Ciri-ciri Prinsip Harakah Islamiah

•November 7, 2010 • Tinggalkan Komen

1. Gerakan Yang Bersifat Rabbaniyyah.
Harakah Islamiyah adalah bersifat Rabbani kerana keseluruhan konsep, hukum-hakam, akhlak, tata-tusila dan pemikirannya adalah bersumber dari agama Allah yang kekal abadi dan risalah yang terakhir. Harakah Islamiyah adalah satu gerakan menyeru manusia kepada Allah bukannya kepada kepentingan para petugas di dalamnya atau orang-orang yang memikul tanggungjawab. Allah berfirman:
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Maksudnya:
Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
(Surah Al-An’am 6: Ayat 162)
Harakah Islamiyah bukanlah sebuah organisasi sebagaimana sebuah parti politik biasa pada masa sekarang. Harakah Islamiyah juga bukanlah sebuah organisasi yang menjadi tempat perebutan kuasa untuk menjadi pemimpin bagi mencapai tujuan-tujuan atau kepentingan peribadi sebagaimana yang berlaku dalam organisasi-organisasi lain pada hari in. Tetapi yang lebih penting dalam Harakah Islamiyah ialah pemimpin atasan atau orang besar terlebih dahulu mematuhi syariat Allah sebelum diikuti oleh para pengikut bawahan dan anggota biasa.
2. Gerakan Yang Bersifat Tersendiri.
Harakah Islamiyah bersifat tersendiri dengan maksud kelahirannya di tengah-tengah (umat Islam), (di atas dasar kesedaran mereka sendiri) bukan diimpot atau ditiru dari timur mahupun dari barat sebagaimana lahirnya organisasi dan persatuan-persatuan yang lain. Ini adalah kerana dakwah kita (yang dibawa oleh Harakah Islamiyah) adalah dakwah kepada Allah manakala perasaan berhajat kepada agama pula merupakan satu ciri yang sangat kuat bagi umat ini. Melalui cara inilah juga umat Islam dikenali untuk jangka waktu yang amat penting. Umat Islam di zaman akhir ini tidaklah dapat diperbaiki melainkan oleh sesuatu yang telah memperbaiki dan memperelokkan umat Islam sebelumnya, iaitu ajaran Islam itu sendiri.
1. Gerakan Pembawa Kemajuan.
Dengan segala kendungan bawaannya sama ada dari sudut akidah, syariat dan pandangannya terhadap ‘alam, manusia dan kehidupan menjadikan Harakah Islamiyah gerakan yang paling cekap dan paling mampu untuk menyelesaikan masalah-masalah manusia dan kehidupan dibandingkan dengan undang-undang ciptaan manusia yang bersifat serba lemah dan serba kekurangan.
Namun demikian kemajuan dalam Islam bukanlah sebagaimana yang dikehendaki dan difahami oleh golongan yang mendakwakan diri sebagai pejuang kemajuan, kerana kemajuan mengikut pengertian golongan ini adalah palsu lagi merosakkan, kemajuan yang terlepas dari ikatan akhlak dan kesusilaan yang luhur. Kemajuan dalam Islam dalam erti kata yang sebenar ialah kemajuan dalam memurnikan perasaan manusia, pemikiran mereka dan akhlak mereka, kemajuan dalam memperdalamkan ilmu pengetahuan dan menerokai atau menyingkap rahsia-rahsia di sebalik kejadian alam yang agung ini, yang bukan bertujuan semata-mata untuk menciptakan satu pencapaian baru dalam bidang ilmu. Tetapi tujuan sebenar kemajuan tersebut ialah demi untuk demi untuk menambahkan lagi makrifat manusia terhadap kebesaran, keindahan, kekuatan dan keagungan Allah, Tuhan Semesta Alam ini.
Kemajuan dalam Islam menyuruh manusia supaya mengambil segala alat-alat ciptaan sesuai dengan penerimaan ‘akal-fikiran dengan syarat barang-barang tersebut hendaklah digunakan kepada perkara-perkara yang membawa kebaikan kepada umum. Inilah yang dimaksudkan oleh sabda Rasulullah s.a.w:
“Ambillah hikmah itu dari mana saja datangnya”.
Dan sabdanya lagi yang bermaksud:
“Hikmat itu barang kehilangan orang Islam, di mana saja beliau menemuinya, ialah yang lebih berhak menerimanya.”
2. Gerakan Yang Syumul.
Harakah Islamiyah mestilah gerakan yang syumul dengan pengertian dakwah dan usaha kerjanya tidaklah dibataskan untuk memperbaiki satu sudut atau sudut-sudut tertentu sahaja dari kehidupan ini, dengan membiarkan sudut-sudut yang lain kerana sifat-sifat keIslaman Harakah Islamiyah itu sendiri menunjukkan kesempurnaan dan kesyumulannya.
Oleh yang demikian gerakannya adalah dakwah salafiyyah kerana ia menyeru manusia supaya kembali berpegang kepada sumber Islam yang asli iaitu Al-Qur’an dan Sunnah rasulullah s.a.w.
Ia juga adalah dakwah dan tarikat sunnah kerana ia bekerja menghidupkan sunnah yang mulia di dalam kehidupan individu dan masyarakat.
Ia juga adalah dakwah yang mempunyai ikatan Rabbaniah (Rabitah Rabbaniah) kerana ia yakin bahawa asas kebaikan itu ialah kebersihan jiwa, kesucian hati dan adanya ikatan hubungan yang mantap dengan Allah s.w.t.
Ia juga merupakan Harakah Siasah (politik) kerana ia bekerja serta bertanggungjawab kepada urusan umat Islam disetiap bidang.
3. Harakah Yang Menjauhi Perselisihan Masalah Fekah.
Harakah Islamiyah meyakini bahawa perbezaan dalam perkara-perkara cabang (furu’iyyah) dalam bidang fekah, adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Oleh yang demikian Harakah Islamiyah berusaha menyeru umat Islam supaya bersatu di atas dasar-dasar pokok (usul) ajaran Islam serta kaedah-kaedah yang telah disepakati.
Berhubung dengan pendirian ini Al-Imam Hasan Al-Banna Rahimahullah merumuskan:
“Kita bukanlah sebuah parti politik, sekalipun politik (siasah) yang berasaskan kaedah-kaedah Islam adalah intisari fikrah kita. Kita bukanlah pertubuhan kebajikan sekalipun amal kebajikan dan khairat adalah di antara tujuan gerakan kita yang sangat besar. Kita juga bukan perkumpulan riadah sekalipun riadah atau rekreasi dan riadah ruhiyyah adalah di antara wasilah-wasilah yang kita amalkan.
Kita bukanlah sebuah jama’ahdalam pengertian seperti pertubuhan-pertubuhan tersebut kerana kelahiran pertubuhan tersebut adalah untuk matlamat-matlamat tertentu dan untuk jangka waktu yang tertentu pula. Boleh jadi pertubuhan-pertubuhan berkenaan ditubuhkan semata-mata kerana ingin mengadakan persatuan dan cita-cita inginkan gelaran dan kedudukan dalam pentadbiran dan organisasi tersebut.
Tetapi perjuangan kita adalah perjuangan yang berdasarkan fikrah dan ‘akidah, nizam dan manhaj yang tidak membataskan tujuan dan matlamat hanya kepada bangsa tertentu dan kawasan atau wilayah tertentu sahaja. Perjuangan kita tidak akan berhenti dengan penyelesaian masalah tertentu malah ia akan berterusan hingga ke hari Kiamat kerana Islam adalah sistem ciptaan Tuhan alam semesta ini dan manhaj Rasul-Nya yang paling dipercayai.
Kita menyatakan kepada manusia secara tidak bermegah-megah bahawa kita adalah para pengikut angkatan sahabat Rasulullah s.a.w yang menjadi pembawa panji-panji Islam selepas kewafatan Baginda s.a.w. Kita adalah angkatan yang menjulang kembali bendera Rasulullah s.a.w sebagaimana para sahabat r.a telah melakukannya. Kita akan menyiarkan dakwah baginda sebagaimana yang telah disiarkan oleh mereka. Kita akan memelihara kandungan kitab suci Al-Quran sebagaimana para sahabat telah memeliharanya. Kita adalah pembawa berita gembira melalui dakwah baginda sebagaimana para sahabat telah melakukannya dan ia akan menjadi rahmat ke seluruh alam. Anda pasti akan mengetahui perkhabaran-perkhabarannya dalam sedikit masa lagi
Ciri-ciri Khusus Harakah Islamiyah
1. Menjauhi Pengaruh Pemerintahan dan Ahli-ahli Politik.
Adalah menjadi kebiasaan bahawa sebahagian dari anggota Harakah Islamiyah adalah terdiri dari pegawai pemerintah dan ahli-ahli politik. Dengan keanggotaan seperti ini mestilah dijaga supaya Harakah Islamiyah tidak diperalat dan diperdagang oleh dua golongan di atas, agar ia kekal dengan sifat bersih, benar dan ikhlas dalam perjuangan.
2. Beransur-ansur Dalam Setiap gerak Langkah.
Harakah Islamiyah mestilah beransur-ansur dalam gerak kerjanya kerana ia menyedari bahawa jalan yang akan dilalui adalah hebat dan jauh manakala matlamatnya pula adalah besar dan mulia. Sebenarnya beransur-ansur di dalam langkah-langkah kerja dan memberikan tumpuan kepada kerja-kerja tertentu mengikut keperluan akan membawa jama’ah kepada matlamat sebagaiman yang dikehendaki.
Al-Imam Hassan Al-Banna telah menetapkan bahawa dakwah ini mempunyai tiga marhalah iaitu:

Marhalah Ta’rif (Pengenalan) Marhalah ini dimulakan dengan menyiarkan fikrah secara umum tentang Islam kepada orang ramai. Cara yang dijalankan diperingkat ini ialah dengan menimbulkan kesedaran, memberi pengajaran, mendirikan institusi yang memberi faedah dan lain-lain cara yang praktikal.
Marhalah Al-Takwin (Pembentukan) Marhalah ini dilaksanakan dengan cara memilih anasir-anasir yang baik (dari marhalah pertama) dan sanggup untuk memikul beban jihad dengan cara menggembleng tenaga mereka dalam kerja-kerja dakwah.
Susunan kerja dakwah dalam marhalah ini adalah bersifat kesufian dari sudut kerohanian dan bersifat ketenteraan dari sudut gerak kerja. Dakwah pada peringkat ini tidak dapat dilaksanakan kecuali oleh orang yang benar-benar mempunyai kesediaan untuk memikul bebanan jihad yang berat dan memakan waktu yang amat panjang. Persediaan paling awal di peringkat ini ialah “Ketaatan yang tidak berbelah bagi” (kepada perjuangan Islam).
Marhalah At-Tanfiz (Perlaksanaan) “Dakwah pada peringkat ini adalah jihad yang tidak mengenal penat lelah dan kerehatan malah amal yang tidak mengenal putus asa demi mencapai matlamat yang diperjuangkan. Ujian dan cabaran tidak dapat dihadapi melainkan oleh orang-orang yang benar keimanannya. Kejayaan di peringkat ini tidak akan dapat dicapai kecuali dengan cara memberi ketaatan yang sempurna dan mutlak”.
3. Mengutamakan Kerja dan Hasil Dari Propaganda.
Sebenarnya Harakah Islamiyah mengambil pendirian demikian adalah kerana beberapa perkara yang di antaranya ialah:
a. Ajaran Islam itu sendiri menyebut soal amal ini secara khusus kerana takut (khuatir) kalau-kalau amal berkenaan diresapi oleh sifat riya’ yang akbibatnya membawa kepada kebinasaan kepada amal yang dilakukan.
b. Adalah menjadi tabiat amal Islami, di mana ia tidaklah berlandaskan propaganda yang berlebihan dan tidak pula membangkitkan semangat yang tidak dihiasi dengan amal.
c. Seterusnya Harakah Islamiyah tidak membuang tenaga dan masa kecuali kepada kerja-kerja yang membawa hasil dan pembinaan.
d. Islam juga mewajibkan supaya Harakah Islamiyah dan anggotanya melaksanakan perintah Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
“Mintalah pertolongan dalam melaksanakan hajat-hajat kamu dengan (cara) rahsia”.
4. Siasah Nafas Panjang.
Tanggungjawab yang besar dan berat yang dibebankan ke atas bahu para petugas di medan dakwah membuktikan betapa perjalanan dakwah ini adalah panjang dan jauh, gerak kerjanya terlalu sukar dan jihadnya adalah sengit. Oleh itu mereka yang mengikuti jalan ini wajib mempunyai persediaan untuk menghadapi segala bentuk kekerasan, kesukaran dan pengorbanan. Allah berfirman:
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا ءَامَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
Maksudnya:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
(Surah Al-‘Ankabut 29: Ayat 2-3)
Orang-orang yang menggabungkan diri dengan Harakah Islamiyah mestilah berpegang teguh kepada siasah nafas panjang, supaya dengan cara ini dakwah ke jalan Allah dapat dilakukan dengan pandangan yang jelas dan dengan niat menuntut keredaan Allah s.w.t. Mereka tidak akan mundur di tengah perjalanan dan tidak tergesa-gesa hendak merasai hasil kerja sebelum tiba waktunya. Ini semua tidak akan berlaku kecuali setelah mereka memahami bahawa kerajaan Islam adalah wasilah untuk mencapai matlamat perjuangan. Kalaulah sekiranya mereka berjaya melaksanakan pemerintahan Islam, mereka bersyukur kepada Allah. Jika mereka tidak berjaya, tidak pula berputus asa, tidak kecewa dan tidak akan merasa takut. Dengan usaha kerja tersebut bermakna mereka telah menunaikan amanah dan telah melaksanakan kewajipan dakwah, firman Allah:
وَمَا النَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ
Maksudnya:
“Dan kemenangan itu hanya dari Allah”.
(Surah Al-Anfal 8: ayat 10)
Dan Firman Allah lagi:
وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ
Maksudnya:
“Dan kamu tidak (mampu melakukan) apa yang kamu kehendaki kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah”.
(Surah Al-Insan 76: Ayat 30)
Boleh jadi ada orang berkata: “Bagaimanakah keadaannya dengan parti-parti politik yang bertindak secara kotor dan menjadi talibarut penjajah telah berjaya menubuhkan kerajaan dan mendapat kekuasaan di sana-sini dalam waktu yang begitu singkat dengan cara yang begitu mudah? Untuk menjawab persoalan tersebut kita mengatakan bahawa kedua-dua jalan (jalan perjuangan Islam dan jalan parti-parti politik) itu adalah berbeza kerana Harakah Islamiyah tidak akan sampai kepada matlamatnya kecuali dengan cara yang berbeza dan bersih. Sekiranya anda rela ditunggangi oleh kekuatan seperti ini atau diperalat oleh penjajah atau yang seumpamanya anda akan mencapai tujuan seperti yang mereka sampai. Ingatlah firman Allah:
فَلِذَلِكَ فَادْعُ وَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ
Maksudnya:
“Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka.”
(Surah Al-Syura 42: Ayat 15)
5. Amal: Terus-terang dan Tanzim Rahsia.
Seterusnya beramal untuk Islam tidak sepatutnya dijadikan sebagai suatu rahsia yang dijalankan oleh para pendakwah di belakang tabir, semata-mata kerana takut mereka ditangkap atau menganggap apa ymereka lakukan sebagai satu hikmah atau maslahah. Ini adalah kerana seruan Islam mestilah dilakukan secara lantang dan kalimah kebenaran mestilah diucapkan kerana orang yang berdiam diri dari memperkatakan kebenaran adalah syaitan yang bisu. Rasulullah s.a.w memperingatkan:
“Barangsiapa dari kalangan kamu melihat kemungkaran maka hendaklah ia mengubahnya (mencegahnya) dengan tangan, jika ia tidak mampu maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya, jika ia tidak mampu cegahlah dengan hatinya. Jika demikian itu adalah selemah-lemah iman”.
Oleh yang demikian seorang pendakwah itu mestilah memperkatakan tentang kalimah kebenaran di mana saja ia bekerja dan di mana saja beliau berada, sama ada kebenaran itu disuarakannya melalui perkataan yang mampu beliau ucapkan atau melalui perkataan yang mampu beliau ucapkan atau melalui tulisan yang mampu beliau sebarkan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah:
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ
Maksudnya:
“Serulah (semua manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmat dan pengajaran yang baik”.
(Surah Al-Nahl 16: Ayat 125)
Namun demikian kenyataan di atas tidaklah bermakna Harakah Islamiyah perlu mendedahkan segala perkara seperti taktik (khittah) dan penyusunan (tanzim). Secara mutlak dapatlah dikatakan bahawa pendedahan seperti ini tidaklah membawa apa-apa kebaikan bahkan perbuatan demikian menunjukkan kejahilan tentang Islam itu sendiri dan ini adalah mendedahkan harakah dan anggotanya kepada tipu daya jahat dan penyeksaan oleh musuh-musuh Islam. Kaedah yang mesti menjadi pegangan dalam hal ini ialah “Amal secara terus terang dan kerahsiaan tanzim”. Ini berdasarkan amal yang ditujukan oleh Rasulullah s.a.w di dalam sabdanya:
“Mintalah pertolongan dalam memenuhi hajat kamu (dengan cara) rahsia”.
Sabdanya lagi:
“Peperangan itu adalah tipu daya”.

6. Pengasingan Jiwa Bukan Jasad.
Sejak akhir-akhir ini banyak diperkatakan tentang Uzlah Syu’uriyyah (pengasingan jiwa) yang diutarakan oleh Al-Syahid Sayyid Qutb di mana beliau berkata: “Sesungguhnya menjadi satu kemestian supaya wujud satu barisan hadapan yang berazam mencapai cita-cita ini, terus mara di jalan ini, mara terus dalam menghancurkan jahiliyyah yang bermaharajalela di serata pelusuk bumi, mara terus dalam usaha mengasingkan jiwa dari satu sudut di samping mengadakan hubungan (jasadiyah) dengan jahiliyyah di sudut yang lain.
Pengertian Uzlah yang dimaksudkan oleh Al-Syahid Sayyid Qutb di sini ialah ‘uzlah syu’uriyyah’ (pengasingan jiwa) dari dikotori atau dijangkiti oleh noda-noda masyarakat jahiliyyah, memisahkan jiwa dengan cara merasai ketinggian iman di samping terus mara dalam gerak kerja menghapuskan jahiliyyah dengan mendedahkan kepalsuan, mencabar kebatilan, terus berkorban dan berjihad tanpa takut kepada celaan orang-orang yang suka mencela.
‘Uzlah di sini adalah bermakna perbezaan, yakni perbezaan di antara golongan yang beriman dengan golongan yang kufur, perbezaan dari sudut pemikiran dan pandangan, perbezaan dari sudut akhlak dan tatasusila hidup, perbezaan dari sudut perasaan dan kepekaan. Inilah bentuk ‘uzlah yang diseru oleh Islam dan inilah ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w yang terdapat dalam banyak hadis. Antaranya yang bermaksud:
“Jadilah kamu orang yang kuat daya ciumannya di kalangan manusia”.
Sabda Rasulullah s.a.w lagi, maksudnya:
“Jangan seseorang dari kamu menjadi orang yang tidak punya pendirian dengan berkata: “Aku bersama orang ramai, jika sekiranya mereka berbuat baik aku pun berbuat baik, jika mereka melakukan kejahatan akupun turut melakukan kejahatan…tetapi hendaklah kamu menetapkan pendirian kamu, maka jika sekiranya manusia berbuat baik, maka hendaklah kamu berbuat baik, tetapi jika mereka berbuat jahat maka hendaklah kamu menjauhkan diri dari berbuat jahat terhadap mereka”.
Inilah pengertian ‘uzlah yang dimaksudkan manakala dari sudut gerak kerja, harakah, pergaulan dan dakwah tidak ada ‘uzlah sama sekali dan tidak ada pengasingan diri. Sekiranya berlaku pengasingan diri nescaya terhentilah gerak kerja, harakah, pergaulan dan dakwah. Dan ingatlah para petugas amal Islami hari ini berhadapan dengan berbagai kumpulan dan golongan manusia. Oleh itu mereka tidak harus berpegang kepada satu hukum atau satu cara sahaja dalam pergaulan dengan mereka.

Rintangan Dakwah
Permasalahan yang menghalang seorang da’i di tengah medan dakwah adalah permasalahan yang muncul dari dalam dirinya, padahal orang yang tidak memiliki sesuatu tidak akan dapat memberikan sesuatu tersebut. Seseorang yang tidak memiliki kunci, maka sulit baginya untuk masuk. Manusia yang hatinya terkunci sehingga sulit dimasuki oleh dakwah, bagaikan brankas besar yang sebenarnya dapat dibuka hanya dengan kunci yang kecil. Demikianlah persoalannya, yang sesungguhnya kembali kepada diri sang da’i itu sendiri, yakni berkaitan dengan potensi dirinya secara ruhiah, di samping kecekapannya untuk membuat program, serta ketahanan dalam mewujudkannya.
Jika kita telah faham bahawa syaitan juga membuat program untuk para pengikutnya dengan langkah-langkah yang bertahap (sebagaimana firman Allah, “Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan.” (Al-Baqarah: 168), maka sudah selayaknya seorang da’i juga membuat program dan langkah-langkah dalam mengambil simpati mad’u. Sungguh sangat jauh berbeza antara tujuan syaitan dengan tujuan orang-orang yang beriman. Allah swt. berfirman,
“Dan janganlah kalian berhati lemah dalam mengejar mereka (musuh kalian). Jika kalian menderita kesakitan (kekalahan), maka mereka sesungguhnya juga menderita kesakitan (pula), sebagaimana kalian menderitanya. Sedangkan kalian mengharap dari Allah apa yang tidak mereka harapkan. Allah Maha Mengetahui lagi Maha bijaksana.” (An-Nisa’: 104)
Oleh kerananya, seorang da’i hendaklah memerhatikan celah-celah kebaikan yang ada pada orang lain kemudian memupuknya, sehingga celah-celah keburukan yang ada padanya tersingkir dan ia mahu bangkit berdiri melangkah di jalan Islam. Tugas seorang da’i seperti tugas seorang pengajar dan doktor yang akan memberikan ubat sesuai dengan penyakit yang diderita oleh pesakitnya. Tidak masuk akal kalau semua pesakit diberi ubat yang sama, kerana penyakit mereka tentu berbeza-beza satu sama lain.
Pengajar dan doktor adalah da’i yang paling berjaya, jika mereka bersedia melakukan pekerjaan itu dengan didasari keimanan kepada Allah dan untuk menegakkan agamaNya. Didasari oleh alasan inilah, para misionaris dalam memerangi dunia Islam memusatkan perhatian mereka pada universiti-universiti dan rumah sakit-rumah sakit, serta menyalurkan berbagai bentuk bantuan.
Tugas pengajar adalah menghayati hati dan pola pemikiran siswa, lalu membimbing mereka sedikit demi sedikit, sehingga tujuan yang hendak dicapai dapat terlaksana, sedangkan tugas doktor adalah menghapus penderitaan pesakit dengan kata-kata yang dipenuhi keimanan dan memberikan ubat yang sesuai. Mungkinkah seorang da’i mengajak orang lain untuk kembali kepada ajaran-ajaran Islam tanpa memberikan kasih sayang kepadanya?
Perilaku dan keteladanan seorang da’i yang ikhlas akan mempunyai pengaruh yang lebih besar daripada tulisan dan ceramah. Ibarat remote control yang dapat digunakan untuk memindahkan acara TV dari jarak yang jauh tanpa harus memakai kabel, begitu juga dengan seorang da’i yang ikhlas dan penuh kasih sayang. la tidak akan kesulitan memasukkan apa yang ada dalam hatinya ke dalam hati orang lain. Jika tatapan mata yang dipenuhi oleh rasa iri dan dengki itu dapat memberikan mudharat, maka tatapan mata yang dipenuhi rasa iman dan kasih sayang akan menimbulkan cinta dan keimanan.

Dari sini kita dapat mengetahui betapa berharganya pancaindera yang diberikan oleh Allah swt. kepada manusia. Pancaindera adalah bahagian penting dari tubuh manusia, sedangkan jasad secara keseluruhan adalah sebagai tempat tinggal bagi indra tersebut. Allah swt. berfirman, “Katakanlah, ‘Terangkanlah kepadaku jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan serta menutup hatimu, siapakah tuhan selain Allah yang kuasa mengembalikannya kepadamu?’ Perhatikanlah bagaimana berkali-kali Kami perlihatkan tanda-tanda kebesaran (Kami), kemudian mereka tetap berpaling (juga).” (Al-An’am: 46)
“Katakanlah, ‘Dialah Yang menciptakan kalian dan menjadikan bagi kalian pendengaran, penglihatan, dan hati.'” (Al-Mulk: 23)
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayatayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) lidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Al-A’raf: 179)
Orang yang tidak mengetahui dan mensyukuri nikmat Allah swt. berupa pancaindera adalah orang yang tidak mengetahui sumber kehidupan yang amat besar. Allah swt. berfirman, “Ataukah seperti gelap gulita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya lagi awan; gelap gulita yang tindih-menindih, apabila ia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah, tidaklah dia mempunyai cahaya sedikit pun.” (An-Nur: 40)
Dengan kehilangan pancaindera, manusia akan menjadi suatu makhluk yang tidak hidup dan tidak mati. Ia menjadi makhluk yang tidak berguna. Kalau sudah begitu, maka ia tidak akan dapat memberikan pengaruh kepada orang lain, kerana alat penerima dan pengirim sudah lidak lagi berfungsi, seperti orang yang tidur di atas ranjang emas tetapi ia tidak menyedarinya, kerana pancaindera-nya sedang tidak berfungsi. Manusia yang demikian itu memerlukan orang yang membangunkan dari tidur-nya yang lelap. Allah swt. berfirman,
“Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan itu ia dapat berjalan di tengah-tengah manusia, serupa dengan orang yang keadaanya dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar darinya?” (Al-An’am: 122)
Marilah kita perhatikan gambaran-gambaran berikut, “Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Bagi mereka siksa yang amat berat.” (Al-Baqarah: 7)
“Dan Kami adakan tutup di atas hati mereka dan sumbatan di telinga mereka, agar mereka tidak dapat memahaminya. Apabila kalian menyebut Rabb kalian saja dalam Al-Qur’an, nescaya mereka berpaling ke belakang kerana bencinya.” (Al-Isra’: 46)

Orang yang tidak menggunakan pancainderanya adalah orang yang hidup dalam “dunia yang tidak nyata”, sehingga alam sekitarnya tidak akan melihat dan merasakan keberadaannya, serta tidak akan sedih jika ditinggal pergi. Mereka tidak memahami makna hidup yang sebenarnya, tujuan penciptaan, dan tanggung jawab yang dibebankan. Adapun da’i, ia ibarat qalbu (hati), maka barangsiapa yang tidak memfungsikan hatinya, ia tidak mendapatkan sambutan dari masyarakatnya.
Allah swt. berfirman, “Maka disebabkan rahmat Allah-lah kamu berlaku Iemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu berlaku keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauh dari sekelilingmu.” (Ali Imran: 159)
Hati yang beriman adalah sumber penggerak, sebagaimana firman-Nya, “Tiada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan seizin Allah. Barangsiapa beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.” (At-Taghabun: 11)
Perasaan dan kasih sayang adalah “bahasa” internasional yang dipergunakan oleh da’i dalam menghadapi seluruh penduduk bumi, hingga kepada orang bisu sekalipun. Kerana rahmat Allah-lah Anda berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu berlaku keras lagi kasar, tentulah mereka akan menjauhimu, wahai para da’i. “Bahasa” ini ibarat mata wang yang ditetapkan untuk dipakai oleh setiap negara secara internasional. Dengan “bahasa” inilah, generasi pertama umat ini dapat menaklukkan dunia. Mereka adalah lentera kehidupan. “Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orangorang yang mempunyai akal atau mempergunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya.” (Qaaf: 37)
Oleh kerana ltu, barangsiapa tidak mengingat, merasakan, dan terpengaruh oleh keburukan atau keindahan, ia adalah orang yang tidak mempunyai hati.
Dakwah Fardiyah
Setelah Abu Thalib meninggal dunia, penderitaan Rasulullah saw. semakin berat, sehingga beliau pergi ke Thaif untuk mencari perlmdungan dari suku Tsaqif, dengan harapan agar mereka mahu menerima ajaran Islam. Ketika sampai di Thaif, beliau menjumpai tokoh-tokoh dari suku Tsaqif, yang mereka itu tiga bersaudara: Abdu Yalail bin Amr bin Umair, Mas’ud, dan Hubaib. Beliau mengajak mereka untuk mengikuti ajaran Islam dan menjelaskan maksud kedatangannya. Akan tetapi, mereka tidak mahu menerima kedatangan beliau, bahkan memanggil kaumnya dan menyuruh mereka agar mengusir dan mengolok-olok Rasulullah saw. Akhirnya Rasulullah berlindung di kebun milik Utbah bin Rabi’ah dan Syaibah bin Rabi’ah, yang waktu itu keduanya berada di kebun tersebut dan mengetahui apa yang sedang dialami oleh Rasulullah saw.
Rasulullah duduk di bawah pohon kurma. Sementara itu hati kedua pemilik kebun itu tergerak untuk menolong, lalu menyuruh pembantunya yang biasa dipanggil Adas, “Ambillah setangkai anggur dan letakkan di nampan ini, lalu berikan kepada orang itu.” Adas pun melaksanakan perintah tersebut dan datang ke hadapan Rasulullah seraya berkata, “Silakan dimakan.” Rasul menerima anggur tersebut, lalu memetiknya, setelah itu membaca “bismillahirrahmanirrahim” dan memakannya. Mendengar bacaan itu, Adas terperanjat dan memandang Rasulullah dengan hairan. “Demi Allah, ucapan ini bukanlah ucapan penduduk negeri ini.” Rasulullah berkata, “Wahai Adas, kamu berasal dari mana dan apa agamamu?” Adas menjawab, “Saya beragama Nasrani, saya dari negeri Ninawai.” Rasulullah bertanya, “Apakah dari negerinya Yunus bin Matta, hamba Allah yang shalih itu?” Adas berkata, “Apa yang Anda ketahui tentang Yunus bin Matta?” RasuluUah menjawab, “Dia adalah nabi dan saya juga seorang nabi.” Mendengar jawaban itu, Adas langsung mendapatkan Nabi, menciumi kepala, kedua tangan, dan kedua kaki beliau. Kedua pemilik kebun itu melihat kejadian tersebut, lalu seorang di antara mereka berkata kepada yang satunya, “Pembantu kita sudah diracuni oleh laki-laki itu.”
Tatkala Adas datang menghadap, keduanya berkata, “Celakalah kamu wahai Adas, apa yang menyebabkan kamu menciumi kepala, kedua tangan, dan kedua kaki orang itu?” Adas berkata, “Tuanku, tidak ada yang lebih baik dari ini. Dia telah memberi tahu kepadaku perkara yang hanya diketahui oleh seorang nabi.” Mereka berkata, “Celakalah kamu wahai Adas, jangan sampai omongannya menjadikan kamu berpaling dari agamamu, kerana agamamu lebih baik daripada agamanya.”
Saudaraku,
Kita sudah membaca kisah di atas. Sekarang mari kita petik pelajaran yang ada di dalamnya. Mari kita lihat bagaimana cara Rasulullah memikat hati Adas, lalu membimbingnya perlahan-lahan, hingga mahu mengikrarkan keislamannya. Tatkala Adas datang kepada Rasulullah dengan senampan anggur lalu berkata, “Makanlah,” Rasulullah memulai langkah pertamanya: beliau mengambil anggur itu dan membaca “bismillahirrahmanirrahim”, lalu memakannya. Seandainya Rasulullah tidak mengucapkan “bismillahirrahmanirrahim”, tentu Adas tidak akan berkomentar apa pun.
Di sinilah terlihat pentingnya menonjolkan karakteristik Islam dengan melaksanakan sunnah Rasulullah, yang juga merupakan proklamasi aqidah islamiah di negara-negara non-muslim, kerana dengan begitu kaum muslimin dapat mengenal satu sama lain.
Langkah kedua adalah tatkala Adas memandang beliau dan berkata, “Ucapan ini bukanlah ucapan penduduk negeri ini.” Rasulullah lalu berkata, “Wahai Adas kamu berasal dari negeri mana dan apa agamamu?”
Rasulullah memanggilnya dengan menyebut nama Adas. Panggilan dengan menyebut nama secara langsung itu mempunyai erti yang amat besar untuk mengakrabkan sebuah persahabatan. Kemudian beliau menanyakan tentang negeri dan agamanya. Ini merupakan sebuah rangkaian pembicaraan yang berurutan secara rapi.
Adas menjawab, “Saya beragama Nasrani, dari negeri Ninawai.” Lalu Rasul bertanya, “Apakah kamu dari negerinya Yunus bin Matta, hamba Allah yang shalih itu?” Kita melihat bahawa Rasulullah memberikan gelar kepada Yunus as. Dengan menyebut “hamba yang shalih”. Inilah yang menjadikan hati Adas semakin tersentuh dan tertarik. la juga mengetahui bahawa Rasulullah mengetahui letak negeri Ninawai, sebuah negeri yang terletak di sebelah sungai Furat, Iraq. Ini semua menjadikan Adas semakin tertarik.
Adas bertanya, “Apa yang Anda ketahui tentang Yunus bin Matta?” Rasulullah menjawab, “Dia adalah saudaraku. Dia seorang nabi dan aku juga seorang nabi.” Di sini terdapat sentuhan yang amat lembut. Ungkapan Rasulullah, “saudaraku,” semakin membuat Adas tertarik dan percaya. Banyak kita jumpai orang yang bertanya tentang seseorang kemudian ia jawab, “la adalah saudaraku.” Jawaban itu akan menambah keakraban dan rasa percaya. Dari nada bicara Rasulullah itu terlihat sifat tawadhu’ beliau, iaitu beliau menyebut nama Yunus as. lebih dahulu sebelum menyebut nama beliau sendiri. Di sini terdapat pelajaran yang amat penting dan berharga bagi seorang da’i.
Banyak di antara kita yang tatkala membicarakan seseorang yang mempunyai “kelebihan” mengatakan, “Dia sekolahnya bersamaan dengan saya,” atau “Dia dulu satu fakulti dengan saya.” Padahal yang lebih baik adalah, “Saya dulu bersamanya waktu di sekolah menengah,” atau “Saya dulu satu fakulti dengannya.”
Saudaraku,
Inilah yang terjadi antara Rasulullah dengan Adas. Sebuah kisah yang sederhana dan mudah dicerna. Jadi, bagi da’i yang ingin memetik pelajaran dari kisah ini tidak akan merasa kesulitan.
Saudaraku,
Sekarang marilah kita perhatikan kisah-kisah yang lain. Ada beberapa orang yang ingin menjumpai Rasulullah saw. Salah seorang di antara mereka menceritakan, “Kami berusaha mencari tahu tentang Rasulullah, kerana kami belum pernah mengenal dan melihatnya. Kami bertemu dengan seorang laki-laki, lalu kami bertanya kepadanya tentang Rasulullah. la menjawab, ‘Apakah kalian mengenalnya?’
Kami menjawab, ‘Tidak.’ Ia berkata, ‘Jika kalian masuk ke dalam masjid, maka Muhammad adalah seseorang yang duduk bersama Abbas bin Abdul Muthalib yang tak lain adalah pamannya.’ Kami menjawab, ‘Ya, kami mengenal Abbas, dia sering datang kepada kami untuk berdagang.’ la berkata, ‘Jika kalian masuk masjid, maka Muhammad adalah orang yang duduk bersama Abbas.’ Kemudian kami masuk ke dalam masjid dan kami menjumpai Rasulullah yang sedang duduk bersama Abbas. Kami memberi salam, lalu duduk di dekat mereka. Kemudian Rasulullah bertanya kepada Abbas, ‘Wahai Abu Fadl apakah engkau mengenal dua orang ini?’ Abbas menjawab, ‘Ya. Ia adalah Bara’ bin Ma’rur, seorang pemuka kaum dan ini Ka’ab bin Malik.’ Rasul bertanya, ‘Apakah dia penyair yang terkenal itu?’ Abbas menjawab, ‘Ya.'”
Sungguh, saya tidak pernah melupakan ucapan beliau, “Apakah dia penyair yang terkenal itu?” Demikianlah metode Rasulullah dalam memikat hati mad’unya.
Waktu itu saya sedang berada di pejabat pusat Ikhwanul Muslimin di Kairo. Saya melihat Ustadz Hasan Al-Banna sedang berbicara dengan salah seorang pemuda (saat itu ada banyak pemuda yang hadir di sana). Dalam pembicaraan itu, Ustadz Hasan Al-Banna banyak menyanjung tokoh-tokoh muslim Syria. Lalu pemuda itu bertanya dengan nada kehairanan, “Apakah Ustadz sudah pernah berkunjung ke Syria?” Ustadz menjawab, “Saya sudah berniat untuk mengunjunginya, mudah- mudahan Allah mengabulkannya.”
Akhirnya harapan itu pun terwujud. Pada tahun 1948 M. beliau pergi ke Syria dalam acara penyambutan kedatangan rombongan Ikhwanul Muslimin yang datang dari Mesir untuk bergabung dengan anggota Ikhwanul Muslimin Syria dalam latihan militer di Quthna, sebelum ikut terjun dalam perang melawan Yahudi di Palestina. Kedatangan Ustadz Hasan Al-Banna sendiri disambut gembira oleh massa yang melimpah ruah.
Pada tahun 1948 M. saya masuk dalam anggota pasukan militer yang dikirim untuk berperang di Palestina. Waktu itu saya berkunjung ke pejabat Ikhwanul Muslimin di kota Gaza atas nama Jam’iyah At-Tauhid. Di dalam buku tamu saya menjumpai tulisan Ustadz Hasan Al-Banna yang telah datang ke Palestina bersama batalion pertama untuk mengusir Yahudi tatkala Inggeris menarik pasukannya pada bulan Mei 1948 M. Di antara bunyi tulisan itu adalah: “Hari ini saya berkunjung ke pejabat cabang Ikhwanul Muslimin di kota Gaza Hasyim….” Saya berhenti pada tulisan beliau, “Gaza Hasyim”. Untuk pertama kalinya saya mengetahui bahawa Hasyim, moyang kepada Rasulullah saw., dimakamkan di kota Gaza.
Saya pergi bersama beberapa teman untuk mengunjungi orang sakit di sebuah rumah sakit di Jerman. Ketika kami sedang berjalan, kami berpapasan dengan seorang doktor muda yang kelihatannya berasal dari Jerman. Namun tiba-tiba ia mengucapkan “Assalamu’alaikum” kepada kami. Salah seorang di antara kami mengejarnya dan berkenalan. Doktor itu mengatakan bahawa dirinya seorang muslim. Begitulah, seandainya doktor itu tidak mengucapkan salam, maka kami tidak akan mengetahui bahawa la beragama Islam dan kami pun akan kesulitan mendapatkan orang yang dapat membantu kami.
Tatkala saya berada di Jerman, saya dan seorang teman naik sebuah tren laju. Kami duduk di sebelah seorang tentera Amerika berkulit coklat. Tatkala men-dengar kami berbicara dengan bahasa Arab, la berkata, “Kalian beragama Islam?” Kami menjawab, “Ya, Alhamdulillah, kami adalah orang Islam.” Lalu ia berkata dengan suara agak keras, “Saya juga seorang muslim, nama saya Muhammad.” Kemudian dengan cepat la merogoh tasnya dan mengeluarkan sebungkus rokok, lalu disodorkannya kepada kami. Kami menolak tawaran itu dengan ucapan terima kasih dan meminta maaf. Kemudian ia bangkit dan menjabat tangan kami dengan hangat sekali dan berbicara dengan bahasa Arab secara terbata-bata, “Sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda, ‘Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir, hendaklah ia muliakan tamunya.”‘
Kejadian itu menarik perhatian orang-orang yang ada di sekitar kami. Tatkala sampai di stesen tujuannya, ia berdiri dan menjabat tangan kami sekali lagi lalu turun dengan perasaan amat bahagia. Kami pun telah mencatat alamatnya, sehingga kami akan dapat berkirim surat kepadanya. Begitulah, seandainya kami tidak berbicara dengan bahasa Arab, nescaya ia tidak akan peduli dan kami akan kehilangan seorang teman.
Marilah kita melihat bagaimana orang-orang Perancis mengetahui masuk Islamnya ilmuwan besar berkebangsaan Perancis, Jake Koesto, seorang ilmuwan yang ahli di bidang kedalaman laut. Tatkala ia berpergian bersama teman-temannya, ia disuguhi minuman keras tetapi ia menolak. Teman-temannya bertanya, “Apakah kamu sudah masuk Islam?” Ia menjawab, “Ya.” Ternyata ia sudah merahsiakan keislamannya selama bertahun-tahun. Begitulah, akhlak dan perilaku yang islami adalah dakwah.
Penampilan Seorang Da’i
Cara bertutur kata dan penampilan seorang da’i akan menarik perhatian orang yang mendengar dan melihat-nya, karena pada dasarnya jiwa manusia cenderung dan tertarik dengan penampilan yang indah dan baik. Dari sini kita bisa melihat bahwa yang dipilih sebagai personil-personil pemasaran hasil produksi adalah orang-orang yang berpenampilan menarik, di sampmg kualitas produk yang terbaik. Pada hakikatnya, dakwah adalah menawarkan sebuah risalah dan landasan pola berpikir yang tercermin dalam akhlak, kepnbadian, dan penampilan. Imam Hasan Al-Banna pernah ditanya, “Kenapa Anda tidak menyusun buku?” Beliau menjawab, “Tugas saya bukanlah untuk menyusun buku, karena buku biasa-nya akan diletakkan di perpustakaan dan sedikit sekali orang yang mau membacanya.
Lain halnya dengan seorang muslim, ia adalah ‘buku yang senantiasa terbuka’ ke mana pun ia berjalan, itu adalah dakwah.” Betapa banyak da’i yang tidak pandai berbicara dan berkhutbah, tetapi dengan rahmat Allah banyak mad’u yang berdiri di sampingnya. Ini disebabkan oleh getaran jiwa, pantulan wajah, kelembutan perasaan, penampilan yang simpatik, ditambah lagi dengan keimanan yang mendalam (al-iman al-amiq), serta pemahaman yang rinci dan syamil (al-fahmu addaqiq) yang dimiliki oleh seorang da’i. Ini bukanlah merupakan hal yang baru, karena ia sudah ada sejak masa-masa awal perjalanan dakwah islamiah. Kita bisa menyaksikan sahabat Dahyah Al-Kalbi ra., delegasi Rasulullah saw. yang diutus menemui Heraklius, penguasa Rumawi. Dahyah ra. termasuk dalam deretan sahabat yang terkemuka. Ia mempunyai postur tubuh yang baik dan wajah yang tampan. Suatu saat —tatkala menyampaikan wahyu—Jibril as. pernah turun dengan menyerupai Dahyah ra. la bukan terma-suk ahli Badr. Peperangan yang pertama kali ia ikuti adalah perang Khandaq. Ia juga ikut serta dalam perang Yarmuk sebagai pemimpm pasukan bagian. Mush’ab bin Umair ra. juga berwajah tampan dan berpenampilan simpatik. Ibnu Sa’ad menceritakan dalam Tbabaqat-nya., “Ibunda Mush’ab adalah wanita yang kaya raya. Ia mem-berikan sebaik-baik pakaian dan sebaik-baik wewangian untuk Mush’ab. Sandalnya buatan Hadhramaut. Rasulullah pernah bersabda,’ Aku tidak pernah mehhat di kota Makkah ini orang yang lebih indah rambutnya, lebih halus pakaiannya, dan lebih banyak kenikmatan-nya, daripada Mush’ab bin Umair ra.'”
Ja’far bin Abu Thalib ra. yang meraih syahadah (kesyahidan) di perang Mu’tah juga berwajah tampan dan berpenampilan menank. Beliau termasuk delegasi yang diutus oleh Rasulullah saw. kepada para raja dan penguasa. Dari Abu Hurairah ra., ia berkata bahwa ada seorang laki-laki tampan yang datang kepada Rasulullah saw., ‘alu berkata, “Ya Rasulullah, sesungguhnya saya adalah Drang yang suka keindahan dan saya telah diberi oleh Mlah keindahan itu, seperti yang engkau saksikan, sampai-sampai saya tidak suka jika ada orang yang melebihi saya meskipun hanya berupa sandal jepit. Apakah ini termasuk sifat sombong?”
Rasulullah menjawab, “Tidak, sesunggubnya yang dimaksud dengan sifat ombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan nang lain.” (HR. Abu Daud
Bukanlah Engkau yang Menunjuki Mereka
Kesan pertama yang ditinggalkan seorang da’i di hati mad’u (objek dakwah)nya adalah harapan akan masa depan. Kelapangan dada dan terbukanya hati mad’u sangat tergantung pada besarnya pengaruh pertemuan pertama antara sang da’i dengan mad’unya. Oleh kerana itu, seorang da’i harus terwarnai oleh ruh dakwah, baik secara kejiwaan mahupun perilaku.
Seorang da’i harus benar-benar berorientasi kepada Allah dalam setiap langkahnya, agar dibukakan oleh Allah hatinya dan hati orang yang menjadi sasaran dakwahnya. Bila tujuannya tidak tercapai dan tidak mampu menembus hati manusia lewat cara ini kerana setiap orang punya kondisi berbeda yang tidak diketahui ke-cuali oleh Allah maka ia harus ingat firman Allah swt. “Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka menda-patpetunjuk, akan tetapi Allahlah yang memberipetunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya.” (Al- Baqarah: 272)
Dalam hal ini saya jadi teringat sebuah kisah yang pernah saya alami. Saya memiliki seorang sahabat yang sangat saya cintai, namun suatu saat muncul pemikiran yang berbahaya dari dirinya. Saya berusaha mengingatkan dengan memberi beberapa buku literatur, dengan harapan Allah berkenan membuka hatinya hmgga memiliki satu pandangan dan tetap saling mencintai. Tetapi upaya ini tidak berhasil. Ketika saya sedih atas kejadian ini, saya terhibur ketika mencuba menghayati firman Allah, “Sesungguhnya engkau tidak akan dapat memberi hidayah kepada orang yang kamu cintai, akan tetapi Allah-lab yang memberi hidayah kepada siapa yang dikehendaki- Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.” (Al-Qashash: 56)
Saya lama-lama merenungkan kata “man ahbabtd” (orang yang kamu cintai), hingga akhirnya menyadarkan saya bahawa cinta yang dalam bukan penyebab datangnya hidayah, akan tetapi Allah lah yang memberi hidayah kepada siapa yang dikehendakiNya.
Seorang da’i yang mengalami kegagalan dalam mencapai tujuan seperti yang saya sebut di atas, saya kira tidak akan kembali lagi kepada orang yang sama. Akan tetapi, ia akan mempelajarinya untuk beberapa waktu. Dia akan mengevaluasi kembali hal tersebut bersama teman yang lain, setelah membekali diri dengan berbagai pengetahuan tentang karakter, situasi, dan lingkungan. Boleh jadi, sebahagian waktu lebih menguntungkan dari sebahagian waktu yang lain; atau sebahagian kondisi lebih menguntungkan daripada sebahagian kondisi yang lain. Banyak orang yang memiliki kondisi pribadi tertentu yang membuatnya tidak mudah terbuka, tetapi setelah beberapa waktu berselang, kondisinya berubah dan Allah memudahkan urusan serta membukakan hatinya.
Maka, kita sebagai seorang da’i tidak boleh bersikap tergesa-gesa ketika hendak memutuskan hubungan dengan seseorang, apalagi terhadap seorang mad’u. Kita wajib memahaminya sehingga tidak terjebak pada sikap putus asa dan mudah memutuskan hubungan.
Satu hal lagi yang ingin saya ingatkan kepada para da’i adalah “penampilan seorang da’i harus berseri-seri dan ceria dalam segala situasi dan kondisi”. Maka seorang da’i tidak boleh bermuka masam dan cemberut sewaktu menghadapi seseorang, tetapi berwajah ceria ketika menghadapi yang lain. Bahkan seharusnya ia selalu berlapang dada dan ceria. “Carilah kebaikan di saat wajah sedang ceria”, demikian kata pepatah. Sesungguh-nya dalam hati setiap orang tersimpan potensi besar bagi dakwah, kerana hati seseorang secara fitrah senang kepada semua yang menyambut dan melayaninya dengan baik. Allah berfirman, “Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling. Kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kalian barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?” (‘Abasa: 1-
Tidak Mengetahui Dakwah
Ketidaktahuan segolongan manusia terhadap dakwah bukan bererti Islam tidak ada di tengah-tengah umat manusia tersebut. Oleh kerana itu, para da’i —menang-gapi masalah ketidaktahuan segolongan manusia terhadap dakwah— hendaknya dapat memaklumi. Dalam hal ini, Rasulullah saw. pernah berdoa, “Ya Allah, tunjukilah kaumku! Sesungguhnya mereka itu tidak mengetahui!”
Bila seorang da’i memahami hal ini, ia akan bersikap lembut, senantiasa berwasiat tentang kebenaran dan kesabaran, serta memiliki “nafas panjang”. Seorang da’i harus memahami situasi dan kondisi seseorang, sebelum ia mendapat taufiq dan hidayah Allah menuju keimanan. “Begitu jugalah keadaan kalian dahulu, lalu Allah meng-anugerahkan nikmat-Nya atas kalian, maka telitilah.” (An-Nisa’: 94)
Hidayah dan taufiq itu merupakan anugerah Allah. Allah berfirman, “Mereka merasa telah memberi nikmat kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah, ‘Janganlah kalian merasa telah memberi nikmat kepadaku dengan keislaman kalian, sebenarnya Allah Dialah yang melimpahkan nikmat kepada kalian dengan menunjuki kalian kepada keimanan, jika kalian adalah orang-orang yang benar.'” (Al- Hujurat: 17)
Ketika Anda berusaha mengubah seseorang dan pemikiran lama menuju pemikiran baru, Anda harus menyadari bahawa pemikiran itu benar-benar baru baginya. Ertinya, ia belum mengenalnya. Seseorang yang belum mengenal sesuatu, akan menolaknya. Betapa banyak kalangan sahabat, —ketika mereka belum masuk Islam— memusuhi Rasulullah saw. tetapi ketika mereka mendapat hidayah Allah, mereka menjadi pendukungnya, bahkan berjuang dan berperang bersama beliau.
Oleh sebab itu, bila seorang da’i memahami bahawa sesungguhnya dirinya adalah pelaku ishlah (perbaikan), —seorang doktor dan seorang guru— maka pastilah ia akan mengubah metode dakwah terhadap orang-orang awam. Dengannya, dakwah akan masuk ke dalam relung hati dan akal yang paling dalam hingga mampu mengubah hati (perasaan) dan pikiran itu secara total.
Ustaz Hasan Al-Banna pernah menyatakan, “Jika di hadapanmu ada sejumput gula pasir dan sejumput garam, bagaimana Anda dapat membedakannya? Saya akan mengatakan, ‘Saya harus mencicipi keduanya, kare-na dengan mencicipinya kita dapat membedakannya.'”
Agar manusia mengetahui dakwah, mereka harus merasakan pahit-manisnya dan daya tariknya. Tanpa merasakan ltu terlebih dahulu, mereka patut dimaklumi atau dimaafkan, sampai kita telah mendatangi dan menawarkannya kepada mereka.
Barangsiapa mencicipi kenikmatan ishlah Ia pasti mengetahuinya
Barangsiapa mengetahuinya ia akan bangkit Menyerahkan nyawa sebagai tebusan
Berapa banyak kaum muslimin yang tak mengenal dakwah, bahkan membenci para da’i dan memerangi Islam dengan berbagai macam metode yang tak pernah terlintas di benak setan sekahpun. (Ungkapan Hasan Al-Banna dalam Majmu’ah Rosail)
Saat ini, semua kebohongan dan rekayasa itu tercer-min di berbagai mass media seluruh penjuru dunia. Para da’i dilarang secara hukum untuk berbicara di tengah hiruk-pikuk yang bergaung. Namun walaupun dike-pung konspirasi dunia yang zhalim untuk menghancur-kan Islam dan pemeluknya, alhamdulillah kita masih memiliki kekuatan iman yang melingkupi segala segi, dan tentunya tetap optimis terhadap pertolongan Allah.
“(Yaitu) orang-orang (yang menaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orangorang yang mengatakan, ‘Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kalian, kerana itu takutlah kepada mereka’. Makaperkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab, ‘Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.'” (Ali-Imran: 173)
Di antara kata-kata pernyataan As-Syahid Hasan Al-Banna, “Kita akan menang dengan cara yang sangat sederhana. Sekali pun dunia akan menyaksikan apa yang belum disaksikan sebelumnya.” Pernyaatan ini ber-peran penting dalam membangkitkan semangat, kekuatan, dan kehidupan. Kami pun terguncang. Bagaimana kita dapat menang dengan cara yang paling sederhana, padahal kita bahkan tidak memilikinya?
Bagaimana mungkin Uni Sovyet dapat runtuh, padahal memiliki ratusan senjata nuklir? Itulah! Senjata-senjata itu tidak dapat berbuat apa-apa! Bukankah ini sebuah realiti yang terang dan jelas. Kemenangan itu hanya dari Allah, akan diarahkan menurut kehendak-Nya. Tidak ada urusan bagi-Nya kecuali bagaikan sekejap mata atau mendekatinya. Bila Allah mengatakan kepada sesuatu, “Jadilah kamu!” niscaya akan terjadi. Allah berfirman, “(Al-Qur’an) ini adalahpenjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberiperingatan dengannya, dan supaya mereka mengetahui bahawasanya Dia adalah Tuhan YangMaha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambilpelajaran!” (Ibrahim: 52)
Sesungguhnya, misi seorang da’i di tengah kegelapan adalah menyalakan lilin, menuntun si buta, memperde-ngarkan yang tuli, mengemban beban, memberi makan yang lapar, tawadhu’, dan kasih sayang kepada sesama muslim.
Pengunjung Masjid
Ikhwan yang sering berkumpul di masjid terkadang kurang memperhatikan orang-orang yang datang untuk melaksanakan shalat. Mereka mengira bahwa hal ini menyalahi kebiasaan kampung setempat, maka mereka pun tidak menyambut hangat kehadiran orang-orang itu dan tidak pula mengucapkan salam kepada mereka. Boleh jadi tidak mengucapkan salam merupakan tradisi penduduk kampung, kerana jumlah mereka sedikit dan sudah saling mengenal. Namun di kota-kota besar jumlah orang yang melakukan shalat amat banyak. Dengan sikap seperti ini para pemuda telah menyia-nyiakan kesempatan untuk berkenalan, khususnya di masjid. Bukankah kita telah belajar agar memberi salam kepada siapa pun, baik yang kita kenal maupun tidak.
Para imam masjid dan orang-orang yang mengurus masjid, terutama para aktivis dakwah, hendaknya gemar berkenalan dan menarik simpati, khususnya ketika di masjid. Shalat berjamaah di masjid mendapatkan pahala dua puluh tujuh kali lipat dibandmg shalat sendirian. Demikian itu agar di antara kaum muslimin terjalin saling mengenal.
Sebagian pemuda, ketika mendapat nikmat hidayah dari Allah lalu pergi ke masjid untuk pertama kalinya, merasa terasing. Perasaan itu semakin bertambah bila sebagian jamaah menatapnya dengan dingm dan masa bodoh. Seharusnya mereka menyambutnya dengan perasaan senang, mesra, dan bersen-sen, hingga ia segera menyatu dengan mereka dengan penuh ketulusan hati.
Beberapa tahun yang lalu, pernah seorang pengurus masjid mengusir anakanak ketika memasuki masjid. Ia menyangka bahwa anak-anak itu hanya akan mengganggu orang yang sedang melakukan shalat dengan kegaduhan dan teriakan-teriakan suaranya. Orang yang mengusir anak-anak dari masjid itu lupa bahwa masjid adalah satu-satunya tempat untuk mencetak generasi harapan masa depan dengan aqidah yang benar, ibadah yang lurus, akhlak yang mulia, kejantanan, dan kebera-nian. Seharusnya mereka menyambut anak-anak itu dan mengarahkannya dengan baik. Boleh jadi Allah swt. menjadikan sebagian dari mereka kekayaan bagi Islam. “Sesungguhnya bila Allah memberi hidayab kepada seseorang karena Anda maka itu lebih baik bagi Anda daripada unta merah.” Salah seorang akh berkata kepadaku, “Ketika saya masih belajar di sekolah dasar dulu, saya sempat mengira bahwa orang yang masuk masjid harus membeli tiket terlebih dahulu.”
Tugas Kita
Dalam memberikan arahan (taujih) tentang tugas dakwah, Imam Syahid Hasan Al-Banna memberikan perumpamaan dengan perkataannya, “Di setiap kota terdapat pusat pembangkit tenaga elektrik. Para pegawai memasang instalasinya di seluruh penjuru kota, memasang tiang dan kabel, setelah itu aliran elektrik masuk ke fabrik-fabrik, rumah-rumah, dan tempat-tempat lain. Jika aliran elektrik tersebut kita matikan dari pusat pembangkitnya, nescaya seluruh penjuru kota akan gelap gelita. Padahal saat itu tenaga elektrik ada dan tersimpan di pusat pembangkit elektrik, hanya saja tenaga elektrik yang ada itu tidak dimanfaatkan.”
Demikianlah, Allah swt. telah menurunkan Al Qur’an Al-Karim kepada kita, dan dialah sebesar-besar energi dalam kehidupan ini. Allah swt. berfirman, lSesunggubnya telah datang kepada kalian cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan mereka dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.” (Al-Maidah: 15-16)
Begitu pula dengan Al-Qur’an Al-Karim, ia adalah pusat pembangkit “tenaga” bagi kaum muslimin, tetapi sumber kekuatan itu kini dicampakkan oleh kaum muslimin sendiri, sehingga hati mereka menjadi gelap dan tatanan kehidupan pun menjadi rosak.
Tugas kita sebagai da’i adalah seperti tugas para pegawai elektrik, mengalirkan kekuatan ini dan sumbernya ke setiap hati orang-orang muslim agar senantiasa bersinar dan menerangi sekelilingnya. Allah swt. berfirman, “Dan apakah orang yang sudah mati, kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu ia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan keadaan orang yang berada dalam gelap gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar darinya?” (Al-An’am: 122)
Tatkala Anda ingin memikat hati mad’u, Anda harus ingat bahawa Anda adalah seorang da’i, bukan seorang ulama atau fuqaha. Tatkala Anda berdakwah, Anda harus ingat bahawa Anda sedang memberikan hadiah kepada orang lain, maka Anda harus mempertimbangkan hadiah apa yang sekiranya patut diberikan dan bagaimana cara memberikannya.
Sikap Islam dan Para Da’i terhadap Fenomena Budaya Moden
Islam adalah agama abadi, sementara kehidupan tidak terikat dengan satu bentuk dan cenderung membosan-kan serta membuat manusia mencari kompensasinya. Kehidupan bukanlah suatu kejumudan (kebekuan), akan tetapi suatu pembaharuan ruhiah dan perasaan.
Aktiviti dakwah kepada seluruh kalangan manusia, —dengan berbagai latar belakang agama dan keperca-yaan, warna kulit, maupun tanah airnya— mengandung kennduan yang suci dan kreativitas seni yang halus guna membangun peradaban dan menghibur masyarakat tanpa berlebihan (secara seimbang).
Dakwah kita telah membuka dan menerima pema-haman-pemahaman berharga seperti ini, sebagaimana tertuang dalam rasail Hasan Al-Banna, “Ikhwanul Muslimin memanfaatkan semua cara mass media modern, seperti media cetak, radio, dan teater/drama.” Tahun 1947 Ikhwan pernah menampilkan drama yang disiarkan langsung lewat beberapa radio, karya Ustaz Abdurrahman Al-Banna. Bahkan Imam Hasan Al-Banna hadir menyaksikannya.
Syaikh Muhammad Al-Ghazali mengatakan, “Pada dasarnya segala sesuatu itu boleh (tidak haram) kecuah ada dalil yang pasti.” Tetapi kenyataannya masih ada sekelompok orang yang berpikiran sempit, mereka sangat menyukai yang haram. Manhaj mereka dalam menghukumi sesuatu bertentangan dengan manhaj Nabi Muhammad saw. Kerana, Nabi saw. apabila ditawan dua perkara, pasti akan memilih yang lebih mudah selagi bukan dosa. Beliau bersabda dalam hal ini, “Kalian jangan mempersulit diri kerana kalian akan dipersulit. Sungguh suatu kaumyang mempersulit diri, telah dipersulit. Itulah sisa-sisa mereka yang berada di biara-biara dan gerejagereja, mereka menciptakan rahbaniyah (kerahiban), mereka tidak beristri, tidak bersuami, dan mengurung diri dalam biara, padahal kami tidak mewajibkannya kepada mereka!”
Telah beredar peradaban modern seperti radio, television, dan berbagai media budaya dan hiburan secara merata. Media-media ini tidak akan dimintai pertanggungjawaban dari apa yang disiarkan. Tetapi yang bertanggungjawab adalah para sutradara, penyanyi, dan produsernya, kerana merekalah yang menyuguhkan tayangan yang tidak ada manfaatnya, bahkan berbahaya itu. Syaikh Muhammad Al-Ghazali telah menegaskan bahawa beliau tidak memerangi nyanyian, musik, dan hiburan, tetapi yang menyakitkan beliau adalah kenya-taan bahawa umat hanya ingin sedikit kerj a tetapi banyak bernyanyi. Lebih lanjut beliau mengatakan, “Nyanyian adalah sebuah ungkapan, yang baik adalah baik, yang buruk adalah buruk.
Siapa saja yang bernyanyi dan mendengarkan nyanyian yang bermakna positif dan bernada indah, maka tidak berdosa. Kami hanya mela-rang nyanyian dengan syair yang berselera rendah dan jorok. Kerana tidak ada satu pun hadith shahih yang melarang nyanyian.”
Memang ada sebahagian ulama yang berhujah pada firman Allah, “Dan diantara manusia (ada) orangyang memperguna-kanperkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) darijalan Allah tanpapengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokkan. Mereka itu akan memperoleh adzabyang menghinakan. Dan apabila dibacakan kepada-nya ayat-ayatKami, dia berpaling dengan menyombongkan diri seolah-olah dia belum mendengarnya, seakan-akan ada sumbat di kedua telinganya; maka beri kabar gembiralah dia dengan adzab yangpedih.” (Luqman: 6-7)
Pendapat ulama tersebut ditentang oleh Syaikh Al-Ghazali, dengan berpendapat bahawa siapa saja yang mempergunakan perkataan baik, yang berguna atau tidak untuk kepentingan seperti tersebut dalam ayat tadi (untuk menyesatkan) jelas pantas mendapat adzab. Bagi sebahagian orang yang ingin melemaskan urat-uratnya yang tegang kerana letih dengan mendengarkan suara merdu dan nada indah, tidak ada kaitannya dengan ayat tersebut. Lebih jauh Syaikh Al-Ghazali mengata-kan, “Bila nyayian dibarengi dengan hal-hal haram, maka itu yang dilarang. Tetapi bila tidak, maka tidak masalah. Musik dan nyanyian itu sama, kerana Rasul pernah men-dengar suara rebana dan seruling tanpa merasa tabu. Memang benar bahawa lagu berbeda-beda pengaruhnya terhadap jiwa. Oleh kerananya, yang perlu ditentang adalah suara kebanci-bancian dan syair-syair yang vulgar dan cair (jorok)!”
Terakhir Syaikh Muhammad Al-Ghazali menegas-kan bahawa umat Islam sangat memperlukan banyak keseriusan dan sedikit hiburan, seraya berkata, “Bila kita dianugerahi menjadi seniman yang memiliki kehormat-an dan kemampuan, maka dapat mengubah seni menjadi faktor pembina bukan perusak, serta pembangkit perasaan mulia bukan selera rendah!”
Pada saat ini, saat muncul gerakan perlawanan Pales-tina, “Organisasi Islam HAMAS” menentang pendu-dukan Yahudi, banyak bermunculan nasyid-nasyid islami yang patriotik. Di antara nasyid yang terkenal adalah nasyid “Abu Ratib” dan “Abu Mazin”. Ini berada bersama puluhan nasyid yang beredar di Mesir dan Yordan. Sampai sekarang nasyid-nasyid islami tersebut memiliki pengaruh yang dalam di hati pemuda muslim di mana saja. Kerana suara dan nada yang indah akan bergema di hati seluruh kaum muslimin.
Perdebatan
Sarana untuk mengajak manusia kepada Allah sangat banyak dan beragam. Yang paling umum digu-nakan adalah komunikasi verbal, untuk menyampaikan pesan kepada akal, perasaan, dan hati, baik dengan ungkapan maupun tulisan. Suatu pembicaraan sering berlanjut dengan diskusi dan perdebatan, padahal tidak semua da’I menguasai berbagai persoalan agama, baik penafsiran maupun aplikasinya. Perdebatan sering men-jadi demikian seru dan memanas, masing-masing pihak ingin memenangkan pendapatnya atas pendapat pihak lain. Kondisi seperti ini mengharuskan adanya pihak yang kalah dan pihak yang menang {win-loss solution).
“…Dan diatas tiap-tiap orangyang berpengetahuan itu ada lagi YangMaha Mengetahui.” (Yusuf: 76)
kebenaran hakiki ada pada ayat-ayat Qur’an yang qath’iy, keteladanan yang diperagakan dalam perjalanan hidup Rasulullah saw., dan realita hidup orang-orang yang berpegang teguh pada keduanya, yang tidak dapat dibantah oleh siapa pun yang berakal.
Pada dasarnya, penyampaian nilai-nilai dakwah tidak memberi peluang bagi munculnya debat kusir, kerana debat semacam ini tidak membuahkan suatu kebaikan sedikit pun. Al-Qur’an mengisyaratkan hal tersebut pada ayat berikut, “Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam Al-Qur’an ini bermacam-macamperumpa-maan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah” (Al-Kahfi: 54)
“Mereka berkata, cHai Nub, sesungguhnya kamu telah berbantahan dengan kami, dan kamu telah memperpanjang bantahanmu terhadap kami, maka datangkanlah kepada kami adzabyang kamu ancamkan kepada kami,jika kamu termasuk orangorang yang benar.” (Huud: 32)
“Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang yang telah mati dapat mendengar dan (tidak pula) menjadikan orang-orang tuli dapat mendengar panggilan, apabila mereka telah berpaling membelakang. Dan kamu sekali-kali tidak dapat memimpin (mema-lingkan) orang-orang buta dari kesesatan mereka. Kamu tidak dapat menjadikan (seorangpun) mendengar, kecuali orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami, lalu mereka berserah diri.” (An- Naml: 80-81)
Berdebat dengan orang-orang seperti ini tidak ada manfaatnya, ia hanya akan menemui jalan buntu. Kerana itulah Allah swt. menyuruh Rasul saw. agar berdak-wah dengan hikmah (bijaksana) dan memberi mauizhah hasanah (pelajaran yang baik), juga mewajibkan pada orang-orang yang beriman agar mendebat orang lain dengan cara yang lebih baik. Hal ini sesuai dengan kesu-cian dan kebenaran yang terkandung dalam dakwah itu, yang dikukuhkan dengan tanggung jawab seorang muslim terhadap keyakinannya.
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang (lebih) baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya, dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orangyang mendapat petunjuk.” (An-Nahl: 125)
Sebagian pemuda cenderung menyukai perdebatan dan berlarut-larut dalam diskusi, hanya kerana ingm dikagumi dan ingin mengalahkan pihak lam, atau kerana sesuatuyang lain. Menghadapi orang seperti ini, seorang da’i harus dapat menyimpulkan pembicaraan bila telah tampak jelas mana “benang putih” dan mana pula “benang hitam”nya. Sebab, perdebatan yang tidak menghasilkan kesepakatan dan tanpa kata akhir justeru dapat menumbuhkan kebencian dalam jiwa, mengotori dan menutupinya, serta merusak rasa cinta kasih. Selain itu ia hanya akan menguras potensi tanpa faedah, bahkan tidak menyumbangkan kebaikan apa pun bagi dakwah itu sendiri. Perlu dipahami juga bahwa sasaran dakwah tidak hanya pada akal, sebab di tengah umat ini terdapat jutaan orang beriman yang awam namun mudah tersentuh hatinya. Kerana itu, melayani orang yang suka berdebat tanpa batas adalah kesia-siaan belaka dan membuang-buang waktu, padahal waktu adalah kehidupan itu sendiri.
Harus disadari juga bahwa kita tidak berada pada suatu masa yang akal pikiran dianggap segala-galanya hingga menuntut curahan perhatian pada perdebatan dan diskusi sengit yang tak banyak berarti. Lain halnya bila Anda bertemu seseorang lalu terjadi perdebatan panjang dengannya, namun Anda menemu-kan dengan jelas “benang putih” dan “benang hitam-nya” sejelas sinar matahari di siang bolong, sedangkan ia masih antusias untuk terus melakukan perbmcangan. Dalam kondisi seperti ini, biarkanlah ia, sembari menjaga etika debat yang baik. Jangan sampai ia lari kerana sikapmu, sehingga membuat orang-orang yang berpengetahuan sepertinya juga lari darimu. Insya Allah, etika baik, kesabaran, dan ketelatenanmu akan memperbanyak pendukung untuk membantumu dalam mengha-dapinya, lalu kebenaran dan keadilan yang engkau ingin-kan pun dapat tercapai, meskipun tentu memperlukan waktu. Nanti, ia akan datang kepadamu dengan ketulusan hati dan kelapangan dada.
Imam Hasan Al-Banna menyatakan dalam salah satu dari sepuluh wasiatnya: “Jangan memperbanyak debat dalam soal apa pun dan bagaimana pun, sebab perdebatan tidak membuahkan kebaikan.”
Dakwah adalah Terminal
Sikap tergesa-gesa dan keinginan mewujudkan harapan serta cita-cita dengan secepatnya adalah tabiat dasar manusia (namun tentu tidak dalam segala hal). “Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa,” (Al-Anbiya: 37)
Ada beberapa perkara yang memerlukan penanganan perlahan. Ibarat pohon, ia perlu tumbuh dan berkembang hingga kukuh batangnya dan memberikan buahnya. Namun ada pula beberapa masalah yang memerlukan sikap dan penanganan cepat, kerana kehadirannya mungkin hanya sekali itu dan tidak pernah kembali.
Menyampaikan dakwah kepada umat manusia adalah misi yang amat berharga. Seharusnya kita menyuguhkannya dengan bentuk yang terhormat dan cara yang bijak. Dakwah di tengah masyarakat ini belum dikenal oleh banyak anggota masyarakat. Itu lantaran keawaman mereka tentang hakikat Islam dan ketinggian nilai ajarannya, juga kerana kabut yang menyelimuti hati generasi mudanya lantaran berbagai doktrin yang menyesatkan.
Kerana itulah seorang da’i memerlukan kesabaran sekaligus kecerdikan. Dakwah tidak seperti air yang dapat diminum sekali teguk. Namun ia merupakan terapi yang harus disuguhkan dengan ilmu, seni, dan waktu. Sebagaimana kata-kata bijak: “Waktu adalah bahagian dari solusi”. Selain itu, waktu juga merupakan bahagian dari tahapan dalam penanaman nilai, pembangunan pilar-pilar dakwah hingga tegak pangkalnya, dan pengukuhan dasar-dasar pemahaman. Bila pemaharnan terhadap nilai dibaringi dengan penguasaan atas realiti, gerak langsung, serta berbagai ilustrasi dan peristiwa yang terjadi —seperti kata hikmah mengatakan bahawa at-tafsir bit tamsil (interpretasi dengan ilustrasi, edt.)— maka dakwah akan mempunyai pengaruh yang dalam, lebih mudah diyakini, dan lebih produktif dalam proses tarbiyah dan takwiniyah.
Sebab itulah, tergesa-gesa dalam memahamkan seseorang akan hakikat dakwah tanpa disertai dengan kaedah-kaedah alamiah —yakni bertahap dan pelan-pelan— akan mencemari produk pemikiran dan praktik pembinaan. Makanya, ketika seseorang ingin sekali merekrut orang baru agar bergabung di medan dakwah, hendaklah berhenti sejenak sebelum terjun ke medan usaha, untuk merancang pola dan sarana yang tepat dan bermanfaat yang dapat membuahkan hasil sehingga dapat menghantarkan pada tujuan. Ketergesaan seringkali dapat menutup pintu hati dan menyumbat jendela perasaan. Memang, angin kencang dapat menutup pintu kamar dengan keras dan cepat, sedangkan gerak yang pelan-pelan, bijak, dan panjang nafas dapat membantu untuk membangun ikatan-ikatan yang saling menguatkan dalam rangka menuju target yang diharapkan.
Tahap pertama adalah perkenalan dan ikatan perasaan, sehingga terbangun kepercayaan yang merupakan senjata seorang da’i untuk memperolehi ketsiqahan dan loyaliti. Hari-hari pun berlalu bersama berbagai peristiwa alami, bukan engkau yang mereka-reka. Sekali waktu ia menghilang beberapa saat, bila demikian engkau tentu perlu menanyakannya. Di saat lain ia berhasil dalam menempuh ujian studinya, engkau perlu memberinya ucapan selamat. Suatu waktu ia sakit, engkau harus menjenguknya dengan memberi doa-doa yang diajarkan oleh Rasul saw. dan jangan terlalu panjang. Bersamaan dengan itu berilah sekadar hadiah, kerana Rasulullah saw. bersabda, “Saling memberi hadiahlah agar kalian saling mencintai.” Apabila suatu ketika ia berpergian dalam waktu tertentu, sambutlah kedatangannya; apabila terjadi masalah dalam keluarganya, jadilah pendampingnya. Apabila ia pergi umrah, engkau pun harus menghantar dan menjemputnya. Demikianlah, kehidupan penuh dengan dinamika peristiwa dan itu merupakan kesempatan. Engkau harus mengikutinya dengan cermat dan penuh perhatian sehingga tidak luput dan terlewatkan sekali pun.
Inilah “terminal-terminal” kehidupan yang tak seorang pun luput darinya, baik di kala senang mahupun susah. Inilah terminal-terminal alamiah, tidak dibuat-buat. Peristiwa yang direka-reka tidak pernah menjadi yang sesungguhnya dan tidak pula dapat mewujudkan impian. Biarlah berbagai peristiwa itu terjadi, dan la hadir sebagai bahagian dari senario takdir Allah swt. Kerana itulah engkau hendaknya bersegera untuk menunaikan kewajiban yang disyariatkan untuk memperteguh ikatan, tanpa berlebihan dan tanpa dibuat-buat.
Da’i yang mampu menempuh langkah yang bijaksana ini, medan aktivitinya menjadi luas membentang, tidak terbatas pada orang per orang, sehingga tidak menyulitkan dan bahkan mengganggunya. Sebaliknya, misi risalahnya terbuka untuk bilangan personal; ia berinteraksi dengan persoalan mereka, sehingga tatkala buahnya telah matang, ia siap untuk memanennya.
Meskipun berbagai langkah bertahap dan hati-hati telah dijalankan dalam suatu dakwah fardiyah, terkadang secara mengejutkan terjadi juga hal-hal di luar perhitungan dan tak diharapkan. Saat itulah hati tidak lagi memiliki harapan dan penantian.
“Mudah-mudahan Allah mewujudkan kasih sayang antara kalian dengan orang-orang yang kalian musuhi di antara mereka. Dan Allah Mahakuasa. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Mumtahanah: 7)

KHURAFAT,MISTIK DAN KEBATINAN VIRUS AJARAN SESAT

•November 7, 2010 • Tinggalkan Komen

YANG MULIA USTAZ HAJI SHAHUL HAMID BIN M.P.H.SEENI MOHAMAD

PENGAJIAN ISLAM  DARUL TAHZIB , TELUK KUMBAR,
PULAU PINANG,MALAYSIA

1.         MUQADDIMAH

إن الحمد لله ، نحمده ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ با الله من شرور أنفسنا ومن سيئات  أعمالنا ، من يهده الله فلا مضل له و من يضلله  فلا هادي له.وأشهد أن لا إله  إلا الله وحده  لا  شريك له ، وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله. أما بعد

 

Segala pujian kita panjatkan kepada Allah Subhanu wa Ta‘ala yang telah menyempurnakan kehidupan manusia dengan pemberian al-Quran sebagai kitab panduan yang tidak ada kekurangan sepertimana firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا

 

Yang bermaksud: Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu[1].

 

Islam adalah undang-undang kearah menjadikan kehidupan manusia lebih berkualiti kerana datangnya dari pencipta alam itu sendiri, sebab itu ia sesuai disetiap zaman dan tempat bahkan tidak akan sesat selamamana kita berpegang dengan dua panduan Islam yang utama, seperti sabdaan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

 

قَالَ  رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ   :تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

 

Yang bermaksud: Aku tinggalkan pada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selamamana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah Subhanu wa Ta‘ala dan sunnah Nabinya[2]

 

Walaupun Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah wafat dan membawakan Islam kepada seluruh manusia dan jin sejak 1400 tahun lebih yang lalu, namun masih lagi wujud golongan yang mengamalkan dengan amalan khurafat,mistik kebatinan yang akhirnya menyimpang dari ajaran Islam yang syumul ini

 

Walaupun manusia pada hakikatnya sudah bijak sehinggakan ramai yang sudah kemenara gading bahkan ada yang sudah kebulan tetapi tidak kurang juga dikalangan mereka yang terpedaya dengan ajaran-ajaran khurafat yang diamalkan didalam kehidupannya bahkan sudah sebati sehinggakan susah untuk dipulihkan

 

Amalan-amalan khurafat pada hakikatnya merupakan virus kearah merosakkan akidah dan pegangan hidup seseorang dan umat Islam yang lain .

 

Bagi membendung gejala ini, Alhamdulillah, satu seminar yang seumpama ini diadakan bagi memperjelaskan kepada masyarakat Islam terhadap amalan-amalan yang bercanggah dengan ajar Islam beserta dalil dari al-Quran,al-Sunnah dan kitab-kitab ulama muktabar

 

Terima kasih diucapkan kepada pihak Darul Ifta’ Kerajaan Negara Brunei yang sudi menjemput al-faqir sebagai pembentang kertas kerja yang berjodol: KHURAFAT,MISTIK DAN KEBATINAN VIRUS AJARAN SESAT, yang al-faqir susun dalam jangka waktu yang begitu singkat dan kekurangan waktu serta kurang rujukannya.

 

Mudah-mudahan coretan yang tak seberapa ini akan dapat memberikan manfaat dan panduan pada diri al-faqir serta sahabat handai dalam memahami dengan lebih mendalam tentang ajaran yang bercanggah dengan Islam khususnya amalan-amalan khurafat

 

Al-Faqir Abu Muhammad Al-Naqsyabandiy Al-Filfilani

Jumaat 13 July  2007 bersamaan 28 Jumada al-Akhir 1428

 

 

2.         DEFINISI KHURAFAT,MISTIK DAN KEBATINAN VIRUS AJARAN SESAT

 

Sebelum tirai  ini dibuka dengan lebih luas marilah kita selidiki tentang maksud tajuk yang akan dibincangkan menurut kacamata etimologi (segi bahasa) dan kemudian-nya dengan definisi menurut terminologi (istilah)

 

Menurut Kamus Dewan [3] perkataan-perkataan dibawah ini diertikan dengan :

 

a-         Khurafat: Kepercayaan yang karut,dongeng,tahyul[4].

 

b-         Mistik: Suluk,tasawuf,keadaan ghaib yang tidak dapat diselami oleh pemikiran manusia; keanehan, keajaiban[5].

 

c-         Kebatinan: Perihal batin iaitu hati,perasaan dalam hati :tersembunyi; ghaib,tidak kelihatan[6].

 

d-         Virus: Kuman yang lebih halus dari bakteria yang boleh menyebabkan penyakit pada manusia,haiwan atau tumbuhan[7].

 

e-         Ajaran: Segala sesuatu yang diajarkan,nasihat,petunjuk, teori dan hukuman[8] .

 

f-         Sesat: Tidak mengikut jalan yang betul,tersalah,terkeliru,menyimpang dari jalan yang sebenar[9].

 

Khurafat menurut definisi yang dipakai oleh JAKIM ialah: Cerita-cerita yang memepesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta, khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan pemujaan atau kepercayaan yang amat bertentangan dengan ajaran Islam. Semua perkara yang berkaitan perlu dijauhi oleh semua orang Islam, kerana ia merupakan dosa [10].

 

Ajaran Sesat seperti yang tersebut didalam Kamus Dewan ialah: Ajaran yang terpesong daripada akidah atau syariat agama Islam[11].

 

Menurut BAHEIS JPM terdapat 6 kriteria yang boleh dijadikan garis panduan bagi menentukan sesuatu ajaran itu sesat ataupun tidak yang akan disebutkan pada bahagian yang keenem nanti.

 

Menurut pembahas, khurafat,mistik,kebatinan adalah perkara yang berlainan dari segi sebutan dan lafaz tetapi sama pada maknanya yang merujuk kepada persoalan amalan-amalan dan tingkah laku yang bercanggah dengan ajaran Islam dan adat kebiasaan manusia yang sejahtera akal pemikirannya yang dapat diketegorikan sebagai ajaran sesat

 

 

3.         HADITH KHURAFAT

 

Yang dimaksudkan dengan hadith khurafat iaitu hadith yang merujuk kepada asal usul perkataan khurafat dan kaitan alam jin (kebatinan) dengan manusia, seperti yang disabdakan oleh Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam:

 

حَدَّثَنَا أَبُو النَّضْرِ حَدَّثَنَا أَبُو عَقِيلٍ يَعْنِي الثَّقَفِيَّ حَدَّثَنَا مُجَالِدُ بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عَامِرٍ عَنْ مَسْرُوقٍ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : حَدَّثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِسَاءَهُ ذَاتَ لَيْلَةٍ حَدِيثًا فَقَالَتْ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَانَ الْحَدِيثُ حَدِيثَ خُرَافَةَ فَقَالَ أَتَدْرُونَ مَا خُرَافَةُ إِنَّ خُرَافَةَ كَانَ رَجُلًا مِنْ عُذْرَةَ أَسَرَتْهُ الْجِنُّ فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَمَكَثَ فِيهِنَّ دَهْرًا طَوِيلًا ثُمَّ رَدُّوهُ إِلَى الْإِنْسِ فَكَانَ يُحَدِّثُ النَّاسَ بِمَا رَأَى فِيهِمْ مِنْ الْأَعَاجِيبِ فَقَالَ النَّاسُ حَدِيثُ خُرَافَةَ ، قَالَ أَبِي أَبُو عَقِيلٍ هَذَا ثِقَةٌ اسْمُهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَقِيلٍ الثَّقَفِيُّ

 

Maksudnya: Pada suatu malam Rasulullah saw bersembang-sembang dengan para isterinya tentang suatu perkara, lalu salah seorang dikalangan mereka berkata: perkara ini seperti cerita khurafat. Baginda seraya bersabda :Adakah kalian tahu apa itu khurafat ? Sesungguhnya khurafat itu ialah seorang lelaki dari bani ‘Uzhrah (kabilah Yaman) yang telah disembunyikan oleh jin pada zaman jahiliyyah, lalu dia tinggal bersama golongan jin beberapa ketika kemudian golongan jin itu menghantarnya pulang kembali ke alam manusia lalu dia menceritakan kepada manusia tentang apa yang telah dilihatnya pada mereka (golongan jin) daripada perkara ajaib. Maka sebab itulah manusia berkata (tentang perkara-perkara pelik sebagai) cerita khurafat [12]

 

حدثنا محمد بن يونس العصفري قال : ثنا يزيد بن عمرو بن البراء الغنوي قال : نا سعيد بن عبد الله السلمي قال : نا علي بن أبي سارة ، عن ثابت البناني ، عن أنس بن مالك ، عن عائشة ،  أن رسول الله صلى الله عليه وسلم حدثها بحديث وهو معها في لحاف ، فقالت : بأبي ، وأمي يا رسول الله ، لولا تحدثني هذا الحديث لظننت أنه خرافة ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « وما حديث خرافة يا عائشة ؟ » قالت : الشيء إذا لم يكن قيل حديث خرافة  ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « إن أصدق الحديث حديث خرافة ، رجل من بني عذرة ، سبته الجن ، وكان يكون معهم ، فإذا استرقوا السمع أخبروه ، فيخبر به الناس ، فيجدونه كما قال »

 

Maksudnya: Pada suatu malam Rasulullah saw bersembang-sembang dengan ‘Aisyah tentang suatu perkara, sedangkan Baginda ketika itu bersamanya didalam satu selimut lalu ‘Aisyah berkata :Demi engkau sebagai ibu dan bapaku Wahai Rasulallah, jika engkau tidak ceritakan padaku cerita ini nescaya aku masih menganggap cerita itu adalah cerita khurafat. Rasulullah saw seraya bersabda :Adakah kamu tahu apa itu cerita khurafat wahai ‘Aisyah ?’Aisyah lantas menjawab :Sesuatu yang (pelik dan)tidak berlaku dikatakan cerita khurafat. Baginda saw bersabda:Sesungguhnya sebenar-benar cerita ialah cerita khurafat iaitu seorang lelaki dari bani ‘Uzhrah (kabilah Yaman) yang telah disembunyikan oleh jin lalu dia tinggal bersama golongan jin, kemudian golongan jin itu menghantarnya pulang kembali ke alam manusia lalu dia menceritakan kepada manusia tentang apa yang telah dilihatnya pada mereka (golongan jin) Maka sebab itulah manusia berkata (tentang perkara-perkara pelik sebagai) cerita khurafat[13]

 

Berdasarkan beberapa riwayat diatas ini jelas menunjukkan bahawa perkataan khurafat digunakan oleh Baginda saw dan para sahabat yang merujuk kepada perkara-perkara pelik dan sesuatu cerita yang menyalahi adat kehidupan atau tidak dapat diterima oleh akal manusia seperti mempercayai bahawa sesuatu objek ditakuti oleh golongan jin dan hantu atau objek tertentu boleh mendatangkan keuntungan serta menyelamatkan seseorang dan sebagainya

 

Berlainan pula sesuatu yang pelik dan tidak lojik oleh akal manusia tetapi jelas dikhabarkan didalam Al-Quran dan Al-Sunnah maka ia wajib diterima dan diimani yang dinamakan dengan Al-Sam’iyyat seperti persoalan azab kubur, hari kebangkitan, mizan, syurga, neraka dan sebagainya[14].

 

Juga terdapat beberapa perkara pelik yang menyalahi adat yang berlaku kepada para Ambiya’ yang dinamakan sebagai Mukjizat dan Irhash, yang berlaku kepada para Auliya’ dinamakan sebagai Karamah,yang berlaku kepada golongan awam yang soleh dinamakan sebagai Ma’unah,yang berlaku kepada orang fasik dinamakan sebagai Istidraj ,yang berlaku kepada seorang yang mendakwa sebagai seorang rasul Ihanah dan yang berlaku kepada orang kafir dinamakan sebagai Sihir[15].

 

 

4.         PUNCA TERJADINYA AMALAN-AMALAN KHURAFAT

 

1-         KEJAHILAN: Inilah faktor utama kenapa manusia sanggup melakukan amalan-amalan khurafat dan syirik, sebab itulah Islam amat menitik beratkan umatnya agar sentiasa meningkatkan keupayaan diri dengan menuntut ilmu bahkan menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan keatas setiap individu muslim Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

ö@è% ö@yd “ÈqtGó¡o„ tûïÏ%©!$# tbqçHs>ôètƒ tûïÏ%©!$#ur Ÿw tbqßJn=ôètƒ 3

 

Yang bermaksud: Katakan wahai Muhammad; adakah sama mereka yang mengetahui sesuatu dengan mereka yang tidak mengetahui [16]

 

2-         KEPENTINGAN PERIBADI: Bagi mendapatkan sesuatu dari kepentingan duniawi manusia sanggup melakukan apa saja walaupun terpaksa menggadaikan akidah dan agamanya dan terlibat dengan gejala mungkar. Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا

 

Yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh[17].

 

3-         NIAT YANG JAHAT: Sesungguhnya diantara hikmah kenapa adanya syurga dan neraka ialah kerana adanya manusia yang baik dan ada yang jahat yang saban hari sentiasa memikirkan bagaimana dia ingin merealisasikan niat dan amalannya itu sepertimana Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِّتُنذِرَ أُمَّ الْقُرَى وَمَنْ حَوْلَهَا وَتُنذِرَ يَوْمَ الْجَمْعِ لَا رَيْبَ فِيهِ فَرِيقٌ فِي الْجَنَّةِ وَفَرِيقٌ فِي السَّعِيرِ

 

Yang bermaksud: Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Qur’an dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada umulqura (penduduk Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya serta memberi peringatan (pula) tentang hari berkumpul (kiamat) yang tidak ada keraguan padanya. Segolongan masuk surga dan segolongan masuk neraka[18].

 

4-         PERGAULAN: Faktor ini juga terkadang menjadi sumbangan penting kearah terjebaknya seseorang dengan amalan khurafat seperti ikut kawan pergi menurun nombor ekor, ajaran Black Metal dan sebagainya. Sepertiman firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

 

Yang bermaksud: Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)[19].

 

5-         KEADAAN SEKELILING: Suasana masyarakat yang tidak diikat dengan undang-undang agama juga adalah faktor berleluasanya ajaran khurafat, oleh itu faktor ini juga penting untuk diberikan perhatian serius oleh mesyarakat muslim atau mana-mana organisasi agama agar tidak wujud masyarakat yang mendorong kearah berlakunya ajaran khurafat seperti dizaman jahiliyyah

 

6-         ADAT KEBIASAAN: faktor ini dikenal pasti sebagai penyumbang utama kearah berterusannya amalan khurafat dalam kehidupan manusia dengan slogan “Biar mati anak jangan mati adat” seterusnya menjadikan mereka begitu bersemangat mengadakan amalan khurafat secara berterusan seumpama mengadakan upacara bersemah atau menjamu hantu, hulubalang, roh semangat dan sebagainya. Al-Quran menyatakan hal ini dengan firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ آبَاءكُمْ وَإِخْوَانَكُمْ أَوْلِيَاء إَنِ اسْتَحَبُّواْ الْكُفْرَ عَلَى الإِيمَانِ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

 

Yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang lalim.[20].

 

FirmanNya lagi :

 

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْاْ إِلَى مَا أَنزَلَ اللّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ قَالُواْ حَسْبُنَا مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لاَ يَعْلَمُونَ شَيْئًا وَلاَ يَهْتَدُونَ

 

Yang bermaksud: Apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul”. Mereka menjawab: “Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya”.  Dan apakah mereka akan mengikuti juga nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk? [21].

 

7-         KEPERCAYAAN KARUT: Sebelum kedatangan Islam masyarakat kita telah lama menganuti ajaran agama hindu dengan kepelbagaian fahaman dan upacara yang karut-marut,sehinggakan apabila datangnya Islam menghapus sedikit demi sedikit amalan tersebut, walaupun begitu sebahagiannya masih segar bak jambangan dipagi hari disebabkan penyesat manusia yang pertama masih berleluasa hidup dan menyesatkan manusia dan menagih janjinya pada Allah untuk menyesatkan manusia sekeliannya, sepertimana Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

#  قَالَ رَبِّ فَأَنظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ #  قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنظَرِينَ  #  إِلَى يَومِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ # قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِي لأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأَرْضِ وَلأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ #  إِلاَّ عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

 

Yang bermaksud: Berkata iblis: “Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan”. Allah berfirman: “(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh. Sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan” . Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka”[22].

 

8-         PENGARUH POLITIK: Demi mendapatkan kuasa dan kedudukan duniawi yang sementara manusia sanggup untuk terlibat dengan gejala khurafat seperti mendapatkan bantuan bomoh-bomoh upahan atau bomoh VIP seperti yang banyak  terbentang didada-dada akhbar (kes Mona Fendy) dan sebagainya, begitujuga mereka yang terlibat dengan ajaran-ajaran khurafat dan ajaran sesat menyelamatkan diri melalui saluran politik (kes ajaran Taslim, Kg Seronok, Bayan Lepas, PulauPinang / kes Ayah Pin di Terengganu)]

 

 

5.         SEBAHAGIAN DARI AMALAN KHURAFAT

 

Diantara perkara khurafat yang telah atau sedang menjadi amalan sebahagian umat Islam yang menjadi suatu kewajipan keatas mereka yang mengetahui untuk membenteras perkara-perkara ini dari berlaku dan diamalkan sebagai langkah Amar makruf dan Nahi Mungkar ialah :

 

1-         Menganggap seseorang sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun sesuatu masyarakat dengan kehadirannya

 

2-         Amalan buang sial

-a-        Tepung tawar

-b-        Lenggang perut

-c-        Mandi bunga / Sintok limau

-d-       Mandi Safar

 

Huraian: Islam menganggap setiap orang itu ada qadar baiknya dan ada qadar buruknya dan sama sekali tidak ada kesialan pada diri seseorang,begitu juga cara untuk menghindari dari sesuatu musibah dengan memohon kepada Allah yang menciptakan segala-galanya bukannya memadai dengan amalan-amalan yang jelas tidak ada asal usul didalam Islam ,seperti yang difirmankan oleh Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

قَالُوا إِنَّا تَطَيَّرْنَا بِكُمْ لَئِن لَّمْ تَنتَهُوا لَنَرْجُمَنَّكُمْ وَلَيَمَسَّنَّكُم مِّنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ #  قَالُوا طَائِرُكُمْ مَعَكُمْ أَئِن ذُكِّرْتُم بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُون

 

Yang bermaksud: Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami bernasib malang karena kamu, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti (menyeru kami), niscaya kami akan merajam kamu dan kamu pasti akan mendapat siksa yang pedih dari kami”. Utusan-utusan itu berkata: “Kemalangan kamu itu adalah karena kamu sendiri. Apakah jika kamu diberi peringatan (kamu mengancam kami)? Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas”[23].

 

Firmannya lagi:

 

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

 

Yang Bermaksud: (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun”[24].

 

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

 

لا عدوى و لا طيرة ولا هامة ولا صفر

 

Yang bermaksud: Tiada sesuatu penyakit berjangkit, tiada sial, tiada burung hantu membawa sial dan tiada bulan safar yang berlaku sial[25].

 

3-         Menjamu Hantu dan Tok Nenek dengan alasan untuk selamat tinggal disuatu tempat atau memberi makan kepada hantu peliharaannya ataupun konon-kononnya untuk membayar niat tertentu

 

Huraian : Sesungguhnya Islam dengan aqidah dan tauhid yang amat kental yang mengajak manusia agar beriktikad bahawa segala sesuatu yang memberi bekas adalah Allah Subhanu wa Ta‘ala saja yang tidak ada sekutu dengannya oleh itu tidak perlu lagi menjamu kepada sesiapa kerana segalanya adalah makhluk ciptaan Allah Subhanu wa Ta‘ala yang amat lemah sepertimana firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللّهِ مَا لاَ يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَـؤُلاء شُفَعَاؤُنَا عِندَ اللّهِ قُلْ أَتُنَبِّئُونَ اللّهَ بِمَا لاَ يَعْلَمُ فِي السَّمَاوَاتِ وَلاَ فِي الأَرْضِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ

 

Yang bermaksud: Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudaratan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan, dan mereka berkata: “Mereka itu adalah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah”. Katakanlah: “Apakah kamu mengabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya baik di langit dan tidak (pula) di bumi?” Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka mempersekutukan (itu)[26].

 

Firmannya lagi:

 

قُلِ ادْعُوا الَّذِينَ زَعَمْتُم مِّن دُونِ اللَّهِ لَا يَمْلِكُونَ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ وَمَا لَهُمْ فِيهِمَا مِن شِرْكٍ وَمَا لَهُ مِنْهُم مِّن ظَهِيرٍ

 

Yang bermaksud: Katakanlah: “Serulah mereka yang kamu anggap (sebagai tuhan) selain Allah, mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat zarrah pun di langit dan di bumi, dan mereka tidak mempunyai suatu saham pun dalam (penciptaan) langit dan bumi dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagi-Nya”[27].

 

Firmannya lagi:

 

ÏQr& (#rä‹sƒªB$# `ÏB Èbrߊ «!$# uä!$yèxÿä© 4 ö@è% öqs9urr& (#qçR$Ÿ2 Ÿw tbqä3Î=ôJtƒ $\«ø‹x© Ÿwur šcqè=É)÷ètƒ ÇÍÌÈ @è% °! èpyè»xÿ¤±9$# $YèŠÏHsd ( ¼ã&©! à7ù=ãB ÏNºuq»yJ¡¡9$# ÇÚö‘F{$#ur ( ¢OèO Ïmø‹s9Î) šcqãèy_öè? ÇÍÍÈ

 

Yang bermaksud: Bahkan mereka mengambil pemberi syafa’at selain Allah. Katakanlah: “Dan apakah (kamu mengambilnya juga) meskipun mereka tidak memiliki sesuatupun dan tidak berakal?” Katakanlah: “Hanya kepunyaan Allah syafaat itu semuanya. Kepunyaan-Nya kerajaan langit dan bumi. Kemudian kepada- Nyalah kamu dikembalikan”[28]

 

Firmannya lagi:

 

Ÿwr& ¬! ß`ƒÏe$!$# ßÈÏ9$sƒø:$# 4 šúïÏ%©!$#ur (#rä‹sƒªB$# ÆÏB ÿ¾ÏmÏRrߊ uä!$uŠÏ9÷rr& $tB öNèd߉ç6÷ètR žwÎ) !$tRqç/Ìhs)ã‹Ï9 ’n<Î) «!$# #’s”ø9ã—

 

Yang bermaksud: Ingatlah, Hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat- dekatnya”.[29].

 

4-         Ilmu seru gerak yang kebiasaannya diamalkan oleh silat silat yang ada amalan jurus kebatinan.

 

Huraian: Islam itu lengkap dan amat sempurna dari unsur-unsur luar yang bercadang untuk sempurnakan Islam. Ilmu mempertahankan diri adalah amat baik dan Islam amat menyuruh umatnya mempersiapkan kelengkapan dan segala kekuatan bagi mempertahankan kesucian Islam tetapi bukan dengan sesuatu yang tidak ada asalnya dari Islam seperti ilmu seru gerak dan jurus kebatinan ini kerana ilmu ini:

 

a-         Tidak didapati sanad pengambilannya yang bersambung sampai kepada Baginda saw[30].

 

b-         Tidak didapati fakta ilmu ini wujud didalam al-Quran, hadith maupun kitab-kitab ulama yang muktabar.

 

c-         Sekiranya ilmu jurus dan seru gerak ini wujud kenapakah Rasulullah saw dan para sahabat juga luka-luka yang teruk dalam banyak peperangan yang berlaku bukankah memadai dengan jurus maka semua musuh Islam boleh kecundang ?

 

d-         Ilmu-ilmu seumpama ini tidak terdapat ditanah arab hanya terdapat dikepulauan melayu sahaja seperti di Malaysia,Indonesia,Singapura,Brunei dan negara-negara berhampiran[31].

 

Oleh itu disarankan agar kita lebih cermat dalam menerima sesuatu yang dikatakan sebagai ajaran agama dengan bertanyakan kepada ahlinya. Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala :

 

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

 

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya[32].

 

5-         Jampi serapah yang ada unsur-unsur syirik atau menghina Islam atau tidak difahami maksudnya

 

Huraian: Para ulama khilaf dalam masalah membaca jampi serapah yang bukan bersumber dari al-Quran maupun hadith kepada beberapa pandangan, sebahagian mereka tidak mengharuskan sama sekali sebarang jenis bacaan jampi jika bukan warid dari al-Quran maupun hadith tetapi sebahagian yang lain mengharuskan dengan syarat difahami maknanya dan tidak ada unsur-unsur yang dilarang dalam agama didalam bacaan jampi tersebut, seperti seruan kepada sesuatu, menghina Allah, Nabi Muhammad, ajaran Islam, memohon sesuatu kepada selain Allah Subhanu wa Ta‘ala seperti meminta kepada batu atau kayu dan sebagainya.[33]

 

6-         Mempercayai cakapan dan tilikan dukun dukun samada terhadap perkara yang telah lalu atau dimasa akan datang

Huraian: Sebahagian daripada perkara yang haram,berdosa besar bahkan syirik didalam Islam ialah mempercayai tilikan dukun sepertimana sabdaan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam :

 

حدثنا أبو بكر قال حدثنا يحيى بن آدم ووكيع قال حدثنا سفيان عن أبي إسحاق عن هبيرة عن عبد الله قال : من مشى إلى ساحر أو كاهن أو عراف فصدقه فيما يقول فقد كفر بما أنزل على محمد صلى الله عليه وسلم.

 

Yang bermaksud: Barangsiapa yang berjalan pergi kepada tukang sihir atau tukang kahin atau tukang ‘Arraf lalu membenarkan apa yang dikatanya maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan keatas Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam[34].

 

7-         Bercakap dengan cakapan yang tidak ada asal usul suruhan dalam Islam seperti katanya “Tabik Tok Nenek” ketika melalui disuatu tempat atau  “Minta simpang Malaikat 44” ketika mengharapkan sesuatu tidak mengenainya

 

Huraian: Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

 

من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه

 

Yang bermaksud: Sebahagian daripada sifat keelokkan dan kepujian pada diri seseorang muslim yang sejati ialah meninggalkan perkara yang tidak memberikan faedah [35]

 

8–         Penggunaan Tangkal dirumah atau dipakainya dibadan yang bukannya dari sesuatu yang thabit dalam agama serta tidak dijaga dari dibawa ketempat-tempat yang bukan suci

 

Huraian: Pada dasarnya iktiqad seseorang yang menentukan samada dia syirik ataupun tidak  dengan merasakan bahawa benda tersebut memberi bekas tetapi pada kebiasaannya penggunaan tangkal akan menyebabkan seseorang bertumpu kepada tangkal dan merasakan dirinya selamat selama tangkal itu berada dengannya, mak sebab itulah Baginda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang penggunaan tangkal dengan sabdaannya:

 

مَنْ عَلَّقَ تَمِيمَةً فَقَدْ أَشْرَكَ

 

Yang bermaksud: Sesiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya syiriklah dia[36]

 

Sabdanya lagi :

 

من علق تميمة  فلا أتم الله له   ومن علق ودعة فلا ودع الله له

 

Yang bermaksud: Sesiapa yang menggantung tangkal maka Allah Subhanu wa Ta‘ala tidak akan menyempurnakan hajatnya dan sesiapa yang menggantung tangkal untuk budak maka Allah Subhanu wa Ta‘ala tidak akan memeliharanya[37] .

 

Yang dimaksudkan dengan Tamimah (tangkal) ialah sesuatu yang digantung dan diiktikad padanya untuk menghilangkan kesusahan, iaitu adat zaman jahiliyyah apabila mereka mahu mengubahkan sesuatu kadar yang telah ditentukan keatas mereka maka mereka mencari sesuatu yang dapat menghilangkan kesusahan mereka dari selain Allah Subhanu wa Ta‘ala iaitulah TANGKAL

 

Yang dimaksudkan dengan Wad’ah iaitu sesuatu yang putih yang didapati daripada laut lalu digantung dileher kanak-kanak- atau sesiapa saja dengan alasan supaya tidak terkena mata (istilah seseorang yang disihir) [38]

 

Walaubagaimanapun sebahagian ulama mengharuskan penggunaan tangkal yang ditulis ayat al-Quran atau do’a yang ma’thur dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam  kepada kanak-kanak yang kecil yang belum boleh membaca ayat al-Quran agar dengan barakah ayat tersebut dapat menghindari kanak-kanak tersebut dari gangguan jin dan sebagainya [39]

 

9-         Letak Ladam Kuda dipintu rumah dengan alasan boleh menghindari dari gangguan makhluk halus

 

10-       Gantung Isim isim yang dipahat di logam logam tertentu dengan berbagai bagai rajah dan tulisan yang bukannya ayat Al Quran atau sesuatu yang warid dalam agama

 

Huraian: Kedua-dua amalan yang disebutkan diatas ini juga termasuk dalam penggunaan tangkal yang diharamkan didalam Islam

 

11-       Bersahabat dan meminta pertolongan dengan Jin / Khadam / Masuk Tok Nenek dalam badan (menurun)

 

Huraian: Islam amat melarang umat manusia bersahabat,meminta pertolongan dan apatah lagi berkahwin dengan golongan jin yang kejadiannya, seleranya, dan kehidupannya yang berbeza sama sekali dengan manusia, seperti yang difirmankan oleh Allah Subhanu wa Ta‘ala :

 

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِّنَ الْإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِّنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

 

Yang bermaksud: Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan[40].

 

Firmannya lagi:

 

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاء مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا

 

Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya.  Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim[41].

 

Firmannya lagi:

 

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

 

Yang bermaksud: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir[42].

 

Firmannya lagi:

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإِنسَانَ مِن صَلْصَالٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ #  وَالْجَآنَّ خَلَقْنَاهُ مِن قَبْلُ مِن نَّارِ السَّمُومِ

Yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah meciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas[43].

 

Firmannya lagi:

 

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ

 

Yang bermaksud: Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila[44].

 

Firmannya lagi:

 

وَقُل رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ #  وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحْضُرُون

 

Yang bermaksud: Dan katakanlah: “Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan setan.  Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku” [45]

 

Kesemua dalil diatas menunjukkan larangan bersahabat,meminta pertolongan, ber-dampingan, memuja, berkahwin atau mengadakan sebarang hubungan dengan golongan jin samada jin Islam maupun jin kafir.

 

12-       Beramal dengan amalan  “Ilmu Pengasih”

Huraian: Ilmu pengasih atau ilmu supaya dapat menawan hati seseorang samada dengan tujuan baik iaitu ingin bernikah ataupun dengan tujuan yang jahat iaitu ingin memperdaya seseorang adalah haram disisi agama dan termasuk dalam sebahagian ilmu sihir  walaupun dengan menggunakan ayat al-Quran yang ditokok tambahkan dengan kalimah-kalimah tertentu. Ini dijelaskan oleh Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

وَاتَّبَعُواْ مَا تَتْلُواْ الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَـكِنَّ الشَّيْاطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولاَ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلاَ تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُواْ لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْاْ بِهِ أَنفُسَهُمْ لَوْ كَانُواْ يَعْلَمُونَ

 

Yang bermaksud: Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-setan pada masa  kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya setan-setan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan istrinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorang pun kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barang siapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui[46].

 

Perkara ini juga dijelaskan oleh Baginda saw :

 

استعيذوا بالله تعالى من العين فإن العين حق

 

Yang bermaksud: Mohonkanlah perlindungan dengan Allah Ta’ala daripada ‘AIN (sihir) kerana sesungguhnya ‘Ain itu sebenar[47]

 

Sabda Baginda lagi:

 

إن الرقى والتمائم والتوالة شرك

 

Yang bermaksud: Sesungguhnya jampi serapah, azimat (tangkal),dan guna-guna pengasih adalah syirik [48].

 

13-       Perasapan kemenyan dengan tujuan supaya menghalau jin jin dan hantu didalam rumah dan menjemput malaikat datang kerumah

 

Huraian: Diantara amalan yang masih terdapat dalam masyarakat melayu ialah perasapan kemenyan pada malam jumaat dengan alasan agar rumahnya akan didatangi oleh para malaikat ataupun untuk menghindari rumahnya dari dimasuki oleh iblis syaitan ataupun untuk menyepuh keris-keris atau sebarang jenis senjata warisan dan sebagainya. Sebenarnya amalan-amalan seumpama ini adalah amalan yang bersumberkan kepada ajaran agama hindu dan  jelas bercanggah dengan ajaran Islam bahkan akan mengundang kemudharatan kepada pelakunya. Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

 

Yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan[49].

 

14-       Meletakkan air didalam bekas untuk dijamukan kepada para malaikat “Air Malaikat”

 

Huraian : Sesungguhnya Malaikat merupakan makhluq ciptaan Allah Subhanu wa Ta‘ala daripada Nur atau cahaya yang tidak pernah menderhakai Allah Subhanu wa Ta‘ala walaupun sekali serta tidak mempunyai nafsu, dengan kata lain mereka tidak makan, minum, tidur[50], berkahwin, beranak ataupun melakukan sesuatu yang disebabkan nafsu, maka bagaimana mungkin air boleh disediakan untuk minumam para malaikat? Ini tidak lain adalah disebabkan kejahilan tentang perkara agama [51].

 

Ayat sebelum ini sudah menggambarkan keadaan malaikat yang tidak pernah derhaka kepada Allah dan sentiasa taat kepada perintah Allah Subhanu wa Ta‘ala dan sama sekali tidak akan melakukan sesuatu mengikut kehendak mereka

 

15-       Menganiayai atau menzalimi orang dengan melakukan sihir,santau,pukau dan sebagainya

 

Huraian: Kesemua bentuk amalan yang tersebut diatas sebenarnya adalah termasuk dalam kategori menzalimi makhluk Allah Subhanu wa Ta‘ala walaupun tujuan mereka untuk hendak mensudi ilmu mereka, membantu orang lain yang bermusuhan dengan seseorang, memintas perniagaan seseorang, mencuri atau ingin mengambil hak milik seseorang bukan dengan secara hak, maka kesemua itu zalim namanya yang sangat layak dengan azab yang amat pedih disediakan oleh Allah Subhanu wa Ta‘ala, sepertimana firmanNya :

إِنَّمَا السَّبِيلُ عَلَى الَّذِينَ يَظْلِمُونَ النَّاسَ وَيَبْغُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ أُوْلَئِكَ لَهُم عَذَابٌ أَلِيمٌ

 

Yang bermaksud: Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih[52].

 

Firmannya lagi:

 

وَلاَ تَحْسَبَنَّ اللّهَ غَافِلاً عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الأَبْصَارُ

 

Yang bermaksud: Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak[53].

 

16-       Pemakaian susuk untuk mencantikkan muka dan badan atau lainnya

 

Huraian: Sesungguhnya Allah sebagai pencipta kita telah menciptakan segala suatu dengan lengkap dan amat sempurna dan Dia maha mengetahui dengan citarasa dan kehendak makhluk ciptaanNya, oleh itu, merubah sesuatu yang  telah dijadikan oleh Allah Subhanu wa Ta‘ala kepada manusia adalah haram,seperti mana FirmanNya:

 

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

 

Yang bermaksud: sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.

 

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam :

 

عن قُبَيْصَة بن جابر الاسَدِيِّ فال : إنْطَلَقْتُ مع عَجُوْزٌ مِنْ بني أسد إلى إبن مسعود رضي الله عنه فقالت : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يَلْعَنُ المُتَنَمِّصاتِ والمُتَفَلِّجاتِ والمُسْتَوْشِمَات اللائِي يُغَيِّرْنَ خلق الله تعالى.

 

Yang bermaksud: Daripada Qubaisah bin Jabir al-Asadi katanya: Saya telah keluar bersama seorang tua dari kalangan Bani Asad kepada Ibnu Mas’ud r.a kata beliau: “Aku dengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat orang yang meminta supaya rambut alisnya ditipiskan (agar nampak indah seperti bulan sabit), orang yang merenggangkan gigi-giginya, orang yang meminta supaya dicacah kulitnya yang kesemuanya itu mengubah-ubah keaslian kejadian Allah Subhanu wa Ta‘ala [54].

 

17-       Pemakaian raksa atau apa-apa logam untuk menguatkan tubuh badan atau untuk kuatkan ransangan seks

 

Huraian : Allah Subhanu wa Ta‘ala sebagai pencipta manusia dan hanya Dia yang tahu kehendak, keinginan dan keperluan manusia, tetapi manusia yang sentiasa menzalimi diri sendiri dengan melakukan sesuatu yang seolah-olah baginya Allah Subhanu wa Ta‘ala tidak tahu tentang keperluan manusia. Pemakaian raksa boleh dikategorikan sebagai merubah ciptaan Allah Subhanu wa Ta‘ala dan amalan sihir kerana dengan pemakaian raksa akan menyebabkan seseorang itu menjadi kuat,kebal,tidak penat bekerja berat dan perlunya ada jampi serapah serta amalan tertentu untuk memasukkannya seperti pemakaian susuk.Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala menyatakan bahawa iblis akan menyesatkan manusia dengan cara merubahkan ciptaan Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

إِن يَدْعُونَ مِن دُونِهِ إِلاَّ إِنَاثًا وَإِن يَدْعُونَ إِلاَّ شَيْطَانًا مَّرِيدًا  لَّعَنَهُ اللّهُ وَقَالَ لَأَتَّخِذَنَّ مِنْ عِبَادِكَ نَصِيبًا مَّفْرُوضً  وَلأُضِلَّنَّهُمْ وَلأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الأَنْعَامِ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللّهِ وَمَن يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِّن دُونِ اللّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا

 

Yang bermaksud: Yang mereka sembah selain Allah itu, tidak lain hanyalah berhala, dan (dengan menyembah berhala itu) mereka tidak lain hanyalah menyembah setan yang durhaka.Yang dilaknati Allah dan setan itu mengatakan: “Saya benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba Engkau bahagian yang sudah ditentukan (untuk saya). Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (merubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merobahnya”.  Barang siapa yang menjadikan setan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata[55].

 

18-       Menggunakan sesuatu objek dengan alasan golongan jin akan takut kepada benda tersebut ataupun bermain dengannya seperti menabur beras kunyit didalam rumah,menabur kacang hijau[56] atau lada hitam, menyembur air garam ataupun cuka dirumah, meletakkan sesuatu benda yang berduri didalam rumah .

 

Huraian: Iblis dan kuncu-kuncunya sebenarnya pandai dan mempunyai seribu satu macam helah untuk menyesat dan menyelewengkan manusia sehinggakan sebahagian perawat pun terpengaruh dengan dakyah iblis ini. Iblis adalah makhluk ciptaan Allah Subhanu wa Ta‘ala yang bertubuh halus (Lathif) yang sama sekali sesuatu dari bahan-bahan zahir tidak bermakna untuknya melainkan ayat al-Quran dan Zikrullah saja yang dapat menghalaunya. Firman Allah menyatakan perjanjian iblis kepada Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي خَالِقٌ بَشَرًا مِّن صَلْصَالٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ  #   فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُواْ لَهُ سَاجِدِينَ   #   فَسَجَدَ الْمَلآئِكَةُ كُلُّهُمْ أَجْمَعُونَ  #   إِلاَّ إِبْلِيسَ أَبَى أَن يَكُونَ مَعَ السَّاجِدِينَ     #   قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا لَكَ أَلاَّ تَكُونَ مَعَ السَّاجِدِينَ  #  قَالَ لَمْ أَكُن لِّأَسْجُدَ لِبَشَرٍ خَلَقْتَهُ مِن صَلْصَالٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ #   قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌ  #  وَإِنَّ عَلَيْكَ اللَّعْنَةَ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ #    قَالَ رَبِّ فَأَنظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ #  قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنظَرِينَ  #  إِلَى يَومِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ #  قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِي لأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأَرْضِ وَلأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ #   إِلاَّ عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

 

Yang bermaksud: Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya ruh (ciptaan) Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud. Maka bersujudlah para malaikat itu semuanya bersama-sama. Kecuali iblis. Ia enggan ikut bersama-sama (malaikat) yang sujud itu. Allah berfirman: “Hai iblis, apa sebabnya kamu tidak (ikut sujud) bersama-sama mereka yang sujud itu?”. Berkata Iblis: “Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah menciptakannya dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk”. Allah berfirman: “Keluarlah dari surga, karena sesungguhnya kamu terkutuk. Dan sesungguhnya kutukan itu tetap menimpamu sampai hari kiamat”. Berkata iblis: “Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan”. Allah berfirman: “(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh. Sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan” . Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka”[57].

 

19-       Mempercayai sesuatu objek boleh memberi mudharat dan Manfaat seperti batu zamrud,kayu koka, kemuning hitam,raja kayu,teras kilo,buluh tumpat dan sebagainya.

 

Huraian: Diantara akidah yang perlu ada dalam hati setiap individu muslim ialah beriman bahawasanya yang memberikan mudharat dan manfaat hanyalah Allah Subhanu wa Ta‘ala, diamping itu setiap suatu ciptaan Allah Subhanu wa Ta‘ala ada hikmah dan manfaat yang kembali kepada makhluk seperti raja kayu mempunyai khasiat tertentu untuk menghilangkan penyakit kencing manis dan batu kecubung mempunyai khasiah untuk menyembuhkan penyakit urat dan sebagainya secara adat kebaiasaan yang sesuai dengan kajian saintifik[58]

 

Adalah salah kalau seseorang beriktikad bahawa batu, kayu ataupun logam tertentu boleh menghindar daripada gangguan makhluk halus atau jin serta boleh menjadi pelaris ataupun pengasih dan sebagainya kerana tidak warid (sabit) daripada al-Quran maupun sunnah bahkan merosakkan akidah dan imannya. Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللّهِ مَا لاَ يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَـؤُلاء شُفَعَاؤُنَا عِندَ اللّهِ قُلْ أَتُنَبِّئُونَ اللّهَ بِمَا لاَ يَعْلَمُ فِي السَّمَاوَاتِ وَلاَ فِي الأَرْضِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ

 

Yang bermaksud: Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudaratan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan, dan mereka berkata: “Mereka itu adalah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah”. Katakanlah: “Apakah kamu mengabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya baik di langit dan tidak (pula) di bumi?” Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka mempersekutukan (itu)[59].

 

20-       Lari dibawah keranda seseorang yang kita terlalu kasih supaya tidak teringat kepadanya.

Huraian: Sebahagian dari fahaman khurafat yang masih lagi menyelubungi umat Islam dalam masyarakat kita ialah fahaman-fahaman saperti ini dan banyak lagi seperti :

a-         jangan makan nasi didalam periuk atau belanga nanti jadi fakir

b-         jangan main batu baling (batu tujuh) dalam rumah nanti sempit rezeki

c-         jangan sapu rumah atau buang sampah pada waktu malam nanti sempit rezeki

d-         jangan biarkan sarang labah-labah didalam rumah nanti sempit rezeki

e-         rebus batu atau panah matahari dengan cili kering atau sambung baju pengantin sampai keatas bumbung yang kesemuanya itu supaya tidak turun hujan, dan banyak lagi amalan dan fahaman khurafat yang sedang diamalkan. Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala :

 

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

 

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya[60].

 

21-       Menzalimi binatang seperti amalan memindahkan penyakit kepada binatang atau menyihir seseorang dengan menggunakan katak atau apa apa binatang

 

Huraian: Setiap makhluk Allah Subhanu wa Ta‘ala berhak untuk mendapat hak dan kebebasan masing-masing dengan tidak mengganggu hak orang lain walaupun makhluk itu bernama binatang dan sebagainya. Tindakan menzalimi binatang dengan alasan untuk menyelamatkan manusia tidak dapat diterima akal dan syarak, bahkan termasuk dalam amalan sihir yang dilaknati Allah Subhanu wa Ta‘ala , Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

وَلاَ تَحْسَبَنَّ اللّهَ غَافِلاً عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الأَبْصَارُ

 

Yang bermaksud: Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak[61].

 

22-       Mempercayai seseorang wali, keramat atau seseorang seperti bomoh dan dukun  boleh mendatangkan kemudaratan ataupun manfaat

Huraian:Mulianya seseorang adalah dengan ketaqwaan bukannya dengan kebolehannya oleh itu kebolehan yang dimiliki oleh seseorang pada hakikatnya adalah milik dan kejadian Allah Subhanu wa Ta‘ala bukannya makhluk itu kuasa untuk memanfaatkan atau memudharatkan walaupun dia dikatakan Wali dan sebagainya, ianya juga termasuk dalam kata mempercayai tukang Kahin dan ‘Arraf yang disebutkan sebelum ini. Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللّهِ مَا لاَ يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَـؤُلاء شُفَعَاؤُنَا عِندَ اللّهِ قُلْ أَتُنَبِّئُونَ اللّهَ بِمَا لاَ يَعْلَمُ فِي السَّمَاوَاتِ وَلاَ فِي الأَرْضِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ

 

Yang bermaksud: Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudaratan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan, dan mereka berkata: “Mereka itu adalah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah”. Katakanlah: “Apakah kamu mengabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya baik di langit dan tidak (pula) di bumi?” Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka mempersekutukan (itu)[62].

 

23-       Mempercayai sesuatu perkara atau bunyi yang berlaku ada kaitan dengan apa-apa perkara atau kaitan dengan orang tertentu seperti bunyi cicak atau burung, kucing atau biawak melintas dalam perjalanan akan membawa malapetaka

 

Huraian:Tidak akan bergerak sesuatu didalam alam ini melainkan dengan kehendak, keizinan dan kekuasaan Allah Subhanu wa Ta‘ala. Mempercayai sesuatu itu berlaku kerana sesuatu yang hanya pada sangkaan sebenarnya termasuk dalam amalan khurafat dan tidak ada asalnya dalam agama lebih-lebih lagi apabila ianya dikatkan dengan sial dan mudharat, firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

 

Yang Bermaksud: (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun”[63].

 

Sabda Rasulullah saw:

 

لا عدوى و لا طيرة ولا هامة ولا صفر

 

Yang bermaksud: Tiada sesuatu penyakit berjangkit, tiada sial, tiada burung hantu membawa sial dan tiada bulan safar yang berlaku sial[64].

 

24-       Membaca ayat al-Quran secara sonsang ataupun dihentikan pada tempat yang salah dari segi tajwid dengan alasan tertentu yang bercanggah dengan syarak seperti membaca surah al-Fatihah atau surah al-Ikhlas terbalik kononnya dengan tujuan perubatan atau untuk menghantar balik sihir yang dibuat oleh orang lain[65] seperti dibaca

 

أحد كفوا له يكن لم يولد لم يلد لم صمد الله أحد

 

ataupun memberhentikan bacaaan pada “Rab” أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ kononnya untuk memberhentikan salakan anjing

 

Huraian: amalan ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam berdasarkan firman Allah Subhanu wa Ta‘ala yang mencela sikap golongan yahudi yang berubah-rubah ayat-ayat Allah didalam kitab-kitab terdahulu sehingga mereka menjadi sesat:

 

مِّنَ الَّذِينَ هَادُواْ يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَن مَّوَاضِعِِ وَيَقُولُونَ سَمِعْنَا وَعَصَيْنَا

Yang bermaksud: Yaitu orang-orang Yahudi, mereka merubah perkataan dari tempat-tempatnya. Mereka berkata: “Kami mendengar”, tetapi kami tidak mau menurutinya[66].

 

25-       Mempercayai wafaq atau huruf huruf hijaiyyah yang tertentu yang ditulis boleh samada secara rajah ataupun tidak, dapat mendatangkan sesuatu manfaat ataupun mudharat.

Huraian:Tulisan tulisan yang mempunyai rajah-rajah tertentu atau huruf-huruf tertentu yang tidak dapat difahami maksudnya bahkan tidak tertulis dengan ayat al-quran adalah sebahagian dari amalan sihir yang menyesatkan.apatah lagi jika dikaitkan dengan sesuatu fahaman dan iktikad seumpama boleh melariskan perniagaan, mendekatkan jodoh, menghindarkan penyakit dan sebagainya . Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala menyatakan sikap golongan ini:

 

وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللّهِ مَا لاَ يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَـؤُلاء شُفَعَاؤُنَا عِندَ اللّهِ قُلْ أَتُنَبِّئُونَ اللّهَ بِمَا لاَ يَعْلَمُ فِي السَّمَاوَاتِ وَلاَ فِي الأَرْضِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ

 

Yang bermaksud: Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudaratan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan, dan mereka berkata: “Mereka itu adalah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah”. Katakanlah: “Apakah kamu mengabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya baik di langit dan tidak (pula) di bumi?” Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka mempersekutukan (itu)[67].

 

26-       Berubat dengan kaedah yang salah dan haram disisi agama seperti menyembelih ayam jantan / hitam, makan bara api, menilik didalam air atau asap, mentitik lilin didalan air untuk mengetahui sesuatu, mandi air najis, membuka, melihat dan menyentuh  aurat pesakit tanpa hajat,berdua-dua-an dengan pesakit

 

Huraian: Setiap insan ada ujian dan ada nikmatnya semasa hidup, dan diantara ujian itu ialah menerima kesakitan dan penyakit tertentu, dan setiap kita disuruh untuk berikhtiar mencari ubat dan penyelesaiannya dengan tidak melibatkan dengan amalan-amalan yang salah dan mungkar ini kerana matlamat tidak menghalalkan cara atau pelaksanaan seseorang.Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

وَأَنَّ هَـذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَ تَتَّبِعُواْ السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

 

Dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa[68].

 

27-       Berubat dengan menggunakan bahan-bahan yang haram seperti najis,darah,nanah, air longkang, kain lampin, modes wanita yang mengandungi kesan darah,sesuatu dari cebisah tubuh badan manusia seperti rambut,kuku,gigi dan tulang manusia

 

Huraian:Orang yang beriman adalah mereka yang sentiasa menjaga kebersihan baik zahir maupun batin. Oleh itu penggunaan bahan yang haram disisi agama menunjukkan seseorang itu jahil serta ingin menjadi musuh musuh Allah kerana bahan-bahan haram hanya akan digunakan oleh musuh-musuh Allah sahaja. Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلاَ عَادٍ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

 

Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang[69].

 

28-       Mengadakan upacara “Tahdhirul Arwah” kononnya memanggil roh-roh tertentu masuk kedalam badan seseorang seperti memanggil roh syeikh Abdul Qodir al-Jailani dan sebagainya

 

Huraian: Setiap roh yang dicabutkan oleh Allah Subhanu wa Ta‘ala akan disimpan dan diberikan dengan ni’mat maupun azab mengikut kadar baik dan buruk seseorang semasa hidupnya. Roh tidak dapat bersatu dengan jasadnya melainkan setelah ditiupkan sangkakala yang kedua pada hari qiamat. Oleh itu dakwaan mereka bahawa mereka dapat menjemput roh-roh tertentu untuk berdialog adalah bohong dan ditipu oleh iblis dan kuncu-kuncunya seperti firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نِبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا وَلَوْ شَاء رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ

 

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu setan-setan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jika Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan[70].

 

29-       Berubat dengan kaedah yang tidak ada asal usul dalam ugama seperti ilmu cungkil urat dengan digaris-garis dihadapan jari kaki dan tangan yang diurut diatas sebuah papan plawet dengan menggunakan pisau tumpul, menggunakan pahat atau penukul kononnya sebagai isyarat untuk pulihkan sendi atau urat yang sakit, memaku paku ditiang rumah untuk menghilangkan sakit gigi,menggunakan keris,pisau, pedang dan gambar.

 

Huraian: Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

 

من حسن الإسلام المرء تركه ما لا يعنيه

 

Yang bermaksud: Sebahagian daripada sifat keelokkan dan kepujian pada diri seseorang muslim yang sejati ialah meninggalkan perkara yang tidak memberikan faedah [71]

 

30-       Berubat dengan bomoh-bomoh bukan Islam seperti sami hindu,sami buddha,paderi kristian dan tok batin orang asli yang menggunakan kaedah kepercayaan terhadap agamanya ataupun jampi serapah agamanya.

Huraian: Seperti yang dihuraikan sebelum ini bahawa al-Quran adalah kitab panduan daripada Allah yang lengkap segenap segi perkara dalam kehidupan umat manusia samada bagi menyelesaikan masalah lahiriah ataupun kebatinan .Islam menganggap umatnya yang meminta pertolongan kepada golongan kufar dalam hal yang tidak dibenarkan sebagai menghina Islam dan Allah Subhanu wa Ta‘ala itu sendiri sepertimana firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاء بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

 

Yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim[72].

 

Firmannya lagi:

 

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَارًا

 

Yang bermaksud: Dan Kami turunkan dari Al Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur’an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang lalim selain kerugian[73].

 

31-       Mendakwa diri sebagai seorang wali yang kasyaf dan boleh melihat jin dan sebarang makhluk halus dan boleh menyembuhkan sebarang penyakit.

 

Huraian:Bila saja disebut makhluk bererti dia sentiasa berhajat kepada penciptanya bahkan tuhannya. Oleh itu bagaimana manusia boleh mendakwa bahawa dia mampu mengada-ngadakan segala-galanya. Cakapan yang bongkak seumpama ini hanya akan keluar dari mulut seseorang yang tidak mempunyai akidah dan pegangan agama sama sekali kerana Allah Subhanu wa Ta‘ala telah berfirman:

 

عَالِمُ الْغَيْبِ فَلَا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا # إِلَّا مَنِ ارْتَضَى مِن رَّسُولٍ

 

Yang bermaksud: Dia adalah Tuhan Yang Mengetahui yang gaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorang pun tentang yang gaib itu. Kecuali kepada rasul yang diridai-Nya [74]

 

Firmannya lagi:

 

وَعِندَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لاَ يَعْلَمُهَا إِلاَّ هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلاَّ يَعْلَمُهَا وَلاَ حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الأَرْضِ وَلاَ رَطْبٍ وَلاَ يَابِسٍ إِلاَّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

 

Yang bermaksud: Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang gaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauhmahfuz)[75].

 

32-       Mensyaratkan pengeras yang pelik-pelik seperti mesti beri benda tajam, bayaran yang berjumlah suku seperti dua ringgit suku, membawa pulut kuning dan telur berwarna dan sebagainya.

 

Huraian: Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

 

من حسن الإسلام المرء تركه ما لا يعنيه

 

Yang bermaksud: Sebahagian daripada sifat keelokkan dan kepujian pada diri seseorang muslim yang sejati ialah meninggalkan perkara yang tidak memberikan faedah [76]

 

6-         CIRI-CIRI AMALAN KHURAFAT YANG BERCANGGAH DENGAN ISLAM

 

Menurut BAHEIS JPM 1994 sebagaimana yang dipersetujui oleh mesyuarat tidak rasmi Menteri-menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura bahawa kriteria-kriteria yang boleh dijadikan garis panduan bagi menentukan sesuatu ajaran itu sesat ataupun tidak ialah:

 

1-                  keparcayaan kepada rukun-rukun iman dan asas-asas akidah secara yang bertentangan dan tidak selaran dengan akidah ahli sunnah wal jamaah, seperti mempercayai ada kitab lain yang menyaingi atau memansuhkan kitab suci al-Quran ,mempercayai ada lagi kiblat lain dari Kaabah.

 

2-                  mempertikaikan kebenaran al-Quran dan atau al-Hadith yang diakui shahih oleh ulama hadith.

 

3-                  Mana-mana ketua kumpulan atau sebarang orang yang mendiayahkan dirinya sendiri atau orang lain sebagai Nabi terakhir, Nabi Isa A.S.,Imam al-Mahdi al-Muntazhar atau lain-lain istilah yang seumpamanya.

 

4-                  Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar didunia sebagai agama yang sepetutnya menjadi anutan kepada umat manusia.

 

5-                  Pendewaan diri atau pemimpin, atau kumpulan ajaran tersebut secara yang bertentangan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah seperti memastikan dirinya atau gurunya ahli syurga,boleh menebus dosa,memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oeleh orang lain umpamanya boleh berkahwin lebih dari empat.

 

6-                  Mengadakan bidaah dan pendapat baru yang bertentangan dengan akidah dan syariah yang diasaskan kepada dalil Qat’ie dan tidak boleh dipertikaikan. Sebagai contoh menghapuskan kewajipan berjihad,sembahyang jumaat, puasa bulan ramadhan, menunaikan fardhu haji ke Mekah dan seumpamanya.

 

7-                  Mentafsir dan menghuraikan al-quran dan atau al-hadith mengikut sesuka hati[77]

 

7-         LANGKAH-LANGKAH MENGHINDARI DARI TERJEBAK DENGANAMALAN KHURAFAT

 

1-         ASUHAN DAN DIDIKAN: Pendidikan seseorang itu sebenarnya sudah bermula semenjak dia berada didalam kandungan ibunya lagi oleh itu ibu bapa yang beriman akan melahirkan anak yang beriman juga tetapi sebaliknya akan berlaku jika ibu bapanya seorang yang lali dan leka dengan amalan yang keji seperti sabdaan Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam:

 

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ

 

Yang bermaksud: Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah maka ibu bapanya yang mencorakkan agar anak itu menjadi Yahudi,Kristian atau Majusi (penyembah Api atau berhala)[78].

 

2-         SUASANA SEKELILING: Sepertimana yang diberitahu sebelum ini bahawa faktor keadaan sekeliling adalah penyebab berleluasanya ajaran khurafat. Oleh itu agar tidak terjebak dengan anasir anasir tersebut faktor ini perlu dititik beratkan oleh seseorang yang ingin menyelamatkan akidah diri dan keluarganya dari tercemar,seperti firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

 

Yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan[79].

 

3-         ILMU PENGETAHUAN: Mulianya manusia hanya dengan ilmu, tanpa ilmu manusia tidak dapat membina empayar dan  tamadun bahkan akan terus jatuh serta dipandang hina, oleh itu pengetahuan tentang akidah serta perkara yang dapat merusakkan akidah amatlah penting untuk dihadham oleh setiap individu muslim

 

Dalam kata lain, bukan sekadar syahadah yang perlu diucapkan bahkan perlu diketahui rukun syahadah,syarat sah syahadah, kesempurnaan syahadah,perkara yang membatalkan syahadah serta perlu adanya keyakinan yang mantap terhadap perkara yang termaktup didalam syahadah.

 

Kesemua ini tidak akan datang bergolek tanpa adanya usaha kearah mendapatkan ilmu pengetahuan dari alim ulama yang menjadi pewaris para Nabi dalam menyampaikan risalah agama Allah Subhanu wa Ta‘ala, seperti Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

فَاسْأَلُواْ أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

 

Yang bermaksud: Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui[80].

 

 

4-         PERGAULAN: Biasakanlah diri agar sentiasa berkawan dan berdampingan dengan ulama dan orang-orang yang soleh atau sekurang-kurangnya mereka yang tidak terpesong akidah dan kehidupannya dari ajaran Islam. Pilihlah mereka yang akan dijadikan teman dikalangan mereka yang mampu memberikan tunjuk ajar serta nasihat kearah kehidupan berlandaskan agama bukannya teman kearah mendapatkan FULUS dan WANG BESAR semata-mata. Seperti Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَكُونُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ

 

Yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar[81].

 

5-         BANYAKKAN BERDOA: Doa adalah perisai seorang mukmin bahkan doa memberikan kesan kearah perubahan diri dan sikap seseorang apatahlagi kalau ianya disertai dengan syarat-syaratnya seperti ikhlas dan sebagainya. Firman Allah yang menyuruh kita sentiasa berdoa kepadanya :

 

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

 

Yang bermaksud: Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran[82].

 

6-         BANYAKKAN BERZIKIR: Zikrullah memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia, tanpa zikrullah hidup manusia sebenarnya akan menjadi hambar dan tidak mermakna, laksana perisa dalam makanan. Dengan zikrullah manusia menjadi dekat kepada Allah Subhanu wa Ta‘ala selaku khaliq (pencipta) dan dengan itu dia akan dipimpin serta mendapat perlindungan serta bantuan Allah Subhanu wa Ta‘ala dari terpedaya dengan sebarang hasutan kearah kemungkaran .Hayatilah Firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

سْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ أُوْلَئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ

 

Yang bermaksud: Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan setan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan setan itulah golongan yang merugi. [83]

 

7-         BANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN: Sebagai seorang manusia tidak ada kitab panduan yang lebih baik yang diberikan oleh pencipta alam semestaini melainkan al-Quran yang manfaatnya bukan sekadar menyatakan hukum-hakam kehidupan manusia, tetapi dengan membacanya saja sudah cukup untuk menjadi benteng penyalamat dari gangguan syaitan serta godaan dan hasutan mereka yang kufur kepada Allah Subhanu wa Ta‘ala, seperti firman Allah Subhanu wa Ta‘ala:

 

وَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرآنَ جَعَلْنَا بَيْنَكَ وَبَيْنَ الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ بِالآخِرَةِ حِجَابًا مَّسْتُورًا  #  وَجَعَلْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَن يَفْقَهُوهُ وَفِي آذَانِهِمْ وَقْرًا وَإِذَا ذَكَرْتَ رَبَّكَ فِي الْقُرْآنِ وَحْدَهُ وَلَّوْاْ عَلَى أَدْبَارِهِمْ نُفُورًا

 

Yang bermaksud: Dan apabila kamu membaca Al Qur’an niscaya Kami adakan antara kamu dan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, suatu dinding yang tertutup. Dan Kami adakan tutupan di atas hati mereka dan sumbatan di telinga mereka, agar mereka tidak dapat memahaminya. Dan apabila kamu menyebut Tuhanmu saja dalam Al Qur’an, niscaya mereka berpaling ke belakang karena bencinya[84].


8-         BEBERAPA SARANAN BAGI MEMBENDUNG BERLELUASANYA AMALAN KHURAFAT

 

1          Pihak kerajaan  diharap dapat berusaha dengan lebih gigih lagi untuk meningkatkan kawalan serta pelaksanaan undang undang yang tegas terhadap mereka yang cuba membawa atau menyebarkan sebarang ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam yang suci yang menjadi agama resmi kerajaan

 

2          Kerajaan juga disarankan agar menyediakan peruntukan bagi mengadakan seminar, forum, dan majlis majlis ilmu yang membolehkan mereka yang menghadapi masalah ini mendalami serta merujuk kepada pakar pakar bagi menyelesaikan konflik yang berlaku.

 

3          Kerajaan juga diharap dapat mengawal sebarang bentuk penyiaran am dari unsur-unsur khurafat dan ajaran sesat di media massa agar tidak menjadi idea pencetus kearah berlanjutannya ajaran sesat

 

4          Kerajaan digesa supaya dapat mengadakan seminar atau forum kepada penerbit-penerbit filem  agar memahami unsur-unsur syirik dan bahaya amalan khurafat serta ajaran sesat terhadat agama dan negara

 

5          Setiap umat islam khususnya perlulah menimba ilmu yang mendalam melalui tokoh tokoh ulama yang mempunyi asas asas pengajian islam yang lengkap yang ditimba dari tokoh ulama yang berwibawa(mempunyai silsilah pengajian yang jelas) serta melalui kitab kitab yang muktabar serta mempelajari dari pelbagai tokoh agar luas pemikiran.

 

6          Iklan dan maklumat perlulah disebarkan melalui alat sebaran am samada media cetak atau elektronik kepada seluruh warga muslim dan rakyat negara ini agar tidak terikut-ikut dengan gejala khurafat dan ajaran sesat yang bertentangan dengan ajaran Islam.

 

7          Tokoh-tokoh agama hendaklah sentiasa peka dengan keadaan ini dan sentiasa memberikan pengajaran kearah bahayanya keterlibatan dengan gejala khurafat dan ajaran sesat terhadap  dan negara

 

8          Sebagai umat Islam dan rakyat dalam sesebuah negara islam, kita seharusnya melihat bahawa amalan dan fahaman khurafat adalah virus besar kepada agama dan negara, oleh itu kita sepatutnya melaporkan kejadian-kejadian khurafat yang berlaku didalam masyarakat kepada pihak berkuasa agar terhapusnya gejala mungkar seperti yang dikehendaki oleh agama

 

9          Setiap individu muslim perlulah menjadi ejen penyebar mewakili para ulama dan Jabatan Agama Islam kepada setiap individu-individu yang terlibat dengan ajaran khurafat, caranya dengan menghadiri majlis ilmu dan memahami persoalan-persoalan serta ajaran yang menyimpang dari islam seterusnya menyampaikan kepada setiap kenalan dan umat Islam

 

10        Satu talian “Bebas Tol” perlu diadakan agar setiap aduan dapat ditangani segera oleh penguatkuasa yang dilantik bagi membendung dan seterusnya menghapuskan kemungkaran yang berlaku.

 

 

9-         AMALAN-AMALAN PEMBENTENG DARI HASUTAN KE ARAH AMALAN KHURAFAT

Membaca 3 surah Qul

 

Diriwayatkan daripada ‘Aishah r.a. bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

 

كان إذا أوى الى فراشة كل ليلة جمع كفيه ثم نفث فيهما فقرأ فيها : قل هو الله أحد  قل أعوذ برب الفلق   قل أعوذ برب الناس ثم يمسح بهما ما استطاع من جسده ، يبدأ بهما على رأسه ووجهه ، وما أقبل من جسده يفعل ذلك مرات

 

Maksudnya: Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila berada diatas hamparan tidurnya pada setiap malam menghimpunkan dua tapak tangannya (seperti berdoa)dan menghembuskan ketapak tangannya itu (dengan tidak mengeluarkan air liur) setelah membaca Tiga surah Qul ,kemudian menyapu dengan dua tapak tangannya itu kesekelian tubuhnya (sekadar yang termampu) yang dimulai awalnya dari kepala dan muka dan tempat tempat yang boleh sampai tangannya ditubuhnya, dan beliau melakukan perkara tersebut berulang ulang kali [85].

Zikrullah (membaca zikir yang khusus ini )

Diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w.bersabda :

 

من قال لاإله إلا الله وحده لا شريك له ، له الملك ، وله الحمد ، وهو على كل شيء قدير ، فى يوم مائة مرة كانت له عدل عشر رقاب وكتبت له مائة حسنة ومحيت عنه مائة سيئة ، وكانت له حرزا من الشيطان يومه ذلك حتى يمسى ولم يأت أحد بأفضل مما جاء به إلا رجل عمل أكثر منه

 

 

Maksudnya: Barangsiapa yang membaca: Lailaha illallahu wahdahu la syarikalah…. Pada setiap hari seratus kali maka baginya ganjaran memerdekakan sepuluh orang hamba dan ditulis baginya seratus kebajikan dan dihapuskan baginya seratus kejahatan dan dapat menghindarkan dirinya dari gangguan syaitan pada hari tersebut sehingga keesokkan harinya dan tiada ada seorang yang lebih utama darinya melainkan mereka yang banyak membaca doa tersebut[86].

Berdoa ketika keluar dari rumah

 

Membaca doa dibawah ini pada setiap kali keluar dari rumah seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al Tirmizi daripada Anas bin Malik r.a.[87].

 

بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ ، لَا حَوْلَ وَ لَا قُوَّةَ إلاَّ بِا للهِ

 

Berdoa ketika memasuki masjid dan mana mana tempat

 

Sesungguhnya Baginda tidak pernah meninggalkan membaca doa ini pada setiap kali memasuki masjid dan baginda menegaskan bahawa :sesiapa yang membaca doa ini maka dia akan sejahtera daripada gangguan syaitan pada hari itu .ini adalah berdasarkan hadis riwayat Abu Daud daripada Abdullah ibn Amr ibn al-‘Ash.

 

أَعُوْذُ بِاللهِ الْعَظِيْمِ ، وَبِوَجْهِ الْكَرِيْمِ ، وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

 

Maksudnya : Aku memohon perlindungan dengan Allah yang maha besar dan dengan zatnya yang mulia dan kerajaannya yang kekal abadi daripada syaitan yang direjam[88].

 

Membaca doa khusus untuk perlindungan

 

Seperti yang disebutkan oleh Imam Muslim didalam shohihnya daripada Abi Hurairah R.A. bahawasanya baginda bersabda :Sesiapa yang dapat membaca doa atau zikir ini tiga kali sehari atau lebih maka sesuatu pun dikalangan makhluk Allah Subhanu wa Ta‘ala. tidak dapat memudharatkannya.

 

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ ، مِنْ شَرِّ مَا خَلَقْ

 

Maksudnya : Aku memohon perlindungan dengan kalimah kalimah Allah Subhanu wa Ta‘ala. yang maha sempurna daripada kejahatan yang dijadikannya[89].

 

 

 

Membaca doa khusus untuk perlindungan

 

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى اْلأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ ، وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْم

 

Maksudnya: Dengan nama Allah yang tidak dapat memberi mudharat beserta menyebutkan namanya oleh sesuatu dibumi maupun dilangit sedangkan ia amat mendengar lagi amat mengetahui[90].

Membaca doa khusus untuk perlindungan ketika hendak tidur

يَا أَرْضَ رَبِّىْ وَرَبَّك الله ، أَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شَرِّكَ وَشَرِّ مَا فِيْكَ ، وَشَرِّ مَا خَلَقَ فِيْكَ ، وَشَرِّ مَا يَدُبُّ عَلَيْكَ ، أَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ أَسَدٍ وَأَسْوَدَ ، وَمِنَ الْحَيَّةِ وَالْعَقْرَبِ ، وَمِنْ سَاكِنِ الْبَلَدِ ، وَمِنْ وَالِدٍ وَمَا وَلَدَ

 

Maksudnya: Wahai bumi tuhanku, tuhanmu ialah Allah Subhanu wa Ta‘ala. aku memohon perlindungan dengan Allah Subhanu wa Ta‘ala. daripada kejahatan  engkau (bumi) dan kejahatan yang didalam engkau (bumi) dan dari kejahatan barang yang terjadi didalam engkau dan dari kejahatan barang yang melata diatas engkau ,aku memohon perlindungan singa (binatang buas) dan yang hitam (jin / syaitan) dan daripada ular dan kala dan daripada kejahatan penduduk negeri dan daripada anak dan apa apa yang terjadi disebabkan perkara tersebut[91].

 

Membaca doa khusus untuk perlindungan

 

بِسْمِ اللهِ وَضَعْتُ جَنْبِىْ ، اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِىْ ذَنْبِىْ وَأَخْسِىْءِ شَيْطَانِى ، وَفُكِّ رُهَانِىْ وَاجْعَلْنِىْ فِى النَّدَى اْلأَعْلىَ

 

Maksudnya: Dengan nama Allah Subhanu wa Ta‘ala. aku meletakkan lambungku ,wahai tuhanku ampunkanlah segala dosaku dan hindarkanlah aku dari syaitan yang sentiasa menggodaku dan tebuskanlah segala gadaianku dan tempatkanlah aku ditempat yang tinggi (mulia)[92].

 

 

10-       PENUTUP

Sebanarnya kalau kita hendak menghimpun kesemua fahaman dan ajaran khurafat yang sering berlaku didalam masyarakat Islam khususnya dinusantara ini amat banyak, memadailah dengan beberapa perkara yang telah diketengahkan sebagai garis panduan dan bekalan untuk kita bagi menilainya.

 

Setiap satu dari perkara yang pembahas tulis sebagai amalan khurafat didalam kertas kerja ini adalah menjadi amalan pembahas semasa dizaman jahiliyyah dahulu dan sehingga sekarang masih lagi kedapatan mereka yang mengamalkannya.

 

Oleh itu, menjadi suatu tanggungjawab kita sebagai umat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diamanahkan untuk memikul tanggungjawab untuk menegakkan amar makruf dan nahi mungkan untuk menghalang umat Islam dari terjebak dengan  amalan-amalan khurafat dan ajaran sesat yang  bermaharajalela dengan segala dongengan dan tahyulan mereka itu.

 

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sudah bersabda bahawa umatnya akan berpecah menjadi 73 puak, hanya satu yang akan berjaya. Menggambarkan kepada kita bahawa gejala ini akan terus ada sehingga kehari akhirat. Tetapi sebagai umat dan hamba, kita wajib meneruskan usaha kita menyedarkan manusia dengan segala tuntutan yang ada bagi mencapai slogan “Negara yang baik serta rakyatnya yang diampuni tuhan”

 

Akhir kalam dari al-faqir mengharapkan teguran membina dari para alim ulama jika kedapatan  sesuatu yang tidak tepat dengan kehendak agama didalam risalah ini. Kerana setiap manusia tidak lari dari kesilapan melainkan mereka yang dipilih oleh Allah Subhanu wa Ta‘ala . Wassalam.


[1] Al-Quran Surah al-Maidah ayat 3

[2] Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Malik didalam al-Muwaththa 5 / 371 hadith no 1395

[3] Lihat Kamus Dewan edisi terkini ( edisi keempat) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur 2005

[4] Ibid halaman 786

[5] Ibid halaman 1037

[6] Ibid halaman 136

[7] Ibid halaman 1790

[8] Ibid halaman 20

[9] Ibid halaman 1478

[10] Lihat “Penjelasan Istilah Yang Boleh Membawa Penyelewengan Aqidah” terbitan JAKIM  2006, halaman 16.

[11] Kamus Dewan,op.cit; halaman 20

[12] Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad didalam Musnadnya juz 51 halaman 242 hadith no 24085 daripada Abu Al-Nadhr daripada Abu ‘Aqil Al-Thaqafi daripada Mujalid ibn Sa’ad daripada ‘Amir daripada Masruq daripada ‘Aisyah R.A. .Hadith ini Shahih dan hadith ini juga telah dikeluarkan oleh Al-Tirmizi didalam Al-Syamail Al-Muhammadiyyah, dengan matan yang sama tetapi sedikit perubahan pada isnadnya bab 38 hadith no 242 halaman 173 daripada Al-Hasan ibn Shabbah Al-Bazzar daripada Abu Al-Nadhr daripada Abu ‘Aqil Al-Thaqafi daripada Mujalid ibn Sa’ad daripada Al-Sya’abi daripada Masruq daripada ‘Aisyah R.A. Menurut sanad yang kedua hadith ini Dhaif .

[13] Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam al-Thabarani didalam Mu’jam al-Ausath juz 13 halaman 325 hadith no 6247 daripada Muhammad ibn Yunus al-‘Ashfari daripada Yazid ibn ‘Amru ibn al-Barra; al-Ghanawi daripada Sa’id ibn Abdillah al-Sulami daripada ‘Ali ibn Abi Sarah daripada Thabit al-Bannani daripada Anas ibn Malik daripada ‘Aisyah r.a..

[14] Lihat kitab Dirasah Fi al-Sam’iyyat oleh Prof.Dr. al-Sayyid Muhammad ‘Aqil ibn ‘Ali al-Mahdali.

[15] Sila rujuk perbincangan ini didalam kitab al-Mukhtasar al-Mufid Fi Syarh Jauharah al-Tauhid oleh Syeikh Nuh ‘Ali Sulaiman al-Qudhoh (Mufti Jordan) halaman 155,lihat juga didalam Lihat “Penjelasan Istilah Yang Boleh Membawa Penyelewengan Aqidah” terbitan JAKIM  2006, halaman 16.

[16] Al-Quran surah al-Zumar ayat 9.

[17] Al-Quran surah al-Ahzab ayat 72.

[18] Al-Quran surah al-Syuraa ayat 7

[19] Al-Quran surah al-Rum  ayat 41

 

[20] Al-Quran Surah al-Taubah ayat 23

[21] Al-Quran Surah al-Maidah ayat 104

[22] Al-Quran Surah al-Hijr  ayat 28-40

[23] Al-Quran surah Yaasin ayat 18/19

[24] Al-Quran Surah al-Baqarah  ayat 156

[25] Hadith ini telah dikeluarkan oleh al-Bukhari didalam Kitab al-Tibb, bab La Haamah, hadith no 5757 lihat fath al-Bari jilid 16 halaman 33 .Hadith ini juga dikeluarkan oleh Muslim hadith no 4116 begitu juga dikeluarkan oleh Abu Daud,al-Tirmizi,Ibn Majah dan Imam Ahmad. Hadith Ini Shahih

[26] Al-Quran surah Yunus ayat 18

[27] Al-Quran surah Saba’ ayat 22

[28] Al-Quran surah al-Zumar ayat 43/44

[29] Al-Quran surah al-Zumar ayat 3

[30] Untuk maklumat lanjut sila lihat buku kami “KEPENTINGAN SANAD DALAM ISLAM”

[31] Sebahagian dari kumpulan silat ini sanggup mengadakan cerita dongeng kononnya Nabi saw telah mengijazahkan jurusan kebatinan pertama silatnya dalam perang Badar al-Kubra kepada para sahabat r.a.,sebahagian yang lian pula menggunakan sanad –sanad tertentu yang sampai silsilahnya kepada Nabi saw untuk dijadikan sanad amalan kebatinan didalam silatnya konon-kononnya amalan tersebut bersumberkan kepada Nabi saw.

[32]Al-Quran surah al-Isra’ ayat 36

[33] Lihat Tafsir al-Munir Prof Dr. Wahbah al-Zuhaily juz 30 halaman 477

 

[34] Hadith ini telah dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah didalam al-Mushannaf juz 5 halaman 436, hadith ini juga diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Jabir ibn Abdillah begitu juga al-Thabarani didalam al-Ausath daripada Ibn ‘Umar. Lihat Majma’ al-Zawaid Wa Manba’ al-Fawaid juzuk 5 halaman 120

[35] Hadith ini telah dikeluarkan oleh al-Tirmizi, Malik dan Ahmad dan dishahihkan oleh Albani, lihat juga dalam Arba’in al-Nawawi hadith ke 12

[36] Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad didalam al-Musnad daripada ‘Uqbah ibn ‘Aamir al-Juhaniy r.a. hadith no 16781

[37] Hadith ini telah dikeluarkan oleh al-Hakim didalam al-Mustadrak kitab  al-Tibb,jilid 4 halaman 240 hadith no 7501 dan Ibn Hibban didalam al-Ihsan kitab al-Ruqa Wa al-Tamaa im jilid 7 halaman 628 hadith no 6054 . Hadith ini shahih

[38] Lihat al-Ihsan kitab al-Ruqa Wa al-Tamaa im jilid 7 halaman 629

[39] Lihat Tafsir al-Munir Prof Dr. Wahbah al-Zuhaily juz 30 halaman 477

[40] Al-Quran Surah al-Jin ayat 6

[41] Al-Quran Surah al-Kahfi ayat 50

[42] Al-Quran Surah al-Ruum ayat 21

[43] Al-Quran Surah al-Hijr ayat 26/27

[44] Al-Quran Surah al-Baqarah  ayat 275

[45] Al-Quran Surah al-Mukminun ayat 97/98

[46]Al-Quran Surah al-Baqarah ayat 102

[47] Hadith ini telah dikeluarkan oleh al-Hakim didalam al-Mustadrak kitab al-Tibb,jilid 4 halaman 239 hadith no 7497. HHHadith ini Shahih

[48] Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad 1 / 381, Abu Daud hadith no 3883, Ibn Majah hadith no 3530, al-Hakim 4 / 418 dan Albani menyebutkan juga didalam shahihnya no 331.

[49] Al-Quran Surah al-Tahrim ayat 6

[50] Perkara ini berdasarkan hadith yang dikeluarkan oleh Imam al-Dailami didalam musnad al-Firdaus 4/225

[51] Lihat “Dirasah Fi al-Sam’iyyat” oleh Prof.Dr. Sayyid Muhammad ‘’Aqil al-Mahdali halaman 17 dan 18

[52] Al-Quran Surah al-Syura  ayat 42

[53] Al-Quran Surah Ibrahim  ayat 42

[54] Hadith ini telah dikeluarkan oleh al-Bukhari lihat Fath al-Bari jilid 10 halaman 378

[55]Al-Quran Surah al-Nisa  ayat 117-119.

[56]Sebahagian dikalangan perawat menggunakan bahan-bahan seperti yang disebutkan sila lihat 50 PELINDUNG DIRI & KEDIAMAN oleh Hanif Hj Ghazali halaman 87 yang menyarankan menggunakan kacang hijau kononnya toyol akan bermain dengan kacang hijau tersebut.

[57] Al-Quran Surah al-Hijr  ayat 28-40

[58] Lihat  oleh “Batu Permata Dan Nilai Perubatannya”Dr. Hisyam Hasyim

[59] Al-Quran Surah Yunus ayat 18

[60]Al-Quran Surah al-Isra’ ayat 36

[61] Al-Quran Surah Ibrahim  ayat 42

[62] Al-Quran Surah Yunus ayat 18

[63] Al-Quran Surah al-Baqarah  ayat 156

[64] Hadith ini telah dikeluarkan oleh al-Bukhari didalam Kitab al-Tibb, bab La Haamah, hadith no 5757 lihat fath al-Bari jilid 16 halaman 33 .Hadith ini juga dikeluarkan oleh Muslim hadith no 4116 begitu juga dikeluarkan oleh Abu Daud,al-Tirmizi,Ibn Majah dan Imam Ahmad. Hadith Ini Shahih

[65] Lihat “Berpawang Dan Bersahabat Dengan Jin daripada Perspektif Islam” halaman 110

[66] Al-Quran Surah al-Nisa’   ayat 46

[67] Al-Quran Surah Yunus ayat 18

[68] Al-Quran Surah al-An’am ayat 153

[69] Al-Quran Surah al-Baqarah   ayat 173

 

[70] Al-Quran Surah al-An’an   ayat 112

[71] Hadith ini telah dikeluarkan oleh al-Tirmizi, Malik dan Ahmad dan dishahihkan oleh Albani, lihat juga dalam Arba’in al-Nawawi hadith ke 12.

 

[72] Al-Quran Surah al-Maidah, ayat 51

[73] Al-Quran Surah al-Isra’, ayat 82

[74] Al-Quran Surah al-Jin, ayat 26/27

[75] Al-Quran Surah al-An’am, ayat 59

[76] Hadith ini telah dikeluarkan oleh al-Tirmizi, Malik dan Ahmad dan dishahihkan oleh Albani, lihat juga dalam Arba’in al-Nawawi hadith ke 12.

 

[77] Lihat Penjelasan Terhadap 58 Ciri Ajaran Sesat Di Malaysia terbitan JAKIM 2006 halaman 1 dan 2

[78] Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Malik 2 / 236 hadith no 507, al-Bukhari  5 / 182.  juga di-keluarkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi dan Imam Ahmad.

[79] Al-Quran Surah al-Tahrim ayat 6

[80] Al-Quran Surah al-Anbia’ ayat 7

[81] Al-Quran Surah al-Taubah ayat 119

[82] Al-Quran Surah al-Baqarah ayat 186

[83]Al-Quran Surah al-Mujadalah ayat 19

[84]Al-Quran Surah al-Isra’  ayat 45

 

[85] Hadith ini telah dikeluarkan oleh al-Bukhari lihat Fath al-Bari 11 / 125, juga al-Tirmizi 5 / 139

[86] Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Malik didalam al-Muwaththa’ 1 / 209 , al-Bukhari lihat Fath al-Bari 6 / 338 dan Muslim, lihat Syarh Nawawi 17 / 17

[87] Hadith ini telah dikeluarkan oleh al-Tirmizi 11 / 307 hadith no 3348 dan dia berkata hadith ini hasan lagi shahih, juga dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dishahihkan oleh Albani

[88] Hadith ini telah dikeluarkan oleh Abu Daud dan telah mengatakan hasan oleh Imam Nawawi didalam al-Azkar halaman 26 dan dishahihkan oleh Albani

[89] Hadith ini telah dikeluarkan oleh Muslim lihat Syarh al-Nawawi 17 / 31

[90] Hadith ini telah dikeluarkan oleh al-Tirmizi 5 / 133 hadith ini hasan lagi shahih

[91] Hadith ini telah dikeluarkan oleh Abu Daud 3 / 35 hadith ini hasan.

[92] Hadith ini telah dikeluarkan oleh Abu Daud 4 / 313 hadith ini hasan. Al-Nawawi juga mengatakan hadith ini hasan didalam al-Azkar halaman 77

 

Fadhilat Surah-Surah Al-Quran

•November 6, 2010 • Tinggalkan Komen

FADHILAT SURAH-SURAH AL-QURAN,

FADHILAT AL-FATIHAH, Rasullullah telah bersabda yang bermaksud : “Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala racun”

 

Untuk Penawar Racun & Kala Jengking
Isilah gelas dengan sedikit air yang dicampur dengan sedikit garam. Bacakanlah surah al Fatihah 7 kali pada air di dalam gelas itu. Kemudian berilah orang yang disengat lipan itu minum dan usapkanlah sedikit di bahagian sengatan tadi. Insyaallah dengan ikhtiar itu racun yang ada di dalam badan akan menjadi tawar sehingga cepat sembuh kembali.
Untuk Menghilangkan Sifat Lupa
Tulislah surah al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain) yang bersih lagi suci. Lalu tuangkanlah air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian berilah minum kepada orang yang selalu pelupa. Insya Allah usaha ini akan berhasil dengan kesabaran.
Untuk Penyembuhan Segala Penyakit
Ambillah sebaldi air lalu dibacakan surah ini kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuhlah kedua tangan, kedua kaki, muka,kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air itu. Insya Allah dengan ikhtiar ini, penyakit yang dialami akan sembuh. Lakukanlah berkali-kali.
Untuk Penyembuhan Penyakit Mata
Bacalah surah ini 41 kali sehabis sembahyang subuh kepada orang yang sakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas membaca al Fatihah. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.

FADHILAT AL-IKHLAS

Mulakan bacaan dengan ayat – “Au zubillah himinashsyaitan nirrajim…..bismillahirrahmannirrahim”.
Tafsirannya : Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
Demikian diterangkan dalam ( Tadzikaratul Qurthuby ). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya : Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

FADHILAT AL-KURSI

Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas memyempurnakan solat fardhu akan dipelihara oleh Allah sehingga solat berikutnya. Allah swt akan menghantar dua malaikat untuk memelihara orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan sehingga waktu subuh.
Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu akan memelihara keluarga, juga rumah-rumahnya yang berhampiran dengannya. Boleh juga dimaksudkan terpelihara daripada binatang yang mudharat, bencana alam, kebakaran, dan jahat angkara manusia. Maka Rasulullah s.a.w menyuruh setiap arang agar melakukan sesuatu perbuatan dengan menyebut nama Allah oleh kerana iblis dan syaitan tidak berupaya mengangkat atau membuka sesuatu yang di tutup dengan meyebut nama Allah.
Allah tidak menegah mereka yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu masuk dalam syurga. Barang siapa yang keluar dari rumahnya dengan membaca ayat al-Kursi, maka Allah utuskan tujuh puluh ribu malaikat kepadanya, mereka memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari.
Barang siapa membacanya, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid
Barang siapa yang membacanya ketika dalam kesempitan atau kesusahan, Allah akan menolongnya.

Bomoh Menggunakan Khadam / Jin Dalam Perubatan

•November 5, 2010 • Tinggalkan Komen

Tanda-Tanda Tok Bomoh Menggunakan Khadam / Jin Dalam Perubatan, Kebanyakan daripada orang-orang Melayu sangat mempercayai Tok Bomoh sehingga mereka tidak dapat membezakan di antara Tok Bomoh yang hak dan yang batil ( yang menggunakan pertolongan Khadam dalam pengubatan mereka ). Keadaan ini berlaku kerana mereka jahil tentang ajaran Islam yang sebenarnya, oleh itu mereka mudah di tipu oleh lakunan yang dimainkan oleh Tok Bomoh palsu ini. Sebagai panduan diperturunkan serba ringkas contoh-contoh Tok Bomoh yang menggunakan pertolongan khadam dalam pengubatan mereka. Antara tanda-tanda tersebut dapat kita lihat melalui salah satu dari perkara-perkara berikut, antaranya :-
A ) Cara berpakaian semasa mereka berjampi.Biasanya semasa berjampi Tok Bomoh atau Tok Pawang yang bersahabat dengan khadam ini memakai pakaian khas, antaranya seperti :-
Memakai baju dan seluar yang bewarna hitam dengan melilit kain hitam di kepala atau memakai tengkolok bewarna hitam dan sebagainya.
Memakai jubah. Kadangkala bewarna putih dan kebiasaanya bewarna kuning, kononnya dia dari keturunan raja. Terdapat juga yang memakai jubah hijau kononnya beliau bersahabat dengan Jin Islam.
Terdapat juga yang berpakaian baju Melayu, berkain pelikat dan bersongkok atau berketayap.
Ada juga yang berambut panjang, yang kononnya beliau berketurunan dari Jawa, Sumatera dan sebagainya.
B ) Mengubat Pesakit dengan Cara Menurun/Menyelap.Sebelum menurun biasanya Tok Bomoh akan membaca beberapa serapah, jampi atau mentera tertentu dan ada kalanya membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga yang memegang keris dan mengasapkanya pada asap kemian. Dalam beberapa saat sahaja masuklah Jin ke dalam tubuh Tok Bomoh tersebut. Ada yang mengeletar, ada yang berguling-guling dan sebagainya, ketika di masuki oleh Jin khadam mereka itu.
Suara dan raut wajah mereka juga akan bertukar. Sesetengahnya kelihatan sangat tua dan berkedut, manakala suara mereka juga terketar-ketar dan sangat perlahan dan adakalanya susah untuk di fahami, ini kerana Jin sahabat mereka itu sudah tua. Matanya kadang-kala pejam dan suka tunduk ke bawah. Suara juga sudah berubah dan mengikut jenis dan dari tempat mana Jin itu berasal. Kalau Indonesia, ia akan bercakap bahasa Indonesia atau bahasa Jawa, begitulah seterusnya. Biasanya ucapan Jin tersebut di mulai dengan katanya ” Assalamualaikum, apa hajat cucu ku datang ke mari / memanggil ku ? ”
C) Tanpa Menurun / Menyelap.Terdapat juga Tok Bomoh yang mempunyai khadam daripada gulungan Jin yang memanggil Jin khadam mereka tanpa menurun. Cara rawatan tersebut dapat dilakukan dengan berbagai cara antaranya :-
Dengan meletakkan air, limau dan sintuk atau barang-barang lain yang difikirkan perlu di hadapannya.
Terdapat juga Tok Bomoh jenis ini yang menilik terlebih dahulu, seperti dengan menggunakan limau dan menggolekkanya atau membelahnya kemudian dilepaskan kedalam air dan melihat limau tersebut samada terbalik atau tertiarap. Mereka juga kadangkala menggunakan mangkuk putih yang diisikan dengan air sambil menilik dan membuat ramalan. Terdapat juga Tok Bomoh yang menggunakan jarum yang diletakkan di atas air dan jarum tersebut akan berpusing dan sebagainya.
D) Membelah Batin.Pertolongan daripada khadam juga digunakan oleh Tok Bomoh-Tok Bomoh yang dapat membelah batin pesakitnya tanpa menggunakan sebarang alatan pembedahan seperti pisau dan sebagainya. Walaupun kadang-kala Tok Bomoh jenis ini juga menggunakan pisau tetapi tiada kesan luka yang dapat di lihat di badan pesakit. Pesakit akan merasai seolah-olah seperti di bedah dan dapat merasai kesan darah dan sebagainya. Setelah selesai melakukan pembedahan batin ini, Tok Bomoh tersebut biasanya akan menggunakan daun sireh atau limau nipis untuk menyempurnakan pembedahan ghaibnya.
Sebenarnaya kita boleh menggunakan Khadam dalam melakukan pekerjaan kita dengan syarat-syarat berikut, antaranya :-
Tidak terikat dengan mana-mana syarat daripada Khadam
Tidak menggunakan Tanasukh Aruah ( Menurun )
Kelakuan yang tidak menyalahi syarak ketika melakukan rawatan
Perawat telah mantap pegangan dan kefahaman Akidah, Akhlak dan Syariat.
Sebenarnya tidaklah salah jika kita ingin menjadi Tok Bomoh, tok dukun atau Mak Bidan, malahan Islam juga menggalakkan umatnya menceburi Bidang tersebut, kerana Bidang tersebut merupakan salah satu daripada Fardhu Kifayah tetapi biarlah cara dan amalan serta kaedahnya itu merupakan sesuatu yang diharuskan oleh syarak dengan mengikuti contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, bukannya yang di terima melalui mimpi, menggunakan pertolongan khadam yang terdiri daripada para Jin dan sebagainya.

Cara-Cara Untuk Melakukan Penganiyaan Dan Kesannya

•November 5, 2010 • Tinggalkan Komen

Cara-cara Untuk Melakukan Penganiyaan, terdapat berbagai cara yang di lakukan oleh orang-orang yang dengki tersebut, supaya matlamat yang mereka impikan tercapai, walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak serta bersusah payah memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Tok Bomoh tersebut untuk menjayakan penganiayaan mereka. Antaranya :-
A) Menanam barang-barang Hikmat:- Setelah mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh jenis ini orang tersebut mestilah menanam barang-barang tertentu yang telah di puja dan di jampi oleh Tok Bomoh, seperti minyak dagu, minyak berpuja ( minyak orang mati di bunuh ) telur ayam, kulit kerbau balau yang mati di panah petir, tulang orang mati, tulang babi, tulang kongkang, kulit babi, besi bath siam, tahi besi, paku, rambut, gigi, patung siam, tanah kubur, tengkorak, batu tokong siam atau tokong Hindu, serpihan batu asah dan sebagainya di tempat-tempat yang biasa di duduki dan dilalui oleh orang yang di sakitinya itu seperti di rumah, di dalam pasu bunga, depan pintu, dekat pagar, kepala simpang jalan, di selit di tempat-tempat sulit samada di rumah, di pejabat, di kedai, di dinding, bawah rumah, dalam kenderaan atau jika barang tersebut jenis debu seperti abu orang mati, maka ia di tabur di sekeliling rumah orang tersebut dan sebagainya. Jika barang hikmat itu berupa minyak berpuja kebiasaannya di sapu di tiang rumah, kedai, kenderaan, pakaian dan sebagainya.
B) Memuja gambar:- Terdapat juga cara untuk menganiayai orang lain dengan cara memuja gambar orang yang ingin di khianati seperti gambar tersebut di seru dan di jampi serta di cucuk-cucuk dengan jarum atau di gantung di sesuatu tempat yang berangin supaya sentiasa berbuai. Selain gambar, alat-alat badan seperti pakaian, baju dalam atau seluar dalam seseorang juga boleh digunakan sebagai alat untuk memuja dan menganiayai seseorang terutamanya dalam penganiayaan yang berkaitan dengan masalah cinta , rumah tangga dan kasih sayang.
C) Tuju melalui angin/makanan:- Pengkhianatan juga boleh dilakukan dengan cara membuat tuju kepada orang yang di sakiti dan di hantar melalui angin contohnya seperti santau angin atau dengan memuja tengkorak orang mati di rumah Tok Bomoh dengan di tuju dan di kasadkan kepada orang yang dihajatinya. Penganiayaan juga boleh dilakukan dengan memasukkan sesuatu hikmat kedalam makanan dan minuman seseorang.
D) Memuja Patung:- sebagai penganti orang yang di aniayaiPemujaan patung yang di puja dan dikasadkan kepada orang yang dihajati juga kerap dilakukan oleh orang-orang yang dengki dengan tujuan untuk memporak perandakan kehidupan orang tersebut. Patung-patung tersebut di cucuk dengan jarum atau duri nibung dang sebagainya dengan tujuan supaya orang yang dihajati akan merasa sakit dan mati secara perlahan-lahan.
Kesan dan Akibat ke atas diri mangsa.
Setelah syarat-syarat yang di minta oleh Tok Bomoh makan upah ini di penuhi dan semua peraturannya diikuti maka akan berlaku sesuatu keatas orang yang dihajati oleh si pengupah tersebut. Antara kesan dan tanda-tanda bahawa seseorang tersebut telah menjadi mangsa Tok Bomoh makan upah ini ialah antaranya :-

  1. Badan sentiasa sakit menyucuk-nyucuk, anggota terasa panas, bisa seluruh badan atau sebahagian daripada badan, badan terasa kebas dan sebagainya.
  2. Perasaan menjadi resah dan gelisah, tidak boleh tidur malam, sering bermimpi yang buruk dan mengerikan, terdapat lebam-lebam bewarna biru seperti kena tokok ditempat-tempat tertentu pada badan.
  3. Orang yang dianiayai akan menjadi gila, hilang ingatan, tidak siuman, mereng dan seumpamanya.
  4. Sering meracau-racau, ketawa mengilai-gilai atau bercakap seorang diri.
  5. Mengalami sakit kepala sebelah samada di sebelah kanan atau kiri.
  6. Rahim terasa sakit dan kadang-kala terasa seperti hendak jatuh
  7. Badan terasa berat seperti ada benda di atas belakangnya dan kadang-kala terasa seperti ada sesuatu yang mencakar-cakar belakangnya.
  8. Sentiasa terkenang atau teringat seseorang dan terasa hendak lari dari rumah.
  9. Tidak boleh duduk dalam rumah, dalam kedai atau di pejabat sebab terasa panas dan serabut.
  10. Selalu tidak sedarkan diri dan pengsan.
  11. Kadang-kala si mangsa berbau busuk di merata-rata tempat.
  12. Perut mangsa menjadi buncit tanpa apa-apa penyakit. ( kata orang busung )
    Kadang-kala kemaluan dirasakan telah berpindah ketempat lain seperti berada di dahi, sedangkan orang lain tidak dapat melihatnya.
  13. Terdengar suara atau bisikan yang memanggil atau menyuruhnya melakukan sesuatu seperti memukul seseorang, membunuh orang, membunuh diri sendiri atau bisikan yang mengatakan ” kamu akan mati tidak lama lagi dan sebagainya.
  14. Rumah tangga sentiasa bergelora dan perkelahian antara suami isteri sentiasa berlaku.
  15. Sentiasa menolak pinangan yang datang meminang jika mangsa tersebut anak gadis, jika anak teruna mereka enggan berkahwin sampai ke tua.

Tok Bomoh yang mengambil upah untuk menganiayai orang lain ini amatlah besar dosanya dan telah menjerumuskan dirinya kelembah kekafiran begitu juga orang-orang yang mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh-Tok Bomoh dari jenis ini. Kedua-dua belah pihak sama-sama menjadi kafir dan akhirnya sama-sama akan dihumbankan kedalam neraka di hari Khiamat kelak. Oleh itu sebagai umat Islam kita mestilah menjauhkan diri daripada Tok Bomoh-Tok Bomoh yang seperti ini. Anggaplah segala sesuatu yang berlaku keatas diri kita itu adalah merupakan takdir dan Qada dan Qadar daripada Allah. Semua kejadian itu adalah atas kehendak Allah, tentu ada hikmah dan nikmat di sebalik semua kejadian tersebut, jangan suka menaruh perasaan dendam, cemburu dan iri hati, kerana perasaan tersebut akan merusakkan diri kita sendiri. Serahlah segala-galanya kepada Allah serentak melalui lidah, anggota, hati yang dinamakan dengan ucapan doa, teguh cita-cita dan usaha ikhtiar, kerana Dialah yang lebih berkuasa dan lebih Mengetahui segala-galanya.

Mempelajari ilmu Sihir, beramal dengannya untuk menyakiti dan mengkhianati sesama manusia, bererti mereka telah mempelajari ilmu sesat ( kufur ), berada dalam kesesatan ( kekufuran ), beramal dengan kesesatan ( kufur ), mati dalam sesat ( kufur ) dan kekal sebagai ahli neraka, selagi mana mereka tidak kembali kepada agama Islam dengan ucapan dua khalimah syahadat serta taubat nasuha. Segala amalan baiknya itu akan dipindahkan oleh Allah kepada orang yang dikhianatinya. Segala kejahatan mereka yang di sihir itu di campakkan oleh Allah keatas diri penyihir sebagai tambahan kepada kejahatan yang sedia ada. Jika ditakdirkan mereka yang dianiayai itu meninggal dunia, oleh sebab beradat melalui ilmu sihirnya, maka mati orang yang di sihir itu sebagai ahli fitrah ( syurga ) dengan syarat dia telah menerima penyakit tersebut dengan penuh sabar dan bergantung harap kepada kebesaran dan keagungan Allah dengan penuh kesabaran dan penuh redha.

Kesesatan Yang Dilakukan Oleh Orang Yang Berubat

•November 5, 2010 • Tinggalkan Komen

Kesesatan Yang Dilakukan Oleh Orang Yang Berubat

i Memuja Kubur-kubur yang di anggap Keramat.Terdapat sesetengah daripada orang Melayu memuja kubur-kubur yang di anggap keramat dalam usaha meminta pertolongan bagi mengubati penyakit yang di alaminya. Sebenarnya kubur tersebut tidak dapat memberi apa-apa pertolongan dan kesan kepada penyakit mereka. Perbuatan tersebut amat bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh umatnya meminta pertolongan hanya kepada Allah. Di samping perbuatan mereka itu juga tidak ada bezanya dengan amalan orang-orang Hindu dan Buddha.
Menziarahi kubur sebenarnya tidaklah salah atau menjadi satu kesalahan, bahkan sunat bagi umat Islam menziarahi kubur kedua ibu bapa , sanak saudara, keluarga, sahabat handai, tok-tok guru, alim ulama, para syuhadak dan orang-orang saleh, tetapi mengadakan pemujaan atas kubur tersebut, dengan mengadakan sesuatu upacara tertentu atau khusus di luar batasan syarak, itulah yang menjadi kesalahan dan kadang-kala boleh menyebabkan seseorang itu menjadi murtad dengan tidak disedari. Waliyazubillahi min zalik.
Antara contoh perbuatan memuja kubur yang dianggap kubur Tok Keramat yang berlaku dalam masyarakat kita ialah seperti memuja kubur Mak Bidan Tetek Lanjut di Taiping, memuja kubur Tok Temong di Temong, Kati, Kuala Kangsar, Memuja kubur-kubur di Pulau Besar, Melaka. Mak Bidan Tetek Lanjut yang di puja itu tidak siapa pun yang mengetahui asal usul dan kesolehannya. Jadi mengunjungi kuburnya dengan sesuatu tujuan, membayar nazar dan niat adalah merupakan perbuatan bidaah dholalah yang haram semata-mata, kerana menganggapnya keramat dengan membawa pisang, pulut kuning dan sebagainya dengan tujuan untuk mendapat berkat dan sebagainya.
Manakala pemuja Kubur Tok Temong di Kati pula, pengunjung-pengunjung mengunjunginya dengan tujuan untuk menunaikan hajat dengan membawa pulut kuning, ancak, kemian, serta mengadakan tahlil di kubur tersebut bagi mendapatkan sesuatu hajat. Ada juga pengunjungnya yang menyembelih ayam dan di niatkan darah dan tulang ayam itu adalah untuk makanan Jin penunggu Tok Temong. Tidak ketinggalan kubur tersebut juga di kunjungi oleh sesetengah guru-guru latihan pertahanan diri dan pengikut mereka untuk mengambil berkat dan lain-lain yang seumpamanya. Mengikut sejarah Tok Temong hanyalah merupakan pemerintah asal kawasan tersebut sebelum kedatangan Sultan ke Kuala Kangsar sahaja.
Pemuja-pemuja kubur di Pulau Besar di Melaka pula menganggap kebanyakan kubur-kubur di Pulau tersebut adalah kubur wali-wali Allah yang keramat. Sebenarnya kubur-kubur di pulau tersebut banyak yang kosong tanpa penghuni. Hanya orang yang tidak tahu menilai kebenaran sahaja yang mahu mengunjunginya. Mereka di tipu oleh kumpulan-kumpulan Jin yang mendiami pulau tersebut dan memberitahu mereka melalui mimpi supaya dibangunkan kubur-kubur untuk pemujaan.
ii. Pengeras / Upah.Kebiasaan pengeras yang ditetapkan oleh sesetengah Tok Bomoh adalah berlainan. Ada yang menetapkan seperti lima ringgit suku dengan jarum tiga batang dan garam setahil. Sesetengah pengeras pula dengan membawa sireh bertemu urat sebanyak tujuh helai, kapur dan pinang. Ada juga yang menetapkan pengerasnya dengan buah kelapa masak, beras secupak dan minyak kelapa. Jika membuang barang hikmat yang tertanam upahnya adalah sekali ganda dari upah yang dikenakan oleh orang yang menanamnya, contohnya kalau RM 100.00 jadi RM 200.00 dan sebagainya. Ada juga yang mengenakan pengeras atau upah sampai beribu ringgit mengikut kemampuan dan kemampuan pesakit. Terdapat juga Tok Bomoh yang menetapkan upah sekadar ikhlas pesakit sahaja.
Kesalahan dan kesesesatan yang berlaku dalam keadaan ini ialah apabila pesakit tersebut percaya jika tidak menyediakan pengeras seperti yang di minta oleh Tok Bomoh itu maka penyakitnya tidak akan sembuh atau sukar untuk disembuhkan atau menganggap pengeras yang disediakan itulah yang menyebabkan penyakitnya sembuh. Sebenarnya mengambil upah berubat dan menjampi dengan ayat-ayat Al-Quran , Selawat-selawat Nabi dan susunan ayat-ayat yang baik adalah diharuskan oleh syarak, berdasarkan suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Saad bin Abi Waqas.
iii. Pemutus Ubat.Pemutus ubat bermakna menamatkan rawatan dengan Tok Bomoh tersebut setelah pesakit sembuh dari penyakit yang di alaminya. Kononnya kalau tidak ” putus ubat ” penyakit itu akan kembali semula. Berbagai jenis dan syarat amalan pemutus ubat diminta dan dikenakan oleh Tok Bomoh, antaranya seperti :-

  • Pesakit mesti menyembelih seekor ayam hitam, sepinggan pulut putih atau kuning dan sebiji telur dadar yang diletakkan di atas pulut tersebut.
  • Melepaskan ayam hitam di tepi hutan dengan niat tertentu
  • Mandi di kolah masjid tertentu sebanyak 3 atau 7 kali
  • Membuat kenduri aruah dan di antara persiapannya ialah kemian yang di bakar, pulut kuning dan lain-lain kuih muih dan sebagainya.

Apabila seseorang itu yakin dan mempercayai serta berittikad bahawa tok-tok Bomoh atau doktor-doktor itulah yang menyembuhkan penyakit dengan ikhtiar dan usaha mereka atau melalui ubat-ubatan dan jampi-jampian mereka yang memberi bekas dalam menyembuhkan penyakit itu, ini bererti dia telah menyediakan dirinya jatuh kedalam murtad, kerana ia telah berpegang teguh dengan keyakinan tersebut sehingga menjadi satu ittikad bahawa sebab beradat yang Allah telah datangkan itu memberi bekas dalam menghasiklan sesuatu.

Sifat Yang Harus Ada Bagi Orang Yang Akan Mengubat

•November 5, 2010 • Tinggalkan Komen
  1. Harus mempunyai akidah yang benar, bersih dan jernih.
  2. Harus mewujudkan tauhid yang murni, baik dalam ucapan mahupun dalam perbuatan.
  3. Harus mempunyai keyakinan bahawa firman Allah sangat berpengaruh untuk menghalau jin dan syaitan.
  4. Harus mengetahui hal ehwal jin dan syaitan.
  5. Harus mengetahui tempat-tempat pintu masuk jin dan syaitan.
  6. Orang yang akan mengubati sebaiknya orang yang sudah menikah.
  7. Harus menjahui perkara yang diharamkan, kerana dengan perkara yang haram tersebut syaitan menyerang manusia.
  8. Harus mengerjakan dan melaksanakan berbagai macam ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, kerana amal tersebut akan dapat mengalahkan syaitan.
  9. Harus sentiasa mengingat Allah Yang Maha Agung, berzikir kepada-Nya, kerana zikir adalah merupakan benteng yang sangat kukuh dalam menghadapi syaitan yang terkutuk. Semuanya ini tidak akan dapat dilaksanakan jika tanpa mengetahui berbagai macam zikir dan doa harian sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. serta sentiasa mengamalkannya, seperti doa masuk rumah dan masjid, doa keluar dari rumah dan masjid, doa waktu mendengar suara ayam berkokok, doa ketika mendengar suara keldai, doa pada waktu melihat bulan purnama, doa waktu naik kenderaan dan sebagainya.
  10. Harus sentiasa memagar diri dengan cara mendekatkan diri kepada Allah.