SELAMAT HARI IBU…

Kaca mata

Pada hari Ahad Minggu Kedua Bulan Mei setiap tahun , Hari Ibu disambut oleh masyarakat seluruh dunia. Tidak terkecuali di negara bertuah ini. Dunia telah mengiktiraf seluruh warga ibu dengan menganjurkan ‘Hari Ibu Sedunia’. Disaat ini, ramai anak akan menyambut hari ibu dengan mengucapkan penghargaan pada ibu, ucapan terima kasih ibu, memberi hadiah serta macam-macam lagi program yang dilaksanakan oleh anak-anak untuk ibu mereka bagi meraikan Hari Ibu ini. Hari Ibu juga adalah hari yang keramat bagi ibu yang bersusah payah mendidik anak-anaknya sehingga berjaya. Disaat inilah ibu diberi penghormatan seperti Raja Sehari oleh semua anak-anaknya. Ketika ramai ibu-ibu dan emak-emak meraikan hari ibu bersama anak-anaknya, masih ada sebahagian ibu yang sedang menanti kepulangan dan call daripada anak-anak mereka. Bukan semua ibu didunia ini bergembira dengan hari ibu. Ada sebahagian ibu yang bersedih ketika menyambut hari keramat ini.

Ibu-ibu yang bersedih ketika menyambut hari ibu ialah ibu yang punya anak yang derhaka, punya anak yang tak kenal ibubapanya selepas berjaya didalam kehidupan masing-masing, punya anak yang tidak memahami hak ibubapa, punya anak yang tidak bertanggungjawab, punya anak yang tidak menghiraukan kan kedua orang tuanya dan anak yang bersikap seperti Al-Qamah dan Si Tenggang yang telah terpedaya dengan isteri sehingga sanggup meninggalkan Ibu yang telah banyak berjasa padanya. Ada juga para ibu yang bersedih pada hari ibu ini coz teringatkan kenangan bersama anak-anaknya ketika kecil dulu, ketika dia mendidik semua anak-anaknya sehingga semua berjaya, tetapi semua anaknya itu telah tiada disisinya, semua anak-anaknya sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga tak ada masa untuk bersamanya, anak-anak telah buangnya seperti sampah ke rumah Warga Tua. Betapa sedihnya sang ibu bila merenung semua ini berlaku pada dirinya, ia hanya ditemani oleh kenangan indah bersama anak-anaknya, nostalgia manis ketika membelai serta mencium anaknya ketika kecil dahulu dan hanya air mata menjadi sahabat setianya bila memikirkan hal perihal anak-anaknya.

Wahai anak.. Dimana taklifmu pada ibu ayahmu?

Wahai anak.. Dimana jasamu pada ibu ayahmu?

Wahai anak.. lupakah pada apa yang ibu ayahmu lakukan padamu?

Wahai anak.. Kemana Janjimu untuk ibu ayahmu?

Wahai anak.. bergembiralah dengan derita ibu ayahmu..

Wahai anak.. dengarlah nasihat ini. Hayatilah nukilan ini.

Hormat dan Kasih kepada Ibu bapa

Semua orang sayangkan ibu dan ayah. Sudah terlalu banyak jasa dan pengorbanan mereka kepada kita selama ini. Mustahil bagi kita dapat membalasnya, sekalipun berjuta-juta ringgit kita memberi kepada mereka sebagai gantirugi atau memberi sebuah gunung emas kepada mereka.

Sehinggakan Allah SWT telah menyatakan di dalam Al Quran; “Jangan kamu berkata uh’ kepada mereka berdua. Dan katakanlah kepada mereka dengan perkataan yang baik dan mulia.” Dan Allah SWT juga telah mengajarkan kepada kita cara berdoa untuk keduanya: “Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku, dan kedua ibubapaku dan kasihilah mereka sebagai mereka mengasihiku sewaktu kecil..” Oleh itu, janganlah kita sekali-kali lupa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat mereka di dunia ini lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Di samping berdoa kita perlu menjaga adab sopan kita dengan ibubapa.

Di antara adab-adabnya:

1. Kalau ibu ayah menegur atau memberi nasihat, dengarlah dengan baik. Janganlah menjawab atau membantah nasihat mereka.

2. Jika ibu bapa datang sewaktu adik-adik sedang duduk, elok memberi hormat dengan mempersilakan mereka untuk duduk sama.

3. Apabila bercakap atau berbual dengan mereka tatapi wajah mereka dengan perasaan penuh kasih sayang bukan dengan wajah yang masam, marah, menjeling atau memandang ke arah lain.

4. Ketika sedang berjalan bersama ibu atau ayah, janganlah suka mendahului mereka di hadapan. Sebaliknya, berjalanlah di sisi atau di belakang, kecuali mereka yang mahukan anda berjalan di hadapan dahulu.

5. Apabila ibu atau ayah menyuruh

adik-adik berbuat sesuatu, segeralah tunaikan asalkan perkara yang diminta tidak menyalahi ajaran agama.

6. Apabila bercakap dengan ibu atau ayah janganlah meninggikan suara melebihi suara mereka. Apabila mereka memanggil jawablah panggilan dengan lemah lembut dan sopan.

7. Jika ayah atau ibu sakit, hendaklah kita membantu menjaga dan merawat mereka dengan sebaik-baiknya.

8. Anda juga boleh meringankan beban tugas mereka dengan membantu melaksanakan kerja-kerja mereka seperti membasuh pinggan, mengemas rumah dan sebagainya.

9. Jaga imej ibu ayah kita, dengan sentiasa memperbaiki akhlak dan menunjukkan sifat yang baik. Janganlah menyusahkan mereka dengan kelakuan yang tidak baik.

10. Kalau ingin ke sesuatu tempat, mintalah kebenaran ibu dan ayah terlebih dahulu. Jangan lupa untuk bersalam dan mencium tangan mereka.

11. Janganlah kita terlupa untuk berdoa kepada mereka setiap hari terutama selepas kita menunaikan sembahyang lima waktu. Sebab dengan sentiasa berdoa kepada mereka kehidupan kita akan diberkati Allah. Adik-adik sekalian, sentiasalah berbuat baik kepada kedua ibu dan ayah. Mudah-mudahan mereka redha dan senang hati dengan kita. Apabila mereka redha dengan kita, Allah SWT juga akan redha dan menyukai diri kita.

 
 
HIKMAH BERBAKTI PADA IBU BAPA
 

Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.

Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. DI sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.

Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan, “Kubah apakah gerangan ini?” fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya.

“Siapakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?” tanya Nabi Sulaiman kehairanan.

“Aku adalah manusia”, jawab pemuda itu perlahan.

“Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?” tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.

Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit.

“Setelah ibuku wafat aku berkeliling di atas pantai. Dalam perjalanan aku melihat sebuah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya.” Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu.

“Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?” tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut.

“Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah.”

“Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?”

“Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu.”

“Bagaimana engkau mengetahui perbedaan siang dan malam?” tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa semakin hairan.

“Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam.”

Tuturnya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.
 
 

KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”.

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.

“Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya.

“Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ‘Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.”

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

IBU…

Orang kata aku lahir dari perut ibu..

Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu

Bila lapar, yang suapkan aku..ibu

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. ibu

Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu

Bila nak bermanja.. aku dekati ibu

Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu

Bila nakal, yang memarahi aku …ibu

Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu

Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu

Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu

Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu

Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu

Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu…Ibu

Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu

Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”

Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu

Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu

Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu

Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu

Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu

Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu

Yang selalu berleter kat aku.. Ibu

Yang selalu puji aku.. Ibu

Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Bila nak kahwin..

Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri

Bila seronok… aku cari pasanganku

Bila sedih… aku cari Ibu

Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku

Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu

Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat Ibuku

Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku

Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu

Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku

Bila sambut hari ibu…

aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu ….. aku ingat pasanganku

Selalu… Ibu ingat kat aku

Bila..bila… aku akan talipon pasanganku

Entah bila.. …aku nak talipon Ibu

Selalu …aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Hingga saat ini…

Ibu tak pernah merungut padaku

Ibu tak pernah mintak padaku

Ibu…. Kaulah Ratu Hatiku

WARKAH BUAT IBU

Mak…..
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari…..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter
kan
sejuk sahdu masih terasa lagi nih….
Mak tau tak…..
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter
dewasa…..
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..
nak tinggal
kan anak2 mak…..
nak tinggal
kan dunia fana ni…..
mak macam dan sedia…..
Seminggu sebelum tu…..mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu…..
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih…..
kakak pun rasa hairan…..mak tak penah buat gitu…..
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak…..
tampi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran
siam…..
kengkadang siaran
indonesia…mak terus tekun menganyam…
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak
ke kuburan…
Pastu mak basuh tangga rumah bersih?…..
pastu mak jemur karpet dan yang paling menarik sekali mak kabo kat maner
sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari…..
ada kat dalam dalam beg…..
ada dalam ASB…..
ada kat dalam gulung tikar…..
masa tu mak pasann takk..??
kiter gelak sakann bila mak kabo duit dalam gulung tikar…kiter kata
mak
memang pesenn lama laaa…
mak cuma gelak juga
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..
Mak…..
Hari tu hari sabtu
18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba? sakit perut…..
bila malam tu kiter sampai dari KL…..mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..
mak tetap takmoh pi hospital…..
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk…
Mak kata mak takmoh duduk dalam hospital…..
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor…ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut ajer..
Mak tetap tak bersetuju…..mak memang degil…
tak salah anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk…
mak sakit perut sampai nak sentuhh perut mak pon sakit kami adik beradik
sepakat hantar juga mak ke hospital…..
Mak…..amponn
kan kami semua…kami nak mak sehat…kami sayang
mak…kami tak moh mak sakit…kami terpaksa juga hantar mak ke
hospital….
ampon
kan kami yer mak….
Mak…..
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir
kali mak naik kereta kiter…
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak kiter kata nak beli
kereta….
Mak asikk tanya ajer..cukup ker duitt..kiter jawap pula…kalau tak
cukupp mak
kan banyak duit…
mak gelak ajerr…..
Lepas tu bila kereta kiter sampai…..mak buat kenduri kesyukuran…..
Dan kiter masih ingat lagi…bila kiter eksiden terlanggar kelinn naik
motor…..
Punya la kiter takut…kiter warning kakak kiter jangan sesekali kabo
kat
mak…..
Bila balik sahaja kampong….kiter cecepat simpan keta dalam garaj…..
Tapi mak perasan juga bumper depan kiter kemek…mak tanya kenapa…?
Selamba bodoo jerr kiter jawap terlangar pokok bunga…..
Mak….tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau…
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar..
mak kiter menipu mak
kan…ampon kan kiter….
Mak…..
Jam 4.30 pagi
19/08/1999
Bila tiba aja kat hospital….nurse tengah balut mak dengan kain
putih…..
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital…
Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…
mesti mak nampak semua tu kann…kann..kannn
Mak tau tak….
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan
separuh sedar…
Adik kat sebelah diam melayan perasann…
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini…
jalan di depan ku rasa makin kelam…..airmata dah tak mampu di
tahan….
Masa tu seandainya apa? terjadi di jalan itu kiter rela…
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga…
di sebab
kan pagi masih awal jadi jalan tu lenggang..kosong….sekosong
hati ini…..
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar
suasananya…..
terasa syahdu dan sayu gitu…dinginnnn….
Mak…..
Jam 11.00 pagi mak di mandi
kan….
Anak? mak yang pangku masa mak mandi….
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak…..
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..
Mak perasan tak…?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…..
Dia kata…” dikk…jangan nangis…kalau sayang mak jangan buat
gitu…jangan nangis ya..”
Bila makcik tu kata gitu…
lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawal supaya tak menitik atas
mak….
Mak…..
Sampai takat ini
surat ni kiter tulis…..
kiter nangis ni…..
Ni kat opiss…baru pukul 7.08 pagi….
Takder orang lagi kat opis ni…..kiter sedih…kiter rindu kat mak..!
Takpa la…..nanti bila kiter dah boleh sembanyang kiter baca yassin
untuk mak…
mak tunggu ya…!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selama nya….
Semua anak? mak mengelilingi mak…menatap wajah mak buat kali
terakhir….
Semua orang kata mak seolah? senyum aja…
Mak rasa tak….masa tu kiter sentuh dahi mak….
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk…..
Kiter tak mampu nak cium mak…kiter tak daya….
Airmata kiter tak boleh tahan….
Jam 12 tengahari mak di turun
kan dari rumah….
kaki kiter terus lemahh…dunia terasa berputar…tiba? kiter rasa
gelap…
Jam 5.00 petang….
Bila terjaga kiter rasa kepala berdenyut denyut…
badan terasa panas…mata semakin kecil…
makk…anak mak demam nih..!
Mak tauu…cuma kiter sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke
tanah perkuburan…
Akak kata kiter pengsan…
Terkilan..terkilan sungguh terkilan…
Kenapa kiter lemah..?
kenapa anak mak yang lain tidak begitu..?
kenapa adik boleh bertahan..??
Mak…..
Hari? ku lalui tanpa keujudan mak lagi…
Begitu terasa kehilangan mak…boleh kata setiap malam selepas maghrib
anak mak ini berendam airmata
Dan sampai satu tahap….masa tu malam jumaat selepas maghrib…
Selepas kiter baca yassin….
entah kenapa kiter keluarkan gambar? mak pastu apa lagi…
semakin kiter tenung terasa semakin sayu…tangisan tak dapat
dibendung…
Mak tauu…kiter
cuba bertahan…memujuk diri sendiri tapi tak juga
reda…
Kiter rasa nak telefon mak…
nak cakap dengan mak….
Mak…gila kah anak mak ini..????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong…
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi…
Puas la kakak memujuk kiter…
Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..nanti kalau
gini ajer
,mak yang susah kat
sana..”
Dan akhirnya akak juga nangis…..
Agaknya mak nampak adegan tu…
sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh…mengharap sedekah dari
anak? nya…
Mak tau tak…di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu
hati…rasa
nyilu sangat….menusuk nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada
ni….
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma…hanya sedekah al-fatihah
kiter
berikan…..
Mak….
cukup la sampai sini dulu….
esok kiter ingat nak tulis
surat kat ayah pula….
Mula? kiter tak tau nak hantar mana
surat nih…
pastu kawan kiter kabo….hantar la kat Majalah Kedai Enzine
tuuuu….betul jugak..!
Kiter cuma tau alamat ni aje…
Takper yer mak…kiter kasi orang lain baca…
Kiter stop dulu…sebab boss kiter dah mai…
akhir kata untuk mak?I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terimaksih kerana
membesarkan kiter…
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..sampai tak
masuk univesiti..sampai kiter pandai mengoratt…sampai kiter kerja
gomen..sampai kiter pandai bertenettt gitu…..
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terimakasih.

~anak yg dh dgr kata~

KITA DAN IBU

KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

· APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.

· MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.

· KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.

· BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.

· SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : “TAK NAK! TAK NAK!”

· APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.

· MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

· KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.

· BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

· APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.

· MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.

· KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.

· BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

· MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.

· KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.

· BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA, KITA KATA, “…ITU BUKAN URUSAN IBU.”

· SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, “SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU.”

· APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN….”PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!”

· MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, “IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH….”

· KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.

· PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA, “…ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN.”

· KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, “KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG.”

· APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.

· DAN KEMUDIAN SUATI HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.

JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL,INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG.

MUHASABAH UNTUK ANAK-ANAK

HARI INI KITA BERSYUKUR KEHADRAT ALLAH KERANA MASIH ADA IBU DAN AYAH

KITA MASIH BOLEH MENDENGAR SUARA MEREKA

KITA MASIH BOLEH MENDENGAR MEREKA MEMANGGIL NAMA KITA

KITA MASIH BOLEH BERGURAU DENGAN MEREKA

KITA MASIH BOLEH MENUMPANG KASIH SAYANG MEREKA

WAKTU KITA PANDANG WAJAHNYA, PANDANG MATANYA LAMA-LAMA

DI KELOPAK MATANYA TERBAYANG PENGORBANANNYA TERHADAP KITA

DI KELOPAK MATANYA TERBAYANG LELEHAN AIR MATANYA WAKTU MELAHIRKAN KITA

DI KELOPAK MATANYA TERBAYANG JERIH PERIHNYA DIA MEMBESARKAN KITA

DI KELOPAK MATANYA TERBAYANG SUSAH PAYAHNYA MENYEKOLAHKAN KITA

WAKTU MELAHIRKAN KITA, SAKITNYA IBARAT NYAWA DI HUJUNG RAMBUT

BANYAK TUMPAH DARAHNYA KE BUMI

BEGITU SEKSA DIA MELAHIRKAN KITA

AMAT PAYAH DIA MEMBESARKAN KITA

BANYAK PENDERITAAN YANG DITANGGUNG

APAKAH BALASAN KITA KEPADANYA?

BAGI IBU, DIA SANGGUP BERKORBAN APA SAHAJA DEMI ANAK DARI DARAH DAGINGNYA. BAYANGKAN…

SATU KETIKA, WAKTU ITU KITA MASIH KECIL, KITA SEDANG SAKIT. IBU SENTIASA DI SISI KITA SIANG DAN MALAM. MATANYA ASYIK MERENUNG WAJAH KITA. MENGALIR AIR MATA DI KELOPAK MATANYA. CENGKUNG MATANYA KERANA BERJAGA MALAM. MAKAN DAN MINUMNYA SENDIRI TIDAK DIHIRAUKAN. KITA YANG SAKIT TAPI DIA YANG MENDERITA.

KEMUDIAN, DIA BERBISIK KEPADA ALLAH SAMBIL MENITISKAN AIR MATA

“YA ALLAH, AKU TAK TAHAN MELIHAT PENDERITAAN ANAKKU YANG MASIH KECIL INI. DIA TAK MENGERTI APA-APA YA ALLAH. BIARLAH AKU YANG TANGGUNG SAKITNYA INI ASALKAN DIA SELAMAT YA ALLAH. YA ALLAH ENGKAU AMBILLAH NYAWAKU INI SEBAGAI GALANG-GANTINYA YA ALLAH”

SETELAH MELAHIR DAN MEMBESARKAN KITA,

ADAKAH KITA BERTERIMA KASIH KEPADANYA?

ADAKAH DENGAN CARA MENYAKITKAN HATINYA?

ADAKAH DENGAN CARA MEMBENTAK-BENTAK KEPADANYA?

ADAKAH DENGAN CARA MEMBIARKAN DIA DALAM KEADAAN KESUSAHAN?

ADAKAH DENGAN CARA MENGALIRKAN AIR MATANYA BILA MELIHAT PERANGAI KITA?

INGAT TAK WAKTU KITA MULA-MULA NAK KE SEKOLAH DAHULU? IBU BANGUNKAN KITA PAGI-PAGI. PERLAHAN-LAHAN DIGERAKKAN KITA. “BANGUN NAK!, BANGUN NAK! HARI DAH SIANG!”

DIA PIMPIN KITA KE BILIK AIR

KEMUDIAN IBU MENGOSOKKAN GIGI KITA, MANDIKAN KITA, KESATKAN BADAN DAN PAKAIKAN BAJU BARU.

MUKA KITA DISAPUKAN BEDAK, RAMBUT KITA DISIKATKANNYA DENGAN KEMAS DAN SELEPAS ITU DICIUMNYA KITA, DIPELUKNYA KITA DENGAN PENUH MESRA DAN KASIH SAYANG.

DAH LUPAKAH KITA SEMUANYA ITU?

SEKARANG IBU TELAH TUA, BADANNYA LEMAH, MATANYA KABUR DAN TIDAK BERMAYA LAGI

APA YANG KITA DAH LAKUKAN KEPADANYA?

MENGAPA KITA MENGELUARKAN KATA-KATA YANG KESAT KEPADANYA?

MENGAPA KITA BERKASAR KEPADANYA?

MENGAPA KITA MARAH-MARAH KEPADANYA

MENGAPA KITA MEMBIARKAN DIA DALAM KEADAAN KESUSAHAN?

MENGALIRKAN AIR MATANYA MENGENANGKAN NASIBNYA YANG MALANG

BERDASARKAN BISIKAN-BISIKAN INILAH KITA SEBAGAI ANAK MESTI MEMOHON AMPUN DAN MAAF DARI IBU DAN AYAH YANG TELAH BERJASA KEPADA KITA

BERTUTUR KATALAH TERHADAP MEREKA DENGAN LEMAH-LEMBUT

RENDAHKAN SUARA DEPAN MEREKA

PANDANGLAH WAJAH MEREKA DENGAN KASIH SAYANG

JANGAN SAMPAI KITA TIDAK BERCAKAP DAN MEMANDANG WAJAH MEREKA

JANGAN SAMPAI KITA MEMBENCI KEPADA MEREKA

JANGAN SINGGUNGKAN LAGI HATI PERASAAN MEREKA

KASIH SAYANG MEREKA TIDAK BOLEH DIBAYAR DENGAN WANG RINGGIT

WAHAI ANAK!

CINTA DAN SAYANGILAH MEREKA SEMENTARA MEREKA MASIH ADA DI DUNIA INI

TIADA GUNANYA KITA MULIAKAN ORANG LAIN TETAPI KITA LUPA KEPADA IBU DAN AYAH KITA YANG TELAH MELAHIR DAN MEMBESARKAN KITA

TANPA MEREKA TIADALAH KITA DI DUNIA INI

IBU….., AYAH…..

WALAUPUN ENGKAU LETIH, NAMUN WAJAHMU TETAP BERCAHAYA

ENGKAULAH PERMATA HATIKU

YA ALLAH, YA TUHAN KAMI, AMPUNKAN DOSA KAMI. SESUNGGUHNYA DOSA KAMI MAKIN HARI MAKIN BERTAMBAH, SEDANGKAN USIA KAMI MAKIN HARI MAKIN BERKURANGAN. YA ALLAH, JIKA TIDAK ENGKAU AMPUNKAN DOSA KAMI, MAKA TERMASUKLAH KAMI DALAM GULUNGAN HAMBAMU YANG RUGI.

YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM.

SESUNGGUHNYA IBU DAN AYAH KAMI TELAH MEMBERIKAN KASIH SAYANG TERHADAP DIRI KAMI. WAKTU KAMI MASIH KECIL, KAMI DIPELUKNYA, KAMI DICIUMNYA, KAMI DIBELAINYA.

NAMUN KAMI MENJADI ANAK YANG TIDAK MENGENANG BUDI

KAMI SINGGUNG PERASAAN MEREKA

KAMI BERCAKAP KASAR TERHADAP MEREKA

KAMI BERMASAM MUKA KEPADA MEREKA

YA ALLAH, KAMI BERDOSA TERHADAP MEREKA

AMPUNKAN DOSA KAMI YA ALLAH

YA ALLAH,

AYAH DAN IBU KAMI MENJAGA KAMI BAGAI MENATANG MINYAK YANG PENUH. SETIAP PERMINTAAN KAMI TIDAK DIHAMPAKAN. SETIAP KESALAHAN KAMI DITEGUR DENGAN PENUH KASIH SAYANG. NAMUN KAMI ANAK YANG TIDAK BERTERIMA KASIH DAN MENGENANG BUDI

SEGALA JASA MEREKA KAMI LUPAKAN

KEBAJIKAN MEREKA KAMI ABAIKAN

KAMI SOMBONG YA ALLAH

YA ALLAH AMPUNKAN DOSA KAMI TERHADAP MEREKA YA ALLAH

YA ALLAH YA TUHAN KAMI

SESUNGGUHNYA TERLALU BANYAK PENGORBANAN IBU TERHADAP DIRI KAMI

DIA MENGGADAIKAN NYAWANYA WAKTU MELAHIRKAN KAMI

DIA TELAH MENUMPAHKAN DARAHNYA WAKTU MELAHIRKAN KAMI

NAMUN KAMI ANAK YANG TIDAK BERSYUKUR

KAMI LUKAI HATINYA

KAMI SAKITI HATINYA

MENGALIR AIR MATANYA

YA ALLAH, AMPUNKAN DOSA KAMI

YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM

KAMI HAMBA YANG HINA LAGI LEMAH INI, MOHON KEPADAMU AGAR ENGKAU AMPUNKAN DOSA-DOSA DAN KESALAHAN KEDUA IBUBAPA KAMI

MEREKA SUDAH TUA DAN TAK BERDAYA LAGI

KASIHANI MEREKA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK KAMI SEJAK KAMI KECIL

LINDUNGI MEREKA DARI SEGALA MARA BAHAYA

SIHAT DAN SEJAHTERAKANLAH MEREKA SETIAP MASA

DAN JAUHKAN MEREKA DARI AZAB API NERAKA

AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Pimpinlah tangan IBU semasa IBU masih boleh berjalan bersama-sama,

Renunglah mata IBU semasa IBU masih lagi boleh melihat,

Berbuallah dengan IBU semasa IBU masih lagi boleh mendengar,

Berilah ucap sayang kepada IBU semasa IBU masih lagi boleh memahaminya..

Buat Semua Ibu…”SELAMAT HARI IBU

SALAM HARI IBU UNTUK SEMUA..

Al-Faqir Wal Haqir ILALLAH,

SHAMSUL ANUAR AHMAD

~ oleh ANUAR AHMAD di Mei 12, 2009.

2 Respons to “SELAMAT HARI IBU…”

  1. UMI DAN ABAH

    Umi dan abah
    Kau menyinari hidupku
    Kau menyingkap segala rahsia dalam diriku
    Kau mewarnai diriku dengan penuh didikan
    Kau mendidik aku menjadi seorang insan

    Umi dan abah
    Kau tidak pernah mengeluh dengan kesusahan mencari rezeki
    Kau tidak pernah kenal erti penat lelah jua putus asa
    Kau sangup berhijrah ke sana ke mari
    demi sesuap nasi ke mulut kami
    Kau sanggup bergadai harta dan nyawa demi pendidikan kami
    Kau sanggup berdepan dengan segala rintangan dan halangan

    Umi dan abah
    Raut wajahmu kutatapi dan kurenungi
    Banyak kesabaran dan ketabahan yang terselindung
    Banyak kesedihan dan kegembiraan yang kau simpan
    Kau tidak pernah menyesal membesarkan kami

    Umi dan abah
    Aku tidak mampu membalas jasa dan pengorbanan kau yang menimbun itu
    Aku tidak mampu menulis setiap pengorbanan yang kau beri
    Kau mendengar segala rintihan dan aduanku
    Kau sabar dengan setiap kerenah anak-anakmu
    Kau menegur setiap kesalahan yang kulakukan
    Kau mengajarku erti kesabaran, ketabahan, kecekalan dan bersyukur

    Umi dan abah
    Aku ingin menjadi insan sepertimu
    Setabah, secekal, sesabar dengan dirimu
    Teruskanlah pimpin aku menjadi insan
    Yang berguna kepada agamaku dan bangsaku

    Umi dan abah
    Kau terima segala yang terjadi dan yang menimpa dalam keluarga kita
    Kau sabar dengan dugaan masyarakat sekeliling
    Aku tahu kesabaran kau telah mencapai tahap maksima
    Namun, kau tetap berkata itu adalah ujian dari Allah Yang Maha Esa
    ’Dia nak uji kita’

    Umi dan abah
    Kau mengajarku erti menghargai hidup ini
    Kau mengajarku akan pentingnya ilmu dari cinta yang belum suci
    Kau mengajarku erti membezakan antara yang halal dan haram
    Antara yang zahir dan batin
    Antara yang palsu dan benar
    Antara penipuan dan kejujuran

    Umi dan abah
    Kini kau mampu tersenyum dengan manisnya
    Senyumanmu manis semanis madu
    Anak-anakmu hampir mencapai puncak kejayaan
    Anak-anakmu sentiasa mengharapkan doa dan restu darimu
    Semoga ilmu yang ditimba mendapat keberkatan dan keredhaan dari Yang Maha Esa
    Terima kasih abah dan umi

  2. saLam

    3 hari lepaS aDalaH haRi yG bersejaRaH buaT semua waniTa yG bergeLar iBu…
    HaRi terseBut juGa sanGat bermaKna baGi seoRanG aYah yg MembesRkan aNak2 mereKa seoRanG diRi seTelah anaK2 mereKa keHilaNgan seoRanG iBu yanG saNgat mereKa cinTai..
    Walaupun begitu perlulah diingat bahawa menghargai ibu bukanlah cukup setakat satu hari sahaja. Sebagai umat Islam kita wajib mentaati dan menghormati ibubapa kita pada setiap masa. Ini boleh dilihat pada Firman Allah, bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya” (Surah al Ankabut, ayat 8).

    Saya suKa baCa bLog saudaRa..
    sY mencadanGkan saudaRa masuKKan leBih banYak ceriTa2 yG boleH membeRikan keinsaFan kepaDa pemBaca
    dan satU laGi jiKa saUdaRa aDa lebiH banYak saJak, boLeh tak masuKKan daLam bLog ni…shukraN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: