PROFESIONAL, ULAMA, PAS DAN AKU..

Bersama rakan-rakan Dewan Ulama sebelum masuk IPTimage573

Aku banyak mendengar khabar mengenai desas-desus mengenai pimpinan professional dan pimpinan ulama didalam PAS. Aku tak layak nak komen atau memberi pendapat mengenai perkara ini coz aku bukan pimpinan PAS, bukan juga AJK PAS, malah aku hanya pelajar IPT yang terikat dengan akta AUKU yang melarang para pelajar daripada berpolitik, mungkin ada yang tak setuju dengan kata-kata aku ini, tapi inilah hakikat sebenar suasana akta AUKU, walaupun ada pihak menyatakan bahawa akta AUKU tidak melarang pelajar IPT dari berpolitik, namun hakikat sebenarnya, para pelajar IPT boleh menilai sendiri kebebasan yang diberi oleh pihak Universiti. Ini sebenarnya memberi kesan yang besar kepada gaya pemikiran pelajar IPT masakini. Pemikiran mereka hanya terbuka dengan dunia kampus yang mereka lalui sekarang, sedangkan dunia masyarakat dan politik mereka sedikit keterbatasan. Pada pandangan aku, pihak kerajaan dan Universiti tidak perlu takut dengan kebangkitan para pelajar atau mahasiswa, kerana ini menguntungkan Negara sendiri, bagaimana hendak melahirkan pimpinan Negara yang mempunyai pemikiran yang universal, terbuka dan menguasai segala isu-isu semasa jika banyak akta-akta dan peraturan-peraturan digubal untuk menghalang para mahasiswa daripada kebebasan berfikir dan berpolitik.

Politik bukan satu perkara yang kotor sebagaimana yang dinyatakan oleh beberapa pihak. Politik adalah satu wasilah untuk menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini. Nabi SAW juga berpolitik dan bersiasah, ada pihak yang membezakan diantara siasah dan politik, memang berbeza, tapi lihatlah pada bahasa semasa yang digunakan, jika nak ikutkan segi bahasa memang ada perbezaan, bukankah Islam mengiktiraf kaedah Uruf didalam sistemnya. Uruf dan adat terbahagi kepada dua, uruf qauli dan fi’li, dah masyarakat Malaysia mengunakan kalimah siasah dengan politik, so, tak perlulah bertegang leher untuk berdebat perkara ini.

Politik pula terbahagi kepada dua bahagian, politik Islam dan Politik yang tidak Islam. Politik Islam ialah politik yang berpandukan Al-Quran, Assunnah, Ijmak dan Qias. Politik yang tidak Islam pula adalah politik yang tidak berpandukan sumber-sumber yang tersebut diatas tadi. Pengaruh politik didalam menegakkan agama Allah dimuka bumi ini amat besar dan hebat. Lihatlah pada Negara Madinah yang diperintah oleh sistem politik Islam pada zaman Nabi SAW. Keadilan, keamanan, kesejahteraan dan keabdian masyarakat kepada Allah dapat dilaksanakan dengan penuh Itqan dan Ikhlas. Semua ini adalah hasil daripada pembinaan masyarakat dan daulah melalui sistem politik Islam.

Pada hari ini, telah timbul persoalan mengenai kepimpinan sesuatu jemaah diantara Alim Ulama dan para Profesional. Didalam konteks parti, jemaah dan organisasi Islam, semestinya peranan ulama dan professional amat penting untuk memajukan serta membangunkan sesuatu parti, jemaah dan organisasi Islam. PAS adalah satu jemaah Politik yang berteraskan Islam serta mempunyai sistem pelembagaan yang berpandukan pada Al-Quran, Assunah, Ijmak dan Qias ( fasal 7 (1) Pelembagaan PAS). Cogan kata dan seruan PAS adalah ALLAHUKABAR ( Fasal 41ceraian 1 dan 2 Undang-undang Tubuh PAS bertarikh 31hb Mei 1955). Pada hari ini telah timbul suatu isu besar didalam kepimpinan PAS, sebelum ini, semua pimpinan parti PAS diperingkat perhubungan, negeri, kawasan, DUN, MTD, Peti undi, cawangan sehinggalah pada ahli biasa PAS telah menerima, berbaiah serta wala kepada ‘Kepimpinan Ulama’ didalam PAS. Aku rasa terpanggil untuk memberi pendapat peribadiku yang tidak berkaitan dengan sesiapa pun serta tidak ada kepertingan dengan sesiapapun.

Bagi pandangan peribadiku, ‘Kepimpinan Ulama’ didalam PAS perlu dikekalkan dan jangan digoyahkan. Bukan aku tidak yakin dengan kepimpinan professional tetapi bagi kepimpinan yang tertinggi mestilah diberi ruang kepada para ulama untuk menerajuinya. Mungkin para professional tidak setuju dengan pendapatku. Aku bukan ulama, aku lontarkan pandangan ini bukan untuk menyokong para ulama didalam kepimpinan PAS, tapi ini adalah satu kepentingan jemaah yang perlu difikirkan oleh semua ahli PAS. Saban tahun kita melihat Muktamar PAS diadakan, dan saban tahun kita melihat para pengkritik telah mengkritik Dewan Ulama PAS, macam-macam kritikan yang dilontarkan pada Dewan Ulama. Walaupun Ulama dikritik tapi ia tetap dengan pendiriannya. Ulama perlu melakukan transformation untuk mengubah persepsi orang ramai mengenai institusi Ulama didalam PAS. Aku tahu, memang banyak kelemahan yang ada didalam kepimpinan Ulama, namun begitu, tidak harus untuk kita terus meninggalkan kepimpinan Ulama dan mengantikan pada professional, mungkin para professional mangatakan mereka tidak meninggalkan kepimpinan ulama. Hakikatnya, jika mereka mahu mencabar para ulama didalam kepimpinan tertinggi didalam jemaah, itu adalah satu penghinaan kepada Ulama. Biarkan para ulama mengetuai kita semua, ulama lebih patut duduk dikerusi tertinggi kepimpinan jemaah, ulama lebih aula memimpin kita, ulama lebih memahami keputusan yang dibuat didalam jemaah, ulama lebih faqih mengenai hal ehwal manusia. Walaupun begitu, aku tidak menafikan bahawa ada juga manusia yang bertitle ulama tapi bersikap seperti juhalak, kerana sedikit ulama seperti inilah menyebabkan para ahli PAS tidak yakin kepada semua kepimpinan Ulama. Jangan kita menilai semua bersikap sebegini, jangan baker kelamu kerana nyamuk seekor dan jangan buang semua padi kerana secebis hama. Wahai Ahli PAS, berfikirlah untuk perjuangan sebenar kalian dan kekalkan kepimpinan ulama didalam PAS. Pertolongan Allah lebih hamper bila kepimpinan berada ditangan para ulama dan perjuangan akan lebih telus jika qiadah dibahu ulama. Banyak contoh-contoh kehebatan dan kegemilangan para ulama yang memegang tampuk kepimpinan ummah. Marilah kita merenung beberapa kisah kepimpinan ulama didalam mentadbir urus hal ehwal ummah.

1. Khalifah Gila?

Memang betul, Khalifah Umar bin Khaththab telah berubah ingatan. Banyak yang melihatnya dengan mata kepala sendiri. Barangkali kerana Umar di masa mudanya sarat dengan dosa, seperti merampok, mabuk-mabukkan, malah suka mengamuk tanpa berperi kemanusiaan, sampai orang tidak bersalah banyak yang menjadi korban. Itulah yang mungkin telah menyiksa batinnya sehingga ia ditimpa penyakit jiwa.

Dulu Umar sering menangis sendirian sesudah selesai menunaikan sholat. Dan tiba-tiba ia tertawa terbahak-bahak, juga sendirian. Tidak ada orang lain yang membuatnya tertawa. Bukankah hal itu merupakan isyarat yang jelas bahawa Umar bin Kaththab sudah gila?

Abdurrahman bin Auf, sebagai salah seorang sahabat Umar yang paling akrab, merasa tersinggung dan sangat murung mendengar tuduhan itu. Apalagi, hampir semua rakyat Madinah telah sepakat menganggap Umar betul-betul gila. Dan, sudah tentu, orang gila tidak layak lagi memimpin umat atau negara.

Yang lebih mengejutkan rakyat, pada waktu melakukan sholat Jumaat yang lalu, ketika sedang berada di mimbar untuk membacakan khutbahnya, sekonyong-konyong Umar berseru, “Hai sariah, hai tentaraku. Bukit itu, bukit itu, bukit itu!” Jemaah pun geger. Sebab ucapan tersebut sama sekali tidak ada kaitannya dengan isi khutbah yang disampaikan. “Wah, khalifah kita benar-benar sudah gila,” gumam rakyat Madinah yang menjadi makmum sholat Jumat hari itu.

Tetapi Abdurrahman tidak mahu bertindak gegabah, ia harus tahu betul, apa sebabnya Umar berbuat begitu. Maka didatanginya Umar, dan ditanyainya, “Wahai Amirul Mukminin. Mengapa engkau berseru-seru di sela-sela khutbah engkau seraya pandangan engkau menatap kejauhan?” Umar dengan tenang menjelaskan, “Begini, sahabatku. Beberapa pekan yang lewat aku mengirimkan Suriah, pasukan tentara yang tidak kupimpin langsung, untuk membasmi kaum pengacau. Tatkala aku sedang berkhutbah, kulihat pasukan itu dikepung musuh dari segala penjuru. Kulihat pula satu-satunya benteng untuk mempertahankan diri adalah sebuah bukit dibelakang mereka. Maka aku berseru: bukit itu, bukit itu, bukit itu!”

Setengah tidak percaya, Abdurrahman megerutkan kening. “Lalu, mengapa engkau dulu sering menangis dan tertawa sendirian selesai melaksanakan sholat fardhu?” tanya Abdurrahman pula. Umar menjawab, “Aku menangis kalau teringat kebiadabanku sebelum Islam. Aku pernah menguburkan anak perempuanku hidup-hidup. Dan aku tertawa jika teringat akan kebodohanku. Kubuat patung dari tepung gandum dan kusembah-sembah seperti Tuhan, bila ku lapar ku makan ‘Tuhan’ ku itu”.

Abdurrahman lantas mengundurkan diri dari hadapan Khalifah Umar. Ia belum boleh menilai, sejauh mana kebenaran ucapan Umar tadi. Ataukah hal itu justru lebih membuktikan ketidakwarasannya sehingga jawabannya pun kacau balau? Masak ia dapat melihat pasukannya yang terpisah amat jauh dari masjid tempatnya berkhutbah?

Akhirnya, bukti itupun datang tanpa dimintanya. Iaitu manakala sariah yang kirimkan Umar tersebut telah kembali ke Madinah. Wajah mereka berbinar-binar meskipun nyata sekali tanda-tanda kelelahan dan bekas-bekas luka yang diderita mereka. Mereka datang membawa kemenangan.

Komandor pasukan itu, pada hari berikutnya, bercerita kepada masyarakat Madinah tentang dasyatnya peperangan yang dialami mereka. “Kami dikepung oleh tentara musuh, tanpa harapan akan dapat meloloskan diri dengan selamat. Lawan secara beringas menghentam kami dari berbagai penjuru. Kami sudah luluh lantak. Kekuatan kami nyaris terkuras habis. Sampai tibalah saat sholat Jumat yang seharusnya kami kerjakan. Persis kala itu, kami mendengar sebuah seruan ghaib yang tajam dan tegas: “Bukit itu, bukit itu, bukit itu!” Tiga kali seruan tersebut diulang-diulang sehingga kami tahu maksudnya. Serta-merta kami pun mundur ke lereng bukit. Dan kami jadikan bukit itu sebagai pelindung di bagian belakang. Dengan demikian kami dapat menghadapi serangn tentara lawan dari satu arah, yakni dari depan. Itulah awal kejayaan kami.”

Abdurrahman mengangguk-anggukkan kepala dengan takjub. Begitu pula masyarakat yang tadinya menuduh Umar telah berubah ingatan. Abdurrahman kemudian berkata, “Biarlah Umar dengan kelakuannya yang terkadang menyalahi adat. Sebab ia dapat melihat sesuatu yang pancaindera kita tidak mampu melihatnya”

Moral

Jangan kita cepat menuduh sesuatu apabila kepimpinan ulama membuat keputusan yang pelik, kerana ada hikmah yang diberi oleh Allah kepadanya yang tidak kita ketahui. Contohnya ialah, satu keputusan yang dibuat oleh Tok Guru Nik Aziz apabila menjemput Mawi datang ke Kelantan untuk membuat persembahan. Ramai ahli dan pimpinan yang membantah idea Tok Guru. Sedangkan inilah keputusan hikmat oleh pimpinan ulama yang tidak dapat dilihat oleh pandangan manusia umum. Banyak kelebihan yang kita dapat lihat dengan keputusana Tok Guru itu, sehingga ramai golongan muda makin meminati PAS dan para artis pun kagum dengan peribadi ulama kita. Inilah satu bukti sikap keterbukaan ulama didalam kepimpinannya.

2. Khalifah Umar Abdul Aziz Hidup Sederhana

Suatu hari Khalifah Umar Abdul Aziz berpidato di hadapan kaum muslimin. Sebagaimana biasa, pidato beliau sangant menarik dan memikat para pendengar. Akan tetapi pada kali ini, selain daripada kandungan pidatonya, gerak-geri Khalifah pula turut menjadi perhatian. Khalifah sering memegang dan mengibas-ngibaskan bajunya ketika berpidato, sesekali di sebelah kanan dan sesekali di sebelah kiri. Dengan demikian orang ramai menyedari bahawa gerakan tangan Khalifah tidak ada kena mengena dengan kandungan pidato.

Setelah Khalifah turun daripada tempat berpidato, mereka bertanya sesama sendiri dan akhirnya diketahui rahsianya. Dikatakan bahawa baju yang dipakai Khalifah baru saja dibasuh dan belum kering. Kerana ketiadaan baju lagi, maka baju itu dipakainya juga. Oleh itu beliau selalu mengerak-gerakkan bajunya ketika berpidato agar cepat kering.

Ketika Khalifah Umar sakit, pakaian yang dipakainya telah kotor. Muslimah Abdul Aziz kakak Fatimah Abul Malik datang menemui adiknya dan melihat Khalifah yang sedang sakit. “Fatimah, basuhlah pakaian Khalifah itu. Sekejap lagi orang ramai akan masuk menemuinya”, tegur Muslimah. “Demi Allah, beliau tidak punya pakaian lagi kecuali yang dipakai itu”, jawab Fatimah.

Seorang perempuan Mesir telah datang ke Damsyik kerana ingin bertemu dengan Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz. Dia bertanya-tanya di mana istana Khalifah dan orang ramai menunjukkannya. Sampai saja di rumah yang dimaksudkan, perempuan Mesir itu bertemu dengan seorang perempuan yang memakai pakaian yang sudah lusuh dan buruk dan seorang lelaki sedang bergelumang dengan tanah kerana memperbaiki rumahnya.

Perempuan itu bertanya lagi dan apabila mengetahui bahawa perempuan yang ditanya adalah Fatimah isteri Khalifah, dia terkejut luar biasa. Kerena mana ada seorang permaisuri raja yang berkuasa memakai baju buruk seperti itu. Dia merasa takut dan kagum. Akan tetapi Fatimah pandai melayan, sehingga tetamu itu berasa suka dan tenang hatinya.

“Mengapa puan tidak menutup diri daripada lelaki tukang bancuh pasir itu?” tanya perempuan Mesir itu. “Tukang bancuh pasir itulah Amirul Mukminin” jawab Fatimah sambil tersenyum. Sekali lagi tetamu itu terkejut dan beristighfar. Khalifah Umar tidak mempunyai pelayan kecuali seorang kanak-kanak lelaki. Dialah satu-satunya khadam dalam istana Umar. Fatimah memberinya makan kacang setiap hari sehingga si pelayan menjadi bosan. “Kacang..kacang…setiap hari kacang,” kata si pelayan merungut. “Inilah makanan tuanmu Amirul Mukminin, wahai anakanda,” kata Fatimah.

Diceritakan bahawa seorang lelaki dan isterinya di Syam telah merelakan anaknya ikut berperang di jalan Allah dan menemu syahid di medang perang. Beberapa masa kemudian dia melihat seorang lelaki dengan menunggang kuda menuju kearahnya. Setelah diperhatikan, ternyata pemuda itu seiras anaknya yang telah meninggal dunia. “Hai, cuba kamu lihat pemuda yang berkuda itu, seperti anak kitakan?” kata lelaki itu kepada isterinya. “Semoga Allah merahmati engkau. Janganlah tertipu oleh syaitan. Anak kita sudah syahid, bagaimana boleh menunggang kuda seperti itu?” kata isterinya.

Sementara suami isteri itu memperhatikan dengan betul, tiba-tiba pemuda menunggang kuda itu telah berada di hadapannya. “Assalamualaikum.” kata penunggang kuda. “Waalikumsalam,” jawab kedua-dua suami isteri itu. Ternyata dia memang anaknya, maka terkejutlah kedua-dua ibu bapa itu sambil segera memeluknya. Mereka gembira luar biasa bercampur hairan.

“Ayah, ibu tetap saja di situ,” kata pemuda itu menegur. “Saya bukan seperti ayah dan ibu lagi, demikian juga ayah dan ibu bukan seperti saya. Saya datang pun bukan untuk pulang kepada ayah dan ibu.” Kedua-dua ibu bapa faham akan maksud anaknya, mereka pun bertenang. Kemudian anak itu menerangkan bahawa kedatangannya bukan sengaja.

“Sebenarnya aku datang bukan untuk mengunjungi ayah dan ibu, tetapi hanya mengambil kesempatan saja dalam keperluan lain. Iaitu Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz telah wafat. Golongan syuhada minta izin kepada Allah untuk hadir dalam pengurusan janazahnya. Allah memperkenankan permintaan mereka dan saya termasuk di antaranya.”

Kemudian dia bertanya keadaan kedua ibu bapanya, menghormatinya dan menjanjikan kebaikan daripada Allah. Lepas itu dia mendoakan ibu bapanya memberi salam lalu pergi. Dengan itu penduduk kampung mengetahui bahawa khalifah mereka, Umar Abdul Aziz telah wafat.

3. Khalifah Umar Al-Khatab Dengan Nenek Tua

Pada suatu hari Khalifah Umar Al-Khatab baru saja pulang dari melawat negeri Syria. Seperti biasa Saiyidina Umar akan berjalan-jalan dan meninjau sekitar kawasan untuk melihat keadaan rakyat jelata untuk mengetahui sendiri akan penderitaan mereka. Pada kali ini Saiyidina Umar menuju ke sebuah pondok buruk yang didiami oleh seorang nenek tua.

Saiyidina Umar pergi ke rumah nenek tersebut dengan menyamar sebagai orang biasa. Sudah menjadi kebiasaan kepada Khalifah Umar menyamar menjadi orang awam kerana beliau ingin melihat sendiri akan penderitaan yang di alami oleh rakyatnya dan ingin mendapat maklumat atau pandangan rakyat terhadapnya. Apabila tiba di rumah nenek tersebut Khalifah memberi salam dan berkata. “Adakah nenek mendengar apa-apa berita tentang Umar?”. jawab nenek tua itu “Khabarnya Umar baru sahaja pulang dari Syria dengan selamat”. Kata khalifah lagi “Bagaimana pendapat nenek tentang khalifah kita itu”. Jawab nenek “Semoga Allah tidak memberi ganjaran baik kepadanya”. Umar bertanya lagi ” Mengapa nenek berkata begitu?”.

Jawab nenek “Ia sangat jauh dari rakyatnya. Semenjak menjadi khalifah dia belum pernah menjenguk pondok aku ini apatah lagi memberi wang”. Jawab Umar “Bagaimana mungkin dia dapat mengetahui keadaan nenek sedangkan tempat ini jauh terpencil” Nenek mengeluh dan berkata “Subhanallah! tidak mungkin seorang khalifah tidak mengetahui akan keadaan rakyatnya walau dimana mereka berada”.

Mendengar kata-kata tadi Khalifah Umar tersentak lalu berkata didalam hatinya “Celakalah aku kerana semua orang dan nenek ini pun mengetahui perihal diriku”. Saiyidina Umar menyesal sambil menitiskan air mata. Saiyidina Umar berkata lagi “Wahai nenek, berapakah kamu hendak menjual kezaliman Umar terhadap nenek?. Saya kasihan kalau Umar mati nanti akan masuk neraka. Itu pun kalau nenek mahu menjualnya”. Kata nenek “Jangan engkau berguaru dengan aku yang sudah tua ini”.

Sambung Umar lagi “Saya tidak bergurau, saya betul-betul ini, berapakah nenek akan menjualnya. Saya akan menebus dosanya, mahukah nenek menerima wang sebayak 25 dinar sebagai harga kezalimanya terhadap nenek” sambil menyerahkan wang tersebut kepada nenek. “Terima kasih nak, baik benar budi mu” kata nenek sambil mengambil wang tersebut.

Sementara itu Saiyidina Ali Abu Talib bersama Abdullah bin Mas’ud lalu di kawasan itu. Melihat Khalifah Umar berada disitu, mereka pun memberi salam. “Assalamualaikum ya Amirul Mukminin”. mendengar ucapan tersebut, tahulah nenek bahawa tetamu yang bercakap denganya sebentar tadi adalah Khalifah Umar Al-Khatab. Dengan perasaan takut dan gementar nenek berkata “Masya Allah, celakalah aku dan ampunlah nenek diatas kelancangan nenek tadi ya Amirul Mukminin. Nenek telah memaki Khalifah Umar dihadapan tuan sendiri”. Rantapan nenek telah menyedarkan Saiyidina Umar.

“Tak mengapakah nek, mudah-mudah Allah memberi restu kepada nenek” kata Saiyidina Umar. Ketika itu juga Khalifah Umar telah membuka bajunya dan menulis keterangan berikut diatas bajunya.

“Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan ini Umar telah menebus dosanya atas kezalimannya terhadap seorang nenek yang merasa dirinya dizalimi oleh Umar, semenjak menjadi khalifah sehingga ditebusnya dosa itu dengan 25 dinar. Dengan ini jika perempuan itu mendakwa Umar di hari Mahsyar, maka Umar sudah bebas dan tidak bersangkut paut lagi”.

Pernyataan tersebut ditandatangani oleh Saiyidina Ali bin Abu Talib dan di saksikan oleh Abdullah bin Mas’ud. Baju tersebut diserahkan kepada Abdullah bin Mas’ud seraya berkata “Simpahlah baju ini dan jika aku mati masukkan kedalam kain kafanku untuk dibawa mengadap Allah s.w.t.”.

4. Pemerintah Yang Bertanggungjawab

Siapakah antara kaum muslimin yang tidak mengagumi keadilan dan mendalamnya rasa prikemanusiaan Khalifah Umar Ibnu Khattab. Dialah pemerintah yang teragung yang pernah memerintah sebahagian dari bumi Allah s.w.t. yang terentang dari Mesir hingga keperbatasan negeri India.

Suatu riwayat menyebutkan ketika baginda berjalan memasuki pasar untuk melihat keadaan umat baginda, lalu beliau bertembung dengan seorang tua yang telah bongkok, jalan bertongkat dan sangat susah untuk mengatur langkah. Orang tua itu menadahkan tangannya sambil meminta sedekah. Melihat keadaan ini Khalifah Umar r.a. pun bertanya: “Mengapa sampai begini keadaanmu wahai orang tua?” Maka jawab orang tua itu: “Saya mengumpulkan wang buat bayar jizyah, tuan.” Dari ucapan itu tahulah Umar dia bukanlah beragama Islam tetapi seorang ahli kitab.

“Tidak, mulai hari ini engkau mestilah berhenti dari meminta-minta.” Kata Umar r.a. Lalu baginda menoleh kepada pengiringnya seraya berkata: “Hari mudanya telah digunakan segala tenaga untuk memikul tanggungjawab, setelah tua kita biarkan sahaja, ini tidak adil. Mulai hari ini potong namanya dari senarai orang yang wajib membayar jizyah dan masukkan namanya dalam daftar orang tua yang berhak menerima bantuan dari Baitul Mal setiap bulan.” Demikian satu contoh dari pemerintah yang agung menjadi kekaguman hingga ke hari ini.

5. Pemimpin Yang Tulen

Ramai orang dewasa ini berebut-rebut hendak menjadi pemimpin atau ketua. Bagi mereka yang menyedari tentang besarnya risiko memegang jawatan sebagai ketua sudah tentu keberatan menerima jawatan tersebut. Saiyidina Abu Bakar sendiri semasa hendak meninggal dunia, mengeluh dan kesal kerana dilantik sebagai ketua (khalifah).

Begitu juga dengan Saiyidina Umar yang dilantik sebagai khalifah selepas kematian Saiyidina Abu Bakar. Saiyidina Umar sangat mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya. Pada suatu malam sedang dia meronda di sekeliling kota dan kampung untuk melihat hal rakyatnya, dia terdengar tangisan kanak-kanak. Saiyidina Umar menghampiri pondok buruk tempat tinggalnya kanak-kanak itu.

Dia mendengar ibunya menjerang sesuatu. Kanak-kanak tadi senyap seketika apabila melihat ibunya sedang memasak. Namun masakannya tidak siap-siap sehinggalah anaknya tertidur dalam kelaparan. Melihat keadaan yang menyayat hati itu, Saidinia Umar memberi salam dan meminta izin untuk masuk. Wanita itu tidak sedar bahawa tetamu itu ialah Saiyidina Umar. Saiyidina Umar bertanya tentang hal kehidupan wanita itu. Wanita itu mengadu yang dia dan anaknya sudah berhari-hari tidak makan. Apabila anaknya menangis hendakkan makanan, dia pura-pura memasak dengan memasukkan beberapa ketul batu ke dalam periuk. Melihat keadaan itu, anaknya diam sebentar kerana menyangka ibunya memasak sesuatu.

Wanita itu mengadu dan mengutuk Khalifah Saiyidina Umar kerana tidak bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Mendengar kutukan wanita itu, Saiyidina Umar terdiam sejenak. Sebentar kemudian, dia memohon diri meninggalkan keluarga wanita itu. Dalam kegelapan malam, Saiyidina Umar terus menuju ke Baitul Mal lalu mengambil sendiri beberapa pundi gandum untuk dihantar ke rumah wanita itu.

Sebaik sampai di rumah wanita itu, Saiyidina Umar memberi salam dan masuk ke rumahnya buat kali kedua. Dia mengambil gandum dari pundi lalu terus memasakkan untuk wanita dan anaknya. Wanita itu masih tidak sedar bahawa orang yang datang membawa gandum dan memasak itu ialah khalifah sendiri. Setelah siap, Saiyidina Umar sendiri menghidangkan makanan untuk wanita dan anaknya.

Melihat mereka gembira mengadap makanan, Saiyidina Umar berasa amat senang hati dan beredar dari situ. “Kalaulah Saiyidina Umar buat begini, alangkah baiknya….”, kata wanita itu tanpa menyedari orang yang berada di hadapannya ialah Saiyidina Umar sendiri.

Moral & Iktibar

Tanggungjawab sebagai pemimpin amat berat. Mengikut Nabi Muhammad s.a.w. Setiap kita adalah gembala dan akan ditanya tentang haiwan gembalaannya. Ini bermaksud kita akan dipersoalkan tentang orang di bawah jagaan/tanggungan kita.

Pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab terhadap rakyat sentiasa memastikan kebajikan mereka dijaga dengan baik.

Pemimpin tulen ialah mereka yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat terutama yang msikin lebih daripada kepentingan sendiri.

Amalan yang ikhlas tanpa mengharapkan pujian makhluk adalah satu amalan yang terpuji.

Setiap pemimpin (raja, menteri, atau wakil rakyat) sepatutnya sanggup turun padang setiap ketika untuk melihat sendiri kehidupan rakyat dan hulurkan bantuan kepada mereka yang miskin dan memerlukan dengan ikhlas kerana Allah, bukan mengharapkan pujian dan sanjungan.

Kegagalan seseorang pemimpin mentadbir negara dengan adil dan saksama akan menyebabkan dirinya jauh dari syurga dan hampir dengan neraka.

Walau setinggi manapun pangkat dan darjat kita tidak akan dinilai Allah. Apa yang diambil kira ialah amalan yang diikhlaskan untuk Allah.

Untuk keselamatan dunia dan akhirat hendaklah kita mencontohi pekerti Nabi Muhammad dan sahabat-sahabat Baginda.

Pemimpin yang baik ialah mereka yang sanggup mendengar kritikan rakyat jelata serta mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

6. Salman Al-Farisi Pemimpin Yang Rendah Diri

Salman Al-Farisi tergolong sebagai salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Beliau berasal dari negeri Parsi. Pernah di masa hidupnya, Salman telah diberi jawatan sebagai Gabenor di salah sebuah jajahan takluk Islam. Namun demikian kedudukannya itu tidak sedikit pun mengubah keperibadiannya yang penyantun, rendah diri, serta zuhud terhadap kemewahan dunia.

Pada suatu hari, diriwayatkan seorang rakyat awam tanpa mengenali Salman terus menariknya secara kasar lalu menyuruhnya melakukan suatu kerja yang berat. Orang itu menjumpai Salman ketika berada di tepi jalan. Ia mempunyai sebuah karung besar lalu menyuruh Salman memikulnya sampai ke rumah. Tanpa banyak soal Salman terus memikulnya.

Di pertengahan jalan, seorang lelaki telah memberi salam kepadanya. Alangkah terkejutnya melihat Salman memikul karung. Lalu berkata: “Wahai tuan! Tahukah tuan bahawa orang yang memikul karung tuan itu adalah Salman Al-Farisi, Amir negeri kita ini.” Terkejut lelaki itu mendengarnya, apabila dikenangkan orang yang dikasarinya itu adalah gabenornya sendiri. Lantas dia meminta maaf lalu menyuruh Salman menurunkan karung yang sedang dipikulnya itu.

Tetapi Salman menjawab: “Oh tidak mengapa tuan. Biarlah saya memikul barang tuan ini hingga sampai ke rumah tuan”. Demikianlah ketinggian budi pekerti Salman Al-Farisi, salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang tidak mementingkan darjat kedudukan.

7. Umar bin Abdul Aziz Pemerintah Yang Amanah

Khalifah Umar bin Abdul Aziz, adalah seorang Khalifah Bani Umaiyah. Pada suatu malam tatkala baginda sedang tekun bekerja di bilik istananya, tiba-tiba seorang putranya masuk untuk membincangkan sesuatu hal yang berhubung dengan urusan keluarga. Tiba-tiba baginda memadamkan lampu yang terletak di mejanya yang digunakan untuk menerangi bilik kerjanya itu. Putranya merasa hairan melihat sikap ayahnya itu seraya bertanya: “Kenapa ayah padamkan lampu itu?” Maka jawab ayahnya: “Benar kata kau wahai anakku, tetapi kau harus ingat lampu yang sedang ayah gunakan untuk bekerja ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara yang hendak anakkanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara keluarga.”

Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik dalam. Kemudian baginda pun berkata kepada putranya: “Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa masalah yang anakanda perbincangkan dengan ayahanda.” Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkalibar selaku seorang raja yang berjiwa besar.

8. Wakil Rakyat Yang Berumur Sepuluh Tahun

Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah pemerintah Islam di zaman Bani Umaiyah. Suatu hari wakil dari setiap jajahan telah menghadap baginda untuk melapurkan keadaan di jajahan masing-masing.

Jajahan Hijaz telah menghantar seorang budak sebagai wakilnya dan diarahkan berucap terlebih dahulu. Setelah melihat wakil itu seorang budak, Khalifah Umar bertanya: “Wahai budak, biarlah orang-orang yang lebih tua berucap terlebih dahulu. “Mendengar teguran Khalifah itu wakil yang masih budak ini lantas menjawab: “Ya Amirul Mukminin, manusia sebenarnya dipandang dari dua perkara, iaitu hati dan lidahnya. Apabila Allah s.w.t. telah mengurniakan kepada seseorang itu lidah yang petah dan hati yang arif, orang itu lebih berhak bersuara. Jika di pandang dari segi umur, ketahuilah hai Amirul Mukminin! Ada orang yang lebih berhak untuk duduk di atas takhta Paduka Tuan itu.” Khalifah amat terkejut mendengar jawapan itu. Ternyata kata-katanya itu bernas sekali, hingga baginda sedar atas keterlanjurannya: “Benar katamu wahai wakil yang terhormat. Cakaplah bagaimana keadaan negerimu sekarang?”

Ya Amirul Mukminin, yang kami hormati, kami adalah wakil-wakil yang mendapat kebahagiaan, bukannya kecelakaan. Kami mengadap Tuanku bukan kerana hendak mengadu hal negeri kami yang tidak aman, sebaliknya kami telah memperolehi apa yang telah kami mohonkan di bawah naungan Tuanku yang adil.” Khalifah Umar r.a. merasa hairan melihat betapa fasih dan bijaknya budak itu berucap, lalu baginda bertanya: “Berapa umurmu wahai wakil yang bijaksana.?” Jawab budak itu: “Sepuluh tahun Tuanku.”

9. Tariq bin Ziyad

Mendung hitam menggelayut di atas bumi Spanyol. Eropa sedangdikangkangi oleh penjajah, Raja Gotik yang kejam. Wanita merasaterancam kesuciannya, petani dikenakan pajak tanah yang tinggi, danbanyak lagi penindasan yang tak berperikemanausiaan.Raja dan anteknya bersukaria dalam kemewahan sedang rakyat merintihdalam kesengsaraan. Sebagian besar penduduk yang beragama Kristen danYahudi, mengungsi ke Afrika, berharap mendapat ketenangan yang lebihmenjanjikan. Dan saat itu Afrika, adalah sebuah daerah yang makmur danmempunyai toleransi yang tinggi karena berada di bawah naunganpemerintahan Islam.

Satu dari jutaan pengungsi itu adalah Julian, Gubernur Ceuta yangputrinya Florinda telah dinodai Roderick, raja bangsa Gotik. Merekamemohon pada Musa bin Nusair, raja muda Islam di Afrika untukmemerdekakan negeri mereka dari penindasan raja yang lalim itu.Setelah mendapat persetujuan Khalifah, Musa melakukan pengintaian kepantai selatan Spanyol. Bulan Mei tahun 711 Masehi, Tariq bin Ziyad,budak Barbar yang juga mantan pembantu Musa bin Nusair memimpin 12.000anggota pasukan muslim menyeberangi selat antara Afrika dan daratanEropa.

Begitu kapal-kapal yang berisi pasukannya mendarat di Eropa, Tariqmengumpulkan mereka di atas sebuah bukit karang, yang dinamai JabalTariq (karang Tariq) yang sekarang terkenal dengan nama Jabraltar. Diatas bukit karang itu Thariq memerintahkan pembakaran kapal-kapal yangtelah menyeberangkan mereka.Tentu saja perintah ini membuat prajuritnya keheranan. “Kenapa Andalakukan ini?” tanya mereka. “Bagaimana kita kembali nanti?” tanya yanglain.

Namun Tariq tetap pada pendiriannya. Dengan gagah berani ia berseru,”Kita datang ke sini tidak untuk kembali. Kita hanya punya pilihan,menaklukkan negeri ini dan menetap di sini, atau kita semua syahid.”Keberanian dan perkataannya yang luar biasa menggugah Iqbal, seorangpenyair Persia, untuk menggubahnya dalam sebuah syair berjudul”Piyam-i Mashriq”:”Tatkala Tariq membakar kapal-kapalnya di pantai Andalusia (Spanyol),Prajurit-prajurit mengatakan, tindakannya tidak bijaksana. Bagaimanabisa mereka kembali ke negeri Asal, dan perusakan peralatan adalahbertentangan dengan hukum Islam. Mendengar itu semua, Tariq menghunuspedangnya, dan menyatakan bahwa setiap negeri kepunyaan Allah adalahkampung halaman kita.”

Kata-kata Tariq itu bagaikan cambuk yang melecut semangat prajuritmuslim yang dipimpinnya. Bala tentara muslim yang berjumlah 12.000orang maju melawan tentara Gotik yang berkekuatan 100.000 tentara.Pasukan Kristen jauh lebih unggul baik dalam jumlah maupunpersenjataan. Namun semua itu tak mengecutkan hati pasukan muslim.

Tanggal 19 Juli tahun 711 Masehi, pasukan Islam dan Nasrani bertemu,keduanya berperang di dekat muara sungai Barbate. Pada pertempuranini, Tariq dan pasukannya berhasil melumpuhkan pasukan Gotik, hinggaRaja Roderick tenggelam di sungai itu. Kemenangan Tariq yang luarbiasa ini, menjatuhkan semangat orang-orang Spanyol dan semenjak itumereka tidak berani lagi menghadapi tentara Islam secara terbuka.

Tariq membagi pasukannya menjadi empat kelompok, dan menye-barkanmereka ke Kordoba, Malaga, dan Granada. Sedangkan dia sendiri bersamapasukan utamanya menuju ke Toledo, ibukota Spanyol. Semua kota-kotaitu menyerah tanpa perlawanan berarti. Kece-patan gerak dan kehebatanpasukan Tariq berhasil melumpuhkan orang-orang Gotik.

Rakyat Spanyol yang sekian lama tertekan akibat penjajahanbangsa Gotik, mengelu-elukan orang-orang Islam. Selain itu,perilaku Tariq dan orang-orang Islam begitu mulia sehinggamereka disayangi oleh bangsa-bangsa yang ditaklukkannya.

Salah satu pertempuran paling seru terjadi di Ecija, yang membawakemenangan bagi pasukan Tariq. Dalam pertempuran ini, Musa binNusair, atasannya, sang raja muda Islam di Afrika ikut bergabungdengannya.

Selanjutnya, kedua jenderal itu bergerak maju terus berdampingandan dalam kurun waktu kurang dari 2 tahun seluruh dataran Spanyoljatuh ke tangan Islam. Portugis ditakluk-kan pula beberapa tahunkemudian.

“Ini merupakan perjuangan utama yang terakhir dan palingsensasional bagi bangsa Arab itu,” tulis Phillip K.Hitti, “dan membawamasuknya wilayah Eropa yang paling luas yang belum pernah merekaperoleh sebelumnya ke dalam kekuasaan Islam. Kecepatan pelaksanaan dankesempurnaan keberha-silan operasi ke Spanyol ini telah mendapattempat yang unik di dalam sejarah peperangan abad pertengahan.”

Penaklukkan Spanyol oleh orang-orang Islam mendorong timbuln-yarevolusi sosial di mana kebebasan beragama benar-benar diakui.Ketidaktoleranan dan penganiayaan yang biasa dilakukan orang-orangKristen, digantikan oleh toleransi yang tinggi dan kebaikan hati yangluar biasa.

Keadilan ditegakkan tanpa pandang bulu, sehingga jikatentara Islam yang melakukan kekerasan akan dikenakan hukumanberat. Tidak ada harta benda atau tanah milik rakyat yang disita.Orang-orang Islam memperkenalkan sistem perpajakan yang sangat jituyang dengan cepat membawa kemakmuran di semenanjung itu danmenjadikan negeri teladan di Barat. Orang-orang Kristen dibiarkanmemiliki hakim sendiri untuk memutuskan perkara-perkara mereka. Semuakomunitas mendapat kesempatan yang sama dalam pelayanan umum.

Pemerintahan Islam yang baik dan bijaksana ini membawa efek luarbiasa. Orang-orang Kristen termasuk pendeta-pendetanya yang padamulanya meninggalkan rumah mereka dalam keadaan ketakutan, kembalipulang dan menjalani hidup yang bahagia dan makmur. Seorang penulisKristen terkenal menulis: “Muslim-muslim Arab itu mengorganisirkerajaan Kordoba yang baik adalah sebuah keajaiban Abad Pertengahan,mereka mengenalkan obor pengetahuan dan perada-ban, kecemerlangan dankeistimewaan kepada dunia Barat. Dan saat itu Eropa sedang dalamkondisi percekcokan dan kebodohan yang biadab.”

Tariq bermaksud menaklukkan seluruh Eropa, tapi Allahmenentukan lain. Saat merencanakan penyerbuan ke Eropa, datangpanggilan dari Khalifah untuk pergi ke Damaskus. Dengan disiplin dankepatuhan tinggi, Tariq memenuhi panggilan Khalifah dan berusahatiba seawal mungkin di Damaskus. Tak lama kemudian, Tariq wafatdi sana. Budak Barbar, penakluk Spanyol, wilayah Islam terbesar diEropa yang selama delapan abad di bawah kekuasaan Islam telah memenuhipanggilan Rabbnya. Semoga Allah merahmatinya.

Inilah diantara contoh-contoh kisah para ulama yang menerajui kepimpinan ummah. Semoga muktamar PAS pada tahun ini akan mengekalkan ‘Kepimpinan Ulama’ didalam menerajui parti itu. Pada golongan professional, jangan terlalu ghairah untuk menerajui kepimpinan tertinggi, bagilah para ulama untuk menjadi kepala dialam jemaah, jangan asyik menyalahkan para ulama bila berlaku kelemahan didalam kepimpinan, bagilah nasihat dan panduan pada mereka didalam menerajui jemaah ini. Sesungguhnya ada keberkatan didala jemaah bila dipandu oleh para Ulama. Memang kalian ada hujah dan alas an sendiri bagi menyokong kepimpinan professional didalam PAS, tetapi.. yakinlah dengan kepimpinan ulama.. Insyaallah. Jemaah akan terus gemilang dan bersinar bila dinaungi oleh kepimpinan yang mengetahui kepakaran didalam Ilmu agama dan makrifatullah.

Ini hanya cebisan pandangan peribadi aku, aku juga tidak mnolak jika PAS dipimpin oleh professional, setiap yang ditetapkan oleh perwakilan adalah yang terbaik, dan aku yakin debgan sistem Syura didalam PAS. Semoga muktamar kali ini memberi nafas baru kepada parti PAS untuk terus mengambling tenaga bagi merealisasikan Islam dibumi tercinta ini. Selamat bertanding pada pimpinan PAS disemua peringkat, selamat mengundi pada semua pewakilan dan selamat beristiqamah didalam perjuangan Islam. Semoga Allah membuka pintu hati ummat untuk menerima perjuangan ini.

SALAM ULAMA..

SALAM PROFESIONAL..

SALAM DARIKU..

Al-faqir wal Haqir ILALLAH.

SHAMSUL ANUAR AHMAD

~ oleh ANUAR AHMAD di Mei 4, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: