ddt minggu keempat 3

Solat musafir

Oleh Abdul Kadir Salleh

Maksudnya:

‘Dan apabila kamu bermusafir di muka bumi, maka tidaklah menjadi kesalahan bagi kamu mengqasarkan sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir, sesungguhnya orang-orang kafir iatu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu’.

(An- Nisaa : 101)

Kandungan ayat suci di atas menunjukkan bahawa orang-orang musafir dibolehkan mengqasarkan sembahyang sekiranya ia berada dalam keadaan cemas menghadapi ancaman musuh. Walau bagaimnapun orang-orang musafir juga dibolehkan mengqasarkan sembahyang dalam masa aman. Kemudahan ini berdasarkan hadis Rasullullah s.a.w seperti berikut :

Maksudnya :

Dari Ibnu Omar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda“ Sesungguhnya Allah suka supaya rukhsah-rukhsah yang diberikan-Nya diamalkan, sebagaimana ia tidak suka perkara-perkara maksiat dilakukan.”

( Hadis riwayat Imam Ahmad)

Maksudnya:

Dari Anas Ibnu Malik (r.a) berkata: “ Kami keluar bersama-sama Nabi Muhammad (s.a.w) dari Madinah menuju ke Mekah, maka baginda sembahyang dua rakaat, hinggalah kami pulang semula ke Madinah…….”

(Hadis Muttafak ‘Alaih)

Orang-orang musafir juga diberi kelonggaran untuk menjama’kan sembahyang Qasarnya dengan ‘Jama Taqdim’ atau ‘Jama Ta’khir’. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.

Maksudnya

Dari Anas bin Malik r.a berkata “ biasanya Nabi Muhammad s.a.w ( dalam masa musafir), apabila baginda berangkat sebelum gelincir matahari, ia menangguhkan sembayang Zohor hingga waktu Asar, kemudian baginda turun (dari kenderaan) lalu ia jama’kan kedua-duanya (Zohor dan Asar dengan Jama’Ta’khir). Sekiranya gelincir matahari sebelum baginda berangkat, ia sembayang Zohor kemudian terus berangkat”.

( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mengikut hadis sahih riwayat Al-Hakim dan Abu Naim, diterangkan bahawa baginda juga menjama’kan sembayang Zohor dan Asar dengan Jama ‘Taqdim’ (sesudah gelincir matahari) kemudian baginda berangkat meneruskan perjalanannya.

Dari ayat al-Quran dan hadis-hadis yang disebutkan itu, kita memahami bahawa orang yang keluar bermusafir dengan meninggalkan rumahtangga dan kampung halaman, diberi kelonggaran atau kemudahan untuk mengerjakan perintah syarak yang tertentu, seperti sembahyang fardhu lima waktu dengan beberapa syarat syarat tertentu.

Dari dalil-dalil tersebut para ulama bersepakat mengatakan bahawa seseorang yang bermusafir boleh mengqasarkan sembahyang yang empat rakaat (iaitu Zohor, Asar dan Isyak) kepada dua rakaat sahaja. Tetapi sembahyang maghrib tetap tidak berubah (tiga rakaat) demikian juga sembahyang subuh tetap (dua rakaat) tidak boleh diqasarkan.

Menurut Imam Syafie r. a , sembahyang qasar bukanlah satu perkara yang wajib, tetapi satu kemudahan (rukhsah) bagi orang yang bermusafir, dan kemudahan yang telah diberikan oleh Allah itu eloklah dilakukan.

Rukhsah ialah satu hukum syarak yang memberi kelonggaran dan kemudahan untuk mengerjakan satu hukum syarak yang berat. Rukhsah ini hanya diberikan kepada orang yang ada uzur syarii seperti musafir, sakit atau sedang menghadapi suatu kesukaran yang tidak dapat dielakkan.

Islam memberikan rukhsah kepada umatnya, adalah semata-mata untuk memberi kemudahan dan keringanan kepada mereka di dalam mengerjakan ibadat kepada Allah s.w.t. sebagaimana Allah s.w.t berfirman:

Maksudnya:

“Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran”.

( Al- Baqarah: 185)

Dan firman Allah s.w.t:

Maksudnya:

“Dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama”.

( Al- Haj: 78)

ADAB PERATURAN SEBELUM KELUAR MUSAFIR

Apabila seseorang itu berazam untuk memulakan perjalanan jauh, maka hendaklah

terlebih dahulu ia melakukan perkara-perkara berikut:-

1. Berwasiat mengenai perkara yang memerlukan wasiat dan hendaklah ada saksinya.

2.      Bertaubat kepada Allah segala dosa dan memohon keselamatan daripada-Nya dalam

masa perjalanan.

3. Menyelesaikan segala hutang-piutang yagn masih belum selesai jika berkemampuan

menyelesaikannya pada masa tersebut.

4.         Memohon kemaafan daripada kedua ibu- bapa dan keluarga di atas segala kesilapan

dan kesalahan.

SEMBAHYANG JAMA

Selain dari kemudahan (rukhsah) mengqasarkan sembahyang, orang-orang musafir juga diberi kemudahan untuk menjama’kan sembahyang, iaitu menghimpunkan di antara sembahyang Zohor dengan Asar atau Maghrib dengan Isyak pada waktu salah satu dari keduanya.

Sembahyang jama’ terbahagi kepada dua bahagian:

1. Jama ‘ Taqdim

Iaitu menghimpunkan sembahyang Asar bersama Zohor dalam waktu Zohor atau menghimpunkan sembahyang Isyak bersama Maghrib dalam waktu Maghrib.

CARA MENGERJAKAN SEMBAHYANG QASAR DAN JAMA

Apabila seseorang musafir yang telah memenuhi syarat-syarat perjalanan sepertimana yang telah disebut di atas, bolehlah ia mengerjakan sembahyang Qasar atau Jama’ atau mengerjakan sembahyang Qasar dan Jama ‘ sekaligus, iaitu menghimpun dua sembahyang serta memendekkannya.

SEMBAHYANG QASAR

Cara melakukan sembahyang Qasar, ialah mengerjakan dua rakaat mana-mana sembahyang yang empat rakaat (Zohor, Asar, dan Isyak) dengan berniat Qasar semasa Takbiratul Ihram.

Contoh lafaz niatnya:

Maknanya:

Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor dua rakaat qasar, tunai kerana Allah Ta’ala.

SEMBAHYANG JAMA ‘TAQDIM:

Sembahyang Jama ‘ Taqdim hendaklah dikerjakan dengan tertib serta berturut-turut di antara dua sembahyang, misalnya untuk mengerjakan sembahyang Zohor dan Asar, hendaklah lebih dahulu mengerjakan sembahyang Zohor sampai selesai, kemudian

setelah selesai memberi salam, terus berdiri lagi untuk mengerjakan sembahyang Asar. Begitu juga sembahyang Maghrib dan Isyak hendaklah terlebih dahulu mengerjakan sembahyang Maghrib, kemudian selepas memberi salam, terus berdiri lagi untuk mengerjakan sembahyang Isyak. Ketika hendak memulakan sembahyang yang kedua disunatkan iqamah.

SEMBAHYANG JAMA ‘ TA’KHIR;

Cara mengerjakan Jama ‘ Ta’khir tidak berbeza dengan Jama’ Taqdim kecuali waktunya sahaja, di mana Jama ‘Taqdim dikerjakan pada waktu Zohor atau Maghrib, sedangkan Jama’ Ta’khir pula dikerjakan pada waktu Asar atau Isyak. Di dalam jama’ taqdim diwajibkan tertib iaitu mendahulukan Maghrib daripada Isyak, tetapi di dalam Jama’ Ta’khir tertib tidak disyaratkan. Ini bererti di dalam Jama’ Ta’khir boleh mendahulukan mana-mana sembahyang. Walau bagaimanapun mendahulukan sembahyang yang empunya waktu itu disunatkan.

Cara mengerjakan sembahyang jama’ dan Qasar sekaligus tidaklah berbeza sepertimana mengerjakan sembahyang jama’ kecuali perbezaan pada rakaatnya sahaja. Iaitu sembahyang yang empat rakaat (Zohor, Asar dan Isyak) dikerjakan dua rakaat.

SYARAT-SYARAT JAMA ‘ TAQDIM

Seseorang itu tidak boleh mengerjakan sembahyang jama’ taqdim melainkan dengan tiga syarat:

1. Niat Jama’ dalam sembahyang yang pertama dan tidak boleh dita,khirkan sesudahnya. Sebaik-baiknya hendaklah diniatkan semasa Takbiratul Ihram sembahyang yang pertama.

Contoh: Lafaz niat sembahyang Jama ‘Taqdim dan Qasar, dengan menghimpunkan sembahyang Asar kepada Zohor dalam waktu Zohor.

اMaknanya:

Sahaja aku sembahyang farhdu Zohor dua rakaat qasar dengan Asar tunai kerana Allah Taala.

Contohnya:

Lafaz niat sembahyang Jama ‘Taqdim dan Qasar dengan menghimpunkan sembahyang Isyak kepada Maghrib dalam waktu mahgrib.

Maknanya:

Sahaja aku sembahyang fardhu Maghrib tiga rakaat dijama’kan dengan Isyak tunai kerana Allah Taala.

2. Ditertibkan iaitu didahulukan sembahyang yang pertama daripada sembahyang

yang kedua, umpamanya dikerjakan sembahyang Zohor sebelum Asar atau

Mahgrib sebelum Isyak dan tidak harus dikerjakan sebaliknya, kerana waktu itu

bukan haknya. Sekiranya sembahyang yang pertama batal, dan hendaklah

diulangi kedua-duanya sekali.

3. Berturut-turut iaitu setelah dikerjakan sembahyang yang pertama hendaklah terus dikerjakan sembahyang yang kedua. Walau bagaimanapun dibenarkan perpisahan yang sedikit disebabkan oleh urusan-urusan yang berhubung dengan sembahyang itu sendiri, seperti qamat, berwuduk, tayamum dan sebagainya. Apabila sembahyang Jama ‘ Taqdim selesai dikerjakan, maka tidak payah diulangi sembahyang yang kedua sekalipun waktunya masih ada semasa ia tiba kembali ke tempat kerana sembahyang tersebut telah dikerjakan.

2.                  Jama ‘Ta’khir

Iaitu melakukan sembahyang Zohor dalam waktu Asar atau Maghrib dalam waktu Isyak.

SYARAT-SYARAT JAMA’ TA ‘ KHIR

Sebelum mengerjakan Jama ‘Ta’ khir seseorang itu dikehendaki memenuhi dua syarat iaitu:

1. Berniat jama’ dalam waktu sembahyang yang pertama

Umpamanya semasa hendak mengerjakan sembahyang Zohor bersama-sama sembahyang Asar dengan “ Jama ‘Ta’khir” hendaklah ia berniat sahaja akan menjama’kan sembahyang Zohor pada waktu Asar nanti, iaitu pada kadar masa yang mencukupi untuk mengerjakan sembahyang Zohor. Sekiranya ia berniat semasa waktu Zohor hampir luput sehingga tidak mencukupi bagi sembahyang Zohor, maka ia dikira berdosa dan sembahyang Zohornya itu hendaklah diqadakan.

Contohnya:

Lafaz niat sembahyang Jama ‘ Ta’khir dan Qasar, dengan menghimpunkan sembahyang Zohor kepada Asar dalam waktu Asar.

Maknanya:

Sahaja aku sembahyang fardhu Asar dua rakaat qasar dijama’kan kepada Zohor tunai kerana Allah Taala.

Contoh:

Lafazkan niat sembahyang Jama’ Ta’khir dan Qasar dengan menghimpunkan sembahyang Maghrib kepada Isyak dalam dalam waktu Isyak:

Maknanya:

Sahaja aku sembahyang fardhu Isyak dua rakaat qasar dijama’kan kepada Maghrib tunai kerana Allah Taala.

2. Berkekalan masa musafirnya sehingga selesai sembahyang yang kedua.

Di dalam Jama ‘ Ta’khir tidak disyaratkan berturut-turut dan tidak pula wajib tertib sebagaimana yang disyaratkan dalam Jama ‘Taqdim, akan tetapi disunatkan saja. Jadi dalam melakukan Jama ‘ Ta’khir ini, boleh dikerjakan sembahyang yang hadir (sembahyang yang empunya waktu) terlebih dahulu, kemudian mengerjakan pula sembahyang yang dijama’kan, atau mengerjakan sembahyang yang dijama’kan terlebih dahulu, kemudian sembahyang yang hadir.

PERINGATAN

Perlu diingatkan bahawa sembahyang jama’ (sama ada Taqdim atau Ta’khir) boleh dikerjakan secara qasar. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:

Maksudnya:

“ Dari Ibn Umar r.a berkata, Rasulullah s.a.w pernah menjama’kan antara sembahyang Maghrib dan Isyak dengan jama’, di mana ia mengerjakan sembahyang Maghrib tiga rakaat dan Isyak dua rakaat dengan sekali qamat saja. ( Hadis riwayat Abu Daud Tarmizi)”.

CARA MENGERJAKAN SEMBAHYANG QASAR DAN JAMA

Apabila seseorang musafir yang telah memenuhi syarat-syarat perjalanan sepertimana yang telah disebut di atas, bolehlah ia mengerjakan sembahyang Qasar atau Jama’ atau mengerjakan sembahyang Qasar dan Jama ‘ sekaligus, iaitu menghimpun dua sembahyang serta memendekkannya.

SEMBAHYANG QASAR

Cara melakukan sembahyang Qasar, ialah mengerjakan dua rakaat mana-mana sembahyang yang empat rakaat (Zohor, Asar, dan Isyak) dengan berniat Qasar semasa Takbiratul Ihram.

Contoh lafaz niatnya:

Maknanya:

Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor dua rakaat qasar, tunai kerana Allah Ta’ala.

SYARAT-SYARAT SEMBAHYANG QASAR

Seseorang itu tidak dibenarkan mengerjakan sembahyang qasar, kecuali dengan beberapa syarat tertentu. Jika seseorang musafir, mempunyai syarat-syarat yang akan disebut nanti, barulah ia diharuskan mengqasarkan sembahyang. Di antara syarat-syarat mengqasarkan sembahyang ialah:

1. Perjalanan itu dengan tujuan yang baik, bukan untuk melakukan maksiat.

Bagi mereka yang pada mula perjalanannya bertujuan baik kemudian berubah niatnya kepada perkara-perkara maksiat, maka dalam masalah ini terdapat dua pendapat:

Pertama: Dia mendapat kemudahan mengqasarkan sembahyang dan lainya kerana perjalanannya berlaku dengan tujuan baik.

Kedua: Tidak mendapat sebarang kemudahan setelah niatnya berubah begitu juga jika diniatkan sebaliknya.

Mengenai orang yang melakukan maksiat semasa dalam perjalanan sedangkan

perjalanannya itu dilakukan dengan tujuan yang harus, maka ia tetap mendapat kenudahan yang diberi kepada orang yang musafir tanpa khilaf lagi. Ini kerana ia tidak di larang dari melakukan perjalanan itu, malah yang dilarang hanyalah melakukan maksiat dalam perjalanannya itu.

2. Jarak Perjalanan

Mengikut satu pendapat, perjalanan itu mestilah sejauh dua marhalah iaitu lebih kurang (56 batu atau 91km), sama ada perjalanan di darat, di laut ataupun di udara. Perjalanan yang kurang dari jarak itu tidak di haruskan mengqasarkan sembahyang. Ini mengikut pendapat kebanyakan ulama di antaranya: Al- Hassan, Al- Basri, Iman Malik, Ibn Omar, Ibn Abbas, Abu Al- Laith, Al- Syafie, Al- Thauri dan lain-lain.

Mengikut Abu Hanifah, perjalanan itu hendaklah tidak kurang dari tiga hari. Jika seseorang itu masih lagi ragu-ragu tentang jarak perjalanannya hendaklah ia berijtihad, dan kalau dia masih tidak tahu jaraknya, maka tidaklah harus ia mendapat sebarang kemudahan.

Apa yang dimaksudkan dengan perjalanan dua marhalah itu, ialah jarak dari rumahnya ke tempat yang ditujuinya. Sekiranya tempat yang ditujui itu mempunyai dua jalan, yang satu jalan pendek ( kurang dari 56 batu atau 91 km) dan yang satu lagi jalan panjang (lebih dari 56 batu atau 91 km), lalu diikutnya hala yang jauh tadi semata-mata untuk mendapat kemudahan tersebut, maka dalam masalah ini terdapat dua pendapat:

Pertama: Harus baginya mengqasarkan sembahyang dan kemudahan-kemudahan lain kerana syarat jarak perjalanannya cukup dan sempurna.

Kedua: Tidak harus mengqasarkan sembahyang atau lainnya, kerana ia sengaja memanjangkan perjalanan untuk tujuan tadi.

Walau bagaimanapun jika ia memilih jalan yang panjang tadi, bukan bertujuan

semata- mata untuk mendapat kemudahan, tetapi kerana tujuan lain seperti ia lebih baik daripada jalan yang satu lagi, maka haruslah baginya mendapat segala kemudahan tadi tanpa sebarang khilaf.

3. Menentukan tempat yang dituju

Seseorang yang musafir hendaklah berazam (berniat) di permulaan perjalanannya untuk menuju ke tempat yang tertentu. Sekiranya tempat tujuannya tidak ditentukan terlebih dahulu, umpamanya untuk mencari barang hilang dan apabila didapatinya ia terus pulang, maka tidak harus dia mengqasarkan sembahyang sekalipun perjalanannya melebihi dua marhalah.

Begitu juga sekiranya diubah niatnya semas adalam perjalanan, umpamanya dia

membatalkan perjalanannya, maka tidak harus baginya mengqasarkan sembahyang pada

tempat itu dan apabila dia meneruskan perjalanannya maka perjalanannya itu dikira bermula dari tempat tersebut.

4. Mengetahui tentang hukum harusnya sembahyang qasar

Mengetahui tentang harusnya sembahyang qasar adalah penting bagi mengelakkan dari perbuatan yang sia-sia dalam beribadat. Sebab itu seseorang yang tidak mengetahui tentang harusnya, tetapi ia mengqasarkan juga, maka sembahyang itu adalah batal kerana ia dianggap beramal tanpa ilmu dan bermain-main dengan ibadatnya sendiri.

5. Berniat mengerjakan sembahyang qasar semasa takbiratul ihram dan tidak ada sebarang perubahan dalam niatnya;

Sekiranya niat qasar ini berubah ataupun terjejas disebabkan oleh suatu keraguan,

Maka mestilah disempurnakan sembahyang (empat rakaat). Walau bagaimanapun niat

tersebut boleh (disyaratkan), umpamanya seoarang yang sembahyang berjemaah di belakang imam yang tidak diketahui niatnya, lalu ditaliqkan (digantungkan). Sekiranya imam sembahyang qasar, maka dia juga akan mengqasarkan sembahyangnya, dan jika imamnya sembahyang sempurana 4 rakaat, ia juga akan menyempurnakan sembahyang empat rakaat.

TEMPAT BERMULA DAN BERAKHIRNYA PERJALANAN

Kemudahan mengqasarkan sembahyang diberikan kepada seseorang musafir setelah ia keluar dari tempat tinggalnya. Sekiranya tempat itu merupakan sebuah kampung, maka perjalanannya dikira setelah ia keluar dari kawasan perkampungan terserbut. Umpamanya jika perkampungan tersebut disempadani oleh pagar atau kota, maka perjalanannya dikira bermula setelah melalui pagar atau kota tersebut.

Setelah ia keluar dari kawasan perkampungannya tadi, maka ia dikira sebagai seorang musafir dan dibolehkan mengqasarkan sembahyang atau mengerjakan rukhsah yang lain. Seseorang musafir tidak dibolehkan mengerjakan sembahyang qasar atau jama’ sebelum keluar dari kawasan perkampungan. Hukum mengerjakan sembahyang qasar ini diharuskan selama mana seseorang itu masih dikira sebagai seseorang musafir.

Seseorang itu dikira sebagi musafir dan boleh mengqasarkan sembahyang dalam keadaan-keadaan berikut:-

1. Sebaik sahaja ia keluar dari kawasan perkampungannya untuk pergi ke suatu tempat yang jaraknya tidak kurang dari dua marhalah (lebih kurang 56 batu atau 91km).

2. Sepanjang perjalanan ke tempat yang ditujuinya.

3. Apabila sampai di tempat yang ditujuinya ia dibenarkan mengqasarkan sembahyang dalam keadaan berikut:-

(a) Selama tidak lebih dari tiga hari penuh (tidak termasuk hari masuk dan keluar) jika ia berniat hendak bermukim di situ selama tidak lebih dari masa tersebut.

(b) Menurut Imam Syafie (r.a); Orang musafir yang tidak dapat menetapkan dengan pasti hari untuk menyelesaikan urusannya yang mustahak itu, kerana terlalu rumit atau banyak, dibolehkan mengerjakan sembahyang qasar sehingga 18 hari dan selepas itu hendaklah ia mengerjakan sembahyang dengan ‘tamam’ (cukup rakaat yang maklum) seperti biasa.

(c) Sebaliknya kalau ia berniat hendak bermukim (tinggal menetap) di suatu tempat selama 4 hari (selain daripada hari masuk dan hari keluar), maka selepas itu ia tidak dikiara sebagai orang musafir dan tidak dibolehkan mengqasarkan sembahyangnya.

Perjalanan akan dikira berakhir melalui tiga cara:

1. Kembali ke tanahairnya atau kampung halaman tempat bermukimnya.

2. Niat bermukim\

3. Dengan berhentinya seseorang itu pada suatu tempat lebih dari tiga hari.

Apabila seseorang musafir berniat hendak bermukin (tinggal menetap) selama empat hari selain dari hari sampai dan berangkat nescaya ia menjadi orang yang bermukim serta terputuslah perjalanan dan hilanglah kemudahan untuk mengerjakan sembahyang qasar dan jama’.

PANDUAN DOA UNTUK ORANG MUSAFIR

Orang-orang yang hendak bermusafir adalah sangat-sangat digalakkan untuk membaca doa-doa yang sunat seperti berikut:-

i)                    Semasa melangkah keluar rumah:

Bermaksud:

“ Dengan nama Allah (aku melangkah keluar) aku berserah bulat-bulat kepada Allah: (Sebenarnya aku tiada daya dan tiada kekuatan untuk mengelakkan diri dari segala bahaya dan dugaannya melainkan dengan pertolongan Allah”.

ii)                   Semasa menaiki kenderaan

Bermaksud:

“ Maha suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya, dan sesungguhnya kepad Tuhan kamilah, kami akan kembali”.

iii) Tambahan doa-doa yang sesuai kepada doa-doa di atas;

Bermaksud:

“ Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya akau memohon kepada-Mu kebaikan dan taqwa dalam pelayaran kami ini, dan amal soleh yang Engkau redhai”.

i)                    Bermaksud:

“ Ya Allah Ya Tuhan kami, mudahkanlah pelayaran kami, dan dekatkanlah jarak jauhnya (supaya kami segera sampai ke tempat yang dituju)”.

(v)                Bermaksud:

“ Ya Allah Ya Tuhan Kami, Engkalulah rakan dalam pelayaran dan wakil pengganti yang menjaga keluarga kami ( yang tinggal)”.

(vi)              Bermaksud:

“ Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada- Mu daripada kesukaran- kesukaran (yang lazim berlaku) dalam pelayaran, dan ( daripada keadaan yang menyebabkan aku) berupa duka dan muram, juga ( daripada sebarang peristiwa buruk) sekembalinya aku yang menimpa ke atas harta benda, keluarga dan anak pinak”.

PENUTUP

Sebagaimana yang kita maklum, rukhsah adalah salah satu daripada cirri-ciri (keistimewaan) dalam agama Islam, dan Islam tidak memberatkan penganut-penganutnya dalam menjalankan kewajipan dan tanggungjawab. Begitu juga dalam setiap perintah (sama ada berupa suruhan atau tegahan dalam Islam), tidak memberatkan dan tidak bertentangan dengan tabiat semulajadi manusia. Dalam pada itu Islam sentiasa menggalakkan umatnya supaya berusaha mencari rezeki dan lain-lain keperluan hidup di samping tidak lupa terhadap tanggungjawab utamanya sebagi seorang hamba Allah iaitu mengerjakan ibadat kepada Allah s.w.t.

Berdasarkan keadaan inilah, Allah memberikan kelonggaran serta kemudahan kepada manusia dalam mengerjakan ibadat sembahyang lima waktu, iaitu kemudahan mengqasar dan menjama’kan sembahyang . Oleh yang demikian eloklah kita menerima serta mengerjakan kemudahan tersebut sebagai tanda syukur kepada Allah s.w.t., dan demi untuk kemudahan kita dalam menjalankan amal ibadat seharian.

SEMBAHYANG QASAR

Mengqasarkan sembahyang ertinya memendekkan sembahyang yang empat rakaat (Zohor, Asar, Isyak ) menjadi dua rakaat sahaja.

PENDAPAT ULAMA MENGENAI QASAR

Para ulama berselisih pendapat tentang hukum sembahyang qasar:

1. Mengikut pendapat Syafiiyah (para ulama dari mazhab Syafie), hukum sembahyang qasar bagi musafir yang jarak jauh perjalanannya tidak kurang dua marhalah (56 batu atau 91 km) adalah harus. Bahkan sembahyang qasar itu lebih afdal, sekiranya jarak perjalanan lebih dari tiga marhalah.

2. Mengikut pendapat Hanafiyah (para ulama dari mazhab Hanafi) hukum mengqasarkan sembahyang yang empat rakaat ialah wajib tetapi wajib di sisi mereka ialah kurang dari fardhu (iaitu sama dengan sunat Muakkad). Oleh yang demikian makruh bagi orang yang musafir mengerjakan sembahyang sempurna empat rakaat. Jika dikerjakan juga sembahyang sempurna empat rakaat tanpa meninggalkan duduk tahiyyat awal, sembahyangnya tetap sah kerana duduk tahiyyat awal bagi sembahyang musafir ialah fardhu. Orang yang meninggalkan qasar diharamkan dari mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w pada hari Akhirat.

3. Mengikut pendapat Malikiiyah (para ulama Mazhab Maliki) hukum sembahyang qasar ialah sunat Muakkad. Orang yang tidak mengerjakan sembahyang qasar tidak diharamkan dari mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w pada hari Akhirat.

4. Mengikut pendapat Hanabilah (para ulama mazhab Al- Imam Ahmad Ibn Hanbal) hukum sembahyang qasar ialah harus, bahkan lebih afdal dari sembahyang sempurna 4 rakaat, kecuali mereka yang lazimnya belayar bersama keluarga mereka di lautan, maka pada waktu itu tidak harus bagi mereka bersembahyang qasar, sebab mereka dikira bermukim.

Dengan ini para ulama sekata tentang harus mengerjakan sembahyang qasar, Cuma yang berbeza di kalangan mereka ialah mengenai hukumnya sahaja.

(1) Kitab Al- Fiqh ala Al- Mazahib Al- Arbaah, Abdul Rahman Al- Jaziri, Jilid Satu, Muka Surat 471

~ oleh ANUAR AHMAD di Mac 12, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: