. Memperhatikan keindahan alat-alat yang khusus untuknya.

3. Menyediakan pena berwarna dan buku gambar, dan membiarkannya membuat apa yang dia inginkan, dengan pengawasan dari kedua orang tuanya.

4. Menyediakan permainan yang berupa permainan mengacak dan menyusunnya kembali, atau membongkar dan membangunnya kembali.

5. Menggunakan film video yang menggambarkan keindahan pemandangan alam.

6. Pergi ke taman-taman, pantai dan lainnya dan membiasakannya memikir dan memperhatikan (dalam bentuk sederhana).

7. Mendengarkan nasyid yang sesuai dengan umurnya.

8. Menjaga segala hasil karya seni anak-anak di map khusus, kotak khusus atau buku tulis dan tidak menyia-nyiakannya.

Pendidikan mesra pererat hubungan suci bapa dan anak

APA adalah orang penting dalam keluarga bagi membentuk sahsiah dan identiti seorang anak. Anak pula adalah penyejuk mata manusia dan buah hati bapa dalam hidup ini.

Justeru, anak yang menggembirakan umur dan menghiburkan hidup bapa. Disebabkan anak-anak, hidup bapa menjadi ceria dan seronok. Kerana anak-anak juga, bapa bekerja keras menampung keperluan seharian demi membesarkan mereka menjadi manusia berjaya.

Oleh itu, wajarlah bapa tidak cuai dalam membentuk pendidikan dan sentuhan kasih sayang kepada anak-anak.

Ia supaya anak-anak membesar dalam suasana penuh penghormatan, didikan tertib dan kasih sayang melimpah ruah.

Rahmat kasih sayang sejati dan akhlak Islam dalam kehidupan Rasulullah diungkapkan oleh Anas seperti mana kata-katanya: “Aku tidak pernah melihat seorang yang lebih merahmati keluarganya daripada Rasulullah.”

Kata Anas lagi: “Adalah Ibrahim (putera Rasulullah dari Mariatul Qibtiah) disusukan bagi Rasulullah di utara Madinah, maka Rasulullah pergi ke sana bersama kami lalu memasuki rumah itu dengan mengambil Ibrahim lalu diciumnya, selepas itu baru Baginda kembali.” (Hadis riwayat Muslim).

Abu Hurairah meriwayatkan, katanya, bahawa Rasulullah mencium Hussin bin Ali, lalu berkata Al-Aqra’ Ibn Habas: “Sesungguhnya bagiku ada sepuluh anak, tetapi aku tidak pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Lalu Baginda bersabda : “Sesiapa yang tidak merahmati, dia tidak dirahmati.”

Pendidikan dalam bentuk bermesra dan bergurau senda ketika melayani anak amat digalakkan dalam Islam seperti yang ditunjukkan Rasulullah.

Malah, Baginda juga pernah bersabda bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai anak kecil, hendaklah menjadi anak kecil terhadapnya.” (Hadis riwayat Ibn Asakir).

Rasulullah juga tidak membeza-bezakan layanan terhadap anak lelaki atau perempuan. Ummul Mukminin Aisyah pernah berkata: “Sesungguhnya, apabila Fatimah masuk menemui Rasulullah, Baginda bangun menyambut kedatangan puteri Baginda dan mengalu-alukan kedatangannya, menciumnya dan mempersilakan dia duduk dalam majlis Baginda.

“Begitu juga, apabila Rasulullah masuk menemuinya (Fatimah), dia bangun menyambut Rasulullah dan mencium baginda dan mempersilakan Rasulullah duduk dalam majlisnya. Dan sesungguhnya, Fatimah sudah masuk untuk berjumpa Rasulullah pada masa Baginda sedang sakit menjelang kewafatan Baginda, lalu Baginda mengalu-alukan dia dan menciumnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Perkembangan semasa menyaksikan penularan gejala keruntuhan akhlak dalam masyarakat, rapuhnya ikatan kekeluargaan dan sesama insan.

Ia turut menular dalam keluarga termasuk keretakan hubungan suami isteri dan anak dengan ibu bapa.

Kajian yang dijalankan menunjukkan, apabila fungsi bapa gagal dijalankan, maka ia akan membentuk sikap sama pada anak lelaki dan perempuan. Selepas berumah tangga, anak-anak itu akan melakukan perkara sama kepada anak mereka.

Dalam buku What A Difference A Daddy Makes oleh Dr Kevin Leman menggariskan sebab kehadiran seorang bapa penting dalam kehidupan anak. Antaranya:

1. Membentuk keyakinan diri seorang anak.

2. Mencorakkan maruah diri seorang anak.

3. Meningkatkan kecerdasan emosi dan kepintaran akalnya.

Membentuk tanggapan anak perempuan terhadap lelaki yang mendampinginya.

Anak-anak sangat memerlukan sentuhan, perhatian, belaian, kasih mesra, gurau senda dan ketegasan daripada seorang bapa.

Bagi anak, bapa yang selalu tidak berada di rumah akan menjadikannya seolah-olah seperti seorang anak yatim.

Justeru, kepulangan bapa tidak pernah disambut. Baginya, kehadiran bapa di rumah seperti ketiadaannya. Ini berlaku disebabkan tidak ada sentuhan sama ada dalam bentuk fizikal, perbuatan atau perkataan.

Lama kelamaan, anak hanya menjadikan bapa sebagai tempat meminta wang, bukannya sebagai tempat mengadu, bermain atau meluahkan masalah.

Anak berasakan mereka tidak ‘diterima’ oleh bapa sendiri. Ia menyebabkan anak-anak akan mengalihkan perhatian kepada kawan yang menerima mereka seadanya.

Bapa yang terlalu garang, kerap mengkritik anak, tidak pernah mendengar luahan perasaan dan pendapat anak serta sering membuat keputusan yang bertentangan dengan kehendak anak (kerana merasakan keputusan mereka lebih baik) juga menyebabkan anak merasa tersisih dalam rumah sendiri.

Perceraian dan poligami juga kadang-kadang menyebabkan bapa mula mengabaikan tanggungjawab memberi perhatian kepada anak yang sedang membesar.

Keadaan lebih buruk selepas anak meningkat remaja. Mereka akan lebih percayakan kawan dan lebih senang menghabiskan masa dengan kawan daripada keluarga sendiri.

Anak jenis ini akan mudah menerima huluran persahabatan daripada orang luar yang tidak dikenali. Mereka juga akan lebih mudah bersama remaja lain yang juga mempunyai bapa jenis itu.

Penerimaan orang lain terhadap seseorang adalah sesuatu yang diinginkan oleh setiap insan. Begitu juga, anak mahukan bapa menerima kehadirannya dengan sepenuh hati.

Anak juga mahukan bapa menghargai dan menyokong kebaikan anaknya, merangsang dan menggalakkan minatnya serta menegur dengan baik kesilapan dilakukannya.

Jika tugas ini gagal dijalankan oleh bapa, anak akan mengemis ‘penerimaan’ orang luar yang mungkin mengambil kesempatan daripada anak yang dahagakan kasih sayang.

Perhatian yang diberikan bapa kepada anak perempuan didapati mempengaruhi hubungan anak itu dengan lelaki lain.

Anak perempuan yang mendapat perhatian mencukupi daripada bapa akan meletakkan piawaian tinggi terhadap lelaki yang mendampinginya.

Dia tidak mudah terpengaruh dengan sifat luaran, tetapi mutu yang ada pada lelaki itu.

Kajian mendapati, anak perempuan yang tidak mendapat perhatian bapa kerap bertemu dan berkahwin dengan lelaki yang juga kurang mengambil berat terhadap perasaan isteri, rumah tangga dan anak-anak.

Allah memuliakan kedudukan bapa dan memerintahkan anak-anak taat kepada bapa seperti mana firman-Nya yang bermaksud: “Dan kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada kedua orang ibu bapanya” (Surah al-Ankabuut, ayat 8).

Justeru, wajarlah bapa menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikul dengan menunaikan hak kepada anak-anak dengan sebaik mungkin.

Hubungan bapa dan anak ibarat tali bersimpul mati. Hubungan bapa dengan anak tidak mungkin boleh dirungkai walaupun bapa sudah bercerai.

Hubungan ini tetap akan dituntut di akhirat kelak iaitu sejauh mana tanggungjawab yang ditunaikan dan hak yang diberikan.

Hubungan suci ini juga tidak akan berakhir walaupun anak itu sudah berkahwin dan berkeluarga. Malah, dalam satu hadis, Rasulullah menjelaskan keutamaan bapa yang berbuat baik terhadap anak yang sudah janda disebabkan kematian suami atau bercerai.

Rasulullah bersabda kepada Suraqah Ibn Ju’syum maksudnya: “Mahukah aku tunjukkan kepada kamu sebesar-besar sedekah atau daripada sebesar sedekah? Suraqah berkata: “Hebahkan wahai Rasulullah.” Lalu Baginda bersabda: “Puterimu yang sudah menjadi janda (kerana perceraian atau kematian suami) pulang kembali kepadamu, yang tidak mempunyai tempat bergantung selain daripadamu.” (Hadis riwayat Ahmad, An-Nasai dan Ibn Majah).

Sesungguhnya, anak-anak kita mungkin mempunyai ramai teman dan rakan serta boleh bertukar-tukar pasangan hidup, tetapi mereka hanya mempunyai seorang bapa saja di dunia ini.

PERANAN IBU BAPA DALAM MENINGKATKAN POTENSI ANAK-ANAK

Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka berjaya dalam hidup. Mereka ingin melihat tiap seorang daripada anak mereka mencapai kesejahteraan dari segi fizikal, mental, sosial dan juga rohaniah. Mereka sentiasa memikirkan masa depan zuriat mereka. Ini adalah satu jihad.

Dalam satu hadis , rasulullah s.a.w bersabda , yang bermaksud : “seorang anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah dan ibu bapanyalah yang mencorakkan sama ada ia menjadi seorang Yahudi , Nasrani , atau Majusi “. Apabila membincangkan soal untuk mempertingkatkan potensi intelek seseorang kanak -kanak , aspek -aspek lain seperti perkembangan fizikal , sosialnya ,dan rohaniahnya tidak boleh diketepikan.

Perkembangan dalam satu bidang akan mempergaruhi perkembangan dalam bidang yang lain. Umpamanya , perkembangan aspek komunikasi yanng optimum akan mempertingkatkan kemahiran sosial si anak. Ini kemudiannya akan mempengaruhi kemahiran inteleknya , meningkatkan daya kreatif dan menonjolkan bakat semulajadi yang diwarisi dari ibu bapa atau nenek moyangnya.

Peranan ibu bapa dalam usaha untuk mempertingkatkan potensi anak mereka boleh diwujudkan melalui konsep keibu – bapaan berkesan atau effective parenting. Konsep ini bertujuan untuk mencorakkan perwatakan atau personaliti si anak itu supaya ciri -ciri tingkah laku yang ditunjukkanya adalah baik dan sesuai dengan kehendak ibu bapa, keluarga , masyarakat dan negara .

Ibu bapa merupakan sebaik -baik contoh kepada anak -anak. Mereka perlu sentiasa menarik perhatian anak mereka kepada perwatakan dan tingkah laku yang baik agar si anak dapat menjiwakannya. Dasar kependudukan baru negara menekankan kewujudkan satu generasi yang sihat , dinamik , produktif serta mempunyai nilai -nilai hidup dan moral yang tinggi. Negara memerlukan tenaga kerja yang mahir dan berfikiran positif.

Ibu bapa mestilah mempunyai pengetahuan tentang perkembangan kanak -kanak , strategi pendidikan dan strategi pengubahsuaian tingkah laku supaya dapat mempengaruhi dan mencorakkan perkembangan anak mereka sepertimana yang di cita -citakan.

Faktor -faktor yang mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak -kanak itu bolehlah dibahagikan kepada dua , iaitu faktor persekitaran luar dan faktor dalam diri si anak itu sendiri. Persekitaran luar merangkumi suasana di mana si anak diasuh dan berkait rapat dengan faktor -faktor seperti taraf sosioekonomi , budaya serta hubungan dengan adik -beradik serta kawan -kawan di sekelilingnya , peralatan di rumah atau di sekolah dan media massa.

Faktor dalam diri sendiri termasuklah taraf kesihatan , taraf pemakanan pengamatan atau persepsinya terhadap dunia luar , pengamatan terhadap diri sendiri (sama ada dia berasa rendah diri atau sebaliknya ) , dan ciri -ciri serta bakat semula jadinya yang sedikit sebanyak terdapat dalam baka yang diwarisinya .

Setiap komponen yang memain peranan dalam mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak -kanak itu perlu difahami oleh ibu bapa. Mereka perlulah bijak mengenal pasti ciri -ciri kekuatan yang ada pada anak mereka di samping menumpukan perhatian pada sebarang kelemahan yang ada pada seseorang kanak -kanak itu boleh diatasi atau sekurang -kurangnya diperbaiki dengan menggunakan strategi -strategi tertentu.

Kekuatan atau bakat yang dikenal pasti boleh dipupuk dan dipertingkatkan lagi dengan memberi galakan serta peluang untuk si anak itu meningkatkan potensinya . Setiap pemgalaman yang memberinya kepuasan dan kejayaan akan menambahkan lagi perasaan yakin pada diri sendiri dan ini pula akan memberinya lebih kekuatan untuk berhadapan dengan cabaran -cabaran baru yang bakal menguji daya inteleknya . Keupayaan intelek (intellectual capacity ) seseorang itu adalah kurniaan Allah s.w.t yang tiada siapa boleh memahami.

Kebiasaannya , kita hanya boleh menilai kebolehan atau prestasi seseorang itu pada sesuatu ketika sahaja. Manusia sentiasa berubah dari segi kebolehan , tingkah laku dan sikap. Perubahan – perubahan ini adalah akibat pengaruh -pengaruhi luar , pengaruh -pengaruh dalam dirinya atau perasaannya pada peringkat trimester kedua kehamilan sehingga dua tahun selepas kelahiran.

Pertumbuhan otak berkembang pesat pada waktu ini. Bayi yang baru lahir hanya tidur , bangun untuk menyusu dan mula mengenal persekitarannya melalui deria-deria yang dimilikinya. Daya pemikirannya meningkat dengan peredaran masa dan pada usia tiga tahun dia sudah boleh berlari, melompat, bercakap menggunakan ayat yang penuh, bergaul mesra dengan rakan sebaya dan makan minum serta memakai baju tanpa pertolongan orang lain.

Perasaan ingin tahu sangat ketara ini dan dia bertubi-tubi mengemukakan pelbagai soalan kepada ibu bapanya dan sesiapa sahaja yang rapat dengannya bagi memenuhi kehausan pengetahuan pada dirinya.

Jika hakikat imi disedari, maka mudahlah difahami mengapa penjagaan yang rapi dan perhatian yang secukupnya harus diberikan daripada peringkat janin lagi untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan bayi yang optimum. Kesihatan ibu yang hamil adalah suatu aspek penting yang perlu diberikan perhatian serius. Ibu hamil yang menghidap penyakit atau mengamalkan tabiat hidup yang moden mengancam kesihatan seperti merokok, meminum arak, mengambil dadah atau ubat-ubatan yang dicegah dan juga mereka yang terdedah kepada unsur sinar-X boleh menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan janin yang didalam kandungan.

Demikian juga halnya dengan bayi yang dilahirkan secara kecemasan. Kekurangan bekalan oksigen ke bahagian otak-nya atau serangan penyakit yang boleh merosakkan otaknya akan menjejaskan perkembangan dan pertumbuhannya. Amalan -amlan yang sihat yang boleh mempertingkatkan kesihatan ibu hamil perlu diberikan perhatian. Di negara kita , kadar kematian di kalangan bayi akibat keadaan -keadaan yang sepatutnya boleh dicegah masih lagi berada di tahap yang tinggi. Ini tidak seharusnya berlaju memandangkan teknologi untuk mencegah atau merawat penyakit -penyakit ini telah ada dan mudah pula di dapati.

Pengawasan terhadap perkembangan dan pertumbuhan bayi selepas lahir dari semasa ke semasa adalah penting kerana ini merupakan satu -satunya cara untuk mengenal pasti sebarang keadaan yang luar dari kebiasaan .

Walaupun kerajaan telah menyediakan program – program bagi mengawasi perkembangan kanak -kanak , usaha -usaha ini tidak akan berjaya tanpa kesedaran pihak ibu bapa tentang peranan mereka dalam mengawasi perkembangan dan tumbesaran anak mereka.

Kunci kepada perkembangan dan tumbesaran yang optimum seseorang kanak -kanak itu ialah taraf kesihatan yang tinggi tanpa sebarang kecacatan atau penyakit yang serius. Andainya seseorang anak itu pekak atau buta ibu bapa haruslah bijak mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sianak itu dan mengetahui strategi-strategi berkesan yang boleh digunakan untuk memaksimumkan potensi anak mereka.

Anak yang menghidap penyakit perlulah mendapat rawatan segera agar doktor dapat mengenal pasti penyakit tersebut diperingkat awal serangannya dan mencarikan ubat yang sesuai. Usaha-usaha untuk mempertingkat ketahanan diri sianak supaya tidak selalu diserang penyakit juga perlu dijalankan.

Amalan, sikap san nilai-nilai yang ada pada ibu bapa banyak dipengaruhi oleh orang tua mereka sendiri. Mereka harus memikirkan sama ada ciri-ciri ini sesuai dengan keadaan, masa dan juga sifat-sifat yang terdapat pada anak mereka.

Umpamanya, mendisiplinkan anak dengan cara merotan mempunyai kesan yang negetif terhadap anak itu.

Sebaliknya, banyak kaedah positif lain yang boleh meningkatkan daya pemikiran dan kematangan sosial sianak. Caragayanya keibubapaan sudah semestinyalah sedikit sebanyak akan mempengaruhi seseorang anak apabila dewasa dan seterusnya menjadi ibu atau bapa pula. Kajian menunjukkan bahawa ramai ibu bapa yang sewaktu kecilnya menjadi mangsa penganiayaan orang tua mereka cenderung untuk menganiayai anak-anak mereka sendiri.

Keperluan dan citarasa seorang kanak-kanak berubah dari semasa ke semasa. Umpamanya, jenis makanan yang digemarinya akan berubah-ubah mengikut seleranya. Corak pakaian, permainan dan cara berkomunikasi dengannya juga perlu diubahsuai mengikut kematangan fikirannya.

Tingkah lakunya sering berubah-ubah.Tabiat yang dianggap lazim pada satu peringkat usia mungkin tidak manis atau tidak lagi sesuai apabila umur meningkat. Umpamanya, tabiat menghisap jari biasanya akan hilang dengan sendirinya bagi kebanyakan kanak-kanak tetapi jika ia berterusan sehingga usia enam tahun keatas, ini mungkin ada kaitannya dengan suasana yang kurang selesa baginya. Ibu bapa boleh menolong mengikis tabiat anak yang kurang manis jika mereka mengetahui asas kelakuan yang ditunjukkan serta kaedah modifikasi tingkahlaku.

Kanak-kanak yang baru memulakan persekolahan dalam tahun satu mempamerkan berbagai-bagai corak perwatakan. Seseorang guru yang cekap memerhatikan tingkah laku anak-anak muridnya boleh mengagak sama ada suasana dimana kanak-kanak itu dibesarkan merupakan suasana yang baik dengan segala keperluannya dipenuhi atau sama ada kanak-kanak itu datang dari kalangan keluarga yang kurang sejahtera, serba kekurangan dan kerap tidak dapat memenuhi keperluannya.

Mendisiplinkan anak adalah satu proses yang berterusan. Setiap detik dalam kehidupan anak itu merupakan satu pengalaman. Oleh itu, perwatakannya dari semasa akan terbentuk daripada setiap pengalaman yang bermula dari dalam rahim ibunya dan berterusan sehingga akhir hayatnya. Oleh itu , ibu bapa memain peranan untuk memastikan agar anak mereka sering didedahkan kepada pengalaman – pengalaman positif yang meninggalkan kenangan -kenangan manis kepadanya supaya dia dapat menyedari bakat yang ada padanya dan berbangga terhadap setiap pencapaiannya.

Kanak -kanak tidak sunyi daripada dilanda perasaan hiba , sama ada di sebabkan kehilangan orang yang disayanginya atau penyakit yang memerlukan rawatan di hospital dan berbagai -bagai lagi peristiwa yang menyedihkan. Tetapi , melalui belaian kasih dan cara berkomunikasi yang berkesan , pengalaman – pengalaman sedih ini boleh meneguhkan iman dan perwatakannya. Pengalaman -pengalaman ini

merupakan detik peristiwa yang boleh memberikan pedoman dan pengajaran yang berguna dalam hidupnya.

Umpamanya , kanak -kanak yang kematian ayahnya akibat kemalangan boleh dibantu jika ibu , datuk ,nenek dan saudara mara terdekat mencurahkan kasih sayang dan perhatian serta memberi nasihat – nasihat dan pandangan -pandangan positif yang boleh menolong mencorakkan personalitinya. Dia mungkin akan menjadi lebih cekal dan berfikiran lebih matang jika dibandingkan dengan kanak -kanak lain yang belum pernah mengalami situasi yang sebegitu mencabar.

Sebaliknya , jika si anak tidak mendapat sokongan emosi dan perhatian yang amat -amat diperlukan , kesedihannya mungkin akan berlanjutan dan akan menjejaskan perkembangan sosial dan inteleknya.

Kanak -kanak pekak , buta , yang cacat anggota atau yang mempunyai masalah perubatan seperti sawan memerlukan kemahiran keibubapaan yang khusus. Ibu bapa yang terlibat perlu mengorbankan masa mereka untuk menjalani latihan -latihan dan membelanjakan wang ringgit untuk mendapatkan keperluan keperluan seperti alat pendengaran , cermin mata rawatan perubatan atau terapi. Malah , mereka mungkin perlu peka terhadap kemajuan – kemajuan dalam teknologi pendidikan khas (special aducation ) melalui majalah – majalah , buku -buku serta latihan – latihan khas untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan -pengetahuan yang boleh digunakan bagi melatih anak mereka.

Ibu bapa juga perlu tahu tentang perkhidmatan untuk kanak -kanak cacat sama ada yang ditawarkan oleh badan -badan kerajaan , swasta atau pertubuhan -pertubuhan sukarela. Kadangkala , ada baiknya ibu bapa sendiri menganggotai organisasi -organisasi yang menyediakan perkhidmatan -perkhidmatan khas untuk kanak -kanak cacat dan yang bermasalah agar mereka dapat berhubung dengan pihak -pihak yang berkenaan yang boleh mengaturkan keperluan -keperluan khas untuk anak -anak mereka.

Rumusan

Untuk mempertingkatkan potensi anak -anak , ibu bapa perlu mempunyai sikap dan amalan positif serta pengetahuan yang boleh membantu mempengaruhi perkembangan anak mereka dengan lebih mendalam lagi terutamanya dari segi kekuatan dan bakat semula jadi yang dimilikinya. Dengan ini , ciri -ciri positif yang dimiliki oleh anak mereka dapat di pupuk dan dirangsang untuk mencapai kecemerlangan.

Pesan Untuk Pendidikan Anak

Sesungguhnya nikmat (yang diberikan) Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak terhitung dan diantara nikmat-nikmat yang sangat agung dan mulia adalah nikmat anak. Allah Ta’ala berfirman: “Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia.”

(Al-Kahfi: 46)

Nikmat yang sangat agung ini adalah merupakan satu amanah dan tanggung jawab bagi kedua orang tua dan akan ditanya tentang nikmat tersebut pada hari Kiamat,

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Masing-masing kalian adalah pemimpin dan masing-masing kalian (akan) ditanya tentang kepemimpinan-nya: Seorang imam adalah pemimpin dan dia (akan) ditanya tentang kepemimpinannya, dan seorang laki-laki adalah pemimpin dalam keluarganya dan dia (akan) di tanya

tentang kepemimpinannya.” (Muttafaq ‘Alaih).

Allah Ta’ala berfirman, yang artinya: ” Wahai orang-orang yang beriman jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka.” (At-Tahrim: 6)

Ibnul Qayyim radhiyallah ‘anhu berkata: “Barangsiapa menelantarkan pendidikan anaknya dan meninggalkan apa yang bermanfaat buat mereka, maka dia telah merusak masa depan anak; kebanyakan anak tidak bermoral hanya karena

bapak mereka tidak peduli terhadap pendidikan mereka , sehingga para bapak tidak dapat mengambil manfaat dari anak, dan anak (pun) tidak akan memberikan manfaat kepada bapaknya ketika telah besar.”

Kepada seluruh ayah, ibu dan pendidik (kami berikan) pesan dan nasehat yang singkat semoga Allah memberikan manfaat dengannya:

1. Landasan utama dalam pendidikan anak-anak adalah menanamkan nilai ‘ubudiyah (peribadahan) kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam hati mereka, serta memelihara dan menjaganya dalam diri mereka. Diantara nikmat-nikmat Allah yang diberikan kepada kita adalah bahwa seorang anak dilahirkan diatas

agama Islam, agama fithrah. Mak hal itu tidaklah membutuhkan kecuali menjaga dan memeliharanya serta senantiasa membantu mereka agar tidak menyimpang dan tersesat.

2. Ayah dan ibu dianggap beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala ketika mendidik, berinfak, menjaga, mengawasi, dan mengajari (anak-anaknya) bahkan sampai ketika membahagiakan mereka dan bersenda gurau dengan mereka, apabila ayah dan ibu mengharapkan yang demikian itu, maka mereka akan mendapat pahala. Memberikan nafkah kepada anak-anak adalah merupakan ibadah sebagaimana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Satu dinar yang engkau infaqkan di jalan Allah, satu dinar yang engkau infaqkan kepada hamba sahaya, satu dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin dan satu dinar yang engkau infaqkan kepada keluargamu, yang paling besar pahalanya adalah satu dinar yang engkau infaqkan kepada keluargamu.” (HR. Muslim).

3. Harus mengikhlaskan (niat) kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam mendidik anak, jika seorang pendidik menginginkan dunia maka keikhlasannya telah rusak. Tidak diragukan lagi bahwa tujuan mendidik anak adalah mencari pahala dari Allah Subhanahu wa Ta’ala .

4. Do’a adalah ibadah. Para nabi dan rasul telah berdo’a untuk anak-anak dan isteri-isteri mereka: “Wahai Rabb kami berikanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami.” (Al-Furqan: 74) Dan ketika Ibrahim berkata: “Wahai Rabbku jadikanlah negeri ini negeri yang aman serta jauhkanlah aku dan anak-anakku dari menyembah berhala-berhala.” (Ibrahim: 35)

Berapa banyak do’a-do’a dapat meringkaskan lamanya perjalanan tarbiyah? Pilihlah

waktu-waktu dikabulkannya do’a dan jauhilah penghalang-penghalangnya, rendahkanlah diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan memohonlah dihadapanNya agar Allah memberikan petunjuk kepada keturunanmu dan menjauhkan setan darinya.

5. Wajib bagi Anda mencari harta yang halal dan menjauhi yang syubhat (samar) serta janganlah (sampai) engkau terjatuh dalam keharaman. Sesungguhnya telah shahih dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa beliau bersabda: “Setiap jasad yang tumbuh dari harta yang haram, maka neraka lebih pantas baginya.” Ayah dan ibu jangan mengira bahwa harta yang haram itu ada dalam riba, mencuri dan wang

suap semata. Bahkan sampai ada dalam menyia-nyiakan waktu bekerja, dan memasukkan harta yang haram tanpa ada timbal baliknya. Maka kebanyakan para pegawai, pengajar dan pekerja meremehkan pekerjaan mereka dan terlambat dari waktu kerja beberapa detik. Demikian pula memakan harta manusia dengan

bathil dan merampas hak-hak mereka. Pilihlah harta yang halal walaupun sedikit

(jumlahnya) sesungguhnya di dalamnya ada berkah yang besar.

6. Teladan yang baik adalah merupakan (sarana) tarbiyah yang sangat penting. Maka bagaimana (mungkin) anakmu bersemangat melaksanakan shalat

sedangkan dia melihatmu menyia-nyiakan shalat? Dan bagaimana (mungkin) anakmu menjauhkan diri dari lagu-lagu dan lawakan sedangkan dia melihat kedua orang tuanya senantiasa mendengarkannya?!

7. Sabar adalah hal yang telah dilupakan oleh sebagian orang tua. Sabar adalah merupakan sebab-sebab terpenting dalam keberhasilan tarbiyah. Maka Anda wajib bersabar, atas teriakan anak yang masih kecil dan jangan marah, pahala dari Allah, saat menasehatinya dan jangan bosan, saat Anda menunggu anak agar dia keluar bersama Anda untuk shalat, dan saat engkau duduk di masjid setelah sholat ashar

agar anak Anda menghafal (Al-Qur’an) bersama Anda. Dan bergembiralah sesungguhnya Anda ada dalam jalan jihad.

8. Shalat, adalah kewajiban yang sangat agung dan inti yang kedua dari kewajiban agama didiklah anak Anda agar tahu tentang pentingnya dan agungnya kedudukan sholat. Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda sebagaimana hal itu diriwayatkan oleh Imam Ahmad: “Perintahkanlah anak-anak kalian shalat pada

usia 7 tahun dan pukullah mereka (jika meninggalkan) shalat pada usia 10 tahun.”

Wahai ayah janganlah Anda menjadi bodoh, yang mampu menyayangi anaknya dari dinginnya (hawa) pada musim dingin tapi tidak mampu membangunkan anaknya untuk mengerjakan shalat. Bahkan jadilah Anda diantara orang-orang

yang berakal dan sayangilah anakmu dari api neraka jahannam wal ‘Iyadzu billah, maka beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda: “Barangsiapa mengerjakan shalat Fajar secara berjamaah maka dia ada dalam perlindungan Allah.” (HR. Ibnu Majah).

9. Haruslah menjaga hak milik yang khusus dan bagian-bagian pribadi di antara anak-anak, serta bersikaplah adil terhadap mereka dalam pergaulan dan pemberian serta perhatian dalam pendidikan mereka.

10. Tumbuhkanlah dalam diri anak-anak Anda pengagungan terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala , mencintaiNya dan mentauhid-kanNya, dan peringatkanlah mereka tentang kesalahan aqidah yang engkau lihat serta peringatkanlah mereka

dari terjatuh kedalamnya. Perintahkan yang ma’ruf dan cegahlah dari yang mungkar serta doronglah mereka untuk melakukan hal tersebut, sesungguhnya hal itu menjadi penyebab tetapnya mereka di atas agama.

11. Kita berada dalam satu zaman yang didalamnya telah tersebar fitnah dari segala sisi. Maka jadilah Anda sebagai orang yang membela nasib anak-anakmu. Hendaklah engkau mempunyai nasehat yang baik dalam memilihkan

teman-teman mereka karena sesungguhnya seorang tergantung sahabatnya dan Rasul Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Seorang laki-laki diatas agama teman dekatnya maka hendaklah salah seorang dari kalian melihat kepada siapa dia berteman dekat.” (HR. At-Tirmidzi, Abu Daud dan Ahmad).

Waspadalah jangan sampai Anda mengajak mereka ke tempat-tempat yang hanya membuang-buang waktu saja atau tempat-tempat yang didalamnya ada

kemungkaran-kemungkaran. Jadilah Anda sebagai ayah, sahabat dan teman bagi mereka. Tumbuhkanlah sifat kejantanan dalam diri anak laki-lakimu dan serta sifat malu dan kesucian dalam diri anak perempuan-mu, dan tauladan ( dalam hal) pakaian, nasehat dan persamaan serta janganlah Anda meremehkan keluarnya anak-anak.

Semoga Allah mengumpulkan kita, mereka dan orang tua kita di Syurga ‘Adn. Semoga Allah memberikan shalawat kepada Nabi kita Muhammad, keluaraganya, dan para sahabatnya semua.

Petua RumahTangga Bahagia

Oleh Asmungi Sidek
(Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor).



1. Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3. Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4. Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6. Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9. Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10. Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11. Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12. Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13. Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15. Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16. Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19. Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20. Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21. Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22. Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23. Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

APA PUNCA ANAK DERHAKA?

Media massa memainkan peranan penting. Apabila diteliti terlalu kurang filem atau drama yang menayangkan cerita keluarga bahagia dan harmoni. Walaupun pengakhir-nya, si anak atau ibu bapa sedar dan bertaubat tetapi proses untuk kearah itu penuh perlakuan tidak sopan, tengking dan herdik serta bermaki hamun.

Kata Tuan Ibrahim, “Kita boleh adakan cerita yang baik. Tidak mustahil seorang anak mengajak adik-adiknya berdoa untuk kesejahteraan ayah mereka. Cium tangan ayah sebaik pulang dan balik kerja, ajak sembahyang jemaah dan sebagainya. Pelikkah kalau ibu bapa praktikkan begitu?” soalnya.

Proses pendidikan yang tidak bermoral turut mempengaruhi. Bagaimana mahu melahirkan anak-anak berakhlak jika di sekolah para guru tidak bermoral? “Selalu saya tekankan, jika baran dan marah sekalipun, tolong jangan keluarkan perkataan-perkataan celupar seperti bodoh, bengap atau dungu

kepada anak murid, kerana kata-kata guru seperti emak, sebahagian daripada doa,” pesannya.

Sabda nabi saw, “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukul.”

“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula renggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak

derhaka,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan, anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. “Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh

macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumah tangga.

Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. “Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup,” katanya lagi.

Faktor makanan turut mengganggu jiwa anak-anak dan menjadi aktif tidak menentu. Dalam proses tumbesaran anak-anak, jenis dan mutu makanan sangat penting kerana ia menjadi darah daging. Rasulullah pernah bersabda yang antara lain kisahnya, seo’rang budak bermain bola dan tertendang masuk ke dalam masjid. Dia masuk ke masjid dan bertembung dengan nabi, dan nabi pun menyebut anak subahat sebanyak tiga kali. Ayahnya runsing dan bertanya kenapa Rasulullah berkata begitu. Bila diperiksa rupanya faktor makanan yang dimakan oleh ayahnya mengganggu tumbesaran si anak. Ia membentuk darah daging dan air mani yang akhirnya membentuk si anak.

Makanan yang baik , pertama halal dan kedua bermutu. Duit halal atau haram turut mengkelaskan jenis makanan. Sebab itu, jika berpendapatan tetap salurkan sedekah atau membayar zakat kerana ia membersih harta. Daripada harta itulah, kita mendapatkan makanan yang akhirnya membentuk darah

daging.

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan onang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Uman juga pernah berjumpa budak kecil. Dia menghampiri budak itu dan berkata, “Wahai budak, tolong doakan untukku, agar Tuhan ampunkan dosaku.’ Sahabat-sahabat terkejut dan bertanya, “Ya Umar, kamu khalifah,

Allah dan rasul telah jamin syurga untuk kamu, kenapa tidak berdoa sendiri.”

Jawab Sayyidina Umar, budak-budak kecil tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau jumpa budak kecil, baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun anak anak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.

Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah

tentu membawa padah.

“Saya teringat satu kes, anak mendapat keputusan SPM pangkat dua. Si anak balik menangis dan minta maaf kepada onang tua. Si bapa marah-marah dan herdik seperti melakukan kesalahan terlalu besar. Tidak puas marah, anak dihalau keluar dan tidak bertegur sampai ke hari ini.

“Kasihan si anak yang telah berusaha tetapi gagal. Itu bukan kehendaknya dan rezekinya setakat itu sahaja, tetapi sikap si ayah membunuh jiwa dan terpahat di ingatannya sampai tua.”

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya anak derhaka dan melawan mereka? “Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka.“Sedekah ke masjid atas nama ibu. Walaupun ibu sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

“Allah maha pengampun dan luaskan rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram. Lebih teruk lagi, Allah tunjukkan dalam bentuk bala. “Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?

“Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi jalin hubungan yang baik kerana hayat orang tua bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.”

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak.

“Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetàpi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi sunuh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.

“Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati.Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. “Sebenannya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun

Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.”

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

“Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendini. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?”

“Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya.

Tuan Ibrahim juga menjelaskan, kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

“Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail, suatu hari, Nabi

Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isteninya pun tidak kenal dengan mentuanya.

“Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik isteninya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.

“Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan

daripada kalangan wanita ya berakhlak, lalu diceraikan. “Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum

balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.”

Tuan Ibrahim berpesan, “Ibu-ibu tolong maafkan anak-anak dan doakan keselamatan mereka. Memang anak-anak yang degil dan tidak mendengar kata, itu ujian Tuhan Berdoalah kepada Allah semoga bila usia anak meningkat perangainya berubah: “Jika masih tidak berubah, berdoa lagi moga-moga berubah selepas kahwin Sekiranya tidak berbeza, sebelum meninggal tulislah wasiat kepada anak-anak.

Tolong jangan tinggal sembahyang dan jadilah anak yang soleh. Ibu-ibu juga amalkan surah Toha ayat satu hingga enam kerana ia mujarab melembutkan hati anak-anak.”

__________________________________________________________________

MAJALAH WANITA JUN 1997

Rahsia jadi ayah yang berkesan

BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (199 , antaranya:

Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.

Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen `penyelesai masalah’ yang baik apabila dewasa berbanding kanak- kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.

Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.

Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.

Anak yang tidak berbapa.

Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak. Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:

Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.

Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.

Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran, terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.

Tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan.

Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian dari Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai `kebapaan’ ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:-

1. Bapa yang komited dan bertanggungjawab.

Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping ibu mereka.

Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah.

Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan `hadiah’ atau `anugerah’ yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!

2. Kenali anak anda.

Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka. Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing.

Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada mereka

3. Istiqamah (tetap pendirian)

Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.

Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan); sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan); kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.

4. Melindungi, menyara dan mendoakan.

Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah. Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya `mengajar’ anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.

5. Mencintai ibu mereka.

Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan `keibubapaan’, bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak.

Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.

6. Menjadi pendengar yang baik

Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia. Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan. Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka `berhak’ untuk didengari dan diberi perhatian.

7. Jadikan diri anda `pemimpin’ kerohanian.

Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan `keimanan’ dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid. Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.

Rencah Untuk Rumahtangga Bahagia

Kalau diibaratkan sebuah perniagaan, maka cinta suci merupakan modal asas

paling utama dalam membina keluarga bahagia. Selagi cinta itu masih suci murni, selama itu nikmat berbulan madu terus dapat dikecapi sepanjang berumah tangga. Lebih-lebih lagi andainya dapat dilengkapi dengan rencah-rencah tambahan berikut :

1. Puas Hati.

Terimalah pasangan anda dengan redha dan puas hati. Bersangka baiklah

terhadap Allah S.W.T Maha Suci yang telah menentukan jodoh kita. Jangan diungkit-ungkit kekurangan pasangan anda. Yakinlah bahawa tiap sesuatu itu sudah ditentukan oleh Allah dan mempunyai pelbagai hikmah yang kadang-kadang kita tidak faham. Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya: “Janganlah seorang lelaki mukmin membenci isterinya yang beriman. Bila ada perangai yang tidak disukai, dia pasti redha (menyenangi) perangainya yang lain (kebaikan)”.

Kita sebagai hamba tidak berhak memprotes ketentuan Allah S.W.T. Apa sahaja yang datang kepada kita semuanya ada kebaikan di sisi Allah walaupun kelihatan negatif pada pandangan manusia. Apa yang lebih penting ialah bagaimana kita menangani sesuatu itu dan dapat pula dijadikan ibadah atau saluran medapat keampunan

daripadaNya.

2. Kenang Jasa, Lupakan Kejahatan.

Sejarah yang agak popular ialah apabila ada seorang lelaki ingin menemui Khalifah Sayidina Umar al-Khattab r.a. Dia ingin mengadu tentang karenah isterinya. Sampai di halaman rumah dia terdengar suara rungutan isteri Khalifah Umar. Dia berhasrat membatalkan niat asalnya, namun terhenti apabila dia dipanggil oleh Umar. “Ada apa urusan engkau hendak menemui aku?” tanya Saiyidina Umar. Jawab lelaki itu, “aku bercadang hendak mengadu karenah isteri aku, tetapi aku terdengar tuan pun mengalami perkara yang sama, inikan pula aku rakyat biasa”. Saiyidina Umar menjelaskan, “aku tetap bersabar dan berterima kasih kepadanya

kerana dia banyak berbuat baik dan berjasa. Dia menjaga anak-anak aku memasak makanan untuk aku, membersihkan pakaian aku dan membuat urusan rumah bagi pihak aku”. Manakala isteri pula perlu mengenang jasa dan kebaktian suami dalam pelbagai aspek – makan, minum, pakaian, tempat tinggal, perlindungan, didikan dan tunjuk ajar.

3. Perkongsian.

Selain harta benda, ada aspek perkongsian yang tidak boleh diabaikan agar

kehidupan suami isteri sentiasa meriah dan mesra walaupun telah meningkat

usia. Perkongsian ini perlu dikekalkan hingga akhir hayat.

a. Perkongsian fitrah.

Apa saja yang kita suka orang lain berbuat kepada kita, maka itu juga yang

orang lain suka kita berbuat kepadanya. Oleh itu masing-masing mesti ada

toleransi. Dengan sendirinya berlaku perkongsian. Maka kedua-dua pihak tidak

terlalu menuntut hak masing-masing dan saling tuduh menuduh.

b. Perkongsian emosi.

Sayidina Umar Ibnu Khattab r.a. boleh saja mendakwa isterinya yang merungut

itu tidak memahami perasaan suami. Dia juga boleh menuduh isterinya tidak

wajar merungut kerana dirinya seorang khalifah yang memikul urusan umat. Dan

dia juga boleh menuntut agar dirinya dilayani dan tidak perlu melayani

karenah isterinya kerana dia seorang suami. Namun beliau memilih untuk

menyebut kebaikan -kebaikan isterinya kerana dia sebenarnya berkongsi

perasaan dengan isterinya. Beliau dapat merasakan keperitan dan kesusahan

isteri. Tentulah tidak patut kegembiraan dikongsi, manakala penderitaan

ditanggung sendirian.

Suami tidak patut menuntut agar isteri memahami perasaannya sahaja dan begitu juga sebaliknya. Rumah tangga tidak ubah seperti pelayaran kapal di lautan. Tidak selamanya lautan tenang atau tidak selamanya bergelora. Dalam satu kapal mana mungkin tidak mengalami tenang dan gelora bersama. Ketika suami pulang dengan bahang kemarahan maka isteri letakkan dirinya sebagai air yang dingin, demikian sebaliknya.

Suami keletihan dan kelesuan kerana urusan di luar rumah. Pada waktu yang sama isteri juga penat dengan urusan rumah dan anak-anak. Kalau demikian ertinya sama-sama keletihan atau sama-sama berkongsi kepenatan. Lantaran itulah Saiyidina Umar menunjukkan contoh betapa beliau memahami emosi isterinya.

Suami sedia mendengar rintihan isteri dan berkongsi rasa.

c. Perkongsian jiwa.

Rasulullah S.A.W. masih mengenang dan menyebut nama Siti Khadijah walaupun

isterinya sudah lama wafat. Di mana letaknya keistimewaan Siti Khadijah?

Rasulullah S.A.W. mengalami beban jiwa yang berat setelah menerima wahyu

yang pertama. Bukankah baginda adalah seorang rasul yang Allah S.W.T. bekalkan dengan jiwa yang kuat? Namun beban wahyu itu lebih berat berbanding kemampuan jiwanya.

Siti Khadijah r.ha telah memberi ‘input’ yang besar kepada jiwa baginda sehingga baginda pulih seperti sediakala. Siti Khadijah yang memberi peransang, suntikan semangat dan pertolongan. Dalam konteks kehidupan Rasulullah S.A.W. dan Siti Khadijah itu tentu ada proses timbal balik yang hebat antara keduanya.

Tentulah tidak dinafikan peranan Rasulullah S.A.W. sebagai seorang suami dalam mendidik Siti Khadijah sebagai isteri. Namun ada saat-saat tertentu yang sumbangan isteri tidak dinafikan begitu sahaja terutana dalam pengisian jiwa. Rasulullah S.a.W. bersabda, maksudnya: “Sesiapa berkahwin maka dia telah melindungi separuh agamanya. Oleh itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam memelihara yang separuh lagi.” (Riwayat al-Hakim.).

Sabda Rasulullah ini membuktikan bahawa perkongsian jiwa itu sebenarnya

memelihara sebahagian daripada agama. Masing-masing sandar-menyandar, saling teguh-memperteguh, pendorong dan benteng kekuatan jiwa.

Hiasilah Diri Kita Dengan KEIMANAN Bukan Dengan KEEGOAN.

Risalah Usrah – Membina Keluarga Bahagia

Catatan buku Risalah Usrah, Solihin Abu Izzudin (Bina Insani)

1. Keluarga adalah madrasah terdepan untuk membangun peradaban.

2. Ajarilah anak-akan anda dengan ingat api, ingat neraka dan ingat dosa

3. Pentingnya anda mempunyai visi dan misi keluarga Islami.

4. Tugas mendidik anak adalah sebuah projek pelaburan (investment).

5. Misi keluarga Islami adalah menuju kejayaan (sukses) duniawi dan ukhrawi.

6. Sabar dan istiqamahlah di dalam ketaatan dan jalan dakwah.

7. Membangunkan keluarga adalah sebuah risalah mulia. Keluarga adalah muara tempat mengusung cita dan cinta, untuk membumikan idea-idea dan gagasan cemerlang, serta meraih kejayaan di masa hadapan.

8. Membangun keluarga tidak ubah seperti membangunkan istana. Ia memerlukan tenaga yang besar, waktu yang panjang dan lama. Ia memerlukan kesedaran, kesabaran, tanggungjawab dan keteguhan.

9. Peranan keluarga sangat penting untuk selalu menghadirkan kekuatan (energi) agar dapat melangkah penuh semangat dan istiqamah di jalan dakwah.

10. Ciptakan keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Keluarga yang tenang, tenteram, dipenuhi dengan cinta, dihiasi akhlak mulia, dibingkai oleh taqwa dan selalu dinamis.

11. Kunci utama kejayaan sesebuah rumahtangga berada di tangan suami. Kerana suami adalah qawwam (pemimpin). Ia bertanggungjawab penuh dunia dan akhirat.

12. Kunci kedua adalah isteri. Ia berperanan menghadirkan cinta dalam rumah tangga dan membinta dirinya menjadi wanita yang solehah, yan qanitah (taat), dan hafizah (menjaga diri).

13. Isteri adalah pembantu suami, harus memiliki karakter yang kuat dan selalu istiqamahh dalam pelbagai keadaan.

14. Kunci ketiga adalah ikatan iman. Suami isteri bersinergi atas dasar iman dan dibangun di atas asas taqwa. Ruh dan kekuatan iman mesti ditumbuhkan, dikembangkan agar selalu tegar menghalau rintangan, cubaan dan hambatan. Bahkan mengubah tentangan dan hambatan menjadi peluang untuk meningkatkan kedewasaan dan menambah kebaikan.

15. Kunci keempat adalah tarbiyah zatiyah. Iaitu masing-masing membangun kesedaran untuk membina diri, mendidik nurani, menggali potensi dan mengoptimumkannya untuk memberi sumbangan (kontribusi).

16. Membangun istana yang kukuh memerlukan tenaga yang banyak dan waktu yang sangat lama. Tapi untuk meruntuhkannya cukup dilakukan seorang sahaja dalam waktu sekejap.

17. Kerja untuk meraih sebuah cita, membangun sebuah keluarga, menata sistem yang kukuh dan menegakkan aturan tadalah sebuah pekerjaan yang besar yang memerlukan tenaga dan kekuatan yang besar.

18. Ujian akan selalu mengingatkan manusia untuk menguji siapakah yang terbaik amalnya.

19. Salah satu cita-cita mulia kebahagiaan dunia adalah keluarga yang bahagia, menjadi penyejuk mata dan melahirkan pemimpin bagi orang yang bertaqwa.

20. Bangunkanlah keluarga anda agar kukuh dan mandiri, dinamis dan kreatif, inovatif dan produktif, siap beramal jamaie, melahirkan kader-kader dakwah yang unggul, mampu menjadi pelopor perubahan dan dapat memberikan keteladanan sosial yang akan menentukan wajah umat dan masyarakat.

21. Bangunkanlah keluarga anda agar berkomitmen menempuh jalan dakwah dan dapat tampil sebagai keluarga teladan dan ideal untuk menjadi contoh kepada masyarakat

22. Lihatlah kembali visi dan misi keluarga kita. Sudahkah kita memformat keluarga kita untuk menjadi keluarga yang produktif yakni keluarga yang menghasilkan generasi unggul, memiliki amal keunggulan dan dapat membuka pintu-pintu kebahagiaan.

23. Keluarga adalah permata yang berharga, oasis penyejuk jiwa, marhalah fasa pembentukan peribadi dan di dalamnya adalah ‘makmal’ amal.

24. Suami isteri yang melakukan pelaburan kebaikan dan amal soleh serta mencurahkan perhatian dan kasih sayangnya akan menuai balasan dari Allah berupa anak-anak soleh yang menyejukkan jiwa.

25. Keluarga adalah sebuah institusi yang di dalamya sangat diperlukan banyak sekali pengertian, pemahaman dan pengorbanan. Keluarga adalah tempat untuk mencurahkan perlindungan dan kasih sayang.

26. Memasuki alam keluarga itu seperti mengharungi samudera. Keluarga adalah rangkaian perjalanan panjang menuju pantai kebahagiaan di syurga yang diimpikan. Jadi, sudahkah anda membekali diri saat mengharunginya?

27. Persiapkanlah keluarga dengan sebaik-baiknya.

28. Lebah adalah binatang penuh ibrah. Keluarga muslim boleh mengambil pelajaran bagaimana lebah membangun tabiat berdikari dalam keluarga, dalam menentukan arah dan kebijakan untuk meraih tujuan.

29. Lebah hanya mengambil makanan yang halal dan tayyib.Maka jadilah keluaga islami yang hidup dari barang-barang yang halal.

30. Keluarga muslim harus berorientasikan pada memberi, memiliki human relations yang baik untuk membangun hubungan dan jaringan sosial di tengah masyarakat.

31. Setiap muslim harus memiliki misi yang jelas dalam membangun keluarga Islami agar wujud Rumah Ku Syurga Ku.

32. Fahamilah visi dan misi keluarga yang ingin anda bangunkan.

33. Keluarga merupakan tapak asas pertahanan, wadah pembinaan keperibadian, tempat menyemaikan kebaikan, sarana mengukir keimanan, wahana meraih ketaqwaan dan beraneka manfaat bagi kehidupan.

34. Peranan keluarga amat strategik untuk memgembalikan fitrah, menumbuhkan cinta dan kasih sayang sehingga keluarga benar-benar menjadi oasis spritual yang selalu dirindukan, yang mencerahkan dan mencerdaskan kehidupan.

35. Keluarga merupakan wahana penyempurnaan keimanan dan ketaqwaan. Pernikahan merupakan sebuah ikatan yang kuat (urwatul wutsqo), perjanjian yang agung (mitsaaqan ghalizha).

36. Pernikahan merupakan batu bata asas sebagai bahan bangunan yang baik untuk membangun keluarga yang soleh dalam masyarakat muslim yang soleh.

37. Tarbiyah Islamiyah adalah untuk merawat, menumbuhkan, mengembangkan, dan menjaga peribadi soleh dan solehah di dalamnya untuk meningkatkan kapasiti penghambaannya di hadapan Allah serta meraih kesempurnaan iman dan taqwa serta nikmat yang mententeramkan jiwa.

38. Taqwa kepada Allah merupakan asas setiap kebaikan. Allah akan menganugerahkan pada muttaqin berupa rezeki yang tak terduga, jalan keluar dari kesulitan, kemudahan dalam segala urusan, dicukupi segala keperluan, dihapuskan segala dosa dan ditutupi segala keaiban serta kesalahan.

39. Kebahagiaan itu bukan terletak pada cek atau kad ATM, bukan pada rumah yang megah, pasangan indah menawan, atau kenderaan mewah bernilai jutaan ringgit. Kebahagiaan itu ada pada hati yang terhibur, jiwa bersyukur, kehidupan yang teratur, dan keimanan yang subur. Bahagia kerana kebenaran dan keyakinan, dada yang lapang dalam kebaikan, ketenangan jiwa, fikiran yang tenteram. Bahagia kerana boleh menikmati anugerah yang Allah berikan, sabar dalam berbagai keadaan dan bersyukur dalam kenikmatan, dan apapun yang sedang dirasakan.

40. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan : “Kalau mereka mengetahui kebahagiaan yang kami rasakan, tentu para penguasa akan merampasnya dengan kekuasaan dan pedang mereka. Apabila aku diasingkan, maka pengasingan itu merupakan rekreasi bagiku. Apabila aku dipenjara, maka penjara itu merupakan khalwat untuk bermesraan dengan Allah. Apabila kami dibunuh, maka pembunuhan itu jalan shahid menemui kekasihku Allah Rabbul ‘Izzah.”

41. Kunci kebahagiaan adalah keseimbangan timbangan. Seimbang antara aspek ruh, fikiran dan jasmani.

42. Kebahagiaan dalam keluarga akan terwujud jika para suami-isteri saling menyedari, menjalankan kewajipan, menunaikan hak-hak pasangannya, dan memerlakukan pasangan dengan makruf.

43. Rasulullah s.a.w bersabda : “Saling menghadiahilah kamu agar saling mencintai”. Hadiah tidak mesti berupa harta, tetapi yang lebih berharga adalah berupa pandangan yang menyejukkan mata.

44. Rasulullah s.a.w bersabda : “Orang mukmi yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya”

45. Salah satu bentuk kebahagiaan dalam kehidupan adalah mempunyai kesamaan visi pandangan terhadap tujuan dan masa depan. Kesamaan visi ini akan memudahkan gerak dan alunan keluarga akan menjadi seumpama simponi yang indah, orkestra yang mempersona dan menghasilkan keindahan muzik yang mengesankan jiwa.

46. Membangunkan kesamaan visi harus dimulai dari aspek yang paling dasar yakni membersihkan hati dan menyatukannya. Kerana hati adalah kunci kebaikan yang hendak dibangunkan di atasnya.

47. Pendidikan hati adalah cara paling tepat untuk menyatukan visi agar dapat membahagiakan hati.

48. Pendidikan (tarbiyah) harus dimulai dengan pendidikan jiwa terlebih dahulu dan perhatian kepada hati harus tetap diberikan seiring perhatian terhadap akal.

49. Membangunkan keluarga adalah menyatukan dua kubu, mengkompromikan perbezaan-perbezaan, memadukan keragaman menjadi harmoni yang indah. Ibarat muzik atau orkestra yang dihasilkan dari aneka sumber suara yang berbeza namun menghasilkan sebuah alunan muzik yang mempersonakan.

50. Keluarga akan bahagia apabila keluarga itu memiliki visi yang jelas, dibangun di atas landasan taqwa, dipenuhi dengan aktiviti ibadah, dihiasi dengan akhlak mulia dan senantiasa menghasilkan kebaikan sehingga menjadi muara kerinduan seluruh anggota keluarga.

51. Memiliki visi yang jelas akan lebih mudah untuk membangun ikatan yang kuat, dapat digerakkan menjadi kekuatan yang hebat, produktif dan melahirkan beragam kebaikan.

52. Kejelasan tujuan adalah separuh dari kejayaan.

53. Keluarga akan bahagia bila berdiri kukuh di atas fikrah yang kuat dan jelas.

SUAMI DAN KELUARGA, SEPERTI IMAM DENGAN MAKMUMNYA

Firman Allah SWT di dalam al-Quran, Surah al-Furqan ayat 74:

وَ الَّذِيْنَ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَ ذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا

“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”

Ayat di atas merupakan siri sifat mulia yang Allah SWT senaraikan di dalam surah al-Furqan sebagai sifat terpuji bagi golongan yang disebut sebagai “Ibaad ar-Rahmaan” atau “hamba-hamba bagi Tuhan yang Pengasih”. Ia meliputi sifat-sifat utama yang menjadi ciri mukmin sejati, merangkumi sifat sebagai mukmin secara individu, mukmin sebagai da’ie, mukmin yang mentaati Allah sesempurnanya dan mukmin yang mencegah dirinya dari sifat-sifat keji dan perlakuan jenayah yang mencela Tuhan lagi mendatangkan mudarat kepada sesama manusia.

Namun, salah satu daripada sifat keutamaan hamba-hamba Allah ini, adalah sifat dan peranannya sebagai pemimpin kepada keluarga. Bukan sahaja beliau berusaha gigih membentuk diri sebagai seorang mukmin yang sejati, beliau juga tidak lupa untuk membawa keluarganya ke gerbang kejayaan yang hakiki. Ini adalah sifat sebenar bagi orang yang berjaya, kerana mereka yang berjaya bukanlah dari golongan yang berjaya sendirian. Orang yang benar-benar berjaya adalah mereka yang membawa orang lain untuk berjaya bersama-sama dengannya. Dan sudah tentulah orang lain yang paling utama untuk dibawa bersama ke mercu kejayaan adalah ahli keluarga kita sendiri.

Walau bagaimana pun, doa seorang mukmin yang bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya ini, mestilah diteliti dengan cermat kerana terdapat banyak sentuhan halus al-Quran yang wajar dijadikan bahan penitipan tarbiah.

Mungkin bagi seorang suami dan bapa yang ‘biasa’, doanya biasa sahaja. Dia akan memohon kepada Allah SWT supaya menjadikan isteri dan anak-anaknya sebagai orang-orang yang bertaqwa. Mungkin beliau akan berkata “Ya Allah, jadikanlah diriku, isteri dan anak-anakku sebagai orang yang bertaqwa”.

SUAMI DAN KELUARGA, SEPERTI IMAM DENGAN MAKMUMNYA__________

Namun kehalusan al-Quran (Lathaa’if Qur’aaniyyah) mengolah doa seorang suami dan bapa yang bersifat dengan sifat Ibaad ar-Rahmaan dengan cara yang lebih teliti. Renungi kembali ayat al-Quran tersebut:

وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا

“Serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”

Doa tersebut menggunakan konsep Imam dan Makmum di dalam pengendalian peranan suami dan bapa. Ia lebih kukuh kepada mendatangkan makna seorang mukmin yang sejati kerana doa ini adalah doa yang di dalamnya ada amali. Ia bukan doa yang miskin usaha, sebaliknya doa yang disertai dengan pengorbanan, usaha, kesusahan dan ikhtiar. Mana mungkin begitu mudah kita memohon agar Allah mengurniakan ‘penyejuk mata’ melalui isteri dan anak-anak tanpa terlebih dahulu kita berikhtiar, sebagai memenuhi Sunnatullah yang memberi kepada yang berusaha?

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

“Jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa”. Sebelum seorang mukmin memohon agar Allah menjadikan isteri dan anaknya sebagai orang yang bertaqwa, beliau memohon agar dirinya menjadi imam kepada golongan muttaqin ini. Ertinya, jika dia mahu isteri dan anaknya bertaqwa kepada Allah, maka dialah yang terlebih dahulu menjadi orang yang paling bertaqwa, sebagaimana imam yang memiliki kelebihan yang lebih daripada makmum. Maksudnya, doa ini mengajar kepada kita supaya membentuk diri agar menjadi seorang yang bertaqwa, lantas dari situlah nantinya, Allah melapangkan dada isteri dan anak-anaknya untuk menyusuri jalan Taqwa yang sama. Sesungguhnya di sinilah letaknya soal kepimpinan melalui teladan, mengajar melalui tingkah laku dan bukan hanya dengan konsep carrot and stick sebagai metodologi mudah amalan kebanyakan kita.

SIFAT BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP JEMAAHNYA

Di antara aspek yang boleh ditonjolkan melalui konsep Imam dan Makmum ini adalah rasa tanggungjawab yang ada pada diri seorang imam terhadap makmum yang mengikutnya. Imam mengambil 100% tanggungjawab memimpin jemaahnya agar dapat menunaikan solat dengan betul mengikut kaifiyat serta berdisiplin di dalam perlakuannya. Imam perlu membetulkan saf makmum, membaca ayat-ayat al-Quran yang mendidik jemaahnya, serta menampung kekurangan makmum di dalam pembacaan al-Fatihah dan lain-lain.

SUAMI DAN KELUARGA, SEPERTI IMAM DENGAN MAKMUMNYA__________

Begitulah konsep yang sama di dalam sebuah keluarga. Seorang suami dan bapa hendaklah mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap segala keadaan isteri dan anaknya. Beliau mendisiplinkan mereka, manakala salah laku dan kecacatan yang ada pada isteri dan anak hendaklah dipulangkan kepada diri suami dan bapa. Renungi sejauh mana kita telah melaksanakan tugas tersebut dan apakah dosa peribadi yang telah kita lakukan sehingga kesannya tertimpa kepada isteri dan anak-anak.

Masyhur sekali kisah seorang anak yang gemar mencuri pensel kawan-kawannya di sekolah kerana ayahnya sendiri sering membawa pulang pen pejabat ke rumah untuk kegunaan peribadi. Anak berdosa, isteri ingkar, jangan segera menyalahkan mereka tetapi muhasabahlah diri kerana itu etika seorang imam terhadap makmumnya.

BERHUBUNG DAN TIDAK MUFARAQAH

Salah satu elemen yang penting di dalam pembentukan sebuah institusi imam dan makmum dan hubungan yang wujud di antara mereka.

Imam mestilah sentiasa berhubung dengan makmum. Ia berlaku melalui suara pembacaannya yang cukup jelas untuk diamati serta perbuatannya yang dapat dilihat oleh makmum untuk diikuti. Tidak mungkin dan tidak harus bagi seorang imam untuk berada di tempat yang tidak dapat diikuti oleh makmumnya. Dia harus sentiasa mengekalkan hubungannya dengan makmum. Terus berhubung, kerana melalui perhubungan itulah peranan imam terlaksana.

Hal ini mengingatkan kita kepada suatu sajak di dalam buku Chicken Soup for the Teenage Soul on Love & Friendship (Chicken Soup for the Teenage Soul) oleh Jack Canfield, Mark Victor Hansen dan Kimberly Kirberger

“If I had My Child to Raise Over Again”

By Diane Lemons

(From Chicken Soup for the Soul)

If I had my child to raise all over again :

I’d build self-esteem first, and the house later.

I’d finger-paint more, and point the finger less.

I would do less correcting and more connecting.

I’d take my eyes off my watch, and watch with my eyes.

I would care to know less and know to care more.

I’d take more hikes and fly more kites.

I’d stop playing serious and seriously play.

I would run through more fields & gaze at more stars.

Ayat “I would do less correcting and more connecting” mestilah direnungi secara serius oleh setiap bapa dan suami. Selalu benar seorang suami itu cenderung kepada correcting terhadap kesalahan isterinya sedangkan hak isteri untuk ‘dihubungi’ oleh suaminya tidak dipenuhi. Kita bersama tetapi terpisah, kita dekat tetapi jauh, kita sebumbung tetapi seorang di suatu lembah manakala seorang lagi di lembah yang lain. Sukar sekali di dalam masyarakat Melayu kita yang less expressive untuk membuka hati dan mulutnya, membina hubungan dengan isteri yang mahu didengari dan ‘dihubungi’.

Lebih parah adalah sikap bapa yang tidak berhubung dengan anak-anak. Kita mengambil falsafah burung membesarkan anak-anak kita yang manusia. Kita bina sarang di dahan yang tinggi untuk keselamatan, kita keluar awal pagi untuk mencari rezeki dan kemudian pulang ke rumah di sebelah petang dengan rezeki untuk disuap ke mulut anak-anak yang menjerit-menjerit seperti anak burung itu tadi.

Namun, perlulah diinsafi bahawa anak-anak kita menjerit bukan semata-mata kerana perut yang lapar dan fizikal yang berhajat, namun jiwa mereka turut kelaparan. Mereka mahu ‘dihubungi’. Mereka mahu didengari, mereka mahu rasa ‘dekat’ dengan bapa mereka. Lihat sahaja perilaku Rasulullah SAW yang membelai rambut anak cucunya, mencium mereka, berhenti berceramah dan memeluk Hasan serta Husain, sujud lama kerana membiarkan Husain yang sedang menunggang Baginda dan pelbagai contoh Baginda membina body contact. Daripada Anas RA, Rasulullah SAW juga diberitakan memberi salam kepada kanak-kanak. Baginda juga tidak meminggirkan kanak-kanak dari gurau senda dan perbualan seharian Baginda SAW.

Dari Sahl bin Saad as-Saa’idi RA, bahawa Rasulullah SAW pernah suatu ketika dihindangkan dengan minuman. Di kanan Baginda terdapat seorang kanak-kanak, manakala di sebelah kiri adalah orang-orang dewasa. Selepas meminum sebahagian minuman tersebut, Baginda SAW bertanya kepada budak itu: “adakah kamu izinkan aku memberikan air ini kepada mereka (orang-orang dewasa)?” Lalu budak itu menjawab: Tidak, demi Allah aku tidak akan lepaskan bahagianku darimu kepada sesiapa pun!

MEMBETUL DAN DIBETULKAN

Isteri dan anak adalah amanah yang mesti dipelihara dengan baik. Kesilapan dan kekurangan mereka hendaklah dipantau. Hubungan yang kukuh di antara imam dan makmum, membolehkan proses membetulkan itu dilakukan dengan baik oleh imam. Begitulah perihalnya dengan bapa atau suami dengan isteri dan anaknya. Mulakan kewajipan membetul itu dengan membina hubungan terlebih dahulu. Sebagaimana jemaah menolak untuk dipimpin oleh imam yang dibenci, begitu jugalah isteri dan anak akan menolak nasihat dari seorang lelaki ‘asing’ bernama suami dan ayah.

Namun, di dalam melaksanakan kewajipan itu, imam juga bersedia untuk dibetulkan. Jika sedang menjalankan tugasnya sebagai imam di dalam solat, ada kesilapan yang berlaku, makmum berhak bahkan dituntut untuk membetulkan imam.

Demikianlah keadaan bagi sebuah rumahtangga yang bertaqwa. Seorang suami atau ayah yang sedang melaksanakan tugasnya sebagai imam, pasti sesekali akan melakukan kesilapan yang lazimnya berpunca dari alpa dan leka. Maka isteri dan anak-anak hendaklah mengambil peranan membetulkan kesilapan itu dengan cara-cara yang sopan dan mulia. Dalam masa yang sama, ketua keluarga tersebut hendaklah pula berlapang dada menerima teguran kerana matlamat dan tujuan rumahtangga itu adalah keredhaan Allah. Ketika sedang menuju Allah, kita bahu membahu menyusuri jalan yang panjang itu.

TIDAK MELEBIHI HAD LAJU

Seorang imam yang bertimbang rasa akan sentiasa peka dengan keupayaan dan keadaan makmumnya. Makmum yang tua akan dirai dengan tidak terlalu memanjangkan bacaan. Makmum yang muda terhibur dengan bacaan yang jelas lagi bertenaga. Janganlah pula imam itu terlalu laju sehingga membiarkan jemaahnya tunggang langgang. Atau seronok sendiri sehingga makmumnya tercicir.

Begitulah keadaannya ketika sebuah rumah tangga yang dipimpin oleh seorang hamba kepada Tuhan yang Pengasih. Ketika dia dalam perjalanan menuju Allah, janganlah sekali-kali isteri dan anak-anak itu ditinggalkan.

Andaiannya, selepas kita berhenti rehat semasa di lebuhraya, lantas tiba-tiba menyedari yang anak kita tertinggal di kawasan rehat, 40km di belakang, bayangkan perasaan kita semasa itu. Bayangkan betapa cemasnya kita mencari u-turn atau simpang untuk berpatah balik menyelamatkan anak yang sudah tentu sedang menangis teresak-esak di celah kekecohan orang ramai.

Namun, apakah perasaan kita sama semasa kita meninggalkan anak dan isteri di dalam perjalanan kita menuju Allah. Kita sibuk dengan kerja-kerja kebajikan serta pertempuran mencari rezeki menampung kehidupan, tidakkah ramai di kalangan kita yang membiarkan anak kita keciciran dan sedar-sedar kita sudah tiada u-turn untuk kembali menyelamatkannya.

Janganlah terlalu deras menurut desakan keperluan hidup sehingga kita tercicirkan isteri dan anak yang kebingungan itu. Jangan sekali-kali…

ERTI DOA YANG SEBENAR

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَ ذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا

“Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”

Sesungguhnya doa ini amat besar maknanya. Ketika menadah tangan memohon hidayah dari Allah, mohonlah dengan sedar supaya Allah menjadikan kita terlebih dahu sebagai insan paling bertaqwa, kerana yang paling bertaqwa itulah sahaja yang layak menjadi imam bagi makmum yang bertaqwa.

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah dari manusia dan batu. Di atasnya ada malaikat yang amat keras dan mengerikan. Mereka tidak sekali-kali membantah apa sahaja yang Allah perintahkan, bahkan mereka terus melaksanakan apa yang diperintah (oleh Allah)” [At-Tahrim 66 : 6]

ABU SAIF

Cheras, Kuala Lumpur

17 Mei 2005

TIPS UNTUK SUAMI ISTERI

BIASANYA, selepas suami isteri bergaduh dan bertengkar, mereka mahu berdamai. Kalau boleh, mereka mahu pergaduhan itu adalah yang terakhir dan inginkan perdamaian yang kekal. Bagaimanapun, kebiasaannya, apa yang berlaku sebaliknya. Perdamaian itu bersifat sementara. Esok lusa mereka bergaduh lagi.

Antara faktor yang menyebabkan suami isteri bergaduh dari semasa ke semasa ialah kerana mereka tidak menggunakan teknik yang betul untuk berdamai. Pakar komunikasi interpersonal memberi panduan untuk mencapai perdamaian yang tahan lama, antaranya:

- Jangan menghukum

Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua pihak. Dalam keadaan begitu, masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak yang satu lagi.

Lelaki dan wanita mempunyai cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki cenderung untuk “menarik diri“ dengan mereka tidak mahu lagi bercakap dengan isteri, melainkan terpaksa. Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami.

Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah. Hukuman juga tidak menolong proses berdamai. Malah ia hanya akan mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat mahu berdamai, jangan menghukum.

- Jangan berdusta

Kalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu berdamai, dan kita sendiri pun juga mahu berdamai, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura sudah benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong untuk melupakan usaha berdamai.

- Jangan mencari salah

Kalau mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Perbuatan mencari salah termasuk mencari kelemahan dan kekurangan orang itu, dan menuduh orang itu salah atau silap. Ia juga termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan.

- Elak bahasa negatif

Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Kalau mahu berdamai, berhentilah daripada menggunakan bahasa negatif.

- Senyum semula

Kajian mendapati antara perkara yang banyak disebut lelaki terhadap bekas isteri mereka ialah janda mereka tidak senyum lagi. Jadi, senyumlah, walaupun susah kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.

- Mula berdamai

Biasa terjadi, konflik yang berlaku itu berlarutan beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu memulakan proses berdamai. Walaupun masing-masing mungkin mahu berdamai, masing-masing takut risiko jika dia yang memulakannya. Mana tahu kalau orang itu tidak mahu berdamai?

Kalau benar kita mahukan perdamaian, ambil langkah pertama untuk berdamai. Jangan tunggu sampai orang itu yang mesti memulakannya.

Tunjukkan bukti kita mahu berdamai. Gunakan kata-kata ataupun perbuatan. Andai orang itu menolak usaha kita, kerana dia memang tidak mahu berdamai, sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk berdamai, jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha.

TIPS UNTUK SUAMI ISTERI___________________________________________

- Kenal pasti punca masalah

Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi punca masalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat dan diatasi, selagi itu konflik yang sama akan berulang kali tercetus lagi. Sebagai contoh, perbuatan isteri yang suka mengugut suami mungkin menjadi punca konflik.

Kenal pasti dengan tepat punca masalah itu. Tujuannya bukanlah untuk mengungkit perkara yang sudah berlaku, tetapi bagi mengelakkannya berulang pada masa depan.

Apabila mengenal pasti punca masalah, jangan gunakan perkataan yang berfungsi sebagai label kepada perbuatan orang itu. Gunakan perkataan yang memperjelaskan apa yang sebenarnya dia telah lakukan sehingga tercetusnya konflik.

- Kenal pasti perubahan

Perjelaskan dengan bahasa yang tepat apakah perubahan yang kita mahukan. Disebabkan konflik biasanya berpunca daripada tingkah-laku yang tidak disetujui, cara berdamai ialah dengan mengubah tingkah-laku itu.

Ramai orang, apabila mahu pasangannya mengubah tingkahlaku, mereka bercakap secara am dan kabur. Mereka menggunakan perkataan yang mempunyai banyak makna. Ini menyebabkan pasangannya tidak faham dengan jelas tingkah laku yang mana satu yang mesti diubahnya.

Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik dengan pasangan sendiri tidak perlu dipelajari. Semua orang memiliki kebolehan itu sebagaimana semua manusia memiliki kebolehan berlari. Tetapi kebolehan hidup dalam perasaan seronok, gembira dan bahagia dengan pasangan mesti dipelajari sebagaimana manusia perlu belajar cara berlari menggunakan teknik yang betul.

~ oleh ANUAR AHMAD di Februari 28, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: