MAHASISWA IMPIAN ISLAM 22

Peribadi Mahasiswa Impian Islam

 

Mahasiswa yang diimpikan oleh Islam ialah mahasiswa yang mempunyai peribadi dan sahsiah diri yang telah wujud didalam peribadi diri Rasulullah SAW. Bukan mudah untuk melahirkan mahasiswa sebegini pada zaman yang penuh mencabar pada hari ini. Mahasiswa yang ada pada hari ini ialah mahasiswa yang telah terleka dengan dunia dan kehiupannya. Persekitaran dunia hari ini juga memberi kesan yang besar untuk melahirkan mahasiswa yang punya peribadi Rasulullah SAW. Cuba kita melihat hakikat sebenar yang berlaku didalam dunia kampus pada hari ini, gejala social memang tidak lekang dibicara oleh masyarakat terhadap dunia kampus mahasiswa.  Seharusnya, mahasiswalah yang menjadi reformis yang akan mengubah dunia fasha dan mungkar didalam masyarakat namun ia sebaliknya. Lihat sahaja kepada program baktisiswa yang dilakukan oleh mahasiswa didalam Negara kita pada hari ini, hanya sedikit sahaja program yang dapat menjana keimanan masyarakatm kebanyakkannya hanya program lagha, lalai dan bersuka ria sahaja.

 

Iman merupakan satu tenaga dab kekuatan yang mencegah dari terjerumus ke kancah keduniaan dan merupakan dorongan-dorongan kepada kemuliaan. Justeru itulah Allah SWT ketika menyeru hambaNya kepada kebaikan atau melarang mereka dari keburukan, maka ia diletakkan selaras dengan iman yang tersemai didalam hati mereka. Allah sering menyebutkan di dalam kitab suci Al-quran dengan firmanNya:

 

“ wahai orang2 yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar”[1]

 

Rasulullah SAW menjelaskan bahawa iman yang kuat tentunya melahirkan peribadi yang kuat, keruntuhan peribadi membawa kelemahan iman atau kemungkinan melenyapkan iman selaras dengan kecil atau besar kebrukan yang dilakukannya.[2]

 

Disini saya nyatakan beberapa peribadi mulia yang perlu ada pada diri mahasiswa yang diimpikan oleh Islam :

 

 

1.  Mempunyai Kekuatan Diri

 

Mahasiswa akan merasa mempunyai kekuatan lebih jika anda terus berusaha memperbaiki diri, mulai dengan cara makan, bersukan dan beristirahat yang diperbaiki kaulitinya. Walaupun kekuatan fizikal bukannya satu yang utama tetapi ia diantara elemen yang penting untuk mencapai kekuatan diri bagi mahasiswa yang dikehendaki oleh Islam. Sebagai gambaran kepada mahasiswa semua, pedang imam Ali R.A yang berada diturki pada hari berukuran lebih besar dan panjang daripada pedang imam Ja’far Shadiq, ini menunjukkan bahawa kekuatan fizikal amat penting untuk mengambling tenaga mahasiswa dimedan perjuangan. Oleh itu mahasiswa mestilah mengatur jadual mingguan ataupun bulanan dikhas untuk berjogging, beriadah, bersenam dan sebagainya, dan lebih berkesan jika kita beriadah sambil berzikir kepada Allah untuk menguatkan fizikal dan rohani. Ini amat penting untuk membantu Islam dan masyarakatnya. Mempunyai kekuatan fizikal bukanlah satu perkara yang main-main, menjadi kewajipan terhadap mahasiswa untuk sentiasa membuat pemeriksaan doctor untuk memastikan fizikal sentiasa sihat.

 

Amat berbeza seseorang yang mempunyai badan yang sihat dan tidak sihat didalam melakukan ibadah kepada Allah. Solat seorang yang sakit dengan solat orang yang sihat wal afiat amatlah berbeza, kekusyukkan didalam solat orang yang sihat berbeza dengan orang yang sakit, tahajud dengan fizikal yang sihat lebih nikmat daripada orang yang tidak sihat. Menjaga kesihatan akan membawa kebaikan kepada mahasiswa yang bergerak didalam gerakan Islam.

 

2. Kekuatan Intelek

 

Kekuatan intelek amat penting untuk semua manusia, kekuatan ilmu adalah kekuatan insaniah. Bayangkan seseorang yang melakukan ibadat kepada Allah tanpa mempunyai ilmu, melaksanakan haji tanpa ilmu, berjuang tanpa ilmu dan sebagainya. Sedang ilmu ini amat penting untuk kehidupan dunia dan akhirat. Mahasiswa yang mempunyai kekuatan intelek amat dihargai oleh semua lapisan masyarakat, dari peringkat masyarakat yang berkedudukan rendah sehinggalah masyarakat berprofil tinggi semua memberi perhormatan yang tinggi kepada orang yang mempunyai kekuatan ilmu. Masyarakat yang maju dan mulia itu adakah masyarakat yang mempunyai kekuatan ilmu. Iman itu bajanya adalah ilmu. Ilmu akan mengukuhkan akidah anda. Jadikan ilmu sebagai pendapatan harian anda, sebagaimana anda memerlukan makanan dan minuman setiap hari, bawalah buku-buku yang ilmiah dimana sahaja anda berada, ia akan meningkatkan kekuatan intelek anda setiap hari[3]. Kerana ilmu anda menjadi kuat bahkan anda dapat menguatkan orang lain yang bersama dengan anda. Mulai sekarang, anda mestilah menguatkan ilmu anda untuk menguatkan aqidah anda.[4]

 

3. Kekuatan Batin

 

Kekuatan batin menyebabkan mahasiswa menjadi insan yang soleh. Kalau kekuatan batinnya sudah memancar bagai cahaya matahari masuk ke relung-relung hati, menumbuhkan bibit-bibit, menerangi yang ada didalam kegelapan dan menyegarkan yang layu. Sekiranya kekuatan lain terbatas maka anda binalah kekuatan batin anda. Orang yang mempunyai kekuatan batin bila bercakap ia akan berbeza dengan orang yang tidak mempunyai kekuatan batin walaupun perkataan yang sama tetapi hasilnya yang berbeza. Rasulullah bila marah semua orang menangis, anda marah sejam tetapi orang makin marah dan benci dengan anda. Justeru itu, marilah kita membina kekuatan batin agar anda berkesan dan bermanfaat kepada yang lain. Bagaimana untuk membina kekuatan batin? Jawabnya ialah melalui ‘tazkiyatul nafs’. Sangat beruntung orang-orang yang mempunyai hati yang jernih lagi suci. Pandangan dijaga, percakapan dijaga, pendengaran dijaga dan semuanya pancainderanya digunakan untuk perkara yang disukai Allah dan bermanfaat.

 

4. PROAKTIF

 

n  Orang yang mampu mengawal diri sesuai dengan arah yang hendak ditujunya. Ia tidak mudah dipengaruhi unsur-unsur diluar. Ia tidak terikut dengan trend yang berlaku disekelilingnya.

n  Jarang mengeluh walaupun punya banyak masalah dan tentangan.

n  Lebih suka mencari jalan keluar melalui cara berfikir dan bertindak sekaligus bukan meminta belas ihsan orang lain dengan menyuarakan keluhan dan lain-lain.

 

5. BERANI

 

n  Orang berani ialah orang yang tidak terhalang melakukan sesuatu yang difikirkan benar dan baik, sekalipun terdapat pelbagai risiko yang menunggu.

n  Orang berani juga adalah orang yang mempunyai rasa takut dan kecut, tetapi perasaan tersebut tidak sampai menegahnya daripada melakukan apa yang hendak dilakukannya

 

6. BERWAWASAN

 

n  Orang yang mampu memandang masa depan dengan kacamata yang jernih, setelah meneliti segala kemungkinan dan latar belakang apa juga perkara yang diyakini akan mewarnai masa depan tersebut.

n  Tidak mengharapkan supaya orang lain memahami dirinya, tetapi dia sendirilah yang berusaha memahami orang lain.

Kita mesti mempunyai dan meyakini wawasan bahawa masa depan adalah untuk Islam. Tanpa keyakinan ini tidak ada sebab untuk kita berjihad. Jika kita yakin Islam pasti tewas, tidak perlulah kita bersusah payah kerana ia sama seperti membina rumah yang kita pasti akan roboh. Untuk apakah kita membina tiang, rasuk, dinding dan bumbung sekiranya kita melihat dengan nyata bahawa asas rumah tersebut telah retak dan pasti tumbang. Sebaliknya, jika asas rumah tersebut memang kukuh, tidak ada sebab bagi kita tidak membina keseluruhan rumah tersebut supaya kita dapat berlindung di dalamnya.

Allah telah menjanjikan dalam beberapa ayat al-Quran (as-Saff: 9 dan al-Hujurat: 28) bahawa Islam akan dimenangkan di atas sistem-sistem kehidupan yang lain. Malah salah satu surah dalam al-Quran (al-Fath) dinamai dengan kemenangan. Ini adalah janji Allah yang telah menciptakan manusia. Ini bermakna, Islam pasti tegak kerana Islam adalah keperluan manusia dan manusia tidak akan dapat hidup ke peringkat yang tertinggi sebagai manusia tanpa Islam. Biasanya Islam akan lebih nyata diperlukan apabila sesuatu sistem ciptaan manusia telah menemui jalan buntu dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul. Oleh demikian, kita perlu mempunyai satu keyakinan yang mendalam bahawa masa depan adalah untuk Islam. Inilah wawasan Islam selagi kita masih bernafas di muka bumi Allah ini.

Marilah kita bayangkan kita hidup dalam satu sistem yang berdasarkan al-Qur’an. Cubalah kita bayangkan John Major atau Bill Clinton membuka kitab al-Qur’an di Mestminster atau di White House dalam penggubalan undang-undang. Adakah ini mustahil? Bukankah ini wawasan kita di dunia ini? Semasa menggali parit dalam Peperangan Khandak, bukankah Rasullullah SAW telah berseru, jatuhlah Rom dan Parsi, dua kuasa besar ketika itu! Kini Rusia telahpun jatuh…..

Selain itu, Allah telah menjanjikan kemenangan yang lebih besar di akhirat nanti bagi mereka yang berjihad di jalan Allah. Dalam banyak ayat al-Qur’an Allah menjanjikan kemenangan kepada mereka yang beriman, berusaha, berjuang, berkorban, berhijrah dan berkasih sayang kerana Allah tanpa menyebutkan sama ada mereka menang ataupun kalah (al-Kahft: 31 dan al-Hasyr: 8-9). Malah dalam Surah al-Buruj, Allah menyatakan bahawa pihak kufur yang kelihatan berjaya di muka bumi akan di azab di akhirat nanti. Sebaliknya, mereka yang beriman dan beramal saleh akan mendapat balasan nikmat syurga yang berkekalan. Marilah kita bayangkan diri kita bersama isteri dan ahli keluarga serta golongan mukmin dan mukminah berada di dalam kamar-kamar istana serba indah dan dikelilingi pelayan-pelayan yang setia di sebuah taman  syurga yang damai – tempat terakhir seorang mujahid. Bukankah ini wawasan akhirat yang Allah gambarkan dalam al-Qur’an?

Keyakinan kita terhadap wawasan dunia dan wawasan akhirat, bergantung pada keyakinan kita kepada Allah. Oleh itu, kita perlu berusaha untuk meningkatkan keyakinan kita kepada Allah setiap hari dengan penuh kesedaran. Sembahyang, zikir dan doa kita hendaklah dijadikan alat untuk meningkatkan hubungan kita kepada Allah. Begitu juga dengan jalan-jalan lain seperti program perbincangan, ziarah, riadah, lawatan dan jamuan yang diwujudkan dalam suasana Islam. Ia hendaklah dirancang secara rapi supaya semuanya menjadi alat untuk meningkatkan keyakinan kita kepada Allah. Dengan keyakinan yang mendalam sahaja, kita dapat membina wawasan dunia dan akhirat


[1] . surah At-Taubah :119

[2] . Muhammad Al-Ghazali, 1994. Peribadi Muslim. Terbitan JAKIM. M/K 9.

[3] . Shamsul Anuar Ahmad, Pengisian Halaqat Ilmu di Rumah Nenek Aminuddin Sabri pada Malam Jumaat 2006 (Tarikh tak tepat).

[4] . Ahmad Abdullah, 2003. Qalbun Mut’mainnah. Kuala Lumpur-Jasmin Enterprise.

~ oleh ANUAR AHMAD di Julai 10, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: