TARBIAH ULAMA DAN PROFESIONAL….

Ketika menyampaikan ucapan Ceramah di PERKID Hulu LangatImage196

Isu Pimpinan PAS masih hangat sehingga pada hari ini. Banyak komen-komen yang dilontarkan oleh pelbagai pihak. Ada pandangan yang menyokong Pimpinan Ulama, ada juga pihak yang setuju dengan Pimpinan Profesional dan ada pihak yang bersikap tidak kisah sesiapa pun yang menjadi Pimpinan Tertinggi didalam Jemaah PAS, asalkan dapat menjalankan tugas sebagai pimpinan dengan baik. Aku lebih bersikap berkecuali dengan hal ini, aku tahu kisah sebenar yang berlaku didalam Pimpinan PAS.

Tapi aku kurang selesa dengan pandangan pihak yang taksub dengan ideology mereka dan sehingga sampai satu tahap menghina Pimpinan Ulama. Ada pandangan yang telah mencalonkan Dato’ Presiden PAS dan Timb. Presiden PAS untuk memegang jawatan pemeriksa kira-kira didalam PAS Pusat. Ini adalah satu Istihza kepada golongan Ulama. Aku amat sedih dengan sikap pendokong-pendokong Islam yang telah Bersumpah setia dengan Islam tetapi didalam Hatinya bersifat munafik. Memang tepatlah kata-kata yang telah dilontarkan oleh AMarhum Tuan Guru Haji Abdullah Lupik Tapah yang mengatakan bahawa kita akan lihat pada suatu hari nanti, ketika Tok Guru Nik Aziz turun di kerusi MB dan Mursyidul Am PAS, berbondong-bondong pimpinan PAS yang Munafik akan timbul didalam PAS.

Aku sebenarnya masih rindukan dan mengharapkan wihdahtul Fikr didalam PAS. Aku rasa sedih sangat-sangat dengan sikap beberapa pimpinan yang tidak memahami perjuangan yang sebenar. Kenapa ini semua berlaku ketika PAS dizaman kegemilangan dan kemenangan yang besar?. Salahkah jika aku katakan ada sesetengah pihak didalam Pimpinan PAS yang gila jawatan, gila dunia, gila Populariti dan punya niat untuk menghancurkan jemaah PAS?. Aku mengharapkan Allah akan mendedahkan kepada umum dimana Al-Haq dan Al-Bathil didalam kemelit yang kita hadapi pada hari ini.

Aku berpandangan bahawa Pimpinam tidaklah seorang yang punya kelayakan Agama sehingga Phd, seorang pimpinan yang betul-betul dikehendaki oleh Allah adalah Pimpinan yang Arif tentang Hukum Allah dan bijak menangani Isu-isu semasa yang berlaku didalam Masyarakat dan Jemaah. Di antara isu perbahagian Pimpinan yang berlaku hari ini adalah disebabkan banyak factor dan sebab. Kelemahan ulama juga di antara faktor dan sebab berlakunya perebutan jawatan di antara Profesinal dan Ulama. Ulama sepatutnya menjadi Role Model kepada Pimpinan di semua peringkat. Aku malas dedahkan kelemahan Ulama yang telah berlagu didalam Pimpinan Ulama PAS, ini rahsia yang diketahui oleh Pimpinan Ulama sendiri. Aku harap, Pimpinan Ulama sedar dan menginsafi apa yang telah berlaku didalam Pimpinan Ulama, serta dapat renew semula kekuatan yang ada pada Pimpinan Ulama. Ini adalah satu perkara penting bagi semua yang bergelar Ulama, kalian kena mengubah semula pandangan dan persepsi masyarakat terhadap kalian. Ulama perlu menguasai semua bidang ilmu, punya maklumat didalam semua perkara, mampu mengatur tanzim Jemaah dengan tersusun dan berstrategi, punya wawasan yang jelas dan punya perancangan yang mampu untuk mengambling semua tenaga jemaah untuk mendaulatkan Daulah Islamiah didalam Negara kita ini.

Kepada golongan professional yang menerajui PAS, aku amat berterima kasih kepada kalian kerana telah menjalankan tanggungjawab sebagai pimpinan yang berwibawa dan mempunyai jasa yang besar didalam kemenangan PAS didalam PRU sebelum ini. Walaupun demikian, aku berpandangan bahawa kepakaran yang ada pada golongan professional ini tidak disalahguna. Kita semua mengharapkan Redha Allah didalam Perjuangan ini, jika berlaku sesuatu kelemahan didalam Pimpinan yang dipegang oleh Ulama, sewajibnya kalian menegur dan membaiki kelemahan itu, tetapi bukan dengan cara untuk menjatuhkan para Ulama di kerusi Pimpinan. Inilah isu yang telah menjadi polemik yang amat besar didalam PAS pada hari ini.

Kepentingan tarbiah juga adalah asset penting untuk menyatukan kembali kemelut yang berlaku ini. Kekurangan tarbiah dikalangan Pimpinan dan Ahli PAS sendiri menjadi punca berlaku kekalutan di antara pendokong Jemaah. Ustaz Yahya Othman telah memberi panduan berharga pada Saf Pimpinan dan Ahli Jemaah PAS mengenai kepentingan Tarbiah didalam PAS.

Ini diantara pengisian Tarbiah yang telah di catatkan oleh Ustaz Yahya Othman sebagai panduan Untuk Pimpinan dan Ahli PAS di semua peringkat.

1.  Mekanisme Bergerak
Kita memerlukan satu mekanisme yang bergerak. Tugas mekanisme itu antara lain ialah mengenal pasti latar belakang ahli-ahli organisasi dari segi ilmu pengetahuan, kebolehan pengalaman dan kepakaran dalam bidang masing-masing. Data yang diperoleh merupakan  bahan mentah yang perlu disusun, diatur dan dikelaskan supaya dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

2.  Peranan Bersama
Kita, sebagai orang yang bertanggungjawab menggerakkan tarbiah, perlulah sama-sama menginsafi bahawa ahli-ahli organisasi telah memilih organisasi kita sebagai wadah perjuangan. Mereka telah menyerahkan diri mereka untuk dibentuk (ditakwin) sahsiah mereka. Mereka datang dari pelbagai lapisan dan tahap ilmu pengetahuan. Yang menyatukan mereka ialah kemahuan melaksanakan syariat Islam dalam negara Malaysia.

3.  Pemimpin Mendidik Ahli
Ahli-ahli kita diamanahkan di tangan kita. Oleh itu, organisasi kita berkewajipan mendidik mereka melalui bermacam-macam cara. Mereka mesti jelas bahawa negara Islam bermula daripada “al-Fardul Muslim” itu sendiri. Al-Fardul Muslim mestilah beriman, berilmu dan beramal. Beriman tanpa ilmu tidak menghasilkan tujuan.

4.  Perancangan Strategik
Semangat yang berkobar-kobar tanpa dipandu oleh ilmu boleh membawa kepada keburukan. Oleh itu, program taalim dan usrah mestilah digerakkan Taalim dan tarbiah mesti diseragamkan. Pengisiannya hendaklah berbentuk majlis ilmu yang terancang dan berterusan, bukan bermusim dan bukan program kilat yang muncul secara tiba-tiba.

5. Kesilapan Lalu
Organisasi kita yang mempunyai ratusan ribu ahli berasa amat malang kerana mereka tidak ditarbiahkan. Mereka tidak didik, tidak diasuh dan tidak ditazkiahkan (disucikan jiwa mereka). Mereka hanya mengisi borang ahli, kemudian dikerah sekali sekala mendengar ceramah umum dan menghadiri majlis ilmu yang ringan.

6.  Program Perlu Direformasikan
Program yang sedia ada tidak banyak bersifat “takwin” dan “tazkiah”. Mereka tidak dapat dilihat sebagai anggota parti yang bersahsiah Islamiah, yang mampu berdakwah dan memimpin masyarakat setempat. Tidak banyak daripada ratusan ribu ahli itu yang telah diusrahkan (ditarbiahkan) untuk menjadi imam kepada masyarakat setempat. Sesungguhnya, mengimami solat kepada masyarakat setempat menjadi simbolik kepada qiyadah ruhiyyah (tugas kepimpinan dari sudut rohani) di kampung. Sesungguhnya, kita telah gagal membuat sesuatu yang sepatutnya kita tidak gagal.

7.  Peranan Naqib
Dari awal-awal lagi naqib ditugaskan agar memastikan anak buahnya pandai membaca al-Qur’an dengan betul. Kebolehan itu akan melayakkan mereka menjadi imam di tempat masing-masing. Naqib usrah juga memikul tanggungjawab yang berat untuk mewujudkan “Qiaydah Ruhiyyah”. Naqib mestilah bijak memilih calon yang berbakat dan mesti gigih dalam menjalankan tugas yang mencabar ini.

8.  Peranan Lajnah Tarbiah
Lajnah Tarbiah mesti mempunyai takwim tahunan yang teratur. Penyelaras dengan dean-dewan yang ada mesti diwujudkan. Jawatankuasa Pusat sudah membuat keputusan bahawa tarbiah ahli jamaah mestilah dikendalikan oleh Lajnah Tarbiah dan Latihan Kepimpinan untuk semua peringkat. Pemusatan urusan tarbiah ini boleh membantu penyeragaman pengisian.

9.  Tanggungjawab Lajnah Tarbiah Negeri
Tindakan susulan yang sewajarnya hendaklah diambil oleh jamaah di peringkat negeri. Antaranya, Lajnah Tarbiah Negeri hendaklah mempunyai mekanisme yang tersendiri dalam menjalankan urusan tarbiah. Tanpa mekanisme yang lengkap, maka cita-cita yang pernah disuarakan oleh pemimpin kita iaitu organisasi kita menuju ke arah “Hizbullah” menjadi impian selama-lamanya, dan tidak lebih daripada itu.

10.  Sifat Hizbullah
Sudah menjadi kelaziman bahawa anggota Hizbullah mempunyai sifat “al-Fahm al-‘Amiq” (kefahaman yang mendalam), mentaati pemimpin dalam perkara yang makruf dan bertakwa kepada Allah dalam semua keadaan.

Aku rasa kita menjelaskan kembali dengan perjuangan yang kita lalui sekian lama ini. Adakah perjuangam yang kita lalui ini adalah kerana Allah atau kerana Dunia semata-mata. Aku nukilkan beberapa mutiara kata yang telah disampaikan oleh Ustaz Mustafa Masyhur.

Tidak Terpesong dari Jalan Dakwah

Kita telah mengetahui marhalah dan peringkat yang sedang dilalui oleh dakwah Islam dan jenis usaha dan amal yang sungguh-sungguh yang dikehendaki oleh tahap dan peringkat ini. Iaitu menyediakan generasi Islam yang beriman, yang menegakkan syakhsiah Islam untuk mengubah realiti yang batil dan menegakkan kembali syariat Islam, syariat Allah. Tuntutan yang asas pada hari ini ialah menyediakan dasar (tapak) mukmin yang kukuh yang di atasnya dibina bangunan Islam yang agung dan mencakar langit dan mampu melindunginya dari kemusnahan gempa bumi, gangguan dan tekanan. Generasi Islam yang merupakan dasar yang kukuh itu dapat dilahirkan di alam nyata dengan memperbaiki diri lalu membangunkan rumahtangga Islam. Kemudiannya

mereka menyeru manusia supaya meramaikan lagi golongan individu dan rumahtangga muslim dengan cinta-mencintai berasaskan kepada konsep persaudaraan kerana Allah. Mereka ini kemudiannya bercantum dan diikat menjadi satu generasi Islam yang baru muncul yang menjadi teras dan dasar yang kukuh dan beriman yang sangat diperlukan untuk membina bangunan Islam ini.

Tetapi di sana ada beberapa banyak puak penyeleweng dan puak pemesong yang berusaha memesongkan para pendokong dakwah kerana Allah dari usaha yang sungguh-sungguh ini. Ataupun memesongkan mereka dari jalan dakwah Islam supaya usaha dan tenaga hanya ditumpukan kepada urusan sampingan atau perkara cabang sama ada dengan niat baik atau sebaliknya. Tanpa disedari, ini boleh menghancurkan segala usaha-usahanya dan tidak menolongnya langsung. Pengarahan yang bersimpang-siur dan tidak bersatu akan menyusahkan kita untuk membuat kerja-kerja Islam atau boleh jadi terhenti langsung.

Angkatan muda Islam yang berkobar-kobar semangatnya boleh jadi mudah tertarik kepada tindakan yang demikian sekiranya mereka tidak berwaspada, tidak teliti dan tidak menjauhkan diri daripadanya. Kita akan cuba memberi penjelasan lebih lanjut di dalam perkara ini.

Urusan Kulliah dan Juz’iah

Di sana ada urusan kulliah (urusan pokok) dan urusan juz’iah (urusan cabang). Urusan

kulliah ialah urusan Islam, mengembalikan semula muslim kepada Islam yang sahih, menegakkan syariat Allah, undang-undang Islam, membentangkan daulah Islam, kekuasaan Allah dan kekuasaan agama Allah di bumi. Di sana ada juga urusan juz’iah atau urusan cabang di dunia Islam yang perlu dirawat dan dibereskan. Perkara yang sengaja ditimbulkan dan ditonjolkan oleh musuhmusuh luar atau musuh-musuh tempatan. Apabila kita memberikan sepenuh perhatian kepada urusan juz’iah semata-mata dengan segala usaha dan tenaga yang ada pada kita sekarang maka kita tidak akan mampu menyelesaikannya. Tindakan sedemikian memesongkan kita dari usaha asasi yang sangat diperlukan oleh peringkat ini sekarang iaitu mempersiapkan dasar yang kukuh dari generasi yang beriman dan yang bersatu padu. Jadi masalah ini menuntut supaya kita memberikan sebahagian usaha waktu kita kepada jurusan juz’iah itu, di samping itu kita mesti berusaha bersungguh-sungguh dan terus membuat persiapan untuk urusan pokok dan asasi. Kerana apabila urusan pokok ini dapat kita realisasikan maka segala urusan juz’iah dapat kita bereskan dengan mudah. Insya Allah.

Seperkara yang penting dan perlu diperhatikan bersama, bahawa para pendokong dakwah, para duat kepada Allah yang sedang berada di dalam peringkat dakwah dan persiapan untuk mendirikan daulah Islam tidak boleh mengambil alih semua tanggungjawab, padahal tanggungjawab yang demikian hanya tanggungjawab khusus kepada negara dan daulah Islam apabila ia tegak nanti. InsyaAllah. Kita perlu sentiasa ingat dan sedar bahawa amal jama’i yang sistematik, terancang, yang telah diperkuat oleh syura dan beriltizam dengan syariat Islam itulah yang wajib, paling selamat, paling sempurna dari amal perseorangan yang tidak terkawal serta dicetuskan oleh semangat yang berkobar-kobar tanpa melihat akibatnya. Oleh itu kita dapat menjamin bahawa di sana tidak ada perkara yang boleh mengelirukan usaha para petugas dan para pekerja di bidang dakwah dengan berbagai-bagai urusan juz’iah tanpa panduan dan perancangan yang sistematik.

Keburukan Keadaan Orang Yang Kita Seru

Seperkara yang memalingkan manusia dari seruan Islam, adalah keburukan keadaan dan

suasana masyarakat, kerendahan taraf hidup serta asing dari Islam dan ajarannya. Itu adalah sebahagian dari perkara-perkara yang mendorong sebahagian manusia bersikap putus asa dari jalan kebaikan dan berpaling dari memikul tugas dakwah Islam, tugas menyeru manusia kepada Allah. Sebahagian dari mereka berfikir untuk mengasingkan diri dari manusia dan menjauhkan diri dari segala pergolakan hidup. Sebahagiannya pula bersikap berkecuali dan berdiri di atas pagar menonton pertarungan di antara Islam dan jahiliah kerana takut fitnah, bimbang diganggu-gugat oleh manusia serta takut menerima risiko. Sikap sedemikian adalah salah. Melaungkan seruan Islam kepada manusia yang sedang tenggelam dalam lautan jahiliah serupalah dengan mengejutkan orang-orang yang tidur nyenyak yang berhampiran dengan kebakaran, dan api semakin menghampiri mereka padahal mereka tidak sedar bahawa diri mereka di dalam bahaya besar.

Tidaklah patut kita membiarkan mereka tanpa berusaha membangunkan mereka walau bagaimana nyenyak pun tidurnya. Boleh jadi sebahagian dari mereka menolak tangan kita tatkala kita membangunkan mereka kerana seronok tidur. Itu tidak boleh menjadi alasan untuk membiarkan mereka dimakan api, sebaliknya kita mestilah bersabar dan redha menanggung gangguan mereka dan berusaha bersungguh-sungguh untuk membangunkannya.

Demikian juga halnya dengan seorang doktor yang sedang mengubat orang sakit. Dia

bersabar dan meneruskan rawatannya tanpa putus asa bagaimana tenat sekalipun penyakit si pesakit itu. Dia yakin bahawa yang menyembuhkan orang sakit itu Allah Taala sahaja dan Dialah sahaja yang berkuasa menyembuhkan penyakit. Demikianlah juga sikap sahibud-dakwah yang menyeru manusia kepada Allah walaupun bagaimana buruk keadaan manusia yang diseru. Walaupun mereka menolak dan mengganggunya. Dia mesti terus menyeru mereka kepada ajaran Islam yang sejati tanpa merasa putus.asa. Dia yakin bahawa yang memberi hidayah hanyalah Allah. Kita hanyalah berusaha dan berikhtiar dan menunaikan kewajipan.

Adapun sikap berpaling atau tidak endah kepada usaha dakwah Islam atau berdiri di atas

pagar membisu seribu bahasa kerana takut fitnah dan gangguan, maka itu adalah sikap negatif yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam yang hakiki. Adakah patut bagi seorang doctor tidak mahu mengubati orang sakit kerana takut dijangkiti? Sekiranya doktor itu bersikap demikian, nescaya penyakit itu melanda masyarakat dan memusnahkan masyarakat termasuk doktor itu sekali. Demikian juga kalau para duat yang menyeru manusia kepada Allah memberhentikan dakwah dan seruan mereka, akan tersebarlah fitnah dan pesona. Fitnah dan pesona itu kelak akan melanda rumah-rumah para pendokong dakwah sendiri, akan melanda segala yang hijau, yang basah dan kering,” malah terus menular kepada fitnah yang lebih dahsyat lagi. Tidak ada jalan yang

lebih selamat untuk kita kecuali berdakwah dan menyeru manusia kepada jalan Allah. Inilah satusatunya jalan selamat untuk kita dan manusia.

Untuk itu, kita memohon perlindungan, pertolongan dan hidayah dari Allah dengan

memperbaiki hubungan kita dengan Allah dan menggabungkan diri kita dengan sahibud-dakwah, dengan saudara kita yang mengingatkan apabila kita lupa, menolong kita apabila kita telah ingat. Kita hendaklah menggabungkan diri kita dan manusia di bawah naungan jamaah Islam dan bekerjasama dengan mereka di dalam urusan dakwah Islam. Hanya kambing yang terasing dari kumpulannya yang mudah diterkam oleh serigala yang buas. Setiap orang dari kita hendaklah yakin dan percaya bahawa kebenaran yang kita bela dan perjuangkan, pasti akan menghapuskan batil yang ada pada manusia walau bagaimana bongkak dan congkak pun ia.

Meragui Jalan dan Meragu-Ragukan Orang-orang Yang Berjalan Di Atas Jalan Dakwah

Adanya puak-puak yan menaburkan benih-benih keraguan dan debu-debu syak wasangka

di sekitar jalan dakwah Islam di sepanjang jalan dakwah untuk mengabui mata petunjuk-petunjuk dakwah Islam di sepanjang jalan dakwah bukanlah satu perkara asing. Tujuan mereka semata-mata hanya mahu memadamkan hidayah Islam dari manusia, supaya manusia yang berminat melalui jalan dakwah Islam berpaling daripadanya. Untuk itu, mereka melemparkan pelbagai tuduhan palsu dan jahat terhadap para pendokong dakwah Islam dan melemparkan tuduhan-tuduhan melulu. Ada yang sanggup berkata: “Para pendokong dakwah Islam itu mabuk kuasa, mabuk dunia, bertopengkan agama, memperalatkan agama dan berbagai-bagai lagi tuduhan busuk dan lidah yang tidak bertulang dari pemeluk jahiliah dari luar atau dari dalam. Di samping itu ada pula suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa mereka, para pendokong dakwah Islam hanya bergiat di bidang pendidikan, dan memberi nasihat kepada manusia dan tidak pernah memikirkan pemerintahan. Oleh itu mereka tidak akan dapat melahirkan satu cita-cita dan mencapai satu tujuan. Lebih dari itu ada lagi pihak yang tergamak melemparkan tuduhan yang lebih jahat dan berkata: “Sesungguhnya mereka ini, para pendokong dakwah Islam, pengganggu keamanan, hendak menumpahkan darah”. Di pihak lain pula ada yang menuduh lalu berkata: “para pendokong dakwah Islam telah penat, dan

menjadi bacul, meninggalkan jihad, telah lesu dan mengampu pihak yang berkuasa”. Tidak ketinggalan juga ada yang menuduh dan berkata: “para pendokong dakwah Islam telah menyeleweng dari jalan dakwah Islam. Mereka telah bertukar bulu, menukar pendirian mereka, mereka telah berubah”. Ada lagi yang berkata: “Sahib-ud-dakwah Islam itu beku, mempunyai fahaman sempit dan tidak mampu menyesuaikan harakah mereka dengan zaman moden ini”. Ada lagi yang berkata: “Para duat Islam itu menutup pintu di hadapannya dan membantah kerja-kerja Islam”. Ada pula yang berkata: “Mereka tidak mementingkan urusan akidah Islam. Mereka hanya sibuk dengan urusan fikrah dan harakah sahaja”. Ada juga yang menuduh bahawa sahib-ud-dakwah itu tidak beriltizam dengan manhaj ahli sunnah dan salafussoleh dan condong kepada fahaman khilafiah orang muta’akhirin di zaman muta’akhirin, dan pelbagai lagi uslub dan cara yang

meragukan manusia. Ini sengaja ditaburkan oleh pihak-pihak yang tertentu dengan tujuan yang tertentu sama ada dengan niat baik atau tujuan jahat. Tetapi semuanya dibuat untuk memalingkan manusia yang berminat kepada usaha-usaha untuk Islam dari jalan yang benar dan hendak memecah-belahkan usaha-usaha untuk Islam dan memperkotak-katikkannya.

Islam menuntut dari para pemeluknya supaya mereka meneliti, mengkaji, menyelidik dan

meneropong segala perkara supaya mereka tidak mudah tertipu, tidak mudah hanyut dan tidak mudah menjatuhkan hukuman. Muslim yang sejati, yang dedikasi, yang telah memasang niat dan berazam benar untuk bekerja dan berusaha untuk Islam, tidak akan terpengaruh oleh mana-mana puak pemesong, penyelewengan yang hendak memalingkannya dari jalan yang benar. Tidak akan dapat dikaburi mata mereka oleh berbagai-bagai tuduhan, perangkap pujuk rayu. Dia mestilah sentiasa berwaspada, dan sentiasa meneropong segala perkara untuk mengenali segala perkara, untuk mengenali hakikat yang tersembunyi di sebalik mazhar yang lahir:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa satu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada satu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”.Al-Hujurat: 6

Setiap orang yang mencari penjelasan, yang meneropong dan memeriksa, lambat laun akan mengetahui dengan limpah kurnia Allah tentang kepalsuan segala tuduhan jahat yang batil itu. Mereka akan mengetahui tentang keaslian jalan kita yang benar itu tanpa penukaran dan tanpa penyelewengan. Malah mereka akan mendapat kekuatan, kemantapan, ketahanan, kesungguhan dan keteguhan serta jauh dari kelemahan, kebaculan dan kelesuan. Dia akan mendapat hikmah, tidak hentam keromo dan tidak mudah melatah. Dia akan mendapat perencanaan yang selamat, bukan beku dan lapuk.

Muslim sejati yang menggabungkan dirinya dengan jamaah Islam tidak akan mendapati

pintu yang terus tertutup atau terus terbuka. Sebaliknya dia akan mendapati akidah yang sejati, manhaj salafussoleh, ahli sunnah wal jamaah, berpegang dengan kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w. Tidak mudah merasa taksub dan degil di atas satu-satu kesalahan, tidak menoIak nasihat dari penasihat yang jujur dan amanah atau kritikan yang membina. Tidak pula menonjol-nonjolkan dirinya dalam lapangan dakwah kita dan tidak mendewa-dewakan (hero worship) sesiapapun. Diaakan mendapati syura dan tolong menolong dan persaudaraan kerana Allah. Dia akan mendapati hati yang pengasih dan tangan yang penyayang, akal yang terbuka dan minat yang benar di dalam tolong menolong ke arah kebaikan dan takwa. Ini adalah untuk menyatukan segala usaha dan kemudiannya kita bersatu menjadi padu di atas jalan dakwah.

Barangsiapa merasai di dalam dirinya satu keraguan, syak wasangka, tekanan atau kebimbangan, hendaklah berhubung dengan kita dari dekat supaya mengenali kita dan harakah Islam kita. Ini perlu supaya dia tidak mensia-siakan dirinya di dalam daerah prasangka, supaya dia tidak terjerumus di dalam lumpur dosa dan longkang noda dan menghampakan dirinya dari kebaikan yang banyak. Wahai para kekasih, hai muslimin yang tercinta! Sebenarnya ini bukanlah dakwah individu atau jamaah orang-orang yang tertentu, tetapi sebenarnya inilah dakwah tiap-tiap muslim, inilah Islam dan dakwah Islam di abad keempat belas dan kelima belas hijrah zaman ini sebagaimana yang dikatakan oleh Iman as-Syahid Hassan al-Banna. Barangsiapa yang bersegera dan bekerjasama dengan kita di dalam dakwah Islam, dia mendapat kebaikan dan itulah yang lebih baik. Siapa yang bimbang dan ragu, kita mohon kepada Allah supaya Dia menghapuskan keraguan dan kebimbangannya. Barangsiapa bermalas-malas dan suka duduk berpeluk tubuh menjadi penonton maka dia telah berbuat salah dan menganiaya dirinya dan benarlah Allah di dalam firmanNya:

“Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam”. Al-Ankabut:6

“Dan jika kamu berpaling nescaya Dia akana mengganti kamu dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akanseperti kamu”. Muhammad: 38

Lantaran itu, hai semua muslimin, gabungkanlah dirimu dengan angkatan dakwah Islam

dan janganlah membuang waktu dengan sia-sia kerana masa itu adalah kehidupan, kewajiban lebih banyak dari masa.

Marilah kita bersama memuji Allah, atas nikmat Islam yang menjadi sebaik-baik nikmat Allah kepada kita. Bersyukurlah dengan memuji Allah Taala yang telah memberi taufik kepada jalan dakwah, memudahkan siapa yang telah menolong memimpin dan membangunkan saudara dan mengingatkan saudara dari kelupaan dan kelalaian yang menyelubungi sebahagian kaum muslimin zaman ini. Lantaran saudara mengenali hakikat wujudnya kita dan hakikat risalah dan tugas kita di dalam hidup ini. Dialah yang telah memberi taufik dan hidayah kepada saudara dengan akidah, ibadah dan akhlak Islam. Dengan demikian saudara dapat merasa betapa mulia, agung dan beratnya tanggungjawab saudara terhadap agama yang benar ini. Saudara pula menyedari bahawa saudara tidak akan merasa cukup dengan hanya pada diri saudara tetapi saudara mesti dan pasti memainkan peranan yang positif untuk membangunkan daulah Islam, negara Islam yang adil dan makmur dan menegakkan masyarakat Islam yang dikuasai dan dihakimi oleh akidah Islam, syariat dan undang-undangnya.

Telah jelas kepada saudara bahawa kewajipan yang begitu besar tidak mungkin sempurna

dengan usaha individu, tetapi mestilah dengan menggabungkan segala usaha kita semua, dan merealisasikan tujuan yang agung ini. Apa sahaja kewajiban yang tidak akan sempurna kecuali dengannya, maka itu menjadi wajib juga.

Saudara telah mengkaji, meneropong, belajar, bertanya lalu memilih dengan berhati-hati

hingga Allah memberi taufik kepada saudara dan menunjukkan saudara kepada jalan dakwah lalu saudara mengenalinya, mengenali petunjuk-petunjuk di sepanjang jalan dakwah dan mengenali siapa yang melaluinya. Saudara redha berjalan dengan mereka di jalan yang mulia dan benar ini kerana saudara telah mempercayai semua itu. Lantaran itu saudara beriltizam dengannya dan menggabungkan diri dengan mereka dan saudara mempersaksikan kepada Allah di atas yang demikian. Oleh kerana itu bersyukurlah dengan memuji Allah di atas hidayah dan taufiknya kepada saudara.

Marilah Kita Bersaudara Kerana Allah

Alangkah perlunya kita bersaudara kerana Allah semasa kita berjalan bersama di atas jalan dakwah untuk memperteguh ikatan di antara kita sebagaimana yang telah dibuat oleh Rasulullah s.a.w. tatkala baginda mempersaudarakan di antara Muhajirin dengan Ansar. Mereka telah membuat contoh yang indah dan agung tentang cinta dan ikrar yang mengutamakan saudaranya lebih dari dirinya sendiri.

Peganglah wahai saudaraku tangan saudaramu di atas jalan dakwah dengan pegangan yang penuh cinta, ikrar dan kasih sayang dengan sepenuh kekuatan tanpa melepaskannya di waktu kegawatan atau di waktu susah atau di waktu berkecamuknya fitnah dan ujian atau di waktu terjadinya berbagai peristiwa. Junjungan kita yang tercinta Nabi Muhammad s.a.w telah menggalakkan dan mendorong kita supaya berbuat demikian.

“Orang mukmin dengan mukmin yang lain adalah laksana bangunan yang sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain “.

Oleh kerana itu hai saudaraku, kenalilah saudara-saudaramu, bersatu-padulah, nasihat menasihatilah dan tegur menegurlah dengan cara terbuka. Tanggung menanggunglah dan berkasih sayanglah, dan jadilah kamu bersaudara.

Hendaklah Kita Tetap Di Atas Jalan Dakwah

Hai saudaraku! Hendaklah kita tetap di atas jalan dakwah supaya tidak tergelincir setelah

mantap. Hendaklah kita berjalan terus menerus di atas jalan ini. Janganlah kita merasa jemu berjalan setiap waktu di setiap tempat segala suasana walaupun keseorangan tersisih jauh di muka bumi atau di dalam penjara. Hendaklah kita merasa-rasa penyertaaan Allah, sebab Dialah sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Penolong. Janganlah jemu berjalan di atas jalan dakwah walaupun jauh dari tanda-tanda kemenangan, tidak melihat hasil dan

buah amal usaha dan jihad saudara. Kerana Allah tidak menghisab hasil-hasil kerja kita, tetapi Allah menghisab di atas usaha dan niat kita.

Hendaklah kita tetap beristiqamah wahai saudaraku sekalipun tidak terdedah kepada bermacam-macam gangguan dan rintangan. Walaupun kebatilan sentiasa mengancam, menakutnakutkan atau menggertak kita, sebab kita mempunyai contoh teladan yang paling baik dari Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat baginda. Hendaklah kita menghayati firman Allah:

“Dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar imannya, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa”. Al-Baqarah: 177

“Iaitu orang-orang yang mentaati perintah Allah dan RasulNya sesudah mereka mendapat luka dalam peperangan Uhud, bagi orang-orang yang berbuat kebaikan di antara mereka dan bertakwa ada pahala yang besar. Iaitu orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: “Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka”, maka kata-kata itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab,”Cukuplah

Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia yang besar dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikut keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar. Sesungguhnya mereka tidak lain hanyalah syaitan yang menakutnakutkan kamu dengan kawan-kawannya (orang-orang musyrik Quraisy), kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka tetapi takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman “. Alilmran: 172-175

“Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak pula menyerah kepada musuh. Allah menyukai orang-orang yang sabar. Tidak ada doa mereka selain ucapan: “Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebih dalam

urusan kami, dan tolonglah kami menghadapi kaum yang kafir”. Kerana itu Allah memberikan kepada mereka ahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan”. li Imran : 146

Hendaklah kita tetap di atas jalan dakwah wahai saudaraku dan tidak menjauhkan diri daripadanya walau sejengkal pun sehingga kita mati ketika berada di atas jalan itu tanpa menukar, merubah atau memungkiri janji kita terhadap Allah dan menunggu salah satu dari dua kebaikan; iaitu kemenangan dan pimpinan manusia di serahkan kepada kita ataupun mati syahid dan berbahagia.

Semoga Semua Pimpinan PAS dapat menyatukan kembali rasa ukhuwah dan mahabbah didalam perjuangan yang kita dokong bersama ini. Hilangkan semua kekusutan dan pertelingkahan sesame kita. Wujudkan suasana saling memerlukan didalam jemaah yang kita sayangi ini.

SALAM UKHUWAH..

SALAM MAHABBAH..

SALAM TAKAFUL..

SALAM TAAWAUN..

SALAM DARIKU..

Al-Faqir Wa Haqir ILALLAH..

SHAMSUL ANUAR AHMAD

~ oleh ANUAR AHMAD di Mei 14, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: