UNTUKMU WAHAI.. MUSLIMAT U (ustazah)

Image(223)

Wahai Muslimat..

Aku tahu engkau tidak suka pada orang yang selalu bagi nasihat padamu. Kalian selalu mengangap aku ni pengacau hidupmu dan busy body perihal peribadimu. Dari aku berada di sekolah menengah hinggalah aku berada di IPT, aku selalu bertemu dengan muslimat yang benci pada pendakwah. Mereka kata aku ni tak pandai dakwahlah, tak berhikmahlah, perasan alimlah, tak sedar dirilah, penyibuklah, buang masa dialah, nak busy body oranglah dan macam-macam lagi tomahan yang dilemparkan pada pendakwah. Jikalah tidak berhikmah, kenapa ramai yang dapat terima dakwah aku? Aku pun pelik dan ajaib dengan muslimat yang belajar agama ni. Kenapa mereka tak pratik ilmu mereka? Kenapa mereka berkata dengan angkuhnya bila ada ada yang menegur mereka, lalu mereka jawab dengan angkuh dan bongkaknya. Inilah diantara jawapan mereka: “ aku pun belajar agama juga”, ‘pointer result aku lebih tinggi dari kau’, ‘macamlah kau baik sangat’, ‘ mak bapak aku pun tak pernah tegur macam ni’, ‘aku punya hal ah, apa kau nak sibuk?, ‘nak berdakwah, tengoklah diri sendiri dulu’, ramai lagi ustazah yang alim-alim tapi pakai lebih teruk macam aku’, ‘jika kau tegur aku tak pakai stoking, pergi tegur lecture yang tak pakai stoking dulu’ dan banyak lagi kata-kata yang dilontarkan oleh muslimat yang angkuh bila ditegur dan dibagi nasihat.

Tulisan aku ini tujukan khas kepada muslimat yang ada ilmu agama dan belajar didalam bidang agama. Tulisan untuk muslimat yang tidak perkhususan didalam bidang agama akan menyusur kemudian. Sekarang aku nak rawat dulu penyakit muslimat dan akhawat yang ada sijil SMU, STAM, Diploma dan Degree Syariah, Usuluddin, Dakwah, Quran dan Sunnah, Pendidikan Islam, Muamalat Islam dan semua muslimat yang belajar agama secara khusus. Semua list diatas aku akan singkat dengan kalimah U (Ustazah)

Sebenarnya aku kesal dan sedih dengan sikap dan akhlak U yang telah mendalami ilmu agama tetapi tidak pratis ilmunya didalam kehidupan seharian. Aku banyak bergaul dengan dengan golongan U ni, memang aku tidak sangkalah dengan title U mereka ni, mereka sanggup buat perkara yang diharamkan oleh Allah. Aku tahu, bukan aku seorang sahaja yang mengetahui akhlak golongan U pada hari ini, kawan-kawan lain yang berada didalam fakulti agama pasti akan dapat bagi penjelasan lebih baik lagi dari aku mengenai golongan U yang tidak berakhlak seperti akhlak yang mereka pelajari. Aku malu pada siswi yang tidak tergolong dikelompok U tetapi akhlak dan maruah mereka lebih baik dan Iffah dari golongan U ni. Pada hari ini, golongan U berpendapat bahawa mereka mestilah bersikap elegant, up to date, semasa, dan tidak jumud. Aku tak menyatakan salah untuk mereka memajukan diri mereka, tetapi jangalah sampai melanggar syarak yang telah ditetapkan oleh Allah. Di antara yang aku tak puas hati dengan golongan U ni ialah dari penampilan pakaian, meraka ni kadang-kadang lebih teruk dari minah rempit (bukan semualah), dengan pakaian nipisnya, ketatnya, tudung singkat sehingga menampakkan bentuk dada, stoking tak pakai dan macam-macam lagilah. Mereka ni nak digelar sebagai U yang up to date. Yang aku bengangnya, ada Ustazah dan Lecture yang biadap dengan hukum Allah, bila ada student tegur kesilapan ustazah yang berterampilan seperti artis dan selebriti, dia hina dan cacin pula student tu, kalaulah aku berada ditempat student tu, confirmn aku hentam habis-habisan lecture yang bertitle U ni, aku sanggup dibuang Universiti daripada aku membiarkan kemungkaran berlaku dihadapan mata aku. Bukan apa, jika lecture yang bertitle U ni terus dibiarkan untuk melakukan kesalahan dan memutarbelikkan hokum Islam untuk kepentingan peribadi, pasti pelajar-pelajarnya yang mendengar ucapan itu akan jadikan hujah bila berhadapan dengan pendakwah, ia bukan sahaja sesat tapi menyesatkan orang lain pula. Betapa besarnya dosa orang yang memutarbelikkan hokum Islam demi untuk mepertahankan dirinya.

Wahai golongan U..

Aku tak sanggup melihat Islam dihina dan difitnah disebabkan oleh sikap dan akhlak kalian. Apa kata golongan yang bukan U pada kalian? Mereka amat susah nak terima dakwah Islam jika kalian bersikap demikian. Bila ada pendakwah menyeru mereka pada kebaikan, pasti mereka akan jadikan kalian sebagai hujah untuk mereka berlepas diri. Tidakkah ini satu fitnah yang amat besar melanda umat Islam? Jangan kalian menjadi salah satu agen yang merosakkan Agama Allah di muka bumi ini. Kalian bukan budak-budak lagi yang nak menilai diantara haq dan bathil, kalian ada ilmu agama yang kalian boleh jadikan panduan didalam hidup kalian. Kenapa perlu mengikut golongan yang tidak ada agama seperti wanita-wanita jalang berada dijalanan? Kalian adalah permata ummah yang berkilaun, mutiara Agama yang berharga dan hiasan dunia yang tidak ternilai harganya. Kenapa kalian menjatuhkan martabat kalian itu lebih teruk dari sampah dijalanan? Dimana harga ilmu yang berada didalam dada kalian?

Wahai kelompok U..

Kalian adalah role model dan idolah kepada Muslimat lain, kalian adalah ikutan kepada akhawat lain dan kalian adalah panduan terhadap wanita-wanita lain. Jangan kalian sesatkan mereka dengan penampilan seperti jahilliah, personality seperti wanita murahan, akhlak seperti perempuan jalang dan peribadi seperti wanita laknat. Wahai kelompok U, kalian akan dipertanggungjawab dengan semua ilmu yang kalian pelajari, kalian akan disoal dengan peribadi yang kalian amalkan, dan kalian juga akan dipersoal dengan akhlak yang kalian tunjukkan untuk ummah ini.

Wahai teams U..

Kalian boleh untuk marah dan menentang para pendakwah yang menyeru kalian, tapi ingat.. kalian tak akan mampu untuk marah pada mungkar nangkir dan kalian tak akan mampu untuk menentang Malik Ridhwan di neraka kelak. Jika kalian rasa kebal dengan api neraka Allah, teruskan sika[ dan akhlak kalian yang banyak tersasar dengan apa yang telah kalian pelajari. Bukankah kalian belajar tentang hokum aurat? Tetapi kenapa masih tidak berstoking? Kenapa tidak labuhkan tudung hingga kedada? Kenapa tidak pakai pakaian yang tebal? Kenapa selalu bertabarruk? Kenapa sentiasa berwangi-wangian? Kenapa masih bersikap macam wanita jahilliah? Kenapa masih suka menari-nari? Kenapa masih bercakap seperti wanita yang punya lisan yang biadap? Kenapa suara masih mendayu-dayu dengan lelaki? Kenapa suka mengumpat? Kenapa menghina pendakwah yang menegur kalian?. Bukankah perkara yang aku listkan diatas itu telah diharamkan oleh syarak dan ada dalil yang jelas lagi terang?. Kalian masih lagi mahu berhujah dengan dalil-dalil syarak? Silakanlah.. kalian kan lebih hebat dari Allah dan Rasullullah SAW, kalian kan lebih up to date dari Al-Quran dan As-Sunnah.. memang kalian hebat.. hebat sangat-sangat…

Wahai group U..

Aku coretkan sedikit tatacara berpakaian cara Islam pada Kalian.

Pakaian menutup aurat lindungi wanita Islam

Oleh Ahmad Tarmizi Zakaria

KEPESATAN ekonomi negara membawa rahmat dan rezeki yang melimpah ruah kepada seluruh masyarakat. Kepesatan ini menyediakan peluang pekerjaan yang begitu banyak kepada rakyat, termasuk wanita.

Tidak dinafikan, ramai wanita Islam yang bekerja sama ada di sektor awam mahupun swasta. Bilangan ini semakin hari semakin bertambah dan tentulah mengundang pelbagai persoalan, terutama dari aspek berpakaian. Adakah sesuai atau tidak pakaian yang dipakai oleh wanita ketika bekerja iaitu dari sudut moral dan lebih-lebih lagi, dari sudut agama.

Dalam hubungan ini, Islam tidak mensyaratkan jenis, bentuk serta potongan pakaian tertentu yang seharusnya dipakai oleh seseorang wanita. Apa yang dikehendaki oleh agama adalah menutup aurat dan menjaga kesopanan serta kebersihan ketika bekerja.

Untuk itu, wanita yang sedar akan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah, semestinya berasa terikat dengan peraturan dan hukum syarak. Mereka sentiasa sedaya upaya melakukan sesuatu yang diredai Allah.

Pada masa ini, dapat dilihat pelbagai bentuk fesyen yang kebanyakannya masih mendedahkan aurat. Ia berpunca daripada tiadanya kesedaran atau kefahaman terhadap peraturan pakaian sebenar menurut Islam. Oleh itu, masih ada umat Islam yang tidak faham pengertian aurat itu sendiri.

Hakikatnya, dalam Islam tidak ada satu peraturan tertentu dalam menentukan jenis pakaian. Hanya ditetapkan bahawa aurat wanita adalah keseluruhan tubuh badannya, kecuali bahagian muka dan dua tapak tangan hingga pergelangannya yang wajib ditutup.

Secara umumnya, dapatlah dikatakan bahawa perubahan fesyen pakaian wanita sekarang begitu berkembang luas. Perubahan ini mempengaruhi apa juga keadaan baik dalam keadaan bekerja atau pun tidak.

Bagaimanapun, harus diingat bahawa Islam bukan agama yang sempit dan menyusahkan umatnya. Islam juga tidak menentang permodenan, tetapi biarlah menjurus ke arah yang betul dan tidak terkeluar daripada lunas hukum syarak.

Ada sebilangan orang berasa tidak moden atau tidak mengikut zaman, apabila mereka tidak mengikuti perkembangan fesyen. Pendapat ini sebenarnya tidak salah sekiranya dia berpendirian untuk menjaga ketentuan hukum syarak yang tidak boleh diabaikannya. Namun, apa yang menjadi masalah sekarang, ada yang mengikuti perubahan fesyen hanya memenuhi keinginannya semata-mata tanpa memahami batas aurat dalam Islam.

Dalam menjaga kesejahteraan umat, Islam meletakkan beberapa garis panduan etika berpakaian yang mesti dipatuhi. Antaranya mengharamkan mendedahkan aurat wanita Islam di hadapan orang yang bukan muhrimnya.

Menutup aurat menurut pandangan Islam adalah berdasarkan syarat berikut:

l Menutup seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua belah tangan.

Islam menentukan batas yang harus (boleh) dibuka iaitu muka dan dua tapak tangan, manakala bahagian lainnya pula wajib ditutup.

Firman Allah bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad saw) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mentua mereka atau anak mereka atau anak tiri mereka atau saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara mereka yang perempuan atau perempuan Islam atau hamba mereka atau orang gaji daripada orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi mengenai aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah. Wahai orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah an-Nur, ayat 30 – 31)

l Berpakaian yang tidak membayangkan kulit dan bentuk tubuh.

Antara tujuan berpakaian menurut Islam untuk menutup atau melindungi bahagian tertentu pada badan. Tetapi, sekiranya wanita itu memakai pakaian nipis atau jarang hingga boleh dilihat warna kulitnya dan aurat yang sepatutnya ditutup, maka ini bererti pakaian yang dipakainya tidak berfungsi lagi.

Wanita yang berpakaian sebegini disifatkan oleh Rasulullah sebagai wanita berpakaian tetapi berbogel. Mereka bukan saja dilaknat oleh Allah, malah tidak berpeluang untuk mencium bau syurga. Sabda Rasulullah bermaksud: “Akan ada pada akhir umatku (kaum wanita) yang berpakaian menutup badan dan telanjang (yang berpakaian nipis atau membayangkan kulit badan/bentuknya), atas kepala mereka, laknatilah mereka sesungguhnya mereka golongan yang terlaknat.”

l Tidak memakai pakaian yang ketat.

Antara tujuan menutup aurat untuk mengelak daripada berlakunya fitnah. Sekiranya wanita itu berpakaian ketat hingga jelas kelihatan potongan badan dan bahagian anggota tubuh badannya, maka keadaan ini boleh menimbulkan fitnah yang berakhir dengan pelbagai bentuk jenayah yang dikutuk oleh agama.

Usamah Bin Zaid menceritakan bahawa Rasulullah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Kalbi. Rasulullah menghadiahkan pula kain itu kepada beliau (Usamah) untuk dibuat pakaian, tetapi Usamah pula memberikan kain itu kepada isterinya.

Suatu hari Rasulullah bertanya Usamah: “Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?” Usamah menjawab: “Aku telah berikannya kepada isteriku.” Lalu Rasulullah berkata kepada Usa mah: “Suruhlah isterimu mengalaskan kain itu dengan kain yang lain di bawahnya kerana aku bimbang sekiranya kain itu tidak dialas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu).”

l Tidak memakai bauan yang boleh menarik perhatian lelaki.

Abu Musa al-Asy’ari meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesiapa juga wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan supaya dihidu bau wangi yang dipakainya, maka dia dikira berzina.”

Zainab al-Thaqafiah pula menceritakan bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: “Jika salah seorang daripada kamu (kaum wanita) keluar untuk beribadat di masjid, janganlah memakai bau-bauan.”

Jika difahami maksud hadis itu, wanita yang hendak ke masjid pun dilarang memakai bau-bauan, apatah lagi bagi mereka yang keluar bersia, ke tempat kerja dan sebagainya. Sudah tentu kesalahannya di sisi agama lebih besar.

l Pakaian yang tidak menyerupai pakaian lelaki.

Menurut hadis sahih daripada Rasulullah, dapat difahami bahawa Allah melaknat wanita yang meniru pakaian lelaki. Begitu juga lelaki yang meniru pakaian wanita.

Abu Hurairah meriwayatkan: “Rasulullah melaknat orang lelaki yang berpakaian perempuan dan orang perempuan yang berpakaian lelaki.”

Hal ini bersesuaian dengan sifat seorang wanita yang mana Islam menyarankan agar kaum wanita memakai pakaian yang sesuai dengan sifat dan kejadian mereka, lemah-lembut dan bersopan-santun.

Kesimpulannya, Islam mewajibkan ke atas setiap wanita supaya memakai pakaian yang menutup aurat iaitu menutup seluruh badannya, kecuali muka dan dua belah tangan.

Mereka juga hendaklah memilih jenis kain yang tidak membayangkan warna kulit dan tidak juga memperlihatkan bentuk tubuh badan. Begitu juga dilarang ke atas mereka untuk menghiasi pakaiannya dengan hiasan dan bau-bauan yang boleh mempesona atau menarik perhatian ramai dan menimbulkan fitnah.

Sesungguhnya, Islam tidak menentukan fesyen dan bentuk pakaian yang mesti dipakai oleh seseorang wanita itu sama ada pada masa bekerja atau tidak. Apa yang penting ia tidak berlawanan dengan batas yang ditentukan syarak

Wahai firqah U..

Ini seloka untuk kalian..

SELOKA AURAT

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun ‘make up’.

Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung,
Agar syaitan susah nak bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak “Make Up” biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Apa yang baik hendaklah ikuti,
kalau boleh seikhlas hati

Wahai Jemaah U..

Tataplah fakta ini dengan hati yang tenang lagi dipenuhi nur iman..

“”Dan hendaklah kamu tetap dirumahmu dan janganlah kamu berhias serta bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah terdahulu…” (al-Ahzaab: 33)

Berdasarkan ayat 33 dari surah al-Ahzaab, Imam Mujahid berkata, “Suatu ketika dahulu, golongan wanita berjalan di hadapan lelaki (tanpa segan silu). Inilah yang dimaksudkan dengan tabarruj jahiliyah.”

Imam Qatada pula erkata, “Suatu
ketika dahulu, kaum wanita berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang menghairahkan. Inilah yang dimaksudkan dengan tabarruj jahiliyah yang terdahulu”. Imam Muqatil Hayyan pula berkata: “Tabarruj berlaku apabila kaum wanita menutup kepala mereka dengan kain tudung tetapi masih mendedahkan leher, rantai dan subang
mereka”.

Ayat ini tidak bermaksud mengongkong pergerakan wanita Islam. ia juga tidak bermaksud, tempat bagi kaum wanita hanyalah di dalam rumahnya sahaja kerana Nabi SAW pernah
mendoakan supaya Ummu Haram dapat keluar berperang di lautan bersama-sama dengan tentera-tentera Islam yang lain. Tambahan daripada itu, Khalifah Omar al-Khattab pernah melantik seorang wanita yang berhama Ummu as-Syifa binti Abdullah menjadi penyelia di pasar Madinah. Islam
mengizinkan wanitanya keluar rumah bagi suatu keperluan yang baik, seperti mencari ilmu sama ada fardu ain atau fardu kifayah, menziarahi ibu bapa serta mencari rezeki yang halal demi memenuhi keperluan hidup, dengan batas-batas
yang ditetapkan. Ayat ini sebenarnya bertujuan memuliakan kaum wanita dan menyuruh mereka supaya sentiasa menjaga kemuliaan itu di samping memelihara sebarang kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka, seperti
kecantikan. Wanita sebenarnya mempunyai peranan yang besar di penjurunya sebagaimana kaum lelaki.

Allah berfirman:
“Orang-orang yang beriman, lelaki dan wanita, sebahagian mereka adalah penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh kepada yang makruf, mencegah kemungkaran, mendirikan solat, menunaikan zakat serta mentaati Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana.” (Surah at-Taubah ayat 71).

Menutup aurat bukannya lambang penindasan bagi wanita sebaliknya lambang ketinggian harga diri yang tidak dipentingkan oleh wanita jahiliyah. Islam adalah agama yang menekankan akhlak dan adab dalam semua perkara termasuk dalam aspek pemakaian. Umat Islam, lelaki dan perempuan, yang sudah baligh wajib menutup aurat mengikut
batas yang ditetapkan agama. Berhubung dengan wanita Islam, antara ayat yang menjelaskan batas-batas auratnya ialah firman Allah dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud;

“Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka memelihara pandangan mereka dan kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan
kecuali yang biasa ternampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain kudung sehingga labuh ke dada-da mereka dan jangan menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, ayah suami mereka, putera-putera mereka, putera-putera suami mereka,
saudara-saudara lelaki mereka, putera-putera saudara lelaki mereka, putera-putera saudara perempuan mereka, wanita-wanita mereka, budak-budak yang mereka miliki, pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti berkenaan
aurat wanita.”

Seperti yang sudah disebutkan, ketika ayat ini diturunkan, kaum wanita membudayakan sejenis pakaian tudung yang menutupi bahagian kepala tetapi masih mendedahkan leher, telinga dan bahagian atas dada mereka. Kerana itu, ayat ini
diturunkan supaya kaum wanita memakai tudung kepala yang dilabuhkan sehingga menutupi bahagian-bahagian itu. Hal ini disebutkan oleh Imam Qartubi dalam al-Jamik Li Ahkamil Quran. Walau bagaimanapun ketika berpakaian, mereka boleh mendedahkan (perhiasan) yang biasa
temampak daripadanya’. Abdullah ibn Abbas mentafsirkannya sebagai ‘muka dan dua tapak tangan’.

Abdullah ibn Omar mentafsirkannya sebagài ‘muka dan dua tangan (pergelangan tangan hingga ke tapak tangan)’. Lebih daripada itu, perhiasan yang terdapat di bahagian muka dan
dua tangan seperti cincin, celak, inai dan seumpamanya, boleh didedahkan ketika berdepan dengan yang bukan muhrim. Kesemua pendapat ini disebutkan oleh as-Syeikh Said Hawa dalam al-A sas fit Tafsir Selain daripada itu, pandangan yang masyhur daripada mazhab Imam Abu
Hanifah adalah memasukkan tapak kaki ke bahagian yang boleh didedahkan dan pandangan ini dipandang baik lagi munasabah as-Syeikh Said Hawa kerana ia sama dan boleh dikiaskan dengan tapak tangan.

Islam tidak menghalang wanita-wanitanya berpakaian mengilkut fesyen dan suasana asalkan ia menutup aurat seperti yang sudah dijelaskan, di samping tidak menjolok mata. Hamka dalam Tafsir al-A zhar berkata; “Tidaklah semua pakaian Barat itu ditolak oleh Islam dan tidak pula seluruh pakaian tempatan dapat diterima. Kebaya Jawa
yang menampakkan sebahagian dada tanpa selendang adalah termasuk pakaian yang dilarang mengikut pandangan Islam.”

Beberapa golongan di Barat mula mengagumi ajaran Islam berhubung dengan wanitanya. Sebagai contoh, lah. Stevenson menulis dalam Toronto Star bertarikh 23 Januari, 2002 berhubung dengan etika pemakaian wanita Islam. Beliau berkata; “Ketika saya dan rakan-rakan sedang
makan malam di sebuah restoran, kami duduk bersebelahan dengan tiga orang wanita muda. Tiba-tiba masuklah dua orang wanita Islam dengan pakaian yang konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka. Kami dapat mendengar ketiga-tiga wanita tadi berbisik-bisik sesama sendiri berhubung kedua-dua wanita Islam itu: “Mengapa
mereka berpakaian seperti itu…? Saya bersimpati dengan mereka !“ Ketiga-tiga wanita (Barat) itu akhirnya membayar bil dan terus beredar. Mereka memakai seluar yang ketat, skirt yang singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal dan
bahagian dada mereka didedahkan secara yang mengghairahkan. Kami alihkan pandangan kami kepada kedua-dua wanita Islam tadi.

Tudung mereka yang hitam menzahirkan peribadi mereka yang bersopan santun. Gaya mereka nampak asli. Pakaian mereka walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan yang indah. Berpakaian secara sopan menakutkan wanita Barat. Kenapa? Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak menunjuk-nunjuk ? Selepas kami berbincang berkenaan isu ini kami dapati wanita-wanita Islam berjaya membebaskan din mereka daripada perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih dan berdiet bagi menarik perhatian kaum lelaki atau wanita. Kami dapati kedua-dua wanita Islam itu lebih menarik dibandingkan dengan ketiga-tiga wanita Barat tadi. Penonjolan seks dalam
masyarakat kita menjadi suatu budaya arus perdana sehingga kita menganggap adab dan sopan santun suatu kemunduran. Dalam konteks jangka panjang, apabila kaum lelaki melihat secara lebih jauh, mereka akan mendapati bukan keyakinan diri sebaliknya perasaan terdesak
mendapat perhatian (yang menyebabkan wanita-wanita Barat begitu ghairah dengan fesyen).

Wanita yang mementingkan adab dan kesopanan tidak akan terperangkap dengan suasana yang memperdayakan ini. Mereka berbangga dengan apa yang mereka miliki…. Ingatlah ini apabila anda bersimpati dengan wanita-wanita Islam”.

Apabila pandangan ini kita fahami, kita akan sedar betapa Islam mengangkat martabat wanitanya ke tahap yang tinggi. Wanita ada peranannya, demikian juga kaum lelaki. Setiap penjuru ada kemuliaannya. Rumah tangga adalah suatu
institusi dan industri penting bagi mereka yang faham dan prihatin. Rumah orang-orang Islam dahulu melahirkan tokoh-tokoh yang berjaya membina empayar Islam yang gilang-gemilang. Apabila peranan di rumah diabaikan, anak-anak
akan hidup terbiar dan daripada situ lahirlah gejala-gejala yang negatif dalam masyarakat. Sebagai contoh, kita di Malaysia sedang diserang dengan pelbagai budaya termasuk budaya melepak di kalangan anak-anak kita. Pasar raya, tepi jalan, kasino dan panggung-panggung wayang sudah
menjadi ‘rumah’ mereka yang baru.

Mereka tidak lagi menghargai rumah mereka yang sebenarnya kerana terdapat kekosongan di sana. Berita 16 Jun, 1996 melaporkan berkenaan ‘Geng Remaja’ yang berjaya ditumpaskan oleh Polis Pulau Pinang. Mereka adalah sekumpulan pelajar yang disyaki terbabit dengan kes samun di Pulau Pinang dan umur mereka adalah dalam lingkungan
13-24 tahun. Yang lebih menggemparkan ialah berita yang dipaparkan pada
8 Jun, 1996. Ia menyebutkan mengenai seorang gadis remaja bohsia, yang dipercayai masih menuntut di Pulau Pinang, memiliki wang simpanan berjumlah RM100,000, hasil daripada aktiviti bohsianya.
Perkara ini terbongkar apabila gadis ini ingin membeli sebuah kereta mewah untuk dihadiahkan kepada teman lelakinya. Selepas kejadian-kejadian ini, banyak pihak menyuarakan pendapat yang mengaitkan semua kejadian ini dengan keruntuhan institusi rumah tangga. Justeru itu,
sesiapapun tidak boleh memperkecilkan peranan yang dimainkan oleh institusi rumah tangga dalam usaha membina umat yang bertamadun. Dengan statistik ini, kita akan Iebih memahami rahsia firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud, “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah terdahulu…”

Perubahan sikap serta peranan wanita pada hari ini memberikan kesan negatif kepada masyarakat. Wanita moden didapati lebih cenderung melakukan jenayah dan keganasan berbanding zaman sebelum mi, mengikut satu kajian yang dilakukan oleh pihak Federal Bureau of
Investigation (FBI) di Amerika. Mengikut akhbar Daily Telegraph, London, bertanikh 16 September 1971, ramai pakar berpendapat peningkatan kes jenayah di kalangan kaum wanita mi disebabkan oleh penagihan dadah dan peranan wanita yang semakin berubah pada han ini.

Tabarruj jahiliyah sudah sampai ke tahap yang membimbangkan pada hari ini. Pergaulan dan aktiviti seks bebas menjadi suatu industri besar yang mencengkam masyarakat yang dikatakan maju pada hari ini. Laporan oleh Inter Press Service bertarikh 19 Ogos, 1998 menunjukkan, 2-
4% daripada kemasukan kasar negara-negara di Asia Tenggara adalah dariipada industri seks, mengikut kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Berdasarkan kajian ini industri pelacuran di Thailand dianggarkan mendatangkan kemasukan sebanyak $22.5-$27
bilion dan tahun 1993-1995, dan di
Indonesia jumlahnya dianggarkan $1.2-$3.3 bilion setahun. Mengikut satu anggaran yang dilaporkan dalam Global Child Health News bertarikh 4 Julai 1995, lebih kurang 10% daripada wanita di Thailand terlibat di dalam industri ini. Di Amerika pula, USA
Today bertarikh 20 Ogos, 1997 melaporkan, rakyat Amerika membelanjakan wang sebanyak $8-$12 bilion untuk membeli dan melanggan bahan-bahan lucah.

Industri seks tidak hanya melibatkan mereka yang sudah dewasa, kanak-kanak juga turut terheret ke dalamnya. Di Asia, Jepun mempunyai rekod yang buruk berhubung isu ini. The Washington Post bertarikh 11 Februari, 2000 melaporkan 80% daripada bahan-bahan lucah yang melibatkan kanak-kanak (child pornography) datang dan
Jepun. Kuasa besar Amerika juga tidak terkecuali daripada masalah in BBC News bertarikh 10 September, 2000 melaporkan, hasil daripada satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Pennsylvania menunjukkan, terdapat lebih kurang 400,000 remaja bawah umur di Amerika yang bekerja
sebagai pelacur dan pelayan-pelayan seks pada hari. Teknologi moden digunakan sepenuhnya bagi mengembangkan industri ini. Di Amerika, mengikut Adult Chamber of Commerce, kemasukan daripada industri seks melalui internet sahaja berjumlah $6 bilion. Dalam USA Today
bertarikh 20 Ogos 1997 dilaporkan, CyberErotica, salah satu laman web lucah yang popular di internet, mengandungi lebih daripada 10,000 gambar-gambar lucah dengan 1,000 gambar-gambar baru ditambah setiap minggu dan keahliannya berjumlah 50,000 orang. Setiap hari lebih kurang 250,000 orang menziarahi laman web ini dan pemiliknya memperoleh $800,000 sebulan hasil daripada perniagaan ini.

Tabarruj jahiliah yang melahirkan aktiviti seks bebas ini mempunyai padahnya. Ia menjadi salah satu sebab utama penyakit AIDS berkembang sehingga menjadi wabak yang tidak dapat dikawal lagi pada hari in. Penyakit AIDS menjadi
pembunuh keempat terbesar di dunia dewasa ini dan pada akhir tahun 2002, 42 juta manusia di seluruh dunia diiangkiti penyakit ini dan satu pertiga daripada mereka berumur dalam lingkungan 15-24 tahun. Kesannya ke atas sistem
ekonomi, sosial dan kekeluargaan tidak terkira besarnya. Seks bebas ada mukadimah atau rangsangannya dan antara mukadirnah itu ialah tabarruj (iaitu menghiaskan din dan mendedahkan tubuh secara yang menggiurkan), pergaulan bebas serta sikap ego kaum lelaki. Justeru itu, Islam
menyuruh kaum wanita memelihara dirinya daripada kecantikan yang memperdayakan dan mengarahkan kaum lelaki supaya tidak melihat kaum wanita sebagai simbol seks. Allah SWT berfirman:
“Katakanlah kepada kaum lelaki daripada golongan yang beriman, hendaklah mereka mengawal penglihatan mereka dan menjaga kehormatan kemaluan mereka.” (Surah an-Nur ayat 30).

LAMPIRAN:
“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang mereka lakukan.” (an-Nuur: 30)

“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.” (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

“Hai Nabi, katakanlah kepada intei-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan
ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (al-Ahzaab: 59)

Aishah lah.a. berkata, “Nabi tidak pernah menyentuh
tangan-tangan wanita ketika berbaiah. Sesungguhnya berbaiah dengan wanita-wanita Islam berlaku dengan cara percakapan.” (Riwayat Bukhari)

Jarir lah.a. berkata, “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah berkenaan hukum melihat aurat wanita secara tidak sengaja, maka Rasulullah menyuruh saya mengalih pandangan saya ke arah lain.” (Riwayat Muslim)

“Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka memelihara pandangan mereka dan kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan
kecuali yang biasa ternampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain kudung sehingga labuh ke dada-dada mereka dan jangan menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, ayah suami mereka, putera-putera mereka, putera-putera suami mereka,
saudara-saudara lelaki mereka, putera-putera saudara lelaki mereka, putera-putera saudara perempuan mereka, wanita-wanita mereka, budak-budak yang mereka miliki, pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti berkenaan
aurat wanita.”

Berdasarkan ayat 31, surah an-Nuur, Abdullah ibn Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat: “Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahrimnya.” (As-Syeikh said Hawa di dalam kitabnya Al-Asas fit Tafsir)

Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” (Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

“Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan
Hibban)

“Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan
Bukhari)

“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim)

“Semua anak Adam (manusia) itu sering membuat kesalahan (dosa) dan sebaik-baik manusia yang membuat kesalahan (dosa) itu ialah orang-orang yang suka bertaubat.” (Riwayat Al-Tirmizi)

Lihatlah kelebihanmu wahai golongan U..

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

25 Kelebihan Wanita

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Aurat Kaum Wanita
 
1 . Bulu kening
Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) "
 
Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari
 
2 . Kaki ( tumit kaki )
" Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau mengangkatnya) agar diketahui perrhiasan yang mereka sembunyikan "
 
An-Nur : 31
 
a ) menampakkan kaki
b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki
 
3 . Wangian
" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina
dan tiap-tiap mata ada zina "
 
Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban
 
4 . Dada
" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka "
 
An-Nur : 31
 
5 . Gigi
" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya "
 
Riwayat At-Thabrani
 
" Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya
supaya menjadi cantik ,yang merubah ciptaan Allah "
 
Riwayat Bukhari dan Muslim
 
6 . Muka dan leher
" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu "
a ) bersolek ( make-up )
b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah
 
7 . Muka dan Tangan
" Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah :
Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja "
 
Riwayat Muslim dan Bukhari
 
8 . Tangan
" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya "
 
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi
 
9 . Mata
" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya "
 
An Nur : 31
 
Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan "
 
Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi
 
10 . Mulut ( suara )
" Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik "
 
Al Ahzab : 32
 
" Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi
perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi "
 
Riwayat Ibn Majah
 
11 . Kemaluan
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina) "
 
An Nur : 31
 
" Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya , maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya "
 
Riwayat Al Bazzar
 
" Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah "
 
Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah
 
12 . Pakaian
" Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti "
 
Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah
 
" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya "
 
Riwayat Bukhari dan Muslim
 
a ) Berpakaian tipis / jarang
b ) Berpakaian ketat / membentuk
c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu
 
" Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu , anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab ( baju labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha penyayang "
 
Al Ahzab : 59
 
13 . Rambut
" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu
menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya "
 
Riwayat Bukhari dan Muslim

Wahai groups U..

Insaflah kalian, sesungguhnya azab yang pedih menanti kalian.

Golongan Wanita Yang Di Seksa Dalam Neraka “Abdullah Bin Masud r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah s.w.t. mencatat baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan memintakan ampunan baginya, dan Allah s.w.t. mengangkat seribu darjat untuknya.” (H.R. ABU MANSUR DIDALAM KITAB MASNADIL FIRDAUS)

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: Saya bersama-sama Fathimah berkunjung kerumah Rasulullah, maka kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau: “Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Pada malam aku diIsrakan ke langit, saya melihat orang-orang yang sedang mengalami penyeksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis.”

Saya bertanya lagi, “Wahai Rasulullah apakah engkau lihat?” Beliau bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangan dicopot dari punggungnya, aspal mendidih dari neraka dituang ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya, sedang air getah kayu Zakum dituangkan ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya kearah ubun-ubun kepalanya, serta dibelit dan dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri, serta dibawahnya tampak api yang berkobar-kobar dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam serta dia makan usus-ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu didalam peti neraka, sedang darahnya mengalir dari lubang-lubang badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan berbadan himmar (keldai) yang mendapat berjuta macam seksaan.

10. Wanita yang berbentuk anjing, sedangkan beberapa ular dan kala jengking masuk melalui duburnya atau mulutnya dan keluar melalui duburnya, sedangkan malaikat sama-sama memukuli kepalanya dengan palu dari neraka.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai ayahku, biji mata kesayanganku, ceritakanlah kepadaku, apakah amal perbuatan wanita-wanita itu.” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hai Fatimah, adapun tentang;

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana tidak menjaga rambutnya (dijilbab) dikalangan laki-laki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya, kerana dia menyakiti hati suaminya, dengan kata-katanya.”

Kemudian Nabi s.w.a. bersabda: “Tidak seorang wanita pun yang menyakiti hati suaminya melalui kata-kata, kecuali Allah s.w.t. akan membuat mulutnya kelak dihari kiamat selebar tujuh puluh dzira kemudian akan mengikatkannya dibelakang lehernya.”

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya, kerana dia menyusui anak orang lain tanpa seizin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tanganya itu, kerana dia keluar rumah tanpa seizin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan dari nifas (keluar darah setelah melahirkan).

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri, kerana dia bersolek untuk dilihat laki-laki lain serta suka membicarakan aib orang lain.

6. Adapun wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka, dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang banyak, dengan maksud supaya mereka (orang banyak) itu melihat perhiasannya, dan setiap orang yang melihatnya jatuh cinta padanya, kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai keubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking, kerana dia mampu untuk mengerjakan solat dan puasa, sedangkan dia tidak mahu berwudhu dan tidak solat dan tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai (himmar), kerana dia suka mengadu-domba serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing, kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. bersabda: empat jenis wanita yang berada di syurga dan empat jenis wanita yang berada di neraka dan beliau menyebutnya di antara empat jenis perempuan yang berada di syurga ialah:

1. Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah dan suaminya.

2. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati dengan keadaan yang serba kekurangan (dalam kehidupan) bersama suaminya.

3. Perempuan yang bersifat pemalu, dan jika suaminya pergi maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.

4. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurusi anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia kahwin kerana khuatir anak-anaknya akan tersia-sia (terlantar / terbiar).

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: Dan adapun empat jenis wanita yang berada di neraka ialah:

1. Perempuan yang jelek (jahat) mulutnya terhadap suaminya, jika suaminya pergi, maka ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminnya datang ia memakinya (memarahinya).

2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang ia tidak mampu.

3. Perempuan yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar dari rumahnya dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik perhatian kaum lelaki).

4. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia tidak senang berbakti kepada Allah, RasulNya dan suaminya.

Oleh kerana itu seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat (empat) ini, maka ia dilaknat termasuk ahli neraka kecuali jika ia bertaubat. Diceritakan dari isteri Khumaid As-sa-idiy bahawa ia datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: “Hai Rasulullah sesungguhnya aku senang mengerjakan solat bersamamu”. Beliau berkata: “Aku mengerti bahawa engkau senang mengerjakan solat bersamaku, akan tetapi solatmu di tempat tidurmu itu lebih baik dari pada solatmu dikamarmu dan solatmu dikamarmu lebih baik dari solatmu dirumahmu dan sholatmu dirumahmu lebih baik daripada solatmu di mesjidku”. — (Bagi lelaki sangat dituntut sembahyang berjemaah di mesjid)

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya yang lebih disukai solatnya perempuan oleh Allah ialah yang dilakukan pada tempat yang amat gelap dirumahnya”.

Diceritakan dari Aisyah r.a.: “Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. duduk di masjid, tiba-tiba masuklah seorang perempuan dari suku Muzainah yang memakai pakaian yang terseret-seret ditanah untuk perhiasan pada dirinya di dalam masjid”. Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Wahai manusia laranglah isteri-isterimu dari memakai perhiasan dan memperindah gaya berjalan di dalam masjid. Kerana sesungguhnya kaum Bani Israil itu tidak dilaknat hingga mereka memberi pakaian isteri-isteri mereka dengan pakaian perhiasan dan mereka berjalan dengan gaya sombong di dalam masjid”.

Ibnu Abas r.a. meriwayatkan juga bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Apabila seorang wanita keluar rumahnya dengan mempesolek dirinya serta memakai bau-bauan (sedang suaminya redha akan berbuatan yang demikian itu), maka dibangunkan untuk suaminya pada setiap langkahnya sebuah rumah di neraka.”

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud: “Jihad seorang wanita ialah taatkan suami dan menghiaskan diri untuknya.”

Isteri tidak wajib taat suruhan dan arahan suami, apabila suruhan dan arahan itu bertentangan dengan hukurn Allah s.w.t.

Imam Al-Ghazali menegaskan: “Seorang isteri wajib mentaati suami sepenuhnya dan memenuhi segala tuntutan suami dari dirinya sekiranya tuntutan itu tidak mengandungi maksiat.””

PERINGATAN UNTUK KAUM WANITA

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’.

Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

‘Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka’ Seorang wanita lalu bangun bertanya, ‘ Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’

Rasulullah SAW menjawab, ‘Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2

tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu

ke dalam neraka:-

1.Kamu banyak mengutuk/menyumpah

2.Kamu kufurkan kebaikan suami.’

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1.Banyak beristighfar

2.Banyak bersedeqah.

Keterangan:

Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh1

Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata,”Driver bus ni dah mampus agaknya.”

Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2

Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata “Celaka punya gas. Masa

ni

jugak nak habis.”

Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘kufurkan kebaikan suami’.

Rasulullah SAW berkata,’Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri,

jika

seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu

ketika,

disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan

berkata,”Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”(Direct translation from Arabic).

Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: “Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?”

Rasulullah SAW sambung lagi,’Mana-mana isteri yang berkata,” Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”, maka akan gugur pahala-pahala amalannya.

Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedeqah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi. ? Wa iya zubillah.

Fadhilat beristighfar a.Sabda Rasulullah SAW : ‘Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa(nyanyuk).’ Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi.

Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari.

Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita. b.Sabda Rasulullah SAW : ‘Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan di keluarkan Allah dari sifat ham dan hazan.

Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita.

Sifat hazan bererti berduka cita. c.Istighfar juga memurahkan rezeki.

Jangan dianggap rezeki itu hanya

dalam bentuk wang ringgit atau harta

benda. Tetapi ia juga termasuk:-

· kesihatan

· umur

· kasih sayang

· anak-anak.

Sedeqah

Sedeqah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit.

Sedeqah juga termasuk:-

a.Tuturkata/ percakapan yang baik.

Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang

pertama,

tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang

hayat

baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering

meyebut

nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu di kalangan

isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah.

Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, “Khadijah lah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya”.

b.Memberi salam

c.Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga.

Rasulullah SAW pernah bersabda,

“Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedeqah.”

Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :

Nak buat baik, sangatlah mudah,

Maniskan wajah, lembutkan lidah.

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Ini adalah hasil cacatan dari Majlis Maulidur Rasul untuk Muslimah di Masjid Muadz ibn Jabbal. Sekiranya ada kesilapan dimohon maaf daripada pembaca dan ampun dari Allah swt.

Perspektif IKIM: Teladani keperibadian unggul wanita Muslim zaman silam

Oleh Wan Roslili Abd Majid

TUGAS dan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi membentuk pelbagai tanggungjawab bagi manusia sama ada lelaki mahupun wanita. Ia bersesuaian dengan fizikal mereka yang dicipta Allah berbeza pada aspek yang tertentu.


Perbezaan yang jelas adalah daripada sudut fizikal dan emosi. Inilah yang menjadikan lelaki dan wanita saling memerlukan satu sama lain.

Kelebihan yang dimiliki oleh kaum lelaki dapat dijadikan sandaran bagi wanita bergantung harapan dan naungan manakala kaum lelaki berharap pada sokongan dan kekuatan kaum wanita dalam soal tertentu bagi memenuhi keperluan serta kekurangan diri mereka.

Wanita Muslim wajar memanfaatkan kelebihan yang dikurniakan Allah seperti ketabahan mengharungi ujian getir, keteguhan dalam mencurahkan kasih sayang dan keupayaan memberi sokongan kepada yang memerlukan untuk kehidupan yang harmoni dan sejahtera di bumi ini.

Kelebihan itu menjamin mereka dapat melaksanakan tanggungjawab yang ditentukan dengan sempurna.

Ada empat bentuk tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh wanita Muslim dengan sebaik-baiknya iaitu: tanggungjawab terhadap Allah, diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Jika diteliti, dapat disimpulkan perkara paling asas yang diperlukan oleh wanita Muslim untuk menunaikannya ialah keimanan yang tinggi terhadap Allah.

Dengan keimanan yang teguh kepada Allah, seseorang wanita dapat menunaikan semua tanggungjawab yang lain dengan sempurna.

Keimanan dan ketakwaan menjadikan seseorang wanita Muslim seorang anak dan isteri yang solihah, seorang ibu penyayang yang sentiasa berusaha mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baik tarbiyah dan seorang anggota masyarakat yang berkeperibadian tinggi serta berkeupayaan memberi sumbangan besar kepada ummah.

Ganjaran yang akan diperoleh oleh hamba-Nya yang beriman termasuk wanita disebut oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: esungguhnya orang lelaki yang Islam serta orang perempuan yang Islam, dan orang lelaki yang beriman serta orang perempuan yang beriman, dan orang lelaki yang taat serta orang perempuan yang taat, dan orang lelaki yang benar serta orang perempuan yang benar, dan orang lelaki yang sabar serta orang perempuan yang sabar, dan orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang lelaki yang bersedekah serta orang perempuan yang bersedekah, dan orang lelaki yang berpuasa serta orang perempuan yang berpuasa, dan orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar? (Surah al-Ahzab, ayat 35).

Selain keimanan, banyak persediaan lain yang perlu dibuat atau harus dimiliki oleh wanita Muslim untuk memastikan tanggungjawab ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Antaranya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang dan kemahiran tertentu yang dapat memberi panduan dalam menghadapi cabaran dunia moden.

Ada dua bentuk ilmu yang perlu dikuasai oleh seseorang wanita Muslim iaitu ilmu fardu ain dan kifayah.

Ilmu fardu ain merangkumi persoalan ibadat, aqidah dan akhlak. Ia akan menentukan kesempurnaan iman dan amalan seseorang wanita Muslim serta kewajipannya terhadap rumah tangga manakala ilmu kifayah pula berkaitan dengan ilmu yang memenuhi keperluan masyarakat.

Sejarah membuktikan bahawa wanita Islam memperoleh peluang yang sama dengan kaum lelaki dalam bidang pengetahuan.

Pada zaman Rasulullah, wanita diberikan peluang berjemaah di masjid untuk mendengar dan mengikuti bimbingan yang diberikan Baginda berkaitan dengan ilmu fardu ain dan kifayah. Peluang itu tidak disia-siakan sama sekali oleh mereka.

Mereka memenuhi segenap ruang di dalam Masjid Nabawi saban waktu bagi memastikan tidak ketinggalan memperoleh ilmu yang diajarkan oleh Rasulullah. Kehadiran mereka dengan minat mendalam menyebabkan Masjid Nabawi penuh sesak.

Kesesakan di Masjid Nabawi di Madinah kemudian diatasi dengan menentukan sebuah pintu untuk wanita Islam keluar dan masuk. Pintu itu dikenali sebagai Bab al-Nisa? Hal ini membuktikan wanita pada zaman Rasulullah sentiasa melengkapkan diri mereka dengan ilmu fardu ain dan kifayah.

Ummu Mukminin Saidatina Aisyah adalah sumber inspirasi ilmu bagi kaum muslimat ketika itu.

Ketika hayat Rasulullah, Aisyah adalah pembantu utama Baginda ketika mengajar dan menjelaskan sesuatu hukum kepada wanita terutama jika masalah yang dikemukakan itu terlalu sulit seperti cara bersuci selepas haid dan jika ia menyentuh persoalan kehidupan suami isteri.

Berdasarkan pengalaman hidupnya bersama Rasulullah dan latar belakang keluarga yang baik (anak kepada sahabat Rasulullah) serta kekuatan daya ingatannya, Aisyah memiliki kelebihan yang luar biasa iaitu dapat meriwayatkan lebih daripada 2,000 hadis.

Beliau juga berupaya memberi fatwa dalam beberapa perkara sehingga menjadi seorang daripada tujuh sahabat yang terkenal dengan fatwa.

Ini menepati apa yang disebut Rasulullah iaitu: mbillah separuh daripada agama kamu daripada wanita yang putih kemerah-merahan ini (isyah)?

Disebut dalam buku al-Sayyidah isyah Ummu al-Muinin wa limah Nisa?al Islam, tulisan Abdul Hamid Mahmud Tahmaz (1994), Aisyah dikurnia kelebihan yang istimewa kerana mengahwini Rasulullah ketika masih gadis dan berpeluang hidup di sisi Baginda dalam tempoh yang panjang iaitu lapan tahun lima bulan.

Sepanjang tempoh itu, Rasulullah memberikan perlindungan, kasih sayang, bimbingan dan perhatian penuh terhadap beliau. Malah, kebanyakan wahyu diturunkan kepada Rasulullah ketika Baginda berada di kamar Aisyah.

Aisyah juga gemar mengemukakan soalan; lambang kepintaran akal dan kebijaksanaan dirinya. Apa-apa saja yang didengar dan menimbulkan kemusykilan dalam fikirannya atau yang dilihat tetapi tidak diketahuinya, akan segera ditanya beliau untuk mendapatkan penjelasannya.

Ibn Abi Mulaikah berkata, eliau (isyah) tidak mendengar apa-apa yang tidak diketahuinya melainkan akan dirujuk oleh beliau mengenai perkara itu sehingga beliau mendapat jawapannya?

Disebabkan sifat proaktif beliau terhadap ilmu maka Aisyah menyenangi sikap yang diamalkan oleh wanita Ansar terhadap ilmu. Kaum wanita Ansar sentiasa mengemukakan persoalan berkaitan dengan urusan agama mereka.

Aisyah berkata: ebaik-baik wanita ialah wanita Ansar yang tidak dihalang oleh perasaan malu untuk mereka mendalami agama?

Di samping Aisyah, ada beberapa wanita lagi seperti Asma?yang meriwayatkan sebanyak 56 hadis.

Kemampuan wanita Muslim dalam menguasai ilmu fardu ain dapat dilihat sehingga zaman sahabat dan juga tabiin seperti Sayyidah Nafisah binti Abi Muhammad yang mengendalikan majlis ilmunya sendiri.

Malah disebut bahawa ketika Imam Syafie berada di Mesir, beliau pernah mengikuti majlis pengajian Sayyidah Nafisah.

Imam Syafie sendiri sebagai seorang faqih mewarisi kehebatan dan kebijaksanaan ibunya, Fatimah binti Abdillah ibn al-Husain ibn Hasan ibn `Ali ibn Abi Talib.

Ibn Hajar al-sqalani menyifatkan ibu Imam Syafie sebagai, eorang yang sangat faqih (mendalami bidang ilmu fiqh) yang mempunyai kefahaman dan kesedaran.?

Dalam suatu peristiwa, ibu Imam al-Syafie membantah tindakan seorang hakim yang hendak memisahkan dua wanita sebagai saksi dengan membaca dalilnya daripada al-Quran. Ayat itu menjelaskan kedudukan dua wanita sebagai saksi dalam Islam menyamai seorang lelaki dan salah seorang daripada mereka berperanan mengingatkan jika salah seorangnya terlupa.

Dengan hujah dan keterangan yang jelas daripada ibu Imam Syafie itu, hakim berkenaan lantas membatalkan hasratnya memisahkan kedua-dua saksi wanita itu.

Dalam soal pendidikan anaknya pula, ibu Imam Syafie ternyata menggunakan sepenuh kebijaksanaan dirinya untuk membuat pilihan terbaik bagi anaknya itu.

Selepas suaminya meninggal dunia, ibu Imam Syafie membuat keputusan untuk berpindah dari Palestin ke Makkah. Beliau melihat kemajuan ilmu pengetahuan ketika itu berkembang pesat di Makkah berbanding Palestin kerana di Makkah ketika itu, ada banyak ulama dan cendekiawan terbilang.

Selain itu, bahasa Arab yang dikuasai penduduk Makkah juga dikatakan belum tercemar di samping Makkah adalah negeri asal nenek moyang Imam Syafie.

Faktor inilah yang dilihat oleh ibu beliau sebagai faktor pendorong kejayaan anaknya, khususnya dalam ilmu pengetahuan yang membolehkan Imam Syafie memberikan sumbangan yang tidak ternilai kepada ummah dan Islam sendiri.

Selain memberikan sumbangan dalam bidang ilmu fardu ain, wanita Muslim juga memberikan sumbangan yang bukan sedikit kepada bidang fardu kifayah.

Pada zaman Rasulullah, wanita turut berperanan dalam menegakkan syiar Islam. Mereka memberi bantuan dan kerjasama padu dalam apa juga keadaan, ketika aman mahupun ketika peperangan.

Ummu Atiyyah yang diajar oleh Rasulullah mengenai cara mengkhatankan kanak-kanak perempuan dan memandikan jenazah mencurahkan bakti kepada masyarakat demi memanfaatkan ilmu yang dipelajarinya.

Begitu juga dengan Zainab al-Tabib yang terkenal dengan kemahirannya dalam bidang perubatan dan memberikan khidmat untuk mengubati luka serta sakit mata.

Dalam peperangan pula misalnya, wanita Muslim turut serta di medan peperangan untuk membantu memberi rawatan kepada tentera Islam yang tercedera atau menyediakan makanan mahupun minuman untuk mereka.

Demikianlah hebatnya keperibadian wanita Muslim zaman silam yang sewajarnya menjadi teladan wanita Muslim hari ini.

Sumbangan yang diberikan mereka tidak ternilai di sisi Allah dan dicatatkan dalam sejarah supaya generasi hari ini menjadikannya sebagai inspirasi untuk melangkah dengan penuh yakin dalam arus dunia kontemporari yang serba mencabar.

Penulis ialah pegawai penyelidik Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim)

Wahai akhawat U yang ku sayangi..

Tau tak kenapa golongan kalian yang ramai masuk ke neraka? Inilah sebabnya.

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu
peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah
dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan
Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi
ucapan khusus untuk kaum wanita.
Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di
Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal
pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke
sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti
berikut

:

‘Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai
kaum wanita. saya lihat kamu ini lebih banyak di
neraka”.

Seorang wanita lalu bangun bertanya, ‘ Apakah yang
menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini
kufur?’

Rasulullah SAW menjawab, ‘Tidak. Bukan begitu. Tetapi
ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.’

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah
seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak
kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin
berkata, “Driver bus ni dah mampus agaknya.”

Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata
menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat
menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata
“Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.”

Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad
tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini
bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh
suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya
oleh seorang suami yang kurang faham apa yang
dimaksudkan dengan ‘kufurkan kebaikan suami’.

Rasulullah SAW berkata,’Tidakkah pernah engkau jumpa,
seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau
berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika,
disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia
kehendaki, maka dia akan berkata,”Awak ini, saya tak
nampak satu pun kebaikan awak” (Terjemahan langsung
dari Arab).

Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh
dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: “Selama
hidup dengan awak, apa yang saya dapat?”

Rasulullah SAW sambung lagi,’Mana-mana isteri yang
berkata, “Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan
awak”, maka akan gugur pahala-pahala amalannya.’

Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh
kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah,
kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara
yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka
seperti yang disebutkan tadi? Wa iya zubillah.

Fadhilat beristighfar
a. Sabda Rasulullah SAW : ‘Siapa yang melazimkan
amalan istighfar 70 tak sehari, dia tidak akan ditulis
sebagai orang yang lupa (nyanyuk).’ Sebelum nyanyuk
di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi.

Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau
100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih
dari 100 tak sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini
dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : ‘Siapa yang melazimkan
amalan istighfar, akan di keluarkan Allah dari sifat
ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak
menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan
bererti berduka cita.

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap
rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta
benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih
sayang dan anak-anak.

Sedekah
Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit.
Sedekah juga
termasuk:

a. Tuturkata/ percakapan yang baik. Yang paling utama
ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak
menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak
menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri
Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung
hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat
baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah,
sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala
hingga menimbulkan perasaan cemburu di kalangan
isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas
memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri,
selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari
Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab
Jibril, “Khadijahlah satu-satunya perempuan yang
Allah SWT berkenan tuturkatanya”.

b. Memberi salam.

c. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW
pernah bersabda, ‘Kamu senyum sahaja pun sudah
menjadi sedekah.”

Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :

Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah,
lembutkan lidah.

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW
marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita.
Sekiranya terdapat
sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke
dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah
sikap kita dari sekarang.

DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya,disusahkan sedikit agar insaf,namun segera disenangkan semula.Itulah belaianNya.Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang,namun tidak lama kerana kasihNya.Dipanggil-panggil kepadaNya,untuk meminta itu dan ini,Tuhan amat melayani hambaNya,tapi si hamba tidak peduli langsung!

Wahai wanita U yang ku cintai..

Mungkin kalian merasakan aku benci pada kalian. Semua itu adalah fitnah semata-mata, sebenarnya aku amat menyayangi dan mencintai kalian sebagai saudara seislam. Aku tidak akan dapat untung sesen pun dan tidak rugi sezarah pun jika aku tidak menegur kalian. Tetapi kenapa aku menghabiskan masa untut tegur kalian? Inilah tanggungjawabku sebagai saudara seislam. Semua ini aku lakukan diatas dasar mahabbah dan ukhwah fillah. Kalian boleh untuk membenci aku tapi jangan sekali-kali membenci hokum Allah. Nasihat aku ini adalah diatas dasar ‘fazakir fa ina zikra tanfa’u mukminin’. Wahai akhwat U. yakinlah.. aku amat cinta pada kalian, aku tak nak tengok orang menghina kalian dan aku tak sampai hati jika kawan-kawan aku yang berada disekeliling denganku melakukan perkara yang dimurkai Allah sedangkan aku berdiam diri. Maafkan aku jika takkala aku meyampaikan kebenaran dengan cara tidak berhikmah, mungkin itu kelemahanku. Tapi janganlah kalian menghina hukum Allah dek kerana tidak suka dan benci pada orang yang menyampaikannya. Aku bukan maksudkan semua golongan U tak baik, masih ramai lagi golongan U yang baik-baik dan berakhlak mulia. Tulisan aku ini hanya ditujukan pada yang berkenaan sahaja. Jangan salah sangka wahai golongan U yang mulia-mulia.

SALAM UNTUKMU WAHAI MUSLIMAT U..

SALAM DARIKU..

Al-faqir Wal Haqir ILALLAH

SHAMSUL ANUAR AHMAD

~ oleh ANUAR AHMAD di Mei 16, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: