PENGURUSAN MAKANAN UNTUK MAHASISWA

PENGURUSAN MAKANAN UNTUK MAHASISWA

 

Shamsul Anuar Ahmad

 

Pendahuluan

 

                Pengurusan makanan amat penting pada diri seorang mahasiswa yang mahukan kehidupan yang lebih sihat dan berkat. Mahasiswa yang mempunyai daya kepekaan yang tinggi terhadap kesihatan dan penyucian jiwa akan meneliti setiap suapan yang masuk ke mulut dan perut mereka. Makanan adalah keperluan asasi pada umat manusia dan alam seluruhnya. Gaya permakanan mahasiswa pada hari ini amat menyedihkan sekali,ini semua dek kerana suka bermewah-mewahan, suka bergaya, terlalu mengikut hawa nafsu dan sebagainya. Ini akan menyebabkan berlakunya budaya permakanan yang tidak seimbang diantara ruh dan jasad.

                Didalam mengurus permakanan kita setiap hari, kebanyakkan mahasiswa lebih mementingkan kelazatan makanan dari kesihatan tubuh badan dan keberkatan makanan yang menjadi darah daging mereka. Budaya ini memang telah lama berlaku dan amat susah untuk kita membasmi secara total didalam kehidupan mahasiswa. Selain daripada kelazatan makanan, mahasiswa juga suka bergaya didalam memilih brand makanan dan tempat makanan dihasilkan. Budaya makanan junk food juga menjadi satu fenomena yang buruk didalam masyarakat mahasiswa pada hari ini, ia disebabkan terpengaruh dengan gaya pemakanan masyarakat barat yang dianggap maju oleh sesetengah mahasiswa. Mahasiswa lebih suka membazirkan wang untuk shopping di Giant, Mydin, Tesco dan pelbagai lagi supermarket untuk membeli makanan ringan dan minuman berkabonat, daripada membeli makanan yang berkhasiat dikedai makan dan restoran. Didalam konteks Islam, setiap individu muslim wajib menyelidiki dan prihatin terhadap makanan yang dinikmati, bukan setakat makanan yang memudaratkan kesihatan, malah makanan yang mengandungi bahan yang diharamkan, yang sekali gus boleh menjejaskan akidah dan kesucian jiwa sebagai hamba Allah.

 

Kepentingan Menjauhi Makanan Yang Memudaratkan dan Meragukan

 

                Islam datang, sedang manusia masih dalam keadaan demikian dalam memandang masalah makanan berupa binatang. Islam berada di antara suatu faham kebebasan soal makanan dan extrimis dalam soal larangan. Oleh kerana itu Islam kemudian mengumandangkan kepada segenap umat manusia dengan mengatakan:

 

                “Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.” (al-Baqarah: 168)

 

                Di sini Islam memanggil manusia supaya suka makan hidangan besar yang baik, yang telah disediakan oleh Allah kepada mereka, iaitu bumi lengkap dengan isinya, dan kiranya manusia tidak mengikuti kerajaan dan jejak syaitan yang selalu menggoda manusia supaya mahu mengharamkan sesuatu yang telah dihalalkan Allah, dan mengharamkan kebaikan-kebaikan yang dihalalkan Allah; dan syaitan juga menghendaki manusia supaya terjerumus dalam lembah kesesatan. Selanjutnya mengumandangkan seruannya kepada orang-orang mu’min secara khusus. Firman Allah:

 

                “Hai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari apa-apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta bersyukurlah kepada Allah kalau betul-betul kamu berbakti kepadaNya. Allah hanya mengharamkan kepadamu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih bukan kerana Allah. Maka barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melampaui batas, maka tidaklah berdosa baginya, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih.” (al-Baqarah: 172-173)

 

 

Dalam seruannya secara khusus kepada orang-orang mu’min ini, Allah s.w.t. memerintahkan mereka supaya suka makan yang baik dan supaya mereka suka menunaikan hak nikmat itu, iaitu dengan bersyukur kepada Zat yang memberi nikmat. Selanjutnya Allah menjelaskan pula, bahawa Ia tidak mengharamkan atas mereka kecuali empat macam seperti tersebut di atas. Dan yang seperti ini disebutkan juga dalam ayat lain yang agaknya lebih tegas lagi dalam membatas yang diharamkan itu pada empat macam. Iaitu sebagaimana difirmankan Allah:

 

                “Katakanlah! Aku tidak menemukan tentang sesuatu yang telah diwahyukan kepadaku soal makanan yang diharamkan untuk dimakan, melainkan bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi; kerana sesungguhnya dia itu kotor (rijs), atau binatang yang disembelih bukan kerana Allah. Maka barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih.” (al-An’am: 145)

 

            Dan dalam surah al-Maidah ayat 3 al-Quran menyebutkan binatang-binatang yang diharamkan itu dengan terperinci dan lebih banyak. Firman Allah:

 

                “Telah diharamkan atas kamu bangkai, darah, daging babi, binatang yang disembelih bukan kerana Allah, yang (mati) kerana dicekik, yang (mati) kerana dipukul, yang (mati) kerana jatuh dari atas, yang (mati) kerana ditanduk, yang (mati) kerana dimakan oleh binatang buas kecuali yang dapat kamu sembelih dan yang disembelih untuk berhala.” (al-Maidah: 3)

 

 

Diharamkan Bangkai dan Hikmahnya

 

1) Pertama kali haramnya makanan yang disebut oleh ayat al-Quran ialah bangkai, iaitu binatang yang mati dengan sendirinya tanpa ada suatu usaha manusia yang memang sengaja disembelih atau dengan berburu.

 

                Hati orang-orang sekarang ini kadang-kadang bertanya-tanya tentang hikmah diharamkannya bangkai itu kepada manusia, dan dibuang begitu saja tidak boleh dimakan. Untuk persoalan ini kami menjawab, bahawa diharamkannya bangkai itu mengandung hikmah yang sangat besar sekali:

 

                a) Naluri manusia yang sihat pasti tidak akan makan bangkai dan dia pun akan menganggapnya kotor. Para cerdik pandai di kalangan mereka pasti akan beranggapan, bahawa makan bangkai itu adalah suatu perbuatan yang rendah yang dapat menurunkan harga diri manusia. Oleh kerana itu seluruh agama Samawi memandangnya bangkai itu suatu makanan yang haram. Mereka tidak boleh makan kecuali yang disembelih, sekalipun berbeza cara menyembelihnya.

 

                b) Supaya setiap muslim suka membiasakan bertujuan dan berkehendak dalam seluruh hal, sehingga tidak ada seorang muslim pun yang memperoleh sesuatu atau memetik buah melainkan setelah dia mengkonkritkan niat, tujuan dan usaha untuk mencapai apa yang dimaksud. Begitulah, maka arti menyembelih –yang dapat mengeluarkan binatang dari kedudukannya sebagai bangkai– tidak lain adalah bertujuan untuk merenggut jiwa binatang kerana hendak memakannya.

 

                Jadi seolah-olah Allah tidak rela kepada seseorang untuk makan sesuatu yang dicapai tanpa tujuan dan berfikir sebelumnya, sebagaimana halnya makan bangkai ini. Berbeza dengan binatang yang disembelih dan yang diburu, bahawa keduanya itu tidak akan dapat dicapai melainkan dengan tujuan, usaha dan perbuatan.

 

                c) Binatang yang mati dengan sendirinya, pada umumnya mati kerana sesuatu sebab; mungkin kerana penyakit yang mengancam, atau kerana sesuatu sebab mendatang, atau kerana makan tumbuh-tumbuhan yang beracun dan sebagainya. Kesemuanya ini tidak dapat dijamin untuk tidak membahayakan, Contohnya seperti binatang yang mati kerana sangat lemah dan kerena keadaannya yang tidak normal.

 

                d) Allah mengharamkan bangkai kepada kita umat manusia, berarti dengan begitu Ia telah memberi kesempatan kepada haiwan atau burung untuk memakannya sebagai tanda kasih-sayang Allah kepada binatang atau burungburung tersebut. Kerana binatang-binatang itu adalah makhluk seperti kita juga, sebagaimana ditegaskan oleh al-Quran.

 

                e) Supaya manusia selalu memperhatikan binatang-binatang yang dimilikinya, tidak membiarkan begitu saja binatangnya itu diserang oleh sakit dan kelemahan sehingga mati dan hancur. Tetapi dia harus segera memberikan pengubatan atau mengistirahatkan.

 

Haramnya Darah Yang Mengalir

 

2) Makanan kedua yang diharamkan ialah darah yang mengalir. Ibnu Abbas pernah ditanya tentang limpa (thihal), maka jawab beliau: Makanlah! Orang-orang kemudian berkata: Itu kan darah. Maka jawab Ibnu Abbas: Darah yang diharamkan atas kamu hanyalah darah yang mengalir.

 

                Rahasia diharamkannya darah yang mengalir di sini adalah justru kerana kotor, yang tidak mungkin jiwa manusia yang bersih suka kepadanya. Dan inipun dapat diduga akan berbahaya, sebagaimana halnya bangkai.

 

                Orang-orang jahiliah dahulu kalau lapar, diambilnya sesuatu yang tajam dari tulang ataupun lainnya, lantas ditusukkannya kepada unta atau binatang dan darahnya yang mengalir itu dikumpulkan kemudian diminum. Begitulah seperti yang dikatakan oleh al-A’syaa dalam syairnya:

 

                                  Janganlah kamu mendekati bangkai

                                  Jangan pula kamu mengambil tulang yang tajam

                                  Kemudian kamu tusukkan dia untuk mengeluarkan darah.

 

                Oleh kerana mengeluarkan darah dengan cara seperti itu termasuk menyakiti dan melemahkan binatang, maka akhirnya diharamkanlah darah tersebut oleh Allah s.w.t.

 

Daging Babi

 

3) Yang ketiga ialah daging babi. Naluri manusia yang baik sudah barang tentu tidak akan menyukainya, kerana makanan-makanan babi itu yang kotor-kotor dan najis. Ilmu kedokteran sekarang ini mengakui, bahawa makan daging babi itu sangat berbahaya untuk seluruh daerah, lebih-lebih di daerah panas. Ini diperoleh berdasarkan penyelidikan ilmiah, bahawa makan daging babi itu salah satu sebab timbulnya cacing pita yang sangat berbahaya. Dan barangkali pengetahuan moden berikutnya akan lebih banyak dapat menyingkap rahasia haramnya babi ini daripada hari kini. Maka tepatlah apa yang ditegaskan Allah:

 

                “Dan Allah mengharamkan atas mereka yang kotor-kotor.” (al-A’raf: 156)

 

                Sementara ahli penyelidik berpendapat, bahawa membiasakan makan daging babi dapat melemahkan perasaan cemburu terhadap hal-hal yang terlarang.

 

Binatang Yang Disembelih Bukan Kerana Allah

 

4) Yang keempat ialah binatang yang disembelih bukan kerana Allah, iaitu binatang yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah, misalnya nama berhala Kaum penyembah berhala (watsaniyyin) dahulu apabila hendak menyembelih binatang, mereka sebut nama-nama berhala mereka seperti Laata dan Uzza. Ini berarti suatu taqarrub kepada selain Allah dan menyembah kepada selain asma’ Allah yang Maha Besar.

 

                Jadi sebab (illah) diharamkannya binatang yang disembelih bukan kerana Allah di sini ialah semata-mata illah agama, dengan tujuan untuk melindungi aqidah tauhid, kemurnian aqidah dan memberantas kemusyrikan dengan segala macam manifestasi berhalanya dalam seluruh lapangan.

 

                Allah yang menjadikan manusia, yang menyerahkan semua di bumi ini kepada manusia dan yang menjinakkan binatang untuk manusia, telah memberikan perkenan kepada manusia untuk mengalirkan darah binatang tersebut guna memenuhi kepentingan manusia dengan menyebut asma’Nya ketika menyembelih. Dengan demikian, menyebut asma’ Allah ketika itu berarti suatu pengakuan, bahawa Dialah yang menjadikan binatang yang hidup ini, dan kini telah memberi perkenan untuk menyembelihnya.

 

                Oleh kerana itu, menyebut selain nama Allah ketika menyembelih berarti meniadakan perkenan ini dan dia berhak menerima larangan memakan binatang yang disembelih itu.

 

Macam-Macam Bangkai

 

Empat macam binatang yang disebutkan di atas adalah masih terlalu global (mujmal), dan kemudian diperinci dalam surah al-Maidah menjadi 10 macam, seperti yang telah kami sebutkan di atas dalam perbincangan tentang bangkai, yang perinciannya adalah sebagai berikut:

 

                5) Al-Munkhaniqah, iaitu binatang yang mati kerana dicekik, baik dengan cara menghimpit leher binatang tersebut ataupun meletakkan kepala binatang pada tempat yang sempit dan sebagainya sehingga binatang tersebut mati.

 

                6) Al-Mauqudzah, iaitu binatang yang mati kerana dipukul dengan tongkat dan sebagainya.

 

                7) Al-Mutaraddiyah, iaitu binatang yang jatuh dari tempat yang tinggi sehingga mati. Yang seperti ini ialah binatang yang jatuh dalam sumur.

 

                8) An-Nathihah, iaitu binatang yang baku hantam antara satu dengan lain, sehingga mati.

 

                9) Maa akalas sabu, iaitu binatang yang disergap oleh binatang buas dengan dimakan sebahagian dagingnya sehingga mati.

 

                Sesudah menyebutkan lima macam binatang (No. 5 sampai dengan 9) ini kemudian Allah menyatakan “Kecuali binatang yang kamu sembelih,” yakni apabila binatang-binatang tersebut kamu dapati masih hidup, maka sembelihlah. Jadi binatang-binatang tersebut menjadi halal kalau kamu sembelih dan sebagainya sebagaimana yang akan kita bincangkan di bab berikutnya.

 

                Untuk mengetahui kebenaran apa yang telah disebutkan di atas tentang halalnya binatang tersebut kalau masih ada sisa umur, iaitu cukup dengan memperhatikan apa yang dikatakan oleh Ali r,a. Kata Ali: “Kalau kamu masih sempat menyembelih binatang-binatang yang jatuh dari atas, yang dipukul dan yang berbaku hantam itu…, kerana masih bergerak (kaki muka) atau kakinya, maka makanlah.” Dan kata Dhahhak: “Orang-orang jahiliah dahulu pernah makan binatang-binatang tersebut, kemudian Allah mengharamkannya kecuali kalau sempat disembelih. Jika dijumpai binatang-binatang tersebut masih bergerak kakinya, ekornya atau kerlingan matanya dan kemudian sempat disembelih, maka halallah dia.”

 

Setiap yang Berbahaya Dimakan atau Diminum, Tetap Haram

 

                Di sini ada suatu kaidah yang menyeluruh dan telah diakuinya dalam syariat Islam, iaitu bahawa setiap muslim tidak diperkenankan makan atau minum sesuatu yang dapat membunuh, lambat ataupun cepat, misalnya racun dengan segala macamnya; atau sesuatu yang membahayakan termasuk makan atau minum yang terlalu banyak yang menyebabkan sakit. Sebab seorang muslim itu bukan menjadi milik dirinya sendiri, tetapi dia adalah milik agama dan umatnya. Hidupnya, kesihatannya, hartanya dan seluruh nikmat yang diberikan Allah kepadanya adalah sebagai barang titipan (amanat). Oleh kerana itu dia tidak boleh meneledorkan amanat itu. Firman Allah:

 

                “Janganlah kamu membunuh diri-diri kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Belas-kasih kepadamu.” (an-Nisa’: 29)

 

                “Jangan kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan.” (al-Baqarah: 195)

 

                Dan Rasulullah s.a.w. pun bersabda: “Tidak boleh membuat bahaya dan membalas bahaya.” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

 

                Sesuai dengan kaidah ini, maka kami berpendapat: sesungguhnya rokok (tembakau) selama hal itu dinyatakan membahayakan, maka menghisap rokok hukumnya adalah haram. Lebih-lebih kalau dokter spesialis sudah menetapkan hal tersebut kepada seseorang tertentu.

 

                Kalaupun toh ditakdirkan tidak jelas bahayanya terhadap kesihatan seseorang, tetapi yang jelas adalah membuang-buang wang untuk sesuatu yang tidak bermanfaat, baik untuk agama ataupun untuk urusan dunia. Sedang dalam hadisnya dengan tegas Rasulullah s.a.w. melarang membuang-buang harta.

 

                Larangan ini dapat diperkuat lagi, kalau ternyata harta tersebut amat diperlukan untuk dirinya sendiri, atau keluarganya.

 

Makanan Dari Sudut Kerohanian

 

Sesorang Islam bukan saja makan untuk menguatkan dan menyihatkan tubuh badan serta fikiran agar boleh beribadat kepad Allah dengan sempurna, malah ia boleh menyumbangkan pengetahuan dan kudrat demi kesejahteraan manusia sejagat. Justeru, dalam konteks Islam, umatnya perlu memahami dan menghargai konsep halal dan haram,iaitu makanan dan minuman yang memenuhi tuntutan agama. Sesuatu makanan dikatakan halal jika:

–          ia tidak memudaratkan dan menggangu fungsi normal tubuh dan fikiran

–          ia bebas daripada najis dan bukan produk daripada sumber babi atau binatang yang tidak disembelih atau diburu mengikut hokum syarak.

–          Ia bebas daripada produk yang diambil daripada babi dan anjing dan lain-lain binatang yang haram.

 

Oleh itu kebersihan tubuh, minda dan jiwa benar-benar bergantung kepada kesucian makanan yang kita makan. Sebelum memutuskan sama ada sesuatu makanan itu layak dimakan atau tidak, kita perlu menimbangkan lebih dari sekadar ianya halal atau haram. Perkataan ‘thoyibban’ bermakna baik, dan ini juga bererti makanan itu mestilah baik untuk dimakan dan diperolehi daripada sumber yang asli.

 

 Isu-isu Halal Haram Yang telah dibincangkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

 

  1. Keraguan dan ketidakpastian yang meyelubungi logo halal di Malaysia.
  • penipuan logo halal
  • logo halal yang dari Negara luar
  • mempamerkan ayat suci alquran, kalimah Allah dan kaabah di kedai makan yang tidak halal
  • hotel 4 bintang yang memanggang babi (dapat sijil halal)
  • Plumbum
  • Bahan logam toksik
  • Asid borid
  • Folmadehid
  • Asid benzoic
  • Perwarna industri
  • Racun makhluk perosak
  • Pemplastik
  • biskut kraker dan kerak pai
  • garam berperisa, perisa vanilla, pelembut daging, campuran hiasan salad
  • gula-gula marshmallow, dadih dan makanan pencuci mulut bergelatin
  • makanan yang diproses, kosmetik, haruman dan losen
  • bijiran, candi, coklat, marjerin dan kosmetik
  • sabun, jeli
  • keju
  • bantuan penghadaman
  • pembalut pil
  • daging cincang dan pastry
  • toffees
  • jem
  • ubat gigi
  1. Kehalalan makanan di restoren dan hotel diragui
  1. Hukum Syariah dan bahan kimia didalam makanan
  1. Ramuan dan penambah makanan daripada sumber binatang yang haram
  1. pembaziran dan kegelojohan didalam pemakanan
  2. makanan harian yang mengandungi gelatin yang haram
  3. proses campuran bahan haram didalam pembuatan keju dan wei
  4. wei yang haram dan lemak babi didalam susu rumusan bayi
  5. kegunaan wei didalam makanan
  6. produk yang menggunakan lemak binatang didalam pembuatan
  7. lemak binatang didalam produk kegunaan harian
  8. plasma darah didalam makanan
  9. MSG (AJINOMOTO) yang meragukan
  10. makanan ubah suai genetic
  11. rambut manusia didalam makanan
  12. alcohol didalam makanan dan minuman
  13. ramuan yang mergukan didalam kosmetik
  14. isu rokok
  15. ternakan komersial yang meragukan
  16. aluminium didalam minuman
  17. campuran racun didalam tanaman
  18. racun makhluk perosak dida;am makanan bayi
  19. mengawet ikan dan buah-buahan
  20. nitrit didalam daging yang diproses
  21. racun tikus didalam makanan
  22. bahab pewarna yang meragukan
  23. penambah perisa berbahaya didalam susu tepung
  24. pembohongan didalam produk herba
  25. jauhi semua makanan segera

 

 

 

 

Pengurusan Adab Ketika Makan

 

  1. makanan hendaklah dari sumber yang halal dan tidak memudaratkan
  2. periuk dan tempat memasak orang bukan Islam hendaklah dicuci sebelum digunakan untuk memasak
  3. melebihkan kuah didalam masakan agar boleh memberi manfaat kepada ramai orang dan jiran-jiran
  4. jika bawang atau bawang putih digunakan, ia hendaklah dicampurkan didalam masakan dan jangan makan bawang secara mentah-mentah kerana baunya yang tidak menyenangkan
  5. diharamkan menggunakan pinggan mangkuk, sudu, garfu dan peralatan memasak yang berasl dari emas dan perak
  6. minum susu dan madu untuk kesihatan dan sunnah
  7. mementingkan kesederharnaan, kebersihan dan mudah didalam pengurusan makanan dan masakan
  8. seorang muslim mestilah duduk makan dengan cara yang tawaduk dan bersopan
  9. makan dengan perlahan, jangan gopoh dan makan menggunakan tangan kanan
  10. seeloknya makan secara berjemaah
  11. jangan rasa malu, jijik dan takabur bila makan bersama orang miskin dan hamba
  12. basuh tangan sebelum dan selepas makan
  13. menyebut nama Allah dan membaca doa sebelum dan selepas makan
  14. jangan mengeji dan menghina makanan yang dimakan
  15. tidak dianjurkan makan makanan yang bersifat sejuk bersama makanan yang bersifat panas bagi mengelak dari sakit gigi dan perut
  16. kunyah makanan sehingga betul-betul hancur
  17. bila makan beramai-ramai, jangan terlalu diam, bercakaplah perkara yang berfaedah dan dilarang bercakap perkara dunia serta jangan bercakap ketika makanan penuh didalam mulut
  18. jika makanan jatuh, maka ambillah serta basuh dari kekotoran dan makan. Elakkan dari pembaziran
  19. dibolehkan memberi salam kepada orang yang sedang makan tetapi tidak digalakkan untuk berjabat tangan dengannya
  20. berhenti makan sebelum kenyang dan makan bila terasa lapar
  21. jangan terus tidur selepas makan
  22. sisa-sisa makanan jangan dibiarkan membazir, gunakan untuk makanan binatang peliharaan
  23. mengucap kesyukuran selepas makan
  24. hormati orang tua ketika makan, biarkan mereka memulakan dahulu pada mengambil makanan
  25. tidak harus melakukan perkara sampingan ketika makan seperti membaca akhbar dan sebagainya untuk mengelak masa makan berpanjangan
  26. jangan meninggalkan makan malam kerana ia akan melemahkan badan dan mudah ditimpa penyakit
  27. tutup makanan dan minuman dengan bekas
  28. jangan minum air terus pada mulut botol dan jak, seeloknya gunalag gelas atau cawan
  29. jangan guna pinggan mangkuk dan gelas yang pecah dan serpihan
  30. minumlah air dengan 3 kali tegukkan dan jangan bernafas di dalam gelas
  31. jika minum dari matair dan sungai, jangan minum terus menggunakan mulut tapi gunalah tangan untuk mencedok air ke mulut
  32. jika minum minuman yang bergula, lemak dan berkarbonat, maka hendaklah berkumur untuk mengelak dari kerosakkan gigi

 

 

Semoga ia memberi manfaat untuk kita semua..

 

Bacaan Tambahan

 

–          CAP. 2008. Halal Haram. Pulau Pinang. Persatuan Pengguna Pulau Pinang

–          CAP. 2002. Makanan Berbahaya. Pulau Pinang. Persatuan Pengguna Pulau Pinang

–          Dr. Yusuf Al-Qardawi. Alhalal wal haram Fil Islam. Qahirah-Maktabah Wahbah

–          Zanariah Yahaya. Cara Hidup Muslim Sejati. Kuala Lumpur- Syarikat Nurulhas

~ oleh ANUAR AHMAD di Julai 10, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: