FAJAR NAN INDAH TELAH MENYINGSING..

Bersama TOK GURU NIK AZIZ semasa menjadi Urusetia Dewan Ulama PAS Pusat..image5722

 

FAJAR NAN INDAH TELAH MENYINGSING..

Sungguh indah alam ciptaan Allah.. suasana pagi yang damai.. aku berada diberanda hostel aksasia.. merenung keindahan pagi.. terasa kedamaian jiwa bila mendengar suara burung yang berkicauan.. suasana bumi tua nan yang sepi tanpa kesibukkan manusia.. betapa damainya menikmati keindahan ala mini selepasa menyembah Penciptanya.. dada terasa lapang bila sujud kepada yang Maha Esa.. suasana Akasia Avenue semakin menghibakan hati.. teringat kat kampong tercinta.. jika dikampung.. aku akan keluar berjalan menikmati keindahan kampong diwaktu fajar meyingsing..

Sebegini indah alam ini.. namun.. masih ada lagi hamba yang tidak bersyukur.. jika dikira dan dihitung.. betapa ramai makhluk Allah yang tidak bangkit dari mimpi yang indah untuk meyembah dan sujud pada Allah yang Maha Kuasa.. sedih hati ini bila teringatkan hamba-hamba yang sanggup mementingkan tidurnya dari Tuhannya.. di manakah rasa kehambaan?.. dimanakah nilai kemanusiaan?.. betapa jijiknya sikap seorang hamba yang tidak bangkit untuk sujud pada Zat yang menciptakannya.. amat malang seorang hamba yang diberi nikamat Oleh Allah tetapi menggunakan nikmat itu untuk meningjari segala perintah Allah.. di sebalik keindahan pagi di Akasia Avenua.. aku dapat bayangkan betapa ramai insan-insan yang telah meninggalkan solatnya..

Kenapa mereka sanggup meninggalkan solat mereka? Tidak sedarkah mereka akan azab Allah? Tidakkah mereka mengerti peranan solat didalam kehidupan manusia? Tidakkah mereka bersalah pabila meninggalkan solat? Tidakkah mereka tahu amalan yang pertama yang dihisab oleh Allah di Mashar kelak? Kenapa mereka masih mengambil mudah dengan solat? Mereka bukan orang jahil.. bukan tiada ilmu.. bukan yang punya pointer yang rendah.. bukan yang tiada harta kekayaan.. bukan orang kampong yang tidak punya pendidikan agama.. bukan para-para pesakit di hospital..

Betapa malangnya jiwa-jiwa yang meninggalkan solat.. jika aku diberi kuasa untuk memaksa orang bersolat.. pasti aku sanggup mati untuk menyeru manusia kepada solat.. bagiku, inilah dakwah yang wajib didokong oleh semua para du’at di USIM.. alangkah indahnya jika Hisbah yang aku cadangkan sewaktu semester pertama aku  di USIM diambil perhatian oleh para pimpinan pelajar.. pelbagai alasan yang aku terima untuk menolak usul aku.. tapi aku tidak salahkan mereka.. aku faham situasi mereka dan kelimitan kuasa mereka..

Amat memalukan jika sebuah institusi ilmu islam mempunyai staf-staf, kakitangan dan warga yang tidak mementingkan solat.. aku tidak menunding jari kepada mana-mana pihak.. soalat adalah hak peribadi mereka.. bukan salah institusi, majikan dan pertubuhan.. betapa indahnya jika Islam di amalkan secara syumul dinegara ini.. seruan solat dapat diseru dengan bebas dan berkanun.. boleh turun padang untuk memantau orang yang tidak solat..

Solat adalah ibadat yang terpenting didalam Islam.. jika aku menjadi pimpinan tetinggi negara.. akan ku gubal undang-undang yang menghukum orang yang tidak solat..   tidak perlu bercakap tentang hudud jika rahan ini belum lagi terlaksana.. amat mudah untuk melaksanakan hokum hudud jika semua islama dinegara ini mengambil ihtimam kepada solat.. sebab solat adalah tunggak kepada agama Islam.. Apabila selesai perkara basic maka amat mudah untuk melaksana perkara yang bersifat teknikal.. solat dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.. umat telah terjaga dari kemungkaran jika kerajaan mengambil peduli tentang soal ibadat solat masyarakatnya.. punca utama gejala sosial dan kemungkaran berlaku didalam Negara adalah kerana masyarakatnya yang tidak mengambil berat tentang ibadat solat..

Aku akan senaraikan pelbagai gejala sosial dimalaysia.. bagi pendapatku.. semua ini berlaku kerana masyarakat telah meninggalkan roh solat didalam kehidupan mereka.. walaupun ada factor-faktor lain yang mempengaruhi mereka melakukan kejahatan ini..

a. Faktor Ibu bapa:

 

-Ibu bapa tidak bertanggungjawab

-Ibu bapa gagal membimbing dan mengasuh anak-anak [menerapkan nilai      murni,ajaran agama dan kasih sayang]

-Bersikap materialistik dan sibuk mengejar kebendaan

-Tidak mengetahui gerak-geri anak-anak

 

 

b.Faktor Perkembangan Teknologi Maklumat:

 

-Internet dan saluran informasi

            -Informasi tidak berfaedah mudah didapati

-Berlaku diffusi budaya (budaya songsang).

            -Budaya luar diserap masuk ke dalam budaya kita

            -Pengaruh cara bercakap, berpakaian,  bersosial dan berfikir

 

 

c.Faktor Kejiwaan (An-Nafs):

 

-Salah satu unsur kejadian manusia dan mempunyai dua kecenderungan: kebaikan dan kejahatan

 

Firman Allah swt:

 

            Maksudnya “ Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), Maka Allah       mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.

            Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, Dan Sesungguhnya          merugilah orang yang mengotorinya”.

 

                                                                                                ( Surah al Syams :7-10)

 

Al-nafs Mutma’innah [kebaikan] –zat yang sangat halus,bertabiat mulia dan mempunyai darjat yang tinggi

Al-nafs al-Ammarah [keburukan] –yang menurut hawa nafsu

-Remaja yang kuat iman dapat mengalahkan al-nafs al-ammarah

 

Ibnu Maskawaih mengatakan:

 

“Akhlak ialah keadaan jiwa yang selalu mendorong manusia berbuat tanpa memikirkannya (lebih lama).”

 

 

d. Faktor Media Massa:

 

-Banyak memaparkan pengaruh negatif Barat

-Nilai keislaman tidak dititikberatkan

-Budaya Barat jadi garis panduan

-Kurang/tidak ada pengisian minda yang berfaedah

 

 

e. Faktor Kesan Globalisasi:

 

-Konsep dunia tanpa sempadan

-Segala maklumat & perkembangan dapat diketahui & dicapai [baik atau buruk]

-Sifat remaja suka mencuba sesuatu yang baru

-Remaja teruja dan tidak dapat mengelak daripada melihat/berinteraksi terhadap apa yang dipaparkan

 

 

f. Faktor Rakan Sebaya:

 

– Rakan sebaya adalah orang yang sangat berpengaruh kepada perkembangan  remaja

– Rakan sebaya mempunyai tahap mentaliti dan tahap pemikiran yang sama.

– Seorang sahabat mestilah mempunyai sifat-sifat dan ciri-ciri yang dapat                                      memberi faedah keagamaan.

– Sabda Nabi s.a.w daripada Abu Hurairah r.a:

 

Maksudnya :“ Seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu hendaklah      seseorang dari kamu melihat dengan siapakah dia berkawan”.

 

                                                            (Hadis riwayat Abu Daud dan at Tirmizi)

 

 

g. Faktor Kelonggaran Penguatkuasaan Undang-undang:

 

-Rasuah di kalangan penguatkuasa undang-undang

-Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan

-Penguatkuasaan tidak tegas

 

 

 

 

 

 

 

 

Kesimpulan:

 

Langkah membendung gejala sosial

-Beriman kepada Allah subhanahu wataala, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, malaikat- 

 malaikat-Nya, Hari Kiamat serta qadak dan qadar-Nya.

-Menerapkan rukun-rukun Islam dalam kehidupannya.

-Taat yang tidak berbelah bahagi kepada Allah dan Rasul-Nya.

-Mengerjakan suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya.

-Berpegang teguh kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

-Mencontohi akhlak yang baik dan meninggalkan akhlak yang tercela.

 

Firman Allah s.w.t:

 

            Maksudnya: “ Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka

            tidak mengubah nasib mereka sendiri”.

 

PAKAIAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

 

Aurat

 

Aurat diambil dari perkataan Arab ‘Aurah’ yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

 

Perintah Menutup Aurat

 

a. Larangan berpakaian seperti masyarakat Jahiliyah

 

Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh Allah s.w.t;

 

 

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu;…”.

 

                                                                                                            ( Surah al Ahzab: 33)

 

b. Tuntutan melabuhkan pakaian

Dalam hal ini Allah s.w.t telah berfirman:

 

Maksudnya: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”.

 

                                                                                                 (Surah Al-Ahzab ayat 59)

 

 

c. Memakai pakaian yang sederhana

 

Firman Allah s.w.t :

 

Maksudnya: “….dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya..)

 

                                                                                                            (Surah an Nuur:31)

 

 

Iman Syafie berpendapat; perhiasan yang dalam ayat di atas terbahagi kepada dua makna iaitu

            -Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka , pipi mulut, mata bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.

            -Perhiasan seperti pakaian,alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.

 

 

Beberapa Situasi Menutup Aurat

 

a.Aurat ketika di hadapan  bukan mahram

b.Aurat ketika di hadapan ajnabi

c.Aurat ketika bersama mahram

dAurat ketika bersama suami

e.Aurat ketika dharurah

 

 

Ciri-ciri Pakaian Wanita Islam

 

  • Pakaian itu hendaklah menutup aurat.
  • Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.

    Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al Albi dan Rasulullah S.A.W. pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid), untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.

    Suatu hari Rasulullah S.A.W. bertanyakan Usamah: “Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?” Usamah menjawab: “Saya telah berikan kepada isteri saya.” Lalu Rasullullah S.A.W bersabda kepada Usamah: “Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak di galas , maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)”.

 

  • Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.

    Selain dari itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan mambayangkan kulit pemakainya.

  • Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.

 

  • Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

    Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan: maksudnya: Rasulullah S.A.W. telah melaknat orang-orang lelaki yang berpakaian perempuan dan orang-orang perempuan yang berpakaian

 

  • Pakaian itu bukan melambangkan kemegahan dan bukan untuk berhias-hias atau ditambah dengan haruman yang semerbak.

    Abu Musa Al-Asy’ari telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: “Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina.”

 

  • Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.

 

 

 

Kesimpulan

 

Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus mengindari perbuatan tidak senonoh di kalangan lelaki terhadap wanita.

Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam akan mendapat keredhaan Allah S.W.T. dan lelaki akan memandang mereka dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang amat tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.

 

TRANSEKSUAL

 

Pengenalan

 

-Menurut Khairuddin , transeksual, secara umumnya di Malaysia merujuk kepada lelaki transeksual (mak nyah). Golongan transeksual wanita lebih sukar dikesan kerana faktor penampilan pakaian mereka yang tiada perbezaan dengan wanita-wanita lain.

 

-Menurut Teh (1998), bilangan mak nyah di Malaysia adalah berjumlah sekitar 10000 orang iaitu 70- 80 % adalah berketurunan Melayu dan selebihnya adalah berketurunan Cina, India serta lain-lain etnik minoriti.

 

-Istilah mak nyah mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1987 apabila golongan ini cuba untuk menubuhkan satu persatuan untuk mereka dan istilah ini digunakan untuk merujuk kepada golongan lelaki transeksual.

 

Konteks kebudayaan dan keagamaan

 

-Menurut pandangan Islam, gender (jantina) terbahagi kepada empat kumpulan iaitu lelaki, perempuan, khunsa dan mukhannis atau mukhannas.

 

-Khunsa, pada dasarnya bermaksud dwi jantina. Manakala mukhannas adalah golongan yang mahukan jantina yang lain dari jantina mereka lahir. Mereka mahu menjadi wanita dan membenci identiti kelakian mereka. Golongan mukhannis pula, mereka adalah golongan lelaki yang tinggi sifat kewanitaanya tetapi tidak mahukan pembedahan jantina.

 

-Golongan khunsa, menurut Islam, dibenarkan untuk menjalani pembedahan jantina supaya mereka dapat menjadi samada lelaki atau wanita.

 

-Pada tahun 1983, Majlis, Raja-Raja telah menetapkan fatwa bahawa pembedahan jantina adalah haram hukumnya kerana pembedahan itu adalah salah di sisi Islam. Perbuatan silang-pakaian (cross dressing) juga dilarang.

 

-Bagi golongan khunsa, pembedahan jantina adalah dibenarkan. Maka secara dasarnya, golongan maknyah sebenarnya adalah tidak diiktiraf bagi masyarakat Malaysia. Ramai dari mereka menerima kenyataan bahawa Islam melarang transeksualisme.

 

 Ini selaras dengan dalil – dalil yang dinyatakan melalui hadis. Sebagai contoh, hadis di dalam sahih Bukhari, Volum 7, buku 72, nombor 774, yang bermaksud:

 

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas:

Rasulullah melaknat lelaki yang berkelakuan seperti perempuan dan perempuan yang berkelakuan seperti lelaki, dan kata baginda lagi “halau mereka dari rumahmu. “

 

Di dalam hadis Sunan Abu Dawud, Buku 32, Nombor 4087 yang bermaksud:

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
Rasulullah melaknat lelaki yang berpakaian seperti perempuan dan wanita yang berpakaian seperti lelaki

5 PERMASALAHAN MURTAD

 

Definisi

           

 Murtad adalah orang yang meninggalkan agama Islam beralih kepada agama lain seperti Nasrani,Yahudi atau beralih kepada aliran yang bukan agama seperti mulhid

 ( mengingkari agama) dan komunisme. Orang itu berakal dan atas kemahuannya sendiri, tidak dipaksa.

 

 

Hukuman

 

i. Memberi nasihat dan mengajaknya kembali kepda agama Islam

( selama 3 hari)

ii. Jika dia ingkar maka hukuman bunuh.

 

Implikasi:

 

i.Jenazah tidak dimandikan, disolatkan atau dikuburkan di perkuburan Islam.

ii.Tidak mewarisi atau menerima warisan harta.

iii.Hartanya menjadi harta fa’i ( rampasan) untuk kemaslahatan orang Islam.

 

-Dalil firman Allah s.w.t;

 

Maksudnya :”Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka Telah kafir kepada Allah dan rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.”

 

                                                                                                ( Surah al Taubah : 84)

 

 

 

Maksudnya: “Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?”

 

                                                                                                            (Surah al Taubah: 65)

BULI

 

Definisi

 

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.  Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.

 

 

Pembuli

– pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan enam.

– bertubuh besar, tegap, dan tinggi.

– melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.

– membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.

 

Dibuli

– mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua, dan tiga serta pelajar     sekolah rendah.

-bertubuh kecil.

– pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran.

-Pelajar baru di sekolah.

 

 

Kenapakah mereka sering membuli?

 

-Faktor rakan sebaya

-Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati .

-Mereka pernah menjadi mangsa buli.

-Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.

-Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik.

-Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.

-Akibat perceraian ibu bapa.

-Terlalu dimanja oleh ibu bapa.

-Sekadar mahu berseronok.

-Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.

-Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam bahasa Inggeris.

 

 

Jenis-jenis buli

 

-Buli fizikal : pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan.

 

Buli mental: ejek-mengejek.

 

 

Kesan buli

 

Pembuli

Kesan luaran:  menjadi penjenayah, bertindak agresif seperti merogol, merompak, atau menjadi seorang pendera terhadap isteri.

 

Dibuli

Kesan luaran : Mereka akan membalas dendam

Kesan dalaman : Hilang keyakinan diri

 

 

Pandangan Islam Terhadap Kes Buli

 

Islam adalah agama yang sentiasa menjaga dan memelihara hak-hak individu muslim. Oleh kerana itu Islam melarang perbuatan yang boleh menganiaya dan menzalimi individu yang lain sama ada orang Islam mahupun bukan Islam.

 

 

a.  Menjaga Kehormatan Darah (Nyawa):

 

Islam mengakui kehormatan darah.Oleh sebab itu, Islam memelihara bagi individu “hak kehidupan”. Al Quran  telah mengisytiharkan bahawa firman Allah s.w.t;

 

Maksudnya : “Oleh kerana itu kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahwa: barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana  orang itu (membunuh) orang lain , atau bukan kerana  membuat kerosakan dimuka bumi, Maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, Maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.

 

                                                                                                            (Surah al Maidah: 32)

 

b. Menjaga Kehormatan (Harga) Diri

 

Islam menjaga ‘hak kehormatan”.Individu tidak boleh dihina dihadapannya dan tidak boleh diumpat di belakangnya dengan apa-apa saja ungkapan atau isyarat yang menyakitkan hatinya.Firman Allah s.w.t;

 

 

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman  dan barangsiapa yang tidak bertaubat, Maka mereka Itulah orang-orang yang zalim”.

 

                                                                                                            (Surah al Hujurat:11)

 

c. Islam Melarang Perbuatan Buruk sangka

 

Maksudnya: “ Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), Karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”

 

 

                                                                                                            (Surah al Hujurat:12)

 

 

 

c. Islam melarang melakukan kezaliman

 

Sabda Nabi s.a.w daripada Ibn Umar r.a:

 

            Maksudnya: Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain.Janganlah dia menzaliminya dan membiarkannya dizalimi.

 

                                                            (Hadis riwayat al Bukhari,Muslim dan al Tirmizi)

ROKOK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

 

Pendahuluan

 

Merokok sememangnya satu tabiat yang digemari ramai. Walaupun perbuatan ini membahayakan kesihatan namun masih ramai yang terus merokok. Merokok boleh menyebabkan seseorang itu ketagihan sama seperti dadah. Keadaan ini mungkin mengejutkan kerana kita mempercayai bahawa tembakau tidak mengandungi ‘dadah’.

 

 

 

Kandungan Rokok

 

-Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenalpasti bahawa dadah nikotin merupakan bahan utama dalam tembakau ( 1%-3% ) yang boleh menyebabkan ketagihan. Nikotin ialah sejenis dadah haram.

 

-Dalam sebatang rokok terdapat 0.5 hingga 2.0 mg nikotin dan ini bergantung kepada cara ia diproses. Nikotin boleh menyebabkan ketagihan lebih berbanding dengan alkohol (arak) atau dadah kokain.

 

-Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia :(bahan radioaktif (polonium -201),cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati.

 

 

 

Tabiat Merokok

 

-Merokok dapat disamakan sebagai proses memasukkan bahan racun dengan cara hisapan ke dalam tubuh. Bahan racun itu akan dikeluarkan dari tubuh melalui proses perkumuhan (ekskresi) air kencing, najis atau pernafasan.

 

-Jika tabiat ini dilakukan secara berterusan setiap hari, maka jumlah racun yang dihisap akan melebihi jumlah yang berupaya dikumuhkan oleh badan. Akibatnya berlaku penggumpulan bahan racun di dalam badan.

 

 

-Tabiat merokok mengakibatkan 90% daripada kesemua kes kanser paru-paru, 75% kes kerosakan paru-paru (chronic bronchitis & emphysema) serta 25% kes jantung di kalangan lelaki berumur di bawah 65 tahun.

 

-Asap yang terhasil daripada puntung rokok yang sedang menyala (sidestream), bersama-sama asap yang dihembus keluar oleh si perokok (ehaled smoke) adalah dipanggil environmental tobacco smoke (ETS). Ianya mengandungi jumlah kandungan racun pada peratusan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan asap yang disedut terus dari batang itu (mainstream smoke).

 

-Kajian-kajian saintifik yang dijalankan oleh berbagai badan penyelidikan terkemuka antarabangsa telah membuktikan bahawa merokok secara pasif (passive smoke) merupakan penyebab utama kejadian kanser paru-paru di kalangan orang yang tidak merokok

 

 

Fatwa Berkaitan Rokok

 

a. Pengharaman rokok ke atas orang Islam sahaja.

 

Pada 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 telah memutuskan bahawa tabiat merokok itu adalah haram menurut pandangan Islam kerana terdapat kemudaratan. Pengharaman ini adalah ke atas orang Islam sahaja.

 

b. Menghisap rokok adalah suatu perbuatan membunuh diri sendiri dan orang lain atau makhluk lain.

 

Firman            Allah s.w.t.:

 

Maksudnya: “… dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu”.

 

(Surah al Nisaa’: 29)

 

Sabda Rasullulah s.a.w. daripada Abu Hurairah r.a : “Siapa yang membunuh diri dengan meminum racun, maka racun itu akan tetap berada di tangannya dan diminumnya dalam neraka jahanam” .
                                                                                                           

c. Islam melarang kita melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kesihatan kita dan yang boleh mengancam kehidupan kita.

 

Firman Allah s.w.t:

 

Maksudnya: “Iaitu orang-orang yang mengikut rasul, nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. “

                                                                                                ( Surah Al-A’raf : 157)

 

 

Firman Allah s.w.t :

 

 

Maksudnya: “Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”.

 

                                                                                                ( Surah al Baqarah : 195)

 

Pandangan Ulama’ Berkaitan Rokok

 

-Dr.Syeikh Muhamad Yusuf al Qardhawi

 

-Mengikut pendapat Dr. Yusof Al Qardawi bahawa beliau berpendapat merokok adalah lebih cenderung kepada HARAM, memandangkan merokok banyak mendatangkan mudarat kepada tubuh badan dan harta penagihnya, malah ia juga dianggap sebagai satu cara membunuh diri secara perlahan-lahan.

 

Al-KHAMRU maa khaamaral aqla (arak ialah semua bahan yang dapat menutupi akal), suatu ungkapan yang pernah dikatakan oleh Umar Ibnul-Khattab dari atas mimbar

Rasulullah s.a.w.

 

Setiap yang  mengganggu fikiran dan mengeluarkan akal dari tabiat yang sebenarnya, adalah disebut arak yang  telah diharamkan Allah s.w.t Dan perkara ini termasuklah  semua bahan yang kini dikenal dengan nama narkotik, seperti ganja, marijuana dan sebagainya.

 

-Bahan narkotik  dapat mengganggu kemurnian jiwa, dan menghancurkan moral, dan melemahkan perasaan untuk melaksanakan kewajipan sebagai seorang muslim.Haramnya narkotik ini telah disepakati oleh ahli-ahli fiqih yang pada zamannya dikenal dengan nama al khabaits (keburukan).

 

 

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah

 

Ibn Taimiyyah dalam tinjauannya, mengatakan: “Ganja (hasyisy) adalah bahan yang haram, baik orang yang merasakan itu mabuk ataupun tidak … Hasyisy ini selalu dipakai oleh orang-orang jahat, kerana di dalamnya mengandungi unsur-unsur yang memabukkan dan menyenangkan. Biasanya dicampur dengan minuman-minuman yang memabukkan.

 

 

 

Sebab Pengharaman Rokok

 

1. Mengganggu

 

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : “Seseorang yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat tidak akan menyakiti hati jirannya”. (Riwayat Bukhari). Tabiat merokok kadang kala turut mengganggu dan menyakiti hati orang di sekelilingnya.

 

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, kandungan rokok bukan sahaja memberi kesan negatif kepada penghisap malah kepada mereka yang menyedut asap rokok. Ini adalah kesan yang tidak terima oleh perundangan Islam berdasarkan sebuah hadith yang bermaksud, “tidak ada kemudaratan (dalam Islam) dan kemudaratan kepada orang lain perlu dihindarkan”. Seseorang itu tidak boleh menimpa kemudaratan ke atas dirinya mahu pun ke atas orang lain.

 

 

2. Membazir

 

Di samping itu, merokok diharamkan kerana ia merupakan suatu aktiviti yang jelas mendatangkan pembaziran kewangan. Bagi mereka yang menghisap sekotak rokok sehari yang harganya RM5.30, ia terpaksa membelanjakan sejumlah RM159 sebulan dan RM1,908 setahun dan sejumlah RM19,080 bagi sepuluh tahun. Jumlah besar tersebut sudah tentu dapat dimanfaatkan pada perkara yang lebih memberikan faedah kepada diri perokok dan keluarganya.

 

 

Firman Allah s.w.t.:

 

Maksudnya: “Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah Saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”.

 

                                                                                                 ( Surah Al-Israa’ : 27).

 

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Allah membenci tiga perkara iaitu mengumpat, berjudi dan membazirkan wang”.  (Riwayat Bukhari dan Muslim).

 

 

3.Subhat Dengan Yahudi

 

Selain itu, kebanyakan syarikat pengeluar rokok adalah kepunyaan Yahudi. Membeli rokok secara tidak langsung akan menyumbang kekayaan kepada bangsa Yahudi yang sering ingin menghancurkan umat Islam.

 

Selain itu juga, Muhammad al-Jibaly mengatakan bahawa merokok merupakan perbuatan yang hampir sama dengan orang yang berada di dalam api neraka, yang meminum dari mata air yang panas menggelegak dan memakan makanan dari pokok-pokok yang berduri sebagaimana yang dinyatakan  dalam firman Allah s.w.t:

 

Maksudnya: “Diberi minum (dengan air) dari sumber yang sangat panas. Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri..”.

 

                                                                                                (Surah al Ghaasiyah: 5-6)

 

4. Masalah Sosial

 

Rokok sudah dikenalpasti sebagai titik permulaan kepada amalan ketagihan dadah, ganja dan seumpamanya. Mereka yang tidak merokok tidak akan terdedah kepada amalan penagihan dadah dan sebagainya. Ini adalah bertepatan dengan kaedah perundangan Islam iaitu Sadd al-Dhara’ (blocking the means) iaitu menutup pintu kepada kejahatan. Sesuatu perkara itu, walaupun pada asalnya dibenarkan oleh perundangan Islam, boleh bertukar menjadi perkara yang ditegah sekiranya ia boleh membawa kepada satu keputusan yang tidak baik

 

 

 

Petua  Berhenti Merokok:

 

  1. Minum banyak air
  2. Mandi kerap kali
  3. Membasuh tangan
  4. Melengah-lengahkan menghisap rokok
  5. Menarik nafas panjang
  6. Mengunyah sesuatu seperti kismis, gula-gula, guli getah
  7. Melakukan senaman
  8. Menyibukkan tangan dengan sesuatu kerja
  9. Menjauhkan diri dari kawan/orang yang merokok
  10. Memohon doa kepada Tuhan agar dikuatkan azam
  11. Mengelakkan diri daripada merasa bosan atau situasi yang mendorong kepada merokok
  12. Munajat dan bertafakur kepada Allah.

 

PENYALAHGUNAAN DADAH DAN ANCAMANNYA KEPADA MASYARAKAT DI MALAYSIA

 

Definisi

 

Istilah ‘Drug’ dalam bahawa Inggeris diertikan sebagai ubat-ubatan menurut Kamus Dewan.  Untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada ‘drug’, perkataan ‘use’, ‘misuse’ atau ‘abuse’ perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan drug. 

 

 Manakala dalam Bahasa Malaysia, dadah merupakan istilah khusus yang dicipta untuk memberi pengertian penyalahgunaan.  Ini bermakna perkataan ‘penyalahgunaan’ atau ‘salahguna’ tidak boleh diikuti dengan perkataan dadah.  Perkataan ‘dadah’ sudah menunjukkan ia telah disalahgunakan. 

 

 

‘Dadah’ ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

 

(a)  Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat
      (otak dan saraf tunjang);
(b)  Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaanya adalah
      dilarang;
(c)  Diperolehi secara haram;
(d)  Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan
      meningkatkan daya tahan terhadap dadah; dan
(e)  Mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan
      fungsi sosial.

 

 

Jenis-jenis Dadah

 

Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut :

(a)  Opiat – Candu,morfin,heroin dan kodein
(b)  Canabinoid – Ganja,kanabis dan hashish
(c)  Stimulan – Methamphetamine (syabu),dadah sintetik (ecstacy) dan
                        kokain
(d)  Depresen – Sedatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat
                        serta tranquilizer
(e)  Halusinogen – Lysergic acid diethylamide (LSD) meskalin,psilosibin
 
Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol), alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.

 

 

Tanda- Tanda dan Gejala

 

Berikut merupakan ciri-ciri penyalahgunaan  dadah dikesan:

 

a) Gejala fizikal

• Berpeluh

• Meremang bulu roma

• Pening kepala

• Menggigil (tremor)

 

b) Gejala psikologi

• Keresahan

• Insomnia – tidak dapat tidur

• Kerisauan

• Gangguan emosi dan perasaan

 

c) Gejala perlakuan

• Sentiasa ponteng kerja

• Penurunan prestasi kerja

• Digantung atau dibuang sekolah

• Mabuk semasa memandu yang boleh menyebabkan kemalangan

• Ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam

• Mencuri

 

Akibat Pengambilan Dadah

 

Kesan dadah boleh dilihat dari 4 sudut iaitu :
 
(1) Akibat ke atas penagih

Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri. Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah, penjenayah serta penipu. Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.

Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengasan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana menambil dadah berlebihan. Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.

 

Di atas larangan yang paling besar perlu dipastikan oleh umat Islam ialah tidak dibenarkan membunuh diri sendiri walau dalam apa keadaan sekalipun, dan mengambil dadah boleh mebawa kepada kematian. Tegahan membunuh diri jelas dalam al-Qur’an, Allah SWT  berfirman:

 

 

Maksudnya:”… dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar, demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya)”.

 

 

                                                                                                ( Surah al An’am : 151)

 

(2)  Akibat ke atas keluarga penagih

Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat. Diri penagih boleh menjadi bebanan kepada keluarganya kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahan dan penceraian di antara ahli keluarga mungkin berlaku.

 

Sebagai ketua keluarga, Islam menitikberatkan mengenai kehidupan ahli keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya. Allah SWT berfirman ;

 

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu”.

 

                                                                                                            ( Surah at-Tahrim :6)

 

 

.Rasullullah s.a.w  juga pernah bersabda bermaksud, “Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang dibawahnya”.

                                                                                    (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

(3)  Akibat ke atas masyarakat

Suasana hidup di dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompak dan lain-lain yang dilakukan oleh penagih-penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah.

 

(4)  Akibat ke atas negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata (tangible) dan kos tidak nyata (intangible). Kos nyata termasuklah :

      (a)   Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran
              ekonomi;
      (b)   Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan
             pemulihan penagih dadah;
      (c)   Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan;
      (d)   Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang
             berkaitan; dan
      (e)   Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti  menambahkan bilangan      

              anggota polis, kakitangan jabatan penjara,  mahkamah, hospital dan sebagainya.

 

-Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan, kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur di antara 20 – 29 tahun. Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi.

Islam Melarang Pengambilan Dadah

 

a. Menjamin kesejahteraan hidup.

 

Islam telah menetapkan panduan-panduan dan larangan-larangan dalam pengambilan bahan makanan atau barang gunaan agar umatnya tidak terjerumus dalam mengambil benda-benda yang ditegah. Ini semua adalah untuk memastikan kesinambungan hidup manusia agar sentiasa terpelihara akidahnya.

 

Pepatah Arab, “Akal yang sihat terletak pada tubuh badan yang sihat”

 

العقل السليم في الجسم السليم

 

Ini bermakna hubungan di antara akal, dan fizikal amat berkait rapat antara satu sama lain. Oleh itu, Islam menggesa umatnya supaya mengambil makanan yang baik dan halal termasuklah bersih dan berkhasiat.

 

Tegahan mengambil benda/ bahan makanan yang kotor, jijik dan keji serta yang ditegah adalah dilarang sama sekali termasuklah mengambil benda-benda yang memabukkan seperti dadah kerana mempunyai kaitan rapat dengan mental dan fizikal maka ia amat mempengaruhi kesempurnaan amal ibadat seseorang.

 

b. Dadah adalah sejenis ‘bahan kotor’, najis, jijik, dan keji yang boleh merosakkan kesihatan tubuh badan.

 

Ini  adalah kerana dadah itu sifatnya memabukkan, mengkhayalkan dan merosakkan. Perbuatan mengambil dadah sama seperti sengaja melibatkan diri sendiri dalam larangan-larangan Allah SWT dan ianya amatlah ditegah.

 

Allah SWT pernah berfirman dalam al-Qur’an;

 

 

Maksudnya :”Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, Karena Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”.

 

                                                                                                (Surah al-Baqarah: 195 )

 

Aspek Hukum

 

Larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang diqiaskan kepada arak. Dalam al-Qur’an banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil pengharaman ini bersandarkan kepada keterangan nas-nas (al-Qur’an dan hadis) kerana ia termasuk dalam pengertian umum ‘benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama iaitu MEMABUKKAN’ atau kerana terdapat keburukan-keburukan terhadap individu-individu dan masyarakat.

 

 

 

 

 

Rasullullah s.a.w bersabda,

 

. كُلُّ مُسْكِرٍ خَمْرٌ وَكُلُّ خَمْرٍ حَرَامٌ

 

            Maksudnya : “Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap khamar adalah haram”

 

      

 

Penutup

 

Islam amat menitikberatkan mengenai kesejahteraan hidup umatnya. Dalam banyak perkara, keutamaan terhadap keimanan seseorang adalah menjadi tunjang utama untuk mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Jelaslah syariah Islam diturunkan adalah untuk memelihara kewujudan ummah dengan memelihara perkara-perkara asas iaitu jiwa, akal, keturunan, agama, kehormatan di samping mengharamkan segala yang boleh merosakkannya.

 

Mentari dah mula menunjukkan sinarnya.. aku pun ada kerja lain untuk dilakulak… jika dipanjangkan umur oleh Allah.. kita akan berjumpa lagi.. didalam coretan yang lain.. moga kita semua mendapat keredhaan dari Allah.. jangan lupa untuk bersama menyertai skuad dakwah solat.. sebarkan kepada ummah tentang kepentingan solat lima waktu..

Wassalam..

~ oleh ANUAR AHMAD di April 28, 2009.

Satu Respons to “FAJAR NAN INDAH TELAH MENYINGSING..”

  1. assalamualaikum..
    kenapa merasakan hidup tak berharga
    berhargakah hidup kalau hati diisi dengan perkara2 yG tidak memberi sebarang makna, kesan n faedah dalam diri..
    hidup sederhana lebih baik dari hidup yang pentingkan kemewahan..
    hidup yang sederhana, bebas dari masalah, tenang n banyak memberi lebih baik dari hidup yang dilingkungi masalah, sentiasa gelisah n suka meminta..
    kebanyakan remaja mencari ketengan dan ‘release tension’ dengan mendengar lagu2 hip hop tetapi mereka masih tidak dapat ketengan itu…
    itulah silap mereka…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: