HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL ISLAMI (BAHAGIAN 1) SHAMSUL ANUAR AHMAD

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL ISLAMI (BAHAGIAN 1)

SHAMSUL ANUAR AHMAD

1. ALLAH sayang kita…

“Betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi…

Kenapa AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286

rasa FRUST?
“janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
“… ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12

2. Ini artikel dari laman web Dewan Perwakilan Mahasiswa Syubro.

Syubro adalah salah satu daripada cawangan Universiti Al Azhar yg dikhususkan utk pengajian tahfiz al Quran dan qiraat. Dari sini lahir tokoh2 yg terkenal di Malaysia seperti Ustaz Taib Azamuddin, Ustaz Hassan Mahmood al hafiz dan ramai lagi…

Al-Quran itu KeKasih
———————
Al- Quran itu seumpama kekasih. Mungkin itulah tamsilan mudah untuk menerangkan perkaitan Al-Quran dalam kehidupan kita seharian.
Ternyata, apabila sesuatu itu menjadi kekasih hati kita, maka pelbagai cara kita menzahirkan rasa cinta yang begitu mendalam apa
bentuk dan cara sekalipun. Dan sememangnya jika kita bercinta dengan sesuatu itu mengharap cinta kita tidak bertepuk sebelah tangan!
Dari itu, marilah kita merenung sejauh mana hati kita benar-benar mencintai Al-Qurankalam Allah Yang Maha Agung.

1. Kekasih yang terlalu istimewa
—————————–
Sekeping warkah daripada orang yang kita cintai, pasti akan ditatap sepuas-puasnya malah berulang kali dibaca. Namun, hakikatnya
akan timbul juga rasa jemu kelak. Tidakkah ia hanya sekadar bahasa yang tidak memiliki sebarang keistemewaan?
Berbanding Al-Quran, biarpun kita membacanya berulangkali, tidak sedikit pun kita akan merasa jemu apatah lagi membencinya.
Allah berfirman ; “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan ‘zikrullah’. Ketahuilah dengan
‘zikrullah’ itu , tenang tenteramlah hati manusia”
(Surah Ar-Rad:28 )
Malah dijanjikan oleh Allah sesiapa yang ikhlas mengharap keredhaan Allah.Dengan memperbanyakkan zikrullah (mengingati Allah) maka
dia akan memperolehi ketenangan yang membahagiakan. Dan zikrullah yang paling afdal (terbaik) itu ialah membaca Al-Quran. Seterusnya
Allah SWT juga menyatakan keistemewaan kekasih ini iaitu Allah SWT menurunkan dengan sebaik-baiknya perkataan sebagai firman-Nya
dalam surah az-Zumar, ayat 23 ; “Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi
kandugannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan pelbagai
cara);yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian
kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah.
Kitab suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya
(menurut undang-undang peraturan-Nya);dan(ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada
sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya”.

2. Kekasih yang perlu dimuliakan
—————————–
Al-Quran juga merupakan kekasih yang perlu dimuliakan kerana sifatnya yang berkat dan banyak manfaatnya. Dengan itu Allah telah
menyeru kita agar mematuhi kandungan kekasih itu kerana dengan itu kita akan memperolehi keberkatan daripada-Nya,Firman Allah
bermaksud: “Dan ini sebuah kitab (al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya), Oleh itu, hendaklah kamu
menurutnya; dan bertakwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.”
( Surah Al-An’am :155 )

Malah Allah juga menggariskan adab-adab bagaimana memuliakan kekasih kita ini. Antaranya ialah apabila kita mendengar bacaan
al-Quran, maka kita perlu mendengar dan berdiam diri, sebagaimana ingatan Allah dalam surah al-A’raf, ayat 204,maksudnya: “Dan
apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu
beroleh rahmat”.

3. Kekasih yang setia
——————
Kesetiaan dalam percintaan adalah jaminan kebahagiaan hati. Begitulah juga seandainya kita menjalinkan cinta bersama al-Quran. Namun
begitu, orang yang bercinta dengan al-Quran akan sentiasa mengukur kesetiaan dirinya terhadap al-Quran. Lalu apakah ukurannya?
Bukankah qiamullail itu adalah satu pengukur yang paling relevan? Ini kerana kesukaran untuk menunaikan ibadah pada malam hari
dengan tidur yang sedikit itu menggambarkan pengorbanan.
Maksud firman Allah : “Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Antaranya ada golongan yang telah (memeluk Islam dan) tetap (berpegang
kepada Agama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan
sembahyang).Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat. Segala pekara yang baik, dan melarang daripada
segala pekara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian
sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh”.
( Surah Ali Imran, ayat 113-114 )

Malah at-Tabrani meriwayatkan daripada Sahl bin Sa’ad r.a daripada Rasulullah s.a.w, sabda baginda ; “Kemuliaan seorang Mukmin ialah
qiamullail (bangun pada waktu malam untuk beribadat)”
Baginda juga menceritakan tentang kelebihan dan ganjaran yang diperolehi seseorang yang berqiamullail dan membaca al-Quran. Sabda
Baginda: “Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca sepuluh ayat, dia tidak tertulis daripada kalangan orang-orang yang
lalai. Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca seratus ayat akan ditulis daripada kalangan orang yang beribadat.Sesiapa
yang melakukan qiamullail dengan membaca seribu ayat akan ditulis daripada kalangan orang yang berlaku adil.”
( Riwayat Abu Daud )

4. Kekasih yang perlu dibelai sentiasa
————————————–
Kekasih yang perlukan belaian bermaksud kita perlu menjaganya dan sentiasa mendampinginya. Dari itu, Rasulullah s.a.w sering memberi
amaran dan memerintahkan agar umatnya menjaga al-Quran dan tidak melupakannya.
Daripada Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Dibentangkan kepadaku pahala umatku, sehingga pahala hasil
perbuatan seseorang yang membuang kotoran daripada masjid. Dibentangkan juga kepadaku dosa-dosa umatku. Aku tidak dapati dosa yang
lebih besar daripada satu surah atau satu ayat yang dikurniakan kepada seseorang kemudian dia melupakan”.
(Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Selain itu, kita membelai kekasih ini dengan sifat kita berlumba-lumba untuk membacanya pagi dan malam malah berasa iri hati dengan
“kegilaan” orang lain membaca Kalamullah itu. Dari Ibnu Umar
meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Hasad (iri hati) itu tidak dibenarkan melainkan dua pekara, seseorang yang
dirahmati Allah dengan bacaan al-Quran dan terus berada dalam keadaan demikian siang dan malam dan seorang lagi yang dilimpahkan
dengan harta yang banyak oleh Allah dan dia membelanjakannya siang dan malam”.

Hasad dan iri hati semestinya dilarang oleh Allah. Bagaimanapun ulama mentafsirkan hasad di sini sebagai ‘ghitbah’ yang dimaksudkan
sifat ingin berlumba-lumba. Sifat ini menggambarkan keinginan memperolehi sesuatu sama seperti orang itu dan berlumba-lumba untuk
lebih terhadapan dalam beramal.

Semoga kita akan terus konsisten atau beramal secara berterusan untuk menjaga hubungan baik kita bersama al-Quran. Bukankah dia
kekasih yang membahagiakan?

*********************************************************************

Keutamaan Membaca Al-Quran
—————————
( Petikan dari ‘Keagungan Kitab Al-Quran dan Peminatnya’ oleh Ustaz Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh).

1.Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, manakala sembahyang sebesar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.
2.Pahala membaca Al-Quran: 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda 700
kali
3.Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga
4.Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga
5.Pahala membaca satu huruf al-Quran ;-
Dalam sembahyang – 100 kebajikan
Di luar sembahyang berwudhuk 50 kebajikan
Tanpa wudhuk – 10 kebajikan
6.Pembaca al-Quran adalah hartawan dan pahala membaca tidak akan putus mengikut Ibnu Abbas.
7.Untuk selamat daripada api neraka
8.Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama Malaikat.
9.Di hari kiamat, al-Quran menjadi pembela
10.Pembaca akan memperolehi keamanan
11.Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan Malaikat.
12.Pembaca dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin.

Wassalam.

3. Al-Quran sebagai penawar kegelisahan jiwa

Oleh Mohd Shukri Hanapi

SETIAP insan pasti mahukan kesenangan, kesejahteraan, kenikmatan dan keselesaan. Tidak ada sesiapa yang mahu hidupnya dipenuhi kesusahan, kesengsaraan dan diselubungi masalah berpanjangan.

Kadangkala atas sebab tertentu seseorang itu mengalami bermacam masalah penyakit jiwa seperti tekanan perasaan, runsing, resah gelisah dan lebih parah lagi boleh menyebabkan seseorang tidak dapat membuat pertimbangan dengan betul.

Sebenarnya apabila kita merujuk kepada al-Quran, memang dijelaskan sebab penyakit itu berlaku antaranya seseorang itu tidak dapat menerima ujian Allah.

Contoh, apabila seseorang itu diberikan ujian oleh Allah sama ada berbentuk kesusahan, bala bencana seperti banjir, kemarau, kebakaran, kemiskinan, kematian atau penyakit, maka jiwanya akan mula gelisah dan berkeluh kesah.

Begitu juga apabila Allah mengurniakan nikmat berupa kekayaan kepadanya, maka timbul sikap bakhil atau kedekut dalam dirinya untuk menolong orang yang memerlukan bantuan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang, iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.” (Surah al-Ma’arij, ayat 19-23)

Tekanan perasaan juga berlaku disebabkan seseorang itu tidak mengingati Allah, kurang menghayati dan melaksanakan ajaran agama. Mereka lebih mementingkan tuntutan hawa nafsu semata-mata tanpa mempedulikan keperluan rohaniah.

Mereka lebih suka berhibur dan melupakan amal salih yang menjurus kepada takwa seperti solat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Maka tidak mustahil insan sebegini akan mudah mengalami penyakit jiwa atau tekanan perasaan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan siapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit (resah gelisah dan tidak tenteram jiwanya) dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta (meraba-raba dalam kesesatan seperti keadaannya di dunia).” (Surah Thaha, ayat 124)

Amat mendukacitakan pada masa ini ada kalangan umat Islam mengabaikan pendidikan al-Quran, tidak mengikut petunjuk dan bimbingan al-Quran dalam urusan kehidupan mereka, apatah lagi menggunakannya sebagai penawar mengubati penyakit jiwa yang mereka alami.

Ada antara kita cuba menyelesaikan masalah dengan cara bertentangan syarak seperti berjudi, meminum arak dan mengambil dadah. Bahkan ada menjadikan orang lain sebagai tempat melepaskan geram seperti melakukan penderaan terhadap isteri atau anak, memukul atau membunuh orang dan berkemungkinan juga bertindak membunuh diri sendiri.

Semua itu dilakukan kerana mereka beranggapan dengan cara begitu saja permasalahan mereka dapat diatasi. Hakikatnya, perlakuan sebegitu hanya akan menambahkan lagi kekusutan jiwa atau tekanan perasaan.

Sesungguhnya, bagi memperoleh suasana hidup aman damai, sejahtera, harmoni dan tenang jiwa, agama Islam menggariskan panduan yang sangat berkesan untuk merawat penyakit jiwa atau tekanan perasaan, antaranya:

l Sentiasa berzikir (mengingati Allah). Allah berfirman yang bermaksud: “…(Allah) memberi petunjuk ke jalan agama-Nya, sesiapa yang rujuk kepada-Nya; (iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d, ayat 27-28)

l Melaksanakan segala perintah Allah dengan mengerjakan suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Firman Allah yang bermaksud: “Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya) serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami memberikan kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil daripada berbuat kebajikan dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya serta ia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan (neraka).” (Surah al-Lail, ayat 5-10)

l Menyucikan jiwa dengan menjauhi daripada segala sifat mazmumah (sifat yang tercela) seperti hasad dengki, fitnah, takbur (menyombong diri), riak, mengumpat dan terlalu cintakan dunia.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih itu – susut dan terbenam kebersihannya dengan sebab kekotoran maksiat.” (Surah al-Syam, ayat 9-10)

Sesungguhnya kekuatan iman berperanan sebagai benteng dalam mengharungi cabaran kehidupan di dunia ini. Oleh itu, dengan kembali kepada ajaran agama dan mengamalkannya jiwa manusia akan terselamat daripada kegelisahan dan kekusutan.

Jangan disebabkan terlalu sibuk mengejar kesenangan dan kemewahan dunia mengakibatkan kita lupa kepada agama. Sesungguhnya Allah memberikan jaminan bahawa manusia yang ikhlas melaksanakan segala ajaran-Nya akan mempunyai hati dan jiwa yang tenteram.

Sama-samalah berdoa semoga Allah sentiasa memberikan kepada kita kehidupan aman, tenteram dan jiwa yang tenang

4. Ana ke antum diserang Virus ???

Pernah tidak anda membuka komputer hati, dan menemukan sebuah virus yang menganggu program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa membuatkan hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Jika pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Hendak tahu virus apakah itu?

Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, ia juga dapat merebak ke seluruh network tubuh dan sangat sukar dihilangkan. Dari pelbagai kes yang pernah ditemukan, ternyata virus ini banyak berlaku pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para remaja yang tidak mempunyai sistem “firewall” berupa software Iman.

Tapi survey juga ada membuktikan juga, walaupun para remaja tersebut memiliki software Iman pun, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi. Exe atau file C:ImanRajinibadah. doc yang berada di dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan virus merah jambu yang menjalar ke seluruh komputer hati mereka. Kebiasaannya ia akan bermula dengan penurunan iman secara berperingka- peringkat.

Maka, jika sedemikian jadinya, apa yang akan berlaku seterusnya? Maka mulailah virus ini bekerja menganggu sistem, program-program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih keredhaanNya. Namun banyak juga yang suka dengan kemunculan syaitan tersebut.

Pada akhirnya virus ini membuat pusat sistem otak syaraf dan akal mereka menjadi “hang” serta tidak dapat berfungsi secara normal. Jika hal seperti ini terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak syaraf dan akal yang kita miliki. Pada waktu itu juga, kita akan sentiasa menjadikan cinta pada sesama manusia sebagai nombor satu, dan menjadikan cinta kepada Ilahi sebagai nombor dua.

Tapi apakah itu semua dapat dicegah??? Bagaimanakah pula caranya? Yang pasti, jawapannya ialah ya. Ianya perlu dilakukan secara berperingkat- peringkat. Pastikan pertamanya anda hilangkan dahulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file “cintadunia. exe”.

Lalu masukan disket anti virus yang berisi file “syakshiyah. exe” yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus merah jambu sampai ke akar-akarnya apabila file tersebut dijalankan. Jika anti virus tersebut tidak berhasil, maka anda perlu menginstall kembali software “iman”. Anda juga boleh pergi ke kajian-kajian yang menawarkan khidmat muat turun “installer iman” secara percuma.

Atau anda juga boleh membeli “disket installer” berisi file “Aqidah.exe” atau “Imankuat.doc” . Jika sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hati anda bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak terulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan sentiasa bersih…

5. Andainya Cinta Itu Hendak Diberi

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti” Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang…

1-Kuat agamanya.

Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya.

Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah.

Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah

Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros

Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya

Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan

Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya.

Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab

Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah

Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya…”

6. Atas Nama Cinta

Sudahkah anda membaca atau menonton kisah cinta Romeo dan Juliet? Atau kisah percintaan “mengelikan” antara Laila dan Majnun? Ya, kedua kisah itu menunjukkan pada kita, betapa besar kekuatan dari apa yang disebut “cinta”.

Kekuatan itu ternyata boleh menjadikan seseorang rela menjemput maut (pada kisah Romeo-Juliet). Atau begitu tak acuh dengan lingkungan sosialnya yang seringkali mencemuh dirinya (kisah kedua, di mana Majnun mencintai Laila, seorang gadis yang dalam pandangan umum waktu itu tergolong tidak rupawan). Begitu dahsyat dan mengagumkan tenaga cinta, sampai-sampai ia sanggup membutakan mata, menaikkan nyali, dan membungkam akal sihat?

Cinta merupakan kekuatan fitrah yang mengendap dalam ruang kesedaran manusia. Ia adalah anugerah Ilahi yang sekaligus menjadi santapan bergizi bagi jiwa manusia.

Sebagaimana orang yang gemar makan makanan yang bergizi agar tubuhnya sihat, jiwa yang begitu lahap mengunyah dan menelan benih-benih cinta, akan menjelma menjadi jiwa yang penuh kekuatan dan semangat. Dan, kekuatan itu akan terus tumbuh tanpa batas, seiring dengan terus dipupuknya cinta. Semakin berkobar api cinta dalam jiwa seseorang, makin besar pula daya tahan dan semangat hidupnya. Bagi para pecinta, kehidupan ini tampak begitu indah dan penuh kemilau. Sebaliknya, ketika jiwa manusia tersumbat sehingga tak mampu lagi mengesan aroma cinta, maka ia akan kehilangan ghairah, mati rasa, dan kehidupan ini melulu terlihat suram dan terasa hambar.

Sudah menjadi watak dasar manusia untuk selalu berinteraksi dengan orang lain. Cinta merupakan jambatan ruhani yang menghubungkan jiwa seseorang dengan jiwa seseorang lainnya. Tak ada cinta bererti tak ada tali hubungan antara individu masyarakat. Kalaupun terjadi, maka hubungan sosial minus kecintaan tersebut hanyalah bersifat semu semata.

Dan kecintaan kita pada orang lain, minimal, sedarjat dengan bobot kecintaan pada diri sendiri. “Cintailah saudaramu sebagaimana engkau mencintai dirimu sendiri,” tegas sebuah hadis dari Rasul saw. Menunjukkan kasih sayang pada orang lain sangatlah berguna. Sebab, jika perasaan mulia ini diberikan pada orang lain, maka sebaliknya ia akan merasakan hal yang sama. Orang yang betul-betul berharap boleh menemukan jalan menuju permata yang sangat indah ini, harus mengisi hatinya dengan sinar ketenteraman dan kejujuran, serta menghapus segala kebencian.

Kecintaan seseorang pada dirinya sendiri pada dasarnya bersifat naluriah. Ia merupakan faktor yang sangat penting bagi seseorang dalam menempuh kehidupan ini. Hal ini mengingat hubungan antara manusia dengan alam semesta muncul darinya. Namun, jika kecintaan pada diri sendiri menjadi serba berlebihan (ifrad), jika sedemikian rupa, dan dibiarkan liar, jelas semua itu bakal menjerumuskan manusia dalam kubangan dosa dan berbagai tindakan amoral.

Ancaman pertamanya adalah rosaknya akhlak manusia. Parahnya, dalam diri orang yang terlalu mencintai diri sendiri tak ada lagi tempat untuk mencintai orang lain! Rasa cinta kepada sesama telah lenyap dari dalam hatinya. Darinya, akan rusaklah hubungan si sombong tadi dengan sesamanya. Luqman as, sebagaimana dinyatakan dalam al-Qur’an surat ke-31 ayat 18, berpesan pada putranya, “Janganlah engkau palingkan wajahmu dari manusia dengan sombong, dan jangan pula berjalan di muka bumi dengan angkuh, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang menyombongkan diri.”

Bahaya paling fatal, sekaligus musuh terburuk manusia, adalah sifat sombong dan percaya diri yang melampaui batas. Pada dasarnya, manusia yang sedar diri pasti akan membenci sifat atau perbuatan jahat. Tak terkecuali sifat sombong. Kita tentu tahu, sifat sombong akan menyebabkan tali cinta dan keharmonisan di antara individu menjadi terputus. Nah, dengan begitu sifat sombong sekaligus menjadi bibit unggul dari tumbuhnya permusuhan.

Justeru, dampak dari sifat sombong itu sungguh dashyat dan sangat berbahaya. Yang jadi sasaran bidik utamanya adalah alam bawah sedar manusia. Boleh kita bayangkan, apa jadinya kalau sifat kotor semacam itu sampai diderita orang-orang yang punya penyakit rendah diri (inferior). Sudah barang tentu yang terjadi adalah kekacauan, yang kemudian akan menggiring seseorang yang lemah tadi untuk nekat berbuat kejahatan. Inilah antara lain yang menyebabkan orang sombong menderita kesengsaraan.

Tingkah laku orang sombong bahkan boleh menjadi sangat keterlaluan. Cuba saja tengok sejarah!

Orang yang senantiasa menghalangi dan paling keras menolak seruan para nabi, rasul, dan orang-orang yang haq adalah mereka yang punya sifat sombong. Selain itu, berbagai pembantaian biadab yang terjadi sepanjang sejarah manusia, diakibatkan oleh perilaku kesombongan dan keangkuhan yang merasuk dalam diri manusia. Sifat sombong tersebut muncul dalam diri seseorang lebih disebabkan ia merasa tak dihargai secara layak oleh masyarakat. Padahal, ambisi penghargaan itu hanyalah bersifat khayali. Namun, bagi orang sombong, hal itu tetap harus mereka raih dengan menghalalkan berbagai cara. Yang penting, mereka boleh mencapai kedudukan mulia dan terpandang di tengah-tengah masyarakat.

Dalam al-Quran, Allah Swt menggambarkan perilaku kesombongan layaknya perbuatan Iblis yang menentang perintah Allah agar ia ‘tunduk’ kepada Adam as. Kerana dalam khayalannya, Iblis merasa punya martabat dan darjat yang lebih tinggi berbanding Adam as, ia pun menolak perintah Allah tersebut. Akibatnya, ia lantas tergelincir jauh ke dalam kesesatan dan kegelapan. Seseorang yang punya keperibadian agung, bermatabat, dan terhormat tentu tak akan mahu mencari dan memerlukan penghormatan yang berlebihan. Ia sedar bahawa dirinya kelak akan mudah terjebak dalam kesombongan dan keangkuhan. Nabi Suci saw bersabda; “Tidak akan pernah mencium dan merasakan baunya surga bagi orang yang di dalam dirinya hinggap kesombongan walaupun sebesar biji zarra.”

Untuk menghindari keadaan mengerikan semacam itu, para psikolog memberi sejumlah gagasan yang sangat berharga. Mereka mengatakan, batasilah berbagai harapan dan dambaan anda, kurangilah hasrat dan penantian anda, bebaskanlah diri anda dari kesombongan dan keangkuhan, dan hindarilah khayalan-khayalan untuk menjamin diri anda untuk selalu berada dalam kedamaian.

Anjuran itu sesungguhnya boleh disederhanakan dalam satu model perilaku yang pada dasarnya mengandung moraliti tertinggi, sekaligus menjadi simbol cinta, yakni kerendahan hati. Imam Ali Abi Thalib, berkata; “Jika Allah Swt mengizinkan kesombongan bagi para penyembah-Nya, Dia akan mengizinkannya kepada para Nabi dan auliya-Nya yang paling dekat dengan-Nya. Tetapi Dia menjadikan mereka benci terhadap kesombongan dan menerima kerendahan hati. Oleh kerana itu, mereka menundukkan dahi mereka ke bumi, merobohkan wajah mereka ke debu (dalam bersujud), dan berendah hati terhadap orang-orang yang beriman.”

Orang-orang yang dihinggapi penyakit sombong biasanya punya anggapan yang serba terbalik tentang apa yang ada dalam dirinya. Mereka memandang kelemahan-kelemahannya sebagai kekuatan, kejahatan sebagai kebajikan, kebodohan sebagai kebijaksanaan, dan kekurangan sebagai kelebihan. Misalnya, ketika mereka tiba-tiba marah terhadap orang lain, mereka menganggap itu sebagai bukti keperibadian yang kuat. Juga tentang kelemahannya yang mereka anggap sebagai perwujudan rohani yang agung dan sensitif. Sampai-sampai, mereka memandang berat badannya sebagai bukti kesihatannya.

Imam Ali Abi Thalib berkata; “Jauhilah kesombongan atau jumlah orang-orang yang akan membencimu akan bertambah.” Dalam situasi yang lain, beliau berkata; “Kerendahan hati adalah puncak dari akal dan kesombongan adalah puncak kejahilan.” Beliau juga menyatakan: “Orang yang fikirannya melemah, kebanggaan dirinya menguat.”

Ketika suatu waktu merasa kecewa terhadap sesuatu hal yang sangat diharapkan namun tidak tercapai, kita tentu akan berupaya menarik perhatian orang lain. Dan lazimnya yang kita lakukan adalah memuja dan meninggikan diri sendiri. Sembari itu, kita membayangkan pula bahawa apa yang diharapkan itu seolah-olah telah tercapai, dengan bualan mengenai saat-saat dimana kita pernah mengecap keberhasilan di masa lalu. Atau dengan membesar-besarkannya kepada orang lain. Orang-orang yang tertipu oleh bualannya sendiri, biasanya sulit berubah. Mereka sudah tak mampu lagi menyadari bahawa dalam dirinya terkandung berbagai kekurangan yang sangat berbahaya.

Dalam al-Qur’an surat 95 ayat 6-7, Allah Swt berfirman: “Sesungguhnya manusia suka melampaui batas. Kerana mereka memandang dirinya serba lebih.”

Berdasarkan ungkapan yang begitu indah dari ayat tersebut, kita boleh menyimpulkan bahawa sifat sombong bermula ketika seseorang merasa punya kelebihan berbanding manusia lainnya. Semakin sering kelebihan-kelebihan tersebut ditunjukan pada orang lain, makin bertambah pula tingkat keangkuhan yang bersarang dalam diri kita. Akibatnya, kita akan makin kurang menghargai, bahkan menganggap remeh, setiap kelebihan yang dimiliki orang lain.

Imam Ali Abi Thalib berkata; “Orang-orang yang merasa puas dengan dirinya, berbagai kelemahannya tersembunyi darinya, dan jika ia mengakui keutamaan orang lain, akan mencukupi berbagai kekurangan dan kelalaiannya. Dan carilah perlindungan kepada Allah dari sifat mabuk kekayaan, kerana sesungguhnya ia memiliki suatu kekhidmatan yang jauh.”

Islam merupakan agama yang senantiasa menyerukan agar manusia hidup dengan akhlak dan adab yang tinggi. Semua itu tak lain agar manusia sanggup meraih kehidupan yang mulia. Islam jelas tidak menghalalkan segala macam perbedaan yang tidak wajar. Namun, Islam tentu saja sangat menghargai manusia yang memiliki sifat-sifat suci dan luhur, dan sebaliknya, amat mengutuk seseorang yang menderita sifat-sifat buruk. Suatu hari, seorang yang kaya datang mengunjungi Rasulullah saw. Ketika orang kaya tersebut berada bersama Rasulullah saw, datanglah seorang miskin dan duduk di dekatnya. Melihat itu, si kaya tadi langsung mengangkat pakaiannya dan menjauhi orang miskin tersebut. Nabi melihat kejadian ini dan bersabda; “Betapa! Apakah kamu takut kalau kemiskinannya akan menular kepadamu.”

Alhasil, jika orang-orang sombong ingin merubah dirinya demi mencari kebahagiaan yang hakiki, mereka mau tak mahu harus membersihkan dirinya dari sifat yang selama ini telah menyesatkannya. Jika tidak, mereka nescaya akan menghadapi rentetan kekecewaan, kehampaan, dan kemunduran rohani, mental, dan fizik yang tak terelakkan. Naudzubillah

7. BALA YANG PALING MERBAHAYA

Tidak ada di kalangan manusia yang suka kepada bala atau bala bencana. Kerana bala itu sangat menyusahkan manusia. Lantaran itulah manusia susah hati dengan bala. Walaupun demikian tidak ada di kalangan manusia sama ada secara perseorangan mahupun secara kelompok, dapat mengelak atau dapat terlepas daripada bala bencana, sekalipun dia seorang yang berkuasa atau seorang yang kaya. Cuma ada orang yang ditimpa bala sekali-sekala, ada yang selalu, ada yang ringan, ada yang berat, ada yang berlaku pada dirinya, keluarga dan harta bendanya atau kedudukannya dan lain-lain lagi. Di antara bala-bala itu mana yang lebih merbahaya?

Sebenarnya bala terbahagi kepada dua:

Pertama: Yang bersifat hissi atau bersifat zahir

Berbagai-bagai bentuknya, di antaranya seperti sakit badan, harta hilang, kematian keluarga yang tercinta, difitnah, diberi malu, dipukul orang, jatuh miskin, turun pangkat, perniagaan rugi, dibuang kerja, musnah harta oleh bencana alam, tidak naik pangkat, dipenjara dan lain-lain.

Kedua: Yang bersifat maknawi atau rohani

Berbagai-bagai bentuk pula, di antaranya seperti melupakan ilmu yang telah dipelajari, tercabut iman, atau iman bertambah kurang, ilmu tidak diamalkan, iman tercabut yang ada hubungan dengan aqidah.Kurang iman atau iman merosot kerana beberapa sebab, di antaranya seperti ada amalan yang biasa dibuat tidak dibuat, atau membuat dosa sama ada kecil mahupun besar. Dosa itu pula, ada dosa lahir ada dosa batin.Di antara dosa-dosa itu ialah seperti berzina, riba, rasuah, mencuri, menipu, minum arak, judi, mengumpat, memfitnah, menghina, menghasut, hasad, tamak, bakhil, pemarah, mengadu domba dan lain-lain.

Di antara dua bentuk bala ini bahawa bala yang paling merbahaya ialah bala yang bersifat rohani dan maknawi, kerana bala ini akan membawa ke Neraka. Tapi bala yang bersifat hissi tidak membawa ke Neraka. Bahkan mungkin menguntungkan sama ada ia menghapuskan dosa atau mendapat darjat di dalam Syurga, asalkan pandai menerimanya.Oleh itu bala yang bersifat rohani dan maknawi ini sangat dibenci dan wajib dijauhi.

Dengan kata-kata yang lain setiap dosa adalah bala, wajib dijauhi. Tapi bala yang bersifat hissi tidak dibenci. Ia hanya menyusahkan sahaja. Dan tidak pula satu kesalahan untuk berusaha mengelaknya, atau setelah ditimpa bala berusaha menghilangkannya kerana bagi orang yang lemah iman dan tidak tahan dengan ujian boleh jatuh kepada dosa atau iman tercabut dengan ujian yang berat itu.

Tapi bagi orang yang mampu berhadapan dengan ujian atau yang iman kuat, tidak salah pula untuk tidak berusaha menghilangkannya kerana redha dengan ketentuan Allah itu salah satu sifat terpuji. Ia merupakan sifat-sifat rasul. Maka dengan itu pahalanya sangat besar di sisi Allah yang Maha Pemurah.

Di akhir zaman ini oleh kerana kebanyakan umat Islam sudah jahil dengan ilmu agamanya sendiri, kemudian cinta pula dunianya begitu mendalam, mereka hanya terpaut dan terpengaruh dengan kehidupan yang terdekat iaitu dunia ini. Kehidupan di Akhirat hanya sekadar hanya tahu adanya Akhirat, namun hatinya tidak ke situ. Timbullah acuh tak acuh dengan Akhirat. Maka timbullah salah berfikir. Maka mereka memandang perkara yang terdekat itu amat besar dan serius sekali. Nikmatnya pun dipandang besar. Balanya pun dipandang besar.

Akibatnya nikmat dan bala di Akhirat dipandang kecil sahaja. Maka sebab itulah mereka lupa daratan dengan nikmat dunia. Terasa sangat menderita dengan bala dunia.Justeru itu bilangan yang teramai di kalangan umat Islam apabila ditimpa bala yang bersifat hissi di dunia ini, saya ulang lagi seperti sakit, miskin, terbuang kerja, tidak naik pangkat, turun pangkat, difitnah, hilang harta, rugi di dalam perniagaan, dipukul, dipenjara dan lain-lain, masya-Allah bukan main kepalang lagi susahnya. Derita jiwanya, kusut fikirannya, marah-marah sahaja, merungut-rungut, hilang bahagia, gelisah sahaja, rasa kesal tidak sudah, mengadu di sana, mengadu di sini, jumpa siapa sahaja diluahkan perasaan susahnya. Kekusutan fikirannya sampai begitu ketara sekali pada mukanya. Buat apa sahaja serba tidak kena. Begitu dia rasa kecewa dengan ujian itu. Dan bila iman tiada atau iman terlalu lemah, terus putus asa, ada yang mahu bunuh diri untuk menyelesaikan masalahnya. Dia rasa dengan cara itu boleh menyelesaikan masalah. Dia ditipu oleh syaitan terkutuk kerana memandang besarnya dunia ini. Tersesat jalan dia di dunia ini, ke Neraka padahnya. Waliyazubillah.

Bagi orang Islam yang kuat imannya, dengan ujian dan bala dunia ini iaitu yang bersifat hissi, ia tidak begitu mengambil pusing. Bahkan bagi golongan muqarrobin dan siddiqin seperti para nabi dan para Sahabat dan para auliya, mereka sangat terhibur dengan ujian dunia itu. Mereka rasakan dosa mereka terampun dengan ujian dunia ini. Mereka rasa dosa mereka terampun dengan bala itu. Seperti cerita di bawah:

“Di zaman Rasullullah SAW, ada seorang perempuan yang mempunyai tiga orang anak lelaki, dia sanggup melepaskan kesemua anaknya ke medan perang. Dia senyum ketika anak sulung dan anak kedua-duanya mati syahid di medan perang. Dia menangis apabila diberitahu yang anaknya yang bongsu turut mati syahid. Bila ditanya mengapa dahulu senyum, sekarang baru menangis, beliau menjawab, “Aku sedih kerana tiada lagi anak yang hendak kukorbankan untuk jihad fisabilillah.”

Umat Islam di zaman gemilang dan di zaman keemasan terutama di sekitar 300 tahun selepas Rasulullah SAW, mereka sangat sensitif dengan bala yang bersifat maknawi dan rohani. Mereka sangat memandang besar akan bala itu. Mereka terlalu takut dengan ujian yang bersifat maknawi dan rohani itu. Jiwa mereka sangat terseksa dengan ujian itu. Bahkan bala yang berbentuk ini, belum datang pun mereka amat takut kalau-kalau di masa depan akan ditimpa dengan bala ini, sama ada secara sedar mahupun tidak sedar. Kerana bala ini adalah dimurkai oleh Allah dan kalau Allah tidak ampun, akan terjun ke Neraka, waliyazubillah.

Justeru itulah mereka jika ditimpa bala ini hati mereka menderita. Mereka menangis mengalirkan air mata, hilang selera makan, hilang rangsangan dengan isteri, tidak senyum berbulan-bulan. Mereka akan tebus dengan apa sahaja kebaikan bahkan jika mereka tertinggal yang sunat sekalipun mereka merasa telah berdosa, mereka merasa ini adalah satu bencana.

Hayati cerita di bawah ini:

” Pada suatu hari, Sayidina Abu Bakar pergi ke kebunnya untuk melihat hasil yang dikeluarkan oleh kebun tanamannya itu.dilihat pokok-pokok tanamannya banyak yang sudah berbuah. Kerana terlalu asyik melihatkan buah-buahnya yang sudah masak itu, beliau terleka dan tertinggal solat jemaah Asar bersama Rasullullah SAW. Dengan rasa takut dan kesal yang tidak terkira, kebun itu terus diwakafkan untuk umat Islam dan digandakan sembahyangnya sebanyak 70 kali.”

Kembali kita memperkatakan kebanyakan umat Islam di akhir zaman ini. Mereka tidak sensitif dengan bala maknawi dan rohani ini. Mereka tidak terasa apa-apa pun dengan bala ini. Mereka relax sahaja. Mereka tidak rasa bersalah bahkan ada yang melupakan terus seolah-olah bala ini tidak berlaku dan tidak pernah berlaku kepada diri mereka. Sebagai contoh, mereka tidak rasa bala, tinggalkan sembahyang atau lewat sembahyang. Tidak rasa bala dengan mengumpat, dengan memfitnah, dengan menghina, dengan menderhakai kepada ibu bapa, kepada guru, dengan zina, berbohong, dengan menipu, dengan rasuah, dengan pendedahan aurat, dengan pergaulan bebas, dengan tidak berzakat, tidak berpuasa, dengan sombong, riyak, dengan tamak, bakhil, dengan pemarah, berdendam, hasad dengki, mengadu domba, menghasut, bergaduh, membunuh, riba, tidak belajar, tidak belas kasihan, tidak timbang rasa, tidak tolak ansur, tidak sabar, tidak pemurah, tidak redha, tidak membantu dan lain-lain.

Oleh kerana bala maknawi dan rohani ini tidak dianggap dan tidak dipandang bala bencana, maka adakalanya dianggap seronok pula diamalkan setiap hari hingga dijadikan budaya. Sebagai contoh, ada orang bila berkumpul sahaja, mengumpat, mengata, mesti ada didengar bersama, ketawa bersama, rasa seronok bersama, sambung-menyambung di antara satu sama lain, mengumpat orang lain. Adakalanya kawan sendiri, emak ayahnya, tok gurunya, pemimpin sendiri, isteri dan suami sendiri, hingga terlewat sembahyang, atau tertinggal sembahyang.

Bertambah lagi membesar bala itu yang tidak lagi dianggap bala. Kemudian bersurai selepas itu ada yang menipu, ada yang balik ke rumah marah-marah sahaja pada isteri, membentak-bentak sahaja tidak tentu pasal. Bertambah merebak lagi bala itu, ibarat orang sakit, sakitnya telah kronik. Namun tidak terasa itu adalah bala yang memecah belahkan rumahtangga, keluarga, satu masyarakat, satu bangsa kemudian terjun ke Neraka.

Yang malangnya orang-orang ini juga yang memikirkan masyarakat. Yang membuat program untuk menangani gejala masyarakat, yang menganjurkan motivasi, yang memimpin, yang berdakwah, yang berceramah, yang menyalahkan orang, yang buat kaunseling.


Cuba gambarkan apa yang akan terjadi, bahkan sudah terjadi pada masyarakat. Saudara-saudari pembaca boleh memberi jawapan. Saya sendiri ada jawapan. Biarlah jawapan saya untuk saya sendiri. Kerana kalau saya dedahkan ada sesetengah orang terlalu sensitif dan jawapan saudara-saudari pembaca untuk saudara-saudari sendiri, dengan jawapan-jawapan itu tidak ada yang sakit hati.

SEKIAN

8. Belajar Kehidupan Dari Nabi

Kehidupan Muhammad saw adalah lapangan yang cukup luas untuk dijadikan tauladan bagi sesiapa sahaja. Anak muda boleh mendapat pedoman kerana Muhammad saw pernah menjalani kehidupan sebagai anak muda yang rajin bekerja dan memerah keringat tanpa bergantung kepada keturunannya yang mulia dan kedudukannya yang istimewa.

Manakala seorang yang masih bujang boleh mengambil pedoman dari hidup Rasulullah saw kerana baginda tidak berkahwin kecuali selepas berumur 25 tahun.

Si Suami yang mempunyai seorang isteri boleh menjadikan Rasulullah saw sebagai ikutan kerana baginda hanya bersama dengan seorang isteri, Khadijah sehingga umur baginda 50 tahun. Mereka yang berpoligami juga boleh menjadikan Rasulullah saw sebagai panduan dalam 10 tahun terakhir baginda mempunyai ramai isteri. Antaranya seorang anak dara dan lainnya adalah janda, ada yang muda dan ada pula yang tua. Ada dari bangsa Arab dan ada pula dari Bani Israil.

Seorang bapa boleh melihat kehidupan Nabi saw ketika memiliki anak dan ketika kematian anak-anaknya. Seorang datuk dapat menghayati pedoman hidup Rasulullah saw ketika baginda saw melayan dua cucunya, al-Hasan dan al-Husain. Seorang pejuang dapat melihat Rasulullah saw sebagai pejuang; Bagaimana berlangsungnya peperangan? Apakah adab dan disiplinnya? Bagaimana halnya ketika menerima kemenangan atau kekalahan seperti dalam perang Uhud?

Seorang penguasa, pemerintah, raja, presiden atau ketua kerajaan boleh menerima pedoman dari hidup baginda saw ketika mana memiliki kekuasaan lalu baginda saw berlaku adil dan menegakkan hak dan kebenaran. Baginda saw telah meninggalkan untuk kita warisan agung dalam lapangan ini.

Sebenarnya sama ada pemerintah atau yang diperintah, semua boleh melihat kehidupan baginda saw. Baginda hidup sebagai rakyat biasa dalam pemerintahan orang lain di Mekah dan sebagai pemerintah di Madinah. Begitu juga bagi orang kaya atau miskin. Baginda pernah merasai kefaqiran dan kemiskinan sehingga terpaksa mengikut perut dengan batu bahkan dua biji batu. Baginda juga pernah menerima habuan dua yang banyak apabila diberi kemenangan dan mendapat ghanimah (rampasan perang) yang banyak sehingga akhir keseluruhan Arab dan semenanjung Arab tunduk di bawah kekuasaannya.

Baginda saw telah melalui semua pengalaman-pengalaman ini. Siapa lagi antara para Nabi dan Rasul yang merasai segala pengalaman ini? Inilah dia Muhammad saw yang telah diberi keistimewaan dengan semua ini yang ditugaskan membawa agama agung yang mempunyai ciri-ciri umum, kekal dan lengkap.

Nota: Tulisan Dr. Yusof al-Qaradawi ini merupakan rakaman dari perutusan Maulid ar-Rasul 1428 Hijriah. Manakala sumber asalnya boleh disemak menerusi www.qaradawi.net.

9. Berkawan Dengan Orang Berjaya.

Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, “Kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya”.

Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan, pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda.

Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.

Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang berjaya juga. Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti mereka dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti yang mengkagumkan. Personaliti ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Anda juga boleh melakukan perkara yang serupa..

10. Cabaran Abad Dua Puluh Satu Dari Aspek Kefahaman Fitrah

Oleh: Ust Fathy Yakan

Cabaran Global Yang Dihadapi Oleh Agama Islam (Agama Fitrah)

Kita dapat saksikan bagaimana agama Islam sebagai agama fitrah sedang menghadapi cabaran dalam semua sektor. Dan manusia dalam kehidupan dan tingkah lakunya kerap terkeluar dari fitrah yang Allah SWT telah tentukan ke atas mereka. Keadaan ini tidak terbatas sekadar itu sahaja, malah agama Islam sedang menghadapi pelbagai cabaran yang menggunakan beranika senjata untuk menghalang Islam dari mencapai kedudukan dalam membuat keputusan di peringkat antarabangsa dan menerajui kepimpinan manusia sejagat.

Di antara cabaran -cabaran tersebut ialah:

1. Cabaran Dalaman

Cabaran ini dihadapi melalui permainan pertentangan dan mewujudkan pertentangan yang membuat klasifikasi tentang tenaga dan sektor-sektor Islam, antara “helang dan merpati”, antara ektrimis dengan sederhana dan antara pihak radikal dengan liberal. Begitu juga melalui cetusan sentimen mazhab, semangat perkauman, kebangsaan, kumpulan dan keluarga. Di antara buktinya ialah apa yang berlaku di Afghanistan, Kurdistan, Bahrain dan Selatan Sudan serta lain-lainnya. Demikian juga dengan persoalan sempadan kebangsaan dan kedaulatan yang merupakan bom jangka waktu yang boleh meledakkan seluruh dunia Islam.

Hal ini pernah disuarakan oleh tokoh agama Yahudi, M. Samuel dalam tulisannya yang berjudul “Kamu Bukan Orang Yahudi”. Di antara lain katanya, “Kami orang-orang Yahudi adalah peruntuh. Kami akan tetap menjadi peruntuh selama-larnanya. Biar apa yang kami lakukan ia tidak cukup untuk memenuhi keperluan dan tuntutan kami. Kami akan menjadi peruntuh kerana kami mahu dunia ini untuk kami.

Dalam tulisan “Zaman Utusan Amerika”; kedudukan dan masa hadapan kerajaan-kerajaan Arab yang bersekutu dengan Washington ialah untuk menjadi perkakas yang tuli, yang dipelihara dengan hati-hati atau dihancurkan dengan mudah sekali mengikut keadaan dan keperluan Amerika. Ia bagaikan dalam gelanggang percaturan antarabangsa Amerika. Dalam Buku Moro Berger, “Dunia Arab Masa Kini”, beliau menulis; kebimbangan tentang bangsa Arab dan perhatian kita kepada bangsa Arab bukanlah kerana becnyaknya petrol yang mereka miliki, tetapi disebabkan kerana Agarna Islam. Kita mesti memerangi Islam untuk menghalang kesatuan bangsa Arab yang membawa kepada kekuatan kesatuan mereka kerana selalunya kekuatan Arab beriringan dengan kekuatan Islam, keagongan Islam dan penyebarannya. Justeru itulah muncul berbagai pakatan sulit untuk menghalang setiap usaha ke arah perpaduan dan kesatuan di kalangan bangsa Arab dan umat Islam.

Dalam satu dialog yang berlangsung di antara Kessinger dan beberapa pemimpin Yahudi, beliau menyebut; “Amerika Syarikat akan terus berusaha menyisihkan bangsa Arab dan menghalang mereka dari mewujudkan hubungan antarabangsa yang bebas dan berdaulat, bukan sahaja dengan Soviet Union malah dengan negara-negara Eropah Barat. Ini dengan tujuan untok mempastikan penguasaan kita secara menyeluruh dan meluas terhadap dasar-dasar Arab”. Mengikutnya lagi, strategi yang kita jalankan sejak tahun 1973 ialah:

i. Berusaha untuk menghancurkan perpaduan Arab.
ii. Menyisihkan Soviet dari medan diplomatik.
iii. Mengekalkan situasi yang membolehkan Israel berurusan dengan jirannya secara bersendirian.

Sementara itu harapan saya, agar ingatan orang-orang Arab dan ingatan orang-orang Islam tidak akan melupai kata-kata Bekas Setiausaha Luar Amerika, Warren Christopher, sebelum pembentukan anggota kabinet Amerika yang baru, katanya: ‘Kalau kita boleh meleburkan dunia Arab kepada 5, 000 buah negara, kita tidak akan teragak-agak melakukannya”.

Dalam majalah “Cifonin” yang diterbitkan oleh Pertubuhan Zionis Antarabangsa, iaitu bilangan 24 terbitan tahun 1982, terdapat satu kajian yang panjang lebar. Di bawah ini kita mengambil beberapa petikan darinya; Penubuhan negara Qibti di bahagian hilir negeri Mesir merupakan penggerak pasti kepada perkembangan sejarah dalam jangka masa panjang, walaupun kini dihalang oleh perjanjian damai.

Menurutnya lagi; pembahagian Lubnan kepada lima wilayah, mencerminkan apa yang akan berlaku di seluruh dunia Arab. Pembahagian Syria dan Iraq kepada beberapa wilayah mengikut perbezaan agama dan keturunan seharusnya dalam jangka masa panjang menjadi matlamat keutamaan Israel. Langkah pertama ke arah operasi tersebut ialah menghancurkan kekuatan tentera negara-negara tersebut”.

Katanya lagi; “Negara Iraq yang kaya dengan minyak dan mangsa pertarungan dalaman dengan sendirinya terletak dalam lingkungan jangkauan Israel. Kedudukan suku kaum Syria mendedahkan kepada perpecahan yang boleh melahirkan tiga buah negara. Satunya negara Syi’ah iaitu di sepanjang persisiran pantai dan dua buah negara Sunni di Halb dan Damsyik. Di samping kemungkinan masyarakat Duruz mendirikan negara di kawasan Bukit Golan yang kita kuasai “. Menurutnya lagi, “peperangan antara Syria dan Iraq akan menyumbang ke arah kehancuran kedua-dua negara dari dalam, sebelum kedua-dua negara itu memiliki kemampuan untuk membolehkannya memasuki peperangan secara meluas menentang kita”. Katanya lagi; “Begitu juga dengan Semenanjung Tanah Arab yang secara keseluruhannya terdedah kepada perpecahan disebabkan tekanan dari dalam. Keadaan ini berpanjangan di Saudi Arabia dan di seluruh negara kerjasama Teluk. Justeru itu peningkatan krisis dalaman dan kejatuhan regim ini terrnasuk dalam rangka kerja polisi kita sekarang ini”. Beliau menambah; “Setiap pertarungan antara negara Arab membawa keuntungan kepada kita dan akan menyegerakan saat ledakan”.

2. Cabaran Sosial

Cabaran ini mencetuskan persengketaan antara berbagai golongan dengan menyebarkan keburukan dan maksiat menerusi mafia dadah, mafia pelacuran, mafia sebaran am, menggalakkan dasar kepenggunaan, melariskan barangan mewah melalui berbagai kemudahan bertujuan untuk melemahkan semangat kerohanian serta ketahanan penentangan di kalangan umat Islam. Ini dilakukan melalui;

i. Galakan kepada program Freemason dan badan-badan yang bernaung di bawahnya.
ii. Munculnya gejala “memuja syaitan”.
iii. Pelancongan Yahudi dan kegiatan merisik serta kegiatan yang merosakkan.
iv. Menarik balik larangan hubungan perdagangan dengan regim Israel.
v. Menghapuskan daripada kurikulum pelajaran di Kuwait setiap ayat Al-Qur’an yang menyentuhpertarungan dengan Yahudi.
vi. Menarik balik sekatan pemilikan tanah oleh orang Yahudi di Jordan.

3. Cabaran Ekonomi

Cabaran ini melalui dasar kepungan ekonomi dan merampas kekayaan negara dalarn berbagai bentuk serta penguasaan ke atas sumber kekayaan di dunia Islam (samada minyak,air, logam dan lain-lainnya). Sebagai buktinya,

i. Negara Iran dilarang daripada memiliki kekayaannya sendiri dan dipastikan supaya berada di dalam kawalan Bank Dunia. Pada masa yang sama Iran dihalang dari membuat keputusannya sendiri. Namun dasar paksaan ala penjajah antarabangsa ini pasti lebur dan hancur.

ii. Negara Sudan dilarang untuk mengeluarkan minyaknya bagi tujuan eksport selagi ia tidak tunduk di bawah telunjuk Amerika. Namun halangan ini juga akan cair menghadapi kekentalan wawasan dan agenda Islam di Sudan, insyaAllah.

4. Cabaran Aqidah, Ideologi dan Kebudayaan

Wawasan dan agenda Islam telah dan sedang menghadapi pelbagai konspirasi yang menentangnya. Di antaranya ialah ancaman kepada Islam yang secara lantang disuarakan oleh Clinton dalarn “Persidangan Keganasan” yang telah berlangsung di Sharm Sheikh, beliau dengan tegas menyifatkan Islam sebagai pengganas dan menggambarkan para pejuang kebebasan yang mahu membebaskan tanah air mereka dari cengkaman Israel sebagai penjenayah. Clinton menggambarkan juga Generasi lntifadah, Gerakan Hamas, Jihad Islam dan penentangan di Lubnan sebagai musuh-musuh perdamaian yang berusaha untuk menghalang perdamaian dan tindakan-tindakan mereka telah mengorbankan nyawa rakyat yang tidak berdosa. Dan di tempat yang lain beliau berkata: “Kita akan menjejaki golongan fundamentalis di selurah pelusuk dunia dan mereka tidak akan terlepas dari tangan kita. Mereka akan dibawa kepada pengadilan”.

Dalam komentarnya terhadap “Persidangan Keganasan” di Sharm Sheikh, Encik Talal Salman, Ketua Pengarang akhbar ‘al-Safr’ menulis, katanya; “Lakunan palsu tidak lagi mampan mengelabui mata orang ramai, biar betapa bijak pengarah dan pelakonnya. ‘Persidangan Keganasan” yang berlangsung di Sharm al-Sheikh itu sebenarnya adalah merupakan mahkamah antarabangsa untuk mengadili agama Islam, untuk men”tamaddunkannya” dan membersihkannya dari faham ekstrimisme yang hauskan darah !.

Sidang kemuncak ini menjadikan diri mereka sebagai rujukan tertinggi dan mutlak yang berhak untuk menentukan siapa Muslim dan siapa pula yang terkeluar dari agama yang suci itu. Mereka juga menentukan siapakah orang mu’min yang sebenarnya dan siapakah yang murtad dan mesti dibunuh untuk melindungi orang Islam. Ia lebih tinggi dari al-Azhar al-Sharif dan lebih tinggi dari Najaf al-Sharif. (Akhbar al-Safir keluaran :13-3-l996).

Dalam persidangan keselamatan NATO yang diadakan di Munich pada 20hb. Feb. 1995, Setiausaha Agung Pertubuhan NATO menyebutkan bahawa “bahaya pihak fundamentalis (Islam) lebih kurang sama dengan bahaya komunis dahulu”. Beliau menambah, “Selepas komunis tidak ada lagi musuh kita selain Islam”. Dan beliau menyifatkan Islam sebagai “bahaya(ancaman) hijau”.

Orang yang pertama menonjolkan (pandangan bahawa Islam adalah musuh selepas Komunis) ialah Bekas Setiausaha Pertahanan Amerika, Dick Shirmy. Sementara itu, Presiden Turki,  Suleiman Dimeral pada 13-2-1997 yang dipetik oleh agensi berita Anatolia, berkata; “Sesiapa yang membawa politik ke masjid adalah melakukan jenayah dan dosa”. Beliau menambah kata; “adalah satu tanda kemunduran jika ada orang yang mahu kembali kepada sistem shari’ah sekali lagi”.

Di samping itu, wawasan Islam juga berhadapan dengan cabaran ideologi secular, falsafah yang sesat, kepercayaan tidak beragama dan gerakan-gerakan yang diragukan seperti Freemason, Kelab Rotary dan Kelab Lion, gerakan sekularisme, gerakan pembaratan, persatuan memuja syaitan dan (Shuhud Yahuh).

5.Cabaran Sebaran Am

Wawasan dan Agenda Islam serta negara-negara umat Islam berhadapan dengan agenda politik yang telah diprogramkan; matlamatnya untuk meleburkan jatidiri dan keperibadian bangsa Arab, menggalakkan unsur-unsur jenayah, keganasan dan seks serta mewujudkan prasarana untuk ia berkembang biak. Sejajar dengan itu diadakan proses brain washing, penghantaran missionary Kristein, kumpulan-kumpulan kebudayaan dan kesenian, Institusi Pengajian Tinggi, Yayasan Kebajikan, Bantuan Kewangan, pita-pita video dan pelbagai agensi media massa yang kesemuanya bertujuan untuk menghancurkan keperibadian ummah.

Sesungguhnya media massa memainkan peranan utama di dalam memberikan gambaran negatif terhadap Islam khususnya kepada gerakan jihad yang mempertahankan tanahair kehurmatan ,maruah dan hak-hak mereka. Golongan ini dianggap sebagai penjenayah, fundamentalis,ekstrimis, radikalis dan yang seumpamanya. Juga melalui tindakan kejam oleh pehak-pehak keselamatan yang melakukan pembunuhan hasil desakan perisikan ketenteraan seperti Mossad C.I.A yang kemudiannya cuba dikaitkan dengan gerakan-gerakan Islam

6. Cabaran Keselamatan dan Ketenteraan (Amerika Syarikat dan Zionis)

Agenda Islam menghadapi cabaran yang getir dari aspek persenjataan dan ketenteraan. Ini dapat dibuktikan khususnya negara-negara seperti Iran, Syria, Sudan dan lain-lainnya dilarang dari memiliki senjata-senjata canggih, apatah lagi untuk memiliki senjata nuklear. Sebagai buktinya, Amerika menjadi gempar apabila Syria membeli beberapa senjata dari Cina. Perkara yang sama juga berlaku apabila ada berita yang mendedahkan Syria bercadang untuk membeli beberapa peralatan tentera dari Afrika Selatan.

Dunia menjadi gempar lagi apabila Iran membeli beberapa buah kapal laut, di antaranya kapal selam nuklear dari saki baki peralatan tentera Soviet Union. Demikian juga polisi terhadap Sudan, Libya dan Iraq yang bertujuan untuk menghancurkan mereka dari aspek ketenteraan, keupayaan untuk meningkatkan teknologi dan tenaga nuklear. Sebaliknya pula bagi kuasa besar tidak mengapa Israel memiliki beberapa reaktor nuklear dan beratus-ratus laras senjata roket nuklear yang bersedia untuk dilancarkan. Bagi kuasa besar, tidak mengapa kalau Israel tidak menandatangani perjanjian antarabangsa untuk menghentikan ujian nuklear. Apa yang di kehendaki oleh kuasa besar ialah Islam tanpa kekuatan, tanpa maruah dan bangsa Arab tanpa kemulian dan harga diri.

Agenda Islam Menukarkan Keadaan

Dari celah-celah pusingan penindasan, penderitaan, akibat kekejaman zionis di Palestin meledak intifadah golongan Hamas dan Jihad Islam. Dari rekahan dan rintihan penderitaan di Selatan Lubnan meletus penentangan Islam. Agenda Islam telah berjaya meledakkan tenaga jihad dan tenaga syahid. Operasi syahid yang dilancarkan secara berterusan telah berjaya meruntuhkan dongengan bahawa negara Zionis tidak boleh dikalahkan dan tidak boleh dijatuhkan oleh seluruh tentera Arab.

Cabaran Akhir yang Dihadapi oleh Islam

Usaha untuk melumpuhkan kuasa gerakan Islam yang menempati kursi parlimen di beberapa buah negara umat Islam dan yang menguasai kerajaan seperti yang berlaku di Iran, Sudan dan lain-lain. Kita tidak lupa dengan dasar perjanjian ketenteraan dan keselamatan muncul semula di kawasan ini. Terdapat perjanjian bersekutu antara tentera Turki ( General Daunama) dengan Regim Zionis yang turut disertai oleh Washinton dan Amman yang mengancam bangsa Arab dan Ummah Islam. Ia juga mengancam kesatuan negara-negara Arab dan Islam. Ia mengembalikan semula ingatan terhadap dasar pemecahan oleh Amerika dan Zionis.

Saya menyerahkan kepada anda semua untuk menentukan sejauh mana kesan konspirasi tersebut terhadap wawasan dan agenda Islam dan nasional yang di bawa oleh Setiausaha Luar Amerika Madlyn Albright dengan membaca dokumen “strategi masa hadapan pentadbiran Amerika.” Doc.7,8.

Penipuan Amerika dan Zionis Terhadan Institusi Pemerintahan Arab

Antara cabaran yang dihadapi juga ialah persetujuan dan perjanjian khianat diantara pelbagai Regim dengan Regim zionis di bawah slogan dusta, umpamanya ” Dasar Penciptaan Pendamaian”, ” Dasar Hidup Bersama Timur Tengah”.”( Persetujuan Camp David) ,( Persetujuan  Oslo), ( Persetujuan Wadi Arbah). Pengesahan dan pengiktirafan negara Arab dan Islam ( secara rasmi) terhadap segala tindakan ganas dan provokatif negara pengganas Israel melalui Persidangan Kemuncak Sharm El Sheikh.

Dasar mencabar yang didokong oleh Netanyahu ( Perdamaian sebagai balasan perdamaian, ( Perdamaian sebagai balasan ekonomi) menggantikan cadangan ( Tanah sebagai balasan Perdamaian) ( Dasar Pengyahudian dan Penempatan ) ( Menentang gelombang Islam ) . Seterusnya penyibaran risalah- risalah yang mencemarkan kesucian Rasulullah S.A.W dan Siti Maryam A.S . Demikiam juga dengan kemunculan Pertubuhan Sulit Zionis yang menggelarkan diri mereka sebagai ( Pertubuhan Penghapus Noda ) Bagi mereka kotoran tersebut ialah ( Masjid al Aqsa, Qubah Sakhrah, (Gereja al-Mahd di Baitullaham,( dokumen No: 9-10)

Cabaran besar terakhir ialah apa yang diputuskan oleh Kongres Amerika baru-baru ini untuk menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Zionis. Kongres turut memperuntukkan seratus juta dollar untuk memindahkan Kedutaan Amerika dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis.

Kesimpulannya Cabaran tersebut ialah:

1. Cabaran ideologi terhadap fitrah beriman kepada Allah . (Fenomena global yang mencemaskankan)
2. Cabaran alkohol terhadap fitrah aqal dan kewarasan pemikiran.
3. Cabaran vana bersifat instinct terhadap fitrah erkahwinan. (Penyakit AIDS bencana  semasa.)
4. Cabaran temperement terhadap fitrah yang berasaskan keseimbangan dan kesederhanaan.
5. Cabaran maya terhadap fitrah yang bersaskan realiti
6. Cabaran berjaga malam dalam jangka yang lama terhadap fitrah tidur.
7. Cabaran gelojoh terhadap fitrah makan
8. Cabaran keburukan bagi fitrah kebaikan.
9. Cabaran susu tiruan terhadap fitrah penyusuan semulajadi.
10. Cabaran rumput tiruan terhadap fitrah makanan binatang ternakan ( penyakit lembu gila)
11. Cabaran biologi terhadap fitrah ciptaan Allah ( klon manusia dan kejuruteraan genetik.)
12. Kejuruteraan genetik, pengklonan manusia serta perubahan yang meyeluruh terhadap ciptaan Allah.
13. Cabaran global yang dihadapi oleh Islam ( sebagi Agama Fitrah)

Abu Zaid Ali-Idrus Fathani
At-Tafahnawi Ad-Deqahlawi
Republik Arab Mesir

11. Cahaya Hati

Merasai kehambaan kepada Allah adalah satu perasaan yang akan mengerakkan setiap perbuatan dan amalan kepada tujuan mencari keredhaan Allah. Apabila perasaan ini tidak wujud, perlakuan manusia adalah lahir daripada dorongan nafsu dan syaitan atau dipengaruhi oleh keadaan sekelilingnya. Apabila perasaan kehambaan ini subur dan meresap kedalam diri seseorang, kehidupannya akan berbeza dengan orang lain.

Tanpa perasaan ini, seseorang yang mengaku Muslim tidak akan mampu membawa kehidupannya ke arah akhirat. Bagaimana untuk memperolehi perasaan ini agar perjalanan hidup kita terpimpin dan terarah kepada mendapatkan keredhaan Allah?

Sabda Rasulullah saw: “Sesungguhnya di dalam jasad anak Adam itu ada seketul daging, bila ia baik, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila buruk, maka buruklah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah, ia itu adalah kalbu (hati).” (Bukhari dan Muslim).

Hadis di atas memberi faham kepada kita bahawa nadi kehidupan manusia ialah kalbu atau hati. Hati dalam diri manusia laksana raja yang sangat ditaati oleh rakyat. Manakala anggota-anggota lahir seperti tangan, kaki, seluruh pancaindera dan anggota lain laksana rakyat jelata 6ang sentiasa patuh kepada arahan raja. Bila ia memerintah tangan supaya mernampar, nescaya menampar ia,bila ia memerintah kaki supaya menedang, nescaya menendanglah ia dan begitulah seterusnya.

Hati yang dikehendaki dan dimaksudkan dalam pembicaraan ilmu tasauf dan ahli sufi bukanlah hati yang dapat dilihat oleh mata kasar, tetapi hati batin yang hanya dapat dikesan melalui perasaan yang mengakui kewujudannya. Hati yang ghaib inilah yang memiliki perasaan gembira, sedih, pemarah, sabar, cinta, kasih, sabar, dengki dan sebagainya.

Kedudukan hati

Rasulullah saw menerangkan satu hakikat yang tepat, kejadian yang tidak boleh dibantah; iaitu hati atau jiwa adalah pembentuk hidup seseorang. Dialah yang memegang peranan yang amat penting sekali dalam segala urusan dan gerak tubuh badan. Hati yang baik akan menyebabkan anggota badan yang lain menjadi baik. Demikianlah sebaliknya.

Hati juga menjadi tempat jatuhnya ilham baik dan buruk, samada ada ilham daripada Allah, malaikat atapun syaitan. Ia sangat sensitif dengan bisikan bisikan halus dan di situlah berlakunya suatu pertarungan yang maha hebat, sehingga kalah atau menang. Pertarungan ini amat sengit dan berterusan sampai bercerai di antara roh dan jasad.

Firman Allah swt yang bermaksud: “Dan jiwa serta penyempurnaannya (penciptaannya) maka Allah akan mengilhamkan jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan, Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mensucikan jiwanya itu dan sesungguhnya rugilah orang-orang yang mengotorinya.” (Asy-Syams: 7-10)

Rasulullah saw menyebut dalam satu hadis, mana-mana hati yang dipengaruhi fitnah(dosa), maka tercatitlah pada hatinya itu satu titik hitam Mana-mana hati yang mengingkarinya, tercatitlah satu titik putih, sehinggalah hati itu menjadi bersih seperti batu putih yang tidak dicacatkan oleh sebrang fitnah atau menjadi hati yang hitam pekat, tidak mengenal ma’ruh (baik) dan mengingkari sebarang kemungkaran.

Hati juga diibaratkan seperti sebuah cermin. Inilah yang dibaratkan oleh seorang Wali Allah, Ibrahim Adham dengan katanya: “hati orang yang beriman adalah bersih seperti cermin, kerana syaitan tidak dapat memperdayakannya dengan sesuatu, sebab ia lebih dahulu melihatnya.Tetapi jika ia telah sekali berdosa, Allah campakkan ke dalam hatinya satu tompok hitam. Kalau ia bertaubat, hilanglah warna kehitaman tadi. Andaikata ia kembali berbuat dosa, dan tidak bertaubat, timbullah semula tompokan itu sehingga seluruh hatinya menjadi hitam belaka. Waktu itu maka tidak berguna lagi nasihat yang diberikan kepadanya.”

Menurut ahli sufi, hati adalah “rumah Allah”, tempat untuk ma’rifat (kenal) kepadaNya. Di situlah terdapatnya rahsia-rahsia keTuhanan yang terhijab daripada manusia. Bila hijab itu diangkat atau dibuka, nescaya Allah akan tunjukkan pelbagai rahsia-rahsia diri manusia dan diriNya, sewaktu ia di alam roh dan bagaimana ia berhadap dengan Allah menyatakan kesaksiannya bahawa Allah adalah Tuhannya. Maka dikala itu hati manusia telah dilimpahi nur dan natijah daripada Allah yang berupa ketenangan dan kemanisan yang hanya boleh dirasai oleh dirinya sahaja.

Ciri hati yang sejahtera

Pada hari akhirat nanti, manusia akan mengadap Allah dengan membawa amalan masing-masing. Dan Allah telah memberi jaminanNya bahawa ia akan mengurniakan rahmatNya kepada mereka yang memounyai hati ayang sejahtera. Apakah hati yang sejahtera itu dan bagimana mencapai maqam (martabat) tersebut?

Hati yang sejahtera adalah hati yang bersih daripada segala kesyirikan, mengenal Allah dan mencintai Allah, sentiasa hidup dan merasai kewujudan Allah sehingga fana’lah dirinya (tengelam dan mabuk dirinya bersama Allah). Apabila ia melihat segala sesuatu, ia nampak semuanya datang daripada Allah. Apabila ditimpa ujian kesusahan dan kesenangan, ia kembalikan semuanya kepada Allah. Ia selalu bersangka baik dengan Allah, tenang, redha, tawadhuk dan selalu merasa faqir dan berhajat kepada Allah. Bukan hati yang ujub, riya’, takkabur, cinta dunia dan melihat segala kekayaan, kebijaksanaan datang daripada usaha dan kekuatan dirinya.

Hati yang sejahtera sentiasa bermuraqabah (mengintai) dan bertaqarub (menghampirkan) dengan Allah. Bukan sahaja akhlaknya dengan Allah dijaga, malah ia terserlah dalam pergaulannya dengan manusia. Akan terjelmalah sifat-sifat mahmudah dalam perlakuan dan tutur bicaranya.

Pembersihan jiwa

Untuk memperolehi hati yang sejahtera, usaha pembersihan dan penyucian jiwa perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Ia bukan hanya boleh dibuat sambil lewa sahaja kerana ia adalah persoalan kita akan mengadap dan bertemu dengan Allah di akhirat nanti. Kalau hati tidak bersih, semua amalan yang kita lakukan akan ditolak oleh Allah. Allah tidak melihat kepada rupa paras dan amal manusia, tetapi Dia melihat kepada hati. Hati adalah tempat jatuhnya pandangan Allah.

Jiwa perlu disucikan dengan sentiasa berzikirullah (ingat Allah), beristighfar (mohon keampunan), bertafakur (merenung dan berfikir kebesaran Allah) dan sentiasa bermujahadah menundukkan nafsu. Zikirullah adalah jalan perbersihan jiwa yang paling baik dan mudah, bukan sekadar zikir dilidah tetapi hati juga sentiasa hidup dengan nama Allah.

Untuk mendapat kesan yang baik, zikirullah seharusnya dilakukan secara bersistem dan dibimbing oleh guru rohaniah yang mursyid. Akhirnya, jadilah ia sekeping hati yang sentiasa hidup dan berdenyut dengan nama Allah lalu menjadi hati yang sejahtera dan dipenuhi dengan cahaya ketenangan. Firman Allah yang bermaksud: “Orang-orang yang beriman itu, apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka kepadaNya.” (Al-Anfaal: 2).

12. Cinta sejati dunia dan akhirat

“CINTA yang tidak pernah berubah hingga ke akhir hayat adalah cita-cita setiap pasangan yang berkasih.

Setiap ujian mampu diharungi dengan sabar. Begitu juga pembuktian cinta kepada Allah yang menagih pengorbanan hamba-Nya. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah Penguasa alam
semesta. Janji ini menjadi penawar di hati seorang hamba, reda meredah setiap ujian kehidupan atas nama qada dan qadar-Nya.

Firman Allah: Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.(Surah al-Baqarah, ayat
216)

Cinta kepada-Nya tidak pernah luntur dalam setiap keadaan, susah atau senang sentiasa setia dengan janji yang diikrarkan hingga kembali kepada-Nya.

Maka marilah kita hayatilah doa di bawah ini, semoga kita semua dikurniakan cinta yang sejati di dunia dan akhirat.

Ya Allah, sesungguhnya saya memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan saya kepada cinta-Mu.

Ya Allah apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang saya cintai maka jadikanlah ia kekuatan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang saya cintai maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.

Ya Allah jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah jadikan saya mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, rasul-Mu dan hamba-Mu yang salih. Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah saya bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai.

Ya Allah jadikanlah saya mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredaan-Mu(Hadis at-Tirmizi dalam Jami’ al-Sahih, Rasulullah bersabda: Inilah antara doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud).

Sahabat sekalian ini dipetik dari keratan akhbar untuk tatapan bersama. Insya-allah..moga kita peroleh cinta sejati dunia & akhirat (“,)

13. Cinta terlarang

“JAUHI CINTA TERLARANG
Siapalah yang tidak mahu cintanya sampai ke syurga. Pakar-pakar psikologi mendapati wanita yang mampu memberikan tumpuan penuh dan cemerlang dalam kerjaya ialah mereka yang stabil dalam hubungan cintanya terutama dalam rumah tangga. Betulkah begitu?

Lihatlah di dalam diri sendiri dan nilailah dengan jujur. Pakar psikologi adalah manusia biasa yang mungkin tersilap tetapi jika kajian mereka benar,perkara ini perlu diusahakan. Mampukah cinta menjangkau bahagia dari dunia hingga ke akhirat? Jawapannya ya, namun mana mungkin kita dapat memiliki sesuatu yang berharga secara percuma – jika percuma, sahlah ia ‘barang tiruan’ – bukan cinta murni yang sejati.

Jiwa Perlukan Cinta
rasa cinta adalah anugerah Allah kepada setiap manusia. Jiwa memerlukan cinta sebagaimana jasad perlukan makanan. Cinta ibarat api yang menjadi sumber tenaga kepada kehidupan. Ia menyinari manusia sebagaimana matahari menyinari alam. Dengan kekuatan cinta manusia sanggup dan mampu menempuh pelbagai rintangan – gunung sanggup didaki, lurah dituruni, lautan sanggup direnangi – semata-mata untuk memiliki cinta. Allah menghadiahkan perasan cinta dalam keadaan yang cukup murni. Namun jika kemurniannya tercemar, jadilah ia api yang membakar hangus – bukan lagi sebagai sumber kehidupan tetapi pemusnah yang menghancurkan, tidak lagi menyinari alam tetapi menjadikan alam hitam kelam seperti arang.

Cinta Murni Mampu “MERENTAS ALAM”
Kehidupan di dunia hanyalah sebahagian dari siri perjalanan yang panjang seorang manusia. Bermula dari alam roh, kita berpindah ke alam rahim sebagai janin yang berkembang sehingga dilahirkan ke dunia sebagai bayi. Kini kita berada di alam dunia – menghabiskan usia sehingga proses kematian membawa kita berpindah ke alam barzakh.
Di barzakh, kita menunggu sehingga kiamat untuk semua manusia dikumpulkan di alam mahsyar. Di mahsyar, proses pengiraan amal berlaku membawa kepada perhentian terakhir kita – syurga atau neraka. Alam yang paling kritikal adalah alam dunia di mana kita diberi ‘kebebasan’ untuk ‘memilih’ jalan hidup.

Di sinilah penentuan sama ada cinta yang dikurniakan Allah ini membahagiakan sehingga merentasi barzakh, mahsyar dan akhirnya ke syurga abadi di mana kemuncak kebahagiaan cinta akan dinikmati atau menuju neraka yang seksanya tiada batasan!

Patuhi Peraturan Pencipta Cinta
Dia yang mencipta cinta telah mencipta juga ‘peraturan cinta’ demi untuk menjaga kemurnian cinta itu sendiri. Cinta yang mematuhi peraturan ini sahaja yang akan mampu merentas alam sehingga ke syurga. Malangnya peraturan ini kerap dilanggar oleh manusia yang sedang bercinta.
“Cinta apa namanya ini jika tidak ada dating, tidak ‘bergayut’ di telefon, tiada surat cinta yang membuai rasa, tiada sentuhan tangan dan tiada kerlingan dan senyuman?” Ada suara dari dalam diri kita mungkin merungut begini.

Yakinlah tidak ada keindahan dan kebahagiaan dalam melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta, frust menonggeng – fenomena cinta yang begitu popular di kalangan manusia adalah disebabkan cinta yang tercemar kemurniannya.
Banyak cinta bukan sahaja hancur sebelum mencecah alam perkahwinan malah membawa dendam yang membara. Inilah cinta terlarang – cinta yang tidak mampu merentas alam malah mati sebelum kematian manusia itu sendiri.

CINTA Terlarang Destinasinya Adalah NERAKA
rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan boleh berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlaku ‘cinta terlarang’ – cinta yang menafikan peraturan Tuhan. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak fitrah tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Cinta yang penciptaan asalnya bertujuan membahagiakan dan membantu meringankan bebanan hidup, menjadi beban paling berat dan penjara paling menyeksa.

Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta yang terlarang. Lebih-lebih lagi bila hukumnya dilanggar tanpa rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah, malah loyar buruk mengatakan “Allah kan Maha Pengampun?”. Tubuh kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram.

Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah orang yang ketiga. Bila bermula satu sentuhan, hampir mustahil untuk berundur ke belakang apabila nafsu dan syaitan sudah menguasai. Semuanya seolah-olah halal atas alasan cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan fitrah cinta dianggap baja.

Akhirnya berbuahlah pohon cinta terlarang – pahit, masam, beracun dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai label yang menjijikkan. Ketika itu hilanglah kemanisan cinta. Jika cinta begini yang diburu, tidak pelik jika cinta muncul dalam hidup dalam rupa ‘monster’ yang menakutkan…kerana ia memberi pengalaman yang cukup menyakitkan. Lalu cuba salahkan orang lain yang ‘menabur janji kosong’, ‘manis kata di bibir, tapi hati lain bicara’ – malah ada yang hingga tahap menyalahkan takdir kerana memisahkan ‘cinta suci’ antara dua insan. Cinta terlarang ini bukan sahaja destinasinya neraka di akhirat malah neraka sepanjang perjalanan di dunia. Kemanisannya hanya dapat dirasai di titik permulaan!

Hukum Cinta Dan Kasih Sayang Murni
rasa cinta yang murni sangat inginkan kebahagiaan untuk yang dicintai. Dia tidak akan membiarkan orang yang dicintai terluka sedikit pun. Dia kan melakukan apa sahaja demi untuk kebahagiaan yang dicintai tanpa mengharapkan balasan. Hukum cinta ialah beri dahulu pasti kita akan memetik hasilnya. Cinta paling murni dari Allah untuk hamba-Nya. Dia yang bersifat lah-Rahman dan lah-Rahim memberi dan terus memberi kepada hamba-Nya. Hubungan cinta yang menuntut ‘penyerahan diri’ sebelum ikatan sah melalui akad nikah pastinya bukan cinta yang murni kerana ia bukan sahaja meminggirkan Allah yang mencipta cinta malah mengetepikan soal mempertahankan maruah dan harga diri pasangan yang kononnya dicintai sepenuh hati!

Jika benar seorang lelaki mencintai wanita dengan cinta murni, mana mungkin dia sanggup merobekkan kehormatan wanita. Seorang lelaki yang mencintai seorang wanita pastinya mahu melindunginya dari sebarang kerosakan. Dia tidak akan sanggup membakar kekasihnya walau dengan puntung rokok sekalipun, tetapi Kenapa sanggup menempah api neraka dengan membiarkan sentuhan terlarang berlaku.

SYURGA – Destinasi Cinta Yang Mampu Merentas Alam
Untuk memastikan cinta yang kita jalin mampu merentas alam, hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah…cinta yang kita berikan semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah dan boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Oleh itu, cinta antara lelaki dan wanita mestilah diniatkan untuk memiliki cinta Allah. Tapi bagaimana?? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau wanita menyempurnakan agamanya. Jangan sesekali bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan.

Mencintai Allah – Benteng Cinta Terlarang
Mematuhi syariat adalah benteng terkuat daripada terjebak ke dalam jurang cinta terlarang. Kekuatan dan kemampuan untuk mematuhi syariat pula hanya dapat dimiliki hati meletakkan Tuhan sebagai cinta teragung. Hati yang mencintai hanya kerana Allah. Perasaan cinta adalah amanah dari Allah, maka pastikan ia hanya diberikan kepada yang akan sama-sama menjaga amanah ini. Maka pohonlah kekuatan dari Allah, Tuhan yang menciptakan cinta agar cinta yang kita jalinkan tidak membawa kita menjauhi-Nya dan sekali gus tidak membawa kita ke neraka…
_________________
“Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya..”

14. Citra tasawuf sejati

Dua orang ulama besar pernah hidup satu zaman. Kedua-duanya dikenal sebagai ahli fiqh dan sekaligus ahli makrifat. Yang satu bernama Sufyan Al-Tsawri. Ia dikenali sebagai pendiri mazhab fiqh besar di zamannya; tetapi dalam perkembangan zaman, fiqhnya sepopular dengan fiqh-fiqh yang lain. Pada suatu hari ia mendatangi seorang faqih lainnya, yang mazhabnya diikuti oleh jutaan umat Islam sampai sekarang. Ia juga dikenal sebagai manusia suci, salah satu di antara “bintang” cemerlang dalam silsilah tarikat. Ia adalah Imam Ja’afar Al-Shadiq.

Al-Tsawri mendapatkan Al-Shadiq dalam pakaian yang putih gemerlap, tampak baginya sangat mewah. Ia merasa Al-Shadiq, yang terkenal sangat salih dan zahid, tidak sesuai untuk memakai pakaian seperti itu. Lalu ia berkata, “Busana ini bukanlah pakaianmu!”.

Al-Shadiq berkata, “Dengarkan aku dan semak apa yang akan aku katakan padamu. Apa yang akan aku ucapkan ini baik bagimu sekarang dan pada waktu yang akan datang, jika kamu ingin mati dalam sunnah dan kebenaran, dan bukan mati di atas bid’ah. Aku beritakan padamu bahawa Rasulullah saw hidup pada zaman kemiskinan yang sangat. Ketika dunia datang, orang yang paling berhak untuk memanfaatkannya adalah orang-orang salihnya, bukan orang-orang durhakanya; orang-orang mukminnya, bukan orang-orang munafiknya; orang-orang Islamnya bukan orang-orang kafirnya. Apa yang akan kau ingkari, hai Al-Tsawri? Demi Allah, walaupun kamu lihat aku dalam keadaan ini, sejak pagi dan petang, jika dalam hartaku ada hak yang harus aku berikan pada tempatnya, pastilah aku sudah memberikannya semata-mata kerana Allah.”

Pada saat itu datanglah rombongan orang yang bersufi-sufian. Mereka mengajak orang ramai untuk mengikuti kehidupan mereka yang sangat sederhana. Mendengar ucapan Al-Shadiq mereka berkata, “Tampaknya sahabat kami ini tidak mampu membalas pembicaraan Tuan dan tidak dapat menyampaikan hujah.”

Al-Shadiq berkata, “Tunjukkan hujah kalian.” Mereka menyahut, “Kami punya hujah dari Kitab Allah.” Kata Al-Shadiq, “Tunjukkan dalil-dalilnya, kerana Kitab Allah lebih layak untuk di ikuti dan diamalkan.” Mereka berkata, “Allah swt mengabarkan sekelompok sahabat Nabi saw: di dalam kitab-Nya; Dan mereka mendahulukan orang-orang lain di atas diri mereka sendiri, sekali pun mereka memerlukan apa yang mereka berikan itu; siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (QS. Al-Hasyr; 9). Allah memuji mereka. Kemudian Allah berfirman dalam ayat yang lain; Mereka memberikan makanan yang mereka cintai kepada orang miskin, yatim, dan tawanan. Cukuplah bagi kami semua keterangan ini.”

Di antara yang hadir dalam majlis itu ada seseorang yang segera menukas, “Kami tidak melihat kalian menahan diri untuk tidak makan makanan yang baik. Malahan kalian memerintahkan orang lain untuk mengeluarkan harta mereka supaya kalian bersenang-senang dengan memanfaatkan harta mereka.”

Al-Shadiq berkata pada orang itu, “Tinggalkan olehmu apa yang tidak bermanfaat bagi kamu.” Setelah itu Al-Shadiq berkata kepada mereka yang menyampaikan dalil-dalil dari Al-Quran itu, “Hai saudara-saudara, ceritakan kepadaku apakah kalian tahu nâsikh-mansûkh dalam Al-Quran, muhkam dan mutasyâbih-nya? Kerana di sinilah umat ini banyak yang tersesat atau binasa.” Mereka menjawab: “Sebahagian memang kami ketahui. Tetapi seluruhnya tidak.”

Dengan bertanya seperti itu, Al-Shadiq bermaksud untuk mengajarkan mereka untuk berhati-hati menafsirkan Al-Quran, tanpa bantuan ilmu yang memadai. Kerana di dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang berlaku dalam konteks tertentu tetapi tidak pada konteks yang lain (nâsikh-mansûkh). Di dalamnya juga ada yang sangat jelas maknanya dan ada yang sekilas tampak ambiguity (muhkam mutasyâbih). Setelah itu, Al-Shadiq berkata:

“Apa yang kalian sebut sebagai keterangan dari Al-Quran tentang orang yang mendahulukan orang lain, walaupun diri mereka dan keluarga mereka kepayahan, perbuatan mereka itu hanyalah hal yang diperbolehkan bukan hal yang dilarang. Mereka mendapat pahala di sisi Allah (tidak ada perintah untuk melakukan perbuatan seperti itu, dan mereka boleh saja melakukan hal demikian). Tetapi Allah setelah itu memerintahkan mereka untuk melakukan hal yang bertentang dengan apa yang mereka lakukan. Perintah Tuhan itu menjadi nâsikh (menghapuskan) bagi perbuatan mereka. Allah melarang mereka untuk berbuat demikian sebagai ungkapan kasih sayangnya kepada kaum mukmin. Supaya mereka tidak menyengsarakan dirinya dan keluarganya. Mungkin ada di antara mereka anak-anak kecil yang lemah, anak-anak, orang tua renta, orang yang sudah sangat tua yang tidak sanggup lagi menahan lapar. Jika aku menyedekahkan makananku kepada orang lain, padahal padaku tidak ada lagi makanan selain itu, pastilah semua keluargaku telantar dan binasa dalam keadaan lapar.

“Kerana itulah Rasulullah saw bersabda: Jika ada lima butir kurma atau lima dinar atau dirham yang dimiliki seseorang, kemudian ia ingin mengekalkan wang itu, maka yang paling utama ialah ia memberikannya kepada kedua orangtuanya, kemudian kepada dirinya dan keluarganya, kemudian kepada kerabat dan saudaranya kaum muslim, kemudian kepada tetangganya yang miskin, dan terakhir – pada ranking kelima – ia mensedekahkannya di jalan Allah. Dan yang terakhir itu adalah yang paling sedikit pahalanya.

“Seorang Anshar memerdekakan lima atau enam orang budak sebelum matinya, padahal ia tidak punya harta lain selain itu. Ia meninggalkan anak-anak kecil. Nabi saw pernah berkata kepada sahabatnya: ‘Sekiranya kalian memberitahukan kepadaku keadaan dia, aku tidak akan membiarkan kalian menguburkannya di pekuburan muslimin. Ia menelantarkan anak-anak kecil dan membiarkan mereka mengemis kepada orang lain.’ Kemudian Al-Shadiq berkata: ‘Ayahku menyampaikan kepadaku dari Nabi saw bahawa ia bersabda; Mulailah dari tanggunganmu yang paling dekat, kemudian yang paling dekat, dan seterusnya!’

“Kemudian, inilah yang difirmankan dalam Al-Quran – yang menolak argumentasi kalian- dan diwajibkan kepada kalian oleh Tuhan yang Mahamulia dan Mahabijaksana; Dan orang-orang yang apabila membelanjakan hartanya, mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.” (QS. Al-Furqan; 67). Tidakkah kalian perhatikan bahawa Allah mengecam orang yang berlebih-lebihan dalam menginfakkan hartanya? Pada ayat lain Allah swt berfirman, “Sesungguhnya Ia tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan” (QS. Al-An’am; 141, QS. Al-A’raf; 31). Tuhan melarang mereka berlebihan dan melarang mereka kikir. Yang benar itu ialah yang berada di tengah-tengah. Seseorang tidak boleh memberikan seluruh hartanya, lalu setelah itu, ia berdoa agar Tuhan memberinya rezeki. Doa seperti itu tidak akan dikabulkan.

“Rasulullah saw bersabda: Ada beberapa kelompok dari umatku yang doanya tidak akan dikabulkan; Doa seorang anak yang disampaikan untuk mencelakan orang tuanya, doa seseorang untuk mencelakan pengutangnya padahal ketika ia membuat transaksi tidak ada saksi, doa seorang lelaki untuk mencelakakan isterinya padahal Allah sudah menyerahkan tanggungjawab memelihara isteri itu pada tangannya, dan doa seseorang yang duduk di rumah lalu ia tidak henti-hentinya bermohon: ‘Tuhanku berilah rezeki padaku’; kemudian ia tidak keluar rumah untuk mencari rezeki. Allah swt akan berkata kepadanya: ‘Wahai hamba-Ku, bukankah Aku sudah memberi jalan bagimu untuk mencari rezeki dan berusaha di bumi dengan modal tubuhmu yang sihat? Supaya kamu tidak bergantung pada orang lain dari keluargamu. Jika Aku kehendaki, Aku akan memberi rezeki. Jika Aku kehendaki, Aku batasi rezeki kamu. Dan alasanmu Aku terima.’

“Selain itu, doa orang yang tidak akan Aku dengar adalah doa seseorang yang mendapat rezeki yang banyak dari Allah swt. Ia mengeluarkan semuanya kemudian ia kembali sambil berdoa: ‘Ya Rabbi, berilah aku rezeki’. Tuhan berfirman: ‘Bukankah Aku telah memberimu rezeki yang banyak. Kenapa kamu tidak berhemat seperti yang Aku perintahkan? Mengapa kamu berlebih-lebihan seperti yang Aku larang?’ Kemudian terakhir, doa yang tidak akan didengar Tuhan adalah doanya orang yang memutuskan silaturahim.’

“Allah mengajari Nabi-Nya bagaimana cara berinfak. Di suatu hari, pada diri Rasulullah saw ada beberapa wang emas. Ia tidak ingin tidur bersama wang itu. Kemudian ia mensedekahkannya. Pagi hari ada seseorang yang datang meminta bantuan kepadanya. Tapi Rasulullah tidak punya apa pun. Peminta itu kecewa kerana Nabi saw tidak membantunya. Rasulullah saw juga berduka cita kerana tidak dapat memberinya apa pun, padahal Nabi saw adalah orang yang sangat santun dan penuh kasih. Allah swt lalu mendidik beliau dengan firman-Nya: Janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu di kudukmu, jangan juga engkau buka selebar-lebarnya, nanti kamu duduk dalam keadaan menyesal dan rugi (QS. Al-Isra 29).”

Kita mengutip riwayat yang panjang itu hanya sampai di sini. Sufyan Al-Tsawri mewakili pandangan sekelompok orang bahawa kesucian harus dicapai dengan mengorbankan segala-galanya – meninggalkan pekerjaan, memberikan seluruh harta, meninggalkan keluarga, mengasingkan diri, dan menjauhkan diri dari dunia. Konon, kerana cinta dunia itu sumber segala kejahatan, akhirnya mereka memilih untuk membenci dunia.

Menurut cerita, Fariduddin Al-Aththar adalah orang yang kaya raya. Seorang darwisy berhenti di depan tokonya. Ia mengatakan bahawa ia boleh memlih kapan ia mati. Ia bertanya apakah Al-Aththar bersedia mati sekarang dengan semua kekayaan yang ia miliki. Kemudian darwisy itu berbaring dan melepaskan ruhnya. Al-Aththar betul-betul terkesan. Ia menjual seluruh perusahaannya. Ia mensedekahkan semuanya dan hidup mengembara dengan menjalani kehidupan seorang sufi.

Jika kita semua mengikuti aliran tasawuf gaya Tsawriyyah ini, menurut Al-Shadiq dalam ucapannya yang tidak dikutip di sini, siapakah di antara kita yang harus membayar zakat, melakukan ibadah haji, mengurus orang yang lemah, membiayai pendidikan, melakukan penelitian ilmiah dan sebagainya? Kerana adanya orang-orang seperti Al-Tsawri, maka citra tasawuf menjadi sangat negatif pada sebahagian besar kaum muslimin.

Tasawuf identik dengan kemiskinan, kelusuhan, dan bahkan kekotoran. Orang takut belajar tasawuf kerana khuatir menjadi miskin. Imam Ja’afar Al-Shadiq menunjukkan dengan argumentasi yang sangat fasih bahawa tasawuf sejati tidak demikian. Ia menjelaskan bahawa kemiskinan yang disamakan dengan kesalihan berasal dari kekeliruan dalam memahami Al-Quran dan hadis. Tasawuf sejati bukan tidak memiliki dunia, tetapi tidak dimiliki dunia. Sufi bukan bererti tidak mempunyai apa-apa, tetapi tidak dipunyai apa-apa. Seorang sufi boleh saja, malah mungkin harus, memiliki kekayaan yang banyak; tetapi ia tidak meletakkan kebahagiaan pada kekayaannya. Inilah tasawuf sejati, yang diajarkan Rasulullah saw melalui para pemimpin pilihan dari keluarganya.

15. Dalam Ketinggian Ada Kerendahan : Tawaduk sifat mulia

TAWADUK bererti, merendah diri, tidak berbangga dengan kelebihan yang ada pada diri sendiri, sama ada dari segi ibadah, keturunan dan keluarga, pangkat dan kedudukan, ilmu dan pelajaran, harta benda dan kekayaan dan sebagainya. Orang yang mempunyai sifat tawaduk adalah orang yang sentiasa tunduk kepada setiap perintah Allah Subahanahu Wata’ala. Ia tidak akan bersifat sombong, tidak takbur, riyak atau ujub. Ia akan sentiasa mengasihi sesame makhluk maka ia pula akan dikasihi.

Orang yang mempunyai sifat tawaduk adalah orang yang memiliki budi pekerti yang luhur, berjiwa besar, lemah lembut dan bersopan santun. Ia dalam apa keadaan pun, di manapun kedudukannya akan sentiasa menghormati orang lain walaupun dirinya sendiri mempunyai kelebihan daripada orang lain atau orang lain itu lebih rendah kedudukannya daripada dirinya.

Orang yang bersifat tawaduk tidak akan bersifat takbur iaitu berperasaan tinggi diri, merasa diri lebih mulia, lebih besar, mempunyai kelebihan daripada orang lain dan menganggap orang lain adalah rendah dan hina. Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Al-Baihaqi, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :

“Sesiapa yang di dalam hatinya ada sifat takbur sebesar biji sawi, nescaya ditelengkupkan mukanya oleh Allah dalam api neraka”.

Daripada sifat takbur ini akan lahir pula sifat sombpng dan angkuh. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Ibnu Mas’ud, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :

“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sifat sombong sebesar biji sawi. Dan tidak akan masuk neraka orang yang dalam hatinya beriman sebesar biji sawi”.
Orang yang bersifat tawaduk tidak akan suka menunjuk-menunjuk atau meng’highlight’ amal ibadat atau amal kebaikan dan kebajikan yang dikerjakannya. Hatinya sentiasa ikhlas melakukan sesuatu dan melakukan sesuatau itu bukan kerana riyak atau dengan niat untuk mendapatkan sebarang imbalan atau ganjaran seperti mendapatkan keuntungan wang ringgit, untuk mendapatkan pujian,mencari pangkat dan kedudukan, mencari nama, pengaruh dan seumpamanya. Orang yang bersifat tawaduk akan merasa bahawa segala kelebihan, segala kenikmatan yang dimilikinya seperti kekayaan harta benda dan wang ringgit, ilmu pengertahuan, pangkat, kedudukan dan sebagainya itu adalah nikmat kurnia daripada Allah Subahanahu Wata’ala hasil daripada ikhtiar dan usahanya sendiri namun ia tidak akan memuji dirinya sendiri atau merasai dirinya lebih daripada orang lain, ia tidak akan memandang dirinya sahaja yang hebat, dirinya sahaja yang benar. Malah orang yang bersifat tawaduk akan sentiasa muhasabah diri, akan sentiasa mencari kekurangan dan kelemahan diri, sentiasa ingin belajar, menerima teguran orang, bertanya ataupun mengambil faedah daripada orang lain walaupun orang itu lebih rendah kedudukannya daripada dirinya sendiri.

Begitulah mulianya orang yang mempunyai sifat tawaduk. Bersederhana di dalam kehidupan termasuklah dari segi penampilan diri dan sifat peribadi. Mulia di sisi agama, mulia disisi sesama manusia. Namun ramai dari kita tidak mengetahui tentang kewajipan bersifat tawaduk ini. Malah, sama ada sedar atau tidak, kebanyakan daripada kita pada hari ini lebih bersifat menunjuk-nunjuk, membesar-besarkan diri, bersifat takbur, riyak dan ujub walaupun sifat-sifat yang sedemikian itu amat dibenci oleh Allah Subahanahu Wata’ala.

Menurut Rasulullah Sallallahun Alaihi Wasallam, Allah Subhananu Wata’ala akan mengurniakan empat perkara kepada orang yang dikasihi-Nya sebagaimana sabda Baginda di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Thabarani dan Al-Hakim daripada Anas, yang bermaksud :

“Empat perkara yang tidak diberikan oleh Allah kecuali kepada orang yang dikasihi-Nya iaitu (orang yang) diam (yang menunjukkan) bahawa itu adalah permulaan ibadat, bertawakal kepada Allah, merendahkan diri dan zuhud di dunia (meninggalkan kepentingan dunia)”.

Orang yang tawaduk akan mendapat rahmat daripada Allah Subahanahu Wata’ala sebagaimana disebutkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di dalam hadis Baginda yang diriwayatkan oleh Asfahani daripada Anas, yang bermaksud :

“Merendah diri itu tidak menambahkan bagi hamba melainkan ketinggian. Maka hendaklah kamu merendah diri supaya dicurahi rahmat oleh Allah”.

16. DI SAAT AKU DITALKINKAN

Assalamualaikum wr  wb
Sebak dada bila membaca cerita ni …. Tetapi ianya bagus … Semoga kita insaf dan menjadi  pengajaran. InsyaAllah …

Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dadaku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak.
Tiba-tiba tanganku dipegang kuat. “Mengucap sayang, mengucap …….. Asyhaduallailahaillallah ………” ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia
yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.
“Bagaimana dengan keadaannya doktor?” Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. “Tenat” jawab doktor dengan ringkas.
“Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha”.
Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. Datanglah …..
Tapi mataku ……. semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini.
“Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah.” Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku.
“Tekanan darahnya amat rendah”. Sayup sayup kedengaran suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu  menangis saja.dan bila tiba saatnya, kita akan
berpisah. Tapi, ibu ….. aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu, selamatkanlah daku.
“Yassin ……” bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku diperdengarkan dengan suara itu???
Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!!
Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi Izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut …… Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.
“Tolong ibu, tolonglah aku, aku takut”. Tapi rintihan ku tidak di pedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku dilambung resah, gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan
“Panas, dahaga, haus, panas ……..”. tapi tiada siapa pun yang peduli.
Nenekku datang, “Nenek ………..”.
“Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air?? Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minum air ini”.
“Ibu ……”.  Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. ” Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi …..”.
Ayah ……. kau datang ayah …….”.
“Matilah dalam agama yahudi anakku, matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga”.
“Nenek …. ibu ….. ayah ….. suara kau kah tadi?? Kenapa kau berubahlaku?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??
“Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailahaillallah ……”. Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang.
“Mari ikut kami”.
Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya “Mari ikut kami”.
Cahaya putih datang.datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang.
“Apa ini, apa ini?. Akulah sakaratul maut …….!!!!!!”.
Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.
“Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah …….”. Aku tersentak. Roh ku berselerak di dalam tubuhku. Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun ….
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.
Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk.
“Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya ……”.
“Assalamualaikum……”.
“Siapa yang memberi salam itu?”.
“Aku”.
“Kau siapa wahai pemuda???”.
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor, dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang dipakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya
terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa di
pedulikannya …… jijik, loya, aku rasa …….. teramat loya melihatnya.
“Kau tak kenal aku?”.
“Tidak!” jawabku tegas. “Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini”.
“Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari”.
“Bohong!”. Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.
“Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini”.
“Akulah amalanmu yang keji ……….”.
Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya! aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan kupelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia, akan dijelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.
Oh! Tuhan, aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak, tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!!
Surah yassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku. Aku melihat kak long dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba  badanku disirami air. Air apa ini?????
“Tolong …. sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!! Kenapa ramai orang melihat aku??? Aku malu ….. malu ….. malu……!!!!!!”.
Aku diusung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas dibubuh di celah-celah badanku. Lalu aku dibungkus satu demi satu dengan kain itu.
“Nanti, tunggu!! jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong rimas …. panas ……..”.
Kemudian aku diletakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. “Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan”. Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku’, sujud dan tahiyyat.
Aku diangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu. “Kotak apa ini?”
Aku diusung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak.
“Al-Fatihah!” Keengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang, tapi ke mana dia bawanya aku?.
Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku.
“Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku, aku takut!!!!!!”.
Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku, dan aku diturunkan ke dalam liang itu.
“Perlahan-lahan .. ” aku terdengar suara tok imam memberitahu.
“Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!”.
Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.
“Tanah apa ini?”.
“Aduh sakitnya badanku ditimbusi tanah”.
“Innalillahiwa innailaihi rajiuuun ……. Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali”.
Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. “Sesungguhnya mati itu
benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu jua benar ……..”. Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama, makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atasku. Terasa semakin
gelapdan …… aku kini keseorangan.
“Nanti! Nanti!Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan tinggalkan aku
seorang. Aku takut!!! Gelap!!! Panas!!! Tolong !!!!

THIS IS A GOOD STORY BUT THE AUTHOR LEFT OUT ONE MOST IMPORTANT THING IN DEATH…..

“SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK … DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT.”

17. Adat Hindu Yang Kita Tiru


Telah menjadi adat orang Melayu bahawa setelah ibu melahirkan anak,  urinya akan ditanam. Sekadar menanam uri sahaja setelah dibersihkannya daripada darah kemudian ditanam dengan tujuan tidak mahu ianya dibuang begitu sahaja, tanpa niat-niat yang lain, tidaklah menjadi kesalahan, tetapi apabila uri itu diletakkan di dalam suatu tempat dan kemudian diletakkan asam atau garam kemudian ditanam dan kemudian diletakkan lampu di sebelah tempat yang ditanam itu, maka itu menyerupai adat agama Hindu.

Orang Melayu meletakkan asam dan garam kalau anak perempuan supaya  pandai memasak dan meletakkan paku kalau anak lelaki supaya pandai menukang. Tetapi itu zaman dahulu. Zaman sekarang di mana kemahiran anak perempuan bukan lagi pada masak memasak,
tetapi dalam bidang pelajaran, maka apakah kena ditanam uri itu dengan buku-buku sekolah? Dan kalau anak lelaki pula, apakah perlu ditanam komputer bersama uri tersebut?
Inilah adat Melayu yang tidak ada logik dan tidak ada gunanya.

Apabila anak itu mencapai usia 7 hari, terutama pada waktu dahulu, anak itu akan diletakkan di satu dulang yang berisi beras atau kunyit. Ini juga menyerupai Hindu.

Bila anak itu dewasa pula, orang Melayu sekarang suka menonton rancangan Hindustan yang kebanyakannya juga beragama Hindu.

Apabila anak itu berkahwin, diadakan persandingan dengan bertepung tawar dan melontar beras dan sebagainya. Mengapa beras padahal minyak wangi banyak dijual di kedai?
Kerana orang Hindu mempercayai semangat yang ada pada padi. Dikir barat itu menyerupai gerak laku orang Hindu dalam memuja semangat padi. Mereka yang belum berumahtangga dan akan berumahtangga hendaklah fikirkan hal ini baik-baik dan ibu bapa hendaklah
menasihatkan anak-anak mereka supaya jangan melakukan upacara yang bertentangan dengan Islam di hari perkahwinan. Kalau kita sudah bersanding dengan upacara ala Hindu, esok lusa kita jadi ustaz atau ustazah atau pendakwah dan hendak bersyarah atau menasihatkan orang lain mengenai hal ini, orang lain sudah tidak mahu dengar cakap kita sebab kita sudah menunjukkan contoh yang salah.

Begitu juga tepak sirih yang biasa digunakan oleh orang Melayu di majlis akad nikah, adalah juga daripada adat orang-orang Hindu. Berbincanglah dengan bakal pasangan anda dan juga keluarga bakal pasangan anda dan nyatakan kepada mereka bahawa anda tidak mahu majlis
perkahwinan yang bercorak Hindu itu. Sebab kalau kita tidak berdakwah, anak-anak kita
nanti semuanya akan ikut dan kita akan menanggung dosanya kerana kita telah mewariskan adat agama syirik!

Apabila orang Melayu meninggal, bila sudah ditanam, akan ditabur bunga di atas kubur tersebut. Ini juga adat agama Hindu. Kalau kita perhatikan, orang Hindu yang mati sebelum dibakar, akan diletakkan bunga ke atas mayatnya. Hari ini orang Melayu bukan sahaja menabur bunga di atas kubur, bahkan mayat itu sudah ditabur bunga di rumah lagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Sebab itulah ada pepatah Melayu yang berbunyi: “Biar mati anak, jangan mati adat”.
Saya rasa pepatah ini berasal daripada orang Hindu juga kerana mereka sangat kuat berpegang kepada adat. Yang betulnya: “Biar yang lain terkorban, Islam jangan digadai.”
Oleh kerana itulah sebahagian besar ibu bapa hari ini, terutamanya yang tua-tua,
bermati-matian menegakkan adat, walaupun bercanggah dengan Islam, seperti bersanding di atas pelamin dengan upacara yang bukan-bukan.

Kalau sepanjang hidup kita ini kita ikut orang Hindu, bagaimanakah kita boleh mati dalam keadaan Islam? Sedangkan Allah telah berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali sebagai orang-orang Islam.”

Untuk mati dalam keadaan Islam, hidup kita mestilah dengan cara Islam, daripada hari lahir kita sehinggalah hari kita dikuburkan di  bumi.

Orang Cina dan India dahulu tinggal sekampung dengan orang-orang Melayu. Jadi sudah tentu banyak adat-adat yang mempengaruhi orang Melayu. Namun sebagai orang Islam, kita kena bersihkan amalan kita daripada sebarang penyerupaan dengan amalan agama lain.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
“Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia daripada kaum itu.”

Dalam riwayat yang lain:
“……….dan akan dibangkitkan bersama-sama mereka (kaum yang diserupainya).”

Agama Islam telah disempurnakan oleh Allah tanpa perlu ditokok tambah atau dibuang atau diubah.

SHAN 2004

18. Surat terbuka dari iblis

Surat terbuka dari Iblis mmm.. macam seram eh?

Semoga ada pengajaran

——————————————————————————

Hai manusia yang tersayang,

Tadi malam waktu akan tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca Ayat Kursi dan Kulhu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Kur’an. Sesungguhnya engkau tidak membuang-buang masa.
Pagi ini aku lihat engkau tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus sekali ! Engkau telah membuktikan bahwa engkau adalah sahabatku yang budiman. Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.

Aku lihat engkau jarang-jarang mengambil wudu’. Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu. Aku lihat engkau tak pernah membaca Bismilla sewaktu akan makan. Ini bagus, kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. Dan bila sudah kenyang, engkau tak pernah menyebut Alhamdulillah. Ini bagus juga. Cukuplah engkau sedawa kuat-kuat seperti lembu.

Hai manusia yang kucintai,

Semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. Engkau menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen ataupun seteguk air. Ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tak membazirkan rezekimu yang melempah-ruah yang diberi Allah kepadamu. Engkau seorang yang jimat cermat. Biarlah rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang, untuk menonton wayang, berholiday di Genting dan membeli kemewahan-kemewahan dunia.

Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan Assalamualaikum. Engkau mengucapkan “Hi Everybody!” Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan bahwa engkau mengerti adab resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa Inggeris. Tak perlu engkau belajar membaca bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antara-bangsa.Engkau telah membuktikan bahwa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku.

Duhai manusia,

Di sepanjang Ramadhan ini, telah lemah seleruh urat sendiku,telah terbakar seluruh jasadku,merintih ku kesakitan, bilasetiap kali ku lihat hamba-hambaNya yang penat berpuasa di malam hari dan menghabiskan waktu malam dengan bertarawikh, berzikir dan merintih mengenang dosa-dosanya yang lepas,kerana pintu taubat telah dibuka oleh ALLAH dengan seluas-luasnya…Namun, aku tetap gembira kerana ada di antara kalian yang masih sudi menjadi temanku.. melepaskan peluang rahmat ALLAH dengan mengucap perkataan yang sia-sia, mengumpat, tidak bertarawikh, malah mencipta persengketaan..aduhai tubuh badanku yang terbelenggu telah segar kembali…cukuplah NAFSU manusia sendiri menjadi penyambung tugasku di sepanjang bulan yang dirahmati ini…Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama …. kita berpegang-tangan menuju Neraka Jahannam.

Sahabatmu Yang Tercinta,
Iblis Laknatullah

SHAN 2004

19. Dialog CINTA

Kami tidak berzina!
Maaf saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya berbual-bual, berbincang..bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakahitu menghampiri zina?
Ya, ….

perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan. Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat kearah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpelangaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat pesanan Rasulullah: Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan (Tabrani). Kita lemah menghadapi tipu daya iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta menjerumus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS saja. Tidak pernah bersua muka pon!
Betul. Tapi itu adalah sesuatu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu akan membawa kepada penzinaan akhirnya/?

Takkan nak berbual-bual pon tak boleh?Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya. Ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan mata berahi.Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki berzina dan zinanya adalah menuju tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman.(Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan penzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja*(bagi kes belajar berdua-duaan sahaja)*
Berdiskusi pelajaran? Betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hyambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagilah. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah.Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis oleh malaikat rakib dan atid.

Sungguh! Berbincang pelajaran sahaja! Ni study group.(bagi kes berdua-duaan sahaja)
Study group….?Nampak lain macam saja. Manja, senyum memanjang,tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group brdua saja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni, betul ke bincang pelajaran.?Jangan-jangan sekejap saja berbincang pelajaran,yang lain tu………banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran!
Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat,tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah fitrah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar. Study group.Saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang yang cemerlang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri bercinta??
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud dalam diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan dating untuk membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak menyuruh membunuh naluri seperti yang dilakukan paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong ada diri sendiri. Bukan salah atau berdosa jika perasaan itu dating tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu dan patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

entu ada cinta secara islam.
Cinta secara islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab Kabul, cinta selepas kahwin.Itulah cinta suci dan kudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut dari dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.(ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri penzinaan..?
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu, tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang hingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin. Baru semalam, bukankah mereka sudah hamper dengan penzinaan?Berapa ramai orang bercinta telah sampai ke daerah penzinaan dan kesengsaraan. KAsihanilah diri dan ibubapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang bercinta tetapi tetap selamat tidak berzina. Kami tahan diuji!
Allah yang menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia tidak tahan diuji?
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan ajnganlah kamu hampiri pokok khuldi.(jika kamu menghampirinya)maka kamu adalah orang-orang yang zalim.(al-Araf:19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi.Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka memakannya. Demikianlah dengan zina.Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan adalah dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar dari pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta selepas berkahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum membuat keputusan berkahwin.
Bolehkah percaya dengan perwatakan semasa bercinta? Bercinta penuh lakonan dan kepura-puraan. Masing-masing berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, pemurah, penyabar dan pelbagai lagi. Masa bercinta, merajuk ada yang pujuk. Jangan harap selepas kahwin, bila merajuk akan ada orang yang pujuk. Banyak orang tertipu dan kecewa dengan keperibadian orang semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang penyayang, penyabar…sanggup tunggu pasangan berjam-jam.Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit dah kena tengking. JAdi perwatakan semasa bercinta tidak boleh dipercayai.Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan hanyakepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat kebahagiaan, jika jalan mendapatkan kebahagiaan tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumahtangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga bahagia jika langkah mula sudah canggung, bagaimanakah kesudahannya?

Tanya sikit….adik angkat, abang angkat, kakak angkat, boleh ke?? Ganti bercinta
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya tetap sama. Adik angkat, abang angkat, kakak angkat, adalah satu bentuk tipu daya syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa dikorbankan. Namakan apa saja sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semua adalah sama. Jalan akhirnya tetap akan bertemu zina.

Jadi seolah-olah orang bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. CIntanya ditumpah kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu, ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah taala.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.Allah berfirman : Lelaki berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan berzina pula tidak ingin berkahwin kecuali dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.(surah An-Nur:3)Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta.

Tidakkah itu penghinaan dariTuhan?Jadi orang yang pernah bercinta hanya layak dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati!
Apa ada pada janji cinta?Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah/?Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan saja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki?Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seorang wanita sebagai isteri dan ibu anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?(tidak ada dalam syariat)
Tentu. Mana ada lelaki normal suka pada barang second hand sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata, sekadar sepinggan mee goring dan segelas sirap bandung., bawalah ke hulur ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlahnya kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah : Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya dan orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara diri dari melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (surah Al-Ahzab:35)

Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.
Taubat yang murni. Taubat sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat : Tinggalkan perbuatan maksiat,Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk yang menjurus kea rah percintaan. Berazam. Bertekad dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab Kabul. Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum kahwin, semakin hambar dan kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri.

Ya Allah, hambaMu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini.Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambaMu ini berdosa…Amin yarabbal alamin…
Moga Allah terima taubatmu. Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak ke mana! Ya Allah bantulah mereka. Kini mereka dating kepintuMu mencari redhaMu. Terimalah taubat mereka.

20. Doa Seorang Sahabat…

Sebuah kapal karam diterjang badai hebat. Hanya dua lelaki yang dapat menyelamatkan diri dan berenang ke pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat pergi ke daerah berasingan dan mereka tinggal berjauhan.


Doa pertama, mereka memohon diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki pertama melihat sebuah pohon penuh buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki yang lainnya tetap kosong.

Seminggu kemudian. Lelaki pertama merasa kesepian dan memutuskan berdoa agar diberikan isteri, keesokan harinya, ada kapal karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang terdampar di sisi pulau tepat lelaki pertama tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki ke dua tetap saja tidak ada apa-apa.

Segera saja, lelaki pertama ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap saja tidak mendapatkan apa-apa.

Akhirnya, lelaki pertama ini berdoa meminta kapal agar ia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu.

Pagi siang hari mereka menemui kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki pertama dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan meninggalkan lelaki kedua yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya lelaki kedua itu tidak pantas menerima keajaiban tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan.

Apabila kapal siap berangkat, lelaki pertama mendengar suara dari langit, “Hai. Mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?”

“Berkatku hanyalah milikku sendiri, hanya kerana doakulah yang dikabulkan,” jawab lelaki pertama.

“Doa temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka ia tak pantas mendapatkan apa-apa,”

“Kau salah!” suara itu bertempik.

“Tahukah kau bahwa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa.”

Lelaki pertama bertanya, “Doa macam apa yang dia panjatkan sehingga aku harus berhutang atas semua ini padanya?”

“Dia berdoa agar semua doamu dikabulkan”

Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain? Banyak orang yang telah mengorbankan segalanya demi kebahagiaan kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain, dan janganlah menilai sesuatu hanya dari “yang terlihat”saja.

21. ELAK LAKUKAN SYIRIK TERSEMBUNYI…… hati2..

ISLAM adalah agama tauhid, yakni agama yang berasaskan iman kepada
keesaan Allah Yang Maha Kuasa. Ukuran sempurna atau tidak Islam
seseorang bergantung kepada kesempurnaan tauhid mereka.

Tauhid yang sempurna meresap ke dalam hati nurani dan melahirkan
kesan kepada seluruh tingkah laku serta kehidupan.

Ia memberi kesedaran untuk sentiasa berwaspada terhadap godaan
syaitan dalam setiap amalan supaya tidak diselewengkan kepada yang
lain daripada Allah.

Boleh dikatakan sebahagian besar orang yang mengaku beriman dan
mengakui Allah mencipta mereka tetapi tauhid mereka tidak penuh
kepada Allah kerana ketika mengerjakan ibadat, hati tidak bersih
kepada Allah semata-mata.

Ada yang menumpukan taat setianya kepada Allah dengan menjalankan
hukum syariat-Nya tetapi serentak itu, mengubah hukum syarak dengan
menokok tambah atau menguranginya menurut hawa nafsu.

Perbuatan itu adalah syirik.

Bagi menjelaskan setakat mana buruknya syirik, diturunkan beberapa
ayat suci dan hadis mengenainya.

Firman Allah bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): `Marilah
supaya aku bacakan apa yang diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu,
iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Dia sesuatu pun …’ (Surah Al-
An’am ayat 151).

Dalam surah lain Allah berfirman yang bermaksud: “… Bahawasanya
sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka
sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya
ialah neraka …” (Surah Al-Maidah, ayat 72).

Ayat lain bermaksud: “… Dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu
yang lain dengan Allah, maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu
disambar rombongan burung (sehingga ia hancur berkecai), atau
dihumbankan angin ke tempat yang jauh (yang membinasakannya).”
(Surah Al-Hajj, ayat 31).

Maksud ayat dalam surah di atas ialah Allah mengharamkan manusia
melakukan sebarang rupa syirik, sama ada yang nyata atau tersembunyi.

Ayat itu turut menyatakan balasan buruk kepada orang yang melakukan
syirik dan menggambarkan dahsyatnya keadaan serta balasan mereka.

Daripada Abdullah Mas’ud, katanya: Rasulullah bersabda: “Sesiapa
mati dalam keadaan melakukan sebarang syirik terhadap Alah, masuklah
dia ke dalam neraka.” (Hadis Bukhari dan Muslim).

Syirik ialah mempersekutukan sesuatu dengan Allah Taala pada
sifat `Uluhiyah’ atau sifat `Rububiyyah’.

Uluhiyah Allah ialah sifat-Nya berhak disembah, dicintai, dipatuhi
perintah-Nya, dipohon untuk mendapat segala kebaikan dan menolak
sebarang perkara yang tidak diingini.

Rububiyyah ialah sifat mentadbir dan mengasuh serta mendidik alam
yang dicipta iaitu dengan mengadakan segala keperluan, mengatur
undang-undang dan menyatakan hukum halal haram untuk kebaikan
jasmani dan kebahagiaan rohani.

Sesiapa yang menganggap mana-mana satu daripada sifat itu ada pada
yang lain daripada Allah nescaya melakukan syirik walaupun dia pada
masa itu masih beriman kepada Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Meskipun kebanyakan mereka beriman
kepada Allah, dalam pada itu mereka tidak sunyi dari perbuatan
syirik.” (Surah Yusuf, ayat 106).

Dengan itu, amat buruk seseorang yang mendewakan sebarang makhluk
dengan mengasihinya dan menurut perintahnya sebagaimana dia
mencintai Allah.

Begitu juga meminta dan mengharapkan hasil sesuatu hajat daripada
sesuatu makhluk atau dengan sesuatu cara selepas diketahui ia tidak
dilarang Allah.

Demikian juga salah menerima sebarang peraturan atau hukum-hakam
yang diadakan oleh yang lain daripada Allah, kecuali sekadar
peraturan, kenyataan atau pengajaran yang dibawa oleh Rasulullah.

Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah bersabda: “Jauhkan dan
singkirkan perkara yang membinasakan.” Sahabat bertanya: “Apakah dia
perkara itu ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “(Salah satu yang
terbesar di antaranya) ialah melakukan syirik terhadap Allah.”
(Hadis Bukhari dan Muslim).

Kesimpulannya mengingatkan manusia daripada terjerumus ke dalam
sebarang perbuatan syirik supaya terselamat daripada balasan buruk
yang dijanjikan.

Selepas mengetahui keburukan syirik, maka diperintahkan supaya
menjauhinya, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi.

Syirik yang besar atau nyata ialah mempercayai ada sesuatu yang
setara dan sebanding dengan Allah, yang ditujukan kepadanya doa
permohonan, cara beribadat, dan ditakuti bala bencananya.

Dengan syirik itu, akidah tauhid orang yang melakukannya berbelah
bagi dan mereka adalah orang musyrik yang dijanjikan Allah dengan
neraka.

Syirik yang kecil atau tersembunyi ialah kepercayaan, perkataan atau
perbuatan yang menyebabkan berlakunya syirik terhadap kekuasaan atau
undang-undang peraturan Allah.

Syirik tersembunyi ada banyak. Antaranya mempercayai sesuatu yang
menjadi sebab dengan keadaan hakikatnya akan memberi kesan baik atau
buruk.

Ini termasuk menaruh perasaan takut dan gerun kepada kekuatan
sesuatu yang lain dari Allah, menumpukan harapan kepada sesuatu yang
lain daripada Allah, bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain
daripada menyebut nama atau sifat Allah.

Begitu juga dengan mengatakan: “Kalaulah tidak kerana pertolongan
Allah dan pertolongan si anu, tentulah aku tidak berjaya”, atau
mengatakan: “Kalaulah tidak kerana ayam berkokok, polis meronda atau
sebagainya, tentulah rumahku dimasuki pencuri”.

Lainnya ialah melakukan sesuatu ibadat atau daya usaha pengorbanan
atau perjuangan bukan kerana menjunjung perintah Allah semata-mata,
tetapi tujuan lain.

Nabi Muhammad menerangkan dalam beberapa hadis mengenai syirik yang
tersembunyi.

Antaranya, daripada Mahmud Labid, katanya: “Rasulullah
bersabda: `Sesungguhnya perkara yang sangat aku takuti akibat
buruknya menimpa kamu ialah syirik yang kecil.”

Sahabat bertanya: “Apa dia syirik kecil itu ya Rasulullah? “Baginda
menjawab: “(Syirik kecil itu) ialah riak. Allah Taala akan berfirman
pada hari kiamat apabila manusia datang dengan amal masing-
masing: “Pergilah kepada mereka yang kamu melakukan riak di dunia
dulu (untuk menunjukkan kepada mereka), kemudian lihatlah, adakah
kamu akan dapati sebarang balasan di sisi mereka?” (Imam Ahmad).

Hadis lain, daripada Ibnu Umar, katanya: Rasulullah
bersabda: “Sesiapa bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain
daripada nama atau sifat Allah, maka sesungguhnya dia melakukan
syirik terhadap Allah.” (Tirmizi)

Daripada Ibnu Mas’ud, katanya: Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya
tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk
menambatkan hati suami kepada isterinya atau hati isteri kepada
suaminya) adalah syirik.” (Abu Daud dan Imam Ahmad)

Tiga perkara di atas adalah syirik kecil atau syirik tersembunyi
yang wajib dijauhi.

Namun bukan semuanya dikira syirik, malah setengah jenisnya saja,
iaitu yang mengandungi perkataan tidak difahami kerana mungkin
sihir, syirik atau yang dilarang hukum syarak sebagaimana yang
dilakukan kaum jahiliah.

Adapun yang mengandungi ayat al-Quran atau zikir, maka tidak
dilarang.

Pendeknya, tawar jampi, tangkal azimat, dan ilmu pengasih adalah
haram sekiranya mengandungi perkataan tidak difahami maknanya, atau
berdasarkan sihir, atau memuja hantu syaitan dan jin iblis, atau
mengandungi benda najis atau kotor.

Adapun yang menggunakan kalam Allah, nama-Nya atau sifat-Nya atau
zikrullah, maka tidaklah salah.

Kesimpulannya bagi menyelamatkan seseorang daripada syirik
tersembunyi, jangan menggunakan benda, perkataan atau sesuatu cara
bagi mendapat kebaikan atau menolak perkara tidak diingini kecuali
selepas diketahui ia tidak dilarang oleh hukum Allah.

Jangan melakukan sesuatu amal ibadat dengan tujuan mendapat balasan
daripada yang lain daripada Allah.

Daripada Abdullah Mas’ud, katanya: Aku bertanya kepada Nabi
Muhammad: “Apakah dosa yang terbesar di sisi Allah?” Baginda
menjawab: “(Dosa yang terbesar di sisi Allah itu) ialah: Engkau
mengada-adakan bagi Allah sesuatu yang menyamai-Nya, pada hal Dia
menciptakan kamu …” (Hadis Bukhari dan Muslim).

Maksud hadis ialah Rasulullah menjadi tumpuan sahabat. Baginda
membuka pintu pertemuan kepada segala lapisan masyarakat untuk
bertanyakan apa yang mereka musykilkan berhubung soal agama.

Abdullah Mas’ud ialah sahabat Nabi yang terkenal dan bertanya kepada
Baginda mengenai dosa terbesar di sisi Allah, iaitu perkara yang
sangat mustahak diketahui setiap Muslim.

Bagi menjawabnya, baginda menegaskan dosa terbesar itu ialah
melakukan syirik terhadap Allah serta menerangkan tidak patut
seseorang itu mempersekutukan atau menyamakan Allah dengan sesuatu
yang lain, sedang Allah yang menciptakannya daripada tiada kepada
ada.

Orang yang demikian ialah orang musyrik yang tidak menurut akal yang
siuman, bahkan berlaku zalim terhadap diri sendiri kerana dia
mendedahkan dirinya kepada azab seksa tidak terperi yang akan
diterimanya kelak.]

22. Hijrah Cinta

Saya bukanlah orang yang paling layak untuk berbicara pasal cinta. Kerana umur yang masih muda, maka pandangan saya mengenai cinta mungkin terbatas, berbanding golongan-golongan senior seperti ibu bapa. Namun izinkan saya untuk berkongsi pandangan mengenai cinta.

Cinta sama seperti nafsu. Yakni mempunyai skop yang luas. Cinta tak sepatutnya bertumpu kepada cinta kepada berlawanan jenis semat-mata. Begitu juga nafsu, tidak perlu berfokus kepada syahwat atau seks semata-mata.

Saya yakin ramai bersetuju dengan mukaddimah diatas. Topik perbincangan pada di dalam artikel ini mungkin berkisar kepada konsep atau tatacara cinta. InsyaAllah saya sedaya mungkin akan mencakupi skop cinta yang tidak hanya terbatas kepada cinta berlawanan jenis atau lebih senang dikenali sebagai cinta remaja.

Saya suka untuk mengajak pembaca untuk membincangkan mengenai Cinta Allah, Cinta Rasul, Cinta ibu bapa, Cinta ulamak, Cinta pemerintah, Cinta adam dan hawa, dan yang terakhir mungkin mengenai Cinta bangsa.

Sebelum kita masuk kepada perbincangan yang lebih terperinci, ingin saya jelaskan tentang fikrah cinta yang ingin saya utarakan. Pada pandangan saya, cinta perlu mempunyai dua rukun. Pertama ialah perasaan cinta, kedua ialah perlakuan atau pembuktian kepada cinta itu. Maknanya disini ia mencakupi dari segi teori dan praktikal.

Cinta Allah

Sebagai muslim, kita diajar untuk mencintai Allah. Islam mengajar kita untuk menginsafi kejadian diri yang hina, dan kewajipan kita sebagai hamba untuk menunaikan hak-hak yang patut diberi kepada Allah. Dari segi teori ia kelihatan mudah dan senang difahami, tetapi bagaimana pula dari segi praktikal?

Dari segi praktikal kita perlu mengamalkan apa yang diajar oleh syariat yakni keseimbangan dalam amalan kita. Ada orang yang begitu ekstrem dalam membuktikan cintanya kepada Allah, dengan mengabaikan hak-hak pada dirinya. Padahal Allah tidak menyukai hambaNya yang menzalimi diri sendiri.

Namun ada juga yang begitu lalai dalam mencari atau memenuhi cinta Allah. Golongan ini terlala mencintai diri sehingga alpa kepada hak-hak yang wajib ditunaikan kepada Allah. Moga kita tak tergolong didalam golongan yang ekstrem mahupun golongan yang lalai.

Cinta Rasul

Rasul adalah kekasih Allah. Rasul juga adalah hamba Nya. Ada umat Islam yang membuktikan cinta Rasul dengan mengadakan Maulid Nabi. Ada juga umat Islam yang menyatakan cinta Rasul dengan mengadakan demonstrasi apabila berlaku penghinaan terhadap nabi. Kedua-duanya mempunyai niat yang baik. Yakni membuktikan kecintaan pada Rasul.

Namun, alangkan indah jika kecintaan pada Rasul sentiasa mekar dan sentiasa subur dalam kehidupan kita seharian…?Kita boleh membuktikan kecintaan kita pada kehidupan seharian dengan mengamalkan sunnah-sunnah Rasul dalam kehidupan. InsyaAllah diri akan terassa hamper dengan Rasul.

Cinta ibu bapa

Cinta ibu bapa perlu berada dibawah cinta Allah dan Rasul. Hasil cinta antara ibu dan bapa maka kita lahir ke dunia. Maka amatlah derhaka anak-anak yang gagal membuktikan kecintaan pada ibu bapa.

Satu kaedah yang paling mudah ialah, apabila cinta kita kepada selain ibu bapa(tak termasuk cinta Allah dan Rasul) menambahkan cinta kita pada ibu bapa, maka itu adalah contoh kecintaan ibu bapa yang terbaik. Remaja tidak harus mengenepikan cinta ibu bapa apabila terlibat dengan cinta remaja, cinta remaja sepatutnya akan menyuburkan kecintaan terhadap kedua ibubapa mereka.

Cinta pemerintah dan ulamak

Pemerintah perlu dikasihi dan ditaati selagi mana mereka mendirikan solat dan mengajak kepada amar makruf dan nahi mungkar. Jika sebaliknya, maka kita perlu menasihati pemerintah. Menasihati atau menegur perlu dibezakan dengan memberontak atau menikam pemerintah dari belakang. Ini adalah contoh kecintaan yang terbaik kepada pemerintah.

Ulamak adalah pewaris nabi. Allah mengangkat darjat ulamak. Tetapi ulamak tetap manusia biasa. Mungkin ada kesalahan mereka semasa melakukan ijtihad, namun kita tidak perlu terus membesarkan kesalahan mereka mengatasi kebaikan yang telah mereka sumbangkan. Kecintaan pada para ulamak perlu disusuli dengan sikap yang berhemah. Kita tidak perlu taksub sebagai bukti kecintaan, dan kita juga tidak perlu mengutuk sebagai bukti kecintaan.

Cinta adam dan hawa

Sesiapa pun tak dapat menafikan kepentingan cinta ini. Namun mungkin ramai remaja yang masih belum memahami cinta ini. Cinta ini bukan cinta sebelum perkahwinan. Cinta sebelum perkahwinan tidak bererti, kerana ia tidak mempunyai asas. Berbeza antara cinta apabila ikatan yang sah sudah dimeterai, ia cinta yang mempunyai halatuju, matlamat dan mempunyai asas yang kukuh.

Kepada para remaja, termasuklah saya, cinta ini sepatutnya dapat membantu seseorang itu lebih mencintai Allah, Rasul dan ibu bapa.Jika dengan cinta berlainan jenis membawa kita kearah melupakan cinta Allah, Rasul dan ibubapa…nyatalah ada sesuatu yang tidak kena dengan cinta ini.

Cinta bangsa

Saya adalah orang Melayu. Sepanjang pengamatan saya, orang Melayu mencintai Melayu dengan mengamalkan konsep tidak boleh mengkritik kesalahan didepan pesalah, tetapi dibolehkan mengkrtitik di belakang (mengumpat). Sedar atau pun tidak inilah konsep cinta Melayu. Kita perlu berhijrah. Kecintaan kepada bangsa (melayu) perlu disertai dengan kritikan membina dan amalan mengumpat perlu dibuang.

23. Hukuman tak berkesan didik anak

ANAK adalah harta keluarga yang amat bernilai. Anak yang terbentuk wataknya dengan baik bakal menyumbang kepada keluarga dan negara. Apalagi kalau minatnya menuntut ilmu adalah tinggi, ia bakal menjadi anak cemerlang. Anak cemerlang adalah modal insan yang amat bernilai bagi negara. Anak seperti ini bermula pembentukan dirinya di rumah. Ibu bapalah guru yang terawal sebelum anak ke sekolah. Sekolah berperanan melanjutkan tradisi pembentukan watak dengan ilmu dan kemahiran di samping pemupukan nilai baik.


Sebagai ibu dan bapa, ilmu dan ketrampilan mendidik adalah perlu. Ilmu mengenai perkembangan minda, emosi, psikologi dan perkembangan psikomotor atau jasmaninya adalah penting bagi memahami pembesaran anak. Ketrampilan memberikan kasih sayang, belaian dan komunikasi amat dituntut kerana naluri yang subur di kalangan anak memerlukan pengisian.

Anak perlu dikenal bakat dan potensinya sejak kecil. Bakat ini perlu digilap dengan kegiatan dan suasana yang mendorong perkembangan naluri yang sihat dan contoh teladan baik. Anak sejak kecil lagi suka bertanya sesuatu yang dilihat dan hal yang dialami di persekitarannya. Anak juga suka bermain dan menonton cerita kartun di media elektronik. Malah, ada anak yang suka berkawan dengan rakan sebayanya.

Pada tahap ini ibu bapa perlu memberikan bimbingan dan pedoman supaya soalan daripada anak dijawab dengan bahasa mudah difahami, penjelasan yang tidak berupa leteran, di samping memuji yang tidak berlebihan sekiranya anak menunjukkan kejayaan dan kebolehan dalam sesuatu perkara. Ia akan memberi rangsangan kepada anak untuk membina sifat yakin diri.

Pertama yang harus dilakukan oleh ibu bapa ialah mewujudkan suasana rumah yang kondusif atau sesuai supaya proses pembelajaran boleh berlaku dengan baik. Anak akan menjadikan ibu bapanya teladan dan dapat belajar daripadanya dengan kasih sayang dan belaian. Sekiranya ibu bapa tidak mewujudkan suasana ceria di rumah, anak tidak akan berasakan ada suasana yang boleh dipelajari di rumah atau rumah yang menyediakan suasana yang tidak teratur di mana pertengkaran ibu bapa sering berlaku, cakap ibu bapa yang tidak serupa bikin, ketegangan sering tercetus dan akhirnya anak tidak berasakan rumah sebagai sekolah awal bagi mereka.

Kasih sayang bermakna ibu bapa melihat anaknya sebagai harta masa depan yang perlu dibentuk secara fitrah. Ibu bapa harus memiliki cara lembut dan bijaksana, tetapi terarah supaya naluri ingin tahu dan meniru disalurkan secara sihat dan mendidik. Kalau anak tersilap, teguran yang membina harus dilakukan. Maki-hamun, gertak bengis dan memukul anak bukan jalan keluar yang diperlukan. Ibu bapa harus mempunyai kesabaran tinggi kerana kerenah anak memerlukan daya komunikasi yang baik supaya ada hubungan dua hala antara ibu bapa dan anak untuk mewujudkan rasa percaya yang tinggi.

Kedua, daya komunikasi yang tinggi di kalangan ibu bapa membolehkan belaian, kasih sayang, tunjuk ajar, memahami gelagat dan tingkah laku mereka supaya tidak wujud jurang antara ibu bapa dengan anak. Jurang hubungan sering berlaku apabila ibu bapa tidak faham kerenah anak dan tidak memiliki pengetahuan dan ketrampilan bagaimana kenakalan dan kelasakan anak dapat diatasi. Jalan singkat selalunya dengan menghukum dan mendera mereka.

Komunikasi menjadi lebih penting apabila anak masuk ke alam remaja. Jadikan anak sebagai kawan dan teman setia. Pada tahap ini, anak sedang mencari identiti diri, suka berkawan, ingin menampilkan bakat dan kebolehan, suka diberikan apresiasi atau penghargaan dan mahukan perhatian terhadap masalah berfikir, emosi dan naluri yang dihadapi. Komunikasi berasaskan ilmu dan pengetahuan, nasihat dan teguran yang mendidik boleh membantu anak mengenal dirinya, tahu akan masalahnya dan diberikan pedoman bagaimana mengatasi.

Ketiga, ibu bapa harus memperuntukkan masa berkualiti bersama anak-anaknya. Ada hak anak terhadap ibu bapa yang mesti diberi dan diraikan. Pada hari ini, ramai ibu bapa yang bekerja dan sibuk di luar rumah.

Bayangkan anak kecil yang ditinggalkan oleh ibu bapa antara lapan hingga 10 jam pada hari kerja akan berasa sunyi, bosan dan kosong. Kalau ibu bapa balik lewat dan sampai di rumah dalam keadaan letih, di samping banyak hal rumah yang tidak terurus, anak akan berasa terpinggir dan tersingkir.

Sekiranya hal ini berlaku berulang ia boleh mendatangkan masalah kepada anak. Masa yang berbaki harus mampu diberikan kepada mereka supaya kebosanan yang terjadi, kesunyian yang berlaku dapat diisi kembali dengan belaian, kasih sayang, malah kegiatan yang merangsang minat dan bakat mereka.

Bagi anak yang sudah menyertai program taska dan tadika sudah tentu mereka mempunyai suasana baru, kawan baru dan juga pengalaman belajar baru. Pada tahap ini kecenderungan anak melakukan sosialisasi adalah tinggi. Dengan kawan baru dan kegiatan baru ia boleh memberikan rasa ceria dan seronok kepada anak. Pada masa sama ibu bapa harus terus memandunya di rumah supaya apa yang dialami di taska dan tadika dapat disuburkan di rumah. Ibu bapa harus sering berkongsi pengalaman anak dan mengukuhkan lagi aspek positif yang dipelajari di sekolah.

Bagi anak yang memasuki program di sekolah rendah, kecergasan mereka dalam bertanya, berkawan, mencontohi, menuntut perhatian dan keraian adalah tinggi. Hasil bertemu dan bergaul dengan rakan sebaya di sekolah, menerusi proses pembelajaran yang lebih terarah, ibu bapa harus membantunya apabila anak kembali ke rumah. Ada ketikanya wujud gelagat baru mempengaruhi anak dari sudut tingkah laku, cara bercakap, adab sopan yang terjadi kepada mereka. Ibu bapa harus peka dan bersedia dengan bijaksana membimbing dan memperbetulkan keadaan. Kalau tidak, gelagat itu boleh membentuk sikap dan cara berfikir anak. Harus diinsafi pengaruh rakan sebaya amat besar kesannya terhadap anak kita.

Apabila anak berada di sekolah menengah, umumnya mereka sudah berada pada tahap akil baligh. Tidak saja jasmaninya berubah, minda, emosi, jiwa dan tingkah lakunya turut berubah. Inilah tahap yang kritikal bagi ibu bapa membuat pemerhatian dan pengesanan supaya perubahan watak dan gelagat itu berlaku secara baik dan terbimbing. Anak pada tahap ini kadang-kadang suka menyendiri dan sebahagiannya suka berkawan. Isikan masa mereka dengan kecenderungan yang sihat dan mendapat kawan baik.

Kealpaan memerhati, mengenal pasti dan mengesan perubahan boleh menyebabkan anak membentuk wataknya secara sendiri dan akhirnya boleh menyebabkan masalah baru berbangkit, adanya jurang pengertian antara ibu dan bapa dan akhirnya wujud ketegangan antara kedua-dua pihak.

Pada tahap kritikal ini, ia menuntut pengertian ibu bapa yang tinggi, mendekati anak dengan sabar dan suburkan perbincangan, pertukaran pendapat yang logik dan meyakinkan dan suburkan diri anak dengan nilai agama yang baik supaya anak pada tahap ini tidak kehilangan pedoman dan arah. Pada tahap ini jiwa memberontak tetap ada dan perubahan anak sekiranya didekati dengan bijaksana, membimbing mereka menjadi orang dewasa yang matang.

24. Ilmu pendorong kejayaan, benteng kejahatan

SETIAP manusia dianugerahkan Allah SWT kekuatan dan kelemahan. Tiada ada seorang pun yang tidak mempunyai kelemahan atau kekuatan semata-mata. Dengan sebab itu, kekuatan mampu menjadikan manusia yang berguna kepada diri, negara dan agama.

Firman Allah SWT bermaksud: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat perkara baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)…”. Surah al-Imran, ayat 110.

Ayat ini menjelaskan potensi yang pada diri manusia ada kekuatan untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Lebih istimewa lagi dijelaskan ‘umat Islam dilahirkan dengan sebaik-baik ummah’.

Dalam menjalani kehidupan, cabaran dan dugaan silih berganti. Kehidupan setiap individu akan diuji. Melalui proses ujian inilah mereka akan memperoleh kejayaan atau kegagalan. Dengan sebab itu, potensi diri manusia yang dimiliki oleh setiap individu hendaklah digunakan sebaik-baiknya agar tidak mudah tewas dengan ajakan nafsu, persekitaran, musuh dan syaitan.

Laporan media mengenai jenayah dan penyalahgunaan najis dadah membimbangkan masyarakat terutama umat Islam kerana Islam mengatur kehidupan manusia agar mereka berjaya di dunia dan akhirat.

Islam mengajarkan cara untuk menguatkan pertahanan iman dalam diri dengan perkara seperti berikut.

Pertama: Berilmu.

Manusia yang lahir ke dunia tidak mengetahui kecuali selepas ia mempelajari. “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun; dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur”. – Surah an-Nahl, ayat 78.

“Sesungguhnya Kami aturkan cara mencipta manusia bermulanya daripada air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami mengujinya (dengan kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.

“(Kerana keadaan itu tidak mencukupi) maka sesungguhnya Kami menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) jalan (yang benar dan salah; terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat, ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).” – Surah al-Insan, ayat 2-3.

Berdasar kepada ketiga-tiga ayat ini menunjukkan setiap manusia memerlukan ilmu dalam menjalani kehidupan ini. Asas utama dalam kehidupan manusia ialah ilmu. Sekiranya mempunyai ilmu, banyak perkara dapat difahami dan digunakan untuk kehidupan ini.

Ilmu secara formal dipelajari di sekolah dan tempat pengajian dan secara tidak formal pada majlis ilmu, TV, radio, internet, buku serta pengalaman orang lain. Ilmu mampu menjadikan manusia mengetahui sesuatu perkara dan menggunakannya melalui amalan dan praktikal.

Islam mengajar agar setiap umatnya membaca al-Quran, memahami maksudnya dan menghayati kandungan serta mengamalkan suruhan-Nya. Sekiranya umat Islam sendiri tidak membaca dan menghayatinya, matlamat kehidupan mereka tidak sempurna. Hidup berpandukan al-Quran adalah hidup yang diredai oleh Allah SWT. Manusia tidak akan sesat walaupun pada abad mana pun.

Apabila ayat al-Quran dibaca, manusia akan mendapati mereka adalah makhluk yang lemah dan semuanya adalah daripada Allah SWT. Sifat takut dan takwa kepada Allah SWT akan menghalang daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah. Namun sekiranya manusia tidak rasai kewujudan dan pemerhatian Allah SWT sudah tentu tidak takut untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah, merugikan masa dan mengundang dosa. Maksud hadis yang diriwayatkan oleh Muslim.

“Beribadah kepada Allah, seolah-olah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihatmu”.

Berilmu dan beramal bukan hanya dilihat kepada mendapat pahala daripada Allah SWT saja malah kebahagiaan dan keredaan Allah SWT di dunia dan akhirat.

Kedua: Beramal dengan ilmu.

Kualiti modal insan bergantung pada kekuatan ilmu dan kecanggihan keterampilan yang dimiliki seseorang. Ilmu merangkumi bidang yang luas dan pelbagai. Orang yang berilmu akan cenderung untuk melaksanakan apa yang dimilikinya. Berilmu dengan ilmu dengan erti kata bekerja, berakhlak dengan akhlak yang baik, melaksanakan ajaran Islam mengikut apa yang diajar oleh Islam. Antara hadis yang menyuruh secara langsung agar mempertahankan akhlak antaranya;

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; Orang yang kuat itu bukanlah orang yang menang berkelahi, tetapi orang yang kuat ialah yang dapat menguasai dirinya pada waktu marah”. – Hadis Riwayat al-Bukhari

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda bermaksud; “Berilah saya wasiat (petunjuk/ajaran) Baginda bersabda; “Jangan menjadi seorang pemarah”. Ucapan ini diulang berkali-kali. – Hadis Riwayat al-Bukhari.

Ketiga; Menggunakan masa dengan perkara berfaedah.

Menyedari kehidupan ini sementara, manusia hendaklah menggunakan masa yang ada untuk kehidupan mereka. Modal insan dalam perspektif Islam ialah bagaimana potensi insan seperti akal, hati, jasmani dijadikan kekuatan mengurus diri dengan masa yang ada. Masa yang ada digunakan untuk belajar, bekerja, berkeluarga, bermasyarakat hingga tercapai matlamat kehidupan yang sebenar.

Daripada Ibnu Abbas RA, katanya, Nabi SAW bersabda, bermaksud: “Ada dua nikmat yang sering kebanyakan manusia tertipu (sering melupakannya) iaitu waktu sihat dan waktu lapang”. – (Riwayat al-Bukhari)

Keempat; Menggunakan akal fikiran sebaik mungkin.

Seseorang kanak-kanak akan baligh apabila sampai kepada tahap perkembangan tertentu dan bermula daripada itu akalnya dikira berfungsi dengan lebih baik dan sempurna. Allah SWT menyuruh manusia menggunakan akal bagi membezakan yang baik dan buruk, kejahatan, kecantikan, kekayaan, suruhan dan larangan.

Akal sempurna berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah mampu meletakkan manusia menjadi khalifah (pentadbir) alam dengan sebaik mungkin. Penggunaan akal secara maksimum mampu menjadikan manusia berjaya di dalam perkara yang dilakukannya.

25. Iman dan Faktor Dalaman

Al-kisah, seorang sahabat nabi berjalan di tengah keramaian, seraya berteriak-teriak:”Saya munafik! Saya munafik! Saya munafik!”. Tentu saja tingkahnya itu membuat hairan sekelilingnya. Dan Umar ibn Khattab pun menghampirinya.

“Mengapa engkau berbuat seperti ini?” Tanya Umar. “Duhai Umar. Aku munafik, Umar! Tolong aku! ” seru sang sahabat. Maka ia pun bercerita betapa dirinya begitu merasakan iman yang kuat menancap di kalbunya saat bersama Rasulullah, tapi sepertinya seketika menurun drastik saat ia jauh dari Sang Rasul. Seolah segala semangat spiritual yang menggebu itu lenyap, seiring dengan keseharian yang dijalaninya.

“Wah, kalau begitu saya juga merasakan hal yang sama,” ujar Umar. “Bagaimana kalau kita tanya Rasulullah,” ajaknya. Dan mereka pun menghadap Nabi. Dan keluarlah sebuah hadits terkenal:”Iman itu naik dan turun, al-Imaanu yazid wa yankus”.

Mengapa iman boleh naik dan turun? Ada faktor dalaman, dan ada faktor luaran. Asy-Syahid Sayyid Quthb pernah menulis seputar surat Al-Falaq dan an-Nas. Katanya, untuk melindungi diri dari hal-hal yang bersifat luaran, ‘hanya’ ada satu ayat, “Qul A’uzu bi Robbil-Falaq”. Sementara, untuk faktor dalaman, kita harus mengucapkan tiga ayat:”Qul a’uzu bi Robbin-naas, Malikinnaas, Ilaahinnas”. Ertinya, faktor yang ada di dalam jiwa manusia ini tiga kali lebih dasyat daripada yang di luar diri kita.

Apa saja ketiga hal itu? Izinkan saya memakai ilmu falsafah. Dalam khazanah falsafah Barat ada tiga tokoh yang disebut Masters of Prejudice. Mereka adalah Frederich Nietzsche, Karl Marx, dan Sigmund Freud. Secara sederhana, Nietzsche menyatakan bahawa tujuan hidup manusia adalah kehendak untuk berkuasa (Will to Power), Marx untuk ekonomi (Perut), dan Freud untuk Libido seksual (di bawah perut). Hemat saya, ketiganya, dengan segala keluasan dan kedalaman pemaknaannya, adalah faktor dalaman yang harus kita tekan. Ketiganya adalah adalah potensi dalam diri kita yang kemudian dibisikkan (min syarril waswasil khonnaas), oleh jenis jin (syaitan) dan manusia—seperti yang termaktub dalam surat an-Naas. Kita berlindung dengan Robb Manusia. Kita berlindung dengan al-Malik dari keinginan nafsu berkuasa sewenang-wenang, dan kita berlindung dengan satu-satunya Ilah Manusia dari kerakusan materialistik. Dan dengan cerdas, entah berawal dari mana, dalam budaya kita ketiga serangkai ini acap disebut 3 TA: harta, tahta, wanita.

Saat Ramadhan, kita diwajibkan menahan diri dari ketiga nafsu itu dengan berpuasa. Dan haji, puncak ritual ibadah dalam Islam, menyatakan tentang persamaan hak manusia nan universal dengan simbol baju ihram, dengan meniadakan perbezaan status yang terangkum dalam 3 TA itu selama prosesi berlangsung. Wallahua’lam.

~ oleh ANUAR AHMAD di Februari 27, 2009.

Tinggalkan komen