MAHASISWA IMPIAN ISLAM 16

8. Cabaran Pertembungan Dengan Syaitan dan Iblis

 

Mahasiswa juga tak akan terlepas dengan pertembungan dengan syaitan dan iblis. Ini diantara cabaran yang amat berat untuk dilalui oleh mahasiswa yang diimpikan oleh Islam. Ada yang berjaya menghadapi cabaran ini, dan amat ramai juga yang tersungkur bila berhadapan ujian dan godaan syaitan dan iblis.

 

Marilah kita mengenal musuh kita ini secara terperinci untuk menghadapi godaan dan taktiknya untuk menyesatkan anak adam dimuka bumi ini.

Syaitan atau juga Setan, Arab: شيطان, Shaitan. asalnya adalah salah satu golongan Malaikat yang paling beriman dan amat taat,pintar,patuh dan kuat beribadah kepada Allah.Golongan syaitan ini yang diketuai oleh (Azazel)selepas ingkar dengan perintah Allah disebut(iblis laknatullah. Syaitan dicipta dari api oleh Allah S.W.T. dan juga dikatakan berasal dari golongan Jin sebelum dipilih menjadi Malaikat. Ini membezakannya dari malaikat-malaikat lain. Disebabkan iblis ini menentang perintah Allah, dia diusir dari golongan malaikat dan dari Syurga, kerana ingkar akan perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam sebagai penghormatan ciptaan-Nya yang mulia. Menurut agama Islam, Tuhan meletakkan taraf manusia lebih tinggi daripada makhluk-makhluk yang lain kerana mereka diberikan akal – terutamanya untuk membandingkan yang buruk dari yang baik. Syaitan membangkang ciptaan Tuhan pada manusia dan mencegah dari menyujud di hadapan Adam seperti dilakukan oleh para malaikat lain. Tuhan bertanya kepada Syaitan: “Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?” Syaitan menjawab: “Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur.” Ini menunjukkan bahawa Syaitan merasa dirinya lebih bertaraf tinggi dari Adam kerana dia diperbuat dari api dan Adam diperbuat dari tanah, yang dianggap tidak bersih dan rapuh. Syaitan berjanji dan berkata di hadapan Tuhan, Nabi Adam dan para malaikat bahawa dia akan membinasakan Adam dan seluruh keturunannya (iaitu golongan manusia) sampai hari Akhirat kelak. Allah bersabda bahawa manusia yang mengikuti perintah-Nya tidak akan dibinasakan oleh Syaitan, tetapi yang mengikuti Syaitan akan turut dibinasakan dan diseksa di api neraka pada hari Akhirat. Syaitan juga yang memyebabkan Nabi Adam dan isterinya Siti Hawa terkeluar dari Syurga, walaupun mereka telah diampunkan oleh Allah, dan bisikannya menyebabkan anak mereka Qabil membunuh Habil.

Anak-anak iblis laknatullah

syaitan merupakan golongan penghasut yang juga merupakan anak-pinak dan keturunan kepada iblis laknatullah.Namun begitu,dikatakan iblis mempunyai 7 ekor anak yang mempunyai tugas jahat yang berbeza.setiap dari mereka telah melahirkan keturunan yang lain hasil dari perbuatan zina antara mereka dan syaitan-syaitan betina yang lain.Anak-anaknya adalah:

1.Tsabr:tugasnya adalah menggoda manusia berbuat maksiat ketika manusia sedang dalam kesusahan dan berada dalam kesedihan.Ketika manusia dalam kesusahan dan mendapat musibah, maka datanglah Tsabr dan kuncu-kuncunya membisik manusia agar melakukan segala kejahatan seperti berzina,bunuh diri,menghisap dada,minum arak,berjudi supaya manusia itu terus leka dan jangan kembali kepada Allah.

2.A’war:tugasnya adalah menghasut manusia supaya mendekati zina dan terus melakukannya dengan apa cara sekali pun.A’war dan pengikutnya akan menggambarkan keenakan dan keseronokan berzina dalam akal fikiran manusia dan mengobar-kobar kan nafsu.

3.Miswath:tugasnya adalah menyampaikan berita dusta atau penipuan yang mampu menimbulkan kemarahan dan fitnah besar,agar manusia itu akan kucar-kacir,hilang pertimbangan dan saling tuduh menuduh sehinggakan menyebabkan pertempuran yang hebat dan dahsyat.

4.Dasim:Tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan,mudah marah, dan permusuhan.selalunya dalam kes rumahtangga dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan.

5.Zaknabur:Tugasnya adalah memastikan dunia ekonomi dan perniagaan akan tergugat.menghasut para pedagang agar sentiasa tamak dalam mengaut keuntungan,kecurangan dan penipuan dalam muamalah(perhubungan).Memastikan pengurangan dalam timbangan dan bekalan,kelumpuhan ekonomi melalui sistem inflasi.serta merupakan pengajak utama manusia dalam melakukan riba(bunga atau faedah dalam perniagaan).

6.Khanzab:Menghalangi umat Islam dalam melakukan solat,menggangu umat Islam dalam melakukan solat(sembahyang).serta mencari jalan agar dapat menyebabkan manusia tidak akan dapat menyembah Allah dan mengelakkan agar sembahyang menjadi sempurna.

7.Walhan:Menggangu umat Islam agar sentiasa was-was dalam berwudhuk(bersuci sebelum melakukan sembahyang).ini akan menyebabkan umat Islam tidak sah dalam solatnya.Wuduk merupakan kepentingan yang amat perlu dititik beratkan sewaktu beribadah kepada Allah.Walhan juga,menyebabkan manusia agar sentiasa membazir dalam menggunakan sesuatu perar atau benda.

Jadi diingatkan agar manusia sentiasa beringatkan bahawa syaitan merupakan musuh utama yang amat perlu dielakkan.Allah SWT sama sekali melarang untuk hambanya mengikut taghut(perkara yang melampaui batas seperti menyembah selain Allah)dan menjadikan syaitan sebagai idola dalam aktiviti seharian.

Aset-aset yang Digunakan Syaitan untuk Menggangu Manusia

 

Mancung/Paruh Syaitan membuatkan manusia Lupa Sabda Muhammad Rasullullah:”Sesungguhnya syaitan itu meletakkan muncungnya diatas hati anak Adam,maka jika manusia ingat kepada Allah,maka mundurlah ia dan jika manusia itu lupa kepada Allah,dipatuklah hatinya”(Hadis Riwayat Ibnu Jauzi)

syaitan menangis Sabda Muhammad Rasullullah:”Apabila anak Adam membaca Surah Assajadah,lalu ia sujud,nescaya menyingkirlah syaitan sambil menangis dengan meratap:”Ah…Celakalah aku.Anak Adam disuruh sujud lalu ia sujud maka ia mendapat syurga,tetapi aku disuruh sujud maka membangkang,maka aku mendapat neraka”(Hadis Riwayat Ahmad,Muslim,Ibnu Majah)

syaitan kencing Dari Ibnu Masud dia berkata:Diceritakan(Allah)kepada Nabi Muhammad SAW tentang seseorang lelaki yang tidur hingga Subuh(waktu Fajar Pagi),sabda Baginda:”Itulah orang lelaki yang dikencingi oleh syaitan pada kedua telinganya”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(As-Syaikhan)

syaitan tertawa(ketawa) Nabi bersabda bermaksud:”Apabila menguap salah seorang kamu dalam solat,maka hendaklah ia tutup mulutnya sedapat mungkinbdan jangan ia mengucap “Ahhh…”,kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan dan ia tertawa kerananya.”(Hadis Riwayat Bukhari).

syaitan mempunyai rambut dan janggut yang kusut “Dari Atha bin Yasr dia berkata:Telah datangnya lelaki kepada Rasullullah SAW dalam keadaan kusut rambut dan janggutnya,maka Rasullullah memberi isyarat kepada lelaki itu,seakan-akan disuruhnya membereskan(meluruskan) rambut dan janggutnya.Maka orang itu mengerjakannya,kemudian ia kembali.Maka Rasullullah SAW bersabda:”Bukankah ini lebih baik darpada seseorang yang datang dengan kusut rambutnya seperti syaitan.”(Hadis Riwayat Malik)

syaitan menyilangkan(mematah-matahkan) jari tangan:Nabi Muhammad Bersabda(memberitahu):Apabila salah seorang kamu berada di dalam masjid ,maka janganlah sesekali menyilangkan(mematah-matahkan)jari tangan,kerana menyilangkan jari-jari tangan itu dari syaitan.Dan seorang kamu tetap dalam pahala solat selama ia berada di dalam masjid(mosque) sehingga ia keluar darinya.”(Hadis Riwayat Ahmad).

syaitan masuk dalam aliran darah manusia:Sabda Rasullullah SAW bermaksud:”Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti pejalanan darah.Oleh sebab itu,aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(as-Syaikhan)

syaitan takut orang yang solat berjemaah:Sabda Nabi Muhammad yang bermaksud:”Jika ada tiga orang di desa atau digunung yang tidak menunaikan solat berjamaah,nescaya mereka dikusai oleh syaitan.Oleh sebab itu,hendaklah kamu berjamaah kerana sesungguhnya serigala tidak akan memakan kambing melainkan yang terpisah sendiri dari rombongan”(Hadis Riwayat Abu Daud).

Hentakan kaki syaitan menyebabkan wanita istihadhah(mengeluarkan darah haid secara berlebihan walaupun dalam keadaan sihat).Dari Amnah binti Jahsy bahawa ia keluar darah banyak dan deras(mengalir-ngalir) dari kemaluannya(darah istihadhah),lalu ditutup dengan kapas masih juga keluar dan ditutup dengan kain masih juga keluar.Rasullullah bersabda:”Sesungguhnya darah yang keluar deras itu adalah salah satu hentakan kaki dari hentakan-hentakan kaki syaitan.”(Hadis Riwayat Ahmad,Abi Daud dan Tirmidzi)

nota:Kini bagi merawati masalah tersebut dari terus menerus yang boleh menyebabkan mudarat jika terus dibiarkan kaedah perawatan islam diperkenalkan dengan menggunakan bahan-bahan berteraskan alam semula jadi dan menggunakan ayat-ayat tertentu.Teknologi perubatan moden pun telah dapat merawati masalah itu itu dari terus berlaku.

syaitan menghadang di saf solat.Sabda Rasullullah:”Apabila salah seorang kamu solat(sembahyang dengan memakai batas(Sutroh)(penghadang),lalu ada orang yang melintas dhadapannya(dalam kawasan solat,dibawah penghadang)maka hendaklah ia menghalanginya.Tetapi jika orang itu enggan(dalam keadaan curiga,melintasi dengan sengaja berulang kali)maka boleh orang itu diperangi(usir atau dibunuh),kerana dia itu tidak lain adalah syaitan”.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(As-Syaikhan)

Rasullullah SAW menangkap dan mencekik syaitan:”Ketika Nabi SAW akan melakukan solat,lalu datang kepadanya syaitan hendak memutuskan solatnya.Maka Nabi Muhammad SAW menangkapnya(syaitan itu)lalu mencekiknya sehingga keluar air liurnya diatas tangannya(Nabi).”(Diceritakan oleh Ibnu Qoyyim)

syaitan kentut:”Apabila diseru untuk melakukan solat(laungan azan),maka mundurlah syaitan sampai terkentut sehingga ia tidak mendengarkan azan,maka selesai azan ia kembali lagi.Dan apabila akan berdiri solat(laungan iqamah),ia mundur lagi dan apabila selesai iqamah,ia datang kembali”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(as-Syaikhan).

syaitan menyelit disaf solat yang renggang:Sabda Muhammad Rasullullah:”Luruskan saf-safmu,rapatkan bahu-bahumu(dalam solat) dan berlaku lembutlah terhadap tangan-tangan saudaramu dan tutuplah tempat-tempat renggang kerana seungguhnya syaitan masuk(menyelitkan diri)pada celah-celahmu,bagaikan anak kambing yang menyelit di celah-celah induknya.”(Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrany)

syaitan menghalangi khusyuk solat(menyempurnakan sembahyangnya).”Dari Aisyah berkata:Aku pernah bertanya kepada Rasullullah SAW tentang menengok dalam solat(melihat-lihat kemana-mana arah tanpa perlu)maka sabda Nabi Muhammad SAW:”Itu adalah curian cepat yang dicuri syaitan dari hambaNya(Allah)”(Hadis Riwayat Bukhari,Ahmad,An-Nasai dan Abu Daud)(Hadis Sahih)

Sabda Rasullullah lagi yang bermaksud:”Akan datang syaitan pada seseorang kamu dalam solatnya,lalu syaitan mengingatkan kepadanya,keperluan begini dan begitu.Maka janganlah ia menurutinya.Dan syaitan datang pula pada waktu tidurnya,maka syaitan memberikan berita mimpi buruk padanya,maka janganlah diikutinya(mempercayainya)”.(Hadir Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

syaitan membuat mimpi buruk:Muhammad Rasullullah SAW bersada yang bermaksud:”Apabila seseorang kamu bermimpi yang tidak disukai(mimpi buruk),maka hendaklan ia meludah kesebelah kiri tga kali dan hendaklah membaca:

A’uzubillah hi minasyaitan nir rajim maksudnya:”Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam”.

Dan hendaklah ia pindah dari lambungnya ketika hendak tidur yang ia sedang ada diatasnya”.(Hadis Riwayat Muslim,Abu Daud,An-Nasai dan Ibnu Majah).

syaitan mencelak mata.syaitan akan mencelak mata para pendengar ceramah agama atau khutbah supaya para pendengar akan tertidur dan leka tidak menghayati apa-apa yang dikatakan oleh penceramah.

syaitan mengincu bibir.syaitan akan mengicu bibir para pendengar ceramah supaya dapat berbual-bual dengan temannya dan dapat mengeluar kata-kata kesat.

syaitan akan mengetuk para pendengar ceramah dengan tongkatnya agar dapat membuat bising dan tidak akan duduk diam,disamping membuat kacau dan kekalutan.

Banyak lagi propaganda yang telah dilakukan oleh syaitan untuk menyesatkan manusia supaya tidak dapat manusia itu berpaut kembali kepada tali akidah dan ajaran Allah yang tulus dan benar.Manusia diingatkan agar behati-hati menjalani kehidupan ini agar tidak terpedaya dengan dakyah-dakyah syaitan.

Tujuan Allah menciptakan syaitan adalah untuk menguji tahap keimanan manusia itu kepada Allah.Sesiapa yang terpedaya dengan ajakan syaitan Allah akan membalas dengan azab sensara yang pedih di dunia dan di akhirat.Manakala orang yang berbuat baik dan berjaya menyekat kejahatan syaitan ,Allah akan membrikan penghargaan yang tidak erkira dan dibalas dengan Syurga dan kehidupan yang tetap berbahagia.

Allah tidak akan menguji manusia itu dengan berlebih-lebihan dari kemampuan orang itu sahaja.syaitan merupakan salah satu bencana kepada orang yang ingkar kerana mereka akan terus mengikuti syaitan selagi mereka tidak mendapat restu dan inayah dari Allah.

Dikatakan juga orang yang dirasuki syaitan atau jin jahat sebenarnya adalah orang yang mempunyai kelemahan dalam iman disamping jiwa raganya yang kosong dan lemah rohani, zahir dan batinnya.syaitan mudah untuk mendekati orang yang mempunyai sifat demikian dan menjadi penempatan(perumah) bagi syaitan.Pengubatan Islam sahaja yang mampu menghalau perkara tersebut dari terus membahayakan manusia.

syaitan yang cuba untuk mendengar rahsia Kerajaan Allah di langit.Allah akan melontarkan api-api dilangit(asteroid,meteor atau meteorid)kepada syaitan.Dlam kejadian itu,dengan izin Allah ada juga syaitan yang berjaya mendapatkan maklumat atau rahsia dari Kerajaan Allah di langit.Demikian dari situ lah munculnya golongan sihir(golongan manusia yang suka mengamalkan ilmu mistik atau ilmu hitam yang sudah diduga banyak melakukan penyimpangan akidah dan kepercayaan kolot) yang cuba menjadikan syaitan sebagai rakan dan akhirnya mudah untuk golongn sihir membuat penipuan dan kejahatan didalam bumi ini.

syaitan akan dimatikan oleh malaikat maut @ Azrael Angel @ Malaikat Izrail atas arahan Allah,pada akhir zaman nanti setelah Allah membinasakan segala-galanya yang berada di alam buana dan semesta ini.syaitan akan dihidupkan kembali untuk menerima janji Allah sebagai bahan bakar dalam neraka.Pada waktu itu peneman syaitan yang turut binasa adalah manusia dan jin yang ingkar dengan perintah Tuhan serta batu-batuan.[1]

 
Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Katakanlah(Wahai Muhammad):”Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.Yang Menguasai sekalian manusia,Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik,penghasut yang timbul tenggelam,yang melemparkan hasutannya ke dalam hati manusia,(iaitu pembisik dan penghasut)dari kalangan jin dan manusia.”

(Surah An-Nas:ayat 1-6)Al-Quran)

BIODATA SYAITAN:

Disini diperkenalkan beberapa maklumat biodata musuh anda , iaitu iblis
laknatuLaah!

Nama sebenar : Iblis
Mula terkenal : Selepas derhaka kpd Allah
Ahli keluarga : Puak puak taghyut (mensyirikkan Allah dlm keadaan apa jua pun)
Agama tetap : Kafir
Hobbi utama : Berlaku taghyut dan kesesatan
Cita-citanya : Mengsyirikkan seluruh manusia
Tempoh tamat : Sehingga tiba hari kiamat
Pekerjaannya : ” Ketua pengarah” puak-puak yg dimurkai
Tempoh kerja : Sehingga tiba hari pembalasan
Amalan paling disukai : Berliwat dan lesbian
Alamat tetap : Neraka Jahannam
Tempat lepak : Hati org-org yg lalai
Darjat kebesaran : Fasik, darjat pertama
Empayar jajahan : Di hati yg tidak ada “zikrulLaah”
Jalan perjuangan : Bengkok dan penuh penyelewengan
Musuh perjuangan : Golongan muslimin lebih-lebih lagidan penegak kebenaran
berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW
Modal utama : Angan-angan tinggi
Majlis yg disukai : Pasar-pasar & pusat maksiat
Lambang amalan : Nifaq( hipokrit )
Pakaian kerja : Baju besi khusus
Isteri di dunia : Wanita yg tidak menutup aurat & pelacur
Kekasih utama : Org yg lalai dari mengingati Allah
Saat yg menyedihkan : Apabila manusia beristighfaar
Kediaman rasmi : Dalam jamban tahi
Sifat utama : Tidak tetep pendirian,terpulang pada keadaan
Rakan taulan : Puak-puak munafiqiin
Punca rezeki : Benda-benda haram
Bilik operasi : Tempat tempat najis,kotor serta tempat maksiat
Arah pengembaraan : Neraka Jahannam
Rakan Puak: puak syaitan dari kalangan jin & insan
Rakan sekerja :Mereka yg bisu terhadap kebenaran
Upah kerja : Dosa dosa , termasuklah pengikut-pengikutnya
Bentuk interaksi : mengumpat & menghasut
Makanan asasi : Daging mayat (pengumpat )

Org yg ditakuti : Mukmin yg bertaqwa
Mereka yg dibenci : Org-org yg selalu berzikir
Pertahanan diri : Tipu daya yaitan selalunya lemah
Buruan utama : Golongan-golongan wanita
Ungkapan rahsia : “Akulah..” iaitu kalimah takabbur
Janji manisnya : menakut-nakutkan manusia dgn kemiskinan
Yg menyedihkannya : Ramai yg bersujud kpd Allah

 

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita – pintu marah – cinta dunia

 

– kebodohan(keengganan menghadiri majlis ilmu)

– panjang angan-angan

– rakus

– bakhil

– suka pada pujian

– riak

– ujub (merasa kagum)

– takut dan gelisah

– buruk sangka

– memandang rendah pada orang lain

– merasa suka pada dosa

– merasa aman daripada pembalasan “ALLAH”

– putus asa daripada rahmat “ALLAH”

 

15 Sanjata Menghalang Syaitan

 

– Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)

– Banyakkan bezikir

– Banyakan Beristigfar

– Baca “la i’ la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min”

– Jangan tidur berseorangan

– Baca doa pagi dan petang

– Bersugi

– Melaksanakan solat jemaah

– Berwudhuk sebelum tidur

– menutup aurat

– Membaca doa masuk tandas.

– Banyak berselawat pada hati

– Bertaubat, beristighfar

– Banyakan baca Al-Quran

– Membaca surh Yassin setiap pagi

 

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

 

– Rumah yang bersih

– Penghuni membaca “Bismillah” ketika memasuki rumah

– Sentiasa berzikir(ahli rumah menegakkan solat)

– Panghuninya jujur dan memenuhi janji

– Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya     halal)

– Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)

– Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa.

 

7 Perangkap Syaitan

 

Dengan memandang dan memperhatikan cara bagaimana (modus operandi) syaitan menyesatkan manusia, seseorang akan menjadikan syaitan sebagai musuh, berusaha menjaga diri secara maksima daripada godaannya, memelihara diri, sedar dan sentiasa ingat terhadap apa yang diinginkan oleh musuh tersebut sedang ia tidak merasainya. Syaitan ingin memerangkapnya dengan tujuh macam perangkap. Sebahagiannya lebih sulit dari sebahagian yang lain. Dan syaitan tidak akan beralih dari perangkap yang berat kepada yang lebih ringan kecuali  jika ia  tidak berhasil dengan perangkap tersebut.

 

Perangkap Pertama: Kufur Kepada Allah Subhanahu wa Taala, Agama-Nya, Pertemuan Dengan-Nya, Kesempurnaan Sifat-Sifat-Nya, Dan Ingkar Terhadap Berita-Berita Yang Disampaikan Oleh Para Rasul-Nya

 

Apabila syaitan berhasil dengan perangkap ini, maka padamlah api permusuhannya, dan dia akan beristirehat. Tetapi  jika seorang hamba berhasil mengatasi perangkap ini dan selamat daripadanya dengan hidayah dan cahaya iman, maka syaitan akan beralih kepada tingkatan kedua.

 

Perangkap Kedua: Bid’ah.

 

Bid’ah ini mungkin berupa keyakinan yang menyalahi kebenaran yang dibawa oleh para rasul Allah Subhanahu wa Taala.  Ia  juga mungkin berlaku dalam bentuk ibadah dengan cara yang tidak diizinkan Allah Subhanahu wa Taala, seperti syiar-syiar dan upacara-upacara yang diada-adakan di dalam agama. Kedua jenis  bid’ah ini (aqidah dan ibadah) pada umumnya berkaitan antara satu dengan yang lain, jarang sekali yang satu terlepas dari yang yang satu lagi.

 

Perangkap ini dapat diatasi dengan cahaya sunnah, atau iltizam (berterusan) mengikuti sunnah dan perilaku para salaf yang soleh dari  kalangan sahabat dan tabi’in. Tetapi pada zaman kebelakangan ini, sangat sulit ditemukan manusia jenis ini. Jika ada orang  yang bersikap sedemikian, maka para ahli bid’ah akan memasang  jerat, berusaha membinasakannya dan mengolok-oloknya sebagai “ahli  bid’ah, tukang mengada-ada.”

 

Perangkap dengan jalan bid’ah ini disukai oleh syaitan, kerana bid’ah bererti melawan agama dan menolak ajaran yang dibawa oleh rasul. Pelakunya tidak akan bertaubat dan tidak akan surut ke belakang, bahkan selalu mengajak orang lain untuk turut berbuat bid’ah. Juga kerana bid’ah mengandung perkataan atas nama Allah tanpa  berdasarkan ilmu maka dengan bid’ah orang akan memusuhi sunnah dan juga orang yang melakukan sunnah. Dengan bid’ah, orang akan berusaha keras untuk memadamkan cahaya  sunnah. Disebabkan bid’ah, orang akan mempergunakan sesuatu yang ditolak  Allah dan rasul-Nya, dan menolak apa yang disuruh oleh Allah. Disebabkan bid’ah, orang akan bersikap setia kepada orang yang memusuhi Allah, dan memusuhi orang yang setia kepada Allah, menetapkan apa yang ditiadakan Allah dan meniadakan apa yang ditetapkan Allah, membernarkan yang dusta dan mendustakan yang  benar, menentang kebenaran dan keadilan dan memutarbelitkan hakikat dengan menjadikan yang benar sebagai batil dan yang batil sebagai kebenaran, menyelewengkan agama Allah, membuat hati buta akan kebenaran, membengkokkan jalan Allah yang lurus, dan membuka pintu untuk mengganti agama Allah secara  keseluruhan.

 

Kerana bid’ah-bid’ah itu akan terus meningkat sedikit demi sedikit, dari yang kecil hingga menjadi besar, hingga melepaskan pelakunya dari agama. Tidak ada yang selamat daripada kemudaratan bid’ah ini kecuali orang-orang yang mempunyai bashirah iaitu pandangan batin yang terang.

 

“Barangsiapa yang tidak diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah, tiadalah dia mempunyai cahaya sedikit pun.” (An-Nur:40)

 

Jika Allah Subhanahu wa Taala memberinya pertolongan untuk mengatasi perangkap ini, maka syaitan akan beralih kepada perangkap ketiga.

 

Perangkap Ketiga: Dosa-Dosa  Besar.

 

Pada peringkat ini, syaitan akan berusaha untuk mengindahkan dosa-dosa pada pandangan mata seorang  hamba. Ditimbulkannya sikap menunda-nunda, dibuka kepadanya pintu pengharapan, dan dikatakan kepadanya, ‘Iman hanyalah keyakinan semata-mata, sehingga tidak ada perbuatan maksiat yang  dicela di dalam iman (asalkan masih beriman).”

 

Apabila dia dapat melintasi perangkap ini dengan perlindungan Allah atau dengan taubat yang tulus yang menyelamatkannya dari bid’ah, maka syaitan akan mengekorinya dengan perangkap yang seterusnya.

 

Perangkap Keempat: Dosa-Dosa Kecil.

 

syaitan menimbang dosa-dosa ini untuknya dengan timbangan seraya mengatakan, “Tidak mengapa kamu melakukan dosa-dosa kecil asalkan kamu jauhi dosa-dosa besar. Apakah kamu tidak tahu bahawa dosa-dosa kecil dapat dihapus dengan menjauhi dosa-dosa besar  dan dengan melakukan kebaikan-kebaikan?” Akibatnya, seorang hamba menganggap ringan terhadap dosa-dosa kecil sehingga dia senantiasa melakukannya. Kerana itu, orang yang melakukan dosa besar kemudian merasa takut dan menyesal adalah lebih baik daripada golongan ini. Sedangkan tidak lagi dinamakan dosa kecil apabila ianya dilakukan secara terus-menerus. Nabi s.a.w. bersabda:

 

“Jauhkan dirimu dari dosa-dosa kecil!” Kemudian beliau membuat perumpamaan untuknya dengan suatu kaum yang singgah di suatu tanah lapang. Lalu mereka memerlukan kayu bakar, maka si anu mengambil satu ranting  dan si anu satu ranting, sedikit demi sedikit, akhirnya terkumpullah kayu bakar yang banyak. Kemudian mereka menyalakan api, hingga mereka boleh memasak roti mereka. Demikianlah diumpamakan dosa-dosa kecil itu bertumpuk pada seseorang, sedang dia meremehkannya, hingga dosa-dosa itu membinasakannya.

 

 

PERANGKAP KELIMA: Hal-Hal Harus (Mubah) Yang Tidak Terlarang Untuk Dilakukan.

 

Lalu dia sibuk dengan hal-hal mubah itu sehingga tidak memperbanyakkan ketaatan, dan tidak bersungguh-sungguh di dalam mencari bekalan untuk kembali ke akhirat nanti, kemudian meningkat lagi keinginannya untuk meninggalkan hal-hal yang sunat, dan daripada meninggalkan hal-hal yang sunat kemudian berlanjutan meninggalkan sebahagian amalan yang wajib. Kesan paling minima ialah seseorang itu tidak akan memperolehi keuntungan di dunia dan akhirat, penghasilan-penghasilan yang besar, dan kedudukan yang mulia.

Jika seorang hamba terselamat dari perangkap ini dengan pandangan hati (bashirah) yang sempurna dan cahaya petunjuk, mengetahui nilai ketaatan dan memperbanyakkan ketaatan, maka syaitan akan beralih kepada perangkap yang seterusnya.

 

PERANGKAP KEENAM: Amalan-Amalan Ketaatan Yang Lemah Dan Kurang Utama.

 

Syaitan akan menyuruh melakukannya, menampakkannya baik dalam pandangannya, menghiasinya, dan memperlihatkan adanya keutamaan dan keuntungan di dalamnya, agar dia sibuk dengannya daripada sesuatu yang lebih utama dan  besar keuntungannya. Apabila tidak berhasil menjadikan manusia langsung tidak mendapat pahala sama sekali, maka syaitan akan cuba pula untuk menghalang hamba tersebut supaya tidak mendapatkan kesempurnaan dan keutamaan, atau darjat yang tinggi. Maka syaitan akan menyibukkan hamba tersebut dengan sesuatu yang tidak utama daripada yang utama, yang lemah daripada yang kuat, yang dicintai Allah daripada yang lebih dicintai-Nya, yang diredhai daripada yang lebih diredhai-Nya.

 

Namun, tidak banyak jumlah orang yang dapat melepasi perangkap ini, kerana kebanyakan mereka telah berhasil dikalahkan syaitan pada perangkap-perangkap sebelumnya.

 

Untuk menyelamatkan diri daripada perangkap ini, seseorang hamba itu perlu mengetahui dan memahami martabat-martabat amalan-amalan di sisi Allah, dan keutamaan kedudukannya, mengerti nilainya, dapat membedakan antara yang tinggi dan yang rendah, antara yang tidak utama dan utama, antara kepala dan ekornya kerana setiap amalan-amalan itu ada mempunyai kedudukan dan keutamaannya di sisi Allah Subhanahu wa Taala, sebagaimana dikatakan dalam hadis sahih:

“Penghulu istighfar ialah seorang hamba mengucapkan, Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku. Tidak ada Tuhan yang berhak diibadati kecuali Engkau….”

 

Tidak ada yang dapat melintasi dan selamat dari perangkap ini kecuali orang-orang yang memiliki bashirah dan kesungguhan dari kalangan ahli ilmu, yang selalu berjalan menyusuri taufiq, menempatkan amalan-amalan pada tempatnya, dan memberikan hak kepada masing-masing yang berhak.

 

Apabila seorang hamba selamat dari perangkap ini, maka tinggal satu tingkatan lagi yang akan digunakan oleh musuh (syaitan) terhadap hamba (manusia). Kalau ada orang-orang yang dapat selamat darinya, maka mereka itu adalah para rasul, nabi-nabi Allah, dan manusia-manusia yang mulia. Rintangan itu adalah:

 

PERANGKAP KETUJUH: Menugaskan Tenteranya Untuk Mengganggu Seorang Hamba Dengan Bermacam-Macam Gangguan, Dengan Tangan, Lisan, Dan Hati, Menurut Martabat Hamba Tersebut Di Dalam Melaksanakan Ketaatan.

 

Kalau martabat  orang itu tinggi, maka syaitan akan menugaskan pasukan berkuda dan pejalan kakinya, bahkan dibantu pula dengan tenteranya yang lain dan dikerahkan pula anggota-anggotanya dengan bermacam-macam tindakan.

 

Rintangan pada peringkat ini akan sentiasa wujud dan tidak dapat dihindari, kerana semakin bersungguh-sungguh seseorang dalam istiqamah dan dakwah kepada jalan dan agama Allah dan dalam melaksanakan perintah-perintah-Nya, maka musuh akan semakin meningkatkan usahanya di dalam menghasut orang-orang yang yang bodoh. Pada peringkat ini syaitan telah bersedia dengan  baju perang. Kerana itu Mukmin sentiasa berada di dalam suasana perang terhadap musuh.

 

Maka ubudiyah (pengabdian) seorang hamba pada peringkat ini adalah ubudiyah orang-orang khusus dari kalangan arifin, dan inilah yang dinamakan dengan ubudiyah muraghamah (ubudiyah kepada Allah yang menjadikan syaitan marah), dan tidak ada yang menyedari hal ini kecuali orang-orang yang memiliki bashirah (mata batin) yang sempurna. Tidak ada  sesuatu yang lebih dicintai oleh Allah daripada tindakan kekasih-Nya yang membangkitkan kemarahan musuh-Nya (kerana tidak mengikuti ajakannya), sebagaimana firmanNya

 

“Yang demikian itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan dan kelaparan di jalan Allah, dan tidak pula menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir, dan tidak menimpakan suatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskan bagi mereka dengan yang demikian itu dengan amal soleh. Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang berbuat baik.” (at-Taubah:120)

 

Dan Allah memberikan perumpamaan bagi Rasulullah SAW dan pengikut-pengikutnya:

“Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil,  iaitu seperti tanaman   yang mengeluarkan tunas, maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat, lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan ketaatan orang-orang mukmin)” (al-Fath:29) 

 

Maka menjengkelkan orang-orang kafir (dengan melaksanakan ketaatan kepada  Allah) merupakan sesuatu yang dicintai Allah dan dituntut-Nya. Rasulullah SAW mensyariatkan kepada orang yang   lupa melakukan  sesuatu di dalam solahnya, agar melakukan sujud sahwi, dengan sabda beliau;

“Jika solahnya sudah sempurna, maka kedua sujud itu menghinakan syaitan.”  Dan dalam satu riwayat  yang lain “Menjengkelkan syaitan.”

 

Sejauh mana kecintaan hamba kepada Tuhannya, kesetiaannya kepada-Nya, dan permusuhannya terhadap musuh-Nya, maka sejauh itu pulalah bahagiannya dari muraghamah (menjengkelkan musuh Allah).

 

Ini  termasuk masalah ubudiyah yang tidak banyak difahami orang. Barangsiapa yang merasakan kenikmatan dan kelazatannya, maka dia akan menangisi masa-masa lalunya (sebelum dia mengalami hal ini).

 

Allahlah tempat memohon pertolongan, hanya kepada Nya kita bertawakkal, dan tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolonganNya.

 

Orang yang telah mencapai maqam (kedudukan spiritual) ini apabila memandang syaitan dan memperhatikan dosanya, maka dia akan membuat syaitan jengkel dengan melakukan taubat yang tulus, dan muraghamah (menjadikan syaitan jengkel) ini merupakan ubudiyah juga.[2]

 

GOLONGAN MANUSIA YANG DIMUSUHI OLEH SYAITAN

Bagaimana keengkaran syaitan laknatullah menggoda umat manusia? perhatilah hadis Rasulullah S.A.W. berdasarkan riwayat Wahad bin Munabbih,ketika nabi sendiri ada berdialog dengan iblis atas perintah Allah hinggalah terjadi beberapa soal jawab antara baginda dengannya Nabi Muhammad S.A.W:
- Hai Iblis, berapa macamkah musuh-musuhmu dikalangan umatku?
  Iblis: musuhku dikalangan umatmu ada 15 golongan iaitu:
 
 1.Engkau sendiri(Nabi Muhammad S.A.W.).
 2.Raja-raja yang adil.
 3.Orang kaya yang merendah diri.
 4.Saudagar yang jujur.
 5.Ulamak yang khushuk.
 6.Mukmin yang suka menasihati orang.
 7.Orang beriman yang pemurah.
 8.Orang yang sungguh-sungguh hatinya ketika minta keampunan.
 9.Orang yang selalu menghindarkandiri dari suatu yang haram.
 10.Orang yang selalu dalam keadaan berwuduk.
 11.Mukmin yang banyak bersedekah.
 12.Mukmin yang selalu berbuat baik kepada orang lain.
 13.Mukmin yang tidak pernah menolak membantu orang -orang yang
    membaca al-Quran.
 14.Orang yang selalu membaca Al Quran.
 15.Orang beriman yang mengerjakan sembahyang tahajjud ketika orang
 lain
 nyenyak tidur di waktu malam.
 Itulah lima belas macam musuh setan/iblis laknatullah.

 


[1] . Wikipedia.

[2] . Madarij Saalikin, Ibnu Qayyim

~ oleh ANUAR AHMAD di Julai 10, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: