MAHASISWA IMPIAN ISLAM 8

6. Bersifat Amanah didalam semua Aspek kehidupan.

 

DARIPADA Abdullah Ibnu Mas’ud berkata bahawa Rasulullah saw pernah bersabda maksudnya: “Tiada iman bagi orang yang tidak memegang amanah dan tiada agama bagi orang yang tidak dapat dipegang janjinya.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Tabrani).
Amanah adalah sifat terpuji yang Islam anjurkan kepada setiap Muslim, malah ia juga penentu atau garisan pemisah kepada keimanan dan keagamaan individu.

Hadis di atas menjelaskan bahawa orang yang tidak menghiasi dirinya dengan sifat amanah atau tidak dipercayai ramai dalam memegang sesuatu amanah serta melakukan khianat kepada umat manusia, bererti dia bukanlah orang yang benar-benar beriman kepada Allah.

Dalam hal ini, Islam memerintahkan setiap Muslim agar sentiasa beramanah dalam setiap masa dan tempat kerana itulah ciri-ciri keperibadian Muslim yang bertakwa.

Menurut perspektif Islam, sifat amanah ini mengungkap pengertian yang sangat luas dan mendalam dalam seluruh aspek kehidupan manusia. Ia bukan hanya sekadar membawa erti bersikap jujur dan benar dalam urusan kehidupan, malah merangkumi setiap tanggungjawab, amanah atau tugas yang perlu ditunai.

Dalam erti kata lain, ia adalah tanggungjawab yang akan dipersoal kelak oleh Allah kelak sama ada kita betul-betul melaksanakannya atau sebaliknya. Oleh itu, kita mendapati Islam meletakkan kriteria amanah sebagai prasyarat sebagai pemimpin kepada umat manusia

Contohnya, kita mendapati Rasulullah ketika remajanya sebelum dibangkitkan sebagai pesuruh Allah adalah seorang pemuda yang beramanah sehingga digelar ‘Al-Amin’. Begitu juga dapat disaksikan sifat amanah pada diri peribadi Nabi Musa ketika baginda membantu dua gadis memberi minum haiwan ternakan mereka. Pengajaran yang terselit daripada kisah ini ialah utusan Allah dipilih dari kalangan i kemuliaan peribadi, keturunan dan tabiatnya. Inilah hakikat sifat amanah yang dianjurkan oleh Islam kepada umatnya.

Rasulullah pernah memberi peringatan keras kepada umat Islam terhadap berlakunya kepupusan sifat amanah dalam satu-satu masyarakat pada suatu masa nanti. Malah Baginda memperingatkan bahawa yang demikian adalah tanda-tanda kecil hari kiamat yang berlaku pada akhir zaman. Rasulullah pernah ditanya sahabat: “Bilakah akan berlaku hari kiamat?” Jawab Rasulullah: “Apabila sifat amanah hilang, maka tunggulah hari kiamat.” (Hadis riwayat Bukhari).

~ oleh ANUAR AHMAD di Julai 10, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: