Ya Wadud..

Telah lama aku tidak update blog ini, entah mengapa pada hari ini hati aku tergerak untuk menaip keyboard computer dan mencoretkan sesuatu. Hari demi hari masa berlalu dengan amat pantas sekali. Kini aku telah meningkat dewasa, banyak memori silam yang menyebabkan dada ini sedih, gembira, ceria, lega dan pelbagai-bagai lagi perasaan yang aku alami. Kehidupan ini amat singkat sekali, bagaikan malam dan siang yang berputar. Aku begitu asyik dengan kehidupan ini, hidup yang penuh tipudaya. Pun begitu, Allah masih sayangkan aku, diberi ujian untuk aku tempuhi, diberi cubaan untuk aku harungi, diberi mehnah untuk aku tempuhi, diberi nikmat untuk aku syukuri, diberi aku iman untuk aku hayati, diberi aku agama untuk aku perjuangi, diberi aku maksiat untuk aku hindari, diberi aku kenangan untuk aku ingati, diberi aku ilmu untuk aku amali, diberi aku al-quran untuk direnungi, diberi aku syaitan untuk aku perangi, diberi ibu ayah untuk aku ihsani, diberi aku kemiskinan untuk aku tabahi, diberi aku Nabi SAW untuk aku rindui, diberi aku maut untuk menginsafi, diberi aku neraka untuk aku takuti, diberi aku Syurga untuk diredhai.. Ya Allah.. aku amat merinduiMu.. aku amat mencintaiMu.. begitu gelora hatik untukMu.. begitu asyik jiwaku bila mengingatiMu.. begitu syahdu bila bermunajat padaMu.. ku serahkan jiwa raga untukMu.. Engkaulah kekasihku.. engkaulah Penolongku.. Engakaulah harapanku.. Engkaulah tujuanku.. Engkaulah Tuhan yang Maha mencintai… Ya Wadud… Ya Wadud… Ya Wadud… Ya Wadud…

~ oleh ANUAR AHMAD di Januari 18, 2010.

Satu Respons to “Ya Wadud..”

  1. ya wadud…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: