JOM… UNTUK DITARBIAH.

IMGP0784

TARBIAH RUHIYYAH DALAM MEMBENTUK GENERASI BERWAWASAN

Firman Allah SWT:

كما أرسلنا رسولا منكم يتلوا عليكم آياتنا ويزكيكم ويعلمكم الكتاب والحكمة ويعلمكم مالم تكونوا تعلمون

Maksudnya: “Sebagaimana Kami telah mengutuskan kepadamu Rasul di antara yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, mensucikan kamu dan engajarkan kamu Al kitab dan Al Hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.”

Secara ringkas ayat di atas menjelaskan empat unsur penting dalam dakwah. Antaranya ialah unsur tazkiah iaitu usaha ke arah mensucikan diri daripada kerendahan akhlak dan kekotoran jiwa, menjauhkan diri dari sisa-sisa hidup jahiliah dan usaha untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya Islam. Bertolak dari sini dapatlah difahami bahawa tazkiah juga memberi maksud tarbiah. Jadi tarbiah dan dakwah adalah merupakan dua perkara yang mesti berjalan seiring dan tidak boleh bercerai tanggal.

Sesungguhnya tarbiah adalah merupakan satu lapangan yang asasi dan terpenting bagi sesebuah gerakan Islam yang beramal untuk merubah realiti yang ada. Ia juga adalah seumpama tulang belakang yang menjadi tunggak dalam dakwah. Bahkan dakwah tidak akan sempurna kiranya tidak didahului dengan proses tarbiah. Sebab itu timbul ungkapan yang berbunyi, `Perbetulkanlah diri kamu dan serulah orang lain’.

اصلح نفسك وادعوا غيرك

Dalam berbicara tentang tajuk di atas, tumpuan akan diberikan ke arah bagaimanakah bentuk usaha untuk membentuk generasi muslim yang sanggup untuk memenangkan Islam. Di mana peranan mereka adalah seumpama peranan zaman Rasulullah SAW dahulu.

DEFINASI TARBIAH

Secara umum tarbiah adalah merupakan segala usaha yang dilakukan ke arah pengabdian diri kepada Allah secara sempurna. Lantaran itu tarbiah adalah segala usaha yang melibatkan pendidikan, pengalaman, penglibatan dalam perjuangan Islam, kesan persekitaran dan faktor-faktor lain yang boleh mendekatkan diri kepada Allah.

Mengikut Dr Ali Abd Halim Mahmud, tarbiah adalah merupakan suatu method yang terbaik yang mampu berinteraksi bersama fitrah manusia, dikemukakan sama ada dalam bentuk arahan secara langsung (perkataan) atau secara tidak langsung (qudwah). Ia bertujuan untuk mengubah manusia ke arah yang lebih baik berlandaskan manhaj dan wasilah-wasilah tertentu.

MATLAMAT TARBIAH

Tarbiah Islamiah mempunyai matlamat-matlamat asas yang tersendiri. Antara matlamat tersebut ialah:

a) Pengabdian diri kepada Allah mengikut apa yang telah pun disyariatkan melalui Rasulullah.

b) Membina umat yang muttaqin serta mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah SWT.

c) Melahirkan para mukmin yang menghayati perjuangan.

d) Memimpin dan memerintah dunia.

e) Melaksanakan hukum dan syariat Allah.

Ini adalah matlamat asas kepada Tarbiah Islamiah. Di sana banyak lagi matlamat yang lain mengikut pendekatan dan wasilah yang dibawa.

4.0 FAKTOR KEJAYAAN TARBIAH

a) Keyakinan yang teguh bahawa tarbiah adalah satu-satunya wasilah yang mampu merubah masyarakat, membentuk petugas-petugas dakwah dan mencapai cita-cita dan harapan.

b) Adanya manhaj tarbiah yang mempunyai matlamat tertentu, perancangan yang terang dan

c) dari sumber yang jelas, bersifat syumul dan mempunyai kaedah pendekatan yang berbagai, ditegakkan di atas falsafah yang jelas dan diceduk terus dari ajaran Islam yang tulin.

d) Suasana jamai’e yang positif yang dibina oleh jemaah di mana setiap anggota cuba sedaya upaya untuk melaksanakan cara hidup Islam yang tulen.

e) Pemimpin yang terdidik dari segi fitrah, thaqafah dan pengalaman (khibrah)

f) e) Wujud sebilangan Murabbi yang ikhlas, berkemampuan dan amanah dalam melakukan tugas mereka.

g) Kepelbagaian wasilah: fardi atau jamai’e, teori atau amali, aqli atau ‘atifi, positif atau negatif.

Dengan adanya faktor-faktor tadi, pasti akan lahirlah satu ketamadunan manusia yang bersifat rabbani dan mempunyai ketinggian akhlak yang menghimpunkan antara ilmu dan iman, kebendaan dan roh, mengimbangi antara dunia dan akhirat, di samping menjaga nilai tatasusila dan kehormatan manusia.

5.0 CIRI-CIRI TARBIAH ISLAMIAH

Antara keistimewaan Tarbiah Islamiah ia mempunyai beberapa ciri khusus yang tidak terdapat pada sistem tarbiah yang lain. Antara ciri-ciri khusus tersebut ialah:

a) Ketuhanan لربانيةة)

b) Sempurna dan lengkap (‘لتكاملؠHالشمولة

c) Positif dan membangun (‘لإيجابيةؠHالبنأة

d) Kesederhanaan dan keseimbangan (‘لإعتدالؠHالتوازنة

e) Persaudaraan dan jemaah (‘لأخوةؠHالجماعةة

6.0 BENTUK

Antara keistimewaan Tarbiah Islamiah ia mempunyai beberapa ciri khusus yang tidak terdapat pada sistem tarbiah yang lain. Antara ciri-ciri khusus tersebut ialah:

a) Ketuhanan الربانية))

b) Sempurna dan lengkap (التكامل والشمول)

c) Positif dan membangun (الإيجابية والبنأ)

d) Kesederhanaan dan keseimbangan (الإعتدال والتوازن)

e) Persaudaraan dan jemaah (الأخوة والجماعة)

6.0 BENTUK –BENTUK TARBIAH ISLAMIAH

Bagi melengkapi ciri-ciri yang telah disebutkan, maka penumpuan Tarbiah Islamiah hendaklah diarahkan kepada semua bidang atau aspek-aspek terpenting dalam kehidupan individu atau masyarakat. Oleh itu Tarbiah Islamiah mestilah

a) Tarbiah Imaniah

b) Tarbiah Ruhiyyah

c) Tarbiah Ijtimaiyyah

d) Tarbiah Aqliyyah

e) Tarbiah Jismiah

f) Tarbiah Siasiyyah

Dalam perbahasan tajuk kertas ini, tidaklah menjadi hajat penulis untuk memperincikan satu persatu bentuk-bentuk tarbiah di atas. Cuma penumpuan hanya akan diberikan kepada Tarbiah Ruhiyyah yang menjadi tajuk perbincangan yang sebenar kertas ini.

7.0 TARBIAH RUHIYYAH

7.1 Definasi Tarbiah Ruhiyyah

Jika sekiranya Tarbiah Imaniah bermaksud usaha ke arah menguatkan lagi keyakinan dalam hati setiap individu dan jemaah terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah, maka Tarbiah Ruhiyyah pula adalah merupakan lanjutan kepada Tarbiah Imaniah, iaitu suatu usaha ke arah menguatkan lagi hubungan di antara ‘Wujdan Insani’ dan Pencipta (Khaliq) sehinggalah seseorang itu mencapai satu peringkat makrifah ruhiyyah, yang dengannya seseorang itu mensucikan diri dari segala kekotoran dan menjadikan dirinya beramal dengan kelaziman yang mendekatkan diri dengan tuhannya. Hasil dari itu tergambarlah segalanya ada perkataan dan segala kerja buatnya.

Tarbiah Ruhiyyah adalah merupakan bentuk tarbiah yang seolah-olah menjadi rakan karib kepada Tarbiah Imaniah, kerana dengan kekuatan rohlah akan menghasilkan keimanan yang mantap kepada Allah SWT. Bahkan jika dilihat dari segi wasilah kedua-dua bentuk tarbiah ini, ianya hampir-hampir sama. Pun begitu, tidak dinafikan bahawa Tarbiah Imaniah adalah merupakan bentuk tarbiah yang paling utama berbanding dengan yang lainnya. Kerana sesungguhnya Tarbiah Imaniah atau Rabbaniah adalah merupakan syarat pertama untuk melahirkan generasi yang unggul yang dapat memenangkan Islam.

7.2 Tujuan Tarbiah Ruhiyyah

Secara ringkas dapatlah dinyatakan bahawa tujuan daripada Tarbiah Ruhiyyah adalah seperti berikut:

a) Menjadikan anggota sentiasa merasai akan kebersamaan Allah di mana saja ia berada dan menjalani setiap pekerjaan berlandaskan kepada kefahaman ini.

b) Melahirkan anggota yang ikhlas kerana Allah dalam setiap amal, perkataan dan segala pergerakannya. Di mana tujuannya ialah semata-mata mencari keredhaan Allah bukannya mencari kepentingan yang lain.

c) Mentaqarrubkan diri dengan Allah Taala melalui zikrullah dalam setiap ketika, memelihara ibadat, mengingati akhirat, sentiasa memperbaharui taubat dan warak dari segala perkara yang syubhat dan haram.

d) Sentiasa bermuhasabah terhadap diri setiap hari.

e) Akhirnya akan melahirkan anggota yang cintakan syahid fisabilillah dengan menyertakan niat untuk berjihad pada dirinya dan yakin terhadap qada dan qadar Allah.

Berdasarkan tujuan di atas inilah, maka ramai di kalangan ulama Islam menggariskan cara dan kaedah-kaedah yang sesuai untuk mencapainya. InsyaAllah penjelasan terperinci berkenaan perkara tersebut akan dinyatakan dalam 7.5 nanti.

7.3 Tarbiah Ruhiyyah Dan Generasi Berwawasan

Mungkin ada orang bertanya, apakah kaitannya antara Tarbiah Ruhiyyah dengan Generasi berwawasan? Adakah di sana hubungkait antara sesuatu yang berbentuk luaran atau kebendaan (wawasan)? Kerana apa yang difahami oleh umum bila menyebut wawasan, ianya adalah suatu misi atau matlamat jangkamasa tertentu untuk mencapai tujuan yang lazimnya berbentuk kebendaan. Ini jelas bila kita melihat pihak kerajaan yang sejak akhir-akhir ini mendambakan wawasan demi wawasan yang sebahagian besar dari matlamatnya ialah kebendaan.

Adapun ruangan untuk bidang kerohanian hanyalah secebis sahaja, akibatnya lahirlah manusia-manusia hidupnya hanyalah untuk kepentingan kebendaan semata-mata, bertindak sesuka nafsunya tanpa melihat hukum halal dan haram. Apa yang penting matlamatnya tercapai walaupun dalam masa yang sama ia terpaksa menggadaikan agamanya.

Sebenarnya di sana memang ada hubungan intim antara roh dan jasad (kebendaan). Kerana jika dilihat kepada kejadian manusia sendiri ianya terdiri dari dua unsur utama iaitu unsur roh dan unsur jasad.

Jasad semata-mata tanpa roh tidak lagi dinamakan manusia bahkan dinamakan mayat. Bila menyebut mayat, ia adalah merupakan jasad kaku yang sudah tidak mempunyai harga lagi walaupun satu sen. Jadi untuk menjadikan diri manusia itu benar-benar berharga, maka mestilah kedua-dua unsur tadi dijaga dan ditarbiah dengan sesempurna mungkin. Kalau jasad memerlukan kepada bekalan makanan, maka samalah keadaannya dengan roh yang juga membutuhkan bekalan. Jasad akan terarah melakukan kebaikan dan ketaatan kiranya roh diberi makan dengan makanan yang berzat. Kerana faktor dalaman itulah (roh) yang mendorong seseorang melakukan ketaatan dan keburukan. Makanan yang berzat itulah sebenarnya yang dinamakan sebagai Tarbiah Ruhiyyah.

Generasi Berwawasan sebenar yang dimaksudkan di sini ialah generasi yang berwawasan Islam!! Atau dengan ertikata lain generasi yang mampu untuk bekerja ke arah memenangkan Islam dan meletakkannya di tempat yang sebenarnya. Generasi yang bermatlamatkan (berwawasankan) mardhatillah melalui wasilah Daulah Islamiah.

Untuk melahirkan generasi ini tidak boleh tidak mestilah melalui proses tarbiah sebagaimana yang telah dilalui oleh generasi sahabat terdahulu. Mereka juga adalah golongan yang berwawasan. Jika tidak, mengapakah di zaman pemerintahan mereka, dua pertiga dunia dikuasai oleh Islam! Sebenarnya apakah rahsia disebalik kemenangan tersebut? Jawapannya tidak lain itulah kekuatan hubungan mereka dengan Allah yang terhasil melalui proses tarbiah yang mantap. Antara bentuk latih tubi yang dilalui oleh mereka ialah Tarbiah Ruhiyyah.

Berbalik kepada wawasan Islam tadi, maka generasi yang akan lahir dari madrasah ruhiyyah ini adalah merupakan generasi yang bekerja sebagaimana juga orang lain bekerja. Tetapi setiap kerja yang dibuat berlandaskan kepada syariat Allah, roh kerja mereka adalah untuk Islam semata-mata. Ia akan bertegas dengan segala bentuk penyelewengan dan maksiat.

Bahkan segala apa yang dilakukan baik berbentuk tutur kata, fe’il perangai, berfikir dan sebagainya hanyalah semata-mata untuk Islam.

قل ان صلاتى ونسكى ومحياى ومماتى لله رب العالمين

Oleh itu jelaskan di sini bahawa memang Tarbiah Ruhiyyah adalah amat pe汲⁵慤慬

rlu dalam usaha untuk melahirkan Generasi Berwawasan dan lebih jauh dari itu ia juga penting untuk melahirkan para du`at yang bekerja untuk Islam.

7.4 Hujah Dari Sirah Rasulullah, Sahabat dan Para Pejuang Terdahulu

a) Sirah Rasulullah SAW

Kita melihat bagaimana setelah Rasulullah dilantik menjadi rasul dengan turunnya surah Al Muddathir yang menyuruh agar Rasulullah bingkas bangkit untuk berdakwah kepada manusia. Maka bermulalah satu sesi dakwah yang penuh dengan berbagai cabaran. Bermacam bentuk gelaran diberikan kepada baginda sehingga menyebabkan Rasulullah sebagai manusia biasa merasa gementar. Sejurus daripada itu baginda pulang dan mengarahkan isterinya Khadijah agar menyelimutinya….

Kemudian turun pula surah yang ke seterusnya iaitu Surah Al Muzammil yang mengarahkan agar baginda bangkit untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah dengan melaksanakan sembahyang malam, membaca Al Quran, berzikir dan bermunajat kepadaNya. Sebenarnya rahsia dari pengarahan tersebut terdapat pada ayat yang ke empat dari surah tersebut iaitulah sebagai zaad (bekalan) untuk memikul risalah Islam yang maha berat.

Ini membuktikan bahawa betapa Tarbiah Ruhiyyah itu penting dalam pembentukan generasi du`at. Ust Fathi Yakan ada menyebut tentang persiapan yang perlu ada pada dai’e ataupun pemuda yang ingin memenangkan Islam. Antara bentuk persiapan itu ialah:

– Persiapan pemikiran (Thaqafah)

– Persiapan dalaman (Nafsi / Roh)

– Persiapan gerakan (Haraki)

Begitu juga dengan Ust Abdul Karim Zaidan, pun ada menyebut tentang عدة الداعىiaitu persiapan para dai’e, yang antara lainnya ia menyebut:

“Para dai’e sememang memerlukan kepada persiapan yang mantap dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanahnya. Yang mana tugas tersebut pada asalnya adalah merupakan tugas para Rasul. Persiapan tersebut termasuklah:

– Kefahaman yang mendalam

– Iman yang jitu

– Hubungan yang kukuh dengan Allah SWT

Inilah bentuk persiapan yang mesti ada pada seorang dai’e. Bilamana salah satu daripadanya tiada, maka cacatlah dakwah dan menjadi tanggungjawab kepadanya untuk mengembalikan kekuatan tersebut.

b) Kisah Peperangan Badar

Peperangan ini adalah merupakan contoh terbaik pada kita yang menggambarkan bahawa kekuatan kebendaan dan persenjataan bukanlah faktor utama dalam memastikan kemenangan. Tetapi kekuatan aqidah dan hubungan kukuh dengan Allahlah yang menjadi penentu kepada kemenangan. Kita menyaksikan bahawa peperangan tersebut berlaku dalam bulan Ramadhan di mana umat Islam sedang berpuasa. Subhanallah….

c) Kisah Perang Salib

Peperangan ini juga menunjukkan kepada kita bahawa pentingnya Tarbiah Ruhiyyah. Bagaimana kita menyaksikan bentuk penyusunan yang telah dibuat oleh Salahuddin Al Ayyubi dalam membahagikan tugas-tugas tenteranya. Ia hanya akan meletakkan mereka yang bangkit malam sahaja untuk mengambil tempat di bahagian hadapan dalam saf peperangan. Ternyata terbukti keberkesanannya.

Selain dari itu banyak lagi kisah sama ada pada zaman dulu mahupun zaman mutaakhir ini yang menggambarkan keunggulan Tarbiah Ruhiyyah dalam kehidupan para dai’e.

7.5 Bagaimanakah Islam Mendidik Roh

Persoalan roh di dalam Islam mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT, walaupun manusia mempunyai kejadian yang hampir serupa dengan makhluk lain dari segi pembentukan anggota badan dan kehidupan, namun manusia mempunyai keistimewaan yang tidak terdapat pada makhluk lain. Di mana Allah SWT telah meniupkan rohNya ke dalam kejadian manusia yang menjadikan manusia sebagai suatu makhluk yang unggul dan mempunyai kemuliaan di sisiNya berbanding dengan makhluk lain.

FirmanNya:

لقد خلقنا من صلصال من حمأ مسنون والجان خلقناه من قبل من نار السموم واذ قال ربك للملائكة انى خالق بشرا من صلصال من حمأ مسنون فاذا سويته ونفخت فيه من روحى فقعوا له ساجدين

Oleh itu Islam memberi penumpuan yang serius di dalam mendidik rohani, kerana melalui pendidikan inilah akan bertunjangnya keimanan yang mendalam dan aqidah di dalam diri seseorang muslim.

Method ataupun manhaj yang dibawa oleh Islam di dalam mendidik roh secara kasar boleh kita garapkan dengan lima cara:

a) Iltizam dengan mujahadah

Seseorang itu hendaklah mengetahui bahawa dirinya tidak hanya terhenti kepada unsur jasad semata-mata, bahkan di sana terdapat roh dan akal. Ia hendaklah berusaha untuk mensucikan dirinya dan mengambil berat terhadap usaha untuk meninggikannya. Ini adalah kerana di dalam dirinya terdapat dua kekuatan yang sering bertembung antara satu sama lain, iaitulah kebaikan dan kehendak hawa nafsu yang boleh kepada menta’abudkan diri kepadanya (nafsu). Adalah menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan bahawa segala kehendak hawa nafsu tunduk kepada kebaikan. Jalan untuk menunaikan tanggungjawab tersebut tidak lain mestilah melalui mujahadah.

Us. Said Hawa dalam menjelaskan persoalan mujahadah memulakannya dengan noktah Iman dengan Allah dan keesaannya dan bahawa Muhammad itu adalah Rasulullah. Kemudian disusuli dengan marhalah kedua, iaitu mendiri kefardhuan waktu dengan mengerjakan solat, puasa, zakat, haji, nikah, muamalah jual beli, mengikat silaturrahim, berbuat baik kepada ibubapa dan yang lain yang berbentuk kewajipan waktu. Setelah itu hendaklah juga dipelihara adab-adab waktu tersebut.

Kemudian juzuk ketiga dalam mujahadah ialah seseorang itu menyusun dirinya untuk mengerjakan ibadat-ibadat sunat samada solat, puasa nawafil, zikir, baca Al Quran dan lain-lain. Seetelah itu barulah masuk kepada persoalan ke empat, iaitulah Rukun Mujahadah. Di sana terdapat empat rukun mujahadah, iaitu:

1. Uzlah (العزلة)

2. Diam (الصمت)

3. Berjaga malam (السهر)

4. Berlapar (الجوع)

Akhirnya sampailah kepada persoalan terakhir, iaitu meneliti jiwa dan hati seterusnya memeriksa penyakit-penyakitnya dan cara-cara mengubatinya.

b) Iltizam dengan wirid-wirid Al Quran dengan tujuan untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah, bertaffakkur tentang rahsia kebesaran Allah. Perkara ini sebenarnya adalah merupakan bentuk-bentuk taklif yang dibuat melalui kelompok-kelompok usrah atau katibah yang menjadi tugas anggota untuk melaksanakannya. Ia juga merupakan antara syarat kemasukan seseorang di dalam jemaah. Adapun wirid tersebut termasuklah:

Wirid bacaan harian Al Quran (satu juzuk)

Wirid hafalan Al Quran (satu ayat sehari sekurang-kurangnya)

Wirid bacaan surah tertentu pada hari tertentu

Wirid Istima’ (mendengar bacaan Al Quran ) dalam majlis usrah ataupun katibah

Wirid Al Quran yang ditentukan, di mana dalam satu minggu ditentukan himpunan ayat pada tajuk yang sama untuk dipelajari oleh anggota dan seterusnya untuk dihafal.

c) Iltizam dengan zikir yang ma’thur dengan tujuan untuk mengikat perasaan dan jiwa agar sentiasa dengan Allah sehingga membawa kepada ketinggian jiwa. Zikir ini merangkumi:

– Wirid pada waktu pagi dan petang (Al Ma’thurat)

– Membaca zikir dan doa pada waktu-waktu yang berbeza. Contohnya doa pada

bangkit tidur, ketika masuk tidur, ketika makan, minum, bermusafir, lepas solat, ketika naik kenderaan dan sebagainya.

d) Iltizam dengan ibadat fardhu dan nawafil khususnya puasa dan qiamulail. Adalah lebih baik kiranya solat fardhu secara berjemaah di masjid dan melaksanakan puasa Ramadhan dengan sebaik mungkin.

Adalah menjadi tuntutan kepada setiap amilin untuk:

– Berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari setiap bulan dan sehari seminggu

– Menghidupkan malam sekali seminggu secara berjemaah dalam program tertentu

e) Iltizam dengan kegiatan-kegiatan untuk menghidup roh dalam ruang lingkup kehidupan manusia. Antaranya ialah dengan:

– Mengkaji sirah Rasulullah SAW dan sahabatnya dari sudut ketinggian roh mereka

– Mempelajari alam ghaib dan mukjizat para nabi daripada Al Quran dan Hadith

– Mutolaah buku-buku sufi (tasauf) seperti:

لرسالةؠ’لقشيريةؠHشرحؠ’بنؠ9طاءؠ’للهؠ’لسكندرى؍’حياءؠ9لومؠ’لدينؠDلغزالى؍Eوعظةؠ’لمؤمنينؠDلقاسمى؍Eدارجؠ’لسالكينؠDابنؠ’لقيم؍

– Menjauhkan diri dari berkawan dengan kawan yang jahat dan menghadiri majlis mungkar di samping menundukkan pandangan dan mendekati ahli慫物晡

i makrifah billah.

– Iltizam dengan jadual muhasabah. Iaitu bentuk-bentuk soalan yang dikemukakan pada diri sendiri secara berseorangan ketika sebelum masuk tidur. Setiap persolan tersebut hendaklah dijawab ya atau tidak untuk mengetahui sejauh manakah ia telah membuat taat kepada Allah dan banyak manakah kecuaian pada hari tersebut.

– Sentiasa mengingati hari akhirat. Dapat dilakukan dengan mengadakan program menziarahi kubur sekali seminggu untuk mengambil pengajaran dan memuhasabah diri.

8.0 PENUTUP DAN KESIMPULAN

Sesungguhnya Tarbiah Ruhiyyah yang berkesan akan membuahkan hasil yang baik pada diri seseorang antaranya:

a) Keyakinan pada Allah akan memenuhi seluruh ruang jiwa, sentiasa bermuraqabah dan rindu untuk beribadat kepadaNya

b) Hubungan baik dengan Allah yang diasaskan di atas rasa kecintaan terhadapnya

c) Cintakan kebaikan

d) Lahirnya sifat ihsan dalam diri

e) Bersifat adil dan seimbang dalam memenuhi tuntutan roh dan jasmani

Tegasnya Tarbiah Ruhiyyah adalah merupakan satu wasilah terpenting dalam usaha untuk melahirkan generasi rabbani yang hidup dan matinya adalah semata-mata untuk Allah SWT. Akhirnya sukalah saya memetik satu tulisan Us. Said Hawa tentang permulaan yang sahih dalam melaksanakan Tarbiah Islamiah .

TARBIAH MELAHIRKAN MUKMIN MUJAHID

Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT.

Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da’i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Osman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-‘Auf.

Semua ini adalah peribadi yang lahir hasil daripada tarbiyah imaniyah yang berjalan di dalam madrasah Rasulullah SAW. Didikan Rasulullah SAW bukan untuk melahirkan ahli falsafah atau kumpulan sufi yang asyik dengan riadah ruhiyah semata-mata tanpa menghiraukan tipudaya musuh yang ingin menghancurkan Islam. Rasulullah SAW pernah menegur seorang lelaki yang ingin mengasingkan diri untuk beribadah dan meninggalkan jihad. Kata Rasulullah SAW kepada lelaki itu;

“Jangan kamu lakukan demikian. Sesungguhnya tegak seseorang kamu di jalan Allah (berjihad) adalah lebih utama daripada ia sembahyang dirumahnya selama 70 tahun. Apakah kamu tidak suka Allah mengamponkan kamu serta memasukkan kamu ke dalam syurga? Berjihadlah pada jalan Allah. Sesiapa yang berperang pada jalan Allah di atas belakang unta , maka wajiblah baginya syurga” (Hadis riwayat At-Tarmizi).

Hasan al-Banna pernah menyebutkan:

‘Jihad adalab fardu yang berjalan terus sampai hari kiamat.”

Sabda Rasuluilah SAW:

“Barangsiapa mati padahal dia tidak berjihad dan tidak pernah berniat berjihad, maka matinya seperti mati jahiliyah.’

Serendah-rendah tingkat iihad itu ialah dengan cara membantah di dalam hati, dan setinggi-tingginya ialah perang fi sabilillah kerana kebenaran. Di antara kedua-dua tingkatan itu terdapat cara-cara jihad yang lain seperti berjihad dengan lidah, berjihad dengan pena, berjihad dengan tangan dan bejihad dengan cara berani bercakap benar di hadapan raja yang zalim. Semua sifat dan tingkatan jihad tersebut akan lahir melalui proses Tarbiyah lmaniyah, lnsyaallah.

Proses Tarbiyah mesti berterusan

Proses Tarbiyah lmaniyah mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Silibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim.

Menurut Al Syekh Mustafa Masyur bahawa Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. Demikianiah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu atau jemaah adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap seialu kerana ia mungkin berkarat. Rasuluilah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).’ (HR Al Baibaqi)

lman yang berada dalam iiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita. Sabda Rasuluilah SAW:

“Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.’ (HR Al Hakim dan At Tabrani)

Faktor kejayaan Tarbiyah lslamiyah

Dr. Yusuf AI Qardhawi dalam bukunya, telah menjelaskan bahawa di sana ada beberapa faktor yang membantu menjayakan Tarbiyah lslamiyah, antaranya :

i. Keyakinan sepenuhnya bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang paling berkesan untuk merubah masyarakat, melahirkan rijal don seterusnya mencapai kejayaan. Melalui tarbiyahlah Rasuluilah SAW berjaya membentuk generasi rabbani sebagai contoh yang sukar ditandingi.

Jalan Tarbiyah adalah jalan yang jauh, jalan yang sukar dan jalan yang bertahap-tahap. Sedikit sekali yang mampu mengharungi jalan ini, tapi ianya satu-satunya jalan untuk sampai kepada kejayaan.

ii. Hanya Tarbiyah Islam yang mempunyai manhaj dan matlamat, lengkap dalam semua aspek dan jelas dari segi sumber, proses don perancangannya.

iii. Tarbiyah lslamiyah mampu mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni. Suasana ini membantu setiap anggota masyrakat hidup secara Islam. Masyarakat dididik tentang cara memberi tunjuk ajar, cara bersimpati, memberi pertolongan dan sebagainya. Setiap anggota merasa sedikit dengan dirinya dan merasa banyak dengan sahabat. Dia merasa lemah bila bersendirian dan merasa kuat dengan berjemaah.

iv. Adanya pemimpin yang bersifat pendidik dengan fitrah yang Allah anugerahkan kepadanya. Pengetahuan dan pengalamannya menjadikan Tarbiyahnya lahir daripada hati sanubari yang bersih dan ikhlas kerana Allah SWT semata-mata. Setiap perkataan yang keluar dari hati akan masuk ke hati-hati yang lain tanpa sekatan. Perkataan yang hanya lahir dari lidah semata-mata tidak akan mampu melewati telinga pun. Perpatah ada menyatakan: “Orang yang kehilangan sesuatu benda nescaya ia tidak akan dapat memberikannya.”

v. Mempunyai pendidik-pendidik yang ikhlas, berwibawa dan beramanah mengikut jalan pemimpin agong Muhammad SAW. Tidaklah dimaksudkan pendidik di sini mereka yang keluar dari pusal-pusat pengajian tinggi dalam bidang tarbiyah atau pendidikan, dengan ijazah masters atau PhD. Yang dimaksud dengan pendidik di sini ialah mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi, kerohanian yang kuat, jiwa yang bersih, kemahuan yang kental, simpati yang luas dan kewibawaan yang memberi kesan kepada orang lain. Dia mungkin seorang jurutera atau seorang pegawai biasa atau seorang peniaga atau seorang buruh yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip atau sistem pendidikan.

vi. Menggunakan berbagai-bagai wasilah seperti kegiatan-kegiatan di dalam halaqat, usrah-usrah, dan katibah-katibah yang dijuruskan ke arah matlamat pembangunan insan muslim yang soleh dan sempurna.

Tarbiah Dan Harakiah Suatu Kesinambungan

KAJIAN MANHAL PMRAM

MUQADDIMAH

Firman Allah SWT dalam surah  As-Soff, ayat 14:


Dalam arus kebangkitan Islam abad ke- 20 , angkatan Muslimin telah bersatu cita-cita dan matlamat menggemblengkan tenaga untuk mengembalikan Umat Islam kepada siratulmustaqim berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Tetapi amat malang sekali, jalan dan cara yang berbeza untuk merealisasikannya gagal  untuk mencapai  matlamat hakiki harakah Islamiah kerana menumpukan kepada aspek- aspek tertentu sahaja , contohnya: golongan tasauf,golongan salafiah dan golongan yang berjihad dan berkerja melalui lissan dan tulisan tetapi meninggalkan jurusan yang lain.

Akhirnya mereka lupa membentuk angkatan pelopor yang beriman sebagai asas binaan daulah Islamiah dan tanzim haraki untuk bakal pendokong dakwah yang meneruskan perjuangan hingga sampai ke matlamatnya.

Maka hiduplah mereka sebagai panglima tanpa angkatan tentera yang teratur dan tersusun , apabila mereka telah tiada tinggalah pengikut mereka tanpa panglima dan pemimpinnya.Akibatnya ,terhentilah mereka tanpa pewaris penerus perjuangan .

Jesteru itulah kesinambungan tarbiah dan harakiah adalah suatu kemestian berdasarkan matlamat dan cara yang sahih demi meneruskan risalah Ilahi sebagai satu tuntutan yang wajib dilaksanakan.

من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

2.0 DEFINASI

TARBIYAH : Suatu uslub yang terbaik yang mampu berenteraksi bersama fitrah manusia, dikemukakan samada dalam bentuk arahan secara langsung (perkataan) atau secara tidak langsung (qudwah). Ia bertujuan untuk mengubah manusia kearah yang lebih baik berlandaskan manhaj dan wasilah-wasilah tertentu.

Secara umumnya tarbiyah adalah usaha yang dilakukan kearah pengabdian diri kepada Allah S.W.T secara sempurna. Ia adalah satu proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang dikehendaki.

HARAKAH ISLAMIYAH : Satu tanzim Universal yang merangkumi anasir-anasir yang beramal untuk memperjuangkan Islam dan merupakan amal jamaei’ yang disusun rapi untuk menegakkan agama Allah dan membangunkan kembali daulah Islamiyah diatas muka bumi ini.

Secara umumnya harakah adalah jamaah yang teratur mempunyai matlamat dan manhaj yang tertentu.

3.0 MATLAMAT

3.1 Tarbiyah harakiah mempunyai matlamat-matlamat asas yang tersendiri:

a)Matlamat khusus

-Melahirkan individu muslim

-Membina keluarga islam

-Membentuk masyarakat islam

-Menegakkan negara islam

-Menyatukan semula ummah islamiyah

b)Matlamat Umum antaranya :

-Mengabdikan manusia kepada Allah yang Esa

وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون

-Mempelopori kerja-kerja amal makruf nahi mungkar

كنتم خير امة اخرجت للناس تأ مرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله

-Menyampaikan risalah Islam kepada alam seluruhnya

وكذلك جعلناكم امة وسطا لتكون شهداء علي الناس ويكون الرسول شهيدا

-Menghapuskan kuasa kuffar diatas muka bumi ini

وقا تلوهم حتي لا تكون فتنة ويكون الدين كله لله فان انتهوا فان الله بما يعملون بصير

Ini adalah matlamat asas kepada tarbiyah harakiyah. Disana terdapat banyak lagi matlamat lain dalam tarbiah islamiyah mengikut pendekatan dan wasilah yang dibawa.

4.0 CIRI-CIRI

4.1 Antara ciri-ciri khusus tarbiyah Islamiyah :

a) Ketuhanan الر با نية

b) Sempurna dan lengkap الكا مل والشمول

c) Positif dan membangun الا يجا بية و البناء

d) Kesenderhanaan dan keseimbangan الاعتدال والتوازن

e) Persaudaraan dan jamaah  الأ خوة  والجما عة

4.2 Ciri-ciri Harakah Islamiyah terbahagi kepada :

a) Ciri-ciri prinsip:

-Gerakan Rabbani

-Gerakan yang tersendiri

Gerakan pembawa kemajuan

-Gerakan yang syumul

-Menjauhi perselisihan dalam masalah fekah

b)Ciri-ciri haraki antaranya:

-Beransur-ansur dalam semua peringkat gerakan

-Peringkat dakwah:

a)Taa`rif

b)Takwim

c)Tanfiz

-Mengutamakan kerja dari propaganda

-Nafas yang panjang

-Uzlah nafsiah bukan jasadiah

-Matlamat tidak menghalalkan cara

5.0       FAKTOR KEJAYAAN TARBIYAH HARAKIYAH

a)Keyakinan yang teguh bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang mampu mengubah    masyarakat , membentuk petugas-petugas dakwah dan wasilah untuk mencapai cita-cita dan harapan

b)Terdapat manhaj tarbiyah yang mempunyai matlamat tertentu, perancangan yang terang dari sumber yang jelas bersifat syumul dan mempunyai kaedah-kaedah pendekatan yang berbagai ditegakkan diatas falsafah kefahaman yang jelas dan diceduk terus daripada ajaran Islam yang tulen.

c)Suasana jamaie’ yang positif yang dibina oleh jamaah dimana setiap anggota cuba su\edaya upaya utuk melaksanakan cara hidup Islam yang tulin.

d) Pemimpin yang terdidik dari segi fitrah, thaqafah dan pengalaman ( khibrah )

e) Wujud sebolangan murabbi yang ikhlas, berkemampuan dan amanah dalam melaksanakan tugas mereka.

f) Kepelbagaian wasilah : fardhi / jamaie’ , teori / amali , aqli / a’tifi , positif dan negatif.

Dengan adanya faktor-faktor tadi akan lahirlah satu ketermadunan yang bersifat Rabbani dan mempunyai ketinggian akhlak yang menghimpunkan antara ilmu dan iman, kebendaan dan roh, mengimbangi antara dunia dan akhirat dismping menjaga kehormatan manusia.

Rasulullah S.A.W telah meramalkan mehnah yang dihadapi oleh para mukmin, daei dan mujahidin fisabilillah dalam hadis yang bermaksud :

“Orang mukmin sentiasa berada didalam lima dugaan yang susah :

1) Mukmin yang dengk kepadanya

2) Munafik yang benci kepadanya

3) Kafir yang memeranginya

4) Syaitan yang menyesatkannya

5) Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya

6.0       TARBIYAH HARAKIYAH MADRASAH RASULULLAH S.A.W

Teras kepada pembinaan tarbiyah harakiah yang dibentuk oleh Rasulullah S .A.W adalah Al-Quran . Maka lahirlah satu generasi yang dinamakan generasi Al -Quran . Generasi ini adalah generasi yang unggul, Al- Quran adalah panduan , perjalanan hidup dan gerak -geri mereka.

Perjuangan Rasulullah S.A.W telah diasakan melalui madrarah baginda tersendiri dan telah berjaya menanamkan kekuatan aqidah dijiwa para sahabat .

Antara penekanan penting dalam madrasah baginda S.A.W :

  • Pembentukan sebuah gerakan demi mempertahankan kesucian aqidah
  • Membebaskan manusia daripada sebarang perhambaan dengan melancarkan dakwah .
  • Berjuang untuk merebut kekuasaan dari golongan kuffar.

6.1    Ciri- ciri generasi Al-Quran

a) Kekutan aqidah

b) Berpegang teguh dan bersikap tegas dengan prinsip

c) Berkasih sayang sesama mukmin

d) Mengdokong sepenuhnyan dakwah dan jihad

e) Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah dan Rasulnya.

Setiap mukmin hendaklah menjadikan generasi para sahabat sebagai contoh dan sember inspirasi di dalam perjuangan mereka untuk menegakkan Islam . Sabda Rasulullah S.A.W

اصحا بي اما نة لامتي

Dalam kita mencontohi jejak langkah mereka untuk menjadi satu umat yang berpegang teguh dengan Al-Quran , ada beberapa perkara yang perlu difahami oleh umat Islam pada masa kini :

a) Sikap para sahabat terhadap AL-Quran

b) Perdekatan yang seimbang didalam memahami dan melaksanakan tuntutan Al-Quran

c) Membebaskan diri daripada sebarang unsur jahiliyah .

7.0 TRIBULASI DALAM PERJUANGAN

لو كان عرضا قريبا وسفرا قاصدا لاتبعوك ولكن بعدت عليهم الشقة

Dalam meniti liku-liku dan lurah perjuangan ,disanalah memerlukan tuntutan amaliah tarbiyah harakiyah menangkis segala cabaran dan dugaan dengan kekentalan iman dan amal yang berterusan.

8.0 DAI’E RABBANI: UKURAN KESINAMBUNGAN

Tribulasi dalam perjuangan adalah sebagai kayu ukur sejauh manakah kebenaran bahawa tarbiah harakiah suatu kesinambungan yang memberikan saham terbesar dalam perjuangan.

Tarbiah harakiyah yang berjaya ialah yang melahirkan dai’e Rabbani yang dibekali dengan tuntutan amaliah yang menjamin pembentukan individu muslim sebagai tulang belakang kepada amal Islami.

Antara kesan tarbiah harakiah dalam menghadapi cabaran dakwah:

a) Sabar dan tetap dengan seruannya.

وكأين من نبي قاتل معه ربيون كثير فما وهنوا لما اصابهم في سبيل الله وما ضعفوا وما استكانوا والله يحب الصابرين

(ال عمران:146 )

b) Bertambah yakin dengan kebenaran seruanNya dan dengan pertolongan Allah S.W.T daalm surah Ali Imran ayat 173:

الذين قال لهم الناس ان الناس قد جمعوا لكم فاخشوهم فزادهم ايمانا وقالوا حسبنا الله ونعم الوكيل

d) Mendapat anugerah syahid daripada Allah S.W.Tdalam surah Ali Imran ayat 143:

وتلك اليام نداولها بين الناس وليعلم الله الذين امنوا ويتخذ منكم شهداء والله لا يحب الظالمين

9.0 PENUTUP

يا ايها الذين امنوا من يرتد منكم عن دينه فسوف يأتي الله بقوم يحبهم ويحبونه اذلة علي المؤمنين اعزة علي الكافرين يجاهدون في سبيل الله ولا يخافون لومة لايم

Keperluan melahirkan generasi pembawa risalah yang mempunyai keutamaan dan persediaan yang sempurna disudut mental, spritual dan persediaan disudut haraki adalah satu tuntutan yang sama penting demi keberkesanan dakwah dan kerja menyelamatkan Ummah berjaya dipenuhi dan mencapai matlamat .

Tarbiyah Harakiyah satu kesinambungan merealisasikan Firman Allah S.W.T :

انا ارسلنا ك شا هدا ومبشرا ونذيرا لتؤ منوا با بلله وتعزروه وتوقروه وتسبحوهبكرة واصيلا

Sabda Rasulullah S.A.W  :

انت علي تغرة الاسلام فلا يؤ نتين  من قبلك

Dengan terlaksananya amaliah tarbiyah harakiyah ini maka tercetuslah madrasah dai`e Rabbani menegakkan  kembali kalimah tauhid dan menyemarakkan kembali Ummah di atas muka bumi ini .

Rujukan  :

1)  Al -Quran

2) Sunnah Annabawiah

3) ما ذا يعني انتمائي للاسلام فتحي يكن

4) الطريق الى جماعة المسلمين حسن محمد على جابر

5) اولويات الحركة الاسلامية الدكتور يوسف القرضاوي

6) Kitab Doktor Ali Abdul Halim Mahmud

وسائل التربية عند الاخوان المسلمين

التربية الاسلامية ومدرسة حسن البنا

7)Tarbiah Ruhiyyah kearah pembentukan Dai’e Rabbani (kertas kerja)

8)Tarbiyyah Ruhiyyah dan kesannya dalam proses pembinaan dan perubahan ummah (kertas kerja)

9) Bagtera penyelamat dalam kehidupan pendakwah- Fathi Yakan

10) Risalah Usrah Jilid 1

Bagaimana Menyusun Tarbiyah?

Beberapa panduan perlu diperhatikan dalam menyusun program tarbiyah. Memandangkan sebahagian besar peserta tarbiyah terdiri daripada golongan dewasa, pendekatan tarbiyah perlu didasari oleh kefahaman terhadap psikologi dan gelagat golongan dewasa. Ini juga bererti ukuran kejayaan dan keberkesanan tidak boleh bersifat stereotaip.

Alam pelajar di bangku persekolahan atau pusat-pusat pengajian tinggi telah berlalu bagi kebanyakan golongan dewasa. Idealisme, kehidupan terfokus dan dimensi hidup yang belum begitu luas biasanya melahirkan satu kefahaman dan satu model pelaksanaan tarbiyah. Namun demikian, kita perlu menyedari bahawa idealisme ini telah berubah kepada satu yang lebih seimbang dan realistik. Dengan itu banyak faktor mendatang seperti profesion, kekeluargaan, tuntutan sosial dan seum-pamanya yang perlu diambil kira dalam menyusun satu program tarbiyah yang berkesan untuk ahli-ahli.

Panduan Penting
Dengan mengambil kira psikologi dan gelagat kita sebagai golongan dewasa, di antara panduan-panduan penting dalam menyusun tarbiyah berkesan adalah seperti berikut:

1. Kecenderungan Mempelajari Sesuatu yang Baru dan Praktik

Kita lebih cenderung untuk mempelajari pengalaman-pengalaman baru secara spesifik. Mengulang-ulang sesuatu kefa-haman secara teori dan konsepsi tanpa nilai praktik biasanya membosankan. Gelagat ini berlaku kerana perubahan cara kehidupan yang kita lalui dalam menangani perkembangan sosial dan kekeluargaan, profesion dan profesionalisme serta peningkatan usia.

Dalam sudut tarbiyah, kecenderungan ini perlu dilihat secara positif dari segi begaimanakah ilmu, kefahaman dan perbincangan yang diisi dalam program tarbiyah dapat dilihat oleh ahli-ahli sebagai persediaan ke arah meng-gerakkan kerja yang praktik. Bentuk-bentuk kerja ini mesti bertepatan dengan misi dan wawasan organisasi. Di samping itu kerja-kerja ini pula mesti wujud dalam bentuk yang ketara dan dapat diukur seperti membina tadika, mengendalikan sekolah, menyusun program rumah anak yatim, melancarkan program kaunseling remaja di peringkat daerah dan seumpamanya.

2. Keinginan Mempelajari Sesuatu yang Baru adalah Berkadar dengan Perubahan Cara Kehidupan

Kita juga bertambah cenderung untuk mempelajari sesuatu yang baru dalam konteks relevannya perkara tersebut dengan kehidupan harian kita. Secara tabii, kita lebih bersedia memberi tumpuan dalam mempelajari sesuatu yang dapat membantu secara langsung kehidupan kita. Lapan puluh hingga sembilan puluh peratus daripada golongan dewasa mempelajari sesuatu ilmu kerana ingin menggunakan ilmu atau kepakaran yang dipelajari. Ini bererti lebih banyak perubahan cara kehidupan yang kita alami, maka akan bertambah pula kita terdorong untuk mencari peluang bagi meningkatkan kompetensi diri ke arah kecemerlangan banyak didorong oleh sesuatu yang mendefinisikan peranan dan tugas dalam kehidupan harian.

Tidak dapat dinafikan bahawa profesion adalah sesuatu yang penting dan menjadi tumpuan kehidupan kita semua. Secara umum, sebagai pendakwah profesion kita adalah dakwah tetapi perlu diingat hanya segelintir sahaja di kalangan kita yang berpeluang untuk menjadikan dakwah sebagai profesionnya sepenuh masa. Kita memberi masa yang begitu besar terhadap tugas-tugas harian profe-sion kita. Dengan itu tidak dapat tidak profesion tersebutlah yang men-dasari pemikiran kita tentang pengertian dan tuntutan pe-ningkatan kompe-tensi dan kecemerlangan.

Oleh kerana kita tidak mengik-tiraf dikotomi dalam pengertian ibadah, maka amat-lah wajar program tarbiyah dilihat dari-pada sudut bagaimana ia mampu menjadikan tahap-tahap perubahan hidup kita sebagai satu yang sah dan realistik, bukan menidak ataupun menafikannya. Ini bererti program tarbiyah mesti dipaksikan di atas prinsip mengisi asas-asas pokok yang tidak boleh tidak, wajib dilaksanakan seperti pengukuhan iman, pembersihan hati, peningkatan akhlaq serta pembinaan fikrah Islamiyah yang sahih. Tetapi dalam masa yang sama program tarbiyah mesti membuka ruang seluas-luasnya bagi meningkatnya segala minat dan kecenderungan bagi membolehkan penglibatan yang luas daripada semua pihak menurut minat dan bidang masing-masing. Yang penting asalkan keluasan bidang ini semuanya dapat dijuruskan bagi meningkatkan amal dakwah ahli-ahli sama ada melalui wadah JIM ataupun saluran-saluran dakwah yang lain bersesuaian dengan keadaan ahli-ahli tadi.

3. Penguasaan Kemahiran Baru Biasanya Memberikan Kepuasan
Sebagai golongan yang peka terhadap prestasi, kecemerlangan serta kewibawaan diri, kita merasakan satu kepuasan di atas pencapaian yang kita alami. Ini benar sama ada yang dicapai itu kejayaan berbentuk ganjaran yang jelas ataupun pencapaian di segi penguasaan sesuatu ilmu atau kemahiran baru.

Memandangkan kefahaman kita ter-hadap konsep ikhlas dalam amal, adalah semestinya rasa kepuasan itu ditunjangi oleh rasa syukur atas anugerah Allah taala. Ini bererti. program tarbiyah hendaklah dilaksanakan sebagai satu proses berterusan agar ia merupakan satu proses yang bertujuan untuk terus menerus meningkatkan kemahiran seseorang ahli dalam ia menyempurnakan peranannya sebagai mukmin dan mukminah yang berbakti kepada Khaliqnya, berkhidmat kepada Ad-Din, berjasa kepada ummah dan mampu memberi sumbangan dan mampu memberi sumbangan positif kepada organisasi.

Dengan jelas, program tarbiyah yang berkesan adalah sesuatu yang mampu meningkatkan ahli ke tahap di mana ia benar-benar mempunyai keyakinan diri bahawa ia telah memberi sesuatu sumbangan yang bermakna kepada Islam, ummah dan organisasi sendiri.

Mengolah Bahan Tarbiyah Yang Berkesan
Program tarbiyah mesti diasaskan di atas pembinaan iman, akhlak dan kefahaman. Dalam proses itu program tarbiyyah juga semestinya mewujudkan suasana ukhuwwah dan mahabbah di kalangan ahli-ahli. Ini merupakan salah satu objektif program tarbiyah.

Walau bagaimanapun, kedua-dua perkataan ini hanyalah pra-syarat ke arah objektif tarbiyah yang lebih luas, iaitu menggerakkan ahli-ahli kepada amal dan pencapaian strategi dakwah. Ini bererti bahawa, di samping bahan-bahan asas seperti Tafsir Al-Quran, syarah Al-Hadits, ilmu Aqidah, ilmu Akhlaq, ilmu Dakwah dan yang seumpamanya, bahan-bahan lain yang mampu menggerakkan ahli-ahli kepada amal adalah sesuatu yang amal mustahak.

Proses pentarbiyahan yang melibatkan golongan dewasa memerlukan penelitian yang rapi di segi pengolahan bahan tarbiyah yang seimbang dan berkesan. Di antara panduan penting dalam mengolah bahan tarbiyah golongan dewasa adalah seperti berikut:

1. Golongan dewasa lebih berminat kepada bahan-bahan khusus yang berkaitan dengan tugas yang hendak dilaksanakan serta pengetahuan dan kefahaman yang berkaitan dengan masalah-masalah yang dihadapi.

2. Golongan dewasa lebih cenderung untuk menyepadukan idea-idea baru dengan idea-idea yang telah sedia kita miliki.

3. Bahan-bahan atau maklumat yang bercanggah dengan apa yang telah dipegang sebagai benar memerlukan masa yang lebih untuk diserapkan.

4. Sesuatu kefahaman atau maklumat yang tidak mempunyai perkaitan konsepsi dengan apa yang telah ditanggapi oleh golongan dewasa akan difahami dengan kadar yang perlahan.

5. Sesuatu kefahaman yang memerlukan penghadaman secara perlahan akan diperbaiki melalui mempelajannya secara lebih tepat melalui pengalaman – buat dahulu dan lihat kesannya kemudian.

6. Golongan dewasa biasanya lebih cenderung untuk menganggap kesilapan sebagai sesuatu yang begitu peribadi agar ia tidak menjejaskan kewibawaan diri mereka. Dengan itu biasanya mereka tidak mahu mengambil risiko yang berlebihan dalam mencuba sesuatu yang baru.

7. Dengan kepelbagaian dimensi dan dinamisme kehi-dupan, golongan dewasa lebih suka kepada perbin-cangan yang ditentukan sendiri arah dan temponya. Dengan itu, ada kecenderungan agar mereka sendiri terlibat dan merasa terlibat dalam menentukan bentuk dan bahan perbincangan bagi sesuatu program tarbiyah.

8. Media seperti buku, slide, video dan seumpamanya didapati berkesan dan amat mempengaruhi pembelajaran mereka.

9. Dalam menghadapi realiti hidup harian yang mencabar, mereka lebih gemar ke-pada bahan-bahan yang menjelaskan “Bagai-mana Hendak Melaksanakan Sesuatu”.

10. Golongan dewasa juga boleh menjadi kecewa sekiranya dalam kumpulan yang sedang membincangkan sesuatu pengetahuan dan kefahaman itu terdapat orang-orang yang tidak kompeten dan terlalu lembab.

Dipetik dari buku Bimbingan Tarbiyah oleh Saari Sungib & Aliza Jaafar, ms 43 – 47, terbitan JIM, tahun 1994.

FIKRAH ISLAM

Fikrah Islam atau fikrah kita ialah ajaran Allah,yang lengkap yang sempurna, syumul dan merangkumi seluruh kehidupan mukmin.

Inilah Islam, Addeen yang ditanzilkan atau diturunkan oleh Allah dan dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan dilaksanakan di zaman awal. Allah Taa’la telah menjelaskan dan menegaskan tentang kesempurnaan Islam di dalam FirmanNya :

Oleh kerana Dienul Islam telah sempurna maka kita tidak boleh menambah atau mengurangkannya, begitu juga kita tidak boleh mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain.

Hendaklah kita sedar bahawa kita adalah pengikut dan penganut Dienul Islam dan mengakui sebagai hamba Allah, dan kita bukannya pencipta Deen . Oleh yang demikian kitalah yang perlu menyesuaikan diri dengan Islam dan bukannya Islam itu harus bersesuaian dengan selera kita, kehendak kita dan kemahuan masyarakat seperti firman Allah:

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini ,nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.Mereka tidak lain hanya mengikuti prasangka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta terhadap Allah.” (Al-an’am-116)

Nilai kita ialah nilai Islam, iaitu nilai yang telah ditetapkan Allah dan dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W oleh yang demikian kita sedikitpun tidak boleh tidak redha pada syariat Islam.

Tasawwur Islami hendaklah difahami dengan betul. Kita hendaklah bersifat jiddiah (serius) di dalam memahami Islam dan tidak mencampur adukan dengan isme-isme lain.

Untuk itu kita hendaklah mengenal Islam dan mengenali jahiliyyah, mengenal Islam untuk dihayati dan mengenali jahiliyyah untuk dijauhi. Kita hendaklah mengenal setiap rupa, bentuk dan tektik jahiliyyah untuk dijauhi. Dengan itu barulah kita dapat membezakan yang mana Islam dan yang mana bukan Islam. Sabda Rasulullah S.A.W:

“Barangsiapa mengenal / mempelajari bahasa sesebuah kaum maka mereka terselamat dari tipu daya mereka”.

Kita juga mesti mengenal realiti agar kita tidak salah faham, seperti mengatakan loteri kebajikan itu halal. Di dalam memahami Islam dan realitinya kita sememangnya kurang ilmu, oleh itu kita perlu berjama’ah. Kita sememangnya tidak mempunyai ilmu yang serupa. Tetapi dengan harakah kita mampu mengatasinya.

Satu lagi sikap yang mesti ada ialah kita jangan mudah menerima sesuatu yang bukan Islam, jangan mudah terpengaruh dengan istilah dan teknik atau slogan yang menarik seperti. Demi pembangunan, demi kemajuan dan Malam ‘Amal. Dalam hal ini kita hendaklah mengenengahkan fikrah Islam dengan jelas dan pendirian Islam yang tegas kepada masyarakat.

Kita juga mesti mempunyai al-wa yu al-Islamiyy (kesedaran Islam). Ianya bukan sama dengan ilmu Islam. Dalam usaha memperolehi ‘kesedaran Islam’ perlu kepada kesabaran, tekun dan gigih dalam usaha. Seorang yang mempunyai ‘kesedaran Islam’ akan mudah terasa dan sensitif terhadap apa jua yang bercanggah dengan Islam.

Untuk itu kita perlu kepada didikan atau ‘tarbiyyah’. ‘Tarbiyyah’ yang boleh melahirkan syakhsiyyah atau keperibadian muslim sejati.

Seorang mujahid Islam, Al-Ustaz Fathi Yakan menyatakan p embentukan sahsiyyah itu hanyalah dapat dibentuk di dalam suasana yang tertentu, yang jauh dari tarikan jahiliyyah. Umpamanya dengan mengadakan halaqah, usrah, ijtima’ dan sebagainya.

Seorang muslim hendaklah tidak menghilangkan satu fikrah Islam pun dari pemikirannya. Siapa yang cuba menyembunyikan fikrah Islam adalah dikira menyeleweng. Ingatlah bahawa fikrah yang kita bawa adalah deen ditanzilkan oleh Allah S.W.T. Addeen yang dimaksudkan di sini bukanlah Addeen yang diterjemahkan kepada agama, sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan orang.

Keaslian Islam hanyalah boleh dilihat dari sumber asalnya iaitu Al-Quran dan Al-Hadith dan juga dari ulama’ dan mujahid Islam yang mu’tabar. Seterusnya Allah berfirman :

Allah telah memberi kata putus dan memberi pilihan samada beriman atau tidak, sebagaimana firmannya :

Ertinya : “Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya”. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; (Al-Kahfi : 29)

Kita hendaklah memikir terus dan jauh sehingga hari qiamat. Oleh kerana kita tidak tahu di manakah tempat kita samada syurga atau neraka. Ketidaktahuan ini jua hendaklah kita punya sifat takut dan harap.Takut ialah bagi yang mengenalinya dan harap bagi yang melaksanakannya.

Iltizam kita pada Islam hendaklah pada setiap masa dan tidak pada majlis rasmi sahaja. Untuk ini juga kita perlu ‘kesedaran Islam yang jelas’ dan bukannya ilmu semata-mata. Ilmu sahaja tanpa kesedaran tidak dapat membawa kepada Islam … individu.Dalam konteks masyarakat ialah yang menghayati Islam sepenuhnya.

Ilmu-ilmu Islam hendaklah diproses dan diolah melalui acuan iman/tarbiyyah iman sehingga lahir kesedaran dan ingin melaksanakan Islam, dengan patuh. Kesedaran fikiran sahaja tidak mencukupi tetapi tetapi haruslah iltizam dengan Islam. Ertinya di mana sahaja kita berada, kita membawa Islam. Ini juga bererti peribadi kita menterjemahkan Islam …. Islam menjadi darah daging.

Namun begitu kita tidak dapat nafikan dalam proses tersebut masih terdapat lagi saki baki jahiliyyah. Pernah Abu Zar memanggil Bilal dengan panggilan ‘Ibnu Assauda’. Bilal memberitahu Rasulullah S.A.W dan Nabi kemudiannya berkata kepada Abu Dzar bahawa ia masih ada saki baki jahiliyyah. Disuruh balas dengan memijak pipinya.

Hendaklah Islam itu menjadi pendorong kita dalam melakukan gerak kerja samada membuat yang baik dan meninggalkan yang dilarang, jangan sekali didorong oleh kepentingan politik, kumpulan, parti, pangkat, bintang dan sebagainya.

“Proses tarbiyyah imaniyyah adalah begitu dan amat penting bagi membentuk insan mu’min”

GERAKAN AMAL TARBAWI

WAJIB DIPERKASA

Sebagai sebuah Gerakan Islam , Amal Tarbawi menjadi tunjang kekuatan dan keutuhannya mendepani cabaran dan menyerap tekanan . Malah Amal Tarbawi melengkapi segala zat dan galian yang diperlukan oleh Gerakan Islam bagi menguatkan otot serta memperkasakan stamina guna menggalas berat beban perjuangan mendaulatkan Syariat Allah swt .

Tanpa Amal Tarbawi atau perlaksanaan Amal Tarbawi yang lemah serta tidak konsisten bakal mengundang 1001 masaalah dalaman yang mencetus konflik atau krisis . Besar kemungkinan bahawa segala konflik dan krisis dalaman itu berlarutan dan sukar pula diatasi ekoran dari lemah dan lembabnya perlaksanaan Amal Tarbawi .

Amal Tarbawi sangat berkait rapat dengan pengkaderan serta pembinaan aqidah , fikrah dan syakhsiyyah . Agar setiap anggota Gerakan Islam samaada pemimpin atau ahli biasa , wakil rakyat atau staff pejabat memiliki skima pentarbiyyahan yang mantap dan lengkap .

Aqidah mereka aqidah yang tulen , fikrah mereka fikrah yang jelas dan syakhsiyah mereka pula adalah syakhsiyyah yang soleh . Inilah rahsia kekuatan Gerakan Islam sehingga ia mampu bertahan dalam menangkis dan mengelak serangan musuh yang bertubi arus dari segenap sudut.

Apabila Amal Tarbawi mula tidak diendah atau perlaksanaannya bersifat acuh tidak acuh lantaran memberi keutamaan kepada skil politik seperti penampilan imej , kenyataan media , penampilan di tengah – tengah kemelut masyarakat , mengupas dan menjuarai isu , enggagement dengan pelbagai pihak dan sebagainya lagi yang saya tidak nafikan kepentingannya , maka ia membawa implikasi yang besar dan sukar buat masa depan perjuangan .

Kita kelak mungkin dilihat hebat dan gah pada zahirnya dek penampilan dan penonjolan imej politik yang luar biasa tetapi individu anggota dan jamaah itu sendiri terdedah kepada hakisan nilai fundemental dan spiritual Harakah Islamiyyah .

Contoh mudah yang boleh saya ketengahkan ialah merosotnya nilai ukhuwwah fillah lantaran sejak lama dulu , usrah di abaikan , tamrin ditinggalkan , qiamulail dilupakan , ziarah diketepikan . Mungkin kerana kita nak beri tumpuan kepada ceramah umum , pertemuan – pertemuan politik dengan rakan saingan politik yang lain , hubungan dengan pihak media agar menyiarkan kenyataan politik kita , mesyuarat merangka strategi untuk saling mendahului antara satu sama lain terutama menjelang musim muktamar yang ada pemilihan kepimpinan .

Sedang usrah memberi peluang kita mempertaut hubungan atau ukhuwwah fillah dikalangan kita melalui bertanya khabar , makan setalam , bertentang mata , bahu membahu , sama – sama mengaminkan doa rabitah dan lain – lain elemen [ disamping usrah menggarap fikrah melalui tasawwur Amal Islami yang jelas ,] yang mungkin kita lihat ianya kecil tetapi nilainya besar dalam mengukuhkan silah dan rabitah perjuangan antara anggota Gerakan Islam .

Tanpa usrah , tamrin dan lain – lain aktiviti Amal Tarbawi , dapat dilihat kesannya hari ini . Bermula dengan renggang hubungan antara anggota sesama anggota mahu pun anggota dengan pimpinan , ianya mengheret kita kepada suasana yang lebih sukar iaitu mudah berburuk sangka dan mudah tercetus pergeseran sesama sendiri hanya dengan sedikit khilaf atau isu kecil yang saya percaya ianya tidak akan mencetus pergeseran apalagi pertegkaran jika ukhuwwah diantara kita tebal dan kebal .

Sementara itu , tiada siapa yang boleh menafikan bahawa ukhuwwah sangat penting bagi sebuah Gerakan Islam . Ianya menguatkan benteng atau kubu perjuangan dari asakan musuh yang mahu memcahbelahkan saf kita , semangat kerja berpasukan , melancarkan orientasi gerakkerja yang dirancang , mengelak krisis dan perpecahan dalaman dan sebagainya .

Lebih bermakna jika perjuangan yang kita dokong ini bertunjangkan ukhuwwah fillah yang mantap lantas ia menghasilkan kemanisan berjuang dan kelazatan berjamaah . Kemanisan dan kelazatan ini bagai formula yang paling kental bagi mengelak berlakunya futur dalam perjuangan apalagi insiden keluar jamaah meninggalkan perjuangan atau pecah wala’ dan retak thiqah kepada pimpinan .

Itu baru kita bercakap soal ukhuwwah . Masih banyak lagi perkara lain yang juga penting seperti soal wala’ , thiqah , dengar dan taat , iltizam atau komitmen , istiqamah atau pro aktif , tadhiyyah atau pengorbanan dan banyak lagi , yang hanya mahu dihasilkan melalui Amal Tarbawi .

Kesimpulannya , adalah menjadi kewajipan kita di semua peringkat , cawangan , kawasan , negeri , pusat bahkan dewan – dewan untuk melihat semula isu Amal Tarbawi yang sedikit sebanyak mengalami gangguan perlaksanaannya masa kini .

Mudah untuk dikesan , saya sebutkan disini betapa jika kita cadangkan program bermalam seperti 2 hari satu malam atau lebih , akan ada pandangan yang menolaknya dengan alasan kalau kita buat program melibatkan aktiviti bermalam , bimbang penyertaan kurang atau program itu bakal tidak mendapat sambutan . Lebih parah , pandangan seperti ini mewakili ramai dikalangan ajk mesyuarat tersebut .

Aktiviti Amal Tarbawi tidaklah sekadar usrah dan tamrin justeru Tarbiyyah bukan suatu yang rigid . Kita boleh menampilkan apa jua bentuk aktiviti asal sahaja membawa kita ke arah pencapaian yang menepati piawaian sebuah Gerakan Islam dengan elemen – elemen yang saya sebutkan tadi .

Kreativiti dalam menganjurkan aktiviti agar tidak dilihat stereo type atau jumud dan sebagainya sangat diperlukan . Yang penting kita perkasakan Amal Tarbawi . Harap gesaan ini mendapat sambutan semua pihak organ parti atau jamaah .

Segala kelemahan jangan dibiarkan berlarutan kelak ia membarah . Segala kekurangan jangan dipandang sebelah mata kelak ia membusung . Segala masaalah jangan dianggap remeh kelak ia meruncing .

Selamat memperkasakan Amal Tarbawi .

“Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU.”

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam


Wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa. Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu,

Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azab kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.

ucapan asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin selepas beliau terselamat daripada percubaan bunuh beliau pada 6 September 2003 . Berikut sedutan ucapan asy Syahid :

Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini ? Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah , tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh) . Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.


Aku tidak mampu utk kemana2 tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam2 penderitaan.


Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian telah mati binasa.


Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh2 Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas ?


Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara2 umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami.


Adakah pertubuhan2 umat ini, pasukan tenteranya, parti2nya, badan2nya dan tokoh2nya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai2 sambil melaungkan ?Ya Allah, perkuatkan saudara2 kami yang sedang dipatah2kan, kasihanilah saudara2 kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba2Mu yang beriman?


Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa utk kami ? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dah ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri) dan akan mati bersama2 kami, anak2 kami, wanita2, orang tua dan pemuda2.


Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan ! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai muhahid.


Jika kalian mahu, marilah bersama2 kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukun sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.


Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin2 umat ini, wahai bangsa umat ini.


Ya Allah, kami mengadu kepadaMu?(3x) .. lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang2 yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami ?


Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah2 yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak2 yang diyatimkan, wanita2 yang dijandakan, ibu2 yang kehilangan anak, rumah2 yang diruntuhkan, tanam-tanaman yang dirosakkan.


Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai2nya jalan kami, terkebelakangnya kami. Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermay
anya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh2 kami.

Ucapan asy Syahid Abd Aziz Rantisi sejurus mengambil alih kepimpinan HAMAS dari Asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin pula :

Buat apa kita takutkan kematian, semua manusia akan mati, samada kerana dibunuh ataupun kerana sakit. Jika saya diberikan peluang untuk memilih samada ingin mati kerana sakit jantung ataupun kerana (ditembak oleh) Helikopter Apatchie, saya memilih helikopter Apatchie!”.

Ayuhlah kita bangkit . Benar bahawa kepenatan dan keletihan kita hanya sedikit berbanding rakan – rakan HAMAS di Palestine . Maka tunggu apa lagi …..jika OIC dilihat tidak memiliki sebarang daya kekuatan zahir dan batinnya , saya kira Gerakan Islam Sedunia lah yang perlu menubuhkan skuad sukarela untuk membantu ummat Islam di Gaza sekaligus membebaskan al Quds .

~ oleh ANUAR AHMAD di Mei 14, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: