MAHASISWA IMPIAN ISLAM 6

4. Berakhlak Dengan Akhlak Mulia

 

Inilah definisi akhlak

 

                يمكن تعريف الأخلاق بأنها “ما يجب عليك أن تفعله”، وبتحديد أكثر “أن تعرف ما التصرف الصحيح وما التصرف الخطأ ثم تفعل ما هو صحيح”  وربما كان هذا التعريف الثاني أوضح وأبسط قليلا.

                وصحيح أن هذا التعريف بسيط وواضح، ولكن الحياة العملية للمعلم قد لا تسهل الاستفادة منه كثيراً . لماذا ؟ لان “التصرف الصحيح” و “التصرف الخطأ” قد يتداخلا، بل كثيرا ما يتداخلا بدرجة تترك المعلم في حيرة شديدة بين البديلين، حيث قد يطلب منه عمليا الاختيار بين تصرفين يبدو أن كليهما صحيح ![1]

 

Seseorang yang memiliki budi pekerti mulia disukai oleh semua orang. Sebaliknya, orang yang buruk akhlaknya dibenci. Demikianlah sifat fitrah semua manusia tanpa mengira latar belakang agama. Oleh itu, Islam memerintahkan penganutnya supaya mengikis sifat yang tercela dan mengisinya dengan segala sifat terpuji.

Sifat terpuji melambangkan kesempurnaan Islam seseorang. Di antara sifat terpuji ialah berbuat baik dan menjaga hubungan persaudaraan sesama manusia. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia mengasihi saudaranya atau baginda bersabda: Sebelum dia kasihkan jiran tetangganya, sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam melakukan kebaikan, Islam tidak mengamalkan dasar diskriminasi. Lantaran itu perintah berbuat baik tidak hanya ditujukan kepada sesama Muslim, bahkan bukan Islam. Ringkasnya, perintah melakukan kebaikan dan berbuat kebajikan merentasi batas akidah seseorang.

Jika kita ingin mengambil contoh orang yang memiliki akhlak mulia, maka baginda adalah contoh terbaik. Firman Allah bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan yang baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab, ayat 21).

Ketinggian akhlak baginda disifatkan sebagai akhlak al-Quran. Bahkan, baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia. Baginda juga menzahirkannya melalui amalan. Dengan sifat sabar yang dimiliki baginda, menyebabkan seorang wanita Yahudi yang sering mengotori baginda saban hari memeluk Islam. Baginda juga menziarahi seorang Yahudi yang dalam keadaan sakit sehingga akhirnya Yahudi itu memeluk Islam.

Seorang Muslim juga diperintahkan untuk berbuat baik kepada keluarganya yang bukan Muslim. Pertalian kekeluargaan yang sedia ada harus dipertahankan kerana keIslaman seseorang bukanlah alasan untuk memutuskan segala pertalian dengan keluarga asal.

Sebaliknya kita diperintahkan untuk terus menjalin hubungan yang baik. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zubir katanya: “Qutailah binti Abdul Uzza yang masih musyrik datang mengunjungi anaknya, Asma’ binti Abu Bakar dengan membawa beberapa hadiah. Asma’ enggan menerimanya bahkan tidak membenarkannya ibunya masuk. Asma’ meminta Aisyah bertanya kepada Rasulullah mengenai perkara itu. Lalu Rasulullah menyuruh Asma` supaya menerima hadiah itu dan menyuruh ibunya masuk ke dalam rumah.”(Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal).

Berdasarkan hadis itu, nyatalah bahawa Islam menyuruh untuk berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa yang bukan Islam, selagi ia tidak bertentangan dengan norma Islam. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau dengan fikiran sihat engkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang yang rujuk kembali kepada-Ku (dengan Tauhid dan amal yang salih) kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu kerjakan.” (Surah Lukman, ayat 15)

Daripada penjelasan itu, dapatlah diambil kesimpulan bahawa menjalin hubungan yang baik dengan sesama manusia tanpa mengira agama seseorang adalah anjuran Islam. Sifat itu juga mencerminkan wajah sebenar ajaran Islam iaitu ajaran yang berlandaskan kasih sayang dan toleransi.[2]

 

SETIAP insan ingin kelihatan baik serta dipuji oleh insan lain dengan gelaran yang baik dan tidak ada manusia sanggup membiarkan dirinya diberikan gelaran yang buruk sekalipun perangainya sememangnya buruk pada pandangan insan lain.
Akhlak baik terdiri daripada dua bahagian, iaitu baik pada zahir, kebaikan atau kecantikan yang ada pada tubuh badan seseorang yang dapat dilihat dengan mata kerana Islam mementingkan kekemasan dan kecantikan.

Kebersihan itu termasuklah kebaikan daripada sudut pemakaian, penjagaan tubuh badan dari cemar seperti memotong rambut, kuku, misai, janggut, iaitu kecantikan maknawi yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Inilah yang dimaksudkan dengan perangai yang baik, iaitu individu yang dapat menghiaskan dirinya dengan sifat terpuji dan menghindarkan daripada sifat tercela.

Individu yang memiliki akhlak yang baik ialah mereka yang dapat melakukan 10 ibadat di dalam dirinya sendiri, iaitu takwa atau takutkan Allah, zuhud, sabar, syukur, ikhlas, tawakal, kasihkan Allah, reda serta mengingati mati.

Manakala individu yang hanya indah dari sudut tubuh badannya semata-mata tetapi tidak mengindahkan sifat negatif seperti banyak makan, banyak berkata-kata, pemarah, hasad dengki, kedekut dan kasihkan harta, kasih dunia, takbur, ujub atau riak, mereka tidak dikira individu yang memiliki akhlak baik.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Baikkanlah oleh kamu akan perangai kamu” jelas menyeru umatnya agar berkelakuan baik sekalipun terpaksa menghadapi kesusahan pada permulaannya.

Sabda Rasulullah lagi: “Jadikan olehmu akan adatmu itu dengan berperangai dengan segala perangai yang baik dan kekalkan dengan melakukan ibadat zahir dan batin dan jauhi olehmu daripada maksiat yang zahir dan maksiat yang batin.”

Antara pesanan Baginda lagi: “Perbuatlah ibadat yang zahir dan batin itu dalam keadaan reda, iaitu dengan suka hati. Jika sekiranya kamu tidak mampu, lakukanlah dengan sabar terhadap perkara yang kamu tidak sukai (sifat kebajikan/terpuji). Maka yang demikian itu adalah kebajikan yang tidak terbilang pahalanya”.

Firman Allah di dalam Surah az-Zumar, ayat 10, bermaksud: “Perbuatlah olehmu akan ibadat yang zahir dan ibadat yang batin, sesungguhnya Allah hanya menyempurnakan balasan bagi orang bersabar di dalam berbuat ibadat dan menjauhi maksiat dengan ganjaran yang tidak terhitung nilainya.”

 

AKHLAK PENUNTUT ILMU

 

1) Memperbetulkan niat

Perkara pertama yang perlu diambil perhatian oleh penuntu ilmu, ialah mempunyai keikhlasan niat demi untuk mencapai keredhaan Allah. Bukan untuk berbangga apabila digelarkan sebagai orang allim, atau tujuan mengumpulkan harta, pangkat atau yang seumpamanya.

 

Sabda Rasulullah SAW

Sesiapa yang mempelajari ilmu kerana Allah, tidak mempelajari ilmu kerana inginkan harta dunia, tidak akan dia temui kecuali Syurga hari akhirat kelak..-Riwayat oleh Abd. Razak-

 

Cuma perlu di ingat bahawa, jika harta, pangkat dan yang seumpamanya datang kepada seorang alim, maka tidaklah menjadi kesalahan untuk menerima dan memanafaatkannya.

 

2)Berterusan dalam menuntut ilmu

Ilmu adalah lautan yang tidak mempunyai pantai dan tepian. Maka usaha menuntut dan menambahkan ilmu hendaklah berlaku secara berterusan, tidak didalangi oleh peringkat-peringkat ijazah tertentu.

Firman Allah SWT.

“Katakanlah (wahai muhammad) tambahkan aku ilmu”surah Toha ayat 114

 

3) Sabar

Penuntut ilmu hendaklah sentiasa sabar dalam menempuh dugaan dan cabaran yang merintangi perjalanannya di dalam menuntut ilmu sama ada yang bersiafat fizikal mahupun spritual.

Tidak perlulah diceritakan di sini sejarah para sahabat dan ulama yang menempuh segala cabaran demi untuk menuntut ilmu.

 

4) Memuliakan Guru

Sabda Rasulullah SAW

Bukan dari umatku orang yang tidak memuliakan orang tua dan mengasihi anak-anak muda kami dan tidak mempelajari daripada orang-orang alim-Riwayat Abu Daud-

Saya tidak bertujuan untuk menghuraikan hak seorang alim/guru ytang perlu ditunaikan oleh muridnya di dalam artikel ini cuma dicadangkan agar kita mengambil sedikit dari masakita untuk melihat kembali perkara ini, semoga segala ilmu yang kita tuntut mendapat keredhaan Allah SWT

 

Akhlak Penuntut Ilmu

 

1) Merasakan Tanggungjawab ilmu

 

Diriwayatkan Daripada Muaz bin Jabal die berkata Rasulullah SAW bersabda. Tidak akan mara seseorang hamba di hari Akhirat melainkan telah ditanya mengenai 4 perkara: Berkenaan Umurnya ke mana yang telah dia habiskan. Berkenaan dengan Waktu mudanya apa yang telah dia lakukan. Berkenaan dengan hartanya dari mana diperolehinya dan ke mana dia belanjakan. Dan berkenaan dengan ilmu apa yang telah perbuat dengannya.-Riwayat oleh Attabarani dengan isnad yang sohih-

 

 

2) Menjaga amanah ilmiah

 

Sabda Rasulullah SAW :

Berilah nasihat pada ilmu, Sesungguhnya khianat seseorang daripada kamu terhadap ilmu adalah lebih dahsyat daripada khianatnya terhadap hartanya, Dan sesungguhnya Allah akan bertanya kepada kamu pada hari kiamat – Riwayat Attabarani-

 

Di antara yang termasuk dalam daerah amanah ilmu adalah beberapa perkara berikut.

– Menasabkan atau menyandarkan pendapat dan fikrah (buah fikiran) kepada Tuannya.

– Menyampaikan ilmu yang diketahui, dan tidak malu untuk mengatakan”tidak tahu” jika dia tidak mengetahuinya.

 

3)Tawadduk

 

Para Ilmuan yang menyedari bahawa ilmu adalah lautan yang tidak bertepi tidak akan merasa sombong dan bangga dengan apa yang ada pada mereka. Bahkan selagi bertambah ilmu di dada, semakin bertambah sifat tawadduk.

 

Firman Allah SWT: “Tidak diberi kepada kamu ilmu kecuali sedikit sahaja”Surah al-Isra’ ayat

 

4)Mulia diri (Al-Izzah)

 

Para ilmuan hendaklah merasa mulia diri tidak merendahkan diri apabila berhadapan dengan pemerintah, golongan bangsawan, golongan kaya-raya dan yang seumpamanya,

 

Firman Allah SWT: “kekuatan itu hanyalah kepada Allah, bagi RasulNya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui”surah al-Munafikun ayat 8

 

“Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allahlah kemuliaan itu semuanya”

surah Fathiir ayat 10

 

5)Beramal dengan apa yang dipelajari

 

Firman Allah taala ; “Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu sendiri melupakan diri (kewajiban)mu sendiri padahal kamu mambaca Al-Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?”surah al-Baqarah ayat 44

 

6) Sentiasa berusaha untuk menyampaikan ilmu

 

Firman Allah taala: “Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu):”Hendalah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan janganlah kamu menyembunyikannya”, lalu mereka melemparkan janji itu )ken belakang punggung mereka dan mereka menukarkannya dengan harga yang sedikit, Amatlah buruk tukaran mereka terima” surah Ali Imran ayat 187 

 

 


[1] . Syeikh Sodik Mahmud Al-Afifi, Akhlakul Mehnah ladai al- Mualim. Kaherah. m/k 47.

[2] . Berita Harian, Sabtu 4 januari 2003.

~ oleh ANUAR AHMAD di Julai 10, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: