MAHASISWA IMPIAN ISLAM 21

Wahai Mahasiswa Impian Islam! Sanggupkah Kalian Mati Dijalan Allah?[1]

 

 

BERSEDIAKAH DIKAU?…..

 

  • Bersediakah dikau menuntut ilmu?
  • Bersediakah dikau beramal dengan ilmu mu?
  • Bersediakah dikau ikhlas dengan amalan mu?
  • Bersediakah dikau istiqamah dengan perjuangan ini?
  • Bersediakah untuk menghadapi perbagai rintangan dan fitnah?
  • Bersediakah dikau untuk tidak mencintai dunia?
  • Bersediakah dikau untuk hidup zuhud dan qanaah?
  • Bersediakah dikau untuk meninggalkan maksiat?
  • Bersediakah dikau untuk berjihad di jalan Allah?
  • Bersediakah dikau untuk mati untuk agama Allah?

 

Dari Muaz bin Jabal, Rasulullah Bersabda..

 

  • “ Sesungguhnya kamu akan tetap berada di jalan yang sebenar dari tuhan kamu selama tidak timbul di kalangan kamu dua perkara mabuk, iaitu kejahilan dan cintakan hidup. Kamu akan menyuruh kepada al-makruf dan melarang dari al-mungkar serta terus berjihad di jalan Allah. Tetapi apabila timbul pada kamu perasaan sayang dan kasihkan dunia, maka kamu tidak lagi menyuruh kepada al-makruf, menegah dari al-mungkar dan berjihad di jalan Allah. Di ketika itu jika ada orang yang memperkatakan al-kitab dan as-sunnah maka mereka berkedudukan sama seperti generasi pertama islam yang terdiri daripada al-muhajirin dan al-ansar”

 

Apa yang perlu kamu lakukan?….

 

  • Tidak takut dengan segala celaan orang-orang yang mencela
  • Tidak gentar dengan segala ujian dan cobaan
  • Sentiasa bersabar
  • Sentiasa berdoa
  • Tidak mengenal penat dan lelah
  • Niat yang tulus ikhlas
  • Merancang dan melaksana segala gerak kerja dakwah
  • Keimanan yang kental dan jitu
  • Amru makruf nahi mungkar
  • Berani menyatakan kebenaran
  • Bersedia untuk mati di jalan Allah

 

Allah berfirman didalam surah Al-ahzab..

 

  • “ Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur . Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu (untuk syahid), dan mereka sedikit pun tidak merubah janjinya”

 

Kenapa dikau?….

 

  • Kerana tenaga mudamu amat diperlukan didalam perjuangan ini
  • Kerana semangat juangmu amat penting bagi islam
  • Kerana kamu adalah generasi penolong DinnulALLAH
  • Kerana suaramu amat lantang melaungkan kebenaran Islam
  • Kerana keberanianmu menpertahankan Agama suci ini
  • Kerana kau adalah generasi Al-Quran yang unik
  • Kerana langkahmu amat digeruni oleh musuh-musuh Islam
  • Kerana kamu adalah sebaik-baik generasi pembela perjuangan ini

 

Allah s.w.t telah berfirman didalam surah Al-imran :110

 

  • “ Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh mereka kepada yang makhruf dan mencegah mereka dari perkara mungkar, dan beriman kepada Allah”

 

Sanggupkah dikau?

 

  • Sanggupkah dikau melihat islam dihina?
  • Sanggupkah dikau melihat Allah dihina?
  • Sanggupkah dikau melihat Nabi dicerca?
  • Sanggupkah dikau melihat Al-quran dan As-sunnah diabaikan
  • Sanggupkah dikau melihat umat islam seperti buih?
  • Sanggupkah dikau melihat hukum Allah ditinggalkan?
  • Sanggupkah dikau melihat perkara mungkar menjadi mubah?
  • Sanggupkah dikau melihat saudaramu murtad?
  • Sanggupkah dikau melihat bumimu dikuasai golongan kuffar dan munafikin?
  • Sanggupkah dikau melihat hidupmu menuju neraka?

 

Allah berfirman didalam surah Ali-imran : 187

 

  • “ Dan (ingatlah), ketika Allah yang telah mengambil janji daripada orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu) hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia dan jangan kamu menyembunyikannya, lalu (mereka) melemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan mereka menukarnya dengan harga yang sedikit, amatlah buruk tukaran yang mereka terima”

 

Jika tanpamu?..

 

  • Pastinya islam tidak akan tertegak dibumi ini
  • Pastinya generasi anbiya akan pupus dimuka bumi ini
  • Pastinya para munafikin kian bertebaran dibumi ini
  • Pastinya tiada pendukung agama Allah dimuka bumi ini
  • Pastinya tiada golongan yang mahu menpertahankan kalimah Allah dimuka bumi ini
  • Pastinya kezaliman terus berlaku
  • Pastinya islam akan kehilangan pendukung-pendukungnya

 

Mari kita mulakan…

 

  • Mari kita mulakan untuk berjuang
  • Mari kita mulakan untuk pertahankan islam
  • Mari kita mulakan untuk mendaulatkan hukum Allah dimuka bumi ini
  • Mari kita mulakan gerak kerja dakwah kita
  • Mari kita mulakan meninggikan kalimah Allah dimuka bumi ini
  • Mari kita mulakan amru makhruf nahi mungkar
  • Mari kita mulakan untuk menuju syahid dijalan ALLAH……….

 

APA YANG PASTINYA MILIKMU?..

 

  • Pastinya milikmu ialah keredhaan Allah
  • Pastinya milikmu ialah rahmat Allah
  • Pastinya milikmu ialah doa para malaikat dan makhluk-makhluk Allah
  • Pastinya milikmu ialah pahala yang berganda
  • Pastinya milikmu ialah para bidadari yang jelita lagi menawan
  • Pastinya milikmu ialah jannatul firdausi
  • Pastinya milikmu ialah kebahagiaan didunia dan kebahagiaan diakhirat

 

 

Wahai Para Pejuang[2]

 

Wahai para pejuang agama allah! Tabahlah kalian menghadaoi para musuh yang durjana, sesungguhnya para musuh sedang mengepung aqidah para umat islam yang sedang tengelam dalam nikmat dunia dan yang sedang mencari hiburan dunia yang amat melalaikan hidup mereka. Bersedialah wahai pejuang islam untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku didalam perjuangan mempertahankan islam di bumi yang telah tua ini

 

Ingatlah para pemuda!

 

  • Masa untuk berjuang bukannya di sia-siakan
  • Sesiapa tidak mengetahui mati yang bakal menjemputmu
  • Islam memerlukan tenaga mudamu untuk menegakkan syiar allah dimuka bumi ini
  • Jiwamu mestilah tabah untuk menghadapi segala tribulasi dan pelbagai ujian yang sering kali kamu tidak menduganya ia akan berlaku
  • Islam berada diatas bahumu wahai pemuda islam
  • Jangan jadikan hidupmu, hidup yang memusnahkan islam yang kamu anuti.
  • Pohonlah kekuatan dari allah sekiranya kamu didalam kesempitan menghadapi nafsu mudamu yang sedang membara
  • Pastinya kamu adalah pemuda allah

 

Dengarlah wahai pejuang!!

 

 

  • Jihad tidak dapat dilakukan kecuali oleh orang yang tidak menghiraukan segala cercaan
  • Hampir semua manusia menbuat penentangan kepadamu wahai pejuang…tabahlah!!!
  • Ahli keluargamu yang mencintai dunia akan terus merayu kepadamu wahai pejuang supaya tinggalkan perjuangan yang kamu perjuangan untuk menegakkan islam dibumi ini.
  • Pejuang akan berjuang dengan dengan tangan, lidah dan hartanya, dia akan berjuang dengan berbagai cara yang dibenarkan, biarpun manusia membencinya.
  • Seluruh fahaman yang meyesatkan akan membuat penentangan kepadamu wahai pejuang
  • Jihad yang sebenar tidak dapat dilakukan kecuali oleh orang yang dapat membebaskan dirinya dari mencintai kehidupan dunia dan orang yang berilmu sahaja
  • Sesungguhnya kamu wahai pejuang…,adalah umat yang terbaik dikalangan manusia lain

 

Pastikanlah wahai pejuang!!

 

  • Pastikan dirimu sentiasa bersedia meyambut seruan jihad dijalan allah
  • Pastikan dirimu sentiasa tabah didalam perjuangan yang mengugat imanmu
  • Pastikan dirimu sentiasa memandang syahid dijalan allah
  • Pastikan dirimu sentiasa mengingati allah dimana jua kamu berada
  • Pastikan dirimu sentiasa tetap didalam perjuangan yang kamu hadapi
  • Pastikan dirimu sentiasa mencintai rakan seperjuangan bersamamu
  • Pastikan dirimu sentiasa menyeru manusia kepada islam yang sebenar
  • Pastikan dirimu sentiasa mencegah perkara mungkar didepan matamu
  • Pastikan dirimu sentiasa bersama jemaah yang memperjuangan islam
  • Pastikan dirimu sentiasa menuntut ilmu tanpa batasan
  • Pastikan dirimu sentiasa beramal dengan ilmumu yang kamu pelajari
  • Pastikan dirimu sentiasa ikhlas dalam segala amalan yang kamu lakukan
  • Pastikan dirimu sentiasa mendapat keredhaan allah maha kuasa

 

Serulah wahai pejuang!!

 

 

  • Serulah manusia kepada allah
  • Serulah manusia kepada rasul yang diutuskan untuk memberi rahmat kepada alam ini
  • Serulah manusia kepada kebenaran islam yang sebenar
  • Serulah manusia kepada menegakkan islam yang sempurna ini
  • Serulah manusia kepada jemaah islam bermatlamatkan allah
  • Serulah manusia kepada keikhlasan, bukan kepuraa-puraan dan riak
  • Serulah manusia kepada kerja keras tanpa mengenal penat lelah didalam perjuangan
  • Serulah manusia kepada pergorbanan demi mencapai kemenangan atau mati syahid
  • Serulah manusia kepada ketabahan dan kesabaran didalam perjuangan ini
  • Serulah manusia kepada keredhaan allah

 

Sifat Yang Perlu Ada Didalam diri Mahasiswa Impian Islam[3]

 

J – Jiwa yang tenang dan bersih

I  – Inisiatif dan iltizam, iaitu ada usaha dan kesungguhan yang tinggi.

H – Harapan yang tinggi dan sentiasa bercita-cita untuk memenuhinya.

A – Akhlak yang cantik dan baik menjamin kecemerlangan hidup.

D – Doa dengan bersungguh-sungguh.

 


[1] . Shamsul Anuar Ahmad, Pembentangan Slot 3 Di Tamrim Kelab Remaja Sohabah, PUPUK Machang, Kelantan, Pada Tahun 2008

[2] . Shamsul Anuar Ahmad, Slide Show 23 Jun 2007

[3] . Shamsul Anuar Ahmad, Ceramah Motivasi Di sekolah Men. Keb. Bukit Panau, Kelantan, sempena program Baktisiswa Usim 2007.

~ oleh ANUAR AHMAD di Julai 10, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: