MAHASISWA IMPIAN ISLAM 20

12. Cabaran Sahabat Dan Rakan-Rakan

 

Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan Al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

 

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah

hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka

mencukupi keperluan.

 

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

 

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

 

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu

daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

 

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

 

12 Sifat SAHABAT

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.[1]

 

Erti Sebuah Persahabatan

 

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
TetapiDalam kita bersendirian,kita beruntung kerana.
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..
Kita tidak tahu.
Tetapi.jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu..

RENUNGILAH…

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)[2]

 

 

Menjalin persahabatan cara Rasulullah

 

KITA sering diingatkan supaya berhati-hati dalam memilih kawan. Rakan yang baik akan membawa kebaikan, sebaliknya yang jahat membawa kemudaratan.
Persahabatan Nabi Muhammad SAW dengan Saidina Abu Bakar adalah ikatan persaudaraan yang perlu dicontohi umat Islam.

Mereka sama-sama terbabit dalam perniagaan sehingga menjadi sahabat karib. Kedua-duanya mempunyai akhlak mulia, sama haluan dalam perjuangan sehingga terjalin kasih sayang dan kemesraan.

Persahabatan Rasulullah SAW dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman dalam memperjuangkan agama.

Ia sewajarnya dijadikan panduan bagi umat Islam memilih kawan yang baik.

Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah dijelmakan menerusi sabda Baginda bermaksud: “Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar.” (Hadis riwayat al-Baihaqi).

Rasulullah SAW juga meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar seperti dinaqalkan dalam buku susunan Syed Ahmad Semait, Sepuluh Yang Dijaminkan Masuk Syurga, katanya: “Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku! Engkau telah membenarkanku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah. Sesungguhnya tiada siapa pun, biar apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu.”

Allah SWT memilih Abu Bakar sebagai teman karib Rasulullah SAW dalam mendokong usaha dakwah amat bertepatan sekali.

Mencari kawan yang baik dan mampu membimbing ke arah kebaikan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW menggariskan beberapa perkara bagi memilih teman atau kawan yang baik, antaranya :

  Hendaklah bersahabat dengan orang yang bertakwa dan beriman

Sabda Baginda bermaksud:”Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

  Hindari daripada berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknya

Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya.”

Sabda Baginda lagi : “Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).

  Menegur kesilapan kawan di atas perkara yang benar

Ubadah Ibn As-Samit berkata: “Rasulullah SAW mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya.

Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah.” (Hadis riwayat Muslim).

  Membantu kawan ketika kesempitan

Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

INTIPATI
Mencari sahabat sejati

  Persahabatan Rasulullah SAW dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman dalam memperjuangkan agama.

  Mempunyai kawan yang baik mampu membimbing kita ke arah kebaikan.

  Sahabat hendaklah dicari daripada kalangan orang beriman dan bertakwa.

  Sahabat yang mempunyai perangai dan akhlak yang buruk hendaklah dijauhi.[3]

 

Persahabatan

 

Dalam bukunya Pak Hamka menulis:-
Pilihlah seorang yang takutkan Allah untuk menjadi sahabat mu.

Dan kata kata hikmatnya tentang persahabatan:-

1. Persahabatan adalah satu satunya pintu kebebasan kita.Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri sekali pun,tetapi dapat
dinyatakan kepada sahabat.Persahabatan yang jujur adalah salah satu tangga kenaikan.
2. Supaya beroleh sahabat,hendaklah diri sendiri layak buat disahabati orang.
3. Sahabat mu suka pada mu, tetapi tidaklah tiap tiap orang yang suka kepada mu itu adalah sahabat mu.

4. Kesenangan hidup mu adalah memperbanyak teman,tetapi bukti persahabatan yang setia ialah diwaktu kesukaran.
5. Yang semulia mulia kewajipan bersahabat ialah mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat mu sebelum dikatakan.Dan perkenankan permintaannya sebelum dimintanya.
6. Kalau mempunyai banyak sahabat, janganlah jadi sahabat untuk seorang sahaja.
7. Kalau sahabat mu tertawa,hendaklah dikatakan apa sebab dia senang , kalau sahabat mu menangis,engkau mesti periksa apa sebab dia susah.
8. Jika engkau memberi sesuatu pada sahabat mu,bererti memberikan kepada diri mu sendiri.
9. Pengubat jerih manusia adalah dua: pertama: Iman kepada Allah, kedua: Percaya kepada sahabat.
10. Bila orang telah merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia yang sanggup membuka matanya.
11. Kalau sahabat mu telah banyak menyelidiki keadaan engkau, bukanlah buat diampuninya.
12. Teman yang 'berudang disebalik batu' adalah seumpama anjing ditepi jalan,yang ditujunya hanya tulang yang akan dilemparkan kepadanya,bukan tangan yang melemparkan tulang itu.
13. Cemburu perempuan kepada perempuan,memutuskan tali persahabatan.
14. Bila seorang perempuan telah sudi menghulurkan tangan persahabatan, alamat umur mu telah lepas dari zaman bercinta.

Sahabat Sejati : Pesanan Al-Qamah kepada Puteranya.

Al-qamah pernah memberikan wasiat kepada puteranya…dan ia berkata..
“Hai anakku, jikalau engkau merasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka pilihlah yang mempunyai sifat-sifat ini, iaitu jikalau engkau melayaninya, ia suka melindungimu,jikalau engkau sahabat dia, ia akan merupakan hiasan bagi dirimu dan jikalau engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia gemar pula mencukupi kekuranganmu”

Islam menggalakkan kita memilih sahabat dari kalangan mereka yang mempunyai tahap keimanan dan ketakwaan kepada Allah yang tinggi…dalam sebuah hadis…(maaf, ana tak ingat riwayat siapa) ada mengatakan…pilihlah sahabat yang apabila kita meminta bantuan..dia akan memberikan jasa baiknya dengan rasa terharu….dan jika ia mengetahui keaiban diri kita..dia akan berusaha untuk menutupnya….Dan juga pilihlah sahabat yang apabila kita diam…dia akan menyapa kita terlebih dahulu….dan seorang sahabat sejati akan meringankan kesusahan yang kita alami…dan menghiburkan hati kita apabila kita dilanda kesedihan…..

Pesanan Alqamah pada puteranya ….
Hai anakku…jikalau engkau merasa perlu untuk bersahabat…pilihlah di kalangan mereka yang apabila engkau berkata-kata, dia akan menegur dirimu apabila kata-katamu itu tidak benar…jikalau engkau berselisih faham dengannya…ia akan mengalah untuk kepentinganmu..”

Saiyidina Ali pernah berkata..”saudaramu yang sebenar-benarnya ialah orang yang ada di sampingmu..Ia suka menerjunkan dirinya sendiri dalam bahaya demi untuk kemanfaatan dirimu….”

Dalam hal bersahabat ini juga….ada di ceritakan mengenai Luqman dan anaknya… kata Luqman..” hai anakku, duduklah rapat-rapat dengan para alim ulama, eratkanlah dirimu dengan kedua lututnya, kerana hati nurani itu dapat hidup dengan adanya hikmat sebagaimana hidupnya bumi yang mati dengan sebab adanya hujan yang lebat”

Dalam pergaulan seharian kita, sahabat-sahabat adalah penting…namun
begitu, adakah sahabat sedemikian rupa akan atau telah kita temui pada masa ini? InsyaaAllah, sama-samalah kita perbaiki diri….moga-moga…kita akan menjadi sahabat yang sejati…yang dicintai…..dan dikasihi….aminn.

 


[1] . {petikan “Bimbingan Mu’minin” Imam Ghazali}

[2] . Sumber: Persatuan Ulama’ Malaysia

[3] . Oleh Mohd Zamri Shafie

~ oleh ANUAR AHMAD di Julai 10, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: