ADA APA DENGAN USRAH???

DSC03914

Usrah.. satu nama yang amat sinonim bagi orang yang mempunyai Jemaah. Aku bukanlah ahli usrah. Sekadar mahu koreksi tentang Usrah je. Aku bukanlah orang yang layak untuk membicarakan usrah coz ramai lagi murabbi-murabbi yang telah membicarakan usrah dengan detail dan terperinci. Usraha didalam kamus Dewan Bahasa Edisi Ketika ialah ‘Perkumpulan yang melibatkan kegiatan agama seperti perbincangan sesuatu tajuk mengenai agama’. Inilah taarif Usrah yang telah ditulis didalam Kamus Dewan. Usrah amat terkenal di Dunia Jemaah Islam dan Jemaah Kampus. Aku ada ramai kawan-kawan yang telah melibatkan diri didalam Usrah. Mungkin mereka ni hebat-hebat belaka didalam tarbiah. Tetapi, yang aku peliknya, adakah mereka semua ni menghayati usrah yang mereka lalui? Adakah mereka memahami Usrah yang sebenar? Adakah mereka hanya sekadar mengikut kawan-kawan didalam Usrah? Adakah mereka sekadar membincang hal-hal yang perkara yang berkaitab dengan Politik sahaja? Adakah mereka menyusun tanzim jemaah dan menggunakan Usrah tempat untuk berbincang? Adakah mereka menjalankan kegiatan agama yang betul-betul yang dikehendaki oleh Usrah yang sebenar?.

Ada juga majlis Usrah dijadikan untuk pecah belah umat Islam. Majlis Usrah juga dijadikan untuk mengumpat dan menghina seseorang. Usrah adalah majlis Allah yang wajib dijaga adab dan menjauhi segala kemungkaran didalam Majlis Usrah. Usrah bukanlah satu perkara yang wajib bagi setiap muslim. Aku pernah jumpa ramai ahli Usrah yang pandang rendah dan menghina orang yang tidak masuk Usrah. Mereka merasakan merekalah orang yang banyak berbakti pada Islam dan buat kerja Islam. Inilah fitnah Akhbar yang melanda ahli Usrah pada hari ini, terutamanya yang berada diperingakt kampus.

Aku harap Ahli Usrah jangan menghina dan pandang rendah pada orang yang tidak masuk Usrah. Mungkin orang yang tidak masuk Usrah lebih banyak jasanya pada Islam dan Perjuangan Islam. Kebanyakkan Ahli Usrah yang bersikap begini adalah manusia yang tak faham erti Rukun Usrah. Jangan khususkan mahabbah dan ukhuwah pada ahli Usrah sahaja kerana ini adalah satu bidaah yang besar. Islam tidak mengajar pun istilah ukhuwah dan mahabbah kepada ahli Usrah sahaja. Matlamat Usrah yang sebenar adalah untuk menyebarkan dan melaksanakan Islam dimuka bumi ini. Macam mana nak sebarkan Islam yang indah ini jika terdapat sikap benci membenci sesama Islam. Mereka yang masuk Usrah hanya berukhuwah bersama Ahlinya sahaja dan meninggalkan yang lain. Sehingga manusia memandang dengan pandangan negative kepada Ahli yang meyertai Usrah. Ada juga yang masuk Usrah kerana Akhawat/Ikhwah yang mereka minati. Ini adalah satu perangai yang menghancurkan tujuan Usrah yang sebenar.

Ada juga yang begitu bersemangat berjemaah dan berusrah dizaman Kampus tapi selepas meninggalkan dunia kampus, mereka mengubah pegangan mereka sebagai seorang yang pernah menjadi anggota Usrah. Sewaktu mereka menjadi Ahli Usrah Di dunia Kampus, mereka menghina dan memandang rendah pada orang yang tidak menanggotai jemaah dan usrah bersama mereka. Tetapi apa yang berlaku ialah mereka sendiri meninggalkan dunia usrah dan perjuangan yang mereka Intima didalam dunia kampus. Orang yang mereka hina dan pandang rendah kerana tidak menyertai Usrah dan jemaah mereka dulu, Allah telah jadikan mereka orang yang betul-betul menyerahkan diri didalam perjuangan Islam. Inilah balasan Allah kepada ahli Usrah dan Jemaah kerana berbangga, meninggi diri dan menghina orang yang tidak intima didalam Usrah dan Jemaah kampus yang mereka tubuhkan. Banyak lagi perkara yang aku nak dedahkan kepada Ahli Usrah yang menyeleweng dengan matlamat sebenar Usrah yang telah ditubuhkan oleh madrasah As-Syahid Imam Al-Banna, tetapi aku bukan manusia yang suka mendedahkan Rahsia dan keaiban Ahli Usrah. Para Ahli Usrah wajib bermuhasabah dengan Usrah dan jemaah yang mereka intima didalamnya. Aku amat berharap kalian semua menjadi Ahli Usrah yang betul-betul memiliki sifat jundullah dan bersikap mujahidin bagi mengupgradekan lagi Usrah yang kalian intima sekarang. Bermualah dengan baik dengan semua manusia, bagi merealisasikan Dakwah Islamiah dimuka bumi ini.

Ini diantara tujuan Usrah dilaksanakan.

1. Meningkatkan kefahaman anggota-anggota terhadap Islam dan menentukan sikap terhadap sesuatu masalah sebagai umat Islam.

2. Menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab terhadap ajaran Islam secara peribadi dan jemaah.

3. Membina satu generasi Islam yang mengenali Islam sebagai din wa daulah, menghayatinya dalam kehidupan peribadi, menjadikan azam dan cita-cita serta tindakan mendakwahkannya sebagai sistem hidup dalam keluarga, masyarakat dan negara.

4. Membina generasi Islam yang menegakkan akhlak Islamiah dalam diri dan sensitif terhadap segala perkara yang tidak Islamik.

5. Membina generasi Islam yang insaf dan sedar akan pelbagai bentuk cabaran dan godaan yang mengancam kemurnian Islam.

6. Mendidik perasaan anggota supaya bertanggungjawab terhadap Allah dan Rasul-Nya.

7. Menghubungkan anggota secara langsung dengan al-Quran dan Sunnah.

8. Mengikhlaskan diri anggota kepada Allah untuk mencari keredaan-Nya, mengharapkan pahala dan berasa gerun terhadap seksaan-Nya. Sebaliknya bukan disebabkan segan dengan naqib usrah atau kumpulannya. Oleh itu setiap anggota hendaklah membetulkan niat, diikuti dengan amalan sekalipun tanpa arahan sesiapa.

9. Menggiat dan menyelaraskan usaha mempelajari dan memahami Islam di kalangan anggota.

10. Menyediakan tenaga yang benar-benar berkemampuan berketrampilan untuk bergerak demi kepentingan Islam.

11. Memelihara organisasi daripada dimasuki pemikiran yang keliru dan sumbang.

12. Mengukuhkan perasaan bersaudara dan memupuk semangat bertindak secara jemaah.

Aku tidak setuju jika usrah hanya digunakan untuk membincangkan hal-hal politik sahaja. Jika usrah hanya digunakan untuk tujuan politik semata-mata maka ia telah tersasar dari matlamat asal Usrah. Adaikata usrah dijadikan hanya untuk kepentigan politik sahaja, lebih baik buat ceramah isu-isu semasa dan ceramah umum. Usrah mestilah bermatlamat untuk ilmu dan maslahah ummah. Aku juga tidak setuju jika usrah dijadikan tempat menuntut ilmu semata-mata. Jika nak jadikan usrah untuk menuntut ilmu semata-mata, lebih baik buat halaqat kitab atau buat kelas pengajian tafaqquh. Kepentingan usrah ialah combination diantara ilmu dan implement ilmu yang kita pelajari didalam Usrah. Satu groups yang punya kefahaman agama dan mempunyai semangat serta istiqamah untuk melaksanakan ilmu yang kita pelajari adalah diantara satu element penting didalam Usrah. Bila kita Usrah membincangkan mengenai Akidah Islamiah maka satu kewajipan ahli Usrah untuk melaksanakan Agenda Akidah didalam kehidupan Ahli dan macam mana nak sebarkan kefahaman aqidah yang benar pada masyarakat umum. Bila Usrah membincangkan mengenai kefahaman Fiqh didalam Ibadat dan muamalat, maka menjadi kewajipan bagi ahli untuk menyusun tanzim Jemaah untuk merealisasikan Fiqh Islami didalam diri ahli Usrah dan masyarakat umum. Jika ada kesulitan untuk melaksanakan segala ilmu yang dipelajari didalam Usrah maka menjadi kewajipan Ahli Usrah untuk memikirkan cara yang terbaik untuk menyebarkan Ilmu yang telah dipelajari didalam Usrah. Jika caranya dengan melaksanakan politik Islam barulah dapat diamalkan segala tuntutan Agama sebagaimana yang telah kita pelajari didalam Usrah maka Wajib setiap Ahli mestilah Intima didalam Politik Islam bagi merealisasikan Hukum Allah dimuka bumi ini.

Ini adalah Adab-adab Didalam Usrah.

1. Ikhlas
Ikhlas hanya kepada Allah seperti firman-Nya, maksudnya: Dan tidaklah mereka tiadalah disuruh, melainkan supaya menyembah Allah, serta mengikhlaskan agama bagi-Nya, beribadat mengharapkan keredaan-Nya) sambil cenderung kepada tauhid, dan supaya mereka mendirikan solat dan memberikan zakat dan itulah agama yang lurus (betul). (Al-Bayyinah, 98:5) Sabda Rasulullah salallahu alaihi wassalam, maksudnya: Hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang dia niatkan. (Mutaffaqun’alaih)

2. Meminta Izin Masuk
Meminta izin untuk masuk serta memberi salam sebelum memasuki rumah anggota atau tempat diadakan majlis usrah. Firman Allah Taala, maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam rumah yang bukan rumahmu, sehingga kamu minta izin dan mengucapkan salam (selamat) kepada yang empunyanya. Demikian itu lebih baik bagimu, mudah-mudahan kamu mendapat peringatan. (An-Nur, 24:27)

3. Menepati Masa
Datang ke majlis tepat pada waktu yang ditetapkan. Sabda Rasulullah s.a.w.: Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Tanda orang munafik itu tiga, iaitu jikalau dia berdusta, jikalau berjanji dia memungkiri dan jikalau diamanahkan dia khianat. (Mutaffaqun’alaih).

4. Suci
Datang ke majlis dalam keadaan berwuduk dan memakai pakaian yang sopan, bersih, suci serta sempurna. Maksudnya: Dari Abu Malik Al-Asy’ari r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Bersuci itu separuh daripada keimanan. (Muslim) Sabda Rasulullah s.a.w. lagi, maksudnya: Dari Usman bin Affan r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang berwuduk lalu memperbagus wuduknya (menyempurnakan sesempurna mungkin) maka keluarlah kesalahan-kesalahannya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kuku-kukunya. (Muslim) Perkara ini diperlakukan supaya senang untuk mendirikan solat, mudah apabila memegang al-Qur’an dan ayat-ayatnya dalam teks usrah, dan terjauh daripada gangguan syaitan … dapat berbincang tanpa dipengaruhinya.

5. Beritahu Naqib Jika Tidak Hadir
Jika ada yang tidak dapat hadir kerana uzur syarie, hendaklah segera memberitahu hal itu kepada naqib atau naqibah atau sekurang-kurangnya kepada sahabat yang menjadi tuan rumah. Hal ini bertujuan untuk (a) melatih diri bertanggungjawab dalam setiap kerja, (b) supaya naqib dan sahabat tidak tertunggu-tunggu, (c) supaya dapat mengelakkan prasangka yang tidak baik, dan (d) supaya makanan yang disediakan tuan rumah tidak berlebihan.

6. Bersedia dari Segi Mental dan Perlakuan
Datanglah ke majlis dengan persiapan yang telah diamanahkan setelah kita sanggup untuk menunaikannya. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: Maksudnya: Dan penuhilah perjanjian dan sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya. (Al-Israk, 17:34) Perkara ini perlu agar majlis usrah berjalan sebagaimana yang dirancang, kita dapat berlatih menunaikan amanah yang kecil sebelum diberi amanah yang besar, dan akan menjadi pendorong dan contoh kepada sahabat yang kemudian. Kegagalan kita bebuat demikian dibimbangkan akan menjadi alasan kepada sahabat yang lain untuk tidak membuat persiapan pada masa akan datang.

7. Membawa Sumber dan Alat Tulis
Sediakan keperluan seperti al-Qur’an, teks surah, buku-buku catatan dan al-Ma’thurat (jika perlu) . Kegagalan berbuat demikian akan mengganggu sahabat yang dikongsi teksnya.

8. Mengukuhkan Ukhuwah
Datang ke majlis dengan hasrat untuk mengukuhkan ukhuwah dan berkasih sayang kerana Allah. Maksud hadis: Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagungan-Ku? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri naungan pada hari ini tiada naungan melainkan naungan-Ku sendiri.” (Muslim)

9. Menuntut Ilmu
Berazam untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman bagi diamalkan dan disampaikan kepada orang lain kecuali perkara yang rahsia. Maksud hadis: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga. (Muslim)

10. Duduk dengan Sopan
Duduk dengan bersopan santun. Majlis usrah adalah majlis zikrullah dan dihadiri sama oleh para malaikat. Janganlah engkau layangkan pemandangan engkau kepada barang yang telah Kami beri kesukaan kepada bermacam-macam orang kafir dan janganlah engkau berdukacita terhadap mereka itu dan rendahkanlah sayap engkau kepada orang-orang yang beriman (berhina dirilah, jangan sombong). (Al Hijr, 15:88) Nota penyunting: Janganlah berlunjur. Apabila hendak beralih kedudukan, lakukan dengan sopan. Terlalu kerap mengubah cara duduk boleh mengganggu sahabat kita.

Sabda Rasullah s.a.w., maksudnya: … Dari Abu Hurairah r.a. Abu Said r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada suatu kaum pun duduk-duduk sambil berzikir kepada Allah melainkan dikelilingi oleh para malaikat dan ditutupi oleh rahmat serta turunlah kepada mereka itu ketenangan dalam hati mereka dan Allah mengingatkan mereka kepada makhluk-makhluk yang ada di sisinya yakni disebutkan-sebutkan hal ehwal mereka itu di kalangan para Malaikat. (Muslim)

11. Fatihah dan Selawat
Mulakan majlis dengan membaca al-Fatihah dan berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Maksud hadis: Dan daripada (Abu Hurairah) dari Nabi s.a.w. sabdanya: Tiada suatu kaum pun yang duduk di suatu majlis yang mereka tiada berzikir kepada Allah Ta’ala dalam majlis tadi, juga tidak mengucapkan bacaan selawat kepada Nabi mereka di dalamnya, melainkan atas mereka itu ada kekurangannya. Jikalau Allah berkehendak, maka Allah akan menyeksa mereka dan jikalau Allah berkehendak, maka Allah akan mengampunkan mereka. (Tarmizi)

12. Menyampaikan kepada Orang Lain
Mendengar segala penjelasan, bacaan-bacaan, arahan-arahan dan pengajaran dengan teliti dan tenang sambil cuba memahaminya, mencatat dan mengingat fakta dengan tepat sebelum disampaikan kepada orang lain. Maksud hadis: Dari Abi Bakrah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: Hendaklah orang yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir kerana sesungguhnya mudah-mudahan (diharapkan) orang yang disampaikan itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham dari yang menyampaikannya. (Bukhari dan Muslim)

13. Bertanya dengan Izin
Memohon penjelasan atau mengemukakan pertanyaan selepas diberi peluang atau setelah meminta izin naqib atau naqibah.

14. Mencelah Apabila Sangat Perlu
Jangan mencelah ketika naqib atau sahabat sedang memberi penerangan kecuali dalam perkara yang memerlukan teguran yang segera (seperti membetulkan bacaan yang silap). Jika kita mencelah, naqib atau sahabat usrah mungkin kehilangan tumpuan terhadap perkara yang sedang diperkatakan.

15. Mengawal Suara
Jangan mengangkat suara tinggi lebih daripada keperluan pendengar. Hal Ini dilarang oleh Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (Luqman, 3:19)

16. Tenang dan Serius
Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah bersifat tenang dan serius. Maksud hadis: Dari Anas r.a. katanya: Nabi Muhammad s.a.w. mengucapkan sebuah khutbah yang saya tidak pernah mendengar suatu khutbah pun seperti itu kerana amat menakutkan. Baginda bersabda: “Andai kata engkau semua dapat mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya engkau semua akan sedikit ketawa dan banyak menangis.” Para sahabat menutupi wajah masing-masing sambil mendengar suara esakannya. (Mutaffaqun’alaih)

17. Jangan Bergurau
Jangan banyak bergurau. Umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara. Banyak bergurau akan menjadikan majlis usrah bertukar menjadi majlis jenaka, gurau senda dan gelak ketawa. Keperluan bergurau terkawal dan terhad pada perkara yang benar sahaja. Saya bergurau tetapi saya tidak berkata sesuatu kecuali kebenaran. Nota penyunting: Saya belum pasti ungkapan ini hadis atau kata-kata biasa. Jika hadis, sumber hadis ini tidak tercatat dalam teks asal. Diharap ada pembaca yang lebih mengetahui memberi respons.

18. Jangan Merokok
Jangan merokok di tempat usrah. Usahakanlah agar tabiat merokok ini boleh ditinggalkan terus. Bau asap boleh mengganggu sahabat dan tuan rumah yang tidak merokok. Nota penyunting: Alhamdulillah, telah sebelas tahun saya dapat meninggalkan tabiat merokok. Usrah berjaya membentuk peribadi saya dari segi ini.

19. Jangan Banyak Soal
Jangan mempersoalkan arahan-arahan yang telah diberikan dengan jelas dan menepati syarat: Maksud hadis: Sesungguhnya binasa umat sebelum kamu kerana mereka banyak menyoal (yang tidak berfaedah) dan mereka suka menyalahi Nabi-nabi mereka. (Mutaffaqun’alaih)

20. Izin keluar Majlis
Minta izin dari naqib sebelum keluar dari majlis kerana sesuatu keperluan. Keluar dari majlis tanpa izin merupakan perangai orang muafik.

Firman Allah, maksudnya: Sesungguhnya yang sebenar-benar orang mukmin ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan apabila mereka berada bersama-sama Rasulullah dalam sesuatu urusan yang memerlukan pertemuan, mereka tidak meninggalkan (Rasulullah) sebelum meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (Muhammad) mereka itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya, maka apabila mereka meminta izin kepadamu kerana sesuatu keperluan, berilah izin kepada siapa yang kamu kehendaki antara mereka, dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nur 24:62)

21. Jangan Bertengkar
Jangan sekali-kali bertengkar kerana pertengkaran akan merenggangkan ukhuwah sedangkan antara matlamat usrah ialah untuk memupuk ukhuwah.

Allah berfirman, maksudnya: Orang-orang mukmin itu sesungguhnya bersaudara. Sebab damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu dan takutlah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat. (Al-Hujurat, 49:10) Firman Allah lagi, Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (Al-Anfal, 8:46)

22. Berusaha mengenali sahabat
Sentiasa berusaha di dalam dan di luar majlis usrah untuk mengenali sahabat-sahabat satu usrah.

23. Membaca Tasbih Kafarah
Akhiri majlis dengan membaca tasbih kafarah dan surah al-Asr secara sedar dan memahami serta menghayati maknanya. Maksud hadis: Daripada Abu Barzah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda pada penghabisannya jikalau beliau s.a.w. hendaklah berdiri dari majlis yang ertinya: “Maha Suci Engkau ya Allah, dan saya mengucapkan puji-pujian pada-Mu. Saya menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Engkau saya mohon ampun serta bertaubat pada-Mu.” Kemudian ada seorang lelaki berkata. “Ya Rasulullah! Sesungguhnya tuan mengucapkan sesuatu ucapan yang tidak pernah tuan ucapkan sebelum ini.” Baginda bersabda: “Yang demikian itu adalah sebagai kafarah (penebus) daripada apa saja yakni kekurangan-kekurangan atau kesalahan-kesalahan yang ada di dalam majlis itu.” (Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud juga diriwayatkan oleh imam Hakim iaitu Abu Abdillah dalam kitab Al-Mustadrak dari riwayat Aisyah radiallahu anha dan ia mengatakan bahawa hadis ini adalah sahih isnadnya.)

24. Bersalaman
Bersalaman dan saling bermaaf-maafan selepas selesai majlis. Firman Allah s.w.t., maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik pada waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan marahnya serta memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (Ali Imran, 3:134) Firman Allah s.w.t. lagi: Maksudnya: Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.” (Al-A’raf, 7:199)

25. Bersegera Pulang
Terus pulang apabila selesai majlis kecuali ada keperluan yang penting. Berilah peluang kepada tuan rumah untuk berkemas dan fahamilah bahawa tuan rumah mungkin letih dan hendak segera berehat atau dia ada urusan lain.

26. Menjaga Rahsia Jemaah
Rahsiakan setiap perbincangan, maklumat atau arahan yang telah diputuskan tentang sesuatu perkara atau setiap perkara yang dikirakan tidak patut untuk disebarkan.

Itulah di antara adab-adab usrah yang patut menjadi amalan setiap naqib atau naqibah dan setiap anggota usrah supaya matlamat usrah akan tercapai, insya Allah..

Setiap ahli Usrah mestilah patuh dengan adab-adab usrah diatas. Jika seorang ahli tidak mampu untuk patuh dan melaksanakan Adab-adab Usrah, maka kewajipan Naqib untuk menasihat dan memberi kefahaman yang mantap kepada Ahli mengenai Adab Usrah.

Usrah juga mempunyai Rukun-rukunnya yang mesti ada pada setiap Ahli Usrah. Ini adalah 3 rukun Usrah.

1. Taaruf
Taaruf bermaksud berkenalan secara mendalam hingga menimbulkan kasih sayang dengan tujuan al-hubbufillah. Firman Allah: Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara …..” Dan Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Orang yang beriman dengan orang yang beriman yang lain laksana satu binaan, saling kuat menguat antara satu dengan yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Kami mengasihi saudara kerana dia adalah saudara pada jalan Allah. Di samping itu sikap mahabbah mesti di buktikan dalam amalan dan penghayatan bukan sekadar teori semata-mata. At-Taaruf ialah kenal mengenal dari bab mufa’alah (daripada dua belah pihak) salbi dan i-jabi (memberi dan menerima)–kenal yang benar-benar, tahu selok-belok tentang saudara kita, supaya kita membuat dan bertindak untuk mengarah sesuatu yang sesuai dengannya.

2. Tafahum
Tafahum maksudnya bersefahaman. At-tafahum daripada bab mufa’alah juga, bertujuan supaya usrah membuahkan suatu sikap, satu tindakan daripada sama-sama faham, sama-sama beramal iaitu sama-sama menjalankan perintah Allah, tunduk kepada kebenaran, muhasabah diri, muhasabah sama-sama jemaah dan disusuli dengan nasihat menasihati antara saudara (ad-Dinul nasihah). Awas jangan sama sekali nasihat menasihati ini menimbulkan apa-apa perasaan yang tidak senang kepada satu sama lain, baik yang memberi atau menerima, cuba renungkan hadith di atas.

3. Takaful
Rukun ini merupakan dasar membela nasib sesama sendiri, supaya jangan ada orang yang terbiar atau terlantar nasibnya tidak terbela. Maksud rukun ini ialah anggota usrah hendaklah mengambil berat masalah-masalah yang dihadapi oleh saudaranya. Takaful ini merupakan pancaran pekerti yang dilahirkan daripada keimanan, dan merupakan inti sari daripada ukhuwah yang murni.

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Sesungguhnya seorang kamu pergi menunaikan sesuatu keperluan saudaranya lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjid aku selama sebulan. (….) Dan sabdanya lagi, maksudnya: Sesiapa yang telah memasukkan kegembiraan iaitu menghilangkan kesusahan dan kesukaran kepada keluarga muslim, maka Tuhan tidak melihat balasan kepada selain syurga. (….) Inilah gambaran besar atau kecilnya at-takaful dalam Islam bagi rukun usrah ketiga.

Naqib/naqibah adalah orang yang memberi peranan penting didalam Usrah bagi mengerakkan kekuatan Usrah serta Intelektual Ahli-ahli Usrah. Ini diantara peranan dan tugas sebagai seorang Naqib/Naqibah didalam Usrah.

1. Bahan Asas. Pastikan anak buah mempunyai bahan-bahan asas seperti al-Qur’an dan terjemahannya, buku dan alat tulis.

2. Muhasabah. Adakan satu sistem untuk muhasabah anak buah. Lakukan mengikut tahap-tahap tertentu, secara terbuka atau individu.

3. Jamuan. Jamuan boleh ada, boleh tiada. Jika diadakan, pastikan jamuan itu sederhana–bukan majlis menjamu selera.

4. Menjaga Ibadah Khusus. Kesempurnaan beribadat seperti solat, puasa, zakat dan ibadat nawafil mesti diutamakan. Pastikan anak buah anda benar-benar mengerti dan mengamalkannya. Sekali sekala, anjurkan ibadat nawafil jamai seperti qiamullail, puasa, zakat harta dan lain-lain.

5. Pemilihan Tajuk. Gunakan kebijaksanaan dalam memilih tajuk usrah supaya dapat mengubati kelemahan yang wujud dalam diri anak buah anda dengan memilih tajuk yang sesuai dengan suasana anak buah anda, contohnya sekiranya usrah anda lemah dalam ikatan persaudaraan atau tidak cukup mesra maka jadikan tajuk usrah persaudaraan dan tuntutannya dalam Islam.

6. Cungkil Bakat. Naqib hendaklah mencungkil bakat yang terpendam dalam organisasi. Mereka mempunyai kebolehan dalam menulis kertas kerja dan mengajar, berceramah dan lain-lainnya mestilah diasah bakatnya dalam usrah.

7. Tambah Ilmu. Anda mestilah menggalakkan anak buah anda membaca buku-buku ilmiah, pengetahuan termasuk majalah-majalah, surat khabar, kertas kerja, kajian ilmiah dan lain-lainnya. Tugaskan mereka membuat ringkasan dalam usrah, khususnya buku-buku keluaran jamaah kita termasuk kaset-kaset rakaman syarahan pimpinan parti.

8. Wujudkan Subkumpulan. Anggota usrah yang sedia ada hendaklah ditugaskan mengadakan kelompok-kelompok usrah yang baru, mereka ditugaskan memimpinnya. Anda hendaklah menjadi penyelia kepada kelompok-kelompok baru itu.

9. Teks Usrah. Pada peringkat permulaan dinasihatkan supaya setiap usrah mempunyai kitab atau teks yang tertentu. Sekiranya perlu, jamaah hendaklah membeli kitab-kitab rujukan tersebut.

10. Tabung Usrah. Usahakan sedaya upaya usrah mempunyai tabung, setiap kali berusrah hendaklah dipungut derma walaupun kadar yang paling sedikit.

11. Aktiviti Sokongan. Sekali sekala anjurkan perkelahan di tempat-tempat yang difikirkan munasabah seperti di tepi pantai di sungai, di pedalaman dan ziarah tempat-tempat bersejarah atau tokoh-tokoh jamaah kita khususnya para ulama. Jadikan muhasabah ini suatu peluang mengenali rakan seperjuangan saudara dari dekat.

12. Profil Ahli. Amat berguna sekiranya naqib mempunyai nota atau diari, khususnya mengenai anggota usrah. Diari ini mengandungi maklumat yang membolehkan naqib mengetahui kebolehan, keistimewaan kedudukan serta iltizam ahli usrahnya.

13. Mengikuti Perkembangan Sahsiah. Naqib bertanggungjawab mengembang dan mengikuti kemajuan sahsiah anggota usrah. Adab mestilah dijaga–jangan sama sekali berlaku jadar (berbalah) dan perbincangan yang tidak berguna sehingga terkeluar daripada adab seperti mengeluarkan suara nyaring.

Kandungan Usrah ialah.

KANDUNGAN USRAH
Apakah yang perlu dilakukan dalam pertemuan mingguan usrah yang menepati maksud, rukun dan peringatan di atas? Jawapannya mudah: kita mempunyai banyak kewajipan sedangkan masa kita terlalu sedikit. Oleh itu pertemuan mingguan kita hendaklah dipenuhkan dengan perkara-perkara yang berikut:

Membentangkan Kesulitan
Setiap anggota membentangkan kesulitan masing-masing. Beri perhatian terhadap kesulitan yang diluahkan oleh rakan kita dan berusahalah mengatasinya. Lakukan hal ini dalam suasana ukhuwah sejati dan dengan niat kerana Allah. Dengan demikian dapatlah diperkuat lagi asas saling percaya-mempercayai dan tali hubungan ukhuwah dapat diperkukuh.

Bermuzakarah
Anggota usrah hendaklah bermuzakarah iaitu bertukar-tukar fikiran dalam urusan Islam. Teliti risalah yang diedarkan oleh pucuk pimpinan kepada seluruh cawangan usrah. Elakkan pertengkaran atau bertikam lidah kerana semuanya itu dikira “haram” menurut undang-undang usrah. Muzakarah hendaklah merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar batas-batas sopan santun yang sempurna dan dengan cara harga-menghargai fikiran yang datang daripada semua pihak dalam muzakarah itu. Apabila hendak ditutup satu-satu perbincangan, atau hendak dibuat keputusan mengenai apa-apa cadangan, atau hendak diberi penjelasan lanjut mengenai cadangan yang hendak ditimbangkan itu, maka perkara itu hendaklah diserahkan kepada naqib supaya beliau sempat terlebih dahulu mengemukakannya kepada pucuk pimpinan.

Jangan dibuat keputusan dengan cara terburu-buru. Tuhan mencela umat manusia yang bersikap terburu-buru dengan firman-Nya yang bermaksud: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu perkara tentang keamanan atau ketakutan maka mereka pun terus mencanangkannya. (Surah …..) Setelah Allah S.W.T. mencela mereka yang berperangai begitu maka Tuhan tunjukkan pula apa-apa yang semestinya dilakukan apabila tersua dengan suasana seperti itu dengan firman-Nya yang bermaksud: Kalaulah mereka kembalikannya kepada Rasul dan kepada pihak berkuasa antara mereka sendiri nescaya orang-orang yang menimbangkannya itu mengetahui hakikatnya. (Surah ….)

Kajian Buku
Adakan penelitian terhadap sesebuah kitab yang bermutu. Jelmakan penelitian itu dalam kehidupan harian walaupun hanya sekadar mengamalkan bermuka manis. Panduan daripada buku boleh disampaikan dalam taklimat sesuatu projek seperti menziarahi orang sakit; menolong orang-orang yang berhajat (walaupun hanya sekadar kata-kata yang baik), mencari dan bertanyakan hal tentang anggota yang tidak kelihatan bersama-sama kumpulan, menanggung bebanan anggota yang terputus rezeki. Semuanya itu dapat menambahkan lagi tali ukhuwah dan dapat melipatgandakan perasaan kasih sayang dalam hati masing-masing.

Aktiviti Sokongan
Untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan sesama sendiri, kita hendaklah mengadakan rehlah, lawatan, aktiviti lasak seperti mendayung sampan, mendaki gunung dan berbasikal. Kita hendaklah juga mengadakan aktiviti khusus seperti berpuasa (seminggu sekali atau dua minggu sekali), solat Subuh berjemaah di masjid dan qiamullail.

6 Pegangan para Ahli Usrah ialah.

o Agama hanya dapat dirasakan oleh sesiapa yang menegakkannya dalam dirinya.

o Bahagia dan saadah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.

o Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat menahan penderitaan dan kepapaan.

o Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada mukmin yang mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

o Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan kerana makna dan guna hidup terletak pada keyakinan perjuangan.

o Belajar memanfaatkan diri demi kepentingan cita dan agama.

Sepuluh Wasiat Al-Banna untuk Para Ahli yang Intima didalam Usrah.

1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekalipun.

2. Bacalah al-Qur’an, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat dan mengecam orang, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap ikhwan muslimin yang ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya … asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada; oleh itu tolonglah saudaramu agar mereka dapat menggunakan masa dengan berfaedah; dan jika anda mempunyai tugas sendiri, ringkaskanlah pelaksanaannya.

Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah

Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” (Al-Kahf : 13 – 14)

Golongan muda (syabab) adalah merupakan asset penting dalam memastikan kesinambungan gerakerja Islam.

Sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam telah membuktikan bahawa golongan ini memainkan peranan penting dalam memastikan tertegaknya panji Allah s.w.t. di atas muka bumi ini.

Ayat di atas telah meletakkan syarat dan asas untuk memastikan golongan ini berjuang dan bersandarkan kepada panduan inilah kita mengambil sikap untuk menjadi golongan syabab li inqaz al ummah (pemuda yang berperanan untuk mengangkat darjat ummah).

Golongan yang ingin menegakkan panji Allah s.w.t. ini perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. agar pertolongan Allah s.w.t. dan kemenangan daripadaNya menjadi milik pejuang Islam.

Antara syarat-syarat tersebut ialah:

Syarat Pertama

Syarat pertama yang disebut dalam ayat ini adalah iman yang kental dan hanyalah dengan iman yang sebegini kita akan dapat menjalankan tugas dakwah yang begitu banyak tanggungjawabnya ke atas kita tetapi begitu sedikit pula kemampuan yang kita miliki.

Ciri iman yang perlu kita miliki adalah iman yang ditasdiqkan (dibenarkan) bukan sahaja pada hati dan jiwa kita tetapi iman yang dicernakan dalam bentuk amalan sehingga golongan pemuda tadi menjadi contoh dan tauladan ibarat al-Quran dan al-Sunnah yang berjalan di atas muka bumi.

Syarat Kedua

Syarat kedua adalah al-huda (petunjuk dari Allah s.w.t.). Tugas dakwah adalah tugas untuk memindahkan panduan dan arahan al-Quran ke alam waqi’ie (reality) dan ianya berhajat kepada pentafsiran dan penjelasan permasalahan semasa ummah dengan petunjuk dan hidayah yang digagaskan oleh Islam.

Islam tidak boleh diterjemahkan dalam bentuk abstrak mahupun khayalan.

Dengan demikian hanyalah dengan al-Huda dari Allah s.w.t. kita akan dapat menjawab segala persoalan yang dihadapi samada pada peringkat fardi (individu) mahupun jama’i (jamaah) ataupun dauli (antarabangsa).

Syarat Ketiga

Syarat yang ketiga adalah pertautan hati yang antara lain bermaksud untuk memerintahkan kita berjuang dan bergerak sebagai jamaah dan perhimpunan yang hati kita ini ditaut dengan ikatan iman, Islam dn ukhuwwah yang tidak mengenal sebarang perbezaan melainkan taqwa kepada Allah s.w.t.

Ikatan ini adalah ikatan yang simpulannya tidak boleh terungkai dengan permasalahan dan perbezaan furu’ tetapi yang sentiasa diarahkan oleh panduan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Syarat Keempat

Syarat keempat yang dinyatakan di dalam ayat di atas adalah konsep haraki (gerakan) apabila Allah s.w.t. menyebut ‘ketika mana mereka berdiri’.

Islam bukanlah merupakan al-din untuk golongan al-mutafajirin (golongan yang hanya melihat) ataupun al-mutaqa’idin )golongan yang berpeluk tubuh) tetapi ianya bersifat haraki yang dinamik lagi produktif untuk sentiasa melahirkan suatu natijah dan tidak bersifat jumud (beku).

Ini tidaklah bermakna kita mengharapkan kepada natijah yang cepat tetapi ianya adalah merupakan satu rangsangan daya juang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah.

Seterusnya ayat ini diakhiri dengan ikrar yang mengikat kuat hati pemuda-pemuda tadi kepada Allah s.w.t. dengan syahadah bahawa sesungguhnya Tuhan kami adalah Allah yang mencipta dan memiliki langit dan bumi, dan kami sesungguhnya berikrar bahawa Dialah sahaja yang wajib disembah dna ditaati perintahnya dan kami dengan syahadah ini membebaskan diri kami dari sebarang kompromi dan ikatan dengan sesuatu yang tidak bersifat rabbani.

Ikrar ini adalah sebagai janji setia kita dengan Allah yang bersifat aqad (ikatan) yang tidak boleh diingkari apatah lagi kalau diputuskan.

Keseluruhan tuntutan di atas adalah merupakan tugas yang dipikul oleh golongan pemuda.

Tanggungjawab berat yng dipikul dalam era al-Shahwah al-Islamiyah (kebangkitan Islam) ini memerlukan kepada golongan syabab tadi melalui satu proses yang dikenali sebagai tajnid yang membawa erti memperkemaskan pemuda tadi ibarat satu kumpulan junud (tentera).

Proses ini adalah proses memupuk kefahaman yang jelas, tanzim (penyusunan) yang rapi dan amal yang mutawasil (berterusan) yang dibuat dalam bentuk tanzim ‘amal jama’i(penyusunan gerak kerja secara berjamaah).

KONSEP ‘AMAL JAMA’I DALAM GERAKAN ISLAM

‘Amal jama’i adalah merupakan satu tuntutan harakah yang panduannya disebut di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (Al-Saff: 4)

Di dalam hadith, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

“Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yamani r.a. katanya: “Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikut selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasullullah menjawab denga bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jamaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jamaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.”

Saidina Umar al-Khattab juga ada menyebut yang bermaksud:

“Tidak wujud Islam tanpa jamaah dan jamaah pula tidak akan wujud tanpa kepimpinan dan tidak wujud pula kepimpinan tanpa ketaatan.”

Bersandarkan kepada nas-nas di atas, kita hendaklah menyedari hakikat bahawa penglibatan diri di dalam jamaah Islam yang berbentuk haraki adalah merupakan satu tuntutan syara’.

Di dalam merealisasikan tuntutan ini ke dalam waqi’ kita di Malaysia, ikhwah yang sedang melalui proses tajnid ini hendaklah peka terhadap beberapa zaadun ‘ala tariq (bekalan sepanjang perjalanan) yang perlu difahami, diamalkan dan diistiqamahkan sepanjang perjalanan ini.

Sehubungan dengan itu, dua perkara yang perlu kita programkan sepanjang kewujudan kita di sini adalah al-ghayah (matlamat) dan al-wasilah (kaedah atau cara) untuk sampai dan memenuhi al-ghayah tersebut.

Al-Ghayah (Matlamat)

Satu persoalan yang sewajibnya diulangi oleh setiap ikhwah dan akhawat sepanjang komitmen kita terhadap Islam dan jamaah ini ialah apakah dia matlamat kita?

Hanyalah dengan matlamat yang jelas akan dapat mengurus arah perjalanan dan keberkesanan perjuangan kita. Sasaran utama dalam konteks matlamat kita ini adalah:

.Fard al-Muslim (individu muslim) yang terangkum di dalamnya rumahtangga dan keluarga Islam

.Masyarakat dan negara Islam yang terlaksana di dalamnya keseluruhan hukum dan tuntutan Allah Azza

Dalam mengisi tuntutan ini Al-Syeikh Sa’id Hawwa menyebut bahawa maratib (peringkat) amal yang dituntut adalah:

1.Individu muslim hendaklah memperbaiki dirinya sehingga memiliki anggota tubuh badan yang kuat, akhlak yang suci, daya intelektual yang tinggi (muthaqqaf), keupayaan untuk menguasai suasana aqidah yang bersih, ibadah yang benar, berjihad dengan dirinya,menjaga waktunya, teratur hidupnya, mampu memberi manfaat kepada orang lain dan setiap ikhwah hendaklah berusaha untuk mencernakan tuntutan ini dengan kesungguhan.

2.Membentuk rumahtangga muslim sehingga keluarganya dapat menampung fikrah yang dibawanya, memelihara adab-adab Islam dalam setiap urusan rumahtangganya, memilih isteri yang solehah dengan memberikan panduan kepada hak dan tanggungjawabnya, mendidik anak-anak dengan sebaik-baiknya.

Begitu juga dengan pembantu rumah, membesarkan mereka dalam suasana Islam dan setiap ikhwah hendak berusaha dengan satu kesungguhan untuk memenuhi tuntutan ini.

3.Memberi panduan kepada masyarakat dengan menyebarkan dakwah dengan baik dan menghapuskan segala kemungkaran, mengajak kepada yang ma’ruf, berlumba-lumba ke arah kebaikan, menjadi unsur yang dominan dalam masyarakat sehingga dapat menguasai pendapat am (public opinion) yang disandarkan dengan pandangan Islam dan menghidupkannya dalam kehidupan am.

Tuntutan ini adalah ke atas setiap individu dengan didukung oleh jamaah sebagai tenaga yang menggerakkan.

4.Membebaskan negara dari belenggu pemerintahan yang bukan Islam dalam bidang siyasah (politik), iqtisad (ekonomi) dan ruh (kerohanian).

5.Membaiki kerajaan sehingga menuruti Islam yang sebenarnya serta berkhidmat sebagai khadam ummah yang bekerja untuk kepentingan ummah.

Antara sifatnya adalah sifat belas terhadap rakyat, keadilan sesama manusia dan berjimat dalam urusan perbendaharaan dan ekonomi negara.

Menjadi kewajipan negara inipula untuk menjamin keamanan, perlaksanaan system perundangan pendidikan sehingga melahirkan kekuatan, menjaga kesihatan am dan sebagainya.

6.Mengembalikan penyatuan umat Islam secara keseluruhan dengan membebaskan negara yang dijajah, mendekatkan budaya antara kaum dan berusaha untuk mengembalikan system khilafah yang telah dimusnahkan.

7.Berusaha untuk mewujudkan cirri “ustaziyat al-‘alam” (penguasaan alam) dengan penyebaran dakwah di segenap pelusuk dunia ini sehingga tidak ada lagi fitnah dan meletakkan al-Din keseluruhannya adalah milik Allah.

Keempat-empat peringkat di atas merupakan kewajipan yang perlu dipikul dengan jamaah dan setiap individu yang bersama dengannya sebagai pendukung yang utama.

Lihatlah betapa beratnya tugas ini dan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul yang mungkin dirasakan sabagai satu khayalan dan impian yang tidak akan tercapai oleh manusia tetapi Allah s.w.t. telah mengingatkan kita di dalam firmanNya yang bermaksud:

“Dan (setelah Yusuf dujualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: “Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak”. Dan demikianlah caranya kita menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Yusuf: 21)

Kita hendaklah menganggap kehadiran kita di sini adalah kehadiran dalam marhalah al-bina’ (peringkat pembinaan) dan pengemasan barisan kader perjuangan.

Maka dengan itu, antara matlamat yang perlu kita hadirkan adalah:

Pertama

Memperkemaskan diri kita dengan kefahaman Islam yang sebenarnya dengan memahami konsep tarbiyah yang syumul merangkumi tarbiyah ruhiyah; tarbiyah ‘aqliyah, tarbiyah jihadiyah, tarbiyah siyasiyah (politik), tarbiyah ijtima’iyah (kemasyarakatan) dan tarbiyah jasadiyah (fizikal).

Perkara yang perlu ditekan dalam pembentukan individu adalah:

1.Melahirkan insane yang bertaqwa pada Allah dengan pembentukan Iman dan aqidah yang benar.

2.Pembentukan fikrah Islam yang syumul (menyeluruh)

3.Pembentukan syakhsiyah Islamiyah (personality Islam) yang sempurna melalui akhlak yang benar, hati yang bersih lagi suci, ubudiyah hanya pada Allah dan memastikan hudud (sempadan) Allah dalam setiap urusan.

Perlu ditegaskan di sini bahawa musuh dan mereka yang tidak bersama dengan kita akan sentiasa mencari unsur yang negatif pada kita sebagai bahan untuk dijadikan hujah.

Pastikan sahsiah ini berjalan pada setiap ketika samada ketika bersendirian, berdua mahupun ketika ramai.

Cara berpakaian, cara mengatur rumah, perkembangan akademik dan budaya berfikir, cara bermuamalah dengan masyarakat semuanya mengajak kepada menzahirkan syakhsiyah Islamiyah.

4.Mewujudkan intima; dan iltizam kepada Islam, dakwah dan jamaah pada setiap masa dan di dalam suasana mana sekalipun.

5.Membentuk cirri-ciri kepimpinan dengan berpandangan jauh dan tajam terhadap isu sensitive terhadap perkembangan ummah dan bertanggungjawab dalam memikul tugas dan boleh memimpin.

6.Membentuk matlamat perjuangan yang jelas terhadap tanggungjawab individu kepada PAS dengan memahami dengan jelas akan perjuangnya iaitu:

a)Perjuangan yang bercita-cita untuk membentuk Daulah Islamiyah

b)Tanzim yang bersifat terbuka

c)Muwajahah silmiyah

d)Kepimpinan ulama dan penggabungan bersama oleh tenaga professional

e)Penglibatan dalam politik sebagai wasilah selain aktiviti-aktiviti lain yang mencerminkan gerakan Islam yang syumul

Kedua

Dalam hubungan ‘amal jama’I setiap nuqaba’ hendaklah jelas akan konsep tanzim kita di sini dan keperluan kepada konsep wala’ dan thiqah pada pimpinan.

Kerja kita di sini adalah kerja yang dihasilkan dari konsep syura dan bukannya pandangan individu.

Setiap keputusan yang melibatkan jamaah samada dari segi perencanaan, perjalanan dan hal ehwal ahli yang ada kaitan dengan jamaah hendaklah merupakan keputusan syura.

AL-WASILAH DAN KEPENTINGAN USRAH DALAM TARBIYAH

Bila kita menyebut tentang wasilah atau kaedah kita bekerja, terdapat unsur-unsur yang perlu difahami antaranya ialah wa’I (sedar) dan waqi’I (realistic).

Kita hendaklah sedar bahawa kita adalah pendakwah dan bukannya penghukum atau qadhi. Tugas kita adalah untuk berusaha semaksima mungkin untuk memanggil dan mengajak dan bukan untuk berebut mahupun memaksa.

Maka dengan demikian dua wasilah yang kita gunakan adalah wasilah umum dan wasilah khusus.

Dalam wasilah umum, tugas kita adalah untuk mnyampaikan Islam kepada umum dengan dakwah samada dengan lisan, tulisan ataupun dengan qudwah hasanah (contoh tauladan yang baik).

Kita hendaklah menerangkan apa itu Islam yang syamil (menyeluruh), apa itu aqidah yang benar yang kesemuanya ini perlu kembali kepada pentafsiran al-Quran dan al-Sunnah oleh ahlinya dan bukan yang diabstrakkan oleh ahli fikir semata-mata.

Kita mengadakan majlis-majlis ilmu, majlis masyarakat dengan unsur-unsur Islam dan lain-lain majlis yang boleh mesej Islam disampaikan.

Marhalah ini dikenali sebagai marhalah al-ta’rif (pengenalan) yang kandugnan utamanya adalah Islam dan Iman dan bukannya perkumpulan.

Hanya apabila telah diyakini bahawa mad’u (sasaran dakwah) telah boleh menerima konsep Islam sebagai al-Din yang syamil barulah dipindahkan kepada wasilah khusus.

Dalam wasilah khusus pula, konsep ‘amal jama’i adalah unsur yang ditekankan dan di sinilah bermulanya kepentingan usrah sebagai satu unit terpenting dalam gerakan Islam.

Dalam wasilah ini ada dua marhalah yang perlu di lalui iaitu takwin (pembentukan) dan tanfiz (perlaksanaan).

Di dalam marhalah al-takwin, unsur-unsur yang telah dikenalpasti boleh menerima konsep yang telah dijelaskan tadi hendaklah dipupuk dengan satu canaian seperti yang disebut oleh Sheikh Sa’id Hawwa sebagai nizam al-da’wah yang berbentuk sufi pada ruhnya dan ketenteraan dalam amalannya yang syiarnya adalah perintah dan taat.

Ikhwah hendaklah melatih diri untuk sentiasa berasa dalam keadaan peka dan bersedia menerima arahan dan tanggungjawab kerja.

Marhalah inilah yang dikenali sebagai tajnid untuk membentuk satu barisan keder yang telah mempunyai satu tasawur yang jelas terhadap Islam dan matlamat perjuangan kita.

Di sini beberapa pengorbanan adalah diperlukan dan ianya akan merupakan sebab kepada peningkatan Iman dan Islam kita kerana proses pencernaan akan berlaku dan beberapa ujian akan mula dirasakan.

Marhalah al-tanfiz sebagai marhalah ketiga pula adalah marhalah sebenar yang akan menguji komitmen kita terhadap segala teori yang telah kita jalani bila mana di dalam marhalah ini kita akan benar-benar berada di tengah-tengah medan juang dan di sinilah batas yang akan menguji keihlasan kita kepada Allah Aza Wa Jalla.

Ramai yang boleh berteori dan ramai yang boleh menyatakan Islam itu syamil dan kamil tetapi belum tentu yang ramai tadi akan sanggup menanggung berbagai mehnah dan ibtila’ (tribulasi dan ujian) yang akan berada di hadapannya.

Konsep Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi dari Islam akan terbukti kalau kita berani membenarkan dan membawa Islam itu ke tengah-tengah medan tanpa mengira sebarang halangna yang didatangkan oleh manusia samada harta, kedudukan, pangkat, nama dan sebagainya.

USRAH SEBAGAI TUNJANG DALAM TARBIYAH HARAKIYAH

Proses tarbiyah Islamiyah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu.

Usrah yang berasal dari perkataan Arab yang membawa makna keluarga adalah merupakan satu medan di mana ahlinya bersama menjalani satu proses pembentukan yang dibina si atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah.

Bila mana kita menyebut ianya sebagai satu proses pembentukan ia membawa makna penekanan dan perbincangan di dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.

Penekanan terhadap unsur-unsur yang akan menlahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan terhadap Islam sebagai system yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) yang akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjamaah.

Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan ‘amilin (para pekerja) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kita tidak menafikan kepentingan orang-orang yang berfikir.

Usrah sebagai unit terpenting dalam gerakan Islam memerlukan satu bentuk penyusunan yang rapi kerana kita meyakini bahawa kebenaran yang tidak disusun rapi akan di atas oleh kebatilan yang kemas.

Sehubungan itu, organisasi usrah di setiap peringkat hendaklah diawasi sepanjang masa agar keberkesanannya akan dapat menguntungkan Islam dan jamaah.

PENTADBIRAN USRAH

Setiap naqib hendaklah memastikan agar perjalanan usrahnya diatur rapi dan kemas dan jangan sampai kepada peringkat yang boleh membosankan ahli-ahli usrah.

Dalam hubungan ini, isi usrah hendaklah jangan dijumudkan hanya kepada pembacaan teks dan hafalan tetapi dipelbagaikan bertepatan dengan cirri tarbiyah kita yang mempertekankan segenap aspek Islam itu sendiri.

Kepelbagaian ini boleh dibuat dalam bentuk pembacaan, perbincangan, rehlah (perkelahan), riadhah (sukan), majlis qiamullail dan sebagainya.

Usrah mempunayi beberapa cirri yang membezakannya dari nizam al-tarbiyah yang lain dan di antara cirri-ciri tersebut ialah:

1.Usrah hendaklah bersifat mutawasil (berterusan): Sesuatu pembentukan yang bersifat sekali sekala atau terputus-putus tidak akan dapat mencapai kesan yang diharapkan.

Ciri ini akan membantu proses perkembangan dan penghayatan secara yang lebih berkesan.

2.Merangkumi keseluruhan ahli samada pengikut, pekerja mahupun pimpinan. Ini adalah untuk memastikan agar tidak ada ahli yang terlepas dari program tarbiyah.

3.Mempunyai perancangan (al-takhtit) yang rapi dalam semua sudut.

4.Kesungguhan semua pihak yang terlibat samada nuqaba’ mahu pun ahli.

5.Di antara ciri-ciri keberkesanan sesuatu usrah itu akan dapat dilihat bila persoalan ini ditanya dan dapat dijawab dengan sempurna mungkin:

a.Sejauh mana peningkatan ahli dalam penghayatan Islam

b.Sejauh mana pula konsep al-ta’awum (bekerjasama) di kalangan para ahli dalam membantu proses penghayatan Islam

c.Sejauh mana ikatan dibentuk dan sejauhmana pula pelaksanaannya dalam bentuk amalan.

Akhirnya marilah kita sama-sama memperbahrui syahadah perjuangan kita dengan mengulangi ucapan Allahu rabbuna (Allah tuhan kami), al-Rasul za’imuna (Rasul pemimpin kami), al-Quran dusturuna (al-Qur’an perlembagaan kami), al-Jihad sabiluna (jihad jalan kami) dan al-maut fi sabilillah asma amanina (mati dijalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami).

Sesungguhnya Islam tidak berhajat kepada kita tetapi kitalah yang berhajat kepada Islam danhajat ini tidak akan dapat dipenuhi kalau keindahan dan kesyumulan Islam itu hanya kita teorikan dan tidak dicernakan dalam amalan dan perbuatan kita.

Silabus Usrah Organisasi

petikan kertas kerja “Usrah dan Pelaksanaannya: Penyeragaman Pengisian dan Tindakan” yang ditulis oleh Ustaz Yahya Haji Othman. Bahagian lain kertas itu yang telah diubahsuai dan diberi tajuk “Program Pengisian Tarbiah”, termuat dalam Laman Gerak Usrah.

Menurut Ustaz Yahya, bahan rujukan usrah memainkan peranan yang utama untuk membentuk pemikiran ahli-ahli jemaah ke arah kesatuan pemikiran (wahdatul fikri) dan bersatu hati (wahdatul qalbi). Beliau menegaskan bahawa kesatuan pemikiran dan bersatu hati bermula daripada kesatuan bahan bacaan (wahdatul qiraah), yang seterusnya menatijahkan kesatuan cara (wahdatul uslub). Oleh sebab itu, bahan rujukan untuk usrah hendaklah diseragamkan.

Berikut ini saya salinkan senarai bahan bacaan yang terdapat dalam kertas kerja itu. Dalam kertas kerja itu, Ustaz Yahya cuma memberikan nama sumber dan penulisnya sahaja. Saya berusaha menambah maklumat beberapa sumber tertentu dengan sedikit komen. Mudah-mudahan senarai ini bermanfaat, khususnya untuk mereka yang bukan dalam bidang agama dan baharu berjinak-jinak dengan usrah.

TAFSIR AL-QUR’AN

1. Tafsir Ibnu Katsir. Versi Terjemahan Singkat Tafsir Ibnu Katsier, terjemahan H. Salim Bahreisy dan H. Said Bahreisy, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1994/1998, 8 jilid.

2. Tafsir Safwatut Tafasir, Ali as-Sabuni. Kumpulan usrah saya menggunakan versi terjemahan tafsir ini sebagai bahan rujukan ketika membicarakan ayat-ayat yang berkaitan.

3. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Qur’an (Jawi), diterjemah serta diberikan penjelasan oleh Syeikh Abdullah bin Muhammad Basmih, Kuala Lumpur, Jabatan Perdana Menteri, 1988. Versi cetakan terbaharu yang lebih kecil dan kemas, termasuk versi huruf Rumi, di pasaran.

4. Tafsir Fi Zilal Al-Qur’an, Sayid Qutub. Versi bahasa Melayu (beberapa jilid mengikut juzuk tertentu) alih bahasa oleh Yusof Zaki Yaakob, Kota Baharu, Dian Darulnaim Sdn. Bhd., 1983—1988 (berlainan tahun). Saya baru mengumpul sembilan jilid—belum lengkap.

AL-HADIS AN-NABAWI

1. Hadis al-Arbain, Imam an-Nawawi. Edisi bahasa Melayu (Rumi) ialah Hadith 40 (Terjemah dan Syarahnya) susunan Mustafa ‘Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Dewan Pustaka Fajar, 1989. Cetakan terbaharu mudah diperoleh di pasaran.

2. Riadhus Shalihin. Versi Tarjamah Riadhus Shalihin oleh Salim Bahreisy, Bandung, Penerbit Pt Al-Ma‘arif, 1977 (dua jilid). Cetakan terbaharu yang dijadikan satu jilid mudah diperoleh di pasaran.

3. Misykatul Mashabih*

4. Bulghul Muram*

5. Mastika Hadis. Diusahakan bersama oleh Sahibul Fadilah Datuk Haji Muhammad Nor bin Haji Ibrahim, Al-Fadhil Tuan Haji Ismail bin Haji Yusof, dan Syeikh Abdullah bin Muhammad Basmih. Diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, cetakan ketiga (Jawi), 1991, mengandungi dua jilid. Sudah ada cetakan terbaharu dan Edisi Rumi.

6. Sunan Sittah*

SIRAH AN-NABAWIYYAH

1. Nurul Yaqin*

2. As-Sirah an-Nabawiyyah Durusun wa ‘Ibar, Mustafa as-Siba’ie*

3. Fiqh as-Sirah, Dr. Said Ramadhan al-Buti*

4. Al-Manhaj al-Haraki Lis Sirah an-Nabawiyyah, Munir al-Ghadban*

5. Daulatur Rasul Min at-Takwin Ila at-Tamkin, Dr. Kamal Salamah ad-Daqs*

AQIDAH

1. Al-Aqidah al-Islamiyyah, Hassan al-Banna*

2. Muqadimah Aqidah al-Muslimin oleh Haji Abdul hadi Awang, G. G. Edar, Kuala Lumpur 1989 (edisi baru), 146 halaman. Huraian mukadimah ini termuat dalam beberapa buah buku lain seperti Beriman kepada Allah (G. G. Edar 1992) dan Beriman kepada Hari Akhirat (G. G. Edar 1994).

RUJUKAN TAMBAHAN

Bagi memantapkan “Tasawur al-Islam al-Haraki” dan bagi melengkapkan fikrah ahli dengan berbagai aspek hidup dicadangkan beberapa kitab rujukan tambahan antaranya:

1. Usul Dua Puluh, Hassan al-Banna*

2. Usul Dakwah, Dr. Abdul Karim Zaidan*

3. Fiqud Da’wah oleh M. Natsir, Pustaka Al Ameen, Kuala Lumpur, 1984.

4. Kerugian Dunia Akibat Kemunduran Umat Islam, Abu Hassan Ali an-Nadwi*

5. Al-Adalah al-Ijtima’iyyah, Sayyid Qutub*

6. Jundullah Tsaqafatan Wa Akhlaqah, Said Hawwa*

7. Nahw Islamin Siyasiyyin, Dr. Fahmi asy-Syaqawi*

8. Bekalan Dakwah, Mustafa Masyhur*

9. Minhaj al-Muslim, Abu Bakar al-Jazairi*

10. Asy-Syabab al-Muslim Fi Muwajahah at-Tahaddiyyat , Abdullah Nasih ‘Ulwan*

11. Hatta La Takuna Fitnah, Fahmi Huwairi*

12. Kaifa Nata’amalu Ma’a al-Qur’an, Muhammad al-Ghazali*

13. Ma’alaim al-Manhaj al-Islamiy, Dr. Muhammad Umarah*

14. Min Ajli Bina’ asy-Syakhsiyyah al-Islamiyyah, Muhammad al-Hadi Zayyan*

15. Syakhsiyyatul Muslim Kama Yasughuha al-Islam Fi al-Kitab wa as-Sunnah, Dr. Muhammad Ali al-Hasyimi*

16. Al-Islam Ka Badil, Dr Murad Hirfan*

17. Al-Islam Baina asy-Syarqiy as al-Gharbiy, Dr. Ali ‘Izzat*

18. Mu’awwiqat Tahtbiq asy-Syari’ah al-Islmiyyah, Manna’ Qatthan*

19. Awwaliyyat al-Harakah al-Islamiyyah, Dr. Yusuff al-Qaradhawi*

20. Al-Islam (Juz 1-4), Said Hawwa dan kitab-kitab lain yang sesuai.

Menurut Ustaz Yahya, usrah diperkenalkan secara menyeluruh dalam jemaah mulai tahun 1982. Pada masa itu bahan rujukan tidak banyak. Kini rujukan usrah seperti buku dan kertas kerja semakin banyak. Kini mustahil usrah tidak dapat dilaksanakan semata-mata disebabkan oleh ketiadaan bahan rujukan.

AL-WASILAH DAN KEPENTINGAN USRAH DALAM TARBIAH

Apabila kita menyebut wasilah atau kaedah kita bekerja, terdapat unsur-unsur yang perlu difahami antaranya ialah wa’I (sedar) dan waqi’I (realistic). Kita hendaklah sedar bahawa kita ialah pendakwah dan bukannya penghukum atau qadhi. Tugas kita adalah untuk berusaha semaksimum mungkin untuk memanggil dan mengajak, bukan untuk berebut mahupun memaksa. Dalam hal ini, dua wasilah kita gunakan, iaitu wasilah umum dan wasilah khusus.

Dalam wasilah umum, tugas kita adalah untuk menyampaikan Islam kepada umum dengan dakwah sama ada dengan lisan, tulisan mahupun dengan qudwah hasanah (contoh teladan yang baik). Kita hendaklah menerangkan apa itu Islam yang syamil (menyeluruh) dan apa itu aqidah yang benar. Kesemuanya ini perlu kembali kepada pentafsiran al-Quran dan al-Sunnah oleh ahlinya dan bukan yang diabstrakkan oleh ahli fikir semata-mata.

Kita mengadakan majlis ilmu, majlis masyarakat dengan unsur-unsur Islam dan majlis-majlis lain yang boleh kita sampaikan mesej Islam. Marhalah ini dikenali sebagai marhalah al-ta’rif (pengenalan) yang kandungan utamanya ialah Islam dan iman, bukannya perkumpulan. Hanya apabila telah diyakini bahawa mad’u (sasaran dakwah) dapat menerima konsep Islam sebagai al-Din yang syamil barulah dipindahkan usaha kita kepada wasilah khusus.

Dalam wasilah khusus, konsep ‘amal jama’i ialah unsur yang ditekankan dan di sinilah bermulanya kepentingan usrah sebagai satu unit terpenting dalam gerakan. Dalam wasilah ini ada dua marhalah yang perlu dilalui iaitu takwin (pembentukan) dan tanfiz (pelaksanaan).

Dalam marhalah al-takwin, unsur-unsur yang telah dikenal pasti dan yang dapat menerima konsep yang telah dijelaskan tadi hendaklah dipupuk dengan satu canaian seperti yang disebut oleh Sheikh Sa’id Hawwa sebagai nizam al-da’wah yang berbentuk sufi pada rohnya dan ketenteraan dalam amalannya, yang syiarnya ialah perintah dan taat.

Ikhwah hendaklah melatih diri untuk sentiasa berada dalam keadaan peka dan bersedia menerima arahan dan tanggungjawab kerja. Marhalah inilah yang dikenali sebagai tajnid untuk membentuk satu barisan kader yang telah mempunyai satu tasawur yang jelas terhadap Islam dan matlamat perjuangan. Di sini beberapa pengorbanan diperlukan dan pengorbanan akan merupakan sebab kepada peningkatan iman dan Islam kita kerana proses pencernaan akan berlaku dan beberapa ujian akan mula dirasakan.

Marhalah al-tanfiz, marhalah kedua, ialah marhalah sebenar yang akan menguji komitmen kita terhadap segala teori yang telah kita jalani. Dalam marhalah ini kita akan benar-benar berada di tengah-tengah medan juang dan di sinilah batas yang akan menguji keikhlasan kita kepada Allah Aza Wa Jalla.

Banyak orang yang boleh berteori dan banyak orang pula yang boleh menyatakan Islam itu syamil dan kamil tetapi belum tentu yang banyak itu akan sanggup menanggung berbagai-bagai mehnah dan ibtila’ (tribulasi dan ujian) yang akan berada di hadapannya.

Konsep Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam akan terbukti kalau kita berani membenarkan dan membawa Islam itu ke tengah-tengah medan tanpa mengira sebarang halangan yang didatangkan oleh manusia sama ada harta, kedudukan, pangkat, nama dan sebagainya.

PENTADBIRAN USRAH

Setiap naqib hendaklah memastikan agar perjalanan usrahnya diatur rapi dan kemas–jangan sampai ke peringkat yang boleh membosankan ahli-ahli usrah. Dalam hubungan ini, isi usrah janganlah dijumudkan dengan hanya membaca teks dan menghafal. Sebaliknya, pelaksanaan usrah hendaklah dipelbagaikan bertepatan dengan ciri tarbiah yang menekankan setiap aspek Islam. Kepelbagaian boleh dilakukan dalam bentuk pembacaan, perbincangan, rehlah (perkelahan), riadah (sukan), majlis qiamullail dan sebagainya.

Usrah mempunyai beberapa ciri yang membezakannya daripada nizam al-tarbiyah yang lain dan antara ciri tersebut ialah:

o Usrah bersifat mutawasil (berterusan): Sesuatu pembentukan yang bersifat sekali sekala atau terputus-putus tidak akan dapat mencapai kesan yang diharapkan. Ciri ini akan membantu proses perkembangan dan penghayatan secara yang lebih berkesan.

o Usrah merangkumi semua ahli sama ada pengikut, pekerja mahupun pemimpin. Pastikan tidak ada ahli yang terlepas daripada program tarbiah.

o Dirancang dengan rapi dari semua sudut.

o Dilaksanakan secara bersungguh-sungguh oleh nuqaba’ dan ahli.

Antara ciri keberkesanan sesuatu usrah ialah apabila persoalan di bawah ini ditanya, jawapannya dapat diberikan dengan sempurna:

o Sejauh mana peningkatan ahli dalam penghayatan Islam?

o Sejauh mana konsep al-ta’awum (bekerjasama) di kalangan ahli dalam membantu proses penghayatan Islam?

o Sejauh mana ikatan dibentuk?

o Sejauh mana pula pelaksanaan ikatan itu dalam bentuk amalan?

LAPAN TINDAKAN

Sambungan Darihal Usrahdisesuaikan untuk ahli usrah daripada tajuk asal “Kewajipan Angkatan Ikhwan”.

1. UNTUK BADAN

Menjaga Kesihatan
Setiap ahli usrah hendaklah melakukan pemeriksaan umum kesihatan dari semasa ke semasa. Jika kita berpenyakit, segeralah berubat. Selain itu, ambil berat tentang punca-punca kekuatan badan dan pemeliharaan kekuatan itu dari segi kesihatan. Jauhkan diri kita daripada perkara-perkara yang boleh melemahkan kesihatan badan.

Menjaga Kebersihan
Jagalah kebersihan dalam semua hal: dalam rumah tangga, pakaian, makan minum, tubuh badan, dan tempat bekerja. Agama Islam itu diasaskan di atas dasar kebersihan.

Minuman dan Rokok
Janganlah minum kopi, teh dan minuman penyegar lain secara berlebih-lebihan. Seboleh-bolehnya jangan sama sekali menghisap rokok. Ulasan penyunting: 1. Teh dan kopi (terutamanya Nescafe) adalah antara minuman yang boleh mengalakkan penyakit magrain. Minuman penyegar, khususnya yang bergas, boleh merosakkan bahagian perut. 2. Saya yakin merokok amat berbahaya kepada tubuh badan dan kesihatan kita. Alhamdulillah, saya berhenti merokok sejak sebelas tahun yang lalu setelah “berhenti-henti” selama seminggu, sebulan dan enam bulan. Namun demikian, saya berhenti merokok bukanlah atas sebab-sebab kesihatan. Saya berhenti merokok atas sebab-sebab agama (setelah membaca tiga buah buku yang berkaitan dengan keharamannya) dan sebab-sebab sosial. Nyatakan pendapat anda di forum GU. Diharap ada respons.)

Riadah
Amalkan apa-apa riadah badan walaupun sekadar berjalan-jalan kaki sahaja. Jadilah ahli mana-mana pasukan pengembara jika umur anda munasabah dengannya.

Minuman Keras
Hindari diri daripada arak, sebarang minuman yang memabukkan, dan minuman yang boleh melemahkan kesihatan badan atau apa-apa jua minuman yang berbahaya.

2. UNTUK AKAL

Amalan Membaca
Pastikan diri kita mampu membaca dan menulis dengan baik. Hendaklah kita sentiasa membaca bahan bacaan Islam, akhbar dan majalah bermutu. Jika anda golongan iktisas dalam sesuatu bidang pengetahuan, usahakan sebuah perpustakaan khas peribadi, walaupun kecil, agar saudara berpeluang mendalami ilmu pengetahuan. Timbalah pengalaman dalam urusan agama Islam sekira-kira membolehkan anda menggambarkan hakikat dan menimbang sama ada cocok atau tidak satu-satu perkara itu dengan tujuan dakwah kita.

Mendalami Pengetahuan Islam
Hendaklah saudara dapat membaca Al-Qur’an dengan betul; dan juga hendaklah saudara dapat mendengar serta memikirkan ertinya. Juga saudara dikehendaki mempelajari sirah atau perjalanan Rasulullah s.a.w. dan sejarah angkatan salafus soleh atau yang sangat mustahak tentang asas-asas akidah, asas-asas bagaimana hukum-hukum itu bercabang, dan juga rahsia-rahsia syariat Allah s.w.t.

3. UNTUK BUDI PEKERTI

Berketerampilan
Hendaklah saudara sentiasa dalam keadaan segar mekar dan cergas, berperasaan halus, mudah berkesan sama ada terhadap sesuatu yang baik mahupun terhadap sesuatu yang baru; sama ada terhadap perkataan-perkataan mahupun terhadap perbuatan.

Berkata Benar
Hendaklah saudara sentiasa bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta; hendaklah saudara kuat kemahuan dan janganlah teragak-agak dalam sesuatu perkara, yang benar dan hendaklah saudara sanggup menyimpan rahsia; berani mengaku kesilapan sendiri, sanggup menyedari dan mengawasi diri sendiri ketika marah.

Berani
Hendaklah saudara bersikap berani; sanggup memikul bebanan; dan semulia-mulia keberanian itu ialah berani berterus terang dengan perkara yang benar dan hendaklah saudara menyimpan rahsia; berani mengaku kesilapan sendiri, sanggup menyedari dan mengawal diri sendiri ketika marah.

Serius
Hendaklah saudara bersikap gagah dengan cara sentiasa bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara. Kegagahan sikap seperti itu tidaklah pula sampai menghalang saudara daripada bergurau dengan yang benar dan ketawa dengan senyum dan dengan tidak mengada-ngada.

Hindari Kejahatan
Hendaklah saudara menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang jahat dan daripada kawan-kawan yang rosak seperti mana saudara juga hendaklah menjauhkan diri daripada tempat maksiat dan dosa.

4. UNTUK SAKU

Bekerja Walaupun Sudah Kaya
Hendaklah saudara membuat apa jua kerja yang halal yang boleh mendatangkan rezeki sekalipun kalau saudara sudah kara-raya; dan juga hendaklah saudara memilih kerja yang sesuai dan mencubanya sedaya upaya walaupun kerja itu sukar; bahkan hendaklah saudara bertekun sehingga berjaya dalam satu-satu kerja.

Teruskan Kerja
Janganlah saudara terlalu sibuk mencari kerja di pejabat-pejabat kerajaan, tetapi janganlah pula menolaknya jika ada peluang. Janganlah lepaskan kerja yang ada kecuali kerja itu benar-benar berlawanan dengan tugas-tugas gerakan dakwah kita.

Jujur
Hendaklah saudara sentiasa berjaga-jaga supaya dapat menunaikan tugas saudara dengan cukup amanah tentang kelicinan dan ketertiban pekerjaan itu; jangan sekali-kali menipu; bahkan hendaklah saudara menunaikan kewajipan itu dengan tepat pada waktunya dan tepat pada masa janjinya.

Jangan Berjudi
Hendaklah saudara menjauhkan diri daripada permainan judi walaupun apa jua coraknya, dan walau apa pun jua tujuan yang ada di sebaliknya. Hendaklah juga saudara menjauhkan diri daripada cara-cara penghasilan haram walaupun di sebaliknya itu terdapat keuntungan yang segera.

Hindari Riba
Jauhilah diri kita daripada riba dalam semua muamalah jual beli–bersihkan diri anda daripada sebarang bentuk riba.

Menyimpan dan Berjimat
Hendaklah saudara menyimpan sebahagian daripada wang saudara untuk masa kecemasan walaupun simpanan itu sedikit sahaja, dan janganlah sekali-kali saudara terjerumus ke dalam perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak mustahak.

Hindari Maksiat
Hendaklah saudara memerangi tempat-tempat permainan kotor; jangan menghampirinya, dan hendaklah saudara menjauhkan diri daripada cara hidup bermewah-mewah, berlebih-lebihan dan membazir.

Berhemat
Hendaklah saudara menggunakan harta umum umat Islam itu kepada jalan-jalan yang menggalakkan perusahaan dan pembangunan ekonomi Islam. Hendaklah saudara berjaga-jaga supaya jangan sampai keciciran wang itu walau sekupang sekalipun ke tangan pihak yang bukan Islam walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Hendaklah saudara jangan memakai melainkan barang-barang buatan tanah air saudara sendiri.

5. UNTUK ORANG LAIN

Adil
Hendaklah saudara berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum walau apa pun jua perkaranya. Janganlah saudara lupakan kebaikan orang lain sebab saudara marah; dan sebaliknya pula, janganlah saudara memejam mata daripada kejahatan-kejahatan mereka itu kerana saudara menyayanginya. Budi baik orang lain hendaklah dikenang walaupun ketika dalam keadaan bermusuhan. Hendaklah saudara bercakap benar walaupun terhadap diri sendiri atau terhadap orang yang paling hampir dengan saudara sekalipun percakapan yang benar itu pahit dan maung akibatnya.

Komited
Hendaklah saudara cergas dan terlatih dalam membuat perkara-perkara kebajikan am. Kecerdasan ini dapat diukur dengan perasaan gembira saudara ketika saudara dapat memberi khidmat kepada orang lain untuk mencapai maksud ini hendaklah saudara menziarahi orang-orang sakit, menolong orang-orang yang berhajat, menanggung bebanan orang-orang yang lemah dan melapangkan dada orang-orang yang ditimpa kemalangan atau bencana walaupun hanya sekadar dengan cakap-cakap yang melegakan hati. Tegasnya, hendaklah saudara segera melakukan kebajikan walau apa jua pun coraknya.

Belas Kasihan
Hendaklah saudara bersifat belas kasihan dan bertolak ansur. Dalam hal ini hendaklah saudara memaafkan dan mengampun kesilapan-kesilapan orang lain. Belas kasihan ini bukan sahaja terhadap sesama manusia akan tetapi juga terhadap makhluk haiwan. Hendaklah saudara bermuamalah dengan orang lain secara yang baik; sentiasalah berkelakuan baik terhadap orang ramai dan hendaklah saudara memelihara sopan santun secara Islam dalam pergaulan sehari-hari–iaitu dengan cara menaruh perasaan belas kasihan kepada yang kecil dan menghormati yang tua, melapangkan tempat ketika di dalam mana-mana majlis perhimpunan ramai. Janganlah saudara mengintai atau mengumpat; jangan menceroboh bahkan hendaklah saudara terlebih dahulu meminta izin ketika hendak masuk ke sesuatu tempat dan begitu juga ketika hendak keluar daripada sesuatu tempat.

Hak
Hendaklah saudara meminta hak saudara dengan cara yang baik dan hendaklah menunaikan hak orang lain dengan sepenuhnya dengan tidak payah dituntut dan dengan tidak lengah-lengah lagi.

6. UNTUK GERAKAN DAKWAH

Hindari Kumpulan yang Tidak Berfaedah
Anda hendaklah melepaskan diri daripada berhubung dengan sebarang badan atau kumpulan yang tidak memberi faedah kepada gerakan dakwah kita.

Tegakkan Kebiasaan Islam
Berusahalah sedaya upaya menghidupkan kebiasaan yang bercorak Islam dan perangi adat dagang dalam semua lapangan hidup, termasuk cara memberi hormat, tutur kata, bahasa itu sendiri, sejarah, pakaian dan masa bekerja.

Berhati-hati Bertindak
Jangan menonjolkan diri dalam apa jua mahkamah bukan Islam; iaitu dengan jalan tidak berhakimkan kepadanya kecuali jika terpaksa. Janganlah pergi ke kelab-kelab yang bukan Islam, akhbar-akhbar, kumpulan-kumpulan, sekolah-sekolah dan badan-badan serta perbadanan-perbadanan yang menentang Islam. Pemulauan ini hendaklah saudara lakukan dengan cara yang bersungguh-sungguh. (Ulasan: Bagaimana jika seorang naqib usrah sengaja mengeluarkan anaknya daripada taman asuhan kanak-kanak Islam dan menghantar anak itu ke tadika Kristian? Bagaimana dnegan ahli usrah yang meninggalkan sekolah kebangsaan dan menyekolahkan semua anak mereka di sekolah rendah berjenama Saint.)

Berkenalan
Kenalilah semua anggota cawangan sendiri. Perkenalkan diri sendiri kepada mereka dengan sejelas-jelasnya sambil menunjukkan bahawa anda benar-benar berasa kasih sayang, penghargaan, sanggup bertolong-tolongan dan buktikan bahawa anda mengutamakan kepentingan mereka berbanding dengan kepentingan diri sendiri.

Sumbangkan Harta untuk Gerakan
Sumbangkan sedikit daripada harta anda untuk gerakan dakwah. Janganlah pula lupa mengeluarkan zakat yang wajib. Peruntukan sedikit harta untuk pengemis dan orang-orang yang terputus rezeki, walaupun pendapatan anda sangat kecil.

Berdakwah dan Selalu Sedia
Berusahalah menyiarkan seruan dakwah ke segenap teluk rantau. Corakkan rumah tangga, keluarga dan semua rakan taulan dengan corak keislaman. Laporkan suasana yang mengelilingi anda kepada pucuk pimpinan. Hendaklah anda sentiasa berhubung rapat dengan pucuk pimpinan dari segi jiwa dan amalan. Malah kita hendaklah meminta persetujuan mereka terlebih dahulu dalam setiap langkah yang penting di samping menganggap diri kita sebagai askar yang sentiasa dalam keadaan siap sedia dan hanya menunggu perintah untuk bertindak.

7. UNTUK TUHAN

Mengawasi Allah
Janganlah saudara terputus daripada mengawasi Allah. Sentiasalah berniat ikhlas kerana Allah dalam sebarang pekerjaan. Saudara hendaklah sentiasa beringat-ingat serta bersedia untuk ke akhirat; iaitu dengan jalan beramal dengan ibadat sunat untuk menghampirkan diri kepada Allah. Banyakkan zikrullah dalam semua hal serta berdoa dengan doa-doa yang ma’thur yang pernah diamalkan oleh Rasulullah dalam setiap keadaan.

Amalkan Wirid Khas
Amalkan wirid yang khas bagi Ikhwan Muslimin dan janganlah saudara mengecualikannya melainkan sesuatu situasi cemas dan memaksa.

Bersih dan Kelalkan Wuduk
Peliharalah kebersihan yang nyata dan yang maknawi. Seboleh-bolehnya sentiasalah berada dalam keadaan berwuduk.

Solat
Dirikan solat dengan betul dan pada waktu-waktunya yang ditentukan. Seboleh-bolehnya selalulah ke masjid dan berjemaah di sana.

Puasa
Hendaklah saudara berpuasa pada bulan Ramadan dengan sebaik-baiknya.

Haji
Hendaklah saudara menunaikan fardu haji jika mampu. Jika belum mampu, bekerjalah untuknya sekarang juga.

Beristighfar
Hendaklah saudara sentiasa membaharui taubat dan istighfar meminta ampun kepada Tuhan. Jauhkan diri daripada segala dosa besar dan dosa kecil.

Manfaatkan Masa
Hendaklah saudara menjaga masa kerana masa itu adalah umur saudara; oleh itu hendaklah saudara menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang samar-samar hukumnya supaya dengan menjauhkan diri daripadanya saudara tidak terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram.

Kawal Diri
Lawan diri sendiri dengan sehebat-hebatnya agar mudah saudara memimpin diri sendiri. Kawallah mata dan perasaan hati sendiri. Kuasailah desakan kemahuan dalam diri dan halakanlah semuanya itu kepada perkara yang halal lagi baik. Elakkan diri daripada apa jua perkara yang haram walau apa pun jua coraknya.

8. UNTUK KESEMUANYA

Kekal Niat Jihad
Hendaklah saudara sentiasa berada dalam keadaan niat berjihad dan untuk-Nya sedaya upaya.

Muhasabah
Sebelum tidur, peruntukkan masa selama satu jam untuk menyoal diri sendiri tentang sejauh mana dan sebanyak mana saudara menunaikan kewajipan ini. Jika didapati jawapannya baik, bersyukurlah kepada Allah; tetapi jika dapati kekurangan maka pintalah ampun kepada Allah dan bertaubatlah. Hendaklah saudara pinta pertolongan daripada-Nya kerana Allah itu sebaik-baik Pengawal dan sebaik-baik Pembantu.

USRAH DAN CIRI-CIRI NAQIB YANG CEMERLANG

A. Pengertian Usrah

a. Bahasa – Keluarga

b. Istilah

– Ikatan persaudaraan sesama manusia sama ada dalam hubungan rumahtangga, darah keturunan, suku bangsa atau puak

c. Dalam kontek Harakah Islamiyyah

– Satu unit keluarga yang diikat oleh kesatuan aqidah (fikrah), kesatuan kesedaran tentang persamaan sejarah dan nasib dan kesatuan cita-cita perjuangan untuk bekerjasama dan Bantu-membantu untuk memperkukuhkan jamaah Islam dari berbagai sudut bagi membolehkan kerja-kerja amal jama’i dan amal Islami dilaksanakan dengan teratur sehingga tertegaknya Daulah dan Khilafah Islamiyyah.

.

B. Anasir-Anasir Yang Menjayakan Usrah

a. Naqib ( Ketua Usrah )

– ciri-ciri naqib atau naqibah

1. Mempunyai kefahaman yang baik dalam agama

2. Iman yang mendalam

3. Amanah

4. Keikhlasan yang tinggi

5. Beramal dengan Ilmu

6. Syakhsiah yang terpuji

7. Mengenal jiwa

8. Pergaulan yang baik

9. Menjauhi segala yang menjejaskan imej naqib atau naqibah

10. Muhasabah dan mujahadah

b. Manhaj Usrah ( Sukatan Usrah )

1. Bersumberkan dari Al-Quran dan Hadith.

2. Memberi gambaran Islam sebagai satu sistem hidup.

3. Mengikut marhalah

Marhalah Ta’arif – Pengenalan

Marhalah Takwin – Pembinaan

Marhalah Tanfiz – Perlaksanaan

4. Mengandungi asas-asas dan tasawur aqidah yang kemas.

5. Bahan yang digunakan menyumbang ke arah perbentukan peribadi muslim yang baik.

6. Kandungan usrah memberi penekanan kepada anggota bahawa memelihara ajaran Islam dari semua sudut adalah satu kewajipan fardi mahupun jama’i.

7. Menekankan kesempurnaan ibadah khusus dan amalan-amalan yang membina kerohanian.

8. Kandungan usrah mengandungi unsur-unsur pembinaan fikrah dakwah harakah dan siasah secara seimbang.

9. Kandungan usrah menekankan panduan latihan kerja secara jama’I

– contoh : tanggujawab memelihara amanah, berkorban, wala’.

c. Kaedah Pengendalian Usrah

1. Bukan majlis sehala

2. Kandungan Usrah menepati marhalah anggota

3. Membina suasana ukhuwwah

4. Tidak meminggirkan anggota tertentu

5. Usrah tidak terlalu panjang

6. Tidak membiarkan majlis usrah menjadi majlis bergurau-senda

7. Menyalurkan arahan-arahan jamaah.

d. Adab-adab Usrah

1. Ikhlas

2. Menepati waktu

3. Berwudu’,

4. Berpakaian sopan dan bersih

5. Membawa segala keperluan usrah

6. Mulakan dengan membaca Al-fatihah

7. Mengakhiri majlis dengan kafaratul majlis dan bersalam salaman.

e. Anggota Usrah : Sifat dan Tanggungjawab

C. Masalah Dan Kelemahan Usrah Yang Berpunca Dari Naqib Atau Naqibah

1. Tidak mendapat bimbingan dan pengalaman yang mencukupi

2. Tidak mengenal Mad’u

3. Tidak ada fikrah dakwah dan harakah

4. Tidak membuat persediaan dan kajian terhadap bahan-bahan usrah

5. Tidak segera menyelesaikan masalah

6. Tidak memahami politik dan isu-isu semasa

7. Tidak mematuhi arahan jamaah.

D. Penilaian Terhadap Kesan Dan Kejayaan Usrah

1. Kefahaman ahli

2. Komitmen ahli

3. Pengobanan ahli

4. Wala’

Setakat inilah sahaja perbincangan aku mengenai Usrah. Aku bukanlah orang yang berusrah seperti kawan-kawan yang lain. Tetapi aku amat galakkan semua orang memasuki Usrah. Usrah bukanlah perkara yang susah nak dilaksanakanm, cuma memerlukan kepada Istiqamah yang tinggi sahaja. Kepada yang telah memasuki Usrah, jangan lupa diri dan berasa kalianlah yang terbaik. Ramai lagi yang tidak punya Usrah tapi punya semangat perjuangan berganda-ganda dari kalian. Kalian akan mengetahui semua ini jika kalian banyak bergaul dan bermuamalah dengan Manusia. Jangan terlalu taksub dengan Jemaah dan Usrah kalian sehingga membutakan mata kepada kebathilan dan kesalahan yang telah berlaku didalam jemaah dan usrah kalian, serta jangan pula membutakan mata kalian untuk melihat kebenaran dan kebaikan yang berada pada pihak lain yang tidak bersma jemaah dan usrah kalian. Jadilah orang yang cinta pada kebenaran dan kebaikan. Jangan jadi orang yang taksub kepada sesuatu perkara dan tidak dapat melihat kelemahan diri sendiri.

SALAM USRAH..

SALAM DARIKU..

Al-Faqir Wal Haqir ILALLAH,

SHAMSUL ANUAR AHMAD

~ oleh ANUAR AHMAD di Mei 20, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: