SYIAH DAN REVOLUSI MINDA MAHASISWA

SYIAH DAN REVOLUSI MINDA MAHASISWA

 

Baru je beberapa hari yang lepas aku menyertai seminar pemikiran islam liberal yang dianjurkan oleh sebuah IPTA tempatan. Satu seminar yang menarik dan berpotensi besar bagi membina jiwa-jiwa mahasiswa yang akan meneruskan kesinambungan “minda fikir” didalam pembinaan ummah dan Islam. Namun pun begitu, aku melihat para peserta kurang memahami apa yang disampaikan oleh para pembentang kertas kerja, ada juga yang tak dapat menilai dimanakah pembentang yang betul-betul menyampaikan kebenaran dan yang menyampaikan kebathilan. Para peserta hanya melihat kepetahan seseorang pembentang didalam meluncurkan bait-bait bicara tanpa menilai kebenaran dan kebathilan yang disampaikan.

Wacana pemikiran ini dimulakan dengan ucaptama yang disampaikan oleh guru kami Dr. Zukifli Mohamad Al-Bakri (Guru penulis) . Ucaptama yang penuh ilmiah dan amat menarik, dengan nada yang lembut dan halus, mezahirkan ketawadhukan seorang ulama yang berilmu. Satu taujihat yang amat menyentuh jiwa kejumudan.

Wacana pemikiran ini diteruskan lagi dengan sesi wacana 1. Pembentang pertama disampaikan oleh Dr. Khalif Muammar B. A. Harris yang bertajuk Epistemologi Dan Metodologi Islam: Tanggapan Kritis. Pembentangan yang amat menarik dan bertenaga walaupun Dr. Khalif bercakap dengan nada yang perlahan. Ucapan yang mengambarkan seorang ulama yang betul-betul memahami topic yang dibincangkan. Sebenarnya aku dah lama mengikuti dan membaca tulisan-tulisan dari Dr. Khalif, semasa aku Tingkatan 5 lagi aku mengikuti tulisan Dr. Khalif Muammar. Satu tulisan yang hebat, tulisan yang mengambarkan kebijaksanaan seorang ulama didalam mengkaji satu isu besar bagi menyelesaikan masalah akidah ummah. Kali pertama melihat Dr. Khalif Muammar, hatiku begitu gembira dan teruja. Semoga Allah merahmati dan member ketabahan kepada Dr. Khalif didalam memerangi kesesatan aqidah ummah di zaman globalisasi ini.

Pembentangan kedua disampaikan oleh Dr. Rushdan B. Mohd Jailani. Juga pembentangan yang penuh bertenaga dan berinfomasi. Tahniah di ucapkan kepada Dr. Rushdan. Pertama kali berjumpa dan berkenalan dengan Dr. Rushdan ialah ketika Dr. Rushdan menjadi pengarah program perkaderan SPMM 2008, ketika itu aku menjadi peserta. Seorang yang punya peribadi yang baik, mudah mesra tapi tegas, memiliki prinsip didalam setiap pandangan dan pemikiran. Begitu kreatif didalam memahami isu.

Pembentangan yang ketiga disampaikan oleh seorang anak muda yang kononnya mahukan revolusi minda dan mahukan pemikiran yang lebih terbuka. Aku tak sampai hati nak nukilkan nama ini disini, sedih bila mengenangkan pemikiran anak muda ini yang penuh kontrovesi ini. Aku melihat anak-anak mahasiswa begitu kagum dengan anak muda ini tanpa mengetahui siapa sebenarnya anak muda ini. Aku nasihatkan pada anak-anak mahasiswa sekelian supaya bertanya pada ulama-ulama muktabar dimalaysia mengenai diri sebenar anak muda ini. Aku tidak menolak seluruhnya pemikiran anak muda ini, ada juga yang baik dan menarik didalam ideanya. Namun pun begitu, jika anak-anak mahasiswa menghayati dan peka dengan ucapan yang disampaikan oleh anak muda ini, pasti kalian akan merasa bimbang dan terkejut dengan idea2 dan pegangan-pegangan yang telah dilontarkan oleh anak muda ini. Memang tepatlah apa yang disampaikan oleh Dr. Zukifli dan Dr. Khalif bahawa menjadi kewajipan seorang yang mahu membangunkan minda dan pemikirannya mestilah mempelajari aqidah islamiah yang sebenar dan mengkaji kebatilan yang menyebabkan rosaknya aqidah islamiah.

Diantara pemikiran yang menyesatkan umat islam ialah pemikiran SYIAH yang telah menjalar begitu luas dan pantas didalam Negara kita. Dengan nama kebebasan pendapat dan pemikiran, golongan SYIAH ini begitu aktif menyebarkan fikrahnya melalui akhbar, novel-novel, buku-buku ilmiah dan pelbagai lagi saluran media massa untuk penyebaran SYIAH.

 

 

PENJELASAN TERHADAP  FAHAMAN SYIAH – JAKIM

 

http://www.islam.gov.my/artikel/syiah1.html

1. TUJUAN

 

          1. 1. Buku ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada orang ramai mengenai fahaman Syiah supaya orang Islam dan masyarakat menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman ini dan menyedarkan mereka yang terbabit bahawa pegangan fahaman mereka adalah bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

 

          1.2. Kajian penjelasan secara sederhana ini dibuat untuk membantu masyarakat awam mudah memahaminya.

 

2. LATAR BELAKANG

 

          2.1. Syiah di Malaysia merupakan satu kelompok pecahan dari umat Islam yang merangkumi lebih kurang 10% dari seluruh umat Islam di dunia. * Golongan Syiah ini berpecah kepada beberapa kumpulan. Tetapi di dalam buku penjelasan ini hanya disebut tiga (3) kumpulan yang terbesar iaitu:

 

          i. Syiah Imam Dua Belas (ja’fariyah)

 

          Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi hampir 60% daripada penduduk Iraq.Golongan ini juga menjadi kumpulan minoriti di beberapa buah negara seperti Pakistan, Afghanistan, Lebanon dan Syria.

 

          ii. Syiah Zaidiyah

 

          Kumpulan yang dikenali dengan nama Syiah Imam Lima ini berkembang di Yaman dan hampir 40% daripada penduduk

          negara tersebut adalah pengikut Syiah Zaidiyah*.

 

          iii. Syiah Ismailiyah

 

          Kumpulan ini mempunyai Imam Tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta orang. Kumpulan ini sekarang berpusat di India dan bertaburan di sekitar Asia Tengah, Iran, Syria dan Timur Afrika*.(1) Di Malaysia terdapat tiga (3) kumpulan Syiah yang berkembang semenjak beberapa tahun yang Ialu iaitu:

 

          i. Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra)

 

          Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia ia dikenali  dengan golongan yang memiliki Kedai Bombay Kumpulan yang berpusat di daerah Kelang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200 hingga 400 orang.

 

          (*Fakta ini dipetik dari buku “The Concise Encylopedia of Islam” oleh Cyril Glasse th.1989 hal. 364-365. Mengikut statistik Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri Syiah di negeri Iraq ialah  49%.)

 

          ii. Syiah Ismailiah Agha Khan.

 

          Kumpulan yang dikenali dengan nama Kedai Peerbhai ini bergerak di sekitar Lembah Kelang. Jumlah pengikut tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari kelompok Bohra.

 

          iii. Syiah Ja’fariyah @ Imamiah Ithna Assyariyyah. (Imam Dua Belas)

 

          a) Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular ke negara ini

          melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan sama  ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.

 

          b) Fahaman Syiah ini bertambah meruncing apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman Syiah Ja’fariyah secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi.

 

          c) Beberapa buah kitab utama Syiah telah dijadikan bahan rujukan dan sebahagiannya telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, antaranya:

 

          i) Kasyf al-Asrar                              Oleh: Ayatullah al-Khomeini

 

          ii) AI-Hukumah al-Islamiah          Oleh: Ayatullah al-Khomeini

 

          iii) Al-Sabah Min al-Salaf             Oleh: Ayatullah al Murtadza az- Zubaidi

 

          iv) AI- Usul Min al-Kaft                  Oleh: al-Sheikh Muhammad bin Yaacob al-Kulaini (thn.1338H)

 

          v) Tahrir al- Wasilah            Oleh: Ayatullah al-Khomeini

 

          vi) AI-Murajaat                    Oleh: al-Sheikh Abdul Husin Syarafuddin al-Musawi

 

          vii) Peshawar Nights          Oleh: al-Sayyid Muhammad Rais al-Wahidin

 

          viii) Mafatih al-jittan          Oleh: Sheikh Abbas al-Qummi

 

          ix) Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan ljtihad)

Oleh: al-Hasan bin Yusuf al- Mutahhar al-Hulliyy, diterjemahkan oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn.1993)

 

          x) Mengapa Aku Memilih Ahlul Bait a.s?  

Oleh: Syeikh Muhammad Mar’i al-Amin al-Antaki –          diterjemah oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993)

 

          xi) Al-Sahabah                    Oleh: Haidar

 

          xii) Ahlu al-Bait                     Oleh: Dr. Mahfuz Mohamed

 

          Pengaruh fahaman Syiah ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor. Di Malaysia, pengikut kumpulan ini dianggarkan antara 300 hingga 500 orang.

 

          Antara gejala-gejala Syiah yang timbul akibat dari fahaman dan ajaran Syiah ini ialah:

 

          i. Adanya usaha menghantar pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke Iran.

 

          ii. Wujudnya kes kahwin Mut’ah

 

          iii. Meluasnya penyebaran buku-buku Syiah

 

iv. Wujudnya sokongan dari golongan tertentu kepada pengaruh Syiah terutama golongan ahli politik.

 

v. Wujudnya kesamaran dan keraguan orang ramai terhadap ajaran dan pegangan Islam yang sebenar, contohnya dalam aspek perkahwinan, pengkebumian dan sebagainya.

 

 

 3. PENYELEWENGAN FAHAMAN SYIAH

 

          Ajaran dan fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng dari ajaran Islam dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara khususnya di Malaysia.

 

          Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Malaysia berdasarkan beberapa percanggahan yang terdapat di dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut akidah, syariah dan pelbagai penyelewengan umum yang lain.

 

          3.2.1 PENYELEWENGAN DARI SUDUT AKIDAH.

 

          i. Khalifah Diwasiatkan Secara Nas

 

          Syiah mempercayai imam-imam telah ditentukan oleh Allah melalui lisan Rasul-Nya secara nas. Ini dinyatakan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh ulama Syiah iaitu Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 78:

 

          Terjemahannya:

 

                      Akidah Kami Tentang Imam Itu Telah Sabit Secara Nas. Kami (Syiah) beriktikad bahawa imam-imam seperti nabi tidak berlaku melainkan dengan nas daripada Allah S. W. T atau lisan Rasul atau lisan imam yang dilantik secara nas apabila ia hendak menentukan imam selepasnya. Hukum         Imamah sama seperti nabi, tidak ada perbezaan. Orang ramai tidak boleh membuat hukum lain terhadap orang yang telah ditentukan oleh Allah,, sebagaimana mereka tidak mempunyai  hak penentuan, pencalonan dan pemilih’an kerana orang yang telah dilantik, telah mempunyai persediaan yang cukup untuk menanggung bebanan Imam dan memimpin masyarakat yang sudah pasti tidak boleh diketahui, kecuali dengan ketentuan Allah dan tidak boleh ditentukan, melainkan dengan ketentuan  Allah. Kami mempercayai bahawa Nabi s.a.w. pernah menentukan khalifahnya dan imam di muka bumi ini selepasnya. Lalu baginda menentukan sepupunya Ali bin Abu Talib sebagai Amirul Mukmin pemegang amanah terhadap wahyu dan imam kepada semua makhluk di beberapa tempat. Baginda telah melantiknya dan mengambil baiah        kepadanya untuk memerintah orang-orang Islam pada hari Ghadir, Ialu baginda bersabda: ” Ketahuilah bahawa sesiapa yang aku telah menjadikannya ketua maka Alilah yang menjadi ketuanya. Wahai Tuhan, lantiklah orang yang menjadikan Ali sebagai pemimpin dan musuhilah orang yang memusuhinya dan tolonglah orang yang menolongnya dan hinalah orang yang menghinanya. Berilah kebenaran kepada Ali di mana ia berada.

 

          Syiah mempercayai wasi Rasulullah s.a.w. ialah Saidina Ali. Kemudian Saidina Ali mewasiatkannya pula kepada anaknya Hasan dan Hasan mewasiatkannya pula kepada Hussain sehinggalah kepada Imam Dua Belas AI-Mahdi  AI-Muntazar. la merupakan sunnah Allah kepada semua Nabi-nabi bermula daripada Nabi Adam sehinggalah kepada Nabi yang terakhir. Perkara ini disebutkan dalam Kitab Aslu  Al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita’, hal. 136:

 

          Terjemahannya:

 

          Maka kita hendaklah kembali kepada menyempurnakan hadith yang dipegang oleh Syiah Imamiah. Maka kami berkata, sesungguhnya Syiah Imamiah mempercayai bahawa Allah S. W. T tidak mengosongkan dunia daripada hamba yang dapat berhujah daripada kalangan nabi atau orang yang         memegang wasiat yang nyata masyhur atau yang hilang tersembunyi. Nabi s.a.w. telah menentukan dan mewasiatkan kepada anak Saidina Ali iaitu Hasan dan Saidina Hasan mewasiatkannya pula kepada saudaranya Husain dan demikianlah kepada Imam Dua Belas iaitu Mahdi al-Muntazar. Ini merupakan sunnah Allah kepada semua nabi-nabi daripada Adam sehinggalah nabi yang terakhir.

 

          ULASAN

 

          Tidak terdapat nas dari al-Quran atau Hadith-hadith sahih yang j elas maksudnya bahawa Saidina Ali itu ditentukan sebagai khalifah selepas wafat Rasulullah s.a.w.

 

          Oleh kerana itu, para sahabat telah bersetuju melantik Saidina Abu Bakar sebagai khalifah yang pertama sebaik sahaja wafat Rasulullah s.a.w. dan Saidina Ali pun sendiri telah bermubaya’ah dengan Saidina Abu Bakar.

 

          ii. Imam adalah maksum

 

          Syiah meyakini bahawa Imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak sehinggalah meninggal dunia. Kedudukan mereka sama seperti Nabi-nabi. Pada iktikad mereka, Imam-imam tidak melakukan kesalahan dan tidak lupa. Imam adalah pemelihara syariat dan melaksanakan hukum-hukum. Perkara ini dijelaskan oleh Syeikh Mufid, salah seorang tokoh besar Syiah di dalam kitab Awail al-Maqalat yang dipetik oleh Muhamad Jawad Mughniah di dalam kitab al-Syiah Fi al-Mizan hal. 38.

 

          Terjemahannya:

 

          Ismah ialah suatu kekuatan yang menghalang tuannya daripada melakukan maksiat dan kesalahan, di mana ia tidak boleh meninggalkan yang wajib dan tidak boleh melakukan yang haram sekalipun ia mampu untuk berbuat demikian, jika tidak bersifat demikian nescaya ia tidak berhak  mendapat pujian dan balasan. Dengan lain perkataan, yang dimaksudkan dengan maksum itu ialahmencapai had ketaqwaan yang tidak boleh dicapai oleh syahwat dan nafsu dan telah mencapai ilmu syariat dan hukum-hukumn a dan  sampai ke martabat yang tidak mela’Kukan kesalahan sama sekali. Syiah Imamiah mensyaratkan dengan makna tersebut   kepada imam-imam secara seinpurna sebagaimana disyaratkan kepada wali. Syeikh Mufid berkata di dalam  kitab Awail al-Maqalat bab perbincangan mengenai  Imam-imam itu maksum. Imam-imam yang memiliki sifat-sifat maksum itu adalah sama dengan makam nabi dalam melaksanakan hukum-hukum dan menegakkan hudud dan  memelihara syariat dan mendidik masyarakat. Mereka itu maksum sepertimana nabi yang bersifat maksum yang tidak  harus melakukan dosa besar dan kecil dan tidak harus bagi  mereka bersifat lupa terhadap sesuatu berhubung dengan agama bahkan mereka tidak lupa sesuatu tentang hukum. Sifat ini wujud kepada keseluruhan mazhab Syiah Imamiah, kecuali sedikit sahaja yang bersifat ganjil daripada mereka.

 

          Hal ini juga dinyatakan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 72:

 

          Terjemahannya:

 

          Akidah Kami Tentang Imam itu Maksum Kami mempercayai bahawa imam-imam itu sepetti nabi-nabi, ia wajib maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang tersembunyi, semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa  sebagaimana mereka juga terpelihara daripada sifat lupa, tersalah dan lain-lain. Kerana imam-imam itu merupakan  pemelihara syariat dan orang-orang yang menegakkan hukum  syariat. Keadaan mereka seperti nabi. Bukti yang mendorong kami berpegang bahawa Imam itu maksum ialah dalil yang  mengatakan nabi-nabi itu maksum. Tidak ada perbezaan(di antara nabi dan imam).

 

          ULASAN

 

          Jelas terdapat dalam al-Quran dan Hadith-hadith sohih  menyatakan bahawa yang maksum hanyalah para rasul dan anbia’ sahaja. Oleh itu dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah, memerlukan kepada dalil-dalil yang qat’ie. Ini dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran seperti berikut yang   bermaksud:

 

          “Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung  dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Quran dan Hadith) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan  kepadanya.

 

          (An-Najm ayat 3 – 4)

 

          “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hati  akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah  banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”

 

          (AI-Ahzaab ayat 21)

 

          “la memasamkan muka dan berpaling, kerana ia di datangi orang buta. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad). Barangkali ia mahu   membersihkan hatinya (dengan pelajaran Ugama yang  didapatinya daripadamu). Ataupun ia mahu mendapat  peringatan, supaya peringatan itu memberi manfa’at  kepadanya.”

 

          (Surah Abasa ayat 1-4)

 

          iii. Ilmu Allah Berubah-ubah Mengikut Sesuatu  Peristiwa Yang Berlaku Kepada Manusia (al-Bada’).

          Dari segi bahasa al-Bada’ bermaksud lahir sesudah   tersembunyi. Menurut akidah Syiah, al-Bada’ ialah Allah  mengetahui sesuatu perkara setelah berlaku peristiwa  berkenaan yang sebelum itu dianggap tersembunyi daripada-Nya. Perkara ini jelas menganggap Allah itu jahil  atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi. Ini amat jelas  seperti yang disebutkan oleh al-Tabatabai dalam kitab   al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini Juzu’ 1 hal 146.

 

          Terjemahannya:

 

          “AI-Bada” ialah zahir perbuatan yang tersembunyi  disebabkan ternyata tersembunyi ilmu kerana adanya maslahah. Kemudian diluaskan penggunaannya, maka kami maksudkan dengan al-Bada’ itu ialah lahirnya setiap perbuatan yang sebelumnya itu adalah tersembunyi (daripada  Allah S.W.T)”.

 

          Mengikut akidah Syiah, ilmu Tuhan itu akan berubah dan bersesuaian dengan fenomena baru. Tuhan akan berubah  kehendak-Nya terhadap sesuatu perkara sesuai dengan   keadaan yang berlaku. Hal ini dijelaskan dalam Kitab al-Usul   Min al-Kafi, oleh al-Kulaini, Juzu’ 1, hal. 146:

 

          Terjemahannya;

 

Bab al-Bada’

 

          Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhamad bin  Isa, daripada al-Hajjal daripada Abu Ishak Tha’labah daripada Zararah bin Ayun daripada salah seorang daripada   keduanya a.s. katanya, “Tidak ada ibadat yang paling utama  seperti al-Bada’. Di dalam riwayat daripada Ibn Abu Umair  daripada Hisham bin Salim daripada Abdullah a.s., “Tidak ada perkara yang paling agung di sisi Allah seperti   al-Bada’.

 

          Ali bin Ibrahim daripada bapanya daripada Ibnu Abu Umar daripada Hisham bin Salim dan Hafs bin al-Bukhturi dan selain dadpada keduanya daripada abu Abdullah a.s. katanya  mengenai ayat ini maksudnya; “Allah menghapuskan apa yang  ia kehendaki dan menetapkan apa yang Ia kehendaki”.

 

          Sebagai contoh kepada pengertian al-Bada’, An-Naubakhti  menyebut bahawa Ja’far bin Muhammad Al-Baqir telah  menentukan anaknya Ismail sebagai imam secara nas semasa hidupnya lagi. Tetapi ternyata kemudiannya Ismail meninggal dunia, sedangkan bapanya Ja’far bin Muhammad al-Baqir masih hidup, katanya:

 

          Terjemahannya:

 

          “An-Naubakti menyebut bahawa Jafar bin Muhammad  al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai imam semasa beliau masih hidup. Tiba-tiba Ismail mati Iebih dahulu daripadanya, maka Jafar berkata, “Tidak ternyata kepada   Allah mengenai sesuatu perkara sebagaimana tersembunyi  kepada-Nya mengenai peristiwa anakku Ismail”. (Kenyataan ini dipetik daripada kitab Fatawa Min Aqaid al-Syiah oleh Muhamad Umar Ba Abdillah hal. 15)

 

          ULASAN

 

Pendapat yang mengatakan ilmu Allah berubah-ubah  mengikut peristiwa yang berlaku kepada manusia adalah  bertentangan dengan al-Quran al-Karim yang menyebut   bahawa Allah mengetahui secara terperinci dan menyeluruh  sepertimana yang dijelaskan oleh ayat-ayat berikut yang   bermaksud:

 

          “Allah mengetahui pengkhianatan (keserongan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang. Serta mengetahui akan apa  yang tersembunyi di dalam hati.”

 

          (Surah al-Mumin ayat 19)

 

          Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepada-Nya  sesuatupun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit”.

 

          (Surah A-li Imran ayat 3)

 

          “Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala  yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan  Dialah sahaja dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di   laut dan tidak gugur sehelai daunpun melainkan Ingin  mengetahuinya dan tidak gugur sebutir bijipun dalam  kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering  melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.

 

          (Surah al-Anam ayat 59)

 

          “Demi TuhanKu yang mengetahui segala perkara yang ghaib, hari kiamat itu sesungguhnya akan datang kepada kamu. Tidak tersembunyi datipengetahuan-Nya barang seberat debu  yang ada di langit atau di bumi dan tidak ada yan lebih kecil dari itu atau yang lebih besar melainkan semuanya tertulis di dalam kitab yang terang nyata.

 

          (Surah Saba’ayat 3)

 

          “Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk  memohon sebarang hajat”

 

          (Surah al-Ikhlas ayat 2)

 

          iv. Kemunculan Semula Imam Mahdi Dan Kumpulan  Orang Yang Telah Mati Untuk Memberi Keadilan  (ar-Raj’ah)

 

          Mengikut akidah Syiah bahawa golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah S.W.T. akan menghidupkan  semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini  bersama-sama Imam Mahdi untuk menghukum orang-orang    yang telah melakukan kezaliman. Mereka terinasuk para  sahabat Rasulullah seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aisyah, Hafsah, Muawiyah dan lain-lain. Fakta ini dijelaskan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh al-Syeikh  Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 83.

 

          Terjemahannya;

 

          Akidah Kami Tentang Raj’ah

 

          “Sesungguhnya pendapat Syiah Imamiah tentang Rajlah itu  ialah kerana mengambil daripada Ahli Bait a.s., di mana   Allah S. W. T akan mengembalikan sesuatu kaum yang telah mati    ke dunia ini di dalam bentuk yang asa4 Ialu sebahagian  daripada golongan memuliakan satu puak dan menghina satu   puak yang lain dan ia menunjukkan mana golongan yang    benar dan mana golongan yang salah dan menunjukkan   golongan yang melakukan kezaliman. Peristiwa ini berlaku ketika bangunnya Mahdi keluarga Nabi Muhammad s.aw. dan tidak kembali ke dunia ini kecuali orang yang tinggi  darjat   imannya ataupun orang yang paling jahat. Kemudian mereka  akan mati semula. Begitulah juga dengan orang-orang yang  selepasnya sehinggalah dibangkitktin semula dan mereka akan   menerima pahala atau siksaan. Sebagaimana Allah S.W.T  menceritakan dalam al-Quran al-Karim, di mana orang-orang yang akandikembalikan di dunia ini bercita-cita untuk  kembali ke dunia, sedangkan mereka itu tidak boleh kembali  lagi ke dunia ini. Mereka akan mendapat kemurkaan Allah  bahawa mereka akan kembali ke dunia ini kali ketiga dengan  harapan mereka dapat berbuat kebaikan.”

 

          Firman Allah yang bermaksud..

 

          ” Mereka berkata, wahai tuhan kami engkau telah mematikan  kami dua kali dan menghidupkan kami dua kali, lalu kami  mengakui dosa-dosa kami, maka adakah jalan keluar  (daripada neraka?)”

 

          (Surah al-Mukmin ayat 11)

 

          ULASAN

 

          Konsep raj’ah Syiah ialah mereka mempercayai Allah akan  menghidupkan semula Ahli Bait dan Imam-imam mereka untuk menghukum para sahabat Rasulullah s.a.w. yang  dianggap telah melakukan kezaliman. Kemudian mereka mempercayai orang-orang yang telah dihukum ini akan mati  semula dan akan menerima pembalasan daripada Allah  S.W.T. Ini berdasarkan firman Allah surah al-Mu’min ayat 11  yang bermaksud:

 

          “Mereka menjawab; Wahai Tuhan kami Engkau telah   menjadikan kami berkeadaan mati dua kali dan telah  menjadikan kami bersifat hidup dua kali, maka kami   (sekarang) mengakui akan dosa-dosa kami. Oleh itu adakah sebarang jalan untuk (kami) keluar (dari neraka)?”

 

          Sebenarnya ayat ini menjelaskan dialog di antara orang-orang  kafir dengan Allah S.W.T. di akhirat di mana mereka ingin  mencari jalan keluar daripada seksaan api neraka dengan memohon kepada Allah supaya diberi peluang hidup semula  ke dunia, mereka mengaku dan insaf terhadap dosa-dosa  yang telah mereka lakukan dahulu. Pengertian ini  diperkukuhkan melalui firman Allah yang bermaksud:

 

          “Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah  padahal kamu dahulunya mati (belum lahir) kemudian Ia  menghidupkan kamu, setelah itu Ia memati;L-an kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat  kelak), akhirnya kamu dikembalikan kepada-Nya (untuk  diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)”

 

          (Surah al-Baqarah ayat 28)

 

          Kebangkitan dan hukuman di padang Mahsyar adalah hukuman Allah yang akan dikenakan kepada semua orang, bukan hukuman para Imam, ini telah dijelaskan oleh  surah-surah berikut:

 

          “Dan (ingatlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi  terdedah nyata, dan Kami himpunkan mereka (dipadang   Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka.”

 

          (Surah al-Kahfi ayat 47)

 

          Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian tetap akan   dihimpunkan pada masa yang ditentukan pada hari kiamat   yang termaklum .”

 

          ( Surah al- Waqiah ayat 49)

 

          Di sini dapat dibuat kesimpulan bahawa dalam ayat tersebut  tidak ada konsep raj’ah iaitu menuntut bela dan menghukum orang-orang yang melakukan kezaliman ke atas Ahli Bait. Fahaman ini jelas menunjukkan golongan Syiah salah  memahami ayat al-Quran tersebut dan salah memahami  terhadap ayat-ayat al-Quran boleh membawa kepada  penyelewengan akidah.

 

 

v. Berpura-pura (al-Taqiyyah)

 

          Menurut akidah Syiah, al-Taqiyyah ialah menyembunyikan  sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya  dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari   kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap  perkara kecuali di dalam masalah arak dan menyapu dua  khuf. Perkara ini dijelaskan dalam buku al-Usul Min  al-Kaj’t, juzu’ 2 oleh Abu Ja’far Muhammad bin Ya’kub bin Ishak al-Kulaini al-Razi, hal. 217:

 

          Terjemahannya:

 

          Daripada Ibnu Abu Umair daripada Hisham bin Salim  daripada. Abu Umar al-A’jami katanya Abu Abdullah a.s  berkata kepadaku “Wahai Abu Umar, Sesungguhnya   sembilan persepuluh daripada agama itu terletak pada  Taqiyyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak  mempunyai Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap  sesuatu, kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua khuf”.

 

          ULASAN

 

          Menurut al-Tusi di dalain kitab al-Tibyan, al-Taqiyyah ialah  menyatakan dengan lisan yang menyalahi hati kerana takut  kemudaratan diri walaupun yang disembunyikan itu, perkara  yang benar. Mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah sifat ini perlu  dijauhi kerana ia mempunyai ciri-ciri sifat nifaq    berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

 

          ” Janganlah orang-orang yang beriman mengambil  orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkanorang-orang  perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu  hendak menjaga diri kepada sesuatu bahaya yang ditakuti datipihak mereka (yang kafir itu)…..

 

          (Surah A-li Imran ayat 28)

 

          Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah) kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram  dengan iman, akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya   menetima kufur, maka atas mereka tertimpa kemurkaan  dadallah dan merekapula beroleh azab yang besar.

 

          (Surah al-Nahl ayat 106)

 

          Tidak ada Taqiyyah seperti ini dalam ajaran Islam, yang ada di dalam Islam ialah masalah rukhsah, umpamanya jika  seseorang itu dipaksa dan diugut dengan kekerasan supaya melafazkan kata-kata kafir, maka waktu itu diharuskan orang  itu melafazkannya, tetapi hatinya tetap dengan iman yang  sebenar, tidak ada ragu sedikit pun sebagaimana yang berlaku kepada Ammar bin Yasir, sehingga Allah  menurunkan ayat 106 Surah al-Nahl memperakui kebenaran  beliau, firman-Nya yang bermaksud:

 

          “Kecuali orang-orang yang dipaksa (melakukan kafir) sedangkan hatinya tenang tenteram dengan iman.”

 

          vi. Konsep al-Mahdiah iaitu Kepercayaan  kepada Muhammad bin Hassan al-Askari  sebagai Imam Mahdi al-Muntazar.

 

          Syiah Imamiah mempercayai bahawa Muhammad bin Hassan al-Askari adalah imam yang ditunggu-tunggu yang telah hilang  dan akan muncul semula untuk memerintah dan menghukum orang-orang yang melakukan kezaliman. Beliau telah  menghilangkan diri selama 65 tahun mulai tahun 260H hingga  329H. Pada masa ini orang Syiah boleh menghubungi imam   mereka melalui wakil-wakilnya seramai empat orang iaitu  Uthman Ibnu Said al-Umri dan anaknya Muhammad Ibnu Uthman dan Husain Ibnu Ruh serta Ali Ibnu Muhammad  al-Samiri. Zaman ini dikenali sebagai Ghaibah Sughra. Manakala Ghaibah Kubra pula bermula selepas tahun 329H hingga lahirnya Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Dalam tempoh ini, sesiapapun tidak boleh menghubungi Imam Mahdi  walaupun melalui wakil-wakilnya. Sekiranya boleh dihubungi   ia dianggap sebagai pendusta. Perkara ini dijelaskan dalam Kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira’Baina al-Syiah Wa al-Tasyayyu’ oleh Doktor Musa al-Musawi, hal. 61:

 

          Terjemahannya;

 

          Syiah Imamiah mempercayai bahawa Imam Hasan al-Askari  itu ialah imam yang kedua belas bagei Syiah. Ketika wafat  tahun 260H, beliau mempunyai seorang anak yang bernama  Muhammad berumur lima tahun, dialah Imam Mahdi   al-Muntazar. Di sana terdapat beberapa riwayat yang lain   menyatakan bahawa Imam Mahdi itu lahir selepas wafat bapanya Imam al-Askari. Sekalipun berkeadaan begitu, maka sesungguhnya Imam Mahdi tetap menerima jawatan  imam selepas ayahnya dan telah ditentukan oleh ayahnya  kepadanya. Kekallah ia tersembunyi selama 65 tahun. Golongan Syiah sentiasa berhubungdengan Imam Mahdi  dalam tempoh ini melalui wakil-wakil yang telah ditentukanbagi tujuan ini. Wakil-wakil itu ialah Uthman Ibnu Said   al-Umri dan anaknya Muhammad Ibnu Uthman, Husain Ibnu  Ruh dan akhirnya ialah Ibnu Muhammad al-Saimiri.

 

          Kesemua wakil-wakil yang empat ini digelar sebagai wakil-wakil khas. Tempoh ini diberi nama “Ghaibah Sughra”.  Dalam tahun 229H sebelum wafat Ali Ibnu Muhammad  al-Samiri beberapa bulan, sampailah secebis surat kepadanya  yang ditandatangani oleh Imam Mahdi yang tertera di  dalamnya “Sesungguhnya telah berlaku ghaibah yang  sempurna. Maka ia tidak akan muncul kecuali dengan izin  Allah, maka sesiapa yang telah mendakwa melihatku maka dia adalah seorang pendusta lagi penipu”.

 

          Tahun inilah bermulanya “al-Ghaibah al-Kubra”. Semenjak daripada masa itu terputuslah perhubungan golongan Syiah dengan imam secara langsung. Sehinggalah apabila ada   berlakunya dakwaan seperti itu, maka Syiah menganggap  perkara itu dusta dengan sebab nas dengan sebab nas yang  terdapat di akhir surat yang datang daripada imam Mahdi itu. Ini adalah ringkasan akidah Syiah Imamiah berhubung dengan  Imam Mahdi al-Muntazar.

 

          ULASAN

 

          Pada dasarnya Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak menolak  kemunculan Imam Mahdi, tetapi ia bukanlah Muhammad bin  Hassan al-Askari sebagaimana yang didakwa oleh golongan  Syiah itu. malah apa yang jelas melalui hadith nabi s.a.w ialah  Imam Mahdi dalah daripada keturunan Rasulullah. Ini   berdasarkan hadith nabi s.a.w yang bermaksud:

 

          “Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w   bersabda: Imam Mahdi daripada keturunanku daripada anak  Fatimah”

 

          (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al-Hakim)

 

          Sabda baginda lagi yang bermaksud,

 

          “Daripada Abu Said r.a. katanya, Rasulullah bersabda: Imam  Mahdi dari keturunanku, luas dahinya, tinggi hidungnya. Ia memerintah bumi dengan penuh keadilan. Ia memerintah  selama 7 tahun”.

 

          (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

 

          “Daripada Abdullah bin Mas’ud, daripada Nabi s.a.w  sabdanya: Allah akan mengutus seorang lelaki daripada  keturunanku di dunia ini atau daripada Ahli Baitku yang  namanya seperti namaku dan nama bapanya seperti nama bapaku. Ia akan memerintah di dunia ini dengan penuh  keadilan sebagaimana sebelum ini dipenuhi kezaliman.

 

          (Riwayat al-Tirmidhi)

 

          Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

 

          “Mahdi itu dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung, ia akan memenuhi bumi dengan kejujuran dan          keadilan sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan  kezaliman dan kecurangan. Ia memerintah bumi selama tujuh   tahun.

 

          (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

 

          Kepercayaan kepada Imam Mahadi tidak termasuk dalam  asas rukun iman, sedangkan dalam akidah Syiah ianya   merupakan asas utama rukun iman mereka. Dengan ini bererti  orang yang mengingkari Imam Mahdi tidak dianggap kafir, tetapi dalam fahaman Syiah adalah sebaliknya. Jelas daripada   hadith di atas, bahawa Imam Mahdi akan memerintah bumi   dengan penuh keadilan dan kejujuran dan bukannya dengan  dendam menghukum orang-orang yang melakukan kesalahan  sebagaimana yang didakwa oleh golongan Syiah itu.

 

          vii. Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali

 

          Syiah menyanjung Saidina Ali berlebih-lebihan sehingga ia  disama tarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa  hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini  dinyatakan dalam kitab al-Usul Min Kafi oleh al-Kulaini, jld. 1 hal.197:

 

          Terjemahannya;

 

          Saidina Ali ra. telah berkata: “Akulah pembahagi ahli syurga  dan neraka bagi pihak Allah, akulah pembeza yang Maha Besar dan akulah Pemegang Tongkat Nabi Musa dan  Pemegang seterika (dapat membezakan di antara orang  mukmin dan munafik, seolah-olah ia boleh menyelar dahi  orang yang munaftk). Sesungguhnya para malaikat dan jibril telah memberi pengakuan terhadapku sebagaimana mereka  telah memberi pengakuan te.rhadap Nabi Muhammad s.a.w. sendiri, dan sesungguhnya Allah telah  mempertanggung-jawabkan ke atasku sama sepertimana  yang telah dipertanggungiawabkan ke atas Nabi Muhammad  untuk mendidik umat manusia. Nabi Muhammad dipanggil  diberi pakaian dan disuruh bercakap. Lalu ia pun menyeru, memakai pakaian dan bercakap. Dan sesungguhnya aku          dibeilkan beberapa sifat yang tidak diberikannya kepdda  seseorang sebelumku. Aku mengetahui kematian dan bala, keturunan dan percakapan yang tidak boleh dipertikaikan  lagi. Tidak luput kepadaku apa yang telah Ialu. Tidak hilang  daripadaku apa yang ghaib, aku diberi khabar gembira  dengan izin Allah dan aku melaksanakan daripada Allah. Kesemuanya itu diberi kedudukan yang tinggi kepadaku  dengan izin Allah.

 

          ULASAN

 

          Tidak terdapat di dalam al-Quran atau Hadith sohih yang   menyatakan Saidina Ali mempunyai martabat seperti Rasulullah apatah lagi lebih daripadanya. Dengan  kepercayaan yang keterlaluan terhadap Saidina Ali ini adalahamat menyeleweng dan satu khurafat yang sangat nyata.

 

          Nama Saidina Ali tidak terdapat di dalam al-Quran, kerana  beliau bukan seorang nabi atau seorang Rasul, tetapi hanya   sebagai sahabat dan menantu Rasulullah s.a.w. yang dijamin  masuk syurga. Namun Nabi Muhammmad s.a.w. sendiri  tidak disanjung-sanjung dan dipuja-puja oleh para sahabat  secara berlebih-lebihan sehingga melampaui batas. Ini bertepatan dengan hadith:

 

          Al-Zuhri berkata; Urwah bin al-Zubair memberitahuku datipad4a al-Miswar bin Makhramah bin Urwah berkata ” Wahai kaum, demi Allah sesungguhnya aku diutuskan kepada raja-raja dan aku sendid diutuskan kepada raja Kaisar Kisra dan raja Najasyi, demi Allah jika engkau lihat, seseorang raja   sahaja yang disanjung oleh rakyatnya, tetapi para sahabat  Nabi Muhammad s.a. w. tdak menyanjung Nabi Muhammad  s.a.w.”

 

          (RiwayatAhmad)

 

          viii. Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w.

 

          Golongan Syiah ini mempercayai bahawa selepas wafat  Rasulullah s.a.w. semua sahabat murtad kecuali Ahlul-Bait  dan beberapa orang sahabat terrnasuk Abu Dzar, Miqdad  bin Aswad, Salman al-Farisi dan Ammar. Perkara ini   disebutkan dalam Kitab Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi juz. 27, hal 64-66:

 

          Terjemahannya;

 

          Kebanyakan para sahabat adalah munafik, tetapi cahaya  nifaq mereka tersembunyi di zaman mereka. Tetapi apabila wafat nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq mereka itu melalui  wasiat nabi dan mereka itu kembali secara mengundur ke  belakang, dan kerana ini Saidina Ali berkata; ” Semua  manusia murtad selepas wafat nabi s.a.w. kecuali empat    orang sahaja iaitu Sulaiman, Abu Zar, Miqdad dan Ammar, dan perkara ini tidak ada masalah lagi”.

 

 

ix. Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah  sebagai Empat Berhala Quraisy Serta Pengikut-pengikut  Mereka Adalah Musuh Allah

 

          Golongan Syiah menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan   Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy. Ini dinyatakan  dalam Kitab Tuhfah al-Awam Maqbul oleh al-Syed Manzur  Husain hal.330. dan di dalam kitab al-Tafsir oleh Abu al-Nadhar Muhammad bin Masud bin lyasy al-Salami  al-Samarqandi terkenal dengan panggilan Ibn al-Iyasyi hal.11     6.

 

          Terjemahannya;

 

          Daripada Abu Hamzah al-Thumali, Abu Jafar a.s. berkata ” Wahai Abu Hamzah sesungguhnya yang beribadah kepada  Allah ialah mereka yang mengenal Allah. Maka adapun  mereka yang tidak mengenal Allah seolah-olah ia menyembah selain Allah. Perbuatan sedemikian adalah sesat.” (Aku)Abu  Hamzah menjawab; “Semoga Allah memberikan kebaikan  kepada engkau.” Apakah yang dimaksudkan dengan mengenal Allah itu? Jawab Abu Jafar; “Membenarkan Allah  dan Membenarkan Nabi Muhammad Rasulullah tentang perlantikan Ali dan menjadikannya sebagai imam dan imam-imam yang mendapat pertunjuk selepasnya dan   berlindung kepada Allah daripada musuh-musuh mereka”.  Demikianiah juga dengan pengenalan terhadap Allah. Kata   Abu Jafar lagi, aku (Abu Hamzah) bertanya lagi; “Semoga    Allah memberi kebaikan kepada engkau”. Apakah sesuatu   yang apabila aku amalkannya pasti aku dapat   menyempurnakan hakikat iman?. Jawab Abu Jafar, “Hendaklah engkau melantik wali-wali Allah dan memusuhi  musuh-musuh Allah dan hendaklah engkau bersama  orang-orang yang benar, sebagaimana Allah memerintahkan  engkau ‘t Aku (Abu Hamzah) bertanya lagi, siapakah  wali Allah dan siapakah musuh Allah itu? Lalu ia menjawab, “Wali-wali Allah ialah Nabi Muhammad RasuluIlah, Ali, Hasan, Husin dan Ali bin al-Husain. Kemudian berakhirlah  perkara itu tentang wali-wali kepada kami, kemudian dua  anak lelaki Ja’far, Ialu ia mengiakan (dengan keadaan menganggukkan kepala) kepada Abu Ja’far dalam keadaan   duduk. Maka siapakah yang melantik mereka? “Allahlah yang  melantik mereka dan Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar, sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah.”

 

          Aku bertanya lagi, “Siapakah musuh-musuh Allah, semoga Allah memberi kebaikan kepada engkau.” Ia jawab, “Empat  berhala.” Ia bertanya lagi “Siapa empat berhala itu”? Ia  menjawab, “Abu Fusail (Abu Bakar) Rama’ (Umar) Nathal   (Uthman) dan Muawiyah dan sesiapa yang menganut agama  mereka dan memusuhi kesemua mereka ini (wali Allah), maka  sesungguhnya ia telah memusuhi musuh-musuh Allah.”

 

          ULASAN

 

          Terdapat di dalam al-Quran dan Hadith yang menjelaskan  tentang keadilan dan sanjungan terhadap para sahabat yang  membersihkan mereka daripada sebarang tuduhan yang tidak  benar. Ini berdasarkan firman Allah yang berinaksud:

 

          “Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah  dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar  dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka  dengan kebaikan (iman dan taat). Allah redha akan mereka  dan mereka pula redha akan Dia serta la menyediakan untuk   mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa  sungai, mereka kekal di dalamnya selamanya, itulah  kemenangan yang besar”. (Surah al-Taubah ayat 100)

 

          “Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka  sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum  kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka  berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada  sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya  Allah bersama kita.” Maka Allah menurunkan semangat   tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan  enguatkannya dengan bantuan tentera (Malaikat) yang  kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

 

 

          (Surah al-Taubah ayat 40)

 

           Sesungguhnya Allah telah ridha terhadap orang-orang mu’min ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya).

 

 

          (Surah al-Fath ayat 18)

 

          “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat  dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu, janganlah  kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara  mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan   yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian   besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh   seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).”

 

          (Surah al-Nur ayat 11)

 

          Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti   orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan  yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak  tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh   secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata.”

 

          (Surah al-Ahzab ayat 58)

 

          Sabda Nabl s.a.w. yang bermaksud:

 

          DaripadaAbu Hurairah ra. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Jangan kamu mencaci sahabat-sahabatku, demi  Allah yang nyawaku berada dalam kekuasaan-Nya, sekiranya seseorang kamu membelanjakan emas sebesar  bukit Uhud (maka perbelanjaan itu tidak dapat menyamai) secupak atau setengah cupak yang dibelanjakan oleh para  sahabat “.

 

          (Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

          Sabda Nabi s.a.w. lagi yang bermaksud:

 

          ” Daripada Jabir katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak  masuk neraka orang-orang yang telah melakukan bai’ah  semasa di bawah pokok .”

 

          (Riwayat al-Tirmidhi)

 

          Sabda Nabi s.a.w. lagi yang bermaksud:

 

          “Daripada Ibnu Umar ra. katanya kami memilih memilih para sahabat di zaman Nabi s.a.w., Ialu kami memilih Abu Bakar, kemudian Umar bin al-Khattab, kemudian Uthman bin Affan ra..”

 

          ( Riwayat al-Bukhari)

 

 

          Hanya Ali dan Para Imain sahaja yang Menghafal dan  Menghimpun AI-Quran Dengan Sempurna.

 

          Golongan Syiah menganggap bahawa tidak ada sahabat yang  menghimpun, memahami dan menghafal al-Quran dengan  sempurna kecuali Ali sahaja. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Khulaini, juzu’ 1, hal.228.

 

          Terjemahannya;

 

          Tidak Menghimpunkan al-Quran Kesemuanya kecuali  Imam-imam a.s. dan Sesungguhnya Mereka itu Mengetahui  Ilmu al-Quran Kesemuanya.

 

          “Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad  daripada Ibnu Mahbub dadpada Amru bin Abu al-Miqdam daripada Jabir berkata; ” Aku mendengar abu Jafar a.s. berkata, ” Tidak ada sesiapa di kalangan manusia yang mendakwa bahawa ia telah menghimpun al-Quran secara sempurna sebagaimana yang diturunkan, melainkan pendusta  dan tidak menghimpun, menghafaz sebagaimana yang diturunkan oleh Allah kecuali Ali bin Abu Talib dan   imam-imam selepasnya a.s.”

 

          Muhammad bin al-Husain daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhamad bin Sinan daripada Ammar bin Marwan daripada al-Munakhkhal daripada Jabir daripada Abu Ja far a.s. Bahawasanya ia berkata, “Seseorang tidak boleh mendakwa bahawa di sisinya ada keseluruhan al-Quran zahir  dan batinnya selain dadpada para wasi.”

 

          Golongan Syiah juga mendakwa mempunyai mashaf Fatimah. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh  al-Kulaini Juzu’ 1 hal. 238 – 240.

 

          Terjemahannya:

 

          Abu Abdullah berkata,

          ‘Kami mempunyai mashaf Fatimah dan mereka tidak    mengetahui apa dia mashaf Fatimah itu. Abu Basir bertanya, “Apakah dia mashaf Fatimah itu? Abu Abdullah menjawab, “Mashaf Fatimah sama seperti al-Quran kamu ini. Tiga kali  ganda besarnya. Demi Allah tidak ada satu huruf pun seperti  al-Quran kamu ini.” Abu Basir berkata lagi demi Allah sahaja  yang mengetahui mengenai perkara ini. Abu Abdullah berkata; “Sesungguhnya Allah itu mengetahui, tetapi tidaklah  yang sedemikian itu. (tidak seperti al-Quran Ahli Sunnah Wal  Jamaah)

 

          Kemudian Abu Abdullah diam sebentar, kemudian dia  berkata, “Sesungguhnya kami mempunyai ilmu yang tela berlaku dan yang akan berlaku sehingga kiamat” Abu Basir bertanya, “Aku jadikan tebusan engkau ini, demi Allah sahaja  yang mengetahui. Abu Abdullah menjawab, “Sesungguhnya  Allah sahaja mengetahui, tetapi tidaklah seperti yang demikian.” Yang dimaksudkan dengan Abu Abdullah ialah Ja far bin Muhammad al-Sadiq.

 

          Abu Basir berkata lagi, Aku jadikan tebusan engkau, maka apakah yang dimaksudkan dengan ilmu itu? Abu Abdullah  menjawab, “Apa yang b~ di waktu malam dan siang, terjadi   sesuatu perkara selepas sesuatu perkara sehinggalah hari kiamat.”

 

          Beberapa orang daripada sahabat kami dadpada Ahmad bin  Muhammad daripada Umar bin AbdulAziz daiipada Hammad bin Uthman, katanya, “Aku pernah men-dengar Abu Abdullah berkata, “Orang-orang Zindiq akan muncul tahun  128H. Ini berdasarkan bahawa aku pernah melihat dalam   mashaf Fatimah a.s. ” Hammad bertanya, “Apakah yang  dimaksudkan dengan mashaf Fatimah itu?” Abu Abdullah   menjawab, “Sesung-guhnya Allah S. W. T apabila ia  mengambil nyawa nabi s.a. w, terdengar sesuatu di telinga Fatimah yang ketika itu merasa dukacita di atas kewafatan  nabi s.a.w yang tidak diketahui melainkan Allah S.W.T Lalu  Allah mengutuskan seorang malaikat kepadanya yang dapat          menghiburkan kedukaannya.” Lalu Fatimah mengadu perkara   yang demikian kepada Amirul Mukminin Ali, Alipun berkata, “Apabila engkau merasai demikian dan engkau mendengar  suara demikian, maka beritahulah kata-kata itu kepadaku. Maka akupun diberitahu yang demikian. Lalu Amirul Mukminin a.s. pun menulis setiap apa yang ia dengar, sehinggalah menjadi satu mashaf .” Kemudian Hammad berkata, Abu Abdullah berkata, “sesungguhnya tidak ada sesuatu pun di dalam mashaf itu perkara yang halal dan haram, tetapi terdapat di dalam mashaf itu ialah mengenai ilmu   yang akan berlaku.”

 

          Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin  Muhammad daripada Ali bin al-Hakam daripada al-HusainIbnu Abu ‘Ala’ katanya, aku mendengar Abu Abdullah   berkata, ‘Bersamaku ialah al-jafr al-Abyad “,,Abu ‘Ala’bertanya, “Apakah yang ada di dalam al-jafr al-Abyad?”. Jawabnya, “di dalamnya ada kitab Zabur Nabi Daud, Taurat  Nabi Musa, Injil Nabi Isa, Suhuf Nabi Ibrahim a.s. dan hukum halal haram dan mashaf Fatimah dan tidak terfzkir  terdapat di dalamnya al-Quran (tak ada), malah di dalamnya terdapat apa saja yang diperlukan oleh manusia sehingga  kami tidak perlu lagi kepada seseorangpun, walaupun  satujildah atau setengah atau seperempat atau   sekecil-kecilperkara.”

 

          Diriwayatkan juga terdapat mashaf Ali (mashaf Fatimah) dimana ayat AI-Quran mengandungi 17,000 ayat, tiga kali  ganda daripada mashaf Uthmani. Perkara ini dinyatakan   dalam kitab Usul Kajt’, Itikadi, Ijtimai, Akhlakhi, Wa -ilmi  oleh al-Kulaini hal 443-446

 

          Terjemahannya:

 

          Muhammad bin Yahya daripada Muhammad bin al-Hussain   daripada Abdul Rahman bin Abu Hashim daripada Salim bin Salamah katanya;

 

          “Seorang lelaki membaca al-Quran di hadapan Abu Abdullah   a.s (Ja’far bin Muhammad al-Sadiq), sedangkan aku (Salim) mendengar huruf-huruf al-Quran (yang dibacanya) itu  bukanlah sepertimana yang lazim dibaca oleh orang ramai. Lalu Abu Abdullah a.s. berkata; Berhentilah daripada membaca Al-Quran ini, (sebaliknya) bacalah al-Quran sepertimana orang ramai membacanya. Sehingga munculnya   Imam Mahdi al-Muntazar a.s. Apabila telah muncul Imam  Mahdi al-Muntazar a.s. ia akan membaca kitab Allah   (al-Quran) mengikut yang sebenarnya, Ialu ia (Abu Abdullah) pun mengeluarkan Mashaf yang ditulis oleh Ali a.s. sambil  berkata; Ali a.s. telah menunjukkan kepada orang ramai  ketika beliau selesai (menulis mashaf tersebut). Sambil   berkata kepada mereka. Inilah dia kitab Allah (al-Quran) sebagaimana yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi   Muhammad s.a.w. dan sesungguhnya aku telah  mengumpulkannya daripada dua lauh. Lantaran itu mereka  berkata; Inilah dia di sisi kita, mashaf yang mengandungi di dalamnya al-Quran yang kami tidak perlu lagi kepada al-Quran tersebut. (mashaf Uthmani) Lalu Saidina Ali  berkata; Demi Allah tidaklah kamu akan melihatnya selepaa   hari kamu ini selama-lamanya. Hanya sesungguhnya menjadi  tanggungiawabku untuk memberitahu kamu semua ketika aku  mengumpulkannya supaya kamu dapat membacanya.”

 

          Ali bin al-Hakam daripada Hisham bin Salim daripada Abu  Abdullah a. s. katanya;

 

          “Sesungguhnya al-Quran yang dibawa oleh jibrail kepada  Nabi Muhammad s.a.w. mengandungi 17,000 ayat.”

 

          ULASAN

 

          Golongan Syiah menganggap hanya Ali dan para Imam sahaj a  yang menghafal dan menghimpun al-Quran dengansempuma. Perkara seumpama ini jelas bertentangan dengan al-Quran, Firman Allah yang bermaksud: “Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu danaku telah cukupkan nikmatku kepada kamu, dan Aku  telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”.

 

          (Surah al-Maidah ayat 3)

 

          “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan  Kamilah yang memelihara dan menjaganya’

 

          (Surah al-Hijr ayat 9)

 

          Mashaf yang ada pada hari ini telah dikumpul di zaman para  sahabat dan sampai kepada tabi’in dan atba’ tabi’in dengan cara mutawatir. Para sahabat telah ijmak menerima pakainya dengan sebulat suara. Dalam masa pemerintahan Saidina Ali, beliau tidak menolak penyusunan al-Quran atau membuat   sebarang tokok tambah dan perubahan yang ada pada zamansahabat itu. Malah beliau menerima dan memperakuinya, serta beliau menyuruh Abu Aswad Ad-Duali meletakkan  baris dan titik pada huruf al-Quran mashaf Uthmani untuk  lebih mudah membacanya.

 

 

xi. Menghalalkan Nikah Mut’ah.

 

          Golongan Syiah menghalalkan nikah Mut’ah. Perkara ini  dinyatakan dalam Kitab Man La Yahduruhu al-Faqih  oleh Abu Ja’far Muhammad b. Ali b. al-Husain Babawaih  al- , Juzu’ 1 hal. 358:

 

          Terjemahannya:

 

          Adapun mutah maka sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menghalalkannya dan tidak mengharamkannya  sehinggalah baginda wafat.

 

          Abu Ja’far al-Baqir meriwayatkan dalam kitab Man La  Yahduruhu al-Faqih Oleh Abu Ja’far Muhamad bin Ali bin al-Husain, hal: 358

 

          Terjemahannya:

 

          “Bukan dari kami orang yang tidak mempercayai  AI-Raj’ah dan tidak menganggap halal mutah kita”.

 

          Mengikut ajaran dan fahaman Syiah, perkahwinan Mut’ah  tidak memerlukan saksi, wali dan perisytiharan. Kenyataan ini disebutkan dalam Kitab al-Nihayah Fi  Mujarrad al-Fiqh Wa al-Fatawa oleh Abu Ja’far  Muhammad b. al-Hasan b. Ali al-Tusi, hal. 489:

 

          Terjemahannya:

 

          “Adapun saksi dan pengisytiharan nikah kedua-keduanya   bukan dapipada syarat-syarat mutah dalam apa keadaan sekalipun. Kecuali jika seseorang itu dituduh berzina,- maka disunatkan pada ketika itu ia mengadakan dua  orang saksi ketika akad.

 

          ULASAN

 

          Nikah Mut’ah telah diharamkan oleh Nabi Muhammad  s.a.w buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadith-hadith sahih sebelum baginda wafat dan salah  seorang perawi hadith tersebut ialah Saidina Ali sendiri. Antara hadith-hadith tersebut ialah:

 

          Daripada Ali bin Abu Talib katanya: “Bahawa Rasulullah  s.a.w. melarang nikah mutah pada hari peperangan  Khaibar dan melarang juga memakan daging kaldai jinak’

 

          (Riwayat Ibn Majah dan al-Nasai)

 

          Daripada al-Rabi’ bin Sabrah daripada bapanya katanya, kami keluar bersama-sama Nabi s.a. w. semasa haji   Wida’ di mana Baginda bersabda: “Wahai manusia sesungguhnya aku telah mengizinkan kamu melakukan mut’ah (tetapi) ketahuilah, sesungguhnya Allah S. W. T  telah mengharamkannya sehinggalah hari kiamat, sesiapa  yang masih ada perempuan mutah di sisinya, maka  hendaklah ia melepaskan kehendaknya dan janganlah  kamu mengambil sesuatu yang kamu telah  memberikannya.

 

          (Riwayat Ibnu Majah)

 

          Daripada Ibnu Umar katanya, ketika Saidina Umar  dilantik sebagai khalifah, beliau telah berkhutbah kepada  orang ramai dengan katanya, “Sesungguhnya Rasulullah  s.a.w. telah mengizinkan kami bermutah sebanyak 3 kali kemudian baginda telah meng-haramkannya. Demi Allah, tidak aku mengetahui seseorang yang melakukan nikah  mutah sedangkan ia muhsan (telah berkahwin) melainkan  aku merejamkannya dengan batu, kecuali ia dapat membawa kepadaku empat orang saksi yang menyaksikan bahawa Rasulullah s.a.w. telah menghalalkannya setelah baginda sendiri telah  meng-haramkannya.”

 

          (Riwayat Ibnu Majah)

 

          “Daripada Rabi’ bin Sabran daripada bapanya  bahawasanya Nabi s.a.w. telah mengharamkan nikah mut’ah.”

 

          (Riwayat Abu Daud)

 

          xii. Menambah Syahadah.

 

          Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam  syahadah selepas nama Nabi Muhammad s.a.w. Perkara ini dinyatakan di dalam Kitab al-Usul Min al-Kaft oleh  al-Kulaini, Juzu’ 1, hal. 441:

 

          Terjemahannya:

 

          Sahal bin Ziad daripada Muhammad bin al-Walid   katanya aku mendengar Yunus bin Yaacob daripada  Sinan bin Tatif daripada AbuAbdullah a.s. katanya abu   jayar berkata, “Sesungguhnya kami ialah Ahli Bait yang pertama yang disebutkan oleh Allah nama-nama kami. Sesungguhnya Allah menciptakan langit dan bumi.

 

 

ULASAN

 

          Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah. Perkara ini jelas bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah yang menyebut bahawa syahadah hanyalah  kepada Allah dan Rasul-Nya sahaja, tidak kepada Saidina Ali. Ini berdasarkan firman Allah yang  bermaksud:

 

          “Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad) mereka berkata, “Kami mengakui bahawa  sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah” ‘ Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya serta sesungguhnyapengakuan mereka  adalah dusta.”

 

          (Surah al-Munaftqun ayat 1)

          Nabi Muhamad s.a.w. ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas  terhadap orang-orang kaftr yang (memusuhi Islam dan  sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam)…..

 

          (Surah al-Fath ayat 29)

 

          Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud,

 

          Islam itu dibina di atas lima perkara iaitu mengaku  bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad pesuruh Allah)men-dirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengeijakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan”

 

          (RiwayatAhmad, al-Bukhati, Muslim, Tirmidhi dan  al-Nasai)

 

          Sabda Nabi lagi bermaksud:

 

          “Daripada Umar ra. katanya Rasuluilah s.a. w. ditanya  tentang Islam lalu baginda menjawab,”Islam ialah engkau menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itupesuruh Allah, mendirikan sembahyang, menunaikan  zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji   jika engkau berkemampuan. Ia berkata “Engkau benar…          ”

 

          (Riwayat Muslim)

 

          Jelas daripada hadith-hadith di atas bahawa tidak ada   langsung enambahan nama Saidina Ali selepas nama nabi Muhammad s.a.w.

 

          Oleh yang dem-ikian menambah nama Saidina Ali di  dalam syahadah, tidak boleh diterima pakai di dalam   ajaran Islam.

 

          xiii. Menolak Hadith Yang Diriwayatkan Oleh Ahlu Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadith Mutawatir.

 

          Golongan Syiah juga menolak semua hadith yang  diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah  walaupun hadith itu sampai kepada darjat mutawatir. Mereka hanya berpegang kepada Hadith yang diriwayatkan oleh Ahlul Bait sahaja. Pegangan ini disebut  di-dalam buku Aslu al-Syiah Wa Usuluha oleh  Muhammad al-Husain Ali Kasyif al-Ghita’ halaman 149:

 

          Terjemahannya:

 

          Di antaranya bahawa Syiah tidak mengiktiraf sunnah (hadith-hadith nabi) kecuali hadith yang sah disisi mereka  ialah hadith yang diriwayatkan daripada Ahli Bait daripada datuk mereka iaitu hadith yang diriwayatkan  oleh Abu Jafar al-Sadiq daripada bapanya al-Baqir  daripada bapanya Zainal Abidin daripada al-Husain  al-Sibti daripada bapanya Ali Amirul Mukminin daripada Rasulullah s.a.w. (Allah meredai mereka semua).

 

          Syiah juga tidak menerima hadith-hadith Yang diriwayatkan oleh para sahabat terrnasuklah khalifah  al-Rasyidin,(kecuali Saidina Ali) dan para sahabat agung yang lain seperti Abu Hurairah, Samurah bin Jundub, Marwan bin al-Hakam, Imran bin Hathan al-Khariji dan  Amru bin al-As. Apa yang mereka terima ialah  hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Ali dan Ahli  Bait. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab Aslu al-Syiah  Wa-Usuluha oleh Muhammad Husain Ali Khasif  al-Ghita’, hal. 149:

 

          Terjemahannya:

 

          Adapun hadith yang diriwayatkan umpamanya oleh Abu  Hurairah, Samurah Ibnu Jundub, Marwan bin al-Hakam dan Umran bin Hattan al-Khariji dan Amru bin al-As dan orang-orang yang seperti mereka, mereka ini tidak  diktiraf walaupun sekadar seekor nyamuk dan perkara ini  sudah diketahui ramai tanpaperlu disebut-sebut. Mejoriti  Ulama ‘Sunnah telah mengecam mereka dan  menunjukkan kesalahan-kesalahan mereka yang buruk ini.

 

          ULASAN

          Syiah meyakini para sahabat telah murtad, dengan   demikian kedudukan mereka sebagai perawi hadith adalah tidak adil. Perkara ini bertentangan dengan  al-Quran dan Hadith-hadith sohih kerana al-Quran   sendiri telah menyebut para sahabat adalah adil dan diberi pujian yang tinggi. Oleh yang demikian segala  periwayatan yang dibawa oleh mereka hendaklah diterimapakai dan dihayati oleh seluruh umat Islam sepanjang zaman.

 

 

 

3.2.2 PENYELEWENGAN DARI SUDUT SYARIAT

 

          i. Menolak ljmak Ulama

 

          Golongan Syiah tidak menerimapakai ijmak ulama, buktinya mereka menolak perlantikan khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman, malah mereka berpegang  kepada pendapat-pendapat Imam mereka, kerana ijmak  pada mereka ada kesalahan, sedangkan pendapat Imam adalah maksum. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab  Mukhtasar al-Tuhfah al-lthna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-lmam Waliyullah Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi, hal 5 1.

 

          Terjemahannya:

 

          Adapun ijmak ia juga adalah batil, kerana ia merupakan hujah yang tidak ada asalnya. Bahkan ini disebabkan  kata-kata imam maksum terkandung di dalamnya. Perkara ini adalah berdasarkan kata-kata imam maksum  dan bukannya ke atas ijmak itu sendiri.

 

          Kemaksuman imam dan perlantikan mereka adalah sabit  samada dengan perkhabaran imam itu senditi atau   perkhabaran imam maksum yang lain. Sesungguhnya  perkara yang ini telah jelas dan begitulah ijmak generasi  Islam yang pertama dan kedua iaitu sebelum berlakunya  perselisihan di kalangan umat, juga tidak diambil kira, kerana mereka telah berijmak di atas perlantikan AbuBakar sebagai Khalifah, haram kahwin mut’ah, menyelewengkan al-Quran, menegah nabi daripada  menerima pesaka, merampas tebusan daripada perawan dan selepas berlaku perselisihan di kalangan umat dan  perpecahan di kalangan mereka, bagaimana ijmak boleh berlaku lebih-lebih lagi dalam masalah khilafiah yang perlu   kepada hujah yang pasti.

 

          ULASAN

 

          Golongan Syiah tidak menerima pakai ljmak Ulama, buktinya mereka tidak menerima kesohihan perlantikan Saidina Abu Bakar, Umar dan Uthman, sedangkan para  sahabat termasuk Saidina Ali sendiri mempersetujuinya.

 

          Begitu juga telah ljmak Ulama tidak berlaku penyelewengan terhadap al-Quran. Mereka menolak          ljmak kerana Imam-imam mereka maksum. Dalam akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, ljmak Ulama dan Qias  adalah termasuk di dalam sumber perundangan Islam  selepas al-Quran dan hadith nabi s.a.w. Kedua-dua  sumber tersebut boleh dijadikan sebagai dalil untuk  berhujah bagi mensabitkan sesuatu hukum syarak. Ini  berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

 

          “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada  Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada  Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan  kamu. Kemudianjika kamu berbantah-bantah  (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah  kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah   (al-Quran) dan (Sunnah) Rasulnya, jika kamu benar  beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian  adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula   kesudahannya”

 

          (Surah AI-Nisa’ayat 59)

 

          Sabda nabi s.a.w. yang bermaksud:

 

          ” Sesungguhnya Allah S. W. T tidak menyetujui Umatku  atau umat Nabi Muhammad bersepakat di atas  kesesatan”

 

          (Riwayat al-Tirmidhi)

          Menolak sesuatu yang telah diijmakkan oleh sahabat, sedangkan Saidina Ali sendiri telah mengakuinya, ini  bererti menolak kewibawaan dan kesiqahan SaidinaAli  sendiri sebagai imam mereka yang didakwa sebagai  maksum.

 

          Abdullah bin Mas’ud berkata:

 

          …. Sesuatu yang baik yang disepakati oleh orang-orang Islam, maka ianya di sisi Allah adalah baik dan begitulah sebaliknya.

 

          ii. Menolak Qias

 

          Golongan Syiah juga menolak Qias, kerana beramal  dengan qias akan merosakkan agama. Perkara ini  dinyatakan di dalam kitab Aslu al-Syiah Wa Usuluha oleh  Muhammad bin Al-Husain Ali Kasyif al-Ghita’, hal. 149:

 

          Terjemahannya:

 

          Diantaranya bahawasanya Syiah Imamiah tidak beramal dengan Qias dan sesungguhnya ia telah menjadi   mutawatir di sisi imam-imam mereka. Sesungguhnya  syariat apabila diqiaskan akan merosakkan agama dan boleh mendedahkan kerosakan amal dengan menggunakan qias itu dan ia memerlukan kepada  keterangan yang lebih 1,anjut yang tidak muat ruangan di  sini.

 

          ULASAN

 

          Golongan Syiah tidak beramal dengan Qias kerana Imam-imam mereka berpendapat bahawa syariat apabila diqiaskan akan merosakkan agama. Perkara ini amat   bertentangan dengan al-Quran, Sunnah Rasulullah s.a.w. dan ijmak ulama’.

 

          Permasalahan dalam kehidupan dunia ini adalah sangat   luas dan akan berkembang dari satu masa kesatu masa. Oleh yang demikian sekiranya tidak boleh menggunakan   Qias akan menyebabkan agama menjadi jumud dan  sempit. Justeru itu qias amat perlu sebagai salah satu  kaedah di dalam mengeluarkan hukum syarak. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

 

          “Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan dan kecemasan, mereka terus menghebahkannya, padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada Uli’I-Amri (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka. Tentulah  hal itu dapat diketahui oleh orang- orang yang layak  mengambil keputusan mengenainya di antara mereka…… (Surah al-Nisaa’ayat 83)

 

          Ini bertepatan dengan sabda Nabi s.a.w. yang  bermaksud,

 

          “Daripada Anas ra. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Tiga perkara yang sesiapa memilikinya nescaya ia akanmemperolehi kemanisan iaitu bahawa Allah dan rasulNya  lebih dikasihi kepadanya daripada yang lain, dan bahawa  ia mengasihi seseorang kerana Allah semata-mata serta ia benci kalau sekiranya ia kembali kepada kekufuran   sebagaimana ia benci dicampakkan di dalam api neraka.”

 

          (Riwayat al-Bukhari)

 

          Hadith mengenai kisah Muaz bin Jabal sangat jelas  tentang perakuan nabi s.a.w. berhubung penggunaan   Qias, sabdanya yang bermaksud,

 

          “Bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah mengutus Muaz ke  Yaman, Ialu Baginda bertanya: Bagaimana engkau hendak menghukum? Ia menjawab, aku menghukum berdasarkan kitab Allah (al-Quran). Baginda bersabda, sekiranya tidak terdapat di dalam kitab Allah. Ia menjawab; menghukum berdasarkan Sunnah Rasulullah  s.a.w. Baginda bertanya lagi; sekiranya tidak terdapat di  dalam Sunnah Rasulullah, la menjawab; aku berijtihad dengan fikiranku. Baginda pun bersabda; Alhamdulillah          (segala pujian bagi Allah) yang telah memberikan taufik  kepada utusan Rasulullah s.a.w.”

 

          (Riwayatal-Tirmidhi)

 

          iii. Mengamalkan Nikah Mut’ah

 

          Golongan Syiah masih meneruskan amalan nikah Mut’ah  yang pemah diharuskan diperingkat awal Islam di dalam keadaan dan masa tertentu. Mereka masih mengamalkan  nikah ini sehingga sekarang. Dengan ini menunjukkan bahawa mereka menolak permansuhan syariat tersebut.          Mereka berpendapat bahawa nikah Mut’ah adalah   diharuskan di dalam syariat Islam. Perkara ini dinyatakan  dalain Kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa al-Fatawa oleh Abu Ja’far Muhamad b. Hassan b. Ali  al-Tusi, hal. 489:

 

          Terjemahannya:

 

          Nikah mutah adalah diharuskan dalam syariat Islam  sebagaimana kami menyebutnya daripada akad  seseorang lelaki ke atas seorang perempuan mengikut  tempoh yang tertentu dengan mas kahwin yang tertentu.

 

          Ciri-ciri nikah Mut’ah ialah akad, tempoh dan mahar. Dalam nikah Mut’ah ditetapkan tempoh tertentu yang diredhai oleh kedua-duanya, samada sebulan atau  setahun atau sehari. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa al-Fatawa oleh Abu  Ja’far bin Muhammad bin AI-Hassan bin Ali AI-Tusi. hal. 491:

 

          Terjemahannya:

 

          Adapun tempoh nikah mutah ialah mengikut keredaan   pasangan kedua-duanya sama ada sebulan atau setahun  atau sehari.

 

          Nikah mut’ah boleh dilakukan dalam tempoh satu jam  atau dua jam, sehari, dua hari atau semalaman. Perkara  ini dinyatakan di dalam kitab Tahzib al-Ahkam oleh Abu   Ja’far Muhammad bin al-Hasan al-Tusi. hal. 266:

 

          Terjemahannya:

 

          Muhammad bin Yacob daripada Muhammad bin Yahya  daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ibnu Faddhal daripada Abu Bukair daripada Zararah katanya Aku   (Zararah) bertanya kepadanya (Abu Jayar) adakah harus  seorang lelaki bermutah dengan seorang perempuan  sejam atau dua jam. Jawabnya; “Satu atau dua jam tidak  terhenti kepada sempadan kedua-duanya, tetapi boleh          dilakukan sekali atau dua kali, sehari atau dua hari dan  semalaman dan seumpamanya.”

 

          Nikah Mut’ah boleh dilakukan dengan perempuan   Yahudi, Nasrani, Majusi, anak dara tanpa izin bapanya dan juga perempuan pelacur. Apabila dilakukan akad  hendaklah disebut mahar dan tempoh yang diredhai oleh  kedua-duanya. Sekurang-kurang mahar ialah semangkuk  gula atau segenggam makanan dan sebagainya. Perkara   ini dinyatakan di dalam kitab al-Nihayah Fi Mujarad  al-Fiqh Wa al-Fatawa oleh Abu Ja’far Muhammad bin al-Hasan bin Ali AI-Tusi. hal. 490 – 491 dan kitab  Tahzib al-Ahkam oleh Abu Ja’far Muhammad bin  al-Hasan al-Tusi. hal. 254:

 

          Terjemahannya:

 

          “Tidak mengapa bermutah dengan perempuan   Yahudi,Nasrani dan makruh bermutah dengan          perempuan Majusi, tetapi ianya tidak dilarang”.

 

          “Muhammad bin Ahmad bin Yahya daripada Abbas bin  Ma’arof daripada Sadan bin Muslim daripada seorang  lelaki daripada Abu Abdullah katanya, “Tidak mengapa mengahwini anak dara apabila ia redha walaupun tanpa  izin kedua ibu bapanya”.

 

          “Tidak mengapa bermutah dengan perempuan pelacur  kecuali lelaki itu menghalangnya daripada pelacuran  setelah akad dilakukan.”

 

          “Apabila hendak berakad hendaklah disebut mas kahwin  dan tempoh yang diredai oleh pasangan dan sekurang   kurang mas kahwin ialah semangkuk gula atau setapak  tangan makanan atau seumpama yang demikian itu.”

 

          Dalam nikah mut’ah tidak ditentukan bilangan wanita yang  dimut’ahkan, boleh dilakukan sampai seribu orang wanita. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Tahzib al-Ahkam  oleh Abu Ja’ far Muhammad bin al-Hasan al-Tusi. juzu’  1, hal. 259:

 

          Terjemahannya:

 

          Daripada Ubaid bin Zararah daripada bapanya daripada   Abu Abdullah a.s. katanya, disebutkan kepadanya   tentang mutah adakah dihadkan kepada empat orangsahaja? Jawabnya “Kahwinlah perempuan-perempuan itu  walau sampai seribu orang kerana mereka itu merupakan  perempuan-perempuan yang disewakan”.

 

          ULASAN

 

          Nikah mut’ah ini sebenarnya telah dimansuhkan olehayat-ayat Al-Quran yang bermaksud seperti berikut:

 

          “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyu’ dalam sembahyangnya, dan  mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta  itu)”

 

          (Surah al-Mu’minun ayat 1-4)

 

          Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu), hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka          ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan   ‘iddahnya, dan hitunglah masa iddah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah   kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah  kediamannya (sehingga selesai iddahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (iika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah  aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu  melanggarnya) dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan   hukum Allah, maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim  kepada ditinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan   mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).

 

          (Surah al-Talaq ayat 1)

 

          ” Dan bagi kamu seperdua dati harta yang ditinggalkan  oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapijika mereka mempunyai anak, maka kamu berolehseperempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah   ditunaikan wasiatyang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isted-isted) pula seperempat dart harta yang kamu tinggalkan, ii@akamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri          kamu) ialah seperlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan  sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang  diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan  seorang saudara lelaki (seibu) atau saudaraperempuan  (seibu), maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah  seperenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang   seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu          pada sepertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki  dan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang          diwasiatkan oleh simati, dan sesudah dibayar hutangnya, wasiat-wasiatyang tersebut hendaklah tidak          mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap  satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyabar.”

 

          (Surah al-Nisaa’ayat 12)

 

          “Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beriddah) selama empat bulan sepuluh hail. Kemudian apabila telah habis  masa iddahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu  mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya  menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh Syara ‘). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.”

 

          (Surah al-Baqarah ayat 234)

 

          Orang-orang Islam di zaman itu telah ijmak bahawa nikah  Mut’ah telah dimansuhkan dan haram melakukannya. Nikah tersebut dimansuhkan oleh ayat-ayat al-Quran dan  Hadith Rasulullah s.a.w.

 

          Nikah Mut’ah bukan suatu pemikahan dalam Islam, malah ia merupakan amalan Jahiliyah. Dengan itu  perempuan yang dinikahkan mut’ah bukanlah isteri atau  hamba, tidak boleh mewarisi, tidak sabit nasab dan tidak  wajib nafkah. Nikah mut’ah amat jelas bertentangan  dengan al-Quran, hadith Rasulullah s.a.w dan ljmak  Ulama. Di mana para sahabat tidak mengingkari kata-kata Saidina Umar yang akan merejam dengan batu  orang yang melakukan nikah mut’ah. Beliau berkata, ”   Nikah Mut’ah merosakkan konsep nikah, talak, iddah   dan pesaka. ((3) AI-lmam al-Fakhr al-Razi, al-Tafsir   al-Kabir, juzu 10, cetakan ke 11 Dar al-Kutub al- Ilmiah, Tehran hal. 50.)

 

          4) Alauddin Ali bin Muhamad bin Ibrahim al-Baghdadi, al-Syahir bi al-Khazin, Tafsir al-Khazin, al-Musamma Lubab al-Ta’wil Fi Maami al-Tanzil, Wa Bihamisyihi  Tafsir al-Baghawi al-Ma’ruf Bi Maalim al-Tanzil, Juzu 1, Dar al-Fikr, Beirut Lubnan hal. 506-507.

 

          5) Ibid. Hal. 507

 

 

3.2.3. PELBAGAI PENYELEWENGAN UMUM.

 

          i. Menziarahl Kubur Saidina Husain, Ganjarannya Syurga

 

          Syiah mendakwa bahawa orang yang menziarahi kubur  Saidina Husain akan memasuki syurga, perkara ini  dinyatakan di dalam kitab al-lrsyad oleh as-Syeikh   al-Mufid halaman 252. Sebagaimana yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w.:

 

          Terjemahannya;

 

          “Sesiapa yang menziarahi Husain selepas wafatnya  nescaya ia akan memasuki syurga”

 

          ULASAN

 

          Tidak terdapat di dalam al-Quran dan hadith sahih Nabi  s.a.w. yang menyatakan bahawa orang yang menziarahi  kubur Saidina Husain akan memasuki syurga. Tetapi yang jelas di dalam hadith nabi s.a.w yang menyatakan bahawa   orang yang menziarahi kubur nabi s.a.w. akan pasti   mendapat syafaatnya. Ini bertepatan dengan sabda nabi   s.a.w yang bermaksud,

 

          ” Sesiapa yang menziarahiku di Madinah dengan tulus  ikhlas, nescaya aku akan menjadi saksi dan pemberi   syafaat kepadanya pada hari kiamat.”

 

          ( Riwayat al-Baihaqi)

 

          ii) Menyiksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharram.

 

          Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan  menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi  menangisi kematian Saidina Husain. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira’, Baina al-Syiah Wa al-Tasyayyu’, oleh Doktor Musa  al-Musawi, hal. 98:

 

          Terjemahannya:

          Perlu kami asingkan satu pasal yang khas mengenai  memukul dengan rantai besi ke atas bahu, mengetuk  kepala dengan pedang dan menyiksa badan pada hari  kesepuluh Muharram sebagai berkabung di atas kematian  Saidina Husain.

 

          Amalan yang masyhur ini sentiasa diadakan sebagai satu   bahagian daripada musim-musim perayaan sempena  kematian syahid Saidina Husain. Amalan ini berlaku di  Iran, Pakistan, India dan sebahagian di negara Lubnan  pada setiap tahun. Dengan sebab itu berlaku pertempuran darah di antara Syiah dan Ahli Sunnah di beberapa  tempat di Pakistan menyebabkan beratus-ratus nyawa   yang tidak bersalah terkorban daripada kedua-dua belah pihak yang tidak dapat tidak banyak diperkatakan. Sebagaimana yang kami telah katakan pada pasal yang   lalu bahawa Syiah mengadakan perayaan pada hari   Asyura semenjak berabad-abad lagi. Selain daripada itu  bacaan ziarah yang banyak diperkatakan sebelum ini di  mana para pujangga telah menasyidkan beberapa qasidah  di hadapan kubur sehingga seorang penyair Arab yang   bernama Syarif Reda semasa menyampaikan qasidahnya   yang mulia di hadapan kubur Husain yang mana terdapat  diawal qasidah tersebut iaitu “Karbala sentiasa kamu berada di dalam kesusahan dan bala” hingga sampai  kepada bait ini iaitu:

 

          “Berapa ramai orangyang telah berperang di atas tanah ini, sehinggalah darah yang mengalir dan mereka yang  terbunuh.”

 

          Penyair tersebut menangis sehingga ia pitam. Yang  pastinya bahawa Imam-imam Syiah merayakan hari   kesepuluh Muharram, mereka duduk di rumah-rumah dengan menerima ucapan takziah daripada orang-orang  yang memberikan takziah dan mereka mengadakan majlis jamuan pada hari itu. Imam mereka memberi khutbah dan  qasidah bagi mengingati syahidnya Saidina Husain dan  Ahli Bait Rasulullah s.a.w. dan kelebihan-kelebihan  mereka.

 

          ULASAN

 

          Upacara memukul dada dan menyiksa tubuh badan   sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Husain adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana   perbuatan seumpama ini dilarang oleh Rasulullah s.a.w  dengan sabdanya yang bermaksud,

 

          “Bukanlah daripada golongan kami, orang yang  menampar-nampar pipi dan mencarik-carikkan baju dan memekik-mekik sepertimana yang dilakukan oleh   orang-orang Jahiliah”

 

          (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 

          Di dalam Islam telah ditentukan adab sopan ketika menziarahi jenazah iaitu dengan membanyakkan doa ke  atas simati supaya diampunkan dosanya. Dilarang   meraung-raung ke atas kematian seseorang, tetapi  dibolehkan menangis tanpa suara yang kuat. Ini  bertepatan dengan sabda nabi s.a.w. yang bermaksud,

 

          “Daripada Ibn Umar ra., bahawasanya Rasulullah s.a. w. telah menziarahi Saad bin Ubadah bersama-sama baginda ialah Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abu  Waqqas dan Abdullah bin Mas’ud, Ialu Rasulullah s.a.w. menangis. Maka apabila orang ramai melihat Rasulullah  s.a.w. menangis, merekapun menangis, Ialu Baginda  bersabda, ” Tidakkah kamu mendengar bahawasanya  Allah S. W. T tidak akan menyeksa (mayat)kerana air  mata dan kesedihan hati, tetapi Allah S. W. T menyiksa          atau merahmati seseorang kerana ini, lantas Baginda  menunjukkan lidahnya.”

 

          (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 

          ii. Menghina Isteri-isteri Nabi s.a.w.

 

          Golongan Syiah juga jelas menghina isteri-isteri nabi. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Tuhfah al-‘Awam   Maqbul oleh al-Syed Manzur Husain. hal. 330:

 

          Terjemahannya:

 

          “Ya Allah, laknatlah olehmu dua berhala Quraisy dan dua Thagut, dua pendusta, dua anak perempuannya yang mana mereka berdua menyalahiperintah engkau, mengingkari wahyu engkau, mengingkari nikmat engkau  dan menderhaka terhadap wahyu engkau dan mengubah   ugama engkau dan menyelewengkan al-Quran dan  mencintai seteru engkau dan mengingkati nikmat batin  engkau dan menggagalkan perkara perkarafardhu engkau  dan melanggar ayat-ayat engkau dan memusuhi wali-wali          engkau dan melantik musuh engkau dan memerangi  negara engkau dan merosakkan hamba-hamba engkau. Ya Allah laknatlah mereka berdua dan pengikut-pengikut  mereka berdua dan wali-wali mereka dan   penyokong-penyokong mereka, kekasih-kekasih  mereka. Maka sesungguhnya mereka telah meruntuhkan  institusi kenabian.”

 

          ULASAN

 

          Isteri-isteri Nabi adalah Ummahatul Mukminin. Merekajuga adalah tergolong dalam kalangan sahabat  Rasulullah s.a.w. yang adil. Oleh itu haram bagi orang    mukmin menikahi mereka selama-lamanya, selepas wafat   Rasulullah. Mereka wajib dihormati dan tidak boleh dicaci dan dicela rnereka. Ini dinyatakan di dalam firman  Allah yang bermaksud,

 

          “Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan  orang-orang yang beriman daripada dial mereka sendiri   dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka……..

 

          (Surah al-Ahzab ayat 6)

 

          Firman Allah S.W.T. lagi yang bennaksud,

 

… Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isterinya          sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya segala  yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.

 

          (Surah al-Ahzab ayat 53)

 

          Merekajuga merupakan orang yang bekerjasama dengan  Nabi s.a.w. dalam meyebarkan dakwah dan menegakkan  syiar Islam kepada masyarakat di zaman mereka.

 

          iv. Mengharuskan Jamak Sembahyang Dalam Semua          Keadaan

 

          Golongan Syiah mengharuskanjamak sembahyang fardhu   iaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar, Maghrib dan   Isyak dalam waktu Isyak dalam semua keadaan tanpa   sebarang sebab. Perkara ini dinyatakan dalam buku  Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima  Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin  Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya  Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993) hal. 36:

 

          ja fail: Harus menjamakkan di antara sembahyang Zohor dan ‘Asar, Maghrib dan ‘Isya’ sama ada di dalam musafir ataupun hadir tanpa sebarang sebab.

 

          ULASAN

 

          Mengamalkan sembahyang jamak tanpa sebab secara  berterusan adalah beitentangan dengan sunnah Nabi  s.a.w. dan amalan para sahabat Rasulullah s.a.w. Dalam  syariat Islam, kedudukan hukum dipandang melalui kemudahan atau kesulitan melaksanakannya iaitu yang  disebut Azimah dan Rukhsah. Azimah ialah sesuatu   hukum yang kekal dengan hukum asalnya. Ia tidak   berubah dengan adanya sebab-sebab sepertisembahyang lima waktu dikekalkan jumlah rakaat   mengikut waktunya. Manakala Rukhsah ialah suatu  hukum yang diharuskan kepada orang Islam  melakukannya disebabkan adanya sebab-sebab keuzuran  dan kesulitan dan sekiranya tanpa sebab-sebab di atas, haram berbuat demikian, seperti sembahyang jamak dan  qasar diharuskan pada masa musafir (1).

 

          v. Imamah dan Khilafah Sebahagian daripada Rukun Islam dan lanya Berlaku Melalui Nas Golongan Syiah   mendakwa Imamah dan Khilafah sebahagian daripada   rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas. Perkara ini   dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan   Pen-dedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan  Ijti@ad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim hal. 145146:

 

          Jayari: Imamah dan Khilafah sebahagian dadpada rukun  Islam dan ianya berlaku melalui nas.

 

          ULASAN

 

          Pendapat ini hanyalah rekaan semata-mata, sedangkan di  dalam Islam jelas menyatakan bahawa rukun Islam hanyalah lima perkara sahaja. Ini adalah berdasarkan hadith nabi s.a.w. yang bermaksud,

 

          “Islam itu dibina di atas lima perkara iaitu mengaku  bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya  Nabi Muhammad s.a. w. pesuruh Allah, mendirikan  sem-bahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan puasa di bulan Ramadan ”

 

          (RiwayatAhmad, al-Bukhati,Muslim, Tirmidhi dan   al-Nasai)

 

          vi. Sembahvang Duha Adalah Bid’ah

 

          Golongan Syiah mendakwa sembahyang Duha adalah  bid’ah. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab Di   antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terj emahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim hal. 3 1:

 

          ja fari: Sembahyang Duha adalah bid’ah. Para imam  mazhab empat ianya sunat. Lantaran itu mereka   menyalahi sunnah Rasulullah s.a. w. yang ditiwayatkan  oleh al-Humaidi di dalam al-Jami’Baina al-Sahihain daripada Marwan al-‘Ajali, dia berkata : Aku berkata   kepada Ibn Umar, “Anda mengerjakan sembahyang  Duha? Dia menjawab, tidak. Aku pun bertanya lag4 Abu Bakr? Dia menjawab: “Tidak, ” Aku bertanya lagi: Nabi   s.a.w.? Dia menjawab: “Tidak.” Humaidi pula   meriwayatkan datiaisyah di dalam MusnadAisyah, dia  berkata, sesungguhnya Nabi s.a.w. tidak pernah   mengerjakan sembahyang Duha. Abdullah bin Umar juga berkata, “Sembahyang Duha adalah bid’ah dati segala bid’ah. ”

 

          ULASAN

 

          Pendapat di atas bertentangan dengan hadith-hadith sahih yang menyebut tentang pensyariatan sembahyang Duha  ini. Antara hadith-hadith tersebut ialah:

 

          “Daripada Abu al-Darda’ra. katanya Nabi Muhammad  s.a.w telah menasihatkanku tentang 3perkara yang aku tidak pernah meninggalkannya selama aku hidup iaitu  berpuasa 3 hari bagi tiap-dap bulan, sembahyang Duha dan aku tidak tidur kecuali aku telah mengerjakan witir

 

          (Riwayat Muslim Abu Daud dan al-Nasai)

 

          “DaripadaAbu Hurairah ra. katanya: Telah menasihati    daku oleh kekasihku s.a.w. dengan berpuasa tiga hari   bagi setiap bulan, sembahyang dua rakaat Duha dan aku mengerjakan sembahyang witir sebelum aku tidur”.

 

          (Riwayat Bukhail, Muslim, Abu Daud dan al-Tirmidhi)

 

          “Daripada Abu Zar ra. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Setiap pagi setiap anggota kamu bersedekah, setiap  tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh dengan kebaikan adalah sedekah dan menegah  daripada kemungkaran adalah sedekah dan memadailah  dengan yang sedemikian itu dengan mendirikan sembahyang Duha dua rakaat”.

 

          (Riwayat Muslim)

 

          vii Islam Bukanlah Syarat Wajibnya Haji

 

          Golongan Syiah mendakwa Islam bukanlah syarat   wajibnya Haji. Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj  Kebenaran Dan Pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab Di  antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf  al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi.Ibrahim hal. 55:

 

          Ja:fad.. Islam bukanlah syarat wajibnya haji.

 

          ULASAN

 

          Perkara ini amat bertentangan dengan al-Quran dan hadith. Telah jelas diterangkan di dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud:

 

          “Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana  Allah’,”

 

          Ayat ini dengan jelas menyatakan perintah Allah kepada  orang-orang yang beragama Islam sahaja dan tidak  ditujukan orang-orang yang bukan Islam. Sementara  hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud:

 

          “Wahai manusia, ambillah (daripadaku) cara-cara  mengerjakan haji kamu, maka sesungguhnya Aku tidak  mengetahui kerana berkemungkinan aku tidak dapat lagi  mengerjakan haji lagi selepas tahun ini

 

          (Riwayat al-Nasai)

 

          Hadith ini ditujukan kepada para sahabat Nabi yang  beragama Islam sahaja. Sementara hadith yang  diriwayatkan oleh Muslim daripada Ibnu Umar ra. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bennaksud,

 

         Islam itu dibina di atas lima perkara iaitu, mengucap  dua kalimah syahadah bahawa sesungguhnya tiada tuhan  (yang berhak disembah) melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah Pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, memberi zakat, berpuasa  pada  bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah.”

 

          Jelas hadith di atas menerangkan kepada kita bahawa antara ciri-ciri seorang Islam itu ialah mengerjakan haji, sedangkan mengerjakan ibadat haji bukanlah menjadi   amalan orang-orang bukan Islam. Sementara ibadat haji   yang dilakukan oleh orang-orang musyrik di zaman  Jahilliyyah dahulu adalah dengan cara bertelanjang. Apakah cara mengerjakan haji seperti itu sesuai   diamalkan di zaman sekarang ini dan berhujah  mengatakan Islam bukan syarat wajib haji, sedangkan perbuatan seumpama itu tidak diterima Allah dan tidak boleh diterima pakai di zaman ini. Sudah jelas apabila datangnya agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., dengan sendirinya amalan-amalan di zaman Jahiliah itu telah ditolak oleh Islam.

 

          viii). Wajib Menyapu Kedua Dua Kaki Dan Tidak Memadai Basuh Pada Kedua-Keduanya.

 

          Golongan Syiah mendakwa wajib menyapu kedua-kedua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya.  Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, ter . emahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim hal. 13 – 14:

 

          Ja’fari: Wajib menyapu kedua kedua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua duanya. Ini juga adalah  pendapat sebahagian para sahabat, tabiin seperti Ibn Abbas, Iktimah, Anas, Abu al-Aliyah dan al-Syabi.

 

          ULASAN

 

          Pendapat ini adalah bertentangan dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah dan para Qurra’ dan Ahli-ahli Tafsir  yang muktabar. Jelas dinyatakan di dalarn hadith Nabi bahawa anggota wuduk yang wajib dibasuh termasuklah kaki. Sebagaimana sabda Baginda yang bennaksud,

 

          “Dati Humran, bahawa Uthman bin Affan ra. (minta dibawakan kepadanya) air untuk mengambil wuduk, Ialu ia berwuduk iaitu (mula-mula) ia membasuh kedua tapak tangannya tiga kali, kemudian ia berkumur-kumur dan menyedut air kehidung serta meng-hembuskannya, kemudian ia membasuh mukanya tiga kali, kemudian ia membasuh tangan kanannya meliputi siku tiga kali, kemudian tangan kirinya seperti itujuga, kemudian ia menyapu sedikit daii kepalanya, kemudian ia membasuh kaki kanannya meliputi buku 1,ali tiga kali, kemudian kaki kirinya seperti itu juga. Setelah itu ia (Saidina Uthman) berkata; ” Aku melihat Rasuluilah s.a.w. berwuduk, sepertimana wuduk ku itu .”

 

          (Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

 

 

          PENUTUP

 

          Rantau Asia Tenggara, khususnya Malaysia adalah rantau yang hening dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sebarang usaha untuk memasukkan fahaman selain dari Ahli Sunnah Wal Jamaah terutama Syiah di kalangan penduduk rantau ini pasti akan menggugat keharmonian masyarakat.

 

          Negara-negara yang mempunyai penganut Syiah, telah  menimbulkan ketidakstabilan rakyat dan pentadbiran di negara tersebut. Penganut Syiah akan selama-lamanya cuba mengembang dan mempengaruhi pegangan mereka ke atas pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka tidak mahu tunduk kepada pemerintahan dan pentadbiran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

 

          Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam yang bersidang pada 3 Mei 1996 telah membuat keputusan iaitu:

 

          Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jainaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak.

 

          Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa aj aran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.

 

http://www.islam.gov.my/artikel/syiah1.html

 

 

Penilaian Syi`ah terhadap AHLI SUNNAH

http://www.kautsar.net

Ahli sunnah wa Jamaah adalah golongan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. yang sentiasa mendapat petunjuk kerana mereka berpegang dengan Sunnah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat terutama Khalifa Rasyidin. Selain dari Ahlu Sunnah, adalah golongan yang sesat kerana mereka tidak berpaksikan sepenuhnya kepada Sunnah Rasulullah s.a.w. dan Khulafa’ Rasyidin sebagai perjalanan hidup. Walaupun setiap golongan sesat itu mendakwa mengikuti al-Qur’an namun sikap mereka terhadap Sunnah dan para sahabat tidak membuktikan kebenaran dakwaan mereka.

Adalah satu asas dalam mengkaji mana-mana aliran atau fahaman sebelum menghukumkannya sebagai sesat atau tidak, harus merujuk kepada sumber asal mereka yang muktabar. Di antara golongan yang sesat itu ialah ajaran Syi`ah.

Sebagai satu ajaran yang telah lama bertapak, Syi`ah mempunyai rujukan-rujukan sendiri yang muktabar. Bagaimanapun sudah menjadi polisi kepada mereka untuk tidak membiarkan kitab-kitab mereka jatuh kepada orang lain oleh kerana itu, mereka menyembunyikannya. Malahan rujukan mereka itu hanya dibaca oleh Ayatullah-Ayatullah sahaja. Adapun Syi`ah yang tidak menjangkaui martabat tersebut tidak layak untuk membacanya sehingga mereka mendakwa orang-orang yang bertaqwa sahaja yang berhak. Alangkah malang sungguh mereka yang menerima ajaran Syi`ah tetapi tidak dapat menatapi sabdaan-sabdaan para Imam. Kitab-kitab berautoriti seperti al-Kafi karangan al-Kulaini, al-Istibsar, Tahzib al-Ahkam dan Man layahduruhu hanya bacaan para Ayatullah sahaja.

Keempat-empat kitab ini merupakan kitab yang paling tinggi kedudukannya dan Khomeini menganggapnya sebagai rujukan terpenting. Di samping itu terdapat Wasail al-Syi`ah, Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi, Risalah al-I`tiqadat oleh Ibn Babwaih al-Qummi

Dalam artikel ini, kita akan menyoroti aqidah dan pendirian mereka berhubung dengan orang-orang lain yang bukan Syi`ah berdasarkan kepada rujukan-rujukan mereka.

Aqidah Syi`ah tentang orang yang tidak mengakui imamah

Syiah berpendapat imamah merupakan salah satu usul agama dan Rasulullah s.a.w. menentukan 12 imam dengan jelas.

Ibn Babwaih al-Qummi yang mendapat jolokan al-Saduq menyebutkan di dalam kitabnya Risalah al-I`tiqadat, halaman 103, cetakan Markaz Nasyr al-Kitab, Iran:

“.. واعتقادنا فيمن جحد إمامة أمير المؤمنين علي بن أبي طالب والأئمة من بعده – عليهم السلام – أنه كمن جحد نبوة جميع الأنبياء، واعتقادنا فيمن أقر بأمير المؤمنين وأنكر واحدًا ممن بعده من الأئمة أنه بمنزلة من أقر بجميع الأنبياء وأنكر نبوة نبينا محمد صلى الله عليه وآله”،

“Kepercayaan kita berhubung dengan orang yang mengingkari imamah Amirul Mukminin Ali a.s. dan para imam sesudahnya seperti orang yang mengingkari kenabian semua nabi. Dan kepercayaan kita tentang orang yang mengingkari salah seorang imam selepasnya seperti orang yang mengakui kesemua nabi tetapi mengingkari kenabian nabi kita Muhammad s.a.w. dan ahli keluarganya.”.

Pada halaman yang sama, Ibn Babwaih menukilkan satu riwayat yang disandarkan kepada Imam Ja`far al-Sadiq:

” المنكر لآخرنا كالمنكر لأولنا” .

“Orang yang mengingkari imam kita yang terakhir seperti mengingkari imam yang pertama.”

Dalam rujukan yang sama, beliau juga menisbahkan kepada Rasulullah s.a.w. sebagai bersabda :

“الأئمة من بعدي اثنا عشر؛ أولهم أمير المؤمنين علي بن أبي طالب عليه السلام وآخرهم القائم، طاعتهم طاعتي ومعصيتهم معصيتي، من أنكر واحدًا منهم فقد أنكرني”.

“Imam-imam setelahku 12 orang, yang pertama Ali bin Abi Talib a.s. dan yang terakhir al-Qaim. Ketaatan kepada mereka seperti ketaatan kepadaku. Menderhakai mereka sama menderhakaiku. Sesiapa menginkari mereka sesungguhnya telah menginkari.” Kata-kata al-Saduq ini dinukilkan oleh al-Majlisi dalam Bihar al-Anwar (jil. 27, hal. 61-62)

Mulla Baqir al-Majlisi, yang mendapat gelaran al-Allamah, al-Hujah dan Fakhr al-Ummah (kebanggaan ummat) menulis di dalam Bihar al-Anwar jilid 23 halaman 390:

“اعلم أن إطلاق لفظ الشرك والكفر على من لم يعتقد إمامة أمير المؤمنين والأئمة من ولده عليهم السلام وفضَّل عليهم غيرهم يدل أنهم مخلدون في النار”.

“Ketahuilah, ungkapan lafaz syirik dan kufur kepada orang yang tidak beritikad dengan keimaman Ali dan para imam dari anak cucunya a.s. dan kelebihan mereka mengatasi orang lain menunjukkan mereka itu kekal di dalam neraka.”

Dalam Bihar al-Anwar (23/391) Baqir al-Majlisi menukilkan daripada al-Mufid bahawa:

“Syi`ah Imamiyah sepakat tentang orang yang mengingkari imamah salah seorang imam dan membantah ketaatan yang diwajibkan Allah kepadanya (imam) sebagai kafir sesat yang selayaknya kekal di dalam neraka”.

Lihat bagaimana Syi`ah menghukumkan orang-orang yang beriman sebagaimana mereka beriman. Adakah perkara ini menunjukkan perbezaan antara Ahli Sunnah dan Syi`ah dari fiqh mazhab sahaja? Sebenarnya penilaian mereka ini terhadap Ahli Sunnah jauh lebih dahsyat daripada permusuhan dengan orang-orang kafir lain. Benar sekali kata-kata Shaikh Musa Jarullah di dalam kitabnya al-Wasyi`ah fi Naqd `Aqaid al-Syi`ah, halaman 227: “Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat dalam kitab-kitab Syi`ah, Musuh Syi`ah yang paling ketat dan paling kuat ialah Ahli Sunnah wa Jamaah. Saya melihat sendiri bahawa semangat permusuhan benar-benar menguasai hati semua lapisan Syi`ah.”

Darah Ahli Sunnah adalah halal di sisi Syi`ah

Di samping itu, Syi`ah menganggap halal darah dan harta Ahli Sunnah dan inilah yang difatwakan oleh ulama mereka. Syaikh Saduq menyebutkan di dalam kitabnya `Ilal al-Syara’i` halaman 601 cetakan Najaf:

عن داود بن فرقد قال: قلت لأبي عبد الله عليه السلام: ما تقول في قتل الناصب – أي السني- ؟ قال: “حلال الدم، ولكني أتقي عليك، فإن قدرت أن تقلب عليه حائطًا أو تغرقه في ماء لكيلا يشهد به عليك فافعل، قلت فما ترى في ماله؟ قال: توه ما قدرت عليه”.

Daripada Daud bin Farqad, katanya aku bertanya kepada Abu Abdullah a.s.: Apakah hukumnya membunuh al-Nasibi- maksudnya ahli sunnah? Jawabnya: Halal darahnya, tetapi aku ingatkan engkau jika dapat hempapkan dinding atasnya atau engkau lemaskannya di dalam air maka lakukanlah supaya tidak dilihat oleh orang lain. Aku bertanya lagi: Apa pendapatmu tentang hartanya. Jawabnya: Binasakanlah apa sahaja yang engkau dapat lakukan.

Apakah yang akan dilakukan oleh Syi`ah terhadap orang yang menyalahi mereka? Shaikh Taifah menyebutkan di dalam kitab fiqhnya, al-Nihayah halaman 302:

Sesiapa yang memegang kekuasaan bagi pihak yang zalim dalam melaksanakan hukuman hudud atau melaksanakan sesuatu hukum hendaklah dia beritikad bahawa dia sebenarnya memegangnya bagi pihak berkuasa yang hak, maka hendaklah dia melaksanakan hukum mengikut ketentuan Syari`at Imam, dan selagi dia dapat melaksanakan hudud terhadap mukhalif (orang yang tidak mengikut Syi`ah) hendaklah dia laksanakan kerana itulah jihad yang paling agung.

Ni`matullah al-Jazairi menyebutkan dalam kitabnya al-Anwar al-Nu`maniyyah (2/307):

Harus membunuh mereka (Ahli Sunnah) dan harta-harta mereka adalah halal.”

Beginilah sikap permusuhan mereka terhadap orang yang tidak mempercayai imam dua belas.

Sejarah mencatatkan kezaliman mereka terhadap umat Islam. Ni`matullah al-Jazairi menyebutkan dalam kitabnya al-Anwar al-Nu`maniyyah:

“Terdapat dalam beberapa riwayat bahwa Ali bin Yaqtin iaitu menteri al-Rasyid dan seorang Syi`ah yang istimewa, beberapa golongan mukhalifin berada di dalam tahanannya, lalu dia memerintahkan orang-orang suruhannya menjatuhkan bumbung tahan ke atas tahanan-tahanan tersebut, lalu kesemua mereka mati terbunuh, bilangan mereka lebih kurang 500 orang. Bagi melepaskan diri dari tanggungjawab kematian mereka, Ali bin Yaqtin telah menghantar surat kepada Imam Mawlana al-Kazim dan al-Kazim menghantar jawapannya yang berbunyi: Jika anda bertemu saya dahulu sebelum membunuh mereka tentu anda tidak menanggung apa tanggungjawab terhadap darah mereka. Oleh kerana anda tidak berbuat demikian, maka hendaklah anda membayar kaffarah untuk setiap orang yang anda bunuh sebanyak satu tis. Satu tis itu lebih baik dari mereka.

Lihatlah kepada diyat yang sangat sedikit ini yang tidak menyamai diat saudara mereka yang kecil iaitu anjing buruan kerana diatnya sebanyak 20 dirham dan juga tidak menyamai saudara mereka yang besar iaitu Yahudi atau Majusi iaitu 800 dirham dan keadaan mereka di akhirat lebih hina dan lebih rendah.”

Riwayat ini juga dinukilkan oleh Muhsin al-Mu`allim untuk berdalil bahawa harus membunuh Ahli Sunnah. (Al-Nasb wa al-Nawasib, halaman 622)

 

Harta Ahli Sunnah adalah halal

Harta ahli sunnah menurut Syi`ah adalah halal dan boleh diambil tanpa ada halangan. Abu Ja`far al-Tusi meriwayatkan dalam kitabnya Tahzib al-Ahkam, jilid 4, halaman 122:

عن أبي عبد الله عليه السلام أنه قال: “خذ مال الناصب حيث ما وجدته وادفع إلينا الخمس”

Daripada Abu Abdullah a.s. bahawa beliau berkata: Ambillah harta al-nasib di mana sahaja kamu temui dan berikan kepada kami satu perlimanya.

Ahli Sunnah adalah najis menurut syiah

Khomeini di dalam Tahrir al-Wasilah (1/118) menghukumkan Ahli Sunnah sebagai najis, katanya:

Adapun Nawasib (Ahli Sunnah) dan Khawarij semoga dilaknati Allah tanpa ragu-ragu adalah najis.”

Penghinaan Khomeini bukan setakat Ahli Sunnah dan Khawarij sahaja malah kepada golongan Syi`ah selain dari Imamiyah 12, katanya:

“Kumpulan-kumpulan Syi`ah selain dari Syi`ah Imam Dua Belas yang tidak mempercayai imamah 12 imam, jika tidak kelihatan pada mereka tanda-tanda nasb (mengikuti Ahli Sunnah), permusuhan dan mencela para imam maka ia suci tetapi jika kelihatan pada mereka perkara-perkara tersebut maka mereka seperti nawasib yang lain. (1/119)

Ni`matullah al-Jazairi menulis dalam kitabnya al-Anwar al-Nu`maniyyah 2/306:

“وأما الناصب وأحواله، فهو يتم ببيان أمرين: الأول: في بيان معنى الناصب الذي ورد في الأخبار أنه نجس، وأنه أشر من اليهودي والنصراني والمجوسي، وأنه نجس بإجماع علماء الإمامية رضوان الله عليهم”

“Penjelasan tentang al-Nasibi dan keadaannya dapat dijelaskan dengan dua perkara berikut: Pertama, maksud al-nasibi mengikut dalam hadis-hadis adalah najis, dia lebih jahat daripada Yahudi, Nasrani dan Majusi malah dia adalah kafir, najis mengikut ijmak ulama Imamiyyah.”

Dalam kitabnya, Muhammad al-Saduq menunjukkan kebenciannya yang tidak terhingga terhadap ahli Sunnah: Sesungguhnya Nabi Nuh a.s. membawa dalam kapalnya anjing dan babi tetapi baginda tidak membawa anak zina, dan al-nasibi itu lebih jahat daripada anak zina”

Perhatikan lafaz nasb dan nawasib yang memberi erti permusuhan terhadap keluarga Rasulullah s.a.w. digunakan oleh Syi`ah untuk ahli Sunnah yang mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat.

Agama adalah menyalahi Ahli Sunnah

Antara tuduhan jahat Syi`ah terhadap orang lain kerana tidak mengikuti mereka ialah riwayat al-Majlisi daripada Imam al-Baqir di dalam Bihar al-Anwar 24/311, katanya: “Demi Allah wahai Abu Hamzah, sesungguhnya manusia itu, kesemuanya anak pelacur melainkan Syi`ah kita.” Riwayat ini juga dinukilkan oleh al-Kulaini dalam al-Raudhah nombor 431.

Penutup

Beginilah penilaian mereka terhadap kita ahli Sunnah. Segala usaha yang pernah dirancang oleh ulama untuk mendekatkan antara Sunni dan Syi’ah tidak akan mendatang faeadah kepada umat Islam kerana sebenarnya itu adalah komplot untuk mendekatkan umat Islam kepada Syi’ah.

Sesunguhnya tidak ada ruang bagi kita untuk berdiam diri, tidak ada masa untuk berlembut dengan mereka kerana kebatilan aqidah mereka akan mengancam keimanan, syariat dan keselamatan serta keamanan dunia. Oleh itu marilah kita mencurahkan usaha dan tenaga untuk memerangi mereka dengan apa cara sekalipun kerana ia adalah satu jihad bagi mempertahankan kesucian ajaran Islam dan demi keamanan sejagat.

~ oleh ANUAR AHMAD di Ogos 19, 2009.

3 Respons to “SYIAH DAN REVOLUSI MINDA MAHASISWA”

  1. salam. isu2 terkini kampus…http://usimkini.blogspot.com

  2. mantap2.. huuu tp pnjang sgt. xdan nk bce ambo.. mase xdop dah ni , nk study plak ni, esok ade paper..

  3. lamer tak update blog..
    tulon citer sket pasal peranan ahmadinejad dalam merapatkan puak sunni dan syiah di iran

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: