HIMPUNAN ARTIKEL ISLAMI

HIMPUNAN ARTIKEL ISLAMI

1. PAHALA MEMBANTU JIRAN DAN ANAK YATIM

Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, “Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?”

Jawab yang lain, “Enam ratus ribu.”

Lalu ia bertanya lagi, “Berapa banyak yang diterima ?”

Jawabnya, “Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq.”

Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.

Jawab orang itu, “Muwaffaq.”

Lalu abdullah bin Mubarak bertanya padanya, “Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?”

Jawab Muwaffaq, “Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus dirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalau aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.

Jawab jiranku, “Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu.”

Ketika aku mendegar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu.

“Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku.” Kata Muwaffaq lagi.

Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.

Rasulullah s.a.w ada ditanya, “Ya Rasullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk syurga.”

Jawab Rasulullahs.a.w, “Jadilah kamu orang yang baik.”

Orang itu bertanya lagi, “Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?”

Jawab Rasulullah s.a.w, “Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat.”

2. Pendekatan mendidik lebih sesuai atasi masalah remaja

Oleh Siti Aishah Mahamad

PEMBABITAN remaja melakukan perkara menyalahi agama, termasuk pergaulan bebas lelaki dan perempuan hingga melanggar batas hukum dan norma masyarakat menjadi kebimbangan hari ini.
Mencari siapa yang salah atau menuding jari bukanlah tindakan bijak, sebaliknya semua pihak perlu rasa terpanggil untuk mencegah perkara bercanggah nilai Islam. Tugas menegak yang hak dan benar, mencegah yang mungkar adalah tanggungjawab setiap anggota masyarakat.

Firman Allah yang bermaksud: “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada mereka yang menyeru manusia kepada jalan Allah serta beramal salih, seraya berkata, “Aku daripada kalangan orang Islam.” – ( Surah al-Fussilat, ayat 33)

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dicegah dengan tangannya, jika tidak mampu ,hendaklah cegah dengan kata-kata dan jika tidak berdaya, cegahlah dengan hati dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman.” – (Hadis Sahih Muslim)

Pihak bertanggungjawab memupuk nilai Islam kepada remaja ialah:

Ibu bapa dan keluarga kerana mereka paling hampir dengan remaja.

Allah berfirman yang bermaksud: “Peliharalah dirimu dan ahli keluarga dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu.” – – (Surah at-Tahrim, ayat 6)
Remaja bermasalah dan terbabit dengan salah laku sosial biasanya dibesarkan dalam keluarga kurang mengambil berat amalan agama dan taraf ekonomi rendah. Apakah kita terus menyalahkan remaja sedangkan mereka tidak diberi perhatian dan tunjuk ajar?

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Anak dilahir dalam keadaan fitrah dan ibu bapanyalah yang menentukan sama ada anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” – (Sahih Bukhari)

Ibu bapa perlu mengambil berat penghayatan agama anak mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.” – (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Sekolah harian biasa selalu dikaitkan dengan masalah disiplin yang tinggi. Jika ditanya pelajar yang menghadapi masalah disiplin seperti bergaduh, buli dan mencuri, semua mengatakan mereka tidak pernah solat dan jauh sekali membaca al-Quran.

Justeru, di samping kelas pengajaran dan pembelajaran wajib di waktu pagi, pihak sekolah bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh merancang kelas tambahan bagi memantapkan solat dan membaca al-Quran. Pihak sekolah juga boleh mengadakan kem motivasi solat, kem ibadat dan sebagainya.

Institusi dalam masyarakat seperti masjid atau surau boleh berfungsi dengan luas sebagai pusat pendidikan Islam bagi seluruh lapisan masyarakat. Kita lihat kebanyakan masjid dan surau dikunjungi orang dewasa dan veteran.

Selain solat lima waktu, masjid atau surau perlu diimarahkan dengan program pemantapan agama untuk menarik remaja mengikut cita rasa golongan itu seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Kelab Rukun Tetangga yang dibentuk di kawasan perumahan juga boleh mengenal pasti masalah penduduk dan jiran. Pihak KRT juga perlu mengenal pasti masalah dan buat perancangan aktiviti berbentuk kebajikan atau mencegah kemungkaran.

Jika ada masalah remaja melepak lelaki perempuan dan melakukan perbuatan sumbang, adakan tugasan bergilir membuat rondaan. Guna pendekatan mendidik sebelum menghukum atau hukuman yang membina.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO)juga boleh membantu golongan remaja bermasalah ini. NGO boleh melaksanakan atau bekerjasama dengan pihak sekolah, agensi kerajaan atau mana-mana institusi dalam masyarakat setempat.

Firman Allah yang bermaksud: “Tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolongan dalam membuat dosa dan mungkar, bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras siksa-Nya.” – (Surah al-Maidah, ayat 2)

Penulis ialah Guru Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuantan, Pahang dan Ketua Wanita JIM Pahang. Penulis boleh dihubungi di emel wanitajim0@yahoo.com

3. PENTINGNYA MENGINGAT KEMATIAN

Sesungguhnya kematian adalah haq, pasti terjadi, tidak dapat disangkal lagi. Allah s.w.t berfirman, ertinya,
“Dan datanglah sakaratul maut yang sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari dari padanya.” (QS. Qaaf:19)

Siapakah di antara kita yang meragui kematian dan sakaratul maut? Apakah ada orang yang meragui kubur dan azabnya? Siapakah yang mampu menunda kematiannya dari waktu yang telah ditentukan?

Mengapa manusia sombong padahal kelak akan dimakan ulat? Mengapa manusia melampaui batas padahal di dalam tanah kelak akan terbujur? Mengapa menunda-nunda , padahal anda mengetahui kematian akan datang secara tiba-tiba?

Hakikat Kematian

Adalah salah bila ada orang yang menyangka bahawa kematian itu hanya kefanaan semata dan pengakhiran secara total yang tidak ada kehidupan, perhitungan, hari dikumpulkan, kebangkitan, syurga atau neraka padanya!! Sebab andaikata demikian, tentulah tidak ada hikmah dari penciptaan dan wujud kita. Tentulah manusia semua sama saja setelah kematian dan dapat beristirahat lega; samada mukmin dan kafir, samada pembunuh dan terbunuh , samada si penzalim dan yang dizalimi, samada yang taat dan maksiat, samada penzina dan yang rajin solat , samada ahli maksiat dan ahli takwa.

Pandangan tersebut hanyalah bersumber dari pemahaman kaum atheis yang mereka itu lebih buruk dari binatang sekali pun. Yang mengatakan seperti ini hanyalah orang yang telah tidak punya rasa malu dan menggelarkan dirinya sebagai orang yang bodoh dan ‘gila.’ (Baca: QS. At-Taghabun:7, QS. Yaasiin: 78-79)

Kematian adalah terputusnya hubungan ruh dengan badan, kemudian ruh berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain, dan seluruh lembaran amal ditutup, pintu taubat dan pemberian masa pun terputus.

Nabi s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selama belum sekarat.” (HR. At-Turmuzi dan Ibn Majah, disahihkan Al-Hakim dan Ibn Hibban)

Kematian Merupakan Musibah Paling Besar!!

Kematian merupakan musibah paling besar, kerana itu Allah s.w.t. menamakannya dengan ‘musibah maut’ (Al-Maidah:106). Bila seorang hamba ahli taat didatangi maut, ia menyesal mengapa tidak menambah amalan solehnya, sedangkan bila seorang hamba ahli maksiat didatangi maut, ia menyesali atas perbuatan melampaui batas yang dilakukannya dan berkeinginan dapat dikembalikan ke dunia lagi, sehingga dapat bertaubat kepada Allah s.w.t. dan mula melakukan amal soleh. Namun! Itu semua adalah mustahil dan tidak akan terjadi!! (Baca: QS. Fushshilat: 24, QS. Al-Mu’minun: 99-100)

Ingatlah Penghancur Segala Kenikmatan!!

Nabi s.a.w. menganjurkan agar banyak mengingat kematian. Beliau bersabda, “Perbanyaklah mengingat penghancur kenikmatan (maut),” (HR. At-Tirmidzi, hasan menurutnya).

Imam Al-Qurthubi r.a. berkata, “Para ulama kita mengatakan, ucapan beliau, “Perbanyaklah mengingat penghancur kenikmatan”, merupakan ucapan ringkas tapi padat, menghimpun makna peringatan dan amat mendalam penyampaian nasihatnya. Sebab, orang yang benar-benar mengingat kematian, pasti akan mengurangi kenikmatan yang dirasakannya saat itu, mencegahnya untuk bercita-cita mendapatkannya di masa yang akan datang serta membuatnya menghindar dari mengangankannya, sekalipun hal itu masih mampu dicapainya.

Namun jiwa yang beku dan hati yang lalai selalu memerlukan nasihat yang lebih lama dari para penyuluh dan untaian kata-kata yang meluluhkan sebab bila tidak, sebenarnya ucapan beliau tersebut dan firman Allah s.w.t. dalam surat Ali ‘Imran ayat 185, (artinya, “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati) sudah cukup bagi pendengar dan pemerhati-nya.!!”

Siapa Orang Yang Paling Cerdik?

Ibnu Umar r.a pernah berkata, “Aku pernah mengadap Rasulullah s.a.w sebagai orang ke sepuluh yang datang, lalu salah seorang dari kaum Anshor berdiri seraya berkata, “Wahai Nabi Allah, siapakah manusia yang paling cerdik dan paling tegas?” Beliau menjawab, “(adalah) Mereka yang paling banyak mengingat kematian dan paling siap menghadapinya. Mereka itulah manusia-manusia cerdas; mereka pergi (mati) dengan harga diri dunia dan kemuliaan akhirat.” (HR. Ath-Thabrani, disahihkan al-Munziri)


Manafaat Mengingat Kematian

Di antara faedah mengingat kematian adalah:

– Mendorong diri untuk bersiap-siap menghadapi kematian sebelum datangnya.

– Memendekkan angan-angan untuk lama tinggal di dunia yang fana ini, kerana panjang angan-angan merupakan sebab paling besar lahirnya kelalaian.

– Menjauhkan diri dari cinta dunia dan redha dengan yang sedikit.

– Menguatkan keinginan pada akhirat dan mengajak untuk berbuat ta’at.

– Meringankan seorang hamba dalam menghadapi ujian dunia.

– Mencegah kerakusan dan ketamakan terhadap nikmat duniawi.

– Mendorong untuk bertaubat dan muhasabah kesalahan masa lalu.

– Melembutkan hati, membuat mata menangis, memberi semangat untuk mendalami agama dan menghapuskan keinginan hawa nafsu.

– Mengajak bersikap rendah hati (tawadhu’), tidak sombong, dan berlaku zalim.

– Mendorong sikap toleransi, mema’afkan teman dan menerima kesalahan dan kelemahan orang lain.

Perkataan Orang-Orang Arif

Al-Qurthubi r.a berkata, “Umat sepakat bahwa kematian tidak memiliki usia tertentu, masa tertentu dan penyakit tertentu. Hal ini dimaksudkan agar seseorang senantiasa waspada dan bersiap-siap menghadapinya.”

Yazid Ar-Raqqasyi r.a. berkata kepada dirinya, “Celakalah engkau wahai Yazid! Siapa orang yang akan menggantikan solatmu setelah mati? Siapa yang berpuasa untukmu setelah mati? Siapa yang memohon keredhaan Allah untukmu setelah mati? Wahai manusia! Tidakkah kamu menangis dan meratapi diri sendiri dalam sisa hidup kamu? Siapa yang dicari maut, kuburan jadi rumahnya, tanah jadi katilnya dan ulat jadi teman rapatnya, lalu setelah itu ia akan menunggu lagi hari kecemasan yang paling besar; bagaimana keadaan orang yang seperti ini nanti.?” Beliau pun kemudian menangis.

Ad-Daqqaq r.a. berkata, “Siapa yang banyak mengingat kematian, maka ia akan dimuliakan dengan tiga perkara: Segera bertaubat; Mendapatkan kepuasan hati; dan bersemangat dalam beribadah. Dan siapa yang lupa akan kematian, maka ia akan disiksa dengan tiga perkara: Menunda untuk bertaubat; Tidak merasa cukup dengan yang ada dan malas beribadah.”

Al-Hasan Al-Bashri r.a. berkata, “Sesungguhnya kematian ini telah menghancurkan kenikmatan yang dirasakan para penikmatnya. Kerana itu, carilah kehidupan yang tidak ada kematian di dalamnya.”

Faktor-Faktor Pendorong Mengingat Kematian

1. Ziarah kubur. Nabi s.a.w. bersabda, “Berziarah kuburlah kamu, sebab ia dapat mengingatkanmu akan akhirat.” (HR. Ahmad dan Abu Daud, disahihkan Syaikh Al-Albani)

2. Melihat mayat ketika dimandikan.

3. Menyaksikan orang-orang yang tengah sekarat dan menalqinkan mereka dengan kalimat syahadat.

4. Mengiringi jenazah, solat ke atasnya serta menghadiri pengkebumiannya.

5. Membaca Al-Qur’an, terutama ayat-ayat yang mengingatkan akan kematian dan sakratul maut seperti ayat 19 surat Qaaf.

6. Uban dan Penyakit. Kedua hal ini merupakan utusan malaikat maut kepada para hamba.

7. Fenomena alam yang dijadikan Allah s.a.w. untuk mengingatkan para hamba akan kematian seperti gempa, gunung meletus, banjir, badai dan sebagainya.

8. Membaca berita-berita tentang umat-umat masa lalu yang telah dibinasakan oleh maut.

Semoga Allah s.w.t. menutup akhir hayat kita dengan Husnul Khatimah dan menerima semua amal shalih kita, Amin. (Terjemahan: Abu Hafshah Hanif)

Disaring dari http://www.alsofwah.or.id . Sumber Asal: Buletin berjudul ‘Kafaa bilmauti Waa’izha’, Dep. Ilmiah Darul Wathan)

PRINSIP BERBUAT BAIK KEPADA IBU DAN BAPA

Berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah kewajipan yang dapat diterima oleh mana-mana agama sekalipun; sehingga Islam tidak memisahkan sama sekali hubungan kekeluargaan yang terjalin walaupun berlainan agama. Islam mewajibkan ummatnya menjaga hubungan yang baik dengan kedua ibu dan bapa sebagaimana firman-Nya:

وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ

Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin. (Surah al-Baqarah : 83)

Namun seorang anak itu hanya wajib mentaati ibu bapanya selagi mereka tidak menyuruh kepada maksiat dan syirik kepada Allah s.w.t. Ini jelas dengan apa yang telah terkandung dalam kitab-Nya. Firman Allah s.w.t :

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ . وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu ,maka janganlah kamu mengikuti keduanya ,dan pergauilah keduanya di dunia dengan baik,dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku,kemudian hanya kepada-Ku lah kembalimu,maka Ku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (al-Luqman : 14-15)

Hadis-hadis di bawah ini adalah termasuk di bawah prinsip berbuat baik kepada kepada ibu dan bapa.

عن عبدالله إبن مسعود رضى الله عنه قال : سألت النبى صلى الله عليه وسلّم : أيّ الأعمال أحبّ إلى الله ؟ قال : الصلاة على وقتها. قلت : ثمّ أيّ ؟ قال : برّ الوالدين . قلت : ثمّ أيّ ؟ قال : الجهاد فى سبيل الله

Daripada Abdillah bin Mas’ud, beliau berkata : “Aku bertanya kepada Nabi s.a.w ; Amalan manakah yang lebih Allah suka? Rasulullah menjawab : Sembahyang pada waktunya. Aku berkata : Kemudian apa? Rasulullah s.a.w menjawab : Berbuat baik kepada kedua ibu dan bapa. Aku berkata : Kemudian apa? Rasulullah s.a.w menjawab : Berjuang di jalan Allah. (Riwayat al-Bukhari, Muslim, al-Nasa’i dan Ahmad)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَجُلٌ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُجَاهِدُ قَالَ لَكَ أَبَوَانِ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَفِيهِمَا فَجَاهِدْ

Daripada Abdullah bin Amar beliau berkata : “Seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w : “Aku hendak berjihad”. Nabi bertanya kepadanya : “Adakah kamu mempunyai ibubapa?” Beliau menjawab : “Ya”. Nabi s.a.w berkata : “Maka berjihadlah pada mereka berdua.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Kedudukan Ibubapa dalam Islam terletak pada tempat yang mulia dan tinggi hinggakan seseorang itu lebih patut menjaga ibubapanya yang memerlukannya dari berperang di medan perang. Walaupun peperangan suatu perkara yang amat penting kerana kekuatan sesebuah negara bergantung kepadanya namun berkhidmat kepada kedua ibubapa adalah lebih penting.

Sesetengah pengulas-pengulas hadis menyebutkan secara mutlak lafaz ‘ibubapa’ iaitu sama ada kafir atau Islam. Dengan itu, seorang yang beriman wajib berkhidmat kepada ibubapanya walaupun ibubapanya itu kafir atau tidak seakidah dengannya.

Manakala kedudukan seorang ibu itu adalah tiga kali lebihnya daripada seorang ayah sepertimana sabdanya :-

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي قَالَ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أَبُوكَ

Daripada Abi Hurairah r.a, beliau berkata : “Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata : “Wahai Rasulullah! Siapakah yang paling berhak untuk aku berbuat baik? Rasulullah menjawab : “Ibumu”. Dia bertanya (lagi) : “Kemudian siapa?” Rasulullah s.a.w menjawab : “kemudian ibumu”. Kemudian dia bertanya (lagi) : “Kemudian siapa?” Rasulullah s.a.w menjawab : “kemudian ibumu”. Dia bertanya (lagi) : “Kemudian siapa?” Rasulullah s.a.w menjawab : “Kemudian ayahmu”. (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad)

Peringatan: Artikel di bawah adalah dalam Bahasa Indonesia dan hendaklah difahami dalam konteks bahasa tersebut

4. Peringatan Imam Ghazali

Assalamualaikum..

1. Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, malah jangan bertemu dengan mereka. Bejumpa dan bergaul dengan mereka banyak padahnya. Dan sekiranya kamu terpaksa, maka jangan sekali-kali memuji mereka. Kerana Allah amat murka sekiranya orang fasik dan zalim dipuji. Dan sesiapa yang mendoakan panjang umur mereka, maka dia sebenarnya suka agar
Allah didurhakai di muka bumi.

2. Jangan menerima apa-apa pemberian daripada golongan pembesar, walaupun kamu tahu pemberian itu adalah dari sumber yang halal. Sikap tamakkan pemberian mereka akan merosakkan agama. Dari situ akan timbul rasa simpati terhadap mereka. Kamu akan mula menjaga kepentingan mereka dan berdiam diri terhadap kezaliman yang mereka lakukan. Ini semua akan merosakkan agama. Dan sekecil-kecil mudarat ialah apabila kamu menerima pemberian mereka, kamu akan merasa sayang terhadap mereka. Seterusnya kamu akan mendoakan agar mereka kekal lama pada kedudukan mereka. Mengharapkan seseorang yang zalim itu kekal lama pada tempatnya, adalah seperti mengharapkan kezaliman terus berpanjangan ke atas hamba-hamba Allah dan agar alam ini musnah sepenuhnya.

Apa lagi yang lebih buruk daripada itu terhadap agama ini? Kamu juga harus berwaspada agar tidak disesatkan oleh syaitan melalui kata-kata sebahagian manusia kepadamu, “Lebih baik kau ambil wang yang mereka berikan itu. Kamu boleh membahagikannya kepada fakir miskin. Kalau engkau biarkan mereka membelanjakan wang tersebut, sudah tentu mereka menggunakannya untuk kemaksiatan.”

Sesungguhnya ramai manusia telah disesatkan oleh syaitan dengan cara ini. Semuanya telah termaktub di dalam kitab Ihya’: carilah di sana.

Wassalam…

4. PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH (IMAN)

n Sujud pada makhluk- sembelih untuk makhluk- tidak sebut nama ALLAH sembelih binatang- membuang al-quran atau kitab-kitab ilmu untuk menghinanya- rukuk untuk makhluk dan qasad spt membesarkan ALLAH- bercakap perkara yang mengkafirkan samaada bergurau atau serius- menafikan sifat atau asma ALLAH- mengatakan ALLAH itu baru- tidak percaya pada nabi dan malaikat- mnenyembah rasul atau malaikat- mendustakan nabi- tidak percaya kepada satu ayat daripada al-quran- menambah atau mengurang satu ayat daripada ayat-ayat al-quran- menghina nabi dan sunnahnya( cara hidup nabi)—menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan perkara yang halal- mengdakwa menjai nabi – percaya kepada orang yang mendakwa menjadi nabi atau rasul- menuduh para isteri dan sahabat nabi berzina atau kafir- mengkafirkan orang islam tanpa bukti yang nyata- menyuruh orang islam masuk agama kafir- bersumpah atau bernazar dengan kalimah kekufuran- waswas dirinya kafir atau islam- menghalang orang bukan islam masuk agama islam- tidak mahu mengajar orang bukan islam yang mahu belajar tentang islam- bergurau dengan perintah, larangan dan arahan ALLAH- menghina orang yang membaca al-quran- menghina seruan azan dan iqamah- mengatakan bahawa aku tidak takut dengan neraka, sirat dan sebagainya- memohon kematian samaada kafir atau islam- bila terkena bala ia kata ALLAH itu zalim- memuji yahudi dan agama kafir tentang hak-hak kepada guru mereka- berkata alangkah baiknya aku masuk kafir dan kemudian masuk islam dan kau dapat harta zakat- orang yang menyahut panggilan kekafiran- mengatakan bahawa aku telah masuk syurga dan telah berasmara dengan bidadari- mengatakan ALLAH telah menurunkan wahyu kepadanya- tidak mengkafirkan orang kafir- memuji dan berbangga dengan kehidupan orang kafir dan yahudi- mendustakan hari kiamat dan menghinanya- membesarkan guru, syeikh, dan manusia melebihi rasul dan nabi- orang yang mencit0citkan maksiat menjadi halal- meng hin hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh ALLAH- tidak percaya, syak dan waswas denganya- tidak melaksanakan hukum ALLAH dibumi dan mengatakan ia jumud dan tidak maju- sokong dan beri bantuan pada yahudi untuk memusnahkan islam-tidak belajar ilmu tauhid- menyesatkan masyarakat dengan ideologi kekufuran- niat selasin ALLAH- mengamalkan ilmu sihir- memohon bantuan paderi, sami dan pendita yahudi didalam sesuatu perkara- membalikkan ayat al-quran- menyekat kegiatan-kegiatan dakwah- membaca dan menghafaz dan beramal dengan mentera-mentera, jampi-jampi, ayat-ayat dan serapah-serapah kesyirikkan.

____________________________________________________________________________________________

RUJUKAN SHAMSUL ANUAR AHMAD

1. TUHFATU AL-RAGHIBIN

2. SYARAH AL=AQAID

3. KITABUL IBAD SYEKH MAZJAD

4. SYEKH ISMAIL AL-MAQARI

5. RAUDUL AL-THALIB SYEKH ISLAM

6. ISNI MATHALIB

5. Pesan Roh Kepada Manusia…

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.

Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :
“Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”.

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :
“Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :
“Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”.

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian
menyakiti mereka.

Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”. Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada

jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”.

“Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”.

“Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”. Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah.

Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama.

Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka.

Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

7. Mengapa RasululLah Dirindukan dan Dicintai?

Oleh: Jalaluddin Rakhmat

Rasulullah itu adalah orang yang sangat dicintai oleh para sahabatnya, umumnya para sahabat mencintai Rasulullah Saw, walau ada sebahagian sahabat yang diam-diam membenci Rasulullah. Tetapi majoriti sahabat itu sangat mencintai Rasulullah Saw.

Pernah suatu malam Rasulullah mendengar suara beberapa orang di luar kamarnya, Rasulullah menegur: “Kenapa kalian berkumpul di sini?” lalu mereka menjawab: “Ya Rasulullah, kami tidak boleh tidur khuatir ketika kami tidur nanti, orang-orang kafir datang dan membunuhmu.” Mereka sukarela menjadi pengawal Rasulullah Saw, datang sendiri, tidak dibayar. Tetapi Rasulullah Saw mengatakan, “Tidak, Allah melindungi aku, pulanglah kamu ke tempat kamu masing-masing.”

Ada seorang pedagang minyak wangi, di Madinah. Setiap kali pergi ke pasar, dia singgah dulu ke rumah Rasulullah Saw, dia tunggu sampai Rasulullah keluar. Setelah Rasulullah keluar, dia hanya mengucapkan salam lalu memandang Rasulullah saja, setelah puas dia pergi. Suatu saat setelah dia ketemu Rasululllah dia pergi, lalu tak lama kemudian balik lagi dari pasar dan dia datang kepada Rasulullah Saw dan meminta izin, “Saya ingin melihat engkau ya Rasulullah, kerana saya takut tidak boleh melihat engkau setelah ini.” Dan Rasulullah mengizinkannya.

Kemudian, setelah kejadian itu Rasulullah tidak pernah melihat lagi tukang minyak wangi itu. Disuruhnya sahabatnya pergi melihat, ternyata ia sudah meninggal dunia tidak lama setelah dia pergi dari pasar dan memandang wajah Rasulullah Saw itu. Lalu kata Rasulullah Saw: “Kecintaannya kepadaku akan menyelamatkan dia di hari akhirat.”

Ada lagi seorang sahabat Rasulullah bernama Abu Ayyub Al-Anshari. Ketika Rasulullah hijrah ke Madinah, beliau beristirehat dahulu di pinggiran kota menginap di rumah Abu Ayyub Al-Anshari. Rumahnya itu dua tingkat, Abu Ayyub dan isterinya di tingkat atas dan Rasulullah Saw di bawah. Pada malam hari Abu Ayub dan isterinya tidak boleh tidur kerana mereka takut menggerakkan tubuhnya, semua terbujur seperti sebongkah kayu menahan dirinya untuk tidak bergerak. Mereka takut kalau bergerak, nanti debu-debu dari atas itu berjatuhan kepada Rasulullah. Setelah Rasulullah mengetahui hal itu, beliau sangat terharu lalu kepada Abu Ayub diajarkan sebuah doa sebagai penghargaan beliau atas cinta yang tulus dari Abu Ayub.

Dalam perang Uhud, ketika kaki Rasulullah terluka, ada seorang sahabat melihatnya lalu mengejar Rasulullah. Dia pegang kaki itu lalu dia bersihkan luka itu dengan jilatannya. Rasulullah kaget lalu berkata, “Lepaskan! Lepaskan!” Sahabat itu berkata: “Tidak Ya Rasulullah, aku tidak akan melepaskannya sampai luka ini kering!”

Ada lagi seorang sahabat, yang setelah Rasulullah meninggal dunia, membanggakan mulutnya yang tidak ada gigi lagi. Saat perang Uhud itu juga, Rasulullah cedera kerana rantai pelindung kepalanya menusuk pipinya. Lalu seorang sahabat menarik rantai itu dengan giginya, tapi sebelum rantai itu keluar, seluruh giginya rontok. Dia bangga bahawa giginya itu berjatuhan kerana membela Rasulullah yang dicintainya. Sehingga menjadi satu kebahagiaan tersendiri. Ini, sekali lagi masalah cinta, dan cinta itu selalu tidak wajar.

Ada satu contoh lagi kecintaan orang kepada Rasulullah Saw. Menjelang suatu peperangan, Rasulullah sedang membariskan pasukannya kerana Rasulullah selalu merapikan barisan pasukannya. Ternyata ada seorang sahabat, mungkin kerana perutnya terlalu besar, selalu perutnya itu berada di luar barisan. Kemudian Rasulullah lewat dan memukul perutnya itu agar dirapikan dengan barisan. Lalu sahabat itu memandang Rasulullah dan berkata: “Engkau diutus untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam, kenapa kau sakiti perutku?” Lalu Rasulullah turun dari kudanya, dan menyerahkan alat pemukul itu, lalu berseru: “Pukullah aku! Sebagai qishas atas kesalahanku.” Kemudian orang itu berkata: “Tapi engkau pukul langsung kepada kulit perutku.” Lalu Rasulullah segera membuka pakaiannya, tiba-tiba sahabat itu memeluk Rasulullah dan mencium perutnya. Rasulullah kaget dan berkata: “Ada apa denganmu?” Sahabat itu menjawab: “Ya Rasulullah, genderang perang sudah ditabuh, mungkin ini adalah saat terakhir perjumpaanku denganmu. Saya ingin sebelum meninggal dunia, sempat mencium perutmu yang mulia.”

Dan sahabat itu kemudian gugur di medan perang setelah mencium perut Rasulullah Saw. Rupanya ini hanya strategi dia agar boleh mencium perut Rasulullah Saw.

Kelak, setelah Rasulullah meninggal dunia, kecintaan para sahabat itu diungkapkan dengan kerinduan yang luar biasa kepada Rasulullah Saw.

Bilal yang selalu azan semasa hidup Rasulullah tidak mau berazan lagi setelah wafat Rasulullah kerana Bilal tidak sanggup mengucapkan “Asyhadu anna Muhammad RasululLah” kerana ada kata-kata Muhammad di situ. Tapi kerana desakan Sayyidah Fatimah yang saat itu rindu mendengar suara azan Bilal, dan mengingatkan beliau akan ayahnya. Bilal akhirnya dengan berat hati mahu berazan. Saat itu waktu Subuh, dan ketika Bilal sampai pada kalimat Asyhadu anna Muhammad RasululLah, Bilal tidak sanggup meneruskannya, dia berhenti dan menangis terisak-isak. Dia turun dari mimbar dan minta izin pada Sayyidah Fatimah untuk tidak lagi membaca azan kerana tidak sanggup menyelesaikannya hingga akhir. Ketika Bilal berhenti saat azan itu, seluruh Madinah bergoncang kerana tangisan kerinduan akan Rasulullah Saw.

Mengapa Rasulullah dirindukan atau dicintai? Itu bukan hanya kerana Allah SWT membuka hati mereka untuk rindu, tetapi kerana akhlak Rasulullah yang menarik kecintaan mereka. Dan akhlak itu adalah Sunnah. Sekiranya kita mencontoh akhlak beliau ini, pasti kitapun akan dicintai oleh banyak manusia. Tentu tidak oleh semua manusia, kerana Rasulullah juga tidak dicintai oleh semua manusia, tidak dicintai oleh semua sahabat dan tidak dicintai oleh semua makhluk. Tapi sekiranya kita mempraktikkan akhlak Rasulullah itu dalam pergaulannya dengan orang banyak, pasti kitapun akan menjadi manusia, yang dicintai oleh kebanyakan umat manusia.

8. Pentingnya keberkatan dalam rezeki

Oleh ASMADI ABDUL RAHMAN

Keberkatan bermaksud mendapat restu, keredaan atau rahmat dari Allah s.w.t. Dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim, kita mengetahui bahawa kehidupan kita tidak hanya terhenti di dunia sahaja.

Sebaliknya kita mempercayai bahawa terdapat kehidupan yang lebih indah menanti kita seandainya setiap perbuatan kita di dunia ini mendapat rahmat dan keberkatan serta perkenan dari Allah s.w.t.

Bagi mendapat keberkatan dan rahmat tersebut, sewajarnya kita mematuhi serta mentaati setiap perintah Allah seperti yang telah digariskan-Nya di dalam al-Quran mahupun hadis.

Di antara perintah Allah s.w.t yang penting bagi mencapai keberkatan di dunia ini adalah berkaitan dengan punca rezeki yang diperolehi oleh setiap hambanya. Boleh dikatakan bahawa punca rezeki di sini adalah pendapatan kita untuk menyara kehidupan sendiri ataupun untuk keluarga.

Punca rezeki ataupun pendapatan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu pendapatan yang berpunca dari sumber yang jelas halal seperti bekerja sebagai guru, berniaga barang yang halal ataupun melakukan pelaburan yang dihalalkan oleh syariat untuk mendapat keuntungan.

Pendapatan yang kedua adalah pendapatan yang bersumberkan kepada perkara yang haram seperti menjual arak, mencuri, membuat pelaburan ditempat perjudian dan pelacuran, sumber pendapatan seperti ini adalah jelas hukumnya adalah haram.

Sumber yang ketiga dikenali sebagai syubhat iaitu meragukan. Kebanyakan perkara syubhat tidak diketahui oleh orang ramai, tetapi hanya diketahui oleh pengamal agama. Seperti isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini iaitu berkaitan dengan pelaburan Internet sebagai sumber pendapatan, pelaburan ini telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kerana terdapat unsur syubhat di dalamnya.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya yang halal itu jelas, yang haram itu jelas, di antara perkara halal dan haram dinamakan syubhat yang tidak diketahui oleh ramai. Sesiapa yang menjauhi dari perkara syubhat sesungguhnya dia telah menyelamatkan agama dan kehidupannya, barang sesiapa yang melakukan perkara syubhah sesungguhnya dia telah melakukan perkara yang haram. (riwayat Bukhari dan Muslim].

Hadis ini jelas menerangkan tentang halal dan haram sesuatu sumber sama ada sumber makanan ataupun sumber pendapatan. Justeru, amat tepat apabila Majlis Fatwa Kebangsaan memfatwakan pelaburan Internet adalah haram. Ini kerana terdapat unsur-unsur syubhat di dalamnya yang perlu dihindari bagi menyelamatkan agama dan kehidupan orang Islam sendiri.

Menurut Abu Darda’ R.a : Kesempurnaan takwa adalah taatnya hamba kepada perintah Allah s.w.t sehinggakan apabila didapati keraguan sebesar zarah terhadap perkara yang halal, maka ditinggalkan perkara tersebut. Maka apabila terdapat unsur yang jelas tentang keraguannya, sewajarnya kita mengelakkan diri daripada terlibat dengannya seperti mana yang yang telah difatwakan tentang pelaburan di Internet.

Kemuliaan seseorang individu adalah berpunca daripada sumber pemakanan yang halal. Menurut al-Syafie : Terdapat lima perkara untuk memelihara hati iaitu membaca al-Quran dan menghayatinya, sentiasa mengosongkan perut (berpuasa), menghadiri majlis ilmu dan bersama orang-orang soleh, mendirikan solat malam, serta sentiasa memohon pertolongan Allah s.w.t.

Namun begitu punca kepada kemuliaan hati adalah makan makanan yang berpunca dari perkara halal. Menurut beliau lagi makanan adalah benih kepada perbuatan, apabila makan sumber yang halal akan lahirlah perbuatan yang mulia, apabila makan makanan berpunca dari sumber yang haram, maka lahirlah perbuatan yang tercela.

Daripada sumber makanan yang bersih maka golongan yang akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t dengan hati yang sejahtera seperti mana firman Allah s.w.t yang bermaksud: Kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera. (Al-Syu’ara’:89].

Ayat ini menjelaskan bahawa di hari pembalasan nanti, tiada apa yang dapat membantu atau menyelamatkan kita dari seksaan Allah s.w.t kecuali sesiapa yang datang kepada Allah dengan hati dan jiwa yang sejahtera iaitu golongan-golongan yang sentiasa memelihara diri mereka dari melakukan perkara yang dilarang dan sentiasa menjauhi diri dari perkara-perkara yang syubhat.

Selain itu, Rasulullah s.a.w ada meriwayat hadis yang menerangkan tentang syarat-syarat amalan yang diterima oleh Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah s.w.t baik, tidak menerima apa perkara kecuali perkara yang baik sahaja. Sesungguhnya Allah s.w.t memerintahkan kepada semua golongan mukmin, seperti mana diperintahkan kepada para rasulnya.

Hadis ini menjelaskan kepada kita sesungguhnya, Allah s.w.t tidak menerima amalan hambanya kecuali melakukan dengan jiwa yang tulus suci, Allah s.w.t juga tidak menerima sedekah kita jika bersumberkan punca yang haram atau syubhat.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (al-Mukminun: 51].

Bagaimanakah Allah s.w.t ingin menerima ibadah kita jika kita mencari rezeki dengan bersumberkan perkara yang terdapat keraguannya, memakan makan yang berpunca dari pendapatan yang tidak pasti halalnya. Setiap perkara yang haram atau syubhat akan merosakkan setiap amalan kebaikan yang kita lakukan.

Apabila seseorang itu tidak menitikberatkan soalan soal halal dan haram dalam kehidupan, maka doa yang dipohonnya sukar diterima oleh Allah s.w.t. Seperti mana yang dijelaskan dalam sebuah hadis, apabila Said Bin Abi Wuqaz meminta agar Rasulullah s.a.w mendoakannya supaya Allah s.w.t memperkenankan doanya, maka Rasulullah s.a.w bersabda: “Perelokan sumber rezekimu, pasti doamu dimakbulkan.”

Justeru, marilah kita bersama-sama muhasabah diri masing-masing agar mensucikan diri daripada perkara yang syubhat, agar Allah s.w.t memperkenankan setiap doa yang kita pohon kepadanya, khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan pendapatan kita yang sudah semestinya digunakan untuk keperluan harian kita.

Bagi mereka yang mempunyai simpanan hasil dari pendapatan yang syubhat, gunakanlah untuk bersedekah agar dapat digunakan oleh orang ramai, seperti mana yang diceritakan oleh Malik Bin Dinar, beliau bertanya kepada ‘Ato’ Bin Abi Rabah bagaimana ingin menguruskan harta yang tidak bertuan dan harta yang haram, lalu beliau menjawab: bersedekahlah. Pendapat ini turut disokong oleh Ibn Rajab.

Semoga Allah s.w.t memberi kita kekuatan untuk terus mencari keberkatan dalam setiap punca rezeki yang kita perolehi, dan membangkitkan kita dalam golongan hati yang sejahtera.

* ASMADI ABDUL RAHMAN ialah Pensyarah Kolej Shahputra Kuantan, Pahang

9. Semoga aku seorang Muslim sejati

Oleh: Khalif Muammar

Tulisan ini adalah merupakan jawapan saya atas artikel Haidar Bagir, Andai aku seorang Muslim liberal yang telah disiarkan oleh Ummahonline.com.

Pertama: Sebagai seorang Muslim sejati, aku akan meyakini bahawa aku berada dalam kebenaran. Bagiku Islam dan Iman adalah hidayah dan nikmat yang Allah telah kurniakan kepadaku, kerananya keyakinanku tidak mungkin bersifat tentatif. Hanya dengan keyakinan seperti ini aku mampu menyampaikan pesanan Tuhan dengan pasti (‘ala basiratin). Kerana diperkuat dengan ilmu, keimananku terhadap Allah, al-Qur’an dan Nabi Muhammad serta risalah yang dibawanya tidak akan goyah meskipun terdapat tuduhan dan distorsi ke atas ajaran Islam.

Setelah mendalami ilmu-ilmu Islam, dan bukan secara a priori mahupun taqlid, aku mengerti bahawa Iman bukan hanya suatu kepercayaan, tetapi merupakan keyakinan di dalam lubuk hati, pernyataan melalui lisan dan dibuktikan dengan perbuatan sebagai tanda berserah diri kepada kehendak Yang Maha Esa. Aku memahami Ibadah bukan hanya sebatas ritual dan spiritual, tetapi sebagai penghambaan diri terhadap Allah swt dalam segenap bidang kehidupan. Keyakinanku akan kebenaran ajaran Islam bertitik tolak daripada keyakinanku bahawa knowledge is possible dan seperti diungkapkan oleh al-Nasafi bahawa hakikat sesuatu itu tetap dan ilmu mengenainya sesuatu yang pasti (haqa’iq al-ashya’ thabitah wa al-ilmu biha mutahaqqiqun).

Kedua: Aku bersetuju dengan pandangan para sarjana Muslim, seperti Muhammad Iqbal, al-Attas dan al-Faruqi, bahawa masalah utama umat Islam adalah krisis ilmu. Bahawa jalan untuk mengembalikan kegemilangan tamadun Islam adalah melalui pemerkasaan budaya ilmu, pencerahan dan pemberdayaan Ummat. Maka tanggungjawab para cendekia Muslim adalah membebaskan umat Islam dari belenggu kejahilan termasuk kejahilan tentang Islam itu sendiri. Pada hari ini yang menjadi kendala adalah kekeliruan epistemologi: ketidakmampuan ummat Islam mengatasi polemik akal dengan wahyu menambah lagi kekeliruan dan kejahilan ini. Aku melihat bahawa justeru sebahagian intelektual Muslim dipengaruhi pemikiran sekular Barat dan terperangkap dalam dikotomi: liberal versus literal, sakral versus mundane, objektif versus subjektif, progresif versus konservatif, teokrasi versus demokrasi. Dualisme dan dikotomi berlaku di Barat kerana kegagalan Gereja mengakomodasi moderniti dan kemajuan manusia.

Bagiku, Islam telah memberikan kedudukan yang sewajarnya kepada akal. Cukup tinggi kerana dengannya misi kekhalifahan hanya mungkin tercapai, tetapi tidak terlalu tinggi untuk didewakan atau disejajarkan dengan wahyu. Akal dan kebenaran yang diperolehinya tidak berdiri sendiri. Setelah mendalami epistemologi Islam, aku mengerti bahawa kebenaran sains harus tunduk kepada kebenaran wahyu dan bukan sebaliknya. Akal dan sains harus akur dengan keterbatasannya dan bahawa dalam perkara-perkara tertentu tidak mampu menjelaskan secara saintifik. Bagiku kebenaran sains adalah kebenaran yang datang dari Tuhan, kerana sains mengkaji fenomena kejadian makhluk Tuhan yang mengikuti sunnatullah. Demikian juga, kebenaran wahyu tidak akan bertentangan dengan kebenaran akal, jika akal memperolehinya dengan metode yang benar.

Sebagai seorang Muslim sejati, aku mengerti bahawa al-Qur’an sebagai pembimbing akal telah menjelaskan hakikat-hakikat kehidupan ini dengan begitu gamblang. Tugas akal fikiran hanya perlu memahaminya dan mengembangkannya. Bagiku, tiada dikotomi antara al-Qur’an dan akal, keduanya berjalan seiring, kerana, seperti dinyatakan oleh mantan Shekh al-Azhar Abdul Halim Mahmud bahawa Al-Qur’an adalah kitab akal kerana seluruh kandungan al-Qur’an mengarah kepada pembebasan akal dari lingkarannya yang sempit. Bagi kaum sekular kebenaran sains dan kebenaran agama dilihat secara terpisah.

Rabunnya umat Islam dalam membaca dan lumpuhnya mereka dalam berfikir tiada kaitan dengan al-Qur’an. Kerana sehebat manapun pembimbing tidak akan bermakna apa-apa kalau yang dibimbing tidak ada kemahuan untuk memperbaiki dirinya. Oleh kerananya aku sedar, dalam hal ini bukan salah Islam sehingga ia perlu dirubah dan bukan juga salah Barat sehingga ia perlu dimusuhi, tetapi salah umat Islam kerana memiliki apa yang dikatakan oleh Muhammad Iqbal “ego (khudi) yang lemah” atau meminjam istilah Malik Bennabi, mempunyai sikap qabiliyyat li al-Isti’mar (kecenderungan untuk dijajah).

Ketiga: Dalam menghadapi kemajuan (modernity), yang pada hari ini disinonimkan dengan Barat, aku tidak akan bersikap terlalu terbuka dan tidak juga tertutup. Islam mengajarku untuk selalu berusaha menggapai kecemerlangan dan membangunkan diri, bangsa dan masyarakat. Melalui pembacaanku, aku sedar bahawa Islam telah disalahfahami oleh sebahagian umat Islam yang anti kemajuan dan anti perubahan. Tetapi juga di sudut yang lain, Islam telah disalahfahami oleh golongan Muslim sekular yang menganggap agama sebagai penyebab kemunduran, oleh kerananya, menurut mereka agama perlu dibatasi hanya pada ruanglingkup kehidupan peribadi.

Untuk mengatasi dualisme pemikiran ini, aku menyedari perlunya rekonsepsi (membetulkan kefahaman) terhadap Islam dan bukan liberalisasi mahupun modenisasi Islam. Melalui penulisan para sarjana Muslim yang autoritatif aku mengerti bahawa Islam sebenarnya bersifat transformatif-liberatif: membawa misi perubahan dan pembebasan manusia sebagaimana terbukti pada generasi awal Islam. Apabila realitinya pada hari ini Islam tidak menjadikan ummat Islam maju dan bebas dari segala bentuk belenggu dan penindasan, ini bermakna wujudnya korupsi dalam memahami Islam. Aku yakin, seandainya Islam difahami dengan betul dan dilaksanakan dengan baik maka Islam mampu menjadi civilizing force, sebagaimana telah terbukti dalam sejarah Islam.

Keempat: Aku akan menjadikan tradisi sebagai landasan untuk aku berpijak. Bagiku tiada sebab mengapa aku harus membenci tradisi kerana ia tidak membelengguku atau menghalangku untuk maju dan menjawab permasalahan zaman mengikut keyakinanku. Bagiku, masa lalu amat penting kerana tiada seorang pun manusia yang mampu tahu akan jati dirinya tanpa mengambil kira masa lalunya. Aku berbangga dengan pencapaian para ulama silam, meskipun aku sedar kebesaran mereka tidak seharusnya menjadikan generasi hari ini kerdil. Justeru, dengan khazanah yang mereka tinggalkan aku harus mampu lebih maju kehadapan.

Ketinggian mereka bagiku adalah kerana tawfiq dan inayah Allah swt dan dekatnya mereka akan nuansa dan legasi yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw. Kerananya, baik ulama klasik mahupun kontemporer adalah golongan yang diberi amanah oleh Allah. Namun demikian, aku sedar, mereka tidak suci atau ma’sum dan mereka bukan wakil Tuhan. Segala pandangan mereka harus kuterima selama mereka punya hujjah yang kuat dan terbukti kebenarannya, namun andainya terbukti bahwa pandangan mereka ternyata tidak benar atau bertentangan dengan kebenaran al-Qur’an dan al-Sunnah, maka tidak perlu kuterima. Sepanjang pengetahuanku, Golongan ulama ini tidak boleh disamakan dengan golongan agama yang punya hak mutlak dalam memahami agama dan berbicara atas nama Tuhan. Kerana bagiku, semua orang Islam adalah golongan agama yang seharusnya menjadi wakil Tuhan di muka bumi.

Kelima: Aku mempelajari falsafah Barat untuk tujuan perbandingan. Aku tidak akan terikut-ikut kerana sebagai seorang Muslim aku memiliki worldview dan framework tersendiri dalam berfikir. Aku tidak terpegun dengan konsep cogito ergo sumnya Descartes, atau existence preceeds essencenya Sartre, atau knowledge is powernya Foucault dan Bacon. Hatta dalam perkara tertentu aku langsung tidak tertarik untuk mengagungkan contohnya Locke kerana konsep natural rights: life, liberty and property. Aku tidak merasa hairan dengan falsafah Barat kerana aku sudah terlebih dahulu mengetahui bahawa, seperti diungkapkan oleh Muhammad Iqbal, the birth of Islam is the birth of inductive knowledge, juga seperti diungkapkan oleh Ibn Qayyim dan al-Shatibi bahawa hukum Islam sebenarnya dibuat untuk melindungi kemaslahatan/kebaikan ummat manusia: agama, jiwa, minda, kehormatan dan harta. Aku mempelajari pemikiran Barat untuk memahami Barat. Dengan demikian aku dapat memperkukuh keyakinanku dan kalau aku mampu, seperti yang telah dilakukan oleh imam al-Ghazali, membatalkan tesis-tesis mereka yang mengelirukan dan dengan itu aku telah berjuang untuk Islam.

Sebagai seorang Muslim aku percaya bahawa akal tidak boleh dijadikan setanding dengan wahyu. Sebagai penyelidik Muslim aku percaya bahawa pencarian akal dalam Islam dibimbing oleh wahyu. Oleh kerananya terdapat ruang objektiviti dan ruang subjektiviti yang perlu dihormati: ruang yang pasti di mana tidak perlu akal untuk bereksperimen disamping juga ruang untuk perbezaan pentafsiran selama dalam framework Islam. Teori mengenai realiti kehidupan yang selalu berubah dan terlalu dominannya elemen subjektiviti dalam falsafah Barat, bagiku membuktikan bahawa Barat dengan rasionalismenya tidak akan menemukan jalan kebenaran. Maka aku mendapati bahawa semakin jauh pengetahuanku terhadap falsafah Barat semakin dekat diriku terhadap kebenaran Islam.

Islam mengajarku agar mengambil hikmah/kebijaksanaan dari mana sahaja datangnya. Oleh kerananya tidak salah, malah digalakkan, mempelajari Sains dan Teknologi yang hari ini dikuasai oleh Barat agar dengannya ummat ini dapat mengecapi kemajuan dan merealisasikan misinya sebagai khalifah Allah di muka bumi. Aku akan mempelajari falsafah Barat agar aku mampu untuk membuat perbandingan dan penilaian sebelum aku mampu menyumbang dalam wacana keintelektualan Islam. Namun, aku sedar sebagaimana ditekankan oleh al-Attas bahawa ilmu pengetahuan Barat tidak value-free (bebas nilai), aku tetap akan meyakini hal ini walaupun andainya Thomas Kuhn tidak menulis The Structure of Scientific Revolutionsnya, oleh kerananya aku harus mampu membezakan antara ilmu dengan nilai-nilai sekular yang mengiringinya sebelum proses Islamisasi dapat kulakukan. Penghormatanku terhadap keintelektualan Barat tidak seharusnya menjadikanku hanyut sehingga merubah jati diriku.

Keenam: Sebagai seorang Muslim sejati, aku akan melaksanakan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap, oleh kerananya aku akan menentang sekularisme dan sekularisasi di dunia Islam. Bagiku, orang yang memisahkan Islam dari segenap aspek kehidupan manusia adalah orang yang sombong dan angkuh. Kerana menganggap panduan dan bimbingan akal, yang dicipta oleh manusia-manusia sekular, lebih baik daripada petunjuk al-Qur’an.

Aku sedar, keadilan, keharmonian dan keamanan hanya akan tercapai sepenuhnya dengan mengikut ajaran al-Qur’an. Sedangkan demokrasi liberal, kapitalisme, utilitarianisme dan isme-isme lainnya hanya menjanjikan angan-angan. Alasannya jelas, ketika Islam berbicara mengenai keadilan, kesejahteraan, dan keharmonian ia dikemas dengan keindahan iman, taqwa dan akhlak, sedangkan falsafah Barat membicarakannya secara dikotomis.

Aku mengerti bahawa tipologi memberikan kelebihan kepada Barat, kerananya aku harus berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan labelisasi mereka. Label fundamentalis diberikan oleh Media Barat, dengan pelbagai konotasi negatifnya: terorisme, militan dll., keatas orang Islam yang menjadikan Islam sebagai cara hidup. Kalau ternyata istilah fundamentalis tidak digunakan oleh Media terhadap penganut agama lain yang melakukan hal yang sama maka jelas pelabelan ini memiliki niat yang tersembunyi.

Dengan andaian ancaman gerakan fundamentalisme inilah maka dimasukkan wacana liberal dalam pemikiran Islam. Tidak sedikit yang terperangkap dalam dualisme dan dikotomi ini, oleh kerananya, dengan ilmu dan kebijaksanaan yang bersumber dari Islam, aku tidak seharusnya ikut terperangkap. Andai dapat dibuktikan bahawa kemunculan golongan yang dikatakan fundamentalis ini tidak mengancam maka jelas bahawa eksistensi mereka sebenarnya tidak berasas.

Ketujuh: Bagiku, hermeneutika hanya pantas dilaksanakan kepada Bible. Ini kerana, baik dari segi sejarah mahupun kandungan, al-Qur’an dan Bible jauh berbeza. Tiada sebab untuk aku mengikuti kaedah pentafsiran Bible kerana aku tidak mengalami masalah yang dialami oleh pentafsir-pentafsir Bible. Mempelajari al-Qur’an dengan ilmu, iman dan kejujuran membawaku kepada keyakinan akan kesempurnaan al-Qur’an. Tiada satupun ayat di dalamnya yang boleh dikatakan bermasalah atau kontradiktif. Selain itu, sebagaimana terbukti dengan kajian al-‘Azami: The History of The Qur’anic Text, keistimewaan al-Qur’an adalah terjaganya kemurnian dan kesucian al-Qur’an sepanjang sejarah. Hal inilah yang sehingga kini dicemburui oleh kaum Orientalis yang berusaha untuk menggoyahkan keyakinanku ini.

Penafsiran literal terhadap al-Qur’an memang sering dilakukan oleh para ulama. Namun sering juga para ulama tidak terpaku pada makna literal, sebaliknya melihat maksud ayat yang tersirat dan menyesuaikan nass-nass juziyy dengan maqasid kulliyyyah Shari’at Islam. Setelah aku memperdalam ilmuku tentang Shari’ah aku akan mengerti bahawa kedua-dua pendekatan literal dan liberal terhadap maqasid shari’ah tidak tepat. Pendekatan yang benar dan selalu ditekankan oleh ulama-ulama mutabar dari dulu hingga sekarang adalah pendekatan yang oleh al-Qaradawi disebut dengan al-wasatiyyah.

Kedelapan: Sebagai seorang Muslim sejati, aku tunduk sepenuhnya dengan perintah dan aturan yang diberikan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah. Shari’ah datang daripada Allah swt dan bukan, sebagaimana sering diselewengkan oleh Orientalis, produk para ulama. Bagiku, Shari’ah bukan hanya terbatas kepada teks-teks suci, ia juga bukan apa yang terkandung di dalam kitab-kitab Fiqh. Ketika Sayyidina Umar menangguhkan hukum potong tangan pada ‘am al-maja’ah (tahun kelaparan), ketetapan itu bukan pandangan subjektif beliau tetapi adalah hukum Shari’ah. Kerana beliau tidak terpaku pada teks secara literal tetapi mengembalikan teks-teks juz’i kepada maqasid kulliyyah yang sebenarnya sebahagian daripada Shari’ah.

Oleh kerana aku menyedari kelemahanku dalam menafsirkan al-Qur’an maka aku merujuk pandangan para ulama yang beraotoriti. Mereka sangat berautoriti kerana mereka menguasai ilmu-ilmu yang diperlukan dalam memahami al-Qur’an. Lebih daripada itu dengan bimbingan iman mereka juga faham akan kehendak Tuhan. Bagiku ilmu adalah amanah dan pemberian Tuhan, oleh kerananya kepintaran semata-mata tidak meletakkan seseorang itu menjadi orang yang autoritatif dalam keilmuan Islam.

Kesembilan: Kerana aku memiliki worldview Islam, Aku tidak akan hanyut dengan trend pemikiran Barat yang kabur dan selalu berubah. Pascamodenisme yang menjadikan kegagalan dan kesempitan modenisme sebagai raison d’êtrenya hanya mempunyai legitimasi di tengah obsesi Barat terhadap kuasa dan ketunggalan. Dari awal kemunculan Islam, jelas bahawa Islam menerima pluralisme/kepelbagaian sebagai lumrah kehidupan. Kerana keadilan menjadi nilai utama dalam ajaran Islam, Islam selalu berada bersama kaum yang tertindas, terlupakan dan teraniaya. Konflik antara Islam dengan agama lain timbul disebabkan faktor politik dan bukan faktor agama. Hal ini tidak sesekali memberikan justifikasi ke atas konsep pluralisme agama. Sebagai seorang Muslim aku percaya bahawa agama Tuhan yang benar hanyalah satu, yang berbeza dan berbagai adalah shari’atNya. Oleh kerana Shari’at Muhammad adalah penutup maka hanya Shari’ah Muhammad yang benar.

Keyakinanku bahawa hanya ada satu kebenaran tidak bercanggah dengan kemungkinan wujudnya kebenaran pada orang lain. Dalam permasalahan ijtihadiyyah, aku tidak akan mengatakan hanya pendapatku sahaja yang benar dan pendapat orang lain adalah salah. Pendekatan para ulama ini tidak membawaku kepada subjektivisme, seperti yang dilakukan oleh Khaled Abou el-Fadl, kerana ia hanya berlaku hanya pada realm ijtihadiyyah. Bagiku, tidak mungkin Tuhan menurunkan wahyu sebagai pembimbing manusia jika, pada masa yang sama, Tuhan mengatakan bahawa tiada yang mengetahui maksud firmanNya melainkan diriNya. Kuatnya elemen subjektivisme dan penghapusan objektiviti dalam pemikiran pascamodenisme akan membawa kepada nihilisme dan ketiadaan kebenaran. Tentunya hal ini akan memberikan dampak yang besar kepada agama dan kemanusiaan.

Terakhir, Aku akan sentiasa berdoa agar aku sentiasa berada dalam hidayah dan ‘inayahNya. Agar aku terhindar dari tergolong dalam orang-orang yang telah menerima bayyinat lalu tersesatkan. Agar aku sentiasa berada dalam keimanan dan ketaqwaan sampai akhir hayatku.

Nota: Khalif Muammar kini merupakan seorang penyelidik di Akademi Kajian Ketamadunan, Kolej Dar-Hikmah. Dan, tulisan ini bertujuan untuk mengukuhkan satu wacana yang sihat, yang bukan mengelirukan, disamping menjawab tulisan Haidar Bagir, Andai Aku Seorang Muslim Liberal

10. Sewaktu Agama Kehilangan Akal

Oleh: Fathi Aris Omar

Dilema umat Islam sering merupakan persoalan di antara dua sisi ekstrem, binary opposition: akal dan emosi, publik dan privat, rasionalitas dan wahyu, kebebasan dan kekangan, ke depan (kontemporer) dan ke belakang (tradisional), ulama dan non-ulama, dunia dan akhirat, ummah (sesama agama) dan manusia (bukan Islam).

Oposisi biner ini menyulitkan kita menerima nuansa, spektrum atau ambiguitas sebagai realitas pengalaman beragama itu sendiri. Sering kita cenderung mengambil satu ekstrem saja. Dilema inilah yang tidak terpecahkan. Malah sebarang langkah ke arah memecahkan persoalan ini sering dihambat kontradiksi dan penolakan (rejection) dari dalam tubuh umat Islam sendiri.

Entah di mana celakanya, persoalan ini pula yang enggan dimengertikan oleh kaum terpelajar Muslim, khususnya yang sudah dipengaruhi dogma-dogma fundamentalisme agama. Pemerintah kita masing-masing hanya membesarkan kepentingan elitis mereka saja. Sementara pemikir reformis atau progresif sering bergelut dalam ambiguitas sisi-sisi ekstrem ini yang menjadikan mereka sulit dimengertikan dan, akibatnya, cenderung diabaikan (oleh massa). Hidup ini, mungkin, lebih mudah jika kita memilih ekstrem!

Agama kemudian hanya sekedar carut-marut niat, declaration of intent, slogan-slogan atau janji-janji manis untuk berbuat baik kepada sesama tapi dangkal sekali agenda atau program kemaslahatan manusiawinya. Seolah-olah wujud tenaga yang besar tetapi terkepung dan tidak terluahkan. ‘Islam progresif’, di sisi saya, harus melihat gambaran besar ini dan cuba mengaplikasikan wacana-wacana pemecahan yang kreatif, emansipatoris dan kritis.

Islam itu untuk maslahat manusia, bukan untuk Tuhan. Islam itu ada janjinya kepada manusia, rahmatan lil ‘alamin, tetapi janji ini belum ditunaikan (kalau tidak mahu menyebut ‘dimungkiri’). Umat Islam sering berbicara tentang isu-isu agama seolah-olah mereka tidak hidup dan berinteraksi dengan orang lain. Seolah-olah dampaknya tidak membabitkan orang lain atau mereka ini tidak akan memberikan dampaknya kepada umat Islam.

Jika di Malaysia, Islam itu (walau membabitkan kebijakan publik) mahu dibicarakan sesama umat Islam saja, atau lebih buruk lagi sesama ulama. Islam sering menjadi medan eksklusif ulama – konon authoritas agama itu dicampakkan kepada segolongan kecil manusia dari dewa langit!

Kita belum belajar menghargai manusia lain atau golongan non-ulama. Kita belum tahu berwacana secara publik tentang hal-ehwal agama kerana kononnya wahyu itu sentiasa kekal, tidak berubah-ubah lagi, sepatah demi sepatah di dalam al-Quran. Campur tangan manusia atas tafsir, kecuali monopoli ulama, tidak diizinkan.

Seolah-olah enakmen hudud (yang pernah disarankan oleh Partai Islam Se-Malaysia atau PAS) diambil 100 persen dari kitab suci itu, tanpa tafsir atau rumus manusiawi sedikit pun! Mempertikaikan enakmen (enactment) ini sama berdosa dengan menolak al-Quran. Tafsir tiba-tiba menjadi taboo, akal sewenang-wenang dikhabarkan tunduk di bawah tapak kaki raksasa (gergasi) wahyu.

Sesiapa yang cuba berwacana rasional, khususnya meminjam teori atau paradigma ilmu sosial kontemporer (misalnya ‘Islam progresif’, ‘Islam liberal’, ‘Islam kiri’ atau ‘Islam sivil’), dicurigai ‘separuh benar’, ‘separuh Islam’ atau, lebih buruk lagi, ‘antek-antek Barat’!

Di negara kami, inilah dilema paling besar – dilema merumuskan posisi akal dengan wahyu dan tradisi agama. Isu ini paling pivotal dalam keseluruhan wacana agama. Isu ini menjadi cukup problematis apabila politik turut campur tangan. Apatah lagi politik itu, baik agama atau sekular, tidak pernah demokratis. Perseteruannya tajam, dan ada waktu-waktunya keji dan tanpa etika (unethical). Sementara perlawanan menantang keadaan tidak demokratis itu pula lemah atau tidak konsisten.

Ya, sebetulnya, dilema Malaysia itu bukan kasus terisolasi (isolated case). Malah, di negara-negara Muslim yang lain, termasuk di Indonesia, hal yang seumpama ini masih berjalan.

Bagi mengelak kebingungan arus modernitas dan urbanisme, tidak sedikit kaum terpelajar kita (kelas menengah Muslim) melarikan diri ke dalam ruang privat – agama sekedar upacara menjinakkan jiwa. Sebagian gejala ini asalnya pengalaman tradisi beragama. Persoalan dunia dilihat dari perspektif bukan agama atau disederhanakan saja. Upaya untuk mengolah akal bagi mendepani dunia kontemporer (dunia modernitas dengan pasca-modernitasnya, dunia lokalitas dengan globalismenya), terhambat.

Sementara kaum fundamentalisme agama pula memang ingin menegakkan Islam di ruang publik tetapi sering pula menyederhanakan persoalan-persoalan agama. Negara bagi mereka hanyalah lembar-lembar fotokopi (photocopy) al-Quran, hadis, ijmak dan qias ulama! Begitulah proses menyederhanakan agama sehingga sesiapa yang berfikiran luas akan cenderung ketawa, atau kecewa, dengan lelucon agama ini. Tetapi mereka benar-benar serius dan pengaruh mereka besar sekali. Jangan cuba mentertawakan hal ini, nanti anda bisa dilabel ‘murtad’.

(ii)

Saya sengaja menjadikan Malaysia sebagai satu kasus untuk direnung kita bersama kerana, konon khabarnya, negara ini dipandang ‘tinggi’, dari beberapa sisi, dalam kemajuan Islam, pembangunan ekonomi, hubungan antar-ras dan multikulturalisme, pendidikan universitas, stabilitas politik dan teknologi.

Pengalaman kami di Malaysia menjelaskan bahawa situasi negara yang tidak demokratis telah merosakkan faham agama. Islam menjadi korban (victim) dunia tidak demokratis. Dunia politik seperti negara kami mematikan akal kritis warganya, menyuburkan konservatisme dan feudalisme, menolak perbahasan terbuka dan pluralisme tafsir, dan melemahkan keghairahan mengkaji teori-teori baru (dari luar). Pendek kata, apa saja hegemoni bakal menemui lahan subur di sini.

Tidak pernah ada Nurcholish Madjid (Cak Nur) atau Abdur Rahman Wahid (Gus Dur) di negara kami – pemikir isu-isu kontemporer dari cabang pendidikan tradisi agama (di sini, kami menyebutnya ‘ulama’) – yang mendapat dukungan meluas.

Semua pemikir yang kritis tentang agama (khususnya aliran fundamentalisme) datangnya dari pendidikan bukan agama seperti Zainah Anwar, Farish A Noor dan sejumlah tokoh lagi. Mereka bergerak sebagai individu atau dalam LSM kecil yang berbasiskan kehidupan kota dan kelas menengah. Jadi, wacana-wacana alternatif dan progresif tidak pernah mengakar di umbi masyarakat Islam. Pluralisme tafsir agama baru saja berkembang, ketimbang di Indonesia yang sudah beberapa dekade dibicarakan orang.

Pembirokrasian Islam di tangan negara juga ada dampak buruknya. Tangan-tangan tidak demokratis negara mengawal agama dengan penuh rasa cemburu (jealousy). Dalam persaingan politik dengan partai Islam, pemerintah mengawal dengan ketat departemen-departemen agama dan tafsir Islam. Sering muncul dua versi agama, satu milik pemerintah, satu lagi milik partai oposisi. Media, kampus dan panggung seni turut dikontrol – jauh lebih halus dan berdampak buruk daripada zaman Orde Baru. Bukan saja pemerintah, oposisi juga mengontrol media, kampus dan panggung bersesuaian dengan tingkat kuasa masing-masing.

Partai Islam, sebagai sebuah partai tradisi yang berpengalaman luas, berjaya menerobos hegemoni pemerintah. Partai ini pada 1982 (hingga kini) diresapi kaum fundamentalis, sesuai dengan arus kebangkitan Islam di serata dunia. Mereka menguasai kampus dan anak muda. Departemen agama juga berjaya diresapi anasir-anasir PAS.

Dalam persaingan yang semakin sengit dengan partai Islam, pemerintah juga akhirnya mahu dikenali ‘pejuang Islam’. Dulu, sewaktu Anwar Ibrahim berada dalam partai pemerintah, kebijakan ‘penerapan nilai-nilai Islam’ diperkenalkan sejak awal 1980-an. Kini, selepas Dr Mahathir Mohamad dan wakilnya Anwar tidak ada lagi, perdana menteri baru memperkenalkan ‘Islam Hadhari’, mulai 2004, sebuah versi agama tanpa kebebasan dan demokrasi – atau, ‘kebebasan’ dan ‘demokrasi’ menurut faham negara.

Di sini, ‘negara Islam’ bukan saja seruan partai oposisi tetapi juga partai pemerintah. Agama tidak boleh dipisahkan daripada politik (walau partai pemerintah itu sekular-pragmatis orientasinya) seperti agama tidak boleh dipisahkan daripada ras (Melayu). Sementara politik negara pula bermakna hegemoni politik Melayu (Semenanjung) ke atas ras-ras lain – Cina, India dan sub-etnik di Sabah dan Sarawak – dalam wacana komunalisme politik.

Jadi, wajah-wajah popular Islam di Malaysia sentiasa bermakna ‘Islam negara’ dan ‘Islam oposisi’ (baca: fundamentalis), dan kadang-kadang ‘Islam rasis’ atau ‘Islam fasis’, tetapi tidak pernah ‘Islam progresif’.

Walau kedengarannya dua nama berbeda, ‘Islam negara’ dan ‘Islam oposisi’ pada akhirnya memiliki satu tubuh saja: anti-akal, anti-debat, anti-kebebasan, anti-pluralisme, atau pendek kata anti-demokrasi.

Perlawanan daripada pemikir-pemikir independen terhadap hegemoni negara, dan lain-lain kelompok dominan, hampir-hampir tidak ada atau tidak konsisten. Kerana masyarakat sivil dan institusi demokrasi telah berjaya dilumpuhkan secara sistematik di bawah pentadbiran Dr Mahathir, sewaktu ‘penerapan nilai-nilai Islam’ berkembang.

Berbeda dari Indonesia, di negara kami kata ‘independen’ atau ‘mandiri’ itu masih lagi asing sebab semua orang cenderung memihak, kalau tidak kepada pemerintah, pastilah kepada oposisi. Atau, berdiam diri.

Di Indonesia, sentiasa muncul tokoh dan gerakan (walau kecil atau tersembunyi) yang cuba mandiri (menjaga jarak) daripada negara. Di Malaysia, seseorang dipaksakan (oleh arus popular) memihak kepada kumpulan dominan untuk mendapat tempat (posisi), suara dan pengaruh. Akhirnya individu yang progresif atau kritis tunduk kepada hegemoni-hegemoni tertentu yang sudah tidak demokratis.

Maka, sesiapa yang cuba melihat persoalan politik atau Islam dari perspektif yang luas, mengkritik oposisi dan pemerintah dalam sebuah artikel yang sama, pasti tidak akan disenangi dari segenap penjuru! ‘Konspirasi’ seperti ini buat masa sekarang menjadi kepastian hidup di Malaysia – ruang ‘mandiri’ hanya satu, itu pun di alam siber, misalnya Malaysiakini.com.

Di koran web inilah, sejak tahun 2000, kita bisa melihat keghairahan orang Malaysia berwacana dengan lebih bebas, jujur dan pluralis dalam semua bidang kehidupan. Koran web ini seolah-olah ‘penyelamat’ dari alam ghaib, makhluk (alien) dari planet asing, manna wa salwa bagi mereka yang kelaparan pluralisme, kecerdasan dan pemikiran progresif.

Pelbagai kaum, kelas sosial, pendidikan, aliran berfikir dan pendukung politik (termasuk pemerintah) muncul di sini. Tetapi kualitas (quality) diskusi belum terjamin tinggi. Malah, cenderung pula dangkal dan sempit.

Kedangkalan dan kesempitan wacana ini kerana mereka dipengaruhi struktur kuasa dan budaya masyarakat yang konservatif itu. Ertinya, walau kita berjaya mendirikan media yang bebas tetapi jika budaya masyarakatnya masih konservatif, maka tidak ada ertinya ‘kebebasan media’ itu!

Sama situasi di Indonesia saat ini – pembaca dan masyarakat tidak cenderung menggunakan hak jawab dan hak koreksi, sebaliknya mereka lebih suka membawa media dan wartawan ke pengadilan. Media belum dimanfaatkan secara jujur dan sungguh-sungguh oleh warga sebagai peserta (participant) ruang publik.

Namun, setidak-tidaknya Malaysiakini.com boleh menjadi cermin bagi merefleksi wajah ‘jujur’ dan ‘asli’ Malaysia walau tidak dinafikan rata-rata pengunjung (pembaca) situs web ini dari kelas menengah kota, khususnya Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor. Di luar situs ini, ada lagi wajah-wajah lain Malaysia.

Gambaran ini sangat penting disampaikan dengan harapan pembaca dapat berlaku adil ketika melihat Islam dan hubungannya dengan politik di Malaysia. Ertinya, bukan hanya agama itu buruk, sedangkan hal-hal lain itu sudah baik. Agama hanya satu daripada beberapa keburukan atau kelemahan di Malaysia.

Aktivis agama itu tidak lebih buruk, tidak lebih baik, daripada profesional, penduduk kota atau masyarakat kelas menengah kami (Melayu atau bukan, Muslim atau tidak). Malah, mereka saling mempengaruhi (bertukar-tukar) keburukan, mediocrity, akibat situasi demokrasi yang terbatas. Pendek kata, situasi negara yang tidak demokratis telah merosakkan banyak perkara, tidak terkecuali faham agama.

(iii) Dalam komunitas Melayu (semuanya harus Islam seperti telah didefinisikan oleh konstitusi), arus konservatisme semakin menebal sejak tahun-tahun mutakhir. Dalam buku saya, Patah Balek: Catatan Terpenting Reformasi (2005), hampir semua bidang kehidupan – seni, politik, agama, kampus, aktivisme pro-demokrasi, pemikiran dan media – dan kelompok (khususnya Melayu dan Islam) telah dikenal pasti menyimpan dampak-dampak buruk tidak demokratiknya negara. Di sini membiak authoritarian personality – peribadi otoriter.

Konservatisme itu tetap berjalan bersama tingkat pendidikan tinggi, termasuk dari universitas-universitas Barat, dan kemajuan ekonomi (khususnya sebelum krisis moneter 1997).

Konservatisme itu lebih deras terasa apabila wujud kekangan politik negara, khususnya pasca krisis 1998, dan berkembangnya arus fundamentalisme agama.

Pada pertengahan dekade 1990-an, ketika ekonomi memacu laju dan pemerintah memperolehi suara besar dalam pemilu 1995, ada semacam era ‘keterbukaan’ di Malaysia. Beberapa pemikir kritis dan aktivis LSM (lembaga swadaya masyarakat) diundang bersuara, termasuk di televisi, media (seperti koran dan radio) yang dikuasai sepenuhnya oleh pemerintah atau kroni pemimpin negara.

‘Keterbukaan’ ini yang mendorong Anwar Ibrahim, waktu itu wakil perdana menteri, menganjurkan wacana ‘masyarakat madani’, sesuai dengan berkembanganya tema civil society di dunia internasional.

Tetapi persoalan hak asasi manusia (HAM) tidak pula dipandang serius waktu itu, malah Malaysia antara negara yang paling tinggi suaranya menggesa nilai-nilai HAM itu dikaji kembali, kerana kononnya idea-idea itu datang dari Barat dan tidak sesuai diaplikasi di negara-negara non-Barat. Malaysia juga, bersama Singapore, yang merumuskan ‘nilai-nilai Asia’ dan menolak tuntutan Barat yang mahu isu-isu ekonomi internasional diperhitungkan bersama soal-soal pemusnahan ekologi atau pelanggaran HAM.

‘Keterbukaan’ yang datang bersama kemajuan ekonomi negara ini bagaimanapun berlaku setelah pemerintah berjaya melemahkan masyarakat sivil dan institusi demokrasi (misal, sistem pengadilan) pada dekade sebelumnya. Krisis politik 1987 turut memburukkan demokrasi tetapi memberi keuntungan kepada aliran fundamentalisme agama yang didukung oleh partai oposisi PAS, khusus sewaktu pemilu 1990 – menjadikannya ‘percaya diri’ luar biasa kerana berjaya menarik dukungan lebih besar massa Melayu (yang kecewa dengan UMNO yang sedang mengalami perpecahan).

Dari sini, konservatisme Melayu perlahan-lahan muncul walau ekonomi sedang meningkat. Kemajuan ekonomi itu malah melahirkan kesedaran agama di kota, sejenis ‘sufisme kota’ seperti komentar profesor Komaruddin Hidayat. Perkembangan ini tidak jauh bedanya sewaktu pemilu 1999, apabila sekali lagi partai oposisi ini mendapat pengaruh yang luar biasa besar – akibat krisis politik 1998 (kasus pemecatan Anwar Ibrahim) yang memburukkan demokrasi. Orang Melayu yang kecewa pada UMNO lari lagi kepada PAS.

PAS diam-diam menjadi ‘tulang punggung’ Gerakan Reformasi Anwar – kebetulan, presiden partai ini Fadzil Noor (almarhum) teman dekatnya Anwar. Walau di kota slogan Gerakan Reformasi, yang turut disertai aktivis-aktivis HAM dan gerakan pro-demokrasi, kedengaran ‘progresif’ tetapi di desa-desa yang menjadi basis partai oposisi ini, agama tetap juga dalam faham fundamentalisme dan konservatisme.

Slogan gerakan pendukung Anwar ini memang bunyinya ‘reformasi’, ‘politik baru’, ‘keadilan’, ‘Malaysia yang adil’ dan ‘alternatif’ tetapi, sesuai pula dengan budaya politik Malaysia, sekadar promosi di sampul (cover) saja. Kandungannya (content), tiada yang benar-benar ‘reformasi’, ‘baru’ atau ‘alternatif’. Di bawah retorikanya dan di dalam gerakan ini, semuanya konservatisme. Idea-idea progresif sulit tumbuh dan tidak diberikan perhatian: oleh pemimpin politik, aktivis dan pengikut akar rumput.

Tulisan-tulisan dan idea-idea progresif tidak berkembang, tidak berjaya difahami dan dituturkan, termasuklah di kalangan aktivis muda dan pemimpin mahasiswa (kelompok ini telah lama bergabung sebagai sayap partai oposisi atau LSM Islam, seperti gejala di Indonesia). Cara mereka menganalisa atau merumus konflik politik itu masih lagi permukaan (superficial) dan lama.

Oleh itu, penulis-penulis seperti Farish A Noor dan saya (sekedar contoh) sering mengalami dilema ini. Sewaktu kami berdua menggesa gejala ini (kelemahan wacana dan pemikiran dalam Gerakan Reformasi) diperbaiki segera demi kemajuan demokrasi, resistensi (resistance/halangan) itu datang mendadak dari pemikir dan aktivis kanan gerakan ini sendiri – malah, kami dituduh ‘orang asing’ yang tidak pernah komited pada perjuangan perubahan (sesuatu yang, pastilah, tidak benar).

(iv) ‘Islam progresif’, jika kita memakai takrif (definition) Omid Safi, memang menarik dan relevan (relevant) dengan wacana umat Islam sekarang – setidak-tidaknya ia bisa menjadi ‘pengimbang’ kepada wacana-wacana ‘Islam liberal’ yang berorientasikan pasar (pro-market) dan semangat liberalisme.

(Nota: kata ‘Islam liberal’ di sini bermaksud umum saja, tidak merujuk kepada atau tanpa sebarang hubungan dengan Jaringan Islam Liberal)

Namun, masalah pokok di negara kami, kedua-dua kata ini ‘Islam progresif’ atau ‘Islam liberal’ tidak diterima oleh aliran konservatif. Wacana popular dan berunsur politis beberapa bulan kebelakangan semuanya menyatakan penolakan (keras?) terhadap sebarang kata yang ditambah selepas kata ‘Islam’.

Asalnya, kelompok Islam – khususnya parti Islam PAS – tidak senang dengan kata ‘Islam hadhari’ yang dimunculkan oleh partai pemerintah UMNO menjelang pemilu Maret 2004. Saya berada di masjid Rusila (Terengganu, Malaysia), dalam rangka memantau pemilu, sewaktu presiden PAS menyampaikan kritiknya terhadap konsepsi ‘Islam hadhari’ UMNO – kini wacana partai Islam ini sudah dijadikan sebuah buku.

Awal tahun ini, selepas muncul kontroversi besar ‘anti-kawalan moral’ sebagai susulan memorandum daripada organisasi-organisasi dan aktivis-aktivis pro-kebebasan individu, kelompok agama konservatif membakar emosi publik dengan mendakwa ‘Islam liberal’ itu mengancam ‘akidah’ umat Islam.

Dengan maksud, semua kata baru di belakang ‘Islam’ seperti ‘Islam emansipatoris’, ‘Islam post-tradisionalis’, ‘Islam kiri’, ‘Islam substantif’, ‘Islam kultural’ atau ‘Islam sivil’ dianggap semuanya itu – di negara kami – ‘Islam liberal’. Kata ‘Islam progresif’ tidak terkecuali dirangkumkan (dimasukkan) sekali dalam daftar wacana yang terlarang di sisi faham agama mereka, kaum konservatif dan tradisionalis, sama ada partai oposisi, LSM Islam atau pemerintah sendiri!

Saya melihat dilema (dilemma) besar di Malaysia. Dinding nalar (mental block) sedang didirikan di negara kami seolah-olah sebuah dinding tinggi yang memisahkan orang-orang Palestin dan Yahudi di Israel. Dulu, sewaktu Perang Dingin (Cold War), ada ‘tembok Berlin’ (Berlin Wall) untuk memisahkan dunia kapitalisme-liberalisme-demokrasi dengan komunisme tetapi kini di Malaysia ada tembok Islam konservatif-fundamentalis dengan Islam liberal (seperti yang mereka fikirkan begitu).

Dinding nalar ini memang abstrak (abstract) tetapi perseteruannya (conflict) tidak kurang tajamnya antara orang Palestin dengan regim Israel (pada sisi dan sikap kaum konservatif). Rasa kebencian dan kekagetan publik dibesar-besarkan sehingga orang ramai dan umat Islam umumnya kebingungan apakah sebenarnya isu-isu dasar yang harus mereka perhalusi dan fikirkan. Masyarakat disuap dengan propaganda sebelah pihak, dangkal dan distorsi (distortion) pengetahuan.

Resistensi (resistance) seumpama ini saya ceritakan di sini sebagai satu kasus untuk diteliti lanjut – apakah ada harapan kita memajukan ‘Islam progresif’ di negara-negara umat Islam sekarang? Apakah orang Islam nampak bahawa wacana-wacana ‘Islam progresif’ itu ada sisi-sisi penting, relevan (relevant) dan harus mereka berikan fokus utama (lagi-lagi seperti tafsir Omid Safi)?

Keragu-raguan saya ini bukanlah baru, bukan semata-mata kerana didorong beberapa peristiwa politik dan kontroversi agama di Malaysia akhir-akhir ini. Sebagai aktivis mahasiswa Islam, kira-kira 10 tahun sejak pertengahan 1980-an, dan kemudiannya menulis artikel-artikel kritis terhadap mereka, mulai awal 1990-an, saya rasakan sendiri betapa kecilnya dunia wacana umat Islam umumnya.

Betapa sikap penolakan (rejection) mereka itu didasarkan pada kejahilan, kedangkalan dan purbasangka yang salah. Kritik dan kecaman mereka pada kata ‘Islam liberal’ saat ini membuktikan segala-galanya.

Namun begitu, Dr Syafii Anwar, direktor International Center for Islam and Pluralism (ICIP), melihat di sebaliknya – dia melihat sisi-sisi terangnya. Mungkin kerana ada jalur-jalur harapan di Indonesia, ketimbang di Malaysia, jadi penulis seperti saya cenderung melihat dunia (masa depan?) yang lebih murung itu. Keragu-raguan saya itu disebabkan oleh sejumlah faktor di negara kami berbanding di Indonesia.

Di Indonesia, kata Dr Syafii, beberapa organisasi massa Islam yang paling besar seperti Nahdlatul Ulama (NU) dan Muhammadiyah senang dengan wacana agama yang lebih moderat dan progresif. (Nota: Walau persidangan NU akhir tahun lalu memberikan sinyal yang berbeda).

Tetapi di Malaysia, tidak ada ormas seumpama NU atau Muhammadiyah. Malah, tidak ada tokoh seumpama Cak Nur, Gus Dur atau, malah, Ulil Abshar-Abdalla! Jadi, sebagai rumusannya, saya ingin jelaskan bahawa wacana ‘Islam progresif’ haruslah menyedari latar penerimaan masyarakat lokal. Ia tidak boleh terlalu gairah dengan idealisme dan kata-kata ilmiah yang akhirnya mencipta jurang (gap) antara pemikir Islam progresif dengan umat Islam yang rata-ratanya kurang berfikir, kurang mengkaji dan cenderung konservatif.

Sebenarnya umat Islam kehilangan konteks antara dirinya dengan dunia yang berubah. Jadi, apabila mereka mendengar kata ‘Islam progresif’ mereka tidak nampak di mana ‘konteks’ atau kerelevanan (relevance) wacana agama ini dengan kehidupan dan masa depan mereka. Umat Islam faham apa makna al-Qur’an, hadis, syurga, neraka dan ulama! Umat Islam nampak konteks ini semua – al-Qur’an, hadis, syurga, neraka dan ulama – dalam kehidupan mereka sehari-hari.

Lingkungan politik yang tidak demokratis ini (bukan hanya di Malaysia, tetapi di banyak negara Islam) memburukkan lagi usaha membuka wacana baru tentang agama dalam konteksnya yang lebih luas dan plural.

Dari analisa saya, budaya tidak demokratis di Malaysia telah merosakkan semua orang: bukan hanya pemerintah, tetapi juga oposisi, aktivis LSM, seniman, mahasiswa, cendekiawan, akademisi dan agamawan terjerembap di bawah situasi tidak demokratis negara.

Jadi, tidak perlulah saling menyalahkan, kita harus sama-sama bertanggungjawab membangunkan budaya demokrasi, membuka ruang publik (public sphere) untuk isu-isu agama dan non-agama kerana dari sini saja kita saling belajar memprogresifkan nilai hidup dan perspektif.

Pesan saya, rakyat Malaysia harus memberdayakan masyarakat sivil, melazimkan massa berinteraksi idea, berwacana secara tenang tetapi kritis-rasional walau plural sekali kepentingan dan perspektif masing-masing, toleran pada nilai-nilai berbeza dan tidak cuai menyidik golongan berkuasa (atau kelompok dominan). Bagi saya, ‘proyek pencerahan’ Islam bukan lagi ‘belum selesai’ (unfinished project, kata Jurgen Habermas) tetapi baru saja bermula. Untungnya, pendidikan tinggi dan tingkat literasi semakin membaik jika dibandingkan sewaktu merdeka pada 1957.

Tetapi, dalam situasi tidak demokratis, pendidikan mudah menjadi alat hegemoni negara. Ibarat pesan Louis Althusser, dalam esai-nya yang terkenal, Ideology and Ideological State Apparatuses: Notes toward an Investigation, hati-hati pada pendidikan! Sekarang media massa juga dan globalisasi budaya pop dan konsumerisme berlumba-lumba masuk ke rumah umat Islam – sejenis usaha ‘membius’ fikiran masyarakat dunia, Islam atau bukan.

Ertinya, Islam progresif itu bukan hanya berdepan dengan kuasa-kuasa lokal tetapi seluruh kuasa sejagat yang cuba melemahkan akal manusia – yang mahu menjadi individu sebagai subjek yang ditaklukkan.

Pendidikan agama – usaha baru di kalangan aktivis aliran fundamentalis – sejak awal 1980-an belum menampakkan hasil ‘positif’ untuk mereformasikan agama, sebaliknya sekedar mengontrol generasi muda mereka daripada dipengaruhi cara berfikir negara. Gejala ini sama sahaja kritik W S Rendra dalam bukunya Penyair dan Kritik Sosial – tentang kelemahan generasi muda di bawah kontrol dan kekangan generasi tua yang berkuasa.

Memang banyak isu agama dan non-agama dalam senarai panjang (long list) agenda perubahan di Malaysia. Tetapi ia akan bermula dari sini: pembebasan akal dan alam fikiran daripada hegemoni-hegemoni negara, agama, modal dan tradisi feudalisme Melayu. Pembebasan ini pembebasan akal daripada mitos-mitos kata, bahasa, wacana dan komunikasi, kata Roland Barthes dalam Mythologies. Pembebasan ini pula hanya boleh dilaksanakan dengan baik jika ada media massa yang efektif dan LSM (lembaga swadaya masyarakat) yang aktif.

Partisipasi (penyertaan) generasi muda, profesional dan intelektual Malaysia dalam proses reformasi pemikiran – saya kira – sangat tergantung pada sejauh mana menarik atau tidaknya wacana yang kita tawarkan, dalam pelbagai bidang, kepada mereka. Buat masa sekarang, wacana ini ‘harus ditawarkan’, bukannya mereka yang ‘harus mencari’!

Jika kita dapat memecahkan persoalan-persoalan semasa yang dekat dengan kepentingan mereka – seperti dinyatakan di awal artikel ini – dan wujud pula kesedaran kolektif akan perlunya langkah-langkah pemecahan itu, maka ‘Islam progresif’ mempunyai masa depan yang cerah.

Sumber:

Barthes, Roland (1972) Mythologies, New York: Hill and Wang

Omid Safi (2003) ‘What is progressive Islam’, ISIM Newsletter 13, Desember

Syafii Anwar (2004) Progressive Thought is not Socialized, situs web Jaringan Islam Liberal (JIL), 30 Augustus

Nota: Catatan ini dijadikan sebagai kata Pengantar Pendamping bagi buku (terjemahan Indonesia) Dr Farish A. Noor, Islam Progresif: Peluang, Tantangan, dan Masa Depannya di Asia Tenggara. Saya sedang menyiapkan catatan lanjut tentang persoalan ini ‘Islam progresif’ untuk satu lagi projek penulisan buku, jika tidak ada aral melintang.

11. Siapakah Kita

Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur’an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur’an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

12. Sifat malu benteng hindari perbuatan tidak bermoral


KEJADIAN mungkar seperti mencuri, merompak, pecah amanah, rasuah, sumbang mahram, pergaulan bebas, rogol, dera dan pembuangan bayi berlaku di mana saja. Perkara seumpama itu kerap kita dengar dan baca melalui media.

Banyak perkara menjadi punca berlaku kejadian itu antaranya, hilang sifat malu daripada jiwa seseorang. Ketiadaan sifat malu pada diri, masyarakat, umat atau bangsa, nescaya akan mudah berlaku segala macam kemungkaran.

Oleh sebab tidak ada perasaan malu, seseorang sanggup melanggar hukum Allah, tidak mengendahkan norma susila, kesopanan hidup dan tidak mengenal lagi perikemanusiaan.

Sifat malu umpama perisai yang boleh mencegah seseorang daripada melakukan perkara mungkar dan maksiat. Sifat malu juga menjadi kayu ukur tahap keimanan seseorang dalam menentukan tinggi rendah akhlaknya.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Iman mempunyai lebih dari tujuh puluh cabang dan sifat malu adalah salah satu cabang daripada iman.” (Hadis riwayat Muslim)

Orang yang ada sifat malu sentiasa menahan diri daripada perbuatan mungkar yang boleh mendatangkan keaiban pada dirinya atau orang lain.

Secara tidak langsung, sifat malu dapat membentuk akhlak seseorang, sentiasa menjaga adab, tutur kata, perangai dan kelakuan yang sopan serta mendidiknya melakukan perkara berfaedah.

Misalnya, jika kita malu dikata tidak beramanah, kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menunaikan janji dan tanggungjawab diamanahkan dengan baik.

Jika kita malu dipanggil penjenayah, kita akan menjauhkan diri kita daripada terjerumus dalam perbuatan itu, seperti mencuri, merompak, merogol, mendera, membunuh dan merasuah.

Sifat malu yang menjadi pakaian kita boleh menghindarkan daripada melakukan kejahatan dan mendorong jiwa kepada perbuatan kebaikan.

Tetapi sifat malu boleh bertukar menjadi sifat tercela apabila kita berasa malu bukan pada tempat sepatutnya, seperti malu melakukan perkara benar; malu menutup aurat sebaliknya tidak malu mendedahkan aurat.

Jika malu untuk bertanya perkara yang tidak diketahui, tetapi rela berterusan berada dalam kejahilan, sifat malu ini dicela dan ditegah Islam. Tanam dalam hati kita sifat malu yang hakiki seperti dituntut Islam.

Allah berfirman yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membela agama Allah, nescaya Allah membela kamu untuk mencapai kemenangan dan meneguhkan pendirian kamu.” (Surah Muhammad, ayat 7)

13. Subuh Yang Indah Bersamamu, Ya Rasulullah


Oleh: Jalaluddin Rakhmat

Dini hari di Madinah Al-Munawwarah. Aku saksikan sahabat-sahabat berkumpul di masjidmu. Angin sahara membekukan kulitku. Gigiku gemeretak, kakiku bergoncang. Tiba-tiba pintu hujrahmu terbuka.

Dan kau datang, ya Rasulallah. Kami pandang dikau. “Assalamu ‘alaika ayyuhan nabi warahmatullahi wabarakatuh,” kudengar salam disampaikan bersahut-sahutan.

Kau tersenyum, ya Rasulallah. Wajahmu bersinar. Angin sahara berubah hangat. Cahayamu memasuki seluruh daging dan jiwaku. Dini hari Madinah berubah menjadi pagi yang indah. Kudengar kau bersabda, “Adakah air pada kalian?”

Cepat-cepat kutengok gharibah-ku. Kulihat para sahabat yang lain sibuk memeriksa kantung mereka, “Tak ada setitik air pun, ya Rasulallah.” Kusesali diriku, mengapa tidak kucari air yang cukup sebelum tiba di masjidmu. Beruntung benar sekiranya kubasahi wajah dan tanganmu dengan percikan air dari kantung airku.

Kudengar suaramu yang indah, “Bawakan padaku wadah yang masih basah.” Aku ingin loncat mempersembahkan gharibah airku tapi ratusan sahabatmu berdesakan mendekatimu. Kau ambil satu gharibah air yang kosong. Kau celupkan jari jemarimu yang mulia. Subhanallah, kulihat air mengalir dari sela-sela jemarimu. Kami berdesakan, berebutan berwudhu dari pancuran sucimu. Betapa sejuk air itu, ya Rasulallah. Betapa harum air itu, ya Nabiyallah. Betapa lazat air itu, ya Habiballah. Kulihat Abdullah bin Mas’ud pun merenguk sepuas-puasnya.

Qad qamatish shalah, qad qamatish shalah….

Alangkah bahagianya aku boleh salat di belakangmu, ya Sayyidal Anam. Ayat-ayat suci mengalir dari suaramu. Melimpah, memenuhi jantung dan seluruh pembuluh darahku.

Usai salat subuh, kau pandangi kami, masih dengan senyum yang indah itu. Cahaya wajahmu, ya Rasulallah, tak mungkin aku lupakan. Ingin kubenamkan setitis diriku dalam samudera dirimu. Ingin kujatuhkan sebutir peribadiku pada sahara tak terhingga peribadimu.

Kudengar kau berkata, “Menurut kalian, siapakah mahluk yang paling menakjubkan imannya?”

Kami jawab serempak, “Malaikat, ya Rasulallah.”

“Bagaimana mereka tak beriman, padahal mereka berada di samping Tuhan mereka?” jawabmu.

“Kalau begitu para nabi, ya Rasulallah.”

“Bagaimana mereka tak beriman, bukankah wahyu turun kepada mereka?”

“Kalau begitu kami, sahabat-sahabatmu, ya Rasulallah.”

“Bagaimana kalian tak beriman padaku padahal aku berada di tengah-tengah kalian? Bagaimana sahabat-sahabatku tidak beriman? Mereka menyaksikan apa yang mereka saksikan.” Aku tahu, ya Rasulallah, kami telah saksikan mukjizatmu. Kulihat wajahmu yang bersinar, kulihat air telah mengalir dari sela jemarimu, bagaimana mungkin kami tak beriman kepadamu. Kalau begitu siapa, ya Rasulallah, orang yang kau sebut paling menakjubkan imannya?

Langit Madinah bening, bumi Madinah hening. Kami termangu. Ah, gerangan siapa mereka itu? Siapa yang kau puji itu, ya Rasulallah? Kutahan napasku, kucurahkan perhatianku. Dan bibirmu yang mulia mulai bergerak, “Orang yang paling menakjubkan imannya adalah kaum yang datang sesudahku. Yang beriman kepadaku, padahal mereka tak pernah melihat dan berjumpa denganku. Yang paling menakjubkan imannya adalah orang yang datang setelah aku tiada. Yang membenarkan aku padahal mereka tak pernah melihatku. Mereka adalah saudara-saudaraku.”

Kami terkejut. “Ya Rasulallah, bukankah kami saudaramu juga?”

Kau menjawab, “Benar, kalian adalah para sahabatku. Adapun saudaraku adalah mereka yang hidup setelah aku. Yang beriman kepadaku padahal mereka tak pernah melihatku. Merekalah yang beriman kepada yang ghaib, yang menunaikan salat, yang menginfakkan sebahagian rezeki yang diberikan kepada mereka (Al-Baqarah: 3)”.

Kau diam sejenak, ya Rasulallah. Langit Madinah bening, bumi Madinah hening. Kudengar kau berkata, “Alangkah rindunya aku berjumpa dengan saudara-saudaraku. Alangkah beruntungnya bila aku dapat bertemu dengan saudara-saudaraku.”

Suaramu parau dan butiran air mata tergenang di sudut matamu. Kau ingin berjumpa dengan mereka, ya Rasulallah. Kau rindukan mereka, ya Nabiyallah. Kau dambakan mereka, ya Habiballah….

Wahai Rasulullah, kau ingin bertemu dengan mereka yang tak pernah dijumpaimu, mereka yang bibirnya selalu bergetar menggumamkan shalawat untukmu. Kau ingin datang memeluk mereka, memuaskan kerinduanmu. Kau akan datang kepada mereka yang mengunjungimu dengan shalawat. Masih kuingat sabdamu, “Barangsiapa yang datang kepadaku, aku akan memberinya syafaat di hari kiamat.”

Ya wajihan ‘indallah, isyfa’lana ‘indallah. Wahai yang mulia di sisi Allah, berikanlah syafaat kepada kami di sisi Allah.

Wahai yang mulia di sisi Allah, berikanlah syafaat kepada kami di sisi Allah.

14. Syahid

Seperti yang dilakukan oleh Para Anbiya’ (Nabi-Nabi), Para Auliya’ (Kekasih-kekasih Allah) yang mulia yang telah mengecapi kesempurnaan kemanusian yang di rasai mereka menerusi ruh mereka yang sentiasa menyaksikan ‘Pembuat sebab-sebab Musabbibal Asbab’. Para Syuhada juga menempuh jalan ini, seperti yang dijelaskan oleh Ayatullah Murtadha Muttahari dalam bukunya tentang mati syahid, beliau menjelaskan bahawa seorang syuhada juga telah mengecapi cinta Ilahi yang menyebabkan ruh mereka sentiasa rindu untuk kembali kepada Allah Ta’ala.

Namun mereka sendiri bersifat ingin berkorban apa sahaja termasuklah jiwa raga. Dengan inilah mereka mempersembahkan pengorbanan yang paling berharga dalam menghidupkan kembali jiwa manusia untuk berkorban demi Allah dan di jalan Allah. Mereka meninggalkan masej Ilahi kepada manusia melalui darah mereka, ia adalah pengorbanan yang paling agung dalam mana-mana kelas manusia yang berkhidmat kepada masyarakat demi keredhaan Allah.

Kerana nyawa adalah merupakan aset yang paling mahal bagi manusia. Persembahannya terhadap misi suci Islam yakni ketundukan kepada hakikat Yang Maha Esa melalui darahnya mengalahkan apa-apa sumbangan manusia dijalan Allah seperti buku, wang, tenaga dan sebagainya.

Dalam sebuah ayat Al-Quran menceritakan kepada kita bahawa ada sebahagian golongan manusia yang Allah cintai dan mereka juga mencintai Allah. Allah menjelaskan bahawa mereka berjihad dijalan-Nya. Di sini kita menemukan dua aspek yang berbeza iaitu aspek batin yakni cinta dan zahir yakni jihad, seolah-olah jihad yang sempurna yang kemuncaknya adalah mati syahid adalah manifestasi terhadap cinta seorang pejuang sejati itu kepada Allah dan kecintaan Allah kepadanya dan telah mujahid itu telah meleraikan apa-apa ikatan kecintaan selain-Nya.

Dengan berbekalkan kecintaan ini, ia melangkah dilangkah yang ditunjukkan oleh Para Nabi terutamanya ibadah yang kemuncak yakni jihad dengan membebaskan manusia dari cengkaman taghut yang menghalangi kebebasan manusia (kebebasan sosial) dari mengecapi kesempurnaan insan yang dikecapi dan dirasai oleh mereka. Walaupun adakalanya usaha mereka tidak berhasil dan tidak mendapat sambutan.

Lalu Allah mengurniakan kepada mereka maqam syahid yang sukar untuk digambarkan ketinggiannya. Alam ini yang dikisahkan dia dalam Al-Quran adalah suatu alam yang kekal dan tidak mati dan sentiasa mendapat nikmat. Jika kita melihat dari hasil-hasil penulisan irfan atau Sufisme kita dapat di sana istilah syuhud. Syuhud yang merupakan penyaksian terhadap kebenaran dan keagungan Ilahi adalah merupakan matlamat agung para pengembara alam rohani. Kerana ia adalah suatu maqam yang istimewa di sisi Tuhan yang sentiasa berada dalam alam yang menyaksikan keagungan dan kebesaran Tuhan.

Ini adalah matlamat utama bagi golongan manusia yang cinta kepada Ilahi agar diri mereka sentiasa berada dalam alam percintaan yang agung ini dan kekal bersama Yang Dicintai. Seperti kata seorang ahli sufi ini:-

“Inilah keadaan ahli tahqiq yang diberikan limpah pertolongan untuk berada dalam Tiada Tuhan Melainkan Allah.
Bukan sekadar menyebut,
Bukan sekadar menghadirkan makna
Bukan sekadar manafi dan mengisbat
Bukan sekadar menazhor atau menilik
Bukan sekadar mensyuhudkan pandangan mata batin
Tetapi mereka berada pada “Keadaan” hakikat kalimah yang mulia itu.”

Mungkin keadaan yang dimaksudkan itu adalah maqam syuhada. Yang mana hati mereka bukan seperti insan biasa yang kotor dengan dosa yang berasal dari sangkut kepada cinta dunia dan diri. Hati mereka telah jauh melayang di langit yang tinggi dan sedia berkorban apa sahaja termasuklah harta dan diri mereka yakni dunia dan diri mereka.

Seperti ungkapan doa sya’baniyyah ini: “My Lord, grant me complete severance of my relations with everything else and total submission to You. Enlighten the eyes of our hearts with the light of their looking at You to the extent that they penetrate the veils of light and reach the Source of Grandeur, and let our souls get suspended by the glory of Your sanctity.”

Pada pandangan saya, kesyahidan, kecintaan mempunyai hubungkait dengan keikhlasan beramal, dan seorang itu tidak mungkin akan mencapai kesyahidan tanpa keikhlasan dalam beramal. Orang yang cinta kepada Allah dan meleraikan apa-apa kecintaan selain dari-Nya telah mencapai maqam yang istimewa disisi-Nya. Mereka adalah orang yang paling berkualiti dalam amalannya yakni paling ikhlas.

Seperti yang disebutkan dalam hadis Imam Ja’far As-Sadiq; “When love of Allah (SWT) takes possession of the innermost being of Allah (SWT)’s bondsman, it empties him of every preoccupation except remembrance of Allah (SWT). The lover is the most inwardly sincere of all people for Allah (SWT). He is the most truthful in his words, the most faithful in his pledge, the most astute in his actions, the purest in remembrance, and the greatest in devoting his self in worship.”

Keikhlasan seseorang itu juga bergantung pula kesyuhudannya. Seperti kata seorang sufi:

Apabila engkau lihat di dalam alam sekalian ini Ia (Allah) yang berbuat;
engkau lihat sekelian kainat (benda) elok;
maka hai orang muda (Salik), hendaklah engkau tahqiqkan ikhlas di dalam ibadat (musyahadah) kamu.

Dalam Al-Quran juga menjelaskan tentang maqam orang yang ikhlas. Allamah Tabatabie berkata:

“It may be remembered that a man who attains to the grade of personal sincerity, is endowed with certain other characteristic qualities which are not possessed by others.

An important characteristic which he acquires according to a text of the Qur’an he becomes immune from the domination of Satan. The Qur’an quotes Satan as saying: My Lord, I swear by Your honor, I shall adorn the path of error for them in the earth and shall mislead all of them, except such of them as are your sincerely devoted slaves. (Surah al-Hijr, 38:82)

It is clear that Allah’s sincerely devoted slaves have been excluded here not because Satan was forced by Allah to do so. They have been excluded because owing to their attaining to the station of ‘unity’, Satan can no longer gain control over them. As these people made themselves pure for Allah, they see Allah wherever they cast their eyes.”

Dengan ini kita mendapat gambaran bahawa orang yang mati syahid ini telah mencapai kesempurnaan insan yang sejati yang telah benar-benar faham bahkan merasai sendiri erti kalimah tauhid “Laillahaillallah Muhammadurrasulullah.”

15. Fathi Aris Omar: Saya tidak percaya pada keajaiban agama

Oleh: Ummahonline Team

Membaca hasil wawancara marathon ini memang memenatkan, tetapi mujurlah penulisannya bersifat santai. Jadi tidaklah terasa panjangnya itu. Mungkin ada yang bertanya, apakah yang menariknya dalam wawancara ini? Wawancara (dari saling komunikasi emel) ini menjadi istimewa kerana ia memperlihatkan rasionaliti yang dijana oleh Fathi. Akal bagi Fathi, satu fungsi yang sering direhatkan oleh kita, khususnya umat Islam, sembari berdalilkan “cukuplah Al-Quran dan As-Sunnah sebagai bimbingan mutlak dalam kehidupan kita”. Justeru, mari kita telusuri jejak fikiran wartawan ini.

Terlebih dahulu, boleh anda berkongsi sedikit mengenai evolusi pemikiran anda hingga ke dewasa ini? Mungkinkah wujud pergolakan pemikiran (meminjam istilah Murad W. Hoffman) dalam diri anda?

Saya suka membaca, apa-apa rencana akhbar dan buku-buku tentang isu-isu pemikiran. Di sekolah rendah, minat membaca saya bermula ketika usia 8 atau 9 tahun (1976 atau 1977). Saya suka membaca rencana umum atau pengetahuan am. Saya berangan-angan nak jadi penulis (waktu itu). Kalau saya sedang baca buku, saya boleh lupa makan tengahari. Tapi ibu dan nenek saya senang sekali kalau saya bercerita tentang buku-buku yang saya baca (selalunya di pinjam di perpustakaan sekolah).

Kami orang miskin. Ibu bapa saya bercerai. Ibu saya kerja kampung dalam keadaan sering sakit. Perbelanjaan saya 10 sen sehari. Ada waktunya saya makan nasi lemak dan minum susu subsidi di kantin sekolah. Dengan duit 10 sen, saya kumpulkan untuk membeli Utusan Pelajar, surat khabar pelajar waktu itu (dan, kemudian terbit Mingguan Kanak-kanak). Saya suka komik tetapi ibu saya selalu keberatan sebab dia fikir tentunya membazir wang kerana tidak mempunyai ‘nilai pelajaran’!

Rencana-rencana akhbar yang saya baca itu bukanlah akhbar yang keluarga kami beli – tetapi diambil oleh ibu saya dari rumah-rumah jiran untuk kegunaan alas di dapur. Tetapi saya akan membelek-belek dulu. Jadi, sebenarnya saya sering membaca rencana yang sudah ‘basi’! (ketawa). Saya tidak menduga tabiat melihat-lihat surat khabar ini rupa-rupanya tabiat penulis! (ketawa).

Minat politik saya berkembang sejak awal 1980-an, ketika saya di Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Sains Terengganu. Waktu itu beberapa teman mengajak saya terbabit dalam usrah. Kami membincangkan, antaranya buku Fathi Yakan, ‘Apa Ertinya Saya Menganut Islam?’ dan juga karya Abul A’la Maududi, ‘Iman, Islam, Jihad’ (asal, Fundamentals of Islam).

Waktu yang sama, saya membaca ‘Problema Kemiskinan’ karya Yusuf Qaradhawi dan buku-buku Islam yang diterjemahkan waktu itu, khususnya oleh Dewan Pustaka Fajar, Hizbi dan juga Pustaka Salam. Tidak seperti sekarang, 1980-an memang rancak penerbitan buku-buku pemikiran Islam.

Sekarang buku-buku Islam di pasaran lebih sibuk ajak kita kahwin, berasmara dengan cara paling nikmat (tapi Islamik) dan didik anak. Saya bersyukur, dekat dengan kumpulan pelajar Islam ketika buku-buku ini banyak diterbitkan. Ya, waktu itu umumnya aktivis Islam masih ghairah berfikir, berseminar, menulis kertas kerja, menerbit risalah dan berhujah. Sekarang mereka fikir nak buat anak sahaja! (ketawa) Soal-soal idea dan pemikiran hari ini sering bercampur aduk dengan soal-soal selimut, baju tidur isteri dan cadar yang bersih! (sekali lagi, ketawa)

Ada penganalisa Barat membuat ramalan bahawa umat Islam akan ‘menang’ atau ‘berpengaruh’ di peringkat antarabangsa bukan kerana faktor akal, pemikiran atau ilmu – tetapi faktor demografi (anak ramai!)

Salah satu ‘kilang buat anak’ ini, saya agak, Terengganu! Sebab penduduk negeri ini anak-anak mereka ramai (kata ustaz saya dari Kedah) dan paling tidak berminat dengan buku-buku politik berbanding negeri-negeri lain yang kuat PAS. Orang Kelantan paling rancak baca buku. Negeri presiden, naib presiden dan ketua Dewan Ulama PAS paling malas baca buku! Sebab itu, mereka boleh berkuasa lima tahun sahaja! (ketawa lagi) Semasa di sekolah itu, saya juga mengikuti kaset-kaset kuliah (misalnya huraian Ma’alim fit Tariq oleh Abdul Hadi Awang) dan kaset-kaset ceramah politik pemimpin PAS. Tinggal di asrama penuh memang sukar bergerak tetapi ada waktu-waktunya kami ‘melompat pagar’ diam-diam untuk mengikuti ceramah politik atau ke kuliah di Rusila. Pada 1985, saya dipilih sebagai pengawas sekolah dan saya menyalah gunakan kuasa itu untuk melindungi kawan-kawan aktivis yang ‘melompat pagar’ (ketawa). Maksudnya, sejak dulu lagi, kami sudah mengamalkan ‘hak demokratik’ walaupun berdepan dengan ‘risiko politik’ (ketawa)

Teman-teman dan saya sejak di sekolah dan kampus memang ‘kaki buku’. Tidak ramai tetapi kebetulan saya sering bertemu teman-teman aktivis (satu jemaah atau lain jemaah) yang serius berfikir, baca buku, berdebat dan mengkaji isu-isu semasa. Tempohnya antara 1983 hingga 1991.

Kami juga ‘sedikit liberal’ dan ‘lebih rasional’ dalam konteks pendekatan dakwah gerakan pelajar di sekolah dan kampus. Jadi, mungkin gelagat ini yang telah mendewasakan saya. Lagipun, teman-teman aktivis yang ‘ortodoks’ (maaf!) selalunya tidak banyak membaca dan malas berhujah, jadi kami tidak tahu apa yang bergerak dalam fikiran mereka dan kami juga tidak tahu apa yang mereka mahu lakukan.

Kami aktif melatih tenaga-tenaga baru (pelajar baru) dan menghasilkan penerbitan (dalaman). Ada waktunya penerbitan di peringkat kampus, sama ada di Shah Alam atau di Arau. Saya cuba menulis ke Harakah sejak 1988 (sehingga tamat kuliah 1991). Jadi, saya berterima kasih banyak pada Harakah, khususnya teman saya Ahmad Lutfi Othman (waktu itu wartawan seksyen ‘Kampus’ dan kemudian ketua editor). Lutfi pernah merungut, dalam artikelnya, tentang keidealisan saya! (ketawa). Maksudnya, gagal melihat perspektif yang luas!

Sejak di sekolah, kampus, beginilah ‘kerjaya saya’. Zaman anak muda dan mahasiswa sekarang berbeza dengan kami dulu yang jauh lebih menarik dan mencabar minda (agak saya). Sekarang, aktivis dakwah kampus sendiri ‘mandom’ (kata orang Perlis).

Oleh kerana saya suka membaca dan menganalisa, saya disenangi juga oleh teman-teman walau ada waktu-waktunya saya mulai bosan dengan isi-isi diskusi dalam usrah atau dalam sesi-sesi tamrin, mesyuarat, rehlah dan mukhayyam (biasa). Saya sekolah dulu anggota pengakap (lima tahun), rehlah dan mukhayyam apa maknanya?

Rasa ‘bosan’ ini muncul sebab tidak ada fikiran ‘baru’. Apa yang menjadi pertanyaan kita (berhubung hal-hal semasa) tidak dijawab. Apa yang tidak ditanya pula yang diberitahu – dan sebahagiannya kami sudah tahu kerana kami sudah ikuti banyak tahun usrah dan banyak membaca.

Kali pertama saya terbabit dengan gerakan pelajar Islam sewaktu saya 15 tahun. Bayangkan betapa bosannya hidup untuk sampai usia 25 tahun. ‘Tersumbat kepala’ kalau kita tidak membaca buku-buku lain.

Dampak yang paling besar pada saya muncul – apabila timbul krisis sesama gerakan Islam di kampus (dan juga, sebahagiannya, di luar kampus) antara 1986-1989. Ia bermula selepas ketewasan PAS dalam pilihanraya umum 1986 di muktamar parti itu di Rusila. Isunya penyusupan orang-orang IRC (Islamic Representative Council) ke dalam PAS, khususnya Pemuda Pusat dan Selangor.

Waktu itu saya di kampus Shah Alam. Apabila saya di kampus Arau, hal yang sama tidak habis-habis lagi. Mujur saya tidak terikut-ikut dengan gelagat bodoh ini, ada waktu-waktunya tidak beretika langsung, kerana berpegang pada konsep ‘kesatuan gerakan Islam’. Untuk mengisi masa-masa itu, saya banyak membaca buku pengurusan, bahasa, falsafah dan sains. Kebetulan memang kursus saya tentang ‘sains gunaan’.

Di Institut Teknologi Mara (ITM) zaman saya dulu, ada kuliah agama wajib, dua jam setiap minggu selama enam semester (diploma). Tapi dua tahun pertama cukup membosankan sebab mengajarkan hal-hal yang kami telah ‘khatam’, misalnya konsep jihad, dakwah, tauhid uluhiyyah, sekularisme dan segala hal asas yang kami telah selesai sejak di sekolah dan Shah Alam! Tetapi setahun terakhir paling menarik perhatian saya, ‘Sejarah dan Falsafah Sains Islam’. Pendedahan kepada isu-isu falsafah ilmu ini banyak membuka fikiran dan perspektif saya tentang intelektualisme, rasionaliti dan budaya ilmu. Akibatnya?

Saya makin meluat dengan ‘projek pembodohan’ – pada hemat saya – melalui tarbiah gerakan Islam yang main-main dan tidak mendalam! Bagi, saya (dan ramai teman-teman senior juga bersetuju) gerakan Islam (dalam konteks waktu itu, JIM) ‘syok sendiri’!

Ada seorang ustaz yang selalu saya rasa terhutang budi, sebelum saya ke Arau, dan saya mahu nyatakan terbuka di sini, Ustaz Alias Othman (dulu, Universiti Malaya) yang pernah menyampaikan kuliah tentang tradisi ijtihad (ada siri-siri kasetnya) dan kepentingan berpegang pada hujah. Mungkin saya sekarang dianggap berfikir tidak Islami tetapi konsepnya ‘berfikir dengan hujah’ itu sentiasa mengaum-ngaum di ingatan saya, selain buku Maududi itu, ‘Fundamentals of Islam’ dan kuliah falsafah sains (setahun). Sumber-sumber inilah yang banyak ‘menyesatkan’ saya sampai sekarang! (ketawa)

Cara anda berfikir dalam banyak tulisan seperti anda seorang rasionalis, benarkah begitu?

Ya, saya memang ‘ditakdirkan’ lahir dan hidup sebagai ‘rasionalis’, mungkin! Kata orang, manusia yang lahir di bawah bintang ‘Gemini’ ini suka berangan-angan, kuat daya komunikasinya dan suka cari pasangan (flirting around)! Kerjaya yang paling sesuai – wartawan! Saya juga dilahirkan pada tahun ‘monyet’ yang dianggap ‘tahun orang pintar’ (ketawa). Mungkin tahun kelahiran dan bintang kelahiran saya yang menjadikan saya suka pada idea, buku, pemikiran dan perdebatan. Dalam ramalan bintang (horoskop), saya akan berjaya, disenangi dan ramai orang-orang terkenal ingin membantu saya (ini menurut seorang lagi felo API)!

Dan, bagaimana pula anda mahu memposisikan Al-Quran di sebalik kecenderungan anda ini?

Al-Quran itu sejak mula diturunkan memang ‘rasional’. Ketika Nabi sendirian di gua Hira’, baginda tentunya berfikir dan merenung persoalan-persoalan. Kalau ini bukan kegiatan akal dan kesedaran (jiwa) yang mendalam, apa lagi yang kita boleh sebut? Aktivis Islam kadang-kadang tidak mendalami debat filsafat ilmu dan posisi akal (dalam hubungan dengan wahyu), tetapi mereka beriya-iya menentang akal. Sedikit sahaja kita cuba berhujah, tanpa menyebut ayat al-Quran atau hadis, walau itu sebenarnya rumusan (intipati) al-Quran, mereka jadi was-was dan bingung!

Masalah kejahilan aktivis-aktivis agama tidak diatasi – saya cukup sedar sejak awal lagi tetapi soal ini tidak dititik-beratkan. Jadi, sering pengetahuan agama itu bersifat propaganda (maksudnya lapisan atas yang dangkal dan cetek) dan politik (permainan kuasa untuk menunjukkan puak sendiri bagus, dan orang lain buruk).

Soal hubungan akal dengan al-Quran dijelaskan oleh al-Quran. Kedudukan cendekiawan, galakan mengkaji alam (sains tabie), melawat tempat-tempat bersejarah (sains sosial) dan rangsangan berfikir memang inti utama al-Quran, khususnya dalam konteks ayat-ayat Makkiah. Kenapa? Sebab kita tidak faham Tuhan dan Ketuhanan tanpa menggunakan akal – jadi, kisah-kisah dan simbolisme ayat-ayat Makkiah itu semuanya mencabar, merangsang dan menggugah akal manusia. Bukan sahaja pada zaman dahulu. Zaman sekarang, kalau kita membaca al-Quran, kita akan terasa getaran simbolisme itu, apatah lagi seni sasteranya yang memukau.

Tetapi hari ini, aktivis agama lupa menajamkan akal dengan pengetahuan, kajian, penulisan dan perbahasan. Mereka tidak cenderung kepada falsafah tetapi lebih dekat kepada fekah dan cenderung legalistik minda mereka. Asalnya fekah itu sendiri sarat dengan pemikiran, waktu ulama-ulama dulu merumuskan asas-asas ilmu mereka. Mereka harus mendalam hal-hal agama dan bukan agama. Kalau tidak, mereka tidak mungkin sampai ke peringkat itu.

Tetapi sekarang, selepas berkembang kejumudan dan era taklid, ditambah pula era penjajahan (dan kini pasca-penjajahan), umat Islam sedang ‘kelelahan’. Bagi mereka, marilah kita kejar kuasa dahulu. Dengan kuasa, kita dapat perbetulkan masalah-masalah umat dan dapat melindungi mereka daripada kejahatan-kejahatan musuh Islam. Ilmu tidak diperlukan sangat, misalnya hal-hal teori atau falsafah, kerana kurang mendorong proses mengejar kekuasaan. Ilmu-ilmu teknikal mereka harapkan sangat – misalnya IT, statistik untuk mengira undi, ilmu komunikasi (untuk kempen). Soal perdebatan teori demokrasi, budaya, pasca-modenisme, hak asasi, muzik, seni, filem – ini semua ‘kemewahan’. Umat yang berjuang (kononnya) tidak wajar tenggelam dengan ‘khayalan ilmu pengetahuan’!

Saya tidak fikir begitu. Saya melihat persoalan negara dengan serius, dengan segala alternatifnya. Jika gagal melaksanakan sesuatu (sekarang), sekurang-kurangnya kita telah menyediakan perbahasan, ‘teori’ atau wacana ke arah melaksanakannya. Maksudnya, gerakan Islam harus membentangkan ‘program alternatif’ (bukan sekadar manifesto atau kertas dasar yang umum dan propaganda) tetapi sesuatu perspektif ilmu yang hampir-hampir amali sebagaimana selayaknya ilmu-ilmu sosial itu berkembang.

Saya tidak mempunyai masalah untuk melihat hubungan akal dengan al-Quran kerana saya melihat al-Quran sebagai ‘cermin idealisme’ bagi manusia. Zaman Nabi, wahyu itu ‘interaktif’ sifatnya, ia campur tangan langsung dalam peristiwa-peristiwa. Waktu itu, wahyu memang mengatasi akal. Rahsia-rahsia yang tidak diketahui manusia (termasuk Nabi) disampaikan langsung dari Tuhan.

Hari ini, wahyu itu seperti ‘beku’, tersimpan dalam al-Quran. Manusia berfikir atau tidak, manusia serius atau tidak, manusia menyeleweng atau tidak, tidak ada ‘campur tangan’ wahyu lagi. Jadi pastilah peranan akal dalam konteks ini sangat penting. Kalau tidak, Nabi mesti terus hidup dan wahyu mesti terus turun sampai sekarang. Kenapa disebut ‘agama itu telah disempurnakan’? Sebab akal akan mengambil tempat wahyu. Bunyinya ‘radikal’ cara saya melihat isu ini.

Kita tahu banyak sekali tafsir atas al-Quran, apatah lagi lagi kritik terhadap hadis (dalam proses pembukuannya). Ada percanggahan antara hadis-hadis atau hadis dengan ayat al-Quran, kemudian ulama campur tangan untuk merumuskan cara melihat isu-isu itu. Jadi, ulama merumuskan hal itu dengan apa kalau tidak dengan akal? Akal menolong memahami agama (wahyu) – inilah hakikat yang kadang-kadang membingungkan aktivis Islam.

Sebab itu pernah disebutkan: tidak beragama seseorang itu tanpa akal yang sempurna. Tapi akal yang dimaksudkan ini akal yang ada tradisi ilmu, yang mengkaji (belajar), yang berfikir mendalam dan berbahas. Pendek kata, hidup ini proses pembelajaran seumur hidup. Tetapi aktivis Islam mengabaikan hal ini. Mereka rasa sudah mencukupi untuk mengetahui hal-hal tertentu secara asas-asas (luaran) sahaja dan cuba menggali kedalaman kompleksiti dunia semasa daripada asas-asas dangkal itu!

Akhirnya, kita akan sedar aktivis-aktivis Islam (khususnya aliran bukan agama) itu ‘tidak sangat mendalam ilmu agamanya, tidak pula arif dia akan hal-hal semasa’! Pergilah berdiskusi dengan mereka, anda akan tahu maksud saya. Tetapi mereka cakap banyak – inilah permasalahan kita! Sementara aktivis Islam yang lebih tahu dan banyak membaca tidak pula menulis dan berhujah! Satu lagi keburukan.

Anda sering mengkritik PAS dalam banyak tulisan, adakah anda anti-PAS?

Anti-PAS? Ya dan tidak. Saya memang kritis pada banyak pihak, banyak perkara dan melihat sesuatu dari banyak sisi. Susah untuk saya tidak kritis (termasuk pada diri sendiri dan teman-teman dekat). Saya sedang mencari, maka saya tidak boleh berpuas hati dengan apa yang saya baca, fikirkan dan tuliskan. Saya dalam proses semakan yang berterusan. Orang Jepun kata, semangat kaizen (terus-menerus mempertingkatkan diri). Hidup sebagai proses belajar di universiti terbuka.

Sebab itu kolum saya namanya ‘Tiada Noktah’ sebab saya mahu melihat sesuatu secara berlanjutan dan isu-isu yang saya ungkitkan itu tidak ada titik akhir. Orang mungkin menuduh saya tidak ada pendirian, sesat dalam pencarian atau apa-apa lagi tetapi penemuan saya dikongsikan pula dengan orang (tulisan dan diskusi) – ini kaedah saya untuk menyemak isi-isi pengetahuan saya. Jadi, pengumpulan pengetahuan tidak sendirian, tetapi lebih bersifat publik (awam). Jadi, pembaca mungkin melihat sisi-sisi bernas saya, mungkin juga bertemu sisi-sisi lemah.

Malangnya, saya jarang temui rakan kongsi (pembaca) yang baik. Selalunya pengikut-pengikut PAS ini bermasalah dengan sudut-sudut pandang saya sebab mereka kurang berfikir (ketawa). Mereka melayan saya seperti diri mereka. Mereka fanatik idea (mencari kepastian), saya seorang pengembara akal dan ilmu. Tidak sama maksud, sikap dan pendekatannya!

Mereka suka ikut telunjuk tok-tok guru mereka; sementara tok-tok guru mereka ‘orang-orang suci’ yang tidak pernah buat silap (sebab itu tidak pernah dengar kritikan atau perbahasan ditujukan kepada mereka). Bagi mereka ilmu itu seperti melawati satu bab kepada bab yang lain, selepas Tingkatan 1, ke Tingatan 2 dan seterusnya mendapat sijil akademik. Saya tidak begitu. Jika saya temui hujah yang meyakinkan, ilmu baru, saya akan sebarkan yang itu. Jika pandangan saya yang lepas lemah atau palsu, saya akan tinggalkan dan ambil sikap baru dalam penemuan itu.

Hal ini memang sulit difahami sebab semua penulis harus dilihat ‘ada pendirian yang jelas’ — seolah-olah dia sangat pasti. Apatah lagi jika kita dianggap aktivis atau penulis politik. Kita diwajibkan mempunyai sikap dan berpihak. Berpihak itu seolah-olah sama dengan kebenaran.

Saya tidaklah menganut relativisme atau skeptisisme tetapi saya menerima satu fakta ringkas sahaja – belajar dan berilmu itu satu penerokaan ke ruang yang kita tidak ketahui (terra incognito). Ada risiko di sini – iaitu risiko tidak menemui apa-apa (sia-sia?), menemui sesuatu yang lemah atau salah. Tetapi jika saya ingin kebernasan, kekuatan, kedalaman, kehalusan dan kesahihan, saya harus terus mencari. Kata orang berniaga: ‘high risk, high return’. Saya telah melabur dan meleburkan keseluruhan hidup saya untuk ini (setakat hari ini).

Tetapi saya tidak pasti kalau saya ada tanggungjawab keluarga nanti – mungkin saya harus menyemak gaya hidup ini agar saya tidak mengabaikan tanggungjawab pada anggota-anggota keluarga.

Orang akan berhujah, tidak semua orang mampu berbuat seperti saya. Ya, benar sekali. Saya tidak memaksa semua orang mengikuti jalan saya tetapi harus ada sejumlah pemikir-pemikir dan aktivis-aktivis yang memberikan fokus hidup mereka dalam persoalan ini. Anda tahu di mana orang ini? Selalunya mereka tidak akan bersama gerakan Islam atau PAS! (ketawa).

Bukankah PAS terpaksa bertempur dalam gelanggang politik yang jelas tidak adil, serta jelas memihak kepada parti pemerintah?

FATHI: Memang benar PAS bersaing di gelanggang yang berat sebelah, tidak bebas, tidak adil. Saya simpati dan menghormati aktivis-aktivis PAS, pemikir-pemikir kita sejak dulu lagi yang sanggup mengharungi kepayahan ini. Terus terang, saya sangat menghormati jasa-jasa mereka, termasuklah mereka yang telah pergi sebelum kemerdekaan negara ini. Tanpa pejuang-pejuang yang berani ini, tentu masyarakat dan negara kita akan lebih buruk.

Tetapi tidaklah rasa simpati dan hormat ini menghalang kita mengkritik atau menyemak kembali apa yang telah dan sedang aktivis, pemikir, seniman, wartawan dan ahli politik lakukan. Dua hal ini harap dapat kita pegang secara prinsip. Jadi, kritik saya bukanlah menafikan rasa simpati dan hormat saya walau kadang-kadang nadanya keras, geram, menyindir dan memperkecilkan.

Saya pada dasarnya tidak ada masalah dengan PAS – 80 peratus keluarga besar saya, (termasuk abang, adik, ibu, kakak) di Terengganu itu penyokong dan aktivis PAS di beberapa peringkat. Saya berkenalan lama dengan parti ini. Tetapi saya kadang-kadang bingung dan kesal dengan langkah-langkah politik parti ini. Itulah barangkali yang ‘menyesatkan’ saya. (ketawa)

Pastinya, sebagai penulis dan pengkritik, saya juga ada kelemahan dan memerlukan kritikan atau semakan daripada pembaca. Jika sisi pandang saya silap atau menyeleweng, saya benar-benar berharap mereka memberikan maklum balas terbuka agar saya (dan pembaca) mengetahui bagaimana hal yang sebenarnya. Jangan simpan rasa tidak puas hati sendiri-sendiri, atau dalam kumpulan sendiri atau terbakar di warung-warung kopi. Ini bukan cara kita berdepan dengan kritik terbuka, penulis dan media massa. Saya kira PAS cukup faham hal ini.

Yang saya tidak faham dengan PAS, sebagai parti besar dan berpengalaman luas, ialah keupayaannya untuk bekerjasama dengan pihak-pihak lain, sama ada parti pembangkang, badan bukan kerajaan (NGO) atau individu. Semuanya kelihatan tidak berpanjangan. Sama ada dengan Parti Semangat 46, DAP atau lain-lain lagi. Kadang-kadang kelihatan PAS ingin mendominasi kerjasama itu – mengambil kesempatan untuk diri sendiri.

Misalnya, dalam soal pembahagian kerusi dengan Parti Keadilan Nasional (dulu) atau PRM. Kerusi-kerusi ‘baik’ diperuntukkan untuk PAS, sementara kerusi-kerusi yang ‘tidak mungkin menang’ diberikan kepada rakan-rakan kongsi. Apa akibatnya? Di Dewan-dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat, hanya PAS (atau parti tradisi) yang muncul dan bersuara. Pemimpin parti-parti lain (dalam gabungan) tidak ada! Misalnya, seorang pemimpin PRM tidak boleh diberikan tempat yang selamat dalam pilihanraya umum 1999 atau 2004. Jadi, awal-awal lagi tidak membina perseimbangan (baik dari segi moral atau imej). Kita lihat UMNO dan BN tidak terlalu buruk seperti PAS dan BA cara mereka mengatur kerjasama.

PAS juga dilihat hanya mengutamakan budaya kumpulan mereka sahaja. Budaya kelompok-kelompok lain dalam gabungan kerjasama itu, misalnya BA atau Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), kurang dihormati sehingga mereka rasa tersisih. Saya mendengar sendiri aduan-aduan daripada aktivis-aktivis Gerakan Reformasi, PRM atau GMI.

PAS, khususnya ahli biasa atau pemimpin peringkat bawah, kelihatan terlalu fanatik dengan hal-hal budaya kecil sehingga melupakan hal-hal prinsip yang diperjuangkan bersama. Saya harap hal seumpama ini harus cepat diperbaiki. Harus tegas bahawa kita menghargai kerjasama dan nilai kemanusiaan, bukan soal seluar jeans, jilbab atau rambut panjang (gelagat-gelagat aktivis di luar PAS). Umumnya sudah ada tetapi belum meluas, belum cukup merata.

Begitu juga soal isu-isu yang dibawa oleh PAS. Parti Islam ini kadang-kadang dilihat ‘double-speaks’. Di kalangan pendukung sendiri (dan luar bandar, misalnya), mereka bercakap dengan bahasa lain, bahasa konservatif, bahasa Islamik yang totok. Tetapi apabila di kalangan bukan Islam, di kalangan penduduk kota, di kalangan NGO, mereka bercakap dengan tema-tema progresif – seolah-olah PAS sama ‘liberal’ dengan mereka!

Begitu juga komitmen PAS pada nilai-nilai dan asas-asas perjuangan bersama. Ketika kita semua ghairah untuk membina ‘Malaysia Baru’, ke arah membuka ruang demokrasi, ke arah kerajaan telus, PAS mengutamakan isu-isu Islamnya sendiri. Termasuk isu-isu Islam yang tidak fundamental seperti mengasingkan kaunter, mewajibkan jilbab, mengharamkan wayang kulit.

Orang tidak dapat diyakinkan bahawa isu-isu ini central kepada perjuangan demokrasi bagi memperbaiki negara yang dilanda gejala kediktatoran dan rasuah (antaranya) akibat sempitnya ruang kebebasan bersuara. Misalnya PAS dilihat tidak ghairah dan tidak konsisten dengan isu kebebasan maklumat (FOIA), kebebasan akademik, kebebasan kreatif (seni budaya) dan ISA – tetapi ajaibnya soal mengajak kerajaan menghukum sektor-sektor masyarakat tertentu menjadi-jadi dalam PAS. Nampak tak? Tidak balanced!

PAS pernah menyarankan (kepada mufti Wilayah Persekutuan) agar menilai program TV – biar seriuslah sedikit, mufti atau Kementerian Penerangan? Menyarankan mengharamkan konsert Barat tetapi tidak pernah peduli soal konsert penyanyi Taiwan atau Hongkong! Saya kira isu ini tidak fundamental kalau PAS itu boleh berfikir lebih matang dan cerdik tetapi kelihatannya, aduh ….., makin tertutup dan tidak boleh buat berkira!

PAS kena tunjukkan boleh bekerjasama dengan orang lain dan kekal dalam kerjasama itu agar konsolidasi (gabungan) NGO dan parti-parti pembangkang tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pemerintah. Di negara-negara ASEAN, kenapa penentang kerajaan boleh bersatu tenaga menentang diktator-diktator yang lebih keras dan kasar daripada BN, tetapi kita di sini sukar sangat merapatkan barisan? Saya bingung memikirkan format kerjasama politik kita (bukan hanya PAS)! Teman-teman saya di negara-negara ASEAN juga bingung melihat cara kerja kita di Malaysia!

Dalam esei ‘Kritik agama untuk Islam sivil’ yang UmmahOnline siarkan, anda ada menegaskan mengenai idealogi totalisasi oleh kelompok ulama-ulama’. Menurut anda, adakah konsep kepimpinan ulama dalam PAS turut merupakan cerminan idealogi totalisasi yang seperti anda sebutkan itu?

Islam itu sendiri dianggap totalisasi. Dalam al-Quran disebut kaffah. Aktivis Islam bercakap tentang ‘kesyumulan Islam’. Saya tidak mempunyai masalah tentang ‘kesyumulan’ itu tetapi saya fikir yang dikatakan syumul sebahagiannya produk akal dan produk budaya; bukannya semuanya secara asli datang dari wahyu. Sebahagian totalisasi agama itu masuk dalam ruang yang boleh dibahaskan, projek kejuruteraan sosial aktivis agama. Jadi, saya bimbang hal-hal yang masih boleh dibahaskan dianggap sudah muktamad dan tidak boleh lagi diperdebatkan. Di sini, saya maksudkan totalisasi agamawan – yang (pada hemat saya) seakan-akan fasisme agama!

Kepemimpinan ulama itu saya kritik kerana ia tidak berorientasikan kekuatan hujah, kajian dan perbahasan. Ulama itu kata lain bagi cendekiawan atau intelektual. Bagaimana boleh muncul kepercayaan bahawa keputusan ulama tidak boleh dipertikai oleh golongan bukan ulama (dalam masyarakat Islam) atau golongan bukan Islam. Misalnya, kuasa veto ulama di Iran? Bagaimana boleh wujud konsep Majlis Syura yang mengatasi kepimpinan parti dalam hal-hal tertentu. Kuasa veto tidak perlu lagi kalau kita yakin pada kekuatan akal dan sedar pentingnya bersandarkan pada hujah dalam program politik kita. Ilmu rupa-rupanya projek politik, bukan projek akal. Saya melihat paradoks PAS di sini sebab model ini diciplak selepas era ‘kepemimpinan ulama’ awal 1980-an.

Tidak cukup dengan Dewan Ulama, perlu pula Majlis Syura. Kedua-duanya bukan pengetahuan atau pendekatan ilmiah. Sebab itu kita tidak temui risalah-risalah nipis (apatah lagi kitab-kitab tebal berjilid-jilid) yang mendalam perbahasan tentang agama dan isu-isu semasa diterbitkan oleh PAS. Tugas mereka berceramah, menyebarkan lapisan-lapisan umum, kepada orang kebanyakan. Bagi mereka ini tugasan dakwah yang aula (utama) sekarang; bukan menyelidik dengan mendalam. Jadi, asal sahaja dia berasa ulama dan terbabit dengan politik – mereka akan mengasah bakat berceramah secara popular kepada orang ramai. Bukan mengkaji kerana orientasi begini dianggap ‘bukan ulama’. Lagipun budaya politik nasional kita tidak berorientasikan hujah dan idea, jadi apa perlu ulama menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu mendalam. Ahli-ahli akademik, sama ada ustaz atau tidak, akhirnya boleh lupa buku-buku lama mereka apabila berkecimpung agak lama dalam PAS. Wow, bahaya sekali budaya politik kita saat (termasuk parti pembangkang yang bukan PAS).

Justeru, bagaimana boleh munculnya fahaman totalisasi? Dan, apa kesannya?

Totalisasi agamawan itu muncul banyak peringkat. Saya telah sentuh soal ‘kuasa veto’, misalnya model di Iran. Ia tidak harus ditiru di sini. Kita harus cari model yang demokratik – jika perlu juga majlis seumpama itu, ia mestilah dipilih melalui perwakilan (atau rakyat) secara meluas. Tidak boleh beberapa kelompok ulama memilih di kalangan mereka sendiri.

Perbahasan-perbahasan ulama harus terbuka, direkodkan, disiarkan dan boleh diperdebatkan oleh kumpulan-kumpulan lain dalam masyarakat (atau parti), termasuk cerdik pandai bukan ulama atau wakil-wakil masyarakat. Ertinya, kepimpinan ulama (jika mahu dikekalkan) harus dilihat telus, responsif dan demokratik. Imej ini tidak muncul sekarang sebab ulama lebih sibuk hendak ‘mengharamkan’ atau mengenakan tindakan undang-undang ke atas orang lain!

Kalau tidak, totalisasi agamawan ini akan menimbulkan suasana berat sebelah, sejenis oligarki juga tetapi jenis pengetahuan dan jenis agamawan! Ulama sama seperti orang lain – kekuatannya hanya pada renungan mendalam dan pengetahuan luas. Jadi, pandangan ulama dihormati sewaktu dia (atau mereka) mengeluarkan hujah yang bernas dan kuat. Jika hujahnya lemah, bukan ulama!

Keulamaan itu dinamis sifatnya, bukan jawatan, gelar atau nama baik yang kekal. Kerana banyak kes-kes yang menunjukkan pakar-pakar (dalam semua bidang pemikiran dan kepimpinan) boleh mengalami gejala ‘kelumpuhan berfikir’ – gagal melihat kemungkinan-kemungkinan lain, baru atau berbeza kerana terlalu pakar. Mereka dibutakan (disilaukan) oleh pengetahuan dan pengalaman sendiri! Dalam kes ‘kelumpuhan paradigma’ ini, golongan-golongan profesional, wartawan, cendekiawan dan pemikir umumnya mudah terjerat dalam gejala berisiko ini; bukan sahaja ulama.

Pada hemat anda, seharusnya model pemerintahan Islam kita bagaimana?

Model Islam kita ialah model yang telus, demokratik dan berdasarkan hujah (akal, ilmu dan debat). Hal ini harus dikembangkan dalam parti. Jika model negara Islam PAS ke arah ini, saya tidak mempunyai masalah.

Kerana ia akan menggalakkan dukungan dan penyertaan masyarakat, kerana orang ramai rasa dia ada ruang kebebasan bersuara dan mengkritik, kerana mereka fikir turut menyumbangkan buah-buah fikiran untuk kemajuan negara, kerana mereka rasa idea-idea mereka turut didengar dan dihargai (walaupun mereka itu jauh daripada PAS atau ‘musuh’ parti).

Pastinya PAS – sebagai kerajaan – akan merujuk pemikir, teknokrat dan birokrat. Semua pemimpin politik berbuat hal ini. Tetapi yang kita mahukan agar senario pembodohan Umno dan peminggiran golongan cendekiawan ala BN tidak berlaku lagi. Pedih, sia-sia dan celaka berada dalam negara seumpama ini.

PAS tidak perlu ‘membeli’ atau ‘menjinakkan’ mereka seperti gula-gula yang Umno selalu hulurkan untuk memancing pengaruh cerdik pandai. Bunyinya ideal ‘syarahan’ saya ini tetapi dalam model demokrasi, seperti di Thailand atau Indonesia, hal ini lumrah. Yang diperlukan oleh pemikir dan aktivis – ruang kebebasan ini. Kadang-kadang soal wang dan pengaruh mereka tidak sangat utamakan; kadang-kadang mereka rasa cukup mulia dengan menjarakkan diri daripada pemerintah dan sekali-sekala menghentam orang politik! (ketawa)

Kami mungkin memahami kebanyakan kritikan anda terhadap gerakan Islam ini. Anda mungkin melihat bahawa wacana demokratisasi dalam harakah Islamiyyah ini masih belum menyakinkan rakyat bahawa demokrasi dan hak asasi manusia itu adalah nilai-nilai islami yang patut dirangkumkan dalam jihad perjuangannya. Rasanya begitu?

Alhamadulillah jika kita memahami persoalan Islam dengan demokrasi. Tapi saya tidak menjamin ulasan atau artikel-artikel saya itu sudah baik. Masih banyak yang harus kita gali lagi – khazanah-khazanah Islam klasik, pandangan ulama-ulama kontemporari, teori-teori politik semasa dan pengalaman negara-negara Islam sekarang.

Mudahnya saya jawab begini: Ada orang melihat demokrasi itu ciptaan akal manusia (ideologi, kata mereka) dan oleh itu harus tunduk atau bertentangan dengan Islam. Saya tidak melihat demokrasi begitu. Saya melihat demokrasi sebagai ‘check and balance’, kawalan kepada kekuasaan, amar maaruf nahi munkar, konsep hisbah dalam masyarakat. Jadi idealisme demokrasi seperti ini – saya fikir – ada dasarnya dalam fahaman agama.

Tetapi saya tidak kata persoalan demokrasi atau hak asasi manusia (HAM) sudah selesai, maknanya 100 peratus boleh diterima oleh wacana-wacana Islam (saat ini). Saya tidak fikir begitu (mesti ada kritik, bantahan atau penolakan daripada beberapa pemikir Islam). Tetapi kita tidak boleh membahaskan persoalan-persoalan rumit ini dengan dangkal. Yang saya tentang selama, pendangkalan melihat isu, khususnya isu-isu yang melibatkan kepentingan ramai, isu negara, isu ummah.

Saya mengkritik aktivis-aktivis Islam atas dasar ini. Bukan saya menolak negara Islam atau hudud. Sebagai seorang yang rasional, terbuka dan mencari, saya tidak melihat Islam harus dilarang untuk dijadikan ideologi negara. Jika sekularisme boleh ditegakkan, kenapa faham agama tidak boleh? Apakah sekularisme itu semuanya ‘baik’ dan ‘tidak merugikan’ orang ramai? Tidak ada jaminan itu.

Jika begitu sekali keterbukaan anda, maka apa lagi yang perlu dibimbangi?

Jadi, saya bimbang jika Islam dijadikan ideologi negara, soal kezaliman, rasuah, penindasan kepada rakyat terus berlanjutan. Jika begitu, apa makna agama? Ini pertanyaan dan pencarian saya. Ada aktivis Islam mendakwa (berhujah): apakah anda tidak percaya al-Quran, tidak percaya Allah dan tidak yakin pada keadilan Islam? Saya tidak ada masalah dengan idealisme ini.

Persoalan saya ialah, saya melihat Islam dalam konteks sosial dan negara bukan persoalan idealisme sahaja (apa yang tercatat dalam al-Quran dan hadis), persoalan politik ini isu praktikal, persoalan amali, persoalan memindahkan faham agama dalam penghayatan manusia seluruhnya. Islam itu ada janjinya kepada manusia – rahmatan lil ‘alamin. Jadi, perlu kefahaman mendalam, perbahasan dan pengolahan daya akal (ilmu, teori dan kajian) yang maksima. Itu yang saya harap-harapkan sangat kerana ramai aktivis dakwah dan pejuang Islam di negara kita (yang saya temui dan baca) menganggap agama ini ada keajaiban. Saya tidak percaya pada keajaiban agama, maaf!

Lihat isu ini begini: Kenapa ramai Nabi-nabi ditakdirkan oleh Tuhan ‘gagal’ atau ‘tidak sepenuhnya berjaya’ mempengaruhi kaum-kaum mereka? Dengan kata lain, sedikit sekali mereka diberikan peluang memerintah negara dan berkerajaan? Maksud saya begini: Kenapa kebenaran Ilahi ditakdirkan tidak ditegakkan? Jawapannya saya ialah: agama itu terpulang pada penganutnya. Tidak ada keajaiban dalam agama. Jika umat Islam kuat, berilmu, tidak lalai, maka akan kuatlah agama.

Tidak ada rumus sosial yang mengatakan ‘kebenaran itu pasti menang atau pasti kuat’. Malah, hal yang sebaliknya pula sering berlaku – yakni, manusia itu bodoh dan cenderung bodoh. Al-Quran menyebutkan, manusia itu menzalimi diri, lalai, ikut nafsu, menumpahkan darah dan tidak cenderung menggunakan akal. Pemikir-pemikir besar kontemporari juga merumuskan hal yang sama – sebab itulah buku-buku mereka sendiri tidak dibaca orang! (ketawa).

Jadi, jika kita menganggap wahyu itu kebenaran maha tinggi, Kalam Tuhan yang Abadi, maka haruslah kita merumuskan hal-hal agama ini dengan sungguh-sungguh, bukan main-main. Itulah usaha kita sampai mati – bersungguh-sungguh mencari kebenaran dan kekuatan. Moga-moga Tuhan mengampuni kesilapan kita di dunia ini kerana kesungguhan kita itu. Oh ya, satu lagi, jangan lupa untuk berbuat baik sesama manusia atau makhluk Tuhan. Supaya orang tidak nampak orang beragama itu atau menjadi cendekiawan itu makhluk-makhluk yang keras, kepala batu, sombong dan hidung tinggi!

Kaitannya hal ini dalam masalah gerakan Islam?

Saya kira masalah gerakan Islam saat ini ialah masalah ilmu, masalah kajian sosial, masalah memahami realiti semasa, masalah merumuskan idealisme agama dalam keadaan dunia yang berubah pantas. Masalah ini muncul kerana sikap kita yang mengambil mudah soal agama – kononnya semua jawapan hidup ada pada agama (janji Tuhan) dan tidak perlulah kita ‘berteori’ panjang-panjang dan lama-lama, tidak perlulah kita mendalami dinamisme dan kompleksiti manusia saat ini! Saya bingung menghadapi orang seumpama ini – jangan-jangan mereka tidak faham agama, tidak faham dunia! (ketawa)

Untuk menghadapi dunia yang berubah-ubah, kita sering diberitahu satu jawapan mudah – “umat Islam perlukan fatwa-fatwa baru” tetapi usaha-usaha merumuskan pandangan agama ini yang tidak terjadi. Tidak kita temui buku-buku di pasaran. Jarang kita dengar pandangan-pandangan mendalam ulama kita tentang banyak hal intelektual kontemporari. Saya sering bertanya soalan ini (lebih 10 tahun dalam gerakan mahasiswa dakwah), jawapan mereka: “nanti kita berkuasa”!

Sejak itu, ‘perjuangan dakwah’ saya bertukar haluan menjadi usaha perlawanan dengan puak-puak yang menunggu “nanti kita berkuasa” (ketawa). Sebabnya ringkas, saya hilang keyakinan. Rupa-rupanya mereka tidak ada jawapan! Apatah lagi – tidak silap saya – ada jawapan dari Syed Qutb tentang hal ini. Wow, lagi yakinlah aktivis-aktivis dakwah menjawab. Terus mereka beriman dengan jawapan pemikir ini. Itu ketika saya masih aktif. Saya tidak pasti jenis jawapan di kalangan aktivis sekarang. Entah-entah sekarang mereka tidak menjawab langsung! (ketawa, lagi)

Lagi pula, ramai aktivis yang sibuk dalam perjuangan dakwah atau politik Islam kurang masa untuk membaca, mengkaji dan menulis. Mereka sibuk, itu saya faham. Apatah lagi politik kita ini keji sekali dan berat sebelah. Tekanan halus juga kuat, seperti penggunaan polis dan SB (Cawangan Khas). Tekanan ekonomi dan lain-lain. Ini yang saya katakan budaya politik kita ini ‘keji’ dan tidak beretika langsung. Maksud saya politik pemerintah. Tetapi kadang-kadang PAS pun buat begini juga (ketawa).

Sementara yang sibuk membaca, mengkaji dan menulis pula tidak dihargai – cepat benar kecaman dikeluarkan kepada mereka jika berbeza pandangan. Kadang-kadang kecaman dikeluarkan tanpa penjelasan panjang lebar dan meyakinkan. Kecaman semata-mata kecaman. Jadi, akhirnya umat Islam bingung. Dengan siapa mereka hendak bergantung?

Sekarang umat Islam semakin terpelajar, tinggal di kota-kota, mereka terdedah dengan pelbagai informasi. Jangan harap mereka menelan hujah-hujah agama jika tidak meyakinkan. Kita tuduh mereka tidak faham Islam, padahal kita tidak menyampaikan hujah yang bernas dan meyakinkan! Ini satu lagi masalah – rasa diri sendiri hebat, masyarakat itu bodoh! Hujah agama itu ada dua, hujah naqli (wahyu) dan hujah aqli (akal) – gunakanlah mengikut sasarannya.

Kalau seseorang penulis atau sesuatu pihak itu salah pandangannya, pandangan yang betulnya apa? Kita kena jelaskan, kena ada usaha ‘mendidik ummah’. Ini sebabnya saya suka marah (malah saya mengutuk, sebenarnya! [ketawa]) aktivis dakwah atau aktivis politik Islam yang suka menyekat orang lain bersuara. Kenapa susah mereka hendak menjawab? Apakah mereka fikir Islam itu hanya proses percaya membuta-tuli?

Di Dewan Rakyat atau DUN, mereka tahu pula berhujah. Pandai pula mereka ke ceruk-ceruk kampung, berceramah. Di media massa, tidak mahu! Apakah kerana di DUN dan Dewan Rakyat itu ada “masyuk” (ketawa), sedangkan menulis di surat khabar atau buku tidak “masyuk”, tenaga sahaja habis? Realistiklah, hujah sendiri pun tidak konsisten. Saya cakap begini kerana saya terima jawapan ini daripada seorang pemimpin kanan PAS yang kerjanya harus buat penerangan! Tidakkah bingung kita mendengar hujah ini?

Kadang-kadang kita beri alasan: “kita bimbang orang keliru”, atau “kita bimbang ‘padang permainan tidak sama rata’” – ini hujah apa? Semua orang yang berjuang (termasuk Nabi-nabi) berdepan dengan ‘padang tidak sama rata’! Masakan musuh politik kita hendak beri permaidani merah untuk sambut kita! Aktivis komunis juga (waktu awal) berjuang di padang seperti ini! Orang yang menentang komunis akhirnya tidak mendapat padang langsung! (ketawa, lagi).

Akhirnya terkubur juga – sebab tidak beri padang kepada orang lain. Masa nak naik (berkuasa) tuntut padang, masa sudah berkuasa tutup padang! Islam jenis ini jenis tidak demokratik. Hal ini yang saya timbulkan. Saya sendiri tidak pasti jawapannya tetapi, ya, seperti saya sering sebut, ini proses penerokaan idea. Kalau lebih ramai aktivis Islam sanggup meneroka idea, lebih baik. Tetapi nampaknya lebih ramai yang suka meneroka tanah (tebang balak) dan meneroka bilik tidur! (ketawa).

Barangkali gerakan Islam tidak serius dengan demokrasi?

Bukan soal sama ada gerakan Islam itu ‘serius’ atau ‘tidak serius’ dengan demokrasi. Mereka tidak faham demokrasi! Ini pokok persoalan. Tidak faham, bagaimana mahu serius? Ada buku Yusuf al-Qardhawi tentang agama dan demokrasi (juga terjemahan bahasa Malaysia) tetapi jika kita kaji lebih mendalam dari sumber-sumber teks Barat, ternyata teks-teks itu lebih mendalam lagi meyakinkan berbanding al-Qardhawi. Jadi kita hendak pakai hujah siapa? Masih hendak berkeras kepala untuk berpandukan al-Qardhawi, bukan pemikir Barat itu?

Sebelum buku al-Qardhawi ini terbit (sama ada edisi Arab atau Melayu), sering kita dengar debat-debat bahawa demokrasi itu bertentangan dengan Islam. Kemudian, apabila membaca al-Qardhawi, tiba-tiba kita yakin pula pada demokrasi. Jadi, isunya apa? Bagaimana mungkin kita boleh tunggu al-Qardhawi untuk merumuskan persoalan kita sendiri? Susah sangatkah untuk kita membaca dan mengkaji teks-teks Barat tentang demokrasi?

Inilah persoalan-persoalan halus dan rumit yang saya ingin hadapkan kepada aktivis-aktivis agama: yakni, mereka suka ikut orang-orang suci (yang mereka percayai) tetapi tidak yakin pada kajian dan akal mereka sendiri! Mereka tunggu ulama, sementara ulama sibuk berjuang politik (atau tidur, atau membodek kerajaan), jadilah umat Islam seperti sekarang.

Yang dipertanggungjawabkan mengkaji, sibuk buat kerja lain – misalnya kumpulan profesional dan berpendidikan bukan agama dalam PAS. Ke mana mereka pergi sampai tidak bersuara langsung? Pergi tampal poster, naikkan sepanduk? Pergi susun tikar sembahyang atau kerusi di bilik mesyuarat? Ini bukan kerja profesional atau intelektual! Letak diri kita sesuai dengan tempatnya, jangan tinggal posisi kita walau rajin sekalipun.

Mohammad Khatami, Presiden Republik Islam Iran sebelum ini pernah menyebut tentang demokrasi Islam. Bagi beliau demokrasi Islam boleh dijadikan alternatif sepertimana juga demokrasi liberal dan demokrasi sosialis. Jika anda mendalami gagasan ini, boleh bagi sedikit komentar?

Saya tidak mendalami teori Khatami ini. Pernah sekali saya baca bukunya (itupun saya pinjam dari kawan). Jadi saya belum sempat mendalaminya. Tetapi jika benar, idea Khatami ini menarik. Idea Abdul Karim Soroush juga menarik. Ini pemikir-pemikir reformasi Iran yang menguasai dua bidang ilmu sekali gus – agama dan Barat. Tetapi dua nama ini tidak dikenali ramai di Malaysia. Ini ‘kecelakaan hidup’ di negara kita!

Dalam meneroka gagasan demokrasi Islam ini, sewajarnya kita terlebih dahulu mestilah menguasai sejarah perkembangan fahaman-fahaman utama daripada barat. Jika anda tidak keberatan, boleh berkongsi secara ringkas bagaimana perkembangan ini boleh berlaku di sana?

Demokrasi liberal Barat itu muncul bersama faham-faham materialisme dan sekularisme. Faham positivisme dan Darwinisme juga berkembang dalam era yang sama. Era awal ini juga dikenali era Romantisisme (gerakan counter-Pencerahan, sebenarnya). Panjang sebenarnya untuk membahaskan hal ini tetapi saya ingin jelaskan bahawa di Barat (Eropah, khususnya) faham-faham ini saling pengaruh-mempengaruhi.

Pendek kata, liberalisme mengambil nilai moral daripada faham utilitarianisme. Ini idea Jeremy Bentham, Mill anak dan bapa, dan beberapa tokoh besar lagi (awal abad ke-19). Mereka dikenali kaum radikal filsafat (philosophical radicals). Jangan kata mereka tidak bermoral atau tidak beretika. Ada asas moraliti dan etika mereka tetapi bukan didasarkan pada agama (Kristian).

Liberalisme berkembang bersama mazhab utilitarianisme ini. Ringkasnya, konsep popular mazhab ini, ‘public good’. Apa yang dianggap baik untuk masyarakat (maksudnya ada ‘kegunaan’) harus diterima sebagai baik dari segi moral. Utilitarianisme, kata dasarnya utility (kebergunaan). Elok dicari dalam Internet, sudah banyak bahan bertulis tentang hal-hal ini. Misalnya di URL ini, http://plato.stanford.edu/entries/liberalism/

Itulah sebabnya saya marah kepada aktivis Islam kerana cuai walau kemudian sudah terbentang luas. Dengan mempelajari hujah-hujah Barat ini, mereka tentu dapat menawarkan hujah-hujah Islam yang lebih meyakinkan. Itupun kalau mereka mendalami Islam (ketawa). Ya, lah sementara itu, belajar dulu teori-teori Barat – kalau tidak faham bahasa Arab atau tidak ada ustaz yang boleh mengajar teori-teori Islam (yang mendalam). Teks-teks ‘Risalah Usrah’ tidak memadai untuk memahami isu-isu ini. (ketawa)

Jadi, dari sisi mana pula demokrasi dapat mengisi kekosongan spiritual kita? Bukankah kita faham bahawa dimensi spiritual adalah ditampung oleh kehadiran agama?

Saya telah jelaskan, bahawa demokrasi dalam konteks Islam itu tentunya sumber spiritualnya daripada agama (Islam). Demokrasi menyediakan nilai, semangat dan mekanisme check and balance, muhasabah. Demokrasi menajamkan akal kerana ia menggalakkan kebebasan bersuara dan meneroka pengetahuan. Jadi, akan muncul model negara Islam yang berorientasikan akal dan spiritual sekali gus. Ini hanya rumusan awal saya.

Jika berkesempatan, saya akan mengulas panjang di kesempatan lain. Saya kalau ada wang yang cukup dan masa, saya mahu mendalami hal-hal ini tetapi sayangnya wang saya sangat terbatas. Sejak 8 tahun sampai 30 tahun kemudian, saya sentiasa miskin (ketawa). Inilah yang melambatkan usaha penerokaan ilmu saya.

Mengapa anda memilih pemikiran Juergen Habermas sebagai asas kajian anda di Indonesia?

Oh, Habermas itu dikaji dalam konteks demokrasi dan masyarakat sivil. Dia pemikir pertama tentang konsep ini. Jadi, semua wacana tentang ‘ruang awam’ disandarkan pada Habermas, sama ada mereka menolak sebahagiannya atau menerimanya. Yang lain memikirkan konsep ‘masyarakat sivil’. Perumusan teori Habermas banyak juga dikritik sarjana tetapi mereka semua setuju kepentingan ruang seumpama itu dalam demokrasi yang hidup. Mereka menyebutnya ‘demokrasi berwacana’ atau discursive democracy.

Tidak terlintas di hati saya untuk mengadakan kajian perbandingan dengan Islam buat sama sekarang. Saya melihat Habermas dalam konteks ‘ruang awam’ walau sumbangan pemikiran tokoh ini jauh lebih luas dan mendalam, misalnya teori komunikasi, falsafah-falsafah bahasa dan moderniti, demokrasi, politik dan undang-undang. Habermas dianggap tokoh besar Jerman dalam bidang falsafah pada abad ke-20 (masih hidup, tahun ini 76 tahun).

Perlahan-lahanlah, saya tidak sempat merumus semua perkara. Sebab itu, saya mengajak kawan-kawan KSJT, aktivis-aktivis agama dan umat Islam umumnya membaca, mengkaji dan berbahas kerana saya sedar usaha ini perlukan kekuatan besar dan beragam (jamak perspektif).

Takkanlah dalam dunia Islam tiada seorang pun ulama yang memikirkan soal ‘ruang awam’ ini untuk anda jadikannya sebagai rujukan?

Ulama Islam dan rujukan untuk teori ‘ruang awam’? Hmm…. Ada! Namanya Fatima Mernissi – seorang lagi pemikir wanita yang ‘sesat’ (ketawa). Dia melihat ada ‘ruang awam’ ketika zaman Nabi, khususnya peranan wanita. Judul bukunya Women in Islam. Saya belum meneliti jauh kerana buku itu milik teman saya. Begitu juga Freedom of Expression in Islam karangan Muhammad Hashim Kamali (UIA), belum sempat didalami kerana dipinjam dari kawan.

Ada beberapa buku lagi, tapi saya lupa pengarang dan judulnya. Tetapi jika kita lihat buku Robert W Hefner, Civil Islam (2000), ada senarai sumber-sumber rujukannya. Hefner pernah mengutip satu buku yang mengkaji ‘ruang awam’ dalam masyarakat Islam (dulu) di Timur Tengah. Ada satu buku baru, Modernizing Islam: Religion in the Public Sphere in Europe and the Middle East, koleksi tulisan ramai sarjana, suntingan John L Esposito dan Francios Burgat (2003). Saya pernah lihat, sayangnya tidak cukup wang untuk membelinya di Kuala Lumpur tahun lalu!

Terus terang, saya tidak tahu sangat wacana kontemporari sarjana Islam dalam bahasa Arab. Saya sering juga mendengar beberapa nama yang dekat dengan gerakan Islam dan juga yang dikecam oleh gerakan Islam – mereka bercakap tentang masyarakat sivil, ruang awam, hak asasi dan demokrasi. Saya tidak tahu apa jadi pada buku-buku dan idea-idea mereka. Seharusnya mereka yang belajar di Azhar atau Timur Tengah mengkedepankan pandangan-pandangan mereka (sama ada setuju atau mengkritik). Tetapi nampaknya ustaz-ustaz Azhar kita tidak membacanya.

Boleh jadi mereka tidak ada wang seperti saya, boleh jadi mereka tidak tahu, boleh jadi mereka malas. Tetapi boleh jadi juga mereka tidak bersetuju dengan idea-ideanya, lalu mereka diamkan. Yang paling akhir inilah yang paling malang! (ketawa) Maksudnya ‘malang’ kepada orang seperti saya yang hendak tahu tetapi tidak boleh berbahasa Arab. Seperti saya sebutkan, saya tidak boleh menunggu dan berharap. Orang yang mencari harus bergerak dulu. Saya yakin Tuhan menyayangi dan merahmati manusia seperti saya (ketawa, lagi). Amin!

Anda adalah antara penggalak tema public sphere di Malaysia, tetapi persoalannya sebatas mana public sphere harus dibenarkan di negara kita? Adakah ia boleh dibenarkan hingga menggugat fundamental agama itu sendiri?

Wah, soalan ini paling pintar. Soalan ini soalan cepu emas, soalan mahal untuk jadi wartawan berwibawa (ketawa). Ya, benar, saya serius; bukan memuji, bukan menyindir. Apakah wajar ruang awam itu, ruang berwacana dan berdebat itu, dibenarkan sehingga ‘menggugat agama’. Kalau pembaca meneliti beberapa tulisan saya di kolum ‘Tiada Noktah’ (Malaysiakini.com) – jawapannya ‘ya’. Kita harus benarkan semua isu Islam dibuka untuk didebatkan. Isu-isu agama wajar dikritik. Tapi artikel saya itu tidak menjelaskan apakah premis-premis yang mendorong saya berbuat demikian. Hmmm… apa perlu dijawab sekarang? (termenung…)

Begini sahaja. Dalam negara yang memakai ideologi agama, Islam bukan lagi wahyu secara mutlak. Islam itu Islam yang telah diturunkan ke ruang amalan yang bersifat persaingan (contestable). Islam di sini menjadi dasar-dasar awam. Maka, dasar-dasar awam tidak beku, ia harus dinilai sama ada pada premis-premis penggubalannya, konteks penggubalannya dan juga penguatkuasaannya. Di sini Islam harus dilihat lebih dinamis dan cair supaya penggubalan dasar menjadi lebih relevan dan responsif pada persekitaran masyarakat dan persaingan negara (dalam arus globalisasi).

Hal ini yang belum dibayangkan oleh aktivis-aktivis (biasa) PAS dan pendukung-pendukung. Saya sebut ‘aktivis biasa’, saya kira beberapa pemimpin Islam (seperti Anwar Ibrahim atau Khalid Jaafar) cukup faham soal-soal kenegaraan ini dan penggubalan dasar awam. Aktivis dakwah, jangan bercakap besar, berimaginasi pun mereka tidak mampu! Apatah lagi jika tidak membaca falsafah politik dan cabang-cabang kenegaraan yang lain. Mereka suka berkhayal tetapi tidak imaginatif! (ketawa).

Jadi, isu-isu Islam wajar diperdebatkan. Lagipun, untuk apa membiarkan isu-isu agama bergerak ‘di bawah tanah’, berbisik-bisik? Ia lama-kelamaan akan menjadi gerakan politik penentangan (oposisi) yang cukup berbahaya kepada negara sebagaimana yang sering terjadi pada negara semi-demokratik atau autokratik. Untuk menyelamatkan negara, harus isu-isu Islam itu dibiarkan dimunculkan, diperdebatkan secara umum. Untuk apa kita takut? Kita sudah memimpin, Islam sudah menjadi dasar negara dan semua jentera keislaman sudah di tempatnya. Untuk apa suara beberapa pihak itu mahu dibungkam? Dari segi logikanya, saya tidak nampak maslahat apa-apa di sini.

Gugat asas-asas agama? Kalau ulama tidur, aktivis agama berhenti berfikir, semua asas akan hilang. Bukan sahaja agama, asas apa pun hilang! Dr Abdul Qadir Audah, Amir Syakib Arsalan, atau Jamaluddin Afghani – tokoh-tokoh yang dihormati pernah menjelaskan penyakit-penyakit umat Islam. Pernah baca sejarah hidup Hassan al-Banna? Sebelum mendirikan Ikhwan Muslim, al-Banna juga pernah mengalami nasib yang sama dengan kritik Abdul Qadir Audah, “kelesuan ulama”!

Yakinlah, agama itu boleh disampaikan dengan hujah akliah juga tetapi kalau kita malas membaca, berfikir dan berbahas (sebenarnya kerana mahu tutup kelemahan ini), kita kata Islam itu tidak semuanya boleh dijelaskan secara rasional. Bagi saya, ini semua alasan orang malas! Sementara kita tinggal di Malaysia, kita berfikir mahu melindungi agama seperti kita melindungi institusi raja-raja kita. Kononnya tidak boleh mengkritik raja atau mahkamah – boleh dikenakan Akta Hasutan.

Tetapi jika kita di Eropah, kita tahu bahawa rentak dan bahasa wacana Islam kita tentunya akan berbeza sebab benua itu demokratik, bukan? Inilah yang saya maksudkan ‘Islam Melayu’ atau ‘Islam Malaysia’ – agama untuk bangsa yang kurang membaca, mengkaji, berfikir dan berbahas. Tidak sama Islam ini di Iran atau Indonesia. Itupun, kita sering percaya Islam itu ‘satu’ dan ‘mutlak’ (di ruang penghayatan manusia).

Susah berhujah dengan orang Melayu satu sahaja – dia tidak percaya pada seseorang, dia tidak mencari atau menyemak sendiri. Dia hanya mengabaikannya. Mula-mula dia mendengar dan membaca (walau fikiran menolak). Kemudian, dia tidak akan mendengar dan membaca lagi. Dalam masyarakat tertutup fikiran, proses yang paling sulit ialah mengilmukan bangsa. Tanpa ilmu, tidak mungkin perubahan. Tetapi berilmu itu sendiri satu tembok halangan terbesar, paling tebal dan tertinggi di Malaysia (ketawa, lagi)

Merujuk kepada isu memorandum ‘moral policing’ yang kontroversi baru-baru ini, Dr Dzulkifli Ahmad telah mengulasnya dalam terbitan Harakah terbaru (edisi 16-30 April 2005). Beliau menyatakan bahawa NGO dan individu yang dikatakan ‘liberal’ inilah yang sebenarnya menyekat muslim public sphere. Apa komentar balas anda sebagai salah seorang yang menandatangani memorandum tersebut?

Saya jawab soalan ini dari perspektif demokrasi dulu. Nanti kalau perspektif agama, membingungkan Dr Dzulkifli pula kerana sewaktu sahabat saya ini menulis artikel tersebut dia dalam keadaan bingung (ketawa). Dr Dzul itu seorang ahli politik PAS, dia jawab secara PAS. Kalau dia jumpa saya, jawapannya akan lain pula (ketawa besar).

Cara PAS melihat isu ini, mengawal orang lain itu tugas agama. Jadi, melaksanakan tugas ini dianggap ‘mengamalkan agama.’ Dalam demokrasi seperti difahami sekarang, kenyataan Dr Dzul itu boleh dianggap mengada-ngada sebab kumpulan ini (MPAMP) tidak menggesa amal ibadat biasa ahli-ahli PAS atau orang mahu beragama diganggu. Cara fikir Dr Dzul ini sama seperti dengan usaha ‘menyelak’ (bukan lagi menjaga) tepi kain orang lain (ketawa).

Kain ini pula bukan kain pelikat, skirt pula ‘tu! Itu sebabnya orang marah. Kain pelikat tidak pernah cuba diselak oleh orang lain (kecuali kerajaan sebab memiliki lesen besar, mungkin!). Mungkin orang tidak minat nak selak kain pelikat, tidak ada apa-apa yang menarik! (ketawa) Entah kenapa orang tidak suka selak kain pelikat, tetapi kain (skirt) yang orang suka selak. Ini mungkin menunjukkan tiadanya perimbangan kuasa dan wacana dalam masyarakat kita. Ramai orang masih takut mengkritik agama tetapi orang agama jauh lebih agresif dalam memajukan kepentingan dan pengaruh mereka.

Sebenarnya kumpulan ‘liberal’ (ingat, ‘liberal’ dalam tanda kutip) di negara kita ini pasif dan nafsi-nafsi sifatnya. Antara faktornya, rata-rata mereka ini anak muda, tidak berorganisasi dan kurang berpolitik. Berbeza dengan golongan kain pelikat. Sudah lama kumpulan ‘liberal’ bersabar, jadi kali ini sifat politik mereka perlahan-lahan diasah. Jadi, diringkaskan cerita, golongan kain pelikat harus bersedia berdepan dengan golongan kain (skirt) pula nanti. Bagaimana formatnya saya tidak pasti sebab saya tidak dekat dengan mereka. Saya lebih dekat (jiwa, fikiran dan interaksi sosial) dengan golongan kain pelikat! (ketawa)

Mereka mempertahankan ‘ruang mereka’ kerana dianggap diceroboh oleh faham agama yang tidak demokratik dan anti-hak asasi. Faham agama yang totalisasi (menggunakan kuasa negara) yang menghampiri mazhab fasisme atau Talibanisme. Ini bukan kata mereka, ini saya sendiri yang kata!

Mereka nampak mereka tidak menganggu hak orang beragama tetapi orang beragama itu sering mengawal mereka, menggunakan tangan-tangan kekuasaan (negara) untuk membataskan kegiatan mereka yang dianggap tidak membawa kerosakan atau kecelakaan pada orang lain. Kenapa golongan agama cuba mengganggu mereka berbuat sesuatu yang tidak merosakkan golongan beragama – tidakkah setiap golongan sudah memiliki ruang mengikut pilihan masing-masing. Ini hujah yang membingungkan mereka.

Jangan kata mereka tidak beragama atau anti-agama. Mereka tidak senang dengan faham agama seperti PAS kerana menyekat pilihan-pilihan hidup. Bagi mereka, menjadi bukan Islam di sebuah negara PAS jauh ‘lebih beruntung’ daripada menjadi orang Islam! Ini tafsiran saya sahaja – satu generalisasi. Saya tidak pasti sama ada fikiran ini benar-benar ada pada mereka. Sebab saya nampak mereka ini kuat juga percaya pada agama (termasuk ala fahaman PAS), konservatif, tradisional, cuma kegiatan ke kelab malam, disko ini dinikmati sementara usia masih muda. Ramai yang berfikiran begitu. Oh, kalau sudah tua, semuanya mahu naik haji dan mati nak masuk syurga juga! (ketawa)

Mereka bukan menolak kawalan. Jangan salah faham. Mereka cuma yakin kawalan itu datang melalui diri mereka sendiri, teman-teman, ibu bapa atau masyarakat. Bukan melalui penguatkuasaan undang-undang. Ini fahaman mereka tentang moral peribadi (private morality) dengan kawalan kuasa negara. Soal public morality atau public decency itu soal lain lagi – walau sangat berkaitan. Model ini, dalam Islam boleh disebut dakwah atau usaha amar ma’aruf nahi munkar tetapi tidak masuk ke peringkat kuasa negara. Ini jawapan saya dari perspektif demokrasi dan hak asasi seperti yang difahami oleh (andaian saya) mereka.

Wacana liberal seumpama ini ada satu sisi pandang lagi iaitu penguatan ruang masyarakat dalam hubungannya dengan negara. Individualisme diperkuatkan sebagai mencegah tekanan kolektif ke atas pertumbuhan diri, sementara negara pula diperlemahkan (sebagai mengawal kuasa dan hegemoninya). Ruang yang harus menguat ialah ruang masyarakat. Ruang ini mencantumkan kembali individu (private sphere) dalam kolektif – sementara kolektif itu pula sebagai kuasa pengimbang terhadap tekanan negara.

Ada sarjana melihat parti pembangkang termasuk dalam ruang masyarakat, sementara ada pula sarjana lain yang memisahkannya. Parti-parti politik dianggap berada dalam ruang lain – ‘masyarakat politik’ dan satu lagi ruang – ‘kuasa modal’ (ekonomi). Kuasa modal dilihat berada di luar ruang masyarakat. Dalam faham demokrasi liberal dan hak asasi, idealisme pemecahan kuasa ini diharapkan akan melahirkan suasana perimbangan atau check and balance untuk semua pihak.

Oh, soal saya mendukung memorandum ini? Ini soal ‘politik peribadi’ yang ganjil dan mungkin tidak difahami orang (ketawa). Jadi, elok strategi politik saya ini tidak dibicarakan dalam wawancara ini. Soal strategi jarang saya diskusikan terbuka. Ya, begini sahajalah, PAS dan Umno kadang-kadang berkongsi banyak kesamaan – tetapi tidak dipedulikan orang. Saya selalu sebut, PAS itu Umno yang pakai kupiah, sementara Umno itu PAS tanpa kupiah – ini generalisasi yang sinis. Tetapi itulah maksud saya.

Di samping itu, adakah anda percaya bahawa agama masih lagi pilihan sebagai cara hidup manusia (samada dalam era moden atau pasca-moden)?

Ya, saya jelas dalam persoalan ini. Saya tidak menolak agama, Islam atau politik Islam seperti saya jelaskan dalam soalan-soalan di atas. Sama ada era pra-moden, moden atau pasca-moden, agama ada peranannya. Mungkin era pasca-moden, agama akan lebih berpengaruh, mungkin juga semakin tidak berpengaruh. Pasca-modenisme ini banyak wajah dan banyak sisinya. Ia suatu gejala intelektualisme, budaya dan sosio-teknologi yang sedang berkembang. Maka belum jelas ‘sosok-nya’ yang sebenar.

Pasca-modenisme pernah mengkritik kekuatan akal dan melihat moderniti yang berteraskan akal itu satu bentuk hegemoni. Ruang untuk faham metafizik (seperti agama) mungkin ada. Ia juga mengiktiraf budaya-budaya pinggiran dan pada waktu yang sama menentang arus dominan. Di sisi ini, mungkin hegemoni agama akan turut diserang. Tetapi peranan agama sebagai pengimbang akal tidak boleh dinafikan, sebagaimana akal harus dimaksimakan untuk menyelami inti-inti agama. Dalam soal ini, saya jelas kedudukan agama

Anda menerbitkan buku Patah Balek: Catatan Terpenting Reformasi baru-baru ini. Apakah tujuan atau matlamat anda dengan penerbitan buku itu? Di dalamnya, anda juga mengkritik banyak pihak – kenapa?

Sebenarnya kerja mengkritik ini kerja yang penuh serba-salah, apatah lagi mengkritik teman-teman sendiri. Tetapi saya ingin membuka satu analisa lain dalam hubungan tokoh (public figure) dengan tanggungjawab awam (public role). Maksudnya, semua orang yang mempunyai tanggungjawab awam wajar disemak kembali peranan, prestasi, arah tuju dan wacana mereka dalam konteks demokratisasi negara ini. Maksudnya, bukan hanya pemerintah atau kerajaan yang dilihat ‘bersalah’ atau ‘tidak demokratik’, banyak pihak juga seharusnya memikul peranan yang sama.

Tetapi jangan salah faham. Saya tidak membela pemerintah. Ada dua landasan berhujah di sini. Pertama, jika lebih banyak pihak menyertai proses demokrasi – misalnya seniman, ahli akademik, cendekiawan – maka akan lebih baik proses reformasi bangsa. Sebab itu, saya marah kepada kelompok-kelompok ini yang berdiam diri atau berselindung di sebalik orang politik. Saya mahu mereka independen untuk menyampaikan suara yang lebih ‘jujur’, luas, rasional dan tenang (bukan sarat kepentingan politik semata-mata). Maksudnya, kita sudah cukup berpolitik secara berpihak sehingga banyak isu dan wacana menjadi keruh dan kelam-kabut.

Kedua, saya mengkritik pembangkang sebagai satu proses reformasi bangsa atau kritik diri. Kritik diri terhadap pembangkang ini penting agar mereka dapat melihat kelemahan atau kesilapan mereka. Dengan itu mereka boleh menjadi pembangkang, aktivis NGO dan aktivis siswa yang lebih berkesan. Tentunya, banyak perkembangan positif akan berlaku jika pengkritik kerajaan lebih berkesan, dihormati dan berwibawa. Nada kritik saya dalam soal ini selalunya difokuskan (mengingatkan) bahawa corak fikir mereka itu sendiri tidak demokratik, terikut-ikut dengan lagak, wacana dan permainan BN atau Umno yang pernah merugikan mereka (pengkritik kerajaan) sendiri.

Tujuan buku itu sama sahaja dengan kolum ‘Tiada Noktah’ – mengajak perbahasan isu-isu yang tidak akan ada titik akhirnya. Isu-isu kebebasan akhbar, misalnya. Akan sentiasa diperdebatkan orang walau kita berjaya menegakkan demokrasi di negara kita. Di Indonesia sekarang, isu-isu media sering menarik perhatian ramai. Banyak isu politik sebenarnya jatuh di ruang ambiguity (kabur), bukan hitam-putih, bukan halal-haram, bukan baik-jahat sahaja. Banyak dinamika dan nuansa manusia di sini. Jadi, cara fikir binary opposition tidak wajar untuk memahami politik atau ‘ruang awam’. Tapi puak Islam selalu melihat dunia ini begitu! (ketawa)

Kolum saya itu memasuki ruang itu – ruang yang cenderung kontroversi dan mudah menyinggung perasaan orang. Tetapi, alhamdulillah, saya bersyukur dapat mengulas isu-isu dengan agak mendalam, luas, dan beragam. Saya banyak belajar dari kawan-kawan aktivis Reformasi dan KSJT. Kalau harap gerakan Islam, tidak mungkin! (ketawa, lagi)

Akhir, sebenarnya apa yang anda mahu cari dalam kehidupan anda ini?

Saya tidak menetapkan matlamat khusus dalam hidup saya. Saya tidak ada angan-angan yang jauh. Jika saya dapat mengetahui lebih baik besok daripada hari ini – itu sudah cukup menggembirakan. Jika saya dapat baca lebih banyak buku, memahami lebih banyak isu dan bidang-bidang pengetahuan, itu sahaja matlamat saya. Maksudnya, jika fikiran saya lebih cerah, maka ini sahaja matlamat saya. Kemudian, dapat membahagiakan orang lain di luar diri saya.

Jika diizinkan Tuhan, dan keadaan membenarkan, saya sebenarnya mahu santai-santai sahaja. Saya sering kepenatan (jasad dan emosi) dalam aktivisme saya sejak berusia 15 tahun. Menulis ini kerja paling bodoh dan gila yang pernah saya lakukan (ketawa). Ya, saya serius, menulis ini kegiatan yang lebih tidak rasional daripada cinta dan nafsu (ketawa). Maksudnya jika dipakai kata-kata nasihat kepada Gabriel Garcia Marquez. Sekian, terima kasih.

Nota: Wawancara ini pertama kali tersiar dalam laman lama (www.geocities.com/ummahonline) pada 27 April 2005. Kini, dimuatkan kembali dalam laman baru (Ummahonline.com) sebagai proses perpindahan bahan-bahan lama.

16. Tangisan Seorang Rasul

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkansalam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya.Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mataDan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.”Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.”Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang.”Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.”Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengerang, kerana sakit yang tidaktertahankan lagi.“Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut inikepadaku, jangan pada umatku.”Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dandadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendakmembisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.”Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.”Ummatii, ummatii, ummatiii?” – “Umatku, umatku, umatku” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi

17. Nik Abdul Aziz Nik Mat: Tiada Islam tanpa tasawwuf

Oleh: Ummahonline Team

Mengatur wawancara dengan Tok Guru tidaklah sesukar seperti yang disangka, apatah lagi dengan bantuan baik Annual Bakri Haron, setiausaha politiknya. Temujanji yang ditentukan pada 5 Mei 2005 telah berjalan seperti yang dirancang. Memang, PAS sememangnya beruntung kerana memiliki Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, sosok yang dapat mengimbangi keghairahan budaya politik kepartaian. Ini ekoran, PAS akhir-akhir ini kelihatan yang begitu ketara sekali menekankan soal menegakkan shariat, hingga mengabaikan soal tasawwuf dll. Justeru, wawancara Ummahonline Team ini adalah merupakan reaksi langsung kepada perkembangan mutakhir dalam PAS:-

Sebelum ini, Tok Guru pernah menyebut bahawa aktivis PAS sewajarnya lebih banyak bercakap pasal Islam dari pasal PAS. Mengapa Tok Guru berkata demikian?

Pertama sekalinya, Islam yang secara komprehensif (syumul) ini baru saja dalam masyarakat Malaysia. Ia baru bermula sejak tubuhnya PAS. Sebelum ada PAS pada tahun 1951, orang anggap Islam itu tidak lebih dari sembahyang dan puasa sahaja. Sejak mari PAS, PAS tolong syarah ayat “…sesungguhnya shalatku, hidupku, matiku adalah kerana Allah SWT”. Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa Islam itu bukannya sembahyang dan puasa sahaja, tetapi mencakupi segala aspek kehidupan. Maka oleh yang demikian, masih ramai generasi-generasi hari ini yang masih berbau dengan fikiran lama, serta baru beralih kepada fikiran baru. Maka kita sikit-sikit sebut PAS, sikit-sikit sebut PAS. Ini kerana orang Melayu baru kenal sistem parti, maka sudah tentunlah mereka lebih suka bercakap mengenai parti. Saya bimbang, takut lama-lama cakap pasal parti ini sehingga kita lupakan Islam. Maka saya kata, tolonglah berhati-hati sikit, kerana PAS ini parti yang baru tubuh tahun 1951. Islam ini dah mari jauh lebih lama semenjak dulu lagi; sejak dari zaman nabi-nabi sampailah ke zaman Nabi Muhammad hinggalah kepada kita. Maka perlulah kita insaf dan sedar, janganlah banyak cakap pasal PAS tetapi sebutlah ekonomi Islam, sosial Islam, budaya Islam, aqidah Islam, pemerintahan Islam, politik Islam, mudah-mudahan dengan kaedah macam ini kita menepati perjuangan kita dan dikurniakan pahala oleh Allah SWT.

Sebelum ini juga Tok Guru kerapkali mengesa supaya aktivis PAS rajin membaca buku. Adakah Tok Guru bersetuju, sekiranya aktivis-aktivis PAS mestilah juga serius dalam menelaah buku-buku pemikiran barat sebagai usaha untuk memperkuatkan agama kita?

Saya sendiri telah terdedah dengan pembacaan buku ini semenjak saya di India. Tahun 1952 semasa saya bertolak ke sana, budaya membaca di kalangan kita ketika itu langsung tidak ada, hanya membaca kitab-kitab tertentu. Tetapi bila saya pergi India, maka saya tengok ada dua perkara baru bagi saya. Pertama, selepas sembahyang asar, para pelajar di tempat saya menuntut keluar beramai-ramai, saya pun hairan dan bertanya, apa keluar beramai-ramai ini? Rupanya mereka pergi membaca yang mana budaya itu masih tidak ada lagi di tempat-tempat pengajian agama di Kelantan khasnya atau di Malaysia. Kalau kita pergi ke perpustakaan di tempat saya belajar itu, semua sudut penuh dengan manusia yang sedang membaca. Dalam perpustakaan dihidangkan dengan bermacam-macam buku dalam segala displin ilmu. Mula dari situlah saya mula tertarik sama untuk terus membaca buku. Dan bila saya sampai di Azbakiyyah di Mesir, AlhamdulilLah, di sana ada jual buku second-hand dengan harga yang sangat-sangat murah. Maka saya rebut peluang ini. Hasil dari pengalaman budaya membaca di India, akhirnya terbawa-bawa ke Mesir. Maka di sana saya baca apa sahaja buku. AlhamdulilLah, bahasa Arab adalah bahasa yang penuh tepu dengan bermacam-macam ilmu akademik termasuklah buku-buku mengenai sains atom. Saya boleh bercakap mengenai atom dengan menggunakan pembacaan luar dari pengajian formal saya.

Jadi oleh yang demikan, saya sangat-sangat kecil hati dengan masyarakat Malaysia yang tidak suka membaca, sedangkan ayat pertama yang turun dari langit bukannya ayat mengenai sembahyang, bukannya mengenai puasa, tetapi mengenai iqra’ (bacalah olehmu). Baca merupakan perkataan pertama yang turun dari langit mencecah bumi. Maka kerana apa masyarakat jadi begini? Bagi saya, inilah punca kerana masyarakat di ajar Islam lain politik lain, yang dibawa oleh penjajah Inggeris bagi memperbodohkan orang Islam. Sekarang ini kita hidupkan semula di mana agama dan politik mesti disatu dan diselaraskan. Maka membaca adalah mustahak! Bacalah apa saja buku, tetapi dukacitanya pula, kita kini dihidangkan pula dengan banyak buku-buku yang tak berguna yang dijual di jalanan. Manakala kalau ada majalah-malajah ilmiah, ia tidak laris. Jadi, inilah tanda pemikiran orang kita masih jauh tertinggal ke belakang.

Kita perluaskan sedikit kepada isu global. Konflik Iraq khasnya, apa pandangan Tok Guru mengenai pendekatan Ayatollah Sistani yang di lihat mengambil pendekatan ‘berkerjasama’ dengan Amerika? Maksudnya, Sistani sebagai pemimpin masyarakat Iraq tidak menyeru kepada serangan bersenjata ke atas tentera penceroboh.

Berita yang sampai kepada kita adalah melalui dua saluran utama; iaitu melalui CNN dan melalui Al-Jazeera. Di antara berita yang disampaikan oleh Al-Jazeera dengan CNN tentulah ada kelainan. Betul ke tidak Sistani ini memberi kerjasama pada penjajah. Itu saya tidak yakin, sebab Sistani ini orang shiah. Dan, orang shiah ini boleh dikatakan berbeza dengan ahl sunnah dari segi pendekatan ekstrim dan tidak ekstrimnya. Saya guna ekstrim ini tak betul sebenarnya, mungkin lebih tepat lagi merujuk kepada sudut penggunaan senjata. Orang shiah ini memang tidak keberatan menggunakan senjata, Sistani ini orang shiah, jadi bagaimana orang shiah boleh sokong Amerika? Sedangkan shiah yang bertapak di Iran, sampai sekarang pun Iran tidak ada hubungan diplomatik dengan Amerika semenjak rakyat mereka menawan kedutaan Amerika selama 444 hari. Jadi bila shiah yang bertapak di Iran melawan Amerika, bagaimana kita nak fikir yang Sistani ini menyokong Amerika? Saya berasa ragu kerana berita yang sampai pada kita barangkali ada penyelewengannya. Usahkan di Iraq, di Malaysia sendiri kalau berita mengenai PAS ini diputar-belitkan. Jadi, saya tidak percaya dengan CNN!

Sebentar tadi Tok Guru ada menyentuh mengenai perbezaan pendekatan antara ahl sunnah dan shiah. Pada hemat Tok Guru, bolehkah suatu hari nanti semua aliran ummat Islam kembali bersatu seumpama ketika zaman Rasulullah SAW?

Cerita pendekatan antara ahl sunnah dan shiah ini telahpun diusahakan oleh Imam Muhammad Abduh pada awal kurun yang lalu. Dan ada majalah yang tertentu seperti majalah at-Taqrib. Dan mengikut sumber yang saya percayai, sewaktu zaman Khomeini, telah banyak perkara-perkara yang menjadi perbalahan telah diketepikannya. Misalnya, sebelum Khomeini muncul, orang Iran yang pergi ke Makkah mereka tidak bersembahyang dibelakang Imam orang sunni, tetapi bila mari datang Khomeini, dia minta orang shiah sembahyang di belakang Imam Masjidil Haram. Ini satu pendekatan yang penting. Begitu juga masalah sujud sembahyang. Zaman dulu, orang shiah sembahyang atas sekeping tanah yang katanya di ambil dari Karbala, Iraq. Tetapi sekarang, ini ia semakin kurang dan semakin kurang. Ini perubahan yang tetap berlaku. Jadi, Insha’Allah, suatu masa nanti akan berlaku perdekatan bersama. Lebih lagi Amerika kini menjadi musuh bersama, maka mulailah kini wujud kerjasama seperti hubungan di antara Iran dan Arab Saudi yang suatu ketika dahulu begitu sekali genting. Kita berdoa kepada Allah SWT, mohon segala kumpulan Islam bersatu kerana kita berdepan dengan musuh bersama iaitu zionis, Israel dan Amerika.

Sebentar tadi juga Tok Guru ada bercakap mengenai Ruhollah Khomeini. Jadi, kalau tidak keberatan, bolehkah Tok Guru berkongsi sedikit pandangan peribadi Tok Guru terhadap keperibadian, kepimpinan dan perjuangan beliau?

Saya kenal Khomeini hanya melalui pembacaan. Tetapi yang saya tertarik dengan beliau ialah meskipun dalam keadaan beliau berjubah, berserban dan berjanggut, beliau masih dapat masuk ke dalam medan politik dengan meninggalkan begitu banyak sekali kesannya; sampai ke peringkat bila dia balik dari buangan – ranap kerajaan yang dibentuk sebelum itu. Ranap semuanya itu kerana pengaruh yang ada padanya. Inilah yang saya tertarik dengan Khomeini. Lagi satu, bila beliau menang dan membentuk kerajaan, beliau tidak masuk campur pun dalam kuasa eksekutif, tetapi tugas itu beliau serahkan kepada budak-budak beliau. Inilah satu sejarah yang akan dikenang.

Baiklah, boleh Tok Guru berikan gambaran bagaimana kehidupan wanita yang ideal dalam Islam?

Yang saya naknya, kalau boleh seorang wanita menjaga anak-anak, kerana inilah perkara pertama yang Allah SWT ciptakan wanita. Ini kerana, bila seorang suami seawal pagi telah pergi berkerja, maka anak-anak akan berada di atas riba ibu. Maka ibulah yang membentuk sahsiah anak kita. Dan, Nabi Muhammad SAW bersabda, tiap-tiap seorang bayi sewaktu dilahirkan adalah dalam keadaan bersih. Jadi, ibubapalah yang menjaga peribadi dan jasmani anaknya. Bapa terpaksalah keluar rumah mencari harta, dan kita dipesan oleh Islam bahawa harta yang kamu cari mestilah halal kerana barang halal ada khasiatnya. Begitu juga barang haram, ada khaisatnya juga. Contohnya seperti garam dan gula, masing-masing ada khasiatnya secara material. Dalam Islam, selain dari masalah material, ada lagi perkara yang disebut moral. Harta haram walau bagaimana enak sekalipun, ada khasiatnya iaitu mengeraskan qalbu (hati) manusia, menjauhkan manusia dari iman dan mendekatkan manusia kepada kufr.

Jadi oleh yang demikan, ibu yang ada di rumah hendaklah jaga anak-anaknya, sebab anak akan kenal ibu lebih dari dia kenal bapa. Ini kerana percakapan ibulah yang banyak didengari oleh anak-anak. Anak melayu dia boleh bercakap melayu kerana ibu. Tetapi kalau anak melayu duduk di atas pangkuan ibu yang cina, maka di akan tahu bahasa cina lebih dari bahasa melayu. Ini kerana bahasa adalah suatu perkara yang tidak boleh dipusakai. Jadi oleh yang demikian, seorang ibu yang mustahak ialah jaga anak dan kalau boleh sebagaimana cerita-cerita orang sufi, waktu seorang ibu nak beri susu dada pada anak, kalau boleh dia hendaklah ambil wudhu’ duhulu kemudian di susuli pula dengan lafaz bismillah. Insha’Allah, anak ini akan menunaikan kehendak ibunya, kerana kerberkatan perbuatan ibunya tersebut.Akhirnya dengan ini, maka jadilah dia benar-benar ibu yang sejati.

Menariknya, Tok Guru sebelum ini ada mencadangkan muslimat sebagai Naib Presiden PAS. Menurut pandangan Islam Tok Guru, bolehkah seorang wanita turut menjadi pemimpin tertinggi sehingga ke tahap Perdana Menteri ataupun presiden parti?

Mula-mula sekali, masyarakat PAS baru mengenali muslimat dalam memimpin parti dan negeri. Ini kita baru lagi terdedah walaupun dalam satu kisah mashyur Islam, Siti Aisyah r.a memimpin negara sebagaimana juga orang laki-laki.

Yang keduanya, boleh ke tidak wanita memimpin perkara-perkara eksekutif ini. Perkara ini ulama khilaf. Saya sampai sekarang masih lagi berpihak pada pandangan yang mengatakan tidak perlu bagi wanita menduduki jawatan eksekutif tertinggi. Bahkan, barat sendiri yang begitu sekali lantang bercakap soal kesamarataan lelaki dan wanita, pun beberapa orang sahaja yang memegang jawatan eksekutif tertinggi. Ada Margaret Thatcher di Britian, Meir di Israel, manakala kalau di India pula Indra Ghandi. Jumlah ini boleh dibilang dengan jari berbanding dengan jumlah lelaki untuk jawatan yang sama. Jadi nampak sangat, perempuan kalau boleh tak usah fikirlah masalah merebut eksekutif tertinggi. Sebab Islam sendiripun yang menjadi Imam adalah lelaki, dia tidak beri Imam pada wanita.

Satu perkara lagi, keadaan fizikal wanita sudah sengaja Allah SWT lengkapkapnya dengan rahim dan labu susu. Dan tabiat perempuan yang saya baca dari nasihat-nasihat polis, kerana kalau pemandu motokar itu wanita maka apabila dia berhadapan dengan masalah ketika memandu, maka dia akan lepaskan stereng motokar dan lantas dia akan memeluk dadanya sendiri. Ini perkara biasa bagi wanita kerana tabiat wanita ini dia ada dukung anak, dakap anak, dan kesayanganya pada anak terbawa-bawa meskipun dia pegang motokar. Jadi, emosi dan fizikal wanita lain benar dengan lelaki. Kalau ada juga, wanita itu menjadi juruterbang dll, itu kerana di latih bukannya kerana semulajadi.

Pada Tok Guru, sejauh mana kepentingan tasawwuf dalam perjuangan Islam?

Tidak ada tasawuf, maka tidak ada Islam. Islam adalah menjaga tubuh. Oleh kerana tubuh manusia ini ada ruh; maka Islam yang menjaga tubuh, manakala iman pula menjaga ruh. Iman yang kita sebut ini juga di istilahkan juga sebagai tasawuf. Tasawuf menguasai rohani, manakala fiqh menguasai fizikal. Pelakuan fizikal dalam sembahyang kita adalah urusan fiqh, jadi samada ia khusyuk atau tidak itu ia adalah urusan tasawuf. Maka tidak boleh sekali-kali Islam berpisah daripada tasawuf. Oleh yang demikian, tasawuf adalah amat penting serta menjadi komponen bagi Islam itu sendiri. Kerana aspek keikhlasan adalah kerja tasawuf, bukannya kerja fiqh.

Bagaimana pula Tok Guru melihat hubungan antara agama dan akal? Adakah agama kita boleh bercanggah dengan akal?

Agama tidak boleh bercanggah dengan akal! Sebab itulah agama menunggu seseorang budak aqil baligh. Kalau belum aqil baligh, Islam tidak akan peduli terhadap sebarang perbuatannya. Budak itu tidak berdosa, cuma yang berdosa adalah ibubapanya. Ibubapalah yang bertanggungjawab sebab tidak didik anaknya dengan sempurna. Jadi oleh yang demikian, akal sangat mustahak! Sebab itulah selepas manusia aqil baligh, dia sudah mempunyai tanggungjawab terhadap setiap perbuatannya.

Sebab itu juga Islam haramkan judi. Salah satu sebab Islam mengharamkan judi ialah kerana judi tidak masuk akal. Orang cerdik boleh jadi kalah judi, manakala orang buta huruf boleh jadi menang judi. Ini kerana judi adalah satu cara cari duit yang luar daripada sistem persekolahan di mana ia hanya bergantung pada nasib semata-mata. Sebaliknya dalam sistem persekolahan, kita diajar bagaimana nak mengunakan akal seperti bagaimana mengurus perniagaan dll. Inilah sebenarnya cara manusiawi – yang mengunakan akal kurniaan Allah SWT. Begitu juga Islam haramkan arak kerana ia boleh mematikan akal dan memperbodohkan manusia. Sebab itulah akal sangat mustahak dalam kerja-kerja agama ini.

Soalan terakhir, boleh Tok Guru tinggalkan sedikit pesanan untuk anak-anak muda kita?

Anak-anak muda adalah pelapis bagi ibubapa yang sudah menjengah usia tua. Dan anak muda sendiri pun sedang menuju ke zaman tua. Oleh yang demikian, selain kita berfikir tentang masalah akhirat, kita juga mesti berfikir masalah tua. Kalau setiap manusia berfikir tentang masalah tua, maka masalah akhirat selamatlah dia. Jadi muslim khasnya, perlulah berfikir mengenai masalah masadepan; maksud masadepan ini bukannya masalah tua sahaja, tetapi ia turut merujuk kepada padang mashyar. Apa sahaja yang berlaku di atas dunia ini – mahu tidak mahu – kesannya di akhirat nanti. Dunia ini merupakan Photostat saja bagi akhirat. Kita kena tahu, hidup kita atas dunia ini ada malaikat. Kerja malaikat ini ialah ambil gambar kita, catat kehidupan kita dll untuk ditayang semula di padang mashyar sebagai saksi. Ini perkara yang tidak dapat manusia nak ubah. PBB sendiri pun tidak boleh membuat keputusan untuk mengubah akhirat.

Jadi oleh yang demikian, setiap anak-anak perlu disemai dengan akhirat. Dan Islam mengajar kita setiap kali kita sembahyang, maka wajib kita baca fatehah, kerana dalam fatehah kita menyebut, “…engkaulah yang menguasai hari pembalasan”. Ini menunjukkan, di hari akhirat kelak hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa. Kerajaan Kelantan tidak ada pada masa akhirat kelak, kerajaan Malaysia juga tidak ada di akhirat kelak, begitu juga dengan kerajaan Amerika. Ketika itu yang ada hanyalah kerajaan Tuhan. Jadi apabila di akhirat kelak hanya ada satu kerajaan sahaja, maka segala-gala apa yang ada di dunia ini mestilah dijuruskan kepada akhirat. Maka dengan sendirinya kita tidak akan melakukan kezaliman, kejahatan dan penindasan sebab setiap perbuatan kita akan menjadi saksi di akhirat kelak. Inilah benda yang mesti kita semat dalam kehidupan kita.

Dan saya juga rasa sangat dukacitalah pada orang yang mengatakan agama lain politik lain. Ini benar-benar perkara yang meracun. Keluarnya berita Datuk Seri Lim Keng Yeik yang mahu pisahkan agama dari sekolah adalah berpunca dari fikiran orang yang mengatakan agama lain politik lain. Buat apa mengajar agama di sekolah? Kita ajar anak-anak mengenai matematik, sains dll di sekolah kerana ia perkara yang terlibat dengan hidup. Tetapi bila kita kata agama lain dengan politik, jadi buat apa lagi kita mahu mengajar agama di sekolah? Betul apa yang dikatakan oleh Lim Keng Yeik! Logik apa yang disebut oleh Lim Keng Yeik kerana Umno yang membuka jalan sehingga Keng Yeik boleh bercakap begitu. Lim Keng Yeik selama ini dengar Umno bercakap agama lain politik lain, jadi kalau begitu maka sudah tentu dia fikir buat apa mengajar agama di sekolah? Buat menyusah sahaja! Jadi betullah cakap Lim Keng Yeik, dan salah bagi Umno.

Nota: Wawancara ini pertama kali tersiar dalam tapak lama (www.geocities.com/ummahonline) pada 9 Mei 2005. Kini, dimuatkan kembali dalam tapak baru (Ummahonline.com) sebagai sebahagian daripada proses perpindahan bahan-bahan lama.

18. Tasawuf Sisi ‘Membangun’

Ibrahim Mohamad, Pulau Manis

Sejarah membuktikan Ahli Tasawuf memainkan peranan penting di dalam usaha menegak dan mempertahankan agama Allah. Mereka bukanlah hanya menghabiskan masa dengan berzikir, tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak mengendahkan suasana di sekelilingnya. Sebaliknya mereka turut mengambil bahagian yang serius di dalam dakwah dan jihad, malah memberikan sumbangan yang besar dalam perjuangan umat Islam atau dalam jihad menentang kuffar di medan peperangan, mahupun menentang kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan golongan berkuasa.

Pembelaan para pemimpin kerohanian terhadap Islam sangat jelas di dalam lembaran sejarah. Di antaranya ialah Syeikh Hatim dan gurunya Syeikh Syaqiq. Mereka berdua telah mengambil bahagian dalam jihad di zaman mereka, dan guru beliau telah syahid di medan peperangan.

Ibrahim bin Adham, seorang wali Allah, di dalam manaqibnya ada dijelaskan bahawa beliau sentiasa mengambil bahagian dalam peperangan yang berlaku di zamannya, baik peperangan itu berlaku di darat mahupun di laut. Demikian juga Syeikh Abu Yazid Al-Bistami, beliau bukan sahaja seorang guru mursyid dan pemimpin kerohanian, bahkan merupakan seorang pejuang yang berani memasuki apa jua medan peperangan sehingga beliau sendiri pernah berkata : “Aku telah ditetapkan Allah untuk bersama-sama dengan para mujahidin (di medan peperangan). Aku menetakkan pedang di muka musuh-musuh Allah itu bersama mereka di dalam masa yang lama.”

Dalam hal ini, Dr. Abd Halim Mahmud di dalam sebuah bukunya menegaskan bahawa Syeikh Abu Yazid ketika berada di barisan hadapan, bukan hanya semalaman bersandar di tembok-tembok kubu Islam, tetapi beliau juga terus berzikrullah tanpa putus-putus, sehingga beliau benar-benar menjadi orang Mukmin yang menepati kehendak sabda Rasulullah SAW :

“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka (di akhirat) ialah mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang celik sepanjang malam kerana menjaga (musuh) di dalam perang fi sabilillah.”

Uwais Al-Qarni adalah seorang wali Allah dan semulia-mulia tabi’in. Sejarah mencatatkan bahawa beliau telah turut sama mempertahankan Saidina Ali di dalam peperangan Siffin kerana berpendapat golongan yang menentang Saidina Ali adalah salah, dan wajib memerangi mereka sehingga mereka bertaubat dan kembali kepada jalan sebenar. Kemudian ketika tentera Islam berperang dengan tentera Rom, beliau telah sama-sama mencabut pedang dan terjun ke medan perang. Beliau telah syahid akibat mengalami kecederaan di dalam peperangan tersebut.

Dalam peperangan Salib, para ulama tasawuf telah memainkan peranan yang cukup penting sebagaimana yang dinukilkan di dalam Haqaiq ‘an al-Tasawuf :

“Dan di Mesir, di waktu tentera Salib sampai di Dimyat, golongan sufiyyah seperti Syeikh Abu Hasan Asy-Syazili, ‘Izuddin bin Abd Salam dan Abu Fath bin Daqiq al-’Iyd dan ulama-ulama lain telah memberikan khidmat yang sebaik-baiknya untuk menentang tentera Salib.”

Begitu juga dengan Imam Sanusi yang hidup di sekitar tahun 1200 Hijrah. Beliau mengetuai umat Islam menentang penjajahan Itali selama berpuluh-puluh tahun. Syeikh Abd Qadir al-Jazairi juga adalah seorang panglima dan pemimpin agung gerakan menentang penjajahan Peranchis di Algeria. Kita juga mungkin telah membaca sejarah dan menonton tayangan filem mengenai perjuangan Syeikh Umar Mokhtar yang gigih menentang penjajahan Itali di Libya di mana beliau akhirnya syahid di tali gantung.

Di benua India pula, kita menemui tokoh-tokoh perjalanan kerohanian seperti Syeikh Ahmad al-Sirhindi, Syah WaliyuLlah al-Dihlawi dan lain-lain yang sangat berjasa kepada Islam kerana jihad mereka dalam politik dan agama sehingga Syeikh Abu Hassan An-Nadwi menyebutkan pentingnya peranan mereka itu dengan katanya :

“Sesungguhnya saya sentiasa menyatakan bahawa jika tidak kerana wujudnya mereka itu dan jihad mereka, nescaya Islam telah (lenyap) ditelan oleh agama Hindu, tamadunnya dan falsafahnya.”

Di Asia Tenggara dan Kepulauan Melayu, kita akan temui tokoh-tokoh tasawuf yang memainkan peranan penting di dalam politik dan pentadbiran negara. Pada zaman keagungan empayar Islam Acheh pada abad ke-16 dan 17, kita dapat melihat bagaimana peranan yang dimainkan oleh Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Syeikh Abd Rauf Singkel dan lain-lain lagi.

Sejarah kedatangan Islam di Terengganu, malah di Semenanjung Tanah Melayu juga berkait rapat dengan usaha dakwah golongan Tasawuf. Ia bermula di Kuala Berang yang menjadi pusat tamadun dan kerohanian Islam pertama.

Kira-kira 700 tahun dahulu, penduduk Kuala Berang dipercayai menganut agama Buddha, kemudian Hindu dan akhirnya menerima Islam. Dakwah Islam ini telah dibawa oleh seorang ulama yang sangat berjasa kepada Nusantara ini bernama Syarif Muhammad al-Baghdadi. Beliau merupakan keturunan Saidina Hasan daripada sebelah bapanya dan Saidina Husin daripada sebelah ibunya.

Syarif Muhammad dipercayai telah meninggalkan takhtanya dan kerajaan Baghdad untuk beruzlah di Mekah. Selepas Mekah, Syarif Muhammad menuju ke Hadratulmaut di Yaman dan kemudiannya ke Nusantara iaitu di Hulu Terengganu. Beliau berdakwah menyampaikan Islam kepada masyarakat dan berjihad menjatuhkan kerajaan Seri Wijaya Majapahit.

Setelah berjaya menjatuhkan kerajaan Hindu, beliau telah mendirikan sebuah kerajaan Islam dan seterusnya membina sebuah pusat pemerintahan yang dinamakan “Kota Tamir” yang terletak di kawasan seluas 300 ekar. Ramai di kalangan para pembesar dan raja-raja Hindu yang memeluk Islam dan menjadi pengikut yang kuat. Pemerintahan dan perjuangan Baginda Syarif Muhammad diteruskan pula oleh keturunannya yang bernama Syarif Abdul Qahar bin Syarif Muhammad (Tok Paloh), kemudian diamanahkan kepada cucunya Syarif Abdullah bin Syarif Qahar (Tok Pauh) dan seterusnya kepada cicitnya Syarif Abdul Malik yang juga disebut Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis. Kesemuanya adalah wali Allah dan dimuliakan Allah dengan diberikan pelbagai karamah.

Tok Pulau Manis kemudiannya menubuhkan pula ‘Kota Pulau Manis’ dan mendirikan institusi pendidikan agama yang tertua dan terbesar di Tanah Melayu ketika itu. Beliau telah mengambil jalan wara’ dengan menyerahkan pemerintahan kerajaannya kepada menantunya iaitu Tun Jenal yang berkahwin dengan anaknya Siti Zubaidah. Tun Jenal ditabalkan sebagai raja di Tanjung Baru, Hulu Terengganu dan bergelar Sultan Zainal Abidin 1.

Seorang lagi ulama tasawuf Terengganu ialah Tokku Paloh, seorang guru mursyid Tariqat Naqsyabandiah yang banyak berjasa terhadap kerajaan Terengganu dan rakyat jelata di dalam usaha menentang kerajaan British.

Salah satu peristiwa yang masyhur ialah ketika pihak Inggeris mahu berunding dengan Raja Melayu mengenai satu tempat bernama Bukit Besar yang ingin mereka miliki. Raja atau Sultan Terengganu pada ketika itu ialah Sultan Zainal Abidin III dan regu baginda ialah Tokku Paloh. Bila Inggeris bertemu baginda dan menyatakan hasrat mereka, lantas Sultan bertitah, “Negeri ini ada tuannya, hendaklah berunding dengannya terlebih dahulu.” Maksud baginda ialah Tokku Paloh.

Pihak Inggeris pun bertemu dengan Tokku Paloh dan berunding mengenai hal itu. Tokku Paloh mengatakan bahawa mereka boleh ‘mengambil’ Bukit Besar dengan syarat bukit itu dibawa balik ke negeri mereka, punggahlah tanahnya ke dalam kapal. Pihak Inggeris amat marah lalu bangun untuk meninggalkan majlis tersebut. Tapi dengan izin Allah dan karamah Tokku Paloh, kerusi yang diduduki pihak Inggeris melekat pada punggung mereka. Lalu Tokku Paloh menyindir, “Bukan Bukit Besar sahaja yang kamu mahu ambil, tapi kerusi kamipun kamu mahu ambil juga”. Pergilah pihak Inggeris dengan penuh rasa malu.

Kemudian, mereka mahu berunding buat kali kedua tapi ia mestilah diadakan di atas kapal mereka yang besar itu. Bila diajukan jemputan kepada Tokku Paloh, beliau mengatakan kapal besar tak mampu bertahan kalau ia naik. Pihak Inggeris ketawa mendengar kata-kata Tokku Paloh itu. Namun dengan izin Allah dan karamahnya, setiap kali Tokku Paloh menyengetkan serbannya ke kanan atau ke kiri, maka kapal yangbesar itu turut senget mengikut perbuatan Tokku Paloh. Hal itu menimbulkan perasaan cemas di pihak Inggeris sehingga rundingan dibatalkan serta merta.

Begitu juga dengan murid Tokku Paloh, Haji Abd. Rahman Limbong yang telah memainkan peranan penting dalam kebangkitan tahun 1921-1928 Masihi di Terengganu dalam mempertahankan Islam dari anasir penjajahan.

Selain itu, sejarah juga mencatatkan peranan besar yang dimainkan oleh Wali Songo (Wali Sembilan) di Pulau Jawa. Dengan usaha gigih yang dilakukan, dengan sokongan rakyat jelata, mereka berjaya menubuhkan pemerintahan Islam, menewaskan kekuasaan Hindu, mendirikan masjid, pesantren (pondok), mewujudkan keamanan dan ketenteraman dalam kehidupan masyarakat.

Sejarah Islamnya Kerajaan Pattani juga melibatkan ahli Tasawuf dengan kaedah menarik. Menurut ceritanya, tiga orang ulama sufi yang merupakan sahabat karib telah menjalankan dakwah di Patani. Mereka ialah Syeikh Shafiyuddin, Syeikh Sa’id Barsisa dan Syeikh Gombak Abdul Mubin. Sebaik tiba di Patani, mereka bertiga telah membuat pondok kecil di satu tempat bernama Kerisik. Di situ, mereka mengumpul maklumat, membuat kajian mengenai suasana dan budaya setempat serta memikirkan strategi dakwah yang sesuai kerana di masa itu Patani diperintah oleh raja yang beragama Budha.

Syeikh Shafiyuddin amat kuat beribadah, berkhalwat dan berzikir memohon pertolongan Allah dalam dakwahnya. Manakala kedua sahabatnya keluar meninjau dan mendapatkan maklumat-maklumat baru. Suatu hari, tersebarlah berita bahawa Maharaja Antira iaitu pemerintah Patani mengalami penyakit yang berat. Maka sesiapa yang dapat merawatnya akan diberi upah yang besar. Sebelum ini telah ramai bomoh yang mengubati beliau, namun tidak juga sembuh-sembuh. Apabila pegawai raja sampai ke tempat Syeikh-Syeikh ini, salah seorang dari mereka menyapa dan memberitahu bahawa terdapat seorang dukun yang sangat sakti yang mampu menyembuhkan maharaja itu. Dukun yang dimaksudkan itu sebenarnya ialah Syeikh Shafiyuddin sendiri.

Keesokan harinya, ketiga-tiga orang Syeikh itu dijemput ke istana untuk mengubati raja. Sebelum upacara pengubatan dilakukan, terjadi perjanjian dimana jika raja sembuh hasil pengubatan Syeikh Shafiyuddin, maka raja mestilah menukar agama dari Budha kepada Islam. Syarat itu dipersetujui raja. Kemudian, Syeikh mula membacakan doa-doa dan ayat-ayat al-Quran.

Dengan izin Allah, tiga hari selepas itu raja pun sembuh dari penyakitnya. Tapi raja engkar dengan janjinya untuk memeluk Islam. Dengan karamah Syeikh Shafiyuddin, penyakit raja berulang semula. Maka diubati lagi seperti janji yang pertama, dan sembuh kembali. Raja mungkir lagi, tiba-tiba penyakitnya datang kembali. Diubati lagi dan sembuh semula. Akhirnya raja Budha itu pun memeluk Islam dan diikuti oleh ramai rakyatnya. Sejak itu, ketiga-tiga Wali Allah tadi mendapat tempat kedudukan yang tinggi di Kerajaan Patani.

Selain itu terdapat tokoh-tokoh lain yang juga berperanan besar dalam menegakkan Islam di Nusantara seperti Syeikh Abd Samad al-Falimbani, Syeikh Daud al-Fatani, Ismail Minangkabau, Muhamad Salleh al-Zawawi, Arshad Banjari dan banyak lagi.

Di samping itu, yang sudah termasyhur ialah seperti Imam Al-Ghazali, Syeikh Abd Qadir Jailani, Imam Hassan Al-Banna dan lain-lain. Mengenai hal ini, Al-Maududi berkata :

“Sesungguhnya mereka (ahli tasawuf) mempunyai jasa yang besar dalam penyebaran Islam di daerah-daerah yang jauh terpencil yang belum ditakluki oleh tentera-tentera Islam atau yang belum dapat ditundukkan di bawah hukum Islam. Di tangan mereka itulah, Islam tersebar di Afrika, Indonesia, pulau-pulau di Lautan Hindi, China dan India.”

Abu Hasan Ali an-Nadwi pula menukilkan mengenai dakwah Syeikh Abd Qadir al-Jailani dengan katanya :

“Kira-kira 70,000 orang telah menghadiri majlis (ta’limnya). Lebih 5,000 orang Yahudi dan Nasrani telah memeluk Islam menerusi usahanya. Lebih 100,000 orang-orang jahat dan perompak atau pencuri bersenjata yang telah bertaubat menerusi usahanya. Beliau telah membuka pintu taubat dan bai’ah seluas-luasnya, maka orang ramai yang tidak diketahui bilangan mereka itu kecuali Allah sahaja, telah masuk ke dalamnya. Sehingga akhlak mereka menjadi baik dan demikian juga keIslaman mereka itu.”

Demikianlah beberapa contoh mengenai peranan golongan tasawuf, wali-wali Allah dan pengikut perjalanan kerohanian di dalam amal dakwah dan jihad. Jelaslah bahawa golongan tasawuf bukanlah mereka yang hanya berzikir dan beramal semata-mata, malah berada di barisan hadapan dalam memperjuang dan mempertahankan Islam. Bagi setengah golongan yang meninggalkan amal-amal seperti ini, bermakna mereka telah meninggalkan sunnah Nabi SAW dan perjalanan para sahabat (radiaLahu ‘anhum).

19. Tebarkan Kemaafan

Oleh: Tetamu

Manusia itu makhluk sosial, begitu kata rata-rata para pemikir sosial. “Takdir” semacam itu jelas tak boleh dinafikan. Dengan demikian, manusia tentu tak dapat hidup terpisah atau terasing, bahkan sebaliknya memiliki sandaran yang begitu tinggi, terhadap lingkungan sosialnya.

Dalam kehidupan bersama, setiap orang ada beragam keperluan dan kepentingan. Pada titik inilah diperlukan berbagai peraturan dan norma-norma tertentu. Kalau tidak, boleh kita bayangkan, apa yang bakal terjadi? Antara satu dengan yang lainnya akan saling bersikap keras dengan kepentingan atau keperluannya masing-masing, dan tak mahu saling mengalah. Akibatnya pertikaian akan mudah tercetus.

Perlaksanaan sistem norma dan aturan-aturan bertujuan antara lain untuk menjadi saranan dan asas kepada bangunan kehidupan bersama. Lebih dari itu, setiap peraturan, norma, atau kontrak sosial ternyata akan membentuk perkembangan watak manusia. Tidak saja terjadi di seputar persoalan kebendaan. Namun juga pada soal kejiwaan, khususnya jiwa ukhwah. Jika suatu masyarakat merasakan wehdah sama ada zahir dan batin, yang berbentuk kesatuan jiwa secara menyeluruh, sudah pasti kehidupan ini akan tampak selalu indah, tenteram, serta damai.

Satu kewajiban asas yang harus dipenuhi setiap orang tatkala hendak menjalin hubungan kemanusiaan dengan sesamanya adalah adanya persediaan jiwa untuk memaafkan kesalahan-kesalahan orang lain. Dalam al-Quran (3: 134), Allah Swt berfirman, “Iaitu orang-orang yang senantiasa menafkahkan hartanya baik dalam keadaan lapang mahupun dalam keadaan sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya, dan memberi maaf atas kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan”.

Apa yang termaktub dalam pernyataan al-Quran di atas memang sungguh luar biasa. Kita tidak menjumpai kata “meminta maaf” di situ, melainkan wal aafiina aninnas (memberi maaf kepada sesama manusia). Memang, pada kenyataannya, acapkali kita menjumpai orang yang amat mudah meminta maaf kendati itu tak lebih sekadar mainan kata-kata, lantaran diucapkan sebelum ia melakukan apapun!), namun sangat jarang menemukan orang yang mahu memberi maaf.

Pilihan kenyataan tersebut tentunya memiliki maksud-maksud yang suci, serta implikasi psikologi sangat mendalam. Sifat pemaaf merupakan penjelmaan zahiriah dari kehendak dan mawas diri yang kuat, serta paduan antara keteguhan hati dan kekuatan fikiran.

Orang yang senantiasa memberi maaf akan merasakan ketenangan batin yang sedemikian indah. Itu terjadi lantaran seluruh tekanan jiwa yang menyumbat segenap pembuluh darah seakan-akan terbuka. Darinya akan segera terasa, bagaimana potensi rohaniah kita menjadi begitu bertenaga sehingga sanggup membebaskan diri dari tirani hawa nafsu.

Memaafkan kekurangan orang lain memang bukan pekerjaan ringan. Apalagi bagi mereka yang watak dan keperibadian yang telah dipasung sedemikian rupa oleh kebencian, kekerasan, dan dendam.

Selain berpengaruh pada jiwa si pemberi maaf tadi, sifat pemaaf juga akan berpengaruh kuat pada orang yang dimaafkan. Sampai-sampai mampu merubah fikiran serta perilakunya. Apalagi jika ia adalah seorang musuh. Begitu banyak kejadian mengenai hubungan yang renggang dan bermusuhan menjadi baik kerana sifat pemaaf, kebencian dan permusuhan yang telah berakar sangat dalam berubah menjadi kedamaian dan ketaatan yang menghiasi diri dan pemikirannya.

Sayyid Musavi Lari dalam bukunya Psikologi Islam mengatakan, “Bakat terbesar manusia yang tidak dimiliki haiwan adalah sifat pemaaf dan melupakan kesalahan-kesalahan orang lain. Ketika anda dirugikan orang lain, anda memiliki kesempatan yang baik untuk memaafkan dan menikmati perasaan batin atas sifat yang mulia ini. Kita diajarkan untuk memaafkan musuh-musuh kita.

Melakukan tindakan balas dendam terhadap lawan, akan menempatkan diri pada tempat yang sama dengan musuh, kerana telah melakukan hal sama dengannya, bahkan telah menjadi pengikutnya. Tetapi anda akan mendapatkan kemuliaan jika anda mahu memaafkan kesalahannya. Menghadirkan sifat pemaaf memaksa musuh-musuh untuk bertekuk lutut yang akan memiliki pengaruh psikologi dan mengajarkan sifat rendah hati.

Adalah wajib bagi kita untuk bersikap baik ketika orang lain melanggar, kerana kebaikan merupakan kebajikan syurgawi, yang dengan itu alam semesta dan para penghuninya dapat hidup dalam kedamaian dan keharmonisan.

Salah satu beban psikologi yang begitu berat dirasakan dan berbahaya bagi kehidupan manusia adalah permusuhan dan memendam perasaan benci terhadap orang lain. Begitu bebannya sehinggalah dapat mempengaruhi kebahagiaan dan ketenangan manusia. Benci dan dendam tumbuh dari sifat amarah yang dapat merusak keseimbangan rohani.

Bertentangan dengan sifat pemaaf—yang merupakan unsur kebaikan, keseimbangan jiwa, kedamaian dan keharmonisan—kebencian dan permusuhan adalah penyebab lahirnya perselisihan dan perpecahan yang merupakan wujud nyata dari kejahatan rohani.

Permusuhan, jika terjadi, memiliki akibat-akibat yang menyakitkan dan sukar untuk mendapatkan penawarnya. Seseorang dapat mengorbankan kesedarannya kerana pengaruh kebencian dan permusuhan dan merambah hampir ke seluruh organ tubuhnya sehingga menimbulkan bencana bagi dirinya sendiri.

Menurut para psikolog bahawa, “Benci dan permusuhan bermuladari konflik mental, yang mempengaruhi seluruh struktur kesedaran berfikir manusia. Manusia akan kelihalangan sensitivitinya dan berusaha melakukan tindakan balas dendam dengan berbagai cara yang memungkinkan, untuk merugikan orang lain”.

Imam As-Sajjad Ali Zainal Abidin salah seorang cucu Rasulullah saw yang terkenal kerana banyaknya bersujud, suatu hari bersama para sahabatnya didatangi seseorang yang mencerca dan memaki beliau. Imam berkata kepada para sahabatnya, “Kalian mendengar apa yang dikatakan orang ini kepadaku, aku ingin kalian ikut dan mendengar jawapanku padanya”.

Para sahabatnya berkata,”Kami akan ikut bersamamu”. Imam berjalan menuju ke rumah lelaki itu seraya membacakan ayat Al-Quran: “Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan adakah yang mengampuni selain dari pada Allah. Mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui”. (3: 135).

Sampai di rumah orang tersebut, Imam memberitahukan kepadanya bahawa dia adalah Ali bin Husain. Lelaki itu keluar dan bersiap-siap. Ia yakin bahawa Imam akan membalasnya. Ketika lelaki itu muncul, Imam as-Sajjad berkata, “Saudaraku! Anda telah datang kepadaku dan telah mengatakan sesuatu tentangku. Apabila yang anda katakan itu adalah benar, aku mohon ampun dari Allah, dan jika yang anda menuduh padaku itu tidak benar, aku memohon kepada Allah untuk mengampunimu”.

Lelaki itu mendengar seraya menciumi Imam dan berkata: “Sesungguhnya aku menuduhmu padahal engkau tidak bersalah, kata-kata ini telah menyedarkan aku”. Rupa-rupanya kata-kata Imam mempengaruhi rohani lelaki itu dan sekaligus membebaskannya dari penderitaan dan menunjukkan padanya tanda-tanda kesedihan dan penyesalan.

Dalam Al-Quran, Allah Swt berfirman, “Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan, tolaklah kejahatan dengan cara terbaik, maka tiba-tiba orang yang diantara mu dan dia ada permusuhan, seolah-olah teman setia”. (41:34).

Sifat dendam ketika memiliki kekuatan dalam diri manusia akan memberikan pengaruh yang demikian besar dalam meruntuhkan hubungan kemanusiaan. Dan, kerananya kewujudan sifat pemaaf harus dihadirkan sedemikian rupa supaya dapat menjadi senjata pertahanan untuk melawan persekongkolan para pelaku kejahatan (syaitan) dalam diri kita.

Orang yang dengki dibebani dengan sejenis perasaan tanpa belas kasih dan kekurangan sifatnya pemurah. Di samping sangat mudah marah dan tersinggung juga dapat dapat melumpuhkan semua ruang-ruang kebajikan kerana siksaan penderitaan rohani yang mendalam dan terus menerus.

Dr. Dale Carniege menulis dalam bukunya, How to win Friends and Influence People, “Ketika kita menyembunyikan kebencian dan permusuhan di dalam hati terhadap musuh-musuh kita, sebenarnya kita memberi mereka kawalan terhadap makan, minum, tidur, kesihatan, kebahagiaan kita, dan bahkan tekanan darah kita. Sebenarnya kita membuat mereka mengendalikan hal ini melalui diri kita. Kebencian kita terhadap mereka tidaklah melukai mereka sedikitpun, kecuali justeru mengubah kehidupan kita menjadi neraka yang amat azab”.

Jalan satu-satunya yang dapat dilakukan untuk memperoleh keharmonisan rohani, kesedaran dan ketinggian mentaliti kita ialah ketika kita telah mampu mengusir dan menghapuskan noda kebencian dari hati kita. Dan, hanya dengan itulah kemudian semua pranata sosial budaya dapat dibangun dalam komuniti manusia. Dengan menghapus kebencian dan dendam maka hati dan akalnya akan lembut dan sejuk.

Semakin manusia menjauhkan dirinya dari kemubaziran dan buakkan amarah serta kebencian maka kebahagiaan dan kebebasan akan tumbuh dalam dirinya. Manusia akan keluar dari penjara-penjara rohani dan dengan sendirinya menguatkan benteng pertahanan dalam dirinya terhadap hasutan dan propaganda syaitan.

20. Tempahkan Sebuah Bilik Di Neraka Buatku

Di ambil dari majalah Iskandariah Mesir ‘MANAR ISLAM’

Menurut majalah tersebut, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh

dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke

destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang

terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan

bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang

dipenuhi uban menegurnya.

“Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai

dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu

berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki….”

nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh

gadis itu dengan jawapan mengejek. “Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di

tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang

menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu

gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas

cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata

kata yang lebih dahsyat.

“Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik

di neraka jahannam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa

mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu

biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang

wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang

yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di

dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati

hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan

menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar

tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para

penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba

tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan

kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak

disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir

jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi

sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur

kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga

orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka

terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah

kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah

hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah,

sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita

jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati.

Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya

saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia

hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah

kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah

teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi

kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam

barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah

orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan

suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda

tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan

undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di

bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap

undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang

itu.

Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang

telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman

larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara

yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.

Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas

jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

,

20. > >ANTARA LOBAK, TELUR DAN KOPI……..

> >

> >Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai

> kehidupannya dan

> >menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar

> dan menyakitkan

> >baginya. Dia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan

> hampir menyerah

> >kalah dalam kehdupan. Ia sudah letih untuk

> berjuang. Setiap kali

> >satu masalah selesai, timbul masalah baru.

> >

> >Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur.

> Ia mengisi 3

> >periukdengan air dan meletakkannya di atas api.

> Setelah air di

> >ketiga-tiga periuk2 tersebut mendidih. Ia menaruh

> lobak merah di

> >dalam periuk pertama, telur diperiuk kedua dan ia

> menaruh serbuk

> >kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannyamendidih

> tanpa

> >berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu

> dengan tidak

> >sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh

> ayahnya. Setelah

> >20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan

> lobak dan

> >memasukkaknya di dlm mangkuk, mengangkat telur dan

> meletakkannya di

> >mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk

> lainnya. Lalu ia

> >bertanya kepada anaknya, “Apa yang kau lihat, nak?”

> “Lobak, telur,

> >dan kopi” jawab si anak.

> >

> >Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan

> memintanya merasalobak

> >itu. Ia

> >melakukannya dan merasa bahawa lobak itu terasa

> enak. Ayahnya lalu

> >memintanya mengambil telur dan memecahkannya.

> Setelah membuang

> >kulitnya, ia mendapati sebiji telur rebus yang

> mengeras. Terakhir,

> >ayahnya memintanya untuk merasa kopi. Ia tersenyum

> ketika

> >meminumkopi dengan aromanya yang khas. Setelah itu,

> si anak

> >bertanya, “Apa erti semua ini, Ayah?” Ayahnya

> menerangkan bahawa

> >ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama,

> perebusan, tetapi

> >masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeda.

> >

> >Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar

> dipatahkan. Tetapi

> >setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak.

> Telur sebelumnya

> >mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya

> yang berupa

> >cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi

> keras. Serbuk kopi

> >mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di

> dalam rebusan air,

> >serbuk kopi merubah air tersebut.

> >

> >”Kamu termasuk yang mana?,” tanya ayahnya. “Air

> panas yang

> >mendidihitu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal

> kamu

> >lalui…Ketikakesukaran dan kesulitan mendatangimu,

> bagaimana kau

> >menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?”

>

> >

> >

> >Untuk renungan bersama………

> >Bagaimana dengan anda?

> >Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras,

> tapi dengan adanya

> >penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi

> lembut dan

> >kehilangan kekuatanmu. Atau… Apakah kamu adalah

> telur, yang

> >awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang

> dinamis? Namun

> >setelah adanya kematian, patah hati, perceraian

> atau kegagalan

> >menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama,

> tetapi apakah kamu

> >menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang

> kaku? Ataukah kamu

> >adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas,

> sesuatu yang

> >menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang

> maksimal pada

> >suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu

> terpanas, kopi

> >terasa semakin nikmat. Jika kamu seperti serbuk

> kopi, ketika keadaan

> >menjadi semakin

> >buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat

> keadaan di

> >sekitarmu juga

> >menjadisemakin baik.

> >

> >wassalam…

21. RENUNGAN

Dari Ibnu Mas’ud ra, dari Nabi saw, sabdanya; “Sesiapa yang mengajak ke jalan

mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala

orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikitpun pahala itu dari

pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan

mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak

dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu

dari dosa-dosa mereka.”(Muslim Abu Daud dan Tirmizi)

> Ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang

> kematian ibu  selepas

> kelahiran dia. Sejak itu bapanya jadi amat sangat

> workaholic sekali dan

> tak married2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah

> lembut walaupun cuma

> tinggal  bersama pengasuh aje.

>

>

>

>

>

> Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada beskal,

>  dia  masih jalan

> kaki. Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. “Tuan,

> nggak kasian sama

> anaknya? Dia nggak punya sepeda…apa tuan juga

> nggak malu?” Lantas……

>

> dipanggillah si anak, ditawarkan beskal yang macam

> mana dan si  anak cuma

> bagitau, “Tak payah susah2 la papa, belikan aje saya

> bola  hitam   dan bola

> putih …”

>

>

>

> Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si papa.

> “Kenapa bola itam  dan

> putih?” “Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau

> papa punya money,

> belikan  itu aje.”  Mengingat si anak tak pernah

> meminta2, so  papanya

> terima  aje.  maka dibelikanlah anaknya itu  beskal

> generasi terbaru saat

> itu,  yang paling canggih, plus bola itam dan bola

> putih.

>

>  Terus si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim

> kasut   roda. Sekian lama

> si pengasuh  perhatikan, ini anak tak minta2

> dibelikan sepatu roda sama

> papanya. Every petang  cuma duduk2 aje.  Beskalnya

> juga ditaruh di stor.

>

> Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya kepada si

>   papa.

>

>

>

> Hingga si anak dipanggil lagi. “Nak, kamu tak mau

>  dibelikan kasut roda

> macam teman2 kamu? Apsal tak

>

>  bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut

>  roda je…”.

>

>

>

> Si anak jawab,”Tak perulah papa, bola itam dan bola

>  putih  saya dah

> rosak..  dibelikan lagi je..tak usahla beli kasut

> roda.   Tambahan lagi

> lebih murah bola,  tak gitu papa?” Si papa geram .

> So,  tetap si papa

> belikan

>

> kasut roda, plus bola itam dan bola putih.

>

>

>

> Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita

>  sama  terulang.

> Sekarang member2nya musim rollerblade. Trend

> baru….

>

>

>

> Sementara petang hari, dia masih  setia sama kasut

> rodanya. Lepas papanya

> pulang dari  luar negri dan melihatkan  anaknya

> yang pakai kasut roda, si

> papa menjadi sangat malu. Gila, rumah macam gedong,

> syarikat banyak,

> keluar negri lagi tu……Tapi  anaknya ketinggalan

> zaman.  Besoknya, di

> bilik sudah ada sepasang roller blade baru  dengan

> note: “Biar  kamu tak

> malu”.

>

>

>

>  Malamnya di ruang kerja si bapa ada note balasan:

> “Papa,  Kenapa tak

> belikan bola itam dan bola putih? Saya lebih suka

> itu.” “Hoh,, si  bapa pas

> baca note itu mengeluh serta bingung. Apalah

> istimewanya bola itam dan

> bola putih?

>

>

>

> Besoknya dan besoknya lagi si  bapa berkali2

> ditinggalkan  note

> itu…hingga dia tak  tahan dan membelikan anaknya

> bola itam dan bola

> putih untuk kesekian  kalinya. Benar, setelah dapat

> itu bola, si anak tak

> lagi  mendesak papanya lagi.

>

>

>

>

>

> Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak

> masih   berulang-alik

> dengan bas, member2nya sudah

>

> ada yang bawa motor and kereta ke sekolah. Suatu

> hari, ketika  bapanya di

> rumah, si anak pulang dihantar oleh membernya yang

>  dengan  motor Harley

> Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat

> malu. Anaknya  tidak

> 4,3,…2 pun tidak. Itulah satu-satunya anaknya.

> Itupun tidak dibelikan

> motor. Maka ditawarkan anaknya. Si anak menolak

>  tawaran ayahnya dengan

> alasan motor kurang praktis, lagipun si anak suma

> inginkan  bola itam bola

> putih aja. Si bapa tak terima penolakan itu. Kerana

> anaknya  dah beso

> panjang, boleh berunding. Hingga tercetus  keputusan

> supaya si anak

> dibelikan  motor plus bola itam dan bola putih

> tentunya.

>

>

>

> Tetapi si bapak masih kesal. Sudah berapa tahun, dia

> beberapa  kali belikan

> dua macam bola itu tanpa  tau kenapa. Tapi si anak

> tak ada  keinginan dan

> kemahuan untuk bagitau kenapa.

>

>

>

> Hingga tibalah masa untuk melanjutkan pelajaran ke

> University.  Kerana

> senang dan bangga anaknya masuk University, si anak

>  dihadiahkan  kereta

> Ferrari. Tetapi, sampai beberapa bulan si anak masih

> lagi naik

>

>  motoooor aje.  Sehinggalah aweknya juga bingung,

> kandia punya  ferrari?

> kenapa naik motor. Bila ditanya, maka   dijawab,

> abis papa tak belikan bola

> itam bola putih. Tak faham  perasaan anak sendiri!

>

> So, pas makan malam bersama, si awek bagitau sama si

> papa,  kenapa pak cik

> tak  belikan bola itam bola putih?

>

>

>

> Si papa sebenarnya sensitif dengan bola2

> itu..huh..sampai   awek anak aku

> pun tanya..bila si bapa menanyakan si

>

> awek kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun

>  bagitau, Ferrarinya itu

> tak akan dipakai selagi tak dikasi bola2 itu.

>

>

>

> Si bapa bingung, di bilik anaknya sudah segitu

> banyak bola itam  bola

> putih. Nak buat apa, fikir si Papa. Tapi demi

> memelihara imejnya di

> hadapan awek anakmya itu, maka  besoknya sudah ada

> bola itam bola putih

> buat

>

> anaknya.

>

>

>

> Suatu hari anaknya pergi date dengan aweknya ke

> gunung   naik ferrari.

> Yelah, anak muda kan, ketika memandu

>

> si anak dicium aweknya and  dia jadi gelabah dan

> terus  accident!!! Segera

> di bawa ke hospital si bapa juga ditelepon oleh

> pihak   hospital. Cederanya

> parah. Mereka berdua > tak pakai seatbelt, si awek

> mati

>

> seketika itu jugak dan si anak sudah  tenat.

>

>

>

> Si bapa datang ke Hospital..”macammana doc, anak

>  saya?”   Dokter (dengan

> simpati dan penuh duka cita)

>

> :”Maaf Encik, kami tidak dapat berbuat banyak..

> sepertinya  memang sudah

> waktunya… sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu

>  terakhir..”

>

>

>

> Perlahan si bapak masuk, mendekati anaknya.  “Papa,

> maafkan saya..tak

> hati2  bawa Ferrarinya..” si anak juga nangis kerana

>  >aweknya tak

> tertolong. Si papa menenangkan dia…akrablah

> manusia itu  beberapa saat.

> Hingga si bapa  beranggapan ini saat terakhir. Dia

> ingat  kembali

> keinginannya untuk tahu tentang kenapa si

>

>  anak selama ini selalu minta bola itam bola putih.

>

>

>

> “Nak, maafkan papa selama ini yang selalu

> sibuk..kamu jadi

> kesepian..maafkan papa, nak. Tak sempat jadi orang

> tua yang baik.”

>

>

>

> Anaknya jawab,”tak apa-apa papa, saya faham..  Cuma

> kecewa  kalau  papa

> punya money lebih, malah belikan yang macam2….saya

> cuma minta  bola  itam

> dan bola putih aje kan?”

>

> Si papa rasa timing-nya tepat ni, “KENAPA KAMU

>  SELALU  MINTA BOLA ITAM

> BOLA PUTIH…

>

>  ADAAPA DENGAN BOLA2 ITU?”

>

> (pembaca juga ingin tahu ya..?)

>

> Si anak jawab dengan terpatah2 dan susah sangat,

> Habis sudah  tenat dan

> masanya sudah hampir sampai…

>

>  “sebabnya ….saya..saya…saya….” *hep*

> Kepalanya  rebah dan nafasnya

> hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat

> bagitau tau  bapanya.

>

>

>

> Nah, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun

> tak  tau…apalagi aku

> yang cuma bercerita, lagila…tak tau. MACAMMANA NI?

>

> Kecewa jugak nih? Isk! Isk! Isk!……….Rasa nak

> belasah  je…orang yang

> mula-mula forward kat aku.

>

>

>

> P/S : Sorry aarr sebab forward ni kat korang. Ye

> lah…Takkan  nak jadi

> korban sorang-sorang je kan…

Description:

> Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang segala

puji-pujian bagi Allah, yang maha mengetahui dan maha bijaksana.

>

> Untuk renungan kita bersama yang masih memusuhi sesama Islam hanya

kerana perbezaan pendapat sahaja. Hanya sekiranya berlaku seperti peristiwa

Maluku ini sahaja baru agaknya semua orang Melayu Islam di Malaysia akan

bersatu.

>

> Sekian.

>

> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

>

> Bismillahirahmanirahim… Assalamualaikum semua, Alhamdulillah, Karen &

saya telah kembali malam semalam. Azhar InsyaAllah akan tiba esok dan

diikiuti oleh Wan Hazmy dan Al-Amin.

>

> Tiada seorang pun dari kami yang menjangkakan ianya terlalu jauh dan

terlalu sukar untuk ke sana dan kami berpeluang mencuba hampir segalanya

kapal terbang jet, kapal terbang kecil, bot, kapal, kenderaan 4wd dll.

>

> Saudara dan saudari, peperangan di Maluku sedang bergejolak dan ketika

saya menulis ini, saya jangkakan pihak mujahidin sedang melakukan serangan

di Ambon dan utara Halmahera. Ianya adalah jihad yang sebenar dalam sepenuh

erti kata. Secara terus terang, saya mulanya agak skeptikal oleh kerana

terlalu sedikit yang di tulis di akhbar-ahkbar.

>

> Tetapi sekarang saya sedar dan saya telah pulang dengan amanah penduduk

dari Maluku untuk menyebarkan yang benar berkenaan peperangan yang

berlaku disana. Jika sekiranya anda memikirkan Kosova adalah teruk, cubalah

bayangkan berada di kawasan yang lebih dahsyat dari itu. Ini adalah

peperangan yang dicetuskan dan dimulakan oleh konspirasi antarabangsa.

>

> Secara geografi, adalah berkemungkinan besar setelah kejatuhan Timor

Timor ke tangan orang Kristian, Maluku, Sulawesi dan jika kita tidak

berhati-hati Malaysia Timur juga akan terikut sama. Ini akan membentuk satu

penghadang kepada negara seperti Australia dan Barat.

>

> Peparangan ini bermula dengan seruan Paderi Besar Maluku untuk

menghapuskan orang Islam dan menghalau Islam keluar dari Maluku yang mana

penduduknya 50-50% Islam – Kristian. Orang Islam di Maluku adalah orang yang

bertimbang rasa tidak seperti orang Melayu di Malaysia. Mereka tidak pernah

menjangkakan perkara ini akan berlaku. Mereka tak pernah menyangka akan

diserang pada Hari Raya Aidil Fitri 1999. Mereka tidak pernah menyangkakan

akan dibakar hidup-hidup ketika sedang mengerjakan solat tarawih pada bulan

Ramadhan yang lepas.

>

> Cuba bayangkan sebuah kawasan yang beribu-ribu orang-orang Islam telah

dibunuh. Bukan sahaja dibunuh, dipotong kepalanya dll. Tetapi

kemudiannya disiat-siat, hatinya dikeluarkan dan dimakan atau dihancurkan

untuk membuat campuran serbuk peluru.

>

> Cuba bayangkan wanita yang dirogol dalam masjid oleh pengganas termasuk

paderi mereka yang kemudiannya berkata “enak juga kulit wanita Islam” di

hadapan keluarga yang menanti giliran mereka untuk dibunuh. Buah dada

mereka dipotong dan dicampakkan seperti permainan ‘frisbees’ sedangkan

mereka terbaring dalam kesakitan menantikan pukulan terakhir yang akan

menamatkan riwayat mereka.

>

> Bayangkan seorang imam dibunuh dan dikebumikan yang apabila lubang

digali semula didapati kemaluannya dipotong dan mulutnya disumbat dengan

daging babi mentah. Bumi bergegar dan hanya ketentuan Allah yang menghalang

mereka untuk pergi lebih jauh.

>

> Bayangkan kanak-kanak dengan muka kotor dan hingus meleleh pada muka

yang kering serta tak terurus memegang tangan anda dan merengek “ibu…

lapar ibu… ngak makan 3 hari ibu…” Bayangkan makanan yang mengandungi

hanya nasi kosong dan jika bernasib baik dengan lauk kuah indomie atau jika

benar-benar mewah sekeping ikan tongkol yang kecil.

>

> Bayangkan mujahid yang berani berjalan dengan anak panah dan lembing di

bahu, lengan, kaki tanpa rasa gentar atau menangis tetapi sebutan kalimah

“Allahu Akbar” di bibir mereka.

>

> Bayangkan kanak-kanak berumur 8 tahun berjuang kerana Allah dan apabila

ditanya mengapa, menjawab “ngak guna hidup… mereka injak-injakkan

agama suci kita”…

>

> Bayangkan ribuan pelarian tiba di pesisiran Ternate dengan guni yang

penuh dengan kepunyaan mereka dan jika bernasib baik, tidur di tangga-tangga

masjid yang sesak dan di tempat-tempat pelarian.

>

> Bayangkan ribuan pelarian berhimpit-himpit di gudang pengeringan

cengkih. Udara didalamnya yang panas dan menyesakkan. Beberapa kanak-kanak

dengan demam panas terbaring pada cebisan kayu yang keras yang mereka

panggil rumah sekarang.

>

> Bayangkan orang yang sakit dan cedera dirawat dilantai-lantai masjid dan

kawasan sementara yang dinding-dindingnya pecah disokong oleh jejari

basikal dan besi-besi cerucuk. Luka dibalut dengan madu dan kain.

(dengan izin Allah, luka tersebut sembuh dan penyatuan tulang berlaku).

>

> Bayangkan doktor-doktor Kristian pada beberapa tahun yang lepas telah

menjadikan misi hidup mereka untuk membunuh bayi-bayi Islam yang baru

dilahirkan atau melakukan pemotongan ‘caesarean’ untuk membendung

pertambahan masyarakat Islam.

>

> Bayangkan semua ini wahai saudara dan saudari. Inilah yang kami hadapi

dan dengar. Nampaknya macam terlalu sedikit yang boleh kami tawarkan tetapi

alhamdulillah, kehadiran kami sahaja telah cukup untuk memberikan

ketenangan kepada mereka. Kami kelihatan hampir serupa. Bercakap bahasa

yang juga hampir sama dan kami menyembah Tuhan yang sama. Mereka mahu kami

membawa kembali berita yang berat sebelah dan peperangan yang ganas

kepada anda semua dan seluruh umat Islam di dunia ini.

>

> Duit yang kami kumpulkan diberikan untuk membayar duit muka untuk

membeli sebuah rumah yang elok untuk dijadikan pusat kesihatan bagi merawat

mujahidin dan juga pelarian. Ketika saya menulis ini, Wan Hazmy dan

Al-Amin tentu sedang sibuk berpindah masuk ke dalam bangunan dan menyiapkan

persedian untuk menerima pesakit. Ketika saya menulis ini juga, tentera

Islam sedang memasuki dan mengambil kawasan di Ambon dan utara Halmahera

>

> Percayalah, ini bukanlah peperangan berkenaan kawasan atau bangsa.Ini

adalah jihad sebenar menentang musuh Allah. Tidak seorang pun yang kami

temui bercakap mengenai harta mereka yang hilang tetapi bercakap

mengenai peperangan menentang Islam.

>

> Mereka memerlukan pertolongan kita. Mereka memerlukan duit dan juga

kekuatan, kepakaran dan doa kita.. Tolonglah bantu kami untuk membantu

mereka. Pakar Bedah terutamanya Ortopedik. Kami perlu membentuk satu

pasukan. Pusatnya ialah di Pulau Ternate, 100% muslim dan selamat.

InsyaAllah.

>

> Ianya sebuah pulau yang cantik dan jetinya seperti akuarium dengan air

jernih dan ikan berwarna-wani dibawahnya.. Tolong hubungi Azhar, saya

atau Zaleha untuk menawarkan perkhidmatan anda.. Kami merasakan keutamaan

adalah untuk menjaga mujahidin kerana kepakaran perubatan kami. Jika anda

merasa takut. Ingatlah masa kematian kita telah tertulis, tidak sesaat cepat

atau lambat. Sesungguhnya mati untuk jihad di jalan Allah adalah

sebaik-baiknya.

>

> Wassalam.

> Ikhlas drpd : Dr. Jemilah Mahmood, MERCY

>

E-Mel ini telah dihantar oleh Dr. Jemilah setelah beliau kembali dari

Kepulauan Maluku pada 15hb Mac 2003. Untuk pengetahuan umum, Dr. Jemilah

ialah Presiden MERCY Malaysia (Medical Relief Society) sebuah pertubuhan NGO

yang terlibat dengan penghantaran, misi ke Kosova dan Turkidan dan sekarang

ini di Kepulauan Maluku.

suatu hari seorang wanita baru pulang ke rumahnya dan

dia melihat ada tiga oang lelaki berjanggut berdiri di

halaman. Setelah diamatinya, ternyata dia tidak

mengenali siapakan lelaki-lelaki itu.Lalu wanita itu

berkata, ” Aku tidak mengenal anda semua, tapi aku

yakin anda semua pasti sedang lapar. Mari masuk ke

dalam, rasanya aku ada sesuatu yang boleh dijadikan

alas perut.”

Salah seorang lelaki berjanggut itu bertanya, “Apakah

suamimu sudah pulang?” Wanita itu menjawab, “Belum,

dia sedang keluar.” “Oh…..kalau begitu, kami tak

ingin masuk,” balas lelaki-lelaki itu. “Kami akan

menunggu sehingga suamimu kembali,” tambah mereka

lagi.Pada waktu senjanya, ketika keluarga itu

berkumpul, si isteri pun menceritakan kejadian yang

berlaku tadi. Si suami, awalnya agak bingung dengan

kejadian itu, lalu berkata pada isterinya, “Sampaikan

kepada mereka, aku telah kembali dan mereka semua

boleh masuk untuk menikmati makan malam ini.”Wanita

itu kemudian keluar dan mengundang lelaki-lelaki tadi

masuk.”Maaf, kami semua tak boleh masuk bersama-sama,”

kata salah seorang lelaki itu.”Kenapa?” tanya wanita

itu berasa hairan.salah seorang lagi berkata, “Nama

dia Kekayaan,” katanya sambil menunjuk rakan

disebelahnya. “Yang ini pula bernama Kejayaan,”

tambahnyalagi sambil memegang bahu rakan yang seorang

lagi. “Manakala aku berna Cinta. Sekarang, cuba tanya

kepada suamimu, siapa di antara kami yang boleh masuk

ke rumahmu.”Wanita itu kembali masuk ke dlam dan

menyampaikan apa yang diberitahu oleh lelaki di luar

itu. Suaminya pun berasa hairan sambil berfikir.

“Hmmmm….baiklah, kalu begitu, cuba kamu ajak si

Kekayaan masuk ke dalam. Aku ingin rumah ini dipenuhi

dengan kekayaan,” si suami membuat keputusan. Namun si

isteri tidak bersetuju dengan pilihan itu.Lalu berkata

kepada suaminya, “Sayangku, kenapa kita undang si

Kejayaan saja? Sebab nampaknya kita perlukan dia untuk

membantu meningkatkan hasil usaha kita.”Dalam masa

yang sama, anak mereka mendngar perbualan itu. Dia pun

turut mengusulkan siapa yang harus dipelawa masuk ke

dalam rumah. “Bukankah lebih baik jika kita mengajak

si Cinat yang masuk ke dalam? Rumah kita ini akan

nyaman dan penuh dengan kehangatan cinta.”Pasangan

suami isteri itu setuju dengan pilihan anak kesayangan

mereka. “Baiklah, ajak masuk si Cinta ke dalam. Dan

malam ini, si Cinta menjadi tetamu kita.”Wanita itu

kembali ke luar dan berkata kepada ketiga-tiga lelaki

itu, “Siapa di antara kalian yang bernama Cinta? Mari,

silakan masuk, anda menjadi tetamu kami malam ini.”Si

Cinta bangkit dan berjalan menuju beranda rumah. Namun

ternyata dua lagi yang lain turut ikut serta. Kerana

berasa hairan dan ganjil dengan perlakuan meraka,

wanita itu bertanya kepada si Keyaan dan si Kejayaan,

“Aku hanya mengundang si Cinta yang masuk ke dalam,

tapi kenapa kamu berdua ikut juga?”Kedual lelaki itu

pun menjawab serentak, “Jika anda mengundang si

Kekakayaan atau si Kejayaan, maka yang lainnya akan

tinggal di luar. Namun, kerana anda mengundang si

Cinta, maka ke mana pun Cinta pergi, kami akan ikut

selalu bersamanya. Di mana ada cinta, maka Kekayaan

dan kejayaan akan ikut serta. Sebab, ketahuilah

sebenarnya kami buta. Dan hanya si Cinta yang boleh

melihat. Hanya dia yang mampu menunjukkan kita pada

jalan kebaikan, kepada jalan yang lurus. maka kami

perlu bimbingannya saat berjalan. Saat kami menjalani

hidup ini.” wallahua’lam

>Ustaz Halim (bukan nama sebenar), telah diganggu dengan suatu mimpi

>>yang dia sendiri tidak memahaminya. Berbulan bulan dia tidak lelap

>>tidur kerana mimpi tersebut. Dia bermimpi datang seorang lelaki

>>yang dalam keadaan yang amat terseksa dan melambai-lambaikan tangan

>>kepadanya dengan berkata ” tolong bebas kan aku”. Setelah bersolat

>>hajat, bertanya dengan orang-orang ‘alim akhirnya dia telah

>>bertanya dengan ibunya dimanakah kubur bapanya.

>>

>>Ibunya bercerita, ketika berlaku serangan Jepun di Tanah Melayu,

>>dia telah terpisah dengan suaminya. Hampir 40 tahun berlalu dia

>>tidak pernah dengar langsung khabar berita. Maklumat yang diketahui

>>ayahnya telah terbunuh ketika perang Jepun dahulu. Setelah berlalu

>>beberapa bulan, Ustaz Halim tidak jemu-jemu bermunajat dan berdoa

>>agar Allah memberikan petunjuk supaya dia dapat menyelesaikan

>>mimpinya.

>>

>>Mengikut orang-orang ‘alim, orang yang memanggilnya didalam mimpi

>>tersebut ialah roh ayahnya. Ustaz Halim sentiasa berdoa kepada

>>Allah supaya mengampuni dosa ayahnya dan melepaskan siksaan yang

>>diderita oleh ayahnya. Namun setelah dua tahun berlalu dia masih

>>diganggu oleh mimpi tersebut lagi.

>>

>>Masa berlalu, akhirnya dia dapat maklumat bahawa sebenarnya ayahnya

>>baharu meninggal lebih kurang dua tahun yang lalu. Maklumat yang

>>diterima, ayahnya adalah seorang yang berjaya dalam perniagaan dan

>>telah banyak melakukan amal kebajikan untuk kabaikan Islam. Setelah

>>terpisah ketika perang Jepun, aruah ayahnya telah berikthiar

>>mencari isterinya namun tidak berjumpa. Ayahnya mendapat tahu

>>isterinya telah meninggal dunia kemudian telah mendirikan

>>rumahtangga dengan isteri kedua dan dikurniakan dengan lima orang

>>anak perempuan.

>>

>>Ustaz Halim telah pergi ke rumah ibu tirinya untuk mengetahui jika

>>ayahnya dahulu ada meninggalkan apa-apa hutang yang belum selesai.

>>Ibu tirinya dan adik-adik tirinya tidak memberikan kerjasama yang

>>baik setelah mengetahui bahawa Ustaz Halim adalah juga waris kepada

>>simati. Dia takut Ustaz Halim akan menuntut haknya daripada harta

>>simati. Bagimanapun daripada peguam keluarga ayahnya memberitahu

>>bahawa semua hutang simati telah dijelaskan dan tidak ada satu pun

>>yang tinggal.

>>

>>Ustaz Halim terus menyiasat, kepada semua kenalan aruah bapanya dan

>>memohon semua kenalan bapanya jika ada salah dan silap ketika dia

>>hidup harap diampunkan.

>>

>>Masa berlalu, mimpi masih terus menganggu.

>>

>>Suatu hari Ustaz Halim pergi semula kerumah ibu tirinya,

>>menceritakan kepada ibu tirinya tentang mimpi yang dialaminya.

>>Mimpi tersebut bermula setelah kematian ayahnya. Ibu tirinya

>>merasakan tidak mungkin sebab aruah ayanya adalah seorang yang taat

>>beribadah dan rajin bersedekah. Suka menolong orang susah. Tidak

>>pernah lambat menjelaskan zakat perniagaannya. Bagaimana dia boleh

>>terseksa. Ibu tirinya berpendapat itu mungkin bukan aruah suaminya.

>>Mungkin orang lain.

>>

>>Setelah panjang lebar berbincang dengan ibu tirinya, dia pun

>>mengambil keputusan untuk balik. Ketika keluar daripada rumah

>>tersebut, dia bertemu dengan seorang lelaki. Lelaki tua tersebut

>>bertanya ini kah rumah Datuk Azlan bin Affendi (bukan nama

>>sebenar). Ustaz Halim menjawab betul. Dia ada dirumahkah? Tanya

>>lelaki tua tersebut.

>>

>>Kemudian tanpa banyak soal, ustaz Halim membawa orang tua tersebut

>>ke kubur aruah ayahnya. Di dalam perjalanan, Ustaz Halim

>>menceritakan segala-galanya dan orang tua tersebut menceritakan

>>pula dia adalah sahabat karib kepada kawannya Azlan. Beberapa

>>minggu yang lepas dia terbaca satu buku dan dibelakang buku

>>tersebut ada biodata kawannya itu. Lalu dia terus datang ke KL

>>untuk berjumpa dengannya.

>>

>>Sebelum sampai ke kubur, mereka singgah sebentar minum di warung

>>kopi. Ustaz Halim bertanya dengan orang tua tersebut. Pernahkan

>>pakcik berselisih paham dengan ayah saya? Jawap orang tua tersebut,

>>tidak pernah dan kalau adapun dia telah mengampunkan segala

>>dosanya. Ustaz Halim terus bertanya berkenaan dengan hutang. Orang

>>tua itu kata tidak pernah Azlan berhutang dengannya.

>>

>>Mereka terus ke kubur dan berdoa. Selesai berdoa orang tua terebut

>>teringat peristiwa sebelum mereka berpisah ketika perang Jepun.

>>Ketika itu kami sedang minum kopi di warung. Azlan telah

>>tergesa-gesa pulang dan meminta dia membayarkan duit minum kopi

>>yang berharga 5 sen dahulu. Dia berjanji akan membayar balik.

>>Kemudian Jepun menyerang kampung kami dan kami terus berpisah.

>>Orang tua tersebut terus berdao Ya Allah aku halalkan hutang lima

>>sen yang kawan ku Azlan berhutang kepada ku.

>>

>>Setelah hari itu, Ustaz Halim tidak lagi diganggu dengan mimpi

>>tersebut lagi.

>>

>>Ini adalah kisah benar (Nama sebenar dirahsiakan oleh penulis).

>>

>>Moral cerita:- Renungilah hadith nabi berikut:

>>

>>Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:

>>

>>”Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak

>>dijelaskannya maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan

>>bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibiarkan hutangnya

>>itu”

>>

>>Dari kisah ini, Datuk Azlan masih beruntung kerana dia mendapat

>>anak yang soleh (Ustaz Halim). Dan dengan berkat anak yang soleh

>>ini dia dapat mengadu kepada anaknya didalam mimpi kemudian

>>terbebas ia dari hutang yang sangat kecil iaitu 5 sen dan telah

>>dapat terbebas dari seksaan yang dahshat iaitu Roh teawang-awang

>>diantara langit dan bumi.

>>

>>Oleh itu, walaupun banyak amal ibadat kita, banyak sedekah kita,

>>jika ada hutang yang tidak selesai walaupun satu sen pasti roh kita

>>akan terseksa setelah kita mati.

>>

>>Oleh itu, jika berhutang hendaklah ditulis dan beritahu kepada

>>waris kita sebelum kita mati supaya waris kita dapat

>>menyelesaikannya.

>>

>>Seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282:

>>

>>”Wahai orang mukmin, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan

>>cara berhutang (yang bertempoh) hingga ke ssuatu masa yang tertentu

>>maka hendaklah kamu menulisnya (kadarnya dan tempohnya) dan

>>hendaklah ada jurutulis yang menulisnya dengan adil dan benar, dan

>>janganlah seorang penulis itu enggan menulis/mencatit sebagaimana

>>Allah telah ajarkan. Oleh itu hendaklah penulis itu mengikut yang

>>merencanakan oleh pihak yang terlibat dengan penuh rasa taqwa

>>kepada Allah Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatupun

>>dari jumlah atau kadar dan tempoh masa berhutang itu dimulakan

>>hingga selesai dibayarkan balik dengan sempurna.”

>>

sahabat…

samaada cerita ini rekaan atau kisah sebenar…waAllahu’alam

yg penting..kami HARAP..kite semua mengambil iktibar drpdnnya…

waAllahu’alam

22. > PETUA MEMILIH GADIS JELITA
> >
> > Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana
Allah, bermusuhan
kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana
Allah. (Hadis Riwayat
Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)
> >
> > Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata
orang, gadis seperti ini
menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah
begitu?
> >
> > Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum
bernikah. Walaupun
begitu, perkataan 'gadis' juga digunakan bagi
menggambarkan kesucian
seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum
berkahwin digelar 'sudah
tiada gadis' atau 'sudah tiada dara'. Umumnya,
pengertian pertama iaitu
wanita yang belum bernikah digunakan secara formal
sedangkan yang kedua itu
adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.
> >
> > Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi
seseorang wanita.
Semasa inilah seseorang wanita ltu akan mencapai tahap
mekarnya dan
keayuannya. Pada masa inilah wanita ltu mula dipanggil
'bergetah' jika kita
hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang,
banyak hati lelaki akan
tergoda. Ada gadis yang 'boleh tahan' dan ada gadis
yang 'tak boleh tahan'.
Gadis yang 'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi
tidaklah jelita. Yang
'tak boleh tahan' pula adalah gadis yang sungguh
cantik menawan. Ramai
lelaki yang tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini
apatah lagi jika
gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan
mempermainkan perasaan lelaki.
> >
> > Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna
sememangnya tertarik pada
rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi
asas mengapa mereka lebih
memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis
yang cantik lebih
beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik,
mesra dan
lemah-lembut.
> >
> > Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja
dengan seorang
wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. -
Hadis Rasulullah
riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.
> >
> > Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan
kecantikan si gadis
dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki
perangai si gadis. Ini
menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau
menderita, terutamanya
bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi
sedangkan baru tahu
bahawa si gadis ltu teruk perangainya atau sudah
ternoda. Walaupun 'mata
yang belum berisi pengalaman' itu tertarik pada rupa
yang cantik, sebenarnya
jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa.
Maksudnya pada akhirnya
gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang
dipilih oleh teruna
untuk dikahwini. Berikut adalah petua-petua sekiranya
anda ingin memilih
gadis jelita menjadi lsteri anda:
> >
> >
> > Elakkan Dari Berkawan Dengannya
> > -----------------------------------------------
> > Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis,
kecantikan hati ini
sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya
yang dilihat semuanya
'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang
teruna sedang mahu,
dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin
hanya berpura-pura jadi
baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya
ada yang membidalkan
bahawa 'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan
'Yang cantik tidaklah
semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan
dengannya untuk mengelakkan
anda dari terpesona dan terpedaya.
> >
> > Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah
kehancuran yang tiada
tara. (Bidalan ltali).
> >
> >
> > Lakukan Risikan Secara Rahsia
> > -----------------------------------------
> > Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh
pengamatan rahsia si teruna
bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan
rahsia lni adalah untuk
mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila
dia berada bersama
keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang
suka berjalan, bergaul
bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin
berkemas dan taat dalam
beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.
Pihak teruna juga boleh
mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki
ke manakah si gadis itu
suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya.
Jika dia gemar pergi ke
tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia
mempunyai sifat-sifat yang
kurang baik pula.>
> >
> > Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu
lama. -Goethe
> >
> > Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau
dipanggil 'merisik'
ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia
adalah jalan yang
dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si
gadis, membawanya ke mana
suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu
atau hasil
memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.
> >
> >
> > Cari Yang Duduk Bersama lbubapa
> > -----------------------------------------------
> > Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai
gejala yang tidak begitu
menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari
yang positif di luar
rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku
dalam rumah sendiri. Si
gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah
terpengaruh kepada
unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya
serta kebaikan
perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya
memberikan keseronokan
dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar
saja disusuli pula oleh
sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.
> >
> > Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang
bijak tidak cantik. -
Bidalan Cina
> >
> >
> > Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
> >
---------------------------------------------------------
> > Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti
masa sebagai pelajar
sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian
tinggi. Bagi
gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi
'wanita' dari ibu adalah
amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam
jangkamasa pendek.
Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada
hujung minggu serta
semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang
berorientasikan kerja makan
gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.
> >
> >
> > Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
> > --------------------------------------------------
> > Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati
orang tua. Ini
penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang
ataupun duduk bersama
ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia
tidak menghormati ibu
dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi
serba-salah dalam
menangani kehidupan anda.
> >
> > Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan
wujud sebentar saja. -
Bidalan Jerman
> >
> >
> > Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
> >
-----------------------------------------------------
> > Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan
gadis-gadis yang tidak
begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka
bekerja makan gaji
dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan
beban keluarga. Bagi
gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi
rosak. Mereka akan
keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai
pakaian yang ketat dan
menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan
sebaya untuk memikat
lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak
gadisnya mungkin akan
menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.
> >
> >
> > Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
> > --------------------------------------------------
> > Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak
menghantar anak
perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan
jahat akibat dapat
bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin
moden, pemikiran cara
ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah
lebih baik bagi
wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia
dilengkapi dengan input
tatasusila dan adat apatah lagi agama.
> >
> > Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya
hanya tamu yang akan
berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan
> >
> >
> > Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
> > -------------------------------------------------
> > Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor
sekeliling si gadis. Jelas
pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh
berbeza berbanding
gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut
nalurinya adalah sama
saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan
cuba mengekalkan
identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka
buruklah jadinya.
Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik
besar kemu> ngkinan
akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan
agama malah boleh menjadi
contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.
> >
> > Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang
terlalu jelita. -
Bidalan Servia
> >
> >
> > Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
> >
--------------------------------------------------------------------
> > Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih
seseorang gadis, kerana
kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian
taraf dan kerana agama.
Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang
beragama. Dimanakah
letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada
keimanan gadis itu.
Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan
setaraf pula, maka dialah
yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh
tahan'. Tapi sedarlah,
dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!
> >
> >
> > Bertunang Jangan Lama
> > ---------------------------------
> > Blia anda sudah melamarnya, jangan tunggu
lama-lama. Nikahlah dengan
segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin
menggodanya. Elakkan dari
membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan
cemburu di hati lelaki
yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.
Petua orang tua-tua,
kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia,
semasa bernikah perlulah
dihebahkan agar semua orang tahu.
> >
> > Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan
syaitan akan mengulangi
kata itu kepadanya sepuluh kali. - Bidalan tali
> >
> >
> > Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda
> >
--------------------------------------------------------
> > Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh
ramai orang tapi la
merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan.
Mengahwini gadis jelita
ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar
selamat dari godaan
dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai
gadis jelita yang
telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan.
Ibubapa seharusnya
melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan
jangan membuat alasan
bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.
> >
> > Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang,
layak berkahwin blia
dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang
mungkin berflkir anda gila
mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya
yang gila jika gadis
jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda?
Cuma, lbubapa patutlah
mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat
suamiyang baik serta
bertanggungjawab.
> >
> > Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan
berjumpa lebib ramai
pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman
> >
> >
> > Elakkan Dari Terlalu Cemburu
> > ----------------------------------------
> > Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik
jelita memang menjadi
idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari
menaruh perasaan
cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah
bertindak untuk
memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda,
didiklah dia agar dia
menjaga kehormatannya serta taat pada agama.
> >
> >
> > Layan Dia Dengan Baik
> > --------------------------------
> > Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak
memandang pada paras
rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya
ialah cinta anda
kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan
bawa ke ribanya atau
selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita
ialah memahami jiwa
mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah
cinta pada anda
seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda
dengan lelaki lain. Dia
akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan
buah hatinya.
> >
> > Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat
racun dalam cembul
emas.- Bidatan Tamil
> >
> >
> > Bertanggungjawab
> > --------------------------
> > Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan
lelaki yang mampu
menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta
memimpinnya menjadi
wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang
mereka mahukan ialah
yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta
menghormati pula ibubapa si
gadis.>
 
 
 
Kepada Muslimin dan Muslimah... Apa pandangan
anta/anti tentang petua yang telah diberikan.
Mungkinkah ada kebenarannya disitu? Wallahualam... 
 

22. CERITA SEDIH

salamualaikum sahabat-sahabiah

Tersentuh Hati

Maaf mengganggu… saya hanya nak sampaikan  sebuah cerita

yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh.  Cerita iini

saya

dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya  baru2 ini.

Ustazah yg menceritakan ini sekarang mengajar di kisas. ceritanya

begini. suatu hari,dia travel, saya kurang ingat ke mana dan dari mana. dia

singgah di rumah seorang sahabatnya yg mana pasangan suami isteri

tersebut adalah guru biasa.

Si suami seorg guru pen. kanan. beliau tiba  di rumah

sahabatnya ini sekitar tgh hari tapi belum zohor. Kedua2 suami  isteri ini

masih di

sekolah.Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 org  anak mereka yg

kesemuanya lelaki yg mana yg paling tua dlm tingkatan satu  & yg paling

muda masih

bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor  masuk. abang yg tua

mengajak semua adik2nya yg baru pulang utk solat  berjemaah dgn dia sendiri

sbg imam. Sewaktu dlm rakaat kedua, salah seorg  adiknya yg berumur

lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala  melihat jemaah yg

sedang

solat, dia mengambil wudhu’ dan solat bersama  jemaah. dia ikut ruku’

apb imam ruku’. Dia ikut sujud apabila imam sujud.  Dan selesai imam

memberi

salam, dia bangun menyelesaikan satu rakaat  solatnya yg tertinggal.

Subhanallah… adik yg berumur 8 thn ini sudah  pandai masbuk… ustazah yg

melihat terkejut dan kami yg mendengar mengucap  memuji ALLAH.

Bayangkan betapa

taatnya anak2 yg masih kecil ini  menunaikan perintah ALLAH

tanpa pengawasan kedua org tua mereka atau mana2  org dewasa dan tanpa

disuruh2.Cerita tak berakhir di situ. Ustazah bermalam  di rumah sahabatnya

itu.

Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yg paling  awal

bangun kerana dia

bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang  kalau saya tak

lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak2  kecil

semuanya sedang sibuk ambil wudhu’. Bayangkan 7 org budak lelaki dgn  yg

paling tua berumur 13 thn dan yg ke tujuh ntah berapa tahun sibuk

mengambil

wudhu’ di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu  anak2nya

di

tikar sembahyang dgn sabar sambil berzikir. Mereka solat jemaah

sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat, si ibu

meletakkan anak bongsu nya yg masih bayi (yg sedang jaga) di sisinya.

Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah spjg mereka solat. Dan

sekali lagi cerita tak berakhir di situ. Ustazah tersebut ingatkan hendak

sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah

terkejutnya

dia apb hendak

melipat sejadah, si ayah berpusing mengh!  adap jemaah sambil

berkata,”anak2… hari ni ayah nak beri kuliah mengenai

solat dan puasa…”. Dan 8 org anak termasuk si ibu dgn tekun

mendengar  kuliah subuh yg disampaikan.

Subhanallah… bila ditanya kpd si ibu mengapa  didikan

sedemikian diberi kpd anak2 nya dia menjawab bahawa itu persediaan  dia dan

suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak2 lelakinya yg 8 org  itu

dpt

membacakan sekurang2nya fatihah utk mereka jika ditakdirkan mereka

pergi dulu Lagipun anak2 mereka semuanya lelaki… pasangan suami isteri

ini  tak

sanggup melihat anak2 mereka terabai tanpa pedoman… cuba kita

tanya diri kita sendiri… berapa ramai keluarga Islam hari ini yg dapat

mengamalkan solat jemaah dalam keluarga… berapa ramai anak2 Islam berumur

8

thn yg pandai solat masbuk… berapa ramai anak2 berumur 13 thn yg pandai

mengimami solat memimpin adik2 mereka… dan berapa ramai ibubapa yg

berjaya

mendidik anak2 mereka sedemikian rupa yg taat melaksanakan perintah ALLAH

tanpa suruhan dan pengawasan mereka yg lebih dewasa…

subhanallah…alhamdulillah…

moga apa yg saya sampaikan ini menjadi  pedoman dan i’tibar

buat kita semua yg rata2nya masih belum  berumahtangga….

“Teruskan Perjuangan dengan IMAN dan UKHUWWAH”

23. Tetamu Kecil Tuhan

Syawal tahun ini bertepatan dengan kedatangan musim dingin. Kulihat seorang anak kecil berusia 6 tahun memandang ke langit sambil menadah kedua tangannya. Satu, dua, tiga……titis-titis airmata mengalir dari pelupuk matanya. Kulihat cahaya cinta kasih dalam matanya. Wajahnya memancarkan keramahan dan kedamaian. Mulutnya kumat kamit….(dia sedang berdoa)

Selimut malam, kelambu langit, semilir angin musim dingin dan lalu-lalang manusia tidak membuatkan anak kecil itu terusik. Dia bercengkerama asyik dengan Kekasihnya. Dia larut berbincang dengan Tuhannya. Ada rasa ingin tahu mengajak aku menghampirinya. Apa gerangan yang dipinta dari Tuhannya itu. Perlahan aku mendekatinya dan dengan kepala tunduk, aku duduk tepat di belakangnya. Dia khusyuk, tak terusik dengan kedatanganku. Dari jarak yang tidak seberapa itu, sayup-sayup aku mendengar sebuah rintihan dari mulut mungil itu, meskipun dihiasai dengan tangisan namun, dengan jelas kudengar suara parau itu.

Sahabat, dengarlah dia merintih, mengadu kepada Kekasihnya;

Setelah dia mengucapkan puji dan syukur kepada Allah SWT,
Setelah dia menyampaikan selawat kepada manusia yang paling dicintai oleh ALLAH SWT,
Setelah dia melafazkan salam kepada manusia-manusia yang disucikan oleh ALLAH SWT,
dia mula mengadu kepada Kekasihnya……

Dengarkanlah, wahai Tuhanku…
Lihatlah,
para miskin dan peminta telah berhenti di pintuMU
Para faqir dan papa telah bersimpuh di di hadapanMU

Perahu musafir telah merapat dan berlabuh
di pinggir Keagungan dan KemuliaanMU
Mereka mendendangkan lagu, memujiMU
mengharap agar dapat memasuki
pelantar rahmat dan nikmatMU

Wahai Tuhanku,
sekiranya Engkau tidak mahu mengampuni mereka
dan mengabulkan permintaan mereka
kecuali orang-orang yang telah Engkau sucikan,
lalu, bagaimana dengan mereka
yang tidak segaja kerana kedunguannya
tenggelam dalam samudera dosa dan nista?

Tuhan,
apabila Engkau tidak mahu mengampuni dosa-dosa mereka
kecuali orang-orang yang taat kepadaMU,
lalu, bagaimana dengan mereka
yang telah mengabaikanMU
sementara mereka sama sekali tidak sengaja melupakanMU?

Tuhan,
jika Engkau memang tidak mahu menerima mereka
sebagai tetamuMU
kecuali mereka yang telah menghabiskan waktunya
sibuk beribadah dan memujiMU,
lalu bagaimana dengan manusia
yang telah menghabiskan waktunya
menjauh dariMU
hanya kerana tidak tahu
bagaimana cara beribadah dan memujiMU?

Wahai Tuhanku,
sungguh beruntung mereka
yang telah melelahkan kesempatan
di bulan penuh rahmat ini berzikir,
memuliakan AsmaMU,
merengek-rengek meminta belas-kasihMU
tanpa melupakan nikmat dunia pemberianMU
lalu Engkau mengabulkan semua yang mereka dambakan

Sungguh! mereka telah merdeka
Sungguh! mereka telah lepas dari sambaran panas neraka

Dan Tuhan,
sungguh kami adalah hambaMU yang berlumur dosa
hambaMU yang masih asyik dan mesra melayani bisikan nafsu
lalu melupakanMU
hambaMU yang selama ini tanpa sengaja
telah mengadukan segala kekurangannya kepada selainMU

Sungguh! kami adalah manusia yang rugi
Sungguh! kami lupa bahawa di bulan ini
sebenarnya Engkau telah membuka pintu rahmatMU
lalu Engkau dengan kasih dan sayangMU
telah mempersilakan kami masuk ke altar suciMU
dan menerima kami sebagai tamu agungMU

dan…
sekarang kami baru sedar
setelah bulan hidangan itu berlalu
dan Engkau sesungguhnya telah menjamu kami
dengan sebaik-baik hidangan.

Tuhan,
ampunilah kami..
ampunilah kami..
ampunilah kami..
ampunilah kami…
ampunilah kami….
ampunilah kami…
ampunilah kami….
ampunilah kami….
ampunilah kami….
ampunilah kami….

Tiba-tiba kulihat anak kecil itu tidak berkumit lagi. Sungguh, dia adalah tetamu kecil Tuhannya.. Ilahi ampunilah kami…

26. TIP MUHASABAH DIRI…

walau terkadang belum sepenuhnya melakukan hal ini..tetap cuba melaksanakan satu persatu sedikit demi sedikit lama kelamaan jadi…..darah daging insyaAllah
Photobucket - Video and Image Hosting

1.Rajin membaca Quran.
Kita hendaklah membiasakan diri kita untuk sentiasa melafazkan
kebenaran.
2. Rajin berzikir.
Semoga apa yang kita tuturkan lahir dari hati yang sentiasa
berzikir dengan Allah.
3. Kita hanya bercakap mengenai kebaikan orang lain agar terdorong
kepada diri kita untuk melakukan kebaikan.
4. Elakkan dari bercakap bohong.
Bila sekali kita berbohong kita akan berbohong kali kedua untuk
menutup bohong pertama dan seterusnya.
5. Elakkan dari berjenaka yang tidak tentu tempat. Bila kita
berjenaka kita dalam keadaan ceria dan mungkin menyinggung perasaan
orang lain dan masuk kategeri mengumpat pula.
6. Makan dan minum benda-benda yang halal.
7.Segera beristighfar jika menyedari kesilapan/kesalahan.
8. Kita mesti rajin belajar dari orang yang lebih bertaqwa dari kita.
9. Biasakan diri kita berbicara tentang kebesaran Allah, dan
kelemahan diri kita.
10. Bersihkan hati dan nurani kita.


25. HINDARI DARI SIFAT INI

1. Pemarah – …hapuskanlah amarah di hati..senyuman mu lebih bererti 😀
2. Pendendam – …hilangkan kesumat di hati, kalau mudah sakit jantung 😛
3. Hasad dengki – hasad dengki dengan kebahagiaan orang lain! Astaghfirullahalaziim!! tak baik sungguh..tapi aku rasa hasad yang tumbuh ini lebih buat aku rasa nak berusaha ke arah kebaikan dan seiring maju dengan kawan2 aku yang berjaya
4. Bakhil -tak payah lah lokek2 (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..;))
Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tamak -org tamak selalu rugi, macam anjing dgn bayang-banayng
Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar – andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
7. Ego – Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin, masing2 ada egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan je
8. Riak -. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…
9. Cinta dunia – tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. dan bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah

~Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.~

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya Photobucket - Video and Image Hosting

Tuhan…izinkan aku mengecap nikmat gia dalam lingkaran cinta kasihMu. Ya Rahman…berikan kesempatan untuk u terus berusaha meraih redhoMu..

MENTALITI MAHASISWA: Persepsi Terhadap Alam Politik Kampus

DUNIA mahasiswa semakin hari kian hilang nilai survivalnya. Mahasiswa selaku generasi kepimpinan negara masa depan merupakan aset penting yang paling berharga bagi sesebuah Negara. Hebatnya golongan mahasiswa akan menjanjikan mantapnya kepimpinan akan datang. Begitulah sebaliknya.

Di Malaysia, sejarah pergerakan mahasiswa bukanlah perkara baru. Sejak tahun 60-an sehingga kini banyak peristiwa penting yang berlaku sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa yang melibatkan golongan mahasiswa. Penyertaan mahasiswa ini dilihat sebagai suatu yang positif menangani pelbagai isu yang berlaku di dalam negara. Mereka menyuarakan suara mereka salaku golongan intelek dan terkehadapan. Namun setelah beberapa dasawarsa kemudian, ada pelbagai label yang dikepilkan bersama hieraki perjuangan mahasiswa sehingga mencemarkan budaya politik kemahasiswaan itu sendiri. Persoalannya mengapa semua ini berlaku?

Tahun-tahun 70-an Gerakan mahasiswa di kampus dikatakan menerima serapan budaya pemikiran ideologi luar dalam lingkaran budaya politik kampus. Misalnya, dasar pemikiran sosialisme, nasionalisme dan pemikiran berhaluan Islam yang wujud dalam ‘ruang udara’ kampus hasil dari pengaruh pembacaan mereka terhadap ideologi-ideologi tersebut, didapati menyerap dan merebak melalui bahan bacaan.

Tidak dinafikan pada dekad tersebut sosialisme dan nasionalisme diungguli mahasiwa di dalam memperjuangkan isu-isu yang berlegar di tanahair. Tidak ketinggalan fikrah Islamiah juga meresap masuk dalam dunia kampus. Bagaimanapun pemahaman Islam ketika itu masih lagi dipengaruhi oleh aliran sosialisme dan nasionalisme. Ini disebabkan oleh fahaman bahawa isu-isu berhubung dengan nasionalisme itu adalah isu Islam. Tetapi kemudiannya golongan mahasiswa Islam yang membawa fahaman tersebut telah berubah corak. Mereka dengan mengambil Islam sepenuhnya untuk dijadikan landasan kepada pergerakan mereka dengan menolak semua isme-isme yang lain hasil dari pemahaman pembacaan dan revolusi penterjemahan buku-buku haraki dan gerakan Islam di Malaysia.

Kesannya, akhir dekad 70-an memperlihatkan perkembangan positif kesedaran politik Islam di kalangan mahasiswa sehingga ada yang menamakan sebagai ‘Era Dakwah.’ Fenomena ini juga dikenali sebagai ‘Ledakan Ubudiyyah’ apabila golongan mahasiswa bergiat aktif dalam politik kampus bagi memimpin persatuan-persatuan mahasiswa.

Di awal dan pertengahan tahun 80-an, terdapat banyak rungutan di kalangan masyarakat terutama ibubapa bila mendapati perubahan mendadak di kalangan anak-anak mereka yang belajar di Institusi Pengajian Tinggi. Masyarakat digembar-gemburkan dengan terdapatnya sebilangan pelajar yang meninggalkan pengajian untuk kepentingan dakwah. Ketika ini istilah-istilah ‘dakwah songsang’, ‘ekstrimes agama’, ‘Islam fanatik’ begitu popular. Kebarangkalian di dalam penelitian penulis, api kebangkitan semangat keislaman yang wujud di kampus ketika itu adalah kesan dari kegagalan sistem pendidikan rendah dan menengah yang kurang menekankan aspek keagamaan sehingga menyebabkan jiwa mereka tandus dan kekosongan itu ditemui di dunia ‘menara gading.’ Penerimaan mahasiswa terhadap era ini mendominasikan dunia kampus sehingga ke tahun-tahun dan dasawarsa seterusnya.
Ketika itu, boleh dikatakan perjuangan mahasiswa berlandaskan fenomena ‘Ledakan Ubudiyah’ masih fitrah dari haluan dan kiblat kepolitikan. Kampus dijadikan medan ukuran dakwah dan penghayatan nilai-nilai Islam. Melalui penerapan biah solehah yang diperkenalkan menjadikan dunia kemahasiswaan Islam semakin menyerlah sinarnya. Program menghidupkan rohani dibangunkan dengan giat. Ceramah-ceramah dan seminar berkaitan Islam mula menarik perhatian luas. Malah jika diteliti kepada penulisan-penulisan para penulis dalam dekad 80-an dan 90-an boleh dikatakan api kebangkitan kesedaran Islam ini turut dijadikan tema dalam karya-karya mereka sehingga seolah-olah wujudnya satu katalis yang menyatukan fikrah dalam berkarya.

Ledakan ini akhirnya merebak pantas sehingga menyebabkan mentaliti kemahasiswaan turut berubah sedikit demi sedikit. Kayu ukur meletakkan haluan perjuangan mereka pasca zaman kampus dinilai melalui acuan keterlibatan seterusnya di dalam dunia politik tanahair. Mungkin situasi ini tidak terlalu mencengkam kampus ketika itu kerana masih di peringkat penilaian berdasarkan kecenderungan masing-masing. Mereka yang terdedah dengan alam politik kemahasiswaan ini mengintai-ngintai haluan politik Malaysia supaya perjuangan mereka pasca alam kampus berkesinambungan dengan teori dan pendedahan yang diterima semasa alam kampus. Justeru politik kemahasiswaan dalam dunia kampus bolehlah dikatakan sebagai medan memilih haluan dan sistem politik yang terbaik bukan berhaluankan kepada parti politik tertentu sehingga menutup ruang berhujah dan menjadikan pemikiran golongan yang dianggap intelek dan berpelajaran menjadi generasi yang jumud dan pasif.

Walaupun politik kampus sering dikatakan hanya melibatkan beberapa perkara namun, bukanlah sesuatu yang baru apabila keterlibatan mereka dalam ruang yang lebih global dilihat sebagai ancaman dan anti-establisment. Apakah skop politik kemahasiswaan? Secara umumnya ruang aktiviti-aktiviti politik mahasiswa di kampus melibatkan:

i.          Aktiviti berbentuk simposium, seminar, forum, debat, ceramah dan sebagainya di mana perkara-perkara politik, ekonomi dan isu-isu semasa dibincangkan. Aktiviti-aktiviti seumpama ini membolehkan mereka berkomunikasi dengan pemimpin-pemimpin politik dan tokoh- tokoh masyarakat yang diundang ke kampus.

ii.          Mesyuarat-mesyuarat di dalam berbagai organisasi pelajar seperti Majlis Perwakilan Pelajar dan lain-lain persatuan pelajar di mana keputusan atau resolusi diambil akan dipaparkan atau dihebahkan untuk tatapan pelajar.

iii.         Kenyataan-kenyataan pelajar yang disalurkan melalui media massa dalam kampus ataupun peringkat kebangsaan yang menyatakan pendirian dan hasrat perjuangan mereka.

iv.         Proses pilihanraya kampus dan pemilihan pemimpin berbagai persatuan mahasiswa di mana mereka berpeluang untuk berkempen dan mengundi untuk memilih kepimpinan sesuatu persatuan atau badan.
v.         Reaksi spontan mereka terhadap sesuatu isu yang berlaku sama ada berbentuk bantahan-bantahan, perarakan, tunjuk perasaan dan demonstrasi aman yang sering dilakukan. Menerusi tindakan-tindakan seperti ini, mahasiswa mampu menyuarakan pandangan dan kritikan mereka.

Fathi Aris menulis: “Skop aktiviti pelajar harus lebih meluas dengan fungsi dan potensi yang ada pada mahasiswa. Tohmahan bahawa perjuangan mahasiswa merupakan ciplakan idea pembangkang harus ditolak. Soal pelajar menyebelahi pembangkang adalah soal lain tetapi tidak sewajarnya mereka menerima membuta tuli. Harus diingat pembangkang tidak mempunyai imej yang baik kepada pelajar dan sekiranya pelajar berterusan menyuarakan bangkangan serupa dengan parti politik, akan timbul kesukaran untuk memenangi hati masyarakat kampus.”

Meskipun begitu harus diingat, golongan mahasiswa khususnya di IPT tanahair sebenarnya terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Akta ini antara lain menyekat mahasiswa daripada terlibat dengan mana-mana parti politik sama ada secara langsung sebagai ahli mahupun tidak langsung melalui sokongan terhadap parti-parti tersebut. Selain itu juga akta ini menghalang mahasiswa mengikuti program-program yang dianjurkan sama ada perhimpunan mahupun aktiviti. Keterlibatan mereka dikawal oleh akta ini sehingga menjadikan mereka tidak bebas menyuarakan suara mahasiswa lagi. Apa yang mampu dilakukan adalah meneruskan agenda perjuangan mereka melalui skop politik kampus (seperti yang dijelaskan di atas) semata-mata. Namun apabila berlaku penentangan untuk mengembalikan hak mahasiswa, mereka dilabelkan sebagai pembangkang kepada kerajaan yang memerintah. Kesannya politik kemahasiswaan bukan sahaja dicengkam malah ruang lingkup menjadi semakin sempit dan mengecil hari demi hari.

Jika diteliti, AUKU sememangnya adalah merupakan akta yang asalnya mempunyai alasan yang relevan. Selain memelihara status golongan mahasiswa dari terjebak dalam caca-merba dan sepak terajang politik, AUKU juga sebenarnya membendung aktiviti pelajar agar berpada dengan status mereka sebagai pelajar. Namun sejauh mana akta ini berperanan?

Melalui akta ini juga kalau tidak salah penulis, mahasiswa dijadikan musuh kerajaan untuk berkelahi. Penulis percaya, mahasiswa atau persatuan mahasiswa yang memperjuangkan sesuatu perkara bukan berkiblatkan kerana pembangkang memperjuangkan perkara yang sama, tetapi kerana kefahaman mereka di dalam menilai sesuatu perkara. Sebagai contoh: Sewaktu kerajaan Malaysia menerima pasukan kriket Israel beberapa tahun dahulu mendapat tentangan parti pembangkang. Dalam masa yang sama persatuan mahasiswa juga menentang dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka. Situasi ini seolah-olah persatuan mahasiswa mirip berhaluan pembangkang. Sedangkan penentangan mereka adalah kerana menganggap penerimaan pasukat kriket Israel itu sebagai suatu yang tidak relevan melihat kekejaman yang dilakukan bangsa Yahudi berdalang Zionis itu, terhadap umat Islam di bumi Palestin. Selain itu, beberapa peristiwa bantahan mahasiswa untuk menyatakan pendirian mereka menjadikan mereka bahan kejar pihak keselamatan. Apa yang lebih menyedihkan mereka yang terkehadapan dipecat dari universiti, digantung peperiksaan dan pengajian, di‘ISA’kan malah ada yang diseret ke ‘tirai besi’.

Kesan daripada perlaksanaan AUKU, ruang lingkup politik kemahasiswaan juga turut terjejas. Kesempatan untuk mahasiswa mengemukakan pandangan terhadap sesuatu isu yang berlaku dalam Negara dibataskan kepada pandangan yang pro-kerajaan sahaja. Apabila mahasiswa menyuarakan bantahan, mereka dilabelkan sebagai pro-pembangkang. Apakah ini adil dan boleh berlaku dalam sebuah kerajaan yang mendakwa sebuah negara Islam? Penulis melihat akta ini sebagai sesuatu yang berat sebelah. Apa tidaknya, saluran anti-establisment yang menyuarakan untuk diambil pusing disekat semahu-mahu sedangkan suara pro-establisment yang tak ubah sekadar mengampu diketengahkan sehingga menampakkan kelesuan dalam dunia politik kampus.

Amat merbahaya apabila suara mahasiswa disekat, tiada memorandum yang dinilai, reaksi mahasiswa dikesampingkan, pilihanraya kampus dikawal tanpa ketelusan dan bantahan untuk menunjukkan pendirian mereka kian dihalang, maka mentaliti masyarakat terhadap golongan mahasiswa juga akan mula merosot. Kalau dahulu mahasiswa dilihat sebagai golongan terkehadapan dalam pelbagai perkara maka tidak mustahil mahasiswa juga boleh dilabelkan sebagai golongan sepi dan pasif.

Di luar Negara keadaan berbeza. Mahasiswa tidak terikat dengan AUKU. Tetapi pelbagai ancaman dan tohmahan yang sama dilemparkan kepada perjuangan mahasiswa di tanahair turut terkena tempiasnya kepada persatuan mahasiswa di luar Negara. Keadaan semakin meruncing apabila dikesani adanya campur tangan Jabatan Penuntut dan Kedutaan Malaysia di luar Negara bagi menyekat suara dan politik kampus. Agenda kebajikan yang diperjuangkan dalam dunia keorganisasian pelajar diertikan dalam situasi yang mengelirukan. Penubuhan Nadi UMNO Republik Arab Mesir (NUMRAM) sebagai bukti kerajaan menggalakkan pelajar luar Negara berpolitik kepartian. Apa tidaknya dakwaan yang mengatakan NUMRAM mendapat peruntukan daripada kerajaan Malaysia untuk melaksanakan aktiviti adalah merupakan bukti yang jelas. Apa relevannya NUMRAM untuk melaksanakan misi kebajikan? Sedangkan persatuannya sahaja sudah berimej dan berpaksi politik kepartian!

Amatlah malang golongan mahasiswa yang tidak mampu membezakan antara konsep politik kampus dengan dasar politik kepartian. Namun selaku nukleus yang merancakkan momentum survival kemahasiswaan penulis berbangga kerana masih ada persatuan mahasiswa dan golongan mahasiswa yang memperjuangkan konsep politik kampus ini dengan jujur. Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir meletakkan kebajikan pelajar sebagai agenda yang bertepatan dengan anjuran Islam malah apa yang terpenting ialah menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai dasar perjuangan bagi memastikan keindahan dan kemakmuran Islam sebagai ad-Deen terus terpelihara. Kemana haluan ahli-ahli PMRAM selepas mereka menamatkan pengajian bukanlah persoalan utama kerana apa yang penting ialah pemahaman mereka dari ‘tarbiyah’ yang mereka terima sudah memadai untuk meletakkan mereka kepada pilihan yang tepat.
Sukarkah untuk memahami politik kampus?

Reaksi: Orientalis dan Skil Menyesatkan Umat Islam

Ramai yang mendapat tasawur yang salah bila hanya membaca buku sejarah yang ditulis oleh mereka yang berpendidikan orentalis (studi ketimuran). Ini kerana orentalis telah melakukan penyelewengan terhadap disiplin ilmu yang sedia ada sedangkan asalnya diceduk daripada cendekiawan dan ulamak islam silam. Fenomena ini bukan sahaja berlaku terhadap karya-karya sejarah malah turut melibatkan karya-karya lain dalam pelbagai aspek. Antara karya- karya tersebut yang dapat dikenal pasti ialah: The Muslim World karya Zweimer, The Muslim world karya Le Monde Musalman, Muqaddimah Tarikh Tasauf AJ Obery, Dairatul maarif Islami oleh Barroncarra de VouzeMassilion/ DB Mcdonald, Al-Islam oleh Alfred Geom, Hilaj Assufi Assyahid Fil Islam oleh Massinion, Tatawwur Ilmu KalamWal Feqh wannizomiah dan Ad-dusturiah Fil Islam oleh DB Mcdonald, As-Syarkil Awsat oleh M Green, Al-harbu was Silmi fil Islam oleh Majid Quduri dan banyak lagi. Justeru jika kau memiliki hasil-hasil karya yang ditulis oleh orientalis-orentalis ini haruslah berhati-hati dengan dasar pemikiran yang dibawa.

Kawan aku, Own menghasilkan sebuah penyusunan kertas kerja tentang orentalis (istisyraq wal mustasyriqun) dan dibentangkan tahun lepas. Dalam kertas kerja itu juga turut menjelaskan penglibatan orentalis dalam menyesatkan umat Islam selain beberapa perancangan sulit lain beberapa pertubuhan bawah tanah zionis. Tujuan mereka tidak lain untuk menyesatkan umat Islam, dan setelah pemikiran boleh mereka kuasai maka mudahlah untuk menjajah dan mereka akan membentuk kekuatan kuffar yang tersendiri.

Bagaimana orentalis muncul? Sejarah yang pasti dan tepat tentang kemunculan orentalis tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun besar kemungkinan kemunculan orentalis boleh dikaitkan dengan apabila Asbania (Sepanyol) ditadbir oleh kerajaan Islam. Dengan tertubuhnya universiti Cordova ketika itu membuka ruang kepada sesiapa jua untuk menuntut ilmu kerana dasar universiti yang terbuka untuk penyebaran tamadun dan keilmuan Islam. Dengan menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar rahib-rahib yang membanjiri Andalus (Sepanyol) mampu menguasai dengan baik demi untuk mempelajari keilmuan Islam.

Seperti firman Allah di dalam Al-Quran: ” Dan sesekali tidak akan meredhai orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani itu sehinggalah engkau mengikuti pegangan mereka…”. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa kelompok Yahudi dan Nasrani memang tidak akan sentiasa berpuas hati dengan Umat Islam. justeru mereka sanggup menghantar anak-anak mereka mendalami Islam dengan mengkaji dan kemudian diselewengkan. Akhirnya hasil selewengan itu akan disalurkan ke negara-negara Umat Islam dengan harapan mereka akan mendapat tasawur yang salah tentang Islam sehinggalah dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Yahudi dan Nasrani akan dapat diterima oleh Umat Islam.

Lihatlah betapa gigihnya mereka berusaha. Sekembalinya duta-duta mereka yang datang ke Universiti Cordova untuk mendalami ilmu-ilmu Islam ke negara Eropah, mereka mewujudkan sekolah-sekolah dan berusaha menterjemah kitab-kitab berbahasa Arab ke bahasa latin yang kemudiannya menjadi rujukan lebih 6 kurun.

Kalaulah mereka hanya datang ke Cordova untuk belajar dan pulang menyampaikan ilmu itu tidaklah mengapa, akan tetapi mereka punya agenda lain. Bermula kurun ke-18 barat mula menjajah negara Umat Islam. dengan bermulanya penjajahan ini maka bermulalah juga gerakan untuk menyebarkan dakyah orentalis melalui buku-buku yang telah diselewengkan. Selain itu dianggarkan kira-kira 250,000 kitab-kitab ilmiah dipindahkan ke Eropah yang dipercayai masih kekal sehingga ke hari ini sebelum berkembangnya gerakan ini sehinggalah mengadakan perjumpaan orientalis sedunia pada 1873 di Paris.

Mungkin juga mereka melakukan semua itu akibat kekalahan dalam perang salib. Mereka menggunakan perang saraf (serangan pemikiran) sebagai alternatif menebus kekalahan dan untuk memusnahkan Umat Islam seanterio dunia. Apa yang dapat difahami gerakan orentalis ini dimulai oleh orang-orang kristian untuk mengembalikan kegemilangan mereka dan dalam masa yang sama untuk menyesat dan menarik Umat Islam untuk menyertai mereka dalam agama dan pemikiran. Gerakan seumpama ini kemudiannya disertai oleh Yahudi dan berselindung di sebalik gerakan zionis antarabangsa.

Antara matlamat orentalis dalam gerakan mereka:

i. Menimbulkan keraguan terhadap risalah Nabi Muhammad SAW dan menolak kenabian baginda dengan meragukan kesasihan wahyu yang diterima dalam keadaan nabi SAW antara sedar dan tidak sedar (khayal).

ii. Ragukan kesahihan hadis nabi dengan mengatakan ia adalah rekaan dan melemahkan kedudukan perawi yang thiqah seperti Azzuhri dan mendakwa bahawa Ibnu al Mubarak adalah seorang yang menceroboh dalam bidang hadis.

iii. Mendakwa bahawa ketamadunan Islam adalah cedukan daripada kegemilangan Empayar Rom terutamanya dalam bidang falsafah.

iv. Melemahkan ikatan persaudaraan sesama muslim dengan menghidupkan perjuangan Nasionalisme jahiliah dengan menghalang kesatuan negara-negara Islam.

Langkah Dalam Mencapai Hadaf Orientalisme:

i. Penulisan kitab yang membelakangkan Islam, Rasul, Al-Quran dan juga penyelewengan faktafaktasejarah dan ketamadunan.

ii. Menerbitkan majalah mengenai kajian tentang Islam bangsa dan umatnya.

iii. Menghantar agen-agen orientalis ke negara-negara Islam atas dasar kemanusiaan.

iv. Menganjurkan perjumpaan dan pertemuan di universiti besar di dunia dalam membahaskan persoalan mengenai Islam.

Buku-buku ilmiah Orientalis yang mengancam pemahaman Islam:

1. The Encyclopedia of Islam

2. Shorter Encyclopedia Of Islam,

3. Encyclopedia of Religion And Ethis

4. Encyclopedia of Social Science

5. Daairatul Maarif Alulum Alijtimiah

6. Diraasat Fi Attarikh.

7. Tarikh Mazahib Attafsir al Islami, Goldzeiher

Beberapa (syubhat) Kekeliruan yang ditimbulkan oleh Orentalis:

1. Mengelirukan Fikrah umat Islam terhadap jihad bahawa jihad adalah fundametalis, keganasan dan pelampau. Orentalis mengembar-gemburkan bahawa agama Islam agama yang menggunakan mata pedang untuk menguasai. Sebahagian umat Islam menafikan provokasi sedemikian sehingga menjauhkan umat Islam sendiri dari jihad serta meracuni pemikiran bahawa Jihad dengan mata pedang bukan tuntutan dalam Islam kerana mengangap ia sebahagian keganasan. Selain itu mereka mengelirukan kefahaman terhadap makna dari istilah jihad itu sendiri. Ada yang mengatakan bahawa jihad itu ialah melawan hawa nafsu, membasmi kemiskinan. Seketika kemudian lahirnya fikrah-fikrah selain itu bagi terus menyeleweng umat Islam antaranya:

a. Minum arak yang tidak memabukkan adalah tidak mengapa kerana arak menjadi suatu trend pada zaman kini.

b. Menggalakkan masyarakat menyertai kegiatan seni hiburan dengan menganggap ia sebagai tuntutan moden sehingga mampu melalaikan generasi umat Islam dari mendalami Islam serta menganjurkan konsert hiburan dengan mengganggap ia sebagai fitrah.

c. Menganjurkan kebebasan bersuara supaya sesiapa juga tidak dipandang janggal bila mengkritik sumber dustur Islam (al-quran, As-Sunnah).

d. Mewujudkan pertubuhan-pertubuhan mungkar berselindung di sebalik nama pertubuhan sosial.

2. Mewujudkan perpecahan dengan menubuhkan mazhab-mazhab serta firqah baru seperti Qadyaniyah, Bahaiyah, Bayaiyah dan seumpamanya yang ditaja oleh orentalis. Tujuan mazhab-mazhab baru ini diadakan untuk menyeleweng dan mempercepatkan kesesatan di kalangan umat Islam. selain itu mereka juga menaja pertubuhan yang mementingkan amalan sunat sehingga meninggalkan amalan wajib/ fardhu serta mengenepikan fikrah jihad serta politik.

3. Menyelewengkan As-Sunnah SAW dengan mempermudahkan pendhoifan (melemahkan) terhadap hadis-hadis saw dengan berhujah bahawa hadis di zaman rasulullah tidak dilembagakan sehingga mampu untuk dipalsukan dan sebagainya. Sedangkan as-sunnah merupakan sumber sandaran kedua selepas Al-Quran.

4. Mengkontra ulamak-ulamak silam dengan pelbagai cara dan kaedah supaya umat tidak mengungguli kehebatan ilmu turath islami.

Dalam bidang-bidang yang lain, Orentalis telah menyelewengkan fakta sejarah. antara yang paling nampak jelas ialah sejarah Melayu Melaka yang menukilkan tujuan pelayar-pelayar inggeris datang ke timur untuk mencari pengkalan untuk mendapatkan penguasaan terhadap perdagangan rempah, sedangkan tujuan itu hanya dilihat sebagai matlamat sekunder sedang matlamat primernya ialah untuk menyebarkan penyelewengan mereka dengan turut mendatangkan Rahib dan paderi bersama kapal laut yang berlabuh di Melaka beberapa kurun lalu.

Kejayaan orentalis hari ini semakin merunsingkan umat Islam. Lihatlah betapa segelintir Umat Islam juga disesatkan dengan pelbagai fikrah yang dicipta oleh mereka. antaranya beberapa ideologi yang menjadi pegangan segelintir pemimpin umat Islam kurun ini. Dengan memperkenalkan liberalisme, sekularisme, nasionalisme, Kapitalisme, sosialisme, dan pelbagai isme-isme yang lain serta beberapa hipotesisi terhadap kajian mereka antaranya teori Darwin, Libido yang diperkenal Sigmun Frued, evolusi, pragmatis, globalisasi dan sebagainya. semakin hari tanpa sedar penyelewengan itu terus berlaku… apa pelu kita buat? kembali kepada Islam secara seluruhnya! Itu jalan terbaik. Mungkin fahaman yang mendakwa politik dan agama tidak boleh digabungkan dalam pentadbiran sesebuah negara kerana politik suku, agama suku hanya sesuai diterima pakai sewaktu komunis menguasai blok dunia sekitar 50 tahun yang lalu kerana dalam fahaman komunis agama dianggap candu!

27. Laporan: Pembentangan Kertas Kerja Muzik Menurut Kaca mata Islam

Aku telah menghadiri pembentangan kertas kerja Muzik yang diadakan di Dewan Mahmud Syaltut pada 10 Ogos lalu. Pembentangnya ialah Al-Fadhil Ustaz Hairul Nizam Mat Hussin al-Minangkabawi.

Sebelum ini aku ada sedikit tasawur tentang muzik tetapi tasawur itu tidaklah terlalu jelas tentang hukum- hukum yang berkaitan dengan muzik. akan tetapi setelah menghadiri pembentangan kertas kerja itu dapatlah aku simpulkan beberapa perkara.

HUKUM NYANYIAN

1. Nyanyian tanpa alat muzik
2. Nyayian yang disertai dengan alat-alat muzik

Kesepakatan ulamak: Seluruh ulamak Islam mengharamkan segala bentuk nyanyian yang mengandungi unsur-unsur maksiat dan kederhakaan kepada Allah seperti lagu-lagu yang menyeru ke arah perbuatan maksiat dan penyanyi wanita yang berkelakuan tidak senonoh (lucah) dan sebagainya.

1. Nyanyian tanpa alat muzik:

Khilaf kepada 3 pandangan:

i. Golongan yang mengharamkan nyanyian secara mutlak. Pendapat ini daripada sebahagian Hanafiah dan sebahagian Hanabilah.

ii. Golongan kedua memandang makruh nyanyian tanpa alat merupakan pendapat mazhab Shafie.

iii. Golongan ke tiga berpendapat nyanyian tanpa alat harus selama mana tidak bercampur dengan perkara-perkara haram.

Konklusi perbincangan: Harus dengan syarat tidak mengandungi unsur-unsur maksiat dan kederhakaan terhadap Allah. Ini merupakan pandangan kebanyakan ulamak antaranya Dr Yusuf Al-Qaradawi, Dr abdul Karim Zaidan, dr Wahbah zuhaili dan sebagainya.

2. Nyayian yang disertai dengan alat-alat muzik:

Berlaku khilaf di dalam perbincangan mazhab.

Konklusi perbincangan: Harus. Pendapat ini disokong oleh Dr Yusuf Al-Qaradawi di dalam kitabnya ‘Al-Islam wal-Fan’ (Islam dan kesenian).

Hukum Mendengar Nyanyian wanita:

Seluruh ulamak islam telah bersepakat menyatakan harus bagi lelaki mendengar nyanyian yang dinyanyikan oleh wanita mahramnya, isterinya atau hamba wanitanya sendiri.

Khilaf: Adakah boleh lelaki mendengar nyanyian daripada wanita ajnabi.

i. Golongan yang membenarkan tetapi mensyaratkan agar tidak berlaku fitnah dan menimbulkan syahwat. Mereka ialah Imam Al-Ghazali, Ibn Hajar Al-‘Asqalani dll.

ii. Golongan yang tidak membenarkan samada boleh menimbulkan syahwat atau tidak. Mereka ialah Ibn Qaiyyim Al-Jauziyah, Abu Al-Tayyib dan Dr Wahbah Zuhaili.

Konklusi perbincangan: Nyanyian daripada wanita hari ini berunsur negatif dan menyeru kepada maksiat serta menjurus kepada pergaulan bebas di kalangan umat Islam. wanita penyanyi itu pula tidak berpakaian menutup aurat sehingga menggayakan aksi-aksi ghairah sehingga menimbulkan fitnah dan membangkitkan syahwat. Justeru ulamak mengharamkan mendengar nyanyian seperti ini secara qati’e.

Akan tetapi jika penyanyi berpakaian menutup aurat dan menyanyi dengan bertepatan syariat Ilahi di samping tidak menimbulkan fitnah di kalangan masyarakat maka harus berpandukan pandangan daripada Dr abdul Karim Zaidan.

Beberapa dhawabit atau syarat-syarat yang mesti dipatuhi untuk mengharuskan sesuatu nyanyian:

1. Isi nyanyian yang ingin dipersembahkan hendaklah bertepatan dengan kehendak-kehendak Islam. Oleh yang demikian, segala bentuk-bentuk lirik nyanyian yang menyalahi syariat Allah Taala adalah haram.

2. Penyampaian nyanyian hendaklah bertepatan dengan Islam. Jelasnya Islam mengharamkan segala bentuk nyanyian apabila si penyanyi mendedahkan aurat, melakukan gerak badan yang tidak sopan ataupun si penyanyi mempersembahkan nyanyian dengan suara lucah yang boleh menyebabkan fitnah serta ransangan nafsu yang kotor di kalangan penonton sekalipun lagu yang dinyanyikan adalah lagu-lagu yang baik.

3. Suasana majlis hendaklah bertepatan dengan Islam. Percampuran antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sebarang sekatan dan had, majlis tari menari di kalangan dara dan teruna yang juga bukan mahram, berlakunya acara minuman keras dan seumpamanya merupakan faktor yang menyebabkan satu-satu agenda yang baik dari segi matlamat pada asalnya berubah menjadi satu bentuk penderhakaan kepada Allah lantaran maksiat yang mewarnai majlis tersebut.

4. Nyanyian yang ingin dipersembahkan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak dan kewajipan yang lain tidak terabai. Seperti solat, hak mencari nafkah, menuntuk ilmu dan sebagainya.

5. Setiap pendengar dan penonton adalah mufti kepada dirinya sendiri. Apabila satu-satu nyanyian adalah harus berdasarkan 4 syarat yang telah pun disebutkan, tetapi nyanyian ini telah menyebabkan penonton secara individu teransang nafsunya lantas mengkhayalkan perkara-perkara yang tidak selayaknya difikirkan, maka ketika itu hendaklah si pendengar atau penonton menjauhi nyanyian tersebut disebabkan negatif yang timbul di dalam dirinya sendiri. Konklusinya setiap pendengar kepada satu-satu nyanyian yang halal adalah mufti kepada dirinya sendiri.

28. Rencana: Sanggahan Terhadap Metod Sisters in Islam

Jika Subki Latif yang terkenal dengan catatan Min Aina Ila Aina dalam Akhbar Harakah juga sebagai kolumnis laman web Harakahdaily.net malah penulis beberapa tabloid dan majalah tempatan pernah menyatakan pendiriannya bahawa status Sisters In Islam (SII), sebuah NGO di Malaysia sebagai kumpulan orang-orang mengaji tak berguru, saya lebih cenderung berkata status Sisters In Islam sebenarnya adalah sebagai kumpulan orang-orang tak mengaji tetapi berlagak menjadi guru.

Antara saya dan Subky Latif tentu jurang terlalu jauh membezakan. Subki seorang penulis terkenal, sebaliknya saya hanya siapa? Kalaupun saya ‘berkokok’ dengan lantang sekali berkata begitu terhadap status SII mereka mungkin tidak perlu langsung untuk ambil kesah atau merasa tergugat. Siapalah saya untuk melabelkan SII sebagai kumpulan orang-orang tak mengaji tetapi berlagak menjadi guru itu.

Namun saya tetap berpendirian sebegitu hatta sekarang. Ini jelas kerana SII lantang berbicara persoalan seputar agama Islam bagai seorang syeikh!

Tentu masih di ingatan, sewaktu negara digemparkan dengan isu Kerajaan Terengganu pimpinan Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang membentangkan enakmen undang-undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisos) untuk dilaksanakan di negeri itu, SII turut mengambil bahagian memeriahkan suasana. Tetapi bukan untuk menyokong enakmen itu dilaksanakan, sebaliknya menimbulkan beberapa persoalan supaya enakmen itu berjaya digagalkan. Inilah peranan penting SII ketika itu.

Siapa sebenarnya SII untuk membincangkan isu enakmen undang-undang jenayah syariah itu? Adakah SII ‘sukarela’ politik parti tertentu untuk menentang pendirian kerajaan Terengganu dari gabungan Barisan Alternatif itu? Kalaulah Subki mentelaah SII sebagai kumpulan orang-orang mengaji tak berguru, tentu sahaja pembaca tulisan subki itu sudah mampu menangkap maksud yang dilontarkan Subki. Subki tidak akan berkata begitu jika SII tidak mencerminkan apa yang dikata Subki. Masakan pokok bergoyang andai angin tidak bertiup.

Selain sebagai sebuah NGO yang berlatarkan perjuangan mempertahankan hak-hak kewanitaan dalam masyarakat kononnya, SII juga merupakan badan yang sering membicarakan persoalan agama Islam secara bebas. Peranan ini samalah seperti beberapa pertubuhan yang lain yang sering membicarakan tentang persoalan seputar agama Islam.

Melihat kepada senario tanahair, Persatuan Ulamak Malaysia (PUM) merupakan badan NGO yang paling bertanggung jawab penuh menjelaskan letak duduk perkara sebenar berhubung Islam. Tetapi persoalannya mengapa SII harus menampilkan diri melebihi PUM sedangkan mereka sendiri tidak jelas apa itu Islam yang sebenar.

Persoalan siapa menaja SII bukanlah perkara yang perlu diperbincangkan. Ini kerana SII sendiri merupakan NGO yang licik bermain tari di pentas persada tanahair. Inilah yang merunsingkan ulamak-ulamak Islam di Malaysia. Misalnya dalam permasalahan Fiqh berhubung wanita, SII dengan rakus mempersoal itu dan ini. SII dengan berani mempertikai ijtihad ulamak-ulamak muktabar dalam era perkembangan Fiqh suatu masa dahulu. Apa gunanya perkembangan fiqh pada era tersebut jika SII yang hanya wujud pada abad ke 20 mempersoalkannya semula?

Sememangnya tidak dinafikan bahawa ijtihad dalam persoalan fiqh berlaku perselisihan. Tetapi perselisihan tersebut hanya berlaku dalam persoalan cabang dan yang terdedah kepada ijtihad kerana terdapat beberapa perselisihan dalil. Manakala dalam persoalan berkaitan kewajipan solat lima waktu, kewajipan puasa dan selainnya yang merangkumi persoalan ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, siasah dan sebagainya ijma’ telah menjadikan dilalah dzanni ke martabat qati’e. Tindakan SII mempersoalkan keharusan poligami, relevankah iddah bagi isteri yang diceraikan atau fasakh, persoalan sekitar cerai, dan beberapa perkara lain berkaitan kekeluargaan Islam yang turut dipersoalkan menampakkan identiti SII yang seolah membuka pekung di dada sendiri.

Perlu diingatkan sesuatu peruntukan di dalam fiqh Islami adalah diistinbat (diambil) dari nas-nas yang terdapat di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Manakala peruntukan-peruntukan lain yang tiada nas adalah dzan yang lahir daripada ijtihad mengikut disiplin ilmu yang mapan. Di dalam mengeluarkan pandangan semua mujtahid mutlak seperti Imam 4 mazhab mempunyai kaedah usul fiqh yang tersendiri bagi menentukan sesuatu hukum fiqh. Berbanding pertubuhan Sisters in Islam, apakah kaedah yang mereka gunakan? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah kaedah akal dan dorongan nafsu semata-mata.

Berbalik kepada persoalan enakmen undang-undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisos) yang dibentangkan, SII turut menyuarakan pandangannya. Di antara persoalan popular yang diketengahkan ialah masalah berkaitan dengan qazaf terhadap wanita mangsa rogol yang diperuntukkan dalam enakmen tersebut, apabila wanita itu tidak mampu mengemukakan saksi terhadap pendakwaannya. SII menyatakan bahawa peruntukan tersebut bersifat menzalimi kaum wanita sehinggakan mereka yang tidak mampu mengemukakan saksi tidak mampu menghadapkan pendakwaan dan kes itu berakhir begitu sahaja.

Bagi SII apalah sangat hudud dan qisos itu. Perlaksanaan hukuman melalui peruntukan enakmen tersebut dilihat kejam, diskriminasi, berlaku kecelaruan, pertindanan dan sebagainya. Bagi SII perlembagaan persekutuan telah pun memperuntukkan hukuman terhadap kesalahan jenayah tersebut yang berada di bawah bidang kuasa persekutuan. Malah, rang enakmen cadangan tersebut mempunyai peruntukan-peruntukan penghukuman yang jauh melampaui batas kuasa yang telah ditetapkan bagi Kerajaan negeri serta akan mewujudkan peruntukan yang bertindan memandangkan beberapa kesalahan di bawah rang undang-undang ini telah pun termaktub di dalam undang-undang Persekutuan. Ini bermakna, bagi sesetengah kesalahan, akan wujudnya dua sistem perundangan yang bercanggah.

SII melihat undang-undang persekutuan sama sekali tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip perundangan Islam memandangkan undang-undang jenayah Islam memberikan ruang yang luas bagi pembentukkan peruntukan bagi kesalahan-kesalahan berbentuk ta’zir. Tetapi pada dasarnya SII langsung tidak memahami apakah kesalahan-kesalahan yang telah ditetapkan ‘had’ dalam Al-Quran adakah masih boleh dihitung sebagai kesalahan bercirikan ta’zir? Ta’zir hanya dikenakan bagi kesalahan-kesalahan yang tidak terdapat nas ‘had’ yang tertentu. Ini bermakna bukan semua kesalahan boleh dikenakan ta’zir semata-mata.

SII kemudiannya merujuk kepada peruntukan perlembagaan Artikel 8(1) yang bermaksud setiap orang mempunyai hak yang sama disisi undang-undang. Sedangkan enakmen Jenayah Syariah itu memperuntukkan pilihan bagi orang bukan Islam untuk memilih samada mahu diadili melalui undang-undang itu tetapi tiada pilihan bagi Umat Islam. SII mendakwa ini bertentangan dengan peruntukan perlembagaan Artikel 8(1) tersebut. Justeru SII mempertahankan prinsip kesetaraan yang dianjurkan oleh perlembagaan persekutuan.

SII melihat Islam melalui sudut yang sangat sempit. Pandangannya hanya tertumpu pada prinsip kesamarataan yang dicanangkan, malah mereka hanya melihat kedudukan adil hanya apabila kesetaraan dilaksanakan. Dengan itu SII berpandangan pembentukan undang-undang setelah adanya peruntukan undang-undang persekutuan (Malaysia) adalah sesuatu yang tidak relevan sedangkan persoalan adakah perundangan sivil yang sedia ada menepati keadilan sebenar? SII bingung memutarkan idea akalnya.

Keadilan dalam Islam tidak dilihat apabila kesetaraan dikuatkuasa sedangkan kesetaraan itu tidak menepati tempat dan kesesuaiannya. Sebagai contoh mudah: seorang bapa yang adil terhadap dua anaknya di mana seorang anaknya adalah lelaki dan seorang lagi adalah perempuan perlu menyediakan keperluan anaknya bersesuaian dengan jantina anak-anaknya. Sekiranya untuk memperlihatkan prinsip kesetaraan yang dicanangkan SII adalah lebih baik si ayah membelikan pakaian yang sama sedangkan pakaian yang dibeli si bapa hanya boleh menutup aurat anak lelakinya, tidak aurat anak perempuannya. Ini kerana pakaian itu hanya sesuai bagi anak lelakinya. Adakah si bapa berlaku adil terhadap kedua-dua anaknya? Untuk memperlihatkan adil si bapa; dia mestilah membelikan pakaian yang sesuai kepada anak-anaknya yang berlainan jantina itu meskipun pakaian itu tidak sama jenis. Meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya barulah boleh dinilai sebagai adil. Bukan semata-mata kesetaraan.

Meskipun tidak boleh dinafikan terdapat kelemahan yang terdapat di dalam enakmen jenayah Syariah (Hudud dan Qisos) Terengganu tersebut, namun kelemahan tersebut adalah berpunca dari masalah teknikel dan boleh dikatakan itulahlah resam apabila sesuatu perkara baru diperingkat permulaan kebiasaannya terdapat kelemahan. Akan tetapi kelemahan tersebut bukanlah bermaksud untuk memperlihatkan ketidaktelusan perundangan Islam. Itulah kelemahan yang perlu diakui oleh manusia sebagai makhluk yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Akan tetapi tindakan SII menghentam dan menempelak Kerajaan Terengganu yang beria-ia hendak melaksanakan perundangan Islam itu adalah tindakan yang wajar disifatkan mempunyai niat jahat. Sekiranya SII sendiri mengakui bahawa perundangan Islam adalah perundangan yang terbaik mengapa dipersoalkan tentang kelebihan peruntukan perundangan persekutuan, Pertindanan kehakiman dan penghukuman, pelaksanaan penghukuman sivil memadai dan sebagainya.

Ini jelas menunjukkan SII bukan Cuma hendak mempersoalkan tentang enakmen jenayah syariah itu dari sudut ketidakadilan terhadap mangsa rogol, tetapi SII sendiri tidak mengiktiraf perundangan Islam. Dengan sebab itu SII berusaha mencari kesalahan atau kekurangan yang terdapat supaya boleh dikelirukan dan sekaligus akan menyebabkan masyarakat menolak perundangan Islam.

Samada SII memang begitu atau SII bermotif lain, saya sendiri tidak pasti. Akan tetapi jika dilihat SII dari sudut idealisme mereka lebih mirip kepada kelompok orentalis di mana orentalis mempergunakan nama Islam sebagai perjuangan mereka dan dalam masa yang sama merosakkan Islam itu sendiri. Samalah seperti apa yang SII lakukan hari ini, cuma kelompok orentalis mungkin lebih merbahaya daripada SII.

Barangkali SII dan UMNO tidak ada apa-apa hubungan. Tetapi prinsip dan metod mereka terhadap enakmen tersebut adalah mirip. SII seolah-olah mampu menjadi jurucakap kepada UMNO untuk mengelirukan masyarakat.

Justeru, senario enakmen tersebut bukan hanya berlegar di arena perbincangan Ilmiah, malah melibatkan pergelutan wahana politik. Hudud dan Qisos itu mirip kepada PAS. Dengan sebab itu UMNO menempelak pelaksanaan hudud tersebut bermotif politik untuk memancing undi dalam pilihan raya akan datang. Dato’ Harun Taib, orang terpenting dalam penyediaan enakmen itu pernah berkata, “Kalau ia untuk memancing undi, UMNO boleh meluluskan hudud di negeri lain dan boleh meraih undi.” Akan tetapi UMNO tidak melakukannya, malah tidak berhasrat untuk meluluskannya meskipun sudah lebih 40 tahun Barisan Nasional (UMNO) memerintah setelah Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957.

Oleh kerana hudud menjadi kontroversi, belum tentu pengundi yang dikelirukan itu boleh mengundi PAS. Tetapi kerajaan Terengganu bertegas walaupun ia terpaksa kalah.

Untuk mencapai keredaan Allah. Walau pun kerajaan PAS Terengganu terpaksa kalah di hadapan Allah, kami redha, kata Pemangku Presiden PAS itu.

Konklusinya, SII tidak layak bercakap persoalan Islam. Ia sudah dan sedang keliru serta bakal mengelirukan.

29. Qudwah hasanah

Lama dia bersujud, selama tadahan doanya pada Pencipta Yang Esa. Hampir seminggu dia mencari kekuatan untuk menghadapi semua dugaan. Ya kekuatan! Setelah dia hanya mampu mengutip sisa-sisa harapan untuk meneruskan pengajian. Sudah kering airmatanya mengalir, menangisi segala kepasifan dirinya, bukan menangisi takdir. Sesungguhnya apa yang terjadi adalah hikmah bagi setiap perjuangannya. Asma’ Sumayyah tidak pernah jemu memujuknya dengan kata-kata hikmah, melayan lara sendunya dalam jemaah solat. Peristiwa di bilik Pengarah HEP cuba untuk melemahkan semangat juangnya dalam menegakkan amal makruf nahi mungkar.

”Nur Iman, saya mintak maaf kerana terpaksa memanggil awak ke sini,”
”Kebetulan saya sudah habis kelas,”
”Apa pendapat awak tentang jihad?”
Soalan perangkap!
”Jihad adalah kekuatan orang Islam. Jihad adalah sesuatu yang paling ditakuti oleh orang bukan islam,”
”Awak sanggup berjihad?”
”Jika itu yang dituntut oleh agama, maka saya akan lakukannya,”
”Majalah al-Muslimah, adakah ia salah satu daripada cara berjihad?”
”Berjihad ada banyak caranya, mungkin majalah itu salah satunya untuk..”
”Untuk menyebarkan fahaman jihad, begitu Nur Iman?”
Dia terkelu!
”Segala bukti telah cukup untuk menyabitkan kesalahan awak melanggar AUKU,”
”Tapi, saya hanya meletakkan artikel tentang jihad pada maksiat dalam al-Muslimah,”
”Namun, penulisan awak terlalu radikal!”
”Tapi cik…”
”Usrah online, laman peribadi awak telah kami detect sebagai salah satu saluran untuk awak berkomunikasi dengan pihak yang memperjuangkan jihad radikal,”
”Tapi cik tak ada hak untuk …”
”Dan awak juga tak ada hak untuk melampui batas sebagai seorang pelajar,”
”Saya masih ingat, saya terikat dengan AUKU,”
”Namun, perbuatan awak ini telah sampai kepada pihak atasan,”
Terasa darahnya menyirap!
”Pihak atasan telah menyelidiki perkara ini terlalu lama. Malah kami juga menerima aduan daripada beberapa orang pelajar, awak telah menjalankan usaha untuk mengedarkan risalah berkenaan jihad dan melakukan perhimpunan tanpa kebenaran HEP. Maafkan saya, pihak universiti terpaksa menggantung pengajian awak selama 3 minggu, untuk menyelesaikan perkara ini,”

Sungguh dia keliru dengan situasi tika itu. Renungan tajam Pengarah HEP tidak merisaukan dia. Dia bingung. Siapakah yang telah menabur fitnah kepadanya.

Langkahnya ke kolej kediaman tidak konsisten lagi. Asyik tersepak bata-bata yang tidak rata, namun digagahi juga untuk memaniskan muka apabila ada adik-adik junior yang memberikan salam kepadanya. Sampai ke bilik, dia berwudhuk! Bersolat, membaca alQuran. Dan begitulah rutinnya 3 hari selepas itu.

Asma’ Sumayyah tidak mampu berkata apa-apa. Segalanya telah ditakdirkan. Cuma, rangkulan mesra yang diberikan asma’ Sumayyah sudah cukup rasanya untuk dia kembali ke alam nyata. Kata-kata hikmah dan perangsang tidak jemu diberikan oleh teman-teman akrabnya. Terima kasih teman, namun kekuatan yang sebenarnya hanya akan ditemui apabila dia menyerahkan diri kepada Penciptanya. Lantaran itu, setiap malamnya pasti diisi dengan munajat kepada kekasih Abadi. Alhamdulillah.

Andai kau memerlukan kekasih, maka pilihlah Allah, kiranya kau memerlukan teman mesra, maka pilihlah Quran, andai kau memerlukan kekuatan dlm kehidupan, maka tawaqal kepada Allah dgn kesabaran.

Sms misteri yang hadir antara penguat semangat untuk meneruskan langkah-langkah yang telah sumbang.

Dugaan yang datang dapat dihidu sejarak Perlembahan Nil. Hebat benar! Tiada pertanyaan khabar, seperti kelaziman tinta siber Penziarah Nil. Mukadimah tidak diperlukan, hanya membazirkan masa. Itulah kata-kata abang Ut. Yang paling penting, buah aqal yang berilmu yang ingin disampaikan.

30. PAHLAWAN NERAKA

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

“Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman,” kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, “Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka.” Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, “Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya.”

“Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka.” Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, “Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang.”

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.” Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, “Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu.”

Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut.” Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, “Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, “Umatku, umatku.”
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusaha menghalanginya dengan berkata, “Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.”

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, “Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w.” Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah s.a.w. meraihnya. Berkata Jibril a.s. “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.” Lalu Baginda s.a.w. mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada Jibril a.s. “Wahai Jibril, Apakah air itu?” Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah s.w.t.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., ” Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, ‘Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.” Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, “Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu.”

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, “Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu.” Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, “Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai.” Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, “Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu.”

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, “Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya.”

31. KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS

Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis laknatullah itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah s.w.t. telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, “Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah.” Lalu Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, “Aku membuat apa yang aku kehendaki.” Oleh kerana iblis laknatullah memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam a.s. kerana bangga dan sombong. Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis laknatullah tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis laknatullah tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

Kemudian Allah s.w.t. merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah s.w.t. membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah s.w.t. mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah s.w.t. melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis laknatullah itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

Ketika Allah s.w.t. membalas tipu daya iblis laknatullah, maka menangislah Jibril a.s.dan Mikail. Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Apakah yang membuat kamu menangis?” Lalu mereka menjawab, “Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu.” Firman Allah s.w.t. bagi bermaksud, “Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku.” Setelah diusir, maka iblis laknatullah pun berkata, “Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu.”

Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum.” Berkata lagi iblis laknatullah, “Tambahkanlah lagi untukku.” Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, “Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya.” Berkata iblis laknatullah lagi, “Tambahkanlah lagi untukku.” Lalu Allah s.w.t. berfirman dengan maksud, “Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah.” Berkata iblis laknatullah lagi, “Tambahkanlah lagi untukku.” Maka Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud, “Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram.

Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka.” (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : “Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan.”

32. NABI ILYAS A.S DAN MALAIKAT

Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas a.s. Malaikat itu datang untuk menjemput ruhnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis. “Mengapa engkau bersedih?” tanya malaikat maut. “Tidak tahulah.” Jawab Ilyas. “Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?” tanya malaikat. “Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berzikir memuji Allah.” jawab Ilyas.

Saat itu Allah s.w.t. lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hdup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah s.w.t. Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya.
“Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti.” Kata Allah s.w.t.

BANGUNAN YANG TIDAK ROSAK

Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu. Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja.

“Apa lagi cacat dan cela kota ini?” tanya raja. “Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati.” Jawab orang itu. Tanya raja, “Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?” “Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati.” Jawab mereka. “Segera katakan apakah itu.” Desak raja. “Syurga dan Allah s.w.t. pemiliknya,” jawabnya tegas. Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah s.w.t., raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah s.w.t.

KELEBIHAN AYAT KURSI

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda : “Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia.”
Berkata Anas bin Malik, “Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?”

Sabda Rasulullah s.a.w., ” Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat.”
Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah s.w.t. dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Quran, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah s.a.w. menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala. Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur’an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Quran, hadis Rasulullah s.a.w. dan sunnah Baginda s.a.w. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan laknatullah.

34. KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASAD

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, “Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin.” Maka Rasulullah s.a.w. duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, “Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya.” Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda. Baginda s.a.w. terbangun dari tidurnya seraya bertanya, “Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?” Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah s.a.w. bertanya, “Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?” Kataku, “Tunjukkan wahai Rasulullah!”

Rasulullah s.a.w. berkata, “Engkaulah katakan!,” Jawab Aisyah r.a : “Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, “Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: “Aduhai anak!” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?” Jawab Aisyah r.a : “Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya.” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, “Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?” Jawab Aisyah, “Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu.”

Maka bersabda Rasulullah s.a.w.: “Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.”Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut.” Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, “Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh,” Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh: “Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh.”

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, “Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat.” Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya.”

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, “Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat.”

35. ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu’ sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, “Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?” Maka berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.” Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.” Berkata orang tua itu, “Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.” Berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.” Berkata orang tua itu, sambil menangis, “Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?”

36. KISAH SEORANG KRISTIAN MASUK ISLAM

Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura’ datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, “Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham.” Qadhi menjawab, “Datanglah selepas waktu zohor!”

Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa. Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, “Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya.”

Si Kristian bertanya, “Hari apakah hari ini?” “Hari ini hari Asyura”, kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura’. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah. Berkata si Kristian, “Katakan apa hajatmu padaku!” Berkata si peminta sedekah, “Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham sahaja.” Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya.

“Angkat kepalamu!” kata suara dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, “Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?” Terdengar jawapan, “Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan sahaja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian.”

Apabila Qadhi bangun dari tidurnya,iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya. Qadhi bertanya kepada si Kristian, “Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?” Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura’ itu.
Kata Qadhi, “Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham.” Kata si Kristian, “Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya.” Kata Qadhi, “Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?”
Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

37. BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?” Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah s.a.w., ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.” Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah s.a.w., “Ya Rasulullah, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan Baginda s.a.w. pun berdoa kepada Allah s.w.t., kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah s.a.w. dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. seperti babi hutan yang hitam.” Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah s.w.t. yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”
Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
2.Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3.Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

38. KISAH UNTA

Setelah pelbagai usaha oleh kaum Quraisy untuk menyekat dan menghapuskan penyebaran agama Islam menemui kegagalan, maka Abu Jahal semakin benci terhadap Rasulullah s.a.w. Kebencian Abu Jahal ini tidak ada tolok bandingnya, malah melebihi kebencian Abu Lahab terhadap Rasulullah s.a.w. Melihatkan agama Islam semakin tersebar, Abu Jahal pun berkata kepada kaum Quraisy di dalam suatu perhimpunan, “Hai kaumku! Janganlah sekali-kali membiarkan Muhammad menyebarkan ajaran barunya dengan sesuka hatinya. Ini adalah kerana dia telah menghina agama nenek moyang kita, dia mencela tuhan yang kita sembah. Demi Tuhan, aku berjanji kepada kamu sekalian, bahawa esok aku akan membawa batu ke Masjidil Haram untuk dibalingkan ke kepala Muhammad ketika dia sujud. Selepas itu, terserahlah kepada kamu semua samada mahu menyerahkan aku kepada keluarganya atau kamu membela aku dari ancaman kaum kerabatnya. Biarlah orang-orang Bani Hasyim bertindak apa yang mereka sukai.”

Tatkala mendengar jaminan daripada Abu Jahal, maka orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu berkata secara serentak kepadanya, “Demi Tuhan, kami tidak akan sekali-kali menyerahkan engkau kepada keluarga Muhammad. Teruskan niatmu.” Orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu merasa bangga mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Abu Jahal bahawa dia akan menghapuskan Muhammad kerana jika Abu Jahal berjaya menghapuskan Rasulullah s.a.w. bererti akan terhapuslah segala keresahan dan kesusahan mereka selama ini yang disebabkan oleh kegiatan Rasulullah s.a.w. menyebarkan agama Islam di kalangan mereka.

Dalam pada itu, terdapat juga para hadirin di situ telah mengira-ngira perbelanjaan untuk mengadakan pesta sekiranya Rasulullah s.a.w. berjaya dihapuskan. Pada pandangan mereka adalah mudah untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w. yang dikasihi oleh Tuhan Yang Maha Esa serta sekalian penghuni langit. Padahal Allah s.w.t. tidak akan sekali-kali membiarkan kekasih-Nya diancam dan diperlakukan seperti binatang.
Dengan perasaan bangga, keesokan harinya di sebelah pagi, Abu Jahal pun terus pergi ke Kaabah iaitu tempat biasa  Nabi Muhammad s.a.w. bersembahyang. Dengan langkahnya seperti seorang satria, dia berjalan dengan membawa seketul batu besar di tangan sambil diiringi oleh beberapa orang Quraisy yang rapat dengannya. Tujuan dia mengajak kawan-kawannya ialah untuk menyaksikan bagaimana nanti dia akan menghempapkan batu itu di atas kepala Nabi Muhammad s.a.w.

Sepanjang perjalanan itu dia membayangkan bagaimana keadaan  Nabi Muhammad s.a.w. nanti setelah kepalanya dihentak oleh batu itu. Dia tersenyum sendirian apabila membayangkan kepala  Nabi Muhammad s.a.w. pecah dan tidak bergerak lagi. Dan juga membayangkan bagaimana kaum Quraisy akan menyambutnya sebagai pahlawan yang telah berjaya membunuh musuh nombor satu mereka.  Sebaik sahaja Abu Jahal tiba di perkarangan Masjidil Haram, dilihatnya  Nabi Muhammad s.a.w. baru sahaja sampai dan hendak mengerjakan sembahyang. Dalam pada itu,  Nabi Muhammad s.a.w. tidak menyedari akan kehadiran Abu Jahal dan kawan-kawannya di situ. Baginda s.a.w. tidak pernah terfikir apa yang hendak dilakukan oleh Abu Jahal terhadap dirinya pada hari itu.

Sebaik-baik sahaja Abu Jahal melihat  Nabi Muhammad s.a.w. telah mula bersembahyang, dia berjalan perlahan-lahan dari arah belakang menuju ke arah  Nabi Muhammad s.a.w. Abu Jahal melangkah dengan berhati-hati, setiap pergerakannya dijaga, takut disedari oleh Baginda s.a.w. Dari jauh kawan-kawan Abu Jahal memerhatikan dengan perasaan cemas bercampur gembira. Dalam hati mereka berkata, “Kali ini akan musnahlah engkau hai Muhammad.”  Sebaik sahaja Abu Jahal hendak menghampiri  Nabi Muhammad s.a.w. dan menghayun batu yang dipegangnya itu, tiba-tiba secepat kilat dia berundur ke belakang. Batu yang dipegangnya juga jatuh ke tanah. Mukanya yang tadi merah kini menjadi pucat lesi seolah-olah tiada berdarah lagi. Rakan-rakannya yang amat ghairah untuk melihat  Nabi Muhammad s.a.w. terbunuh, tercengang dan saling berpandangan.

Kaki Abu Jahal seolah-olah terpaku ke bumi. Dia tidak dapat melangkahkan kaki walaupun setapak. Melihatkan keadaan itu, rakan-rakannya segera menarik Abu Jahal dari situ sebelum disedari oleh Baginda s.a.w. Abu Jahal masih terpinga-pinga dengan kejadian yang dialaminya.  Sebaik sahaja dia sedar dari kejutan peristiwa tadi, rakan-rakannya tidak sabar untuk mengetahui apakah sebenarnya yang telah berlaku. Kawannya bertanya, “Apakah sebenarnya yang terjadi kepada engkau, Abu Jahal? Mengapa engkau tidak menghempapkan batu itu ke kepala Muhammad ketika dia sedang sujud tadi?”

Akan tetapi Abu Jahal tetap membisu, rakan-rakannya semakin kehairanan. Abu Jahal yang mereka kenali selama ini seorang yang lantang berpidato dan menyumpah seranah  Nabi Muhammad s.a.w., tiba-tiba sahaja diam membisu. Dalam pada itu, Abu Jahal masih terbayang-bayang akan kejadian yang baru menimpanya tadi. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, malah dia sendiri tidak menyangka perkara yang sama akan berulang menimpa dirinya.  Perkara yang sama pernah menimpa Abu Jahal sewaktu  Nabi Muhammad s.a.w. pergi ke rumah Abu Jahal apabila seorang Nasrani mengadu kepada Baginda s.a.w. bahawa Abu Jahal telah merampas hartanya. Pada masa itu Abu Jahal tidak berani berkata apa-apa pada Baginda s.a.w. apabila dia terpandang dua ekor harimau menjadi pengawal peribadi  Nabi Muhammad s.a.w.

Kemudian setelah habis mereka menghujani Abu Jahal dengan pelbagai soalan, maka Abu Jahal pun mula bersuara, “Wahai sahabatku! Untuk pengetahuan kamu semua, sebaik sahaja aku menghampiri Muhammad hendak menghempapkan batu itu ke kepalanya, tiba-tiba muncul seekor unta yang besar hendak menendang aku. Aku amat terkejut kerana belum pernah melihat unta yang sebegitu besar seumur hidupku. Sekiranya aku teruskan niatku, nescaya akan matilah aku ditendang oleh unta itu, sebab itulah aku berundur dan membatalkan niatku.”

Rakan-rakan Abu Jahal berasa amat kecewa mendengar penjelasan itu, mereka tidak menyangka orang yang selama ini gagah dan beria-ia hendak membunuh  Nabi Muhammad s.a.w. hanya tinggal kata-kata sahaja. Orang yang selama ini diharapkan boleh menghapuskan  Nabi Muhammad s.a.w. dan pengaruhnya hanya berupaya bercakap seperti tin kosong sahaja.  Setelah mendengar penjelasan dari Abu Jahal yang tidak memuaskan hati itu, maka mereka pun berkata kepada Abu Jahal dengan perasaan kehairanan, “Ya Abu Jahal, semasa kau menghampiri Muhammad tadi, kami memerhatikan engkau dari jauh tetapi kai tidak nampak akan unta yang engkau katakan itu. Malah bayangnya pun kami tidak nampak.” Rakan-rakan Abu Jahal mula sangsi dengan segala keterangan yang diberikan oleh Abu Jahal. Mereka menyangka Abu Jahal sentiasa mereka-reka cerita yang karut itu, mereka mula hilang kepercayaan terhadapnya. Akhirnya segala kata-kata Abu Jahal mereka tidak berapa endahkan lagi.

39. ORANG YANG PALING BERANI

Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab Masnadnya dari Muhammad bin Aqil katanya, “Pada suatu hari Ali bin Abi Talib pernah berkhutbah di hadapan kaum Muslimin dan beliau berkata, “Hai kaum Muslimin, siapakah orang yang paling berani ?” Jawab mereka, “Orang yang paling berani adalah engkau sendiri, hai Amirul Mukminin.” Kata Ali, “Orang yang paling berani bukan aku tapi adalah Abu Bakar. Ketika kami membuatkan  Nabi Muhammad s.a.w. gubuk di medan Badar, kami tanyakan siapakah yang berani menemankan  Nabi Muhammad s.a.w. dalam gubuk itu dan menjaganya dari serangan kaum Musyrik ? Di saat itu tiada seorang pun yang bersedia melainkan Abu Bakar sendiri. Dan beliau menghunus pedangnya di hadapan  Nabi Muhammad s.a.w. untuk membunuh siapa sahaja yang mendekati gubuk  Nabi Muhammad s.a.w. Itulah orang yang paling berani.”

“Pada suatu hari juga pernah aku menyaksikan ketika  Nabi Muhammad s.a.w. sedang berjalan kaki di kota Mekah, datanglah orang Musyrik sambil menghalau beliau dan menyakiti beliau dan mereka berkata, “Apakah kamu menjadikan beberapa tuhan menjadi satu tuhan ?” Di saat itu tidak ada seorang pun yang berani mendekat dan membela  Nabi Muhammad s.a.w. selain Abu Bakar. Beliau maju ke depan dan memukul mereka sambil berkata, “Apakah kamu hendak membunuh orang yang bertuhankan Allah?”
Kemudian sambil mengangkat kain selendangnya beliau mengusap air matanya. Kemudian Ali berkata, “Adakah orang yang beriman dari kaum Firaun yang lebih baik daripada Abu Bakar ?” Semua jamaah diam sahaja tidak ada yang menjawab. Jawab Ali selanjutnya, “Sesaat dengan Abu Bakar lebih baik daripada orang yang beriman dari kaum Firaun walaupun mereka sepuluh dunia, kerana orang beriman dari kaum Firaun hanya menyembunyikan imannya sedang Abu Bakar menyiarkan imannya.”

40. MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, “Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya.” Berkata Nabi Isa a.s, “Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu.”

Berkata pemuda itu lagi, “Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah.” Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah s.w.t., maka Nabi Isa a.s pun berdoa, “Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu.” Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.  Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah s.w.t., “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu.” Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, “Aku ini Isa a.s.” Kemudian Allah s.w.t. menurunkan wahyu yang berbunyi, “Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya.”

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah s.w.t., tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.             3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, “Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur.”

41. JURU DAKWAH YANG TIDAK GENTAR

Kekalahan umat Islam dalam perang Uhud menyebabkan bangkitnya kemarahan orang-orang Badwi di sekitar Madinah untuk mencemuh dan mengungkit-ngungkit dendam lama yang sebelumnya sudah terpendam. Namun tanpa curiga sedikit pun Nabi Muhammad s.a.w. memberikan sambutan baik atas kedatangan sekelompok pedagang Arab yang menyatakan keinginan sukunya hendak mendengar dan memeluk Islam. Untuk itu mereka meminta para jurudakwah dikirimkan ke kampung suku itu. Rasulullah s.a.w meluluskan. Enam orang sahabat yang alim diutus untuk melaksanakan tugas tersebut. Mereka berangkat bersama para pedagang Arab itu.

Di kampung Ar-Raji, dalam wilayah kekuasaan suku Huzail, para pedagang itu tiba-tiba melakukan pengurangan atas keenam sahabat Rasulullah s.a.w, sambil berseru meminta bantuan kaum Huzail. Keenam pendakwah itu dengan pantas menghunus senjata masing-masing dan siap mengadakan perlawanan, setelah insaf bahawa mereka tengah dijebak. Para pedagang yang licik tadi berteriak, “Sabar saudara-saudara. Kami tidak bermaksud membunuh atau menganiayai kalian. Kami cuma mahu menangkap kalian untuk kami jual ke Makkah sebagai budak belian. Keenam sahabat Rasulullah s.a.w itu tahu nasib mereka bahkan lebih buruk daripada terbunuh dalam pertarungan tidak berimbang itu. Kerana mereka segera bertakbir seraya menyerang dengan tangkas.

Terjadilah pertempuran seru antara enam pendakwah berhati tulus dengan orang-orang yang beringas yang jumlahnya jauh lebih besar. Pedang mereka ternyata cukup tajam. Beberapa orang lawan telah menjadi korban. Akhirnya tiga sahabat tertusuk musuh dan langsung gugur. Seorang lagi dibaling batu beramai-ramai hingga tewas. Bakinya tinggal dua orang; Zaid bin Addutsunah dan Khusaib bin Adi.
Apalah daya dua orang pejuang, betapa pun lincahnya perlawanan mereka, menghadapi begitu banyak musuh yang tangguh? Selang beberapa saat sesudah jatuhnya empat sahabat tadi, kedua orang itu dapat dilumpuhkan dan belenggu. Lalu mereka diangkut menuju pasar budak di Makkah. Zaid dibeli oleh Shafwan bin Umayyah. Ayah Shafwan, Umayyah bin Khalaf, adalah majikan Bilal dan Amir bin Fuhairah. Umayyah terkenal sangat kejam kepada budak-budaknya. Bilal pernah disalib di atas pasir dan dijemur di tengah terik matahari dengan badan ditindihi batu. Untung Bilal ditebus oleh Saiyidina Abu Bakar Assidiq dan dimerdekakan. Orang Habsyi ini kemudian terkenal sebagai sahabat dekat Rasulullah s.a.w. dan diangkat sebagai Muazin, tukang azan.

Dalam perang Badar, Umayyah bin Khalaf berhadap-hadapan dengan bekas budaknya itu. Dan Bilal berhasil membunuhnya dalam pertempuran yang sengit satu lawan satu. Adapun Khubaib bin Adi diambil oleh Uqbah bin Al-Harits dengan tujuan yang sama seperti maksud Shafwan membeli Zaid bin Abdutsunah. Iaitu untuk membalas dendam kebencian mereka kepada umat Islam. Maka oleh orang-orang Quraisy, Zaid diseret menuju Tan’im, salah satu tempat untuk miqat umrah. DI sanalah Zaid akan dijalani hukuman pancung, buatkan sesuatu yang ia tidak pernah melakukannya, iaitu terbunuhnya Umayyah bin Khalaf, ayahanda Shafwan. Menjelang algojo menetak parangnya, pemimpin kaum Musyrikin Abu Sufyan bertanya garang, “Zaid bedebah, apakah engkau senang seandainya di tempatmu ini Muhammad, sedangkan engkau hidup tenteram bersama keluargamu di rumah ?”

“Janganlah begitu,” bantah Zaid dengan keras. “Dalam keadaan begini pun aku tidak rela Rasulullah s.a.w. tertusuk duri kecil di rumahnya.” Abu Sufyan menjadi marah. “Bereskan,” teriaknya kepada algojo. Dalam sekelip mata, sebilah parang berkilat di tengah terik matahari dan darah segar menyembur keluar. Zaid bin Abdutsunah gugur setelah kepalanya dipotong, menambah jumlah penghuni syurga dengan seorang syuhada’ lagi. Di hati Abu Sufyan dan orang-orang Quraisy lainnya timbul kehairanan akan kesetiaan para sahabat kepada Muhammad. Sampai tergamam di bibir Abu Sufyan ucapan kagum, “Aku tidak pernah menemukan seorang yang begitu dicintai para sahabat seperti Muhammad.”

Sesudah selesai pemancungan Zaid, datang pula rombongan lain yang menyeret Khubaib bin Adi. Sesuai dengan hukum yang berlaku di seluruh Tanah Arab, kepada pesalah yang dijatuhi qisas mati diberikan hak untuk menyampaikan permintaan terakhir. Demikian juga Khubaib. Juru dakwah yang bestari ini meminta izin untuk solat sunnah dua rakaat. Permohonan tersebut dikabulkan. Dengan khusyuk dan tenang, seolah-olah dalam suasana aman tenteram tanpa ancaman kematian, Khubaib melaksanakan ibadahnya sampai selesai. Setelah salam dan mengangkat dua tangan, ia berkata, “Demi Allah. Andaikata bukan kerana takut disangka aku gentar menghadapi maut, maka solatku akan kulakukan lebih panjang.”

Khubaib disalib dahulu lalu dihabisi sepertimana dilaksanakan ke atas Zaid bin Abdutsunah. Jasadnya telah lebur sebagaimana jenazah lima sahabatnya yang lain. Namun semangat dakwah mereka yang dilandasi keikhlasan untuk menyebarkan ajaran kebenaran takkan pernah padam dari permukaan bumi. Semangat itu terus bergema sehingga makin banyak jumlah pendakwah yang dengan kekuatan sendiri, atas biaya peribadi, menyelusup keluar-masuk pedalaman berbatu-batu karang atau berhutan-hutan belantara buat menyampaikan firman Tuhan menuju keselamatan.

HATI….~

assalamualaikum w.r.t…

42. ~Tanda Hati Kita Mati…~

1. Mengaku kenal Allah swt tetapi tidak menunaikan hak-hakNya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw tetapi mengabaikan     sunnah baginda.

3. Membaca Al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum didalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah tetapi tidak mensyukuri atas pemberianNya.

5. Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatnya.

7. Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara seIslam tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

~Membina Hati Yang Mati…~

Rasulullah memaklumkan kepada kita bahawa di dalam diri manusia ada segumpal daging, yang jika baik daging itu maka baik pula manusia tersebut. Sebaliknya jika buruk daging itu, maka buruk pula kualiti orang tersebut. Daging itu adalah Hati.

Rasulullah juga mengajarkan kepada kita bahawa setiap amalan
bergantung kepada niatnya. Jika niatnya buruk, maka buruk pula
amalannya. Dan jika niatnya baik, maka baik pula amalannya. Kedua pelajaran ini sebetulnya mengajarkan hal yang sama, bahwa kualiti keagamaan kita sebagai muslim boleh dilihat dari niat hati kita pada saat melakukan perbuatan itu.

Hati adalah ‘cermin’ dari segala perbuatan kita. Setiap kita
melakukan perbuatan, maka hati kita akan mencerminkan niat yang
sesungguhnya dari perbuatan itu. Katakanlah, kita memberi duit
kepada seorang miskin. Kelihatannya itu adalah perbuatan mulia.
Tetapi jika niat kita untuk menyombongkan diri kepada orang lain bukan kerana belas kasihan kepada si miskin maka perbuatan itu
sebenarnya tidak mulia lagi.

Jadi, hati lebih menggambarkan kualiti yang sesungguhnya dari
perbuatan kita. Sedangkan amalan, lebih sulit untuk dinilai
kualitinya.kerana itu, agama Islam lebih condong ‘menggarap’ hati
daripada perbuatan. Kalau hatinya sudah baik, maka perbuatannya
pasti baik. Sebaliknya meski perbuatannya kelihatan ‘baik’, belum
tentu hatinya baik. boleh saja ada niat buruk yang tersembunyi.

Seluruh jenis amal ibadat yang diajarkan Rasulullah kepada kita
sebenarnya dimaksudkan untuk menggarap hati kita agar menjadi baik, seperti puasa. Puasa ini tujuan akhirnya adalah kemampuan
mengendalikan diri. Atau disebut Takwa dalam terminologi Islam.
Takwa adalah kualiti hati. Orang yang bertakwa memiliki keteguhan
hati untuk selalu berbuat baik dan menjauhi yang buruk.

Demikian juga solat. Tujuan utama solat adalah membuka kepekaan
hati. Orang yang solatnya baik, memiliki kepekaan hati untuk
membedakan mana yang baik, mana yang buruk Mana yang bermanfaat, mana yang membawa mudharat. kerana itu, solat yang baik boleh
menyebabkan kita jauh dari hal hal yang keji dan munkar.

Juga zakat. Tujuan utama zakat adalah melatih hati kita untuk peduli kepada orang-orang yang lemah dan tidak berdaya. Hidup harus saling menolong, supaya tidak terjadi kezaliman yang menyebabkan terjadinya kejahatan. Itu secara sosial. Tetapi secara pribadi, kebiasaan menolong orang lain dengan zakat akan menyebabkan hati kita menjadi lembut dan penyantun.

Demikianlah, seluruh aktiviti ibadah kita termasuk haji yang menjadi bahasan utama kita kali ini, semuanya menuju kepada pelembutan hati kita. Kenapa hati yang lembut ini perlu?

Kerana hati yang lembut itulah yang akan menyelamatkan kita ketika hidup di akhirat nanti. Hati yang lembut adalah hati yang terbuka
dan peka terhadap sekitarnya.Sedangkan hati yang kasar dan keras
adalah hati yang tertutup terhadap sekitarnya. Allah berfirman dalam firman Alah berikut ini.

“Dan barangsiapa di dunia ini buta hatinya, maka di akbirat nanti
juga akan buta,dan lebih sesat lagi jalannya.” Al Israa(17):72

Ayat tersebut di atas memberikan gambaran yang sangat jelas kepada kita bahwa hati menjadi sasaran utama peribadatan kita. kerana itu Al Quran memberikan informasi yang sangat banyak tentang hati ini. Tidak kurang dari 188 kali informasi tentang hati ini diulang-ulang oleh Allah di dalam Al Quran.

Ada beberapa tingkat kualiti hati yang diinformasikan Allah di dalam Quran. Hati yang buruk dikategorikan dalam 5 tingkatan.

Yang pertama adalah hati yang berpenyakit. Orang-orang yang di
hatinya ada rasa iri, benci, dendam, pembohong, munafik, kasar,
pemarah dan lain sebagainya, disebut memiliki hati yang berpenyakit, sebagaimana disebutkan dalam banyak ayat diantaranya,

“Di dalam hati mereka ada Penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya, dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta” Al-Baqarah(2):10

“Agar Dia menjadikan apa yang dimasukkan oleb syaitan itu, sebagai cubaan bagi orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan yang kasar batinya. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu, benar-benar dalam permusuhan yang sangat.” Al Hajj(22):53

Tingkatan kedua hati yang buruk adalah hati yang mengeras. Hati yang berpenyakit, jika tidak segera diubati akan menjadi mengeras. Mereka yang terbiasa melakukan kejahatan, hatinya tidak lagi peka terhadap keburukan perbuatannya. Mereka menganggap bahawa apa yang mereka kerjakan adalah benar adanya.

“Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk
merendahkan diri ketika datang siksaan Kami kepada mereka, bahkan
hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menampakkan kepada mereka kebagusan apa yang selalu mereka kerjakan.Al-An’aam(6):43

Tingkatan ketiga adalah hati yang membatu. Hati yang keras kalau
tidak segera disedarkan akan meningkat kualiti keburukannya. Al
Quran menyebutnya sebagai hati yang membatu semakin mengeras dari
sebelumnya.

“Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan
lebih keras lagi.Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang
mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, kerana takut kepada Allah. Dan
Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.” Al
Baqarah(2):74

Tingkatan keempat adalah hati yang tertutup. Pada bahagian
berikutnya akan kita membicara, bahawa hati kita itu bagaikan sebuah tabung . Jika tertutup, maka hati kita tidak boleh lagi menerima getaran petunjuk dari luar. Allah mengatakan hal itu di dalam firmanNya.

“Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka
usahakan itu menutup hati mereka.” Al Muthaffiffin(83):14

Dan yang kelima adalah hati yang dikunci mati. Jika hati sudah
tertutup, maka tingkatan berikutnya adalah hati yang terkunci mati. Sama saja bagi mereka diberi petunjuk atau tidak. Hal ini
diungkapkan Allah berikut ini.

“Sesungguhnya orang-orang kafir itu, sama saja bagi mereka, kamu
beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan penglibatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat.” Al Baqarah(2):6-7

Sebaliknya hati yang baik adalah hati yang gampang bergetar,
sebagaimana difirmankan oleh Allah,

“(yaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah bergetarlah
hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa
mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menafkahkan sebagian dari apa yang telah Kami rizkikan kepada mereka.” Al Hajj(22):35

Hati orang-orang yang demikian itu lembut adanya. Mereka pantang
melihat penderitaan orang lain. Suka menolong. Tidak suka kekerasan. Penyantun dan penuh kasih sayang kepada siapapun. Itulah nabi Ibrahim yang dijadikan teladan oleh Allah serta menjadi kesayangan Allah. Sebagaimana diinformasikan dalam firman berikut.

“Dan permintaan ampun dari Ibrahim (kepada Allah) untuk bapaknya
tidak lain hanyalah karena suatu janji yang telah diikrarkannya
kepada bapaknya itu. Maka, tatkala jelas bagi Ibrahim bahwa bapaknya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri dari padanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun” At Taubah(9):114

~Megat_Suhaimi~

~5 Ubat Hati…~

Abdullah Antaqi berkata:

Lima perkara termasuk ubat bagi hati iaitu:

(1) Duduk bersma-sama orang soleh.

(2) Membaca Al-Quran

(3) Mengosongkan perut

(4) Solat malam

(5) Merendahkan diri ketika menjelang subuh.

Posted at 4/5/2006 4:26:18 pm by siti_wani
Make a comment Permalink

Tuesday, April 04, 2006

rahsia pemakanan genius2 Islam…

assalamualaikum w.r.t….

44. RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan-penemuan saintifik yang membuktikan
kebenarannya khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat” dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.

Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”.

Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.


PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah
seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat
untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.
Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w.

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli-ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.

Sabda Nabi s.a.w,
“Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t. memerintahkannya supaya memakan telur”.

Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau-limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati.

Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal.

Sabda Nabi s.a.w. “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”.

Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.”

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan

[then u will answer this too]

see what i mean? 🙂

Trend mengurangkan rasa berdosa

« pada: January 18, 2007, 08:36:15 PM »

Jawab dengan quoteQuote

Wednesday, September 13, 2006

Seorang sahabat mengirim e – mail kepada saya sehari dua yang lalu dengan membawa kisah atau tajuk ini . Ermm…. satu keluhan yang sangat menarik dan saya rasa ia sedang dikeluhkan oleh ramai muslim dalam negara kita kini . Tidak kurang juga , mereka yang terus tenggelam dalam kebingunggan tanpa mampu merungkai belenggu kebingungan tersebut .

Setelah saya membaca dan mengamati tulisan ” Trend Mengurangkan Rasa Berdosa ” mengingatkan saya kepada sahabat saya Ust. Mohd Hasrizal . Saya sangat yakin , bahawa ini adalah hasil tulisan dan keluhan beliau yang difowardkan oleh sahabat yang menghantar e – mail kepada saya . ( Tidak sukar untuk memahami gaya bahasa yang unik dan pendekatan penulisan yang baik sebagaimana yang dilakukan oleh
Ust. Mohd Hasrizal . )

Tahniah ! dan saya kongsikan tulisan ini dengan semua sahabat untuk sama – sama kita ambil iktibar dan merangka tindakan . TREND MENGURANGKAN RASA BERDOSA . Saya benar-benar kebingungan.

Bagi seorang yang hidup 11 tahun di perantauan, kembali ke Malaysia di era seperti hari ini, memang membingungkan. Semasa di Ireland, saya sudah mendengar tempias American Idol yang sesekali menghiasi dada akhbar Irish Independent dan lain-lain. Talk of the town kadangkala diisi dengan isu siapakah yang sepatutnya mewakili Ireland ke acara Eurovision Contest yang sememangnya tempat pertama pertandingan itu sinonim dengan penyanyi dari Ireland zaman berzaman khussnya penyanyi seperti Johnny Logan. Namun ia hanya acara biasa.

Kerja-kerja harian orang ramai berlangsung seperti biasa… tiada yang luar biasa. Saya terkasima semasa bersiap-siap untuk pulang ke tanah air for good, ketika membaca pengumuman nama Rais Yatim diberikan peranan sebagai Menteri Kebudayaan kabinet Pak Lah yang baru.

Hairan bin Ajaib, apa yang saya kenal tentang Rais Yatim, menimbulkan tanda tanya. Mengapakah seorang menteri yang begitu genius khususnya dalam hal ehwal berkaitan undang-undang, tiba-tiba ditempatkan sebagai menteri di sebuah kementerian yang menguruskan hal ehwal zapin dan joget, pesta budaya dan orang filem Malaysia yang sering berbalah sesama sendiri.

Adakah ini menjadi langkah ke arah memandulkan politik Rais Yatim? Namun, kehairanan saya terjawab apabila saya membaca temuramah bersama Rais Yatim di akhbar The Star bersama HL Wong [17 April 2004] di bawah tajuk “Stop ‘Arabising’ Malay Culture” atau “Berhenti MengArabkan Budaya Melayu”. Tegasnya, temuramah itu menggambarkan misi Rais Yatim yang mahu mengembalikan semula identiti Melayu yang padanya telah terpadam oleh proses Islamisasi yang diterjemahkannya sebagai Arabisasi.

Antara budaya Melayu yang mahu ditonjolkan kembali adalah budaya tari menari. Orang Melayu tak mungkin dapat dipisahkan daripada tari menari kerana ia telah mendarah daging di dalam tubuh kita, tegas beliau. Nampaknya apa yang dinyatakan oleh beliau benar-benar terealisasi di dalam masyarakat kita. Usahlah pergi jauh, kampung saya sendiri telah terasa kesannya. Seingat saya, kali terakhir kampung saya dihiruk-pikukkan oleh Joget Lambak ialah semasa saya masih di bangku sekolah rendah.

Itu bererti Joget Lambak telah pupus di kampung saya semenjak 20 tahun yang lalu. Tetapi pupusnya Joget Lambak bukanlah kerana kampung saya telah diArabkan seperti bangsa Sudan. Bangsa Sudan membuang bahasa asli mereka dan mengambil sepenuhnya Bahasa Arab sebagai bahasa pertuturan mereka. Kampung saya masih pekat ‘kome’, ‘mike’ dan sambal belacannya. Namun yang pasti, apabila masjid makin ramai yang datang, perempuan makin ramai yang tutup aurat, emak ayah makin gemar menghantar anak ke kelas fardhu ‘ain, maka dengan sendirinya Joget Lambak terketepi dan terhakis dari keMelayuan orang kampung saya. Tetapi saya kekal sebagai salah seorang daripada beberapa orang anak kampung yang reti Bahasa Arab. Tetapi, selepas 11 tahun saya meninggalkan kampung, saya dikejutkan dengan suatu pengalaman pahit di malam itu. Hanya beberapa ratus kaki dari rumah saya, kenduri kahwin jiran yang siang tadi diTahlilkan dan di’doa selamat’kan oleh Imam kampung, malam ni berjoget terlambak-lambak.

Berdentam-dentum dram dan gitar, anak-anak muda terloncat-loncat dan lebih mendukacitakan saya, ia berlaku bersebelahan masjid. Aduh… gelisah saya sepanjang malam di samping anak-anak saya yang tidak boleh tidur akibat kebisingan mereka yang berlanjutan hingga ke tengah malam. Walaupun anak saya lahir di bandar yang penuh orang mabuk dan saling berbunuhan sesama sendiri (di Belfast), namun fitrahnya masih merintih kedamaian yang dibunuh ‘orang kahwin’ malam itu.

RAKYAT KETAGIH HIBURAN Fenomena hiburan melampau sememangnya menakutkan saya. Kalau di Ireland, rancangan realiti TV mencari bakat baru berlangsung satu demi satu, tetapi di Malaysia, lima program berjalan serentak. Ada untuk remaja, ada untuk kanakkanak, ada untuk ibu bapa dan ada juga untuk orang tua yang sudah senja.
Lagu-lagu lama muncul kembali supaya jiwa rakyat yang hari ini telah beruban, terusik kembali untuk mengenang zaman remaja mereka di taman-taman bunga. Semua berhibur, semua berkhayal dan semua terbang ke cloud nine masing-masing. Iklan mesti menghiburkan, pendidikan mesti menghiburkan, ring tone telefon bimbit
juga mesti berlagu hiburan, malah ceramah agama juga mesti ada unsur hiburan. Mana-mana agenda yang tiada unsur hiburan dengan sendirinya terpinggir. Kehidupan masyarakat kita sudah ‘entertainment centered’. Segala keperluan hidup diarahkan kepada hiburan malah wang yang dicari dengan penat lelah, amat mudah ditaburkan kepada sms demi memenangkan idola masing-masing. Akhirnya terhibur menjadi tujuan hidup! Mana-mana yang tidak menghiburkan, tiada makna dan tiada
nilai. Namun, mungkin akibat desakan kemahuan Islam yang masih ada nyawa, suarasuara menegur masih kedengaran walaupun tidak begitu diendahkan. Mufti
berfatwa, pendakwah menegur, pemimpin mengeluh. Namun untuk berundur daripada dunia hiburan, jiwa sudah ketagihan. Bagai penagih yang keluar masuk pusat serenti, begitulah rakyat yang sudah ketagih hiburan. Sembahyang, sembahyang juga. Tapi kemudian kembali berhibur. Tarian dan lagu-lagu pathetic terus didendangkan, namun nama-nama Tuhan diselitkan jua.
Akhirnya muncullah suatu trend baru dalam masyarakat kita di mana Islam menjadi
kosmetik paling murah tapi laku. Persoalannya, salahkah berhibur? Tentu tidak salah… namun hiburan yang bagaimana? Mentor saya memberikan analogi yang menarik. Katanya, nasyid umpama iklan. Iklan yang berkesan adalah iklan yang berjaya meningkatkan penjualan produk. Tetapi jika yang dikenang hanyalah iklan dan kecantikan paras rupa modelnya, sedangkan barangan tidak terjual malah tersisih dari pasaran, maka iklan itu sudah tersasar. Produk yang diiklankan, pelakon iklan yang naik saham! Nasyid menjadi wadah ‘mempromosikan’ Islam dengan citarasa yang kontemporari. Nasyid bertujuan ‘memperkenalkan’ Tuhan. Namun bagi yang mendengar nasyid cintan cintun dan rap sampah sarap hari ini, berapa ramai yang ‘membeli’ Tuhan? Adakah cinta kepada Ilahi meningkat selepas menghayati nasyid seperti itu? Walaupun ada penyanyi wanita tergamak mengheret jubah dan tudung ke pentas tari
menari, atau yang lelaki menyelitkan kalimah-kalimah Arab di celah caca merba nyanyiannya itu, persoalannya yang manakah yang laku? Adakah Islam semakin laku? Adakah Tuhan semakin dibesarkan? Amat pelik, jika nasyid itu kononnya mempromosikan Islam tetapi Islam tetap tidak laku di pasaran. Jika ia sebuah iklan, maka nasyid hari ini menjadi contoh iklan yang tidak berkesan. Iklan laku, barang tak laku. Nasyid laku, Tuhan tetap terpinggir dan dilupakan. APAKAH SEMUA INI? Inilah soalan yang membingungkan saya. Kita melihat bagaimana menyebut kalamkalam iman seperti Insya Allah, Alhamdulillah, Syukur, Ameen dan lain-lain sudah menjadi seperti adat. “Semoga Tuhan memurahkan rezeki saya dalam bidang ini!”, Tuhan mana yang mengurniakan kemurahan rezeki dalam bentuk maksiat dan kebinasaan jati diri? Kepada Tuhan manakah, si artis tadi berdoa?
Habis, apa ertinya mereka yang berpenat lelah melawan hawa nafsu dan syaitan
dalam kehidupan sedangkan dalam keadaan menaja maksiat, Tuhan masih mengurniakan kemurahan rezeki? Saya masih ingat bagaimana salah sebuah kumpulan ditemuramah oleh televisyen tentang rahsia kejayaan dan keyakinan diri mereka. Mereka menjelaskan bahawa mereka ada sejenis meditation. Apabila diminta membuat demonstrasi, mereka yang terdiri daripada beberapa lelaki dan seorang perempuan berpegangan tangan membentuk bulatan dan… AL-FATIHAH! Selepas itu ketua kumpulan membacakan doa sambil menadah tangan, memohon supaya Allah melindungi band mereka dari kekalahan dan mala petaka bahaya. Terpegun saya menontonnya. Wartawan tersebut pula mengucapkan syabas kerana walaupun kumpulan tersebut menyanyikan lagu kontemporari dan moden, tetapi masih tidak lupakan agama! Bingung saya memikirkan hal ini. Apakah sebenarnya kefahaman mereka tentang Islam? Adakah mereka benar-benar memaksudkan bahawa Allah, Tuhan Muhammad, Tuhan Abu Bakr, Tuhan Imam Syafie, adalah Tuhan yang sama boleh mengurniakan keredhaanNya kepada acara henjut-henjut mereka di dalam konsert tersebut? Apakah pelajar-pelajar Akademi Fantasia benar-benar percaya bahawa di alam bukan Fantasia, Allah SWT telah menghalalkan perlakuan mereka hanya kerana sebelum jamming, mereka memberikan salam? Seperti orang yang makan daging yang unknown, baca sahaja Bismillah dan baham! Lantaklah daging tu babi ke atau lembu mati dilanggar kereta, yang penting tadi Bismillah telah dibaca. Err… saya benarbenar kebingungan. Akhirnya, saya sampai kepada suatu kesimpulan. Saya terkenangkan kepada hadith riwayat Huzaifah, bahawa Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan bahawa di akhir zaman, kebenaran itu masih bertahan tetapi bezanya dengan Islam di zaman silam ialah, Islam di akhir zaman ini berdebu, samar-samar dan berasap. Jika realiti di akhir zaman ini begitu, ini bererti Islam tidak boleh dinilai dengan
pandangan mata biasa kerana di dalam suasana yang berdebu lagi berasap, dua biji
mata di kepala ini akan kemerah-merahan, kabur, berair dan kelam penglihatannya. Sesungguhnya yang perlu dicelikkan demi mencari kebenaran di akhir zaman, adalah
mata hati! Hati telah kenal Tuhan kerana dia datang dari Tuhan. Dia tahu di mana nilai kebenaran. Sebab itu Nabi Muhammad SAW menyuruh kita meminta pandangan hati dalam menilai kebenaran. Dosa itu adalah apa yang mendatangkan keresahan di hati dan kebaikan pula mententeramkan jiwa. Asalkan hati itu bersih, ia akan meilhat dengan pandangan Allah. Pandangan Allah itu adalah world view yang berasaskan tauhid. Tauhidic Mindset itu adalah suatu pandangan yang menilai kehidupan ini berasaskan pandangan Tuhan. Apa yang baik di sisi Allah, baiklah padanya, dan apa yang keji di sisi Allah, kejilah terhadap dirinya. Hakikat ini tidak dapat dicapai oleh mata kasar, namun yang perlu disuburkan adalah pada mata di hati yang kenal Tuhan dan tahu ke mana ia patut pergi. Oleh yang demikian, adanya rap dan pop yang dinasyidkan, adanya penari dan penyanyi yang bertudung dan berjubah, adanya juara Akademi Fantasia yang berlatar belakangkan agama, hanyalah kosmetik Islam. Kita masih mahu berhibur tetapi kita sedar yang kita sudah terlalu terhibur. Kita sedar hiburan kita sekarang adalah dosa.
Maka dengan adanya kosmetik Islam tersebut ia dapat mengurangkan rasa berdosa. Sama seperti seorang artis yang pergi umrah. Menangis-nangis di depan Kaabah dan kemudian balik ke KL berdansa semula. Namun diceritakan kepada wartawan
perasaannya semasa berumrah itu. Sedangkan tidak sedikit pun kemungkarannya yang ditinggalkan. Namun, dengan menggunakan hasil nyanyian itu untuk mengerjakan umrah, ia dapat mengurangkan rasa berdosa tersebut. Sama juga seperti orang yang menyamun harta orang lain, menipu dan menindas, kemudian sedekah sedikit hasil kerjanya itu kepada rumah kebajikan. Kurang sedikit rasa berdosa. Sedangkan apa yang saya belajar, apa yang Imam al-Ghazali tegaskan di dalam
pengajarannya ialah: MEMBUANG RASA BERDOSA KETIKA MASIH MELAKUKAN DOSA ADALAH SEBESAR-BESAR DOSA! Allah.. selamatkan kami dari fitnah akhir zaman. “…Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan
orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”.
(Surah Zumar: 9)”

Tunjukkanlah Aku Jalan Yang Lurus!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang
Selawat kepada Nabi Junjungan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

“(Ya Allah) Tunjukkan aku jalan yang lurus!” (Qur’an 1:6)

Sahabat yang dirahmati Allah sekelian,

Bertemu kembali setelah lama tidak menulis untuk menjadi tazkirah dan tazkiyah diri dan rakan sekelian.

Kekadang kita teralpa bahawa kita memohon Allah minimum 17 kali sehari untuk ditunjukkan jalan yang lurus. Namun kekadang kita terlupa bahawa bagaimanakah jalan yang lurus tersebut?

Allahu a’lam. Allah Maha Mengetahui jawapan tersebut. Cuma dalam kita menerawang dan meneruskan kehidupan, maka kita perlulah menggunakan akal yang ada untuk mengkaji ayat ini lantaran Fatehah itu adalah surah yang merangkumi segala ajaran di dalam Quran dan ia dikenal sebagai Ummul-Kitaab. Jika kita melihat kepada konsep UMM, maka ia adalah pusat asal segala-galanya. Dan kalau kita melihat kepada konsep IMAM, maka ia membawa implikasi bahwa Fatehah itu adalah pemimpin yang perlu dibereskan pemahamannya
dan praktisnya agar terang jalan Islam yang kita lalui.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” ( Qur’an 3:31)

Maka jalan yang lurus itu adalah jalan Nabi Muhammad sebagaimana diterangkan dalam ayat di atas. Cuma dalam perjalanan di atas muka bumi, terlampau banyak manusia yang mengatakan mereka mengikut Rasul, maka bagaimana kita berdepan dengan hal ini?

Perlulah kita memahami bahawa kita disatukan atas kalimah Tauhid(laila ha illallah) berasaskan minhaj Rasulullah (muhammadan rasulullah), maka ia perlu diletakkan sebagai kalimatul-ulya (kalimah yang diatas) dalam menaakul hal ini agar amal yang kita teruskan adalah dalam kehatian laksana melalui jalan yang berduri ( definisi taqwa Saidina Umar).

Bila memahami kalimah tauhid dan melaksanakannya, sudah pasti kita akan lebih menuju kaedah Rasulullah sebagai satu-satunya jalan selamat dan lurus menuju Allah. Pemahaman kalimah tauhid ini penting lantaran pertelagahan yang banyak berlaku di kalangan umat Islam sekarang ini adalah disebabkann pemahaman berbeza dalam kalimah tauheed ini yang menjadi asas perubahan (asas-ul-inqilaab) dalam masyarakat, sebagaimana yang ditunjukkan generasi di zaman Rasulullah.

Cukuplah untuk renungan kita hari ini untuk mencontohi kaedah sahabat Rasulullah: Huzaifah yang sentiasa bertanyakan sesuatu yang buruk dari Rasulullah agar beliau terjauh dari melaksanakannya. Konsep al-bara’ (berlepas diri dari sesuatu) yang wujud dalam kalimah tauheed, sebagai asas penaakulan kita, adalah paralel dengan kaedah ini.

Sebagai seorang Islam, seseorang perlu berlepas diri dan jauh dari individu serta kumpulan yang mempunyai ciri-ciri di bawah yang tercatat dalam Surah Ibrahim (Quran, 60:4) dan Surah Al-A’raf (Quran 7:59)

1) Melakukan kekufuran
2) Menimbulkan permusuhan
3) Menimbulkan kebencian sesama sendiri
4)Memutuskan silaturrahim

Itulah antara perkara yang perlu kita perhatikan dalam kita memohon kepada Allah jalan yang lurus. Tiada seorang pun manusia yang boleh mengaku dia berada di jalan yang lurus kecuali setelah dia disaksikan oleh ALlah. Lantaran itu kepada sahabat sekelian, marilah kita bertolongan atas kebajikan dan taqwa, dan kita tidak akan membantu sama sekali hal yang membawa dosa dan permusuhan agar jalan lurus yang satu daripada 72 golongan itu adalah milik kita.Kita wajib mencari dan mengkaji hal ini lantaran menuntut
ilmu adalah wajib dan kita akan disoal di akhirat nanti masa yang ada samada digunakan untuk mempelajri ilmu Allah atau disiakan dalam ilmu duniawi semata-mata.

Ameen!

tasbeeh kaffarah

TUNTUTAN KALIMAH TAUHID (LA ILAHA ILLALLAH)

Tarikh: 2/3/2007

Sabda Rasulullah s.a.w:

إن الله تعالى قد حرم على النار من قال: “لا إله إلا الله”، يبتغي بذلك وجه الله
Maksudnya: Sesungguhnya Allah Ta‘ala mengharamkan neraka kepada sesiapa yang menyebut: “Tiada tuhan melainkan Allah” dengan tujuan meraih keredhaan Allah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada ‘Itban bin Malik, dinilai Sahih)

Penerangan Hadis:
Pengertian kalimah Lailahaillallah yang luas ini mencakupi segala tuntutan kehidupan dan ia juga merangkumi segenap aspek. Berikut digariskan rumusan ringkas pelbagai tuntutan dalam hidup seorang muslim yang berhubung rapat dengan kalimah ini, sepertimana yang dinyatakan oleh Muhammad Qutb:

1) Tuntutan Keimanan.

Ia menyentuh perkara yang telah diterangkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis:

هذا جبريل أتاكم يعلمك دينكم، قال وما الإيمان ؟ قال أن تؤمن بالله وملائكته ، وكتبه ورسله واليوم الآخر والقدر خيره وشره..
Maksudnya: Inilah Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kepada kamu agama kamu. Berkata Jibril: Apakah iman? Rasulullah bersabda: Bahawa kamu beriman dengan Allah, malaikatnya, kitab-kitabnya, Rasul-Rasulnya, hari akhirat dan takdir yang baik dan buruk. (Akhrajahu Ahmad)

Keimanan terhadap setiap elemen yang terkandung di dalam hadis ini mempunyai peranan dalam memenuhi tuntutan Lailahaillallah.

2) Tuntutan Ubudiyah

Setelah terbukti tiada Tuhan layak yang disembah melainkan Allah, maka memang wajarlah segala bentuk pengabdian hanya ditujukan kepada Allah ‘Azza Wa Jalla dan ia merupakan perkara yang tabie dan boleh diterima akal.

Aqidah yang terpesong akan turut melibatkan ibadat juga turut terpesong Apabila aqidah terpasak kukuh maka sudah semestinya bentuk ibadat yang dilakukan menjadi sejajar dan seirama dengan tuntutan syara’.

Di dalam minhaj Rabbani setiap ibadat adalah untuk memenuhi tuntutan dunia dan akhirat, sama ada dengan syiar ibadat yang khusus ataupun aktiviti hidup yang rutin. Di dalam Islam tiada ibadat semata-mata untuk memenuhi tuntutan akhirat, sepertimana yang disangkakan oleh sebahagian manusia. Agama ini diturunkan untuk mengislah kehidupan manusia dan segenap bidang lain yang amat luas.

3) Tuntutan Perundangan

“La ilaha illah” bukan semata-mata aqidah bahkan ia bersangkut-paut dengan semua risalah samawi yang lain dalam mengatur dan menjamin kesempurnaan hidup.

Permasalahan tashyrie’ (perundangan) adalah masalah yang berhubung secara langsung dengan soal Uluhiyyah. Perkara ini berlandaskan kepada dua sebab:

Soal perundangan adalah hak Allah semata-mata kerana Dia-lah yang Maha Pencipta.

Sifat Allah yang Maha Pencipta (Al-Khaliq) , Maha Halus (Al-Latif), Maha Mengenal (Al-Khabir), Maha Bijaksana (Al-Hakim) dan Maha Mengetahui (Al-A`lim).

4) Tuntutan Akhlak

Akhlak mempunyai kaitan dengan aqidah kerana Rasulullah SAW bersabda:
أربع من كن فيه كان منافقا خالصا ومن كانت فيه خصلة منهن كانت فيه خصلة من النفاق حتى يدعها: إذا حدث كذب وعاهد غدر وعد أخلف وإذا خاصم فجر
Maksudnya: Empat perkara jika ada pada seseorang, ia adalah munafiq. Sesiapa yang ada satu perkara darinya, maka bererti terdapat padanya satu unsur nifaq sehinggalah ia meninggalkannya: Apabila ia bercakap ia berdusta, apabila diamanahkan ia mengkhianati, apabila berjanji ia menyalahi, apabila bertelingkah ia berbecah-belah. (Dikeluarkan Oleh Muslim)

Nifaq juga adalah suatu masalah yang bersangkutan dengan aqidah. Penipuan, pengkhianatan, mungkir janji, berpecah-belah setelah berlaku pertelingkahan adalah permasalahan akhlak…(Rasulullah SAW menjelaskan bahawa berlakunya kepincangan pada masalah akhlak. membabitkan soal nifaq. Berlakunya nifaq bererti mencabul perjanjian dengan Allah di bawah kalimah La ilaha illallah).

Apabila kita merenung wasiat Luqman tentang, bagaimanakah seorang itu boleh berbakti (mensyukuri) kepada ibu dan bapanya, tidak dapat tidak ia perlu kembali kepada kepada perjanjian yang pernah termeterai dengan Allah ‘Azza Wa Jalla iaitu untuk “dengar” dan “taat” kepada-Nya, selepas itu barulah terbentuknya setiap hubungan yang ditautkan dengan akhlak….

5) Tuntutan Pemikiran

Individu muslim mempunyai keunikan gagasan minda yang tersendiri dalam membuat penilaian dan ukuran yang terpancar dari Al-Quran dan As-Sunnah. Seorang itu telah mempertuhankan akalnya apabila ia lebih mengutamakannya dalam membuat pertimbangan tersebut. Sedangkan penggantungan pada akal secara mutlak bercanggah dengan tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah.

Cakupan minda muslim tidak terbatas pada perkara maddiy (zahir) sahaja, bahkan menjangkau jauh pada perkara ma’nawi. Ia menggarap segala yang dapat dilihat dan yang tidak dapat dilihat. Perkara ini memberi kesan dalam hubungan antara individu. Hubungannya tidak terjalin di atas landasan kebendaan semata-mata tetapi lebih meluas mencakupi perkara “maknawi”.

Sikap terbuka dan rasional adalah suatu tuntutan, tetapi hendaklah dalam ruang lingkup izzah (kemuliaan) yang didasarkan atas prinsip keimanan dan keistimewaan yang dibina oleh prinsip Islam pada pemikiran mukmin.

Perkara yang diperlukan oleh manusia ialah ilmu yang mencerminkan keimanan dan dunia yang berasaskan iman. Inilah prinsip Islam yang terkandung di sini dan sebagai tuntutan Pemikiran bagi kalimah Lailahaillallah.

6) Tuntutan Membina Tamaddun Dan Peradaban

Banyak ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang perkara ini, antaranya ialah:
هو الذي جعل لكم الأرض ذلولا فامشوا في مناكبها وكلوا من رزقه وإليه النشور
Maksudnya: Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-Nya). (Al-Mulk: 15)

Disebut dalam ayat di atas “dibangkitkan hidup semula” iaitu perkara yang berhubung dengan hisab dan pembalasan di hari akhirat, manakala ayat: “maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah rezeki yang dikurniakan Allah” adalah suatu peringatan bahawa perlunya iltizam dengan minhaj Rabbani; iaitu akur dengan garis sempadan halal dan haram, harus dan tidak harus, yang membawa erti iltizam dengan segala apa jua yang datang dari Allah. Inilah dia tuntutan Lailahaillallah.

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
وابتغ فيمآ آتاك الله الدار الآخرة ولا تنس نصيبك من الدنيا وأحسن كمآ أحسن الله إليك ولا تبغ الفساد في الأرض إن الله لا يحب المفسدين
Maksudnya: “Dan tuntutlah dengan harga kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan”. (Al-Qasas: 77)

Sentiasa mengingati akhirat dalam operasi mengeksploitasi segala khazanah alam, merekacipta, memper indahkan alam buana disamping iltizam dengan segala prinsip agama yang menjamin keselamatan insan di akhirat kelak. Sesungguhnya Allah sahaja yang dapat merealisasikan matlamat hidup manusia dan membentuk tamaddun yang sebenar. Pem bangunan adalah suatu perkara yang dituntut dan suatu kemestian, tetapi ia hendaklah dibina di atas minhaj Rabbani.

7) Tuntutan Seni Penyampaian (Penyair, Penyajak Dan Lain-lain).
قل وروح القدس معك
Maksudnya: Ungkapkanlah! (Wahai Hassan ibn Thabit) Ruhul Quds (Jibril) ada bersama kamu (membantumu).

Demikianlah arahan Rasulullah SAW kepada Hassan ibn Thabit RA ketikamana beliau mengungkap syairnya. Jelas di sini bahawa Rasulullah telah menggalakkan bahkan mendesak Hassan ibn Thabit meneruskan bacaan syairnya. Ini menunjukkan kepada kita bahawa ia merupakan suatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Adalah menjadi suatu kewajipan kepada siapa yang berbakat dalam bidang seni penyampaian agar menggunakan kesempatan ini untuk berdakwah melalui keseniannya yang unik tersebut. Namun ia hanya fardhu kifayah. Apabila ia telah dilaksanakan oleh sebahagian manusia maka gugurlah kefardhuannya ke atas sebahagian yang lain. Justeru itu kepada mereka yang lain, yang memiliki bakat tersendiri, perlulah menumpukan perhatiannya kepada matlamat dan objektif seninya sendiri.

Adalah menjadi fardhu ain kepada mereka yang memiliki bakat yang tersendiri dalam bidang penyampaian dan pengungkapan, supaya iltizam dalam aktivitinya mengikut landasan tatasusila Islam. Inilah tuntutan seniman bagi kalimah La ilaha illallah.

Seniman di zaman jahiliyyah melaungkan slogan “Seni untuk seni”. Seniman muslim mengangkat kemuliaan manusia kepada kemuliaan yang selayaknya dengan martabat insan itu sendiri. Pada hari ini para seniman tidak lagi menerima slogan tersebut, tetapi mereka cuba melaungkan slogan “Seni untuk kehidupan”. Tetapi kehidupan bagaimanakah yang dimaksudkan oleh mereka. Siapakah yang meletakkan ukuran dan menentukan prinsip pada kehidupan?

Matlamat hakiki bagi ‘Seniman Islam’ ialah ubudiyyah kepada Allah dengan ertikata yang luas, mencakupi peranan menta`mir muka bumi dengan minhaj rabbaniy.

Secara umum media merupakan salah satu medan meluahkan bakat kesenian yang mempunyai matlamat yang pelbagai, manakala media Islam mempunyai misi yang tersendiri. Media Islam bukan keseluruhannya semata-mata nasihat dan pengajian agama, tetapi ia adalah salah satu juzuk yang tidak terpisah dari berperanan untuk mengingatkan kita kepada Allah dan hari akhirat.

Tujuan utama media Islam secara ringkas ialah:

• Memperkenalkan hakikat agama.
• Mendedahkan perancangan musuh Islam.
• Mengemukakan pandangan Islam terhadap isu-isu semasa.
• Mengingatkan manusia tentang misi kehidupan mereka yang sebenar.

Tiga tuntutan pertama iaitulah tuntutan iman, tuntutan ibadat dan tuntutan tasyrie’; jika ia tidak wujud dalam diri seseorang maka ternafilah imannya. Tidak melaksanakan tuntutan-tuntutan tersebut atau salah satu darinya, boleh membawa kepada syirik, sama ada: Syirik i’tiqad, syirik ibadat dan syirik tasyrie’. Ketiga-tiganya adalah syirik besar yang tidak diampunkan Tuhan, melainkan dengan kembali kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya.

Adapun tuntutan-tuntutan yang lain, kecuaian dalam melaksanakan tuntutan tersebut atau langsung tidak melaksanakannya tidak membatalkan iman, tetapi menjadikan iman seseorang itu tidak sempurna dan ia adalah berdosa.

(Ringkasan dari La ilaha illallah Aqidah Syariah Wa Minhaj Hayah: Muhammad Qutb: ms 43-119)

Memandangkan kepentingan tuntutan kalimah ini Rasulullah s.a.w bersabda:
جددوا إيمانكم ، أكثروا من قول “لا إله إلا الله
Maksudnya: “Perbaharuilah iman kamu. Perbanyakkanlkanlah menyebut kalimah La ilaha illah.”

Kata al-Munawi: Melazimi menyebut kalimah ini secara berterusan boleh memperbaharui iman di hati, di samping memenuhkannya dengan cahaya dan menambahkan keyakinan, serta mendedahkan kepada pelbagai perkara tersirat yang tidak dapat diketahui melainkan golongan bijaksana. Tiada siapa yang menafikan perkara tersebut melainkan mulhid yang derhaka. (Faidhul Qadir).

Adaptasi dari buku: Hikmah di Sebalik Wasiat Luqman al-Hakim
http://www.geocities.com/jailur_rashied/Wasiat_Luqman.htm

46. Wahai Manusia! Siapakah Kamu!

Firman Allah SWT:

“Hai manusia! apakah yang telah memperdayakan kamu (dengan berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu dan menyempurnakan kejadiaan kamu dan menjadikan (susunan tubuh) kamu seimbang dalam bentuk apa sahaja yang dikehendaki. Dialah yang menyusun tubuhmu.- Surah al-Infithar: ayat 6-8.

(Terhadap pertanyaan, Wahai manusia! Siapakah kamu?:)

1.    Adapun orang-orang yang beriman mengatakan:

Kamu ialah satu penciptaan Allah SWT dan satu tiupan suci dari sisi Allah SWT. Allah SWT menjadikan kamu dengan kekuasaan-Nya. Ditiup-Nya ke dalam diri kamu dengan ruh dari sisi-Nya. Dimuliakan kamu daripada seluruh makhluk-Nya yang lain. Seluruh malaikat telah sujud kepadamu. Allah SWT telah mengajar kepadamu segala sesuatu. Diletakkan di bahu kamu amanah, lantas kamu memikulnya. Dilimpahkan ke atas kamu nikmat-nikmat dari sisi-Nya baik yang zahir mahu pun batin. Dijadikan untuk kamu seluruh isi langit dan bumi. Dimuliakan kamu dengan setinggi-tinggi kemuliaan. Diciptakan kamu dengan sebaik-baik penciptaan. Dipersiapkan kamu dengan sesempurna persiapan. Diberikan kepadamu pendengaran, penglihatan dan hati. Dijelaskan kepadamu dengan dua jalan (yang buruk dan yang baik) dan ditunjukkan kepada kamu dua persimpangan. Dipermudahkan kepada kamu dalam membuat pilihan terhadap jalan-jalan itu. Dengan izin-Nya dan penciptaan-Nya, kamu dapat terapung di air dan terbang di udara bahkan dapat memecahkan atom-atom. Dengan fikiran dan kemampuan kamu, kamu dapat melampaui lapisan-lapisan awan dan langit (serta bumi).

Lantaran itu adakah lagi pencitaan dan kejadian yang lebih mulia, lebih suci dan lebih agung daripada penciptaan Rabbani ini?

Seterusnya hidup kamu yang singkat di dunia tidak akan terhenti setakat ini sahaja. Kamu akan dihidup dan dibangkitkan kembali. Kamu akan dihimpunkan semula. Kamu akan menempuh hidup baru dengan penuh kemuliaan di dalam satu negeri yang penuh dengan kenikmatan dan kebaikan, dengan syarat kamu mengerti rahsia kamu dijadikan dan seterusnya kamu beramal dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah SWT, al-Mabud, al-Khaliq.

Firman Allah SWT:

Tidak Aku jadikan jin dan manusia malainkan untuk pengabdian kepada-Ku. Aku tidak mengkehendaki rezki sedikitpun daripada mereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.
– Surah az-Zariyat: ayat 56-57.

Kematian yang kamu bimbang dan takuti itu tidak lain melainkan hanyalah satu perpindahan dari hidup di dunia kepada kehidupan yang satu lagi.

Firman Allah SWT:

Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan mainan belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnya kehidupan, jika mereka mengetahui.- Surah al-Ankabut: ayat 64.

Jasad kamu tidak lain adalah seolah-olah satu sangkar dan jiwa kamu terkurung di dalamnya. Seolah-olah ia adalah satu pakaian terhadap jiwa kamu sehingga sampai kepada satu ketika di mana kamu menemui kematian. Semoga Allah S.W.T. merahmati orang-orang Arif yang berkata:

Akulah burung dan inilah sangkarku (jasadku),
Bila ku terbang darinya, tinggallah ia terkatung-katung,
Pakaian adalah masa,
Kini ku merindui pulang,
Dapat ku bertemu Allah dengan sebenarnya,
Jangan kau kira maut itu adalah kesudahan,
Bahkan hanyalah dari sini (dunia) ke sana (akhirat).

2.   Sebaliknya,  orang-orang Meterialis dan suka membantah akan mengatakan:

Kamu wahai manusia, hanyalah satu genggaman tanah, berasal daripada setitis mani yang terperangkap di dalam rahim. Dengan masa, lama kelamaan kamu akan luput dan fana. Tiada apa-apa lagi selepas itu. Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang yang telah hancur luluh. Demikian juga kata-kata orang yang terdahulu daripada mereka.  Firman Allah SWT:

Dan mereka berkata: Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tiada yang dapat membinasakan kita melainkan masa.- Surah al-Jaathiyah: ayat 24.

Orang-orang yang terkemudian daripada mereka berkata, Diri kamu hanyalah adunan unsur-unsur bumi dan kehidupan kamu adalah peredaran sistem-sistem fisiologi semata-mata. Segala sentimen, perasaan dan kewujudan, fikiran dan kudrat, keazaman dan kemahuan hanyalah kesan daripada adunan unsur-unsur bumi dan natijah daripada percampuran tanah dan air. Kehidupan hanyalah pusingan hari-hari tertentu yang dapat kamu mengambil kesempatan untuk kamu berseronok-seronok dan berfoya-foya. Sesungguhnya dunia ini untuk makan, minum dan tidur. Bila ini semua luput, maka selamat tinggallah dunia.

47. Wahai saudara, perhatikanlah:

Wahai saudara, itulah permasalahan hidup sebenarnya, jika kamu perhatikan betul-betul. Jika kamu renungkan betul-betul, kamu tidak akan tergolong ke dalam golongan orang-orang yang lalai dan leka dengan kewujudan mereka, yang tidak mengambil berat terhadap kewajipan insaniyyah mereka. Kamu akan menjadi orang-orang yang sedar terhadap matlamat hidup dan jalan yang harus kamu tempuhi.

Seperkara yang inginku nasihatkan kepadamu:

Ambil peluang untuk bersendirian seketika di waktu malam atau siang. Pergunakanlah ia untuk merenung dengan sedalam-dalamnya terhadap kehidupan individu dan jamaah. Apabila kamu telah mencapai hakikat pandangan yang pertama tadi, iaitu pandangan orang-orang yang beriman, kamu akan dapat menyedari di manakah kamu yang sebenarnya. Sesungguhnya kamu akan dapat meningkatkan dirimu kepada matlamat sebenar. Seterusnya kamu akan menuju Allah SWT Yang Maha Agung. Kamu akan mensucikan dirimu dengan mengingati-Nya, mentaati-Nya, muraqabah kepada-Nya dan sentiasa takutkan-Nya. Sesiapa yang mengenali dirinya nescaya ia akan mengenali Rabnya. Jangan kamu merasa anih jika terdapat orang yang memilih pandangan kedua, pandangan orang-orang yang sesat. Ada dua jalan, jalan fitnah atau jalan hidayah. Firman Allah SWT:

Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras disebabkan mereka selalu berbuat fasik. Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang dilarang mereka daripada mengerjakannya, Kami katakan kepada-Nya, Jadilah kamu kera yang hina.- Surah al-Araf: ayat 165-166.

Semoga Allah SWT menunjukkan kepada kita sebaik-baik jalan dan petunjuk yang lurus.

[Asy-Syahid al-Imam Hasan al-Banna]

48. AKHAWAT MUSLIMAT

Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah.” (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)

Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?

Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan gadis juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar ‘sudah tiada gadis atau sudah tiada dara. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.

Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita ltu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita ltu mula dipanggil bergetah jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang boleh tahan dan ada gadis yang tak boleh tahan. Gadis yang boleh tahan biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang tak boleh tahan pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis tak boleh tahan ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.

Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.

Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. – Hadis Rasulullah riwayat Bukhari
dari Ibnu Abbas r.a.

Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis ltu teruk perangainya atau sudah ternoda. Walaupun mata yang belum berisi pengalaman itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini. Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi lsteri anda:

Elakkan Dari Berkawan Dengannya Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya baik, sopan dan elok apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa Yang bercahaya tidak semestinya emas dan Yang cantik tidaklah semestinya permata. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.

Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara . (Bidalan ltali).

Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada
bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama.
-Goethe

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil merisik ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan menyelidik dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.

Cari Yang Duduk Bersama lbubapa
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. – Bidalan Cina

Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi wanita dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. – Bidalan Jerman

Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah lupa masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan

Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. – Bidalan Servia

Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang tak boleh tahan. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

Bertunang Jangan Lama
Blia anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis. Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. – Bidalan tali

Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda
Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi la merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibubapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, lbubapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suamiyang baik serta bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman

Elakkan Dari Terlalu Cemburu
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

Layan Dia Dengan Baik
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.

Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan Tamil

Bertanggungjawab
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.

aku cinta Malaysia …..tapi lebih cintakan ALLAH……….. oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah……DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH….

~ oleh ANUAR AHMAD di Februari 28, 2009.

Satu Respons to “HIMPUNAN ARTIKEL ISLAMI”

  1. Maulana Dawood Sampson invites everyone to al-Masjied al-Sabr in Blackbird Avenue, Parkwood Estate in the Western Cape, South Africa for an evening of adhkaar. Events on Saturday, 5th June 2010 will include the Maghrib Salaah, the dhikrullah, the ‘Isha Salaah, the continuation of the dhikr and the du’aa. Maulana Sampson will address the congregants after that. The ’Ibaad-u-Ragmaan Qadiri Jamaa’ah, thankful for being part of the community of Islam, will contribute their time and efforts to this occasion.
    Interested persons may talk to the Mosque Secretary, Haji Riedwaan Blake of 17 Wattle Road, Parkwood Estate 7945, Western Cape, South Africa; telephone +2721 705-3006 or +2721 705-8965, cellular number 0823777326.
    For further information, please talk to the Mosque Chairman, Haji Yusuf Baroochi. He lives at 13 Vrede Road, Grassy Park 7945, Western Cape, South Africa; telephone number +2721 705-6909, or at mobile telephone number 0834081072.
    To learn more about this gathering, kindly get in touch with Maulana Dawood Sampson at 10 11th Avenue, Eagle Park 7945, Western Cape, South Africa; home telephone number +2721 396-4555, or at mobile telephone number 0822591724.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: