Untuk Pertumas Parti

•Februari 16, 2013 • Tinggalkan Komen

Political_Campaign_Planning_Manual_Bahasa_Malaysia_0

RPH BA thn 3 KBSR

•Ogos 19, 2011 • Tinggalkan Komen

RPH BA thn 3 KBSR

الواجبة التقديرية الثاني للغة الإجبارية لــ ”LPBS j-QAF

•Ogos 19, 2011 • Tinggalkan Komen

الواجبة التقديرية الثاني للغة الإجبارية لــ ”LPBS j-QAF

soal jawab tentang j-QAF

•Mei 8, 2011 • Tinggalkan Komen

FAQ_j-QAF

PENDIDIKAN ISLAM MINOR

•Mei 7, 2011 • Tinggalkan Komen

PENDIDIKAN ISLAM MINOR shamsul

•April 7, 2011 • 1 Komen

الوجبة التسيرية الأولى للغة العربية الإجبرية

Keberkesanan dakwah bergantung kepada kebijaksanaan pendakwah

•November 7, 2010 • Tinggalkan Komen

KITA sering mendengar orang menyebut perkataan dakwah. Apapun, kesan dakwah kepada masyarakat terutama remaja masih menjadi persoalan.

Dakwah ertinya mengajak, menyeru, memanggil, menyahut diri kita sendiri dan manusia lain untuk bersama-sama menghayati perintah Allah dan Rasul-Nya. Ia tidak disampingkan dengan penyelewengan atau sebab-sebab lain yang boleh membantut tugas menyeru orang ke arah kebaikan.

Manakala remaja pula golongan muda yang pemikirannya luas sedikit dan sekali gus peralihan ke alam dewasa. Untuk itu, cara berdakwah perlu dilakukan dengan berkesan.

Mendakwah golongan remaja perlu dilakukan dengan cermat dan perasaan penuh simpati dan berhemah. Apa yang salah diperbetulkan, yang payah dipermudahkan dan apa yang bakal memudaratkan mereka hendaklah dicantas lalu diganti dengan tindakan yang benar-benar mendatangkan manfaat.

Kita tidak menafikan antara golongan yang paling mudah untuk didakwahkan adalah golongan remaja. Apatah lagi jika mereka mempunyai persediaan pendidikan yang baik sejak di rumah lagi.

Namun dalam persediaan untuk mendakwah golongan remaja, kita jangan pula lupa remaja juga golongan yang paling mudah menerima pengaruh yang tidak baik. Akhlak mereka mudah dirosakkan oleh anasir yang tidak sihat.

Maka di sinilah letaknya fungsi golongan pendakwah antara keghairahan dengan kebijaksanaan mereka dalam berdakwah.

Sejak kebelakangan ini, remaja terlalu banyak didedahkan dengan budaya tidak sihat. Ini berlaku apabila terbukanya saluran maklumat yang pelbagai bentuk seiring dengan kecanggihan zaman teknologi maklumat.

 

Timbul pertanyaan kepada kita kepada golongan pendakwah. Apakah memadai bagi mereka hanya menyampaikan dakwah melalui lisan. Sekadar menyampaikan dakwah di masjid, surau atau ceramah kalau ia hanya dihadiri remaja yang sememangnya cenderung ke arah kebaikan. Bagi kita ia tentulah tidak memadai.

Jika golongan remaja disogok dengan pelbagai kaedah dan penyaluran pengaruh tidak sihat mengapa pendakwah tidak menggunakan cara yang sama? Kita perlu mengkaji kesesuaiannya seterusnya menggunakan kaedah tersebut untuk tujuan dakwah.

Perkembangan yang berlaku kebelakangan ini memperlihat remaja yang mendapat pendidikan agama turut tidak terlepas daripada menghadapi gangguan anasir yang tidak sihat. Pembabitan mereka dalam kumpulan Black Metal umpamanya memperlihatkan pelajaran agama yang mereka terima masih belum mencukupi untuk menjadikan diri mereka ‘kebal’.

Maka pendakwah perlu terus berjuang menghadapi kekeliruan remaja beragama ini. Apatah lagi apabila berhadapan dengan remaja yang tersasar terus daripada perhatian ibu bapa dan pendakwah. Di sinilah pentingnya pendakwah menggunakan pendekatan baru dalam usaha dakwah mereka.

Namun, sebelum mendakwah remaja, pendakwah juga harus memikirkan terlebih dahulu persediaan yang ada pada diri mereka. Mereka perlu memiliki ketinggian budi, berfikiran terbuka serta bersedia menyerahkan segala urusannya kepada Allah.

Kita tidak mahu kekurangan yang ada pada diri pendakwah diambil kesempatan oleh remaja yang terkenal dengan nilai kritisnya untuk memperlekehkan mereka. Lantaran pendakwah bukan saja tewas dari segi persediaan malah mereka gagal memahami keperluan remaja terhadap kemurnian dakwah yang mahu dibawanya. Anak muda perlu didekatkan usaha menyelami hati murni mereka. Apakah keperluan mereka dan apakah pula kesukaan mereka. Jangan kerana terlalu ghairah membetulkan mereka lalu kita mendahulukan hukum daripada mendidik. Ia bukan saja meliarkan mereka malah mereka akan melihat Islam itu hanya dipenuhi dengan hukum-hakam dengan segala rintangannya.

Walau apapun tugas dakwah adalah tugas setiap umat. Ia tidak hanya terletak kepada ustaz, guru atau kelompok tertentu saja. Malah sesiapa saja boleh berdakwah kerana adakalanya sesetengah remaja lebih suka menghampiri rakan mereka yang lebih memahami jiwa mereka.

Justeru dalam berdakwah kita perlu melihat kepada realiti kehidupan remaja. Janganlah terlalu terburu-buru menarik mereka untuk memenuhi selera kita sedangkan kita tidak tahu jenis makanan yang disukai remaja.

 

Suatu kenyataan jauhnya remaja daripada agama adalah kerana mereka tidak mahu menanggung beban melalui hukum-hakam yang digembar-gemburkan oleh pendakwah. Amatlah malang jika ini berlaku kepada remaja hasil kesilapan pendakwah.

Akhirnya, apa yang berlaku ialah musnahnya bunga di tangan beruk. Kegiatan dakwah diperlekehkan, golongan pendakwah dijauhi. Ketika inilah musuh-musuh sosial mengambil tempat merapati remaja kita yang berada di persimpangan.

Bagaimanapun, dalam konteks timbulnya perasaan seperti yang disebutkan ia sememangnya di luar kemampuan pendakwah.

Mereka perlu kembali kepada niat yang ikhlas untuk berdakwah. Ini kerana sejarah membuktikan penyampaian dakwah yang dilakukan Rasulullah tiada tolok bandingnya dari segi hikmah dan kesempurnaannya.

Tetapi tidak kurang pula kaum musyrikin yang menolaknya, seolah-olah apa yang disampaikan Rasulullah tidak menarik minat mereka. Dalam hal pendakwa perlu berlapang dada dan menyedari hak memberi hidayah ialah Allah sendiri di samping melihat remaja yang menjauhi mereka adalah pesakit yang perlu diubati. Hanya ubat yang sesuai saja bakal menyembuhi penyakit mereka.

Dapatlah dirumuskan, mendakwah golongan remaja perlulah dilihat daripada beberapa aspek berikut:

1. Pendakwah perlu mempunyai niat yang ikhlas sambil berusaha mengelakkan diri daripada mencampuradukkannya dengan kepentingan duniawi.

2. Pendakwah perlu mempersiapkan diri dengan ilmu dakwah di samping keperibadian yang tinggi dan boleh dicontohi;

3. Pendakwah perlu memahami jiwa dan realiti kehidupan remaja serta menepati sasaran mereka;

4. Pendakwah perlu mempelbagaikan teknik berdakwah supaya sesuai dengan perkembangan semasa;

5. Yang terpenting adalah menyerahkan segala urusan kepada ketentuan Allah.

Kesimpulannya, pendakwah hari ini adalah pembentuk generasi masa depan. Merekalah yang sebenar-benarnya pembentuk dan penentu hala tuju kehidupan beragama masyarakat.

Maka bagi menjayakan misi dakwah, pendakwah perlu bersikap berkecuali dan tidak terdorong untuk melakukan usaha dakwah bagi kepentingan golongan tertentu atau kepentingan peribadi.

 

Menurut Imam al Ghazali, masyarakat yang menjadi sasaran dakwah itu terbahagi kepada 4 golongan.

 

1)         Golongan yang jahil – golongan ini tidak berniat untuk melanggar perintah Tuhan tetapi tindakannya di luar daripada Islam dan pelanggaran peraturan Allah adalah disebabkan kejahilannya. Golongan ini mudah dipimpin dan diinsafkan.

 

2)         Golongan yang melaksanakan perintah Allah tetapi tidak sepenuhnya disamping mampu meninggalkan sebahagian dari larangan Allah s.w.t sahaja. Hal ini terjadi kerana mereka tidak mampu melawan nafsu mereka. Sebenarnya dia memang rasa berdukacita di atas maksiat yang dilakukannya serta kecewa tidak dapat melaksanakan perintah Allah. Golongan ini berat sedikit untuk dinsafkan kerana dia mengetahui segala perinta dan larangan Allah tetapi telah dikalahkan oleh nafsunya.  Termasuk di dalam golongan ini para-para ulama yang boleh bersyarah dengan menggunakan Al Quran dan hadith tetapi masih menurut kemahuan nafsunya di dalam kehidupan dan kenyataan yang sebenar. Menyedarkan golongan ini hanyalah dengan menundukkan nafsunya.

 

3)         Golongan yang mempunyai kepentingan – golongan ini melakukan kemungkaran dan tidak mahu melaksanakan peraturan-peraturan Tuhan di dalam hidupnya samada pada dirinya, rumahtangganya dan masyarakatnya kerana mengaut keuntungan darinya. “Buat apa nak ikut Islam sangat, bukan boleh untung” Kata mereka. Golongan ini boleh dikategorikan sebagai golongan yang mengampu dan munafik. Golongan ini payah disedarkan kerana kepentingannya mengatasi hukum-hukum Allah.

 

Rasulullah s.a.w telah berjaya mengubati penyakit masyarakat kepada menerima kebenaran yang hakiki. Para sahabat juga telah berjaya, begitu juga para Tabi’in dan pejuang kebenaran. Justeru itu, sekiranya kita pada hari ini ingin berjaya mengubati penyakit masyarakat yang sedang melanda, tidak ada formula lain selain dari mengambil semua teknik mereka yang terbukti berjaya, maka pasti Allah s.w.t akan memberikan kemenangan dan kejayaan. Insya Allah.

 

4)         Golongan yang menganggap baik itu jahat dan jahat itu baik. Islam itu kolot dan barat itu moden. Yang tutup aurat itu tidak terbuka mindanya, yang buka aurat itu terbuka mindanya. Golongan ini adalah golongan yang paling payah untuk disedarkan. Biasanya mereka ini mempunyai ideologi-ideologinya yang tersendiri yang diperjuangkan seperti ideologi komunisma, nasionalisma, kapitalisma, sosialisma dan lain-lain.

 

Imam al ghazali menegaskan bahawa lebih banyak masa dan tenaga perlu ditumpukan kepada golongan pertama dan kedua (80%). Kerana peluang untuk mereka kembali amat cerah. Untuk golongan yang ketiga dan keempat, tidak perlu diberikan banyak masa dan tenaga. Golongan ini hanya perlu dibendung pengaruhnya agar tidak menjangkiti masyarakat kerana mereka telah sebati dengan prinsip hidup mereka. Peruntukan masa di dalam kerja dakwah ini perlulah dilakukan dengan tepat agar usaha dakwah itu tidak berakhir dengan kekecewaan serta mematahkan semangat untuk menegakkan kalimah Allah.

 

Sasaran dakwah Rasulullah meliputi seluruh umat manusia

 

ISLAM tersebar ke seluruh pelusuk dunia melalui perjuangan Rasulullah saw. Baginda berdakwah dengan membawa mesej supaya umat manusia mengesakan Allah dan menolak segala jenis penyembahan lain selain dari-Nya serta mengamalkan cara hidup Islam seluruhnya.
Kecemerlangan Baginda menempuh segala halangan dan rintangan hingga berjaya mengubah masyarakat Arab Quraisy daripada menyembah berhala seperti Al-Lata, Al-Uzza, Manat, Wadda, Suwaa, Yauq dan Nasr kepada ketauhidan Allah serta membuang akhlak jahiliah yang buruk dengan kembali kepada akhlak dan cara hidup Islam yang murni.

Baginda adalah seorang rasul yang diutuskan dengan mempunyai ketinggian darjat dan akhlak serta bersifat maksum iaitu terpelihara daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Ini dapat diteladani dalam kehidupan Baginda sama ada secara individu, keluarga, pendakwah, pemimpin masyarakat dan pemimpin negara.

Ketinggian akhlak Baginda dijelaskan melalui firman Allah dalam surah al-Qalam, ayat empat yang bermaksud: “Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia.”

Keperibadian yang unggul ini diceritakan oleh isteri Nabi Muhammad iaitu Aisyah dengan mengatakan bahawa akhlak Baginda adalah al-Quran.

Dalam ayat lain, Allah berfirman seperti dalam surah al-Ahzab, ayat 21 yang bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan balasan baik hari akhirat.”

Kecemerlangan menyebarkan Islam dilakukan dengan semangat pengorbanan, perjuangan dan jihad yang bersungguh-sungguh serta ketekunan walaupun Baginda ditentang hebat oleh orang kafir Arab Quraisy.

Baginda cuba dibeli dengan tawaran iaitu harta, pangkat dan wanita supaya menghentikan usahanya menyebarkan Islam, namun segala bentuk tawaran itu ditolak. Keimanan Baginda kepada Allah swt mengatasi segala-galanya hingga Baginda tidak sanggup menggantikannya dengan apa juga tawaran.

Rasulullah dibangkitkan oleh Allah untuk memimpin umat manusia di dunia ini ke jalan selamat dan bahagia bagi kehidupan di dunia serta akhirat. Baginda adalah rahmat yang besar dan tidak ternilai kepada semesta alam.

Firman Allah dalam surah al-Anbiya ayat 107 yang bermaksud: “Tidaklah kami utuskan engkau (wahai Muhammad) kecuali sebagai rahmat bagi alam semesta.”

Rahmat yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan sesuai dengan kehidupan manusia yang meliputi perkara akidah, syariah dan akhlak. Baginda membersihkan akidah, menunjukkan syariat dan memperbai-ki akhlak seperti yang diwahyukan oleh Allah.

Kedatangan Rasulullah untuk memperbaiki dan menyempurnakan akhlak mulia sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan Imam Bukhari yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”

Allah memilih Nabi Muhammad sebagai rasul-Nya bukan secara kebetulan. Pemilihan itu adalah melalui perancangan yang diatur rapi. Baginda berasal daripada keturunan yang mulia iaitu daripada Nabi Ibrahim. Sejak kecil lagi, Allah menjaganya daripada fitnah jahiliah.

Ketika remaja dan sebelum diutuskan menjadi nabi dan rasul, Baginda dikenali sebagai seorang yang amanah, benar dan tidak tahu berdusta di kalangan masyarakat kafir Quraisy di Makkah. Hal itu diakui Abu Sufyan ketika berhadapan dengan Raja Rom, sedangkan pada masa itu, Abu Sufyan belum lagi memeluk Islam.

Misi dakwah Rasulullah bersifat global, sejagat dan universal. Sasaran dakwah Baginda juga tidak terbatas kepada keturunan, warna kulit, status dan usia hingga berjaya menawan hati manusia supaya tunduk kepada kekuasaan dan kebesaran Allah.

Manusia adalah makhluk Allah, dijadikan sempurna dan lengkap dengan anggota pancaindera, deria, jiwa, roh dan akal fikiran supaya dapat membezakan di antara yang benar dengan yang batil.

Semuanya itu adalah pemberian berupa nikmat yang tidak terhingga. Namun, ramai di kalangan manusia tidak menggunakan nikmat kurniaan Allah itu, sebaliknya mereka melakukan amal yang fasik, maksiat, kerosakan, kezaliman dan hidup dalam kesesatan malahan ada yang semakin jauh sesatnya.

Sifat Pendakwah

 

Seseorang pendakwah, sebelum melangkahkan kakinya ke medan dakwah, terlebih dahulu hendaklah melengkapkan dirinya dengan sifat-sifat pendakwah muslim dam

memahami jalan sebenar yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. Tanpa kefahaman yang jelas, maka pendakwah itu akan menghadapi kesukaran yang sepatutnya boleh

dielakkan.

 

Sifat-sifat pendakwah muslim yang perlu ada antaranya iaitu budi pekerti mulia, lurus perilakunya, sifat kepimpinan yang sihat, tekun dan penuh keazaman, berperasaan kesihan belas dan tegas, benar dan amanah, kecerdikan, beramal solih yang berkekalan, kesedaran, berupaya memberi penerangan, berupaya  menyelesaikan masalah masyarakat serta dapat memhamami jiwa individu dan masyarakat. Disamping itu dapat memahami perasaan orang ramai dan mendapat kasih sayang, penghargaan dan penghormatan dari masyarakat terutama sekali dalam jurusan agama.

 

Oleh itu kita sepatutnya meneliti metod dakwah yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w., diantaranya apa yang disebut dalam surah Yusof ayat 108, maksudnya : “Katakan olehmu (wahai Muhammad), inilah jalanku, yang aku dan mereka yang mengikutku menyeru ke jalan Allah dengan basirah dan Maha Suci Allah, dan tidaklah aku tergolong dari golongan musyirikin.”

 

“Basirah” menurut Dr. muhammad Fathullah badran membawa erti : “Ilmu yang luas, hujjah-hujjah yang kuat, pengetahuan hati, kesedaran, kefahaman yang dalam, memelihara hal keadaan orang yang didakwahkan dan menggunakan kata-kata yang jelas.” Dan “salbi” (inilah jalanku) itu tidak lain melainkan jalan yang satu iaitu Islam yang padanya diberi panduan iaitu Al Quran dan al Hadis Rasulullah s.a.w.

 

Ini dijelaskan oleh Allah sendiri dalam firmanNya surah al-An’am ayat 153 yang bermaksud : “Dan bahawa inilah jalanku yang lurus maka hendaklah kamu sekelian mengikutinya dan janganlah engkau ikut jalan yang berbagai-bagai kelak ia memecah-belahkan kamu sekelian dari jalanNya.

 

Itulah pesanan kepada kamu sekalian, mudah-mudahan kamu bertaqwa.” walaupun nampak sukar, tetapi itulah asas yang digariskan oleh baginda dalam penyebaran dakwah yang diikuti oleh para sahabat dan genarasi kemudian. Maka sewajarnyalah ia menjadi azimat buat para daie terkemudian bagi meneruskan kerja-kerja mulia itu.

 

TUGAS DAKWAH BUKAN KERJA SAMPINGAN

 

Ketika zaman bujang atau ketika melalui zaman pengajian, berkecimpung di bidang da’wah sebenarnya masih ringan. Waktu itu kita belum dibebani tanggungan keluarga, masih belum diharuskan mencari rezeki, dan masih mudah melangkah di jalan da’wah tanpa ada ikatan dan tekanan atau gangguan. Setiap program usrah dan tarbiyyah jarang kita lepaskan. Akan tetapi apabila kita telah lulus dari sekolah atau pusat Pengajian Tinggi dan terikat dengan suatu pekerjaan atau menjawat suatu jawatan, mulailah merasakan adanya ikatan dan kewajipan-kewajipan tertentu pada jawatan yang harus dijaga. Kemungkinan perasaan seperti itu mendorong seseorang daei itu untuk membatasi kegiatan da’wahnya dan mengurangi jihadnya, memperlambat kegiatan dan langkahnya di jalan da’wah. Dan ada kalanya, bahkan langsung berhenti di tengah jalan dan tidak mahu meneruskan perjalanannya di bidang da’wah.

Sesungguhnya, di sinilah pentingnya iman dalam perjuangan ini. Iman yang perlu digilap setiap masa. Jika tidak mempunyai iman yang teguh, aqidah yang mantap dan tekad yang kukuh, pastilah kita tidak akan mampu melintasi rintangan dan halangan itu. Kekuatan imanlah yang akan memudahkan kita meneruskan perjalanan da’wah Islam ini dengan penuh keyakinan bahwa Allah SWT yang menjamin rezeki kepada hambaNya. Jawatan dan pekerjaan itu hanyalah satu alat untuk dipergunakan dalam mencapai dan merealisasikan cita-cita di dunia ini untuk mencapai keredhaan Allah SWT. Oleh kerana itu wasilah (alat) yang tertentu tidak boleh diubah menjadi rintangan yang menghalangi untuk mencapai tujuan dakwah yang murni itu.

“Katakanlah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu kuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah kamu cintai lebih dari Allah dan Rasul-Nya dan (dari) bejihad di jalan-Nya, maka tunggulah sumpai Allah mendatangkan keputusan-Nya, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq.” (AtTaubah: 24)

“Katakanlah:”Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekelian alam.” (Al-An’aam:162)

Sedarlah, sesungguhnya diri kita, usaha dan jawatan yang disandang semuanya milik Allah SWT dan akan kembali kepada-Nya. Ia dipinjamkan kepada kita sebagai modal untuk kita laburkan. Keuntungan daripadanya itulah yang akan kita nikmati. Maka beruntunglah mereka yang menjadikan jawatan yang dibanggakan itu hanya sebagai alat untuk mencapai cita-cita dakwah yang murni.

 

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.