TUKAR TIUB YANG DAH SAMPAI AJAL..

IMG_0004

Petang tadi motor yang aku tunggang telah bocor kerana terpijak paku. Aku terpaksa call ayah aku untuk datang coz semua bengkel motor telah tutup kedai sebab hari dah hampir malam. Nasib baik ayah aku tak ada kerja, ayah terus datang bersama adik lelakiku untuk tukar tiub motor aku. Lepas selesai tukar tiub, aku makan di kedai Mee Kampung Pek di Ketereh. Lepas je selesai makan, aku terus pergi ke masjid Ketereh untuk menunaikan solat Maghrib. Letih sungguh aku pada hari ini, sebelum aku call ayah aku, aku telah tolak motor aku sejauh 1 Kilometer, tapi ok juga, boleh kuruskan badan. Yang penting motor aku telah ditukat tiub baru yang lebih baik dan berjenama. Walaupun semahal mana tiub motor yang aku beli, bila dah sampai ajal dia, ia akan panjit juga. Inilah yang dipanggil AJAL.

Walaupun sehebat mana seseorang yang jaga badannya, makan ubat kuat, senaman 3 jam sehari, menjaga makanan yang seimbang, ada Doktor peribadi, ada nurse peribadi, ada bermacam-macam alat gym dan macam-macam lag perkara yang digunakan untuk kesihatan. Tetapi, bila dah sampai ajal, kita akan mati juga. Sebab itulah kita di ajar untuk selalu bertaubat dan mengingati mati sebab kita tidak tahu bilakah ajal kita dan dimanakah berakhir kehidupan kita. Sebab itulah Nabi SAW kata bahawasanya orang yang paling bijak dikalangan kamu adalah orang yang banyak mengingati mati. Walaupun demikian, kita di ajar oleh Islam untuk berikhtiar dan berusaha, jangan pula kita menafikan usaha dan ikhtiar, sebagai seorang beriman yang berpegang dengan akidah ahli sunnah wal jamaah maka kita mesti berusaha dan berikhtiar bila melayari kehidupan ini.

Inilah dalil yang kita pasti akan menemui ajal dan mati.

يقول الله تعالى: { إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُم مَّيِّتُونَ } (30) سورة الزمر

ويقول تعالى: { كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ} (185) سورة آل عمران

Sesungguhnya mati itu adalah penamat bagi setiap yang hidup. Tidaklah seorang pun melainkan Allah sahaja yang kekal abadi. Didalam kematian itu sama sahaja bagi setiap manusia, samada ia adalah para Nabi dan para Rasul. Kematian bukanlah berakhirnya kehidupan yang sebenar, ia adalah satu marhalah yang perlu dilalui oleh semua manusia untuk menghadapi satu kehidupan yang kekal abadi selamanya. Tidak kiralah sesiapa pun yang takut atau hendak mati, kita tetap akan menghadapi mati. Mati adalah satu nikmat yan besar bagi orang yang beriman kerana ia akan bertemu dengan Tuhannya dan akan mendapat kenikmatan syurga. Mati juga adalah satu bala yang besar bagi orang yang derhaka pada Allah sebab ia akan dibalas oleh Allah kerana kejahatan, penderhakaan dan keingkarannya kepada Allah, ia akan berhadapan dengan seksaaan api neraka.

Aku datangkan beberapa dalil dari Sunnah mengenai larangan Islam pada orang yang bercita-cita untuk mati atau nak bunuh diri.

1 – عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ – رضى الله عنه – قَالَ النَّبِىُّ – صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم َ-: « لاَ يَتَمَنَّيَنَّ أَحَدُكُمُ الْمَوْتَ مِنْ ضُرٍّ أَصَابَهُ ، فَإِنْ كَانَ لاَ بُدَّ فَاعِلاً فَلْيَقُلِ: « اللَّهُمَّ أَحْيِنِى مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِى ، وَتَوَفَّنِى إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِى » أخرجه الشيخان(1)

2– وعن أبي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَذَكَرَ أَحَادِيثَ مِنْهَا وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- :« لاَ يَتَمَنَّى أَحَدُكُمُ الْمَوْتَ وَلاَ يَدْعُ بِهِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَهُ إِنَّهُ إِذَا مَاتَ أَحَدُكُمُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ (2)، وَإِنَّهُ لاَ يَزِيدُ الْمُؤْمِنَ عُمْرُهُ إِلاَّ خَيْرًا » أخرجه مسلم(3)

3– وعن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:« لاَ تَمَنَّوُا الْمَوْتَ ، فَإِنَّ هَوْلَ الْمَطْلَعِ شَدِيدٌ (4)، وَإِنَّ مِنَ السَّعَادَةِ أَنْ يَطُولَ عُمْرُ الْعَبْدِ وَيَرْزُقَهُ اللَّهُ الإِنَابَةَ » أخرجه أحمد في مسنده(5)

4– عَنْ أُمِّ الْفَضْلِ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم َدَخَلَ عَلَيْهِمْ وَعَبَّاسٌ عَمُّ رَسُولِ اللَّهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم َيَشْتَكِي ، فَتَمَنَّى عَبَّاسٌ الْمَوْتَ ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم َ: « يَا عَمِّ ، لاَ تَتَمَنَّ الْمَوْتَ ، فَإِنَّكَ إِنْ كُنْتَ مُحْسِنًا ، فَإِنْ تُؤَخَّرْ تَزْدَدْ إِحْسَانًا إِلَى إِحْسَانِكَ خَيْرٌ لَكَ ، وَإِنْ كُنْتَ مُسِيئًا فَإِنْ تُؤَخَّرْ فَتُسْتَعْتَبْ مِنْ إِسَاءَتِكَ خَيْرٌ لَكَ ، فَلا تَتَمَنَّ الْمَوْتَ » أخرجه الحاكم في المستدرك(6)

-5وعن أبي هريرة رضي الله عنه عَنْ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ: « لاَ يَتَمَنَّى أَحَدُكُمُ الْمَوْتَ وَلاَ يَدْعُو بِهِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَهُ إِلاَّ أَنْ يَكُونَ قَدْ وَثِقَ بِعَمَلِهِ فَإِنَّهُ إِنْ مَاتَ أَحَدُكُمْ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ وَإِنَّهُ لاَ يَزِيدُ الْمُؤْمِنَ عُمُرُهُ إِلاَّ خَيْراً » أخرجه أحمد في مسنده (7)

-6وعن عبيدة قال: سمعت علياً – رضي الله عنه – يخطب، فقال: « اللهم إني قد سئمتهم وسئموني، ومللتهم وملّوني، فأرحني منهم وأرحهم مني، ما يمنع أشقاكم أن يخضبها بدم، ووضع يده على لحيته » أخرجه عبد الرزاق(8)

Inil pula dalil mengenai kelebihan mati.

-1عَنْ مَحْمُودِ بْنِ لَبِيدٍ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ: « اثْنَتَانِ يَكْرَهُهُمَا ابْنُ آدَمَ الْمَوْتُ وَالْمَوْتُ خَيْرٌ لِلْمُؤْمِنِ مِنَ الْفِتْنَةِ وَيَكْرَهُ قِلَّةَ الْمَالِ وَقِلَّةُ الْمَالِ أَقُلُّ لِلْحِسَابِ». أخرجه أحمد (2)

-2وعَنِ أَبِى قَتَادَةَ بْنِ رِبْعِىٍّ الأَنْصَارِىِّ أَنَّهُ كَانَ يُحَدِّثُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم َ- مُرَّ عَلَيْهِ بِجِنَازَةٍ فَقَالَ « مُسْتَرِيحٌ ، وَمُسْتَرَاحٌ مِنْهُ » . قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْمُسْتَرِيحُ وَالْمُسْتَرَاحُ مِنْهُ قَالَ: « الْعَبْدُ الْمُؤْمِنُ يَسْتَرِيحُ مِنْ نَصَبِ الدُّنْيَا وَأَذَاهَا إِلَى رَحْمَةِ اللَّهِ ، وَالْعَبْدُ الْفَاجِرُ يَسْتَرِيحُ مِنْهُ الْعِبَادُ وَالْبِلاَدُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ » أخرجه الشيخان (3)

3– وعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ: « الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَسَنَتُهُ فَإِذَا فَارَقَ الدُّنْيَا فَارَقَ السِّجْنَ وَالسَّنَةَ » أخرجه أحمد(4

4– وعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « مَا مِنْ نَفْسٍ تَمُوتُ لَهَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ يَسُرُّهَا أَنَّهَا تَرْجِعُ إِلَى الدُّنْيَا وَلاَ أَنَّ لَهَا الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا إِلاَّ الشَّهِيدُ فَإِنَّهُ يَتَمَنَّى أَنْ يَرْجِعَ فَيُقْتَلَ فِى الدُّنْيَا لِمَا يَرَى مِنْ فَضْلِ الشَّهَادَةِ » أخرجه مسلم (5)

5– وعَنْ قَيْسِ بن حَبْتَرٍ، قَالَ: قَالَ عَبْدُ اللَّهِ:”يَا حَبَّذَا الْمَكْرُوهَانِ: الْمَوْتُ وَالْفَقْرُ، وَأَيْمُ اللَّهِ أَلا إِنَّ الْغِنَى وَالْفَقْرَ وَمَا أُبَالِي بِأَيِّهِمَا ابْتُلِيتُ، إِنْ كَانَ الْغِنَى إِنَّ فِيهِ لَلْعَطْفِ، وَإِنْ كَانَ الْفَقْرُ إِنَّ فِيهِ لِلصَّبْرِ”. أخرجه الطبراني (7)

Ini pula dalil digalakkan mengingati mati dan persediaan untuk menghadapinya.

– عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ » أخرجه الترمذي (1)

68- وعن أنس رضي الله عنه أن رسول الله صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم َقال: « أكثروا ذكرَ هاذمِ اللذاتِ، فإنه ما ذكره أحد في ضيق من العيش إلا وسَّعهُ عليه، ولا في سعةٍ إلا ضيَّقهُ عليهِ » أخرجه البزار (2)

69- وعَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ : كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَجَاءَهُ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- ثُمَّ قَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ الْمُؤْمِنِينَ أَفْضَلُ قَالَ : « أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا ». قَالَ فَأَىُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ قَالَ : « أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا أُولَئِكَ الأَكْيَاسُ ». أخرجه ابن ماجه (3)

70- وعَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ ». قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ. قَالَ وَمَعْنَى قَوْلِهِ « مَنْ دَانَ نَفْسَهُ ». يَقُولُ حَاسَبَ نَفْسَهُ فِى الدُّنْيَا قَبْلَ أَنْ يُحَاسَبَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. وَيُرْوَى عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا وَتَزَيَّنُوا لِلْعَرْضِ الأَكْبَرِ وَإِنَّمَا يَخِفُّ الْحِسَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى مَنْ حَاسَبَ نَفْسَهُ فِى الدُّنْيَا. وَيُرْوَى عَنْ مَيْمُونِ بْنِ مِهْرَانَ قَالَ لاَ يَكُونُ الْعَبْدُ تَقِيًّا حَتَّى يُحَاسِبَ نَفْسَهُ كَمَا يُحَاسِبُ شَرِيكَهُ مِنْ أَيْنَ مَطْعَمُهُ وَمَلْبَسُهُ. أخرجه الترمذي (4)

71- وعَنْ سَهْلِ بن سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ، قَالَ: مَاتَ رَجُلٌ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَجَعَلَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم َيُثْنُونَ عَلَيْهِ، وَيَذْكُرُونَ مِنْ عِبَادَتِهِ، وَرَسُولُ اللَّهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم َسَاكِتٌ، فَلَمَّا سَكَتُوا، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:”هَلْ كَانَ يُكْثِرُ ذِكْرَ الْمَوْتِ؟” قَالُوا: لا، قَالَ:”فَهَلْ كَانَ يَدَعُ كَثِيرًا مِمَّا يَشْتَهِي؟”قَالُوا: لا، قَالَ:”مَا بَلَغَ صَاحِبُكُمْ كَثِيرًا مِمَّا تَذْهَبُونَ إِلَيْهِ” » رواه الطبراني (5)

Kematian adalah sesuatu yang tidak dapat dielak kerana setiap manusia pasti menghadapi maut. Tentang kesakitan yang dirasai ketika sedang bertarung dengan maut, Rasulullah saw menjelaskan dalam hadis-hadisnya bahawa sakit ketika hampir mati itu laksana kesakitan ditetak seratus kali dengan pedang yang tajam atau seperti dikoyak kulit dari daging ketika hidup-hidup.

Amatlah beruntung seseorang itu sekiranya dia mati dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan) dan adalah menyedihkan sekiranya dia mati dalam keadaan suul-khatimah.

Tentang tanda-tanda samada seseorang itu akan mendapat kebajikan atau tidak, terdapat hadis Rasulullah saw dari Salman Al Farisi yang

bermaksud:

“Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu:

Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya

Kedua: berlenang air matanya dan

Ketiga: lubang hidungnya kembang kempis

Itu adalah tanda bahawa rahmat Allah sedang turun dan dirasai oleh orang yang hampir mati itu. Sebaliknya jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, ini menandakan azab Allah sedang menimpa dia.”

(Hadis riwayat Abdullah, Al-Hakim dan At-Tarmizi)

Berdasarkan hadis ini, ada sebilangan mukmin yang ketika hampir mati, masih terdapat sisa-sisa dosa padanya. Namun Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani menentukan orang itu mati dalam keadaan khusnul khatimah dan mengampuni segala dosa-dosanya itu.

Dipercayai bahawa kematian berlaku pada jasad manusia secara beransur, dari hujung kaki ke peha. Apabila rahmat diturunkan padanya kerana mati dalam khusnul khatimah ini, si mati akan merasa terlalu gembira dan kegembiraaan itu terlahir dengan keluarnya peluh pada pelipisnya.

Air mata yang keluar dan hidung yang kembang kempis pula adalah tanda bahawa si mati amat malu pada Allah SWT terhadap sisa-sisa dosanya yang belum sempat ditaubatinya.

Orang-orang yang kuat imannya akan merasa malu untuk melakukan dosa semasa hidupnya kerana merasa bahawa Allah sentiasa memerhatikannya. Oleh itu, disaat kematiannya, Allah melimpahkan rahmatNya dengan mengampunkan dosa-dosanya.

Orang-orang yang kafir pula, dia tidak merasa malu pada Allah SWT. Oleh itu apabila nyawanya hendak dicabut oleh Izrail, wajahnya gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Ini juga merupakan penanda bagi azab yang diterimanya disebabkan oleh dosa-dosa dan kekufurannya.

Dari Alqamah bin Abdullah, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”

Terdapat juga orang mukmin yang berdosa, dan Allah menimpakan kekasaran dan mala petaka sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah atas segala dosanya.

Oleh itu apabila rohnya keluar dari jasad, dosanya telahpun terhapus.

Kadang-kadang kita melihat seorang mukmin yang mati dalam kepayahan dan seorang kafir yang mati dalam ketenangan. Hendaklah kita berbaik sangka dengan orang mukmin tersebut kerana mungkin itu merupakan kaffrarah terhadap dosanya dan dia menemui Allah SWT dalam keampunan kerana sisa-sisa dosanya telah pun dikaffarah.

Orang kafir yang mati dalam ketenangan pula, mungkin semasa hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana janji Allah bahawa setiap kebajikan akan dibalas.

Tetapi kerana dia tidak beriman, kebajikan itu tidak menjadi pahala dan kekufurannya akan diazab di akhirat kelak.

Oleh itu, kita yang masih hidup harus sentiasa berbaik sangka dan mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. Moga-moga kita akan menemui Allah dalam keadaan khusnul khatimah dan dalam limpahan rahmat dan keampunanNya.

Nabi Idris beritahu Izrail kesakitan ketika mati

DIKATAKAN punca Nabi Idris diangkat ke syurga kerana baginda melakukan amal yang banyak, jika dihitung sama dengan penduduk bumi pada waktu itu.


Maka, Malaikat Izrail (malaikat pencabut roh), menjadi cinta dan rindu sekali kepadanya.

Izrail meminta izin kepada Allah supaya dibolehkan mengunjungi Nabi Idris. Allah mengizinkannya lalu Izrail menjelma dalam bentuk manusia dan memberi salam kepada Nabi Idris, sebelum duduk di sampingnya.

Seperti biasa, Nabi Idris sedang berpuasa. Setiap kali berbuka, ada malaikat datang membawa makanan dari syurga.

Nabi Idris makan makanan itu sambil mempersilakan Izrail supaya bersamanya, namun malaikat itu tidak mahu.

Beliau terus tekun mengerjakan ibadatnya hingga terbit fajar dan matahari. Izrail setia duduk di sampingnya.

Melihat hal itu, Nabi Idris menjadi kagum dan berkata: “Hai orang lelaki, apakah engkau mahu berjalan-jalan bersama aku supaya kita boleh senang?”

Kedua-duanya lalu berjalan bersama-sama hingga tiba di sebuah ladang. Izrail bertanya: “Apakah engkau mengizinkan aku mengambil buah-buahan ini untuk kita makan bersama?”

Jawab Nabi Idris: “Maha Suci Allah, kelmarin engkau tidak mahu makan sesuatu yang halal, tetapi hari ini engkau menghendaki makan yang haram.”

Mendengar jawapan itu, Izrail diam tidak berkata. Mereka meneruskan perjalanan selama empat hari. Nabi Idris melihat keanehan orang itu yang berbeza dengan orang lain.

Maka Nabi Idris bertanya kepadanya: “Siapakah sebenarnya engkau ini?”

Jawabnya: “Aku adalah Izrail.” Nabi Idris bertanya: “Apakah engkau yang ditugaskan mencabut roh?” Balasnya: “Ya, memang tugas aku mencabut roh daripada semua makhluk Allah yang bernyawa.”

Nabi Idris berkata: “Selama empat hari bersama aku, apakah engkau akan mencabut roh manusia?”

Jawabnya: “Ya, akulah yang mencabut semua roh. Dan sesungguhnya bagi aku mencabut roh itu hanyalah seperti hidangan makanan yang aku hadapi, sama dengan halnya engkau menghadapi makanan lalu menyuapkan makanan itu layaknya.”

Nabi Idris berkata: “Hai malaikat pencabut nyawa, apakah engkau datang ini untuk sekadar berkunjung atau untuk mencabut nyawa aku?” Izrail memberitahu hanya untuk berkunjung selepas diizinkan Allah.

Nabi Idris berkata: “Hai malaikat pencabut nyawa, aku mempunyai hajat kepadamu.” Tanya Izrail: “Apakah hajatmu?”

Nabi Idris berkata: “Hajat aku supaya engkau mencabut nyawa aku dan kemudian Allah menghidupkan aku kembali, sehingga aku boleh beribadat kepada Allah sesudah aku merasakan sakitnya mati itu.”

Jawap Malaikat Izrail: “Sesungguhnya aku tidak mencabut nyawa seseorang kecuali Allah mengizinkan kepadaku.”

Maka Allah memberi wahyu: “Hai Izrail, cabutlah nyawa Idris tu!” Izrail terus mencabut nyawa Idris dan Nabi Idris pun mati seketika itu juga.

Izrail menangis seraya merendahkan diri memohon kepada Allah supaya Dia menghidupkan kembali Nabi Idris sebagai temannya yang akrab itu. Allah mengkabulkan permintaannya dan menghidupkan Nabi Idris.

Izrail bertanya: “Hai Idris, bagaimana rasanya mati itu?”

Idris menjawab: “Rasanya seperti binatang terkupas kulitnya dalam keadaan hidup, maka sakit mati itupun melebihi daripadanya seribu kali lipat.”

Izrail berkata: “Cara hati-hati dan halus yang aku lakukan pada waktu mencabut nyawa engkau itu dan belum pernah aku lakukan terhadap seorang pun sama sekali.”

Kemudian Nabi Idris berkata: “Hai malaikat pencabut nyawa, aku mempunyai hajat lagi iaitu ingin melihat neraka jahanam hingga aku menyembah Allah lebih giat lagi, selepas aku melihat belenggu dan bentuk seksaan yang ada dalam neraka.”

Allah memberi wahyu kepada Izrail membawa Nabi Idris ke neraka. Lalu mereka pergi dan baginda melihat penyeksaan Allah yang mengerikan. Kemudian kedua-duanya kembali.

Nabi Idris berkata: “Hai Izrail, aku punya hajat lain iaitu engkau mengajakku ke syurga hingga aku boleh melihat sesuatu yang diciptakan Allah untuk hamba-Nya dan aku akan boleh bertambah taat.”

Allah memberi wahyu kepada Izrail supaya membawa Idris ke syurga.

Saat-saat ketika seorang insan menghadapi mati

Ajal maut di tangan Allah. Tak kira usia kita muda atau tua dan kita tetap akan dijemput-Nya.

Tapi tak tahu bila. Ingatlah bahawa mati itu terlalu hampir kepada kita.

Walaupun kita berada

jauh di perantauan, berada di tempat yang laungan azan tidak kedengaran untuk

mengingatkan kita tentang kebesaran-Nya, di kelilingi dengan manusia yang sering memandang ringan akan perintah Allah dan hanyut dengan hanya kesukaan sahaja di atas dunia ini. Oleh itu marilah kita ingat-mengingati tentang datangnya hari di mana hanya amal dan kiriman doa saja yang akan mengiringi kita untuk menemui-Nya.

Baginda Rasulullah saw pernah bersabda:

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu

kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan

seseorang

dan kemudian mereka menarik ruhnya melalui kedua-dua telapak

kakinya

sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan

malaikat

yang lain yang masuk dan menarik ruh dari lutut hingga sampai ke

perut

dan kemudiannya mereka keluar. Kemudian datang pula satu

kumpulan

malaikat yang lain, masuk dan menarik ruhnya dari perut hingga

sampai

ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang

lagi

satu kumpulan malaikat masuk dan menarik ruh dari dadanya hingga

sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang

itu.”

Sambung Rasulullah saw lagi:

“Kalau orang yang bernazak itu orang yang beriman, maka malaikat

Jibril

a.s. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga

orang

yang bernazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila

orang

yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang

yang

berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada

syurga

dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril a.s.”

“Kalau orang yang bernazak itu orang munafik, maka Jibril a.s. akan

menebarkan sayapnya di sebelah kiri. Maka orang yang bernazak itu

dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu

tidak

lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.”

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah SWT menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya, maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut ruh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

“Tidak ada jalan bagimu mencabut ruh orang ini melalui jalan ini

kerana

orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah SWT.”

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.”

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah daripada Allah SWT maka malaikat maut pun cuba mencabut ruh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:

“Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut ruh orang mukmin dari arah

ini,

tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut ruh orang mukmin dari arah tangan, maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukannya sebab kaki berkata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan

berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.”

Apabila gagal malaikat maut mencabut ruh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut ruh orang mukmin dari arah mata, tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka mata berkata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat

beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis

kerana

takutkan Allah.”

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah SWT. Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Wahai malaikat-Ku, tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan

tunjukkan

kepada ruh orang yang beriman itu.”

Sebaik saja mendapat perintah Allah SWT, maka malaikat maut menghampiri ruh orang itu dan menunjukkan Asma Allah SWT. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah SWT, maka keluarlah ruh tersebut dari arah mulut orang mukmin dengan tenang.

Abu Bakar r.a. telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar r.a:

“Ruh itu menuju ketujuh tempat:

1.Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.

2.Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.

3.Ruh mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.

4.Ruh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara, tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6.Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa berserta jasadnya sehingga sampai hari kiamat.”

Telah bersabda Rasulullah saw:

“Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

1.Orang-orang yang mati syahid.

2.Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.

3.Orang yang berpuasa dihari Arafah.”

Tanda-tanda mati :

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu akan

mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang runsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam dan jangan lagi bercakap-cakap.

Untuk pengetahuan semua, pada hari ke-44 air mani lelaki dan telur wanita bercantum, Allah s.w.t. telah mencampurkan sekali tanah yang akan menjadi kubur kita nanti.

Semoga kita semua sentiasa menjadi hamba yang mengingati mati. Tak semestinya umur kita yang muda ini akan menghadapi mati lambat lagi, sebab ajal dan kematian adalah ketentuan Allah dan bukan perancangan kita. Aku dah letih ni coz tolak motor sehingga 1 kilometer. Kita akan jumpa di lain coretan, Insyaallah..

SALAM KEMATIAN…

SALAM DARIKU…

Al-Faqir Wal Haqir ILALLAH,

SHAMSUL ANUAR BIN AHMAD


(1) البخاري برقم (5671 و6531و7233) ومسلم (2680).

وفي فتح الباري لابن حجر – (ج 20 / ص 279)

قَالَ النَّوَوِيّ فِي الْحَدِيث التَّصْرِيح بِكَرَاهَةِ تَمَنِّي الْمَوْت لِضُرٍّ نَزَلَ بِهِ مِنْ فَاقَة أَوْ مِحْنَة بِعَدُوٍّ وَنَحْوه مِنْ مَشَاقّ الدُّنْيَا ، فَأَمَّا إِذَا خَافَ ضَرَرًا أَوْ فِتْنَة فِي دِينه فَلَا كَرَاهَة فِيهِ لِمَفْهُومِ هَذَا الْحَدِيث ، وَقَدْ فَعَلَهُ خَلَائِق مِنْ السَّلَف بِذَلِكَ وَفِيهِ أَنَّ مَنْ خَالَفَ فَلَمْ يَصْبِر عَلَى الضُّرّ وَتَمَنَّى الْمَوْت لِضُرٍّ نَزَلَ بِهِ فَلْيَقُلْ الدُّعَاء الْمَذْكُور . قُلْت : ظَاهِر الْحَدِيث الْمَنْع مُطْلَقًا وَالِاقْتِصَار عَلَى الدُّعَاء مُطْلَقًا ، لَكِنَّ الَّذِي قَالَهُ الشَّيْخ لَا بَأْس بِهِ لِمَنْ وَقَعَ مِنْهُ التَّمَنِّي لِيَكُونَ عَوْنًا عَلَى تَرْك التَّمَنِّي .

(2) إلا من ثلاث كما سيمر إن شاء الله. .

(3) برقم (2682) وأحمد في مسنده برقم (8413).

(4) ما يشرف عليه من أمر الآخرة عقب الموت.

(5) 3/332 (14938) والمجمع 10/203 وهو حديث حسن لغيره. الإنابة : الرجوع إلى اللَّه بالتَّوبة

(6) برقم (1254) وطب (20567) وأحمد في مسنده 6 /336 والمجمع 10/202 339 وهو حديث صحيح.

(7) 2/316 (8839) والمتمنين عن الحسن مرسلا (111) وهو حديث صحيح، ولكن من يثق بعمله ؟!

(8) برقم (18671و20638) وش(37100) وابن سعد 3/34 وهو حديث صحيح موقوف .

(2) 5/427(24343) والمجمع 10/257 (3904و17879) وشرح السنة (3890) والصحيحة (813) وهو حديث صحيح.

(3) البخاري 5/133 و 134 (6512و6513) ومسلم (950) ونص (1942و1943) وأحمد (23199).

وفي فتح الباري لابن حجر – (ج 18 / ص 354)

قَالَ اِبْن التِّين . يَحْتَمِل أَنْ يُرِيد بِالْمُؤْمِنِ التَّقِيّ خَاصَّة وَيَحْتَمِل كُلّ مُؤْمِن . وَالْفَاجِر يَحْتَمِل أَنْ يُرِيد بِهِ الْكَافِرَ وَيَحْتَمِل أَنْ يَدْخُلَ فِيهِ الْعَاصِي . وَقَالَ الدَّاوُدِيُّ : أَمَّا اِسْتِرَاحَةُ الْعِبَادِ فَلِمَا يَأْتِي بِهِ مِنْ الْمُنْكَرِ فَإِنْ أَنْكَرُوا عَلَيْهِ آذَاهُمْ وَإِنْ تَرَكُوهُ أَثِمُوا وَاسْتِرَاحَة الْبِلَاد مِمَّا يَأْتِي بِهِ مِنْ الْمَعَاصِي فَإِنَّ ذَلِكَ مِمَّا يَحْصُلُ بِهِ الْجَدْبُ فَيَقْتَضِي هَلَاكَ الْحَرْثِ وَالنَّسْلِ . وَتَعَقَّبَ الْبَاجِيّ أَوَّلَ كَلَامِهِ بِأَنَّ مَنْ نَالَهُ أَذَاهُ لَا يَأْثَمُ بِتَرْكِهِ لِأَنَّهُ بَعْدَ أَنْ يُنْكِر بِقَلْبِهِ أَوْ يُنْكِر بِوَجْهٍ لَا يَنَالُهُ بِهِ أَذًى وَيَحْتَمِل أَنْ يَكُون الْمُرَاد بِرَاحَةِ الْعِبَادِ مِنْهُ لِمَا يَقَع لَهُمْ مِنْ ظُلْمِهِ وَرَاحَةُ الْأَرْضِ مِنْهُ لِمَا يَقَع عَلَيْهَا مِنْ غَصْبِهَا وَمَنْعِهَا مِنْ حَقِّهَا وَصَرْفِهِ فِي غَيْرِ وَجْهِهِ وَرَاحَة الدَّوَابِّ مِمَّا لَا يَجُوزُ مِنْ إِتْعَابِهَا وَاَللَّهُ أَعْلَمُ .

(4) برقم (7034) برقم (598) والمجمع 10/289 (17079) ومب (587) وشرح السنة (3930) والحاكم 4/315(7882) والمقاصد الحسنة ( 495) وهو حديث حسن لغيره . السنة : الجدب والقحط

(5) برقم ( 1877 ) ونص (3172) وش (19315) وأحمد 5/318 (12607) .

قال النووي رحمه الله :

هَذَا مِنْ صَرَائِح الْأَدِلَّة فِي عَظِيم فَضْل الشَّهَادَة ، وَاللَّهُ الْمَحْمُود الْمَشْكُور . وَأَمَّا سَبَب تَسْمِيَته شَهِيدًا : فَقَالَ النَّضْر بْن شُمَيْلٍ : لِأَنَّهُ حَيّ ، فَإِنَّ أَرْوَاحهمْ شَهِدَتْ وَحَضَرَتْ دَار السَّلَام وَأَرْوَاح غَيْرهمْ إِنَّمَا تَشْهَدهَا يَوْم الْقِيَامَة

(7) برقم ( 8436 ) وتهذيب الآثار (2557) وهب (9617) والزهد لأحمد(854) والحلية 3/121 و تاريخ أصفهان 2/231 وتاريخ بغداد 1/347 والفيض 6/279 وهو حسن موقوف . وايم الله : أسلوب قسم بالله تعالى وأصلها ايمُن الله ، الابتلاء : الاختبار والامتحان بالخير أو الشر

ولا شك أن المؤمن الصادق يحب الموت ، لأن فيه لقاء الله تعالى وهو أغلى أمنية عنده، ولأنه يتخلص من عذاب الدنيا وهمومها وغمومها التي لا تنقطع، ومن أسباب ضياع المسلمين اليوم هو حب الدنيا وكراهية الموت، كما ورد هذا في حديث صحيح عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « يُوشِكُ الأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا ». فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ « بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزِعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِى قُلُوبِكُمُ الْوَهَنَ ». فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهَنُ قَالَ « حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ ».أخرجه أبو داود برقم ( 4299)

(1) برقم (2477) والنسائي 4/4 (1835) وابن ماجه (4399 ) والحاكم 4/321 (7909) وابن حبان (2559) موارد وهو حديث صحيح: هاذم: هازم: قاطع. بِالذَّالِ الْمُعْجَمَة بِمَعْنَى قَاطِعِهَا أَوْ بِالْمُهْمَلَةِ مِنْ هَدَمَ الْبِنَاءَ وَالْمُرَاد الْمَوْتُ وَهُوَ هَادِمُ اللَّذَّاتِ إِمَّا لِأَنَّ ذِكْرَهُ يُزْهِدُ فِيهَا أَوْ لِأَنَّهُ إِذَا جَاءَ مَا يُبْقِي مِنْ لَذَائِذِ الدُّنْيَا شَيْئًا وَاَللَّه تَعَالَى أَعْلَمُ

(2) المجمع 10/308 (18205) والأموال لابن زنجويه (740) والزهد هق(560) وصحيح الترغيب ( 3334 ) والإحسان (3055) وهو حديث صحيح لغيره .

(3) برقم (4400) والحاكم 4/540 (8623) وطس (4827) وهب(7764و10154) والشاميين(1529) والحلية 1/313 وهو حديث حسن . الكيس : العقل والفطنة ،الأكياس : من الكياسة وهي تمكن النفوس من استنباط ما هو أنفع

(4) برقم (2647) وهـ (4401) وأحمد 4/24 (17588) والحاكم 1/57 و 4/251 (191و7639) وطب(6995و6997) وهق (6749) وهو حديث حسن.

ملاحظة : أخطأ الذهبى فى رده لتصحيح الحاكم وتابعه المناوى فى الفيض 5/ 68 والألبانى فى ضعيف الجامع (4305)

لظنهم أنه مما تفرد به أبو بكر بن أبى مريم الغسانى ، وفاتهم أنه قد تابعه ثور بن يزيد وغالب عن مكحول عن ابن غنم عن شداد بن أوس وكذلك مكحول البيروتى ثنا إبراهيم بن بكر بن عمرو قال : سمعت أبى يحدث عن ثور وغالب به الإتحاف8/ 428 فتأمل يا رعاك الله واحذر التسرع فى تضعيف الأحاديث.

وفي تحفة الأحوذي – (ج 6 / ص 251)

( الْكَيِّسُ ) أَيْ الْعَاقِلُ الْمُتَبَصِّرُ فِي الْأُمُورِ النَّاظِرُ فِي الْعَوَاقِبِ

( مَنْ دَانَ نَفْسَهُ ) أَيْ حَاسَبَهَا وَأَذَلَّهَا وَاسْتَعْبَدَهَا وَقَهَرَهَا حَتَّى صَارَتْ مُطِيعَةً مُنْقَادَةً

( وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ ) قَبْلَ نُزُولِهِ لِيَصِيرَ عَلَى نُورٍ مِنْ رَبِّهِ فَالْمَوْتُ عَاقِبَةُ أَمْرِ الدُّنْيَا ، فَالْكَيِّسُ مَنْ أَبْصَرَ الْعَاقِبَةَ ( وَالْعَاجِزُ ) الْمُقَصِّرُ فِي الْأُمُورِ

( مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا ) مِنْ الْإِتْبَاعِ أَيْ جَعَلَهَا تَابِعَةً لِهَوَاهَا فَلَمْ يَكُفَّهَا عَنْ الشَّهَوَاتِ وَلَمْ يَمْنَعْهَا عَنْ مُقَارَنَةِ الْمُحَرَّمَاتِ

( وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ ) وَفِي الْجَامِعِ الصَّغِيرِ وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ الْأَمَانِيَّ فَهُوَ مَعَ تَفْرِيطِهِ فِي طَاعَةِ رَبِّهِ وَاتِّبَاعِ شَهَوَاتِهِ لَا يَعْتَذِرُ بَلْ يَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ الْأَمَانِيَّ أَنْ يَعْفُوَ عَنْهُ .

قَالَ الطِّيبِيُّ رَحِمَهُ اللَّهُ : وَالْعَاجِزُ الَّذِي غَلَبَتْ عَلَيْهِ نَفْسُهُ وَعَمِلَ مَا أَمَرَتْهُ بِهِ نَفْسُهُ فَصَارَ عَاجِزًا لِنَفْسِهِ فَأَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَأَعْطَاهَا مَا اِشْتَهَتْهُ ، قُوبِلَ الْكَيِّسُ بِالْعَاجِزِ وَالْمُقَابِلُ الْحَقِيقِيُّ لِلْكَيِّسِ السَّفِيهُ الرَّأْيِ وَلِلْعَاجِزِ الْقَادِرُ لِيُؤْذِنَ بِأَنَّ الْكَيِّسَ هُوَ الْقَادِرُ ، وَالْعَاجِزَ هُوَ السَّفِيهُ وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ أَيْ يُذْنِبُ وَيَتَمَنَّى الْجَنَّةَ مِنْ غَيْرِ الِاسْتِغْفَارِ وَالتَّوْبَةِ .

(5) برقم (5808) المجمع 10/309 (18206) وقال رواه الطبراني وإسناده حسن.

فالإكثار من ذكر الموت يجعل الإنسان على استعداد تام له، فمن تذكر الموت لا يعصي الله خشية أن يأتيه الموت وهو متلبس بالمعصية ، وإذا ذكر الموت وكان عاصياً ثاب إلى رشده قبل فوات الأوان، وإذا تذكر الموت انضبط بشكل دقيق، بحيث لا يسمح لأهوائه وشهواته أن تسيطر عليه.

إنه لا إصلاح للبشرية إلا بذكر الموت، لأنه صمام الأمان من الفساد والسقوط والتردي، فالذي يتذكر الموت، لا بد أن يتذكر ما بعد الموت، وإلى أين سيذهب، ولا بد أن يتذكر الجزاء، والوقوف بين يدي الله، لا حول له ولا طول، وليس معه إلا ما قدم من عمل.

لذا قالوا: من أكثر الموت أكرم بثلاثة أشياء : تعجيل التوبة، وقناعة القلب، ونشاط العبادة ، ومن نسي الموت عوقب بثلاثة : تسويف التوبة، وترك الرضا بالكفاف، والتكاسل في العبادة ، اللهم اجعلنا ممن يتذكر الموت قبل الفوت يا أرحم الراحمين.

~ oleh ANUAR AHMAD di Mei 12, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: