TARBIAH.. OH TARBIAH..

Bersama berbincang untuk memperkasakan  Kepimpinan Ulama.Image(574)

Hari ini aku jumpa seorang kawan, kami bincang mengenai isu yang heboh didalam Negara pada hari ini. Isunya ialah mengenai pemilihan pimpinan PAS didalam muktamar yang akan diadakan tak lama lagi. Banyak pihak yang telah bagi pendapat sendiri didalam isu ini. MB Kelantan telah jawab isu ini didalam Kuliah Jumaatnya. Aku pun tak nak bangkitkan lagi isu ini, tapi masih ada lagi manusia yang tak paham apa yang telah disampaikan oleh Tuan Guru Nik Aziz dan Dato Harun Din didalam akhbar Harakah. Ramai yang masih bertegas untuk memperjuangkan hak jawatan didalam PAS pada Muktamar akan datang. Disini aku melihat betapa ada sedikit kepincangan didalam Tarbiah yang telah dilaksanakan oleh PAS. Ini adalah pandangan peribadiku yang dakal tentang ilmu dan isu sebenar didalam PAS, oleh itu aku harap ia tidak menjadi isu yang besar.

Kelantan terkenal dengan negeri yang ramai alim ulama dan professional. Kemenangan kelantan ditangan PAS adalah hasil gabungan 2 pihak ini. Tidak timbul isu siapa yang lebih layak memegang jawatan tertinggi didalam PAS. Tapi, ini telah menjadi isu besar sekarang. Kenapa yer? Inilah satu kepincangan didalam tarbiah yang mungkin wujud didalam PAS, diantara satu kelemahan PAS kerana ialah tidak memilih ILHAM untuk masuk ke negeri in bagi menyusun ilmu tarbiah dikalangan ahli PAS. Istilah As-sam’u wal Thaah, Wala, Ukhuwwah fillah, Tadhiyyah dan macam-macam lagi istilah tarbiah yang wujud didalam Jamaaah Islam. Kita berpuas hati didalam kemenangan yang kita kecapi tetapi tidak pernah fikir kepentingan Tarbiah dikalangan ahli secara Khusus dan memperkasakan Fikrah Islami. Memang aku nafikan bahawa wujud tarbiah umumuiah yang ada didalam PAS kelantan, contohnya: Program Kuliah Jumaat oleh Dato Tuan Guru, penubuhan HALAQAT negeri Kelantan bagi menyebarkan dakwah pada masyarakat Kelantan dan macam-macam lagi program yang dijalankan oleh Pihak Kerajaan Negeri Kelantan (malayin mabruk aku ucapkan pada ‘kepimpinan Ulama’ Negeri Kelantan). Namun pun begitu, Tarbiah secara khusus bagi pemuda-pemuda PAS dan ahli-ahli PAS tidak ada keselarasan penyusunan yang Khusuh dan terancang.

Kerajaan Negeri Kelantan mempunyai peluang besar didalam menyebarkan tarbiah dan Fikrah kepada anak-anak muda. Kerajaan Kelantan mempunyai YIK (Yayasan Islam Kelantan) untuk menwujudkan tarbiah dalaman jemaah, tapi kenapa tidak gunakan peluang ini? Kenapa Exco yang pegang YIK ini tdak menwujudkan satu badan yang mampu untuk melaksanakan tarbiah kepada pelajar YIK, tarbiah bukan saja melalui pendidikan akademik semata-mata tapi meliputi semua aspek. Kenapa tidak mewajibkan semua pelajar dan guru-guru YIK melaksanakan Usrah secara terancang dan tanzim? Kenapa tidak buat silibus Usrah dan Tarbiah yang lengkap bagi rujukan semua pelajar YIK didalam melahirkan pelajar yang kamil wal mutakamil. Ini adalah peluang besar YIK didalam merencanakan proses tarbiah pimpinan masa akan datang. Aku harap tulisan akan dibaca oleh Exco yang pegang YIK. Kalian yang bayar gaji guru-guru YIK, kalian yang ada authority pada pelajar-pelajar YIK, kenapa abaik perkara ini? Tidakkah kalian terasa rugi dengan peluang yang ada didepan mata kalian tapi kalian tidak manfaat sebaik mungkin. Sekolah-sekolah YIK hanya ada Guru Penasihat Badan Dakwah dan Badan Dakwah sahaja tetapi tiada pantauan yang dibuat, program tarbiah YIK untuk pelajarnya hanya sekali sahaja setahun iaitu ‘Mukhayyam Tahunan YIK’, memadai ke program ini? Kenapa tidak mewajibkan kepada semua sekolah yang dibawah YIK untuk melaksanakan Usrah? Susah ke nak force pelajar-pelajar dan Guru-guru YIK? Bukankah kalian yang bayar gaji Guru-guru YIK? Kenapa nak bimbang?. Lihatlah pada KPM yang dibawah kerajaan, mereka mampu kongkong guru-guru mereka untuk ikuti segala program mereka, segala etika yang telah ditetapkan oleh mereka akan dituruti oleh Guru-guru kementerian walaupun tidak selari dengan kaedah Islam yang sebenar. Kenapa YIK susah nak masukkan tarbiahi alam oganisasi yang dibawah naungannya? Sedangkan ini adalah satu kepentingan kepada pejuangan Islam pada masa akan datang.

Aku harap pihak YIK akan berfikir dan berbincang untuk melaksanakan proses tarbiah didalam Sekolah-sekolah YIK, aku berbangga dengan prestasi pelajar YIK didalam Akademik, tapi aku amat sedih dengan akhlak dan tahap kefahaman pelajar YIK didalam tarbiah, Usrah dan kewajipan berjemaah dan iltizam bersama Jemaah. Mungkin pihak YIK akan membezakan Akhlak dan prestasi dengan pelajar YIK dengan pelajar sekolah Menengah biasa. Memanglah kalian akan terasa bangga dengan kelebihan pelajar YIK, jika nak banding dan compare mestilah lihat pada yang lebih hebat pada kita, bukan lihat pada yang lebih kurang dan rendah pada kita. Ini akan menyebabkan kita akan melihat kesempurnaan selalu tanpa menyedari kelemaha-kelemahan yang wujud pada kita.

Diantara kekuatan yang dimiliki oleh kerajaan Negeri Kelanatan lagi ialah Institusi Pondok. Kelantan memang terkenal dengan kehebatan ulama-ulama pondoknya dan pondok di Kelantan diantara Institusi pengajian lama yang masih lagi mampu bertahan di Malaysia sehingga sekarang. Kerajaan Negeri Kelantan sepatutnya mengembangkan Institusi Pondok dan pengajian kitab-kitab lama ini. Aku tahu, kerajaan Kelantan dah menubuhkan Pondok Moden di Kandis Bachok. Tapi, aku juga ada dengar khabar angina yang mungkin betul dan mungkin tidak iaitu ada pihak-pihak yang nak menghapuskan Institusi Pondok dengan cara mengurangkan bantuan kepada pihak Pondok. Kenapa tidak berlaku adil diantara peruntukan dan pembangunan Pondok dengan Sekolah-sekolah YIK? Adakah sekolah YIK ini sahaja yang mengeluar alim ulama? Aku tahu, pihak Kerajaan Negeri ada memperuntukkan bantuan kepada pihak Pondok melalui Pembangunan Pondok Berhad. Tapi tidak sehebata pembangunan sekolah YIK. Aku melihat bahawa Institusi Pondok adalah satu kekuatan untuk Kerajaan Negeri Kelantan mempertahankan ‘Kepimpinan Ulama’. Aku harap Exco yang bertanggungjawab terhadap pendidikan Pondok-pondok di Negeri Kelantan akan memberi satu suntikan baru bagi membangun dan mengembangkan lagi Institusi Pondok di Kelantan. Pada pihak-pihak yang memperlekeh Institusi Pondok, insaflah.. diantara undi yang memenagkan kalian didalam PRU adalah hasil seruan ulama pondok kepada masyarakat untuk pertahankan ‘Kepimpinan Ulamak’ di Kelantan. Ada beberapa pihak yang telah menyakiti hati-hati ulama pondok dengan membawa datang golongan wahabi ke Kelantan melalui pelbagai Seminar-seminar. Jangan ingat ulama jahil, tapi ulama pondok malas layan segala isu-isu yang telah dibincangkan oleh para ulama-ulama terdahulu yang cuba dibangkitkan kembali oleh golongan-gologan tertentu.

Kerajaan Kelantan mempunyai banyak lagi kekuatan yang boleh digambling untuk kepentingan Islam dan mengekalkan ‘Kepimpinan Ulama’ di negeri yang aku cintai ini. Aku melihat adalah menjadi satu kewajipan untuk menjadikan para ulama ini kekal diatas kepimpinan yang tertinggi. Aku yakin dan percaya pada golongan professional yang telah mantap segi tarbiah dan fikrahnya seperti Dato Paduka Hj Husam Musa, tapi berapa orang yang sama seperti dia? Orang yang telah ditarbiah oleh ‘Madrasah Tok Guru Nik Aziz’. Aku berharap sangat-sangat pihak perwakilan muktamar PAS akan datang akan meneruskan pemilihan mereka untuk ‘Kepimpinan Ulama’. Pihak professional jangan rasa dan menyangka golongan ulama tidak mahu memberi kerusi jawatan tertinggi itu pada Profesional tapi ia adalah satu kepentingan Jemaah untuk meneruskan ‘Kepimpinan Ulama’. Alangkah indahnya jika semua pihak memahami erti tarbiah dan wala didalam perjuangan ini, pasti tidak akan timbul isu professional dan ulama. Lihatlah Jemaah Ikhwanul Muslimin yang mempunyai gabungan diantara Ulama dan Profesional.

Aku petik beberapa mutiara indah hasil nukilan Ustaz Nasharuddin Tantawi didalam Blognya. Aku harap Ustaz Nasa membenarkan aku menyalin kembali kata-katanya untuk kefahaman kita bersama mengenai tarbiah dan jemaah Islam.

Memelihara Ketulenan Perjuangan

Perjuangan tidak hanya berasaskan semangat malah penglibatan kita bersama PAS sebagai sebuah parti politik juga bukan kerana memenuhi tuntutan demokrasi .

Sebaliknya penglibatan [ intima’ ] kita adalah berpaksi kepada Iman dan Islam .

Apa yang kita mahu tegakkan ialah Iman dan apa yang kita mahu daulatkan ialah Islam .

Inilah cita – cita murni yang sekali – kali tidak boleh kita benarkan ianya dipengaruhi oleh nafsu dan dikuasai oleh aqal yang terpisah dari wahyu . Justeru cita – cita ini terlalu suci untuk dipengaruhi selain Iman yang tidak berbelah bahagi dan Islam sebagai risalah as samawi .

Malang sungguh apabila perjuangan ini dicampur aduk dengan desahan nafsu yang memburu ruang untuk menyerlah populariti dan publisiti malah membina indentiti diri tanpa memperduli ketulenan manhaj rabbani .

Barangkali kita akan ketemui apa yang diburu biarpun hanya mengatas namakan perjuangan Islam ini . Persoalannya , berbaloikah perjudian itu ?

Siang malam bergelut menghadapi ancaman . Saban waktu pula meredah rintangan . Bersama perjuangan ini dengan mengambil pelbagai risiko yang mungkin membinasakan diri , hanya semata – mata untuk menggapai cita – cita peribadi yang berpaksi kepuasan naluri .

Ketulenan Perjuangan

Perjuangan yang disertai ini adalah untuk sebuah kembara mencari kedaulatan buat Islam . Laksana pengembaraan Nabi saw bersama para sahabatnya membelah alam jahiliyyah memacu hijrah membina sebuah daulah . Segala rintangan dan halangan dihadapi dengan tabah . Sengsara dan deritanya didepani dengan sabar . Perit jerih atas segalanya menjadi ibadah yang ditekuni tanpa mengalah .

Malang 1001 kali malang andai perjuangan ini tidak ubah seperti batu loncatan untuk memenuhi cita – cita politik . Mencari pengaruh , jawatan dan gelaran . Sukar kita memelihara ketulenan perjuangan yang didokong ini jika kita gagal membebaskan diri sepenuhnya dari pengaruh nafsu dan kepentingan duniawi .

Ketulenan manhaj perjuangan mesti dipelihara dari anasir yang merosakkannya . Semua anggota jamaah mesti peka dalam menilai antara manhaj perjuangan yang tulen berasaskan sirah perjalanan nabi kita Muhammad saw atau manhaj perjuangan palsu yang meniti di atas jalur kepentingan politik dan peribadi .

Ketulenan manhaj perjuangan dapat dikenal pasti melalui pengambilan skima amal tarbawi yang mantap melalui silibus am tinggalan baginda Rasul saw. dan diperkemas kini oleh ulama’ al a’milin al mujahidin yang memimpin ummah .

Satu pencabulan terhadap manhaj perjuangan andai ia dipimpin atau digerakkan oleh individu atau mereka yang bukan sahaja jahil terhadap manhaj perjuangan an nabawi tetapi juga bersikap negatif terhadap amal tarbawi . Lebih malang apabila perjuangan ini dipacu berlandaskan teori politik untuk mencapai matlamat tanpa berteraskan akhlak Islami .

Demi memburu kemenangan dalam pilihanraya sebagai contoh , walaupun tiada siapa menafikan kemenangan itu penting namun sekali – kali kita tidak boleh meminggirkan akhlak Islami dalam percaturan politik .

Tentu sahaja perjuangan Islam tidak sama dengan gerakan nasionalis atau lainya yang tidak memiliki kamus dosa dan pahala dalam teori politik mahupun perjuangan mereka . Justeru itu kita jangan terjebak atau terpedaya dengan cara dan gaya mereka berpolitik .

Politik Islam kaya dengan akhlak , moral dan prinsip yang tidak memungkin ianya di beli apalagi dirasuah lantaran paksinya ialah Iman dan Islam .

Ketulenan manhaj perjuangan jua tidaklah dinilai semata – mata dipentas politik pilihanraya tetapi juga melihat bagaimana kita membuat keputusan jamaah , bagaimana kita memimpin jamaah dan menangani ahli , bagaimana kita beraksi di medan dakwah , bagaimana kita mendepani musuh , bagaimana kita bertahaaluf dan sebagainya .

Pasti sahaja adab dan akhlak berjamaah seperti syura , dengar dan taat , thiqah , istiqamah , wala’ , ukhuwwah , ikhlas dan lainnya mewarnai diri , sikap dan aksi kita sebagai seorang pejuang .

Kita adalah Sebuah Gerakan Islam . Ini satu realiti yang mesti direalisasikan terutama kepada mereka yang diamanahkan sebagai pemimpin jamaah walau dimana posisinya . Bahkan apa pun kepentingan yang kita mahu capai dalam strategi berpolitik dan bergerak memimpin perjuangan ini , kita tidak boleh mencairkan nilai atau standard value bagi sebuah gerakan Islam .

Strategi itu benar dan wajar sebagaimana berpolitik itu adalah hak dan amanah perjuangan . Tetapi saya tegaskan sekali lagi , ketulenan manhaj perjuangan mesti dipelihara . Jangan kita abaikan ketulenannya semata – mata mahu melihat strategi kita berjaya dan politik kita menang .

Ingat ! menang tidak bererti benar dan kalah tidak bermakna salah . Justeru itu awas jangan palsukan manhaj perjuangan suci ini .Pemalsuan manhaj perjuangan adalah satu jenayah !

HAYATI DAN LAKSANA

5 PRINSIP

AMAL JAMAEI

dalam PAS .

Sebahagian dari usaha untuk memperkasakan PAS agar Islam yang menjadi asas dan dasar perjuangan dapat dilaksanakan dengan cemerlang , kita sewajarnya memastikan intima’ atau penglibatan kita dengan PAS ini benar – benar dihayati bersama 5 prinsip Amal Jamaei .

5 Prinsip yang saya maksudkan itu ialah :

1. Iltizam

Memberikan komitmen yang tinggi terhadap setiap aktiviti amal Islami yang dianjurkan oleh PAS demi menjayakan gerakkerja pengkaderan atau pembinaan :

Aqidah yang sohih ,
Fikrah yang syumul dan
Syakhsiyyah yang soleh .

Dakwah yang benar

Tanzim @ Organisasi yang mantap

Jangan abaikan setiap keputusan jamaah apalagi membuat keputusan yang bercanggah dengan apa yang telah diputuskan secara jamaei melalui prosedur mesyuarat yang sah . Pastikan juga kita tidak mengakibatkan aktiviti jamaah lumpuh atau terbiar dengan sikap yang acuh tidak acuh dalam menjayakannya .

Terapkan rasa wajib ke atas diri dalam menunaikan semua peraturan dan arahan jamaah yang tentunya untuk kepentingan perjuangan Islam yang suci dan bersih dari sebarang elemen yang bersifat kepentingan diri sendiri .

Rasa diri terpanggil untuk menyelesaikan apa jua tanggungjawab dan amanah perjuangan yang terbengkalai walaupun bukan kita pemegang amanah yang bertanggungjawab langsung terhadapnya .

2. Wala’

Kesetiaan dan kejujuran kita terhadap perjuangan Islam yang didokong dengan PAS sebagai platform untuk menjayakannya , lalu menggapai objektif dan matlamat .

Tidak berlaku curang atau tidak mengkhianati perjuangan dengan melakukan sesuatu yang bukan sahaja bercanggah dengan dasar perjuangan tetapi juga mendedahkan jamaah kepada risiko ekoran tindakan kita yang kurang berhati – hati seperti mengakibatkan kebocoran rahsia dan lainnya .

Jangan sekali – kali bermain kayu 3 dengan jamaah yang akhirnya mencetus dilemma dalam melaksanakan arahan pimpinan . Antaranya sikap menyertai 2 atau 3 jamaah sekali gus kononnya didirikan atas kefahaman bahawa yang penting ialah Islam bukan jamaah , maka boleh menyertai mana – mana jamaah yang mahukan Islam .

Tindakan ini membawa kepada pecah wala’ lalu timbul pula ‘fatwa’ kononnya wala’ tidak wajib kecuali kepada Allah dan Rasul demi menghalalkan tindakan mereka menyertai 2 atau 3 jamaah secara serentak .

Menyertai 2 atau 3 jamaah serentak sebenarnya menggangu proses pembinaan secara terancang dan mencetuskan kekeliruan fikrah serta membawa kepada dilemma dalam ketaatan dan komitmen . [ perbincangan panjang dan jelas telah saya tulis dalam kertas kerja saya yang bertajuk Ummah Centric : satu kekeliruan . ]

3. Dengar dan Taat.

Melancarkan misi dan operasi yang telah dirancang demi mencapai objektif dan matlamat perjuangan suci ini pastinya dengar dan taat adalah mekanisme yang tidak dapat tidak mesti dihayati dan dilaksanakan .

Kita tidak selayaknya mengklasifikasikan ketaatan kita kepada pimpinan dan jamaah selama mana ia tidak mengheret kita dan jamaah ke kancah maksiat dan mungkar . Sekalipun pemimpin yang mengeluarkan arahan hanya seorang junior atau pimpinan bertaraf cawangan , jika kita bertanggungjawab langsung dengan arahan tersebut maka hendaklah ianya dilaksanakan dengan penuh amanah .

4. Ukhuwwah fillah

Jalinan persaudaraan antara ahli PAS mestilah diikat dengan semangat berlapang dada , berbaik sangka , tawadhu’ atau merendah diri antara satu sama lain , kasihkan saudara sebagaimana kita kasih kepada diri sendiri , mengutamakan kebaikan buat saudara kita mengatasi diri sendiri .

Eratnya jalinan antara ahli sesama ahli dan ahli dengan pimpinan membentuk benteng kukuh buat jamaah dari sebarang anasir yang merosakkan struktur kepimpinan dan pentarbiyahan jamaah .

Usaha dan aktiviti yang menumbuhkan kemesraan sesama ahli atau program yang menanam rasa kasih yang mendalam mestilah diberikan keutamaan . Justeru ukhuwwah yang terbina utuh antara ahli dan pimpinan akan meminimakan ruang khilaf dan menutup peluang krisis .

5. Tadhiyyah [ pengorbanan ]

Tiada perjuangan tanpa pengorbanan malah pengorbanan antara pra syarat kemenangan . Sukar untuk kita jayakan misi dan visi perjuangan besar ini tanpa pengorbanan semua pihak . Mengorbankan tenaga , harta benda dan nyawa demi perjuangan Islam ini sememangnya telah diwartakan oleh Allah dalam al Quran sebagai sunnah perjuangan sejak zaman Nabi saw.

Kegagalan berkorban memerangkap diri dan jamaah dalam kelemahan yang tidak mungkin boleh diatasi .

Terutama kita berjuang di era menang , kedengaran akhir – akhir ini suara yang mahu titik peluh dan penat lelahnya untuk perjuangan ini dibayar dengan imbuhan dunia . Tanpa imbuhan atau perolehan lumayan maka tiada tenaga jauh sekali nyawa untuk perjuangan . Ini satu musibah !

Pengorbanan adalah tuntutan perjuangan yang sama samaada sebelum atau selepas menang . Tanpa pengorbanan terlalu sukar untuk kita mencapai kemenangan sebagaimana jua tanpa pengorbanan pasti sahaja kemenangan yang dicapai tidak akan bertahan lama .

Ringkasan ini sebagai satu nota kecil buat petugas , ahli dan pimpinan PAS yang saya dedikasikan buat semua khasnya diri saya sendiri yang masih perlu dibimbing dan dibina dengan apa yang telah saya notekan di sini .

Saya harap perbincangan lanjut dibawa ke usrah atau liqa fikri berkait 5 prinsip amal jamaei ini dan dilengkapkan dengan nas qura’ani dan dalil sunni berasaskan manhaj perjuangan an nabawi .

PEMUTIHAN INTIMA’ [ Penglibatan ]

Parti Islam SeMalaysia ( PAS )

Polemik dan krisis boleh berlaku samaada melibatkan ahli mahupun pimpinan parti . Apa boleh buat , sudah menjadi mehnah yang mesti ditempuh dengan sabar dan tenang oleh semua anggota . Jika tidak , keadaan mungkin sukar dikawal dan masaalah kian membarah .

Kita mungkin tidak terlepas dari keterpaksaan merentasi zon polemik atau krisis tersebut . Maka terpulanglah kepada kita , bagaimana kita menanganinya. Tersilap langkah pastinya mengundang padah . Parti akan bertambah kusut dan anggota semakin susut . Samaada susut pada penyertaannya atau susut pada nilai dan kualitinya .

Justeru itu , parti dan seluruh anggota tanpa mengira di mana posisinya mestilah memiliki kekuatan malah keperkasaan diri dan sanubari , menghadapi detik – detik sukar atau gawat yang mengancam kestabilan parti dan kepimpinannya .

Saya melihat sebahagian dari keperkasaan dan kekuatan itu ialah persoalan INTIMA’ . Persoalan yang melibatkan penyertaan dan keterikatan kita bersama PAS sebagai sebuah Gerakan Islam .

Ertinya , jika luntur nilai intima’ dan salah pula prinsip intima’nya maka hilanglah asas keperkasaan dan kekuatan diri . Akhirnya membuatkan kita gagal menghadapi ancaman , gagal mengatasi halangan dan gagal juga menyerap tekanan .

Intima’ yang salah dan tidak menepati piawaian sebuah Gerakan Islam mendedahkan anggota parti samaada ahli atau pimpinan terus terperangkap dalam laluan yang salah malah membawa akibat yang buruk buat masa depan perjuangan .

Semua orang boleh mengaku dirinya adalah anggota Gerakan Islam tetapi tidak semua yang mengaku itu mampu melepasi garisan hitam yang sering melingkari parti dan menjadi ibtila’ kepada para pejuangnya . Lantaran Intima’ yang salah bermakna tiada keupayaan untuk bertahan menghadapi krisis dan polemik sebaliknya semakin menyumbang ke arah situasi yang lebih tenat .

Masaalah kecil yang sepatutnya boleh selesai dengan berlapang dada dan semangat muzakarah [ berbincang ] , menjadi besar dan sukar dikawal gara – gara Intima’ yang salah .

Sedikit salah faham boleh berakhir dengan permusuhan dan sedikit kesilapan boleh mencetus sengketa semata – mata kerana anggota parti salah Intima’ .

INTIMA yang salah

Antara Intima’ yang salah dan akhirnya menghela ke arah rapuh dan reputnya dahan berpaut atau retak dan pecahnya lantai berpijak ialah :

Intima’ Maslahi [ Penglibatan kerana tujuan dan kepentingan tertentu ]

Intima’ dan penglibatan seperti ini sememangnya rapuh justeru ia berasaskan kepentingan tertentu yang ingin dicapai dengan menyertai PAS . Maksudnya PAS hanya menjadi batu loncatan untuk mengapai sesuatu tujuan bersifat peribadi . Lebih parah apabila kepentingan yang dicari telah hilang atau gagal dicapai , nescaya ia akan meninggalkan jamaah dan perjuangannya . Inilah pencetus kepada gejala keluar parti atau merajuk lalu menghilangkan diri dari pentas perjuangan .

Intima’ Syakhsi [ Penglibatan berasaskan suka atau minat kepada individu tertentu ]

Intima’ dan penglibatan seperti ini jelas mudah terlerai atau tidak kejap kerana komitmennya bergantung kepada individu tertentu . Jika individu tersebut meninggalkan jamaah dan perjuangan nescaya ia juga akan turut meninggalkan jamaah dan perjuangan ini . Kes ini banyak kali berlaku dalam PAS . Apabila ia keluar meninggalkan PAS maka ramai juga yang turut keluar mengikut jejak individu terbabit .

Demikian antara contoh Intima’ yang salah malah tidak jelas , yang pasti sahaja menjejaskan prestasi keiltizamannya bersama aktiviti amal Islami yang dianjur oleh parti . Dalam perspektif yang lain pula , kita melihat isu Intima’ ini berkait rapat dengan soal hati atau keikhlasan kita menyertai perjuangan ini .

Adapun Intima’ yang dikehendaki oleh syara’ dan mampu pula meletakkan kita iltizam dan istiqamah ialah Intima’ al Aqidi .

Iaitu intima’ atau penglibatan yang bertunjangkan aqidah yang sohih dan keyakinan yang mendalam berdasarkan petunjuk Allah swt .

Mereka yang berintima’ dengan intima’ al Aqidi adalah mereka yang pastinya thabat mendepani apa jua cabaran yang mendatang . Sekali – kali tidak meninggalkan perjuangan biar apa yang menghambat . Tidak sanggup hidup hina tanpa perjuangan bahkan rela mati syahid demi agama dan perjuangannya .

Ringkasnya sebagai muhasabah , setiap anggota [ ahli atau pimpinan ] wajar merenung sejenak persoalan intima’ ini . Lakukan pemutihan agar kita tidak terjebak dalam intima’ yang kotor dan salah .

GERAKAN AMAL TARBAWI

WAJIB DIPERKASA

Sebagai sebuah Gerakan Islam , Amal Tarbawi menjadi tunjang kekuatan dan keutuhannya mendepani cabaran dan menyerap tekanan . Malah Amal Tarbawi melengkapi segala zat dan galian yang diperlukan oleh Gerakan Islam bagi menguatkan otot serta memperkasakan stamina guna menggalas berat beban perjuangan mendaulatkan Syariat Allah swt .

Tanpa Amal Tarbawi atau perlaksanaan Amal Tarbawi yang lemah serta tidak konsisten bakal mengundang 1001 masaalah dalaman yang mencetus konflik atau krisis . Besar kemungkinan bahawa segala konflik dan krisis dalaman itu berlarutan dan sukar pula diatasi ekoran dari lemah dan lembabnya perlaksanaan Amal Tarbawi .

Amal Tarbawi sangat berkait rapat dengan pengkaderan serta pembinaan aqidah , fikrah dan syakhsiyyah . Agar setiap anggota Gerakan Islam samaada pemimpin atau ahli biasa , wakil rakyat atau staff pejabat memiliki skima pentarbiyyahan yang mantap dan lengkap .

Aqidah mereka aqidah yang tulen , fikrah mereka fikrah yang jelas dan syakhsiyah mereka pula adalah syakhsiyyah yang soleh . Inilah rahsia kekuatan Gerakan Islam sehingga ia mampu bertahan dalam menangkis dan mengelak serangan musuh yang bertubi arus dari segenap sudut.

Apabila Amal Tarbawi mula tidak diendah atau perlaksanaannya bersifat acuh tidak acuh lantaran memberi keutamaan kepada skil politik seperti penampilan imej , kenyataan media , penampilan di tengah – tengah kemelut masyarakat , mengupas dan menjuarai isu , enggagement dengan pelbagai pihak dan sebagainya lagi yang saya tidak nafikan kepentingannya , maka ia membawa implikasi yang besar dan sukar buat masa depan perjuangan .

Kita kelak mungkin dilihat hebat dan gah pada zahirnya dek penampilan dan penonjolan imej politik yang luar biasa tetapi individu anggota dan jamaah itu sendiri terdedah kepada hakisan nilai fundemental dan spiritual Harakah Islamiyyah .

Contoh mudah yang boleh saya ketengahkan ialah merosotnya nilai ukhuwwah fillah lantaran sejak lama dulu , usrah di abaikan , tamrin ditinggalkan , qiamulail dilupakan , ziarah diketepikan . Mungkin kerana kita nak beri tumpuan kepada ceramah umum , pertemuan – pertemuan politik dengan rakan saingan politik yang lain , hubungan dengan pihak media agar menyiarkan kenyataan politik kita , mesyuarat merangka strategi untuk saling mendahului antara satu sama lain terutama menjelang musim muktamar yang ada pemilihan kepimpinan .

Sedang usrah memberi peluang kita mempertaut hubungan atau ukhuwwah fillah dikalangan kita melalui bertanya khabar , makan setalam , bertentang mata , bahu membahu , sama – sama mengaminkan doa rabitah dan lain – lain elemen [ disamping usrah menggarap fikrah melalui tasawwur Amal Islami yang jelas ,] yang mungkin kita lihat ianya kecil tetapi nilainya besar dalam mengukuhkan silah dan rabitah perjuangan antara anggota Gerakan Islam .

Tanpa usrah , tamrin dan lain – lain aktiviti Amal Tarbawi , dapat dilihat kesannya hari ini . Bermula dengan renggang hubungan antara anggota sesama anggota mahu pun anggota dengan pimpinan , ianya mengheret kita kepada suasana yang lebih sukar iaitu mudah berburuk sangka dan mudah tercetus pergeseran sesama sendiri hanya dengan sedikit khilaf atau isu kecil yang saya percaya ianya tidak akan mencetus pergeseran apalagi pertegkaran jika ukhuwwah diantara kita tebal dan kebal .

Sementara itu , tiada siapa yang boleh menafikan bahawa ukhuwwah sangat penting bagi sebuah Gerakan Islam . Ianya menguatkan benteng atau kubu perjuangan dari asakan musuh yang mahu memcahbelahkan saf kita , semangat kerja berpasukan , melancarkan orientasi gerakkerja yang dirancang , mengelak krisis dan perpecahan dalaman dan sebagainya .

Lebih bermakna jika perjuangan yang kita dokong ini bertunjangkan ukhuwwah fillah yang mantap lantas ia menghasilkan kemanisan berjuang dan kelazatan berjamaah . Kemanisan dan kelazatan ini bagai formula yang paling kental bagi mengelak berlakunya futur dalam perjuangan apalagi insiden keluar jamaah meninggalkan perjuangan atau pecah wala’ dan retak thiqah kepada pimpinan .

Itu baru kita bercakap soal ukhuwwah . Masih banyak lagi perkara lain yang juga penting seperti soal wala’ , thiqah , dengar dan taat , iltizam atau komitmen , istiqamah atau pro aktif , tadhiyyah atau pengorbanan dan banyak lagi , yang hanya mahu dihasilkan melalui Amal Tarbawi .

Kesimpulannya , adalah menjadi kewajipan kita di semua peringkat , cawangan , kawasan , negeri , pusat bahkan dewan – dewan untuk melihat semula isu Amal Tarbawi yang sedikit sebanyak mengalami gangguan perlaksanaannya masa kini .

Mudah untuk dikesan , saya sebutkan disini betapa jika kita cadangkan program bermalam seperti 2 hari satu malam atau lebih , akan ada pandangan yang menolaknya dengan alasan kalau kita buat program melibatkan aktiviti bermalam , bimbang penyertaan kurang atau program itu bakal tidak mendapat sambutan . Lebih parah , pandangan seperti ini mewakili ramai dikalangan ajk mesyuarat tersebut .

Aktiviti Amal Tarbawi tidaklah sekadar usrah dan tamrin justeru Tarbiyyah bukan suatu yang rigid . Kita boleh menampilkan apa jua bentuk aktiviti asal sahaja membawa kita ke arah pencapaian yang menepati piawaian sebuah Gerakan Islam dengan elemen – elemen yang saya sebutkan tadi .

Kreativiti dalam menganjurkan aktiviti agar tidak dilihat stereo type atau jumud dan sebagainya sangat diperlukan . Yang penting kita perkasakan Amal Tarbawi . Harap gesaan ini mendapat sambutan semua pihak organ parti atau jamaah .

Segala kelemahan jangan dibiarkan berlarutan kelak ia membarah . Segala kekurangan jangan dipandang sebelah mata kelak ia membusung . Segala masaalah jangan dianggap remeh kelak ia meruncing .

Selamat memperkasakan Amal Tarbawi .

Aku petik sedikit kata yang telah dinukilkan oleh Ustaz Said Hawwa.

(Bilakah akan wujudnya HizbuLlah yang sempurna dan lengkap)

Bila mana lahirnya seorang lelaki yang telah menepati pada dirinya

kecintaan kepada Allah, ia bersikap lemah lembut kepada orang Mu’min,

tegas kepada orang kafir, ia berjihad serta menyerahkan keta’atannya kepada

Allah, RasülNya. dan orang Mu’min; maka di ketika itu wujudlah suatu

individu dari Hizbullah. Dan sekiranya terdapat individu-individu

seumpama ini tetapi mereka tidak mengenali di antara satu sama lain, dan

justeru itu tidak berhubung di antara mereka dan tidak bekerjasama dalam

rangka usaha mencapai suatu matlamat yang sama, maka tinggallah

persoalan ini di dalam bentuknya yang asal tadi iaitu adanya individuindividu

daripada HizbuLlah di sana sini. Tetapi apabila individu-individu

ini bercantum menjadi satu saff dengan memenuhi syarat-syarat yang di atas,

dan mereka melancarkan tindak — kerja melalui syura’ dalam usaha untuk

mencapai matlamat bersama, maka ketika ini barulah wujudnya HizbuLlãh.

Di waktu medan kerja bertambah luas dan golongan ini dapat

memenuhi seruan-seruan kerja Islam serta segala keperluannya, lantas.

mereka menyalurkan suatu pandangan yang menyeluruh di dalam aspek

‘ilmu pengetahuan,tarbiyyah, penyusunan (tanzim) gerakan dan tektik

(perencanaan), maka di saat inilah lahirnya hlizbuLlãh di dalam bentuk yang

sempurna dan lengkap; kerana inilah suatu permulaan yang sihat untuk

mencapai tuntutan-tuntutan yang selama ini menunggu tokohnya.

Setelah kita menatapi penulisan di dalam kitab “ ”جندالله ثقافة وأخلاقا

dapatlah kita memahami apakah dia ’ilmu pengetahuan yang mesti dimiliki

oleh HizbuLlah? Dan apakah asas akhlaknya pula? Apakah kehadhiran

HizbuLlah ini suatu kemestian dan suatu keperluan yang tidak dapat tidak

mesti ada untuk setiap negeri Islam dan untuk Ummah Islamiyyah

keseluruhannya, malah untuk manusia sejagat di alam ini; masa ini dan masa

hadapan? Tetapi suatu hal yang mesti diingati; bahawa kehadhiran

HizbuLlah bukanlah sesuatu yang mudah, senang, ringkas dan biasa. Ianya

juga tidak boleh disamakan dengan parti-parti dunia yang lain dan bukan

pula ianya suatu perkumpulan yang menyerupai perkumpulan-perkumpulan

yang lain. Oleh itu sistemnya tidak menyamai sistem-sistem yang lain, jalan

kerjanya tidak sama dengan jalan-jalan kerja parti-parti yang lain, dan

wasilahnya pula berlainan dengan wasilah yang lain.

Sesungguhnya HizbuLlãh adalah suatu ‘hizb’ yang mempunyai ciriciri

tertentu yang teradun di dalam suatu ‘ilmu khusus, suatu tarbiyyah

khusus, suatu kesedaran khusus, suatu praktjk amali yang khusus dan suatu

kombinasi yang khusus. Apabila terdapat faktur-faktur ini, di samping

adanya kepimpinan, keahlian untuk syura dan tentera; di mana tentera

mempunyaj ciri-ciri khusus mereka, pemimpin juga mempunyai ciri-ciri

khusus kepimpinannya, maka melalu ciri-ciri khusus ini seorang individu

akan meningkat dari taraf askar biasa kepada taraf pemerintah pasukan dan

dan pada peringkat munaffiz (pekerja) kepada peringkat tokoh syura; di

ketika ini ujudnya suatu HizbuLlãh.

Sebelum lahir suatu pimpinan yang memiliki ciri-ciri khusus

kepimpinannya, sebelum lahir tokoh syura yang memiliki ciri-ciri khusus

keahliannya dan sebelum lahir seorang tentera yang mempunyai sifat-sifat

khusus ketenteraannya, belum boleh kita mengatakan bahawa HizbuLlãh

adalah suatu harakah yang hidup. Oleh itu, kelahiran ‘sistem sistem

organisasi dalam’ untuk HizbuLlãh ini mestilah datangnya selepas

terbentuknya HizbuLlãh dengan erti kata yang sebenarnya, kerana di saat

ketiadaan tokoh-tokoh HizbuLlãh; kecuali seorang yang memenuhi ciri-ciri

khusus dalam kepimpinan HizbuLlah, sistem dalam ini tidak akan dapat

berfungsi. Dan ketika mana ketiadaan langsung seorang lelaki (rijal) yang

memenuhi ciri-ciri khusus ahli syurã, maka sistem ini tidak akan ujud.

Sebenarnya pengisian tempat hanya dapat berlaku bila mana tercapai dan

terlaksananya ciri-ciri khusus ini, kerana ciri-ciri khusus ketenteraanlah yang

melahirkan seorang tentera dan ciri-ciri khusus tokoh syuralah yang

melahirkan seorang lelaki syurã, dan ciri-ciri khusus kepimpinanlah yang

melahirkan seorang pemimpin. Dan sinilah kita memerhatikan di mana

fikrah naqib-naqib itu mengambil peringkat yang kedua, dan bukannya dan

peringkat yang pertama, dan tidak pula di antara keduanya (peralihan).

Oleh itu, maka tugas terbesar untuk mereka-mereka yang mencintai Islãh

ialah melahirkan tokoh tokoh (rijal) yang memiliki sifat-sifat khusus:

1. Ciri-ciri kepimpinan.

2. Ciri-ciri tokoh syurã.

3. Ciri-ciri tentera Allah

Ini adalah kerana tugas am HlizbuLlah ialah Al-Jihad di mana tugas

ini tidak akan tersusun dan tidak akan terlaksana, kecuali dengan adanya

kepimpinan, ketenteraan dan syura. Sesungguhnya Jihad pula tidak akan

tertegak tanpa kepimpinan dan tentera, demikian juga tanpa syura tidak akan

ujud suatu jaminan yang sempurna di dalam perjalanan yang sihat. Juga

tidak akan ujud syura, kepimpinan dan ketenteraan tanpa ujudnya ciri-ciri

khusus masing- masing.

Di antara ciri-ciri khusus kepimpinan:

Mempusakai sepenuhnya warisan RasüluLlãh di dalam segala sifat:

amanah, benar, tabligh, fatänah (kebijaksanaan), dan juga di dalam usaha mempelajari kitab Allah, Sunnah Ar-Rasül dan Tarbiyyah Islamiyyah.

Sebelum ujud semuanya ini, tidak akan lahir HlizbuLlãh dengan ertikata

yang sebenarnya.

Di antara ciri-ciri khusus tokoh syurä:

Pengetahuannya menyeluruh terhadap kitab Allah dan Al-Sunnah,

disertai dengan kesedaran, pengalaman, kepastian dan pengalaman semasa

serta manusianya sebagaimana mengikut Al-Athar:

Golongan Al-Qurä’ yakni ahli hafaz dan bacaan Al-Qur’an adalah anggota Majlis

‘Umar, yang tua mahupun yang muda.

Di antara ciri-ciri khusus tentera Allah:

Kefahaman, taqwa dan ta’at; oleh yang demikian maka setiap Rasül

telah berkata kepada kaumnya:

“Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ta’atilah daku.”

(Surah Al-Syu’ara: Ayat 108)

Sesungguhnya apabila lahir seorang lelaki da’wah yang mampu

membuat bai’ah untuk bertaqwa dan menta’ati al-haq, ianya mestilah

membimbing seorang Muslim lain kepada jalan ketenteraan yang sempurna,

dan mempertingkatkannya serta memperlengkapinya sehingga ia boleh

mencapai peringkat tokoh syurá. Dan ketika mana lahir suatu kumpulan

lelaki (rijal) yang memperlengkapi din-din mereka dengan ciri-ciri khusus

tokoh syura, di sa’at itulah lahirnya seorang pimpinan (amir) di kalangan

mereka.

Ketika Allah Subhanahu Wata’ãla berfirman di dalam sürah Al-Saffat;

ayat 147:

“Kemudian Kami utuskan dia kepada Ummat serratus ribu orang atau lebih.”

Dia benar-benar telah memahami kita, di mana setiap seratus ribu

manusia memerlukan kepada seorang lelaki penda’wah dan golongan

pertama iaitu golongan Nabi-Nabi. Dan apabila RasüluLlãh SaLlaLlahu

‘alaihi Wasallãm memilih dua belas orang naqib dari kalangan mereka yang

berbai’ah dengannya di hari Bai’atul ‘Aqabah yang terdiri daripada tujuh

puluh orang kesemuanya atau di sekitarnya, kita dapat memahami bahawa

satu jama’ah telah ujud dengan sistemnya yang tersendiri yang dibentuk oleh

tujuh puluh orang atau di sekitarnya itu tadi.

Dan ketika Sayyidinã ‘Umar Ibnu Al-Khattab memilih anggota Majlis

Syura yang mencapai kesyumulan ‘ilmu, maka fahamlah kita siapakah orangnya yang sepatutnya menganggotai majlis syura amir itu tadi.

Apabila terdapat pada setiap daerah seorang amir yang terhias di

dalam dirinya ciri-ciri khusus ini dan mempunyai suatu Majlis Syurãnya yang juga mempunyai ciri-ciri khususnya serta dilingkungi pula oleh dua

belas orang naqib membantunya dalam melaksanakan tugas-tugasnya; di

mana kesemua mereka dituntuni oleh tugas pembelajaran, pentarbiyyahan,

karangan politik dan lisan, maka di sinilah ujudnya HizbuLlãh. Dan apabila

ujud tokoh-tokoh yang memiliki ciri-ciri khusus ini, tidak akan timbul di sana

masalah-masalah; pemilihan ummum dapat diterima, perlantikan pun dapat

diterima, pemilihan secara langsung pun dapat diterima dan pemilihan

secara tidak langsung pun dapat diterima. Sebenarnya, ketika ini suasanalah

yang selalu menentukan jenis-jenis caranya ini.

Berdasarkan kepada matlamat-matlamat ini maka kita ingin

menentukan tugas-tugas para penda’wah:

1. Berusaha untuk menjadikan manusia sebagai tentera-tentera Allah.

2. Berusaha untuk mempertingkatkan tentera biasa kepada peringkat naqib.

3. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertingkatkannya bagi

mencapai ciri-ciri khusus tokoh syura,

4. Berusaha bersungguh-sungguh untuk menyempurnakan kepimpinannya.

Semua langkah ini hendaklah diiringi dengan keikhlasan yang bulat

kepada Allah dan membebankan jiwa dengan tidak bekerja kepada yang lain

selain Allah. Firman Allah Subhãnahu Wata’âla:

“Itulah kampung Akhirat, Kami adakan untuk orang orang yang tiada menghendaki

sombong di muka bumi dan tidak pula membuat bencana, akibat yang baik bagi

mereka yang bertaqwa.”

(Al-Qasas: Ayat 83)

Sebenarnya HizbuLlãh akan mencapai peringkat kesempurnaannya,

ianya berada di bumi waqi’ (realiti) disertai dengan keadah- kaedah dan

konsep-konsep yang sempurna di dalam bidang tarbiyyah dan pelajaran.

Sekiranya terdapat kaedah-kaedah dan konsep-konsep yang sihat di dalam

sistem dan organisasi, dan bilamana HizbuLlãh memiliki suatu perencanaan

yang sihat, strategi yang jelas serta gerak kerja hariannya yang sejajar dalam

rangka mencalas serta gerak-kerja hariannya yang sejajar dalam rangka

mencapai matlamatnya, di ketika ini sahajalah HlizbuLlãh ini berkeahlian

dan tercalun untuk mengatur langkah-langkah yang sihat.

(Demi untuk HlizbuLlah yang satu, dan demi untuk Harakah Islamiyyah

yang satu)

Prinsip asal di dalam Islam menuntut supaya orang orang Islam

berada di dalam satu jamã’ah sahaja di dunia ini, lebih-lebih lagilah di dalam

sesebuah negara yang semestinya hanya satu jama’ah sahaja yang ujud. Al

Ustãdh Hassan Al-Bannã rahimahuLlah telah pun meletakkan Rukun

Kefahaman di dalam Usul ‘Isyirin sebagai titik pertemuan yang dengannya

dapat disatukan seluruh orang-orang Islam khususnya dari segi kefahaman

terhadap Islam itu sendiri. Untuk itu Ikhwãn diminta supaya melahirkan

suatu sighah (bentuk) penyusunan yang sesuai dan yang boleh sampai

kepada penglahiran suatu saff (front) yang bersatu di dalam sesebuah negara

atau ke arah penyusunan yang satu di dalam sesebuah negara, dan

seterusnya ke arah pembentukan Harakah Islamiyyah yang tunggal di dunia

ini.

Bermula dan kejatuhan Khulafah Islamiyyah sehinggalah ke sa’at ini,

mereka yang beriman dengan Islam belum lagi mampu membentuk suatu

jamã’ah dengan qiyadah (pimpinan) yang satu di dalam sesebuah negara,

lebih-lebih lagilah untuk melahirkan suatu jamã’ah yang’bersatu untuk

semua negara. Oleh itu kita dapati di dalam sesebuah negara timbul

kelompok-kelompok yang berdasarkan kepada tasawwuf kelompokkelompok

yang berdasarkan kepada ‘ilmiyyah dan kelompok-kelompok yang

berdasarkan kepada kebajikan masyarak serta kumpulan-kumpujan yang

berdasarkan kepada kebajikan masyarakat serta kumpulan kumpulan yang

berdasarkan kepada asas-asas fikiran atau politik tertentu. Dan saudara akan

dapati individu-individu yang banyak ini terbawa-bawa dengan arus dan

hanyut tanpa mempunyai hubungan langsung dengan mana-mana

penyusunan.

Sesungguhnya saudara tidak akan mendapati golongan orang-orang

Islam yang bersatu di dalam kumpulan yang satu yang mempunyai matlamat

yang satu, penyusunan yang satu dan fikiran yang satu. Malah saudara akan

mendapati mereka berpuak-puak dan berpecah-belah. Apakah punca

kesemuanya ini?

Suatu pengamatan yang teliti kepada Al-Qur’anul-Karim dan Sunnah

Al-Rasül yang suci akan menyingkapkan beberapa sebab musabab akan

kenapa berlakunya yang demikian itu. Begitu juga suatu pengamatan yang

tenang terhadap waqi’ dan realiti akan membukakan kepada kita sebilangan sebab-sebab mengapa terjadinya yang demikian itu. Di bawah ini disebutkan

sebilangan darinya dengan ringkas supaya dapat kita memperhatikannya:

1. Al-Qur’ãnul-Karim menyebut bahawa diantara sebab sebab bagi

perpecahan di kalangan Bani Israel adalah kerana melupakan sebahagian

daripada wahyu yang diturunkan kepada mereka. Firman Allah Subbanahu

Wata’ala:

“Tetapi mereka sengaja melupakan sebahagian daripada apa yang mereka diberi

peringatan dengannya; maka Kami timbulkan di antara mereka permusuhan dan

kebencian…”

(Sürah Al-Mã’idah: Ayat 14)

Oleh itu dewasa ini, bila mana orang-orang Islam atau sebahagian

daripada mereka melupakan Islam atau sebahagian daripadaNya, ataupun

lupa untuk melaksanakan satu ayat sahaja daripada Al Qur’an itu, atau lupa

untuk berusaha ke arah melaksanakannya walaupun perlaksanannya buat

masa ini merupakan suatu perkara yang sukar, maka hasil dan kealpaan ini

mengakibatkan perseteruan dan kebencian merebak di kalangan sesama

mereka.

Bagi mereka-mereka yang memerhatikan waqi’ (realiti) orang-orang

Islam di hari ini mereka akan mendapati bahawa sebahagian daripada orangorang

Islam itu telah lupa bahawa mereka telah ditaklifkan oleh AllAh

Subbanahu Wata’Ala untuk memerintah dengan apa yang telah diturunkan

oleh Allah Subbanahu Wata’Ala semata-mata. Sebahagian yang lain pula lupa

bahawa mereka telah diperintahkan untuk bantu membantu di antara satu

sama lain ke arah kebajikan. Begitu juga sebahagian yang lain telah lupa

aspek-aspek ‘ibadat, moral dan budi pekerti. Malahan bagi seluruh Ummat

Islam, tanggapan mereka terhadap Islam itu tidak lagi sempurna.

Sesungguhnya kealpaan kita akan hakikat yang sebagai orang Islam kita

tidak seharusnya wala’ dan ta’at kepada yang lain daripada Islam dan

penganut-penganutnya sahaja sudah cukup untuk membawa kepada

perpecahan. Persoalan ini ketara sekali. Demikian juga kealpaan orang-orang

Islam bahawa mereka berkewajipan untuk menegakkan hukum. hukum

Islam supaya dengan itu akan terlaksanalah Islam dan Jihad; dan kealpaan ini

juga sudah cukup untuk membawa kepada perpecahan. Inilah yang sedang

beriáku di hadapan mata-kepala kita sekarang ini.

Saudara boleh sebutkan berbagai-bagai sudut lain di dalam Islam yang

telah dilupai oleh orang-orang Islam. Inilah sebab utama dan sebilangan

sebab-sebab perpecahan di kalangan orang-orang Islam.

di kalangan Bani Israel; iaitulah hasad dengki. Firman AIIah Subbãnahu

Wata’ãla:

“Dan mereka (ahli Kitãb) tidak berpécah-belah melainkan sesudah datangnya

pengetahuan kepada mereka kerana kedengkian di antara mereka.”

(Al-Syurä: Ayat 14).

RasüluLläh SallaLahu ‘alaihi Wasallam telah mentafsirkan ayat ini

dengan sabadaNya:

“Telah meresap di kalangan kamu penyakit ummah yang terdahulu daripada kamu,

iaitulah hasad dan kebencian yang merupakan pemotong. Aku tidak berkata ianya

pemotong rumput, tetapi ianya pemotong yang memotong ugama.”

Maka hasad dengki; tidak mungkin dapat bertemu sesamanya di antara manusia.

3. Al Qur’anul-Karim juga menyebut beberapa sebab persefahaman yang

sebenarnya di antara jiwa-jiwa manusia; iaitulah Rahmat Allah Subhanahu

Wata’äla. Al-Qur’an juga telah menyebut sifat-sifat yang mesti dimiliki oleh

orang-orang yang beriman demi untuk mendapatkan Rahmat Allah, yang

mana selepas itu akan berlakulah persefahaman hati (jiwa). Firman Allah

Subhãnahu Wata’aIa:

“Tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi Rahmat

oleh Tuhanmu, dan untuk itulah Allah mencipta mereka.”

(Sürah Hüd: Ayat 118—119)

Dan Firman Allah untuk memperingatkan lagi sifat sifat mereka yang

layak mendapat RahmatNya:

“Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah

menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang ma’rüf,

mencegah yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka

ta’at kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi Rahmat oleh Allah

sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

(Sürah At-Täubah: Ayat 71)

“dan yang mempersatukan hati-hati mereka (orang orang yang beriman). Walaupun

kamu membelanjakan semua kekayaan yang ada di bumi, nescaya kamu tidak akan

dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mere

ka.”

(Sürah Al-Anfal: Ayat 63)

Sebenarnya perpecahan di kalangan orang-orang Islam adalah suatu

penyakit yang tidak akan sembuh kalau hanya dengan laungan sahaja,

bahkan tidak dapat tidak mestilah diubat dan dibenteraskan dari puncanya.

Kita mestilah mengubati penyakit orang-orang Islam ini yang merupakan

kesan dari penyakit yang disebutkan dahulu. Kita juga tidak lupa untuk

menyebutkan di sini sebab musabbab yang membawa kepada pemisahan

orang-orang Islam dan tubuh Ummah yang asal; iaitu mereka mengikuti

jalan-jalan yang selain dan jalan Allah FirmanNya:

“Dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain kerana jalan-jalan itu

mencerai-beraikan kamu dari jalanNya.”

(Surah Al An’ãm: Ayat 153)

Bila berlaku yang sedemikian rupa, maka tiada lagi pertemuan yang

dapat dicantumkan. Inilah waqi’ yang ada di dalam dunia Islam kini.

Sebenarnya dunia Islam sebagai satu yang menyeluruh telah

mengambil jalan-jalan yang banyak. Di dalam satu negeri sahaja terdapat

berpuluh-puluh jalan syaitan yang bersimpang siur, kesemuanya terpisah

dari jalan Allah. Oleh itu, kita mesti menggerakkan satu gerakan da’wah yang

menyeluruh ke arah jalan Allah sekiranya kita menginginkan suatu

penyatuan yang hakiki..

Penggaraban persoalan ini, iaitu persoalan penyatuan orang-orang

Islam adalah penggaraban persoalan yang paling pokok. Kita menyeru

seluruh orang-orang Islam di merata pelusuk ‘alam ini, di setiap negeri di

mana sahaja agar membentuk satu jamaa’ah yang terikat dengan akhlaq dan

pengetahuan HizbuLlah serta berusaha untuk bertemu di dalam suatu sistem

yang sesuai dan yang mempunyai perencanaan yang sihat ini adalah satu

kewajipan semasa, waLlãhu ‘alam.

Kita ingin memperingatkan di sini tentang beberapa perkara yang

mempunyai hubungan rapat dengan tajuk ini:

Penerusan seorang individu Muslim dengan sikap hanyut tanpa

mengikatkan dirinya dengan sebarang kumpulan kumpulan Islam melalui

suatu ikatan persaudaraan yang khusus adalah suatu sikap (kedudukan)

yang tidak betul; kerana natijah darinya tidak dapat diteruskan( ( التواصي بالحق الصبر

saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Juga hendaklah diingati

bahawa:

“Pertolongan Allah adalah bersama jamã’ah. Dan barangsiapa yang ganjil, maka

ganjillah ia di dalam api neraka. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing

yang memencilkan diri.”

“Syaitan dekat dengan orang yang bersendirian dan jauh dari yang berdua.”

“Dan pasti mendapat kecintaanKu bagi mereka yang berkasih keranaKu dan bagi

mereka yang saling Ziarah keranaKu dan ,bagi mereka yang saling berbelanja

keranaKu.”

Persaudaraan khusus tidak bererti melupakan persaudaraan umum,

dan wala’ khusus tidak bererti melupakan wala’ umum. Allah Azzawajalla

telah menjadikan kesemua orang-orang Islam bersaudara-mara dan

menjadikan mereka bantu-membantu di antara satu sama lain. Firman Allah

Subhãnahu Wata’älã:

“Sesungguhnya orang-orang Mu ‘min itu bersaudara.”

(Sürah Al Hujurat: Ayat 10)

“Orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah

penolong bagi sebahagian yang lain.”

(Sürah Al-Tãubah: Ayat 71)

Maka tidak dapat tidak, tolong-menolong pasti berlaku di antara

orang-orang Islam. Tolong-menolong ini bermula dengan mempertahankan

maruah, iaitu dengan tidak membenarkan orang kafir, munãfiq atau pun

fasiq menyerang saudara-saudara kita yang beriman. Pertahanan ini akan

sampai kemuncaknya bila mana orang-orang Mu’min saling

mempertahankan maruah mereka. Firmãn Allah Subhãnahu Wata’ãla:

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam

barisan yang teratur seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”

(Sürah Al-Saff: Ayat 4)

Kesempurnaan persaudaraan dan tolong-menolong di antara sesama

orang Islãm akan tercapai bila mana orang orang Islam dapat bertindak

sebagai suatu jasad yang satu. Inilah yang pernah digambarkan oleh

RasüluLlãh SaLlaLlãhu ‘alaihi Wasallam di dalam satu dari hadithnya.

Kesempurnaan ini tidak mungkin akan berlaku kecualilah setelah orang

orang Islam mempunyai kepala yang satu serta telah lahir ta’wun (kerjasama)

di antara mereka, di samping suatu gerak-kerja yang sempurna lagi tersusun

ke arah matlamat yang dituju.

Tidak ada hijab yang lebih tebal di antara sesama orang Islam daripada

hijab tiadanya persefahaman sesama sendiri serta tuduh-menuduh di antara

satu sama lain dari jauh. Oleh itu, maka sewajibnya dibukakan pintu dialog

agar saling berbicara di antara semua pendukung-pendudung Islam di mana

setiap orang dapat mengemukakan pandangan masing masing bagi

menentukan di mana titik pertemuan dan perselisihan di antara mereka.

Seandainya suatu pihak mempunyai dalil-dalil dan alasan yang cukup, maka

saudaranya di pihak yang lain patut tunduk dan menerimanya. Kita bertemu

di atas usul-usul yang sama-sama kita persetujui, dan berma’afan sésama

sendiri di atas usul-usul yang kita berselisihan, berdasarkan kepada

perselisihan pendapat di antara imãm-imãm Mujtahidin. Dan untuk sampai

keperingkat ini, mestilah terlebih dahulu telah lahir anggota anggota yang

mencapai tahap kesempurnaan akhlãq dan pengetahuan sebagaimana yang

dituntut oleh HizbuLlah. Dengan ini sahajalah akan ujudnya suatu kuasa

yang mampu menyatu-padukan hati-hati Ummah, dan golongan inilah yang

bertanggung-jawab sepenuhnya untuk membimbing Ummah ke arah

mempertingkatkan sistem ‘ilmu, tarbiyyah dan penyusunan untuk semua

golongan Is1ãm. Inilah langkah langkah awal dalam penyatupaduan Ummah

Islamiyyah di dalam sesebuah negara dan di seluruh dunia ini. Golongan ini

juga bertanggung-jawab memberi faham kepada orang orang Islam untuk

bergerak di dalam rangka kerja untuk mencapai kesempurnaan yang

kemudiannya disusuli dengan satu gerakan bersama untuk mencapai

matlamat-matlamat yang diwajibkan ke atas orang-orang Islam.

Sesungguhnya pengasingan mestilah dilakukan di antara orang-orang

Islam dan bukan Islam, bukannya di antara sesama Islam. Sekiranya berlaku

pengasingan (pemisahan) di antara sesama Islam lantaran perselisihan pendapat di dalam perkara-perkara furu’iyyah, maka inilah di antara penyelewengan-penyelewengan yang keterlaluan.

Sebenarnya tidak pernah berlaku persamaan pendapat di antara

orang-orang Islam dari dua golongan ‘ulamã’ di dalam semua masalah.

Malahan di dalam mazhab dan aliran yang satu pun ianya tidak mungkin

berlaku. Sekirañya kita membiarkan masalah furu’iyyah menjadi faktur

perselisihan, maka kita tidak akan mendapati dua orang Islam yang boleh

bersahabat dan bersaudara. Tambahan pula di sana memang ada suatu

golongan manusia yang sentiasa bersiap sedia untuk memarakkan api

peperangan di antara sesama Islam dengan mengambil masalah furu’iyyah

sebagai punca perkelahian sesama sendiri. Aliran yang seumpama ini sudah

cukup untuk menyeret dan menghancurkan ummat Islam di medan

pertempuran sesama sendiri, seperti mana yang sedang berlaku di hari ini.

Walaupun ada di antara kita yang bersungguh-sungguh di dalam perkara ini,

janganlah kita lupa bahawa di sana ada orang-orang kafir yang sentiasa ingin

memerintah kita dengan sistem kufurnya. Inilah satu penyelewengan yang

dahsyat bagi fahaman Islam yang sempurna ( .(النصور الاسلامي)

Seandainya Dãulah Islamiyyah telah pun tertegak, dan Islam di ketika

itu mulia dan gagah, di kala itu bolehlah orang-orang Islam memperkata dan

memperdebatkan masalah-masalah furu’iyyah ini bahkan kalau hendak

berpisah pun tidaklah menjadi suatu persoalan sangat. Walaubagaimana pun,

perkara yang seumpama ini tidak seharusnya berlaku. Orang-orang Islam

mestilah menjadi seperti suatu tangan yang satu meski pun berlakunya

kelainan aliran dan mazhab demi untuk mencegah berlakunya riddah. Kalau

tidak bencanalah yang akan menimpa.

Jelas sekali dari apa yang disebutkan di atas, orang orang Islam di

dalam sesuatu negeri malahan di seluruh dunia hendaklah berada di dalam

satu jamã’ah sahaja. Dan semestinya terdapat suatu kesatuan yang

menyeluruh yang mampu menarik orang-orang Islam ke arahnya. ini

bukanlah bererti kita hendak membelakangkan kebenaran dan

mengenepikan kesempurnaan, malahan kita kesemuanya hendaklah

meningkat ke arah kebenaran serta bergerak ke arah kesempurnaan.

Sebagai langkah permulaan untuk semuanya ini, maka sistem

pelajaran dan pendidikan tarbiyyah yang sempurna mestilah diadakan.

Ianya memainkan peranan yang amat penting; agar semua perkara

didasarkan kepadanya, dan ia juga menjadi pengikat janji yang dapat

digunakan sebagai kayu ukuran. Sesungguhnya penerimaan seorang

individu Muslim biasa, suatu kumpulan Islãm, atau satu jama’ah Islam

terhadap sistem pengetahuannya yang tertentu, tarbiyyah Islamiyyah yang

tertentu dan pengikat janji yang anjal (flexible) tadi adalah merupakan

pendahuluan (muqaddimah) yang biasa ke arah pembentukan suatu jama’ah

yang tunggal di dalam suatu negeri dan di ‘alam ini.

Sesungguhnya Al-Ustadh Hassan Al-Banna rahimahuLlah bercita-cita

supaya gerakan Ikhwanul Muslimin dan da’wahnya menjadi titik pertemuan di antara seluruh Ummat Islam dan merupakan suatu lengkaran yang mana

kesemua orang-orang Islam dapat turut serta di dalamnya. Oleh itu beliau

telah meletakkan garis-garis asas di dalam bentuk kaedah dan ‘amali

sehingga kalau ada orang memandang kepadanya, mereka tidak akan

berjumpa dengan suatu bentuk yang lebih sempurna daripada ini yang dapat

mempertemukan kembali orang-orang Islam. Oleh yang demikian, Uztãdh

Al-Bannä meminta kita mencurahkan kasih sayang kepada golongangolongan

yang lain kerana inilah senya jalan untuk menghindarkan

perpecahan dan jalan ke arah penyatuan saff.

Sehingga kini Ikhwan Muslimin sahajalah satu-satunya badan yang

dengan dasarnya dapat dipertemukan semua kumpulan-kumpulan Islam di

dunia ini. Tariqat sufiyyah atau mazhab-mazhab serta pendukung masalah

furuffyyah tidak mampu untuk dijadikan sebagai tapak penyatuan orang

orang Islam. Tambahan pula, di dalam Ikhwãn itu sendiri, unsur-unsur

gerakannya membolehkan mereka meningkat dan mencapai kesempurnaan.

Di dalam menunaikan tugas da’wah di negeri-negeri masing-masing,

anggota-anggota Ikhwãn tidaklah sentiasa sama dengan garis-garis yang

dikehendaki oleh Al-Ustadh Hassan Al-Bannä. Oleh itu, orang mengenali

Ikhwän melalui individu-individu Ikhwän yang mereka lihat; natijahnya,

mereka berlainan pendapat tentang Ikhwän. Dengan itu lantaran adanya

beberapa faktur samada dari dalam atau luar Ikhwãn, penyatuan kaum

Muslimin tidak terlaksana sehinggalah ke saat ayat-ayat ini dituliskan.

Maka seluruh anggota Ikhwãn hendaklah menjalani suatu operasi di

dalam usaha membentuk kembali diri-diri mereka sehingga terlaksananya

tuntutan HizbuLlãh di kalangan mereka di dalam ertikata yang sebenarnya.

Ingatlah, orang-orang Islam yang paling banyak menepati tuntutan

HizbuLläh, merekalah orang-orang yang paling mampu untuk

menda’wahkan orang lain ke arahnya. Insya’ Allah, Ikhwãn Muslimin masih

tetap di jalan ini. Ikhwan tidak berhasrat untuk menarik seseorang dari

golongan yang disertainya atau dari syeikh (tariqat) yang selama ini ia

mengambil menafa’at daripadanya. Di dalam hal ini, Uztadh Al-Bannã

menegaskan sesiapa sahaja yang menginginkan suatu tarbiyyah khusus,

maka dia dengan pilihannya. Tetapi adalah menjadi hasrat Ikhwãn untuk

mengemukakan sesuatu yang sempuma bagi seluruh Ummat Islam. Oleh itu

setiap individu di dalam mana-mana kumpulan hendaklah bekerja ke arah

kesempurnaan dan untuk suatu penyatuan yang mendapat keredhaan AIlah

Subhanahu Wata’ãlã dan keredaan hati hati kaum Muslimin sehingga mereka

dapat dibebaskan dari suasana yang menyelubungi mereka.

Telah menjadi suatu kebiasaan pada golongan Islam melihat apa yang

ada pada mereka sebagai suatu yang lengkap, tetapi sebenarnya tidak

demikian. Kesemua indivudu individu Muslim yang ‘amil (bekerja) dan

kumpulan-kum pulan Islam adalah bekerja untuk mempertahankan pintupintu

Islam ( ثعرالاسلم ). Tetapi tiada seorang pun dari mereka atau suatu

kumpulan pun yang mampu mengawal dan mempertahankan semua pintu. Seorang faqih Muslim mempertahankan satu pintu, seorang mujãhid Muslim

mempertahankan suatu pintu yang lain. Adalah tidak wajar untuk kita

meminta seseorang untuk meninggalkan pintu jagaannya, malah kita

sepatutnya memintanya kekal di tempat penjagaannya, dan melakukan

ihsãn1. Apabila setiap pintu mempunyai tokoh penjaganya yang kamil, yang

yakin bahawa ianya dari golongan HizbuLlãh serta melaksanakan tugasnya

bekerjasama dengan pihak-pihak yang lain, maka terarahlah orang Islam

keseluruhannya secara spontan kepada suatu arus yang satu.

Telah menjadi kebiasaan kepada sebilangan orang-orang Islam di

mana mereka menyangka bila mana mereka berkumpul sepuluh orang,

merekalah suatu jamã’ah Islamiyyah dan merasakan bahawa penyelesaian

musykilah-musykilah orang Islam di hari ini adalah di tangan mereka. Kita

boleh mendapati di dalam satu negeri sahaja sepuluh kumpulan yang

kesemuanya tidak mempunyai ikatan di antara satu sama lain, serta tiada

satupun yang mampu untuk mempersatukan kesemuanya. tiada satu

kumpulan pun dewasa ini dan di masa hadapan yang mampu mengerjakan

segala yang diperlukan oleh orang-orang Islam seorang dirinya, keranapermasalahan

yang dihadapi oleh orang-orang Islam di sesebuah negeri tidak

mungkin dapat diselesaikan kecuali dengan penglibatan semua yang terlibat.

Tanpa penyatuan ini, Ummat Islam tidak akan bertambah sesuatu kecuali

kelemahan.

Sesungguhnya usaha-usaha untuk membawa semua orang-orang

Islam supaya berakhlaq dengan akhlaq HizbuLlah adalah suatu perkara yang

perlu dan merupakan suatu permulaan yang sihat. Tetapi kejayaan yang

hakiki tidak akan tercapai kecuali setelah dapat disertai oleh seluruh

HizbuLlah di dalam suatu tanzim yang tunggal dalam rangka

menyatupadukan semua orang-orang Islam di dalam sesebuah negeri dan di

seluruh dunia. Semasa dalam perjalanan ke arah usaha ini, perlulah

dihidupkan ruh keikhlasan dan kecintaan dalam mencari suatu corak

penyusunan yang sesuai.

Inilah di antara kewajipan yang paling utama bagi orang-orang Islam.

Sesungguhnya di atas bahu Ikhwän Musliminlah terletaknya kewajipan

untuk menghidupkan kesedaran, kefahaman dan sifat tidak mementingkan

diri sendiri. Untuk menghidupkan api yang pertama memerlukan kepada

oksigen dan hidrogen. Demikian juga untuk menggerakkan Ikhwanul

Muslimin di jalan yang sempurna ini, perlulah sentiasa mencari jalan-jalan

yang boleh mempersatukan kumpulan-kumpulan Islam supaya bangun

untuk suatu gerakan sedunia.

Inilah sedikit celotehku di pagi yang indah ini. Aku kena berhenti sekarang untuk bersiap ke program Kem Solat. Aku kena bagi pengisian untuk adik-adik hari ini mengenai solat. Semoga kita akan bertemu dimasa-masa yang lain.. InsyaAllah..

SALAM TARBIAH DARIKU..

AL-Faqir Wal Haqir ILALLAH,

SHAMSUL ANUAR AHMAD

~ oleh ANUAR AHMAD di Mei 10, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: