HIDUPKU PENUH BERHARGA.. (Bahagian 1)

campur2

HIDUPKU PENUH BERHARGA.. (Bahagian 1)

Shamsul Anuar Ahmad

 

Kadang-kadang aku rasa hidup ini tidak berharga.. ketika remaja-remaja seusia denganku menikmati hidup dengan penuh enjoy.. ada teman sosial yang ramai.. berhibur dengan penuh kegembiraan.. menikmati pakain yang mahal-mahal.. ada gadjet yang canggih-canggih.. memiliki kenderaan yang laju-laju.. punya kehidupan yang selesa.. tidak disibukkan dengan pelbagai kerja.. menikmati alunan-alunan muzik yang membahagiakan.. alunan lagu metallica.. Rossa.. Siti Nurhaliza.. Alif.. KRU.. Slam.. Faizal Tahir.. Mawi.. M2M.. Britney Spears.. Aqua.. Raihanna.. JLO.. Misha Omar..

Aku juga mahu enjoy dengan hidup remajaku.. mahu ada teman sosial yang dapat menemaniku.. berhibur dengan penuh happy.. pakai pakaian yang ada brand.. lepak-lepak dengan kawan-kawan sambil berkaraoke..

Tapi…

Realiti hidupku ialah.. aku dinikmati dengan timbulan kerja yang terpaksa aku selesaikan.. punya teman yang tak habis-habis mengajak menuntut ilmu.. berhibur dengan ribuan kitab-kitab yang perlu dibaca.. berhibur dengan kitab Fiqh islami wal adilatu.. alwajiz usul fiqh.. taarud tarjih albarzanji.. fiqh manhaji.. jauharatul tauhid.. bulughul maram.. the choice.. fiqh zakat qardawi.. alfatwa syeikh al malah.. arrisalah.. fiqh qada.. family law.. Administration Islamic law.. Islamic finance.. tabung haji act.. critical thinking.. quality management.. Malaysian studies.. contract law.. Islamic capital.. Islamic banking.. ijtihad wal ifta.. nizam usrah.. fiqh muamalat.. usul dakwah.. rasail Hassan albanna.. tashih mafahim.. qawaid fiqhiah.. ihya ulumuddin..  fiqh ibadah.. musthalah hadis.. ulum quran.. manahij fuqaha..  Inilah hiburanku.. kadang-kadang aku rasa malas untuk menyibukkan diri dengan semua ini.. Tapi.. inilah realiti Hidupku..

 Memiliki kenderaan biasa untuk ke majlis masjid dan majlis ilmu.. disibukkan dengan pelbagai taklif yang wajib aku tunaikan.. taklif sebagai hamba Allah.. taklif sebagai anak kepada kedua ibubapaku.. taklif kepada ilmu yang aku pelajari.. taklif kepada agamaku.. taklif kepada masyarakatku.. taklif kepada diriku..

Aku bukan anak seorang ustaz .. guru.. jutawan.. hartawan.. sasterawan.. juga bukan anak angkasawan..

Ayahku yang amat kucintai hanyalah seorang peniaga ikan dipasar Kok Lanas.. ayahku bukan seorang yang alim tentang agama dan dunia.. hanya seorang kampong biasa sahaja.. ayahku tidak pandai membaca tulisan rumi dan jawi.. aku masih ingkat.. sewaktu aku tingkatan 3.. setiap hari selepas maghrib ayahku masuk kebilikku untuk belajar membaca doa selepas solat, doa-doa harian dan membetulkan bacaan solat.. walaupun begitu.. ayahku amat mementingkan tentang solat pada anak-anaknya.. ayahku tidak pernah solat dirumah melainkan hanya bersolat dimasjid, hanya keuzuran yang menyebabkan dia terpakasa solat dirumah..

Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana.. ayahku telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah.. didalam keluargaku.. hanya diriku sahaja yang belajar agama.. semua adik beradikku tidak berminat untuk belajar disekolah agama..

Aku memulakan pendidikan di tadika KEMAS di Kampung Kok Lanas, Kelantan. Kemudian aku melanjutkan pelajaranku di sekolah kebangsaan Kok Lanas.. Aku tak sempat untuk mengambil UPSR kerana aku berhenti Sekolah masa aku tahun 4.. Aku telah masuk Sekolah Rendah Islam Melor, aku tinggal di asrama.. ketika tahun 5.. aku tak pandai lagi membaca Alquran.. Tahun 6 di SRIM.. aku baru pandai membaca Al-quran.. aku telah khatam Al-quran keseluruhannya ketika aku tingkatan 3. Aku melanjutkan pelajaranku diperingkat menengah di Sek. Men Agama Hamidiah Lilbanin wal Banat, Padang Lepai, Kadok Kota Bharu Kelantan..

Semasa aku berada di Hamidiah.. aku punya kawan-kawan yang nakal-nakal.. memang tak Islamiklah.. yang muslimat pula hanya pakai tudung labuh tika berada didalam sekolah sahaja, tamat je waktu kelas, terus pakai tudung singkat. Memang suasana kawan-kawanku tidak dapat menpengaruhi kehidupan yang islamik pada diriku.. amat susah untuk aku mengajak kawan-kawanku untuk pergi ke program-program yang islamik.. tapi amat mudah pulak jika pergi ke tempat-tempat yang tak islamik. Aku belajar di Hamidiah hanya untuk menduduki exam je.. aku tak fikir pun tentang ilmu dan ikhlas.. yang penting aku dapat result yang baik didalam exam.. ada juga senior-seniorku yang islamik.. mereka terdiri daripada badan pengawas dan badan dakwah sekolah.. aku berkawan dengan mereka semua untuk dapatkan ilmu mengenai pengurusan organisasi.. namun begitu.. harapan aku hampa.. mereka hanya ada jawatan sahaja tapi tidak pernah buat program yang dapat aku ambil istifadah..

Ketika aku tingkatan 4, ada abang-abang tahun akhir di KIAS telah mengajak aku menyertai usrah kitab dengan ustaz Nordin Jaafar di Masjid Kampung Laut Di Nilam Puri pada setiap pagi jumaat. Di antara kiatb yang sempat aku khatam dengan Ustaz Nordin ialah.. Kitab صارم البتار في تصدي السحر kitab ini adalah kitab perubatan islam untuk merawat pesakit sihir, سلوك المريد kitab ini adalah kitab tasaauf yang menerangkan jalan yang perlu ditempuhi oleh salik untuk menuju Allah, السنة والبدعة kitab ini menerangkan hakikat sunnah dan bidaah dalam kacamata syariat..

Ketika aku di tingkatan 5, aku telah dilantik sebagai timbalan ketua pengawas dan ketua badan dakwah di Hamidiah.. taklifku semakin berat.. banyak cabaran dan ujian yang aku terima ketika menjalankan amanah sebagai ketua badan dakwah.. aku terpaksa menerimah hinaan dan cercaan dari kawan-kawan disebabkan banyak menegur mereka.. aku tetap tabahkan diri untuk jalankan amanahku.. aku sedikit pun tidak gentar untuk menegakkan kebenaran.. aku pernah di ajak untuk bertumbuk kerana aku telah menegur seoarang pelajar perempuan yang menjadi girlfriend kepada lelaki yang mengajakku bertumbuk.. aku bukan seorang yang lemah untuk menghadapi cabaran.. aku sahut cabaran itu.. Alhamdulillah.. Allah telah menjaga maruahku dengan memberi hidayah kepada lelaki itu dan pergaduhan sesama umat Muhammad SAW tidak berlaku..

Aku pernah menegur seorang pelajar perempuan yang agak sosial dan tak berakhlak.. namun aku difitnah oleh perempuan itu dan ibubapanya datang kesekolah untuk berjumpa denganku.. aku sanggup berhadapan dengan ayahnya.. belum sempat aku bertemu mata dengan ayahnya.. pengetua sekolahku menjelaskan perkara sebenar kepada ayah perempuan itu dan dia telah memohon maaf kepadaku..

Ibu ku masih lagi sakit disebabkan sihir dan saka.. dah hampir 2 tahun ibuku menderita sakit disebabkan sihir dan saka.. sehingga keluargau hilang sabar dan mahu pergi jumpa dengan bomoh siam.. aku bertegas supaya bersabar dan jangan melakukan perkara syirik.. aku telah habiskan masa selama 3 tahun untuk mempelajari ilmu perubatan islam untuk merawat sakit ibuku.. dengan izin Allah.. ibuku sembuh juga.. aku syukur sangat-sangat.. tak sia-sia aku aku belajar ilmu perubatan dengan ustaz-ustazku.. terima kasih banyak2 ku ucapkan kepada guruku yang telah banyak membimbingku didalam menuntut ilmu.. terima kasih kepada Ustaz Nordin Jaafar, Ustaz Rosli Hussin, Ustaz hj Zaidi Abdullah, Ustaz Ishak Hassan, Ustaz Abdullah Pasir Mas, Ustaz Aziz Che Man, Ustaz Azhar, Ustaz Mohd Isa, Ustazah Fatimah dan semua ustaz-ustaz dan cikgu-cikgu yang telah banyak membimbing diri ini… aku amat merindui kenangan-kenangan bersama kalian semua..

Aku melanjutkan pelajaran tingkatan 6 SMU Azhariah, Melor. Tujuan utama aku Tingkatan 6 hanyalah untuk ambil exam STAM bagi melayakkan diri ke Mesir.. tika aju berada disekolah SMUA ini.. aku dan beberapa orang lagi kawan-kawan yang baru memulakan disekolah ini dianggap seperti anak tiri oleh beberapa orang guru dan ustaz disekolah ini.. aku selalu ponteng sekolah.. sebab utama aku ponteng sekolah adalah kerana aku menjaga ibuku yang sakit kerana sihir dan saka.. semua adik beradikku takut nak jaga ibuku dan mereka semua masih lagi belajar.. dengan rela hati.. aku korbankan pelajaranku untuk menjaga ibuku.. aku pernah dipanggil beberapa kali oleh guru disiplin kerana banyak ponteng sekolah.. aku diberi warning akan dibuang sekolah oleh guru disiplin jika dalam masa sebulan sebelum exam STAM aku masih lagi ponteng sekolah.. aku telah memberi alasan pada guru disiplin bahawa aku terpaksa menjaga ibuku yang sedang sakit dan aku menjemput guru disiplin ke rumahku jika tak percaya dengan alasanku.. tapi segala alasan ku telah ditolak mentah-mentah.. guru disiplin mengatakan aku ini sebagai perosak peratus exam STAM di sekolah itu.. aku berjanji tidak akan merosakkan peratus sekolah.. paling kurang pun aku akan mendapat maqbul didalam exam STAM.. tapi guru disiplin masih lagi tak percaya padaku.. aku pasrah pada Allah..

Ketika aku mendudukki exam STAM.. aku tak sempat pun nak study coz banyak perkara lain yang perlu aku selesaikan.. aku tetap mengambil exam STAM walaupun tahu ia akan membawa kepada natijah yang mengecewakan.. akan akan melomapt gembira jika aku mendapat maqbul dalam exam STAM.. matlamat aku hanyalah untuk ke Mesir je.. bila keluar je result exam STAM, aku tak mahu tengok result sebab dah tahu aku akan gagal.. tapi aku mendapat panggilan dari pihak sekolah untuk ambik result.. dan mereaka memberitahu aku mendapat result yang agak cemerlang didalam exam STAM.. aku terus sujud syukur pada Allah SWT..

Selepas aku terima result STAM.. aku bekerja beberapa bulan di Maahad Tahfiz Daril Naim sebagai kerani.. disebelah malam pula aku banyak mengajar agama disurau dan masjid dikawasan kampong Melor, Ketereh dan Kok Lanas.. pada hari minggu pulak aku selalu dijemput untuk bagi ceramah disekolah-sekolah Agama kawasan  Kok Lanas dan Ketereh.. Pada tahun 2005 aku bersama rakan-rakanku telah menubuhkan Kelab Remaja Sahabat (KRS).. aku telah dilantik sebagai pengerusi KRS.. aku bersama kawan-kawanku banyak melaksanakan program dibawah Kelab ini.. KRS banyak melaksanakan program dengan kerjasama dari sekolah-sekolah agama disekitar Ketereh dan mendapat kerjasama dari Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Kelanatan (JAHEIK)..

Aku banyak mendapat ilmu agama ketika aku bekerja di Maahad Tahfiz Daril Naim.. majikan aku seorang yang alim dan faqih didalam semua bidang ilmu ukhrawi dan duniawi.. aku banyak belajar daripadanya.. pelbagai kitab aku kenal dan tahu ketika aku bersamanya.. aku banyak belajar membaca kitab-kitab kuning pondok ketika aku bekerja di sana..  kadang-kadang aku rasa hidupku amat rugi.. aku banyak membazirkan waktu hidupku dengan pelbagai program dakwah dan agama tapi aku tidak banyak meluangkan waktu didalam lapangan ilmu.. aku rasa jahil sangat-sangat bila aku berhadapan dengan para alim ulama. Aku telah bertekad untuk menguasai semua ilmu agama dan akademik.. aku akan tebus kembali sisa hidupku yang telah aku bazirkan sebelum ini.. aku juga bertekad untuk menjadi hamba pada ilmu.. aku sanggup menghabiskan segala-segalanya untuk mencapai matlamatku didalam menuntuk ilmu..

 

 

~ oleh ANUAR AHMAD di April 28, 2009.

2 Respons to “HIDUPKU PENUH BERHARGA.. (Bahagian 1)”

  1. salam ziarah..
    terima kasih atas komen di blog sy..

    hidup penuh ranjau dan duka tidak bermakna tidak bahagia..
    bahagia bukan sekadar bersuka ria, bergelak ketawa,
    tetapi bahagia itu perasaan dlm hati yang sentiasa mencari redha Ilahi dan pasti akan ada bahagia abadi di jannah..

    semoga saudara bahagia andai tidak di dunia, di akhirat akhirat kelak..
    amiin~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: