MAHASISWA IMPIAN ISLAM 5

3. Mendapat Pendidikan Islam yang Sempura

 

 

Secara mudah, Pendidikan Islam boleh didefinisikan sebagai satu usaha mengajar dan rnendidik anak-anak orang Islam supaya mengikut ajaran Islam secara menyeluruh. lni termasuklah melakukan yang disuruh, (wajib dan sunat) dan meninggalkan yang di darang (haram dan makruh) dalam semua kegiatan.

Professor Syed Mohd. Naquib Al-Attas mendefinisikannya dengan:

“Satu usaha atau proses menitiskan sesuatu ke dalam diri manusia”, atau; “A process of instilling something into human being”.

Drs. Burlian Somad pula membuat takrifan pendidikan Islam sebagai satu usaha merubah manusia supaya berperibadi tinggi mengikut ajaran Allah. Pendidikan Islam juga bermaksud membentuk rasa anak didik supaya menjadi halus dan tajam sehingga mampu mencintai Allah, takut akan azabNya dan bertanggungjawab untuk mengangkat darjat kaum muslimin.

Dr. Abdul Halim El-Muhammady pula mengatakan pendidikan Islam itu sebagai satu proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu; al-Quran dan as-Sunnah, pengalaman salaf al-Salih serta ilmuan muktabar. Matlamatnya ialah untuk melahirkan insan salih.

Daripada definisi-definisi yang tertera di atas dapat dibuat kesimpulan bahawa pendidikan Islam itu ialah suatu usaha melatih diri supaya cinta kepada Allah dan Rasul-Nya dengan cara mengamal dan menghayati suruhan Allah dan Rasul serta menjauhkan yang dilarang.  Jadi pendidikan Islam semestinya berpaksikan Tauhid.

Pendidikan bermula di hati kemudian diterjemahkan dalam amalan. la harus berdasarkan pengalaman, maklumat, pengetahuan dan ilmu.  Hendak mendidik seorang anak supaya menunaikan solat, misalnya, harus diperkenalkan Allah dahulu sebagai zat yang Agong, yang perlu kepada keredaan-Nya. Tanpa keredaan Allah hidup tidak berkat dan sengsara di akhirat.

Demikian juga mendidik anak supaya meninggalkan perkara yang dilarang, mesti rujuk kepada Allah dahulu kemudian baru diberikan alasan akal dan akibat keduniaan. Melarang anak mencuri hak orang, misalnya, mesti katakan bahawa mencuri itu perbuatan yang tidak baik, Allah dan rasul-Nya tidak suka, nanti bila mati diseksa di dalam neraka.

Kalau dikatakan kepada anak-anak: “jangan curi nanti orang nampak kena tangkap, masuk jil, mak akan malu dan sebagainya”, jadi, dia tidak mencuri kerana takut kena tangkap. lni merupakan ancaman keduniaan dan dia tidak takut kepada Allah. Rasionalnya, kalau orang tidak nampak tidak kena tangkap, jadi bolehlah mencuri. lni sebenarnya sangat berbahaya dari segi akidah.

Apabila meningkat dewasa perlu pula ditanam semangat dan perasaan bertanggungjawab untuk melaksanakan perintah Allah. Perintah Allah bukan sekadar mendirikan solat, puasa, zakat dan haji sahaja, tetapi ia merangkumi semua kegiatan hidup. lni termasuklah hal pekerjaan, percakapan, pergaulan, permainan, pentadbiran, pengurusan dan lain-lain.

Semua itu mesti dilakukan mengikut ajaran islam yang berpaksikan Tauhid. Di sini kita perlu memahami ilmu-ilmu Islam. Tanpanya kita tidak tahu yang mana berpaksikan tauhid dan yang mana pula yang bertentangan. Sekiranya tidak berilmu ia tidak tahu yang mana baik dan sebaliknya. Inilah orangnya, bila ditegur ia marah, kerana tidak berpendidikan Islam. Orang yang berpendidikan Islam, bila ditegur ia tenang, insaf dan berterima kasih.

MASALAH KERUNTUHAN MORAL

 

Bagi orang Islam lebih tepat dikatakan keruntuhan akhlak, kerana akhlak merangkumi hubungan dengan Allah, manusia, binatang dan alam sekitar. Perilaku remaja dewasa ini bukan sahaja salah dari segi norma dan etika masyarakat, tetapi salah dari segi agama. Justeru itu, lebih tepat dikatakan tiada akhlak atau tidak beradab terhadap penciptanya (khaliq).

Berdasarkan pemerhatian kita dan pendedahan oleh media masa, kita dapati banyak perilaku remaja kini rneruntuhkan akhlak dan rnenjatuhkan nilal murni Islam. Antaranya ialah mengamalkan seks bebas, menonton video lucah, homoseks, minum arak, menjadi bohsia, bohjan, buang anak, bersekedudukan tanpa nikah, lari dari rumah dan dadah.

Perlakuan yang buruk ini bukan sahaja merosakkan diri orang berkenaan, tetapi keluarganya, masyarakat dan juga negara. Contohnya; seorang remaja yang berzina (tidak kira sama ada seks bebas, bohsia, bersekedudukan, cuba-cuba dan sebagainya) dan hasil dari hubungan itu menyebabkan si perempuan itu mengandung. Selepas itu kedua orang yang terlibat telah mula resah. Lelaki menghilangkan diri dan tidak mahu bertanggungjawab.

Si perernpuan tentu merasa malu kerana tidak bernikah tetapi telah mengandung. Sudah sekian banyak ibu bapa yang tidak mahu mengaku anak terhadap anaknya yang berperangai demikian. Ini memberatkan lagi tekanan si perempuan.

Bila sudah melahirkan anak di mana hendak diletakkan anak itu.  Hendak dipelihara sendiri malu, sebab tidak berbapa, lagi pun banyak masalah lain, khasnya dari segi pendaftaran. Mahu tidak mahu dibuangkan sahaja anak itu di tempat-tempat tertentu. Di sini masyarakat pula menerima akibatnya, terpaksa menyelamatkan anak yang tidak berdosa itu.

Lihatlah betapa kompleks masalah yang dilakukan oleh remaja kita.  Demikian juga dengan dadah, akibatnya ditanggung oleh orang berkenaan, keluarganya, masyarakat dan negara. Masyarakat yang ada penagih dadah tidak aman hidupnya. Kehilangan barang berlaku setiap hari, kerana penagih tidak ada atau tidak cukup pendapatannya untuk membeli dadah. la terpaksa mencuri untuk tujuan itu.

Negara pula terpaksa berbelanja berjuta ringgit setahun untuk membiayai pengurusan Pusat Serenti hanya kerana perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab. Demikianlah dengan kes-kes lain, semuanya melibatkan keluarga, masyarakat dan negara.

SEBAB BERLAKU KERUNTUHAN AKHLAK

 

Sebab yang paling utama berlakunya gejala ini ialah tidak cukup pendidikan Islam serta kasih sayang. Pengaruh luar, pada hemat penulis, menjadi faktor nombor dua.

Orang yang ada pendidikan Islam tidak akan tergamak melakukan perkara sumbang yang merosakkan diri dan masyarakat. Pendidikan Islam bukan bermakna mengetahui haram halal, kerana ramai orang yang mengetahui haram halal tetapi terus melakukan yang haram.

Pendidikan Islam bermaksud orang yang suci dan halus jiwanya hasil daripada terapan nilai yang dilakukan semasa ia masih kecil. la dilatih menunaikan solat sejak sebelum baligh. la dilatih supaya ikhlas tunaikan perintah Allah dan menjauhkan yang dilarang. Orang ini mempunyai perisai diri, iaitu solatnya. Apabila datang pengaruh luar untuk menggodanya melakukan maksiat, kesan solat yang ikhlas itu menolak semuanya. lni berdasarkan firman Allah S.W.T.:

 

Mafhumnya: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahikan kepadamu dari,al-Qur’an, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar,. dan sesungguhnya mengingatilah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

(Surah al-ankabut: 45)

                                                      

Fahaman sebaliknya daripada ayat ini ialah, jika ada orang yang melakukan solat tetapi masih melakukan perkara yang berdosa, tentu ada sesuatu yang tidak kena dengan solatnya. Boleh jadi solatnya tidak sah kerana tidak betul syarat dan rukunnya, atau wuduknya tidak sah.  Boleh jadi juga solatnya sah tetapi pahalanya tidak ada kerana tidak ada keikhlasan semasa melakukannya.

Orang yang taat perintah Allah dan Rasul, biasanya taat dan mesra dengan ibu bapa, menghormati keluarga, mendengar nasihat. Orang yang mesra dan mendengar nasihat ibu bapa, jarang sangat melakukan perkara yang boleh merosakkan diri dan memalukan ibu bapa.

Dewasa ini anak-anak remaja jarang-jarang bercakap dengan ibu bapa.  Masing-masing sibuk dengan urusan. Seringkali dalam kesibukan mengejar keduniaan ini, melalaikan tanggungjawab kepada Allah dan keluarga. Allah itu adil, apa yang kita kejarkan itulah yang Dia beri.  Yang kita lalaikan maka Allah pun Ialaikan kita. Allah berfirman dalam surah al-Hasyr:

 

Mafhumnya: Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik derhaka.

(Surah al-Hasyr: 19)

 

SIAPA YANG PERLU MEMBERI PENDIDIKAN ISLAM

 

Pendidikan Islam di sini bukan ilmunya, bukan mata pelajarannya dan bukan akademiknya, tetapi satu kata nasihat, asuhan dan bimbingan yang baik yang berdasarkan syariat Islam yang berkesan dan boleh mendidik jiwa seseorang dan menghaluskan hatinya sehingga ia cinta kepada Allah dan Rasul serta takutkan azab Allah di akhirat. Ada pun ilmu, buku dan mata pelajaran adalah wadah yang tak kurang pentingnya dalam menyempurnakan pendidikan Islam.

Dalam hal ini, ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam memberi pendidikan Islam kepada anak-anak. Bermula dari yang kecil, mudah dan remeh hinggalah kepada suatu yang besar dan berat. Bermula daripada menjaga kebersihan diri, gosok gigi, kemas rumah, bersih kawasan rumah hinggalah kepada kebersihan hati, ikhlas, jangan sakitkan diri sendiri, orang lain dan binatang.

lkut perintah ibu bapa, kerana mereka hendakkan anaknya jadi baik. lbu bapa berjasa besar kepada kita, mengasuh dan menguruskan kita sejak masih kecil. lkut arahan guru, kerana guru hendakkan muridnya pandai dan berjaya. lkut perintah Nabi, kerana Nabi s.a.w. akan memberi syafaat pada hari kiamat nanti. Ikut perintah Allah, kerana Allah yang memberi kita hidup, sihat, ada makanan dan pakaian. Allah telah pun menyediakan syurga kepada orang yang taat perintah-Nya. lnilah contoh pendidikan Islam.

Golongan kedua yang berperanan memberi pendidikan Islam ialah institusi pendidikan. Ini termasuklah sekolah, maktab, politeknik, universiti dan lain-lain. Bila disebut perkataan sekolah atau maktab, ia merangkumi gurunya, pengetuanya pentadbir, jaga, tukang kebun, kantin dan sebagainya. Semua itu berperanan memberi pendidikan Islam kepada anak-anak orang Islam.

Pendidikan Islam bukannya mengajar pelajaran agama, tetapi kata nasihat yang baik, latihan mengamalkan dan menghayati ajaran Islam dan sebagainya. Seperti latih pelajar solat bila masuk waktu, latih supaya hormat guru, jaga kebersihan, bekerjasama dengan kawan yang Islam dan bukan Islam, menolong dengan ikhlas dan sebagainya. lni adalah pendidikan Islam.

Malangnya, sekarang ini orang-orang di sekolah tidak faham maksud pendidikan Islam. Bila suruh pelajar buang sampah dalam tong, itu disiplin. Bila suruh beratur, itu peraturan sekolah, bila murid hormat guru, itu etika sekolah dan moral. Tidak ramai guru muslim yang mengatakan itu pendidikan Islam.

Kalau di sekolah menengah atau maktab, peiajar lelaki dan perempuan berdua-duaan di tempat sunyi siapa pun tidak tegur, sebab pada anggapan ramai itu kerja ustaz atau ustazah, orang lain tidak ada peranan sebab itu hal agama. Demikianlah ceteknya fahaman Islam di kalangan muslim hatta yang terpelajar. In! dengan sendirinya memberi saham kepada masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja dewasa ini.

~ oleh ANUAR AHMAD di Julai 10, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: