ddt minggu keempat 2

GARIS PANDUAN ANAK TAK SAH TARAF

Penamaan Pergaulan dan Hak-haknya

Pendahuluan

Garis Panduan Penamaan, Pergaulan dan Hak-Hak Anak Tak Sah taraf ini adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai asas rujukan bagi pihak berkaitan menentukan kesesuaian penamaan -“anak-anak tak sahtaraf” menurut ajaran Islam. Selain daripada itu, ia juga bertujuan memberi kefahaman dan penjelasan’kepada semua pihak berkenaan aspek-aspek pergaulan serta implikasi sosial anak tak sah taraf di dalam keluarga dan masyarakat.

Latar Belakang

Kebelakangan ini sering kedapatan anak-anak yang dilahirkan bukan menerusi jalan yang sah (anak luar nikah) yang boleh menimbulkan pelbagai persoalan dan implikasi kepada masyarakat dan negara sama ada dari segi penamaannya, pergaulan dan hak-haknya.

Tafsiran “Anak Tak Sah taraf”

Tafsiran ‘anak tak sah taraf”, dalam garis panduan ini menerima pakai tafsiran Yang diperuntukkan di dalam kebanyakan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri yang menyatakan bahawa “anak tak sah taraf” ialah seseorang anak Yang dilahirkan di luar nikah iaitu sama ada akibat daripada zina atau dirogol atau anak yang dilahirkan kurang enam bulan dari tarikh akad nikah dan dia anak yang bukan daripada persetubuhan syubhah.

Dalam pandangan Islam, anak yang lahir setelah enam bulan atau lebih dari tarikh pernikahan maka dikira anak yang sah. Hanya Mazhab Shafi’i sahaja yang membenarkan anak susuan berkahwin dengan bapa tak sah.

Penamaan

i. Jika seseorang perempuan Melayu Islam bersekedudukan tanpa nikah, sama ada dengan lelaki Islam atau lelaki bukan Islam dan melahirkan anak, maka anak itu hendaklah dibin atau dibintikan Abdullah atau lain-lain nama “Asma al-Husna” berpangkalkan Abdul.

i i. Seseorang anak tak sah taraf atau anak luar nikah tidak wajar dibin atau dibintikan kepada ibu anak tersebut kerana ini mungkin boleh menimbulkah masalah sosial dan kesan psikologi.kepada kanak-kanak itu. Oleh yang demikian anak tersebut seelok-eloknya dibin atau dibintikan kepada Abdullah atau lain-lain nama “Asma al-Husna’” berpangkalkan Abdul.

iii. Seseorang anak yang dijumpai terbiar atau anak pungut yang tidak diketahui asal usulnya hendaklah dibin atau dibintikan Abdullah dan jika nama Abdullah bersamaan dengan nama orang yang memelihara anak itu, maka bolehiah dipilih nama “Asma al Husna” lain yang berpangkalkan Abdul seperti Abdul Rahman dan Abdul Rahim. (Lampiran ‘A’)

Pergaulan

Dari sudut Islam, anak tak sah taraf tidak boleh dihalang daripada menjalin apa-apa hubungan atau menjalankan aktiviti yang boleh dijalinkan atau dijalankan oleh seseorang kanak-kanak Islam yang sah tarafnya.

Pergaulan anak tak sahtaraf dengan lelaki yang telah melakukan persetubuhan tanpa akad nikah dengan ibunya, walaupun lelaki itu adalah bapanya sebenar, hendaklah berasaskan pergaulan antara anak tiri dan bapa tirinya.

jika anak tak sahtaraf itu ialah seorang anak perempuan maka wudhu’nya dan wudhu’ suami ibunya, sama ada si suami itu adalah bapanya yang tidak sah ataupun lelaki lain, tidak akan terbatal wuduknya kerana pada pandangan syarak suami ibunya itu sebagai bapa tirinya.

Perhubungan antara anak tak sah taraf dan anak-anak sebelah ibunya yang sah taraf dan ahli keluarga sebelah ibunya yang lain adalah hubungan kekeluargaan yang sah, tetapi perhubungan ini tidak boleh diperluaskan kepada keluarga sebelah bapanya yang tidak sah itu.

Implikasi Anak Tak Sahtaraf Dari Segi Hukum Syarak

Kedudukan seseorang anak tak sahtaraf dari segi hukum syarak adalah seperti berikut:

i. Nasab (keturunan)

Dari sudut hubungan nasab keturunan, anak tak sahtaraf tidak harus dibinti atau dibinkan kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya. Dia hendaklah dibinkan kepada salah satu nama “Asma al-Husna” atau sifat Allah.

ii. Nafkah

Segala nafkah dan saraan hidup anak tak sahtaraf adalah menjadi tanggung- jawab ke atas ibunya. lni adalah kerana anak tak sahtaraf dinasabkan kepada ibunya dan tidak kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya.

iii. Pusaka

Anak tak sahtaraf tidak terputus hubungan keturunan dengan ibunya. Oleh itu kedua-duanya boleh mewarisi pusaka antara satu sama lain.Jika ibu meninggal dunia, maka dia berhak mewarisi pusaka ibunya bersama-sama ahli waris yang lain.

Begitu juga sekiranya anak tak sahtaraf itu meninggal dunia dengan terlebih dahulu, ibunya berhak mewarisi pusakanya. Seseorang anak tak sahtaraf adalah terputus hubungan daripada segi pusaka dengan bapanya yang tak sahtaraf dan dia tidak menjadi ahli waris dan tidak berhak mewarisi pusaka bapanya dan sebaliknya.

iv. Perwalian

Hak perwalian diri anak tak sahtaraf sebenarnya terletak kepada ibunya. Walau bagaimanapun, perwalian perkahwinan seseorang anak tak sahtaraf perempuan dipegang oleh wali hakim. Ini kerana seseorang perempuan tidak sah menjadi wali di dalam apa jua perkahwinan.

Lelaki yang menyetubuhi ibunya tanpa akad nikah sah, sama ada dia berkahwin atau tidak dengan ibunya selepas itu, tidak sah menjadi walinya.

v. Perkahwinan

Seseorang anak tak sahtaraf perempuan boleh berkahwin dengan seseorang lelaki dengan sah.

vi. Penjagaan

Penjagaan anak tak sahtaraf adalah dipertanggungjawabkan semata-mata pada ibu dan saudara mara sebelah ibu.

vii. Kematian

Kematian seorang anak tak sahtaraf yang belum baligh adalah menurut hukum agama ibunya. jika ibunya beragama Islam maka dia dihukum sebagai seorang Islam. Dengan demikian mayatnya hendaklah diurus secara pengurusan jenazah Islam.Jika ibunya bukan seorang beragama Islam maka dia dihukum sebagai bukan seorang beragama Islam sekalipun lelaki yang menyetubuhi ibunya itu seorang Islam.

viii. Amal Kebajikan

jika semasa hayatnya anak tak sahtaraf telah melakukan amal kebajikan sama ada untuk diri sendiri atau untuk masyarakat, maka segala manfaatnya dari segi pahala dan lain-lain akan kembali kepada dirinya juga.

jika seseorang anak yang dipungut yang tidak dapat ditentukan keturunan iaitu sama ada Islam

atau bukan Islam, maka adalah menjadi tanggungiawab kerajaan membesarkannya menerusi

kebajikan dan mendidiknya menurut agama Islam.

Hak Samarata

Seseorang anak tak sahtaraf adalah insan biasa. Dia hendaklah diberi perlindungan dan juga nafqah sama seperti anak-anak lain dari sudut agama dan undang-undang. Dia juga berhak mendapat perlindungan sepenuhnya daripada ibunya, keluarga ibunya dan Kerajaan.

Penutup

Dengan adanya garis panduan ini dapat menyelesaikan masalah masyarakat Islam, khususnya di dalam urusan kekeluargaan dan sekaligus memberi tempat kepada anak tak sahtaraf dalam masyarakat Islam.

LAMPIRAN A

Abdul Alim Hamba Allah yang Mengetahui

Abdul Azim Hamba Allah yang Agung

Abdul Aziz Hamba Allah yang Mulia

Abdul Bari Hamba Allah yang Banyak Kebaikan

Abdul Basit Hamba Allah yang Melimpah Nikmat

Abdul Baqi Hamba Allah yang Kekal

Abdul Jabbar Hamba Allah yang Tegas

Abdul Jalil Hamba Allah yang Mulia

Abdul Jawwad Hamba Allah yang Pemurah

Abdul Fattah Hamba Allah yang Membuka

Abdul Ghafur Hamba Allah yang Mengampun

Abdul Ghani Hamba Allah yang Kaya

Abdul Hadi Hamba Allah yang Memimpin

Abdul Hafiz Hamba Allah yang Memelihara

Abdul Hayy Hamba Allah yang Hidup

Abdul Hak Hamba Allah yang Sebenar

Abdul Hakam Hamba Allah yang Menghukum

Abdul Hakim Hamba Allah yang Bijaksana

Abdul Halim Hamba Allah yang Lemah Lembut

Abdul Hamid Hamba Allah yang Terpuji

Abdul Hannan Hamba Allah yang Penyayang

Abdul Karim Hamba Allah yang Pemurah

Abdul Khaliq Hamba Allah yang Mencipta

Abdullah Hamba Allah

Abdul Majid Hamba Allah yang Mulia

Abdul Latif Hamba Allah yang Lemah Lembut

Abdul Mannan Hamba Allah yang Memberi Nikmat

Abdul Muhaimin Hamba Allah yang Berkuasa

Abdul Mukmin Hamba Allah yang Beriman

Abdul Nasir Hamba Allah yang Menolong

Abdul Qadir Hamba Allah yang Berkuasa

Abdul Qahhar Hamba Allah yang Perkasa

Abdul Qayyum Hamba Allah yang Berkuasa

Abdul Rauf Hamba Allah yang Pengasih

Abdul Rahim Hamba Allah yang Penyayang

Abdul Rashid Hamba Allah yang Bijaksana

Abdul Razzak Hamba Allah yang Memberi Rezeki

Abdul Sattar Hamba Allah yang Menutup Kesalahan

Abdul Syukur Hamba Allah yang Bersyukur

Abdul Samad Hamba Allah yang Menjadi Tumpuan

Abdul Wafi Hamba Allah yang Setia

Abdul Warith Hamba Allah yang Mewarisi

Abdul Wahid Hamba Allah yang Tunggal

~ oleh ANUAR AHMAD di Mac 12, 2009.

Satu Respons to “ddt minggu keempat 2”

  1. assalammualaikum…..sy wanita yg sedang hamilkan anak d luar nikah..kini sy masih bersama bapa kepada anak yang sy kandungkan…kami membuat keputusan ,,,akan nikah selepas lahirnya anak ini..soalan saya….bolehkah kita meletakan bin nya atau binti..abdullah dan di (@/alias ) kepada nama bapa sebenar nya pada anak ini..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: